SlideShare a Scribd company logo
1 of 84
Download to read offline
1
2
KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
KATA ALU-ALUAN 1
1.0 Pengenalan 3
2.0 Latar Belakang Kemahiran Berfikir 4
3.0 Objektif Panduan Aplikasi KBAT 4
4.0 Definisi Kemahiran Berfikir 5
5.0 Elemen KBAT dalam Buku Teks Sedia Ada 6
6.0 Panduan Aplikasi Kemahiran Berfikir 12
Aras Tinggi Berdasarkan Buku Teks
3
1.0 Pengenalan
Selaras dengan anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 untuk melahirkan murid yang berfikiran aras tinggi dan berdaya saing di
peringkat global, usaha membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dalam kalangan guru dan murid perlu diberi penekanan khususnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Buku teks sekolah menengah sedia ada adalah berdasarkan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan penerapan Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Selaras dengan pelaksanaan KBAT sebagai satu
usaha kesinambungan KBKK, Panduan Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Berdasarkan Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5 disediakan untuk membantu guru dan murid mengenal pasti elemen
KBAT dalam buku teks KBSM serta memberi panduan kepada guru dan murid
dalam aspek penyediaan bahan sokongan KBAT.
4
2.0 Latar Belakang Kemahiran Berfikir
Pendekatan pedagogi yang melibatkan murid berfikir melalui Kemahiran Berfikir
Kritis dan Kreatif (KBKK) telah dilaksanakan di sekolah mulai tahun 1994. Pada
tahun 2010, KBKK juga diperluaskan dengan memperkenalkan kreatif dan inovatif
melalui elemen merentas kurikulum. Usaha ini diteruskan dan dimantapkan dengan
pengenalan KBAT seperti yang disarankan dalam PPPM (2013-2025).
3.0 Objektif Panduan Aplikasi KBAT
Panduan Aplikasi KBAT ini disediakan untuk membantu guru dan murid:
mengenal pasti kandungan yang mempunyai elemen KBAT dalam buku teks dan
mengaplikasikannya dalam P&P.
mengadaptasi kandungan buku teks melalui P&P mengikut tahap penguasaan
kemahiran berfikir murid.
membudayakan KBAT melalui buku teks sebagai sumber maklumat utama
murid.
5
4.0 Definisi Kemahiran Berfikir
I
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) adalah gabungan kemahiran
berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah kesinambungan kepada
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dan Inovasi (KBKKI).
Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan
dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. (KPM, 1994)
Kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai
kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan
menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud,
abstrak, idea atau gagasan. (KPM, 1994)
Inovasi ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah
mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir
manakala inovasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada
idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses
inovasi, maka ianya adalah idea semata-mata. Sekiranya idea yang dilahirkan
adalah biji benih, inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil
daripada tanaman dan pemeliharaan benih.
(Yayasan Inovasi Malaysia, 2010)
Satu keupayaan berfikir untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan
nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi serta berupaya untuk mencipta sesuatu.
(KPM, 2013)
Kemahiran Berfikir Secara Kritis
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
Inovasi
Elemen Merentas Kurikulum
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
6
KBAT
KBAR
Aras pemikiran dalam KBAT adalah berdasarkan kepada Taksonomi Bloom
Semakan Anderson seperti Rajah 2.
Rajah 2: Taksonomi Bloom Semakan Anderson
5.0 Elemen KBAT dalam Buku Teks Sedia Ada
Terdapat dua cara elemen KBAT dapat diterapkan dalam P&P iaitu :
5.1 Menggunakan terus (Adopt) bahan sedia ada dalam buku teks.
Guru dan murid mengenalpasti elemen KBAT yang terdapat dalam buku teks
sedia ada dan mengembangkannya melalui :
teknik penyoalan – Terdapat pelbagai teknik penyoalan yang diberikan
dalam buku teks yang boleh membuka pemikiran ke arah pembelajaran
berfikrah .
7
Jadual 1 adalah antara contoh teknik penyoalan yang boleh berlaku ketika
dalam proses P&P berjalan. Guru dan murid boleh mengubahsuai dan
menaiktaraf soalan Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dalam buku
teks kepada soalan beraras KBAT.
(KPM ,2013)
Jadual 1: Teknik Penyoalan
8
alat berfikir - Penguasaan murid dalam kemahiran berfikir menjadi lebih
berfokus dan berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai dengan
P&P. Alat berfikir yang biasa digunakan termasuk lembaran pengurusan
grafik, soalan dan penyoalan, peta minda dan sebagainya.
Terdapat lapan Peta Pemikiran (i-THINK) seperti pada Rajah 3 yang boleh
digunakan untuk mengadaptasikan KBAT melalui proses pengubahsuaian,
penambahan dan penciptaan bahan baharu.
Guru dan murid juga boleh menggunakan alat berfikir yang lain mengikut
kesesuaian dan situasi.
bahan rangsangan (contoh: ilustrasi, teks, jadual, graf, rajah, dan peta)-
Melalui bahan rangsangan sedia ada, guru dan murid boleh mentafsir dan
mencetus pemikiran.
Rajah 3 : Lapan Corak Visual Peta Pemikiran
9
aktiviti dan latihan- terdapat pelbagai aktiviti dan latihan dalam buku teks
yang boleh disesuaikan mengikut aras pemikiran yang berbeza. Setiap aktiviti
dan latihan yang berbeza akan memberikan peluang untuk murid mendapat
pengetahuan, penaakulan, kemahiran dan nilai yang berbeza.
5.2 Mengadaptasikan (Adapt) bahan sedia ada dalam buku teks dengan
sesuatu yang baharu untuk menguasai penerapan elemen KBAT:
Proses mengadaptasi boleh dilakukan bagi menyesuaikan bahan sedia ada
dalam buku teks dengan keperluan murid dengan aras pemikiran yang berbeza-
beza.
Berikut adalah proses yang mungkin boleh berlaku melalui perkara berikut:
Pengubahsuaian- mengubah suai bahan sedia ada dalam buku teks dengan
keperluan murid dan menggugurkan bahan yang tidak berkaitan.
Penggantian - menggantikan bahan dalam buku teks sedia ada yang kurang
sesuai dengan aras murid ketika itu dengan sesuatu yang lebih dekat dengan
diri murid.
Penambahan- menghasilkan bahan melalui sumber baharu yang lain.
Penciptaan- mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baharu namun
masih relevan dengan tajuk bahan sedia ada dalam buku teks.
Sumber lain seperti bahan dari media massa (Internet, majalah, surat khabar,
video, gambar bersiri dan sebagainya) dan buku ilmiah juga boleh digunakan
untuk sebagai sumber penggantian dari bahan sedia ada dalam buku teks.
Aktiviti dan latihan yang kurang sesuai dengan situasi murid pada ketika itu,
boleh dinaiktaraf ke aras yang lebih mencabar dengan melakukan adaptasi sama
ada melalui pengubahsuaian, penggantian, penambahan dan penciptaan atau
gabungan daripada beberapa kaedah adaptasi berkenaan.
10
6.0 Contoh Aplikasi KBAT Berdasarkan Buku Teks
Lapan mata pelajaran telah dipilih sebagai contoh untuk mengaplikasi KBAT
berdasarkan kandungan Buku Teks KBSM, iaitu:
1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Pendidikan Islam
4. Pendidikan Moral
5. Sains
6. Matematik
7. Ekonomi Asas
8. Teknologi Kejuruteraan
Walaubagaimanapun guru boleh menggunakan contoh tersebut sebagai
panduan untuk diaplikasikan dalam mata pelajaran yang lain.
11
BAHASA MALAYSIA
12
BAHAN 1: Muka surat 196
(c) Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.
Masyarakat Malaysia kini mula sedar akan kepentingan mengamalkan gaya hidup
sihat dalam usaha menjaga kesihatan diri.
Jelaskan peranan yang dimainkan oleh setiap ahli keluarga untuk menjaga
kesihatan diri. TIPS
Definisi ahli keluarga – seisi rumah tangga yang terdiri daripada
suami dan isteri, anak-anak, datuk dan nenek.
Jawapan murid mesti merangkumi peranan setiap ahli
keluarga.
Kata kunci: HURAIKAN
MENGANALISIS
Kata kunci: KESANNYA
MENILAI
NOTA GURU:
Dengan menggunakan Piramid
Makanan, minta murid untuk
merumus maklumat dengan fakta
dan alasan yang konkrit.
MENCIPTA
13
Muka surat 197 (Aktiviti sedia ada dalam buku teks)
NOTA GURU:
i.Murid menyenaraikan maklumat
penting berkaitan pemakanan
seimbang dan kaitannya dengan
kesihatan.
ii.Aktiviti ini adalah untuk melatih
murid membezakan isi penting
dengan isi kurang penting.
14
i. Berdasarkan jadual yang terdapat pada buku teks muka surat 197, vitamin A, B, C, D,
E, dan K boleh didapati daripada pelbagai jenis kumpulan makanan seperti kita
mengambil makanan seimbang.
Pada pendapat anda, mengapakah kita disarankan untuk mengamalkan pemakanan
seimbang?
ii. Apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak mengamalkan pemakanan seimbang
dalam pemakanan seharian?
i. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan yang mengatakan bahawa
“Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan”. Huraikan.
MENGAPLIKASI
MENILAI
Kata kunci: HURAIKAN
MENGANALISIS
“…Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga
namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa
sesuatu penyakit kronik. Banyak orang tidak menyedari
akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat
untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama
serangan penyakit kronik seperti kanser dan penyakit
jantung adalah kerana tidak memakan makanan yang
seimbang dan kurang memakan makanan yang berkhasiat
serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan
yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi.
Pendapat ada mengatakan bahawa, “Diri Anda Ialah Apa
Yang Anda Makan” dan kenyataan ini benar dalam soal
kesihatan’.
- Pakar Pemakanan
15
iv. Berdasarkan gambar rajah Piramid Makanan, pilih dan asingkan jenis pemakanan yang
memberi kesan kepada kesihatan seseorang dalam peta pemikiran di bawah.
MENGANALISIS
PIRAMID MAKANAN
16
Jika berkurangan …
Jika berlebihan …
OBESITI
17
BAHASA INGGERIS
18
Introduction
The textbook contains units that have elements of Lower Order Thinking Skills (LOTS) to
facilitate learners‟ comprehension. This enables learners to progress from simple to complex
levels of understanding.
Use teacher’s creativity and adapt the activities to reflect Higher Order Thinking Skills
(HOTS).
1. Example: Identifying the cognitive level (HOTS) in the questions given. (page 1)
ANALYSING
EVALUATING
19
2. Simple task that can trigger higher cognitive level.
Reading task. Adapting LOTS (understanding) to HOTS (analysing) (page 4 & 7)
ANALYSING
CREATING
APPLYING
20
3. Simple process that include the highest level of thinking skill. (page 11)
4 .These are the examples of HOTS questions in the present textbook. (page 12)
In Section B, students can use different type of Graphic Organizer to make the
comparison.
CREATING
EVALUATING
CREATING
21
5. Task in the present textbook with HOTS element. (page 13)
CREATING
22
BAHASA INGGERIS
23
Introduction
The textbook contains units that have elements of Lower Order Thinking Skills (LOTS) to
facilitate learners‟ comprehension. This enables learners to progress from simple to complex
levels of understanding.
Use teacher’s creativity and adapt the activities to reflect Higher Order Thinking Skills
(HOTS).
1. Example: Identifying the cognitive level (HOTS) in the questions given. (page 1)
v
ANALYSING
EVALUATING
24
2. Simple task that can trigger higher cognitive level: Creating. (page 5)
3. Reading task. Adapting LOTS (understanding) to HOTS (analysing) (page 6 & 7)
CREATING
EVALUATING
ANALYSING
UNDERSTANDING
25
4. Adapting the given questions (after reading the passages) to reflect the
elements of HOTS. (page 8)
These are the examples of HOTS questions in the present textbook.
Section C is suitable and can be adopted as it contains elements of HOTS such as making
inferences, analysing and reasoning.
In Section E, teachers can extend the task by modifying the question provided.
Example:
Encouragement and support from family members are important in helping a person become
successful in life. To what extent do you agree with this statement?
ANALYSING
EVALUATING
26
5. The Graphic Organizer from this textbook can be used as it is. Students may use any
other suitable Graphic Organizer to plan their writing.
This task can be extended to a Project Based Learning activity that would require students to carry out
library research, discussions, interviews, and to facilitate interactive learning.
Example question:
There are many successful people in your area. Select one person and evaluate the factors that have
contributed to the person’s success. Present your evaluation in the form of a poster, speech, report, or
