Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
TERHAD
1 TERHAD
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIAN HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Ma...
TERHAD
2 TERHAD
Kandungan
Bil. Perkara Halaman
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan 3
2.0 Objektif Penilaian 3 – 4
2.1 Kemahir...
TERHAD
3 TERHAD
1.0 Pengenalan
Manual ini disusun bagi membantu guru dan calon sekolah kerajaan dan calon sekolah
bantuan ...
TERHAD
4 TERHAD
2.3.4 berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan,
2.3.5 berupaya menyelesaikan masalah,
...
TERHAD
5 TERHAD
3.3.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti kajian luar
semasa di lapangan, memproses d...
TERHAD
6 TERHAD
3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru
dengan calon bagi membincangkan...
TERHAD
7 TERHAD
(c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
3.4.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasil...
TERHAD
8 TERHAD
Tarikh
Perancangan dan
Pelaksanaan
Aktiviti
Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon
05 Mei
hingga
31 Mei 2...
TERHAD
9 TERHAD
Tarikh
Perancangan dan
Pelaksanaan
Aktiviti
Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon
3 Julai
hingga
7 Ogos ...
TERHAD
10 TERHAD
Tarikh
Perancangan dan
Pelaksanaan
Aktiviti
Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon
30 Ogos
hingga
27
Sep...
TERHAD
11 TERHAD
5.4 Semasa melaksanakan kajian luar, calon dibahagikan kepada kumpulan kecil (4–5
orang) untuk memudahkan...
TERHAD
12 TERHAD
6.0 Kaedah kajian
6.1 Maklumat diperoleh dari dua jenis sumber, iaitu sumber primer dan sumber
sekunder
6...
TERHAD
13 TERHAD
8.2.4 Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk secara konsisten.
Contoh:
2.0 Objektif kajian
2.1 Menghu...
TERHAD
14 TERHAD
9.7 Hasil kajian dan perbincangan – Huraian tentang dapatan kajian yang telah
dianalisis; merangkumi punc...
TERHAD
15 TERHAD
10.0 Penskoran
Bil. Item Penilaian Markah penuh Peratus (%)
A Penulisan
1. Pengenalan 1 2
2. Objektif kaj...
TERHAD
16 TERHAD
11.0 Skop Kajian Luar
11.1 Alam Sekitar Fizikal
Kajian luar alam sekitar fizikal dikhususkan kepada empat...
TERHAD
17 TERHAD
(v) Pertanian
(vi) Bencana
 Banjir
 Kemarau
 Pencemaran air
Kajian luar sistem hidrologi perlu ditumpu...
TERHAD
18 TERHAD
(i) Taburan penduduk dari segi lokasi kediaman, pola, kepadatan, dan
komposisi kaum
(ii) Faktor geografi ...
TERHAD
19 TERHAD
(ii) Kawasan pengaruh bandar yang dikaji berdasarkan fungsi, kepentingan
dan interaksi bandar tersebut de...
TERHAD
20 TERHAD
(iv) Masalah dan isu yang dihadapi oleh sektor ekonomi berkenaan
(v) Program pembangunan yang dijalankan ...
TERHAD
21 TERHAD
Lampiran 1
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KAJIAN ...
TERHAD
22 TERHAD
Lampiran 2
BPC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (KAJ...
TERHAD
23 TERHAD
Lampiran 3
BRKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS (K...
TERHAD
24 TERHAD
Lampiran 4
BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN KUMPULAN KERJA KURSUS
(KAJIAN LUAR) GEOGRAFI
(a) Senarai Nama Ah...
TERHAD
25 TERHAD
Lampiran 4
(b) Borang Penilaian Individu
Kriteria Penilaian Pembentangan
Calon
1 2 3 4 5
Boleh berkomunik...
TERHAD
26 TERHAD
Lampiran 5
BMKKC
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR...
TERHAD
27 TERHAD
Lampiran 6
BRuMKK
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG RUMUSAN MARKAH KE...
TERHAD
28 TERHAD
12.0 Tanggungjawab Calon
12.1 Memahami sukatan pelajaran Geografi dan tugasan untuk melaksanakan kerja
ku...
TERHAD
29 TERHAD
12.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan
yang telah disemak oleh g...
TERHAD
30 TERHAD
Tarikh
Perancangan dan Pelaksanaan
Aktiviti
Tindakan Calon
8 hingga
29 Ogos
2017
Penulisan kajian setelah...
TERHAD
31 TERHAD
14.3 Penulisan hasil kajian luar hendaklah menggunakan laras bahasa kajian ilmiah.
Contohnya,
i. "Berdasa...
