SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
Download to read offline
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




1. PENGENALAN

       Kesihatan mempunyai makna yang berbeza-beza bagi individu yang berlainan.

Ia sering ditakrifkan sebagai "ketiadaan penyakit" yang membawa erti bahawa jika

seseorang itu tidak mengalami apa-apa kecederaan, kekecewaan, atau penyakit pada

satu-satu masa tertentu, maka dia akan berpendapat bahawa dirinya sihat. Takrifan

ini, walaupun biasa digunakan, tidak menggambarkan maksud kesihatan secara

menyeluruh.

       Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998).

Takrifan kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukakan oleh Persatuan

Kesihatan Sedunia sebagai "Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan

sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau

kelemahan". Di sini, kesihatan terbentuk hasil dari satu keadaan keseimbangan di

antara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya.

Keseimbangan ini juga membolehkan individu tersebut berfungsi dengan baik.

Berkaitan dengan takrifan ini, individu yang sihat dilihat sebagai individu yang

bercirikan kesempurnaan anatomi, berkeupayaan menjalankan tanggungjawab

keluarga, kerja dan komuniti serta bebas dari risiko penyakit dan kematian yang

mengejutkan.

       Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997:4).        Dari sejarah yang telah

dicatatkan, ahli falsafah dan pakar kesihatan telah memerhatikan bahawa aktiviti

fizikal yang berterusan merupakan bahagian utama dalam kesihatan hidup. Ahli

falsafah 'Hippocrates' pernah mengatakan bahawa "Makanan sahaja tidak akan

menyihatkan seseorang; dia perlu bersenam. Untuk makanan dan senaman, walaupun

mempunyai kualiti yang berbeza, namun saling bergandingan ke arah kesihatan. Dan

adalah perlu, untuk memilik kekuatan senaman (cergas), sama ada secara semulajadi
                                                                                       1
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




ataupun buatan, mengetahui yang mana satu dapat menambahkan isi saiz otot dan

yang mana satu mengurangkannya; dan bukan hanya itu malah pembahagiaan

senaman dan makanan adalah berbeza terhadap seseorang pesakit, umur individu,

jantina dan sebagainya."

       Saban hari kita membuat pilihan melakukan aktiviti yang sama ada

meningkatkan atau mengurangkan tahap kesihatan yang ada sekarang. Walaupun

setiap orang menginginkan suatu kehidupan yang sihat, berkualiti, namun bukan

setiap orang secara sukarelanya akan membuat perubahan gaya hidup yang diperlukan

untuk meningkatkan kesihatan.     Walau bagaimanapun, anda mungkin merupakan

antara mereka yang cuba untuk memperolehi gaya hidup yang lebih sihat ini.

Peningkatan konsep kesihatan ini akan menunjukkan tingkahlaku gaya hidup yang

lebih sihat dan positif yang dapat mempengaruhi kesihatan, kualiti dan kesejahteraan

hidup kita.

       Tidak kira di mana tahap kesihatan anda, terdapat banyak pilihan corak

tingkahlaku yang dapat anda lakukan menuju ke arah kesihatan dan kualiti hidup yang

lebih baik, tetapi hanya diri anda dapat menentukan pilihan anda. Pilih dengan bijak

dan menikmati pilihan tersebut.




                                                                                         2
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




2. KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

           Kesihatan mempunyai pelbagai cabang, kualiti dinamik menceritakan

bagaimana sihatnya anda dan berkemampuan untuk berfungsi setiap masa dan di

mana juga. Menjadi lebih sihat adalah lebih penting daripada tidak menjadi sakit.

Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional

dan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan yang memuaskan dan

produktif. Kesihatan yang optimum boleh diukur dengan berfungsi pada tahap yang

tinggi, sentiasa mempunyai tingkahlaku yang positif, hidup yang menggembirakan

dan mempunyai rasa harmoni dengan alam dan kemanusiaan.

           Kesihatan sentiasa mengubah kualiti kehidupan. Kesihatan kita boleh berubah

dari hari ke hari, minggu ke seminggu melalui perubahan dalam minda, tubuh, nilai,

sikap, kepercayaan, kebiasaan dan perangai.

           Kesejahteraan ialah petanda kepada kesihatan yang optimum. Keseronokan

dan pendekatan yang positif kepada gaya hidup akan membawa kepada kesejahteraan

hidup pada tahap tinggi. Kontinum ini penting untuk meningkatkan perkembangan

dalam semua aspek kehidupan.          Fokus kepada tanggungjawab kendiri, pengisian

kendiri dan kualiti hidup yang lebih baik.               Konsep kesejahteraan ialah

memperkayakan sikap ke arah kesihatan yang akan menolong mengurangkan faktor

potensi risiko penyakit dan meningkatkan kesejahteraan.



2.1. Tujuan Utama Mencapai Kesihatan Optimum

      i.        Menikmati hidup dengan lebih sempurna ('life to your years').

      ii.       Panjang umur ('years to your life').

      iii.      Minda, tubuh dan rohani yang sihat.

      iv.       Meningkatkan keyakinan diri.
                                                                                             3
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




     v.      Lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan yang sempurna.

     vi.     Lebih ceria dan periang.

     vii.    Tingkahlaku positif.

     viii.   Kurang risiko penyakit.

     ix.     Antibodi yang kuat untuk melawan serangan penyakit berjangkit.

     x.      Boleh mengawal diri tanpa bergantung kepada orang lain.

     xi.     Mengurangkan kos rawatan.

     xii.    Perhubungan sosial yang sihat.

     xiii.   Meningkatkan kepekaan terhadap peranan persekitaran.

     xiv.    Berperanan dengan efektif sebagai pelajar atau pekerja.

     xv.     Lebih berpeluang mencapai kejayaan dalam hidup.

     xvi.    Lebih berpeluang mengecapi setiap detik dalam hidup dan pengalaman.

       Kesihatan dan kesejahteraan mempunyai hubungan yang sangat rapat. Ia dapat

digambarkan dalam tiga keadaan iaitu berjalan ke belakang, berdiri statik dan berjalan

ke hadapan. Contohnya, mendapat penyakit adalah seperti berjalan ke belakang.

Tidak sakit tetapi tidak merasa sejahtera adalah seperti seseorang berdiri statik dan

menjadi sihat secara keseluruhan adalah seperti seseorang yang berjalan ke hadapan

dan bila sikap serta akhlak lebih sihat, anda berjalan dengan pantas ke arah kesihatan

yang optimum atau kesejahteraan.

       Kebanyakan orang di Amerika lebih senang berada dalam keadaan neutral,

tidak sakit atau sihat. Kontinum sejahtera dan sakit (merujuk rajah 1), menunjukkan

bahawa kesejateraan atau kesihatan optimum adalah tahap tertinggi kebolehan

manusia berfungsi. Penghujung kontinum satu lagi menunjukkan kehilangan fungsi

manusia iaitu kematian. Di mana anda sekarang? Letakkan titik di mana anda berada

sekarang dan letakkan titik di mana anda berada 5 tahun dahulu, ke manakah arah
                                                                                           4
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




gaya hidup anda? Adakah pilihan anda membawa ke arah yang lebih sihat atau

sebaliknya?



       I have never felt better                 Optimum Health (Wellness)

       I feel great                             Excellent Health

       I feel good                              Good Health

       I feel fine                              Above-Average Health

       I feel OK                                Neutral

       I don't feel so good                     Minor Illness

       I feel rotten                            Major Illness

       I have never felt worse                  Critical Illness

                                                Death

   Rajah 1 : Kontinum sejahtera dan sakit ('The Wellness-Illness Continuum')

  Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998).
     Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill.


2.2. Perkaitan Antara Aktiviti Fizikal Dan Kesihatan

       Edward et. al. (1997). Sejak tahun 1940an, perintis seperti T.K. Cureton,

Bruno Balke dan Peter Karpovich telah menjalankan beberapa ujikaji berkaitan

dengan kesan senaman berterusan ke atas komponen-komponen kecergasan,

terutamanya kecergasan kardiorespirasi dan komposisi badan.          Kajian ACSM

(American College of Sports Medicine) pada tahun 1978 dapat menunjukkan

keperluan yang perlu ada untuk membuat perubahan dalam masa beberapa bulan.

Individu dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan masalah kesihatan yang lain

dengan hanya melakukan aktiviti ringan ke sederhana selama 30 minit setiap hari


                                                                                       5
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




dalam seminggu. Kecergasan tambahan boleh diperolehi dengan melakukan aktiviti

bertenaga tinggi dalam masa 3 hingga 5 hari seminggu.

       Dengan itu, gaya hidup yang aktif anda akan dapat meningkatkan kualiti

hidup. Penambahan aktiviti fizikal pada kadar yang rendah ke sederhana akan dapat

mengurangkan risiko sakit jantung.      Aktiviti bertenaga lebih tinggi akan dapat

meningkatkan kecergasan kardiorespirasi seseorang.

       Edward et. al. (1997:5). 'An active lifestyle enhances the quality of life. An

increase in total physical activity at low to moderate intensities is associated with a

decrease in the risk of heart disease. Regular vigorous physical activity increases

cardiorespiratory fitness'.




                                                                                           6
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




3. KOMPONEN-KOMPONEN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

       Lon Seiger et. al. (1998). Untuk menikmati gaya hidup yang sihat, banyak

komponen kesejahteraan perlu digunakan bersama.          Kedudukan anda dalam

'kontinum sejahtera dan sakit' banyak bergantung kepada pilihan aktiviti kesihatan

harian yang anda buat.    Ia dipengaruhi oleh tahap kesihatan anda dalam setiap

komponen kesihatan berikut: psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional dan

persekitaran. Kejayaan kesihatan optimum berkaitan dengan sejauh mana baiknya

anda dalam tiap-tiap komponen yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.




                                       Psikologi

                       Persekitaran                    Rohani


                                      Kesejahteraan

                                                      Fizikal
                         Vokasional

                                          Sosial




              Rajah 2 : Komponen Kesihatan dan Kesejahteraan

  Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998).
     Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill.




