FAEDAH BERSUKAN

41,959 views

Published on

Published in: Sports
  • Be the first to comment

FAEDAH BERSUKAN

  1. 1.  Bersukan menjadi aktiviti wajib di sekolah- sekolah. Pelajar sangat digalakkan menyertai aktiviti sukan. Terdapat pelbagai faedah yang boleh diperoleh dengan menyertai aktiviti sukan ini.
  2. 2.  Dengan bersukan, seseorang itu dapat menyihatkan badan mereka. Sewaktu bersukan, otot-otot akan digerakkan. Selain itu, bersukan juga akan mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung, aktiviti ini akan mengeluarkan sisa toksik dalam badan dan menjadikan seseorang itu sihat.
  3. 3.  Bersukan juga dapat mengisi masa terluang seseorang dengan cara yang baik. Bagi remaja masa luang mereka boleh diisikan dengan berlatih sukan seperti bola sepak, bola keranjang, bola jaring, hoki dan sebagainya. Kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak, merokok, dan vandalisme akan terhindar.
  4. 4.  Hubungan antara jiran tetangga dapat dieratkan dengan adanya kegiatan sukan. Penduduk sesuatu kawasan akan bermain bersama-sama di padang permainan. Hubungan yang erat akan membentuk masyarakat Malaysia yang harmonis. Perpaduan dalam masyarakat akan terus terjamin.
  5. 5.  Seseorang yang aktif dalam bidang sukan boleh menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan kepada mereka. Mereka boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya untuk menyara kehidupan. Mereka akan memperoleh ganjaran daripada setiap kemenangan yang dikecapi. Ada antara mereka yang sudah bergelar jutawan. Contohnya, Datuk Nicole Ann David dan Datuk Lee Chong Wai.
  6. 6.  Kesimpulannya, anggapan bahawa aktiviti sukan tidak membawa sebarang faedah sepatutnya dibuang daripada fikiran. Penglibatan dalam aktiviti sukan membawa faedah bukan sahaja kepada diri, malah kepada masyarakat dan negara. Kerajaan juga sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan mutu sukan negara.

×