SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
Download to read offline
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
1
1. PENGENALAN
Kesihatan mempunyai makna yang berbeza-beza bagi individu yang berlainan.
Ia sering ditakrifkan sebagai "ketiadaan penyakit" yang membawa erti bahawa jika
seseorang itu tidak mengalami apa-apa kecederaan, kekecewaan, atau penyakit pada
satu-satu masa tertentu, maka dia akan berpendapat bahawa dirinya sihat. Takrifan
ini, walaupun biasa digunakan, tidak menggambarkan maksud kesihatan secara
menyeluruh.
Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998).
Takrifan kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukakan oleh Persatuan
Kesihatan Sedunia sebagai "Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan
sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau
kelemahan". Di sini, kesihatan terbentuk hasil dari satu keadaan keseimbangan di
antara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya.
Keseimbangan ini juga membolehkan individu tersebut berfungsi dengan baik.
Berkaitan dengan takrifan ini, individu yang sihat dilihat sebagai individu yang
bercirikan kesempurnaan anatomi, berkeupayaan menjalankan tanggungjawab
keluarga, kerja dan komuniti serta bebas dari risiko penyakit dan kematian yang
mengejutkan.
Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997:4). Dari sejarah yang telah
dicatatkan, ahli falsafah dan pakar kesihatan telah memerhatikan bahawa aktiviti
fizikal yang berterusan merupakan bahagian utama dalam kesihatan hidup. Ahli
falsafah 'Hippocrates' pernah mengatakan bahawa "Makanan sahaja tidak akan
menyihatkan seseorang; dia perlu bersenam. Untuk makanan dan senaman, walaupun
mempunyai kualiti yang berbeza, namun saling bergandingan ke arah kesihatan. Dan
adalah perlu, untuk memilik kekuatan senaman (cergas), sama ada secara semulajadi
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
2
ataupun buatan, mengetahui yang mana satu dapat menambahkan isi saiz otot dan
yang mana satu mengurangkannya; dan bukan hanya itu malah pembahagiaan
senaman dan makanan adalah berbeza terhadap seseorang pesakit, umur individu,
jantina dan sebagainya."
Saban hari kita membuat pilihan melakukan aktiviti yang sama ada
meningkatkan atau mengurangkan tahap kesihatan yang ada sekarang. Walaupun
setiap orang menginginkan suatu kehidupan yang sihat, berkualiti, namun bukan
setiap orang secara sukarelanya akan membuat perubahan gaya hidup yang diperlukan
untuk meningkatkan kesihatan. Walau bagaimanapun, anda mungkin merupakan
antara mereka yang cuba untuk memperolehi gaya hidup yang lebih sihat ini.
Peningkatan konsep kesihatan ini akan menunjukkan tingkahlaku gaya hidup yang
lebih sihat dan positif yang dapat mempengaruhi kesihatan, kualiti dan kesejahteraan
hidup kita.
Tidak kira di mana tahap kesihatan anda, terdapat banyak pilihan corak
tingkahlaku yang dapat anda lakukan menuju ke arah kesihatan dan kualiti hidup yang
lebih baik, tetapi hanya diri anda dapat menentukan pilihan anda. Pilih dengan bijak
dan menikmati pilihan tersebut.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
3
2. KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN
Kesihatan mempunyai pelbagai cabang, kualiti dinamik menceritakan
bagaimana sihatnya anda dan berkemampuan untuk berfungsi setiap masa dan di
mana juga. Menjadi lebih sihat adalah lebih penting daripada tidak menjadi sakit.
Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional
dan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan yang memuaskan dan
produktif. Kesihatan yang optimum boleh diukur dengan berfungsi pada tahap yang
tinggi, sentiasa mempunyai tingkahlaku yang positif, hidup yang menggembirakan
dan mempunyai rasa harmoni dengan alam dan kemanusiaan.
Kesihatan sentiasa mengubah kualiti kehidupan. Kesihatan kita boleh berubah
dari hari ke hari, minggu ke seminggu melalui perubahan dalam minda, tubuh, nilai,
sikap, kepercayaan, kebiasaan dan perangai.
Kesejahteraan ialah petanda kepada kesihatan yang optimum. Keseronokan
dan pendekatan yang positif kepada gaya hidup akan membawa kepada kesejahteraan
hidup pada tahap tinggi. Kontinum ini penting untuk meningkatkan perkembangan
dalam semua aspek kehidupan. Fokus kepada tanggungjawab kendiri, pengisian
kendiri dan kualiti hidup yang lebih baik. Konsep kesejahteraan ialah
memperkayakan sikap ke arah kesihatan yang akan menolong mengurangkan faktor
potensi risiko penyakit dan meningkatkan kesejahteraan.
2.1. Tujuan Utama Mencapai Kesihatan Optimum
i. Menikmati hidup dengan lebih sempurna ('life to your years').
ii. Panjang umur ('years to your life').
iii. Minda, tubuh dan rohani yang sihat.
iv. Meningkatkan keyakinan diri.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
4
v. Lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan yang sempurna.
vi. Lebih ceria dan periang.
vii. Tingkahlaku positif.
viii. Kurang risiko penyakit.
ix. Antibodi yang kuat untuk melawan serangan penyakit berjangkit.
x. Boleh mengawal diri tanpa bergantung kepada orang lain.
xi. Mengurangkan kos rawatan.
xii. Perhubungan sosial yang sihat.
xiii. Meningkatkan kepekaan terhadap peranan persekitaran.
xiv. Berperanan dengan efektif sebagai pelajar atau pekerja.
xv. Lebih berpeluang mencapai kejayaan dalam hidup.
xvi. Lebih berpeluang mengecapi setiap detik dalam hidup dan pengalaman.
Kesihatan dan kesejahteraan mempunyai hubungan yang sangat rapat. Ia dapat
digambarkan dalam tiga keadaan iaitu berjalan ke belakang, berdiri statik dan berjalan
ke hadapan. Contohnya, mendapat penyakit adalah seperti berjalan ke belakang.
Tidak sakit tetapi tidak merasa sejahtera adalah seperti seseorang berdiri statik dan
menjadi sihat secara keseluruhan adalah seperti seseorang yang berjalan ke hadapan
dan bila sikap serta akhlak lebih sihat, anda berjalan dengan pantas ke arah kesihatan
yang optimum atau kesejahteraan.
Kebanyakan orang di Amerika lebih senang berada dalam keadaan neutral,
tidak sakit atau sihat. Kontinum sejahtera dan sakit (merujuk rajah 1), menunjukkan
bahawa kesejateraan atau kesihatan optimum adalah tahap tertinggi kebolehan
manusia berfungsi. Penghujung kontinum satu lagi menunjukkan kehilangan fungsi
manusia iaitu kematian. Di mana anda sekarang? Letakkan titik di mana anda berada
sekarang dan letakkan titik di mana anda berada 5 tahun dahulu, ke manakah arah
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
5
gaya hidup anda? Adakah pilihan anda membawa ke arah yang lebih sihat atau
sebaliknya?
I have never felt better Optimum Health (Wellness)
I feel great Excellent Health
I feel good Good Health
I feel fine Above-Average Health
I feel OK Neutral
I don't feel so good Minor Illness
I feel rotten Major Illness
I have never felt worse Critical Illness
Death
Rajah 1 : Kontinum sejahtera dan sakit ('The Wellness-Illness Continuum')
Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998).
Fitness And Wellness Strategies - 2nd
edition. USA. WCB/McGraw-Hill.
2.2. Perkaitan Antara Aktiviti Fizikal Dan Kesihatan
Edward et. al. (1997). Sejak tahun 1940an, perintis seperti T.K. Cureton,
Bruno Balke dan Peter Karpovich telah menjalankan beberapa ujikaji berkaitan
dengan kesan senaman berterusan ke atas komponen-komponen kecergasan,
terutamanya kecergasan kardiorespirasi dan komposisi badan. Kajian ACSM
(American College of Sports Medicine) pada tahun 1978 dapat menunjukkan
keperluan yang perlu ada untuk membuat perubahan dalam masa beberapa bulan.
Individu dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan masalah kesihatan yang lain
dengan hanya melakukan aktiviti ringan ke sederhana selama 30 minit setiap hari
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
6
dalam seminggu. Kecergasan tambahan boleh diperolehi dengan melakukan aktiviti
bertenaga tinggi dalam masa 3 hingga 5 hari seminggu.
Dengan itu, gaya hidup yang aktif anda akan dapat meningkatkan kualiti
hidup. Penambahan aktiviti fizikal pada kadar yang rendah ke sederhana akan dapat
mengurangkan risiko sakit jantung. Aktiviti bertenaga lebih tinggi akan dapat
meningkatkan kecergasan kardiorespirasi seseorang.
Edward et. al. (1997:5). 'An active lifestyle enhances the quality of life. An
increase in total physical activity at low to moderate intensities is associated with a
decrease in the risk of heart disease. Regular vigorous physical activity increases
cardiorespiratory fitness'.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
7
3. KOMPONEN-KOMPONEN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN
Lon Seiger et. al. (1998). Untuk menikmati gaya hidup yang sihat, banyak
komponen kesejahteraan perlu digunakan bersama. Kedudukan anda dalam
'kontinum sejahtera dan sakit' banyak bergantung kepada pilihan aktiviti kesihatan
harian yang anda buat. Ia dipengaruhi oleh tahap kesihatan anda dalam setiap
komponen kesihatan berikut: psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional dan
persekitaran. Kejayaan kesihatan optimum berkaitan dengan sejauh mana baiknya
anda dalam tiap-tiap komponen yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Rajah 2 : Komponen Kesihatan dan Kesejahteraan
Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998).
Fitness And Wellness Strategies - 2nd
edition. USA. WCB/McGraw-Hill.
Persekitaran Rohani
Kesejahteraan
Vokasional
Fizikal
Sosial
Psikologi
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
8
3.1. Psikologi
Kesejahteraan psikologi adalah kombinasi aspek emosi dan mental. Ia
bukanlah keadaan yang statik tetapi dinamik dan berubah dari hari ke sehari.
Kita akan merasakan hari yang baik, hari yang buruk dan hari yang biasa.
Tiada siapa yang boleh mengawal secara keseluruhan emosi seseorang (kegembiraan,
kesedihan, ketakutan, marah, malu, kesunyian, salah). Walau bagaimanapun, orang
yang mempunyai emosi yang sihat berupaya untuk mengekalkan keseimbangan
psikologi dan tahu bila untuk meluahkan emosi dengan tepat dan selesa. Mereka juga
dapat menunjukkan hormat dan minat pada yang lain. Dalam menghadapi keadaan
emosi yang tidak stabil, mereka boleh mendapatkan pertolongan dari golongan yang
profesional atau mendapat sokongan dari kumpulan tertentu.
Sekiranya keadaan mental sihat, anda boleh mencapai realiti kehidupan,
tindakbalas positif terhadap perubahan hidup dan dengan cara yang sihat untuk
mengendalikan ketegangan serta masalah peribadi dan juga anda percaya pada
pembelajaran seumur hidup. Untuk memenuhi keperluan intelektual, anda
menjadikan minda anda aktif dan ingin tahu, sentiasa berkeinginan untuk belajar dari
semua pengalaman hidup.
3.2. Rohani
Rohani yang sihat adalah rasa positif tentang matlamat dan makna dalam
kehidupan. Anda boleh menggunakan agama, falsafah, kepercayaan, nilai, kesetiaan,
prinsip, moral atau etika untuk menerangkannya. Dengan mengetahui tujuan hidup
dan lebih selesa untuk menyatakan sayang, kegembiraan, keamanan dan memenuhi
keperluan diri adalah bahagian-bahagian rohani yang sihat. Ia juga meliputi sikap
menolong diri sendiri dan orang lain dalam mencapai potensi maksimum.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
9
Kesihatan rohani juga merupakan jalinan perasaan dalaman pada diri sendiri,
kepentingan orang lain dan alam sekeliling. Akhir sekali kerohanian anda juga
termasuklah memberikan harapan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingin dan
menghargai alam sekitar.
3.3. Fizikal
Kesihatan fizikal termasuklah cergas dari segi fizikal, amalan pemakanan yang
berkhasiat dan mendapat rehat dan tidur yang cukup. Amalan seks serta penggunaan
