SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)




TEKNOLOGI DAN INOVASI
  DALAM PENDIDIKAN
                   PENDIDIKAN ABAD KE -21


                                  Pelajar

                                 12/2/2012




Tugasan Kumpulan
A.    TEORI PEMBELAJARAN

I) SECARA UMUM
Teori pembelajaran secara umum dapat dibahagikan kepada lima iaitu:
      A.      Teori Behavioris
      Teori Behavioris menganggap pembelajaran sebagai satu perubahan tingkah laku
      yang kekal. Ia juga melihat perhubungan antara tindakan belajar dengan
      rangsangan yang memperkukuhkannya. Teori ini terdiri daripada Teori Pelaziman
      Watson, Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman Thorndike dan Teori
      Pelaziman Skinner.
           a) Teori Pelaziman Watson
              Tingkah laku adalah suatu gerak balas terlazim terhadap rangsangan dan
              persekitaran. Watson juga mengatakan bahawa tujuan psikologi yang utama
              ialah untuk meramal dan mengawal tingkah laku manusia.
           b) Teori Pelaziman Klasik Pavlov
              Prinsip-prinsip asas dalam teori ini ialah:
                     Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas.
                     Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak
                     balas.
                     Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain
                     akan mendatangkan pembelajaran.
           c) Teori Pelaziman Thorndike
              Teori ini berasaskan prinsip-prinsip berikut:
                     Terdapat kaitan yang rapat antara rangsangan dan tindak balas.
                     Ganjaran/peneguhan positif mendorong manusia melakukan sesuatu
                     gerak balas/tindak balas.
                     Denda/peneguhan negatif menghalang manusia dari melakukan gerak
                     balas/tindak balas. Organisma bertindak dalam persekitaran untuk
                     menghasilkan sesuatu yang positif kerana mendapat peneguhan
                     positif.
           d) Teori Pelaziman Skinner
              Teori ini berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
                     Individu bertindak balas terhadap persekitaran dan boleh mengubah
                     persekitarannya.
                     Unsur motivasi dipentingkan.


                                               2
Jika sesuatu tingkah laku diingini, ia hendaklah diberi peneguhan,
               maka tingkah laku yang dikehendaki itu diperkukuhkan.


B.     Teori Kognitif
       Teori kognitif menyatakan bahawa tingkah laku seseorang ditentukan oleh
persepsi serta pemahamannya tentang sesuatu situasi yang berkaitan dengan
dirinya. Belajar merupakan perubahan persepsi dan pemahaman yang tidak selalu
dapat dilihat sebagai tingkah laku yang nampak.
       Tokoh    yang    terkenal   adalah   Piaget   dan   Bruner.   Menurut   Piaget,
perkembangan kognitif seseorang adalah satu proses yang bersifat genetik. Oleh
sebab itu, semakin meningkatnya umur seseorang itu semakin komplekslah susunan
sel-sel saraf dan juga semakin meningkatlah kemampuannya dalam bidang intelek.
Manakala menurut Bruner pula, teori ini mementingkan pemikiran secara logical dan
pemikiran analisis dan intuitif. Bruner mementingkan aspek-aspek berikut dalam teori
penemuannya:
       Satu suasana pembelajaran yang kondusif.
       Mengajar sesuatu konsep dalam struktur dan bentuk pengetahuan yang
      sistematik.
C.     Teori Sosialis
       Teori ini berasaskan peneguhan behavioris dengan psikologi kognitif dalam
pembelajaran sistematik. Teori ini menekankan pembelajaran melalui proses
pemodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan.
D.     Teori Humanistik
       Teori ini menekankan keunikan dan individualiti seorang murid. Setiap
individu adalah unik dan mempunyai emosi, cita-cita peribadi serta perhubungan
yang khusus dengan orang lain. Ia memfokus kepada kehendak afektif dan
perbezaan individu dalam pembelajaran.
E.     Teori Konstruktivis
       Teori ini memfokuskan kepada aspek pembinaan ilmu dan cara-cara
pengajaran oleh guru yang menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Ia banyak
menekankan pengaplikasian kemahiran berfikir dan aktiviti penyelesaian masalah.
Teori ini berdasarkan proses di mana murid membina pengetahuan mereka dengan
menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Dalam proses ini, murid membina makna tentang dunia dengan melakukan sintesis
pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini.

                                       3
II) JENIS-JENIS PEMBELAJARAN


a) Teori Konstruktivisme
       Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia. Teori pembelajaran ini memfokus kepada
aspek pembinaan ilmu dan cara-cara pengajaran guru yang menggalakkan pemikiran kritis
dan kreatif. Teori ini banyak menekankan pengaplikasian kemahiran berfikir dan aktiviti-
aktiviti penyelesaian masalah. Teori ini berdasarkan proses-proses di mana murid membina
pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu
ketara dan tidak ditekankan.
       Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri
mengenai hampir setiap perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika
kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau
kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka
mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki dan diberitahu oleh guru mereka.
       Pendekatan konstruktivisme telah dipratikkan sekiranya:
    Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.
    Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
    Pelajaran berpusatkan murid.
    Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on'.
    Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
    Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan
       kefahaman idea tersebut.
    Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.
    Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.
    Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai.
    Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori.
    Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid mencari jawapan.
    Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid.
    Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru.
    Murid bekerja dalam kumpulan.




                                            4
Menurut Piaget, keupayaan menguruskan maklumat dan pengetahuan berlaku
secara berperingkat. Ia bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif.
Struktur asas ini dinamakan sebagai skema. Pengetahuan dibina apabila maklumat diserap
masuk dan disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Dua proses adaptasi
adalah:
   1) Proses Asimilasi
                 Asimilasi ialah maklumat baharu yang mempunyai ciri-ciri persamaan dengan
          maklumat sedia ada (skema). Ia akan diserap dengan mudah dalam struktur kognitif
          dan menghasilkan keseimbangan.
   2) Proses Akomodasi
                 Akomodasi ialah maklumat baharu yang tidak mempunyai persamaan dengan
          maklumat sedia ada dan akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam
          struktur kognitif. Maklumat baru akan diserap masuk melalui pembacaan dan
          perbincangan sekaligus akan mencapai keseimbangan.
          Proses asimilasi dan akomodasi akan berlaku sepanjang hidup. Proses adaptasi akan
semakin kompleks, skema juga akan menjadi kompleks. Skema yang semakin kompleks ini
akan membentuk struktur kognitif. Melalui proses adaptasi juga, maklumat dalam struktur
kognitif sentiasa diorganisasi untuk disimpan dan digunakan apabila perlu.
          Elizabeth Murphy (197) merumus dan mencantumkan ciri-ciri p&p konstruktivisme
berasaskan pendapat Jonassen (1991 & 1994), Wilson & Cole (1991), Paul Ernest (1995),
Honebein (1996), dan Vygotsky (1978) untuk menghasilkan senarai berikut:


    Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih, tutor dan
          pemudah cara.
    Pelajar      memainkan     peranan     utama   dalam   mengantara   dan   mengawal
          pembelajaran.
    Kesilapan        pelajar   merupakan     peluang   untuk   memahami       pembinaan
          pengetahuannya yang lalu.
    Penerokaan adalah pendekatan pilihan untuk menggalakkan pelajar mencari
          pengetahuan secara berdikari dan mengurus pencapaian matlamatnya.
    Pelajar diberi peluang untuk pembelajaran bersifat latihan perantisan; di mana
          tugasan, kemahiran dan pengetahaun bertambah kompleks.




                                               5
b) Teori Kognitif


1.0.     TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF-JEAN PIAGET
         Paiget telah membuat penyelidikan tentang perkembangan bayi dan kanak-kanak
belajar sendiri melalui interaksi dengan persekitarannya. Beliau merumuskan semua
pengetahuan kanak-kanak berasal daripada aksi dengan persekitaran dan dengan memberi
interpretasi tentang aksi tersebut.
         Berasaskan permerhatian beliau, beliau telah mengemukakan teori perkembangan
kognitif kanak-kanak. Banyak kajian yang telah dijalankan oleh Piaget tentang bagaimana
individu memproses maklumat dan mengemukakan pendapat tentang perkembangan
kognitif manusia dan bentuk tahap demi tahap.       Paiget telah menggunakan metadologi
kajian    klinikal dalam mengkaji proses kognitif anak-anak iaitu melibatkan pemerhatian
intensif pada mereka pada setiap hari semenjak lahir sehingga peringkat remaja.


2.0.     KONSEP ASAS PIAGET
         Piaget(1960) berpendapat semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan secara
positif untuk berinteraksi dan mentafsir persekitarannya. Ketika umur bayi, mereka akan
mengenali sesuatu objek melalui skema. Skema ialah satu struktur kognitif dan ia terkumpul
lebih dari satu akan membentuk schemata. Manakala, skemata boleh berubah melalui
proses iaitu organisasi. Organisasi dapat didefinisikan individu mencantumkan skema mata
yang sedia ada untuk membentuk schemata yang baru. Adaptasi pula ialah perubahan
semata-mata semasa menemui objek, maklumat dan pengalaman baru melalui asimilasi dan
akodomasi.


Skema Pemikiran Mental Kanak-Kanak
Asimilasi
         Seseorang mengintegrasikan sesuatu persepsi atau stimulasi ke dalam tingkah laku.
         Asimilasi tidak menghasilkan perubahan skemata tetapi ianya mempengaruhi
         terhadap pertumbuhan skemata.
Akomodasi
         Penciptaan skemata baru
         Asimilasi dan akomodasi saling memerlukan di antara satu sama lain untuk
         membolehkan seseorang individu menyesuaikan dirinya dengan baik.
         Proses ini perlu bagi pertumbuhan dan perkembangan kognitif.



