Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
ZIARAH
1. “AMALAN ZIARAH MENGZIARAHI”
FATIN MIRA SYAFIQAH BINTI SYAHMAN
NAMA PENSYARAH: PROF.DATO ‘IR
DR.RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K.
RAHMAT
LMCP 1522 PEMBANGUNAN
MAPAN DALAM ISLAM
2. KONSEP ZIARAH MENZIARAHI
Amalan ziarah menziarahi sangat dituntut dalam
islam. Amalan ini bukan sahaja untuk mengeratkan
hubungan silaturahim antara muslim tetapi ke arah
pembentukan semangat perpaduan dalam kalangan
umat islam itu sendiri.
3. DALIL AL-QURAN
firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:
Bermaksud: “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara,
maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan
bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13
Bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya
kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi
Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan.”
4. HADIS
DARIPADA Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:
"Pada suatu ketika ada seorang lelaki mengunjungi saudaranya di
kampung lain. Kemudian Allah mengutus malaikat untuk
menemui orang tersebut. Ketika orang itu dalam perjalanan ke
kampung tersebut, malaikat itu bertanya: "Hendak ke mana
kamu?" Orang itu menjawab: "Saya ingin menjenguk saudara
saya di kampung lain." Malaikat itu terus bertanya kepadanya:
"Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan
dengannya?" Laki-laki itu menjawab: "Tidak, saya hanya
mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla." Akhirnya malaikat itu
berkata: "Sesungguhnya aku malaikat diutus untuk memberitahu
kamu Allah akan sentiasa mencintaimu sebagaimana kamu
mencintai saudaramu kerana Allah." (Hadis riwayat Muslim).
5. HUKUM ZIARAH
Hukumnya adalah sunat. Amalan ini sangat mulia
dan sangat dituntut dalam islam. Banyak kelebihan
jika kita saling ziarah menziarahi antaranya dapat
mengeratkan hubungan silaturahim. Amalan ini juga
memberi peluang yang luas untuk membaiki
hubungan seseorang itu dengan keluarga dan
persahabatannya.
6. ADAB ZIARAH
Niat ziarah kerana Allah SWT untuk mengeratkan
hubungan tidak kira kaya atau miskin
Memilih waktu yang sesuai samada ziarah orang
sakit dan lain-lain
Apabila bertemu tuan rumah, digalakkan
mendahului salam dan berjabat tangan
Bertanya khabar dan bercakap perkara yang baik-
baik
Memelihara daripada membuat perkara yang tidak
disenangi sewaktu menziarah
7. KELEBIHAN ZIARAH
Dapat merapatkan hubungan yang
telah renggang
Mendamaikan antara individu yang
bersengketa
Hidup akan sentiasa diberkati Allah
Mengikis perasaan benci dan
menghilangkan hasad dengki