Nilai murni

10,959 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
10,959
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
164
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Nilai murni

  1. 1. • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
  2. 2. • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • GEMA BAHASA Indahnya Bahasa Kita.. PENULISAN BM TAHAP 2-BAHAGIAN C BAHAGIAN C -Merupakan salah sebuah karangan yang perlu dijawab oleh murid- murid tahap 2 dalam kertas Penulisan Bahasa Melayu (012) di mana mereka dikehendaki membuat ulasan tentang petikan atau bahan rangsangan yang diberi.
  3. 3. -Sebelum membuat ulasan murid perlulah tahu menentukan nilai murni dalam setiap pernyataan yang terkandung dalam bahan rangsangan tersebut. -Ulasan yang dibuat mestilah berkisar tentang petikan sahaja. -Jumlah markah bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60. A.SENARAI NILAI MURNI RAJIN BERTANGGUNGJAWAB TOLONG-MENOLONG BERDIKARI BEKERJASAMA KEBEBASAN BAIK HATI BERSIKAP SEDERHANA PEMURAH/MURAH HATI BIJAKSANA / BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN JUJUR BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI AMANAH DEDIKASI RELA/SANGGUP BERKORBAN BERDIKARI MENGHARGAI MASA BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR MENGHARGAI / MEMBALAS JASA MEMPUNYAI JATI DIRI PRIHATIN BERANI BERDISIPLIN HORMAT / MENGHORMATI MENJAGA KEBERSIHAN PERAMAH/MUDAH MESRA MENJAGA KESIHATAN IKHLAS MENJAGA KESELAMATAN KASIH SAYANG/ SIMPATI SEMANGAT PATRIOTIK RASIONAL TABAH/SABAR/CEKAL TAAT / PATUH
  4. 4. BERADAB SOPAN SEMANGAT BERMASYARAKAT/ KEJIRANAN B.MODUL JELMAAN CONTOH MODUL YANG SAYA GUNAKAN UNTUK MENENTUKAN NILAI MURNI BIL PENYATAAN NILAI 1 Membawa bekal / menabung berjimat cermat 2 Berjalan kaki ke sekolah menjaga kesihatan 3 Bangun awal berdisiplin / menepati masa 4 Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas berdisiplin 5 Menyapu sampah rajin / mementingkan kebersihan 6 Bersalam / mencium tangan ibu menghormati 7 Membaca buku / mengulang kaji rajin, 8 Melaksanakan tugas yang diberi bertanggungjawab / amanah 9 Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak melintas berhati-hati / berwaspada 10 Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih mementingkan kebersihan / kesihatan 11 Bersarapan bersama keluarga kasih sayang / mementingkan kesihatan 12 Sembahyang / solat taat 13 Berdiri tegak semasa lagu Negaraku patriotisme / menghormati 14 Sayang akan negara patriotisme / bertanggungjawab 15 Belajar bersungguh-sungguh tekun / gigih / rajin 16 Memberi salam menghormati 17 Pergi ke perpustakaan mencintai ilmu / menghargai masa
  5. 5. 18 Menyediakan jadual harian berdisiplin / menghargai masa 19 Menziarahi kawan sakit / di hospital prihatin / kasih sayang 20 Bertegur sapa sesama jiran semangat kejiranan / hemah tinggi 21 Makan / berbual-bual / bercuti bersama keluarga kasih sayang 22 Bergotong- royong kerjasama 23 Menziarahi / berkunjung ke rumah jiran /rakan semangat kemasyarakatan / kasih sayang 24 Menelefon bomba / ambulans apabila berlaku kecemasan cepat bertindak / tanggungjawab 25 Menderma / bersedekah /memberi bantuan baik hati / pemurah 26 Memaafkan kesalahan orang lain hemah tinggi / baik hati 27 Menolong haiwan baik hati / kasih sayang / belas kasihan 28 Mengendalikan perlawanan dengan adil amanah / tanggungjawab 29 Menyelamatkan kawan lemas setia kawan / kasih sayang / berani 30 Memulangkan barang yang dijumpa jujur 31 Menjaga adik semasa ketiadaaan ibu bapa tanggungjawab / kasih sayang 32 Berterima kasih bersyukur 33 Masak makanaan untuk keluarga / anak tanggungjawab / kasih sayang / rajin 34 Mengakui kesilapan / menyedari kesilapan insaf / jujur 35 Makan dengan sopan hemah tinggi / tertib 36 Bercakap dengan lemah- lembut Hemah tingggi / sopan / berbudi bahasa 37 Memakai pakaian sekolah / lencana berdisiplin / patuh 38 Mendengar nasihat patuh / akur 39 Meminta izin guru / ibu bapa menghormati