                                              6
Tahap Perkembangan
   1. Deria motor (0-2 tahun)
   2. Pra-operasi (2-7 tahun)
   3. Operasi konkrit (7-12 tahun)
   4. Operasi formal (12 tahun ke atas)
Deria Motor
       Tahap perkembangan awal kognitif kanak-kanak.
       Pada peringkat ini, mereka mula mengenal keadaan sekeliling dengan menggunakan
       deria dan gerak balasnya.
       Mereka tidak boleh berfikir tetapi boleh mengetahui benda yang wujud di
       persekitarannya.
Pra-operasi
       Mereka mula mampu menggunkan bahasa yang mudah dan simbol untuk
       menggambarkan sesuatu.
       Pada tahap ini, mereka tidak mampu lagi untuk berfikir mahupun membuat
       perbandingan.
       Pemikiran mereka dikatakan terbatas kerana dipengaruhi oleh persekitaran semata-
       mata.
Operasi Konkrit
       Pada peringkat ini, mereka mula dapat mengenal pasti ciri-ciri bagi sesuatu objek
       dan boleh mengklasifikasikannya.
Operasi Formal
       Mereka telah memasuki peringkat pemikiran abstrak.
       Dikatakan mereka boleh berfikir serta membuat keputusan dengan sendirinya.
       Malah boleh mengaitkan simbol-simbol matematik dalam menyelesaikan masalah
       secara logik.
3.0.   IMPLIKASI       TEORI   PEMBELAJARAN        KOGNITIF   DALAM     PENGAJARAN       DAN
       PEMBELAJARAN


       Proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran
kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang
sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini
menekankan     proses    kognitif   untuk   menghasilkan   perubahan   tingkah   laku   dalam
pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk
memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini

                                               7
menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka
dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekaligus
memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak
atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses
pembelajaran murid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.
       Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia
ada bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif
dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut
berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan
pengalaman ataupun pengetahuan yang sedia ada seperti kemahiran 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini
tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.
       Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran murid-murid ialah membantu murid-murid mengingat semula.
Pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam
cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Piaget memandang kanak-
kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan
memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah, murid-murid akan
belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka.
        Selain   itu,   ia   juga    bergantung   kepada   bagaimana     kanak-kanak   tersebut
memperolehi      pengetahuan        mereka.   Contohnya,   kanak-kanak    tadika   memperolehi
pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila
kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula
tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang
mereka miliki ketika di prasekolah.
       Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain ialah isi-isi disusun
mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Jean Piaget dalam
teori pembelajaran kognitif, empat tahap perkembangan kognitif dapat memberi gambaran
kepada guru agar isi pelajaran yang disampaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak .Hal ini kerana,
pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-
masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut
peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain
sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M dengan itu



                                                  8
guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka
dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.


c) Teori Behavioris



1.0       Implikasi terhadap pembelajaran dan pengajaran adalah:

      a) Pastikan maklum balas diberi dengan kerap, dengan secepat mungkin, dan
          berbentuk spesifik.

      b) Pelbagaikan     pengukuhan      positif    yang   digunakan   agar   dapat    mengekalkan
          keberkesanannya.       Jika   boleh,     gunakan   kedua-duanya     dan     bukan   hanya
          menggunakan pengukuhan primer atau sekunder sahaja.

      c) Gunakan pengukuhan berjadual bagi mengekalkan berlakunya pembelajaran.

      d) Peka terhadap konsep penghapusan bagi mengurangkan berlakunya tingkah laku
          yang tidak diingini.

      e) Gunakan pengukuhan sebagai satu cara untuk mendorong murid-murid yang kurang
          bermotivasi untuk belajar dan sebagainya.

      f) Mementingkan pembelajaran kemahiran dan sikap.

      g) Mementingkan peneguhan.

          Manakala dari segi pengajaran terancang pula, terdapat beberapa syor tentang
bagaimana teori pembelajaran behavioris dapat diaplikasi dalam bilik darjah. Antaranya
adalah:

      a) Pupukkan penguasaan satu-satu kemahiran dengan menggunakan kerangka soalan
          (ransangan) – jawapan (gerakbalas) mengikut prinsip pedagogi, iaitu secara
          beransur-ansur dan peringkat demi peringkat.

      b) Minta murid-murid mengikuti setiap kerangka yang disediakan. Maklum balas
          hendaklah diberi serta merta.

      c) Susun aras kesukaran soalan-soalan bagi memastikan murid-murid anda berupaya
          memberi jawapan yang betul. Dengan itu, sudah tentu mereka akan menerima
          pengukuhan positif.

                                                    9
d) Pastikan pencapaian yang baik dan cemerlang dipadankan dengan pengukuhan
        sekunder seperti pujian lisan, hadiah, gred yang baik dan sebagainya

B.      PENDIDIKAN ABAD KE-21


I) Pengenalan
        Aristotle pernah menyatakan bahawa nasib sebuah empayar bergantung kepada
pendidikan belia. Segala kekuatan atau kelemahan yang diperhatikan dalam masyarakat
berkait rapat dengan jenis pendidikan yang kita beri kepada pemuda-pemudi kita.
Selanjutnya, apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan ‘Education is that which remains,
when one has forgotten all that he learned in school’? (Pendidikan adalah apa yang
tertinggal, setelah seseorang lupa apa yang dipelajari di sekolah.) Bukankah kenyataan itu
bersifat ironik? Barangkali kenyataan itu mengingatkan kita bahawa pendidikan bukan
setakat mengisi ilmu ke dalam kepala murid seperti kita mengisikan air ke dalam baldi.
Sebaliknya, lebih-lebih lagi dalam zaman sekarang, pendidikan seharusnya mengupayakan
seseorang dengan sikap, kemahiran dan ilmu (ASK-Attitude, Skill and Knowledge) untuk
melakukan sesuatu perkara-perkara yang perlu dan patut dilakukan dalam konteks
persekitaran yang sentiasa berubah dan semakin menjadi ‘rata’ (The World is Flat, Thomas
L. Friedman).
        Mengikut Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On Education
For The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus
berasaskan empat tonggak, iaitu: ‘Learning to know’ (belajar untuk tahu); ‘Learning
to do’ (belajar untuk buat); ‘Learning to live together’ (belajar untuk hidup
bersama) dan ‘Learning to be’ (belajar untuk menjadi). Pada peringkat asas,
pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang kanak-kanak pendedahan kepada
pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara mendalam dalam bidang-
bidang tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu seseorang membina satu spektrum ilmu
yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan lebih jitu.
        Ilmu di sini juga merangkumi cara belajar sesuatu kemahiran yang begitu diperlukan
untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak dari
pelbagai sumber. Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untuk melakukan
tugasan berasaskan ilmu itu. ‘Belajar untuk buat’ bukan dihadkan kepada kemahiran operasi
atau mekanikal sahaja tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi seperti kebolehan untuk
menangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja berpasukan, menyesuaikan diri dalam
pelbagai konteks sosial dan kerja.


                                             10
Kita semua perlu kerap mengingatkan diri kita sendiri bahawa, tidak kira betapapun
perbezaan kita dari segi bangsa, agama, status sosial, ekonomi, politik atau aspek-aspek
yang lain, kita hidup di atas planet yang sama. Lambat laun, suka atau tidak suka, secara
langsung atau tidak langsung, masalah orang lain akan menjadi masalah kita juga. Berjaya
atau tidak sistem pendidikan untuk melatih ‘belajar untuk hidup bersama’ jelas dilihat dari
hal-ehwal semasa yang berlaku di sekitar kita. Satu sistem pendidikan, dari penggubalan
dasar, pembentukan struktur pentadbiran, perjawatanan, sehingga ke pelaksanaan di
peringkat sekolah, dengan sendirinya menjadi satu model (sama ada baik atau tidak)
kepada pendidikan yang berunsurkan ‘belajar untuk hidup bersama’. Usaha membawa
pendidikan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi dapat diperhatikan dari aspek pemupukan
saling kesefahaman antara satu sama lain, apresiasi kepada keperluan saling bergantung
(interdependence), pengurusan konfik dengan semangat saling menghormati nilai-nilai
pluralistik dan saling kesefahaman yang mementingkan keharmonian.
       Di peringkat sekolah, pemupukan nilai dan kemahiran tersebut perlu digiatkan
melalui pendekatan yang lebih holistik. Dalam konteks ini, guru-guru, ibu bapa dan
masyarakat secara umumya, ada peranan untuk membimbing mereka yang terperangkap di
dalam konflik kefahaman antara apa yang dipelajari dengan realiti. Mereka perlu diberi
keyakinan bahawa konflik itu lebih merupakan persepsi yang diakibatkan oleh prejudis dan
akan menjadi berkurangan apabila mereka membesar dan memperoleh lebih banyak ilmu.
Keyakinan positif ini harus diberi, tidak kira tahap keyakinan diri kita, demi untuk mencipta
satu masa depan yang lebih cerah apabila kita semua benar-benar dapat hidup bersama.
       Selanjutnya, ‘belajar untuk menjadi’ menuntut satu usaha pendidikan yang gigih ke
arah membangunkan modal insan yang mempunyai keperibadian yang halus, boleh
bertindak dengan lebih autonomi, berkebolehan membuat penilaian atau pertimbangan yang
lebih adil, rasional dan jitu, mempunyai tanggungjawab kendiri yang lebih tinggi dan
membolehkan potensi individu seseorang itu berkembang dengan optimum. Sekali lagi,
perkara ini merupakan satu usaha padu yang mencabar, yang memerlukan koordinasi
semua pihak dan semua peringkat yang koheren dan realistik.
       Kualiti pemimpin dan guru menjadi penentu kejayaan yang penting. Juga, semua
sekolah mempunyai unsur-unsur yang berlainan yang kadang-kadang menyebabkan kaedah
acuan ala kilang tidak terlaksana. Tahap ‘autonomi’ yang berpatutan diberi kepada sekolah
akan mempengaruhi usaha untuk menyemaikan budaya pemikiran kreatif, kritis dan inovatif
dalam kalangan murid melalui program mengikut acuan tersendiri. Saling kesefahaman
tentang hakikat ini dan pengupayaan yang dibenarkan di sekolah akan memudahkan poses
‘belajar untuk menjadi’. Perkara ini perlu ditegaskan kerana kejayaan ‘belajar untuk menjadi’

                                             11
amat dipengaruhi oleh suasana yang kondusif yang memberi ruang dan peluang untuk
perkembangan individulistik dan tanpa melalui ‘centralised mass command’’ yang terlalu
kerap.
         Akhir sekali, yang paling mencabar ialah bagaimana merealisasikan segala yang
dinyatakan di atas supaya ilmu pengetahuan diterjemahkan kepada amalan, amalan
dijadikan budaya, budaya membawa kejayaan, seruan menjadi realiti. Apa yang kurang
daripada itu ialah retorik sahaja.


