Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Seni visual manual kk projek 9703

1,896 views

Published on

Kerja Kursus Seni Visual 9703 Penggal 3 2017

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Seni visual manual kk projek 9703

  1. 1. TERHAD STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Projek Kajian Seni Visual Kertas 3 (970/3) Penggal 3 Tahun 2017 PERINGATAN : Manual ini khusus untuk penggunaan guru/calon sahaja Buku panduan ini terdiri daripada 25 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia TERHAD MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
  2. 2. TERHAD 2 STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD KANDUNGAN Bil. Perkara Halaman BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan 3 2.0 Objektif 3 – 4 3.0 Pelaksanaan Kerja Projek 3.1 Arahan Umum 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru 3.4 Tanggungjawab Calon 4 4 4 – 5 5 – 8 8 – 9 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 10– 12 5.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 13 Lampiran 14– 19 BAHAGIAN II : CALON 6.0 Tanggungjawab Calon 20 – 21 7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 22 – 24 8.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 25
  3. 3. TERHAD 3 STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD 1.0 Pengenalan Panduan ini disediakan untuk guru/pemeriksa dan calon bagi melaksanakan Projek Kajian Seni Visual bagi penggal 3. Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada komponen pentaksiran untuk penggal 3. Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. 2.0 Objektif Panduan ini bertujuan untuk memberikan arahan dan rujukan bagi guru/pemeriksa dan calon untuk melaksanakan Projek Kajian Seni Visual dan cara pentaksirannya. Objektif kerja projek ini disediakan adalah untuk mentaksir keupayaan calon dalam : (a) Menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi cadangan pengkaryaan (b) Mengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi kajian, eksperimentasi, eksplorasi, rujukan, dan sumber (c) Menentukan pendekatan aspek formal yang dipilih yang melibatkan elemen, media, dan teknik (d) Menentukan gaya penghasilan atau penampilan karya (e) Mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses penghasilan karya (f) Menghasilkan lakaran yang menjurus kepada yang konkrit (g) Menggunakan kepelbagaian kajian, eksperimentasi, dan eksplorasi terhadap media dan teknik (h) Menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej (i) Menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri (j) Mengenengahkan idea-idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan (k) Berhujah terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya dalam konteks yang dipilih (l) Mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual (m) Mengorganisasikan persembahan dan peragaan karya BAHAGIAN I : GURU
  4. 4. TERHAD 4 STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD (n) Mengaplikasi kemahiran insaniah (soft skills) yang menjurus kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerjasama, kemahiran mengurus masa, dan menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika. 3.0 Pelaksanaan Kerja Projek 3.1 Arahan Umum 3.1.1 Calon dikehendaki memilih satu soalan projek kajian daripada dua soalan yang diberikan. 3.1.2 Soalan Projek Kajian Seni Visual terdiri daripada bidang pengkaryaan dan perekaan. 3.1.3 Calon perlu menghasilkan karya seni berdasarkan soalan yang dipilih. 3.1.4 Tempoh pelaksanaan kerja projek ini adalah sepanjang penggal 3. 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah. 3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran masing-masing. 3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 970/3 mendapat bimbingan dan penyeliaan kerja projek daripada guru yang berkelayakan dalam bidang Seni Visual. 3.2.4 Menyediakan kemudahan asas yang diperlukan untuk melaksanakan kerja projek Seni Visual STPM di sekolah. 3.2.5 Memastikan bahawa calon tidak menghadapi masalah dalam penyediaan semua peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan tugasan kerja projek. MPM tidak menyediakan sebarang peruntukan kepada sekolah untuk membiayai penyediaan keperluan berkenaan. 3.2.6 Memastikan bahawa pelaksanaan kerja projek ini diserapkan dalam strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan. Kerja projek merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. 3.2.7 Mendapatkan maklumat daripada Guru Seni Visual tentang tahap kemajuan kerja projek calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon. 3.2.8 Memastikan bahawa kerja projek ini dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang ditetapkan.