  6. 6. 40 Membantu rakan yang bermasalah baik hati / kasih sayang 41 Menumpukan perhatian semasa guru mengajar endah / tekun 42 Membeli / memberi cenderahati / hadiah / buah tangan baik hati / menghargai / kasih sayang 43 Berdoa kepada tuhan untuk keluarga, rakan kasih sayang / prihatin 44 Tidak menconteng dinding sekolah berdisiplin 45 Mempunyai hobi menghargai masa 46 Memuji keindahan bersyukur, menghargai 47 Tidak terpengaruh hasutan rakan rasional / 48 Menerima pendapat orang lain toleransi / rasional 49 Terselamat daripada bencana / kemalangan bersyukur 50 Menyimpan alatan di tempat asalnya berdisiplin / tanggungjawab 51 Menyusun buku mengikut jadual waktu sekolah berdikari / rajin / tanggungjawab 52 Bercita-cita tinggi berwawasan tinggi 53 Menerima pendapat/cadangan rasional / toleransi 54 Beratur menunggu giliran berdisiplin / bertimbang rasa 55 Berhasrat untuk mencapai kecemerlangan berwawasan tinggi 56 Menyanjungi guru mengenang jasa / menghormati 57 Tidak pernah berputus asa tabah / cekal 58 Melayanan tetamu dengan mesra kasih sayang / hemah tinggi 59 Bersimpati akan bebanan ayah ibu prihatin / kasih sayang 60 Membuang sampah ke dalam tong sampah berdisiplin / mementingkan kebersihan 61 Mengotakan janji amanah
  7. 7. 62 Bersikap tidak keterlaluan / tidak menujuk- nunjuk bersedarhana / rendah diri / hemah tinggi 63 Berfikir sebelum melaksanakan sesuatu rasional 63 Melakukan sesuatu yang tidak melanggar peraturan patuh 64 Berkongsi masalah sesama rakan kasih sayang / setia kawan 65 Tidak sombong / meninggi diri rendah diri / 66 Rela berkorban nyawa Ikhlas / pqtriotisme 67 Melaksanakan tugas tanpa merungut dedikasi / ikhlas 68 Membalas budi ibu bapa/ guru/ rakan/jiran mengenang jasa / menghargai 69 Berucap di hadapan kelas/perhimpunan/majlis berani 70 Bersedia menghadapi cabaran berani / yakin 71 Rela mengorbankan masa dan tenaga dedikasi 72 Melakukan tanpa mengharapkan balasan ikhlas 73 Bersatu padu dalam hidup bermasyarakat kerjasama / bermuafakat 74 Percaya akan kebolehan diri sendiri yakin 75 Menjaga perlakuan / pertuturan hemah tinggi 76 Bersepakat dalam menjalankan sesuatu pekerjaan bermuafakat 77 Mengambil berat keperluan dan perasaan orang lain bertimbang rasa / bertolak ansur 78 Mencipta sesuatu dengan bahan terbuang kreatif / yakin / berani mencuba 79 Mengutamakan golongan orang tua / kanak- kanak kasih sayang / baik hati / hemah tinggi 80 Tidak meninggikan suara apabila bercakap hemah tinggi / sopan
  8. 8. 81 Menghadiri kenduri di kawasan tempat tinggal semangat kejiranan / peka 82 Menolong ibu menghidangkan makanan rajin / baik hati 83 Membeli barang yang perlu sahaja berjimat cermat 84 Belajar mengikut jadual yang dibuat sendiri berdisiplin / menepati masa 85 Datang awal ke sekolah menepati masa 86 Merawat binatang yang cedera prihatin / baik hati / cepat bertindak 87 Menolong kawan yang pernah menolong kita setia kawan 88 Berhenti apabila lampu isyarat merah menyala patuh 89 Ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading berwawasan tinggi 90 Minum air lapan gelas sehari mementingkan kesihatan 91 Memeriksa keadaan kereta sebelum memandu cermat / teliti / tanggungjawab 92 Membalut buku-buku teks sendiri berdikari 93 Melakukan kerja tanpa mengharap balasan ikhlas 94 Memberi baki wang yang terlebih dipulangkan jujur 95 Menerima kekalahan pasukan semangat kesukanan 96 Tidak merungut menghadapi dugaan hidup tabah / cekal 97 Menyesali kesalahan yang pernah dibuat insaf 98 Menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah aktif 99 Mengadakan sambutan Hari Guru / Hari Ibu / Hari Bapa menghargai / mengenang jasa 100 Menanam pokok bunga pada waktu lapang menghargai masa 101 Menbelek-belek baju yang hendak dibeli teliti 102 Mengemas tempat tidur apabila bangun berdikari