dadah dan alkohol memainkan peranan penting dalam komponen kesejahteraan ini.
Kesejahteraan fizikal meliputi kesedaran diri dan penjagaan aspek fizikal sendiri,
yang meliputi ujian kendiri secara tetap dan berterusan, pemeriksaan perubatan,
pemulihan kecederaan dan penyakit, penggunaan ubat yang betul dan mengambil
langkah yang betul bila ditimpa penyakit.
3.4. Sosial
Kesejahteraan sosial bermaksud mendapat kepuasan, kepercayaan dalam
perhubungan dan interaksi yang baik dengan orang lain. Ini juga meliputi sikap yang
adil serta mengambil berat dan menghargai perbezaan pada semua orang. Adalah
dicadangkan untuk mendapat kesejahteraan sosial, seseorang itu perlu mempunyai
hubungan yang baik dengan ahli keluarga, kawan dan orang lain agar boleh dihubungi
ketika keadaan memerlukan. Orang yang sejahtera secara sosialnya, akan merasa
perhubungan sihat dalam masyarakat yang didiaminya.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
10
3.5. Vokasional
Kesejahteraan vokasional bermakna kepuasan di sekolah, kerja dan pada masa
lapang. Tanya diri anda sekarang, adakah apa yang anda buat sekarang dalam hidup
ini adalah merangsangkan, mencabar dan dihargai? Jika ya, anda mempunyai tahap
kesejahteraan vokasional yang tinggi. Jika tidak, mungkin anda perlu pertimbangkan
perubahan dengan mendapatkan latihan dalam bidang yang anda minati. Akhirnya
komponen vokasional termasuklah bekerja secara harmoni dengan yang lain untuk
mencapai matlamat.
3.6. Persekitaran
Manusia bergantung kepada udara, air dan sumber dari tanah untuk hidup.
Kesejahteraan alam sekitar merujuk kepada impak alam semulajadi terhadap
kesihatan. Ianya termasuk menghindar diri daripada melakukan sesuatu yang
membahayakan, seperti pencemaran udara yang boleh menjejaskan kesihatan.
Komponen ini termasuklah kepekaan terhadap alam sekitar ke arah memelihara bumi
menerusi empat 'R'; reducing, reusing, recycling, responsibility (mengurangkan,
menggunakan semula, mengitar semula, bertanggungjawab).
Edward et. al. (1997:6). "Total fitness is striving for the highest level of
existence, including mental, psychological, social, spiritual and physical components.
It is dynamic, multidimention, and related to heredity, environment and individual
interests".
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
11
4. KEPENTINGAN GAYA HIDUP KEPADA KESEJAHTERAAN
Gaya hidup anda memainkan peranan penting dalam kesejahteraan. Amalan
kesihatan anda merupakan tunjang yang penting dalam corak hidup anda. Pemilihan
corak kesihatan anda akan mengarahkan anda ke arah kesihatan ataupun penyakit.
Kesan pemilihan corak kesihatan akan dikumpulkan secara harian, mingguan, bulanan
dan tahunan. Penggumpulan secara positif akan mengarah ke arah kesihatan yang
optimum dan kehidupan yang berkualiti manakala pengumpulan secara negatif akan
mengakibatkan penyakit dan kematian awal.
Faktor-faktor lain yang mempengaruhi kesihatan selain dari gaya hidup ialah
genetik, penyakit, rawatan kesihatan, persekitaran fizikal serta psikologi. Namun
pakar kesihatan bersetuju bahawa gaya hidup merupakan faktor yang paling penting.
Lon Seiger et.al. (1998). Gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan
kematian awal. Pada sekitar tahun 1900an penyebab utama kematian di Amerika
Syarikat ialah penyakti berjangkit tetapi kini fenomena itu telah berubah. Ia lebih
berkaitan dengan gaya hidup. Beberapa strategi untuk menghalang dan
mengurangkan risiko kematian awal dibincangkan di bahagian ini adalah berdasarkan
kepercayaan ramai yang memulakan gaya hidup sihat hanya selepas didiagnosis
sebagai penyakit kanser, jantung atau kencing manis. Tetapi kini kepercayaan ramai
bahawa penyakit adalah punca utama kematian di Amerika Syarikat dan masih
berterusan.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
12
5. MENGHINDARI SEBAB-SEBAB UTAMA KEMATIAN
Lon Seiger et. al. (1998). Di Amerika Syarikat, ramai orang percaya bahawa
penyakit dan kemalangan tidak akan berlaku kepada mereka. Kepercayaan ini akan
membawa mereka ke arah punca utama kematian di Amerika. Penyebab utama
penyakit akan menyerang setiap orang tidak kira umur, jantina dan bangsa.
Penyebab utama untuk hidup lama dan bahagia adalah dengan mengurangkan faktor-
faktor risiko yang menjadi penyebab kepada penyakit dan kemalangan.
Bahagian ini adalah untuk menunjukkan strategi yang dapat merendahkan
risiko dari penyebab kematian masa kini. Gunakan strategi ini untuk mencapai suatu
kehidupan yang lebih menyeronokkan dan memenuhi kehendak kendiri dari segi
kesejahteraan, dan mengurangkan penyakit serta kesengsaraan.
Rajah 3 : Faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan
Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998).
Fitness And Wellness Strategies - 2nd
edition. USA. WCB/McGraw-Hill.
Pengaruh
Utama Yang
mempengaruhi
kesejahteraan.
Genetik
Persekitaran
Psikologi
Gaya
Hidup
Persekitaran
Fizikal Penyakit
Rawatan
Kesihatan
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
13
5.1. Penyakit Jantung
Faktor penyumbang
Tahap kolesterol tinggi, merokok, darah tinggi, kurang aktif secara fizikal.
Strategi untuk mengatasinya
1. Periksa kandungan lemak, termasuklah tahap kolesterol. Dapatkan rawatan jika
tidak normal.
2. Amalkan diet bersesuaian (lebihkan pengambilan fiber, buah-buahan dan sayur-
sayuran).
3. Hentikan penggunakan tembakau.
4. Periksa tekanan darah (rujuk doktor).
5. Amalkan gaya hidup aktif.
6. Kawal tahap lemak dalam badan dan berat badan.
5.2. Kanser
Faktor penyumbang
Tembakau, sinar ultra dan diet. Faktor lain termasuklah kegemukan, sinar - X
berlebihan, kadar estrogen tinggi, jisim kimia seperti asbestos.
Strategi untuk mengatasinya
1. Hentikan penggunaan tembakau.
2. Ambil lebih fiber, bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, kurangkan lemak dan
kolesterol.
3. Lindungi kulit dari radiasi ultra.
4. Kawal berat badan dan tahap lemak dalam badan.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
14
5.3. 'Strokes'
Faktor penyumbang
Darah tinggi, penyakit jantung, merokok, lebih sel darah merah dan serangan
angin ashma. Faktor lain termasuklah pengambilan alkohol berlebihan dan
kegemukan.
Strategi untuk mengatasinya
1. Amalkan diet tinggi dengan fiber, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Hentikan penggunaan tembakau.
3. Bersenam.
4. Kawal tahap tekanan darah (normal).
5.4. 'Obstructive Pulmonary Disease' (OPD).
Faktor penyumbang
Merokok dan udara tercemar.
Strategi untuk mengatasinya
1. Berhenti merokok.
2. Elakkan dari udara tercemar termasuklah asap rokok orang lain.
5.5. Kemalangan
Faktor penyumbang
Memandu dalam keadaan mabuk, secara merbahaya, tidak memakai tali
pinggang keledar.
Strategi untuk mengatasinya
1. Pandu dengan berhati-hati dan bertanggungjawab.
2. Jangan pandu dalam keadaan mabuk.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
15
3. Jangan memandu dengan orang yang dibawah pengaruh alkohol.
4. Sentiasa memakai tali pinggang keledar.
5.6. 'Pneumonia/Influenza'
Faktor penyumbang pneumonia
Bakteria, virus, benda asing (asap) dalam paru-paru.
Strategi untuk mengatasi pneumonia
Dapatkan suntikan vaksin untuk yang pernah alami pneumonia, kurang daya
tahan dan yang berumur lebih dari 50 tahun.
Strategi untuk merawat pneumonia
Cepat dapatkan nasihat doktor jika menunjukkan simptom seperti berikut :
batuk, deman panas 102°F atau lebih, sukar bernafas, menggigil, kahak kuning
kehijauan.
Faktor penyumbang Influenza
Virus Influenza A dan B, dipindahkan melalui batuk, bersin, ketawa dan
perbualan.
Strategi untuk mengatasi Influenza
1. Amalkan gaya hidup sihat.
2. Jangan berkongsi makanan atau minuman dengan pesakit.
3. Basuh tangan dengan air suam dan sabun.
4. Jauhkan diri dari orang yang bersin dan batuk.
Strategi untuk merawat Influenza
Ubat antivirus boleh mengurangkan kesakitan jika diambil dalam tempoh 3
hari berdasarkan simptom berikut : demam, sakit kepala, sakit badan, lemah, letih,
hidung tersumbat, bersin, sakit tekak, dada kurang selesa dan batuk.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
16
5.7. Kencing Manis
Faktor penyumbang
Kegemukkan dan diet.
Strategi untuk mengatasinya
1. Amalkan diet yang sihat.
2. Amalkan program kesihatan fizikal.
3. Ambil ubat jika perlu.
4. Kawal berat badan dan tahap lemak.
5.8. Jangkitan 'HIV' atau 'AIDS'
Faktor Penyumbang
Seks bebas, jarum tercemar dengan HIV, darah yang tercemar dan ibu kepada
anak.
Strategi untuk mengatasinya
1. Mengawal nafsu.
2. Berhubung dengan pasangan yang bebas HIV.
3. Jangan gunakan dadah suntikan.
4. Periksa darah sebelum mendermakannya atau menjalani pembedahan.
5. Pasangan perlu mendapatkan rawatan antibodi AIDS sebelum memulakan
keluarga.
5.9. Bunuh Diri
Faktor penyumbang
Tiada harapan, rasa lemah, pernah mencuba bunuh diri dan tertipu dengan
memberikan barangan berharga kepada orang lain.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
17
Strategi untuk mengatasinya
1. Akui tahap kesihatan yang lemah.
2. Dapatkan bantuan keluarga, kawan, guru dan pakar profesional.
3. Ambil ubat, jika perlu.
4. Jangan putus asa, masa depan akan lebih cerah.
5.10. Penyakit Hati Yang Kronik
Faktor penyumbang
Pengambilan alkohol yang berlebihan.
Strategi untuk mengatasinya
1. Hentikan pengambilan alkohol.
2. Jika ketagih, kawal pengambilan alkohol.
5.11. Pembunuhan
Faktor penyumbang
Kemarahan, alkohol, menghabiskan masa di pusat-pusat hiburan, senjata
dalam simpanan dan berjalan seorang diri waktu malam atau di tempat sunyi.
Strategi untuk mengatasinya
1. Belajar seni mempertahankan diri.
2. Kawal kemarahan.
3. Peka dengan keadaan di sekeliling.
4. Tunjukkan keyakinan untuk elak dari diserang.
5. Cuba elakkan dari terlibat dalam apa-apa situasi, konfrantasi secara fizikal adalah
ikhtiar terakhir untuk menyelamatkan diri.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
18
6. Apabila berhadapan dengan seseorang yang sedang marah, cuba tenangkan
ketegangan dengan :
a. bertenang
b. kawal dengan renungan mata
c. elakkan dari bertelagah
d. kurangkan pergerakan
e. dengar dahulu penjelasan orang tersebut
f. fahami perasaan orang tersebut
g. cari jalan penyelesaian
7. Jika diserang oleh seseorang yang tidak bersenjata, menjerit, melarikan diri atau
melawan boleh memberikan peluang menyelamatkan diri.
8. Jika diserang oleh seseorang yang bersenjata, jangan ambil risiko kecuali terdesak.
9. Ikuti peraturan keselamatan asas :
a. Jangan buka pintu rumah kepada orang yang tidak dikenali
b. Elakkan berjalan seorang diri terutamanya pada waktu malam
c. Letak kereta di tempat terang
d. Kunci pintu kereta setiap masa
e. Jika kenderaan rosak, buka bonet, tunggu dalam kereta dan minta orang
yang berhenti menelefon saudara atau pihak polis.
5.12. Senaman Dan Jantung
Gerard et. al. (1996). Kecergasan seseorang dapat dipertingkatkan dengan
senaman yang berterusan tidak kira di mana tahap kecergasan dan umurnya. Terdapat
berbagai jenis senaman untuk meningkatkan kesihatan sistem kardiovaskular, ada
jenis senaman yang lebih sangat efektif, contohnya senaman aerobik atau aktiviti yang
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
19
melibatkan otot-otot besar badan dilakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit,
akan dapat meningkatkan keluaran kardiak ('Cardiac output') dan menambahkan
kadar metabolik seseorang, senaman 3 - 5 sesi seminggu, aktiviti aerobik ini adalah
disyorkan untuk memperbaiki kesihatan sistem kardiovaskular ini. Contoh-contoh
aktiviti aerobik ini adalah; berjalan, berlari, berbasikal, merentas desa dan berenang.
Bersenam akan dapat menambahkan keperluan oksigen pada otot-otot badan
