SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
Download to read offline
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
1
TERHAD
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Kerja Kursus
Projek Kajian Seni Visual
Kertas 3 (970/3)
Semester 3 Tahun 2019
PERINGATAN :
Manual ini khusus untuk penggunaan guru/calon sahaja
Buku panduan ini terdiri daripada 25 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
2
KANDUNGAN
Bil. Perkara Halaman
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan 3
2.0 Objektif 3 – 4
3.0 Pelaksanaan Kerja Projek
3.1 Arahan Umum
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.3 Tanggungjawab Guru
3.4 Tanggungjawab Calon
4
4
5 – 4
5 – 8
8– 9
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 10– 12
5.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 13
Lampiran 14– 19
BAHAGIAN II : CALON
6.0 Tanggungjawab Calon 20 – 21
7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 22 – 24
8.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 25
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
3
1.0 Pengenalan
Panduan ini disediakan untuk guru/pemeriksa dan calon bagi melaksanakan Projek
Kajian Seni Visual bagi semester 3. Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon
sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada
komponen pentaksiran untuk semester 3. Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan
mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
2.0 Objektif
Panduan ini bertujuan untuk memberikan arahan dan rujukan bagi guru/pemeriksa dan
calon untuk melaksanakan Projek Kajian Seni Visual dan cara pentaksirannya. Objektif
kerja projek ini disediakan adalah untuk mentaksir keupayaan calon dalam :
(a) Menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi cadangan
pengkaryaan
(b) Mengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi kajian, eksperimentasi,
eksplorasi, rujukan, dan sumber
(c) Menentukan pendekatan aspek formal yang dipilih yang melibatkan elemen,
media, dan teknik
(d) Menentukan gaya penghasilan atau penampilan karya
(e) Mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses
penghasilan karya
(f) Menghasilkan lakaran yang menjurus kepada yang konkrit
(g) Menggunakan kepelbagaian kajian, eksperimentasi, dan eksplorasi terhadap media
dan teknik
(h) Menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej
(i) Menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri
(j) Mengenengahkan idea-idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan
(k) Berhujah terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya dalam konteks yang
dipilih
(l) Mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual
(m) Mengorganisasikan persembahan dan peragaan karya
BAHAGIAN I : GURU
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
4
(n) Mengaplikasi kemahiran insaniah (soft skills) yang menjurus kemahiran
berkomunikasi, kemahiran bekerjasama, kemahiran mengurus masa, dan
menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika.
3.0 Pelaksanaan Kerja Projek
3.1 Arahan Umum
3.1.1 Calon dikehendaki memilih satu soalan projek kajian daripada dua
soalan yang diberikan.
3.1.2 Soalan Projek Kajian Seni Visual terdiri daripada bidang pengkaryaan
dan perekaan.
3.1.3 Calon perlu menghasilkan karya seni berdasarkan soalan yang dipilih.
3.1.4 Tempoh pelaksanaan kerja projek ini adalah sepanjang semester 3.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus Tingkatan
Enam peringkat sekolah.
3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail
Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik
tingkatan enam mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran
masing-masing.
3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 970/3 mendapat
bimbingan dan penyeliaan kerja projek daripada guru
yang berkelayakan dalam bidang Seni Visual.
3.2.4 Menyediakan kemudahan asas yang diperlukan untuk melaksanakan
kerja projek Seni Visual STPM di sekolah.
3.2.5 Memastikan bahawa calon tidak menghadapi masalah dalam penyediaan
semua peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan tugasan
kerja projek. MPM tidak menyediakan sebarang peruntukan kepada
sekolah untuk membiayai penyediaan keperluan berkenaan.
3.2.6 Memastikan bahawa pelaksanaan kerja projek ini diserapkan
dalam strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan
yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan. Kerja
projek merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran.
3.2.7 Mendapatkan maklumat daripada Guru Seni Visual tentang tahap
kemajuan kerja projek calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh
calon.
3.2.8 Memastikan bahawa kerja projek ini dilaksanakan dengan teratur dalam
tempoh yang ditetapkan.
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
5
3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan hasil kerja projek
calon di sekolah.
3.2.10 Memastikan guru menyimpan evidence kerja projek calon dalam
tempoh enam bulan daripada tarikh penghantaran markah kepada MPM.
3.2.11 Memastikan evidence kerja projek dilupuskan dalam tempoh enam
bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.
3.3 Tanggungjawab Guru
3.3.1 Memastikan bahawa calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Seni
Visual sebaik-baiknya.
3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan Projek
Kajian Seni Visual.
3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Seni Visual
dari portal MPM.
3.3.4 Menyediakan tempat yang sesuai untuk calon menjalankan tugasan
kerja projek mereka di sekolah. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
tidak menyediakan peruntukan untuk membiayai penyediaan tempat
berkenaan.
3.3.5 Memberikan penjelasan kepada calon dan berbincang dengan mereka
tentangSoalan Kerja Kursus Seni Visual Kertas 3 (Projek Kajian Seni
Visual) 970/3 STPM 2018 secara terperinci.
3.3.6 Memastikan bahawa calon mempunyai peralatan dan bahan yang sesuai
untuk menghasilkan karya. MPM tidak menyediakan peruntukan untuk
membiayai penyediaan peralatan dan bahan berkenaan.
3.3.7 Mengingatkan calon bahawa kerja kursus ini merupakan
sebahagian daripada peperiksaan, dan dengan yang demikian,
kerja projek ini terikat dengan peraturan peperiksaan.
3.3.8 Memastikan bahawa calon menjalankan kerja projek masing-
masing secara individu tanpa bantuan dari pihak luar.
3.3.9 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) Memilih soalan untuk menjalankan kerja projek
(b) Memahami kehendak soalan Projek Kajian Seni Visual
(c) Mengenal pasti buku, majalah, artikel, dan dokumen rujukan
yang sesuai
3.3.10 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian
Seni Visual) berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan
dalam Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni
Visual.
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
6
3.3.11 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam setiap proses
kerja projek mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran
Seni Visual
3.3.12 Mengingatkan calon agar setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti
percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku
lakaran (sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium
yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan
sebagainya)
3.3.13 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta sesiapa sahaja
untuk menghasilkan kerja projek calon
3.3.14 Menyelia dan membimbing calon dalam melaksanakan kerja projek
sebagaimana yang diperlukan. Walau bagaimanapun, guru Seni Visual
tidak dibenarkan sama sekali memberikan bantuan amali kepada
calon bagi setiap proses yang dilaksanakan oleh calon.
3.3.15 Memantau perkembangan proses kerja projek setiap calon dari semasa
ke semasa sepanjang tempoh pelaksanaan kerja projek
3.3.16 Memastikan calon sentiasa membawa dan mengisi Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 1) setiap kali
pertemuan/perbincangan bersama guru dalam pelaksanaan proses
kerja projek
3.3.17 Guru Seni Visual hendaklah memberikan ulasan, cadangan, dan tunjuk
ajar secara berterusan kepada calon agar calon berpeluang membuat
penambahbaikan pada hasil kerja masing-masing
3.3.18 Memastikan bahawa tidak terdapat unsur sensitif yang menyentuh aspek
budaya, kaum, jantina, agama, dan politik dalam kerja projek setiap
calon
3.3.19 Memastikan bahawa aspek keselamatan diberikan perhatian sepanjang
masa kerja projek dilaksanakan
3.3.20 Membimbing calon dalam persembahan dan peragaan kerja projek
kajian seni visual yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah
3.3.21 Memastikan semua calon menghantar kerja projek untuk disemak dan
dinilai kepada guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah
ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan Projek Kajian Seni
Visual (pendokumentasian) hendaklah digunakan muka hadapan yang
telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2).
3.3.22 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus
(Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru
akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja
kursus (Projek Kajian Seni Visual) dan tidak mengambil kertas
970/3, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran
Seni Visual STPM.
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
7
3.3.23 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang
Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang dilampirkan bersama kerja
projek.
3.3.24 Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang
telah diisi dan ditandatangani oleh calon, dan mengisi markah pada
Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) serta menandatanganinya.
3.3.25 Mengisikan markah keseluruhan setiap calon pada Borang Rumusan
Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) (Lampiran 5) serta
menandatanganinya. Mendapatkan perakuan/pengesahan daripada
pengetua untuk Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRuMKK) tersebut.
3.3.26 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh
MPM ketika mentaksir kerja projek kajian seni visual calon.
3.3.27 Memasukkan markah kerja projek kajian seni visual calon dengan
menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM.
Kegagalan menghantar markah kerja projek kajian seni visual calon
akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja projek
kajian seni visual dan tidak mengambil kertas 970/3, seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.
3.3.28 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) dan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRuMKK) (Lampiran 5) hendaklah dihantar ke alamat yang berikut:
Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100, Batu Caves, Selangor
(u/p: Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET)
Guru perlu menyimpan salinan borang tersebut BMKKC dan
BRuMKK di dalam fail kerja kursus. Borang BMKKC dan BRuMKK
perlu dihantar sebelum 31 Oktober 2019, manakala markah dari e-
submission (yang telah dihantar) perlu dicetak dan disimpan fail kerja
kursusnya.
3.3.29 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah
oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon
perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari
9 – 20 September 2019 untuk persembahan/peragaan kepada
umum.
3.3.30 Menyimpan evidence kerja projek calon di tempat yang tidak terdedah
dan selamat dari tarikh memasukkan markah ke e-submission tamat
hingga keputusan STPM diumumkan
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
8