any other interesting format.
APPLYING
CREATING
CREATING
27
PENDIDIKAN ISLAM
Panduan ini akan memaparkan unsur
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
yang terdapat dalam buku teks
Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan
cadangan aktiviti serta latihan yang
boleh dilaksanakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Keterangan dan
cadangan yang dikemukakan dalam
panduan ini adalah berdasarkan buku teks Pendidikan
Islam Tingkatan 4 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
28
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
[AKTIVITI PADA MUKA SURAT 26]
Guru juga boleh mengemukakan aktiviti yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
yang lain seperti cadangan berikut:
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
CADANGAN AKTIVITI
Layari Internet dan sumber-sumber lain untuk mengesan perbuatan-perbuatan yang
dikategorikan mempersendakan agama. Bincangkan perkara tersebut bersama rakan
anda.
1.0 BIDANG TILAWAH AL-QURAN (KEFAHAMAN)
LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA, MUKA SURAT 26
MENGANALISIS
MENILAI
29
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : MEMAHAMI
[LATIHAN PADA MUKA SURAT 26]
Guru boleh mengemukakan latihan yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
seperti cadangan berikut:
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
CADANGAN SOALAN
Kenal pasti amalan yang menggambarkan perbuatan mempersendakan agama yang
berlaku dalam masyarakat.
2 LATIHAN
MENGANALISIS
30
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
[AKTIVITI PADA MUKA SURAT 66]
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
2.0 BIDANG HADIS
MAKANAN YANG BAIK, MUKA SURAT 66
31
MENILAI
Guru juga boleh mengemukakan aktiviti yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
yang lain seperti cadangan berikut:
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
CADANGAN AKTIVITI
Bincangkan bersama rakan anda tentang ciri-ciri makanan yang baik dan bina definisi
makanan halal.
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
[LATIHAN PADA MUKA SURAT 66]
Guru juga boleh mengemukakan latihan yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang
lain seperti cadangan berikut:
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
CADANGAN SOALAN
“Sesetengah produk halal dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding produk yang sama
tetapi tidak halal. Pengguna yang bijak akan dapat membuat keputusan yang baik dengan
membuat pertimbangan yang wajar dalam pengambilan makanan halal.”
Huraikan pandangan anda dengan mengemukakan alasan.
MENCIPTA
32
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
[AKTIVITI PADA MUKA SURAT 83]
Guru juga boleh mengemukakan aktiviti yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang lain
seperti cadangan berikut:
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : DAN
CADANGAN AKTIVITI
Rancangkan program-program yang boleh dilaksanakan di sekolah untuk memberi kefahaman
kepada pelajar tentang perkara-perkara yang membatalkan iman. Kandungan program
hendaklah membolehkan murid mencirikan adat dan ibadat dalam amalan seharian masyarakat
Islam di negara ini.
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
CADANGAN AKTIVITI
Bina satu peta pemikiran yang bersesuaian dan berikan contoh perkara yang membatalkan iman
yang berlaku di tempat tinggal anda.
3.0 BIDANG AKIDAH
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN, MUKA SURAT 83
1 AKTIVITI
Murid mengumpul
dan memilih
maklumat dalam
kategori
berbeza
MENGANALISISMENCIPTA
MENGAPLIKASI
33
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
CADANGAN AKTIVITI
Jalankan kaedah penemuan kendiri berdasarkan tajuk “Amalan Khurafat Sebati dalam Majlis
Perkahwinan Masyarakat Melayu”.
Apakah penyelesaian terbaik tentang perkara tersebut.
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
CADANGAN AKTIVITI
Guru mengemukakan satu isu berkaitan amalan yang boleh membatalkan iman. Murid diminta
untuk mengandaikan perkara yang akan berlaku sekiranya isu tersebut tidak ditangani dengan
bijak.
Guru boleh mengemukakan latihan yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi seperti
cadangan berikut:
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
CADANGAN SOALAN
Perbuatan syirik menyebabkan iman seseorang muslim itu terbatal. Jelaskan perbezaan antara
syirik jelas dan syirik tersembunyi.
MENILAI
MENGANALISIS
MENGANALISIS
34
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
[AKTIVITI PADA MUKA SURAT 122]
Guru juga boleh mengemukakan aktiviti yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang lain
seperti cadangan berikut:
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
CADANGAN AKTIVITI
Analisis situasi di bawah dan nyatakan hukum berserta alasan:
a) Ahmad berhutang daripada bank untuk menunaikan haji.
b) Sofiah telah menunaikan ibadah haji tetapi masih mendedahkan aurat.
c) Encik Jamali menunaikan haji dengan menggunakan wang judi yang telah dimenangi.
4.0 BIDANG IBADAH
PELAKSANAAN HAJI DAN UMRAH, MUKA SURAT 122
MENCIPTA
Murid
menghasilkan laman
sesawang yang
dapat
menggambarkan
pelaksanaan haji
MENGANALISIS
35
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
[AKTIVITI PADA MUKA SURAT 190]
Guru juga boleh mengemukakan aktiviti yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang lain
seperti cadangan berikut:
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
CADANGAN AKTIVITI
Lakukan perbincangan berkumpulan bagi menjelaskan perubahan akhlak Saidina Umar selepas
memeluk Islam.
5.0 BIDANG SIRAH TAMADUN
KERAJAAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN, MUKA SURAT 190
1 AKTIVITI
MENGAPLIKASI
MENGANALISIS
36
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
[LATIHAN PADA MUKA SURAT 190]
Guru juga boleh mengemukakan latihan yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang lain
seperti cadangan berikut:
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
CADANGAN SOALAN
Bina satu peta pemikiran yang bersesuaian tentang perbezaan polisi Khulafa‟ al-Rasyidin yang
empat.
2 LATIHAN
Murid
mengemukakan
hujah dan
alasan
MENILAI
MENGANALISIS
37
Murid merancang
dan menghasilkan
persekitaran
sekolah yang
menarik
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
[AKTIVITI PADA MUKA SURAT 260]
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
6.0 BIDANG ADAB DAN AKHLAK
ADAB DI TEMPAT REKREASI, MUKA SURAT 260
1 AKTIVITI
MENCIPTA
38
Guru juga boleh mengemukakan latihan yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang
lain seperti cadangan berikut:
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
CADANGAN SOALAN
Rumuskan kemungkinan yang akan berlaku kepada negara sekiranya masih berlaku amalan
vandalisme, pencemaran dan penyalahgunaan alat di tempat rekreasi.
ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR :
CADANGAN SOALAN
Bincangkan apakah fungsi badan beruniform sekolah bagi mengelakkan perbuatan vandalisme
di sekolah.
MENGANALISIS
MENILAI
39
PENDIDIKAN MORAL
40
MENGAPLIKASI
MENILAI
Berdasarkan teks pada muka surat 109 sila baca petikan, fahami dan aplikasikan kandungan.
Guru boleh menerangkan kepada murid bahawa daripada petikan, murid boleh memahami dan
mengingat untuk menjelaskan isi kandungan.
Aras KBAT (Mengaplikasi) : Murid diminta menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada petikan
dalam keadaan yang serupa atau yang baharu.
Aras KBAT ( Menganalisis) : Murid boleh mengekstrak keluar idea-idea penting daripada petikan.
Isi Penting : Inikah Fungsi Hutan?
Tempat penyimpanan air
Mengekalkan struktur tanah
Sumber ekonomi
Menyediakan sumber makanan
Membantu menyeimbangkan suhu
Menyerap gas karbon dioksida
Membebaskan oksigen yang diperlukan
oleh manusia dan haiwan.
Minta murid mengaplikasi isi penting
kepada bentuk baharu dengan
menggunakan Peta Pemikiran i-THINK
yang sesuai seperti Peta Bulatan
41
PETA BULATAN
PETA BUIH
MENGAPLIKASI
Menyediakan
sumber
makanan
Menyerap gas
karbon dioksida
Membebaskan gas
oksigen
Membantu
menyeimbangkan
suhu
42
Hutan Tidak Dipelihara dan Ramalkan Akibatnya?
Sebab Akibat
Kebakaran
hutan
Penerokaan
hutan
Kepupusan flora
dan fauna
Bencana alam
Hutan berkurangan
Pencemaran
Penebangan pokok
tidak terkawal
MENILAI
Hutan
43
Fikir dan Jawab
1. Apakah yang kamu faham
dengan „penghutanan semula‟?
2. Mengapakah penghutanan
semula perlu dilakukan?
3. Jelaskan kepentingan hutan
kepada alam sekitar.
4. Apakah peranan manusia bagi
menjamin keseimbangan
ekosistem?
5. “Demi kemajuan, alam sekitar
perlu dikorbankan”. Setujukah
anda dengan pernyataan ini?
Bincangkan.
6. Memusnahkan flora
bermaksud menghapuskan
fauna. Sejauh manakah
benarnya pernyataan tersebut? Murid perlu membuat pertimbangan
Murid perlu menilai dan mentafsir peranan
manusia bagi menjamin keseimbangan ekosisitem
Murid perlu memahami dan mengenalpasti maksud
istilah Penghutanan Semula terlebih dahulu
44
CONTOH KBAT DALAM BUKU TEKS PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN EMPAT
AKTIVITI MS CONTOH KBAT YANG ADA DALAM BUKU TEKS
A 111 Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil supaya hidupan ini tidak
pupus.
Murid perlu mencari maklumat mengenai hidupan yang hampir
pupus.Contoh: jenis spesies (mengingat), bilangan yang ada dan cara-cara
mengawal dan membiakkannya.
B (i) 112 Andaikan anda ialah seorang daripada mangsa tragedi (banjir lumpur)
tersebut, gambarkan perasaan anda. Ceritakan kepada kelas.
B (ii) 112 Banjir lumpur itu mungkin tidak terjadi jika semua pihak menjalankan
tanggungjawab menjaga flora dan fauna. Bincangkan.
B (iii) 112 Setujukah anda, orang yang didapati bersalah memusnahkan hutan, perlu
didenda dengan wang sahaja? Berikan pendapat anda.
C (i) 112 Apakah perasan anda apabila melihat gambar disebelah? Jelaskan. Gambar
beribu-ribu ekor ikan mati akibat tindakan manusia yang tidak
bertanggungjawab.
C (ii) 112 Pada pendapat anda, apakah punca kejadian ini?
C (iii) 112 Adakah kejadian seperti ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem di
kawasan tersebut? Beri alasan anda.
C (iv) 112 Jika kejadian seperti ini berlaku di kawasan anda, terangkan tindakan yang
akan anda ambil.
D 113 Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh kerajaan sesebuah
negara untuk mengimbangi kesan kebaikan dan keburukan pembinaan
empangan?
MENGAPLIKASI
MENGAPLIKASI
MENGANALISIS
MENGANALISIS
MENGANALISIS
MENILAI
45
E (ii) 114 Gambarkan keistimewaan tempat atau pulau yang anda lawati itu dalam
bentuk:
a. Lukisan
b. Sajak
E (iii) 114 Pada pendapat anda, mengapakah keadaan seperti yang terdapat di pulau itu
perlu dikekalkan?
E (iv) 114 Bagaimanakah anda boleh membantu mengekalkan keindahan semulajadi di
pulau, atau tempat seperti itu?
E (v) 114 Andaikan pulau tersebut akan diterokai kerana hasil galiannya yang
menguntungkan. Adakah anda bersetuju? Jelaskan.
F (i) 114 Lakarkan landskap Taman Mini Herba kelas anda.
F (ii) 114 Sediakan satu jadual waktu bertugas untuk menguruskan taman itu.
CONTOH SOALAN DI DALAM BUKU TEKS YANG TELAH DIUBAHSUAI
AKTIVITI MS CONTOH SOALAN
E (i) 113
Pernahkan anda mengunjungi mana-mana pulau atau tempat pelancongan
yang kaya dengan alam semulajadi? Di mana? Ceritakan kepada kelas,
keistimewaan tempat tersebut
Murid bercerita berdasarkan pengalaman yang ada.
CONTOH SOALAN KBAT
Wajarkah tempat yang kaya dengan alam semula jadi diterokai dan
dijadikan sebagai tempat pelancongan? Berikan alasan anda.
a. Membahaskan hujah.
b. Membanding beza jika tempat tersebut dijadikan tempat pelancongan
atau dikekalkan seadanya.
c. Bina jawapan dengan menggunakan Peta Buih Berganda
MEMAHAMIMENGINGAT
MENCIPTA
MENCIPTA
MENCIPTA
MENILAI
MENILAI
MENGANALISIS
MENILAI
46
PETA BUIH BERGANDA
Lokasi
Flora
fauna
terpilih
rhara
Hak milik
individu
Hijau
cantik
Sumber
ekonomi
Orang
tertentu
Orang ramai
Flora
fauna
diteroka
Hak milik
kerajaan
Pelancongan
n
Asal
47
Beribu-ribu ikan mati akibat tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab.
C (i) 112 Apakah perasaan anda apabila melihat gambar? Jelaskan.
Gambar beribu-ribu ekor ikan mati akibat tindakan manusia yang tidak
bertanggungjawab. MENILAI
48
SAINS
1-53
49
Peta Bulatan: Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma
50
Peta Dakap : Kesan Mikroorganisma Berbahaya kepada Manusia
51
1. Mengapakah virus dikatakan bersifat parasit?
Virus bersifat parasit kerana hanya dapat hidup dan membiak di dalam badan sel
perumah seperti bakteria, haiwan dan tumbuhan.