  9. 9. 103 Merindui keluarga yang jauh di kampung kasih sayang 104 Mendengar dan mengikuti arahan guru / ibu bapa patuh / akur 105 Menjalankan tugas mengikut jadual tugasan amanah / tanggungjawab 106 Hampir terjatuh keran hendak cepat berhati-hati 107 Memberi perangsang kepada murid-murid tanggungjawab 108 Segera meminta maaf hemah tinggi 109 Segera berlari untuk mendapatkan pertolongan cepat bertindak 110 Berjanji tidak akan mengulangi kesalahan lagi insaf 111 Bersalaman dengan datuk dan nenek menghormati 112 Makan makanan yang tidak berkhasiat mementingkan kesihatan 113 Berazam untuk mengubah kehidupan keluarga berwawasan tinggi 114 Sanggup mengajar dengan percuma ikhlas 115 Menegur rakan yang berbuat salah berani 116 Berjumpa guru jika ada masalah dalam pelajaran berani 117 Berdoa agar rakan cepat sembuh setia kawan / kasih sayang / prihatin 118 Memberi cenderamata kepada penceramah menghargai 119 Kagum akan keindahan alam cinta akan alam sekitar / bersyukur 120 Memberi tempat duduk kepada wanita mengandung baik hati / bertimbang rasa 121 Merayau-rayau di pusat membeli-belah menghargai masa 122 Memandu tanpa lesen patuh 123 Membuang sampah ke dalam sungai tanggungjawab
  10. 10. 124 Membaca novel sementara menunggu ibu bapa rajin / menghargai masa 125 Menolong ayah berkebun pada hujung minggu rajin / kasih sayang 126 Menyusun buku-buku di rak yang telah disediakan berdisiplin 127 Membeli buku di pameran buku mencintai ilmu 128 Berhati-hati semasa menggunting kertas teliti 129 Membeli barang dengan wang simpanan sendiri berdikari 130 Menyertai perarakan Hari Kebangsaan patriotisme 131 Tidak melayari laman web yang tidak beretika rasional 132 Bersama-sama melakukan kerja kerjasama 133 Jangan cepat memberi hukuman adil / rasional 134 Hidup sepakat membawa berkat bermuafakat / toleransi 135 Tidak memilih rupa atau pangkat rasional / adil 136 Bersaing-saing ketika berbasikal di jalan raya berhati-hati / patuh 137 Berderma kepada mereka yang memerlukan baik hati 138 Menutup suis lampu bilik ketika keluar berjimat cermat 139 Ketua kampung juga turut membantu kami tanggungjawab 140 Berebut-rebut menaiki bas berdisiplin 141 Menghisap rokok hingga menyebabkan rakan terbatuk bertimbang rasa / peka 142 Leka menonton televisyen dan tidak menyiapkan kerja sekolah menghargai masa 143 Bangun lewat kerana mononton televisyen hingga larut malam menghargai masa / menepati masa 144 Terima kasih cikgu, kerana membimbing saya selama ini bersyukur / mengenang jasa
  11. 11. 145 Berlatih bersungguh-sungguh sebelum menyertai acara larian tekun / tanggungjawab 146 Memberi kata-kata semangat kepada rakan yang menyertai pertandingan setia kawan 147 Bergotong-royong membersihkan kawasan rekreasi kerjasama / mementingkan kebersihan 148 Memastikan pintu dan tingkap sudah dikunci sebelum meninggalkan rumah berhati-hati 149 Sekolah kami telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan semangat patriotisme 150 Kami bertafakur untuk mengingati para pejuang negara yang telah terkorban mengenang jasa C. CONTOH PETIKAN BAHAGIAN C PETIKAN 1 Setiap pagi, Aidil pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi.Dia ingin cepat sampai di sekolah kerana hendak bermain dengan kawan-kawannya.Oleh sebab mahu cepat, dia selalu tidak bersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan sarapan kegemarannya, nasi lemak.Ibunya selalu menasihati Aidil supaya makan dulu sebelum ke sekolah.Ibunya juga memberitahu kesannya jika tidak bersarapan pagi. Walaupun begitu, Aidil tidak memperdulikannya.Selain tidak bersarapan pagi, Aidil juga selalu tidak makan pada waktu rehat. Dia menghabiskan masa rehat itu dengan bermain.Pada suatu hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani, Aidil pengsan. Doktor mengesahkan Aidil mengalami gastrik.Sejak peristiwa itu, Aidil menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi dan makan mengikut waktu. PETIKAN 2