samada keperluan oksigen ini dipenuhi atau tidak, bergantung kepada kecukupan
keluaran kardiak. Seseorang yang sihat akan dapat menambahkan keluaran kardiak
maksimanya dan meningkatkan kadar maksima penghantaran oksigen ke tisu-tisu.
Dengan itu meningkatkan juga penghantaran oksigen sebab peningkatan paras
hemoglobin dan otot-otot rangka badan menambahkan lagi jaringan kapilari darah
hasil dari latihan atau senaman jangka masa panjang.
Semasa melakukan aktiviti cergas, keluaran kardiak seseorang atlit akan
mencapai dua atau tiga kali ganda dari orang biasa sebab latihannya menyebabkan
hypertrofi (pembesaran) pada jantungnya. Walaupun jantung atlit adalah lebih besar,
namun keluaran kardiak rehat ('resting cardiac output') adalah lebih kurang sama
dengan orang biasa yang sihat dan tidak terlatih. Ini adalah disebabkan oleh
peningkatan isipadu stroke ('strock volume') manakala kadar nadi diperlahankan.
Kadar nadi rehat seorang atlit adalah hanya dengan 40-60 denyutan seminit sahaja.
Manfaat yang lebih dari kesan fizikal ini adalah peningkatan dalam
ketumpatan lipoprotain (HDL), pengurangan paras trigliserida dan peningkatan fungsi
paru-paru. Senaman juga menolong mengurangkan tekanan darah, kebimbangan dan
kesedihan; mengawal berat badan; dan meningkatkan keupayaan badan untuk
melarutkan gumpalan darah yang disebabkan oleh peningkatan aktiviti fibrinolitik
('fibrinolytic'). Senaman yang cergas akan menambahkan paras 'endorphins', ubat
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
20
tahan sakit semulajadi pada badan. Ini dapat menerangkan mengapa seseorang atlit
berasa 'high' secara psikologi dengan latihan yang cergas dilakukan serta keadaan
'low' yang mereka rasai apabila gagal mengikuti latihan yang biasa dijalankan.
Senaman juga menolong menjadikan tulang lebih kuat dan mungkin dapat merawat
penyakit 'osteoporosis'. Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa senaman juga
dapat melindungi individu dari penyakit kanser dan kencing manis ('diabetis').
5.13. Objektif Kesihatan Kebangsaan Tahun 2000
Dalam tahun 1990, matlamat kesihatan kebangsaan telah dirangka.
Berdasarkan laporan ini, terdapat 3 matlamat umum iaitu :
a. meningkatkan peratusan rakyat hidup sihat
b. mengurangkan ketidaksamaan kesihatan di kalangan rakyat
c. memastikan program pencegahan dinikmati oleh semua peringkat
Satu kad laporan bagi meneliti kemajuan kesihatan telah diwujudkan untuk
objektif tersebut. Walaupun mereka sedar dan mengamalkan diet serta gaya hidup
sihat, masih ramai yang mengalamai masalah kesihatan.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
21
6. STRATEGI UNTUK MENCAPAI KESEJAHTERAAN
Lon Seiger et. al. (1998). Untuk mencapai kesejahteraan hidup,
pertimbangkan lapan strategi yang penting seperti berikut :
6.1. Berakauntabiliti
Orang yang paling bertanggungjawab ke atas kesihatan diri anda ialah diri
anda sendiri, bukannya doktor anda, ibu bapa anda, kawan-kawan anda atau pasangan
anda. Sekiranya anda bersetuju bahawa andalah yang mengawal kesihatan diri anda
sendiri, anda akan lebih cenderung berubah ke arah gaya hidup yang positif.
6.2. Mengamalkan Sikap Yang Positif
Salah satu strategi untuk kesejahteraan adalah dengan mengamalkan sikap
yang positif pada diri anda, kesihatan anda dan kehidupan anda secara umumnya.
Apabila anda mengamalkan sikap yang positif dalam hidup, ia akan menjadikan
minda anda berfikiran positif setiap masa. Frasa berikut dari Charles Swindol akan
membolehkan anda bertanggungjawab terhadap sikap diri anda sepanjang hayat:
"The longer I live, the more I realize the impact of attitude on life. Attitude to
me is more important than facts. It is more important than the past, than education,
than money, than circumstances, than failures, than successes, than what other people
think or say or do. It is more important than appearance, giftedness, or skill…. . The
remarkable thing is we have a choice every day regarding the attitude we will
embrace for that day. We cannot change our past. We cannot change the fact that
people will act in a certain way. We cannot change the inevitable. The only thing we
can do is play on the one string we have, and that is our attitude. I am convinced that
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
22
life is 10% what happens to me and 90% how I react to it. As so it is with you….we
are in charge of our attitudes."
6.3. Membuat Perubahan Gaya Hidup
Apa gunanya pengetahuan kesihatan, jika tidak diaplikasikan dalam kehidupan
seharian? Mengetahui kepentingan bersenam dan berkeinginan menjadi cergas adalah
sikap terpuji? Walau bagaimanapun kalau tidak bertindak ke arah itu, apa yang akan
berlaku? Dengan membuat perubahan yang positif terhadap gaya hidup, anda akan
menikmati kesejahteraan hidup yang optimum.
6.4. Berusaha Kearah Keseimbangan
Mengekalkan darjah kesihatan yang sederhana pada keenam-enam komponen
kecergasan adalah lebih baik dari hanya bertumpu kepada beberapa komponen sahaja.
Contohnya, mereka yang menyalahgunakan alkohol dan dadah dalam majlis-majlis
tarian malam mungkin mempunyai hubungan sosial yang kuat tetapi pada masa yang
sama menjejaskan kesihatan fizikal mereka. Individu yang mempunyai keseimbangan
dalam kesihatan akan dapat menikmati kebaikan dari segala aspek kehidupan,
termasuklah sekolah, kerja, keluarga, rakan-rakan, sosial dan masa santaian.
6.5. Kepelbagaian
Kepelbagaian merupakan rempah dan perasa untuk menikmati kesejahteraan
hidup. Mengekalkan rutin yang sama, (aktiviti fizikal, makanan, kesihatan) akan
mengakibatkan kebosanan. Pada hakikatnya seseorang yang melibatkan diri dalam
aktiviti yang pelbagai akan membolehkannya menikmati hidup yang tidak
membosankan.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
23
6.6. Kesederhanaan
"Terlalu banyak perkara yang baik akan menyeronokkan". Adakah ini
kepercayaan anda? Sesuatu tingkahlaku yang menyeronokkan sehingga ke tahap
yang keterlaluan akan mengakibatkan keletihan dan masalah kesihatan. Contohnya,
senaman yang berlebihan akan mengakibatkan keletihan mental dan kecederaan.
Keterlaluan walaupun dari segi pemakanan yang berkhasiat, boleh mengakibatkan
penambahan kalori dan berat badan. Tingkah laku atau gaya hidup yang positif dan
dilakukan dalam kesederhanaan dapat mengekalkan keseronokkan kehidupan tanpa
menimbulkan masalah kesihatan yang tidak sepatutnya. Satu formula untuk dicontohi
adalah dengan belajar bersungguh-bersungguh, bermain bersungguh-sungguh dan
bekerja bersungguh-sungguh ('learn hard, play hard and work hard'). Ketiga-tiga
faktor tersebut mestilah seimbang tanpa mengutamakan atau mengabaikan mana-
mana satu.
6.7. Keceriaan dan Gaya Hidup
Adakah tersurat di mana-mana bahawa kehidupan seharusnya serius dan
mudah diramalkan? Kelucuan (berjenaka, bermain-main) telah dikenalpasti sebagai
dadah yang hanya akan mengakibatkan keseronokkan sebagai hasil sampingan.
Kuantiti kelucuan dan kelawakan yang sihat akan menambahkan keseronokkan pada
kehidupan seharian. Secara fizikal, kelucuan dan lawak itu boleh bertindak sebagai
senaman untuk otot-otot jantung; meningkatkan peredaran darah; menjadikan
seseorang itu lebih berwaspada; dan menghilangkan tekanan, stres, ketakutan dan
kesedihan. Kelucuan juga akan menjalin hubungan mesra semasa berkomunikasi.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
24
6.8. Gaya Tersendiri
Kehidupan dan kesihatan diri adalah milik anda. Oleh kerana andalah tuan
punya badan dan minda, anda boleh membuat keputusan tentang kesihatan anda.
Anda boleh merancang atau merangka program kesejahteraan yang paling sesuai demi
keperluan kesihatan dan minat anda. Apabila anda meletakkan kesihatan anda
sebagai pilihan paling utama, anda akan membuat pilihan aktiviti, yang mana, akan
menjauhkan diri anda dari penyakit dan menggalakkan kesejahteraan.
7. RUMUSAN
Lon Seiger et. al. (1998). "An ounce of prevention is worth much more than a
pound of cure." Bermaksud pencegahan adalah lebih baik daripada mengubatinya.
Katakanlah anda mempunyai seekor kucing yang mahal dan disayangi, untuk menjaga
kesihatannya anda akan memberikannya segala pencegahan dari penyakit yang
mungkin didapati: kasih sayang dan tumpuan yang begitu banyak, jumlah senaman
dan mainan yang mencukupi, pemakanan yang berkhasiat, tidur yang secukupnya,
rehat serta persekitaran yang positif. Dengan layanan diraja sebegini, kucing tersebut
pasti akan menikmati hidup yang sempurna. Begitu juga dengan diri anda, anda juga
patut menikmati penjagaan yang sebaiknya supaya anda dapat menikmati segala yang
ada di sekeliling anda. Melakukan segala perlakuan dengan potensi sepenuhnya akan
mengakibatkan kegembiraan, kepuasan dan kualiti hidup yang lebih baik.
Inilah masanya untuk berusaha kearah kesejahteraan hidup yang lebih baik.
Kenapa? Pertama, semakin awal menerima tingkahlaku yang berasaskan kesihatan,
maka semakin mudah ia diteruskan dalam rutin kehidupan seseorang. Kedua,
semakin lama seseorang itu meninggalkan gaya hidup yang sihat, semakin tinggi
risiko dijangkiti penyakit yang serius. Contohnya, penyakit jantung merupakan
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
25
penyebab utama kematian di Amerika dan negara kita. Walaupun serangan penyakit
jantung hanya berlaku dalam beberapa ketika sahaja tetapi faktor penyebabnya
berlaku dalam jangkamasa yang panjang. Pengkaji dari American Heart Association
dengan data terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kurang aktif akan
menjadi gemuk, orang dewasa yang kurang aktif akan dijangkiti penyakit arteri.
Walaupun remaja tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit kardiovaskular yang
nyata, mereka mungkin mengalami perubahan yang tidak sihat dalam arteri mereka.
Bermula dari umur pertengahan atau lebih lewat dari itu mungkin terlalu lewat untuk
menjana suatu kehidupan yang sihat. Jadi, kalau anda ingin menambahkan jangka
hayat anda yang panjang dan berkualiti mulalah bertindak sekarang.
Edward et. al. (1997:8). Matlamat utama kesihatan adalah mengelak dari
kematian awal dan penyakit yang boleh dicegah. Komponen-komponen berkaitan
dengan matlamat ini termasuklah keturunan, persekitaran, tabiat, dan status kesihatan.
Tingkahlaku yang memainkan peranan utama dalam kesihatan hidup adalah senaman
yang berterusan; pemakanan yang baik; rehat atau tidur yang mencukupi;
relaksasi/santaian; dan menjauhkan diri dari merokok, minuman beralkohol dan dadah
yang tidak bermanfaat.
Senaman atau aktiviti fizikal yang diamalkan selalu boleh meningkatkan
jangka hayat dan kualiti hidup seseorang. Ia juga membantu mencegah dan
mengawal penyakit jantung koronari, hipertensi (tekanan darah tinggi), diabetes
(kencing manis), dan berat badan. Banyak kajian epidemiologi telah menunjukkan di
kalangan orang yang sentiasa bersenam dan menjadikannya sebagai amalan biasa,
kadar kejadian dan kadar kematian yang berkaitan dengan penyakit jantung koronari
adalah lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak mengamalkan senaman.
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup
26
8. RUJUKAN
Rujukan Utama
Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Fitness And
Wellness Strategies - 2nd
edition. USA. WCB/McGraw-Hill.
Rujukan Tambahan
Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997). Health Fitness Instruktor's Hendbook -
3rd
ed. USA : Human Kinetics.
Gerard J. Tortora, Sandra Reynolds Grabowski, (1996). Principles of Anotomy and
Physiology - 8th
ed. New York : Harper Collins.
Dr. Mohd Nasir Mohd Taib dan Dr. Rokiah Mohd Yusof, (1996). Modul Gaya
Hidup Sihat. Kementerian Kesihatan Malaysia.