(Murid boleh merujuk penerangan dalam buku teks untuk mempelajari dengan
lebih lanjut cara pembiakan virus)
52
 Patuhi semua nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO)
 Elakkan perjalanan ke kawasan yang mempunyai kes baharu
 Maklumkan kepada pihak kesihatan jika anda pernah ke kawasan yang
dijangkiti penyakit berjangkit seperti SARS dalam tempoh 10 hari
sebelum jatuh sakit
2. Pada pendapat anda, bagaimanakah virus yang menyebabkan SARS ini boleh
disebar antara manusia?
Melalui sentuhan
Melalui titisan cecair yang disebar oleh pesakit SARS yang bersin atau batuk
3. Seandainya anda seorang doktor perubatan yang dipertanggungjawab untuk
mendidik masyarakat setempat tentang cara pencegahan penyakit berjangkit
seperti SARS, cadangkan langkah-langkah pencegahan yang harus diambil oleh
orang awam dalam mengawal penyebaran penyakit berjangkit?
Mengikuti perkembangan semasa mengenai berita-berita penyakit berjangkit di
media massa.
Guru boleh menggunakan soalan berkaitan situasi masalah bagi
menggalakkan murid mengemukakan beberapa cadangan jawapan yang
munasabah dan logik
MENILAI
Contoh :
 Berpeluk dengan pesakit SARS
 Berkongsi peralatan makan seperti sudu, garpu dan pinggan mangkuk yang
telah digunakan oleh pesakit SARS
 Berkongsi pakaian atau tuala dengan pesakit SARS
Contoh :
 Bercakap dengan pesakit tanpa memakai penutup hidung dan mulut
 Berkomunikasi dalam jarak yang terlalu dekat dengan pesakit SARS
sehingga boleh terkena dengan titisan cecair seperti air liur
53
Guru boleh mengemukakan soalan yang memerlukan murid mencipta produk baharu
untuk meningkatkan daya kreativiti mereka.
Semasa berinteraksi atau berkomunikasi dengan pesakit SARS
Amalan dalam kehidupan harian
4. Penutup hidung dan mulut (mask) adalah pelindung yang paling mudah
digunakan untuk mengelakkan penyebaran penyakit.
Dengan menggunakan bahan yang mudah
didapati, reka satu penutup hidung dan
mulut (mask) yang mudah dibawa dan boleh
digunakan berulang kali. Anda dikehendaki
untuk menerangkan keistimewaan pada hasil
ciptaan yang dihasilkan.
MENCIPTA
 Gunakan penutup hidung dan mulut (mask) atau tisu/ sapu tangan untuk
menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin
 Gunakan sarung tangan untuk mengelakkan sentuhan terus
 Tidak berdiri terlalu dekat dengan pesakit SARS semasa berinteraksi
 Elakkan menyentuh hidung, mata dan mulut pesakit SARS
 Cuci tangan dengan sabun dan air bersih jika tersentuh pesakit SARS
 Mengamalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan dengan sabun
dan air sebelum makan
 Tidak berkongsi pakaian, makanan atau minuman dan peralatan makan
atau minum dengan orang lain
 Mengamalkan cara penyediaan makanan dan minuman yang betul dan
bersih, sebagai contoh air yang diminum harus dididih terlebih dahulu,
ini kerana suhu yang tinggi dapat membunuh mikroorganisma
 Menggunakan penutup hidung dan mulut apabila berada di khalayak
untuk mengurangkan kebarangkalian dijangkiti mikroorganisma yang
disebar melalui udara
54
Berikut adalah unsur-unsur KBAT yang telah wujud pada soalan yang terdapat dalam buku teks
Sains sedia ada
MENGAPLIKASI
MENILAI
MENGAPLIKASI
55
MATEMATIK
56
MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 6: STATISTIK
Statistik
Data
Terkumpul
Data tak
terkumpul
Had Sempadan Jadual
Kekerapan
Longgokan
Bawah Atas Bawah Atas
Sukatan
Serakan
Saiz Selang
Kelas
Ogif
Jadual
Kekerapan
Histogram
Poligon
Kekerapan
Guru boleh menerangkan kandungan keseluruhan bab Statistik dengan membuat
perbandingan antara data terkumpul dan data tak terkumpul. Murid dapat melalui
proses pemikiran seperti membanding beza dan menganalisis maklumat tersebut
dengan mewakilkannya dalam bentuk peta pemikiran. Proses adaptasi yang
digunakan adalah menyusun semula. Berikut adalah contoh peta pemikiran yang boleh
dihasilkan oleh murid.
Peta Pemikiran: Peta pokok
KANDUNGAN
Rujukan Tambahan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum:
kbatsm.my/modulpdp/
Buku Teks Matematik KBSM
Tingkatan 4 muka surat 163
Penerbitan Darul Fikir
PENERAPAN KBAT DALAM BUKU TEKS Berikut ialah latihan dalam buku teks yang telah mengandungi
elemen KBAT. Guru boleh memberi soalan tambahan seperti
yang dicadangkan.
1
59
d) Perihalkan nilai dalam set data yang mempunyai julat yang
besar. Berikan contoh set data sedemikian dalam situasi
harian.
CADANGAN SOALAN TAMBAHAN
60
61
1
Buku Teks Matematik KBSM
Tingkatan 4 muka surat 160
Penerbitan Cerdik Publication
PENERAPAN KBAT DALAM BUKU TEKS
62
Berikut ialah cadangan aktiviti tambahan yang boleh dilakukan oleh murid.
KERJA PROJEK: Mancis di dalam Sebuah Kotak
Sebuah kilang mancis menerima aduan menyatakan bahawa bilangan mancis dari kilang
tersebut adalah berbeza di dalam setiap kotak. Sebagai pengurus kilang di Jabatan Kawalan
Kualiti, anda diminta untuk membuktikan kesahihan aduan tersebut dan membentangkan hasil
dapatan kepada pihak pengurusan tertinggi kilang.
Seterusnya, cadangkan penyelesaian yang mungkin dengan mereka cipta sesuatu bagi
memastikan aduan tersebut tidak berulang.
Panduan guru: Guru boleh membimbing murid ke arah pemikiran aras tinggi berdasarkan
cadangan langkah-langkah penyelesaian masalah seperti di bawah secara lisan dan teknik
penyoalan yang pelbagai sehingga murid dapat menghasilkan sesuatu daripada kerja projek ini.
1. Kira dan rekodkan bilangan mancis di dalam setiap kotak bagi satu bungkusan yang
mengandungi 20 kotak mancis.
Pada pendapat anda, mengapakah bilangannya berbeza?
2. Lukiskan graf-graf untuk mewakili data tersebut.
Graf yang mana akan dipilih untuk mempersembahkan data itu?
Nyatakan sebab bagi pilihan anda.
3. Matlamat kilang tersebut ialah mendapatkan bilangan batang mancis yang sama mengikut
puratanya ke dalam setiap kotak.
a) Cari julat, mod, median dan min bagi data itu. Komen penemuan anda.
b) Berapakah bilangan mancis untuk setiap kotak?
c) Bagaimanakah kita boleh membaiki kawalan kuantiti tersebut?
MENGANALISIS
MENILAI
MENGAPLIKASI
MENCIPTA
64
PERMAINAN MATEMATIK
Objektif: Menentukan nilai mod , median, min dan π menerusi permainan matematik.
Set induksi: Bagaimanakah menggunakan pencungkil gigi atau mancis untuk
menganggar nilai π
Kaedah:
1. Sediakan kertas mahjung.
2. Lukis garis selari yang jaraknya sama dengan panjang pencungkil gigi seperti rajah di
bawah.
Kertas mahjung
Pencungkil gigi
3. Setiap peserta permainan ini perlu menjatuhkan dua puluh batang pencungkil
gigi ke atas kertas mahjung.
Kira bilangan pencungkil gigi yang bersilang dengan garisan tadi.
65
4. Lengkapkan jadual berikut:
(Cadangan bilangan sampel: 50 atau lebih)
5. Hitungkan nilai , apakah yang anda perhatikan? Cuba bandingkan nilai tersebut
dengan nilai , apakah kesimpulannya?
6. Tentukan nilai mod, median dan min bagi bilangan pencungkil gigi yang bersilang
dengan garisan.
Bandingkan ketiga-tiga sukatan kecenderungan memusat tersebut .
7. Permainan ini boleh digunakan untuk menganggarkan nilai π, tentukan nilai ,
apakah yang anda perhatikan?
8. Anda dikehendaki membuat ramalan tentang nilai apabila nilai semakin besar,
misalnya 1000, 10 000, 100 000 dan 1 000 000, adakah nilai ini menghampiri nilai π
yang anda sudah pelajari? Jelaskan.
9. Pilih maklumat yang sesuai daripada jadual di atas untuk melukis histogram, poligon
kekerapan dan ogif. Graf yang manakah paling sesuai untuk mempersembahkan data
tersebut. Bincangkan.
Bil. Nama Peserta Bilangan pencungkil
gigi yang dijatuhkan
( N )
Bilangan pencungkil gigi
yang bersilang garis
( x )
1. Murid 1 20 14 0.70
2. Murid 2 20 12 0.60
3. Murid 3 20 15 0.75
4. Murid 4 20 13 0.65
5. Murid 5 20 11 0.55
6. Murid 6 20 14 0.70
100
= =
Lanjutan:
Sebagai pengerusi Persatuan Matematik, anda dikehendaki mereka cipta satu
permainan yang boleh menggunakan konsep seperti di atas dalam
pertandingan yang dianjurkan semasa Minggu Sains dan Matematik.
Sukatan kecenderungan memusat yang manakah yang anda akan di rujuk
sekiranya anda hendak merancang bilangan hadiah yang perlu disediakan
kepada pemenang permainan itu. Nyatakan sebab bagi jawapan anda.
MENCIPTA
MENGAPLIKASI
MENGANALISIS
MENILAI
MENILAI
MENGAPLIKASI
MENILAI
EKONOMI ASAS
70
71
72
Guru boleh terus menggunakan bahan dalam buku teks KBSM sedia ada.
Berikut adalah unsur-unsur KBAT yang telah wujud dalam aktiviti yang
terdapat dalam Buku Teks KBSM.
73
74
Guru boleh terus menggunakan latihan dalam buku teks KBSM sedia ada.
Berikut adalah latihan yang mengandungi unsur-unsur KBAT yang terdapat
dalam Buku Teks KBSM.
75
Guru boleh menggantikan bahan dalam buku teks KBSM sedia ada.
Dengan menggunakan maklumat yang terdapat dalam buku teks, guru
melatih murid mengolah bahan ke dalam bentuk Peta Pemikiran yang
bersesuaian.
76
77
78
Selain menggunakan bahan dalam buku teks KBSM sedia ada, guru juga boleh
menambah bahan dari sumber lain yang berkaitan dengan topik yang diajar.
Guru boleh membimbing murid ke arah pemikiran aras tinggi bermula dengan
soalan dari domain kognitif aras rendah. Berikut adalah cadangan latihan
tambahan berdasarkan situasi semasa dalam kehidupan seharian.
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
Buku Teks: Ekonomi Asas Ting. 5
Penerbit: Allwrite Sdn. Bhd.
Halaman: 104 - 138
Tajuk: Belanjawan Negara
79
80
81
PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM ASPEK KANDUNGAN
KOMPONEN-KOMPONEN KAWALAN ELEKTRIK
PETA TITI
Dengan menggunakan buku teks guru melatih murid membina maklumat ringkas
untuk membuat ringkasan menggunakan peta pemikiran yang sesuai. Kaedah
sumbang saran dan perbincangan berkumpulan digalakkan.
Cadangan peta pemikiran di bawah adalah ringkasan maklumat dalam buku teks muka
surat 130 -150. Guru digalakan mengadakan perbincangan dan perbentangan kumpulan
bagi menggalakkan penambahan maklumat yang ada selain daripada buku teks dalam
sesi tersebut.
Peta pemikiran i-THINK yang lain boleh juga digunakan untuk menggalakan sumbang
saran
82
PETA POKOK
Guru akan menggalakkan pelajar untuk menyumbang saran dalam membuat pengkelasan
maklumat dalam buku teks.
83
PENERAPAN KBAT DALAM ASPEK AKTIVITI
AKTIVITI 1
Buku Teks Tingkatan 5 muka surat 162 (Aktiviti sedia ada dalam buku teks)
Ubah Suai Aktiviti Penerapan KBAT
Tajuk : Kawalan Elektrik
Sub Topik : Litar Pemula Terus Pada Talian (TPT)
Pendingin hawa yang digunakan di unit kediaman beroperasi menggunakan litar pemula terus
pada talian (TPT)
Langkah kerja :
(a) Bina litar kawalan seperti Rajah 1 menggunakan kit kawalan elektrik.
(b) Periksa sambungan litar dan minta keizinan guru setelah semuanya
sedia untuk diuji.
(c) Operasikan litar dan laporkan pemerhatian anda.
(d) Berdasarkan pemerhatian, mengapakah motor masih terus beroperasi walaupun punat tekan mula
(PM) tersebut dilepaskan.
(e) Cadangkan pengubahsuaian agar litar ini boleh beroperasi seperti berikut:
(i) Lampu pandu hijau menunjukkan motor beroperasi.
(ii) Lampu pandu merah menunjukkan motor tidak beroperasi.
Rajah 1
Cadangan aktiviti
- Membina peta alir langkah-langkah
membina litar kawalan.
- Membina senarai semak sambungan
litar.
- Membina format pelaporan yang
sesuai
Radas:
Suis punat tekan mula(PM)
Suis punat tekan henti(PH)
Pemutus litar (PL)
Geganti beban lampau(GBL)
Penyentuh(P)
MENGAPLIKASI
MENGAPLIKASI
MENGANALISIS
MENGANALISIS
MENCIPTA
84
PENERAPAN KBAT DALAM ASPEK SOALAN DAN LATIHAN
Buku Teks Tingkatan 5 muka surat 159 (Soalan sedia ada dalam buku teks)
Ubah Suai Soalan Penerapan KBAT
12. Anda ditugaskan untuk membaik pulih kerosakan motor yang tidak berfungsi dalam litar
utama kawalan joging.
Rajah 1(a) Rajah 1(b)
Nyatakan alasan anda sama ada memilih komponen dalam Rajah 1(a) atau Rajah 1(b)
untuk membaik pulih litar utama tersebut.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Guru dicadangkan
- membina peta alir langkah-langkah
fungsi penyentuh.
- Murid digalakkan memberi sumbang
saran dalam melengkapkan peta alir
MENGANALISIS
85
Buku Teks muka surat 159
Ubah Suai Penerapan KBAT
15. Rajah S5.5 menunjukkan litar kawalan elektrik yang digunakan untuk mengendalikan pam di
dalam loji rawatan kumbahan. Motor M1 dikawal oleh P1 manakala Motor M2 dikawal oleh
P2.
Rajah S5.5
(a) Motor manakah yang perlu dihidupkan terlebih dahulu sebelum motor yang satu lagi
dihidupkan? Berikan justifikasi anda.
(b) Cadangkan komponen paling sesuai untuk menunjukkan motor M1 sedang
beroperasi.
(c) Ubah suai litar dalam Rajah S5.5 untuk membuktikan jawapan anda di 15(b).
Guru dicadangkan
- membina peta alir langkah-langkah
membina litar kawalan.
- Membina senarai semak
sambungan litar.
MENGANALISIS
MENCIPTA
MENILAI
86