II) Kemahiran Abad Ke-21

         Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta
sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah
Pendidikan    Negara    itu   sendiri   iaitu   suatu   usaha   yang   berterusan   ke   arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat bahawa yang dimaksudkan dengan
kemahiran abad ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam baik-baik
falsafah pendidikan itu sendiri. Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang
meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis),
kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya

         Bagi mencapai hasrat kerajaan untuk membangunkan generasi yang mempunyai
kemahiran abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam menguasai
pelbagai bidang. Hal ini kerana seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu
bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana
guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan
guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja.

         Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’
mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer)
dengan Pendidikan Islam (Pendekatan Bersepadu). Bagi memastikan seseorang pendidik
(guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan
pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan
menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

         Seterusnya pula ialah mengikuti perkembangan tentang dasar dan Isu pendidikan
semasa. Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan

                                                12
yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan
pendidikan yang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah
berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus
membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran. Dengan
pengetahuan ini, seseorang guru yang efektif akan sentiasa menerima perubahan bagi
membentuk cara pengajaran yang baru seiring peredaran masa.

       Kemahiran dalam pedadogi atau pengajaran dan pembelajaran juga ditekankan
dalam membentuk kemahiran abad ke 21. Hal ini merupakan kekuatan profesion perguruan
dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran abad-21. Hasrat ini juga
bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi.
Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan
‘lapuk’ tradisional di mana sistem pengajaran dan pembelajaran terlalu bergantung kepada
guru sahaja atau teachers-centred.

       Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21 ini, seseorang
guru itu ‘wajib’ mencuba untuk mangadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam
pengajaran dan pembelajaran contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana
pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan
memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar. Sebagai guru
yang baru guru harus mencuba pelbagai kaedah seperti pengunaan Blog, Wikipedia, Google,
Facebook, Twitter dan sebagainya untuk pengajaran yang lebih moden lagi.

       Kemahiran seterusnya pula ialah guru harus mahir dalam menggunakan teknologi
terkini. Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk
melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada
penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan
teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan
pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan pelbagai urusan seharian. Dalam pendidikan,
guru boleh mengunakan komputer dalam pengajaran dengan mengunaakan Power Point
dalam kelas. Pengunaan Power Point ini boleh direka dengan penuh kreatif bagi menarik
minat pelajar. Guru yang mahir juga boleh mengunakan gambar yang banyak dan gabungan
warna yang mernarik untuk memastikan kehadiran 100% pelajar dalam kelas nanti.




                                           13
Guru juga boleh cuba menerapkan nilai-nilai murni atau akhlak di dalam kelas. Nilai-
nilai murni atau beretika merupakan satu elemen ini sangat penting dalam usaha
pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian
sesebuah negara. Di samping pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus
menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungannya sesama
rakan di sekolah. Dalam mengejar pemodenan system pendidikan, hubungan sesama insan
atau nilai-nilai murni tidak boleh dipisahkan bagi menbentuk satu genarasi yang cukup
seimbang. Hal ini penting kerana hubungan sosial sangat diperlukan kerana kebanyakan
pelajar abad ke 21 tidak mahir dalam hubungan sosial. Jadi guru harus memikirkan pelbagai
cara dalam meningkatkan hubungan sosial ini supaya pelajar di negara kita mampu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani dalam meniti arus pembangunan yang semakin maju.

III) Guru Abad ke -21


1.0 Pengenalan
       Profesion guru pada zaman kini mempunyai beban tugas yang begitu mencabar.
Menurut Arend(2001) telah menyatakan bahawa guru-guru pada era teknologi maklumat
mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam proses pengajaran dan berperanan
untuk membentuk yang akan diterima oleh pelajar.
       Guru yang baik akan mampu mengalas tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
Sebaliknya, guru yang tidak bertanggungjawab akan mengabaikan amanah yang diberikan
dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Guru-guru dalam abad ke-21 perlu memiliki kekuatan minda, ketangkasan daya
cipta, kemantapan idealisma dan kekuatan diri. Profesioanlisma dan disiplin kendiri yang
positif akan menjadi paksi utama kepada budaya kecemerlangan kerjaya seorang guru
(Mohd Najib:1999).


2.0 Ciri-ciri guru Abad ke - 21


       1.     Mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi(TMK).


       Ø       Bersikap terbuka dengan melihat teknologi sebagai perkara yang positif dan
               melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi menjurus kepada
               penguasaan dan penggunaan teknologi dalam pelbagai bidang.


                                            14
2.   Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi ( Pengajaran & Pembelajaran)


Ø    Pengetahuan guru dalam menterjemahkan pengetahuan isi kandungan
     secara pedagogikal yang berkesan dengan memahami konteks persekitaran
     bilik darjah berdasarkan pengetahuan guru dalam pengetahuan isi
     kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan ciri terhadap
     pelajar, dan kepercayaan terhadap pendekatan P&P yang digunakan.


Ø    Cara penyampaian secara berkesan terhadap sesuatu idea, analogi kukuh,
     illustrasi menarik, contoh tepat dan munasabah, penerangan jelas, dan
     bermakna amat penting agar isi pelajaran dapat difahami pelajar dengan
     mudah.


Ø    Pengetahuan pedagogi bukan berdasarkan kepada pengalaman ataupun
     pengetahuan yang terlalu bergantung dengan guru (teacher-centred).
     Sebaliknya, guru perlu bijak untuk mengadaptasikan pedagogi berbantukan
     komputer untuk memberi kesan positif terhadap perkembangan dan
     pencapaian pelajar.


3.   Mengikuti perkembangan Dasar dan Isu pendidikan.


Ø    Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti
     perkembangan yang     berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta
     isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada
     profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran.


Ø    Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu
     diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus
     membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran.


Ø     Guru juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian lepas
     dan terkini   bagi mengemaskini pengetahuan dan kemahiran P&P guru.
     Guru boleh mengaplikasikan teknologi maklumat(ICT) semasa P&P melalui



                                  15
Program SLE ( Smart Learning Environment) yang bertujuan untuk
               meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT.
       4.     Menguasai pelbagai bidang.


       Ø       Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi
               menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku.
               Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih
               baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang
               sahaja.


       Ø       Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai
               bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan
               supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri
               sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.


       5.     Menerapkan Nilai-nilai Murni (Akhlak)


       Ø       Di samping pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus
               menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungan
               sesama masyarakat. Guru harus mempunyai sifat dan kualiti peribadi,
               profesional dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas
               sebagai pendidik dengan sempurna. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh
               guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar.


3.0    Ciri-ciri Guru berkualiti:


       Bertindak Menyebar ilmu.
       Bertindak sebagai Pembentukan nilai ‘ Role Model’.
       Bertindak sebagai pengamal budaya ilmu.
       Mengamalkan kemahiran professional.
       Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan.
       Mengamalkan pengajaran efektif.
IV) Pelajar Abad Ke 21




                                             16
Sebagai seorang penjaga, pendidik atau pekerja pada era ini, kebanyakan dari kita memang
tidak dapat lari daripada ungkapan-ungkapan berhubung kepentingan kemahiran abad ke-
21. Secara ringkasnya, pendidikan atau pembelajaran abad ke-21 berkitar pada pendapat
bahawa persekolahan selama 150 lalu ialah ciptaan abad ke-19. Persekolahan kita harus
diubah seiring dengan permintaan ekonomi terkini. Sekolah kemahiran dan pembelajaran
yang direka untuk menyediakan pelajar untuk bekerja dan hidup dalam ekonomi
perindustrian perlu pemikiran baharu.



       Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak
dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini merujuk
pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi
terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Penekanan perubahan
pendidikan yang dimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke-21 dengan peranan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT).

       Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan
terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira,
literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam
membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian
yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga
kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.
Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan P&P yang
boleh memupuk kemahiran tersebut. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan
Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan
maklumat daripada pelbagai sumber.

       Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi
interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan
guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel,
Facebook atau Blog. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti
kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima
bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity
(penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian
seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan
YouTube.

                                            17
Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan
perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah
atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah
memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program
pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara
asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21.

             Seharusnya pelajar generasi ke-21 telah menjadi lebih profesional dan amat
memahami tugasan mereka sebagai pelajar. Sementara kaedah pembelajaran tidak lagi
tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti mampu
mencari          maklumat     daripada    pelbagai        sumber.      Sesetengah     sekolah     mampu
melaksanakannya tetapi terdapat sesetengah sekolah masih bergelut dengan soal asas
pembelajaran, iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih
pada peringkat yang mendukacitakan. Soalnya bagaimana isu sebegini masih wujud
sedangkan pengisian kemerdekaan telah berlaku selama 53 tahun. Adakah isu kaedah
pengajaran guru atau isu kesediaan murid untuk belajar hanya bergantung semata-mata
kepada persekitaran.


C. PENGENALAN WEB


              Era web 1.0 bermula dari 1990 hingga 2001 adalah generasi pertama web yang
    berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang bersifat satu arah. Segala content
    atau isinya berada ditangan administrator, jadi pengunjung hanya dapat melihat isi dari
    laman tersebut tanpa dapat memberi komen atau pandangan. Dikenali juga sebagai
    DotCom Bubble Burst atau Dotcom Crash juga DotCom Doom. Pada tahun 1998, Google
    berdiri dan internet menjadi semakin mudah untuk digunakan. Waktu itu potensi laman
    web dengan format portal dengan berita dan kedai-kedai online seperti amazon.com dilihat
    sangat besar oleh pelabur-pelabur. Web 1.0 adalah merupakan teknologi web yang
    pertama kali digunakan dalam aplikasi world wide web, atau ada yang menyebut web 1.0.
    sebagai www itu sendiri yang banyak digunakan dalam situasi web yang bersifat personal.
    1
        Beberapa ciri atau karakteristik web 1.0. adalah:


                1. Merupakan      halaman    web     yang     statis   atau   hanya   berfungsi    untuk
                    menampilkan.