More Related Content

What's hot

Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanModul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanWan Suhaimi Wan Setapa
 
psikologi kesihatan
psikologi kesihatanpsikologi kesihatan
psikologi kesihatanziemaimuthy
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatanraniastudio
 
Definisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballardDefinisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballardTan Fen
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiSeptian Muna Barakati
 
Konsep kesihatan
Konsep kesihatanKonsep kesihatan
Konsep kesihatanJason Lam
 
Amalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihatAmalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihatnoor hasikim
 
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan KesihatanHBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan KesihatanTeacher Nasrah
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihatone piece
 
Makalah Kesehatan
Makalah KesehatanMakalah Kesehatan
Makalah KesehatanEqa Saputra
 
HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)
HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)
HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)Teacher Nasrah
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatSok Moi Lee
 
Panduan HKS 2013 (Draft)
Panduan HKS 2013 (Draft)Panduan HKS 2013 (Draft)
Panduan HKS 2013 (Draft)Irene Susilo
 

What's hot (16)

Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanModul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
 
psikologi kesihatan
psikologi kesihatanpsikologi kesihatan
psikologi kesihatan
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatan
 
Definisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballardDefinisi roda kesejahteraan ballard
Definisi roda kesejahteraan ballard
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Konsep kesihatan
Konsep kesihatanKonsep kesihatan
Konsep kesihatan
 
Amalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihatAmalan membentuk gaya hidup sihat
Amalan membentuk gaya hidup sihat
 
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan KesihatanHBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan
 
112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih112856675 perilaku-hidup-bersih
112856675 perilaku-hidup-bersih
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Makalah Kesehatan
Makalah KesehatanMakalah Kesehatan
Makalah Kesehatan
 
HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)
HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)
HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Panduan HKS 2013 (Draft)
Panduan HKS 2013 (Draft)Panduan HKS 2013 (Draft)
Panduan HKS 2013 (Draft)
 
Makalah pola hidup sehat
Makalah pola hidup sehatMakalah pola hidup sehat
Makalah pola hidup sehat
 

Viewers also liked

100865 cat e miro 20x30
100865 cat e miro 20x30100865 cat e miro 20x30
100865 cat e miro 20x30wonderjenny
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialNik Anis
 
Kesejahteraan sosial dan pekerjaan sosial
Kesejahteraan sosial dan pekerjaan sosialKesejahteraan sosial dan pekerjaan sosial
Kesejahteraan sosial dan pekerjaan sosialHIMA KS FISIP UNPAD
 
KESEJAHTERAAN SOSIAL “AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL: SEDEKAH”
KESEJAHTERAAN SOSIAL“AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL: SEDEKAH” KESEJAHTERAAN SOSIAL“AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL: SEDEKAH”
KESEJAHTERAAN SOSIAL “AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL: SEDEKAH” SITI AISHAH NORZAID
 

Viewers also liked (8)

100865 cat e miro 20x30
100865 cat e miro 20x30100865 cat e miro 20x30
100865 cat e miro 20x30
 
Apuntes de Quimica General/Katz Miguel
Apuntes de Quimica General/Katz MiguelApuntes de Quimica General/Katz Miguel
Apuntes de Quimica General/Katz Miguel
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
 
Kesejahteraan sosial dan pekerjaan sosial
Kesejahteraan sosial dan pekerjaan sosialKesejahteraan sosial dan pekerjaan sosial
Kesejahteraan sosial dan pekerjaan sosial
 
Kesejahteraan sosial
Kesejahteraan sosialKesejahteraan sosial
Kesejahteraan sosial
 
