1. Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )
250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya
Cara-cara
1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan
kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd
3 bahagian).
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit
bucunya).
9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
Bahan-bahan ( 27 biji -bergantung pada saiz cup cake )
180g gula kastor
2 biji telur
1 camt ovellete
1 camt esen vanila
250g tepung gandum (diayak)
1 cawan aiskrim soda
pewarna atau pes disukai
Cara-cara
1. Pukul telur bersama gula dan ovellete hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan esen vanila dan pukul lagi hingga rata.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan aiskrim soda. sambil pukul hingga adunan kembang sebati.
4. Bahagikan beberapa warna digemari.
5. Paipkan 3/4 adunan ke dalam acuan kecil , dan paipkan sedikit warna berbeza di atasnya..macam topping..
6. Kukus apam lebih kurang 7 - 10 minit bergantung saiz acuan.
7. * Pastikan kukusan dipanaskan dahulu dan gunakan api besar agar apam mekar se taman..Selamat mencuba.
8. Boleh dihidangkan bersama keluarga di waktu santai...Kite guna paper cup 2 oz. dan dapat 27 biji.Kalau guna
cup cake yg comel tu dapat hampir dua kali ganda..
9. Apam ini tersangat gebu dan lembut...
Tag
2. Apam Tepung Beras
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
1 paket kecil eno - tanpa perisa
Pewarna - merah dan hijau
Caranya:
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan
ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam atau semalaman.
Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan. Masukkan pewarna yang
disukai dan biar sebentar.
Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak. Isikan hanya 1/2 penuh
sahaja. Kukus selama 15 minit dengan api kuat.
Boleh di makan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam dan dikukus sebentar, jika suka.
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (saya kurangkan)
1 3/4 cawan air
1 sudu kecil yis segera
1 paket kecil ENO
Acuan
Sedikit minyak masak (untuk sapu di acuan)
Cara:
1.Kisar nasi dengan air hingga halus.Kemudian masukkan tepung beras, yis dan gula.Kisar
hingga sebati.
2.Perap adunan lebih kurang 3-4 jam.Kemudian masukkan serbuk ENO dan kacau perlahan-
lahan hingga sebati dan biarkan seketika.
3.Panaskan kukusan dengan api besar.Tutup tudung periuk dengan tuala dapur.
4.Sapukan sedikit minyak masak dalam acuan apam supaya senang untuk keluarkan apam
nanti.
5.Tuang adunan apam ke dalam acuan 3/4 penuh.Letakkan di dalam periuk pengukus.
6.Setkan masa selama 15 minit, jangan buka penutup periuk sebelum 15 minit habis.
7.Selepas 15 minit, buka penutup pengukus, keluarkan apam dan biarkan ia sejuk sebentar
sebelum keluarkan dari acuan.
8.Apam beras sedap dimakan bersama kelapa parut yang dikukus sebentar dan perasakan
dengan garam halu
3. APAM PISANG KUKUS
Source:Resipi Pilihan Diana
Sumber:Naz@Cute Oven, Small Kitchen
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar) -sy guna 6 biji pisang berangan
3/4 cawan mentega | dicairkan dan disejukkan (saya guna minyak masak)
4 biji telur (saya guna 3 biji telur gred A)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (saya guna 3/4 cawan gula perang)
Secubit garam
Cara-cara:
1.Tepung gandum diayak dengan baking powder.Ketepikan.
2.Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3.Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4.Kemudian masukkan tepung.Gaul rata dan kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telah
disapu dengan mentega atau minyak.Kukus selam 45 minit menggunakan api yang
sederhana. (saya guna acuan kecil dan kukus selam 15-20 minit).
Nota:Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan
kain supaya wap tidak jatuh ke atas permukaan kuih.