1
    http://jr-hiezkia.blogspot.com/2011/08/perkembangan-teknologi-web-10-web-20.html



                                                     18
2. Halaman masih di desgin sebagai html murni, yang ‘hanya’ memungkinkan
              orang untuk melihat tanpa ada interaksi.
           3. Biasanya hanya menyediakan semacam buku tamu online tapi tidak ada
              interaksi yang intense.
           4. Masih menggunakan form-form yang dikirim melalui e-mail, sehingga
              komunikasi biasanya baru satu arah.


        Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0 tidak dapat dikenal pasti dengan jelas
memandangkan ianya tidak mempunyai satu pembeza atau faktor yang teguh antara
satu sama yang lain. Ianya tidak seperti yang dapat kita lihat pada perbezaan versi atau
siri satu-satu perisian. Secara realitinya, web 2.0 merupakan satu ungkapan yang
menerangkan perubahan penggunaan laman web, cara dan corak interaksi pengguna
dengan laman sejak bermulanya sejarah internet.


        Web 2.0 bukan merupakan perkara baru dalam dunia internet khasnya pada era
globalisasi kini. Hal ini adalah ekoran daripada kepantasan anjakan paradigma dan
transformasi dunia global. Sebelum ini, masyarakat hanya menggunakan web untuk
mendapatkan maklumat semata-mata. Tetapi, dengan kewujudan web 2.0, komunikasi
manusia dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan,
pantas dan mudah. Masyarakat bukan sahaja dapat melayari web malah dapat
mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja
tanpa batasan masa, ruang dan lokasi. Dunia kini menjadi semakin sempit kerana
komunikasi boleh berlaku di mana-mana sahaja, bila-bila masa dan dengan sesiapa pun
tanpa sebarang halangan. Rentetan itu perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit dan
negara bukan lagi menjadi ukuran dalam menjalinkan perhubungan meskipun hanya secara
maya.


        Menurut Tim Berners Lee iaitu seorang pencipta web, web 2.0 merupakan pengganti
atau satu inovasi kepada web 1.0. Hal ini adalah kerana ia merupakan satu jaringan
piawaian yang dihasilkan daripada web 1.0. Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0 adalah
dari segi kepenggunaan, fungsi dan pemilikan pengguna. Hal ini bermaksud web 2.0
merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh
menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web
2.0. Hal ini secara langsung menjadikan pengguna bukan sahaja sebagai pengunjung malah
turut menjadi pemilik kepada web 2.0 tersebut. Di samping itu, web 2.0 juga bersifat mesra
pengguna kerana ia memudahkan sesiapa sahaja menggunakannya ekoran ia mengandungi

                                            19
ciri-ciri ‘apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat’ (WYSIWYG – What You See Is
What You Get). 2

          Sebenarnya nama web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau
merupakan naib presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc.
Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna
termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat
yang pelbagai dengan sesiapa sahaja. Selain itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan
pelbagai     jenis perisian   sosial,   berinteraksi dengan    aplikasi berasaskan   web   dan
menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana (generating), menggunakan
semula kandungan dan sebagainya.


          Secara amnya, web 2.0 mengandungi beberapa aplikasi web yang mempunyai ciri-
ciri tertentu serta dapat dijalankan secara terus melalui pelayar web tanpa perlu memasang
(install) sebarang perisian. Antaranya ialah Podcast, Blog, Wiki serta rangkaian sosial seperti
Friendster, Myspace, Facebook, Twitter dan sebagainya. Misalnya Friendster, ia merupakan
suatu komuniti maya yang membolehkan pengguna mencari rakan baru, berkomunikasi
dengan rakan sedia ada, berkongsi sebarang maklumat, menganjurkan aktiviti dan
berhubung semula dengan rakan lama. Laman komuniti yang beribu pejabat di Mountain
View, California ini bukan sahaja mempunyai 4.2 juta pengguna berdaftar di Malaysia malah
pernah memenangi beberapa anugerah termasuk Time Magazine's 50 Coolest Websites
2004 dan Coolest Inventions 2003.

          Web semantik atau web 3.0 merupakan next generation web (web generasi akan
datang) yang mempunyai pautan dengan laman web www. "Biasanya laman web
menggunakan HTML manakala web semantik pula RDF atau OWL dan memerlukan satu
proses terjemahan untuk mengubah HTML kepada RDF atau OWL," katanya. Teknik
menterjemah HTML ke RDF atau OWL boleh dilakukan sama ada secara manual, semi auto
atau automatik. Bagaimanapun, semantik web tidak akan menggantikan laman web www
kerana ia menggunakan pautan web www. Dr. Dickson menambah, teknologi semantik
boleh digunakan dalam pelbagai bidang termasuk pertanian, kesihatan, pendidikan dan
pengumpulan data. Manakala dalam pendidikan pula, web semantik boleh digunakan
sebagai landasan e-learning versi 3.4 berbanding versi 2.0 sekarang. Jika dibandingkan versi


2
    http://hairilhazlan.com/2009/apa-itu-web-1-0-2-0-dan-web-3-0/



                                                 20
1.0 hanya memberikan maklumat, versi 2.0 pula bukan saja memberikan maklumat tetapi
                                                                   3
juga berinteraksi seperti laman web YouTube, Myspace dan Flickr.


         Versi 3.0 pula merupakan aplikasi teknologi semantik dalam dunia web yang
melibatkan pencarian pintar dan aplikasi vertikal. Versi 3.0 merupakan teknologi semantik
yang telah dibangunkan tahun lalu sebagai persediaan bagi ujian pada suku ke tiga tahun
ini. Web 3.0 juga dikenali sebagai "web Semantik". Ia termasuk beberapa teknologi untuk
mengatur dan menstrukturkan data. Anda boleh mencari di internet untuk membuat ia boleh
didapati dan boleh digunakan oleh program-program dan terima kasih perisian kepada
sistem metadata. Tujuannya adalah untuk membuat web dibaca oleh mesin dan bukan
sahaja oleh manusia. Ia bermula dengan Rangka Kerja Perihal Sumber (RDF) yang
memberikan spesifikasi seperti model data metadata. Ia juga merupakan Bahasa Web
Ontologi (OWL) dan catatan seperti RDF Skema (RDFS) serta SVG (Grafik Vektor Diskala)
adalah antara web 2.0 dan web 3.0. Banyak laman web yang sudah menggunakan teknologi
ini untuk memaparkan kandungan animasi. Animasi Flash sudah mengambil kesempatan
daripada teknologi ini untuk menyampaikan kandungan animasi maju tanpa berat "fail filem"
yang biasa. Platform e-learning yang diaplikasi daripada web semantik akan mengambil kira
sifat dan ciri-ciri seorang pelajar.


         Pelajaran yang diajar secara e-learning ini berasaskan kognitif profil seseorang
pelajar sama ada pintar, pertengahan atau lembap. Semua profil pelajar akan disimpan dan
dianalisis sebelum disesuaikan dan diaplikasikan kepada pelajar seperti animasi, arahan
serta pelbagai konsep. "Konsep pembelajaran ini ibarat membekalkan setiap pelajar seorang
guru yang boleh membimbing mereka," katanya yang membanding dengan sistem
pembelajaran sekarang, sebagai satu kurikulum untuk semua pelajar. Dalam peperiksaan
pula pelajar akan dibahagikan mengikut peringkat dan soalan yang diberikan.4




3


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0611&pub=utusan_malaysia&sec=
Sains_%26_Teknologi&pg=st_01.htm&arc=hive#ixzz2DcWb2yZB
© Utusan Melayu (M) Bhd




4
    http://www.finextra.com/community/fullblog.aspx?blogid=3003



                                            21
Web 4.0 dikenali sebagai "Web simbiotik". Idea menjadi web simbiotik adalah
bahawa sekali metadata adalah dianjurkan (web 3.0), manusia dan mesin boleh berinteraksi
dalam simbiosis. Maksudnya bahawa kita akan dapat membina lebih kuat antara muka
seperti antara muka minda dikawal bagi contoh. Tetapi mari kita jelas, web 4.0 adalah
masih idea bawah tanah dalam kemajuan. Web 4.0 tidak ada definisi lagi. Orang juga
bercakap tentang kecerdasan web OS, ambien, kecerdasan buatan. Tidakpun disebut pada
konsortium web dunia yang luas, kita mungkin perlu menunggu beberapa tahun sekurang-
kurangnya sebelum melihat mana-mana web 3.0 dan lebih lama untuk melihat web 4.0.




