SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
PENERAPAN NILAI MURNI MELALUI PEMBELAJARAN-KOOPERATIF DALAM SAINS
(Jurnal Pendidikan 27 (2001) 47 - 5 Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin Dan Musa Daia dari Fakulti
PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia)

1.0 Pendahuluan

Kajian ini dijalankan oleh Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin dan Musa Daia (2001) bertujuan
untuk mengkaji bagaimana pembelajaran kooperatif dapat membantu menerapkan nilai-nilai murni
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah. Dapatan kajian ini menunjukkan
pembelajaran kooperatif adalah kaedah pembelajaran yang menarik, menyeronokkan tetapi
memerlukan komitmen yang tinggi untuk melaksanakannya dengan berkesan oleh guru-guru mata
pelajaran Sains. Guru-guru perlu mencuba kaedah ini untuk meningkatkan minat pelajar untuk mata
pelajaran tersebut. Guru-guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan, melatih pelajar mengamalkan nilai
murni serta memberi penghargaan kepada usaha mereka kerana cara ini merupakan daya tarikan
kepada pelajar untuk mempelajari sains.

Kajian ini juga menyatakan bahawa pembelajaran kooperatif merupakan salah satu kaedah
aktiviti kumpulan yang didapati dapat memberi kesan kepada penerapan nilai-nilai murni. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah pembelajaran kooperatif dalam sains dapat menerapkan nilai
murni: bekerjasama, berdikari, kasih sayang, kebersihan mental, kebersihan fizikal, kejujuran, kerajinan
dan rasional. Seramai 990 orang pelajar Tingkatan dua daripada 12 buah sekolah di Selangor diambil
sebagai sampel dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik pelajar (ujian pasca dan
pra), pemerhatian guru dan temu bual pelajar.

1
Kaedah kuasi eksperimen dijalankan dengan mengambil setiap sekolah dua buah kelas dijadikan
sampel: sebuah dijadikan kelas eksperimen dan sebuah lagi dijadikan kelas kawalan. Kelas eksperimen
diajar mengikut struktur kumpulan kooperatif STAD dan Jigsaw 2, sementara kelas kawalan diajar secara
traditional. Tempoh masa mengajar ialah enam minggu dan mata pelajaran yang diajar adalah sains
KBSM. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan ujian-t, min, kekerapan, sisihan piawai dan
peratus. Hasil kajian menunjukkan semua nilai murni dapat diterapkan secara signifikan (p<0.05) tetapi
bilangan nilai murni yang diterapkan berbeza antara sekolah. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan
struktur Jigsaw 2 lebih banyak menerapkan nilai murni daripada struktur STAD.

2.0 Pembelajaran Kooperatif Dan Nilai Murni.

Penyelidikan ini dijalankan terhadap kesedaran pentingnya membina insan yang berakhlak, dan
pentingnya peranan guru di sekolah dalam membentuk sahsiah murid. Antara persoalannya ialah cara
yang digunakan untuk nilai murni dapat diterapkan dengan berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran . Cadangan kajian ini menyarankan guru harus mempersiapkan diri dengan strategistrategi yang berkesan untuk menangani masalah disiplin dan akhlak bagi menghadapi cabaran remaja
yang bermasalah. Sekiranya masalah remaja dibiarkan maka masa depan negara amat membimbangkan
kerana bertambahnya kelak bilangan remaja yang bermasalah yang bakal menjadi warganegara
Malaysia. Keamanan negara akan terancam. Sebagai usaha untuk memperbaiki keadaan, penyelidik
memberi fokus kepada aspek pedagogi. Bagaimanakah nilai murni dapat diterapkan kepada pelajar di
dalam bilik darjah dengan berkesan Pembelajaran kooperatif adalah berdasarkan konsep kerjasama erat
antara ahli dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 4-5 orang. Ia juga menekankan kumpulan
heterogenus iaitu pelajar daripada pelbagai taraf pencapaian dan pentingnya kemahiran berkomunikasi
dan berinteraksi sosial antara ahli. Ia berasaskan pembelajaran bersama bukan saingan atau secara

2
individu.

Kajian yang dijalan oleh pengkaji ini adalah bertujuan untuk melihat sejauhmanakah pembelajaran
kooperatif dalam sains dapat menerapkan nilai murni iaitu bekerjasama, berdikari, kasih sayang,
kebersihan mental, kebersihan fizikal,kejujuran, kerajinan dan rasional. Model yang pilih ialah Jigsaw 2
dan STAD. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid

dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang
sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk
diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran
koperatif adalah:
a. Saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
b. Saling berinteraksi secara bersemuka,
c. Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
d. Kemahiran Koperatif, Dan
e. Pemprosesan kumpulan
Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu
dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan
berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.
Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan,
misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement
Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads),

3
dan Meja Bulat (Round Table).
Struktur Jigsaw 2 yang diaplikasikan oleh pengkaji ialah seperti berikut:
1. Guru mengajar.
2. Pelajar berbincang dalam kumpulan pakar.
3. Pelajar kembali ke kumpulan masing-masing berbincang dan mengajar ahli
kumpulan mereka.
4. Kuiz.
5. Peneguhan.

