SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
Download to read offline
1
TERHAD
930/4 STPM/S930
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(STPM)
MANUAL
KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)
PENGGAL 2: JANUARI HINGGA MEI 2018
Buku panduan ini mengandungi 18 halaman bercetak
©Majlis Peperiksaan Malaysia 2018
2
TERHAD
KANDUNGAN
Halaman
1. PENGENALAN 3
2. OBJEKTIF
2.1 Kemahiran kognitif
2.2 Kemahiran manipulatif
2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)
3
3. PELAKSANAAN KERJA KURSUS SYARIAH (KKS)
3.1 Arahan KKS
3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam
3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)
3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)
3.6 Tanggungjawab Calon
4-8
4. JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 8-9
5. FORMAT PENULISAN 9-10
6. STRUKTUR PENULISAN 10
7. GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KKS 11-13
8. LAMPIRAN 14-18
3
TERHAD
1 PENGENALAN
Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon
persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Syariah wajib melaksanakan Kerja
Kursus Syariah (KKS) sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi
KKS adalah sebanyak 20%. Markah penaksiran KKS diambil kira bersama-sama dengan
markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan.
2 OBJEKTIF
Kerja Kursus Syariah (KKS) ini diadakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon dalam;
2.1 Kemahiran kognitif iaitu:
(a) Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul
Fiqh dan Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum
syarak;
(b) Membincangkan cara mengistinbatkan hukum syarak daripada sumber yang
disepakati atau yang tidak disepakati bagi menyelesaikan masalah yang
berbangkit;
(c) Mengaplikasi Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum;
(d) Membuat penilaian dan rumusan tentang isu dalam bidang Syariah;
(e) Menganalisis isu yang berkaitan Pengajian Fiqh;
(f) Mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan persoalan
semasa dalam bidang Syariah.
2.2 Kemahiran manipulatif iaitu:
(a) Mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama ada
daripada sumber primer atau sumber sekunder;
(b) Menggunakan kaedah kajian dokumentasi dan/atau kajian lapangan bagi
menyiapkan hasil kajian;
(c) Memproses dan menganalisis data.
2.3 Kemahiran insaniah iaitu:
(a) Mahir berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan;
(b) Berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan;
(c) Berupaya menyelesaikan masalah;
(d) Berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif;
(e) Berupaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik;
(f) Berupaya menjalankan kajian secara jujur, amanah, beretika, dan fleksibel;
(g) Berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi.
4
TERHAD
3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS SYARIAH
3.1 Arahan Kerja Kursus Syariah (KKS)
(a) Wajib diambil oleh semua calon pada penggal kedua.
(b) Calon dikehendaki memilih/menyediakan satu tajuk berdasarkan tema yang
dikenal pasti daripada bidang muamalat, munakahat, mirath, dan jenayah.
(c) Tema tersebut adalah seperti berikut:
(i) Jual beli
(ii) Khiyar
(iii) Riba
(iv) Ijarah
(v) Al-Rahn
(vi) Syarikat
(vii) Wakalah
(viii) Wadi'ah
(ix) Hibah
(x) Wasiat
(xi) Praperkahwinan
(xii) Perkahwinan
(xiii) Talak
(xiv) 'Iddah dan rujuk
(xv) Konsep mirath
(xvi) Liability harta pusaka
(xvii) Waris dalam pembahagian harta pusaka
(xviii) Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka
(xix) Qisas
(xx) Diyat
(xxii) Kaffarah
(xxiii) Hudud
(xxiv) Ta'zir
3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam
(a) Memastikan calon yang mengambil KKS telah dibimbing dan diselia oleh guru
mata pelajaran
(b) Mengesahkan penulisan KKS calon telah dilaksanakan, dinilai, dan diberikan
markah oleh guru mata pelajaran mengikut peraturan yang ditetapkan dengan
menandatangani Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
5
TERHAD
(c) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan
seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
(d) Memberi kerjasama yang sewajarnya bagi menjayakan KKS
(e) Memastikan guru mata pelajaran menghantar markah penulisan KKS kepada
Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan
(f) Mengesahkan markah penulisan KKS yang diperoleh calon dengan
menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-
submission
(g) Memastikan penyediaan tempat untuk penyimpanan eviden penulisan KKS di
sekolah
(h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan eviden penulisan KKS dalam tempoh
enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumukan
(i) Memastikan eviden penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas
keputusan STPM diumumkan.
3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran
(a) Memastikan bahawa semua calon memahami kehendak sukatan pelajaran dan
arahan pelaksanaan KKS
(b) Memuat turun Manual KKS dari portal MPM
(c) Menandatangani boring akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang
dilampirkan dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Syariah Kertas 4 (930/4) dan
menghantarnya kepada MPM (u.p: Tuan Haji Kamurudin bin Kusni)
(d) Memastikan calon menghasilkan penulisan KKS secara individu
(e) Memastikan setiap calon melaksanakan KKs dalam tempoh yang ditetapkan
seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
(f) Memantau kemajuan kerja penulisan KKS calon mengikut masa yang ditetapkan
(g) Membimbing calon dari aspek yang berikut:
i. Memilih tema,
ii. Mengenal pasti isu,
iii. Menetapkan tajuk dan skop KKS,
iv. Mengenal pastis umber maklumat yang sesuai, dan
v. Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
(h) Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses
data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KKS
(i) Membimbing calon dari aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KKS
(j) Memastikan calon tidak memplagiat atau meminta orang lain menghasilkan KKS
6
TERHAD
(k) Memastikan calon menghantar KKS pada masa yang ditetapkan
(l) Menyediakan dan menghantar Jadual Pembentangan KKS ke MPM dua minggu
sebelum sesi penilaian pembentangan dijalankan
(m) Menyelia dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC)
(Lampiran 3)
(n) Menilai penulisan akhir KKS setiap calon, mengisi, dan memperakui Borang
Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC) (Lampiran 5). Boring tersebut
hendaklah dicetak, ditandatangani, dan dihantar ke MPM selewat-lewatnya
seminggu selepas penilaian dilakukan
(o) Memastikan markah Kerja Kursus calon hanya ditulis di dalam BMKKC dan tidak
menulisnya di dalam eviden kerja kursus calon
(p) Mengisi dan menghantar markah KKS calon melalui e-submission ke MPM
mengikt tarikh yang ditetapkan
(q) Menghantar surat iringan, BMKKC, dan BRKKC yang bertukar sekolah ke
sekolah calon yang baharu
(r) Menghantar Salinan BRuMKKC yang telah disahkan oleh pengetua ke MPM (u.p:
Tuan Haji Kamarudin bin Kusni, Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM, Bgn.
MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Bt. Caves, Selangor). Kegagalan
menghantar maklumat tersebut akan menyebabkan calon dianggap tidak
melaksanakan KKS dan dianggap tidak mengambil kertas 930/4
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh
MPM
(b) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan
seperti Perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
(c) Menyemak dan menilai penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon
(d) Menghantar markah penulisan KKS calon kepada MPM dengan menggunakan
perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(e) Menyediakan sampel penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon untuk
penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
(f) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan eviden penulisan KKS dalam tempoh
enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan
(g) Memastikan eviden penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas
keputusan STPM diumumkan.
7
TERHAD
3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh
MPM
(b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan
KKS dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir
penyerahan tugasan
(c) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan
seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
(d) Menyemak penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon
(e) Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang telah
ditandatangani oleh calon dan BMKKC (Lampiran 4)
(f) Menghantar markah penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan
markah
(g) Menyediakan sampel penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon untuk
penyelarasan markah
(h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan eviden penulisan KKS dalam tempoh
enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan
(i) Memastikan eviden penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas
keputusan STPM diumumkan.
3.6 Tanggungjawab Calon
(a) Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KKS
(b) Melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan
(c) Menghasilkan penulisan KKS secara individu
(d) Melaksanakan tugas berikut:
i. Memilih tema,
ii. Mengenal pasti isu,
iii. Menetapkan tajuk dan skop KKS,
iv. Mengenal pastis umber maklumat yang sesuai, dan
v. Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
(e) Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KKS
(f) Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KKS
8
TERHAD
(g) Mengisi maklumat yang terdapat dalam BRKKC (Lampiran 3) dan menyerahkan
boring tersebut kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah
(h) Menghantar hasil KKS kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah
(i) Membentangkan hasil KKS dalam sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan
tempat yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
25 Sept. 2017 Muat naik Manual
Kerja Kursus
 Melayari portal MPM  Melayari portal MPM
15 Januari
hingga
20 April 2018
Pengajaran dan
pembelajaran,
pelaksanaan,
penghantaran,
pemeriksaan dan
pembentangan
KKS
 Menyampaikan taklimat
tugasan kepada calon
 Memaklumkan tarikh
akhir penyerahan KKS
mengikut arahan MPM
 Membimbing calon
menganal pasti tema dan
memilih isu, tajuk, dan
skop KKS
 Menjelaskan calon
tentang elemen
kemahiran insaniah
yang dinilai
 Membimbing calon
melaksanakan tugasan
 Menilai elemen
kemahiran insaniah
 Menjelaskan item-item
yang dinilai dalam
penulisan KKS
 Menerima tugasan KKS
dan pemakluman tarikh
akhir penyerahan KKS
 Memahami skop KKS
 Membincangkan tema,
isu, tajuk, dan skop KKS
yang telah dikenal pasti,
dipilih, dan ditetapkan
bersama-sama dengan
guru
 Merancang jadual kerja
 Mengumpul data dan
maklumat melalui
pemerhatian, temu bual,
dan kaji selidik daripada
pelbagai sumber
 Menyusun dapatan (data
dan maklumat)
 Memproses data dan
maklumat – mentafsir,
menganalisis, dan
membuat hubung kait
antara dapatan yang
diperoleh
9
TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
15 Januari
hingga
20 April 2018
Pengajaran dan
pembelajaran,
pelaksanaan,
penghantaran,
pemeriksaan dan
pembentangan
KKS
 Membimbing calon
memproses dan
menganalisis data
 Membimbing calon untuk
menulis mengikut format
yang ditetapkan
 Memantau kemajuan hasil
penulisan calon secara
berterusan dengan
merekodkan dan
menandatangani Borang
BRKKC
 Membiimbing calon
membuat
penambahbaikan
 Menerima KKS daripada
calon
 Menilai pembentangan
KKS mengikut skema
yang ditetapkan oleh
MPM
 Mempersembahkan data
dan maklumat dalam
bentuk jadual, graf, carta,
dan lain-lain yang
bersesuaian
 Membincangkan dapatan
kajian dan menghubung
kaitkannya dengan teori
yang bersesuaian
 Menghasilkan penulisan
yang lengkap mengikut
format yang ditetapkan
 Menyemak dan membuat
penambaikan terhadap
kualiti penulisan KKS
 Menyerahkan KKS
mengikut tarikh yang
ditetapkan oleh guru
 Membentang KKS pada
tarikh dan masa yang
ditetapkan
23 April
hingga
23 Mei 2018
Pengisian dan
penghantaran
markah melalui e-
submission
 Membuat semakan dan
penyelarasan semula
markah bagi setiap calon
 Menghantar markah
KKS calon kepada
MPM menggunakan
perisian e-submission
 Tidak berkenaan
12 Mac hingga
30 April 2018
Pemantauan Kerja
Kursus oleh MPM
 Mengemukakan sampel
KKS untuk pemantauan
markah oleh MPM
 Tidak berkenaan
15 Okt 2019 Penyimpanan eviden
5 FORMAT PENULISAN
5.1 calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) untuk mencari maklumat tambahan
5.2 calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan KKS mengikut
format berikut:
(a) saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Tulisan: Jawi/Traditional Arabic (font 16)
10
TERHAD
(e) Langkau (spacing): 1.5
(f) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan.
5.3 panjang penulisan antara 200 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk
kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan
lampiran.
5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.
5.5 Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi
permasalahan kajian, objektif kajian, kaedah kajian, dan dapatan utama kajian yang
ditulis dalam satu perenggan. Abstrak hendaklah ditulis menggunakan tulisan Times
New Roman (font 12) dengan single spacing.
5.6 Gaya penulisan rujukan dalam teks KKS hendaklah menggunakan sistem pengarang-
tarikh.
5.7 Sistem penulisan KKS adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon Sekolah (BRKKCS) (Lampiran 3)
(d) Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKCS) (Lampiran 4)
(e) Kerja Kursus Syariah
5.8 KKS yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan
susunan seperti perkara 1.7 di atas.
6 STRUKTUR PENULISAN
6.1 Kandungan
6.2 Abstrak
6.3 Penghargaan
6.4 Pengenalan – latar belakang dan penyataan masalah kajian
6.5 Objektif kajian – penyataan objektif kajian
6.6 Kaedah kajian – huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan
menggunakan kaedah dokumentasi dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal
selidik, temu bual, pemerhatian dan sebagainya.
6.7 Perbincangan dan dapatan kajian – huraian untuk mendapatkan hasil kajian dengan
menghubung kait antara permasalahan kajian dengan objektif kajian.
6.8 Rumusan dan cadangan
6.9 Senarai rujukan
6.10 Lampiran (jika ada)
11
TERHAD
7 GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA KURSUS SYARIAH
7.1 MPM mengemukakan tiga tema
7.2 Guru dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu, menetapkan tajuk, dan skop
tugasan daripada tema yang telah dipilih.
7.3 Jika calon menggunakan kajian lapangan, kajian itu hendaklah dihadkan kepada
kampung/bandar/daerah/negeri/sekolah calon sahaja
Contoh:
Gambar Rajah Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Kursus Syariah
Tema 1:
Al-Rahn
Tema 2:
Konsep Mirath
Tema 3:
Diyat
Calon memilih satu tema, mengenal pasti isu, dan skop tugasan
Calon pilih tema 3
Diyat
A
12
TERHAD
Calon mengenal pasti isu
(isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/bandar/daerah/negeri/sekolah calon jika
menggunakan kajian lapangan)
Contoh: Masyarakat kurang memahami konsep diyat menurut Undang-Undang Jenayah Islam
Calon menentukan tajuk
(Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan isu yang telah dikenal pasti)
Contoh: Tahap kefahaman Masyarakat Kg.Pandan Dalam Mengenai Diyat Menurut Undang-Undang
Jenayah Islam
Calon menentukan skop tugasan
(skop tugasan yang dimaksudkan ialah batasan kepada KKS yang akan dijalankan. Penjelasan ini
penting bagi memastikan penilai dapat memahami sempadan KKS berkenaan. Calon perlu menjelaskan
batasan atau limitasi penghasilan KKS; seperti sampel kajian, tempoh kajian, dan limitasi tempat
kajian)
Contoh:
1. Sampel kajian – Masyarakat Muslim Kg. Pandan Dalam, Kuala Lumpur
2. Tempoh kajian – Dari Januari 2018 hingga Mac 2018
3. Limitasi tempat kajian – Kg. Pandan Dalam, Kuala Lumpur.
Calon menentukan objektif kajian
(calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara yang diharap dapat dicapai pada akhir
kajian. Penyataan ini hendaklah jelas, rasional, dan relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif
hendaklah mampu dicapai)
Contoh:
─ Mengenal pasti konsep diyat menurut Undang-Undang Jenayah Islam
─ Mengkaji/menganalisis tahap kefahaman masyarakat Kg. Pandan Dalam mengenai diyat menurut
Undang-Undang Jenayah Islam
13
TERHAD
B
Calon menentukan kaedah kajian
Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat, antaranya adalah
seperti berikut:
1. Kajian Dokumentasi
Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada bahan bertulis, seperti buku, majalah, akhbar,
jurnal, dan lain-lain. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan Internet.
2. Soal Selidik
Kaedah soal selidik ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul.
Dalam kaedah ini, boring soal selidik digunakan untuk memudahkan kajian yang hendak
dilakukan. Calon boleh mereka bentuk soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan
objektif kajian yang dilaksanakan untuk mendapat maklumat yang berkaitan. Boring itu boleh
diedarkan secara rawak/terpilih kepada responden di kawasan kajian.
3. Temu Bual
Kaedah temu bual ialah proses menemu bual individu yang mempunyai maklumat mengenai
bidang kajian. Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah
secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi
atau kelompok masyarakat. Temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan
orang persendirian. Contoh temu bual secara formal seperti menemu bual Pengerusi Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Ketua Kampung, Ahli JKKR, Imam, Bilal dan
lain-lain. Manakala temu bual tidak formal seperti menemu bual ahli masyarakat dan orang awam
di tempat kajian.
4. Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah proses mendapatkan maklumat melalui pemerhatian dan penelitian
terhadap proses, prosedur, peristiwa, perjalanan kes, gelagat, dan sebagainya.
Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian
Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dengan menghubung kait antara
permasalahan kajian dengan objektif kajian dalam bentuk esei bertulis. Perbincangan mestilah
disertakan dengan rujukan dan boleh disokong dengan jadual/carta/graf, dan sebagainya.
Calon menghasilkan rumusan Kerja Kursus
Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan. Calon juga diharapkan
dapat menunjukkan sejauh mana dapatan kajian yang dijalankan itu menepati objektif kajian yang
ditetapkan. Calon hendaklah menyatakan kepentingan (signifikan) kajian atau cadangan daripada hasil
kajian yang telah dijalankan.
14
TERHAD
8 LAMPIRAN
Lampiran 1
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2018
MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)
TAJUK
NAMA CALON
NOMBOR
KAD PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON
NAMA GURU/
PEMERIKSA
TANDATANGAN
GURU/PEMERIKSA
TARIKH
15
TERHAD
Lampiran 2
BPC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2018
MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)
BORANG PERAKUAN CALON
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon,
dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/ pemeriksa. Kegagalan calon
menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk
kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat Kerja Kursus Calon
Makluman kepada calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh
dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk
meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara
sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja
kursus .......................................... tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan
bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ........................... di sekolah (untuk
calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa
kerja kursus mata pelajaran ......................................... (untuk calon persendirian individu).
Tandatangan Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Penilai:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus ........................................................ telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati
bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
16
TERHAD
Lampiran 3
BRKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2018
MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka Giliran: ........................................... No. Kad Pengenalan: ...................................
Tarikh
Aktiviti dalam Penghasilan
Kerja Kursus
(diisi oleh calon)
Ulasan Guru
Tandatangan
Guru
Tandatangan
Calon
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Syariah
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Syariah Tahun 2018 mengikut peraturan yang ditetapkan
oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: .....................................
Nama Guru: ................................................
Tarikh: .......................................
Cap Sekolah:
Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama kerja kursus.
17
TERHAD
Lampiran 4
BMKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2018
MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Calon: …………………………………………….. Angka Giliran: ……………...................
No. Kad Pengenalan: …………………………………….
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)
Kriteria Pentaksiran Markah
Penuh
Markah
Guru/Pemeriksa
Markah
Penyelaras
A. Penulisan
1. Abstrak 4
2. Pengenalan 4
3. Objektif Kajian 4
4. Kaedah Kajian 4
5. Perbincangan dan Dapatan
Kajian
20
6. Rumusan dan Cadangan 4
7. Senarai Rujukan 3
8. Kemahiran Manipulatif 3
9. Kemahiran Insaniah 4
B. Pembentangan dan Soal Jawab
1. Pembentangan 4
2. Soal Jawab 2
3. Kreativiti 2
4. Keterampilan 2
Jumlah Markah 60
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS
Saya memperakui bahawa markah dan Saya mengesahkan bahawa markah dan
butiran di atas adalah benar. butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa: ……………….. Tandatangan Penyelaras: ...................................
Nama: ................................................................... Nama: ................................................................
No. Kad Pengenalan: ............................................. No. Kad Pengenalan: .........................................
Tarikh: ................................................................... Tarikh: ..............................................................
No. Telefon (sekolah): ....................................... No. Telefon (sekolah): ......................................
(bimbit): ....................................... (bimbit):
.....................................
Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan
perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
18
TERHAD
Lampiran 5
BRuMKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS
PENGGAL 2 TAHUN 2018
MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)
BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON
Nama Sekolah: ……………………………………………………………………
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)
Bil Angka Giliran No Kad Pengenalan Markah
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)
PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENGETUA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas
adalah benar.
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas
adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:…………………….……... Tandatangan Pengetua:………………………..…......
Nama : ………………………………………….…............ Nama : …………………………………………..…...
No. Kad Pengenalan : ………………….........…………… No. Kad Pengenalan : ………………………………..
Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
No. Telefon (sekolah) : ………………………
(bimbit) : ………………………
Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia
selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.