  12. 12. Azim sedang leka menonton televisyen.Ibunya datang lalu menyuruhnya segera masuk tidur kerana hari sudah lewat malam.Ibu tidak mahu Azim terlewat ke sekolah. Azim segera mematikan suis televisyen. Namun begitu, sebaik sahaja ibunya masuk ke bilik, Azim secara senyap-senyap kembali menonton televisyen.Azim tidak mahu terlepas peluang menyaksikan rancangan gusti yang memang menjadi kegemarannya.Keesokannya, Azim terasa amat berat untuk bangun.Sudah dua kali ibu Azim mengejutkannya, namun Azim masih terus berselimut. Azim tersentak apabila matanya terpandang jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Azim bingkas bangun lalu tergesa-gesa bersiap. Dia hampir-hampir tersungkur apabila kakinya terlanggar bucu katil.Sampai di sekolah, loceng sudah lama berbunyi. Azim ternampak seorang pengawas dengan buku catatan di tangannya.Azim memasamkan mukanya apabila pengawas mencatat namanya. Kali ini tentu dia akan didenda lagi. PETIKAN 3 Ayah Saiful telah meninggal dunia.Sejak itu, kehidupan Saiful bersama ibu dan dua orang adiknya bergantung kepada usaha mereka.Walaupun hidup serba kepayahan, Saiful dan adik-adiknya sentiasa tenang dan tabah. Saiful sentiasa membantu ibunya melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.Setiap hari, selepas balik dari sekolah, Saiful akan membantu ibunya menjual kiuh-muih di warung tidak jauh dari rumah mereka. Walaupun kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja, Saiful tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai murid.Dia sentiasa cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa menerima pelbagai bantuan daripada rakan, guru dan persatuan bagi membantu membiayai perbelanjaan persekolahannya. Malah Saiful sering menjadi contoh oleh guru-guru kerana dia adalah murid cemerlang di sekolah.Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa memberikan bimbingan kepada adik-adiknya dalam pelajaran. Saiful mahu memastikan adik-adiknya juga cemerlang sepertinya. PETIKAN 4
  13. 13. Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar.Dia dilanggar oleh sebuah motosikal ketika hendak melintas jalan.Kaki kirinya patah.Banyak orang menyaksikan kemalangan itu termasuk rakannya Amin.Amin berlari ke pondok telefon.Dia menelefon polis dan ambulans.Hamid dibawa ke hospital.Penunggang motosikal itu pula membuat laporan polis.Doktor dan jururawat merawat Hamid.Kakinya yang patah terpaksa disimen.Dia terpaksa tinggal di hospital selama dua minggu.Dia tidak dapat pergi ke sekolah.Hamid menyesal kerana terburu-buru ketika hendak melintas jalan.Dia sepatutnya menggunakan jejantas ataupun lintasan pejalan kaki apabila melintas jalan.Selepas kejadian pada hari tersebut, Hamid sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya.Dia tidak mahu kemalangan yang menimpanya berulang. PETIKAN 5 Di Asia, Nordin Jadi terkenal sebagai juara acara lumba lari 400 meter. Di Malaysia, beliau terkenal sebagai pelari terpantas. Begitulah kejayaan yang dicapai oleh Nordin Jadi dalam bidang olahraga.Minatnya dalam bidang olahraga bermula sejak sekolah rendah lagi.Beliau mendapat galakan daripada guru-gurunya di Sekolah Kebangsaan Paya Mas, Tangkak.Kemudian Nordin melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tun Mamat, Tangkak.Ketika itu beliau berlatih dengan tekun dan gigih.Beliau mempunyai keyakinan bahawa usaha yang tekun dan gigih pasti memperoleh kejayaan.Kegigihan beliau