                                                                                        7
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




3.1. Psikologi

       Kesejahteraan psikologi adalah kombinasi aspek emosi dan mental.                  Ia

bukanlah keadaan yang statik tetapi dinamik dan berubah dari hari ke sehari.

       Kita akan merasakan hari yang baik, hari yang buruk dan hari yang biasa.

Tiada siapa yang boleh mengawal secara keseluruhan emosi seseorang (kegembiraan,

kesedihan, ketakutan, marah, malu, kesunyian, salah). Walau bagaimanapun, orang

yang mempunyai emosi yang sihat berupaya untuk mengekalkan keseimbangan

psikologi dan tahu bila untuk meluahkan emosi dengan tepat dan selesa. Mereka juga

dapat menunjukkan hormat dan minat pada yang lain. Dalam menghadapi keadaan

emosi yang tidak stabil, mereka boleh mendapatkan pertolongan dari golongan yang

profesional atau mendapat sokongan dari kumpulan tertentu.

       Sekiranya keadaan mental sihat, anda boleh mencapai realiti kehidupan,

tindakbalas positif terhadap perubahan hidup dan dengan cara yang sihat untuk

mengendalikan ketegangan serta masalah peribadi dan juga anda percaya pada

pembelajaran seumur hidup.         Untuk memenuhi keperluan intelektual, anda

menjadikan minda anda aktif dan ingin tahu, sentiasa berkeinginan untuk belajar dari

semua pengalaman hidup.



3.2. Rohani

       Rohani yang sihat adalah rasa positif tentang matlamat dan makna dalam

kehidupan. Anda boleh menggunakan agama, falsafah, kepercayaan, nilai, kesetiaan,

prinsip, moral atau etika untuk menerangkannya. Dengan mengetahui tujuan hidup

dan lebih selesa untuk menyatakan sayang, kegembiraan, keamanan dan memenuhi

keperluan diri adalah bahagian-bahagian rohani yang sihat. Ia juga meliputi sikap

menolong diri sendiri dan orang lain dalam mencapai potensi maksimum.
                                                                                          8
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




       Kesihatan rohani juga merupakan jalinan perasaan dalaman pada diri sendiri,

kepentingan orang lain dan alam sekeliling.    Akhir sekali kerohanian anda juga

termasuklah memberikan harapan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingin dan

menghargai alam sekitar.



3.3. Fizikal

       Kesihatan fizikal termasuklah cergas dari segi fizikal, amalan pemakanan yang

berkhasiat dan mendapat rehat dan tidur yang cukup. Amalan seks serta penggunaan

dadah dan alkohol memainkan peranan penting dalam komponen kesejahteraan ini.

Kesejahteraan fizikal meliputi kesedaran diri dan penjagaan aspek fizikal sendiri,

yang meliputi ujian kendiri secara tetap dan berterusan, pemeriksaan perubatan,

pemulihan kecederaan dan penyakit, penggunaan ubat yang betul dan mengambil

langkah yang betul bila ditimpa penyakit.



3.4. Sosial

       Kesejahteraan sosial bermaksud mendapat kepuasan, kepercayaan dalam

perhubungan dan interaksi yang baik dengan orang lain. Ini juga meliputi sikap yang

adil serta mengambil berat dan menghargai perbezaan pada semua orang. Adalah

dicadangkan untuk mendapat kesejahteraan sosial, seseorang itu perlu mempunyai

hubungan yang baik dengan ahli keluarga, kawan dan orang lain agar boleh dihubungi

ketika keadaan memerlukan. Orang yang sejahtera secara sosialnya, akan merasa

perhubungan sihat dalam masyarakat yang didiaminya.




                                                                                         9
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




3.5. Vokasional

        Kesejahteraan vokasional bermakna kepuasan di sekolah, kerja dan pada masa

lapang. Tanya diri anda sekarang, adakah apa yang anda buat sekarang dalam hidup

ini adalah merangsangkan, mencabar dan dihargai? Jika ya, anda mempunyai tahap

kesejahteraan vokasional yang tinggi. Jika tidak, mungkin anda perlu pertimbangkan

perubahan dengan mendapatkan latihan dalam bidang yang anda minati. Akhirnya

komponen vokasional termasuklah bekerja secara harmoni dengan yang lain untuk

mencapai matlamat.



3.6. Persekitaran

        Manusia bergantung kepada udara, air dan sumber dari tanah untuk hidup.

Kesejahteraan alam sekitar merujuk kepada impak alam semulajadi terhadap

kesihatan.    Ianya termasuk menghindar diri daripada melakukan sesuatu yang

membahayakan,       seperti pencemaran udara yang boleh menjejaskan kesihatan.

Komponen ini termasuklah kepekaan terhadap alam sekitar ke arah memelihara bumi

menerusi empat 'R'; reducing, reusing, recycling, responsibility (mengurangkan,

menggunakan semula, mengitar semula, bertanggungjawab).

        Edward et. al. (1997:6). "Total fitness is striving for the highest level of

existence, including mental, psychological, social, spiritual and physical components.

It is dynamic, multidimention, and related to heredity, environment and individual

interests".




                                                                                          10
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




4. KEPENTINGAN GAYA HIDUP KEPADA KESEJAHTERAAN

       Gaya hidup anda memainkan peranan penting dalam kesejahteraan. Amalan

kesihatan anda merupakan tunjang yang penting dalam corak hidup anda. Pemilihan

corak kesihatan anda akan mengarahkan anda ke arah kesihatan ataupun penyakit.

Kesan pemilihan corak kesihatan akan dikumpulkan secara harian, mingguan, bulanan

dan tahunan. Penggumpulan secara positif akan mengarah ke arah kesihatan yang

optimum dan kehidupan yang berkualiti manakala pengumpulan secara negatif akan

mengakibatkan penyakit dan kematian awal.

       Faktor-faktor lain yang mempengaruhi kesihatan selain dari gaya hidup ialah

genetik, penyakit, rawatan kesihatan, persekitaran fizikal serta psikologi. Namun

pakar kesihatan bersetuju bahawa gaya hidup merupakan faktor yang paling penting.

       Lon Seiger et.al. (1998). Gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan

kematian awal. Pada sekitar tahun 1900an penyebab utama kematian di Amerika

Syarikat ialah penyakti berjangkit tetapi kini fenomena itu telah berubah. Ia lebih

berkaitan dengan gaya hidup.         Beberapa strategi untuk menghalang dan

mengurangkan risiko kematian awal dibincangkan di bahagian ini adalah berdasarkan

kepercayaan ramai yang memulakan gaya hidup sihat hanya selepas didiagnosis

sebagai penyakit kanser, jantung atau kencing manis. Tetapi kini kepercayaan ramai

bahawa penyakit adalah punca utama kematian di Amerika Syarikat dan masih

berterusan.




                                                                                       11
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




5. MENGHINDARI SEBAB-SEBAB UTAMA KEMATIAN

       Lon Seiger et. al. (1998). Di Amerika Syarikat, ramai orang percaya bahawa

penyakit dan kemalangan tidak akan berlaku kepada mereka. Kepercayaan ini akan

membawa mereka ke arah punca utama kematian di Amerika.             Penyebab utama

penyakit akan menyerang setiap orang tidak kira umur, jantina dan bangsa.

Penyebab utama untuk hidup lama dan bahagia adalah dengan mengurangkan faktor-

faktor risiko yang menjadi penyebab kepada penyakit dan kemalangan.

       Bahagian ini adalah untuk menunjukkan strategi yang dapat merendahkan

risiko dari penyebab kematian masa kini. Gunakan strategi ini untuk mencapai suatu

kehidupan yang lebih menyeronokkan dan memenuhi kehendak kendiri dari segi

kesejahteraan, dan mengurangkan penyakit serta kesengsaraan.


                                      Genetik

        Persekitaran                                                   Gaya
         Psikologi                                                     Hidup


                                     Pengaruh
                                    Utama Yang
                                   mempengaruhi
       Persekitaran
                                   kesejahteraan.
         Fizikal                                                   Penyakit



                                       Rawatan
                                       Kesihatan


          Rajah 3 : Faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan

  Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998).
      Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill.




                                                                                       12
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




5.1. Penyakit Jantung

Faktor penyumbang

       Tahap kolesterol tinggi, merokok, darah tinggi, kurang aktif secara fizikal.

Strategi untuk mengatasinya

1. Periksa kandungan lemak, termasuklah tahap kolesterol. Dapatkan rawatan jika

   tidak normal.

2. Amalkan diet bersesuaian (lebihkan pengambilan fiber, buah-buahan dan sayur-

   sayuran).

3. Hentikan penggunakan tembakau.

4. Periksa tekanan darah (rujuk doktor).

5. Amalkan gaya hidup aktif.

6. Kawal tahap lemak dalam badan dan berat badan.




5.2. Kanser

Faktor penyumbang

       Tembakau, sinar ultra dan diet. Faktor lain termasuklah kegemukan, sinar - X

berlebihan, kadar estrogen tinggi, jisim kimia seperti asbestos.

Strategi untuk mengatasinya

1. Hentikan penggunaan tembakau.

2. Ambil lebih fiber, bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, kurangkan lemak dan

   kolesterol.

3. Lindungi kulit dari radiasi ultra.

4. Kawal berat badan dan tahap lemak dalam badan.




                                                                                               13
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




5.3. 'Strokes'

Faktor penyumbang

       Darah tinggi, penyakit jantung, merokok, lebih sel darah merah dan serangan

angin ashma.        Faktor lain termasuklah pengambilan alkohol berlebihan dan

kegemukan.

Strategi untuk mengatasinya

1. Amalkan diet tinggi dengan fiber, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Hentikan penggunaan tembakau.

3. Bersenam.

4. Kawal tahap tekanan darah (normal).



5.4. 'Obstructive Pulmonary Disease' (OPD).

Faktor penyumbang

       Merokok dan udara tercemar.