                                          22

More Related Content

What's hot

Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)khai naem
 
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan PembelajaranTeknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan PembelajaranAlif Akram
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Noorezayu Mohd Said
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanKmk Ktk
 
Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Fina Finaie
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomMokhzani Fadir
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guruhibatullah92
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganIrma Gurlz
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 

What's hot (20)

Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
 
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan PembelajaranTeknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakan
 
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran AutentikPentaksiran Autentik
Pentaksiran Autentik
 
Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 

Similar to Full asiment abad ke 21

Teori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifTeori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifCikgu Zatiah
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorismeAHMAD TAHA
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaranYanbin Lim
 
TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIF
TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIFTEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIF
TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIFkhairunnisa mulyana
 
Copy of Social Studies Subject for Elementary - 3rd Grade_ Geography by Slide...
Copy of Social Studies Subject for Elementary - 3rd Grade_ Geography by Slide...Copy of Social Studies Subject for Elementary - 3rd Grade_ Geography by Slide...
Copy of Social Studies Subject for Elementary - 3rd Grade_ Geography by Slide...FMIPAFaiqotunNiswahA
 
Learning theory kognitif
Learning theory kognitifLearning theory kognitif
Learning theory kognitifJeny Hardiah
 
Ppt kelompok 8 moh. kemal yachya,daud hamzah, dan gugun sudarman
Ppt kelompok 8 moh. kemal yachya,daud hamzah, dan gugun sudarmanPpt kelompok 8 moh. kemal yachya,daud hamzah, dan gugun sudarman
Ppt kelompok 8 moh. kemal yachya,daud hamzah, dan gugun sudarmanPoySaefullahZevender1
 
Psikologi Pembelajaran dan Pengajaran
Psikologi Pembelajaran dan PengajaranPsikologi Pembelajaran dan Pengajaran
Psikologi Pembelajaran dan PengajaranFMx Cafe
 
Teori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifTeori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifPriyaRav
 
TOPIK 1 - kognitif.pptx
TOPIK 1 - kognitif.pptxTOPIK 1 - kognitif.pptx
TOPIK 1 - kognitif.pptxnarul456
 
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016yulianusmendrofa
 

Similar to Full asiment abad ke 21 (20)

36039471 perbezaan-teori
36039471 perbezaan-teori36039471 perbezaan-teori
36039471 perbezaan-teori
 
Teori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifTeori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitif
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorisme
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIF
TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIFTEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIF
TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK, HUMANISTIK DAN KOGNITIF
 
Tekno pdf
Tekno pdfTekno pdf
Tekno pdf
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Copy of Social Studies Subject for Elementary - 3rd Grade_ Geography by Slide...
Copy of Social Studies Subject for Elementary - 3rd Grade_ Geography by Slide...Copy of Social Studies Subject for Elementary - 3rd Grade_ Geography by Slide...
Copy of Social Studies Subject for Elementary - 3rd Grade_ Geography by Slide...
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Learning theory kognitif
Learning theory kognitifLearning theory kognitif
Learning theory kognitif
 
Ppt kelompok 8 moh. kemal yachya,daud hamzah, dan gugun sudarman
Ppt kelompok 8 moh. kemal yachya,daud hamzah, dan gugun sudarmanPpt kelompok 8 moh. kemal yachya,daud hamzah, dan gugun sudarman
Ppt kelompok 8 moh. kemal yachya,daud hamzah, dan gugun sudarman
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Psikologi Pembelajaran dan Pengajaran
Psikologi Pembelajaran dan PengajaranPsikologi Pembelajaran dan Pengajaran
Psikologi Pembelajaran dan Pengajaran
 
Teori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitifTeori pembelajaran kognitif
Teori pembelajaran kognitif
 
TOPIK 1 - kognitif.pptx
TOPIK 1 - kognitif.pptxTOPIK 1 - kognitif.pptx
TOPIK 1 - kognitif.pptx
 
Pendekatan Kognitif Sosial Untuk Pembelajaran
Pendekatan Kognitif Sosial Untuk PembelajaranPendekatan Kognitif Sosial Untuk Pembelajaran
Pendekatan Kognitif Sosial Untuk Pembelajaran
 
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
Materi pendalaman pedagogik plpg 2016
 
Teori belajar
Teori belajarTeori belajar
Teori belajar
 
Behavouris (1)
Behavouris (1)Behavouris (1)
Behavouris (1)
 

More from Mohd Kasman

Sila respon untuk isu ini pula
Sila respon untuk isu ini pulaSila respon untuk isu ini pula
Sila respon untuk isu ini pulaMohd Kasman
 
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja yaJawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja yaMohd Kasman
 
Bagaimana mengguna video dalam kelas
Bagaimana mengguna video dalam kelasBagaimana mengguna video dalam kelas
Bagaimana mengguna video dalam kelasMohd Kasman
 
Apakah definisi teori multi modality
Apakah definisi teori multi modalityApakah definisi teori multi modality
Apakah definisi teori multi modalityMohd Kasman
 
Sila refleks tentang proses dan ciri
Sila refleks tentang proses dan ciriSila refleks tentang proses dan ciri
Sila refleks tentang proses dan ciriMohd Kasman
 
Sejarah tingkatan 1
Sejarah tingkatan 1Sejarah tingkatan 1
Sejarah tingkatan 1Mohd Kasman
 
Tayangan Slide : Tips kesihatan ketika musim banjir
Tayangan Slide : Tips kesihatan ketika musim banjirTayangan Slide : Tips kesihatan ketika musim banjir
Tayangan Slide : Tips kesihatan ketika musim banjirMohd Kasman
 
Jawapan soalan-soalan EDMODO
Jawapan soalan-soalan EDMODOJawapan soalan-soalan EDMODO
Jawapan soalan-soalan EDMODOMohd Kasman
 
Perkembangan negara luar memberi inspirasi perjuangan
Perkembangan negara luar memberi inspirasi perjuanganPerkembangan negara luar memberi inspirasi perjuangan
Perkembangan negara luar memberi inspirasi perjuanganMohd Kasman
 
Assgment individu tekno evonne
Assgment individu tekno evonneAssgment individu tekno evonne
Assgment individu tekno evonneMohd Kasman
 
What is blogging
What is bloggingWhat is blogging
What is bloggingMohd Kasman
 

More from Mohd Kasman (17)

Sila respon untuk isu ini pula
Sila respon untuk isu ini pulaSila respon untuk isu ini pula
Sila respon untuk isu ini pula
 
Modal rm1 juta
Modal rm1 jutaModal rm1 juta
Modal rm1 juta
 
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja yaJawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya
Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya
 
Bagaimana mengguna video dalam kelas
Bagaimana mengguna video dalam kelasBagaimana mengguna video dalam kelas
Bagaimana mengguna video dalam kelas
 
Apakah definisi teori multi modality
Apakah definisi teori multi modalityApakah definisi teori multi modality
Apakah definisi teori multi modality
 
Sila refleks tentang proses dan ciri
Sila refleks tentang proses dan ciriSila refleks tentang proses dan ciri
Sila refleks tentang proses dan ciri
 
Sejarah tingkatan 1
Sejarah tingkatan 1Sejarah tingkatan 1
Sejarah tingkatan 1
 
Infografik
InfografikInfografik
Infografik
 
Kenali sarawak
Kenali sarawakKenali sarawak
Kenali sarawak
 
Infografik
InfografikInfografik
Infografik
 
Tayangan Slide : Tips kesihatan ketika musim banjir
Tayangan Slide : Tips kesihatan ketika musim banjirTayangan Slide : Tips kesihatan ketika musim banjir
Tayangan Slide : Tips kesihatan ketika musim banjir
 
Jawapan soalan-soalan EDMODO
Jawapan soalan-soalan EDMODOJawapan soalan-soalan EDMODO
Jawapan soalan-soalan EDMODO
 
Perkembangan negara luar memberi inspirasi perjuangan
Perkembangan negara luar memberi inspirasi perjuanganPerkembangan negara luar memberi inspirasi perjuangan
Perkembangan negara luar memberi inspirasi perjuangan
 
Assgment individu tekno evonne
Assgment individu tekno evonneAssgment individu tekno evonne
Assgment individu tekno evonne
 
Slide blog
Slide blogSlide blog
Slide blog
 
What is blogging
What is bloggingWhat is blogging
What is blogging
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 