  5. 5. TERHAD 5 STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD 3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan hasil kerja projek calon di sekolah. 3.2.10 Memastikan guru menyimpan evidens kerja projek calon dalam tempoh enam bulan daripada tarikh penghantaran markah kepada MPM. 3.2.11 Memastikan evidens kerja projek dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan. 3.3 Tanggungjawab Guru 3.3.1 Memastikan bahawa calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Seni Visual sebaik-baiknya. 3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan Projek Kajian Seni Visual. 3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Seni Visual dari portal MPM. 3.3.4 Menyediakan tempat yang sesuai untuk calon menjalankan tugasan kerja projek mereka di sekolah. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) tidak menyediakan peruntukan untuk membiayai penyediaan tempat berkenaan. 3.3.5 Memberikan penjelasan kepada calon dan berbincang dengan mereka tentang Soalan Kerja Kursus Seni Visual Kertas 3 (Projek Kajian Seni Visual) 970/3 STPM 2017 secara terperinci. 3.3.6 Memastikan bahawa calon mempunyai peralatan dan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya. MPM tidak menyediakan peruntukan untuk membiayai penyediaan peralatan dan bahan berkenaan. 3.3.7 Mengingatkan calon bahawa kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada peperiksaan, dan dengan yang demikian, kerja projek ini terikat dengan peraturan peperiksaan. 3.3.8 Memastikan bahawa calon menjalankan kerja projek masing-masing secara individu tanpa bantuan dari pihak luar. 3.3.9 Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) Memilih soalan untuk menjalankan kerja projek (b) Memahami kehendak soalan Projek Kajian Seni Visual (c) Mengenal pasti buku, majalah, artikel, dan dokumen rujukan yang sesuai
  6. 6. TERHAD 6 STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD 3.3.10 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan dalam Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual. 3.3.11 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam setiap proses kerja projek mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Seni Visual 3.3.12 Mengingatkan calon agar setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan sebagainya) 3.3.13 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta sesiapa sahaja untuk menghasilkan kerja projek calon 3.3.14 Menyelia dan membimbing calon dalam melaksanakan kerja projek sebagaimana yang diperlukan. Walau bagaimanapun, guru Seni Visual tidak dibenarkan sama sekali memberikan bantuan amali kepada calon bagi setiap proses yang dilaksanakan oleh calon. 3.3.15 Memantau perkembangan proses kerja projek setiap calon dari semasa ke semasa sepanjang tempoh pelaksanaan kerja projek 3.3.16 Memastikan calon sentiasa membawa dan mengisi Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 1) setiap kali pertemuan/perbincangan bersama guru dalam pelaksanaan proses kerja projek 3.3.17 Guru Seni Visual hendaklah memberikan ulasan, cadangan, dan tunjuk ajar secara berterusan kepada calon agar calon berpeluang membuat penambahbaikan pada hasil kerja masing-masing 3.3.18 Memastikan bahawa tidak terdapat unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik dalam kerja projek setiap calon 3.3.19 Memastikan bahawa aspek keselamatan diberikan perhatian sepanjang masa kerja projek dilaksanakan 3.3.20 Membimbing calon dalam persembahan dan peragaan kerja projek kajian seni visual yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 3.3.21 Memastikan semua calon menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai kepada guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) hendaklah digunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2). 3.3.22 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru
  7. 7. TERHAD 7 STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM. 3.3.23 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang dilampirkan bersama kerja projek. 3.3.24 Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon, dan mengisi markah pada Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) serta menandatanganinya. 3.3.25 Mengisikan markah keseluruhan setiap calon pada Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) (Lampiran 5) serta menandatanganinya. Mendapatkan perakuan/pengesahan daripada pengetua untuk Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) tersebut. 3.3.26 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja projek kajian seni visual calon. 3.3.27 Memasukkan markah kerja projek kajian seni visual calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan menghantar markah kerja projek kajian seni visual calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja projek kajian seni visual dan tidak mengambil kertas 970/3, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM. 3.3.28 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) dan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) (Lampiran 5) hendaklah dihantar ke alamat yang berikut: Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET Majlis Peperiksaan Malaysia Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100, Batu Caves, Selangor (u/p: Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET) Guru perlu menyimpan salinan borang tersebut BMKKC dan BRuMKK di dalam fail kerja kursus. Borang BMKKC dan BRuMKK perlu dihantar sebelum 31 Oktober 2017, manakala markah dari e-submission (yang telah dihantar) perlu dicetak dan disimpan fail kerja kursusnya. 3.3.29 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari 18 – 22 September 2017 untuk persembahan/peragaan kepada umum.