3.3.31 Melupuskan evidence kerja projek calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (rujuk lampiran).
3.4 Tanggungjawab Calon
3.4.1 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk
melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual)
3.4.2 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh
yang ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek
Kajian Seni Visual)
3.4.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa,
dan selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan
3.4.4 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu
3.4.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu :
(a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan
Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual yang disediakan
(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang
jelas akan soalan yang dipilih
(c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan
oleh guru/pihak sekolah
3.4.6 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan
media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran
(sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang
digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan
sebagainya).
3.4.7 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk
kepada guru di tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru
(fail/dijilid/drawing folder dan sebagainya).
3.4.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk
menghasilkan kerja projek calon.
3.4.9 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC)
(Lampiran 1) dan sentiasa membawanya setiap kali
pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana kerja projek
3.4.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual
(pendokumentasian) yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)
3.4.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni
Visual pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni
Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan menyebabkan
calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian
Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
9
3.4.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil
kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon
(BPC) (Lampiran 3).
3.4.13 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi
persembahan dan peragaan kerja projek. Calon perlu mengikut
peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada pengetua jika ingin
mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas.
3.4.14 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah
oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon
perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari
9 – 20 September 2019 untuk persembahan/peragaan kepada
umum.
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
10
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek
kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang
disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
4.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
adalah seperti berikut :
Tarikh Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
22 April
2019
MPM memuat naik bahan
berikut dalam portal MPM
(www.mpm.edu.my)
(a) Manual Kerja Kursus
yang mengandungi
Bahagian I : Guru,
Bahagian II : Calon
(b) Soalan Kerja Kursus
Seni Visual STPM
2019
(c) Kriteria Penilaian dan
Pemarkahan
 Memuat turun Manual
Kerja Kursus Seni Visual
STPM 2019
 Memuat turun Soalan
dan Kriteria Penilaian
dan Pemarkahan
Tidak berkenaan
10 – 21
Jun 2019
(minggu
pertama –
ke-2)
Cadangan pengkaryaan
(a) Penulisan (idea perlu
disokong dengan
visual)
(b) Pembentangan (untuk
tujuan perbincangan
dan memantapkan
proposal)
 Memperbanyak Manual
Bahagian II:Calon serta
soalan kerja kursus
 Mengedarkan soalan dan
manual kepada calon
 Memberi penerangan
tugasan kepada calon
 Guru perlu memastikan
pelajar sudah
mempunyai pilihan dan
idea
 Guru perlu memberi
markah pada borang
BMKKC (Lampiran 4a
atau Lampiran 4b)
 Calon menerima
soalan dan manual.
 Calon memilih soalan
dan mendapatkan
idea untuk soalan
yang dipilih
 Calon perlu memberi
penerangan/
pembentangan idea
kepada guru.
 Calon perlu
menyiapkan
cadangan
pengkaryaan
mengikut tarikh yang
ditetapkan.
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
11
Tarikh Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
24 Jun – 6
September
2019
(minggu
4 – 14)
10 minggu
*Minggu 10
– cuti
sekolah 10 –
18 Ogos
2019
Penghasilan karya/perekaan
(a) Kajian visual
(b) Lakaran
(c) Lukisan akhir
(d) Kajian media
(e) Kajian teknik
(f) Karya akhir
(g) Ketepatan subjek
(h) Kekuatan aspek formal
(i) Gaya penampilan
tersendiri
(j) Kekuatan
kandungan/fungsi
(k) Keaslian
(l) Kemasan
(m) Dokumentasi tatacara
penghasilan karya
(n) Kemasan dokumentasi
* dokumentasi perlu disokong
dengan gambar/foto
 Guru perlu membimbing
calon dalam penghasilan
karya
 Guru tidak dibenarkan
untuk membantu calon
melakukan/
menyiapkan tugasan
calon
 Setiap pertemuan atau
perbincangan antara guru
dengan calon, guru perlu
merekodkannya dalam
borang BRKKC
(Lampiran 1)
 Bagi setiap proses yang
calon laksanakan, guru
perlu memberi markah
pada borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b)
 Calon perlu
menghasilkan karya
berdasarkan
idea/kemahiran
sendiri
 Calon perlu
mendapatkan
bimbingan daripada
guru untuk setiap
proses pelaksanaan
kerja kursus agar
kesilapan tidak
dilakukan.
 Bagi setiap
pertemuan atau
perbincangan antara
guru dengan calon,
calon perlu
merekodkannya
dalam borang
BRKKC (Lampiran
1)
 Calon perlu
menyiapkan proses
penghasilan karya
mengikut tarikh yang
ditetapkan.
9 – 20
September
2019
(minggu 15
– 16)
e-
submission
dibuka
bermula 21
September
– 21
Oktober
2019
(a) Persembahan dan
peragaan
(b) Peragaan
(c) Pameran dan kemasan
(d) Apresiasi
(e) Penyataan karya secara
bertulis dan
pembentangan lisan
* e-submission dibuka pada
selama tempoh sebulan.
 Guru perlu membimbing
calon untuk mengadakan
peragaan hasil karya
calon
 Guru perlu memastikan
semasa persembahan
secara lisan/
pembentangan calon, ia
tidak diadakan secara
terbuka.
 Calon perlu
memperagakan hasil
karya dalam pameran
mini dengan
bimbingan guru.
 Calon perlu
membentangkan/
mempersembahkan
hasil karya secara
lisan dan bertulis.
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
12
Tarikh Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
 Setiap persembahan dan
peragaan yang calon
laksanakan, guru perlu
memberikan markah
pada borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b)
 Guru perlu memasukkan
markah keseluruhan
setiap pelajar pada
borang BRuMKK
(Lampiran 5).
 Guru perlu menghantar
borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) dan
borangBRuMKK
(Lampiran 5) ke MPM.
Salinan borang-borang
tersebut perlu disimpan
di dalam fail kerja
kursus.
 Guru perlu memasukkan
markah keseluruhan
pelajar ke dalam e-
submission sebelum 21
Oktober 2019. Guru
perlu mencetak markah
e-submission dan simpan
di dalam fail kerja
kursus.
 Calon perlu menjaga
pameran mini jika
ada warga sekolah
(bukan calon seni)
yang ingin melihat
pameran pada luar
waktu
pembentangan/
persembahan dengan
guru
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
13
5.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya
5.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau
tiga dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja
projek.
5.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun
(toksid), bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk
menghasilkan kerja projek.
5.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik
tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.
5.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan
bergambar tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.
5.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran,
gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang
berkenaan.
5.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah
disertakan dalam pendokumentasian.
5.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan
penyeliaan oleh guru Seni Visual.
5.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak
dibenarkan sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.
5.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut
kreativiti sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut
spesifikasi yang ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih.
5.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar
itu bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi
mata pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
14
Lampiran 1
BRKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL
SEMESTER 3 TAHUN 2019
MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. pusat/angka giliran: .............................. No. kad pengenalan:................................................
Tarikh
aktiviti
Aktiviti dalam Projek Kajian
Seni Visual (Untuk diisi oleh calon)
Ulasan guru
Tandatangan
Calon
Tandatangan
guru
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Seni Visual
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam Projek Kajian Seni
Visual STPM 2019 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru Seni Visual: ................................................
Nama Guru Seni Visual: ...........................................................
Tarikh: .............................................
Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan pada bahagian
depan (sebelum pendokumentasian kerja projek) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
15
Lampiran 2
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2019
Projek Penghasilan Karya Seni Visual
SEMESTER 3 TAHUN 2019
MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
TAJUK
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON
NAMA
GURU/PENILAI
TANDATANGAN
GURU/PENILAI
TARIKH
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
16
Lampiran 3
BPC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL
SEMESTER 3 TAHUN 2019
MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan
dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani
borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja projek yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat Kerja kursus Calon
Makluman kepada Calon:
Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh
dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja
projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan
kerja projek tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek penghasilan karya
Seni Visual (970) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang
dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Seni Visual di sekolah.
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja projek Seni Visual (970) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya,
kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
17
Lampiran 4a
BMKKC (PENGKARYAAN)
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PENGKARYAAN)
Nama Calon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......……………
No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..
Format/Kriteria
penilaian Penilai
Pernyataan
permasalahan
kajian
berdasarkan
tema [20]
Penentuan
konsep,
subjek, dan
kandungan
[30]
Penentuan
pendekatan
aspek
formal dan
gaya
penghasilan
[20]
Pernyataan kepentingan projek dan
keaslian [20] Sumber dan rujukan
[10]
Jumlah
[100]
Markah
selepas
faktor [20]
Cadangan
pengkaryaan
Guru
Penyelaras
Format/Kriteria
penilaian
Penilai
Lakaran
proses
perkembangan
idea [20]
Kajian
komposisi
dan warna
[20]
Lakaran
akhir