Full asiment abad ke 21

  • 1. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN ABAD KE -21 Pelajar 12/2/2012 Tugasan Kumpulan
  • 2. A. TEORI PEMBELAJARAN I) SECARA UMUM Teori pembelajaran secara umum dapat dibahagikan kepada lima iaitu: A. Teori Behavioris Teori Behavioris menganggap pembelajaran sebagai satu perubahan tingkah laku yang kekal. Ia juga melihat perhubungan antara tindakan belajar dengan rangsangan yang memperkukuhkannya. Teori ini terdiri daripada Teori Pelaziman Watson, Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman Thorndike dan Teori Pelaziman Skinner. a) Teori Pelaziman Watson Tingkah laku adalah suatu gerak balas terlazim terhadap rangsangan dan persekitaran. Watson juga mengatakan bahawa tujuan psikologi yang utama ialah untuk meramal dan mengawal tingkah laku manusia. b) Teori Pelaziman Klasik Pavlov Prinsip-prinsip asas dalam teori ini ialah: Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran. c) Teori Pelaziman Thorndike Teori ini berasaskan prinsip-prinsip berikut: Terdapat kaitan yang rapat antara rangsangan dan tindak balas. Ganjaran/peneguhan positif mendorong manusia melakukan sesuatu gerak balas/tindak balas. Denda/peneguhan negatif menghalang manusia dari melakukan gerak balas/tindak balas. Organisma bertindak dalam persekitaran untuk menghasilkan sesuatu yang positif kerana mendapat peneguhan positif. d) Teori Pelaziman Skinner Teori ini berdasarkan prinsip-prinsip berikut: Individu bertindak balas terhadap persekitaran dan boleh mengubah persekitarannya. Unsur motivasi dipentingkan. 2
  • 3. Jika sesuatu tingkah laku diingini, ia hendaklah diberi peneguhan, maka tingkah laku yang dikehendaki itu diperkukuhkan. B. Teori Kognitif Teori kognitif menyatakan bahawa tingkah laku seseorang ditentukan oleh persepsi serta pemahamannya tentang sesuatu situasi yang berkaitan dengan dirinya. Belajar merupakan perubahan persepsi dan pemahaman yang tidak selalu dapat dilihat sebagai tingkah laku yang nampak. Tokoh yang terkenal adalah Piaget dan Bruner. Menurut Piaget, perkembangan kognitif seseorang adalah satu proses yang bersifat genetik. Oleh sebab itu, semakin meningkatnya umur seseorang itu semakin komplekslah susunan sel-sel saraf dan juga semakin meningkatlah kemampuannya dalam bidang intelek. Manakala menurut Bruner pula, teori ini mementingkan pemikiran secara logical dan pemikiran analisis dan intuitif. Bruner mementingkan aspek-aspek berikut dalam teori penemuannya: Satu suasana pembelajaran yang kondusif. Mengajar sesuatu konsep dalam struktur dan bentuk pengetahuan yang sistematik. C. Teori Sosialis Teori ini berasaskan peneguhan behavioris dengan psikologi kognitif dalam pembelajaran sistematik. Teori ini menekankan pembelajaran melalui proses pemodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. D. Teori Humanistik Teori ini menekankan keunikan dan individualiti seorang murid. Setiap individu adalah unik dan mempunyai emosi, cita-cita peribadi serta perhubungan yang khusus dengan orang lain. Ia memfokus kepada kehendak afektif dan perbezaan individu dalam pembelajaran. E. Teori Konstruktivis Teori ini memfokuskan kepada aspek pembinaan ilmu dan cara-cara pengajaran oleh guru yang menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Ia banyak menekankan pengaplikasian kemahiran berfikir dan aktiviti penyelesaian masalah. Teori ini berdasarkan proses di mana murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid membina makna tentang dunia dengan melakukan sintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. 3
  • 4. II) JENIS-JENIS PEMBELAJARAN a) Teori Konstruktivisme Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Teori pembelajaran ini memfokus kepada aspek pembinaan ilmu dan cara-cara pengajaran guru yang menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Teori ini banyak menekankan pengaplikasian kemahiran berfikir dan aktiviti- aktiviti penyelesaian masalah. Teori ini berdasarkan proses-proses di mana murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri mengenai hampir setiap perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki dan diberitahu oleh guru mereka. Pendekatan konstruktivisme telah dipratikkan sekiranya:  Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.  Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.  Pelajaran berpusatkan murid.  Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on'.  Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.  Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut.  Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.  Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.  Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai.  Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori.  Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid mencari jawapan.  Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid.  Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru.  Murid bekerja dalam kumpulan. 4
  • 5. Menurut Piaget, keupayaan menguruskan maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat. Ia bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif. Struktur asas ini dinamakan sebagai skema. Pengetahuan dibina apabila maklumat diserap masuk dan disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Dua proses adaptasi adalah: 1) Proses Asimilasi Asimilasi ialah maklumat baharu yang mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat sedia ada (skema). Ia akan diserap dengan mudah dalam struktur kognitif dan menghasilkan keseimbangan. 2) Proses Akomodasi Akomodasi ialah maklumat baharu yang tidak mempunyai persamaan dengan maklumat sedia ada dan akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam struktur kognitif. Maklumat baru akan diserap masuk melalui pembacaan dan perbincangan sekaligus akan mencapai keseimbangan. Proses asimilasi dan akomodasi akan berlaku sepanjang hidup. Proses adaptasi akan semakin kompleks, skema juga akan menjadi kompleks. Skema yang semakin kompleks ini akan membentuk struktur kognitif. Melalui proses adaptasi juga, maklumat dalam struktur kognitif sentiasa diorganisasi untuk disimpan dan digunakan apabila perlu. Elizabeth Murphy (197) merumus dan mencantumkan ciri-ciri p&p konstruktivisme berasaskan pendapat Jonassen (1991 & 1994), Wilson & Cole (1991), Paul Ernest (1995), Honebein (1996), dan Vygotsky (1978) untuk menghasilkan senarai berikut:  Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih, tutor dan pemudah cara.  Pelajar memainkan peranan utama dalam mengantara dan mengawal pembelajaran.  Kesilapan pelajar merupakan peluang untuk memahami pembinaan pengetahuannya yang lalu.  Penerokaan adalah pendekatan pilihan untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan secara berdikari dan mengurus pencapaian matlamatnya.  Pelajar diberi peluang untuk pembelajaran bersifat latihan perantisan; di mana tugasan, kemahiran dan pengetahaun bertambah kompleks. 5
  • 6. b) Teori Kognitif 1.0. TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF-JEAN PIAGET Paiget telah membuat penyelidikan tentang perkembangan bayi dan kanak-kanak belajar sendiri melalui interaksi dengan persekitarannya. Beliau merumuskan semua pengetahuan kanak-kanak berasal daripada aksi dengan persekitaran dan dengan memberi interpretasi tentang aksi tersebut. Berasaskan permerhatian beliau, beliau telah mengemukakan teori perkembangan kognitif kanak-kanak. Banyak kajian yang telah dijalankan oleh Piaget tentang bagaimana individu memproses maklumat dan mengemukakan pendapat tentang perkembangan kognitif manusia dan bentuk tahap demi tahap. Paiget telah menggunakan metadologi kajian klinikal dalam mengkaji proses kognitif anak-anak iaitu melibatkan pemerhatian intensif pada mereka pada setiap hari semenjak lahir sehingga peringkat remaja. 2.0. KONSEP ASAS PIAGET Piaget(1960) berpendapat semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan secara positif untuk berinteraksi dan mentafsir persekitarannya. Ketika umur bayi, mereka akan mengenali sesuatu objek melalui skema. Skema ialah satu struktur kognitif dan ia terkumpul lebih dari satu akan membentuk schemata. Manakala, skemata boleh berubah melalui proses iaitu organisasi. Organisasi dapat didefinisikan individu mencantumkan skema mata yang sedia ada untuk membentuk schemata yang baru. Adaptasi pula ialah perubahan semata-mata semasa menemui objek, maklumat dan pengalaman baru melalui asimilasi dan akodomasi. Skema Pemikiran Mental Kanak-Kanak Asimilasi Seseorang mengintegrasikan sesuatu persepsi atau stimulasi ke dalam tingkah laku. Asimilasi tidak menghasilkan perubahan skemata tetapi ianya mempengaruhi terhadap pertumbuhan skemata. Akomodasi Penciptaan skemata baru Asimilasi dan akomodasi saling memerlukan di antara satu sama lain untuk membolehkan seseorang individu menyesuaikan dirinya dengan baik. Proses ini perlu bagi pertumbuhan dan perkembangan kognitif. 6
  • 7. Tahap Perkembangan 1. Deria motor (0-2 tahun) 2. Pra-operasi (2-7 tahun) 3. Operasi konkrit (7-12 tahun) 4. Operasi formal (12 tahun ke atas) Deria Motor Tahap perkembangan awal kognitif kanak-kanak. Pada peringkat ini, mereka mula mengenal keadaan sekeliling dengan menggunakan deria dan gerak balasnya. Mereka tidak boleh berfikir tetapi boleh mengetahui benda yang wujud di persekitarannya. Pra-operasi Mereka mula mampu menggunkan bahasa yang mudah dan simbol untuk menggambarkan sesuatu. Pada tahap ini, mereka tidak mampu lagi untuk berfikir mahupun membuat perbandingan. Pemikiran mereka dikatakan terbatas kerana dipengaruhi oleh persekitaran semata- mata. Operasi Konkrit Pada peringkat ini, mereka mula dapat mengenal pasti ciri-ciri bagi sesuatu objek dan boleh mengklasifikasikannya. Operasi Formal Mereka telah memasuki peringkat pemikiran abstrak. Dikatakan mereka boleh berfikir serta membuat keputusan dengan sendirinya. Malah boleh mengaitkan simbol-simbol matematik dalam menyelesaikan masalah secara logik. 3.0. IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini 7
  • 8. menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekaligus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula. Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia ada bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman ataupun pengetahuan yang sedia ada seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut. Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid ialah membantu murid-murid mengingat semula. Pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Piaget memandang kanak- kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah, murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka. Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah. Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain ialah isi-isi disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, empat tahap perkembangan kognitif dapat memberi gambaran kepada guru agar isi pelajaran yang disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak .Hal ini kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing- masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M dengan itu 8