More Related Content

What's hot

Kbat dalam hsp
Kbat dalam hspKbat dalam hsp
Kbat dalam hspSmi Zakini
 
Elemen kbat dalam_instrumen_pentaksiran
Elemen kbat dalam_instrumen_pentaksiranElemen kbat dalam_instrumen_pentaksiran
Elemen kbat dalam_instrumen_pentaksirantamya65
 
Bahan kbat
Bahan kbatBahan kbat
Bahan kbatalip1981
 
Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21WebSEJATI
 
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...Pamela Lawrance
 
Overview Program i-THINK Dalam KBAT
Overview Program i-THINK Dalam KBATOverview Program i-THINK Dalam KBAT
Overview Program i-THINK Dalam KBATTajulddin Muhammad
 
Pedagogi 21st century
Pedagogi 21st centuryPedagogi 21st century
Pedagogi 21st centurysmkchemomoi
 
MODEL PEMBELAJARAN ABAD 21
MODEL PEMBELAJARAN ABAD 21MODEL PEMBELAJARAN ABAD 21
MODEL PEMBELAJARAN ABAD 21Wayan Sudiarta
 
Pendidikan Abad ke-21 (Versi SMIAAG)
Pendidikan Abad ke-21 (Versi SMIAAG)Pendidikan Abad ke-21 (Versi SMIAAG)
Pendidikan Abad ke-21 (Versi SMIAAG)Muhd Aizuddin Ali
 
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggiHbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggimuhammad
 

What's hot (19)

Kbat dalam hsp
Kbat dalam hspKbat dalam hsp
Kbat dalam hsp
 
Elemen kbat dalam_instrumen_pentaksiran
Elemen kbat dalam_instrumen_pentaksiranElemen kbat dalam_instrumen_pentaksiran
Elemen kbat dalam_instrumen_pentaksiran
 
Bahan kbat
Bahan kbatBahan kbat
Bahan kbat
 
Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21
 
KBAT Guru BM
KBAT Guru BMKBAT Guru BM
KBAT Guru BM
 
Ebook kbat oleh KPM
Ebook kbat oleh KPMEbook kbat oleh KPM
Ebook kbat oleh KPM
 
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
Mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran bahasa melayu di sekolah ren...
 
KBAT
KBATKBAT
KBAT
 
Overview Program i-THINK Dalam KBAT
Overview Program i-THINK Dalam KBATOverview Program i-THINK Dalam KBAT
Overview Program i-THINK Dalam KBAT
 
KBAT
KBATKBAT
KBAT
 
3. peta pemikiran
3. peta pemikiran3. peta pemikiran
3. peta pemikiran
 
Pedagogi 21st century
Pedagogi 21st centuryPedagogi 21st century
Pedagogi 21st century
 
Programithink
ProgramithinkProgramithink
Programithink
 
KBAT
KBATKBAT
KBAT
 
MODEL PEMBELAJARAN ABAD 21
MODEL PEMBELAJARAN ABAD 21MODEL PEMBELAJARAN ABAD 21
MODEL PEMBELAJARAN ABAD 21
 
Pendidikan Abad ke-21 (Versi SMIAAG)
Pendidikan Abad ke-21 (Versi SMIAAG)Pendidikan Abad ke-21 (Versi SMIAAG)
Pendidikan Abad ke-21 (Versi SMIAAG)
 
Bahan kursus ju kelas abad ke 21
Bahan kursus ju kelas abad ke 21Bahan kursus ju kelas abad ke 21
Bahan kursus ju kelas abad ke 21
 
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggiHbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
 
Slaid kbat
Slaid kbatSlaid kbat
Slaid kbat
 

Viewers also liked

Tugasan model & strategi pedagogi epm233 (cikgu azman)
Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)
Tugasan model & strategi pedagogi epm233 (cikgu azman)Norafsah Awang Kati
 
Rpt bm peralihan 2015
Rpt bm peralihan 2015Rpt bm peralihan 2015
Rpt bm peralihan 2015Zaimah Adam
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Norafsah Awang Kati
 
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)nurul syuhaida rahim
 
Soalan pendidikan islam tingkatan 1
Soalan pendidikan islam tingkatan 1Soalan pendidikan islam tingkatan 1
Soalan pendidikan islam tingkatan 1syazwani wani
 
Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Zue Layhar
 
Langkah pemeliharaan & pemuliharaan & pengawalan pencemaran alam sekitar
Langkah pemeliharaan & pemuliharaan & pengawalan pencemaran alam sekitarLangkah pemeliharaan & pemuliharaan & pengawalan pencemaran alam sekitar
Langkah pemeliharaan & pemuliharaan & pengawalan pencemaran alam sekitarMohd Shukri Suib
 
Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Mohd Kasman
 
Taklimat KSSM kepada pengetua.
Taklimat KSSM   kepada pengetua.Taklimat KSSM   kepada pengetua.
Taklimat KSSM kepada pengetua.roszelan majid
 
Dskp matematik tahun 6 sk
Dskp matematik tahun 6 skDskp matematik tahun 6 sk
Dskp matematik tahun 6 skvleadminaba2059
 
Nombor perdana tahun 6
Nombor perdana tahun 6Nombor perdana tahun 6
Nombor perdana tahun 6Faezah Ismail
 
Kesan Pencemaran Alam Sekitar
Kesan Pencemaran Alam SekitarKesan Pencemaran Alam Sekitar
Kesan Pencemaran Alam SekitarMohd Shukri Suib
 
Pendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianPendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianRicky Ong
 
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarPemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarSiti Rafhanah
 

Viewers also liked (20)

KBAT SAINS
KBAT SAINSKBAT SAINS
KBAT SAINS
 
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
 
Tugasan model & strategi pedagogi epm233 (cikgu azman)
Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)
Tugasan model & strategi pedagogi epm233 (cikgu azman)
 
Rpt bm peralihan 2015
Rpt bm peralihan 2015Rpt bm peralihan 2015
Rpt bm peralihan 2015
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
 
Hsp bm peralihan
Hsp bm peralihanHsp bm peralihan
Hsp bm peralihan
 
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
 
Soalan pendidikan islam tingkatan 1
Soalan pendidikan islam tingkatan 1Soalan pendidikan islam tingkatan 1
Soalan pendidikan islam tingkatan 1
 
Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103
 
Langkah pemeliharaan & pemuliharaan & pengawalan pencemaran alam sekitar
Langkah pemeliharaan & pemuliharaan & pengawalan pencemaran alam sekitarLangkah pemeliharaan & pemuliharaan & pengawalan pencemaran alam sekitar
Langkah pemeliharaan & pemuliharaan & pengawalan pencemaran alam sekitar
 
Pedagogi berkesan
Pedagogi berkesanPedagogi berkesan
Pedagogi berkesan
 
Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21
 
Taklimat KSSM kepada pengetua.
Taklimat KSSM   kepada pengetua.Taklimat KSSM   kepada pengetua.
Taklimat KSSM kepada pengetua.
 