  8. 8. TERHAD 8 STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD 3.3.30 Menyimpan evidens kerja projek calon di tempat yang tidak terdedah dan selamat dari tarikh memasukkan markah ke e-submission tamat hingga keputusan STPM diumumkan 3.3.31 Melupuskan evidens kerja projek calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (rujuk lampiran). 3.4 Tanggungjawab Calon 3.4.1 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) 3.4.2 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual) 3.4.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan 3.4.4 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu 3.4.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu : (a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual yang disediakan (b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas akan soalan yang dipilih (c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 3.4.6 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan sebagainya). 3.4.7 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk kepada guru di tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru (fail/dijilid/drawing folder dan sebagainya). 3.4.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk menghasilkan kerja projek calon. 3.4.9 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC) (Lampiran 1) dan sentiasa membawanya setiap kali pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana kerja projek 3.4.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)
  9. 9. TERHAD 9 STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD 3.4.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM. 3.4.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3). 3.4.13 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi persembahan dan peragaan kerja projek. Calon perlu mengikut peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada pengetua jika ingin mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas. 3.4.14 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari 18 – 22 September 2017 untuk persembahan/peragaan kepada umum.
  10. 10. TERHAD 10 STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual 4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia 4.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual adalah seperti berikut : Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan JU/Guru Tindakan Calon 5 Mei 2017 MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (www.mpm.edu.my) (a) Manual Kerja Kursus yang mengandungi Bahagian I : Guru, Bahagian II : Calon  Memuat turun Manual Kerja Kursus Seni Visual STPM 2017 Tidak berkenaan 13Jun 2017 (minggu pertama penggal 3) MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM(www.mpm.edu.my) (a) Soalan Kerja Kursus Seni Visual STPM 2017 (b) Kriteria Penilaian dan Pemarkahan  Memuat turun Soalan dan Kriteria Penilaian dan Pemarkahan  Memperbanyak Manual Bahagian II:Calon serta soalan kerja kursus  Mengedarkan soalan dan manual kepada calon  Memberi penerangan tugasan kepada calon  Calon menerima soalan dan manual.  Calon memilih soalan dan mendapatkan idea untuk soalan yang dipilih
  11. 11. TERHAD 11 STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan JU/Guru Tindakan Calon 19 – 30 Jun 2017 (minggu 2 – 3) Cadangan pengkaryaan (a) Penulisan (idea perlu disokong dengan visual) (b) Pembentangan (untuk tujuan perbincangan dan memantapkan proposal)  Guru perlu memastikan pelajar sudah mempunyai pilihan dan idea  Guru perlu memberi markah pada borang BMKKC (Lampiran 4)  Calon telah membuat pilihan.  Calon perlu memberi penerangan/ pembentangan idea kepada guru.  Calon perlu menyiapkan cadangan pengkaryaan mengikut tarikh yang ditetapkan. 3 Julai – 15 September 2017 (minggu 4 – 14) 10 minggu *Minggu 12 – cuti sekolah 28 Ogos – 1 September 2017 Penghasilan karya/perekaan (a) Kajian visual (b) Lakaran (c) Lukisan akhir (d) Kajian media (e) Kajian teknik (f) Karya akhir (g) Ketepatan subjek (h) Kekuatan aspek formal (i) Gaya penampilan tersendiri (j) Kekuatan kandungan/fungsi (k) Keaslian (l) Kemasan (m) Dokumentasi tatacara penghasilan karya (n) Kemasan dokumentasi * dokumentasi perlu disokong dengan gambar/foto  Guru perlu membimbing calon dalam penghasilan karya  Guru tidak dibenarkan untuk membantu calon melakukan/ menyiapkan tugasan calon  Setiap pertemuan atau perbincangan antara guru dengan calon, guru perlu merekodkannya dalam borang BRKKC (Lampiran 1)  Bagi setiap proses yang calon laksanakan, guru perlu memberi markah pada borang BMKKC (Lampiran 4)  Calon perlu menghasilkan karya berdasarkan idea/kemahiran sendiri  Calon perlu mendapatkan bimbingan daripada guru untuk setiap proses pelaksanaan kerja kursus agar kesilapan tidak dilakukan.  Bagi setiap pertemuan atau perbincangan antara guru dengan calon, calon perlu merekodkannya dalam borang BRKKC (Lampiran 1)  Calon perlu menyiapkan proses penghasilan karya mengikut tarikh yang ditetapkan.