  • 9. guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah. c) Teori Behavioris 1.0 Implikasi terhadap pembelajaran dan pengajaran adalah: a) Pastikan maklum balas diberi dengan kerap, dengan secepat mungkin, dan berbentuk spesifik. b) Pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan agar dapat mengekalkan keberkesanannya. Jika boleh, gunakan kedua-duanya dan bukan hanya menggunakan pengukuhan primer atau sekunder sahaja. c) Gunakan pengukuhan berjadual bagi mengekalkan berlakunya pembelajaran. d) Peka terhadap konsep penghapusan bagi mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini. e) Gunakan pengukuhan sebagai satu cara untuk mendorong murid-murid yang kurang bermotivasi untuk belajar dan sebagainya. f) Mementingkan pembelajaran kemahiran dan sikap. g) Mementingkan peneguhan. Manakala dari segi pengajaran terancang pula, terdapat beberapa syor tentang bagaimana teori pembelajaran behavioris dapat diaplikasi dalam bilik darjah. Antaranya adalah: a) Pupukkan penguasaan satu-satu kemahiran dengan menggunakan kerangka soalan (ransangan) – jawapan (gerakbalas) mengikut prinsip pedagogi, iaitu secara beransur-ansur dan peringkat demi peringkat. b) Minta murid-murid mengikuti setiap kerangka yang disediakan. Maklum balas hendaklah diberi serta merta. c) Susun aras kesukaran soalan-soalan bagi memastikan murid-murid anda berupaya memberi jawapan yang betul. Dengan itu, sudah tentu mereka akan menerima pengukuhan positif. 9
  • 10. d) Pastikan pencapaian yang baik dan cemerlang dipadankan dengan pengukuhan sekunder seperti pujian lisan, hadiah, gred yang baik dan sebagainya B. PENDIDIKAN ABAD KE-21 I) Pengenalan Aristotle pernah menyatakan bahawa nasib sebuah empayar bergantung kepada pendidikan belia. Segala kekuatan atau kelemahan yang diperhatikan dalam masyarakat berkait rapat dengan jenis pendidikan yang kita beri kepada pemuda-pemudi kita. Selanjutnya, apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan ‘Education is that which remains, when one has forgotten all that he learned in school’? (Pendidikan adalah apa yang tertinggal, setelah seseorang lupa apa yang dipelajari di sekolah.) Bukankah kenyataan itu bersifat ironik? Barangkali kenyataan itu mengingatkan kita bahawa pendidikan bukan setakat mengisi ilmu ke dalam kepala murid seperti kita mengisikan air ke dalam baldi. Sebaliknya, lebih-lebih lagi dalam zaman sekarang, pendidikan seharusnya mengupayakan seseorang dengan sikap, kemahiran dan ilmu (ASK-Attitude, Skill and Knowledge) untuk melakukan sesuatu perkara-perkara yang perlu dan patut dilakukan dalam konteks persekitaran yang sentiasa berubah dan semakin menjadi ‘rata’ (The World is Flat, Thomas L. Friedman). Mengikut Laporan UNESCO (Report Of The International Commission On Education For The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus berasaskan empat tonggak, iaitu: ‘Learning to know’ (belajar untuk tahu); ‘Learning to do’ (belajar untuk buat); ‘Learning to live together’ (belajar untuk hidup bersama) dan ‘Learning to be’ (belajar untuk menjadi). Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang kanak-kanak pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara mendalam dalam bidang- bidang tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu seseorang membina satu spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan lebih jitu. Ilmu di sini juga merangkumi cara belajar sesuatu kemahiran yang begitu diperlukan untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak dari pelbagai sumber. Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untuk melakukan tugasan berasaskan ilmu itu. ‘Belajar untuk buat’ bukan dihadkan kepada kemahiran operasi atau mekanikal sahaja tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi seperti kebolehan untuk menangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja berpasukan, menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks sosial dan kerja. 10
  • 11. Kita semua perlu kerap mengingatkan diri kita sendiri bahawa, tidak kira betapapun perbezaan kita dari segi bangsa, agama, status sosial, ekonomi, politik atau aspek-aspek yang lain, kita hidup di atas planet yang sama. Lambat laun, suka atau tidak suka, secara langsung atau tidak langsung, masalah orang lain akan menjadi masalah kita juga. Berjaya atau tidak sistem pendidikan untuk melatih ‘belajar untuk hidup bersama’ jelas dilihat dari hal-ehwal semasa yang berlaku di sekitar kita. Satu sistem pendidikan, dari penggubalan dasar, pembentukan struktur pentadbiran, perjawatanan, sehingga ke pelaksanaan di peringkat sekolah, dengan sendirinya menjadi satu model (sama ada baik atau tidak) kepada pendidikan yang berunsurkan ‘belajar untuk hidup bersama’. Usaha membawa pendidikan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi dapat diperhatikan dari aspek pemupukan saling kesefahaman antara satu sama lain, apresiasi kepada keperluan saling bergantung (interdependence), pengurusan konfik dengan semangat saling menghormati nilai-nilai pluralistik dan saling kesefahaman yang mementingkan keharmonian. Di peringkat sekolah, pemupukan nilai dan kemahiran tersebut perlu digiatkan melalui pendekatan yang lebih holistik. Dalam konteks ini, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat secara umumya, ada peranan untuk membimbing mereka yang terperangkap di dalam konflik kefahaman antara apa yang dipelajari dengan realiti. Mereka perlu diberi keyakinan bahawa konflik itu lebih merupakan persepsi yang diakibatkan oleh prejudis dan akan menjadi berkurangan apabila mereka membesar dan memperoleh lebih banyak ilmu. Keyakinan positif ini harus diberi, tidak kira tahap keyakinan diri kita, demi untuk mencipta satu masa depan yang lebih cerah apabila kita semua benar-benar dapat hidup bersama. Selanjutnya, ‘belajar untuk menjadi’ menuntut satu usaha pendidikan yang gigih ke arah membangunkan modal insan yang mempunyai keperibadian yang halus, boleh bertindak dengan lebih autonomi, berkebolehan membuat penilaian atau pertimbangan yang lebih adil, rasional dan jitu, mempunyai tanggungjawab kendiri yang lebih tinggi dan membolehkan potensi individu seseorang itu berkembang dengan optimum. Sekali lagi, perkara ini merupakan satu usaha padu yang mencabar, yang memerlukan koordinasi semua pihak dan semua peringkat yang koheren dan realistik. Kualiti pemimpin dan guru menjadi penentu kejayaan yang penting. Juga, semua sekolah mempunyai unsur-unsur yang berlainan yang kadang-kadang menyebabkan kaedah acuan ala kilang tidak terlaksana. Tahap ‘autonomi’ yang berpatutan diberi kepada sekolah akan mempengaruhi usaha untuk menyemaikan budaya pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam kalangan murid melalui program mengikut acuan tersendiri. Saling kesefahaman tentang hakikat ini dan pengupayaan yang dibenarkan di sekolah akan memudahkan poses ‘belajar untuk menjadi’. Perkara ini perlu ditegaskan kerana kejayaan ‘belajar untuk menjadi’ 11
  • 12. amat dipengaruhi oleh suasana yang kondusif yang memberi ruang dan peluang untuk perkembangan individulistik dan tanpa melalui ‘centralised mass command’’ yang terlalu kerap. Akhir sekali, yang paling mencabar ialah bagaimana merealisasikan segala yang dinyatakan di atas supaya ilmu pengetahuan diterjemahkan kepada amalan, amalan dijadikan budaya, budaya membawa kejayaan, seruan menjadi realiti. Apa yang kurang daripada itu ialah retorik sahaja. II) Kemahiran Abad Ke-21 Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara itu sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat bahawa yang dimaksudkan dengan kemahiran abad ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam baik-baik falsafah pendidikan itu sendiri. Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya Bagi mencapai hasrat kerajaan untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam menguasai pelbagai bidang. Hal ini kerana seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer) dengan Pendidikan Islam (Pendekatan Bersepadu). Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran. Seterusnya pula ialah mengikuti perkembangan tentang dasar dan Isu pendidikan semasa. Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan 12
  • 13. yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran. Dengan pengetahuan ini, seseorang guru yang efektif akan sentiasa menerima perubahan bagi membentuk cara pengajaran yang baru seiring peredaran masa. Kemahiran dalam pedadogi atau pengajaran dan pembelajaran juga ditekankan dalam membentuk kemahiran abad ke 21. Hal ini merupakan kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran abad-21. Hasrat ini juga bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan ‘lapuk’ tradisional di mana sistem pengajaran dan pembelajaran terlalu bergantung kepada guru sahaja atau teachers-centred. Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21 ini, seseorang guru itu ‘wajib’ mencuba untuk mangadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar. Sebagai guru yang baru guru harus mencuba pelbagai kaedah seperti pengunaan Blog, Wikipedia, Google, Facebook, Twitter dan sebagainya untuk pengajaran yang lebih moden lagi. Kemahiran seterusnya pula ialah guru harus mahir dalam menggunakan teknologi terkini. Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan pelbagai urusan seharian. Dalam pendidikan, guru boleh mengunakan komputer dalam pengajaran dengan mengunaakan Power Point dalam kelas. Pengunaan Power Point ini boleh direka dengan penuh kreatif bagi menarik minat pelajar. Guru yang mahir juga boleh mengunakan gambar yang banyak dan gabungan warna yang mernarik untuk memastikan kehadiran 100% pelajar dalam kelas nanti. 13
  • 14. Guru juga boleh cuba menerapkan nilai-nilai murni atau akhlak di dalam kelas. Nilai- nilai murni atau beretika merupakan satu elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara. Di samping pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungannya sesama rakan di sekolah. Dalam mengejar pemodenan system pendidikan, hubungan sesama insan atau nilai-nilai murni tidak boleh dipisahkan bagi menbentuk satu genarasi yang cukup seimbang. Hal ini penting kerana hubungan sosial sangat diperlukan kerana kebanyakan pelajar abad ke 21 tidak mahir dalam hubungan sosial. Jadi guru harus memikirkan pelbagai cara dalam meningkatkan hubungan sosial ini supaya pelajar di negara kita mampu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam meniti arus pembangunan yang semakin maju. III) Guru Abad ke -21 1.0 Pengenalan Profesion guru pada zaman kini mempunyai beban tugas yang begitu mencabar. Menurut Arend(2001) telah menyatakan bahawa guru-guru pada era teknologi maklumat mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam proses pengajaran dan berperanan untuk membentuk yang akan diterima oleh pelajar. Guru yang baik akan mampu mengalas tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Sebaliknya, guru yang tidak bertanggungjawab akan mengabaikan amanah yang diberikan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Guru-guru dalam abad ke-21 perlu memiliki kekuatan minda, ketangkasan daya cipta, kemantapan idealisma dan kekuatan diri. Profesioanlisma dan disiplin kendiri yang positif akan menjadi paksi utama kepada budaya kecemerlangan kerjaya seorang guru (Mohd Najib:1999). 2.0 Ciri-ciri guru Abad ke - 21 1. Mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi(TMK). Ø Bersikap terbuka dengan melihat teknologi sebagai perkara yang positif dan melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi dalam pelbagai bidang. 14