TERHAD
32 TERHAD
15.9 Senarai rujukan
15.9.1 Rujukan buku perlu merujuk format Gaya Dewan seperti contoh berikut:
Jamaludd...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Geo manual kerja kursus 942 4 2017

1,849 views

Published on

Kerja Kursus Geo 9424 Penggal 3 2017

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Geo manual kerja kursus 942 4 2017

  1. 1. TERHAD 1 TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIAN HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi Kertas 4 (942/4) Penggal 3 Tahun 2017 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja. __________________________________________________________________________________ Manual ini terdiri daripada 32 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2017 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
  2. 2. TERHAD 2 TERHAD Kandungan Bil. Perkara Halaman BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan 3 2.0 Objektif Penilaian 3 – 4 2.1 Kemahiran kognitif 2.2 Kemahiran manipulatif 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills) 3.0 Pelaksanaan Kajian Luar 4 – 7 3.1 Arahan umum 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru 3.4 Tanggungjawab Calon 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 7 – 10 5.0 Langkah Menjalankan Kajian Luar 10 – 11 6.0 Kaedah Kajian 12 7.0 Peralatan dan Kegunaannya 12 8.0 Format Penulisan 12 – 13 9.0 Struktur Penulisan 13 – 14 10.0 Penskoran 15 11.0 Skop Kajian Luar 16 – 20 11.1 Alam Sekitar Fizikal 11.2 Alam Sekitar Manusia Lampiran 21 – 27 BAHAGIAN II : CALON 12.0 Tanggungjawab Calon 28 13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 29 – 30 14.0 Format Penulisan 30 – 31 15.0 Struktur Penulisan 31 – 32
  3. 3. TERHAD 3 TERHAD 1.0 Pengenalan Manual ini disusun bagi membantu guru dan calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dalam pelaksanaan dan penilaian kerja kursus (kajian luar) Geografi. Kajian luar ini hendaklah dijalankan pada penggal 3 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). 2.0 Objektif Penilaian Kajian luar ini dilaksanakan untuk menilai keupayaan calon dalam kemahiran berikut. 2.1 Kemahiran kognitif, 2.1.1 mengenal pasti dan menghuraikan masalah dan isu yang berkaitan dengan kedinamikan interaksi sesama manusia, manusia dengan alam sekitar dan sebaliknya serta mencadangkan langkah untuk mengatasinya dalam konteks setempat, 2.1.2 menjelaskan pelbagai bentuk, pola, dan proses dalam alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia serta faktor yang mempengaruhinya, 2.1.3 mengaplikasi dan membandingkan teori yang diajar di dalam bilik darjah dengan keadaan sebenar di lapangan, dan 2.1.4 mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang kedinamikan interaksi sesama manusia, manusia dengan alam sekitar dan sebaliknya. 2.2 Kemahiran manipulatif, 2.2.1 mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada sumber primer, 2.2.2 menemu bual, melakukan pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik untuk mendapatkan data primer di lapangan, 2.2.3 mengumpul, merekod, menyalin data dan maklumat sumber sekunder melalui kajian perpustakaan, laporan agensi kerajaan dan swasta serta memuat turun bahan daripada sumber Internet, 2.2.4 memproses, menyusun, meringkas, mengekod, menjadual, dan menganalisis data dan maklumat yang diperoleh, dan 2.2.5 mempersembahkan data dan maklumat yang diperoleh dari lapangan ke dalam bentuk grafik, jadual, rajah, dan carta. Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi menganalisis dan mempersembahkan data. 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills), 2.3.1 boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan, 2.3.2 boleh bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai satu pasukan, 2.3.3 berupaya memimpin dan mengawal selia aktiviti kajian luar yang dilaksanakan secara berkumpulan, BAHAGIAN I : GURU
  4. 4. TERHAD 4 TERHAD 2.3.4 berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan, 2.3.5 berupaya menyelesaikan masalah, 2.3.6 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif, 2.3.7 boleh menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik, 2.3.8 menyedari dan menghargai tentang kepentingan alam sekitar, 2.3.9 boleh menjalankan kajian dengan jujur, amanah, dan beretika, dan 2.3.10 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan motivasi. 3.0 Pelaksanaan Kajian Luar 3.1 Arahan Umum 3.1.1 Kertas kerja kursus (kajian luar) Geografi wajib diambil oleh semua calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan 3.1.2 Kertas kerja kursus (kajian luar) Geografi hendaklah dibuat dalam Penggal 3 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.2.1 Mempengerusikan mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah 3.2.2 Memastikan Ahli Jawatan Kuasa Kerja Kursus Sekolah menyediakan Fail Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran masing-masing 3.2.3 Memastikan calon dibimbing dan diselia oleh guru Geografi 3.2.4 Memastikan bahawa semua hasil penulisan kajian luar calon telah dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut borang markah yang disediakan 3.2.5 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan calon di bawah Peraturan Pelancongan Sekolah 1957 dipatuhi oleh guru dan calon 3.2.6 Memastikan keperluan logistik/bekalan untuk melaksanakan kajian luar dipenuhi 3.3 Tanggungjawab Guru Geografi 3.3.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon 3.3.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) memahami skop tugasan dan merancang (b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan (c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
  5. 5. TERHAD 5 TERHAD 3.3.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti kajian luar semasa di lapangan, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti kajian luar 3.3.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi secara individu 3.3.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0/13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi 3.3.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Geografi. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus (kajian luar) kepada guru Geografi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan penulisan kerja kursus (kajian luar) hendaklah menggunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (kajian luar) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan kertas Geografi STPM 3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kajian luar)