  12. 12. TERHAD 12 STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan JU/Guru Tindakan Calon 18 – 22 September 2017 (minggu 15) * e- submission dibuka bermula tarikh 23 September – 23 Oktober 2017 (a) Persembahan dan peragaan (b) Peragaan (c) Pameran dan kemasan (d) Apresiasi (e) Penyataan karya secara bertulis dan pembentangan lisan * e-submission dibuka pada minggu akhir bulan September  Guru perlu membimbing calon untuk mengadakan peragaan hasil karya calon  Guru perlu memastikan semasa persembahan secara lisan/ pembentangan calon, ia tidak diadakan secara terbuka.  Setiap persembahan dan peragaan yang calon laksanakan, guru perlu memberikan markah pada borang BMKKC (Lampiran 4)  Guru perlu memasukkan markah keseluruhan setiap pelajarpada borang BRuMKK (Lampiran 5).  Guru perlu menghantar borang BMKKC (Lampiran 4) dan borangBRuMKK (Lampiran 5) ke MPM. Salinan borang- borang tersebut perlu disimpan di dalam fail kerja kursus.  Guru perlu memasukkan markah keseluruhan pelajar ke dalam e-submission sebelum 23 Oktober 2017. Guru perlu mencetak markah e-submission dan simpan di dalam fail kerja kursus.  Calon perlu memperagakan hasil karya dalam pameran mini dengan bimbingan guru.  Calon perlu membentangkan/ mempersembahkan hasil karya secara lisan dan bertulis.  Calon perlu menjaga pameran mini jika ada warga sekolah (bukan calon seni) yang ingin melihat pameran pada luar waktu pembentangan/ persembahan dengan guru
  13. 13. TERHAD 13 STPM 2017 - 970/3/KK/P3 TERHAD 5.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya 5.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja projek. 5.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun (toksid), bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk menghasilkan kerja projek. 5.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek. 5.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan bergambar tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan. 5.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran, gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang berkenaan. 5.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah disertakan dalam pendokumentasian. 5.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan penyeliaan oleh guru Seni Visual. 5.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak dibenarkan sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain. 5.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut kreativiti sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut spesifikasi yang ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih. 5.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar itu bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi mata pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.
  14. 14. TERHAD 14 TERHAD Lampiran 1 BRKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PROJEK KAJIAN SENI VISUAL PENGGAL 3 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3) BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. pusat/angka giliran: .............................. No. kad pengenalan:................................................ Tarikh aktiviti Aktiviti dalam Projek Kajian Seni Visual (Untuk diisi oleh calon) Ulasan guru Tandatangan Calon Tandatangan guru (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Seni Visual Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam Projek Kajian Seni Visual STPM 2017 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru Seni Visual: ................................................ Nama Guru Seni Visual: ........................................................... Tarikh: ............................................. Catatan:Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan pada bahagian depan (sebelum pendokumentasian kerja projek) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai
  15. 15. TERHAD 15 TERHAD Lampiran 2 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2017 Projek Penghasilan Karya Seni Visual PENGGAL 3 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3) TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/PENILAI TANDATANGAN GURU/PENILAI TARIKH
  16. 16. TERHAD 16 TERHAD Lampiran 3 BPC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PROJEK KAJIAN SENI VISUAL PENGGAL 3 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3) BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja projek yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat PBS Calon Makluman kepada Calon: Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja projek tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek penghasilan karya Seni Visual (970) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Seni Visual di sekolah. Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja projek Seni Visual (970) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh Alamat
  17. 17. TERHAD 17 TERHAD Lampiran 4 BMKKC (PENGKARYAAN) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3) BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PENGKARYAAN) Nama Calon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......…………… No. Kad Pengenalan : ………………………..........……….. Format/Kriteria penilaian Penilai Pernyataan permasalahan kajian [15] Penentuan tema, konsep, subjek, dan kandungan [30] Penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilan [30] Pernyataan kepentingan projek dan keaslian [15] Sumber dan rujukan [10] Jumlah [100] Markah selepas faktor [20] Cadangan pengkaryaan Guru/ Penyelaras Format/Kriteria penilaian Penilai Lakaran dan kajian visual [30] Lukisan akhir [10] Pemilihan media dan teknik, eksperimentasi, eksplorasi, dan manipulasi[20] Penentuan gaya penghasilan dan penampilan [10] Karya catan cat minyak [20] Pendokumentasian proses penghasilan karya secara penulisan dan visual [10] Jumlah [100] Markah selepas faktor [60] Penghasilan karya Guru/ Penyelaras Format/kriteria penilaian Penilai Pameran hasil karya dan kemasan [70] Apresiasi [30] Jumlah [100] Markah selepas faktor [20] Pernyataan Pelukis [20] (Artist Statment) Lisan [10] (Viva) Persembahan dan peragaan Guru Penyelaras PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..…….. Nama : …………………………………………………….…………….. Nama : ……………………………………………………….…..………….. No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ……………………………… Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ………………………………………. No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ……………………… No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ……………………… Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).
