2. Ada banyak tuntutan yang harus dilaksanakan oleh setiap muslim dalam
kehidupan di dunia ini, salah satunya adalah keharusan menjalin habulum
minallah (hubungan yang baik kepada Allah) dan hablum minannas (hubungan
yang baik dengan manusia). Hal ini ditekankan kerana manusia sangat
memerlukan Tuhan dan Tuhan yang sesungguhnya adalah Allah Swt, di
samping itu manusia juga tidak boleh hidup sendirian, kerana memerlukan
manusia lain yang dapat berinteraksi secara baik untuk boleh mewujudkan
kehidupan yang baik. Di dalam Al-Qur’an, Allah Swt berfirman: Sembahlah
Allah dan jangan lah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan
berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapak, karib kerabat, anak-anak yatim,
orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman
sejawat, orang yang dalam perjalanan dan hamba sahaya. Sesungguhnya Allah
tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri
(QS 4:36).
1. MENJAGA HUBUNGAN
3. Menjalin hubungan baik kepada Allah Swt bagi manusia merupakan sesuatu yang sangat penting.
Manusia telah dicipta oleh Allah Swt, bagaimana mungkin ia tidak mahu menyembah dan
mengabdi kepada sang pencipta, bukankah hal itu menunjukkan bahawa ia tidak pandai bersyukur
kepada Allah Swt?. Oleh kerana itu, manusia mestilah menyembah Allah Swt dan menunjukkan
pengabdian kepada-Nya dengan semurni-murninya sehingga tidak boleh bersekutukan Allah
dengan apapun dan siapapun juga, inilah yang disebut dengan syirik.
Sebagai muslim, kita tidak dibenarkan melakukan syirik, baik syirik yang besar ataupun syirik yang
kecil. Namun Rasulullah Saw ternyata tidak begitu khawatir akan kemungkinan kita melakukan
syirik yang besar yakni menuhankan atau menyembah selain Allah Swt, kerana rasanya hal itu
tidak mungkin orang yang mengaku muslim tapi menuhankan selain Allah Swt. Yang sangat
dirisaukan oleh Nabi Muhammad Saw justeru adalah apabila kita melakukan syirik yang kecil,
karena hal ini membuat nilai amalnya menjadi terhapus. Dalam satu hadits, Rasulullah Saw
bersabda:
Sesungguhnya yang aku sangat dirisaukan atas kamu adalah apabila kamu melakukan syirik yang
kecil. Sahabat bertanya: “Apakah syirik yang kecil itu ya Rasulullah?”. Beliau menjawab: “Riya”
(HR ).
HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT
4. Manusia antara yang satu dengan lainnya saling memerlukan , kerana itu seharusnya sesama
manusia boleh menjalin hubungan yang sebaik-baiknya. Setiap manusia tidak kira siapa saja
mestilah menjalin hubungan yang sebaik-baiknya, yakni kepada semua orang.
Berbuat baik kepada kedua orang tua. Setiap orang tua, pasti mahu anaknya dapat berlaku
baik kepadanya. Ibu dan bapa telah melahirkan dan membesarkan kita, mereka juga
mendidik dengan pengorbanan harta dan jiwa sehingga seorang anak membesar dengan
baik. Kerana itu, setiap anak harus menunjukkan kebaikan dengan sebaik-baiknya kebaikan
kepada orang tuanya, ini kerana setiap perbuatannya kepada orang tua, tetap saja tidak
akan mampu membalas jasa dan kebaikan orang tua.
Berbuat baik kepada kerabat. Kerabat, keluarga , baik hubungannya dari pihak suami atau
isteri, dari bapa atau ibu merupakan orang yang sangat kita perlukan dalam kehidupan ini.
Kerana itu hubungan kekerabatan yang sering disebut dengan silaturrahim harus disambung
dan dikuatkan. Hal ini kerana bila seorang muslim memutuskan hubungan silaturrahim,
bahkan hal itu boleh menyebabkan seseorang terhalang untuk masuk ke dalam syurga. Hal
ini menjadi sangat penting kerana bagaimana mungkin seseorang boleh berlaku baik kepada
orang lain bila dengan keluarganya saja ia tidak berlaku baik.
HUBUNGAN DENGAN SESAMA
MANUSIA.