Dskp matematik tahun 6 sk
Dskp matematik tahun 6 skDskp matematik tahun 6 sk
Dskp matematik tahun 6 sk
 
Nombor perdana tahun 6
Nombor perdana tahun 6Nombor perdana tahun 6
Nombor perdana tahun 6
 
Kesan Pencemaran Alam Sekitar
Kesan Pencemaran Alam SekitarKesan Pencemaran Alam Sekitar
Kesan Pencemaran Alam Sekitar
 
Pendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harianPendidikan moral-tugasan-harian
Pendidikan moral-tugasan-harian
 
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarPemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
 
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSMTransformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaTKemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
 

Similar to KBAT-BUKUTEKS

Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaranitanurhayati
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaranitanurhayati
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajarannanasupriatna
 
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sainsNurilza Salleh
 
Prinsip prinsip 2
Prinsip prinsip 2Prinsip prinsip 2
Prinsip prinsip 2Mitha Ye Es
 
Pedoman Mata Pelajaran IPA SMP
Pedoman Mata Pelajaran IPA SMPPedoman Mata Pelajaran IPA SMP
Pedoman Mata Pelajaran IPA SMPIrma Muthiara Sari
 
Kurikulum Dan Pembelajaran
Kurikulum Dan PembelajaranKurikulum Dan Pembelajaran
Kurikulum Dan Pembelajaranwidawidiawati
 
Permendikbud Nomor 59 Tahun 2014 Kurikulum 2013 10b. PMP BIO-minat SMA (1).pdf
Permendikbud Nomor 59 Tahun 2014 Kurikulum 2013 10b. PMP BIO-minat SMA (1).pdfPermendikbud Nomor 59 Tahun 2014 Kurikulum 2013 10b. PMP BIO-minat SMA (1).pdf
Permendikbud Nomor 59 Tahun 2014 Kurikulum 2013 10b. PMP BIO-minat SMA (1).pdfanisapratama1
 
2.1 konsep pendekatan scientific rev final
2.1 konsep pendekatan scientific rev final2.1 konsep pendekatan scientific rev final
2.1 konsep pendekatan scientific rev finalSarah Sitakar
 
2.1 konsep pendekatan scientific rev final
2.1 konsep pendekatan scientific rev final2.1 konsep pendekatan scientific rev final
2.1 konsep pendekatan scientific rev finalsitakar
 
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-128456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1Mairiza Nopia
 
Prinsip prinsip pengembangan kurikulum
Prinsip prinsip pengembangan kurikulumPrinsip prinsip pengembangan kurikulum
Prinsip prinsip pengembangan kurikulumBun Faris
 
Kurikulum Dan Pembljrn Irma
Kurikulum Dan Pembljrn IrmaKurikulum Dan Pembljrn Irma
Kurikulum Dan Pembljrn IrmaIRMA HERDIANTI
 
Materi Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdf
Materi Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdfMateri Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdf
Materi Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdfHasanBasri321358
 
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 Kendari
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 KendariMATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 Kendari
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 KendariFKIP UHO
 

Similar to KBAT-BUKUTEKS (20)

Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaran
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaran
 
Bahasa indonesia
Bahasa indonesiaBahasa indonesia
Bahasa indonesia
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaran
 
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
53662192 konstruktivisme-dalam-p-p-sains
 
Prinsip prinsip 2
Prinsip prinsip 2Prinsip prinsip 2
Prinsip prinsip 2
 
Pedoman Mata Pelajaran IPA SMP
Pedoman Mata Pelajaran IPA SMPPedoman Mata Pelajaran IPA SMP
Pedoman Mata Pelajaran IPA SMP
 
Kurikulum Dan Pembelajaran
Kurikulum Dan PembelajaranKurikulum Dan Pembelajaran
Kurikulum Dan Pembelajaran
 
5 fasa needham
5 fasa needham5 fasa needham
5 fasa needham
 
Permendikbud Nomor 59 Tahun 2014 Kurikulum 2013 10b. PMP BIO-minat SMA (1).pdf
Permendikbud Nomor 59 Tahun 2014 Kurikulum 2013 10b. PMP BIO-minat SMA (1).pdfPermendikbud Nomor 59 Tahun 2014 Kurikulum 2013 10b. PMP BIO-minat SMA (1).pdf
Permendikbud Nomor 59 Tahun 2014 Kurikulum 2013 10b. PMP BIO-minat SMA (1).pdf
 
2.1 konsep pendekatan scientific rev final
2.1 konsep pendekatan scientific rev final2.1 konsep pendekatan scientific rev final
2.1 konsep pendekatan scientific rev final
 
2.1 konsep pendekatan scientific rev final
2.1 konsep pendekatan scientific rev final2.1 konsep pendekatan scientific rev final
2.1 konsep pendekatan scientific rev final
 
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-128456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
28456564 laporan-pkp-ipa-kelas-5-a-1
 
Prinsip prinsip pengembangan kurikulum
Prinsip prinsip pengembangan kurikulumPrinsip prinsip pengembangan kurikulum
Prinsip prinsip pengembangan kurikulum
 
Model pembelajaran assure
Model pembelajaran assureModel pembelajaran assure
Model pembelajaran assure
 
Kurikulum Dan Pembljrn Irma
Kurikulum Dan Pembljrn IrmaKurikulum Dan Pembljrn Irma
Kurikulum Dan Pembljrn Irma
 
Alat berfikir
Alat berfikirAlat berfikir
Alat berfikir
 
Materi Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdf
Materi Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdfMateri Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdf
Materi Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdf
 
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 Kendari
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 KendariMATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 Kendari
MATERI WORSHO PLPG 2013 Rayon 126 Kendari
 
Buku 2 (Riki)
Buku 2 (Riki)Buku 2 (Riki)
Buku 2 (Riki)
 

Recently uploaded

implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 

Recently uploaded (20)

implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 

KBAT-BUKUTEKS

  • 1.
  • 2. 1
  • 3. 2 KANDUNGAN Perkara Muka Surat KATA ALU-ALUAN 1 1.0 Pengenalan 3 2.0 Latar Belakang Kemahiran Berfikir 4 3.0 Objektif Panduan Aplikasi KBAT 4 4.0 Definisi Kemahiran Berfikir 5 5.0 Elemen KBAT dalam Buku Teks Sedia Ada 6 6.0 Panduan Aplikasi Kemahiran Berfikir 12 Aras Tinggi Berdasarkan Buku Teks
  • 4. 3 1.0 Pengenalan Selaras dengan anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk melahirkan murid yang berfikiran aras tinggi dan berdaya saing di peringkat global, usaha membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan guru dan murid perlu diberi penekanan khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Buku teks sekolah menengah sedia ada adalah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Selaras dengan pelaksanaan KBAT sebagai satu usaha kesinambungan KBKK, Panduan Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Berdasarkan Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 disediakan untuk membantu guru dan murid mengenal pasti elemen KBAT dalam buku teks KBSM serta memberi panduan kepada guru dan murid dalam aspek penyediaan bahan sokongan KBAT.
  • 5. 4 2.0 Latar Belakang Kemahiran Berfikir Pendekatan pedagogi yang melibatkan murid berfikir melalui Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) telah dilaksanakan di sekolah mulai tahun 1994. Pada tahun 2010, KBKK juga diperluaskan dengan memperkenalkan kreatif dan inovatif melalui elemen merentas kurikulum. Usaha ini diteruskan dan dimantapkan dengan pengenalan KBAT seperti yang disarankan dalam PPPM (2013-2025). 3.0 Objektif Panduan Aplikasi KBAT Panduan Aplikasi KBAT ini disediakan untuk membantu guru dan murid: mengenal pasti kandungan yang mempunyai elemen KBAT dalam buku teks dan mengaplikasikannya dalam P&P. mengadaptasi kandungan buku teks melalui P&P mengikut tahap penguasaan kemahiran berfikir murid. membudayakan KBAT melalui buku teks sebagai sumber maklumat utama murid.
  • 6. 5 4.0 Definisi Kemahiran Berfikir I Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) adalah gabungan kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah kesinambungan kepada Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dan Inovasi (KBKKI). Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. (KPM, 1994) Kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. (KPM, 1994) Inovasi ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala inovasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka ianya adalah idea semata-mata. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih, inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan pemeliharaan benih. (Yayasan Inovasi Malaysia, 2010) Satu keupayaan berfikir untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta berupaya untuk mencipta sesuatu. (KPM, 2013) Kemahiran Berfikir Secara Kritis Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Inovasi Elemen Merentas Kurikulum Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
  • 7. 6 KBAT KBAR Aras pemikiran dalam KBAT adalah berdasarkan kepada Taksonomi Bloom Semakan Anderson seperti Rajah 2. Rajah 2: Taksonomi Bloom Semakan Anderson 5.0 Elemen KBAT dalam Buku Teks Sedia Ada Terdapat dua cara elemen KBAT dapat diterapkan dalam P&P iaitu : 5.1 Menggunakan terus (Adopt) bahan sedia ada dalam buku teks. Guru dan murid mengenalpasti elemen KBAT yang terdapat dalam buku teks sedia ada dan mengembangkannya melalui : teknik penyoalan – Terdapat pelbagai teknik penyoalan yang diberikan dalam buku teks yang boleh membuka pemikiran ke arah pembelajaran berfikrah .
  • 8. 7 Jadual 1 adalah antara contoh teknik penyoalan yang boleh berlaku ketika dalam proses P&P berjalan. Guru dan murid boleh mengubahsuai dan menaiktaraf soalan Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dalam buku teks kepada soalan beraras KBAT. (KPM ,2013) Jadual 1: Teknik Penyoalan
  • 9. 8 alat berfikir - Penguasaan murid dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berfokus dan berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai dengan P&P. Alat berfikir yang biasa digunakan termasuk lembaran pengurusan grafik, soalan dan penyoalan, peta minda dan sebagainya. Terdapat lapan Peta Pemikiran (i-THINK) seperti pada Rajah 3 yang boleh digunakan untuk mengadaptasikan KBAT melalui proses pengubahsuaian, penambahan dan penciptaan bahan baharu. Guru dan murid juga boleh menggunakan alat berfikir yang lain mengikut kesesuaian dan situasi. bahan rangsangan (contoh: ilustrasi, teks, jadual, graf, rajah, dan peta)- Melalui bahan rangsangan sedia ada, guru dan murid boleh mentafsir dan mencetus pemikiran. Rajah 3 : Lapan Corak Visual Peta Pemikiran
  • 10. 9 aktiviti dan latihan- terdapat pelbagai aktiviti dan latihan dalam buku teks yang boleh disesuaikan mengikut aras pemikiran yang berbeza. Setiap aktiviti dan latihan yang berbeza akan memberikan peluang untuk murid mendapat pengetahuan, penaakulan, kemahiran dan nilai yang berbeza. 5.2 Mengadaptasikan (Adapt) bahan sedia ada dalam buku teks dengan sesuatu yang baharu untuk menguasai penerapan elemen KBAT: Proses mengadaptasi boleh dilakukan bagi menyesuaikan bahan sedia ada dalam buku teks dengan keperluan murid dengan aras pemikiran yang berbeza- beza. Berikut adalah proses yang mungkin boleh berlaku melalui perkara berikut: Pengubahsuaian- mengubah suai bahan sedia ada dalam buku teks dengan keperluan murid dan menggugurkan bahan yang tidak berkaitan. Penggantian - menggantikan bahan dalam buku teks sedia ada yang kurang sesuai dengan aras murid ketika itu dengan sesuatu yang lebih dekat dengan diri murid. Penambahan- menghasilkan bahan melalui sumber baharu yang lain. Penciptaan- mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baharu namun masih relevan dengan tajuk bahan sedia ada dalam buku teks. Sumber lain seperti bahan dari media massa (Internet, majalah, surat khabar, video, gambar bersiri dan sebagainya) dan buku ilmiah juga boleh digunakan untuk sebagai sumber penggantian dari bahan sedia ada dalam buku teks. Aktiviti dan latihan yang kurang sesuai dengan situasi murid pada ketika itu, boleh dinaiktaraf ke aras yang lebih mencabar dengan melakukan adaptasi sama ada melalui pengubahsuaian, penggantian, penambahan dan penciptaan atau gabungan daripada beberapa kaedah adaptasi berkenaan.
  • 11. 10 6.0 Contoh Aplikasi KBAT Berdasarkan Buku Teks Lapan mata pelajaran telah dipilih sebagai contoh untuk mengaplikasi KBAT berdasarkan kandungan Buku Teks KBSM, iaitu: 1. Bahasa Malaysia 2. Bahasa Inggeris 3. Pendidikan Islam 4. Pendidikan Moral 5. Sains 6. Matematik 7. Ekonomi Asas 8. Teknologi Kejuruteraan Walaubagaimanapun guru boleh menggunakan contoh tersebut sebagai panduan untuk diaplikasikan dalam mata pelajaran yang lain.
  • 13. 12 BAHAN 1: Muka surat 196 (c) Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. Masyarakat Malaysia kini mula sedar akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dalam usaha menjaga kesihatan diri. Jelaskan peranan yang dimainkan oleh setiap ahli keluarga untuk menjaga kesihatan diri. TIPS Definisi ahli keluarga – seisi rumah tangga yang terdiri daripada suami dan isteri, anak-anak, datuk dan nenek. Jawapan murid mesti merangkumi peranan setiap ahli keluarga. Kata kunci: HURAIKAN MENGANALISIS Kata kunci: KESANNYA MENILAI NOTA GURU: Dengan menggunakan Piramid Makanan, minta murid untuk merumus maklumat dengan fakta dan alasan yang konkrit. MENCIPTA
  • 14. 13 Muka surat 197 (Aktiviti sedia ada dalam buku teks) NOTA GURU: i.Murid menyenaraikan maklumat penting berkaitan pemakanan seimbang dan kaitannya dengan kesihatan. ii.Aktiviti ini adalah untuk melatih murid membezakan isi penting dengan isi kurang penting.
  • 15. 14 i. Berdasarkan jadual yang terdapat pada buku teks muka surat 197, vitamin A, B, C, D, E, dan K boleh didapati daripada pelbagai jenis kumpulan makanan seperti kita mengambil makanan seimbang. Pada pendapat anda, mengapakah kita disarankan untuk mengamalkan pemakanan seimbang? ii. Apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak mengamalkan pemakanan seimbang dalam pemakanan seharian? i. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan yang mengatakan bahawa “Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan”. Huraikan. MENGAPLIKASI MENILAI Kata kunci: HURAIKAN MENGANALISIS “…Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit kronik. Banyak orang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung adalah kerana tidak memakan makanan yang seimbang dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pendapat ada mengatakan bahawa, “Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan’. - Pakar Pemakanan
  • 16. 15 iv. Berdasarkan gambar rajah Piramid Makanan, pilih dan asingkan jenis pemakanan yang memberi kesan kepada kesihatan seseorang dalam peta pemikiran di bawah. MENGANALISIS PIRAMID MAKANAN
  • 17. 16 Jika berkurangan … Jika berlebihan … OBESITI
  • 19. 18 Introduction The textbook contains units that have elements of Lower Order Thinking Skills (LOTS) to facilitate learners‟ comprehension. This enables learners to progress from simple to complex levels of understanding. Use teacher’s creativity and adapt the activities to reflect Higher Order Thinking Skills (HOTS). 1. Example: Identifying the cognitive level (HOTS) in the questions given. (page 1) ANALYSING EVALUATING
  • 20. 19 2. Simple task that can trigger higher cognitive level. Reading task. Adapting LOTS (understanding) to HOTS (analysing) (page 4 & 7) ANALYSING CREATING APPLYING
  • 21. 20 3. Simple process that include the highest level of thinking skill. (page 11) 4 .These are the examples of HOTS questions in the present textbook. (page 12) In Section B, students can use different type of Graphic Organizer to make the comparison. CREATING EVALUATING CREATING
  • 22. 21 5. Task in the present textbook with HOTS element. (page 13) CREATING
  • 24. 23 Introduction The textbook contains units that have elements of Lower Order Thinking Skills (LOTS) to facilitate learners‟ comprehension. This enables learners to progress from simple to complex levels of understanding. Use teacher’s creativity and adapt the activities to reflect Higher Order Thinking Skills (HOTS). 1. Example: Identifying the cognitive level (HOTS) in the questions given. (page 1) v ANALYSING EVALUATING
  • 25. 24 2. Simple task that can trigger higher cognitive level: Creating. (page 5) 3. Reading task. Adapting LOTS (understanding) to HOTS (analysing) (page 6 & 7) CREATING EVALUATING ANALYSING UNDERSTANDING
  • 26. 25 4. Adapting the given questions (after reading the passages) to reflect the elements of HOTS. (page 8) These are the examples of HOTS questions in the present textbook. Section C is suitable and can be adopted as it contains elements of HOTS such as making inferences, analysing and reasoning. In Section E, teachers can extend the task by modifying the question provided. Example: Encouragement and support from family members are important in helping a person become successful in life. To what extent do you agree with this statement? ANALYSING EVALUATING
  • 27. 26 5. The Graphic Organizer from this textbook can be used as it is. Students may use any other suitable Graphic Organizer to plan their writing. This task can be extended to a Project Based Learning activity that would require students to carry out library research, discussions, interviews, and to facilitate interactive learning. Example question: There are many successful people in your area. Select one person and evaluate the factors that have contributed to the person’s success. Present your evaluation in the form of a poster, speech, report, or any other interesting format. APPLYING CREATING CREATING
  • 28. 27 PENDIDIKAN ISLAM Panduan ini akan memaparkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang terdapat dalam buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan cadangan aktiviti serta latihan yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Keterangan dan cadangan yang dikemukakan dalam panduan ini adalah berdasarkan buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 29. 28 ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : [AKTIVITI PADA MUKA SURAT 26] Guru juga boleh mengemukakan aktiviti yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang lain seperti cadangan berikut: ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : CADANGAN AKTIVITI Layari Internet dan sumber-sumber lain untuk mengesan perbuatan-perbuatan yang dikategorikan mempersendakan agama. Bincangkan perkara tersebut bersama rakan anda. 1.0 BIDANG TILAWAH AL-QURAN (KEFAHAMAN) LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA, MUKA SURAT 26 MENGANALISIS MENILAI
