Nilai nilai murni

6,109 views

Published on

Published in: Education, Sports, Business
3 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
6,109
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
9
Actions
Shares
0
Downloads
265
Comments
3
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Nilai nilai murni

  1. 1. NILAI-NILAI MURNI• 1 BAIK HATI 1.1. Belas kasihan - bersimpati terhadap kesusahan orang lain 1.2. Bertimbang rasa – mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain. 1.3. Murah hati – memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan. 1.4. Saling memahami – sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain. 1.5. Saling bermaafan – sanggup meminta maaf dan memaafkan.
  2. 2. 2. BERDIKARI 2.1. Berupaya bertindak sendiri – sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain. 2.2. Yakin kepada diri sendiri – percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba.4. BERHEMAH TINGGI 3.1. Kesopanan – berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan. 3.2. Mengakui kesilapan sendiri – sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat. 3.3. Ramah mesra – sedia bergaul mesra dengan semua orang.
  3. 3. 4. HORMAT 4.1. Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga – memulia dan patuh kepada mereka. 4.2. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan jiran dan pemimpin – menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka. 4.3. Hormat kepada kerajaan dan negara – menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara. 4.4. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum – menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum. 4.5. Patuh kepada undang-undang – mematuhi undang-undang setiap masa.
  4. 4. 5. KASIH SAYANG 5.1. Sayang diri sendiri dan orang lain – menyayangi diri sendiri dan orang lain. 5.2. Sayangkan alam sekitar – Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.6. KEADILAN 6.1. Adil – Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian. 6.2. Saksama – tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan.
  5. 5. 7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG• Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyuarakat negara dan agama.
  6. 6. 8. KEBERANIAN• 8.1. Berani mencuba – Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.• 8.2. Berani kerana benar – Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.
  7. 7. 9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL• 9.1. Kebersihan diri – Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat.• 9.2. Kebersihan persekitaran – Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.• 9.3. Kebersihan mental – Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain.
  8. 8. 10. KEJUJURAN• 10.1. Amanah – Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.• 10.2. Bercakap benar – Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung.• 10.3. Ikhlas – Melakukan sesuatu suci hati tanpa mengharapkan balasan.
  9. 9. 11. KERAJINAN• 11.1. Daya usaha – Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.• 11.2. Dedikasi – Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.
  10. 10. 12. KERJASAMA• 12.1. Gotong-royong – Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela.• 12.2. Toleransi – Bertolak ansur serta dapat mengawal mengelakkan berlakunya perselisihan.• 12.3. Perpaduan – Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa
  11. 11. 13. KESEDERHANAAN• 13.1. Pertuturan dan pelakuan yang sederhana – Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.• 13.2. Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lain – Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.
  12. 12. 14. KESYUKURAN• 14.1. Berterima kasih – Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.15. RASIONAL 15.1. Membuat pertimbangan – Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.
  13. 13. 16. SEMANGAT BERMASYARAKAT• 16.1. Bermaufakat – Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.• 16.2. Kerajinan – Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong- menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat.• 16.3. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat – Memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.
  14. 14. 17. PATRIOTIK• 17.1. Cintakan negara – Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara.• 17.2. Berkorban untuk negara – Sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan negara daripada diceroboh.

×