[10]
Proses pengkaryaan
berdasarkan kajian
pemilihan media, teknik,
daneksperimentasi, [20]
Karya akhir
[20]
Pendokumentasian proses
penghasilan karya secara
penulisan dan visual
[10]
Jumlah
[100]
Markah
selepas
faktor [60]
Penghasilan
karya
Guru
Penyelaras
Format/kriteria
penilaian
Penilai
Pameran hasil karya dan
kemasan
[50]
Apresiasi [50]
Jumlah
[100]
Markah
selepas
faktor [20]Pernyataan Pelukis [10]
(Artist Statement)
Lisan [40]
Persembahan
dan peragaan
Guru
Penyelaras
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..……..
Nama : …………………………………………………….…………….. Nama : ……………………………………………………….…..…………..
No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission mengikut
tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
18
Lampiran 4b
BMKKC (PEREKAAN)
Nama Calon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......……………
No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..
Format/Kriteria
penilaian
Penilai
Design Brief
[15]
Pernyataan
permasalahan
kajian [15]
Penentuan konsep reka bentuk
dan jalan penceritaan [45]
Pernyataan
kepentingan
projek dan
keaslian
[15]
Sumber dan rujukan
[10]
Jumlah
[100]
Markah
selepas
faktor [20]
Cadangan
perekaan
Guru
Penyelaras
Format/Kriteria
penilaian
Penilai
Lakaran kenit
(thumbnail)
[15]
Kajian watak-
watak [20]
Kajian reka
letak, imej,
dan tipografi
[20]
Lukisan
komprehensif
[15]
Penghasilan
Dummy lengkap
[20]
Pendokumentasian
proses perekaan secara
penulisan dan visual
[10]
Jumlah
[100]
Markah
selepas
faktor [60]
Penghasilan
reka bentuk
Guru
Penyelaras
Format/kriteria
penilaian
Penilai
Pameran perekaan model dan kemasan
[50]
Apresiasi [50]
Jumlah
[100]
Markah
selepas
faktor [20]
Pernyataan reka bentuk [10]
(Design Statement)
Lisan [40]
Persembahan
dan peragaan
Guru
Penyelaras
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PEREKAAN)
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..……..
Nama : …………………………………………………….…………….. Nama : ……………………………………………………….…..…………..
No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission mengikut
tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
19
Lampiran 5
BRuMKK
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON
SEMESTER : TAHUN: ____________
MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
NAMA SEKOLAH/NO.PUSAT:
(Uutuk diisi oleh guru/pemeriksa)
BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN
(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di
atas adalah benar.
Tandatangan Guru:………………………......... Tandatangan Pengetua :…………….........
Nama:………………………………………..... Nama:…………………………………………….
No. Kad Pengenalan:………………………….. No. Kad Pengenalan:…………………………….
Tarikh:……………………………………........ Tarikh:…………………………………………...
No. Telefon(sekolah):………………………...
(bimbit):…………………………
No. Telefon (sekolah):…………………………...
(bimbit):………………………….....
Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang
telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
20
6.0 Tanggungjawab Calon
6.1 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus
(projek kajian seni visual)
6.2 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang ditetapkan
(rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual)
6.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas
kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan
6.4 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu
6.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu:
(a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Projek Kajian Seni Visual yang disediakan
(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas akan soalan
yang dipilih
(c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah
6.6 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik)
disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch book)/kertas lukisan
(drawing block)/sebarang medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada
buku note pad dan sebagainya)
6.7 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk kepada guru di
tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru (fail/dijilid/drawing folder dan
sebagainya)
6.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk menghasilkan kerja
projek calon
6.9 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC) (Lampiran 1) dan
sentiasa membawanya setiap kali pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana
kerja projek
6.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) yang telah
ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)
BAHAGIAN II : CALON
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
21
6.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual pada masa dan
tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja
kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian
Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam
keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.
6.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri
dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3)
6.13 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi persembahan dan peragaan
kerja projek. Calon perlu mengikut peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada
pengetua jika ingin mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas
6.14 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah oleh guru, ia
perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon perlu menjaga dan mempamerkan
kerja projek kajian seni visual dari 9 – 20 September 2019 untuk
persembahan/peragaan kepada umum.
6.15 Sentiasa bersedia untuk membentangkan (persembahan dan peragaan) sebanyak dua kali
jika kerja projek dipilih untuk pemantauan.
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
22
7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
7.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek
kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang
disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
7.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
adalah seperti berikut :
Tarikh Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
22 April
2019
MPM memuat naik bahan
berikut dalam portal MPM
(www.mpm.edu.my)
(d) Manual Kerja Kursus
yang mengandungi
Bahagian I : Guru,
Bahagian II : Calon
(e) Soalan Kerja Kursus
Seni Visual STPM
2019
(f) Kriteria Penilaian dan
Pemarkahan
 Memuat turun Manual
Kerja Kursus Seni Visual
STPM 2019
 Memuat turun Soalan
dan Kriteria Penilaian
dan Pemarkahan
Tidak berkenaan
10 – 21
Jun 2019
(minggu
pertama –
ke-2)
Cadangan pengkaryaan
(b) Penulisan (idea perlu
disokong dengan
visual)
(b) Pembentangan (untuk
tujuan perbincangan
dan memantapkan
proposal)
 Memperbanyak Manual
Bahagian II:Calon serta
soalan kerja kursus
 Mengedarkan soalan dan
manual kepada calon
 Memberi penerangan
tugasan kepada calon
 Guru perlu memastikan
pelajar sudah
mempunyai pilihan dan
idea
 Guru perlu memberi
markah pada borang
BMKKC (Lampiran 4a
atau Lampiran 4b)
 Calon menerima
soalan dan manual.
 Calon memilih soalan
dan mendapatkan
idea untuk soalan
yang dipilih
 Calon perlu memberi
penerangan/
pembentangan idea
kepada guru.
 Calon perlu
menyiapkan
cadangan
pengkaryaan
mengikut tarikh yang
ditetapkan.
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
23
Tarikh Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
24 Jun – 6
September
2019
(minggu
4 – 14)
10 minggu
*Minggu 10
– cuti
sekolah 10 –
18 Ogos
2019
Penghasilan karya/perekaan
(o) Kajian visual
(p) Lakaran
(q) Lukisan akhir
(r) Kajian media
(s) Kajian teknik
(t) Karya akhir
(u) Ketepatan subjek
(v) Kekuatan aspek formal
(w) Gaya penampilan
tersendiri
(x) Kekuatan
kandungan/fungsi
(y) Keaslian
(z) Kemasan
(aa) Dokumentasi tatacara
penghasilan karya
(bb) Kemasan dokumentasi
* dokumentasi perlu disokong
dengan gambar/foto
 Guru perlu membimbing
calon dalam penghasilan
karya
 Guru tidak dibenarkan
untuk membantu calon
melakukan/
menyiapkan tugasan
calon
 Setiap pertemuan atau
perbincangan antara guru
dengan calon, guru perlu
merekodkannya dalam
borang BRKKC
(Lampiran 1)
 Bagi setiap proses yang
calon laksanakan, guru
perlu memberi markah
pada borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b)
 Calon perlu
menghasilkan karya
berdasarkan
idea/kemahiran
sendiri
 Calon perlu
mendapatkan
bimbingan daripada
guru untuk setiap
proses pelaksanaan
kerja kursus agar
kesilapan tidak
dilakukan.
 Bagi setiap
pertemuan atau
perbincangan antara
guru dengan calon,
calon perlu
merekodkannya
dalam borang
BRKKC (Lampiran
1)
 Calon perlu
menyiapkan proses
penghasilan karya
mengikut tarikh yang
ditetapkan.
9 – 20
September
2019
(minggu 15
– 16)
e-
submission
dibuka
bermula 21
September
– 21
Oktober
2019
(f) Persembahan dan
peragaan
(g) Peragaan
(h) Pameran dan kemasan
(i) Apresiasi
(j) Penyataan karya secara
bertulis dan
pembentangan lisan
* e-submission dibuka pada
selama tempoh sebulan.
 Guru perlu membimbing
calon untuk mengadakan
peragaan hasil karya
calon
 Guru perlu memastikan
semasa persembahan
secara lisan/
pembentangan calon, ia
tidak diadakan secara
terbuka.
 Calon perlu
memperagakan hasil
karya dalam pameran
mini dengan
bimbingan guru.
 Calon perlu
membentangkan/
mempersembahkan
hasil karya secara
lisan dan bertulis.
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
24
Tarikh Perancangan dan
Pelaksanaan Aktiviti
Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
 Setiap persembahan dan
peragaan yang calon
laksanakan, guru perlu
memberikan markah
pada borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b)
 Guru perlu memasukkan
markah keseluruhan
setiap pelajar pada
borang BRuMKK
(Lampiran 5).
 Guru perlu menghantar
borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) dan
borangBRuMKK
(Lampiran 5) ke MPM.
Salinan borang-borang
tersebut perlu disimpan
di dalam fail kerja
kursus.
 Guru perlu memasukkan
markah keseluruhan
pelajar ke dalam e-
submission sebelum 21
Oktober 2019. Guru
perlu mencetak markah
e-submission dan simpan
di dalam fail kerja
kursus.
 Calon perlu menjaga
pameran mini jika
ada warga sekolah
(bukan calon seni)
yang ingin melihat
pameran pada luar
waktu
pembentangan/
persembahan dengan
guru
TERHAD
STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD
25
8.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya
8.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga
dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja
projek.
8.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun (toksid),
bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk menghasilkan
kerja projek.
8.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik
tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.
8.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan bergambar
tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.
8.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran,
gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang
berkenaan.
8.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah disertakan
dalam pendokumentasian.
8.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan penyeliaan
oleh guru Seni Visual.
8.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak dibenarkan
sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.
8.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut kreativiti
sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut spesifikasi yang
ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih.
8.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar itu
bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi mata
pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.