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
7 amalan hidup sihat yang mudah dilakukan
 
KESEJAHTERAAN SOSIAL “AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL: SEDEKAH”
KESEJAHTERAAN SOSIAL“AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL: SEDEKAH” KESEJAHTERAAN SOSIAL“AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL: SEDEKAH”
KESEJAHTERAAN SOSIAL “AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL: SEDEKAH”
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 

Similar to KESIHATANHIDUP

Makalah sehat sakit
Makalah sehat sakitMakalah sehat sakit
Makalah sehat sakitRoni Anasoka
 
Konsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi Kesehatan
Konsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi KesehatanKonsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi Kesehatan
Konsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi KesehatanSariana Csg
 
ikma.2016.pddUNAIRBWI.ac.id
ikma.2016.pddUNAIRBWI.ac.idikma.2016.pddUNAIRBWI.ac.id
ikma.2016.pddUNAIRBWI.ac.idalfianmaulana998
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiSeptian Muna Barakati
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiWarnet Raha
 
Konsep Manusia dan Kebutuhan Dasarnya, Konsep Sehat Sakit dan Stress Adaptasi
Konsep Manusia dan Kebutuhan Dasarnya, Konsep Sehat Sakit dan Stress AdaptasiKonsep Manusia dan Kebutuhan Dasarnya, Konsep Sehat Sakit dan Stress Adaptasi
Konsep Manusia dan Kebutuhan Dasarnya, Konsep Sehat Sakit dan Stress Adaptasipjj_kemenkes
 
Hubungan ling dengan status sehat sakit
Hubungan ling dengan status sehat sakitHubungan ling dengan status sehat sakit
Hubungan ling dengan status sehat sakitriri_hermana
 
KONSEP SEHAT SAKIT
KONSEP SEHAT SAKITKONSEP SEHAT SAKIT
KONSEP SEHAT SAKITKANDA IZUL
 
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diriMinggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diriFLORINA SIGAY
 
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02Prawiranegara Subarjo
 
Resume Pharmaceutical in Public Health.pptx
Resume Pharmaceutical in Public Health.pptxResume Pharmaceutical in Public Health.pptx
Resume Pharmaceutical in Public Health.pptxCitaZulviani
 
Konsep umum penyakit
Konsep umum penyakitKonsep umum penyakit
Konsep umum penyakitRizal_mz
 

Similar to KESIHATANHIDUP (20)

Makalah sehat sakit
Makalah sehat sakitMakalah sehat sakit
Makalah sehat sakit
 
Konsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi Kesehatan
Konsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi KesehatanKonsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi Kesehatan
Konsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi Kesehatan
 
Konsep sehat –sakit
Konsep sehat –sakitKonsep sehat –sakit
Konsep sehat –sakit
 
ikma.2016.pddUNAIRBWI.ac.id
ikma.2016.pddUNAIRBWI.ac.idikma.2016.pddUNAIRBWI.ac.id
ikma.2016.pddUNAIRBWI.ac.id
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Konsepsehat sakit
Konsepsehat sakitKonsepsehat sakit
Konsepsehat sakit
 
Konsep sehat
Konsep sehatKonsep sehat
Konsep sehat
 
Konsep Manusia dan Kebutuhan Dasarnya, Konsep Sehat Sakit dan Stress Adaptasi
Konsep Manusia dan Kebutuhan Dasarnya, Konsep Sehat Sakit dan Stress AdaptasiKonsep Manusia dan Kebutuhan Dasarnya, Konsep Sehat Sakit dan Stress Adaptasi
Konsep Manusia dan Kebutuhan Dasarnya, Konsep Sehat Sakit dan Stress Adaptasi
 
Kb1
Kb1Kb1
Kb1
 
Hubungan ling dengan status sehat sakit
Hubungan ling dengan status sehat sakitHubungan ling dengan status sehat sakit
Hubungan ling dengan status sehat sakit
 
KONSEP SEHAT SAKIT
KONSEP SEHAT SAKITKONSEP SEHAT SAKIT
KONSEP SEHAT SAKIT
 
Konsep sehat sakit
Konsep sehat sakitKonsep sehat sakit
Konsep sehat sakit
 
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diriMinggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
 
Kb1
Kb1Kb1
Kb1
 
Makalah pentingya kesehatan anak
Makalah pentingya kesehatan anakMakalah pentingya kesehatan anak
Makalah pentingya kesehatan anak
 
Makalah pentingya kesehatan anak
Makalah pentingya kesehatan anakMakalah pentingya kesehatan anak
Makalah pentingya kesehatan anak
 
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02
Pendidikankesehatandanilmuperilaku 140125005558-phpapp02
 
Resume Pharmaceutical in Public Health.pptx
Resume Pharmaceutical in Public Health.pptxResume Pharmaceutical in Public Health.pptx
Resume Pharmaceutical in Public Health.pptx
 
Konsep umum penyakit
Konsep umum penyakitKonsep umum penyakit
Konsep umum penyakit
 

Recently uploaded

implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 

Recently uploaded (20)

implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 

KESIHATANHIDUP

  • 1. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 1 1. PENGENALAN Kesihatan mempunyai makna yang berbeza-beza bagi individu yang berlainan. Ia sering ditakrifkan sebagai "ketiadaan penyakit" yang membawa erti bahawa jika seseorang itu tidak mengalami apa-apa kecederaan, kekecewaan, atau penyakit pada satu-satu masa tertentu, maka dia akan berpendapat bahawa dirinya sihat. Takrifan ini, walaupun biasa digunakan, tidak menggambarkan maksud kesihatan secara menyeluruh. Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Takrifan kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukakan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia sebagai "Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan". Di sini, kesihatan terbentuk hasil dari satu keadaan keseimbangan di antara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya. Keseimbangan ini juga membolehkan individu tersebut berfungsi dengan baik. Berkaitan dengan takrifan ini, individu yang sihat dilihat sebagai individu yang bercirikan kesempurnaan anatomi, berkeupayaan menjalankan tanggungjawab keluarga, kerja dan komuniti serta bebas dari risiko penyakit dan kematian yang mengejutkan. Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997:4). Dari sejarah yang telah dicatatkan, ahli falsafah dan pakar kesihatan telah memerhatikan bahawa aktiviti fizikal yang berterusan merupakan bahagian utama dalam kesihatan hidup. Ahli falsafah 'Hippocrates' pernah mengatakan bahawa "Makanan sahaja tidak akan menyihatkan seseorang; dia perlu bersenam. Untuk makanan dan senaman, walaupun mempunyai kualiti yang berbeza, namun saling bergandingan ke arah kesihatan. Dan adalah perlu, untuk memilik kekuatan senaman (cergas), sama ada secara semulajadi
  • 2. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 2 ataupun buatan, mengetahui yang mana satu dapat menambahkan isi saiz otot dan yang mana satu mengurangkannya; dan bukan hanya itu malah pembahagiaan senaman dan makanan adalah berbeza terhadap seseorang pesakit, umur individu, jantina dan sebagainya." Saban hari kita membuat pilihan melakukan aktiviti yang sama ada meningkatkan atau mengurangkan tahap kesihatan yang ada sekarang. Walaupun setiap orang menginginkan suatu kehidupan yang sihat, berkualiti, namun bukan setiap orang secara sukarelanya akan membuat perubahan gaya hidup yang diperlukan untuk meningkatkan kesihatan. Walau bagaimanapun, anda mungkin merupakan antara mereka yang cuba untuk memperolehi gaya hidup yang lebih sihat ini. Peningkatan konsep kesihatan ini akan menunjukkan tingkahlaku gaya hidup yang lebih sihat dan positif yang dapat mempengaruhi kesihatan, kualiti dan kesejahteraan hidup kita. Tidak kira di mana tahap kesihatan anda, terdapat banyak pilihan corak tingkahlaku yang dapat anda lakukan menuju ke arah kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik, tetapi hanya diri anda dapat menentukan pilihan anda. Pilih dengan bijak dan menikmati pilihan tersebut.
  • 3. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 3 2. KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Kesihatan mempunyai pelbagai cabang, kualiti dinamik menceritakan bagaimana sihatnya anda dan berkemampuan untuk berfungsi setiap masa dan di mana juga. Menjadi lebih sihat adalah lebih penting daripada tidak menjadi sakit. Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional dan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan yang memuaskan dan produktif. Kesihatan yang optimum boleh diukur dengan berfungsi pada tahap yang tinggi, sentiasa mempunyai tingkahlaku yang positif, hidup yang menggembirakan dan mempunyai rasa harmoni dengan alam dan kemanusiaan. Kesihatan sentiasa mengubah kualiti kehidupan. Kesihatan kita boleh berubah dari hari ke hari, minggu ke seminggu melalui perubahan dalam minda, tubuh, nilai, sikap, kepercayaan, kebiasaan dan perangai. Kesejahteraan ialah petanda kepada kesihatan yang optimum. Keseronokan dan pendekatan yang positif kepada gaya hidup akan membawa kepada kesejahteraan hidup pada tahap tinggi. Kontinum ini penting untuk meningkatkan perkembangan dalam semua aspek kehidupan. Fokus kepada tanggungjawab kendiri, pengisian kendiri dan kualiti hidup yang lebih baik. Konsep kesejahteraan ialah memperkayakan sikap ke arah kesihatan yang akan menolong mengurangkan faktor potensi risiko penyakit dan meningkatkan kesejahteraan. 2.1. Tujuan Utama Mencapai Kesihatan Optimum i. Menikmati hidup dengan lebih sempurna ('life to your years'). ii. Panjang umur ('years to your life'). iii. Minda, tubuh dan rohani yang sihat. iv. Meningkatkan keyakinan diri.
  • 4. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 4 v. Lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan yang sempurna. vi. Lebih ceria dan periang. vii. Tingkahlaku positif. viii. Kurang risiko penyakit. ix. Antibodi yang kuat untuk melawan serangan penyakit berjangkit. x. Boleh mengawal diri tanpa bergantung kepada orang lain. xi. Mengurangkan kos rawatan. xii. Perhubungan sosial yang sihat. xiii. Meningkatkan kepekaan terhadap peranan persekitaran. xiv. Berperanan dengan efektif sebagai pelajar atau pekerja. xv. Lebih berpeluang mencapai kejayaan dalam hidup. xvi. Lebih berpeluang mengecapi setiap detik dalam hidup dan pengalaman. Kesihatan dan kesejahteraan mempunyai hubungan yang sangat rapat. Ia dapat digambarkan dalam tiga keadaan iaitu berjalan ke belakang, berdiri statik dan berjalan ke hadapan. Contohnya, mendapat penyakit adalah seperti berjalan ke belakang. Tidak sakit tetapi tidak merasa sejahtera adalah seperti seseorang berdiri statik dan menjadi sihat secara keseluruhan adalah seperti seseorang yang berjalan ke hadapan dan bila sikap serta akhlak lebih sihat, anda berjalan dengan pantas ke arah kesihatan yang optimum atau kesejahteraan. Kebanyakan orang di Amerika lebih senang berada dalam keadaan neutral, tidak sakit atau sihat. Kontinum sejahtera dan sakit (merujuk rajah 1), menunjukkan bahawa kesejateraan atau kesihatan optimum adalah tahap tertinggi kebolehan manusia berfungsi. Penghujung kontinum satu lagi menunjukkan kehilangan fungsi manusia iaitu kematian. Di mana anda sekarang? Letakkan titik di mana anda berada sekarang dan letakkan titik di mana anda berada 5 tahun dahulu, ke manakah arah
  • 5. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 5 gaya hidup anda? Adakah pilihan anda membawa ke arah yang lebih sihat atau sebaliknya? I have never felt better Optimum Health (Wellness) I feel great Excellent Health I feel good Good Health I feel fine Above-Average Health I feel OK Neutral I don't feel so good Minor Illness I feel rotten Major Illness I have never felt worse Critical Illness Death Rajah 1 : Kontinum sejahtera dan sakit ('The Wellness-Illness Continuum') Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill. 2.2. Perkaitan Antara Aktiviti Fizikal Dan Kesihatan Edward et. al. (1997). Sejak tahun 1940an, perintis seperti T.K. Cureton, Bruno Balke dan Peter Karpovich telah menjalankan beberapa ujikaji berkaitan dengan kesan senaman berterusan ke atas komponen-komponen kecergasan, terutamanya kecergasan kardiorespirasi dan komposisi badan. Kajian ACSM (American College of Sports Medicine) pada tahun 1978 dapat menunjukkan keperluan yang perlu ada untuk membuat perubahan dalam masa beberapa bulan. Individu dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan masalah kesihatan yang lain dengan hanya melakukan aktiviti ringan ke sederhana selama 30 minit setiap hari
  • 6. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 6 dalam seminggu. Kecergasan tambahan boleh diperolehi dengan melakukan aktiviti bertenaga tinggi dalam masa 3 hingga 5 hari seminggu. Dengan itu, gaya hidup yang aktif anda akan dapat meningkatkan kualiti hidup. Penambahan aktiviti fizikal pada kadar yang rendah ke sederhana akan dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Aktiviti bertenaga lebih tinggi akan dapat meningkatkan kecergasan kardiorespirasi seseorang. Edward et. al. (1997:5). 'An active lifestyle enhances the quality of life. An increase in total physical activity at low to moderate intensities is associated with a decrease in the risk of heart disease. Regular vigorous physical activity increases cardiorespiratory fitness'.
  • 7. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 7 3. KOMPONEN-KOMPONEN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Lon Seiger et. al. (1998). Untuk menikmati gaya hidup yang sihat, banyak komponen kesejahteraan perlu digunakan bersama. Kedudukan anda dalam 'kontinum sejahtera dan sakit' banyak bergantung kepada pilihan aktiviti kesihatan harian yang anda buat. Ia dipengaruhi oleh tahap kesihatan anda dalam setiap komponen kesihatan berikut: psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional dan persekitaran. Kejayaan kesihatan optimum berkaitan dengan sejauh mana baiknya anda dalam tiap-tiap komponen yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Rajah 2 : Komponen Kesihatan dan Kesejahteraan Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill. Persekitaran Rohani Kesejahteraan Vokasional Fizikal Sosial Psikologi
  • 8. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 8 3.1. Psikologi Kesejahteraan psikologi adalah kombinasi aspek emosi dan mental. Ia bukanlah keadaan yang statik tetapi dinamik dan berubah dari hari ke sehari. Kita akan merasakan hari yang baik, hari yang buruk dan hari yang biasa. Tiada siapa yang boleh mengawal secara keseluruhan emosi seseorang (kegembiraan, kesedihan, ketakutan, marah, malu, kesunyian, salah). Walau bagaimanapun, orang yang mempunyai emosi yang sihat berupaya untuk mengekalkan keseimbangan psikologi dan tahu bila untuk meluahkan emosi dengan tepat dan selesa. Mereka juga dapat menunjukkan hormat dan minat pada yang lain. Dalam menghadapi keadaan emosi yang tidak stabil, mereka boleh mendapatkan pertolongan dari golongan yang profesional atau mendapat sokongan dari kumpulan tertentu. Sekiranya keadaan mental sihat, anda boleh mencapai realiti kehidupan, tindakbalas positif terhadap perubahan hidup dan dengan cara yang sihat untuk mengendalikan ketegangan serta masalah peribadi dan juga anda percaya pada pembelajaran seumur hidup. Untuk memenuhi keperluan intelektual, anda menjadikan minda anda aktif dan ingin tahu, sentiasa berkeinginan untuk belajar dari semua pengalaman hidup. 3.2. Rohani Rohani yang sihat adalah rasa positif tentang matlamat dan makna dalam kehidupan. Anda boleh menggunakan agama, falsafah, kepercayaan, nilai, kesetiaan, prinsip, moral atau etika untuk menerangkannya. Dengan mengetahui tujuan hidup dan lebih selesa untuk menyatakan sayang, kegembiraan, keamanan dan memenuhi keperluan diri adalah bahagian-bahagian rohani yang sihat. Ia juga meliputi sikap menolong diri sendiri dan orang lain dalam mencapai potensi maksimum.