  • 30. 29 ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : MEMAHAMI [LATIHAN PADA MUKA SURAT 26] Guru boleh mengemukakan latihan yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi seperti cadangan berikut: ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : CADANGAN SOALAN Kenal pasti amalan yang menggambarkan perbuatan mempersendakan agama yang berlaku dalam masyarakat. 2 LATIHAN MENGANALISIS
  • 31. 30 ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : [AKTIVITI PADA MUKA SURAT 66] ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : 2.0 BIDANG HADIS MAKANAN YANG BAIK, MUKA SURAT 66
  • 32. 31 MENILAI Guru juga boleh mengemukakan aktiviti yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang lain seperti cadangan berikut: ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : CADANGAN AKTIVITI Bincangkan bersama rakan anda tentang ciri-ciri makanan yang baik dan bina definisi makanan halal. ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : [LATIHAN PADA MUKA SURAT 66] Guru juga boleh mengemukakan latihan yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang lain seperti cadangan berikut: ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : CADANGAN SOALAN “Sesetengah produk halal dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding produk yang sama tetapi tidak halal. Pengguna yang bijak akan dapat membuat keputusan yang baik dengan membuat pertimbangan yang wajar dalam pengambilan makanan halal.” Huraikan pandangan anda dengan mengemukakan alasan. MENCIPTA
  • 33. 32 ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : [AKTIVITI PADA MUKA SURAT 83] Guru juga boleh mengemukakan aktiviti yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang lain seperti cadangan berikut: ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : DAN CADANGAN AKTIVITI Rancangkan program-program yang boleh dilaksanakan di sekolah untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang perkara-perkara yang membatalkan iman. Kandungan program hendaklah membolehkan murid mencirikan adat dan ibadat dalam amalan seharian masyarakat Islam di negara ini. ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : CADANGAN AKTIVITI Bina satu peta pemikiran yang bersesuaian dan berikan contoh perkara yang membatalkan iman yang berlaku di tempat tinggal anda. 3.0 BIDANG AKIDAH PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN, MUKA SURAT 83 1 AKTIVITI Murid mengumpul dan memilih maklumat dalam kategori berbeza MENGANALISISMENCIPTA MENGAPLIKASI
  • 34. 33 ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : CADANGAN AKTIVITI Jalankan kaedah penemuan kendiri berdasarkan tajuk “Amalan Khurafat Sebati dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat Melayu”. Apakah penyelesaian terbaik tentang perkara tersebut. ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : CADANGAN AKTIVITI Guru mengemukakan satu isu berkaitan amalan yang boleh membatalkan iman. Murid diminta untuk mengandaikan perkara yang akan berlaku sekiranya isu tersebut tidak ditangani dengan bijak. Guru boleh mengemukakan latihan yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi seperti cadangan berikut: ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : CADANGAN SOALAN Perbuatan syirik menyebabkan iman seseorang muslim itu terbatal. Jelaskan perbezaan antara syirik jelas dan syirik tersembunyi. MENILAI MENGANALISIS MENGANALISIS
  • 35. 34 ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : [AKTIVITI PADA MUKA SURAT 122] Guru juga boleh mengemukakan aktiviti yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang lain seperti cadangan berikut: ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : CADANGAN AKTIVITI Analisis situasi di bawah dan nyatakan hukum berserta alasan: a) Ahmad berhutang daripada bank untuk menunaikan haji. b) Sofiah telah menunaikan ibadah haji tetapi masih mendedahkan aurat. c) Encik Jamali menunaikan haji dengan menggunakan wang judi yang telah dimenangi. 4.0 BIDANG IBADAH PELAKSANAAN HAJI DAN UMRAH, MUKA SURAT 122 MENCIPTA Murid menghasilkan laman sesawang yang dapat menggambarkan pelaksanaan haji MENGANALISIS
  • 36. 35 ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : [AKTIVITI PADA MUKA SURAT 190] Guru juga boleh mengemukakan aktiviti yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang lain seperti cadangan berikut: ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : CADANGAN AKTIVITI Lakukan perbincangan berkumpulan bagi menjelaskan perubahan akhlak Saidina Umar selepas memeluk Islam. 5.0 BIDANG SIRAH TAMADUN KERAJAAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN, MUKA SURAT 190 1 AKTIVITI MENGAPLIKASI MENGANALISIS
  • 37. 36 ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : [LATIHAN PADA MUKA SURAT 190] Guru juga boleh mengemukakan latihan yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang lain seperti cadangan berikut: ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : CADANGAN SOALAN Bina satu peta pemikiran yang bersesuaian tentang perbezaan polisi Khulafa‟ al-Rasyidin yang empat. 2 LATIHAN Murid mengemukakan hujah dan alasan MENILAI MENGANALISIS
  • 38. 37 Murid merancang dan menghasilkan persekitaran sekolah yang menarik ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : [AKTIVITI PADA MUKA SURAT 260] ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : 6.0 BIDANG ADAB DAN AKHLAK ADAB DI TEMPAT REKREASI, MUKA SURAT 260 1 AKTIVITI MENCIPTA
  • 39. 38 Guru juga boleh mengemukakan latihan yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang lain seperti cadangan berikut: ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : CADANGAN SOALAN Rumuskan kemungkinan yang akan berlaku kepada negara sekiranya masih berlaku amalan vandalisme, pencemaran dan penyalahgunaan alat di tempat rekreasi. ARAS KEMAHIRAN BERFIKIR : CADANGAN SOALAN Bincangkan apakah fungsi badan beruniform sekolah bagi mengelakkan perbuatan vandalisme di sekolah. MENGANALISIS MENILAI
  • 41. 40 MENGAPLIKASI MENILAI Berdasarkan teks pada muka surat 109 sila baca petikan, fahami dan aplikasikan kandungan. Guru boleh menerangkan kepada murid bahawa daripada petikan, murid boleh memahami dan mengingat untuk menjelaskan isi kandungan. Aras KBAT (Mengaplikasi) : Murid diminta menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada petikan dalam keadaan yang serupa atau yang baharu. Aras KBAT ( Menganalisis) : Murid boleh mengekstrak keluar idea-idea penting daripada petikan. Isi Penting : Inikah Fungsi Hutan? Tempat penyimpanan air Mengekalkan struktur tanah Sumber ekonomi Menyediakan sumber makanan Membantu menyeimbangkan suhu Menyerap gas karbon dioksida Membebaskan oksigen yang diperlukan oleh manusia dan haiwan. Minta murid mengaplikasi isi penting kepada bentuk baharu dengan menggunakan Peta Pemikiran i-THINK yang sesuai seperti Peta Bulatan
  • 42. 41 PETA BULATAN PETA BUIH MENGAPLIKASI Menyediakan sumber makanan Menyerap gas karbon dioksida Membebaskan gas oksigen Membantu menyeimbangkan suhu
  • 43. 42 Hutan Tidak Dipelihara dan Ramalkan Akibatnya? Sebab Akibat Kebakaran hutan Penerokaan hutan Kepupusan flora dan fauna Bencana alam Hutan berkurangan Pencemaran Penebangan pokok tidak terkawal MENILAI Hutan
  • 44. 43 Fikir dan Jawab 1. Apakah yang kamu faham dengan „penghutanan semula‟? 2. Mengapakah penghutanan semula perlu dilakukan? 3. Jelaskan kepentingan hutan kepada alam sekitar. 4. Apakah peranan manusia bagi menjamin keseimbangan ekosistem? 5. “Demi kemajuan, alam sekitar perlu dikorbankan”. Setujukah anda dengan pernyataan ini? Bincangkan. 6. Memusnahkan flora bermaksud menghapuskan fauna. Sejauh manakah benarnya pernyataan tersebut? Murid perlu membuat pertimbangan Murid perlu menilai dan mentafsir peranan manusia bagi menjamin keseimbangan ekosisitem Murid perlu memahami dan mengenalpasti maksud istilah Penghutanan Semula terlebih dahulu
  • 45. 44 CONTOH KBAT DALAM BUKU TEKS PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN EMPAT AKTIVITI MS CONTOH KBAT YANG ADA DALAM BUKU TEKS A 111 Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil supaya hidupan ini tidak pupus. Murid perlu mencari maklumat mengenai hidupan yang hampir pupus.Contoh: jenis spesies (mengingat), bilangan yang ada dan cara-cara mengawal dan membiakkannya. B (i) 112 Andaikan anda ialah seorang daripada mangsa tragedi (banjir lumpur) tersebut, gambarkan perasaan anda. Ceritakan kepada kelas. B (ii) 112 Banjir lumpur itu mungkin tidak terjadi jika semua pihak menjalankan tanggungjawab menjaga flora dan fauna. Bincangkan. B (iii) 112 Setujukah anda, orang yang didapati bersalah memusnahkan hutan, perlu didenda dengan wang sahaja? Berikan pendapat anda. C (i) 112 Apakah perasan anda apabila melihat gambar disebelah? Jelaskan. Gambar beribu-ribu ekor ikan mati akibat tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. C (ii) 112 Pada pendapat anda, apakah punca kejadian ini? C (iii) 112 Adakah kejadian seperti ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem di kawasan tersebut? Beri alasan anda. C (iv) 112 Jika kejadian seperti ini berlaku di kawasan anda, terangkan tindakan yang akan anda ambil. D 113 Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh kerajaan sesebuah negara untuk mengimbangi kesan kebaikan dan keburukan pembinaan empangan? MENGAPLIKASI MENGAPLIKASI MENGANALISIS MENGANALISIS MENGANALISIS MENILAI
  • 46. 45 E (ii) 114 Gambarkan keistimewaan tempat atau pulau yang anda lawati itu dalam bentuk: a. Lukisan b. Sajak E (iii) 114 Pada pendapat anda, mengapakah keadaan seperti yang terdapat di pulau itu perlu dikekalkan? E (iv) 114 Bagaimanakah anda boleh membantu mengekalkan keindahan semulajadi di pulau, atau tempat seperti itu? E (v) 114 Andaikan pulau tersebut akan diterokai kerana hasil galiannya yang menguntungkan. Adakah anda bersetuju? Jelaskan. F (i) 114 Lakarkan landskap Taman Mini Herba kelas anda. F (ii) 114 Sediakan satu jadual waktu bertugas untuk menguruskan taman itu. CONTOH SOALAN DI DALAM BUKU TEKS YANG TELAH DIUBAHSUAI AKTIVITI MS CONTOH SOALAN E (i) 113 Pernahkan anda mengunjungi mana-mana pulau atau tempat pelancongan yang kaya dengan alam semulajadi? Di mana? Ceritakan kepada kelas, keistimewaan tempat tersebut Murid bercerita berdasarkan pengalaman yang ada. CONTOH SOALAN KBAT Wajarkah tempat yang kaya dengan alam semula jadi diterokai dan dijadikan sebagai tempat pelancongan? Berikan alasan anda. a. Membahaskan hujah. b. Membanding beza jika tempat tersebut dijadikan tempat pelancongan atau dikekalkan seadanya. c. Bina jawapan dengan menggunakan Peta Buih Berganda MEMAHAMIMENGINGAT MENCIPTA MENCIPTA MENCIPTA MENILAI MENILAI MENGANALISIS MENILAI
  • 47. 46 PETA BUIH BERGANDA Lokasi Flora fauna terpilih rhara Hak milik individu Hijau cantik Sumber ekonomi Orang tertentu Orang ramai Flora fauna diteroka Hak milik kerajaan Pelancongan n Asal
  • 48. 47 Beribu-ribu ikan mati akibat tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. C (i) 112 Apakah perasaan anda apabila melihat gambar? Jelaskan. Gambar beribu-ribu ekor ikan mati akibat tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. MENILAI
  • 50. 49 Peta Bulatan: Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Mikroorganisma
  • 51. 50 Peta Dakap : Kesan Mikroorganisma Berbahaya kepada Manusia
  • 52. 51 1. Mengapakah virus dikatakan bersifat parasit? Virus bersifat parasit kerana hanya dapat hidup dan membiak di dalam badan sel perumah seperti bakteria, haiwan dan tumbuhan. (Murid boleh merujuk penerangan dalam buku teks untuk mempelajari dengan lebih lanjut cara pembiakan virus)
