1. Cita-cita Sebagai Seorang Pereka Fesyen Pakaian.
Nama saya Shareena binti Shahar. Saya adalah pelajar Tahun 4 Melati. Saya
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling. Apabila saya besar nanti, saya bercita-cita
menjadi seorang pereka fesyen pakaian yang terkenal.
Saya memilih untuk menjadi seorang pereka fesyen pakaian kerana saya suka
pakaian yang cantik dan berwarna-warni. Saya tertarik hati dan berminat dengan cita-cita ini
setelah melihat pertunjukkan pakaian rekaan terbaru yang ditayangkan di televisyen. Semua
pakaian tersebut cantik dan baru.
Di antara ramai-ramai pereka fesyen di dunia ini. Saya meminati fesyen pakaian yang
dihasilkan oleh Rizalman Razil daripada Malaysia. Hal ini kerana rekaan beliau sesuai
dengan cita rasa saya. Rekaan beliau juga banyak dipakai oleh artis dan pemimpin negara.
Saya banyak membaca dan belajar melukis dan mewarna demi mencapai cita-cita
saya ini. Saya juga banyak menyimpan gambar-gambar fesyen terbaru untuk dijadikan
rujukkan. Saya juga kerap merakanm dan menonton rancangan pertunjukkan fesyen demi
menambah pengetahuan.
Saya berharap saya akan mencapai cita-cita saya itu. Saya juga berharap fesyen
rekaan saya akan menjadi kegemaran orang ramai.
Cita-cita Sebagai Seorang Polis
Setiap orang mempunyai cita-cita. Cita-cita adalah keinginan ketika dewasa kita
nanti. Cita-cita ini biasanya bermula sejak sesorang itu kecil lagi. Saya seperti orang yang
lain juga mempunyai cita-cita saya sendiri. Cita-cita saya adalah menjadi seorang polis.
Saya ingin menjadi seorang anggota polis kerana anggota polis boleh membantu orang
yang dalam kesusahan. Anggota polis boleh menangkap orang yang melakukan kesalahan
atau melanggar undang-undang. Kita boleh lebih berdisiplin apabila menjadi seorang
anggota polis.
Idola atau orang yang menjadi inspirasi saya adalah ibu saya. Ibu saya adalah seorang
anggota polis. Ibu saya berpangkat sarjan mejar. Ibu saya seorang yang tegas dan berani.
Beliau dihormati oleh pegawai polis yang lain di balai polis tempat ibu saya bertugas,
Namun apabila saya besar nanti saya ingin menjadi pegawai polis yang lebih tinggi
pangkatnya daripada ibu saya. Saya ingin menjadi berani, tegas dan dihormati oleh anggota
polis yang lain seperti ibu saya. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mendapat
keputusan yang baik. Saya akan membaca banyak buku penyiasatan dan menjadi
penyiasat yang hebat seperti di dalam rancangan kartun cerita 'Conan'.
Saya berharap saya akan mencapai cita-cita saya itu. Saya ingin membantu menjaga
keamanan dan keselamatan negara.