  • 9. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 9 Kesihatan rohani juga merupakan jalinan perasaan dalaman pada diri sendiri, kepentingan orang lain dan alam sekeliling. Akhir sekali kerohanian anda juga termasuklah memberikan harapan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingin dan menghargai alam sekitar. 3.3. Fizikal Kesihatan fizikal termasuklah cergas dari segi fizikal, amalan pemakanan yang berkhasiat dan mendapat rehat dan tidur yang cukup. Amalan seks serta penggunaan dadah dan alkohol memainkan peranan penting dalam komponen kesejahteraan ini. Kesejahteraan fizikal meliputi kesedaran diri dan penjagaan aspek fizikal sendiri, yang meliputi ujian kendiri secara tetap dan berterusan, pemeriksaan perubatan, pemulihan kecederaan dan penyakit, penggunaan ubat yang betul dan mengambil langkah yang betul bila ditimpa penyakit. 3.4. Sosial Kesejahteraan sosial bermaksud mendapat kepuasan, kepercayaan dalam perhubungan dan interaksi yang baik dengan orang lain. Ini juga meliputi sikap yang adil serta mengambil berat dan menghargai perbezaan pada semua orang. Adalah dicadangkan untuk mendapat kesejahteraan sosial, seseorang itu perlu mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga, kawan dan orang lain agar boleh dihubungi ketika keadaan memerlukan. Orang yang sejahtera secara sosialnya, akan merasa perhubungan sihat dalam masyarakat yang didiaminya.
  • 10. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 10 3.5. Vokasional Kesejahteraan vokasional bermakna kepuasan di sekolah, kerja dan pada masa lapang. Tanya diri anda sekarang, adakah apa yang anda buat sekarang dalam hidup ini adalah merangsangkan, mencabar dan dihargai? Jika ya, anda mempunyai tahap kesejahteraan vokasional yang tinggi. Jika tidak, mungkin anda perlu pertimbangkan perubahan dengan mendapatkan latihan dalam bidang yang anda minati. Akhirnya komponen vokasional termasuklah bekerja secara harmoni dengan yang lain untuk mencapai matlamat. 3.6. Persekitaran Manusia bergantung kepada udara, air dan sumber dari tanah untuk hidup. Kesejahteraan alam sekitar merujuk kepada impak alam semulajadi terhadap kesihatan. Ianya termasuk menghindar diri daripada melakukan sesuatu yang membahayakan, seperti pencemaran udara yang boleh menjejaskan kesihatan. Komponen ini termasuklah kepekaan terhadap alam sekitar ke arah memelihara bumi menerusi empat 'R'; reducing, reusing, recycling, responsibility (mengurangkan, menggunakan semula, mengitar semula, bertanggungjawab). Edward et. al. (1997:6). "Total fitness is striving for the highest level of existence, including mental, psychological, social, spiritual and physical components. It is dynamic, multidimention, and related to heredity, environment and individual interests".
  • 11. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 11 4. KEPENTINGAN GAYA HIDUP KEPADA KESEJAHTERAAN Gaya hidup anda memainkan peranan penting dalam kesejahteraan. Amalan kesihatan anda merupakan tunjang yang penting dalam corak hidup anda. Pemilihan corak kesihatan anda akan mengarahkan anda ke arah kesihatan ataupun penyakit. Kesan pemilihan corak kesihatan akan dikumpulkan secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Penggumpulan secara positif akan mengarah ke arah kesihatan yang optimum dan kehidupan yang berkualiti manakala pengumpulan secara negatif akan mengakibatkan penyakit dan kematian awal. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi kesihatan selain dari gaya hidup ialah genetik, penyakit, rawatan kesihatan, persekitaran fizikal serta psikologi. Namun pakar kesihatan bersetuju bahawa gaya hidup merupakan faktor yang paling penting. Lon Seiger et.al. (1998). Gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan kematian awal. Pada sekitar tahun 1900an penyebab utama kematian di Amerika Syarikat ialah penyakti berjangkit tetapi kini fenomena itu telah berubah. Ia lebih berkaitan dengan gaya hidup. Beberapa strategi untuk menghalang dan mengurangkan risiko kematian awal dibincangkan di bahagian ini adalah berdasarkan kepercayaan ramai yang memulakan gaya hidup sihat hanya selepas didiagnosis sebagai penyakit kanser, jantung atau kencing manis. Tetapi kini kepercayaan ramai bahawa penyakit adalah punca utama kematian di Amerika Syarikat dan masih berterusan.
  • 12. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 12 5. MENGHINDARI SEBAB-SEBAB UTAMA KEMATIAN Lon Seiger et. al. (1998). Di Amerika Syarikat, ramai orang percaya bahawa penyakit dan kemalangan tidak akan berlaku kepada mereka. Kepercayaan ini akan membawa mereka ke arah punca utama kematian di Amerika. Penyebab utama penyakit akan menyerang setiap orang tidak kira umur, jantina dan bangsa. Penyebab utama untuk hidup lama dan bahagia adalah dengan mengurangkan faktor- faktor risiko yang menjadi penyebab kepada penyakit dan kemalangan. Bahagian ini adalah untuk menunjukkan strategi yang dapat merendahkan risiko dari penyebab kematian masa kini. Gunakan strategi ini untuk mencapai suatu kehidupan yang lebih menyeronokkan dan memenuhi kehendak kendiri dari segi kesejahteraan, dan mengurangkan penyakit serta kesengsaraan. Rajah 3 : Faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill. Pengaruh Utama Yang mempengaruhi kesejahteraan. Genetik Persekitaran Psikologi Gaya Hidup Persekitaran Fizikal Penyakit Rawatan Kesihatan
  • 13. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 13 5.1. Penyakit Jantung Faktor penyumbang Tahap kolesterol tinggi, merokok, darah tinggi, kurang aktif secara fizikal. Strategi untuk mengatasinya 1. Periksa kandungan lemak, termasuklah tahap kolesterol. Dapatkan rawatan jika tidak normal. 2. Amalkan diet bersesuaian (lebihkan pengambilan fiber, buah-buahan dan sayur- sayuran). 3. Hentikan penggunakan tembakau. 4. Periksa tekanan darah (rujuk doktor). 5. Amalkan gaya hidup aktif. 6. Kawal tahap lemak dalam badan dan berat badan. 5.2. Kanser Faktor penyumbang Tembakau, sinar ultra dan diet. Faktor lain termasuklah kegemukan, sinar - X berlebihan, kadar estrogen tinggi, jisim kimia seperti asbestos. Strategi untuk mengatasinya 1. Hentikan penggunaan tembakau. 2. Ambil lebih fiber, bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, kurangkan lemak dan kolesterol. 3. Lindungi kulit dari radiasi ultra. 4. Kawal berat badan dan tahap lemak dalam badan.
  • 14. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 14 5.3. 'Strokes' Faktor penyumbang Darah tinggi, penyakit jantung, merokok, lebih sel darah merah dan serangan angin ashma. Faktor lain termasuklah pengambilan alkohol berlebihan dan kegemukan. Strategi untuk mengatasinya 1. Amalkan diet tinggi dengan fiber, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. 2. Hentikan penggunaan tembakau. 3. Bersenam. 4. Kawal tahap tekanan darah (normal). 5.4. 'Obstructive Pulmonary Disease' (OPD). Faktor penyumbang Merokok dan udara tercemar. Strategi untuk mengatasinya 1. Berhenti merokok. 2. Elakkan dari udara tercemar termasuklah asap rokok orang lain. 5.5. Kemalangan Faktor penyumbang Memandu dalam keadaan mabuk, secara merbahaya, tidak memakai tali pinggang keledar. Strategi untuk mengatasinya 1. Pandu dengan berhati-hati dan bertanggungjawab. 2. Jangan pandu dalam keadaan mabuk.
  • 15. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 15 3. Jangan memandu dengan orang yang dibawah pengaruh alkohol. 4. Sentiasa memakai tali pinggang keledar. 5.6. 'Pneumonia/Influenza' Faktor penyumbang pneumonia Bakteria, virus, benda asing (asap) dalam paru-paru. Strategi untuk mengatasi pneumonia Dapatkan suntikan vaksin untuk yang pernah alami pneumonia, kurang daya tahan dan yang berumur lebih dari 50 tahun. Strategi untuk merawat pneumonia Cepat dapatkan nasihat doktor jika menunjukkan simptom seperti berikut : batuk, deman panas 102°F atau lebih, sukar bernafas, menggigil, kahak kuning kehijauan. Faktor penyumbang Influenza Virus Influenza A dan B, dipindahkan melalui batuk, bersin, ketawa dan perbualan. Strategi untuk mengatasi Influenza 1. Amalkan gaya hidup sihat. 2. Jangan berkongsi makanan atau minuman dengan pesakit. 3. Basuh tangan dengan air suam dan sabun. 4. Jauhkan diri dari orang yang bersin dan batuk. Strategi untuk merawat Influenza Ubat antivirus boleh mengurangkan kesakitan jika diambil dalam tempoh 3 hari berdasarkan simptom berikut : demam, sakit kepala, sakit badan, lemah, letih, hidung tersumbat, bersin, sakit tekak, dada kurang selesa dan batuk.
  • 16. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 16 5.7. Kencing Manis Faktor penyumbang Kegemukkan dan diet. Strategi untuk mengatasinya 1. Amalkan diet yang sihat. 2. Amalkan program kesihatan fizikal. 3. Ambil ubat jika perlu. 4. Kawal berat badan dan tahap lemak. 5.8. Jangkitan 'HIV' atau 'AIDS' Faktor Penyumbang Seks bebas, jarum tercemar dengan HIV, darah yang tercemar dan ibu kepada anak. Strategi untuk mengatasinya 1. Mengawal nafsu. 2. Berhubung dengan pasangan yang bebas HIV. 3. Jangan gunakan dadah suntikan. 4. Periksa darah sebelum mendermakannya atau menjalani pembedahan. 5. Pasangan perlu mendapatkan rawatan antibodi AIDS sebelum memulakan keluarga. 5.9. Bunuh Diri Faktor penyumbang Tiada harapan, rasa lemah, pernah mencuba bunuh diri dan tertipu dengan memberikan barangan berharga kepada orang lain.
  • 17. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 17 Strategi untuk mengatasinya 1. Akui tahap kesihatan yang lemah. 2. Dapatkan bantuan keluarga, kawan, guru dan pakar profesional. 3. Ambil ubat, jika perlu. 4. Jangan putus asa, masa depan akan lebih cerah. 5.10. Penyakit Hati Yang Kronik Faktor penyumbang Pengambilan alkohol yang berlebihan. Strategi untuk mengatasinya 1. Hentikan pengambilan alkohol. 2. Jika ketagih, kawal pengambilan alkohol. 5.11. Pembunuhan Faktor penyumbang Kemarahan, alkohol, menghabiskan masa di pusat-pusat hiburan, senjata dalam simpanan dan berjalan seorang diri waktu malam atau di tempat sunyi. Strategi untuk mengatasinya 1. Belajar seni mempertahankan diri. 2. Kawal kemarahan. 3. Peka dengan keadaan di sekeliling. 4. Tunjukkan keyakinan untuk elak dari diserang. 5. Cuba elakkan dari terlibat dalam apa-apa situasi, konfrantasi secara fizikal adalah ikhtiar terakhir untuk menyelamatkan diri.
  • 18. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 18 6. Apabila berhadapan dengan seseorang yang sedang marah, cuba tenangkan ketegangan dengan : a. bertenang b. kawal dengan renungan mata c. elakkan dari bertelagah d. kurangkan pergerakan e. dengar dahulu penjelasan orang tersebut f. fahami perasaan orang tersebut g. cari jalan penyelesaian 7. Jika diserang oleh seseorang yang tidak bersenjata, menjerit, melarikan diri atau melawan boleh memberikan peluang menyelamatkan diri. 8. Jika diserang oleh seseorang yang bersenjata, jangan ambil risiko kecuali terdesak. 9. Ikuti peraturan keselamatan asas : a. Jangan buka pintu rumah kepada orang yang tidak dikenali b. Elakkan berjalan seorang diri terutamanya pada waktu malam c. Letak kereta di tempat terang d. Kunci pintu kereta setiap masa e. Jika kenderaan rosak, buka bonet, tunggu dalam kereta dan minta orang yang berhenti menelefon saudara atau pihak polis. 5.12. Senaman Dan Jantung Gerard et. al. (1996). Kecergasan seseorang dapat dipertingkatkan dengan senaman yang berterusan tidak kira di mana tahap kecergasan dan umurnya. Terdapat berbagai jenis senaman untuk meningkatkan kesihatan sistem kardiovaskular, ada jenis senaman yang lebih sangat efektif, contohnya senaman aerobik atau aktiviti yang