  • 53. 52  Patuhi semua nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  Elakkan perjalanan ke kawasan yang mempunyai kes baharu  Maklumkan kepada pihak kesihatan jika anda pernah ke kawasan yang dijangkiti penyakit berjangkit seperti SARS dalam tempoh 10 hari sebelum jatuh sakit 2. Pada pendapat anda, bagaimanakah virus yang menyebabkan SARS ini boleh disebar antara manusia? Melalui sentuhan Melalui titisan cecair yang disebar oleh pesakit SARS yang bersin atau batuk 3. Seandainya anda seorang doktor perubatan yang dipertanggungjawab untuk mendidik masyarakat setempat tentang cara pencegahan penyakit berjangkit seperti SARS, cadangkan langkah-langkah pencegahan yang harus diambil oleh orang awam dalam mengawal penyebaran penyakit berjangkit? Mengikuti perkembangan semasa mengenai berita-berita penyakit berjangkit di media massa. Guru boleh menggunakan soalan berkaitan situasi masalah bagi menggalakkan murid mengemukakan beberapa cadangan jawapan yang munasabah dan logik MENILAI Contoh :  Berpeluk dengan pesakit SARS  Berkongsi peralatan makan seperti sudu, garpu dan pinggan mangkuk yang telah digunakan oleh pesakit SARS  Berkongsi pakaian atau tuala dengan pesakit SARS Contoh :  Bercakap dengan pesakit tanpa memakai penutup hidung dan mulut  Berkomunikasi dalam jarak yang terlalu dekat dengan pesakit SARS sehingga boleh terkena dengan titisan cecair seperti air liur
  • 54. 53 Guru boleh mengemukakan soalan yang memerlukan murid mencipta produk baharu untuk meningkatkan daya kreativiti mereka. Semasa berinteraksi atau berkomunikasi dengan pesakit SARS Amalan dalam kehidupan harian 4. Penutup hidung dan mulut (mask) adalah pelindung yang paling mudah digunakan untuk mengelakkan penyebaran penyakit. Dengan menggunakan bahan yang mudah didapati, reka satu penutup hidung dan mulut (mask) yang mudah dibawa dan boleh digunakan berulang kali. Anda dikehendaki untuk menerangkan keistimewaan pada hasil ciptaan yang dihasilkan. MENCIPTA  Gunakan penutup hidung dan mulut (mask) atau tisu/ sapu tangan untuk menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin  Gunakan sarung tangan untuk mengelakkan sentuhan terus  Tidak berdiri terlalu dekat dengan pesakit SARS semasa berinteraksi  Elakkan menyentuh hidung, mata dan mulut pesakit SARS  Cuci tangan dengan sabun dan air bersih jika tersentuh pesakit SARS  Mengamalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air sebelum makan  Tidak berkongsi pakaian, makanan atau minuman dan peralatan makan atau minum dengan orang lain  Mengamalkan cara penyediaan makanan dan minuman yang betul dan bersih, sebagai contoh air yang diminum harus dididih terlebih dahulu, ini kerana suhu yang tinggi dapat membunuh mikroorganisma  Menggunakan penutup hidung dan mulut apabila berada di khalayak untuk mengurangkan kebarangkalian dijangkiti mikroorganisma yang disebar melalui udara
  • 55. 54 Berikut adalah unsur-unsur KBAT yang telah wujud pada soalan yang terdapat dalam buku teks Sains sedia ada MENGAPLIKASI MENILAI MENGAPLIKASI
  • 57. 56 MATEMATIK TINGKATAN 4 BAB 6: STATISTIK Statistik Data Terkumpul Data tak terkumpul Had Sempadan Jadual Kekerapan Longgokan Bawah Atas Bawah Atas Sukatan Serakan Saiz Selang Kelas Ogif Jadual Kekerapan Histogram Poligon Kekerapan Guru boleh menerangkan kandungan keseluruhan bab Statistik dengan membuat perbandingan antara data terkumpul dan data tak terkumpul. Murid dapat melalui proses pemikiran seperti membanding beza dan menganalisis maklumat tersebut dengan mewakilkannya dalam bentuk peta pemikiran. Proses adaptasi yang digunakan adalah menyusun semula. Berikut adalah contoh peta pemikiran yang boleh dihasilkan oleh murid. Peta Pemikiran: Peta pokok KANDUNGAN Rujukan Tambahan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum: kbatsm.my/modulpdp/
  • 58. Buku Teks Matematik KBSM Tingkatan 4 muka surat 163 Penerbitan Darul Fikir PENERAPAN KBAT DALAM BUKU TEKS Berikut ialah latihan dalam buku teks yang telah mengandungi elemen KBAT. Guru boleh memberi soalan tambahan seperti yang dicadangkan. 1
  • 59. 59 d) Perihalkan nilai dalam set data yang mempunyai julat yang besar. Berikan contoh set data sedemikian dalam situasi harian. CADANGAN SOALAN TAMBAHAN
  • 60. 60
  • 61. 61 1 Buku Teks Matematik KBSM Tingkatan 4 muka surat 160 Penerbitan Cerdik Publication PENERAPAN KBAT DALAM BUKU TEKS
  • 62. 62
  • 63. Berikut ialah cadangan aktiviti tambahan yang boleh dilakukan oleh murid. KERJA PROJEK: Mancis di dalam Sebuah Kotak Sebuah kilang mancis menerima aduan menyatakan bahawa bilangan mancis dari kilang tersebut adalah berbeza di dalam setiap kotak. Sebagai pengurus kilang di Jabatan Kawalan Kualiti, anda diminta untuk membuktikan kesahihan aduan tersebut dan membentangkan hasil dapatan kepada pihak pengurusan tertinggi kilang. Seterusnya, cadangkan penyelesaian yang mungkin dengan mereka cipta sesuatu bagi memastikan aduan tersebut tidak berulang. Panduan guru: Guru boleh membimbing murid ke arah pemikiran aras tinggi berdasarkan cadangan langkah-langkah penyelesaian masalah seperti di bawah secara lisan dan teknik penyoalan yang pelbagai sehingga murid dapat menghasilkan sesuatu daripada kerja projek ini. 1. Kira dan rekodkan bilangan mancis di dalam setiap kotak bagi satu bungkusan yang mengandungi 20 kotak mancis. Pada pendapat anda, mengapakah bilangannya berbeza? 2. Lukiskan graf-graf untuk mewakili data tersebut. Graf yang mana akan dipilih untuk mempersembahkan data itu? Nyatakan sebab bagi pilihan anda. 3. Matlamat kilang tersebut ialah mendapatkan bilangan batang mancis yang sama mengikut puratanya ke dalam setiap kotak. a) Cari julat, mod, median dan min bagi data itu. Komen penemuan anda. b) Berapakah bilangan mancis untuk setiap kotak? c) Bagaimanakah kita boleh membaiki kawalan kuantiti tersebut? MENGANALISIS MENILAI MENGAPLIKASI MENCIPTA
  • 64. 64 PERMAINAN MATEMATIK Objektif: Menentukan nilai mod , median, min dan π menerusi permainan matematik. Set induksi: Bagaimanakah menggunakan pencungkil gigi atau mancis untuk menganggar nilai π Kaedah: 1. Sediakan kertas mahjung. 2. Lukis garis selari yang jaraknya sama dengan panjang pencungkil gigi seperti rajah di bawah. Kertas mahjung Pencungkil gigi 3. Setiap peserta permainan ini perlu menjatuhkan dua puluh batang pencungkil gigi ke atas kertas mahjung. Kira bilangan pencungkil gigi yang bersilang dengan garisan tadi.
  • 65. 65 4. Lengkapkan jadual berikut: (Cadangan bilangan sampel: 50 atau lebih) 5. Hitungkan nilai , apakah yang anda perhatikan? Cuba bandingkan nilai tersebut dengan nilai , apakah kesimpulannya? 6. Tentukan nilai mod, median dan min bagi bilangan pencungkil gigi yang bersilang dengan garisan. Bandingkan ketiga-tiga sukatan kecenderungan memusat tersebut . 7. Permainan ini boleh digunakan untuk menganggarkan nilai π, tentukan nilai , apakah yang anda perhatikan? 8. Anda dikehendaki membuat ramalan tentang nilai apabila nilai semakin besar, misalnya 1000, 10 000, 100 000 dan 1 000 000, adakah nilai ini menghampiri nilai π yang anda sudah pelajari? Jelaskan. 9. Pilih maklumat yang sesuai daripada jadual di atas untuk melukis histogram, poligon kekerapan dan ogif. Graf yang manakah paling sesuai untuk mempersembahkan data tersebut. Bincangkan. Bil. Nama Peserta Bilangan pencungkil gigi yang dijatuhkan ( N ) Bilangan pencungkil gigi yang bersilang garis ( x ) 1. Murid 1 20 14 0.70 2. Murid 2 20 12 0.60 3. Murid 3 20 15 0.75 4. Murid 4 20 13 0.65 5. Murid 5 20 11 0.55 6. Murid 6 20 14 0.70 100 = = Lanjutan: Sebagai pengerusi Persatuan Matematik, anda dikehendaki mereka cipta satu permainan yang boleh menggunakan konsep seperti di atas dalam pertandingan yang dianjurkan semasa Minggu Sains dan Matematik. Sukatan kecenderungan memusat yang manakah yang anda akan di rujuk sekiranya anda hendak merancang bilangan hadiah yang perlu disediakan kepada pemenang permainan itu. Nyatakan sebab bagi jawapan anda. MENCIPTA MENGAPLIKASI MENGANALISIS MENILAI MENILAI MENGAPLIKASI MENILAI
  • 66.
  • 68. 70
  • 69. 71
  • 70. 72 Guru boleh terus menggunakan bahan dalam buku teks KBSM sedia ada. Berikut adalah unsur-unsur KBAT yang telah wujud dalam aktiviti yang terdapat dalam Buku Teks KBSM.
  • 71. 73
  • 72. 74 Guru boleh terus menggunakan latihan dalam buku teks KBSM sedia ada. Berikut adalah latihan yang mengandungi unsur-unsur KBAT yang terdapat dalam Buku Teks KBSM.
  • 73. 75 Guru boleh menggantikan bahan dalam buku teks KBSM sedia ada. Dengan menggunakan maklumat yang terdapat dalam buku teks, guru melatih murid mengolah bahan ke dalam bentuk Peta Pemikiran yang bersesuaian.
  • 74. 76
  • 75. 77
  • 76. 78 Selain menggunakan bahan dalam buku teks KBSM sedia ada, guru juga boleh menambah bahan dari sumber lain yang berkaitan dengan topik yang diajar. Guru boleh membimbing murid ke arah pemikiran aras tinggi bermula dengan soalan dari domain kognitif aras rendah. Berikut adalah cadangan latihan tambahan berdasarkan situasi semasa dalam kehidupan seharian. Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia Buku Teks: Ekonomi Asas Ting. 5 Penerbit: Allwrite Sdn. Bhd. Halaman: 104 - 138 Tajuk: Belanjawan Negara
  • 77. 79
  • 78. 80
  • 79. 81 PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM ASPEK KANDUNGAN KOMPONEN-KOMPONEN KAWALAN ELEKTRIK PETA TITI Dengan menggunakan buku teks guru melatih murid membina maklumat ringkas untuk membuat ringkasan menggunakan peta pemikiran yang sesuai. Kaedah sumbang saran dan perbincangan berkumpulan digalakkan. Cadangan peta pemikiran di bawah adalah ringkasan maklumat dalam buku teks muka surat 130 -150. Guru digalakan mengadakan perbincangan dan perbentangan kumpulan bagi menggalakkan penambahan maklumat yang ada selain daripada buku teks dalam sesi tersebut. Peta pemikiran i-THINK yang lain boleh juga digunakan untuk menggalakan sumbang saran
  • 80. 82 PETA POKOK Guru akan menggalakkan pelajar untuk menyumbang saran dalam membuat pengkelasan maklumat dalam buku teks.
  • 81. 83 PENERAPAN KBAT DALAM ASPEK AKTIVITI AKTIVITI 1 Buku Teks Tingkatan 5 muka surat 162 (Aktiviti sedia ada dalam buku teks) Ubah Suai Aktiviti Penerapan KBAT Tajuk : Kawalan Elektrik Sub Topik : Litar Pemula Terus Pada Talian (TPT) Pendingin hawa yang digunakan di unit kediaman beroperasi menggunakan litar pemula terus pada talian (TPT) Langkah kerja : (a) Bina litar kawalan seperti Rajah 1 menggunakan kit kawalan elektrik. (b) Periksa sambungan litar dan minta keizinan guru setelah semuanya sedia untuk diuji. (c) Operasikan litar dan laporkan pemerhatian anda. (d) Berdasarkan pemerhatian, mengapakah motor masih terus beroperasi walaupun punat tekan mula (PM) tersebut dilepaskan. (e) Cadangkan pengubahsuaian agar litar ini boleh beroperasi seperti berikut: (i) Lampu pandu hijau menunjukkan motor beroperasi. (ii) Lampu pandu merah menunjukkan motor tidak beroperasi. Rajah 1 Cadangan aktiviti - Membina peta alir langkah-langkah membina litar kawalan. - Membina senarai semak sambungan litar. - Membina format pelaporan yang sesuai Radas: Suis punat tekan mula(PM) Suis punat tekan henti(PH) Pemutus litar (PL) Geganti beban lampau(GBL) Penyentuh(P) MENGAPLIKASI MENGAPLIKASI MENGANALISIS MENGANALISIS MENCIPTA
  • 82. 84 PENERAPAN KBAT DALAM ASPEK SOALAN DAN LATIHAN Buku Teks Tingkatan 5 muka surat 159 (Soalan sedia ada dalam buku teks) Ubah Suai Soalan Penerapan KBAT 12. Anda ditugaskan untuk membaik pulih kerosakan motor yang tidak berfungsi dalam litar utama kawalan joging. Rajah 1(a) Rajah 1(b) Nyatakan alasan anda sama ada memilih komponen dalam Rajah 1(a) atau Rajah 1(b) untuk membaik pulih litar utama tersebut. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ Guru dicadangkan - membina peta alir langkah-langkah fungsi penyentuh. - Murid digalakkan memberi sumbang saran dalam melengkapkan peta alir MENGANALISIS
  • 83. 85 Buku Teks muka surat 159 Ubah Suai Penerapan KBAT 15. Rajah S5.5 menunjukkan litar kawalan elektrik yang digunakan untuk mengendalikan pam di dalam loji rawatan kumbahan. Motor M1 dikawal oleh P1 manakala Motor M2 dikawal oleh P2. Rajah S5.5 (a) Motor manakah yang perlu dihidupkan terlebih dahulu sebelum motor yang satu lagi dihidupkan? Berikan justifikasi anda. (b) Cadangkan komponen paling sesuai untuk menunjukkan motor M1 sedang beroperasi. (c) Ubah suai litar dalam Rajah S5.5 untuk membuktikan jawapan anda di 15(b). Guru dicadangkan - membina peta alir langkah-langkah membina litar kawalan. - Membina senarai semak sambungan litar. MENGANALISIS MENCIPTA MENILAI
  • 84. 86