  18. 18. TERHAD 18 TERHAD Lampiran 4 BMKKC (PEREKAAN) MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3) BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PEREKAAN) Nama Calon : …………………………..........………........... Angka Giliran : ………......…………… No. Kad Pengenalan : ………………………..........……….. Format/Kriteria penilaian Penilai Pernyataan permasalahan kajian [20] Penentuan konsep dan fungsi [30] Pernyataan kepentingan projek dan keaslian [20] Pemilihan bahan dan teknik pembuatan model [20] Sumber dan rujukan [10] Jumlah [100] Markah selepas faktor [20] Cadangan perekaan Guru/ Penyelaras Format/Kriteria penilaian Penilai Lakaran [20] Lukisan ortografik[15] Lukisan isometri [15] Lukisan rendering [15] Pembuatan model[25] Pendokumentasian proses penghasilan karya secara penulisan dan visual [10] Jumlah [100] Markah selepas faktor [60] Penghasilan reka bentuk Guru/ Penyelaras Format/kriteria penilaian Penilai Pameran perekaan model dan kemasan [70] Apresiasi [30] Jumlah [100] Markah selepas faktor [20] Pernyataan pelukis [20] (Design Statment) Lisan [10] (Viva) Persembahan dan peragaan Guru Penyelaras PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….……………….. Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..…….. Nama : …………………………………………………….…………….. Nama : ……………………………………………………….…..………….. No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ……………………………… Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ………………………………………. No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ……………………… No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ……………………… Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).
  19. 19. TERHAD 19 TERHAD Lampiran 5 BRuMKK MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON PENGGAL : TAHUN: ____________ MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3) NAMA SEKOLAH/NO.PUSAT: (Uutuk diisi oleh guru/pemeriksa) BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN (Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman) PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru:………………………......... Tandatangan Pengetua :……………......... Nama:………………………………………..... Nama:……………………………………………. No. Kad Pengenalan:………………………….. No. Kad Pengenalan:……………………………. Tarikh:……………………………………........ Tarikh:…………………………………………... No. Telefon(sekolah):………………………... (bimbit):………………………… No. Telefon (sekolah):…………………………... (bimbit):…………………………..... Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).
  20. 20. TERHAD 20 TERHAD 6.0 Tanggungjawab Calon 6.1 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) 6.2 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual) 6.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan 6.4 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu 6.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu: (a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual yang disediakan (b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas akan soalan yang dipilih (c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 6.6 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan sebagainya) 6.7 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk kepada guru di tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru (fail/dijilid/drawing folder dan sebagainya) 6.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk menghasilkan kerja projek calon 6.9 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC) (Lampiran 1) dan sentiasa membawanya setiap kali pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana kerja projek 6.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2) 6.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian BAHAGIAN II : CALON
  21. 21. TERHAD 21 TERHAD Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM. 6.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) 6.13 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi persembahan dan peragaan kerja projek. Calon perlu mengikut peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada pengetua jika ingin mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas 6.14 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari 18 – 22 September 2017 untuk persembahan/peragaan kepada umum. 6.16 Sentiasa bersedia untuk membentangkan (persembahan dan peragaan) sebanyak dua kali jika kerja projek dipilih untuk pemantauan.