  6. 6. TERHAD 6 TERHAD 3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kajian luar) Geografi calon 3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi, BMKKC, dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu 3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus (kajian luar) Geografi calon 3.3.21 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.3.22 Menilai pembentangan calon dan memberi markah secara individu serta mengisi Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi (Lampiran 4) 3.3.23 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus (kajian luar) Geografi bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 5) 3.3.24 Mengisi Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) (Lampiran 6) dan mendapatkan pengesahan daripada pengetua 3.3.25 Memasukkan markah kerja kursus (kajian luar) Geografi calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kegagalan menghantar markah kerja kursus (kajian luar) Geografi akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4 3.3.26 Memastikan kerja kursus (kajian luar) Geografi, BPC, BMKKC, dan salinan BRuMKK bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan 3.3.27 Memastikan salinan asal BRuMKK dihantar ke MPM (u.p SUB PSM) dalam tempoh seminggu selepas kemasukan markah ke dalam sistem e-submission. Kegagalan menghantar maklumat tersebut akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi dan dianggap tidak mengambil kertas 942/4 3.4 Tanggungjawab Calon 3.4.1 Memahami sukatan pelajaran Geografi dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (kajian luar) 3.4.2 Melaksanakan kerja kursus (kajian luar) dalam tempoh yang ditetapkan 3.4.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (kajian luar) dijalankan 3.4.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) secara individu 3.4.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu; (a) memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, (b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan
  7. 7. TERHAD 7 TERHAD (c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 3.4.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kajian luar 3.4.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan data/maklumat 3.4.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja kursus (kajian luar) 3.4.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kajian luar) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kajian luar) calon 3.4.10 Menghantar hasil kerja kursus (kajian luar) kepada guru Geografi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (kajian luar) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4 3.4.11 Mengakui kerja kursus (kajian luar) Geografi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 3.4.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Geografi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kajian luar) Geografi 3.4.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kajian luar) pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 3.4.14 Memastikan kerja kursus (kajian luar) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus (kajian luar) 3.4.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kajian luar) Geografi 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi 4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (kajian luar) Geografi ini bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh MPM 4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan kerja kursus (kajian luar) Geografi adalah seperti berikut:
  8. 8. TERHAD 8 TERHAD Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon 05 Mei hingga 31 Mei 2017 MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (www.mpm.edu. my) pada 05 Mei 2017: i. Manual Kerja Kursus yang mengandungi Bahagian I: Guru, Bahagian II : Calon ii. Soalan tugasan iii. Kriteria penilaian dan pemarkahan  Mesyuarat penyelarasan peringkat negeri antara JU dengan guru Geografi tingkatan enam (bermula 08 Mei 2017)  Memuat turun manual kerja kursus berserta kriteria penilaian dan pemarkahan  Memberi taklimat tugasan kepada calon  Memilih soalan dan menetapkan lokasi kajian  Merancang jadual kerja  Membuat tinjauan awal lokasi  Memohon kebenaran lawatan/kajian luar daripada JPN (jika perlu)  Menerima soalan tugasan  Memahami skop tugasan kajian luar 01 Jun hingga 23 Jun 2017 Persiapan sebelum ke lapangan  Menyediakan surat- menyurat  Menghubungi agensi yang berkaitan  Mengagihkan calon mengikut kumpulan  Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring  Menyediakan peralatan dan instrumen kajian  Mengurus sumber kewangan  Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah yang dinilai  Menilai kemahiran insaniah  Mendapatkan sumber kewangan  Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga  Membincangkan jadual kerja bersama-sama ahli kumpulan  Mengagihkan kerja dan membentuk struktur organisasi kumpulan  Menyediakan kerangka tugasan  Menyediakan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik  Mencari sumber rujukan seperti sumber primer dan sekunder
  9. 9. TERHAD 9 TERHAD Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon 3 Julai hingga 7 Ogos 2017 Perlaksanaan kajian di lapangan  Membimbing calon melaksanakan aktiviti di lapangan  Menilai kemahiran manipulatif  Menilai kemahiran insaniah  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan kaji selidik  Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder 8 Ogos hingga 29 Ogos 2017 Penulisan kajian setelah kembali dari lapangan  Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan kajian  Membimbing calon menulis penulisan kajian luar mengikut format yang ditetapkan  Menilai progres/kemajuan hasil penulisan calon secara berterusan  Membaiki kelemahan dan membimbing calon membuat penambahbaikan  Menetapkan tarikh akhir penghantaran laporan kajian luar mengikut arahan MPM  Menilai kemahiran manipulatif  Menilai kemahiran insaniah  Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan  Memproses, mentafsir, manganalisis, dan merumus data dan maklumat  Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk peta, jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian  Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubungkait dengan teori yang dipelajari  Menulis penulisan kajian luar yang lengkap mengikut format yang ditetapkan  Menyemak dan membuat penambahbaikan penulisan kajian luar
  10. 10. TERHAD 10 TERHAD Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon 30 Ogos hingga 27 September 2017  Penilaian laporan kajian luar  Pembentangan berkumpulan hasil kajian luar oleh semua calon  Menerima penulisan kajian luar daripada setiap calon  Membuat penilaian dan pemarkahan bagi setiap calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM  Menilai kemahiran manipulatif  Menilai kemahiran insaniah  Menilai kebolehan dan keupayaan setiap calon dalam kemahiran yang diperlukan  Menghantar penulisan kajian luar masing- masing kepada guru  Membentangkan hasil kajian luar secara berkumpulan 28 September hingga 23 Oktober 2017  Penyemakan silang markah kerja kursus  Pengisian dan penghantaran markah kerja kursus ke MPM melalui perisian e-submission  Penghantaran salinan asal BRuMKK ke MPM (u.p SUB PSM) dalam tempoh seminggu selepas kemasukan markah ke dalam sistem e-submission Tidak berkenaan Oktober 2018 Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM dikeluarkan) Tidak berkenaan 5.0 Langkah menjalankan kajian luar 5.1 MPM memberikan dua soalan tugasan berdasarkan sukatan pelajaran Geografi STPM (rujuk para 11.1 dan 11.2). Guru dan calon perlu berbincang untuk memilih hanya satu soalan tugasan sahaja. 5.2 Kawasan yang hendak dikaji mestilah sesuai dengan tajuk yang dipilih. Hanya satu kawasan kajian sahaja diperlukan bagi setiap soalan. Pada amnya, kawasan kajian yang dipilih mengandungi gabungan perkara yang berikut: 5.2.1 Berskala mikro 5.2.2 Unsur alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia 5.3 Pemilihan lokasi kajian luar hendaklah mengambil kira jarak dari sekolah kerana ini akan melibatkan kos pengangkutan dan masa perjalanan. Sebaik-baiknya perjalanan pergi dan balik dari lokasi kajian itu tidak memakan masa lebih daripada dua jam. Dengan itu, calon akan mempunyai masa sekurang-kurangnya enam jam berada di lapangan untuk melaksanakan kajian luar.