Dalam sesi ini pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara
Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan
pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid
diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid
akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai
semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli
kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara
pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.
Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam
kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang
tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Ini amat bersesuai dengan cara untuk
menerapkan nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut pengkaji ,nilai
murni masih belum dapat diterapkan dengan memuaskan di kalangan pelajar di sekolah

4
berasaskan masalah disiplin yang dilaporkan oleh para penyelidik dan akhbar tempatan.
kesedaran pentingnya membina insan yang berakhlak, dan pentingnya peranan guru di sekolah
dalam membentuk sahsiah murid. Kajian di barat (Johnson & Johnson 1994) menunjukkan
kaedah ini bukan saja membantu meningkatkan pencapaian akademik tetapi berkesan untuk
memupuk kerjasama, minat pada sekolah, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan
orang lain dan kesan afektif lain yang positif. Kajian tempatan juga menyokong idea ini (Jamilah
1993, Ida 1995 dan Alimah 1996).
Penyelidikan ini sedar bahawa tanggungjawab mendidik dan membentuk akhlak adalah
tanggungjawab guru. Banyak strategi untuk menerapkan nilai murni boleh diaplikasikan oleh
guru dan satu daripadanya ialah melalui pembelajaran kooperatif. Tinjauan literatur daripada
Johnson dan Johnson (1994), Nor Azizah Salleh (1992) dan Sharan (1980), menunjukkan
bahawa pembelajaran kooperatif mempunyai struktur yang membolehkan interaksi sosial berlaku
dan dapat meningkatkan pencapaian, minat kepada sekolah, rakan dan mata pelajaran.
Selain itu Kurikulum Sains yang dibangunkan tidak hanya menekankan penyepaduan antara
pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan pengamalam sikap saintifik dan nilai murni
tetapi juga menekankan kebolehan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam
kehidupan harian. Adalah diharapkan pelaksanaan kurikulum ini menjadi wahana untuk mencapai
hasrat menghasilkan insan yang

seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian dan

kesejahteraan negara.

3.0 Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini menunjukkan keberkesanan kaedah pembelajaran kooperatif dalam
menerapkan nilai-nilai murni hanya dapat dilihat dalam dapatan menggunakan instrumen pemerhatian

5
dan temu bual pelajar. Instrumen yang mengandungi ujian pra dan pasca kurang menunjukkan
perbezaan yang signifikan bagi kebanyakan nilai-nilai murni. Walau bagaimanapun, peningkatan
penerapan nilai murni tetap berlaku melalui pembelajaran kooperatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa
pada umumnya sekolah yang melaksanakan kaedah kooperatif Jigsaw 2, menunjukkan peningkatan
penerapan nilai berbanding STAD. Ini ini disebabkan kaedah kooperatif STAD tidak terdapat aktiviti
perbincangan kumpulan pakar seperti dalam kooperatif Jigsaw 2. Secara tidak langsung, ruang interaksi
antara pelajar berkurangan jika dibandingkan dengan kaedah kooperatif Jigsaw 2. Pelajarpelajar dalam
koperatif STAD ini masih berinteraksi, tetapi terhad dalam kumpulan. kecil masing-masing. Walau
bagaimanapun kedua-dua kaedah mempunyai kekuatan masing-masing untuk berperanan bagi
menerapkan nilai-nilai murni.

Hasil analisis kualitatif terhadap persepsi guru tentang nilai murni lain yang telah diterap semasa
menjalankan kerja kumpulan. Nilai-nilai tersebut adalah nilai berani, kesyukuran, bertanggungjawab,
hormat menghormati antara rakan yang berlainan ras dan latar belakang. Sikap dan minat pelajar
terhadap mata pelajaran sains juga meningkat. Pelajar lebih seronok belajar dalam kumpulan dan
mereka lebih berusaha meningkatkan pencapaian.

4.0 Implikasi Kajian

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan penurunan negatif dalam kedua-dua kelas eksperimen dan
kawalan. Ini disebabkan oleh sikap pelajar-pelajar tidak mempedulikan kepentingan menjawab soal
selidik dengan jujur dan ikhlas. Pelajar menunjukkan disiplin yang baik dan menjaga kebersihan kelas,
mungkin disebabkan oleh peraturan sekolah yang ketat. Ganjaran kelas terbersih mungkin faktor pelajar

6
menunjukkan nilai murni kebersihan fizikal, bukan kaedah pembelajaran kooperatif. Kesukaran
mengukur tahap keberkesanan nilai murni yang diterapkan. Pelajar didapati berubah-ubah ‘mood’ dan
ini menyukarkan guru mengukur tahap

berkesanan nilai murni. Pembelajaran kooperatif hanya

dilaksanakan sebanyak 6 kali sahaja. Ini mungkin tidak mencukupi kerana tahap keberkesanan
penerapan nilai murni memerlukan masa yang agak panjang. Tambahan pula dengan isi pengajaran yang
banyak, guru mengabaikan penerapan nlai murni. Peralatan makmal yang tidak mencukupi
menyukarkan guru menjalankan aktiviti kumpulan semasa melaksanakan kerja eksperimen.

5.0 Perbincangan.

Dalam sesi perbincangan in saya akan mengupas isu- isu berkaitan nilai murni yang belum
dikupas aoleh pengkaji iaitu : Adakah faktor-faktor berikut menjadi faktor penentu kepada
kejayaan menerapkan nilai murni dalam amalan pembelajaran kooperatif.
1.

Faktor Diri Sendiri dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan Pembelajaran
Koperatif.

2.