telah mendapat perhatian pegawa-pegawai sukan.Beliau telah dipilih mewakili negara ke Kejohanan Sukan Sekolah Asean. Penglibatan beliau dalam bidang olahraga telah mengharumkan nama negara di seluruh Asia. Kejayaan yang diperoleh tidak menjadikan Nordin jadi lupa daratan. Beliau masih tekun berlatih dan sentiasa mendengar nasihat jurulatih walaupun sudah bergelar juara PETIKAN 6 Rizal dan Hafiz berjalan ke pondok telefon untuk membuat panggilan kepada rakan mereka.Malangnya apabila mereka tiba di situ, mereka berasa hampa kerana telefon di pondok itu telah rosak.Di dinding pondok telefon itu juga
  14. 14. terdapat beberapa kesan contengan.Mereka dapat mengagak perbuatan itu dilakukan oleh beberapa orang budak nakal yang tidak bertanggungjawab. Mereka berdua pernah terlihat beberapa orang budak nakal yang bermain-main di situ ketika mereka pulang dari sekolah.Mereka berdua bercadang untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa. Mereka berharap setelah laporan itu dibuat, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada budak-budak yang tidak bertanggungjawab itu. Kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan sepatutnya dijaga oleh semua golongan untuk kemudahan semua penduduk PETIKAN 7 Taman Seri Murni merupakan taman yang terkenal di daerah ini. Taman ini terkenal kerana kebersihan dan aktiviti-aktiviti yang diadakan.Walaupun penduduknya terdiri daripada berbilang kaum namun mereka sentiasa bersatu padu.Mereka hidup dengan harmoni. Setiap dua bulan, mereka akan turun ke taman tersebut untuk membersihkan kawasan taman itu. Mereka membersihkan longkang-longkang supaya pengaliran air tidak tersekat.Air yang tersekat boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Aktiviti yang mereka lakukan dapat mengatasi masalah kekotoran taman, mereka juga dapat mengenali jiran setaman. Aktiviti senam robik diadakan setiap hari Ahad.Dengan senaman ini kesihatan penduduk terjamin.Setiap bulan pula diadakan pemeriksaan kesihatan percuma oleh dua orang doktor yang mempunyai klinik di situ. Pemeriksaan kesihatan ini merupakan satu cara mereka menabur bakti kepada penduduk setempat PETIKAN 8 Izmir seisi keluarga pulang ke kampung mereka di Kuala Kangsar, Perak.Dia pulang dengan menaiki kereta.Sebelum memulakan perjalanan, terlebih dahulu ayah Izmir memeriksa keadaan keretanya.Setelah pasti semuanyaberada dalam keadaan selamat, mereka pun memulakan perjalanan. Di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, Izmir terpukaumelihat keindahan Banjaran Titiwangsa yang melatari pemandangan.
  15. 15. Selepaslebih tiga jam di perjalanan, merekapun sampai di kampung mereka. Izmirbersalaman dengan neneknya sambil menghulurkan buah tangan yangdibawanya PETIKAN 9 “Kau bacalah buku Ah Long, jangan asyik menonton televisyen saja . Peperiksaan dah semakin hampir. Kau tak nak berjaya ke macam anak Mak Cik Melah jiran kita tu,” rungut Puan Swee Mooi pada anaknya.“Alah mak ni, bisinglah. Tahulah saya nak baca buku.” Saban hari begitulah sikap Ah Long. Penat menonton dia berbasikal merayau-rayau bersama kawan-kawannya. Senja baru dia pulang. Nasihat ibu langsung tidak dihiraukannya. Suatu petang, Ah Long diajak berlumba. Dia yang pantang dicabar menyahut ajakan kawannya itu. Ah Long mengayuh basikal dengan lajunya.Malang tidak berbau. Ah Long hilang kawalan apabila terlanggar seekoranjing yang melintas secara tiba-tiba. “Makkkk ........!” ”Anak encik perlu menjalani beberapa ujian kerana otaknya mengalami sedikit gegaran akibatterhentak pada batang pokok semasa kemalangan itu. Dia akan sedar sedikithari lagi. Sama-samalah kita berdoa,” pujuk doktor muda itu kepada Puan SweeMooi sekeluarga. Air mata Puan Swee Mooi mengalir laju. PETIKAN 10 Pergi ke pasar bersama Cik Zaitun, Hendak membeli si ikan parang; Hidup mesti bersopan santun, Supaya kita tidak dibenci orang. Dayung sampan ke Tasik Cini , Peluh mengalir nampak di dahi;