Strategi untuk mengatasinya

1. Berhenti merokok.

2. Elakkan dari udara tercemar termasuklah asap rokok orang lain.



5.5. Kemalangan

Faktor penyumbang

       Memandu dalam keadaan mabuk, secara merbahaya, tidak memakai tali

pinggang keledar.

Strategi untuk mengatasinya

1. Pandu dengan berhati-hati dan bertanggungjawab.

2. Jangan pandu dalam keadaan mabuk.
                                                                                        14
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




3. Jangan memandu dengan orang yang dibawah pengaruh alkohol.

4. Sentiasa memakai tali pinggang keledar.



5.6. 'Pneumonia/Influenza'

Faktor penyumbang pneumonia

       Bakteria, virus, benda asing (asap) dalam paru-paru.

Strategi untuk mengatasi pneumonia

       Dapatkan suntikan vaksin untuk yang pernah alami pneumonia, kurang daya

tahan dan yang berumur lebih dari 50 tahun.

Strategi untuk merawat pneumonia

       Cepat dapatkan nasihat doktor jika menunjukkan simptom seperti berikut :

batuk, deman panas 102°F atau lebih, sukar bernafas, menggigil, kahak kuning

kehijauan.

Faktor penyumbang Influenza

       Virus Influenza A dan B, dipindahkan melalui batuk, bersin, ketawa dan

perbualan.

Strategi untuk mengatasi Influenza

1. Amalkan gaya hidup sihat.

2. Jangan berkongsi makanan atau minuman dengan pesakit.

3. Basuh tangan dengan air suam dan sabun.

4. Jauhkan diri dari orang yang bersin dan batuk.

Strategi untuk merawat Influenza

       Ubat antivirus boleh mengurangkan kesakitan jika diambil dalam tempoh 3

hari berdasarkan simptom berikut : demam, sakit kepala, sakit badan, lemah, letih,

hidung tersumbat, bersin, sakit tekak, dada kurang selesa dan batuk.
                                                                                          15
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




5.7. Kencing Manis

Faktor penyumbang

        Kegemukkan dan diet.

Strategi untuk mengatasinya

1. Amalkan diet yang sihat.

2. Amalkan program kesihatan fizikal.

3. Ambil ubat jika perlu.

4. Kawal berat badan dan tahap lemak.




5.8. Jangkitan 'HIV' atau 'AIDS'

Faktor Penyumbang

        Seks bebas, jarum tercemar dengan HIV, darah yang tercemar dan ibu kepada

anak.

Strategi untuk mengatasinya

1. Mengawal nafsu.

2. Berhubung dengan pasangan yang bebas HIV.

3. Jangan gunakan dadah suntikan.

4. Periksa darah sebelum mendermakannya atau menjalani pembedahan.

5. Pasangan perlu mendapatkan rawatan antibodi AIDS sebelum memulakan

   keluarga.



5.9. Bunuh Diri

Faktor penyumbang

        Tiada harapan, rasa lemah, pernah mencuba bunuh diri dan tertipu dengan

memberikan barangan berharga kepada orang lain.
                                                                                      16
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




Strategi untuk mengatasinya

1. Akui tahap kesihatan yang lemah.

2. Dapatkan bantuan keluarga, kawan, guru dan pakar profesional.

3. Ambil ubat, jika perlu.

4. Jangan putus asa, masa depan akan lebih cerah.




5.10. Penyakit Hati Yang Kronik

Faktor penyumbang

       Pengambilan alkohol yang berlebihan.

Strategi untuk mengatasinya

1. Hentikan pengambilan alkohol.

2. Jika ketagih, kawal pengambilan alkohol.




5.11. Pembunuhan

Faktor penyumbang

       Kemarahan, alkohol, menghabiskan masa di pusat-pusat hiburan, senjata

dalam simpanan dan berjalan seorang diri waktu malam atau di tempat sunyi.

Strategi untuk mengatasinya

1. Belajar seni mempertahankan diri.

2. Kawal kemarahan.

3. Peka dengan keadaan di sekeliling.

4. Tunjukkan keyakinan untuk elak dari diserang.

5. Cuba elakkan dari terlibat dalam apa-apa situasi, konfrantasi secara fizikal adalah

   ikhtiar terakhir untuk menyelamatkan diri.


                                                                                          17
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




6. Apabila berhadapan dengan seseorang yang sedang marah, cuba tenangkan

   ketegangan dengan :

       a. bertenang

       b. kawal dengan renungan mata

       c. elakkan dari bertelagah

       d. kurangkan pergerakan

       e. dengar dahulu penjelasan orang tersebut

       f. fahami perasaan orang tersebut

       g. cari jalan penyelesaian

7. Jika diserang oleh seseorang yang tidak bersenjata, menjerit, melarikan diri atau

   melawan boleh memberikan peluang menyelamatkan diri.

8. Jika diserang oleh seseorang yang bersenjata, jangan ambil risiko kecuali terdesak.

9. Ikuti peraturan keselamatan asas :

       a. Jangan buka pintu rumah kepada orang yang tidak dikenali

       b. Elakkan berjalan seorang diri terutamanya pada waktu malam

       c. Letak kereta di tempat terang

       d. Kunci pintu kereta setiap masa

       e. Jika kenderaan rosak, buka bonet, tunggu dalam kereta dan minta orang

           yang berhenti menelefon saudara atau pihak polis.




5.12. Senaman Dan Jantung

       Gerard et. al. (1996). Kecergasan seseorang dapat dipertingkatkan dengan

senaman yang berterusan tidak kira di mana tahap kecergasan dan umurnya. Terdapat

berbagai jenis senaman untuk meningkatkan kesihatan sistem kardiovaskular, ada

jenis senaman yang lebih sangat efektif, contohnya senaman aerobik atau aktiviti yang
                                                                                           18
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




melibatkan otot-otot besar badan dilakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit,

akan dapat meningkatkan keluaran kardiak ('Cardiac output') dan menambahkan

kadar metabolik seseorang, senaman 3 - 5 sesi seminggu, aktiviti aerobik ini adalah

disyorkan untuk memperbaiki kesihatan sistem kardiovaskular ini. Contoh-contoh

aktiviti aerobik ini adalah; berjalan, berlari, berbasikal, merentas desa dan berenang.

       Bersenam akan dapat menambahkan keperluan oksigen pada otot-otot badan

samada keperluan oksigen ini dipenuhi atau tidak, bergantung kepada kecukupan

keluaran kardiak. Seseorang yang sihat akan dapat menambahkan keluaran kardiak

maksimanya dan meningkatkan kadar maksima penghantaran oksigen ke tisu-tisu.

Dengan itu meningkatkan juga penghantaran oksigen sebab peningkatan paras

hemoglobin dan otot-otot rangka badan menambahkan lagi jaringan kapilari darah

hasil dari latihan atau senaman jangka masa panjang.

       Semasa melakukan aktiviti cergas, keluaran kardiak seseorang atlit akan

mencapai dua atau tiga kali ganda dari orang biasa sebab latihannya menyebabkan

hypertrofi (pembesaran) pada jantungnya. Walaupun jantung atlit adalah lebih besar,

namun keluaran kardiak rehat ('resting cardiac output') adalah lebih kurang sama

dengan orang biasa yang sihat dan tidak terlatih.          Ini adalah disebabkan oleh

peningkatan isipadu stroke ('strock volume') manakala kadar nadi diperlahankan.

Kadar nadi rehat seorang atlit adalah hanya dengan 40-60 denyutan seminit sahaja.

       Manfaat yang lebih dari kesan fizikal ini adalah peningkatan dalam

ketumpatan lipoprotain (HDL), pengurangan paras trigliserida dan peningkatan fungsi

paru-paru. Senaman juga menolong mengurangkan tekanan darah, kebimbangan dan

kesedihan; mengawal berat badan; dan meningkatkan keupayaan badan untuk

melarutkan gumpalan darah yang disebabkan oleh peningkatan aktiviti fibrinolitik

('fibrinolytic'). Senaman yang cergas akan menambahkan paras 'endorphins', ubat
                                                                                            19
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




tahan sakit semulajadi pada badan. Ini dapat menerangkan mengapa seseorang atlit

berasa 'high' secara psikologi dengan latihan yang cergas dilakukan serta keadaan

'low' yang mereka rasai apabila gagal mengikuti latihan yang biasa dijalankan.

Senaman juga menolong menjadikan tulang lebih kuat dan mungkin dapat merawat

penyakit 'osteoporosis'. Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa senaman juga

dapat melindungi individu dari penyakit kanser dan kencing manis ('diabetis').



5.13. Objektif Kesihatan Kebangsaan Tahun 2000

       Dalam tahun 1990, matlamat kesihatan kebangsaan telah dirangka.

Berdasarkan laporan ini, terdapat 3 matlamat umum iaitu :

       a. meningkatkan peratusan rakyat hidup sihat

       b. mengurangkan ketidaksamaan kesihatan di kalangan rakyat

       c. memastikan program pencegahan dinikmati oleh semua peringkat

       Satu kad laporan bagi meneliti kemajuan kesihatan telah diwujudkan untuk

objektif tersebut. Walaupun mereka sedar dan mengamalkan diet serta gaya hidup

sihat, masih ramai yang mengalamai masalah kesihatan.




                                                                                          20
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




6. STRATEGI UNTUK MENCAPAI KESEJAHTERAAN

       Lon Seiger et. al. (1998).           Untuk mencapai kesejahteraan hidup,

pertimbangkan lapan strategi yang penting seperti berikut :



6.1. Berakauntabiliti

       Orang yang paling bertanggungjawab ke atas kesihatan diri anda ialah diri

anda sendiri, bukannya doktor anda, ibu bapa anda, kawan-kawan anda atau pasangan

anda. Sekiranya anda bersetuju bahawa andalah yang mengawal kesihatan diri anda

sendiri, anda akan lebih cenderung berubah ke arah gaya hidup yang positif.