  11. 11. TERHAD 11 TERHAD 5.4 Semasa melaksanakan kajian luar, calon dibahagikan kepada kumpulan kecil (4–5 orang) untuk memudahkan mereka menjalankan kajian, dan memudahkan guru mengawasi serta menjaga keselamatan mereka. 5.5 Sebelum ke lapangan, guru membuat persiapan awal seperti berikut: 5.5.1 Menentukan lokasi kajian dan melakukan tinjauan awal yang bersesuaian dengan soalan tugasan 5.5.2 Menentukan kumpulan calon 5.5.3 Menguruskan surat-menyurat seperti surat kebenaran penjaga, surat kebenaran dari sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) 5.5.4 Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi 5.5.5 Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring 5.5.6 Menyediakan peralatan dan instrumen yang diperlukan termasuklah borang soal selidik 5.5.7 Memberikan taklimat kepada calon yang meliputi tugasan kumpulan, aspek kajian, jumlah responden yang ingin ditemu bual/soal selidik, taklimat kawalan keselamatan dan lain-lain yang bersesuaian 5.6 Semasa di lapangan, calon menjalankan pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan soal selidik mengikut item-item tugasan yang telah dipilih (calon mesti mendapatkan data primer dalam melaksanakan tugasan kajian luar). 5.7 Sekembali dari lapangan, calon melaksanakan tugasan berikut: 5.7.1 Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut keutamaan atau mengikut item yang telah dipecahkan dari soalan yang telah dipilih 5.7.2 Memproses maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh 5.7.3 Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta, dan rajah bagi mana-mana item yang relevan dan sesuai 5.7.4 Membincangkan dapatan/hasil kajian – menghubungkaitkan dapatan yang diperoleh dengan teori yang telah dipelajari di dalam bilik darjah 5.7.5 Menyiapkan penulisan kajian mengikut format yang ditetapkan oleh MPM 5.7.6 Membuat kesimpulan daripada hasil kajian dalam pembentangan 5.7.7 Membentangkan hasil kajian masing-masing. Tempoh pembentangan dan soal jawab hendaklah tidak melebihi 20 minit bagi setiap kumpulan 5.7.8 Penggunaan TMK dalam pembentangan adalah digalakkan
  12. 12. TERHAD 12 TERHAD 6.0 Kaedah kajian 6.1 Maklumat diperoleh dari dua jenis sumber, iaitu sumber primer dan sumber sekunder 6.2 Bagi mendapatkan maklumat primer, kaedah berikut digunakan: kaedah mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, menemu bual, pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik 6.3 Bagi mendapatkan maklumat sekunder, kaedah berikut digunakan: kaedah mengumpul, merekod, menyalin, kajian di perpustakaan, mengumpul laporan agensi kerajaan dan swasta serta muat turun sumber Internet 7.0 Peralatan dan kegunaannya Bagi menjalankan kajian luar, peralatan/bahan berikut boleh digunakan 7.1 Peta topografi digunakan untuk menentukan lokasi dan membuat peta lakar sesuatu kawasan kajian 7.2 Borang soal selidik yang telah disediakan sebelum ke lokasi kajian 7.3 Pancang jajar digunakan untuk menjajarkan sesuatu pengukuran linear semasa mengukur profil, dan sekiranya yang diukur ialah profil pantai, pancang jajar ini boleh juga digunakan untuk mengukur ketinggian ombak serta tempohnya 7.4 Pita ukur digunakan untuk kerja-kerja pengukuran jarak 7.5 Kompas prismatik digunakan untuk menentukan arah 7.6 Alat GPS (Global Positioning System) digunakan untuk menentukan letakan, ketinggian, dan arah 7.7 Higrometer putar dan air suling digunakan untuk merekodkan suhu kering dan suhu basah dan mengira kelembapan bandingan 7.8 Termometer Sixes, tolok hujan, anemometer, dan barometer digunakan untuk mengukur unsur cuaca 7.9 Alat pengukur kecerunan (Alat Aras Abney, Klinometer, dan Teodolit digunakan untuk merekodkan kecerunan dan ketinggian sesuatu poin yang diukur) 7.10 Kamera digunakan untuk merakam gambar foto sebagai bukti tempat itu dan bahan sokongan kajian 7.11 Alat perakam suara 8.0 Format Penulisan 8.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan 8.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kajian luar mengikut format berikut: 8.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja 8.2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat sahaja 8.2.3 Langkau (spacing): 1.5
  13. 13. TERHAD 13 TERHAD 8.2.4 Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk secara konsisten. Contoh: 2.0 Objektif kajian 2.1 Menghuraikan jenis kegiatan ekonomi di kawasan yang dikaji 8.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 8.3 Penulisan hasil kajian luar hendaklah menggunakan laras bahasa kajian ilmiah. Contohnya, i. "Berdasarkan pemerhatian di kawasan kajian..." ii. "Sungai X didapati telah tercemar disebabkan penggunaan racun serangga..." 8.4 Penulisan hasil kajian mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu bual, dan penyataan lokaliti 8.5 Susunan laporan kajian luar adalah seperti berikut: 8.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) 8.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 8.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) 8.5.4 Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi (Lampiran 4) 8.5.5 Penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi 8.6 Penulisan kerja kursus (kajian luar) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid. 9.0 Struktur Penulisan Kajian luar dilakukan secara berkumpulan tetapi penulisannya mesti disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali dari lapangan. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: 9.1 Isi kandungan 9.2 Penghargaan 9.3 Pengenalan – Huraian isu semasa yang berkaitan dengan tajuk tugasan 9.4 Objektif kajian – Penyataan semua objektif mengikut tugasan soalan 9.5 Lokasi kawasan kajian – Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian 9.6 Kaedah kajian – Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, muat turun bahan dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta
  14. 14. TERHAD 14 TERHAD 9.7 Hasil kajian dan perbincangan – Huraian tentang dapatan kajian yang telah dianalisis; merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding, membezakan, dan menilai tentang saling interaksi aspek-aspek fizikal dengan aktiviti manusia atau sebaliknya. Data tentang hasil kajian boleh dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah, graf, dan peta 9.8 Kesimpulan – Kesimpulan hasil dari dapatan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan 9.9 Senarai rujukan 9.9.1 Rujukan buku perlu merujuk format Gaya Dewan seperti contoh berikut: Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 9.9.2 Rujukan daripada terbitan rasmi jabatan seperti contoh berikut: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 1990. Lembar 7002 Kuala Langat. Majlis Daerah Tanjung Malim. 2010. Pelan Strategi Tanjung Malim 2010-2017. Tanjung Malim: MDTM. 9.9.3 Rujukan internet seperti contoh berikut: Clark, J.K. 1999. Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9-13 Crane, N. 1997. Electronic sources: MLA style of citation. http://www.uvm.edu/~ncrane/estyle/mla.html [31 Julai 2000]. 9.9.4 Rujukan akhbar seperti contoh berikut: Gunasegaran, P.2006. Overworked students: give the kids chance to relax. New Straits Times, 21 February: 20. Anon. 1992b. Peningkatan kes belia tidak membayar balik pinjaman. Utusan Malaysia, 30 Oktober: 10. (bagi yang tiada pengarang). 9.10 Borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalam teks
  15. 15. TERHAD 15 TERHAD 10.0 Penskoran Bil. Item Penilaian Markah penuh Peratus (%) A Penulisan 1. Pengenalan 1 2 2. Objektif kajian 1 2 3. Lokasi kawasan kajian 5 10 4. Kaedah kajian 3 6 5. Hasil kajian dan perbincangan 24 48 6. Kesimpulan kajian 1 2 7. Senarai rujukan 1 2 8. Lampiran 1 2 Jumlah Markah 37 74 B Pembentangan 5 10 C Kemahiran manipulatif 3 6 D Kemahiran insaniah 5 10 Jumlah Markah 13 26 Jumlah Besar 50 100
  16. 16. TERHAD 16 TERHAD 11.0 Skop Kajian Luar 11.1 Alam Sekitar Fizikal Kajian luar alam sekitar fizikal dikhususkan kepada empat tajuk yang berikut: (a) Sistem geomorfologi (b) Sistem atmosfera (c) Sistem hidrologi (d) Sistem ekologi 11.1.1 Kajian luar sistem geomorfologi boleh dilakukan di salah satu kawasan berikut: (i) Lembah sungai (ii) Cerun (iii) Pinggir pantai (iv) Tanah tinggi (v) Tanah pamah Tumpuan kajian bagi setiap sistem geomorfologi yang dipilih adalah seperti berikut: (i) Proses geomorfologi (ii) Faktor yang mempengaruhi (iii) Kepentingan kepada pembentukan bentuk muka bumi (iv) Interaksi dan impak kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia (v) Cadangan untuk mengurangkan impak tersebut 11.1.2 Kajian luar berkaitan sistem atmosfera boleh dilakukan di stesen kaji cuaca atau kaji iklim. Kajian perlu ditumpukan kepada aktiviti mencerap, merekod, menganalisis unsur cuaca, menjelaskan faktor yang mempengaruhinya serta impak ke atas alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Unsur cuaca yang dikaji adalah seperti berikut: (i) Suhu (ii) Hujan (iii) Angin (iv) Sejatan (v) Kelembapan bandingan (vi) Litupan awan (vii) Tekanan udara 11.1.3 Kajian luar berkaitan sistem hidrologi boleh dijalankan di salah satu kawasan berikut: (i) Luar bandar (ii) Bandar (iii) Perumahan (iv) Perindustrian
  17. 17. TERHAD 17 TERHAD (v) Pertanian (vi) Bencana  Banjir  Kemarau  Pencemaran air Kajian luar sistem hidrologi perlu ditumpukan kepada: (i) Aspek permintaan dan bekalan air serta faktor yang mempengaruhinya [untuk kawasan (i) hingga (v)] (ii) Kejadian banjir, kemarau, dan pencemaran air serta faktor yang mempengaruhinya [untuk kawasan (vi)] (iii) Interaksi dan impak kepada alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia (iv) Cadangan untuk mengurangkan impak tersebut 11.1.4 Kajian luar berkaitan sistem ekologi boleh dijalankan di salah satu kawasan berikut: (i) Hutan (ii) Tasik (iii) Sungai (iv) Pinggir pantai (v) Paya (vi) Kawasan ekosistem buatan manusia Kajian perlu ditumpukan kepada: (i) Komponen asas ekosistem (ii) Gangguan terhadap keseimbangan ekosistem (iii) Pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem 11.2 Alam Sekitar Manusia Kajian luar alam sekitar manusia dikhususkan kepada tiga tajuk yang berikut: (a) Penduduk (b) Transformasi desa dan pembandaran (c) Pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar Pemilihan ketiga-tiga tajuk ini dibuat setelah mengambil kira masa, kos, logistik, dan kesesuaian tema dengan keupayaan dan keperluan pelajar tingkatan enam. 11.2.1 Kajian luar berkaitan dengan penduduk dilakukan terhadap subtajuk berikut: (i) Taburan penduduk (ii) Ciri-ciri penduduk (iii) Migrasi (iv) Kaitan penduduk dengan aktiviti ekonomi Tumpuan kajian bagi setiap subtajuk penduduk adalah seperti berikut:
  18. 18. TERHAD 18 TERHAD (i) Taburan penduduk dari segi lokasi kediaman, pola, kepadatan, dan komposisi kaum (ii) Faktor geografi setempat yang mempengaruhi pola/corak taburan penduduk (iii) Ciri penduduk, seperti kadar kelahiran dan kematian, struktur umur dan jantina, jangka hayat, dan nisbah tanggungan (iv) Faktor yang mempengaruhi ciri penduduk di kawasan kajian (v) Pengaruh ciri penduduk di sesebuah kawasan ke atas pembangunan ekonomi dan sosial setempat (vi) Arah alir, isi padu, dan komposisi migrasi masuk dan keluar di kawasan kajian (vii) Faktor yang mempengaruhi migrasi masuk dan keluar di kawasan kajian (viii) Masalah dan isu migrasi di kawasan kajian serta cadangan mengatasinya (ix) Kaitan antara taburan dan ciri penduduk dengan aktiviti ekonomi setempat (x) Impak aktiviti penduduk terhadap alam sekitar fizikal setempat dan cadangan mengatasinya 11.2.2 Kajian luar berkaitan dengan transformasi desa dan pembandaran boleh dijalankan di sebuah kawasan luar bandar atau bandar. Kajian di kawasan luar bandar meliputi aktiviti ekonomi desa, interaksi desa bandar, dan pembangunan dan pemodenan desa. Tumpuan kajian adalah terhadap perkara berikut: (i) Pelbagai jenis aktiviti ekonomi desa di kawasan yang dikaji (ii) Faktor yang mempengaruhi aktiviti ekonomi dan perkembangan ekonomi desa (iii) Interaksi dan saling bergantung desa – bandar daripada segi pemasaran, penggunaan perkhidmatan, pengangkutan, dan penyebaran maklumat serta inovasi (iv) Impak interaksi desa – bandar ke atas ekonomi dan sosial, guna tanah kawasan desa yang dikaji (v) Program pembangunan dan pemodenan desa yang dijalankan dari segi ekonomi, guna tanah, prasarana, kemudahan sosial, dan pembangunan modal insan (gunatenaga) di kawasan kajian (vi) Masalah dan isu pembangunan desa (vii) Kesan pembangunan desa terhadap persekitaran fizikal setempat (viii) Langkah untuk mengurangkan kesan pembangunan desa terhadap persekitaran fizikal setempat Kajian di kawasan bandar meliputi pelbagai fungsi bandar, kawasan pengaruh bandar, dan pembangunan serta perkembangan bandar. Tumpuan kajian adalah meliputi perkara berikut: (i) Pelbagai fungsi bandar dari segi perkhidmatan, perniagaan, pemasaran, perindustrian, pentadbiran, penyebaran maklumat, dan inovasi
  19. 19. TERHAD 19 TERHAD (ii) Kawasan pengaruh bandar yang dikaji berdasarkan fungsi, kepentingan dan interaksi bandar tersebut dengan kawasan sekitar atau dengan bandar- bandar lain yang berdekatan (iii) Perkembangan bandar yang dikaji dari segi ekonomi, guna tanah, prasarana, kemudahan sosial, dan perkhidmatan bandar (iv) Masalah dan isu pembandaran terhadap penduduk setempat dari segi ekonomi, sosial, dan kualiti hidup (v) Impak pembandaran terhadap alam sekitar fizikal setempat (vi) Langkah untuk mengurangkan impak pembandaran terhadap alam sekitar fizikal setempat 11.2.3 Kajian luar berkaitan dengan pembangunan ekonomi dan impak alam sekitar boleh dilakukan terhadap aktiviti ekonomi berikut; (i) Ekonomi Primer  Pertanian  Penternakan  Perikanan  Perhutanan  Perlombongan atau kuari (ii) Ekonomi Sekunder  Pemprosesan  Pembuatan  Pembinaan (iii) Ekonomi Tertier  Pengangkutan dan perhubungan  Pelancongan  Perniagaan dan perdagangan  Perkhidmatan awam dan swasta  Utiliti (elektrik, air, dan gas)  Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)  Penyelidikan dan pembangunan (R&D) Tumpuan kajian bagi setiap aktiviti ekonomi di atas meliputi perkara berikut: (i) Ciri aktiviti ekonomi di kawasan kajian yang dipilih (ii) Faktor yang mempengaruhi letakan dan perkembangan aktiviti ekonomi yang dikaji (iii) Kepentingan aktiviti ekonomi yang dikaji kepada penduduk dan sosio- ekonomi setempat
  20. 20. TERHAD 20 TERHAD (iv) Masalah dan isu yang dihadapi oleh sektor ekonomi berkenaan (v) Program pembangunan yang dijalankan terhadap sektor ekonomi yang dikaji (vi) Impak alam sekitar yang ditimbulkan oleh aktiviti ekonomi yang dikaji (vii) Langkah pengurusan alam sekitar yang boleh dilaksanakan di kawasan yang dikaji
  21. 21. TERHAD 21 TERHAD Lampiran 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR) PENGGAL 3 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4) TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH NAMA GURU TANDATANGAN GURU TARIKH
  22. 22. TERHAD 22 TERHAD Lampiran 2 BPC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR) PENGGAL 3 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4) BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat Peperiksaan Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (kajian luar) Geografi (942) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Geografi di sekolah. Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kajian luar) Geografi (942) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kajian luar) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kajian luar) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru Nama Guru Tarikh Alamat
  23. 23. TERHAD 23 TERHAD Lampiran 3 BRKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR) PENGGAL 3 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4) BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran : ………………………… No. Kad Pengenalan : ……………………… Tarikh Aktiviti Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus (Untuk diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Calon Tandatangan Guru (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Geografi Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi STPM 2017 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ………………..……………………………… Nama Guru: ……….………………………………………………. Tarikh : …………………............................................................ Cop Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan pada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai.