Faktor Rakan Sebaya dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan

7
Pembelajaran Koperatif.
3.

Faktor Guru dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan

Pembelajaran

Koperatif.
4.

Faktor Suasana Pembelajaran dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan
Pembelajaran Koperatif.

5.1 Faktor Diri Sendiri dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan
Pembelajaran Koperatif.

Pada hari ini, suasana di dalam kelas lebih berorentasikan peperiksaan iaitu memberi
penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata. Kaedah pengajaran yang digunakan di
dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan pelajar menjadi pasif dan kurang
berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan. Bertitik tolak daripada permasalahan yang
wujud di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek pretasi dan
hubungan sosial. Salah satu alternatif kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang sedia
ada adalah pembelajaran koperatif.
Adakalanya

pembelajaran kooperatif menimbulkan keresahan kepada guru yang

khuatirkan kecairan pembelajaran apabila pelajar yang cerdas berada di dalam kumpulan yang
kurang cerdas, tetapi mengikut Slavin ( 1991) ia akan memberi faedah kepada golongan yang
berbeza kebolehan yang belajar dalam satu kumpulan. Kajian menunjukkan pembelajaran
kooperatif boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar. Jika dijalankan
dengan sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk mencapai kemahiran sesuatu

8
subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang lain. Untuk
tujuan ini , pelajar perlu betul-betul memahami subtopik itu, bukan sekadar menghafal sesuatu
topik. Ini mengakibatkan pemprosesan pada aras yang lebih tinggi,yang meningkatkan daya
ingatan dan seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang lebih baik.
Kajian juga menunjukkan pembelajaran kognitif boleh memberbaiki kemahiran sosial
pelajar. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran.
Secara tidak langsung, mereka perlu mempelajari atau memperbaiki kemahiran sosial mereka.
Pelajar yang bersuara perlahan perlu meninggikan suara supaya didengari dan difahami oleh ahli
kumpulan lain. Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan
tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar. Hal ini bersesuaian dengan penerapan nilai murni di
dalam Sains.
Mengikut Spencer Kagan (1988). Di dalam bukunya “Coperative Learning: Resources
for Teachers”, pembelajaran kooperatif bagi golongan berbakat telah membawa banyak
keberkesanan atau faedah seperti membaiki hubungan social amat bertepatan denga senario yang
berlaku sekarang di mana pentingnya memupuk kesedaran nilai murni dan sosial dikalangan
pelajar. Hal ini kerana sekolah sering dihambat dengan masalah disiplin yang berlaku dalam
kalangan pelajar. Hal ini pastinya amat membimbangkan banyak pihak kerana pelajar merupakan
tiang negara pada masa hadapan. Keruntuhan moral ini boleh menjejaskan matlamat negara
dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dalam memacu negara ke era negara maju.
5.2Faktor Rakan Sebaya dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan
Pembelajaran Koperatif

9
Pembelajaran kooperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan
pembelajaran. Asasya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan melalui
pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam pendidikan inklutif. Ianya boleh digunakan
oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran.Pembelajaran koopeatif
dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan
untuk mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya,
pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif
pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991) dan mendorong pelajar mempunyai motivasi untuk
melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga kumpulan.
5.3 Faktor Guru dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan Pembelajaran
Koperatif.

Guru perlu menjelaskan kepada pelajar apakah tingkahlaku yang wajar dan tidak wajar
semasa pembelajaran kooperatif berlaku. Guru juga perlu meberikan asas kemahiran komunikasi
misalnya bagaimana menyuarakan pendapat dan bagaimana menghadapi percanggahan
pendapat. Guru perlu mengawasi interaksi yang berlaku semasa pelajar menjalankan aktiviti
kumpulan di dalam kelas. Perbincangan yang berlaku seharusnya yang berkaitan dengan
tugasan . Interaksi juga harus berlaku di antara setiap ahli kumpulan dan tidak meminggirkan
mana-mana ahli kumpulan. Perbincangan dan keputusan juga tidak dimonopoli oleh ahli
kumpulan tertentu sahaja. Oleh itu guru juga memjadi faktor yang penting dalam menerapkan
nilai-nilai murni kepada pelajar.

5.4 Faktor Suasana Pembelajaran dapat membantu menerapkan nilai murni dalam

10
amalan Pembelajaran Koperatif
Persekitaran bilik darjah perlulah mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi
kondusif untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya. Ianya turut mengembangkan nilai murni
yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman diperingkat nasional dan
global. Antara nilai murni yang di perlukan oleh masyarakat pelbagai agama, etnik dan budaya
ialah hormat-menghormati, toleransi, kasih-sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada
peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik. Oleh itu penerapan nilai murni
berdasarkan suasana pembelajarn kooperatif dapat diterap dengan persekitaran bilik darjah yang
perlu guru wujudkan bagi suasana pembelajaran yang mengalakkan interaksi dan intergrasi di
kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah.
Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah
sebagai orkestra dalam kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan
prosedur dan sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunan suasana bilik
darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta pemikiran
terlebih dahulu mengenai maslaah-masalah yang mungkin timbul. Susunan kerusi dan meja
boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti
berkumpulan; cahaya yang mencukupi serta peredaran udara secukupnya. Oleh itu faktor bilik
darjah boleh menjadi faktor penyumbang penerapan nilai murni dalam pembelajaran kooperatif
sekiranya pengurusan bilik darjah adalah cekap dan efisiyen.