6.2. Mengamalkan Sikap Yang Positif

       Salah satu strategi untuk kesejahteraan adalah dengan mengamalkan sikap

yang positif pada diri anda, kesihatan anda dan kehidupan anda secara umumnya.

Apabila anda mengamalkan sikap yang positif dalam hidup, ia akan menjadikan

minda anda berfikiran positif setiap masa. Frasa berikut dari Charles Swindol akan

membolehkan anda bertanggungjawab terhadap sikap diri anda sepanjang hayat:

       "The longer I live, the more I realize the impact of attitude on life. Attitude to

me is more important than facts. It is more important than the past, than education,

than money, than circumstances, than failures, than successes, than what other people

think or say or do. It is more important than appearance, giftedness, or skill…. . The

remarkable thing is we have a choice every day regarding the attitude we will

embrace for that day. We cannot change our past. We cannot change the fact that

people will act in a certain way. We cannot change the inevitable. The only thing we

can do is play on the one string we have, and that is our attitude. I am convinced that



                                                                                           21
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




life is 10% what happens to me and 90% how I react to it. As so it is with you….we

are in charge of our attitudes."



6.3. Membuat Perubahan Gaya Hidup

       Apa gunanya pengetahuan kesihatan, jika tidak diaplikasikan dalam kehidupan

seharian? Mengetahui kepentingan bersenam dan berkeinginan menjadi cergas adalah

sikap terpuji? Walau bagaimanapun kalau tidak bertindak ke arah itu, apa yang akan

berlaku? Dengan membuat perubahan yang positif terhadap gaya hidup, anda akan

menikmati kesejahteraan hidup yang optimum.



6.4. Berusaha Kearah Keseimbangan

       Mengekalkan darjah kesihatan yang sederhana pada keenam-enam komponen

kecergasan adalah lebih baik dari hanya bertumpu kepada beberapa komponen sahaja.

Contohnya, mereka yang menyalahgunakan alkohol dan dadah dalam majlis-majlis

tarian malam mungkin mempunyai hubungan sosial yang kuat tetapi pada masa yang

sama menjejaskan kesihatan fizikal mereka. Individu yang mempunyai keseimbangan

dalam kesihatan akan dapat menikmati kebaikan dari segala aspek kehidupan,

termasuklah sekolah, kerja, keluarga, rakan-rakan, sosial dan masa santaian.



6.5. Kepelbagaian

       Kepelbagaian merupakan rempah dan perasa untuk menikmati kesejahteraan

hidup. Mengekalkan rutin yang sama, (aktiviti fizikal, makanan, kesihatan) akan

mengakibatkan kebosanan. Pada hakikatnya seseorang yang melibatkan diri dalam

aktiviti yang pelbagai akan membolehkannya menikmati hidup yang tidak

membosankan.
                                                                                         22
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




6.6. Kesederhanaan

       "Terlalu banyak perkara yang baik akan menyeronokkan".             Adakah ini

kepercayaan anda? Sesuatu tingkahlaku yang menyeronokkan sehingga ke tahap

yang keterlaluan akan mengakibatkan keletihan dan masalah kesihatan. Contohnya,

senaman yang berlebihan akan mengakibatkan keletihan mental dan kecederaan.

Keterlaluan walaupun dari segi pemakanan yang berkhasiat, boleh mengakibatkan

penambahan kalori dan berat badan. Tingkah laku atau gaya hidup yang positif dan

dilakukan dalam kesederhanaan dapat mengekalkan keseronokkan kehidupan tanpa

menimbulkan masalah kesihatan yang tidak sepatutnya. Satu formula untuk dicontohi

adalah dengan belajar bersungguh-bersungguh, bermain bersungguh-sungguh dan

bekerja bersungguh-sungguh ('learn hard, play hard and work hard'). Ketiga-tiga

faktor tersebut mestilah seimbang tanpa mengutamakan atau mengabaikan mana-

mana satu.



6.7. Keceriaan dan Gaya Hidup

       Adakah tersurat di mana-mana bahawa kehidupan seharusnya serius dan

mudah diramalkan? Kelucuan (berjenaka, bermain-main) telah dikenalpasti sebagai

dadah yang hanya akan mengakibatkan keseronokkan sebagai hasil sampingan.

Kuantiti kelucuan dan kelawakan yang sihat akan menambahkan keseronokkan pada

kehidupan seharian. Secara fizikal, kelucuan dan lawak itu boleh bertindak sebagai

senaman untuk otot-otot jantung; meningkatkan peredaran darah; menjadikan

seseorang itu lebih berwaspada; dan menghilangkan tekanan, stres, ketakutan dan

kesedihan. Kelucuan juga akan menjalin hubungan mesra semasa berkomunikasi.




                                                                                       23
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




6.8. Gaya Tersendiri

       Kehidupan dan kesihatan diri adalah milik anda. Oleh kerana andalah tuan

punya badan dan minda, anda boleh membuat keputusan tentang kesihatan anda.

Anda boleh merancang atau merangka program kesejahteraan yang paling sesuai demi

keperluan kesihatan dan minat anda.       Apabila anda meletakkan kesihatan anda

sebagai pilihan paling utama, anda akan membuat pilihan aktiviti, yang mana, akan

menjauhkan diri anda dari penyakit dan menggalakkan kesejahteraan.



7. RUMUSAN

       Lon Seiger et. al. (1998). "An ounce of prevention is worth much more than a

pound of cure." Bermaksud pencegahan adalah lebih baik daripada mengubatinya.

Katakanlah anda mempunyai seekor kucing yang mahal dan disayangi, untuk menjaga

kesihatannya anda akan memberikannya segala pencegahan dari penyakit yang

mungkin didapati: kasih sayang dan tumpuan yang begitu banyak, jumlah senaman

dan mainan yang mencukupi, pemakanan yang berkhasiat, tidur yang secukupnya,

rehat serta persekitaran yang positif. Dengan layanan diraja sebegini, kucing tersebut

pasti akan menikmati hidup yang sempurna. Begitu juga dengan diri anda, anda juga

patut menikmati penjagaan yang sebaiknya supaya anda dapat menikmati segala yang

ada di sekeliling anda. Melakukan segala perlakuan dengan potensi sepenuhnya akan

mengakibatkan kegembiraan, kepuasan dan kualiti hidup yang lebih baik.

       Inilah masanya untuk berusaha kearah kesejahteraan hidup yang lebih baik.

Kenapa? Pertama, semakin awal menerima tingkahlaku yang berasaskan kesihatan,

maka semakin mudah ia diteruskan dalam rutin kehidupan seseorang.                  Kedua,

semakin lama seseorang itu meninggalkan gaya hidup yang sihat, semakin tinggi

risiko dijangkiti penyakit yang serius.    Contohnya, penyakit jantung merupakan
                                                                                          24
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




penyebab utama kematian di Amerika dan negara kita. Walaupun serangan penyakit

jantung hanya berlaku dalam beberapa ketika sahaja tetapi faktor penyebabnya

berlaku dalam jangkamasa yang panjang. Pengkaji dari American Heart Association

dengan data terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kurang aktif akan

menjadi gemuk, orang dewasa yang kurang aktif akan dijangkiti penyakit arteri.

Walaupun remaja tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit kardiovaskular yang

nyata, mereka mungkin mengalami perubahan yang tidak sihat dalam arteri mereka.

Bermula dari umur pertengahan atau lebih lewat dari itu mungkin terlalu lewat untuk

menjana suatu kehidupan yang sihat. Jadi, kalau anda ingin menambahkan jangka

hayat anda yang panjang dan berkualiti mulalah bertindak sekarang.

       Edward et. al. (1997:8). Matlamat utama kesihatan adalah mengelak dari

kematian awal dan penyakit yang boleh dicegah. Komponen-komponen berkaitan

dengan matlamat ini termasuklah keturunan, persekitaran, tabiat, dan status kesihatan.

Tingkahlaku yang memainkan peranan utama dalam kesihatan hidup adalah senaman

yang berterusan; pemakanan yang baik; rehat atau tidur yang mencukupi;

relaksasi/santaian; dan menjauhkan diri dari merokok, minuman beralkohol dan dadah

yang tidak bermanfaat.

       Senaman atau aktiviti fizikal yang diamalkan selalu boleh meningkatkan

jangka hayat dan kualiti hidup seseorang.        Ia juga membantu mencegah dan

mengawal penyakit jantung koronari, hipertensi (tekanan darah tinggi), diabetes

(kencing manis), dan berat badan. Banyak kajian epidemiologi telah menunjukkan di

kalangan orang yang sentiasa bersenam dan menjadikannya sebagai amalan biasa,

kadar kejadian dan kadar kematian yang berkaitan dengan penyakit jantung koronari

adalah lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak mengamalkan senaman.



                                                                                          25
Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup




8. RUJUKAN



Rujukan Utama

Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Fitness And
       Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill.



Rujukan Tambahan

Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997). Health Fitness Instruktor's Hendbook -
      3rd ed. USA : Human Kinetics.

Gerard J. Tortora, Sandra Reynolds Grabowski, (1996). Principles of Anotomy and
       Physiology - 8th ed. New York : Harper Collins.

Dr. Mohd Nasir Mohd Taib dan Dr. Rokiah Mohd Yusof, (1996). Modul Gaya
      Hidup Sihat. Kementerian Kesihatan Malaysia.