More Related Content

What's hot

Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografiManual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografiRAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedManual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedRAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
Manual Kerja Kursus  Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015    Manual Kerja Kursus  Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015 RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual guru seni visual penggal 3 2015
Manual guru   seni visual penggal 3 2015Manual guru   seni visual penggal 3 2015
Manual guru seni visual penggal 3 2015RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual guru kerja kursus seni visual
Manual guru kerja kursus seni visualManual guru kerja kursus seni visual
Manual guru kerja kursus seni visualRAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiManual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiRAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013RAMLAH BINTI A. RANI
 
900 sp pengajian am modular
900 sp pengajian am modular900 sp pengajian am modular
900 sp pengajian am modularkombura
 

What's hot (13)

Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografiManual pelaksanaan kerja kursus  942 4 2015 - geografi
Manual pelaksanaan kerja kursus 942 4 2015 - geografi
 
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
Manual PBS Geografi Penggal 3 2013
 
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
Manual kerja kursus geografi  942 4 2019Manual kerja kursus geografi  942 4 2019
Manual kerja kursus geografi 942 4 2019
 
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedManual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
 
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
Manual kerja kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016
 
Seni visual manual kk projek 9703
Seni visual manual kk projek 9703Seni visual manual kk projek 9703
Seni visual manual kk projek 9703
 
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
Manual Kerja Kursus  Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015    Manual Kerja Kursus  Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM Penggal 3 2015
 
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2  2014
Manual kerja kursus pbs, pengajian am p2 2014
 
Manual guru seni visual penggal 3 2015
Manual guru   seni visual penggal 3 2015Manual guru   seni visual penggal 3 2015
Manual guru seni visual penggal 3 2015
 
Manual guru kerja kursus seni visual
Manual guru kerja kursus seni visualManual guru kerja kursus seni visual
Manual guru kerja kursus seni visual
 
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomiManual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
Manual Kerja Kursus 944/4 2015 - ekonomi
 
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
Manual PBS Peng Perniagaan Penggal 3 2013
 
900 sp pengajian am modular
900 sp pengajian am modular900 sp pengajian am modular
900 sp pengajian am modular
 

Similar to 9304 manual kks syariah 2018

Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014sarinahashim
 
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus  942 4 2016-editedManual kerja kursus  942 4 2016-edited
Manual kerja kursus 942 4 2016-editedSiti Hajar
 
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfMANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfFYChieng
 
Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Venny Chang
 
TAKLIMAT KERJA PROJEK.pptx
TAKLIMAT KERJA PROJEK.pptxTAKLIMAT KERJA PROJEK.pptx
TAKLIMAT KERJA PROJEK.pptxssuserf03d1b1
 
PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN KSSM SEJARAH.pdf
PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN KSSM SEJARAH.pdfPANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN KSSM SEJARAH.pdf
PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN KSSM SEJARAH.pdfVanessaAli8
 
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhir
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhirPanduan pelaksanaan projek_tahun_akhir
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhirnaaz liana
 
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMRPanduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMRJeya Kumar
 
Ms format akhir kerja kursus gig1004_sem 2 sesi 1718_april2018
Ms format akhir kerja kursus gig1004_sem 2 sesi 1718_april2018Ms format akhir kerja kursus gig1004_sem 2 sesi 1718_april2018
Ms format akhir kerja kursus gig1004_sem 2 sesi 1718_april2018JanetHiiAiJinn
 
1. Sesi Perkongsian Perancangan PemKHAS BIL 1 2024 - Copy.pptx
1. Sesi Perkongsian Perancangan PemKHAS BIL 1 2024 - Copy.pptx1. Sesi Perkongsian Perancangan PemKHAS BIL 1 2024 - Copy.pptx
1. Sesi Perkongsian Perancangan PemKHAS BIL 1 2024 - Copy.pptxCharlesBayang
 