11
http://kheru2006.i8.com/EDU3106/5_Pembinaan_Persekitaran_Bilik_Darjah.htm
6.0 Cadangan
Pengintegrasian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan melalui proses perancangan, pengendalian, pengurusan dan penilaian oleh guru-guru
sains yang ingin melaksakan pembelajaran kooperatif di dalam bilik darjah. Pembelajaran
koperatif mengganggap kejayaan insan bukan tertakluk kepada kecemerlangan akademik

12
semata-mata. Perkembangan kecerdasan intelektual(IQ), sosial dan afektif (EQ) merupakan teras
bagi pembelajaran koperatif melalui amalan interaksi kumpulan yang berkesan. Pembelajaran
koperatif menyediakan gelanggang bagi pelajar mengalami dan membina realiti hidup dalam era
sains dan teknologi yang pesat berkembang. Di samping membentuk ‘independent thinkers’,
pembelajaran koperatif juga berusaha ke arah membentuk kemahiran berinteraksi, hormatmenghormati dan berkomunikasi secara positif dalam masyarakat
Berasaskan kepada ‘brain-based learning’, gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai,
pembelajaran koperatif menganggap bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk berjaya.
Kejayaan adalah tanggungjawab bersama antara individu, rakan sebaya , unsur-unsur dalam
persekitarannya , peranan guru , kemudahan prasarana sekolah dan semua pihak yang terlibat
melahirkan modal insan. Oleh itu pihak yang berkenaan seperti Institut Pengajian Tinggi, Institut
Perguruan dan Institusi Pengajian Swasta perlu memperbanyakkan lagi kursus untuk
memperkayakan lagi model pembelajaran kooperatif.

7.0 RUMUSAN
Akhlak dan keperibadian murni yang dibentuk dalam diri setiap individu terutamanya
remaja dan generasi yang akan datang akan menjadi perintis dalam membangunkan negara. Pada
usia yang muda, mereka mudah terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti sosial yang kurang

13
berfaedah dan terjebak dalam kancah maksiat seperti mabuk, menagih dadah, merokok,
melacurkan diri, berfoya-foya dan lain-lain. Gejala-gelaja tersebut perlu dibanteras dan langkahlangkah perlu diambil untuk mengatasinya sebelum ia akan menjadi semakin berleluasa. Kita
tidak mahu negara lain memandang rendah terhadap negara kita dan kepentingan untuk menjaga
nama baik negara Malaysia adalah amat perlu. Didikan agama yang secukupnya dan kesedaran
diri juga perlu untuk mengatasi gejala keruntuhan akhlak yang berlaku pada masa ini. Apabila
terbentuknya akhlak yang tinggi, diharapkan negara lain akan memandang tinggi terhadap negara
kita setanding dengan negar-negara maju yang lain.

Kesimpulan daripada kajian ini ialah pembelajaran kooperatif adalah satu kaedah
pembelajaran yang menarik, menyeronokkan tetapi memerlukan komitmen yang tinggi untuk
melaksanakannya dengan berkesan. Guru-guru perlu mencuba kaedah ini untuk meningkatkan
minat pelajar untuk mata pelajaran tersebut. Guru-guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan,
melatih pelajar mengamalkan nilai murni serta memberi penghargaan kepada usaha mereka
kerana cara ini merupakan daya tarikan kepada pelajar.Pembelajaran kooperatif merupakan salah
satu kaedah aktiviti kumpulan yang didapati dapat memberi kesan kepada penerapan nilai-nilai
murni.

14

More Related Content

What's hot

Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaUmmi Ismail
 
Pengaplikasian Teori Watson
Pengaplikasian Teori WatsonPengaplikasian Teori Watson
Pengaplikasian Teori WatsonNajwa Norizam
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifMokhzani Fadir
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran
Inovasi pengajaran dan_pembelajaranInovasi pengajaran dan_pembelajaran
Inovasi pengajaran dan_pembelajaranRiyanSah2
 
Rph 1.2.6 ,2.6.1, 3.2.7 , 4.2.1 , 5.1.3
Rph 1.2.6 ,2.6.1, 3.2.7 , 4.2.1 , 5.1.3Rph 1.2.6 ,2.6.1, 3.2.7 , 4.2.1 , 5.1.3
Rph 1.2.6 ,2.6.1, 3.2.7 , 4.2.1 , 5.1.3Nurul Hakimah Yazid
 
Meningkatkan kefahaman murid BERKEPERLUAN KHAS
Meningkatkan kefahaman murid BERKEPERLUAN KHASMeningkatkan kefahaman murid BERKEPERLUAN KHAS
Meningkatkan kefahaman murid BERKEPERLUAN KHASfariez79
 
Koperatif_Kolaboratif
Koperatif_KolaboratifKoperatif_Kolaboratif
Koperatif_Kolaboratifputeh_qu
 
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi DigitalSCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digitalrosedainty
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4Ym Ghufran
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
3 model tasmik khatam al-quran-edit
3 model tasmik khatam al-quran-edit3 model tasmik khatam al-quran-edit
3 model tasmik khatam al-quran-editareda suhaida
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran hariansulaiman174
 
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRPembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRأمير الشفيق
 

What's hot (20)

Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimba
 
Pengaplikasian Teori Watson
Pengaplikasian Teori WatsonPengaplikasian Teori Watson
Pengaplikasian Teori Watson
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran
Inovasi pengajaran dan_pembelajaranInovasi pengajaran dan_pembelajaran
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran
 
Rph 1.2.6 ,2.6.1, 3.2.7 , 4.2.1 , 5.1.3
Rph 1.2.6 ,2.6.1, 3.2.7 , 4.2.1 , 5.1.3Rph 1.2.6 ,2.6.1, 3.2.7 , 4.2.1 , 5.1.3
Rph 1.2.6 ,2.6.1, 3.2.7 , 4.2.1 , 5.1.3
 
Meningkatkan kefahaman murid BERKEPERLUAN KHAS
Meningkatkan kefahaman murid BERKEPERLUAN KHASMeningkatkan kefahaman murid BERKEPERLUAN KHAS
Meningkatkan kefahaman murid BERKEPERLUAN KHAS
 
taksonomi dan domain
taksonomi dan domaintaksonomi dan domain
taksonomi dan domain
 
Koperatif_Kolaboratif
Koperatif_KolaboratifKoperatif_Kolaboratif
Koperatif_Kolaboratif
 
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi DigitalSCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
SCES3152 Pembentangan Projek Inovasi Digital
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4
 
Pentaksiran holistik
Pentaksiran holistikPentaksiran holistik
Pentaksiran holistik
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
 
3 model tasmik khatam al-quran-edit
3 model tasmik khatam al-quran-edit3 model tasmik khatam al-quran-edit
3 model tasmik khatam al-quran-edit
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRPembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 

Similar to Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama

Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Santa Barbara
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2muhammad
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Mohd Farid Ismail
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2jejakakunak
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTengku Firdaus
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiSanitah Yusof
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporanSH Loh
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatifsk zainab 2
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahfiro HAR
 

Similar to Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama (20)

Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
3 Jurnal
3 Jurnal3 Jurnal
3 Jurnal
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
article review
article reviewarticle review
article review
 
Bab 5.1
Bab 5.1Bab 5.1
Bab 5.1
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
 
Model+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatifModel+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatif
 
66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif66819593 model-pengajaran-k operatif
66819593 model-pengajaran-k operatif
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 

More from Noormawati Che Azmi

Motivasi pembelajaran melalui kurikulum yang kreatif dan padagogy kesejahteraan
Motivasi pembelajaran melalui kurikulum yang kreatif dan padagogy kesejahteraanMotivasi pembelajaran melalui kurikulum yang kreatif dan padagogy kesejahteraan
Motivasi pembelajaran melalui kurikulum yang kreatif dan padagogy kesejahteraanNoormawati Che Azmi
 
Jadual dan anggaran perbelanjaan makan
Jadual dan anggaran perbelanjaan makanJadual dan anggaran perbelanjaan makan
Jadual dan anggaran perbelanjaan makanNoormawati Che Azmi
 

More from Noormawati Che Azmi (7)

Prestasi oh prestasi
Prestasi oh prestasiPrestasi oh prestasi
Prestasi oh prestasi
 
Motivasi pembelajaran melalui kurikulum yang kreatif dan padagogy kesejahteraan
Motivasi pembelajaran melalui kurikulum yang kreatif dan padagogy kesejahteraanMotivasi pembelajaran melalui kurikulum yang kreatif dan padagogy kesejahteraan
Motivasi pembelajaran melalui kurikulum yang kreatif dan padagogy kesejahteraan
 
Laporan hari usahawan muda
Laporan hari usahawan mudaLaporan hari usahawan muda
Laporan hari usahawan muda
 
Jadual dan anggaran perbelanjaan makan
Jadual dan anggaran perbelanjaan makanJadual dan anggaran perbelanjaan makan
Jadual dan anggaran perbelanjaan makan
 
Laporan taklimat frog vle
Laporan taklimat frog vleLaporan taklimat frog vle
Laporan taklimat frog vle
 
Fasa fasa bulan
Fasa fasa bulanFasa fasa bulan
Fasa fasa bulan
 
Tips pelajar cemerlang
Tips pelajar cemerlangTips pelajar cemerlang
Tips pelajar cemerlang
 

Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama

  • 1. PENERAPAN NILAI MURNI MELALUI PEMBELAJARAN-KOOPERATIF DALAM SAINS (Jurnal Pendidikan 27 (2001) 47 - 5 Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin Dan Musa Daia dari Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia) 1.0 Pendahuluan Kajian ini dijalankan oleh Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin dan Musa Daia (2001) bertujuan untuk mengkaji bagaimana pembelajaran kooperatif dapat membantu menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah. Dapatan kajian ini menunjukkan pembelajaran kooperatif adalah kaedah pembelajaran yang menarik, menyeronokkan tetapi memerlukan komitmen yang tinggi untuk melaksanakannya dengan berkesan oleh guru-guru mata pelajaran Sains. Guru-guru perlu mencuba kaedah ini untuk meningkatkan minat pelajar untuk mata pelajaran tersebut. Guru-guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan, melatih pelajar mengamalkan nilai murni serta memberi penghargaan kepada usaha mereka kerana cara ini merupakan daya tarikan kepada pelajar untuk mempelajari sains. Kajian ini juga menyatakan bahawa pembelajaran kooperatif merupakan salah satu kaedah aktiviti kumpulan yang didapati dapat memberi kesan kepada penerapan nilai-nilai murni. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah pembelajaran kooperatif dalam sains dapat menerapkan nilai murni: bekerjasama, berdikari, kasih sayang, kebersihan mental, kebersihan fizikal, kejujuran, kerajinan dan rasional. Seramai 990 orang pelajar Tingkatan dua daripada 12 buah sekolah di Selangor diambil sebagai sampel dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik pelajar (ujian pasca dan pra), pemerhatian guru dan temu bual pelajar. 1
  • 2. Kaedah kuasi eksperimen dijalankan dengan mengambil setiap sekolah dua buah kelas dijadikan sampel: sebuah dijadikan kelas eksperimen dan sebuah lagi dijadikan kelas kawalan. Kelas eksperimen diajar mengikut struktur kumpulan kooperatif STAD dan Jigsaw 2, sementara kelas kawalan diajar secara traditional. Tempoh masa mengajar ialah enam minggu dan mata pelajaran yang diajar adalah sains KBSM. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan ujian-t, min, kekerapan, sisihan piawai dan peratus. Hasil kajian menunjukkan semua nilai murni dapat diterapkan secara signifikan (p<0.05) tetapi bilangan nilai murni yang diterapkan berbeza antara sekolah. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan struktur Jigsaw 2 lebih banyak menerapkan nilai murni daripada struktur STAD. 2.0 Pembelajaran Kooperatif Dan Nilai Murni. Penyelidikan ini dijalankan terhadap kesedaran pentingnya membina insan yang berakhlak, dan pentingnya peranan guru di sekolah dalam membentuk sahsiah murid. Antara persoalannya ialah cara yang digunakan untuk nilai murni dapat diterapkan dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Cadangan kajian ini menyarankan guru harus mempersiapkan diri dengan strategistrategi yang berkesan untuk menangani masalah disiplin dan akhlak bagi menghadapi cabaran remaja yang bermasalah. Sekiranya masalah remaja dibiarkan maka masa depan negara amat membimbangkan kerana bertambahnya kelak bilangan remaja yang bermasalah yang bakal menjadi warganegara Malaysia. Keamanan negara akan terancam. Sebagai usaha untuk memperbaiki keadaan, penyelidik memberi fokus kepada aspek pedagogi. Bagaimanakah nilai murni dapat diterapkan kepada pelajar di dalam bilik darjah dengan berkesan Pembelajaran kooperatif adalah berdasarkan konsep kerjasama erat antara ahli dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 4-5 orang. Ia juga menekankan kumpulan heterogenus iaitu pelajar daripada pelbagai taraf pencapaian dan pentingnya kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi sosial antara ahli. Ia berasaskan pembelajaran bersama bukan saingan atau secara 2
  • 3. individu. Kajian yang dijalan oleh pengkaji ini adalah bertujuan untuk melihat sejauhmanakah pembelajaran kooperatif dalam sains dapat menerapkan nilai murni iaitu bekerjasama, berdikari, kasih sayang, kebersihan mental, kebersihan fizikal,kejujuran, kerajinan dan rasional. Model yang pilih ialah Jigsaw 2 dan STAD. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah: a. Saling bergantung antara satu sama lain secara positif, b. Saling berinteraksi secara bersemuka, c. Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, d. Kemahiran Koperatif, Dan e. Pemprosesan kumpulan Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), 3
  • 4. dan Meja Bulat (Round Table). Struktur Jigsaw 2 yang diaplikasikan oleh pengkaji ialah seperti berikut: 1. Guru mengajar. 2. Pelajar berbincang dalam kumpulan pakar. 3. Pelajar kembali ke kumpulan masing-masing berbincang dan mengajar ahli kumpulan mereka. 4. Kuiz. 5. Peneguhan. Dalam sesi ini pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Ini amat bersesuai dengan cara untuk menerapkan nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut pengkaji ,nilai murni masih belum dapat diterapkan dengan memuaskan di kalangan pelajar di sekolah 4