                                                                                       26

More Related Content

What's hot

Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Bab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusiaBab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusiaAsmaroni Rahman
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Emma Subpei Shafie
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanNur ja
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakNur Syamimi Ahmad Othman
 
behavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah lakubehavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah lakuzakwan azhar
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatanraniastudio
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakNormala Mehat
 
Kemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanKemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanmunnianwar
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMESigmund Fai
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakBudakpro Bapapro
 
Strategi Dan Teknik P&P
Strategi Dan Teknik P&PStrategi Dan Teknik P&P
Strategi Dan Teknik P&PNiena Majid
 

What's hot (20)

Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Kaedah fonik
Kaedah fonikKaedah fonik
Kaedah fonik
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Bab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusiaBab 1 psikologi perkembangan manusia
Bab 1 psikologi perkembangan manusia
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruan
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
 
Teori erikson
Teori eriksonTeori erikson
Teori erikson
 
behavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah lakubehavior therapy/ teori tingkah laku
behavior therapy/ teori tingkah laku
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatan
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
 
Kemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanKemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesan
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
 
Strategi Dan Teknik P&P
Strategi Dan Teknik P&PStrategi Dan Teknik P&P
Strategi Dan Teknik P&P
 

Similar to KESIHATANHIDUP

Similar to KESIHATANHIDUP (20)

Bahan qgk 3013 2
Bahan qgk 3013  2Bahan qgk 3013  2
Bahan qgk 3013 2
 
Konsep sehat
Konsep sehatKonsep sehat
Konsep sehat
 
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diriMinggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
 
Makalah sehat sakit
Makalah sehat sakitMakalah sehat sakit
Makalah sehat sakit
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andrianiMakalah hidup sehat dan bersih siti andriani
Makalah hidup sehat dan bersih siti andriani
 
Konsep sehat –sakit
Konsep sehat –sakitKonsep sehat –sakit
Konsep sehat –sakit
 
cerdik.pdf
cerdik.pdfcerdik.pdf
cerdik.pdf
 
Perilaku cerdik membangun generasi sehat
Perilaku cerdik membangun generasi sehatPerilaku cerdik membangun generasi sehat
Perilaku cerdik membangun generasi sehat
 
Presentasi ini Materi P5 Sehat Jiwa Raga
Presentasi ini Materi P5 Sehat Jiwa RagaPresentasi ini Materi P5 Sehat Jiwa Raga
Presentasi ini Materi P5 Sehat Jiwa Raga
 
PJK2102W
PJK2102WPJK2102W
PJK2102W
 
ikma.2016.pddUNAIRBWI.ac.id
ikma.2016.pddUNAIRBWI.ac.idikma.2016.pddUNAIRBWI.ac.id
ikma.2016.pddUNAIRBWI.ac.id
 
Siap
SiapSiap
Siap
 
Konsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi Kesehatan
Konsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi KesehatanKonsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi Kesehatan
Konsep Sehat dan Sakit dalam Epidemiologi Kesehatan
 
Konsep sehat sakit
Konsep sehat sakitKonsep sehat sakit
Konsep sehat sakit
 
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat  dan bersih belumMakalah pola hidup sehat  dan bersih belum
Makalah pola hidup sehat dan bersih belum
 
Hbhe 3103
Hbhe 3103Hbhe 3103
Hbhe 3103
 
Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2
 
Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2Pola hidup sehat2
Pola hidup sehat2
 