  • 15. 2. Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi ( Pengajaran & Pembelajaran) Ø Pengetahuan guru dalam menterjemahkan pengetahuan isi kandungan secara pedagogikal yang berkesan dengan memahami konteks persekitaran bilik darjah berdasarkan pengetahuan guru dalam pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan ciri terhadap pelajar, dan kepercayaan terhadap pendekatan P&P yang digunakan. Ø Cara penyampaian secara berkesan terhadap sesuatu idea, analogi kukuh, illustrasi menarik, contoh tepat dan munasabah, penerangan jelas, dan bermakna amat penting agar isi pelajaran dapat difahami pelajar dengan mudah. Ø Pengetahuan pedagogi bukan berdasarkan kepada pengalaman ataupun pengetahuan yang terlalu bergantung dengan guru (teacher-centred). Sebaliknya, guru perlu bijak untuk mengadaptasikan pedagogi berbantukan komputer untuk memberi kesan positif terhadap perkembangan dan pencapaian pelajar. 3. Mengikuti perkembangan Dasar dan Isu pendidikan. Ø Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Ø Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran. Ø Guru juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian lepas dan terkini bagi mengemaskini pengetahuan dan kemahiran P&P guru. Guru boleh mengaplikasikan teknologi maklumat(ICT) semasa P&P melalui 15
  • 16. Program SLE ( Smart Learning Environment) yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. 4. Menguasai pelbagai bidang. Ø Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Ø Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran. 5. Menerapkan Nilai-nilai Murni (Akhlak) Ø Di samping pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungan sesama masyarakat. Guru harus mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. 3.0 Ciri-ciri Guru berkualiti: Bertindak Menyebar ilmu. Bertindak sebagai Pembentukan nilai ‘ Role Model’. Bertindak sebagai pengamal budaya ilmu. Mengamalkan kemahiran professional. Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan. Mengamalkan pengajaran efektif. IV) Pelajar Abad Ke 21 16
  • 17. Sebagai seorang penjaga, pendidik atau pekerja pada era ini, kebanyakan dari kita memang tidak dapat lari daripada ungkapan-ungkapan berhubung kepentingan kemahiran abad ke- 21. Secara ringkasnya, pendidikan atau pembelajaran abad ke-21 berkitar pada pendapat bahawa persekolahan selama 150 lalu ialah ciptaan abad ke-19. Persekolahan kita harus diubah seiring dengan permintaan ekonomi terkini. Sekolah kemahiran dan pembelajaran yang direka untuk menyediakan pelajar untuk bekerja dan hidup dalam ekonomi perindustrian perlu pemikiran baharu. Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Penekanan perubahan pendidikan yang dimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke-21 dengan peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira, literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan P&P yang boleh memupuk kemahiran tersebut. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau Blog. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube. 17
  • 18. Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21. Seharusnya pelajar generasi ke-21 telah menjadi lebih profesional dan amat memahami tugasan mereka sebagai pelajar. Sementara kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi terdapat sesetengah sekolah masih bergelut dengan soal asas pembelajaran, iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih pada peringkat yang mendukacitakan. Soalnya bagaimana isu sebegini masih wujud sedangkan pengisian kemerdekaan telah berlaku selama 53 tahun. Adakah isu kaedah pengajaran guru atau isu kesediaan murid untuk belajar hanya bergantung semata-mata kepada persekitaran. C. PENGENALAN WEB Era web 1.0 bermula dari 1990 hingga 2001 adalah generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat dan informasi yang bersifat satu arah. Segala content atau isinya berada ditangan administrator, jadi pengunjung hanya dapat melihat isi dari laman tersebut tanpa dapat memberi komen atau pandangan. Dikenali juga sebagai DotCom Bubble Burst atau Dotcom Crash juga DotCom Doom. Pada tahun 1998, Google berdiri dan internet menjadi semakin mudah untuk digunakan. Waktu itu potensi laman web dengan format portal dengan berita dan kedai-kedai online seperti amazon.com dilihat sangat besar oleh pelabur-pelabur. Web 1.0 adalah merupakan teknologi web yang pertama kali digunakan dalam aplikasi world wide web, atau ada yang menyebut web 1.0. sebagai www itu sendiri yang banyak digunakan dalam situasi web yang bersifat personal. 1 Beberapa ciri atau karakteristik web 1.0. adalah: 1. Merupakan halaman web yang statis atau hanya berfungsi untuk menampilkan. 1 http://jr-hiezkia.blogspot.com/2011/08/perkembangan-teknologi-web-10-web-20.html 18
  • 19. 2. Halaman masih di desgin sebagai html murni, yang ‘hanya’ memungkinkan orang untuk melihat tanpa ada interaksi. 3. Biasanya hanya menyediakan semacam buku tamu online tapi tidak ada interaksi yang intense. 4. Masih menggunakan form-form yang dikirim melalui e-mail, sehingga komunikasi biasanya baru satu arah. Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0 tidak dapat dikenal pasti dengan jelas memandangkan ianya tidak mempunyai satu pembeza atau faktor yang teguh antara satu sama yang lain. Ianya tidak seperti yang dapat kita lihat pada perbezaan versi atau siri satu-satu perisian. Secara realitinya, web 2.0 merupakan satu ungkapan yang menerangkan perubahan penggunaan laman web, cara dan corak interaksi pengguna dengan laman sejak bermulanya sejarah internet. Web 2.0 bukan merupakan perkara baru dalam dunia internet khasnya pada era globalisasi kini. Hal ini adalah ekoran daripada kepantasan anjakan paradigma dan transformasi dunia global. Sebelum ini, masyarakat hanya menggunakan web untuk mendapatkan maklumat semata-mata. Tetapi, dengan kewujudan web 2.0, komunikasi manusia dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Masyarakat bukan sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi. Dunia kini menjadi semakin sempit kerana komunikasi boleh berlaku di mana-mana sahaja, bila-bila masa dan dengan sesiapa pun tanpa sebarang halangan. Rentetan itu perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit dan negara bukan lagi menjadi ukuran dalam menjalinkan perhubungan meskipun hanya secara maya. Menurut Tim Berners Lee iaitu seorang pencipta web, web 2.0 merupakan pengganti atau satu inovasi kepada web 1.0. Hal ini adalah kerana ia merupakan satu jaringan piawaian yang dihasilkan daripada web 1.0. Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0 adalah dari segi kepenggunaan, fungsi dan pemilikan pengguna. Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0. Hal ini secara langsung menjadikan pengguna bukan sahaja sebagai pengunjung malah turut menjadi pemilik kepada web 2.0 tersebut. Di samping itu, web 2.0 juga bersifat mesra pengguna kerana ia memudahkan sesiapa sahaja menggunakannya ekoran ia mengandungi 19
  • 20. ciri-ciri ‘apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat’ (WYSIWYG – What You See Is What You Get). 2 Sebenarnya nama web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa sahaja. Selain itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana (generating), menggunakan semula kandungan dan sebagainya. Secara amnya, web 2.0 mengandungi beberapa aplikasi web yang mempunyai ciri- ciri tertentu serta dapat dijalankan secara terus melalui pelayar web tanpa perlu memasang (install) sebarang perisian. Antaranya ialah Podcast, Blog, Wiki serta rangkaian sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter dan sebagainya. Misalnya Friendster, ia merupakan suatu komuniti maya yang membolehkan pengguna mencari rakan baru, berkomunikasi dengan rakan sedia ada, berkongsi sebarang maklumat, menganjurkan aktiviti dan berhubung semula dengan rakan lama. Laman komuniti yang beribu pejabat di Mountain View, California ini bukan sahaja mempunyai 4.2 juta pengguna berdaftar di Malaysia malah pernah memenangi beberapa anugerah termasuk Time Magazine's 50 Coolest Websites 2004 dan Coolest Inventions 2003. Web semantik atau web 3.0 merupakan next generation web (web generasi akan datang) yang mempunyai pautan dengan laman web www. "Biasanya laman web menggunakan HTML manakala web semantik pula RDF atau OWL dan memerlukan satu proses terjemahan untuk mengubah HTML kepada RDF atau OWL," katanya. Teknik menterjemah HTML ke RDF atau OWL boleh dilakukan sama ada secara manual, semi auto atau automatik. Bagaimanapun, semantik web tidak akan menggantikan laman web www kerana ia menggunakan pautan web www. Dr. Dickson menambah, teknologi semantik boleh digunakan dalam pelbagai bidang termasuk pertanian, kesihatan, pendidikan dan pengumpulan data. Manakala dalam pendidikan pula, web semantik boleh digunakan sebagai landasan e-learning versi 3.4 berbanding versi 2.0 sekarang. Jika dibandingkan versi 2 http://hairilhazlan.com/2009/apa-itu-web-1-0-2-0-dan-web-3-0/ 20
  • 21. 1.0 hanya memberikan maklumat, versi 2.0 pula bukan saja memberikan maklumat tetapi 3 juga berinteraksi seperti laman web YouTube, Myspace dan Flickr. Versi 3.0 pula merupakan aplikasi teknologi semantik dalam dunia web yang melibatkan pencarian pintar dan aplikasi vertikal. Versi 3.0 merupakan teknologi semantik yang telah dibangunkan tahun lalu sebagai persediaan bagi ujian pada suku ke tiga tahun ini. Web 3.0 juga dikenali sebagai "web Semantik". Ia termasuk beberapa teknologi untuk mengatur dan menstrukturkan data. Anda boleh mencari di internet untuk membuat ia boleh didapati dan boleh digunakan oleh program-program dan terima kasih perisian kepada sistem metadata. Tujuannya adalah untuk membuat web dibaca oleh mesin dan bukan sahaja oleh manusia. Ia bermula dengan Rangka Kerja Perihal Sumber (RDF) yang memberikan spesifikasi seperti model data metadata. Ia juga merupakan Bahasa Web Ontologi (OWL) dan catatan seperti RDF Skema (RDFS) serta SVG (Grafik Vektor Diskala) adalah antara web 2.0 dan web 3.0. Banyak laman web yang sudah menggunakan teknologi ini untuk memaparkan kandungan animasi. Animasi Flash sudah mengambil kesempatan daripada teknologi ini untuk menyampaikan kandungan animasi maju tanpa berat "fail filem" yang biasa. Platform e-learning yang diaplikasi daripada web semantik akan mengambil kira sifat dan ciri-ciri seorang pelajar. Pelajaran yang diajar secara e-learning ini berasaskan kognitif profil seseorang pelajar sama ada pintar, pertengahan atau lembap. Semua profil pelajar akan disimpan dan dianalisis sebelum disesuaikan dan diaplikasikan kepada pelajar seperti animasi, arahan serta pelbagai konsep. "Konsep pembelajaran ini ibarat membekalkan setiap pelajar seorang guru yang boleh membimbing mereka," katanya yang membanding dengan sistem pembelajaran sekarang, sebagai satu kurikulum untuk semua pelajar. Dalam peperiksaan pula pelajar akan dibahagikan mengikut peringkat dan soalan yang diberikan.4 3 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0611&pub=utusan_malaysia&sec= Sains_%26_Teknologi&pg=st_01.htm&arc=hive#ixzz2DcWb2yZB © Utusan Melayu (M) Bhd 4 http://www.finextra.com/community/fullblog.aspx?blogid=3003 21
  • 22. Web 4.0 dikenali sebagai "Web simbiotik". Idea menjadi web simbiotik adalah bahawa sekali metadata adalah dianjurkan (web 3.0), manusia dan mesin boleh berinteraksi dalam simbiosis. Maksudnya bahawa kita akan dapat membina lebih kuat antara muka seperti antara muka minda dikawal bagi contoh. Tetapi mari kita jelas, web 4.0 adalah masih idea bawah tanah dalam kemajuan. Web 4.0 tidak ada definisi lagi. Orang juga bercakap tentang kecerdasan web OS, ambien, kecerdasan buatan. Tidakpun disebut pada konsortium web dunia yang luas, kita mungkin perlu menunggu beberapa tahun sekurang- kurangnya sebelum melihat mana-mana web 3.0 dan lebih lama untuk melihat web 4.0. 22