  • 5. berasaskan masalah disiplin yang dilaporkan oleh para penyelidik dan akhbar tempatan. kesedaran pentingnya membina insan yang berakhlak, dan pentingnya peranan guru di sekolah dalam membentuk sahsiah murid. Kajian di barat (Johnson & Johnson 1994) menunjukkan kaedah ini bukan saja membantu meningkatkan pencapaian akademik tetapi berkesan untuk memupuk kerjasama, minat pada sekolah, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain dan kesan afektif lain yang positif. Kajian tempatan juga menyokong idea ini (Jamilah 1993, Ida 1995 dan Alimah 1996). Penyelidikan ini sedar bahawa tanggungjawab mendidik dan membentuk akhlak adalah tanggungjawab guru. Banyak strategi untuk menerapkan nilai murni boleh diaplikasikan oleh guru dan satu daripadanya ialah melalui pembelajaran kooperatif. Tinjauan literatur daripada Johnson dan Johnson (1994), Nor Azizah Salleh (1992) dan Sharan (1980), menunjukkan bahawa pembelajaran kooperatif mempunyai struktur yang membolehkan interaksi sosial berlaku dan dapat meningkatkan pencapaian, minat kepada sekolah, rakan dan mata pelajaran. Selain itu Kurikulum Sains yang dibangunkan tidak hanya menekankan penyepaduan antara pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan pengamalam sikap saintifik dan nilai murni tetapi juga menekankan kebolehan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam kehidupan harian. Adalah diharapkan pelaksanaan kurikulum ini menjadi wahana untuk mencapai hasrat menghasilkan insan yang seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan negara. 3.0 Dapatan Kajian Dapatan kajian ini menunjukkan keberkesanan kaedah pembelajaran kooperatif dalam menerapkan nilai-nilai murni hanya dapat dilihat dalam dapatan menggunakan instrumen pemerhatian 5
  • 6. dan temu bual pelajar. Instrumen yang mengandungi ujian pra dan pasca kurang menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi kebanyakan nilai-nilai murni. Walau bagaimanapun, peningkatan penerapan nilai murni tetap berlaku melalui pembelajaran kooperatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pada umumnya sekolah yang melaksanakan kaedah kooperatif Jigsaw 2, menunjukkan peningkatan penerapan nilai berbanding STAD. Ini ini disebabkan kaedah kooperatif STAD tidak terdapat aktiviti perbincangan kumpulan pakar seperti dalam kooperatif Jigsaw 2. Secara tidak langsung, ruang interaksi antara pelajar berkurangan jika dibandingkan dengan kaedah kooperatif Jigsaw 2. Pelajarpelajar dalam koperatif STAD ini masih berinteraksi, tetapi terhad dalam kumpulan. kecil masing-masing. Walau bagaimanapun kedua-dua kaedah mempunyai kekuatan masing-masing untuk berperanan bagi menerapkan nilai-nilai murni. Hasil analisis kualitatif terhadap persepsi guru tentang nilai murni lain yang telah diterap semasa menjalankan kerja kumpulan. Nilai-nilai tersebut adalah nilai berani, kesyukuran, bertanggungjawab, hormat menghormati antara rakan yang berlainan ras dan latar belakang. Sikap dan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains juga meningkat. Pelajar lebih seronok belajar dalam kumpulan dan mereka lebih berusaha meningkatkan pencapaian. 4.0 Implikasi Kajian Hasil dapatan kajian ini menunjukkan penurunan negatif dalam kedua-dua kelas eksperimen dan kawalan. Ini disebabkan oleh sikap pelajar-pelajar tidak mempedulikan kepentingan menjawab soal selidik dengan jujur dan ikhlas. Pelajar menunjukkan disiplin yang baik dan menjaga kebersihan kelas, mungkin disebabkan oleh peraturan sekolah yang ketat. Ganjaran kelas terbersih mungkin faktor pelajar 6
  • 7. menunjukkan nilai murni kebersihan fizikal, bukan kaedah pembelajaran kooperatif. Kesukaran mengukur tahap keberkesanan nilai murni yang diterapkan. Pelajar didapati berubah-ubah ‘mood’ dan ini menyukarkan guru mengukur tahap berkesanan nilai murni. Pembelajaran kooperatif hanya dilaksanakan sebanyak 6 kali sahaja. Ini mungkin tidak mencukupi kerana tahap keberkesanan penerapan nilai murni memerlukan masa yang agak panjang. Tambahan pula dengan isi pengajaran yang banyak, guru mengabaikan penerapan nlai murni. Peralatan makmal yang tidak mencukupi menyukarkan guru menjalankan aktiviti kumpulan semasa melaksanakan kerja eksperimen. 5.0 Perbincangan. Dalam sesi perbincangan in saya akan mengupas isu- isu berkaitan nilai murni yang belum dikupas aoleh pengkaji iaitu : Adakah faktor-faktor berikut menjadi faktor penentu kepada kejayaan menerapkan nilai murni dalam amalan pembelajaran kooperatif. 1. Faktor Diri Sendiri dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan Pembelajaran Koperatif. 2. Faktor Rakan Sebaya dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan 7
  • 8. Pembelajaran Koperatif. 3. Faktor Guru dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan Pembelajaran Koperatif. 4. Faktor Suasana Pembelajaran dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan Pembelajaran Koperatif. 5.1 Faktor Diri Sendiri dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan Pembelajaran Koperatif. Pada hari ini, suasana di dalam kelas lebih berorentasikan peperiksaan iaitu memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata. Kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan pelajar menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan. Bertitik tolak daripada permasalahan yang wujud di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek pretasi dan hubungan sosial. Salah satu alternatif kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada adalah pembelajaran koperatif. Adakalanya pembelajaran kooperatif menimbulkan keresahan kepada guru yang khuatirkan kecairan pembelajaran apabila pelajar yang cerdas berada di dalam kumpulan yang kurang cerdas, tetapi mengikut Slavin ( 1991) ia akan memberi faedah kepada golongan yang berbeza kebolehan yang belajar dalam satu kumpulan. Kajian menunjukkan pembelajaran kooperatif boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar. Jika dijalankan dengan sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk mencapai kemahiran sesuatu 8