KESIHATANHIDUP

  • 1. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 1. PENGENALAN Kesihatan mempunyai makna yang berbeza-beza bagi individu yang berlainan. Ia sering ditakrifkan sebagai "ketiadaan penyakit" yang membawa erti bahawa jika seseorang itu tidak mengalami apa-apa kecederaan, kekecewaan, atau penyakit pada satu-satu masa tertentu, maka dia akan berpendapat bahawa dirinya sihat. Takrifan ini, walaupun biasa digunakan, tidak menggambarkan maksud kesihatan secara menyeluruh. Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Takrifan kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukakan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia sebagai "Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi, dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan". Di sini, kesihatan terbentuk hasil dari satu keadaan keseimbangan di antara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya. Keseimbangan ini juga membolehkan individu tersebut berfungsi dengan baik. Berkaitan dengan takrifan ini, individu yang sihat dilihat sebagai individu yang bercirikan kesempurnaan anatomi, berkeupayaan menjalankan tanggungjawab keluarga, kerja dan komuniti serta bebas dari risiko penyakit dan kematian yang mengejutkan. Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997:4). Dari sejarah yang telah dicatatkan, ahli falsafah dan pakar kesihatan telah memerhatikan bahawa aktiviti fizikal yang berterusan merupakan bahagian utama dalam kesihatan hidup. Ahli falsafah 'Hippocrates' pernah mengatakan bahawa "Makanan sahaja tidak akan menyihatkan seseorang; dia perlu bersenam. Untuk makanan dan senaman, walaupun mempunyai kualiti yang berbeza, namun saling bergandingan ke arah kesihatan. Dan adalah perlu, untuk memilik kekuatan senaman (cergas), sama ada secara semulajadi 1
  • 2. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup ataupun buatan, mengetahui yang mana satu dapat menambahkan isi saiz otot dan yang mana satu mengurangkannya; dan bukan hanya itu malah pembahagiaan senaman dan makanan adalah berbeza terhadap seseorang pesakit, umur individu, jantina dan sebagainya." Saban hari kita membuat pilihan melakukan aktiviti yang sama ada meningkatkan atau mengurangkan tahap kesihatan yang ada sekarang. Walaupun setiap orang menginginkan suatu kehidupan yang sihat, berkualiti, namun bukan setiap orang secara sukarelanya akan membuat perubahan gaya hidup yang diperlukan untuk meningkatkan kesihatan. Walau bagaimanapun, anda mungkin merupakan antara mereka yang cuba untuk memperolehi gaya hidup yang lebih sihat ini. Peningkatan konsep kesihatan ini akan menunjukkan tingkahlaku gaya hidup yang lebih sihat dan positif yang dapat mempengaruhi kesihatan, kualiti dan kesejahteraan hidup kita. Tidak kira di mana tahap kesihatan anda, terdapat banyak pilihan corak tingkahlaku yang dapat anda lakukan menuju ke arah kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik, tetapi hanya diri anda dapat menentukan pilihan anda. Pilih dengan bijak dan menikmati pilihan tersebut. 2
  • 3. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 2. KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Kesihatan mempunyai pelbagai cabang, kualiti dinamik menceritakan bagaimana sihatnya anda dan berkemampuan untuk berfungsi setiap masa dan di mana juga. Menjadi lebih sihat adalah lebih penting daripada tidak menjadi sakit. Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional dan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan yang memuaskan dan produktif. Kesihatan yang optimum boleh diukur dengan berfungsi pada tahap yang tinggi, sentiasa mempunyai tingkahlaku yang positif, hidup yang menggembirakan dan mempunyai rasa harmoni dengan alam dan kemanusiaan. Kesihatan sentiasa mengubah kualiti kehidupan. Kesihatan kita boleh berubah dari hari ke hari, minggu ke seminggu melalui perubahan dalam minda, tubuh, nilai, sikap, kepercayaan, kebiasaan dan perangai. Kesejahteraan ialah petanda kepada kesihatan yang optimum. Keseronokan dan pendekatan yang positif kepada gaya hidup akan membawa kepada kesejahteraan hidup pada tahap tinggi. Kontinum ini penting untuk meningkatkan perkembangan dalam semua aspek kehidupan. Fokus kepada tanggungjawab kendiri, pengisian kendiri dan kualiti hidup yang lebih baik. Konsep kesejahteraan ialah memperkayakan sikap ke arah kesihatan yang akan menolong mengurangkan faktor potensi risiko penyakit dan meningkatkan kesejahteraan. 2.1. Tujuan Utama Mencapai Kesihatan Optimum i. Menikmati hidup dengan lebih sempurna ('life to your years'). ii. Panjang umur ('years to your life'). iii. Minda, tubuh dan rohani yang sihat. iv. Meningkatkan keyakinan diri. 3
  • 4. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup v. Lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan yang sempurna. vi. Lebih ceria dan periang. vii. Tingkahlaku positif. viii. Kurang risiko penyakit. ix. Antibodi yang kuat untuk melawan serangan penyakit berjangkit. x. Boleh mengawal diri tanpa bergantung kepada orang lain. xi. Mengurangkan kos rawatan. xii. Perhubungan sosial yang sihat. xiii. Meningkatkan kepekaan terhadap peranan persekitaran. xiv. Berperanan dengan efektif sebagai pelajar atau pekerja. xv. Lebih berpeluang mencapai kejayaan dalam hidup. xvi. Lebih berpeluang mengecapi setiap detik dalam hidup dan pengalaman. Kesihatan dan kesejahteraan mempunyai hubungan yang sangat rapat. Ia dapat digambarkan dalam tiga keadaan iaitu berjalan ke belakang, berdiri statik dan berjalan ke hadapan. Contohnya, mendapat penyakit adalah seperti berjalan ke belakang. Tidak sakit tetapi tidak merasa sejahtera adalah seperti seseorang berdiri statik dan menjadi sihat secara keseluruhan adalah seperti seseorang yang berjalan ke hadapan dan bila sikap serta akhlak lebih sihat, anda berjalan dengan pantas ke arah kesihatan yang optimum atau kesejahteraan. Kebanyakan orang di Amerika lebih senang berada dalam keadaan neutral, tidak sakit atau sihat. Kontinum sejahtera dan sakit (merujuk rajah 1), menunjukkan bahawa kesejateraan atau kesihatan optimum adalah tahap tertinggi kebolehan manusia berfungsi. Penghujung kontinum satu lagi menunjukkan kehilangan fungsi manusia iaitu kematian. Di mana anda sekarang? Letakkan titik di mana anda berada sekarang dan letakkan titik di mana anda berada 5 tahun dahulu, ke manakah arah 4
  • 5. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup gaya hidup anda? Adakah pilihan anda membawa ke arah yang lebih sihat atau sebaliknya? I have never felt better Optimum Health (Wellness) I feel great Excellent Health I feel good Good Health I feel fine Above-Average Health I feel OK Neutral I don't feel so good Minor Illness I feel rotten Major Illness I have never felt worse Critical Illness Death Rajah 1 : Kontinum sejahtera dan sakit ('The Wellness-Illness Continuum') Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill. 2.2. Perkaitan Antara Aktiviti Fizikal Dan Kesihatan Edward et. al. (1997). Sejak tahun 1940an, perintis seperti T.K. Cureton, Bruno Balke dan Peter Karpovich telah menjalankan beberapa ujikaji berkaitan dengan kesan senaman berterusan ke atas komponen-komponen kecergasan, terutamanya kecergasan kardiorespirasi dan komposisi badan. Kajian ACSM (American College of Sports Medicine) pada tahun 1978 dapat menunjukkan keperluan yang perlu ada untuk membuat perubahan dalam masa beberapa bulan. Individu dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan masalah kesihatan yang lain dengan hanya melakukan aktiviti ringan ke sederhana selama 30 minit setiap hari 5
  • 6. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup dalam seminggu. Kecergasan tambahan boleh diperolehi dengan melakukan aktiviti bertenaga tinggi dalam masa 3 hingga 5 hari seminggu. Dengan itu, gaya hidup yang aktif anda akan dapat meningkatkan kualiti hidup. Penambahan aktiviti fizikal pada kadar yang rendah ke sederhana akan dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Aktiviti bertenaga lebih tinggi akan dapat meningkatkan kecergasan kardiorespirasi seseorang. Edward et. al. (1997:5). 'An active lifestyle enhances the quality of life. An increase in total physical activity at low to moderate intensities is associated with a decrease in the risk of heart disease. Regular vigorous physical activity increases cardiorespiratory fitness'. 6
  • 7. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 3. KOMPONEN-KOMPONEN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN Lon Seiger et. al. (1998). Untuk menikmati gaya hidup yang sihat, banyak komponen kesejahteraan perlu digunakan bersama. Kedudukan anda dalam 'kontinum sejahtera dan sakit' banyak bergantung kepada pilihan aktiviti kesihatan harian yang anda buat. Ia dipengaruhi oleh tahap kesihatan anda dalam setiap komponen kesihatan berikut: psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional dan persekitaran. Kejayaan kesihatan optimum berkaitan dengan sejauh mana baiknya anda dalam tiap-tiap komponen yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Psikologi Persekitaran Rohani Kesejahteraan Fizikal Vokasional Sosial Rajah 2 : Komponen Kesihatan dan Kesejahteraan Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill. 7
  • 8. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 3.1. Psikologi Kesejahteraan psikologi adalah kombinasi aspek emosi dan mental. Ia bukanlah keadaan yang statik tetapi dinamik dan berubah dari hari ke sehari. Kita akan merasakan hari yang baik, hari yang buruk dan hari yang biasa. Tiada siapa yang boleh mengawal secara keseluruhan emosi seseorang (kegembiraan, kesedihan, ketakutan, marah, malu, kesunyian, salah). Walau bagaimanapun, orang yang mempunyai emosi yang sihat berupaya untuk mengekalkan keseimbangan psikologi dan tahu bila untuk meluahkan emosi dengan tepat dan selesa. Mereka juga dapat menunjukkan hormat dan minat pada yang lain. Dalam menghadapi keadaan emosi yang tidak stabil, mereka boleh mendapatkan pertolongan dari golongan yang profesional atau mendapat sokongan dari kumpulan tertentu. Sekiranya keadaan mental sihat, anda boleh mencapai realiti kehidupan, tindakbalas positif terhadap perubahan hidup dan dengan cara yang sihat untuk mengendalikan ketegangan serta masalah peribadi dan juga anda percaya pada pembelajaran seumur hidup. Untuk memenuhi keperluan intelektual, anda menjadikan minda anda aktif dan ingin tahu, sentiasa berkeinginan untuk belajar dari semua pengalaman hidup. 3.2. Rohani Rohani yang sihat adalah rasa positif tentang matlamat dan makna dalam kehidupan. Anda boleh menggunakan agama, falsafah, kepercayaan, nilai, kesetiaan, prinsip, moral atau etika untuk menerangkannya. Dengan mengetahui tujuan hidup dan lebih selesa untuk menyatakan sayang, kegembiraan, keamanan dan memenuhi keperluan diri adalah bahagian-bahagian rohani yang sihat. Ia juga meliputi sikap menolong diri sendiri dan orang lain dalam mencapai potensi maksimum. 8