  22. 22. TERHAD 22 TERHAD 7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual 7.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia 7.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual adalah seperti berikut : Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan JU/Guru Tindakan Calon 5 Mei 2017 MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (www.mpm.edu.my) (a) Manual Kerja Kursus yang mengandungi Bahagian I : Guru, Bahagian II : Calon  Memuat turun Manual Kerja Kursus Seni Visual STPM 2017 Tidak berkenaan 13 Jun 2017 (minggu pertama penggal 3) MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (www.mpm.edu.my) (a) SoalanKerja Kursus Seni Visual STPM 2017 (b) Kriteria Penilaian dan Pemarkahan  Memuat turun Soalan dan Kriteria Penilaian dan Pemarkahan  Memperbanyak Manual Bahagian II:Calon serta soalan kerja kursus  Mengedarkan soalan dan manual kepada calon  Memberi penerangan tugasan kepada calon  Calon menerima soalan dan manual.  Calon memilih soalan dan mendapatkan idea untuk soalan yang dipilih
  23. 23. TERHAD 23 TERHAD Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan JU/Guru Tindakan Calon 19 – 30 Jun 2017 (minggu 2 – 3) Cadangan pengkaryaan (a) Penulisan (idea perlu disokong dengan visual) (b) Pembentangan (untuk tujuan perbincangan dan memantapkan proposal)  Guru perlu memastikan pelajar sudah mempunyai pilihan dan idea  Guru perlu memberi markah pada borang BMKKC (Lampiran 4)  Calon telah membuat pilihan.  Calon perlu memberi penerangan/ pembentangan idea kepada guru.  Calon perlu menyiapkan cadangan pengkaryaan mengikut tarikh yang ditetapkan. 3 Julai – 15 September 2017 (minggu 4 – 14) 10 minggu *Minggu 12 – cuti sekolah 28 Ogos – 1 September 2017 Penghasilan karya/perekaan (a) Kajian visual (b) Lakaran (c) Lukisan akhir (d) Kajian media (e) Kajian teknik (f) Karya akhir (g) Ketepatan subjek (h) Kekuatan aspek formal (i) Gaya penampilan tersendiri (j) Kekuatan kandungan/fungsi (k) Keaslian (l) Kemasan (m) Dokumentasi tatacara penghasilan karya (n) Kemasan dokumentasi * dokumentasi perlu disokong dengan gambar/foto  Guru perlu membimbing calon dalam penghasilan karya  Guru tidak dibenarkan untuk membantu calon melakukan/ menyiapkan tugasan calon  Setiap pertemuan atau perbincangan antara guru dengan calon, guru perlu merekodkannya dalam borang BRKKC (Lampiran 1)  Bagi setiap proses yang calon laksanakan, guru perlu memberi markah pada borang BMKKC (Lampiran 4)  Calon perlu menghasilkan karya berdasarkan idea/kemahiran sendiri  Calon perlu mendapatkan bimbingan daripada guru untuk setiap proses pelaksanaan kerja kursus agar kesilapan tidak dilakukan.  Bagi setiap pertemuan atau perbincangan antara guru dengan calon, calon perlu merekodkannya dalam borang BRKKC (Lampiran 1)  Calon perlu menyiapkan proses penghasilan karya mengikut tarikh yang ditetapkan.
  24. 24. TERHAD 24 TERHAD Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan JU/Guru Tindakan Calon 18 – 22 September 2017 (minggu 15) * e- submission dibuka bermula tarikh 23 September – 23 Oktober 2017 (a) Persembahan dan peragaan (b) Peragaan (c) Pameran dan kemasan (d) Apresiasi (e) Penyataan karya secara bertulis dan pembentangan lisan * e-submission dibuka pada minggu akhir bulan September  Guru perlu membimbing calon untuk mengadakan peragaan hasil karya calon  Guru perlu memastikan semasa persembahan secara lisan/ pembentangan calon, ia tidak diadakan secara terbuka.  Setiap persembahan dan peragaan yang calon laksanakan, guru perlu memberikan markah pada borang BMKKC (Lampiran 4)  Guru perlu memasukkan markah keseluruhan setiap pelajar pada borang BRuMKK (Lampiran 5).  Guru perlu menghantar borang BMKKC (Lampiran 4) dan borang BRuMKK (Lampiran 5) ke MPM. Salinan borang- borang tersebut perlu disimpan di dalam fail kerja kursus.  Guru perlu memasukkan markah keseluruhan pelajar ke dalam e-submission sebelum 23 Oktober 2017. Guru perlu mencetak markah e-submission dan simpan di dalam fail kerja kursus.  Calon perlu memperagakan hasil karya dalam pameran mini dengan bimbingan guru.  Calon perlu membentangkan/ mempersembahkan hasil karya secara lisan dan bertulis.  Calon perlu menjaga pameran mini jika ada warga sekolah (bukan calon seni) yang ingin melihat pameran pada luar waktu pembentangan/ persembahan dengan guru
  25. 25. TERHAD 25 TERHAD 8.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya 8.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja projek. 8.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun (toksid), bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk menghasilkan kerja projek. 8.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek. 8.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan bergambar tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan. 8.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran, gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang berkenaan. 8.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah disertakan dalam pendokumentasian. 8.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan penyeliaan oleh guru Seni Visual. 8.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak dibenarkan sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain. 8.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut kreativiti sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut spesifikasi yang ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih. 8.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar itu bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi mata pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.

×