More Related Content

What's hot

Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016RAMLAH BINTI A. RANI
 
900 sp pengajian am modular
900 sp pengajian am modular900 sp pengajian am modular
900 sp pengajian am modularkombura
 
Contoh rph topeng thn 3.docx
Contoh rph topeng thn 3.docxContoh rph topeng thn 3.docx
Contoh rph topeng thn 3.docxAhmad NazRi
 
Rancangan pengajaran harian seni visual th 2
Rancangan pengajaran harian seni visual th 2Rancangan pengajaran harian seni visual th 2
Rancangan pengajaran harian seni visual th 2share with me
 
Rph dsv thn 3 (montaj)
Rph dsv thn 3 (montaj)Rph dsv thn 3 (montaj)
Rph dsv thn 3 (montaj)Alang Ramziyah
 
Rph pendidikan seni
Rph pendidikan seniRph pendidikan seni
Rph pendidikan seniNur Khairani
 
Aa sukatan pelajaran 2016 (STPM)
Aa sukatan pelajaran 2016 (STPM)Aa sukatan pelajaran 2016 (STPM)
Aa sukatan pelajaran 2016 (STPM)Mcc Goh
 
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3SMK SERI PErMAISURI
 
RPH Penyelesaian Masalah Menggunakan Heuristik Garis Jjalur
RPH Penyelesaian Masalah Menggunakan Heuristik Garis JjalurRPH Penyelesaian Masalah Menggunakan Heuristik Garis Jjalur
RPH Penyelesaian Masalah Menggunakan Heuristik Garis JjalurNorazlin Mohd Rusdin
 
Spe3032 lukisan bangunan-clo
Spe3032 lukisan bangunan-cloSpe3032 lukisan bangunan-clo
Spe3032 lukisan bangunan-clodayana farzeeha
 
Rancangan pengajaran harian dsv kssr tahun 3
Rancangan pengajaran harian dsv kssr tahun 3Rancangan pengajaran harian dsv kssr tahun 3
Rancangan pengajaran harian dsv kssr tahun 3Julieza Hj Japar
 
Spe3032 lukisan bangunan-clo
Spe3032 lukisan bangunan-cloSpe3032 lukisan bangunan-clo
Spe3032 lukisan bangunan-clodayana farzeeha
 
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2SMK SERI PErMAISURI
 
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICTModul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICTNorazlin Mohd Rusdin
 

What's hot (19)

Rph dsv tahun 1
Rph dsv tahun 1Rph dsv tahun 1
Rph dsv tahun 1
 
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
Manual Guru Kerjs Kursus Seni Visual 2016
 