  • 9. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup Kesihatan rohani juga merupakan jalinan perasaan dalaman pada diri sendiri, kepentingan orang lain dan alam sekeliling. Akhir sekali kerohanian anda juga termasuklah memberikan harapan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingin dan menghargai alam sekitar. 3.3. Fizikal Kesihatan fizikal termasuklah cergas dari segi fizikal, amalan pemakanan yang berkhasiat dan mendapat rehat dan tidur yang cukup. Amalan seks serta penggunaan dadah dan alkohol memainkan peranan penting dalam komponen kesejahteraan ini. Kesejahteraan fizikal meliputi kesedaran diri dan penjagaan aspek fizikal sendiri, yang meliputi ujian kendiri secara tetap dan berterusan, pemeriksaan perubatan, pemulihan kecederaan dan penyakit, penggunaan ubat yang betul dan mengambil langkah yang betul bila ditimpa penyakit. 3.4. Sosial Kesejahteraan sosial bermaksud mendapat kepuasan, kepercayaan dalam perhubungan dan interaksi yang baik dengan orang lain. Ini juga meliputi sikap yang adil serta mengambil berat dan menghargai perbezaan pada semua orang. Adalah dicadangkan untuk mendapat kesejahteraan sosial, seseorang itu perlu mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga, kawan dan orang lain agar boleh dihubungi ketika keadaan memerlukan. Orang yang sejahtera secara sosialnya, akan merasa perhubungan sihat dalam masyarakat yang didiaminya. 9
  • 10. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 3.5. Vokasional Kesejahteraan vokasional bermakna kepuasan di sekolah, kerja dan pada masa lapang. Tanya diri anda sekarang, adakah apa yang anda buat sekarang dalam hidup ini adalah merangsangkan, mencabar dan dihargai? Jika ya, anda mempunyai tahap kesejahteraan vokasional yang tinggi. Jika tidak, mungkin anda perlu pertimbangkan perubahan dengan mendapatkan latihan dalam bidang yang anda minati. Akhirnya komponen vokasional termasuklah bekerja secara harmoni dengan yang lain untuk mencapai matlamat. 3.6. Persekitaran Manusia bergantung kepada udara, air dan sumber dari tanah untuk hidup. Kesejahteraan alam sekitar merujuk kepada impak alam semulajadi terhadap kesihatan. Ianya termasuk menghindar diri daripada melakukan sesuatu yang membahayakan, seperti pencemaran udara yang boleh menjejaskan kesihatan. Komponen ini termasuklah kepekaan terhadap alam sekitar ke arah memelihara bumi menerusi empat 'R'; reducing, reusing, recycling, responsibility (mengurangkan, menggunakan semula, mengitar semula, bertanggungjawab). Edward et. al. (1997:6). "Total fitness is striving for the highest level of existence, including mental, psychological, social, spiritual and physical components. It is dynamic, multidimention, and related to heredity, environment and individual interests". 10
  • 11. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 4. KEPENTINGAN GAYA HIDUP KEPADA KESEJAHTERAAN Gaya hidup anda memainkan peranan penting dalam kesejahteraan. Amalan kesihatan anda merupakan tunjang yang penting dalam corak hidup anda. Pemilihan corak kesihatan anda akan mengarahkan anda ke arah kesihatan ataupun penyakit. Kesan pemilihan corak kesihatan akan dikumpulkan secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Penggumpulan secara positif akan mengarah ke arah kesihatan yang optimum dan kehidupan yang berkualiti manakala pengumpulan secara negatif akan mengakibatkan penyakit dan kematian awal. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi kesihatan selain dari gaya hidup ialah genetik, penyakit, rawatan kesihatan, persekitaran fizikal serta psikologi. Namun pakar kesihatan bersetuju bahawa gaya hidup merupakan faktor yang paling penting. Lon Seiger et.al. (1998). Gaya hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan kematian awal. Pada sekitar tahun 1900an penyebab utama kematian di Amerika Syarikat ialah penyakti berjangkit tetapi kini fenomena itu telah berubah. Ia lebih berkaitan dengan gaya hidup. Beberapa strategi untuk menghalang dan mengurangkan risiko kematian awal dibincangkan di bahagian ini adalah berdasarkan kepercayaan ramai yang memulakan gaya hidup sihat hanya selepas didiagnosis sebagai penyakit kanser, jantung atau kencing manis. Tetapi kini kepercayaan ramai bahawa penyakit adalah punca utama kematian di Amerika Syarikat dan masih berterusan. 11
  • 12. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 5. MENGHINDARI SEBAB-SEBAB UTAMA KEMATIAN Lon Seiger et. al. (1998). Di Amerika Syarikat, ramai orang percaya bahawa penyakit dan kemalangan tidak akan berlaku kepada mereka. Kepercayaan ini akan membawa mereka ke arah punca utama kematian di Amerika. Penyebab utama penyakit akan menyerang setiap orang tidak kira umur, jantina dan bangsa. Penyebab utama untuk hidup lama dan bahagia adalah dengan mengurangkan faktor- faktor risiko yang menjadi penyebab kepada penyakit dan kemalangan. Bahagian ini adalah untuk menunjukkan strategi yang dapat merendahkan risiko dari penyebab kematian masa kini. Gunakan strategi ini untuk mencapai suatu kehidupan yang lebih menyeronokkan dan memenuhi kehendak kendiri dari segi kesejahteraan, dan mengurangkan penyakit serta kesengsaraan. Genetik Persekitaran Gaya Psikologi Hidup Pengaruh Utama Yang mempengaruhi Persekitaran kesejahteraan. Fizikal Penyakit Rawatan Kesihatan Rajah 3 : Faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan Sumber : Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill. 12
  • 13. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 5.1. Penyakit Jantung Faktor penyumbang Tahap kolesterol tinggi, merokok, darah tinggi, kurang aktif secara fizikal. Strategi untuk mengatasinya 1. Periksa kandungan lemak, termasuklah tahap kolesterol. Dapatkan rawatan jika tidak normal. 2. Amalkan diet bersesuaian (lebihkan pengambilan fiber, buah-buahan dan sayur- sayuran). 3. Hentikan penggunakan tembakau. 4. Periksa tekanan darah (rujuk doktor). 5. Amalkan gaya hidup aktif. 6. Kawal tahap lemak dalam badan dan berat badan. 5.2. Kanser Faktor penyumbang Tembakau, sinar ultra dan diet. Faktor lain termasuklah kegemukan, sinar - X berlebihan, kadar estrogen tinggi, jisim kimia seperti asbestos. Strategi untuk mengatasinya 1. Hentikan penggunaan tembakau. 2. Ambil lebih fiber, bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, kurangkan lemak dan kolesterol. 3. Lindungi kulit dari radiasi ultra. 4. Kawal berat badan dan tahap lemak dalam badan. 13
  • 14. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 5.3. 'Strokes' Faktor penyumbang Darah tinggi, penyakit jantung, merokok, lebih sel darah merah dan serangan angin ashma. Faktor lain termasuklah pengambilan alkohol berlebihan dan kegemukan. Strategi untuk mengatasinya 1. Amalkan diet tinggi dengan fiber, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. 2. Hentikan penggunaan tembakau. 3. Bersenam. 4. Kawal tahap tekanan darah (normal). 5.4. 'Obstructive Pulmonary Disease' (OPD). Faktor penyumbang Merokok dan udara tercemar. Strategi untuk mengatasinya 1. Berhenti merokok. 2. Elakkan dari udara tercemar termasuklah asap rokok orang lain. 5.5. Kemalangan Faktor penyumbang Memandu dalam keadaan mabuk, secara merbahaya, tidak memakai tali pinggang keledar. Strategi untuk mengatasinya 1. Pandu dengan berhati-hati dan bertanggungjawab. 2. Jangan pandu dalam keadaan mabuk. 14
  • 15. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 3. Jangan memandu dengan orang yang dibawah pengaruh alkohol. 4. Sentiasa memakai tali pinggang keledar. 5.6. 'Pneumonia/Influenza' Faktor penyumbang pneumonia Bakteria, virus, benda asing (asap) dalam paru-paru. Strategi untuk mengatasi pneumonia Dapatkan suntikan vaksin untuk yang pernah alami pneumonia, kurang daya tahan dan yang berumur lebih dari 50 tahun. Strategi untuk merawat pneumonia Cepat dapatkan nasihat doktor jika menunjukkan simptom seperti berikut : batuk, deman panas 102°F atau lebih, sukar bernafas, menggigil, kahak kuning kehijauan. Faktor penyumbang Influenza Virus Influenza A dan B, dipindahkan melalui batuk, bersin, ketawa dan perbualan. Strategi untuk mengatasi Influenza 1. Amalkan gaya hidup sihat. 2. Jangan berkongsi makanan atau minuman dengan pesakit. 3. Basuh tangan dengan air suam dan sabun. 4. Jauhkan diri dari orang yang bersin dan batuk. Strategi untuk merawat Influenza Ubat antivirus boleh mengurangkan kesakitan jika diambil dalam tempoh 3 hari berdasarkan simptom berikut : demam, sakit kepala, sakit badan, lemah, letih, hidung tersumbat, bersin, sakit tekak, dada kurang selesa dan batuk. 15
  • 16. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 5.7. Kencing Manis Faktor penyumbang Kegemukkan dan diet. Strategi untuk mengatasinya 1. Amalkan diet yang sihat. 2. Amalkan program kesihatan fizikal. 3. Ambil ubat jika perlu. 4. Kawal berat badan dan tahap lemak. 5.8. Jangkitan 'HIV' atau 'AIDS' Faktor Penyumbang Seks bebas, jarum tercemar dengan HIV, darah yang tercemar dan ibu kepada anak. Strategi untuk mengatasinya 1. Mengawal nafsu. 2. Berhubung dengan pasangan yang bebas HIV. 3. Jangan gunakan dadah suntikan. 4. Periksa darah sebelum mendermakannya atau menjalani pembedahan. 5. Pasangan perlu mendapatkan rawatan antibodi AIDS sebelum memulakan keluarga. 5.9. Bunuh Diri Faktor penyumbang Tiada harapan, rasa lemah, pernah mencuba bunuh diri dan tertipu dengan memberikan barangan berharga kepada orang lain. 16
  • 17. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup Strategi untuk mengatasinya 1. Akui tahap kesihatan yang lemah. 2. Dapatkan bantuan keluarga, kawan, guru dan pakar profesional. 3. Ambil ubat, jika perlu. 4. Jangan putus asa, masa depan akan lebih cerah. 5.10. Penyakit Hati Yang Kronik Faktor penyumbang Pengambilan alkohol yang berlebihan. Strategi untuk mengatasinya 1. Hentikan pengambilan alkohol. 2. Jika ketagih, kawal pengambilan alkohol. 5.11. Pembunuhan Faktor penyumbang Kemarahan, alkohol, menghabiskan masa di pusat-pusat hiburan, senjata dalam simpanan dan berjalan seorang diri waktu malam atau di tempat sunyi. Strategi untuk mengatasinya 1. Belajar seni mempertahankan diri. 2. Kawal kemarahan. 3. Peka dengan keadaan di sekeliling. 4. Tunjukkan keyakinan untuk elak dari diserang. 5. Cuba elakkan dari terlibat dalam apa-apa situasi, konfrantasi secara fizikal adalah ikhtiar terakhir untuk menyelamatkan diri. 17
  • 18. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 6. Apabila berhadapan dengan seseorang yang sedang marah, cuba tenangkan ketegangan dengan : a. bertenang b. kawal dengan renungan mata c. elakkan dari bertelagah d. kurangkan pergerakan e. dengar dahulu penjelasan orang tersebut f. fahami perasaan orang tersebut g. cari jalan penyelesaian 7. Jika diserang oleh seseorang yang tidak bersenjata, menjerit, melarikan diri atau melawan boleh memberikan peluang menyelamatkan diri. 8. Jika diserang oleh seseorang yang bersenjata, jangan ambil risiko kecuali terdesak. 9. Ikuti peraturan keselamatan asas : a. Jangan buka pintu rumah kepada orang yang tidak dikenali b. Elakkan berjalan seorang diri terutamanya pada waktu malam c. Letak kereta di tempat terang d. Kunci pintu kereta setiap masa e. Jika kenderaan rosak, buka bonet, tunggu dalam kereta dan minta orang yang berhenti menelefon saudara atau pihak polis. 5.12. Senaman Dan Jantung Gerard et. al. (1996). Kecergasan seseorang dapat dipertingkatkan dengan senaman yang berterusan tidak kira di mana tahap kecergasan dan umurnya. Terdapat berbagai jenis senaman untuk meningkatkan kesihatan sistem kardiovaskular, ada jenis senaman yang lebih sangat efektif, contohnya senaman aerobik atau aktiviti yang 18
