Pengajaran kemahiran

1,154 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,154
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
92
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengajaran kemahiran

  1. 1. Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan sintesis.Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad. Dalam pembelajaran bahasa, murid akan belajar secara beransur-ansur daripada peringkat yang lebih mudah kepada yang kompleks.
  2. 2. Hal ini bertujuan bagi memudahkan muridmemahami apa yang telah dipelajari secara berstruktur dan menyeluruh. Dalam pendekatan binaan, murid akan diajar dengan cara atau kaedah dalam menulis abjad, seterusnya suku kata,perkataan, frasa, ayat sehinggamereka boleh mencapai kaedah penulisan pelahiran iaitu melahirkan wacana dengan baik.
  3. 3. Sebagai contoh, bagi peringkat pratulisan, murid akan diperkenalkan dengan beberapa bentuk yang seakan-akanmembentuk huruf seperti bentuk condong, bulatan, separa bulat, zig-zag dan sebagainya.Hal ini bertujuan untuk melatih kemahiranotot halus mereka agar bersedia sebelum menulis abjad.
  4. 4. Setelah mereka berkebolehan dan mengetahui cara untuk menulis kesemuaabjad, maka guru akan membimbing muriduntuk membina suku kata mengikut diagraf tertentu iaitu suku kata terbuka dan sukukata tertutup seperti perkataan kv+kv, atau kv+kvk dan sebagainya.Hal ini menunjukkan murid sudah bersediauntuk menulis secara mekanis iaitu menulis frasa,klausa, ayat dan seterusnya.
  5. 5. • Matlamat pengajaran bahasa mengikut Hymes (1972) ialah untuk membentuk apa yang dimaksudkan oleh sebagai ‘keupayaan berkomunikasi’.• Menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi.• Guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana: Pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap Tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja Pelajar perlu berinteraksi dalam kumpulan/secara berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti
  6. 6. • Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan :  Bercerita  Teater pembaca  Laporan/ulasan buku  Choral speaking
  7. 7. • Memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca.• Terdapat 3 peringkat dalam proses membaca.• Murid – murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada.• Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya.
  8. 8. Contoh: Jika murid – murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan, ini akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan pelancongan.
  9. 9. • Dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata.• Aktiviti utama – memandang dan menyebut.• Kaedah ini mementingkan dua perkara :  Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar.  Membunyikan ayat melalui gambar yang mempunyai cerita.
  10. 10. Kelebihan• Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid.• Bersesuaian dengan resmi semulajadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya. Kaedah ini dari awal mementingkan makna.• Dengan itu kanak-kanak dari mula mendapat latihan memahami apa yang dibaca oleh mereka.• Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan irama ataupun alunan suara yang betul dari mula.
  11. 11. Keburukan• Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja.• Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata.• Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.• Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.
  12. 12. • Kaedah ini mementingkan mengenal nama- nama huruf dan bunyi-bunyi huruf itu.• Cara penyampaian:- Murid menghafaz bentuk huruf menurut susunanya, iaitu a – z(menerusi nyanyian, kad, dsb) Membunyikan gabungan huruf vokal dan konsonan bagi membentuk suku kata. Penggabungan suku kata membentuk perkataan. Pembacaan ayat – ayat mudah yang perkataannya berupa kv + kv.
  13. 13. Kelebihan• Sesuai dengan susun Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.• Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan- perkataan baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.• Kaedah ini memberi asas dan binaan kukuh dalam membaca.• Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid.
  14. 14. Keburukan• Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.• Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini mebolehkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.• Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secra keseluruhan yang bermakna.• Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.
  15. 15. Cara pelaksanaannya:-• Murid menghafaz bunyi huruf (bukan nama huruf) – murid melihat lambang dan menghafaz bunyinya;• a dibunyikan aa• z dibunyikan zi• Kemudian, murid diajar suku kata setelah tahu hubungan huruf dengan bunyinya: “ba’ tanpa bunyikan “be” dan “aa”.• Penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan.• bu + ta = buta• bu + ka = buka• Pembacaan ayat – ayat mudah:• Ibu beli buku• Ibu buka buku• Ibu baca buku

×