900 sp pengajian am modular
900 sp pengajian am modular900 sp pengajian am modular
900 sp pengajian am modular
 
Contoh rph topeng thn 3.docx
Contoh rph topeng thn 3.docxContoh rph topeng thn 3.docx
Contoh rph topeng thn 3.docx
 
Rph dsv thn 2 2013
Rph dsv thn 2 2013Rph dsv thn 2 2013
Rph dsv thn 2 2013
 
Rancangan pengajaran harian seni visual th 2
Rancangan pengajaran harian seni visual th 2Rancangan pengajaran harian seni visual th 2
Rancangan pengajaran harian seni visual th 2
 
Rph dsv thn 3 (montaj)
Rph dsv thn 3 (montaj)Rph dsv thn 3 (montaj)
Rph dsv thn 3 (montaj)
 
Rph pendidikan seni
Rph pendidikan seniRph pendidikan seni
Rph pendidikan seni
 
Aa sukatan pelajaran 2016 (STPM)
Aa sukatan pelajaran 2016 (STPM)Aa sukatan pelajaran 2016 (STPM)
Aa sukatan pelajaran 2016 (STPM)
 
psv t4 ukiran
psv t4 ukiranpsv t4 ukiran
psv t4 ukiran
 
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
 
RPH Penyelesaian Masalah Menggunakan Heuristik Garis Jjalur
RPH Penyelesaian Masalah Menggunakan Heuristik Garis JjalurRPH Penyelesaian Masalah Menggunakan Heuristik Garis Jjalur
RPH Penyelesaian Masalah Menggunakan Heuristik Garis Jjalur
 
Rpt psv tahun 3
Rpt psv tahun 3Rpt psv tahun 3
Rpt psv tahun 3
 
Spe3032 lukisan bangunan-clo
Spe3032 lukisan bangunan-cloSpe3032 lukisan bangunan-clo
Spe3032 lukisan bangunan-clo
 
Rancangan pengajaran harian dsv kssr tahun 3
Rancangan pengajaran harian dsv kssr tahun 3Rancangan pengajaran harian dsv kssr tahun 3
Rancangan pengajaran harian dsv kssr tahun 3
 
Spe3032 lukisan bangunan-clo
Spe3032 lukisan bangunan-cloSpe3032 lukisan bangunan-clo
Spe3032 lukisan bangunan-clo
 
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
 
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICTModul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT
Modul Pengajaran Matematik Mengintegrasikan ICT
 
Rph dsv kump. 4
Rph dsv kump. 4Rph dsv kump. 4
Rph dsv kump. 4
 

Similar to Manual guru kerja kursus sv 9703 2019

Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiManual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiRAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografiManual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografiRAMLAH BINTI A. RANI
 
Geo manual kerja kursus 942 4 2017
Geo manual kerja kursus  942 4 2017Geo manual kerja kursus  942 4 2017
Geo manual kerja kursus 942 4 2017RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014sarinahashim
 
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedManual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedRAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus  942 4 2016-editedManual kerja kursus  942 4 2016-edited
Manual kerja kursus 942 4 2016-editedSiti Hajar
 
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual pbs 2014
Manual pbs 2014Manual pbs 2014
Manual pbs 2014Mohd Ariff
 
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
Manual Kerja Kursus  Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015    Manual Kerja Kursus  Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015 RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Venny Chang
 
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016RAMLAH BINTI A. RANI
 

Similar to Manual guru kerja kursus sv 9703 2019 (20)

Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
 
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiManual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
 
Usuluddin manual kk 931 2017
Usuluddin manual kk 931 2017Usuluddin manual kk 931 2017
Usuluddin manual kk 931 2017
 
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografiManual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografi
 
Geo manual kerja kursus 942 4 2017
Geo manual kerja kursus  942 4 2017Geo manual kerja kursus  942 4 2017
Geo manual kerja kursus 942 4 2017
 
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
 
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
 
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedManual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
 
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus  942 4 2016-editedManual kerja kursus  942 4 2016-edited
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
 
Manual kerja kursus syariah
Manual kerja kursus syariahManual kerja kursus syariah
Manual kerja kursus syariah
 
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
 
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
 
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
Manual guru kks syariah 2017 (16.8.16)(edited 050117)
 
Manual pbs 2014
Manual pbs 2014Manual pbs 2014
Manual pbs 2014
 
9304 manual kks syariah 2018
9304 manual kks  syariah 2018 9304 manual kks  syariah 2018
9304 manual kks syariah 2018
 
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
 
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
Manual Kerja Kursus  Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015    Manual Kerja Kursus  Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
 
Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015
 
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
Manual Guru kERJA KURSUS Syariah 2016
 

More from RAMLAH BINTI A. RANI

Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat RAMLAH BINTI A. RANI
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018 RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 20189224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 

More from RAMLAH BINTI A. RANI (20)

Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019   taklimat guru rarKk pp stpm 2019   taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
 
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
 
Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019
 
Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
 
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.20179404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
 
9404 kerja kursus sejarah 2018
9404  kerja kursus sejarah 20189404  kerja kursus sejarah 2018
9404 kerja kursus sejarah 2018
 
9304 soalan syariah 2018
9304 soalan  syariah 20189304 soalan  syariah 2018
9304 soalan syariah 2018
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 20189224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 

Recently uploaded

Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (12)

Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

Manual guru kerja kursus sv 9703 2019

  • 1. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 1 TERHAD MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Projek Kajian Seni Visual Kertas 3 (970/3) Semester 3 Tahun 2019 PERINGATAN : Manual ini khusus untuk penggunaan guru/calon sahaja Buku panduan ini terdiri daripada 25 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
  • 2. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 2 KANDUNGAN Bil. Perkara Halaman BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan 3 2.0 Objektif 3 – 4 3.0 Pelaksanaan Kerja Projek 3.1 Arahan Umum 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru 3.4 Tanggungjawab Calon 4 4 5 – 4 5 – 8 8– 9 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 10– 12 5.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 13 Lampiran 14– 19 BAHAGIAN II : CALON 6.0 Tanggungjawab Calon 20 – 21 7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 22 – 24 8.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 25
  • 3. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 3 1.0 Pengenalan Panduan ini disediakan untuk guru/pemeriksa dan calon bagi melaksanakan Projek Kajian Seni Visual bagi semester 3. Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk semester 3. Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. 2.0 Objektif Panduan ini bertujuan untuk memberikan arahan dan rujukan bagi guru/pemeriksa dan calon untuk melaksanakan Projek Kajian Seni Visual dan cara pentaksirannya. Objektif kerja projek ini disediakan adalah untuk mentaksir keupayaan calon dalam : (a) Menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi cadangan pengkaryaan (b) Mengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi kajian, eksperimentasi, eksplorasi, rujukan, dan sumber (c) Menentukan pendekatan aspek formal yang dipilih yang melibatkan elemen, media, dan teknik (d) Menentukan gaya penghasilan atau penampilan karya (e) Mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses penghasilan karya (f) Menghasilkan lakaran yang menjurus kepada yang konkrit (g) Menggunakan kepelbagaian kajian, eksperimentasi, dan eksplorasi terhadap media dan teknik (h) Menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej (i) Menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri (j) Mengenengahkan idea-idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan (k) Berhujah terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya dalam konteks yang dipilih (l) Mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual (m) Mengorganisasikan persembahan dan peragaan karya BAHAGIAN I : GURU
  • 4. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 4 (n) Mengaplikasi kemahiran insaniah (soft skills) yang menjurus kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerjasama, kemahiran mengurus masa, dan menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika. 3.0 Pelaksanaan Kerja Projek 3.1 Arahan Umum 3.1.1 Calon dikehendaki memilih satu soalan projek kajian daripada dua soalan yang diberikan. 3.1.2 Soalan Projek Kajian Seni Visual terdiri daripada bidang pengkaryaan dan perekaan. 3.1.3 Calon perlu menghasilkan karya seni berdasarkan soalan yang dipilih. 3.1.4 Tempoh pelaksanaan kerja projek ini adalah sepanjang semester 3. 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah. 3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran masing-masing. 3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 970/3 mendapat bimbingan dan penyeliaan kerja projek daripada guru yang berkelayakan dalam bidang Seni Visual. 3.2.4 Menyediakan kemudahan asas yang diperlukan untuk melaksanakan kerja projek Seni Visual STPM di sekolah. 3.2.5 Memastikan bahawa calon tidak menghadapi masalah dalam penyediaan semua peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan tugasan kerja projek. MPM tidak menyediakan sebarang peruntukan kepada sekolah untuk membiayai penyediaan keperluan berkenaan. 3.2.6 Memastikan bahawa pelaksanaan kerja projek ini diserapkan dalam strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan. Kerja projek merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. 3.2.7 Mendapatkan maklumat daripada Guru Seni Visual tentang tahap kemajuan kerja projek calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon. 3.2.8 Memastikan bahawa kerja projek ini dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang ditetapkan.
  • 5. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 5 3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan hasil kerja projek calon di sekolah. 3.2.10 Memastikan guru menyimpan evidence kerja projek calon dalam tempoh enam bulan daripada tarikh penghantaran markah kepada MPM. 3.2.11 Memastikan evidence kerja projek dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan. 3.3 Tanggungjawab Guru 3.3.1 Memastikan bahawa calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Seni Visual sebaik-baiknya. 3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan Projek Kajian Seni Visual. 3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Seni Visual dari portal MPM. 3.3.4 Menyediakan tempat yang sesuai untuk calon menjalankan tugasan kerja projek mereka di sekolah. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) tidak menyediakan peruntukan untuk membiayai penyediaan tempat berkenaan. 3.3.5 Memberikan penjelasan kepada calon dan berbincang dengan mereka tentangSoalan Kerja Kursus Seni Visual Kertas 3 (Projek Kajian Seni Visual) 970/3 STPM 2018 secara terperinci. 3.3.6 Memastikan bahawa calon mempunyai peralatan dan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya. MPM tidak menyediakan peruntukan untuk membiayai penyediaan peralatan dan bahan berkenaan. 3.3.7 Mengingatkan calon bahawa kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada peperiksaan, dan dengan yang demikian, kerja projek ini terikat dengan peraturan peperiksaan. 3.3.8 Memastikan bahawa calon menjalankan kerja projek masing- masing secara individu tanpa bantuan dari pihak luar. 3.3.9 Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) Memilih soalan untuk menjalankan kerja projek (b) Memahami kehendak soalan Projek Kajian Seni Visual (c) Mengenal pasti buku, majalah, artikel, dan dokumen rujukan yang sesuai 3.3.10 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan dalam Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual.
  • 6. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 6 3.3.11 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam setiap proses kerja projek mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Seni Visual 3.3.12 Mengingatkan calon agar setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan sebagainya) 3.3.13 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta sesiapa sahaja untuk menghasilkan kerja projek calon 3.3.14 Menyelia dan membimbing calon dalam melaksanakan kerja projek sebagaimana yang diperlukan. Walau bagaimanapun, guru Seni Visual tidak dibenarkan sama sekali memberikan bantuan amali kepada calon bagi setiap proses yang dilaksanakan oleh calon. 3.3.15 Memantau perkembangan proses kerja projek setiap calon dari semasa ke semasa sepanjang tempoh pelaksanaan kerja projek 3.3.16 Memastikan calon sentiasa membawa dan mengisi Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 1) setiap kali pertemuan/perbincangan bersama guru dalam pelaksanaan proses kerja projek 3.3.17 Guru Seni Visual hendaklah memberikan ulasan, cadangan, dan tunjuk ajar secara berterusan kepada calon agar calon berpeluang membuat penambahbaikan pada hasil kerja masing-masing 3.3.18 Memastikan bahawa tidak terdapat unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik dalam kerja projek setiap calon 3.3.19 Memastikan bahawa aspek keselamatan diberikan perhatian sepanjang masa kerja projek dilaksanakan 3.3.20 Membimbing calon dalam persembahan dan peragaan kerja projek kajian seni visual yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 3.3.21 Memastikan semua calon menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai kepada guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) hendaklah digunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2). 3.3.22 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.
  • 7. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 7 3.3.23 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang dilampirkan bersama kerja projek. 3.3.24 Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon, dan mengisi markah pada Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4a atau Lampiran 4b) serta menandatanganinya. 3.3.25 Mengisikan markah keseluruhan setiap calon pada Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) (Lampiran 5) serta menandatanganinya. Mendapatkan perakuan/pengesahan daripada pengetua untuk Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) tersebut. 3.3.26 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja projek kajian seni visual calon. 3.3.27 Memasukkan markah kerja projek kajian seni visual calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan menghantar markah kerja projek kajian seni visual calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja projek kajian seni visual dan tidak mengambil kertas 970/3, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM. 3.3.28 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4a atau Lampiran 4b) dan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) (Lampiran 5) hendaklah dihantar ke alamat yang berikut: Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100, Batu Caves, Selangor (u/p: Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET) Guru perlu menyimpan salinan borang tersebut BMKKC dan BRuMKK di dalam fail kerja kursus. Borang BMKKC dan BRuMKK perlu dihantar sebelum 31 Oktober 2019, manakala markah dari e- submission (yang telah dihantar) perlu dicetak dan disimpan fail kerja kursusnya. 3.3.29 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari 9 – 20 September 2019 untuk persembahan/peragaan kepada umum. 3.3.30 Menyimpan evidence kerja projek calon di tempat yang tidak terdedah dan selamat dari tarikh memasukkan markah ke e-submission tamat hingga keputusan STPM diumumkan