  • 19. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup melibatkan otot-otot besar badan dilakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit, akan dapat meningkatkan keluaran kardiak ('Cardiac output') dan menambahkan kadar metabolik seseorang, senaman 3 - 5 sesi seminggu, aktiviti aerobik ini adalah disyorkan untuk memperbaiki kesihatan sistem kardiovaskular ini. Contoh-contoh aktiviti aerobik ini adalah; berjalan, berlari, berbasikal, merentas desa dan berenang. Bersenam akan dapat menambahkan keperluan oksigen pada otot-otot badan samada keperluan oksigen ini dipenuhi atau tidak, bergantung kepada kecukupan keluaran kardiak. Seseorang yang sihat akan dapat menambahkan keluaran kardiak maksimanya dan meningkatkan kadar maksima penghantaran oksigen ke tisu-tisu. Dengan itu meningkatkan juga penghantaran oksigen sebab peningkatan paras hemoglobin dan otot-otot rangka badan menambahkan lagi jaringan kapilari darah hasil dari latihan atau senaman jangka masa panjang. Semasa melakukan aktiviti cergas, keluaran kardiak seseorang atlit akan mencapai dua atau tiga kali ganda dari orang biasa sebab latihannya menyebabkan hypertrofi (pembesaran) pada jantungnya. Walaupun jantung atlit adalah lebih besar, namun keluaran kardiak rehat ('resting cardiac output') adalah lebih kurang sama dengan orang biasa yang sihat dan tidak terlatih. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan isipadu stroke ('strock volume') manakala kadar nadi diperlahankan. Kadar nadi rehat seorang atlit adalah hanya dengan 40-60 denyutan seminit sahaja. Manfaat yang lebih dari kesan fizikal ini adalah peningkatan dalam ketumpatan lipoprotain (HDL), pengurangan paras trigliserida dan peningkatan fungsi paru-paru. Senaman juga menolong mengurangkan tekanan darah, kebimbangan dan kesedihan; mengawal berat badan; dan meningkatkan keupayaan badan untuk melarutkan gumpalan darah yang disebabkan oleh peningkatan aktiviti fibrinolitik ('fibrinolytic'). Senaman yang cergas akan menambahkan paras 'endorphins', ubat 19
  • 20. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup tahan sakit semulajadi pada badan. Ini dapat menerangkan mengapa seseorang atlit berasa 'high' secara psikologi dengan latihan yang cergas dilakukan serta keadaan 'low' yang mereka rasai apabila gagal mengikuti latihan yang biasa dijalankan. Senaman juga menolong menjadikan tulang lebih kuat dan mungkin dapat merawat penyakit 'osteoporosis'. Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa senaman juga dapat melindungi individu dari penyakit kanser dan kencing manis ('diabetis'). 5.13. Objektif Kesihatan Kebangsaan Tahun 2000 Dalam tahun 1990, matlamat kesihatan kebangsaan telah dirangka. Berdasarkan laporan ini, terdapat 3 matlamat umum iaitu : a. meningkatkan peratusan rakyat hidup sihat b. mengurangkan ketidaksamaan kesihatan di kalangan rakyat c. memastikan program pencegahan dinikmati oleh semua peringkat Satu kad laporan bagi meneliti kemajuan kesihatan telah diwujudkan untuk objektif tersebut. Walaupun mereka sedar dan mengamalkan diet serta gaya hidup sihat, masih ramai yang mengalamai masalah kesihatan. 20
  • 21. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 6. STRATEGI UNTUK MENCAPAI KESEJAHTERAAN Lon Seiger et. al. (1998). Untuk mencapai kesejahteraan hidup, pertimbangkan lapan strategi yang penting seperti berikut : 6.1. Berakauntabiliti Orang yang paling bertanggungjawab ke atas kesihatan diri anda ialah diri anda sendiri, bukannya doktor anda, ibu bapa anda, kawan-kawan anda atau pasangan anda. Sekiranya anda bersetuju bahawa andalah yang mengawal kesihatan diri anda sendiri, anda akan lebih cenderung berubah ke arah gaya hidup yang positif. 6.2. Mengamalkan Sikap Yang Positif Salah satu strategi untuk kesejahteraan adalah dengan mengamalkan sikap yang positif pada diri anda, kesihatan anda dan kehidupan anda secara umumnya. Apabila anda mengamalkan sikap yang positif dalam hidup, ia akan menjadikan minda anda berfikiran positif setiap masa. Frasa berikut dari Charles Swindol akan membolehkan anda bertanggungjawab terhadap sikap diri anda sepanjang hayat: "The longer I live, the more I realize the impact of attitude on life. Attitude to me is more important than facts. It is more important than the past, than education, than money, than circumstances, than failures, than successes, than what other people think or say or do. It is more important than appearance, giftedness, or skill…. . The remarkable thing is we have a choice every day regarding the attitude we will embrace for that day. We cannot change our past. We cannot change the fact that people will act in a certain way. We cannot change the inevitable. The only thing we can do is play on the one string we have, and that is our attitude. I am convinced that 21
  • 22. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup life is 10% what happens to me and 90% how I react to it. As so it is with you….we are in charge of our attitudes." 6.3. Membuat Perubahan Gaya Hidup Apa gunanya pengetahuan kesihatan, jika tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian? Mengetahui kepentingan bersenam dan berkeinginan menjadi cergas adalah sikap terpuji? Walau bagaimanapun kalau tidak bertindak ke arah itu, apa yang akan berlaku? Dengan membuat perubahan yang positif terhadap gaya hidup, anda akan menikmati kesejahteraan hidup yang optimum. 6.4. Berusaha Kearah Keseimbangan Mengekalkan darjah kesihatan yang sederhana pada keenam-enam komponen kecergasan adalah lebih baik dari hanya bertumpu kepada beberapa komponen sahaja. Contohnya, mereka yang menyalahgunakan alkohol dan dadah dalam majlis-majlis tarian malam mungkin mempunyai hubungan sosial yang kuat tetapi pada masa yang sama menjejaskan kesihatan fizikal mereka. Individu yang mempunyai keseimbangan dalam kesihatan akan dapat menikmati kebaikan dari segala aspek kehidupan, termasuklah sekolah, kerja, keluarga, rakan-rakan, sosial dan masa santaian. 6.5. Kepelbagaian Kepelbagaian merupakan rempah dan perasa untuk menikmati kesejahteraan hidup. Mengekalkan rutin yang sama, (aktiviti fizikal, makanan, kesihatan) akan mengakibatkan kebosanan. Pada hakikatnya seseorang yang melibatkan diri dalam aktiviti yang pelbagai akan membolehkannya menikmati hidup yang tidak membosankan. 22
  • 23. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 6.6. Kesederhanaan "Terlalu banyak perkara yang baik akan menyeronokkan". Adakah ini kepercayaan anda? Sesuatu tingkahlaku yang menyeronokkan sehingga ke tahap yang keterlaluan akan mengakibatkan keletihan dan masalah kesihatan. Contohnya, senaman yang berlebihan akan mengakibatkan keletihan mental dan kecederaan. Keterlaluan walaupun dari segi pemakanan yang berkhasiat, boleh mengakibatkan penambahan kalori dan berat badan. Tingkah laku atau gaya hidup yang positif dan dilakukan dalam kesederhanaan dapat mengekalkan keseronokkan kehidupan tanpa menimbulkan masalah kesihatan yang tidak sepatutnya. Satu formula untuk dicontohi adalah dengan belajar bersungguh-bersungguh, bermain bersungguh-sungguh dan bekerja bersungguh-sungguh ('learn hard, play hard and work hard'). Ketiga-tiga faktor tersebut mestilah seimbang tanpa mengutamakan atau mengabaikan mana- mana satu. 6.7. Keceriaan dan Gaya Hidup Adakah tersurat di mana-mana bahawa kehidupan seharusnya serius dan mudah diramalkan? Kelucuan (berjenaka, bermain-main) telah dikenalpasti sebagai dadah yang hanya akan mengakibatkan keseronokkan sebagai hasil sampingan. Kuantiti kelucuan dan kelawakan yang sihat akan menambahkan keseronokkan pada kehidupan seharian. Secara fizikal, kelucuan dan lawak itu boleh bertindak sebagai senaman untuk otot-otot jantung; meningkatkan peredaran darah; menjadikan seseorang itu lebih berwaspada; dan menghilangkan tekanan, stres, ketakutan dan kesedihan. Kelucuan juga akan menjalin hubungan mesra semasa berkomunikasi. 23
  • 24. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 6.8. Gaya Tersendiri Kehidupan dan kesihatan diri adalah milik anda. Oleh kerana andalah tuan punya badan dan minda, anda boleh membuat keputusan tentang kesihatan anda. Anda boleh merancang atau merangka program kesejahteraan yang paling sesuai demi keperluan kesihatan dan minat anda. Apabila anda meletakkan kesihatan anda sebagai pilihan paling utama, anda akan membuat pilihan aktiviti, yang mana, akan menjauhkan diri anda dari penyakit dan menggalakkan kesejahteraan. 7. RUMUSAN Lon Seiger et. al. (1998). "An ounce of prevention is worth much more than a pound of cure." Bermaksud pencegahan adalah lebih baik daripada mengubatinya. Katakanlah anda mempunyai seekor kucing yang mahal dan disayangi, untuk menjaga kesihatannya anda akan memberikannya segala pencegahan dari penyakit yang mungkin didapati: kasih sayang dan tumpuan yang begitu banyak, jumlah senaman dan mainan yang mencukupi, pemakanan yang berkhasiat, tidur yang secukupnya, rehat serta persekitaran yang positif. Dengan layanan diraja sebegini, kucing tersebut pasti akan menikmati hidup yang sempurna. Begitu juga dengan diri anda, anda juga patut menikmati penjagaan yang sebaiknya supaya anda dapat menikmati segala yang ada di sekeliling anda. Melakukan segala perlakuan dengan potensi sepenuhnya akan mengakibatkan kegembiraan, kepuasan dan kualiti hidup yang lebih baik. Inilah masanya untuk berusaha kearah kesejahteraan hidup yang lebih baik. Kenapa? Pertama, semakin awal menerima tingkahlaku yang berasaskan kesihatan, maka semakin mudah ia diteruskan dalam rutin kehidupan seseorang. Kedua, semakin lama seseorang itu meninggalkan gaya hidup yang sihat, semakin tinggi risiko dijangkiti penyakit yang serius. Contohnya, penyakit jantung merupakan 24
  • 25. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup penyebab utama kematian di Amerika dan negara kita. Walaupun serangan penyakit jantung hanya berlaku dalam beberapa ketika sahaja tetapi faktor penyebabnya berlaku dalam jangkamasa yang panjang. Pengkaji dari American Heart Association dengan data terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang kurang aktif akan menjadi gemuk, orang dewasa yang kurang aktif akan dijangkiti penyakit arteri. Walaupun remaja tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit kardiovaskular yang nyata, mereka mungkin mengalami perubahan yang tidak sihat dalam arteri mereka. Bermula dari umur pertengahan atau lebih lewat dari itu mungkin terlalu lewat untuk menjana suatu kehidupan yang sihat. Jadi, kalau anda ingin menambahkan jangka hayat anda yang panjang dan berkualiti mulalah bertindak sekarang. Edward et. al. (1997:8). Matlamat utama kesihatan adalah mengelak dari kematian awal dan penyakit yang boleh dicegah. Komponen-komponen berkaitan dengan matlamat ini termasuklah keturunan, persekitaran, tabiat, dan status kesihatan. Tingkahlaku yang memainkan peranan utama dalam kesihatan hidup adalah senaman yang berterusan; pemakanan yang baik; rehat atau tidur yang mencukupi; relaksasi/santaian; dan menjauhkan diri dari merokok, minuman beralkohol dan dadah yang tidak bermanfaat. Senaman atau aktiviti fizikal yang diamalkan selalu boleh meningkatkan jangka hayat dan kualiti hidup seseorang. Ia juga membantu mencegah dan mengawal penyakit jantung koronari, hipertensi (tekanan darah tinggi), diabetes (kencing manis), dan berat badan. Banyak kajian epidemiologi telah menunjukkan di kalangan orang yang sentiasa bersenam dan menjadikannya sebagai amalan biasa, kadar kejadian dan kadar kematian yang berkaitan dengan penyakit jantung koronari adalah lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak mengamalkan senaman. 25
  • 26. Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup 8. RUJUKAN Rujukan Utama Lon Seiger, Debbie Kanipe, Ken Vanderpool dan Duke Barnes. (1998). Fitness And Wellness Strategies - 2nd edition. USA. WCB/McGraw-Hill. Rujukan Tambahan Edward T. Howley, B. Don Franks, (1997). Health Fitness Instruktor's Hendbook - 3rd ed. USA : Human Kinetics. Gerard J. Tortora, Sandra Reynolds Grabowski, (1996). Principles of Anotomy and Physiology - 8th ed. New York : Harper Collins. Dr. Mohd Nasir Mohd Taib dan Dr. Rokiah Mohd Yusof, (1996). Modul Gaya Hidup Sihat. Kementerian Kesihatan Malaysia. 26