  24. 24. TERHAD 24 TERHAD Lampiran 4 BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN KUMPULAN KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR) GEOGRAFI (a) Senarai Nama Ahli Kumpulan 1. ……………………………………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan: 2. ……………………………………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan: 3. ……………………………………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan: 4. ……………………………………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan: 5. ……………………………………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan: - - - - - - - - - -
  25. 25. TERHAD 25 TERHAD Lampiran 4 (b) Borang Penilaian Individu Kriteria Penilaian Pembentangan Calon 1 2 3 4 5 Boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan Boleh bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai satu pasukan Berupaya mengurus masa mengikut jadual pembentangan Berupaya menunjukkan keyakinan diri dan motivasi Berupaya menghasilkan pembentangan secara kreatif dan inovatif Jumlah Markah (c) Komen Penilai: PENGAKUAN GURU PENGESAHAN PENYELARAS (jika ada) Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru:………………………................. Tandatangan Penyelaras: ……………………… Nama : ……………………………………………… Nama : …………………………………………. No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : …………………………. Tarikh : …………………………………………….. Tarikh : ………………………………………… No. Telefon (sekolah) : …………………………… (bimbit) : …………………………… No. Telefon (sekolah) : ………………………. (bimbit) : ……………………….
  26. 26. TERHAD 26 TERHAD Lampiran 5 BMKKC MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA KERJA KURSUS (KAJIAN LUAR) PENGGAL 3 TAHUN 2017 MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4) BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon : ………………………………………........ Angka Giliran : …………………….... No. Kad Pengenalan : …………………………….......... (Untuk diisi oleh guru & penyelaras) Kriteria Penilaian Markah Penuh Markah Guru Markah Penyelaras (Jika ada) A. Penulisan 1. Pengenalan 1 2. Objektif kajian 1 3. Lokasi kawasan kajian 5 4. Kaedah kajian 3 5. Hasil kajian dan perbincangan 24 6. Kesimpulan kajian 1 7. Senarai rujukan 1 8. Lampiran 1 Jumlah 37 B. Pembentangan 5 C. Kemahiran manipulatif 3 D. Kemahiran insaniah 5 Jumlah 13 Jumlah Markah Keseluruhan 50 PENGAKUAN GURU PENGESAHAN PENYELARAS (jika ada) Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru:………………………............... Tandatangan Penyelaras: ……………………… Nama : …………………………………………… Nama : …………………………………………. No. Kad Pengenalan : …………………………… No. Kad Pengenalan : …………………………. Tarikh : ……………………………………………. Tarikh : ………………………………………… No. Telefon (sekolah) : ………………………… (bimbit) : ………………………… No. Telefon (sekolah) : ……………………… (bimbit) : ………………………
  27. 27. TERHAD 27 TERHAD Lampiran 6 BRuMKK MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON PENGGAL : TAHUN: ____________ MATA PELAJARAN/KOD: GEOGRAFI 4 (942/4) NAMA SEKOLAH/NO.PUSAT: (Uutuk diisi oleh guru/pemeriksa) BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN (Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman) PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru:………………………......... Tandatangan Pengetua :……………......... Nama:………………………………………..... Nama:……………………………………………. No. Kad Pengenalan:………………………….. No. Kad Pengenalan:……………………………. Tarikh:……………………………………........ Tarikh:…………………………………………... No. Telefon (sekolah):………………………... (bimbit):………………………… No. Telefon (sekolah):…………………………... (bimbit):…………………………..... Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.