  • 8. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 8 3.3.31 Melupuskan evidence kerja projek calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (rujuk lampiran). 3.4 Tanggungjawab Calon 3.4.1 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) 3.4.2 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual) 3.4.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan 3.4.4 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu 3.4.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu : (a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual yang disediakan (b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas akan soalan yang dipilih (c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 3.4.6 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan sebagainya). 3.4.7 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk kepada guru di tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru (fail/dijilid/drawing folder dan sebagainya). 3.4.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk menghasilkan kerja projek calon. 3.4.9 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC) (Lampiran 1) dan sentiasa membawanya setiap kali pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana kerja projek 3.4.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2) 3.4.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.
  • 9. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 9 3.4.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3). 3.4.13 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi persembahan dan peragaan kerja projek. Calon perlu mengikut peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada pengetua jika ingin mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas. 3.4.14 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari 9 – 20 September 2019 untuk persembahan/peragaan kepada umum.
  • 10. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 10 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual 4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia 4.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual adalah seperti berikut : Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan JU/Guru Tindakan Calon 22 April 2019 MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (www.mpm.edu.my) (a) Manual Kerja Kursus yang mengandungi Bahagian I : Guru, Bahagian II : Calon (b) Soalan Kerja Kursus Seni Visual STPM 2019 (c) Kriteria Penilaian dan Pemarkahan  Memuat turun Manual Kerja Kursus Seni Visual STPM 2019  Memuat turun Soalan dan Kriteria Penilaian dan Pemarkahan Tidak berkenaan 10 – 21 Jun 2019 (minggu pertama – ke-2) Cadangan pengkaryaan (a) Penulisan (idea perlu disokong dengan visual) (b) Pembentangan (untuk tujuan perbincangan dan memantapkan proposal)  Memperbanyak Manual Bahagian II:Calon serta soalan kerja kursus  Mengedarkan soalan dan manual kepada calon  Memberi penerangan tugasan kepada calon  Guru perlu memastikan pelajar sudah mempunyai pilihan dan idea  Guru perlu memberi markah pada borang BMKKC (Lampiran 4a atau Lampiran 4b)  Calon menerima soalan dan manual.  Calon memilih soalan dan mendapatkan idea untuk soalan yang dipilih  Calon perlu memberi penerangan/ pembentangan idea kepada guru.  Calon perlu menyiapkan cadangan pengkaryaan mengikut tarikh yang ditetapkan.
  • 11. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 11 Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan JU/Guru Tindakan Calon 24 Jun – 6 September 2019 (minggu 4 – 14) 10 minggu *Minggu 10 – cuti sekolah 10 – 18 Ogos 2019 Penghasilan karya/perekaan (a) Kajian visual (b) Lakaran (c) Lukisan akhir (d) Kajian media (e) Kajian teknik (f) Karya akhir (g) Ketepatan subjek (h) Kekuatan aspek formal (i) Gaya penampilan tersendiri (j) Kekuatan kandungan/fungsi (k) Keaslian (l) Kemasan (m) Dokumentasi tatacara penghasilan karya (n) Kemasan dokumentasi * dokumentasi perlu disokong dengan gambar/foto  Guru perlu membimbing calon dalam penghasilan karya  Guru tidak dibenarkan untuk membantu calon melakukan/ menyiapkan tugasan calon  Setiap pertemuan atau perbincangan antara guru dengan calon, guru perlu merekodkannya dalam borang BRKKC (Lampiran 1)  Bagi setiap proses yang calon laksanakan, guru perlu memberi markah pada borang BMKKC (Lampiran 4a atau Lampiran 4b)  Calon perlu menghasilkan karya berdasarkan idea/kemahiran sendiri  Calon perlu mendapatkan bimbingan daripada guru untuk setiap proses pelaksanaan kerja kursus agar kesilapan tidak dilakukan.  Bagi setiap pertemuan atau perbincangan antara guru dengan calon, calon perlu merekodkannya dalam borang BRKKC (Lampiran 1)  Calon perlu menyiapkan proses penghasilan karya mengikut tarikh yang ditetapkan. 9 – 20 September 2019 (minggu 15 – 16) e- submission dibuka bermula 21 September – 21 Oktober 2019 (a) Persembahan dan peragaan (b) Peragaan (c) Pameran dan kemasan (d) Apresiasi (e) Penyataan karya secara bertulis dan pembentangan lisan * e-submission dibuka pada selama tempoh sebulan.  Guru perlu membimbing calon untuk mengadakan peragaan hasil karya calon  Guru perlu memastikan semasa persembahan secara lisan/ pembentangan calon, ia tidak diadakan secara terbuka.  Calon perlu memperagakan hasil karya dalam pameran mini dengan bimbingan guru.  Calon perlu membentangkan/ mempersembahkan hasil karya secara lisan dan bertulis.
  • 12. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 12 Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan JU/Guru Tindakan Calon  Setiap persembahan dan peragaan yang calon laksanakan, guru perlu memberikan markah pada borang BMKKC (Lampiran 4a atau Lampiran 4b)  Guru perlu memasukkan markah keseluruhan setiap pelajar pada borang BRuMKK (Lampiran 5).  Guru perlu menghantar borang BMKKC (Lampiran 4a atau Lampiran 4b) dan borangBRuMKK (Lampiran 5) ke MPM. Salinan borang-borang tersebut perlu disimpan di dalam fail kerja kursus.  Guru perlu memasukkan markah keseluruhan pelajar ke dalam e- submission sebelum 21 Oktober 2019. Guru perlu mencetak markah e-submission dan simpan di dalam fail kerja kursus.  Calon perlu menjaga pameran mini jika ada warga sekolah (bukan calon seni) yang ingin melihat pameran pada luar waktu pembentangan/ persembahan dengan guru
  • 13. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 13 5.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya 5.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja projek. 5.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun (toksid), bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk menghasilkan kerja projek. 5.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek. 5.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan bergambar tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan. 5.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran, gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang berkenaan. 5.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah disertakan dalam pendokumentasian. 5.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan penyeliaan oleh guru Seni Visual. 5.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak dibenarkan sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain. 5.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut kreativiti sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut spesifikasi yang ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih. 5.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar itu bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi mata pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.
  • 14. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 14 Lampiran 1 BRKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PROJEK KAJIAN SENI VISUAL SEMESTER 3 TAHUN 2019 MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3) BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. pusat/angka giliran: .............................. No. kad pengenalan:................................................ Tarikh aktiviti Aktiviti dalam Projek Kajian Seni Visual (Untuk diisi oleh calon) Ulasan guru Tandatangan Calon Tandatangan guru (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Seni Visual Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam Projek Kajian Seni Visual STPM 2019 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru Seni Visual: ................................................ Nama Guru Seni Visual: ........................................................... Tarikh: ............................................. Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan pada bahagian depan (sebelum pendokumentasian kerja projek) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai
  • 15. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 15 Lampiran 2 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2019 Projek Penghasilan Karya Seni Visual SEMESTER 3 TAHUN 2019 MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3) TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/PENILAI TANDATANGAN GURU/PENILAI TARIKH
  • 16. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 16 Lampiran 3 BPC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PROJEK KAJIAN SENI VISUAL SEMESTER 3 TAHUN 2019 MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3) BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja projek yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat Kerja kursus Calon Makluman kepada Calon: Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja projek tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek penghasilan karya Seni Visual (970) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Seni Visual di sekolah. Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja projek Seni Visual (970) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh Alamat
  • 17. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 17 Lampiran 4a BMKKC (PENGKARYAAN) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3) BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PENGKARYAAN) Nama Calon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......…………… No. Kad Pengenalan : ………………………..........……….. Format/Kriteria penilaian Penilai Pernyataan permasalahan kajian berdasarkan tema [20] Penentuan konsep, subjek, dan kandungan [30] Penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilan [20] Pernyataan kepentingan projek dan keaslian [20] Sumber dan rujukan [10] Jumlah [100] Markah selepas faktor [20] Cadangan pengkaryaan Guru Penyelaras Format/Kriteria penilaian Penilai Lakaran proses perkembangan idea [20] Kajian komposisi dan warna [20] Lakaran akhir [10] Proses pengkaryaan berdasarkan kajian pemilihan media, teknik, daneksperimentasi, [20] Karya akhir [20] Pendokumentasian proses penghasilan karya secara penulisan dan visual [10] Jumlah [100] Markah selepas faktor [60] Penghasilan karya Guru Penyelaras Format/kriteria penilaian Penilai Pameran hasil karya dan kemasan [50] Apresiasi [50] Jumlah [100] Markah selepas faktor [20]Pernyataan Pelukis [10] (Artist Statement) Lisan [40] Persembahan dan peragaan Guru Penyelaras PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..…….. Nama : …………………………………………………….…………….. Nama : ……………………………………………………….…..………….. No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ……………………………… Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ………………………………………. No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ……………………… No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ……………………… Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).