Templet Item kerja kursus , JST dan Maklum Balas Pelajar edisi 2016
Templet Item kerja kursus , JST dan Maklum Balas Pelajar edisi 2016Templet Item kerja kursus , JST dan Maklum Balas Pelajar edisi 2016
Templet Item kerja kursus , JST dan Maklum Balas Pelajar edisi 2016Mohamad Daud
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Nor Ainee
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Nor Ainee
 

Similar to 9304 manual kks syariah 2018 (18)

Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019Manual guru kerja kursus  sv 9703 2019
Manual guru kerja kursus sv 9703 2019
 
Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019Manual kerja kursus pp 2019
Manual kerja kursus pp 2019
 
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014Manual kerja kursus pbs 9004 2014
Manual kerja kursus pbs 9004 2014
 
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus  942 4 2016-editedManual kerja kursus  942 4 2016-edited
Manual kerja kursus 942 4 2016-edited
 
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
Manual PBS Ekonomi Penggal 3 2013
 
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdfMANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
MANUAL_PELAKSANAAN_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_AM_KERTAS_4_9004_STPM.pdf
 
Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015Manual kk pp 2015
Manual kk pp 2015
 
TAKLIMAT KERJA PROJEK.pptx
TAKLIMAT KERJA PROJEK.pptxTAKLIMAT KERJA PROJEK.pptx
TAKLIMAT KERJA PROJEK.pptx
 
PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN KSSM SEJARAH.pdf
PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN KSSM SEJARAH.pdfPANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN KSSM SEJARAH.pdf
PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN KSSM SEJARAH.pdf
 
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhir
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhirPanduan pelaksanaan projek_tahun_akhir
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhir
 
TAKLIMAT KE MESYUARAT KERJA KURSUS 2018 7.9.17.pptx
TAKLIMAT KE MESYUARAT KERJA KURSUS 2018 7.9.17.pptxTAKLIMAT KE MESYUARAT KERJA KURSUS 2018 7.9.17.pptx
TAKLIMAT KE MESYUARAT KERJA KURSUS 2018 7.9.17.pptx
 
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMRPanduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
Panduan penskoran kerja kursus Sejarah PMR
 
Ms format akhir kerja kursus gig1004_sem 2 sesi 1718_april2018
Ms format akhir kerja kursus gig1004_sem 2 sesi 1718_april2018Ms format akhir kerja kursus gig1004_sem 2 sesi 1718_april2018
Ms format akhir kerja kursus gig1004_sem 2 sesi 1718_april2018
 
1. Sesi Perkongsian Perancangan PemKHAS BIL 1 2024 - Copy.pptx
1. Sesi Perkongsian Perancangan PemKHAS BIL 1 2024 - Copy.pptx1. Sesi Perkongsian Perancangan PemKHAS BIL 1 2024 - Copy.pptx
1. Sesi Perkongsian Perancangan PemKHAS BIL 1 2024 - Copy.pptx
 
Templet Item kerja kursus , JST dan Maklum Balas Pelajar edisi 2016
Templet Item kerja kursus , JST dan Maklum Balas Pelajar edisi 2016Templet Item kerja kursus , JST dan Maklum Balas Pelajar edisi 2016
Templet Item kerja kursus , JST dan Maklum Balas Pelajar edisi 2016
 
Jst pimk 3043 2022_siti norhana
Jst  pimk 3043 2022_siti norhanaJst  pimk 3043 2022_siti norhana
Jst pimk 3043 2022_siti norhana
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3
 
Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3Prinsip perakaunan pp_3756-3
Prinsip perakaunan pp_3756-3
 

More from RAMLAH BINTI A. RANI

Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019RAMLAH BINTI A. RANI
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat RAMLAH BINTI A. RANI
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018 RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 20189224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 20189104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 

More from RAMLAH BINTI A. RANI (20)

Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019   taklimat guru rarKk pp stpm 2019   taklimat guru rar
Kk pp stpm 2019 taklimat guru rar
 
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus  bm p3 2019
Manual panduan penulisan esei ilmiah kerja kursus bm p3 2019
 
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019Manual kerja kursus bm  p3 9105 2019
Manual kerja kursus bm p3 9105 2019
 
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
Manual kerja kursus ekonomi 944 2019
 
Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019Manual kerja kursus sejarah 2019
Manual kerja kursus sejarah 2019
 
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 20189404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
9404 Manual pelaksanaan KK BM P2 2018
 
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.20179404 Manual kk sejarah 21.9.2017
9404 Manual kk sejarah 21.9.2017
 
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
9104 BM soalan kk bm untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian indivi...
 
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat 9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
9104 BM manual format dan contoh penulisan esei berformat
 
9404 kerja kursus sejarah 2018
9404  kerja kursus sejarah 20189404  kerja kursus sejarah 2018
9404 kerja kursus sejarah 2018
 
9304 soalan syariah 2018
9304 soalan  syariah 20189304 soalan  syariah 2018
9304 soalan syariah 2018
 
9304 borang kerja kursus syariah 2018
9304  borang kerja kursus syariah 2018  9304  borang kerja kursus syariah 2018
9304 borang kerja kursus syariah 2018
 
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 20189224 soalan kerja kursus  (kesusteraan melayu) stpm 2018
9224 soalan kerja kursus (kesusteraan melayu) stpm 2018
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 20189224 portfolio contoh  (kesus. melayu) stpm 2018
9224 portfolio contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 20189224 papan cerita contoh Kesus Melayu  STPM 2018
9224 papan cerita contoh Kesus Melayu STPM 2018
 
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 papan cerita contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 papan cerita contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 20189224 manual kerja kursus (kesus. melayu)   stpm 2018
9224 manual kerja kursus (kesus. melayu) stpm 2018
 
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
9224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 20189224 esei contoh  (kesus. melayu)  stpm 2018
9224 esei contoh (kesus. melayu) stpm 2018
 
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 20189104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
9104 soalan dan skema jawapan skrip contoh BM 2018
 

Recently uploaded

Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (14)

Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

9304 manual kks syariah 2018

  • 1. 1 TERHAD 930/4 STPM/S930 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4) PENGGAL 2: JANUARI HINGGA MEI 2018 Buku panduan ini mengandungi 18 halaman bercetak ©Majlis Peperiksaan Malaysia 2018
  • 2. 2 TERHAD KANDUNGAN Halaman 1. PENGENALAN 3 2. OBJEKTIF 2.1 Kemahiran kognitif 2.2 Kemahiran manipulatif 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills) 3 3. PELAKSANAAN KERJA KURSUS SYARIAH (KKS) 3.1 Arahan KKS 3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam 3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2) 3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3) 3.6 Tanggungjawab Calon 4-8 4. JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 8-9 5. FORMAT PENULISAN 9-10 6. STRUKTUR PENULISAN 10 7. GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KKS 11-13 8. LAMPIRAN 14-18
  • 3. 3 TERHAD 1 PENGENALAN Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Syariah wajib melaksanakan Kerja Kursus Syariah (KKS) sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi KKS adalah sebanyak 20%. Markah penaksiran KKS diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan. 2 OBJEKTIF Kerja Kursus Syariah (KKS) ini diadakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon dalam; 2.1 Kemahiran kognitif iaitu: (a) Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum syarak; (b) Membincangkan cara mengistinbatkan hukum syarak daripada sumber yang disepakati atau yang tidak disepakati bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit; (c) Mengaplikasi Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum; (d) Membuat penilaian dan rumusan tentang isu dalam bidang Syariah; (e) Menganalisis isu yang berkaitan Pengajian Fiqh; (f) Mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan persoalan semasa dalam bidang Syariah. 2.2 Kemahiran manipulatif iaitu: (a) Mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama ada daripada sumber primer atau sumber sekunder; (b) Menggunakan kaedah kajian dokumentasi dan/atau kajian lapangan bagi menyiapkan hasil kajian; (c) Memproses dan menganalisis data. 2.3 Kemahiran insaniah iaitu: (a) Mahir berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan; (b) Berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan; (c) Berupaya menyelesaikan masalah; (d) Berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif; (e) Berupaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik; (f) Berupaya menjalankan kajian secara jujur, amanah, beretika, dan fleksibel; (g) Berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi.
  • 4. 4 TERHAD 3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS SYARIAH 3.1 Arahan Kerja Kursus Syariah (KKS) (a) Wajib diambil oleh semua calon pada penggal kedua. (b) Calon dikehendaki memilih/menyediakan satu tajuk berdasarkan tema yang dikenal pasti daripada bidang muamalat, munakahat, mirath, dan jenayah. (c) Tema tersebut adalah seperti berikut: (i) Jual beli (ii) Khiyar (iii) Riba (iv) Ijarah (v) Al-Rahn (vi) Syarikat (vii) Wakalah (viii) Wadi'ah (ix) Hibah (x) Wasiat (xi) Praperkahwinan (xii) Perkahwinan (xiii) Talak (xiv) 'Iddah dan rujuk (xv) Konsep mirath (xvi) Liability harta pusaka (xvii) Waris dalam pembahagian harta pusaka (xviii) Undang-undang dan pentadbiran harta pusaka (xix) Qisas (xx) Diyat (xxii) Kaffarah (xxiii) Hudud (xxiv) Ta'zir 3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (a) Memastikan calon yang mengambil KKS telah dibimbing dan diselia oleh guru mata pelajaran (b) Mengesahkan penulisan KKS calon telah dilaksanakan, dinilai, dan diberikan markah oleh guru mata pelajaran mengikut peraturan yang ditetapkan dengan menandatangani Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
  • 5. 5 TERHAD (c) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (d) Memberi kerjasama yang sewajarnya bagi menjayakan KKS (e) Memastikan guru mata pelajaran menghantar markah penulisan KKS kepada Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang ditetapkan (f) Mengesahkan markah penulisan KKS yang diperoleh calon dengan menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e- submission (g) Memastikan penyediaan tempat untuk penyimpanan eviden penulisan KKS di sekolah (h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan eviden penulisan KKS dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumukan (i) Memastikan eviden penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan. 3.3 Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran (a) Memastikan bahawa semua calon memahami kehendak sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KKS (b) Memuat turun Manual KKS dari portal MPM (c) Menandatangani boring akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Syariah Kertas 4 (930/4) dan menghantarnya kepada MPM (u.p: Tuan Haji Kamurudin bin Kusni) (d) Memastikan calon menghasilkan penulisan KKS secara individu (e) Memastikan setiap calon melaksanakan KKs dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (f) Memantau kemajuan kerja penulisan KKS calon mengikut masa yang ditetapkan (g) Membimbing calon dari aspek yang berikut: i. Memilih tema, ii. Mengenal pasti isu, iii. Menetapkan tajuk dan skop KKS, iv. Mengenal pastis umber maklumat yang sesuai, dan v. Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan (h) Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KKS (i) Membimbing calon dari aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KKS (j) Memastikan calon tidak memplagiat atau meminta orang lain menghasilkan KKS
  • 6. 6 TERHAD (k) Memastikan calon menghantar KKS pada masa yang ditetapkan (l) Menyediakan dan menghantar Jadual Pembentangan KKS ke MPM dua minggu sebelum sesi penilaian pembentangan dijalankan (m) Menyelia dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (n) Menilai penulisan akhir KKS setiap calon, mengisi, dan memperakui Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC) (Lampiran 5). Boring tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani, dan dihantar ke MPM selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan (o) Memastikan markah Kerja Kursus calon hanya ditulis di dalam BMKKC dan tidak menulisnya di dalam eviden kerja kursus calon (p) Mengisi dan menghantar markah KKS calon melalui e-submission ke MPM mengikt tarikh yang ditetapkan (q) Menghantar surat iringan, BMKKC, dan BRKKC yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu (r) Menghantar Salinan BRuMKKC yang telah disahkan oleh pengetua ke MPM (u.p: Tuan Haji Kamarudin bin Kusni, Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM, Bgn. MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Bt. Caves, Selangor). Kegagalan menghantar maklumat tersebut akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan KKS dan dianggap tidak mengambil kertas 930/4 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2) (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM (b) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti Perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (c) Menyemak dan menilai penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon (d) Menghantar markah penulisan KKS calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (e) Menyediakan sampel penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (f) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan eviden penulisan KKS dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan (g) Memastikan eviden penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan.