  28. 28. TERHAD 28 TERHAD 12.0 Tanggungjawab Calon 12.1 Memahami sukatan pelajaran Geografi dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (kajian luar) 12.2 Melaksanakan kerja kursus (kajian luar) dalam tempoh yang ditetapkan 12.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (kajian luar) dijalankan 12.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kajian luar) secara individu 12.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu; (a) memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, (b) mengenal pasti lokasi yang sesuai, dan (c) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan 12.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kajian luar 12.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan data/maklumat 12.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja kursus (kajian luar) 12.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kajian luar) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kajian luar) calon 12.10 Menghantar hasil kerja kursus (kajian luar) kepada guru Geografi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (kajian luar) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kajian luar) Geografi dan tidak mengambil kertas 942/4 12.11 Mengakui kerja kursus (kajian luar) Geografi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 12.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Geografi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kajian luar) Geografi 12.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kajian luar) pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah 12.14 Memastikan kerja kursus (kajian luar) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus (kajian luar) BAHAGIAN II : CALON
  29. 29. TERHAD 29 TERHAD 12.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kajian luar) Geografi 13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Calon 05 Mei hingga 31 Mei 2017 MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (www.mpm.edu. my) pada 05 Mei 2017: i. Manual kerja kursus yang mengandungi Bahagian I : Guru, Bahagian II : Calon ii. Soalan tugasan  Menerima soalan tugasan  Memahami skop tugasan kajian luar 01 Jun hingga 23 Jun 2017 Persiapan sebelum ke lapangan  Mendapatkan sumber kewangan  Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga  Membincangkan jadual kerja bersama-sama ahli kumpulan  Mengagihkan kerja dan membentuk struktur organisasi kumpulan  Menyediakan kerangka tugasan  Menyediakan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik  Mencari sumber rujukan seperti sumber primer dan sekunder 3 Julai hingga 7 Ogos 2017 Perlaksanaan kajian di lapangan  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan kaji selidik  Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder
  30. 30. TERHAD 30 TERHAD Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Calon 8 hingga 29 Ogos 2017 Penulisan kajian setelah kembali dari lapangan  Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan  Memproses, mentafsir, manganalisis, dan merumus data dan maklumat  Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk peta, jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian  Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubungkait dengan teori yang dipelajari  Menulis penulisan kajian luar yang lengkap mengikut format yang ditetapkan  Menyemak dan membuat penambahbaikan penulisan kajian luar 30 Ogos hingga 27 September 2017  Penilaian laporan kajian luar  Pembentangan berkumpulan hasil kajian luar oleh semua calon  Menghantar penulisan kajian luar masing-masing kepada guru  Membentangkan hasil kajian luar secara berkumpulan 14.0 Format Penulisan 14.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan 14.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kajian luar mengikut format berikut: 14.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja 14.2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat sahaja 14.2.3 Langkau (spacing): 1.5 14.2.4 Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk secara konsisten. Contoh: 2.0 Objektif kajian 2.1 Menghuraikan jenis kegiatan ekonomi di kawasan yang dikaji 14.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
  31. 31. TERHAD 31 TERHAD 14.3 Penulisan hasil kajian luar hendaklah menggunakan laras bahasa kajian ilmiah. Contohnya, i. "Berdasarkan pemerhatian di kawasan kajian..." ii. "Sungai X didapati telah tercemar disebabkan penggunaan racun serangga..." 14.4 Penulisan hasil kajian mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu bual, dan penyataan lokaliti 14.5 Susunan laporan kajian luar adalah seperti berikut: 14.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) 14.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) 14.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) 14.5.4 Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi (Lampiran 4) 14.5.5 Penulisan kerja kursus (kajian luar) Geografi 14.6 Penulisan kerja kursus (kajian luar) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid. 15.0 Struktur Penulisan Kajian luar dilakukan secara berkumpulan tetapi penulisannya mesti disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kajian luar yang lengkap perlu dibuat setelah kembali dari lapangan. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: 15.1 Isi kandungan 15.2 Penghargaan 15.3 Pengenalan – Huraian isu semasa yang berkaitan dengan tajuk tugasan 15.4 Objektif kajian – Penyataan semua objektif mengikut tugasan soalan 15.5 Lokasi kawasan kajian – Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian 15.6 Kaedah kajian – Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, muat turun bahan dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta 15.7 Hasil kajian dan perbincangan – Huraian tentang dapatan kajian yang telah dianalisis; merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding, membezakan, dan menilai tentang saling interaksi aspek-aspek fizikal dengan aktiviti manusia atau sebaliknya. Data tentang hasil kajian boleh dipersembahkan dalam bentuk jadual, rajah, graf, dan peta 15.8 Kesimpulan – Kesimpulan hasil dari dapatan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
  32. 32. TERHAD 32 TERHAD 15.9 Senarai rujukan 15.9.1 Rujukan buku perlu merujuk format Gaya Dewan seperti contoh berikut: Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 15.9.2 Rujukan daripada terbitan rasmi jabatan seperti contoh berikut: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 1990. Lembar 7002 Kuala Langat. Majlis Daerah Tanjung Malim. 2010. Pelan Strategi Tanjung Malim 2010-2017. Tanjung Malim: MDTM. 15.9.3 Rujukan Internet seperti contoh berikut: Clark, J.K. 1999. Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9-13 Crane, N. 1997. Electronic sources: MLA style of citation. http://www.uvm.edu/~ncrane/estyle/mla.html [31 Julai 2000]. 15.9.4 Rujukan akhbar seperti contoh berikut: Gunasegaran, P.2006. Overworked students: give the kids chance to relax. New Straits Times, 21 February: 20. Anon. 1992b. Peningkatan kes belia tidak membayar balik pinjaman. Utusan Malaysia, 30 Oktober: 10. (bagi yang tiada pengarang). 15.10 Lampiran – Borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalam teks

×