  • 19. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 19 melibatkan otot-otot besar badan dilakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit, akan dapat meningkatkan keluaran kardiak ('Cardiac output') dan menambahkan kadar metabolik seseorang, senaman 3 - 5 sesi seminggu, aktiviti aerobik ini adalah disyorkan untuk memperbaiki kesihatan sistem kardiovaskular ini. Contoh-contoh aktiviti aerobik ini adalah; berjalan, berlari, berbasikal, merentas desa dan berenang. Bersenam akan dapat menambahkan keperluan oksigen pada otot-otot badan samada keperluan oksigen ini dipenuhi atau tidak, bergantung kepada kecukupan keluaran kardiak. Seseorang yang sihat akan dapat menambahkan keluaran kardiak maksimanya dan meningkatkan kadar maksima penghantaran oksigen ke tisu-tisu. Dengan itu meningkatkan juga penghantaran oksigen sebab peningkatan paras hemoglobin dan otot-otot rangka badan menambahkan lagi jaringan kapilari darah hasil dari latihan atau senaman jangka masa panjang. Semasa melakukan aktiviti cergas, keluaran kardiak seseorang atlit akan mencapai dua atau tiga kali ganda dari orang biasa sebab latihannya menyebabkan hypertrofi (pembesaran) pada jantungnya. Walaupun jantung atlit adalah lebih besar, namun keluaran kardiak rehat ('resting cardiac output') adalah lebih kurang sama dengan orang biasa yang sihat dan tidak terlatih. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan isipadu stroke ('strock volume') manakala kadar nadi diperlahankan. Kadar nadi rehat seorang atlit adalah hanya dengan 40-60 denyutan seminit sahaja. Manfaat yang lebih dari kesan fizikal ini adalah peningkatan dalam ketumpatan lipoprotain (HDL), pengurangan paras trigliserida dan peningkatan fungsi paru-paru. Senaman juga menolong mengurangkan tekanan darah, kebimbangan dan kesedihan; mengawal berat badan; dan meningkatkan keupayaan badan untuk melarutkan gumpalan darah yang disebabkan oleh peningkatan aktiviti fibrinolitik ('fibrinolytic'). Senaman yang cergas akan menambahkan paras 'endorphins', ubat
  • 20. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 20 tahan sakit semulajadi pada badan. Ini dapat menerangkan mengapa seseorang atlit berasa 'high' secara psikologi dengan latihan yang cergas dilakukan serta keadaan 'low' yang mereka rasai apabila gagal mengikuti latihan yang biasa dijalankan. Senaman juga menolong menjadikan tulang lebih kuat dan mungkin dapat merawat penyakit 'osteoporosis'. Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa senaman juga dapat melindungi individu dari penyakit kanser dan kencing manis ('diabetis'). 5.13. Objektif Kesihatan Kebangsaan Tahun 2000 Dalam tahun 1990, matlamat kesihatan kebangsaan telah dirangka. Berdasarkan laporan ini, terdapat 3 matlamat umum iaitu : a. meningkatkan peratusan rakyat hidup sihat b. mengurangkan ketidaksamaan kesihatan di kalangan rakyat c. memastikan program pencegahan dinikmati oleh semua peringkat Satu kad laporan bagi meneliti kemajuan kesihatan telah diwujudkan untuk objektif tersebut. Walaupun mereka sedar dan mengamalkan diet serta gaya hidup sihat, masih ramai yang mengalamai masalah kesihatan.
  • 21. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 21 6. STRATEGI UNTUK MENCAPAI KESEJAHTERAAN Lon Seiger et. al. (1998). Untuk mencapai kesejahteraan hidup, pertimbangkan lapan strategi yang penting seperti berikut : 6.1. Berakauntabiliti Orang yang paling bertanggungjawab ke atas kesihatan diri anda ialah diri anda sendiri, bukannya doktor anda, ibu bapa anda, kawan-kawan anda atau pasangan anda. Sekiranya anda bersetuju bahawa andalah yang mengawal kesihatan diri anda sendiri, anda akan lebih cenderung berubah ke arah gaya hidup yang positif. 6.2. Mengamalkan Sikap Yang Positif Salah satu strategi untuk kesejahteraan adalah dengan mengamalkan sikap yang positif pada diri anda, kesihatan anda dan kehidupan anda secara umumnya. Apabila anda mengamalkan sikap yang positif dalam hidup, ia akan menjadikan minda anda berfikiran positif setiap masa. Frasa berikut dari Charles Swindol akan membolehkan anda bertanggungjawab terhadap sikap diri anda sepanjang hayat: "The longer I live, the more I realize the impact of attitude on life. Attitude to me is more important than facts. It is more important than the past, than education, than money, than circumstances, than failures, than successes, than what other people think or say or do. It is more important than appearance, giftedness, or skill…. . The remarkable thing is we have a choice every day regarding the attitude we will embrace for that day. We cannot change our past. We cannot change the fact that people will act in a certain way. We cannot change the inevitable. The only thing we can do is play on the one string we have, and that is our attitude. I am convinced that
  • 22. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 22 life is 10% what happens to me and 90% how I react to it. As so it is with you….we are in charge of our attitudes." 6.3. Membuat Perubahan Gaya Hidup Apa gunanya pengetahuan kesihatan, jika tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian? Mengetahui kepentingan bersenam dan berkeinginan menjadi cergas adalah sikap terpuji? Walau bagaimanapun kalau tidak bertindak ke arah itu, apa yang akan berlaku? Dengan membuat perubahan yang positif terhadap gaya hidup, anda akan menikmati kesejahteraan hidup yang optimum. 6.4. Berusaha Kearah Keseimbangan Mengekalkan darjah kesihatan yang sederhana pada keenam-enam komponen kecergasan adalah lebih baik dari hanya bertumpu kepada beberapa komponen sahaja. Contohnya, mereka yang menyalahgunakan alkohol dan dadah dalam majlis-majlis tarian malam mungkin mempunyai hubungan sosial yang kuat tetapi pada masa yang sama menjejaskan kesihatan fizikal mereka. Individu yang mempunyai keseimbangan dalam kesihatan akan dapat menikmati kebaikan dari segala aspek kehidupan, termasuklah sekolah, kerja, keluarga, rakan-rakan, sosial dan masa santaian. 6.5. Kepelbagaian Kepelbagaian merupakan rempah dan perasa untuk menikmati kesejahteraan hidup. Mengekalkan rutin yang sama, (aktiviti fizikal, makanan, kesihatan) akan mengakibatkan kebosanan. Pada hakikatnya seseorang yang melibatkan diri dalam aktiviti yang pelbagai akan membolehkannya menikmati hidup yang tidak membosankan.
  • 23. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 23 6.6. Kesederhanaan "Terlalu banyak perkara yang baik akan menyeronokkan". Adakah ini kepercayaan anda? Sesuatu tingkahlaku yang menyeronokkan sehingga ke tahap yang keterlaluan akan mengakibatkan keletihan dan masalah kesihatan. Contohnya, senaman yang berlebihan akan mengakibatkan keletihan mental dan kecederaan. Keterlaluan walaupun dari segi pemakanan yang berkhasiat, boleh mengakibatkan penambahan kalori dan berat badan. Tingkah laku atau gaya hidup yang positif dan dilakukan dalam kesederhanaan dapat mengekalkan keseronokkan kehidupan tanpa menimbulkan masalah kesihatan yang tidak sepatutnya. Satu formula untuk dicontohi adalah dengan belajar bersungguh-bersungguh, bermain bersungguh-sungguh dan bekerja bersungguh-sungguh ('learn hard, play hard and work hard'). Ketiga-tiga faktor tersebut mestilah seimbang tanpa mengutamakan atau mengabaikan mana- mana satu. 6.7. Keceriaan dan Gaya Hidup Adakah tersurat di mana-mana bahawa kehidupan seharusnya serius dan mudah diramalkan? Kelucuan (berjenaka, bermain-main) telah dikenalpasti sebagai dadah yang hanya akan mengakibatkan keseronokkan sebagai hasil sampingan. Kuantiti kelucuan dan kelawakan yang sihat akan menambahkan keseronokkan pada kehidupan seharian. Secara fizikal, kelucuan dan lawak itu boleh bertindak sebagai senaman untuk otot-otot jantung; meningkatkan peredaran darah; menjadikan seseorang itu lebih berwaspada; dan menghilangkan tekanan, stres, ketakutan dan kesedihan. Kelucuan juga akan menjalin hubungan mesra semasa berkomunikasi.
  • 24. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 24 6.8. Gaya Tersendiri Kehidupan dan kesihatan diri adalah milik anda. Oleh kerana andalah tuan punya badan dan minda, anda boleh membuat keputusan tentang kesihatan anda. Anda boleh merancang atau merangka program kesejahteraan yang paling sesuai demi keperluan kesihatan dan minat anda. Apabila anda meletakkan kesihatan anda sebagai pilihan paling utama, anda akan membuat pilihan aktiviti, yang mana, akan menjauhkan diri anda dari penyakit dan menggalakkan kesejahteraan. 7. RUMUSAN Lon Seiger et. al. (1998). "An ounce of prevention is worth much more than a pound of cure." Bermaksud pencegahan adalah lebih baik daripada mengubatinya. Katakanlah anda mempunyai seekor kucing yang mahal dan disayangi, untuk menjaga kesihatannya anda akan memberikannya segala pencegahan dari penyakit yang mungkin didapati: kasih sayang dan tumpuan yang begitu banyak, jumlah senaman dan mainan yang mencukupi, pemakanan yang berkhasiat, tidur yang secukupnya, rehat serta persekitaran yang positif. Dengan layanan diraja sebegini, kucing tersebut pasti akan menikmati hidup yang sempurna. Begitu juga dengan diri anda, anda juga patut menikmati penjagaan yang sebaiknya supaya anda dapat menikmati segala yang ada di sekeliling anda. Melakukan segala perlakuan dengan potensi sepenuhnya akan mengakibatkan kegembiraan, kepuasan dan kualiti hidup yang lebih baik. Inilah masanya untuk berusaha kearah kesejahteraan hidup yang lebih baik. Kenapa? Pertama, semakin awal menerima tingkahlaku yang berasaskan kesihatan, maka semakin mudah ia diteruskan dalam rutin kehidupan seseorang. Kedua, semakin lama seseorang itu meninggalkan gaya hidup yang sihat, semakin tinggi risiko dijangkiti penyakit yang serius. Contohnya, penyakit jantung merupakan
  • 25. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 25 penyebab utama kematian di Amerika dan negara kita. Walaupun serangan penyakit jantung hanya berlaku dalam beberapa ketika sahaja tetapi faktor penyebabnya berlaku dalam jangkamasa yang panjang. Pengkaji dari American Heart Association dengan data terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kurang aktif akan menjadi gemuk, orang dewasa yang kurang aktif akan dijangkiti penyakit arteri. Walaupun remaja tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit kardiovaskular yang nyata, mereka mungkin mengalami perubahan yang tidak sihat dalam arteri mereka. Bermula dari umur pertengahan atau lebih lewat dari itu mungkin terlalu lewat untuk menjana suatu kehidupan yang sihat. Jadi, kalau anda ingin menambahkan jangka hayat anda yang panjang dan berkualiti mulalah bertindak sekarang. Edward et. al. (1997:8). Matlamat utama kesihatan adalah mengelak dari kematian awal dan penyakit yang boleh dicegah. Komponen-komponen berkaitan dengan matlamat ini termasuklah keturunan, persekitaran, tabiat, dan status kesihatan. Tingkahlaku yang memainkan peranan utama dalam kesihatan hidup adalah senaman yang berterusan; pemakanan yang baik; rehat atau tidur yang mencukupi; relaksasi/santaian; dan menjauhkan diri dari merokok, minuman beralkohol dan dadah yang tidak bermanfaat. Senaman atau aktiviti fizikal yang diamalkan selalu boleh meningkatkan jangka hayat dan kualiti hidup seseorang. Ia juga membantu mencegah dan mengawal penyakit jantung koronari, hipertensi (tekanan darah tinggi), diabetes (kencing manis), dan berat badan. Banyak kajian epidemiologi telah menunjukkan di kalangan orang yang sentiasa bersenam dan menjadikannya sebagai amalan biasa, kadar kejadian dan kadar kematian yang berkaitan dengan penyakit jantung koronari adalah lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak mengamalkan senaman.
  • 26. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 26 8. RUJUKAN Rujukan Utama Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill. Rujukan Tambahan Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997). Health Fitness Instruktor's Hendbook - 3rd ed. USA : Human Kinetics. Gerard J. Tortora, Sandra Reynolds Grabowski, (1996). Principles of Anotomy and Physiology - 8th ed. New York : Harper Collins. Dr. Mohd Nasir Mohd Taib dan Dr. Rokiah Mohd Yusof, (1996). Modul Gaya Hidup Sihat. Kementerian Kesihatan Malaysia.