  • 7. 7 TERHAD 3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3) (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Guru yang disediakan oleh MPM (b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan KKS dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan tugasan (c) Memastikan setiap calon melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (d) Menyemak penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon (e) Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh calon dan BMKKC (Lampiran 4) (f) Menghantar markah penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah (g) Menyediakan sampel penulisan KKS yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah (h) Memastikan guru mata pelajaran menyimpan eviden penulisan KKS dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan (i) Memastikan eviden penulisan KKS dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas keputusan STPM diumumkan. 3.6 Tanggungjawab Calon (a) Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan KKS (b) Melaksanakan KKS dalam tempoh yang ditetapkan seperti pada perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan (c) Menghasilkan penulisan KKS secara individu (d) Melaksanakan tugas berikut: i. Memilih tema, ii. Mengenal pasti isu, iii. Menetapkan tajuk dan skop KKS, iv. Mengenal pastis umber maklumat yang sesuai, dan v. Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan (e) Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan KKS (f) Mengaplikasikan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan KKS
  • 8. 8 TERHAD (g) Mengisi maklumat yang terdapat dalam BRKKC (Lampiran 3) dan menyerahkan boring tersebut kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah (h) Menghantar hasil KKS kepada guru mata pelajaran pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah (i) Membentangkan hasil KKS dalam sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon 25 Sept. 2017 Muat naik Manual Kerja Kursus  Melayari portal MPM  Melayari portal MPM 15 Januari hingga 20 April 2018 Pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan, penghantaran, pemeriksaan dan pembentangan KKS  Menyampaikan taklimat tugasan kepada calon  Memaklumkan tarikh akhir penyerahan KKS mengikut arahan MPM  Membimbing calon menganal pasti tema dan memilih isu, tajuk, dan skop KKS  Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran insaniah yang dinilai  Membimbing calon melaksanakan tugasan  Menilai elemen kemahiran insaniah  Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan KKS  Menerima tugasan KKS dan pemakluman tarikh akhir penyerahan KKS  Memahami skop KKS  Membincangkan tema, isu, tajuk, dan skop KKS yang telah dikenal pasti, dipilih, dan ditetapkan bersama-sama dengan guru  Merancang jadual kerja  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, dan kaji selidik daripada pelbagai sumber  Menyusun dapatan (data dan maklumat)  Memproses data dan maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh
  • 9. 9 TERHAD Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon 15 Januari hingga 20 April 2018 Pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan, penghantaran, pemeriksaan dan pembentangan KKS  Membimbing calon memproses dan menganalisis data  Membimbing calon untuk menulis mengikut format yang ditetapkan  Memantau kemajuan hasil penulisan calon secara berterusan dengan merekodkan dan menandatangani Borang BRKKC  Membiimbing calon membuat penambahbaikan  Menerima KKS daripada calon  Menilai pembentangan KKS mengikut skema yang ditetapkan oleh MPM  Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian  Membincangkan dapatan kajian dan menghubung kaitkannya dengan teori yang bersesuaian  Menghasilkan penulisan yang lengkap mengikut format yang ditetapkan  Menyemak dan membuat penambaikan terhadap kualiti penulisan KKS  Menyerahkan KKS mengikut tarikh yang ditetapkan oleh guru  Membentang KKS pada tarikh dan masa yang ditetapkan 23 April hingga 23 Mei 2018 Pengisian dan penghantaran markah melalui e- submission  Membuat semakan dan penyelarasan semula markah bagi setiap calon  Menghantar markah KKS calon kepada MPM menggunakan perisian e-submission  Tidak berkenaan 12 Mac hingga 30 April 2018 Pemantauan Kerja Kursus oleh MPM  Mengemukakan sampel KKS untuk pemantauan markah oleh MPM  Tidak berkenaan 15 Okt 2019 Penyimpanan eviden 5 FORMAT PENULISAN 5.1 calon digalakkan untuk menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk mencari maklumat tambahan 5.2 calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan KKS mengikut format berikut: (a) saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Margin: Atas, bawah, kiri, dan kanan 2.54 cm (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) (d) Tulisan: Jawi/Traditional Arabic (font 16)
  • 10. 10 TERHAD (e) Langkau (spacing): 1.5 (f) Nombor halaman ditulis pada bahagian atas sebelah kanan. 5.3 panjang penulisan antara 200 hingga 2500 patah perkataan, iaitu tidak termasuk kandungan, abstrak, penghargaan, jadual, rajah, graf, carta, senarai rujukan, dan lampiran. 5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan. 5.5 Panjang abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan. Abstrak hendaklah meliputi permasalahan kajian, objektif kajian, kaedah kajian, dan dapatan utama kajian yang ditulis dalam satu perenggan. Abstrak hendaklah ditulis menggunakan tulisan Times New Roman (font 12) dengan single spacing. 5.6 Gaya penulisan rujukan dalam teks KKS hendaklah menggunakan sistem pengarang- tarikh. 5.7 Sistem penulisan KKS adalah seperti berikut: (a) Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) (b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) (c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon Sekolah (BRKKCS) (Lampiran 3) (d) Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKCS) (Lampiran 4) (e) Kerja Kursus Syariah 5.8 KKS yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk berjilid dan susunan seperti perkara 1.7 di atas. 6 STRUKTUR PENULISAN 6.1 Kandungan 6.2 Abstrak 6.3 Penghargaan 6.4 Pengenalan – latar belakang dan penyataan masalah kajian 6.5 Objektif kajian – penyataan objektif kajian 6.6 Kaedah kajian – huraian tentang cara memperoleh data atau maklumat dengan menggunakan kaedah dokumentasi dan/atau kajian lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian dan sebagainya. 6.7 Perbincangan dan dapatan kajian – huraian untuk mendapatkan hasil kajian dengan menghubung kait antara permasalahan kajian dengan objektif kajian. 6.8 Rumusan dan cadangan 6.9 Senarai rujukan 6.10 Lampiran (jika ada)
  • 11. 11 TERHAD 7 GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA KURSUS SYARIAH 7.1 MPM mengemukakan tiga tema 7.2 Guru dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu, menetapkan tajuk, dan skop tugasan daripada tema yang telah dipilih. 7.3 Jika calon menggunakan kajian lapangan, kajian itu hendaklah dihadkan kepada kampung/bandar/daerah/negeri/sekolah calon sahaja Contoh: Gambar Rajah Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Kursus Syariah Tema 1: Al-Rahn Tema 2: Konsep Mirath Tema 3: Diyat Calon memilih satu tema, mengenal pasti isu, dan skop tugasan Calon pilih tema 3 Diyat A