  • 18. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 18 Lampiran 4b BMKKC (PEREKAAN) Nama Calon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......…………… No. Kad Pengenalan : ………………………..........……….. Format/Kriteria penilaian Penilai Design Brief [15] Pernyataan permasalahan kajian [15] Penentuan konsep reka bentuk dan jalan penceritaan [45] Pernyataan kepentingan projek dan keaslian [15] Sumber dan rujukan [10] Jumlah [100] Markah selepas faktor [20] Cadangan perekaan Guru Penyelaras Format/Kriteria penilaian Penilai Lakaran kenit (thumbnail) [15] Kajian watak- watak [20] Kajian reka letak, imej, dan tipografi [20] Lukisan komprehensif [15] Penghasilan Dummy lengkap [20] Pendokumentasian proses perekaan secara penulisan dan visual [10] Jumlah [100] Markah selepas faktor [60] Penghasilan reka bentuk Guru Penyelaras Format/kriteria penilaian Penilai Pameran perekaan model dan kemasan [50] Apresiasi [50] Jumlah [100] Markah selepas faktor [20] Pernyataan reka bentuk [10] (Design Statement) Lisan [40] Persembahan dan peragaan Guru Penyelaras MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3) BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PEREKAAN) PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..…….. Nama : …………………………………………………….…………….. Nama : ……………………………………………………….…..………….. No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ……………………………… Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ………………………………………. No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ……………………… No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ……………………… Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).
  • 19. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 19 Lampiran 5 BRuMKK MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON SEMESTER : TAHUN: ____________ MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3) NAMA SEKOLAH/NO.PUSAT: (Uutuk diisi oleh guru/pemeriksa) BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN (Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman) PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru:………………………......... Tandatangan Pengetua :……………......... Nama:………………………………………..... Nama:……………………………………………. No. Kad Pengenalan:………………………….. No. Kad Pengenalan:……………………………. Tarikh:……………………………………........ Tarikh:…………………………………………... No. Telefon(sekolah):………………………... (bimbit):………………………… No. Telefon (sekolah):…………………………... (bimbit):…………………………..... Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).
  • 20. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 20 6.0 Tanggungjawab Calon 6.1 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) 6.2 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual) 6.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan 6.4 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu 6.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu: (a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual yang disediakan (b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas akan soalan yang dipilih (c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 6.6 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan sebagainya) 6.7 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk kepada guru di tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru (fail/dijilid/drawing folder dan sebagainya) 6.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk menghasilkan kerja projek calon 6.9 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC) (Lampiran 1) dan sentiasa membawanya setiap kali pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana kerja projek 6.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2) BAHAGIAN II : CALON
  • 21. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 21 6.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM. 6.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) 6.13 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi persembahan dan peragaan kerja projek. Calon perlu mengikut peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada pengetua jika ingin mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas 6.14 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari 9 – 20 September 2019 untuk persembahan/peragaan kepada umum. 6.15 Sentiasa bersedia untuk membentangkan (persembahan dan peragaan) sebanyak dua kali jika kerja projek dipilih untuk pemantauan.
  • 22. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 22 7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual 7.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia 7.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual adalah seperti berikut : Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan JU/Guru Tindakan Calon 22 April 2019 MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (www.mpm.edu.my) (d) Manual Kerja Kursus yang mengandungi Bahagian I : Guru, Bahagian II : Calon (e) Soalan Kerja Kursus Seni Visual STPM 2019 (f) Kriteria Penilaian dan Pemarkahan  Memuat turun Manual Kerja Kursus Seni Visual STPM 2019  Memuat turun Soalan dan Kriteria Penilaian dan Pemarkahan Tidak berkenaan 10 – 21 Jun 2019 (minggu pertama – ke-2) Cadangan pengkaryaan (b) Penulisan (idea perlu disokong dengan visual) (b) Pembentangan (untuk tujuan perbincangan dan memantapkan proposal)  Memperbanyak Manual Bahagian II:Calon serta soalan kerja kursus  Mengedarkan soalan dan manual kepada calon  Memberi penerangan tugasan kepada calon  Guru perlu memastikan pelajar sudah mempunyai pilihan dan idea  Guru perlu memberi markah pada borang BMKKC (Lampiran 4a atau Lampiran 4b)  Calon menerima soalan dan manual.  Calon memilih soalan dan mendapatkan idea untuk soalan yang dipilih  Calon perlu memberi penerangan/ pembentangan idea kepada guru.  Calon perlu menyiapkan cadangan pengkaryaan mengikut tarikh yang ditetapkan.
  • 23. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 23 Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan JU/Guru Tindakan Calon 24 Jun – 6 September 2019 (minggu 4 – 14) 10 minggu *Minggu 10 – cuti sekolah 10 – 18 Ogos 2019 Penghasilan karya/perekaan (o) Kajian visual (p) Lakaran (q) Lukisan akhir (r) Kajian media (s) Kajian teknik (t) Karya akhir (u) Ketepatan subjek (v) Kekuatan aspek formal (w) Gaya penampilan tersendiri (x) Kekuatan kandungan/fungsi (y) Keaslian (z) Kemasan (aa) Dokumentasi tatacara penghasilan karya (bb) Kemasan dokumentasi * dokumentasi perlu disokong dengan gambar/foto  Guru perlu membimbing calon dalam penghasilan karya  Guru tidak dibenarkan untuk membantu calon melakukan/ menyiapkan tugasan calon  Setiap pertemuan atau perbincangan antara guru dengan calon, guru perlu merekodkannya dalam borang BRKKC (Lampiran 1)  Bagi setiap proses yang calon laksanakan, guru perlu memberi markah pada borang BMKKC (Lampiran 4a atau Lampiran 4b)  Calon perlu menghasilkan karya berdasarkan idea/kemahiran sendiri  Calon perlu mendapatkan bimbingan daripada guru untuk setiap proses pelaksanaan kerja kursus agar kesilapan tidak dilakukan.  Bagi setiap pertemuan atau perbincangan antara guru dengan calon, calon perlu merekodkannya dalam borang BRKKC (Lampiran 1)  Calon perlu menyiapkan proses penghasilan karya mengikut tarikh yang ditetapkan. 9 – 20 September 2019 (minggu 15 – 16) e- submission dibuka bermula 21 September – 21 Oktober 2019 (f) Persembahan dan peragaan (g) Peragaan (h) Pameran dan kemasan (i) Apresiasi (j) Penyataan karya secara bertulis dan pembentangan lisan * e-submission dibuka pada selama tempoh sebulan.  Guru perlu membimbing calon untuk mengadakan peragaan hasil karya calon  Guru perlu memastikan semasa persembahan secara lisan/ pembentangan calon, ia tidak diadakan secara terbuka.  Calon perlu memperagakan hasil karya dalam pameran mini dengan bimbingan guru.  Calon perlu membentangkan/ mempersembahkan hasil karya secara lisan dan bertulis.
  • 24. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 24 Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan JU/Guru Tindakan Calon  Setiap persembahan dan peragaan yang calon laksanakan, guru perlu memberikan markah pada borang BMKKC (Lampiran 4a atau Lampiran 4b)  Guru perlu memasukkan markah keseluruhan setiap pelajar pada borang BRuMKK (Lampiran 5).  Guru perlu menghantar borang BMKKC (Lampiran 4a atau Lampiran 4b) dan borangBRuMKK (Lampiran 5) ke MPM. Salinan borang-borang tersebut perlu disimpan di dalam fail kerja kursus.  Guru perlu memasukkan markah keseluruhan pelajar ke dalam e- submission sebelum 21 Oktober 2019. Guru perlu mencetak markah e-submission dan simpan di dalam fail kerja kursus.  Calon perlu menjaga pameran mini jika ada warga sekolah (bukan calon seni) yang ingin melihat pameran pada luar waktu pembentangan/ persembahan dengan guru
  • 25. TERHAD STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD 25 8.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya 8.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja projek. 8.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun (toksid), bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk menghasilkan kerja projek. 8.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek. 8.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan bergambar tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan. 8.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran, gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang berkenaan. 8.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah disertakan dalam pendokumentasian. 8.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan penyeliaan oleh guru Seni Visual. 8.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak dibenarkan sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain. 8.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut kreativiti sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut spesifikasi yang ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih. 8.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar itu bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi mata pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.