  16. 16. Perkara baik kita teladani, Yang buruk kita jauhi. Nanas ditanam di tepi paya, Lalu dijual di pinggir kota; Rajin berusaha pasti berjaya, Malas bekerja membawa derita. Bunga kiambang sungguh menawan, Kembang mekar di pagi hari; Kalau dapat mengapai awan, Jangan pula meninggi diri. Buah labu si buah kundur, Banyak tumbuh di Pulau; Perahu terlajak boleh diundur Terlajak kata membawa padah. D.CONTOH SOALAN BAHAGIAN C Nama :………………………….. Tarikh:……………. Tahun:…………………… Arahan:Tulis lima nilai berdasarkan petikan di bawah.Berikan contoh yang sesuai berdasarkan petikan tersebut.Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi
  17. 17. 50patah perkataan.Tulis jawapan dalam satu perenggan sahaja. Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya.Tiba-tiba dia dihampiri seorang pengemis.Pengemis itu meminta wang daripada Aminah.Aminah telah memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu.Pengemis itu mengucapkan terima kasih sebelum pergi.Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur sebelum menaiki bas.Dia memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun 2 membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan. Jawapan: ---------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------------------------------------------------------------------------------------
  18. 18. ---------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------- Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook 1 comment: 1. Azmee Abdullah12 December 2012 18:33 Satu lagi hasil kerja yang cukup baik bagi penambahbaikan pencapaian murid.Tahniah dan teruskan usaha murni ini. Reply Load more... Home Subscribe to: Posts (Atom)
  19. 19. You are honoured to do this Total Pageviews 2528 TENTANG SAYA Faridah Doya View my complete profile Blog Archive ► 2012 (6) HALAMAN BLOG HALAMAN UTAMA NOTA DAN LATIHAN TATABAHASA KOLEKSI SOALAN PEMAHAMAN UPSR VIDEO UNTUK PENGAJARAN BM PANDUAN PENGAJARAN BM GALERI HASIL KERJA SAYA SUDUT PUISI MELAYU GAMBAR AKTIVITI SEKOLAH KAJIAN TINDAKAN PENULISAN BM TH 5 PENULISAN BM TAHAP 2-BAHAGIAN C KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HIMPUNAN MUTIARA KATA
  20. 20. PENULISAN BM THP 2 - BAHAGIAN B PERIBAHASA SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.. NAMA :FARIDAH DOYA . NO.MATRIK UPSI :D20112053010 KUMPULAN :EL N03 PENSYARAH:EN.RASYIDI B.JOHAN TEMPAT BERTUGAS:SK ASTANA RAJA,KOTA,NS Fokus Pengisian Blog: Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,Tahap 2 BUAT PENGUNJUNG BLOG... Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Terima kasih dan sekalung penghargaan buat semua yang terlibat dalam membantu saya membangunkan blog ini untuk kerja kursus KRT 3013 (Teknologi Maklumat)...suami,anak-anak dan rakan-rakan..Jasa anda semua tidak mungkin dapat saya lupakan.. Kepada pengunjung-pengunjung blog.. Terima kasih kerana sudi melayari blog,menjadi pengikut,memberi idea untuk penambahbaikan dan memberi komen yang membina untuk blog saya yang tak seberapa ini..Ini saja yang mampu saya siapkan buat masa ini.. Saya benar-benar bersyukur kerana berpeluang mempelajari dan membangunkan blog sendiri melalui kerja kursus ini..Walaupun dalam proses belajar saya akan cuba sebaik mungkin.Saya juga berhasrat meneruskan blog ini untuk manfaat semua terutama untuk diri saya sendiri. Semoga blog ini menjadi wadah perkongsian maklumat dan percambahan ilmu buat semua.. Harapan saya kalian terhibur dengan pengisian blog ini... Terima kasih.. PENGIKUT SETIA..
  21. 21. Cuteki ecards */ Cuteki gadgets layout Gema Bahasa on Facebook Picture Window template.Powered by Blogger.

×