  • 12. 12 TERHAD Calon mengenal pasti isu (isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/bandar/daerah/negeri/sekolah calon jika menggunakan kajian lapangan) Contoh: Masyarakat kurang memahami konsep diyat menurut Undang-Undang Jenayah Islam Calon menentukan tajuk (Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan isu yang telah dikenal pasti) Contoh: Tahap kefahaman Masyarakat Kg.Pandan Dalam Mengenai Diyat Menurut Undang-Undang Jenayah Islam Calon menentukan skop tugasan (skop tugasan yang dimaksudkan ialah batasan kepada KKS yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat memahami sempadan KKS berkenaan. Calon perlu menjelaskan batasan atau limitasi penghasilan KKS; seperti sampel kajian, tempoh kajian, dan limitasi tempat kajian) Contoh: 1. Sampel kajian – Masyarakat Muslim Kg. Pandan Dalam, Kuala Lumpur 2. Tempoh kajian – Dari Januari 2018 hingga Mac 2018 3. Limitasi tempat kajian – Kg. Pandan Dalam, Kuala Lumpur. Calon menentukan objektif kajian (calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara yang diharap dapat dicapai pada akhir kajian. Penyataan ini hendaklah jelas, rasional, dan relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai) Contoh: ─ Mengenal pasti konsep diyat menurut Undang-Undang Jenayah Islam ─ Mengkaji/menganalisis tahap kefahaman masyarakat Kg. Pandan Dalam mengenai diyat menurut Undang-Undang Jenayah Islam
  • 13. 13 TERHAD B Calon menentukan kaedah kajian Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat, antaranya adalah seperti berikut: 1. Kajian Dokumentasi Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada bahan bertulis, seperti buku, majalah, akhbar, jurnal, dan lain-lain. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan Internet. 2. Soal Selidik Kaedah soal selidik ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, boring soal selidik digunakan untuk memudahkan kajian yang hendak dilakukan. Calon boleh mereka bentuk soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan objektif kajian yang dilaksanakan untuk mendapat maklumat yang berkaitan. Boring itu boleh diedarkan secara rawak/terpilih kepada responden di kawasan kajian. 3. Temu Bual Kaedah temu bual ialah proses menemu bual individu yang mempunyai maklumat mengenai bidang kajian. Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan orang persendirian. Contoh temu bual secara formal seperti menemu bual Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Ketua Kampung, Ahli JKKR, Imam, Bilal dan lain-lain. Manakala temu bual tidak formal seperti menemu bual ahli masyarakat dan orang awam di tempat kajian. 4. Pemerhatian Kaedah pemerhatian ialah proses mendapatkan maklumat melalui pemerhatian dan penelitian terhadap proses, prosedur, peristiwa, perjalanan kes, gelagat, dan sebagainya. Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dengan menghubung kait antara permasalahan kajian dengan objektif kajian dalam bentuk esei bertulis. Perbincangan mestilah disertakan dengan rujukan dan boleh disokong dengan jadual/carta/graf, dan sebagainya. Calon menghasilkan rumusan Kerja Kursus Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan. Calon juga diharapkan dapat menunjukkan sejauh mana dapatan kajian yang dijalankan itu menepati objektif kajian yang ditetapkan. Calon hendaklah menyatakan kepentingan (signifikan) kajian atau cadangan daripada hasil kajian yang telah dijalankan.
  • 14. 14 TERHAD 8 LAMPIRAN Lampiran 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2018 MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4) TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/ PEMERIKSA TANDATANGAN GURU/PEMERIKSA TARIKH
  • 15. 15 TERHAD Lampiran 2 BPC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2018 MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4) BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/ pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat Kerja Kursus Calon Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus .......................................... tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran ........................... di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja kursus mata pelajaran ......................................... (untuk calon persendirian individu). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Penilai: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus ........................................................ telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh
  • 16. 16 TERHAD Lampiran 3 BRKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2018 MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4) BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran: ........................................... No. Kad Pengenalan: ................................... Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus (diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Guru Tandatangan Calon (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Syariah Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Syariah Tahun 2018 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ..................................... Nama Guru: ................................................ Tarikh: ....................................... Cap Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama kerja kursus.
  • 17. 17 TERHAD Lampiran 4 BMKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2018 MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4) BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon: …………………………………………….. Angka Giliran: ……………................... No. Kad Pengenalan: ……………………………………. (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras) Kriteria Pentaksiran Markah Penuh Markah Guru/Pemeriksa Markah Penyelaras A. Penulisan 1. Abstrak 4 2. Pengenalan 4 3. Objektif Kajian 4 4. Kaedah Kajian 4 5. Perbincangan dan Dapatan Kajian 20 6. Rumusan dan Cadangan 4 7. Senarai Rujukan 3 8. Kemahiran Manipulatif 3 9. Kemahiran Insaniah 4 B. Pembentangan dan Soal Jawab 1. Pembentangan 4 2. Soal Jawab 2 3. Kreativiti 2 4. Keterampilan 2 Jumlah Markah 60 PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa: ……………….. Tandatangan Penyelaras: ................................... Nama: ................................................................... Nama: ................................................................ No. Kad Pengenalan: ............................................. No. Kad Pengenalan: ......................................... Tarikh: ................................................................... Tarikh: .............................................................. No. Telefon (sekolah): ....................................... No. Telefon (sekolah): ...................................... (bimbit): ....................................... (bimbit): ..................................... Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
  • 18. 18 TERHAD Lampiran 5 BRuMKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2018 MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4) BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Sekolah: …………………………………………………………………… (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) Bil Angka Giliran No Kad Pengenalan Markah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 (Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman) PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENGETUA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa:…………………….……... Tandatangan Pengetua:………………………..…...... Nama : ………………………………………….…............ Nama : …………………………………………..…... No. Kad Pengenalan : ………………….........…………… No. Kad Pengenalan : ……………………………….. Tarikh : ………………………………………. Tarikh : ………………………………………. No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ……………………… No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ……………………… Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.