  • 9. subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang lain. Untuk tujuan ini , pelajar perlu betul-betul memahami subtopik itu, bukan sekadar menghafal sesuatu topik. Ini mengakibatkan pemprosesan pada aras yang lebih tinggi,yang meningkatkan daya ingatan dan seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang lebih baik. Kajian juga menunjukkan pembelajaran kognitif boleh memberbaiki kemahiran sosial pelajar. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran. Secara tidak langsung, mereka perlu mempelajari atau memperbaiki kemahiran sosial mereka. Pelajar yang bersuara perlahan perlu meninggikan suara supaya didengari dan difahami oleh ahli kumpulan lain. Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar. Hal ini bersesuaian dengan penerapan nilai murni di dalam Sains. Mengikut Spencer Kagan (1988). Di dalam bukunya “Coperative Learning: Resources for Teachers”, pembelajaran kooperatif bagi golongan berbakat telah membawa banyak keberkesanan atau faedah seperti membaiki hubungan social amat bertepatan denga senario yang berlaku sekarang di mana pentingnya memupuk kesedaran nilai murni dan sosial dikalangan pelajar. Hal ini kerana sekolah sering dihambat dengan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar. Hal ini pastinya amat membimbangkan banyak pihak kerana pelajar merupakan tiang negara pada masa hadapan. Keruntuhan moral ini boleh menjejaskan matlamat negara dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dalam memacu negara ke era negara maju. 5.2Faktor Rakan Sebaya dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan Pembelajaran Koperatif 9
  • 10. Pembelajaran kooperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan pembelajaran. Asasya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan melalui pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam pendidikan inklutif. Ianya boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran.Pembelajaran koopeatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya, pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991) dan mendorong pelajar mempunyai motivasi untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga kumpulan. 5.3 Faktor Guru dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan Pembelajaran Koperatif. Guru perlu menjelaskan kepada pelajar apakah tingkahlaku yang wajar dan tidak wajar semasa pembelajaran kooperatif berlaku. Guru juga perlu meberikan asas kemahiran komunikasi misalnya bagaimana menyuarakan pendapat dan bagaimana menghadapi percanggahan pendapat. Guru perlu mengawasi interaksi yang berlaku semasa pelajar menjalankan aktiviti kumpulan di dalam kelas. Perbincangan yang berlaku seharusnya yang berkaitan dengan tugasan . Interaksi juga harus berlaku di antara setiap ahli kumpulan dan tidak meminggirkan mana-mana ahli kumpulan. Perbincangan dan keputusan juga tidak dimonopoli oleh ahli kumpulan tertentu sahaja. Oleh itu guru juga memjadi faktor yang penting dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar. 5.4 Faktor Suasana Pembelajaran dapat membantu menerapkan nilai murni dalam 10
  • 11. amalan Pembelajaran Koperatif Persekitaran bilik darjah perlulah mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya. Ianya turut mengembangkan nilai murni yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman diperingkat nasional dan global. Antara nilai murni yang di perlukan oleh masyarakat pelbagai agama, etnik dan budaya ialah hormat-menghormati, toleransi, kasih-sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik. Oleh itu penerapan nilai murni berdasarkan suasana pembelajarn kooperatif dapat diterap dengan persekitaran bilik darjah yang perlu guru wujudkan bagi suasana pembelajaran yang mengalakkan interaksi dan intergrasi di kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah. Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta pemikiran terlebih dahulu mengenai maslaah-masalah yang mungkin timbul. Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan; cahaya yang mencukupi serta peredaran udara secukupnya. Oleh itu faktor bilik darjah boleh menjadi faktor penyumbang penerapan nilai murni dalam pembelajaran kooperatif sekiranya pengurusan bilik darjah adalah cekap dan efisiyen. 11
  • 12. http://kheru2006.i8.com/EDU3106/5_Pembinaan_Persekitaran_Bilik_Darjah.htm 6.0 Cadangan Pengintegrasian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan melalui proses perancangan, pengendalian, pengurusan dan penilaian oleh guru-guru sains yang ingin melaksakan pembelajaran kooperatif di dalam bilik darjah. Pembelajaran koperatif mengganggap kejayaan insan bukan tertakluk kepada kecemerlangan akademik 12
  • 13. semata-mata. Perkembangan kecerdasan intelektual(IQ), sosial dan afektif (EQ) merupakan teras bagi pembelajaran koperatif melalui amalan interaksi kumpulan yang berkesan. Pembelajaran koperatif menyediakan gelanggang bagi pelajar mengalami dan membina realiti hidup dalam era sains dan teknologi yang pesat berkembang. Di samping membentuk ‘independent thinkers’, pembelajaran koperatif juga berusaha ke arah membentuk kemahiran berinteraksi, hormatmenghormati dan berkomunikasi secara positif dalam masyarakat Berasaskan kepada ‘brain-based learning’, gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai, pembelajaran koperatif menganggap bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk berjaya. Kejayaan adalah tanggungjawab bersama antara individu, rakan sebaya , unsur-unsur dalam persekitarannya , peranan guru , kemudahan prasarana sekolah dan semua pihak yang terlibat melahirkan modal insan. Oleh itu pihak yang berkenaan seperti Institut Pengajian Tinggi, Institut Perguruan dan Institusi Pengajian Swasta perlu memperbanyakkan lagi kursus untuk memperkayakan lagi model pembelajaran kooperatif. 7.0 RUMUSAN Akhlak dan keperibadian murni yang dibentuk dalam diri setiap individu terutamanya remaja dan generasi yang akan datang akan menjadi perintis dalam membangunkan negara. Pada usia yang muda, mereka mudah terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti sosial yang kurang 13
  • 14. berfaedah dan terjebak dalam kancah maksiat seperti mabuk, menagih dadah, merokok, melacurkan diri, berfoya-foya dan lain-lain. Gejala-gelaja tersebut perlu dibanteras dan langkahlangkah perlu diambil untuk mengatasinya sebelum ia akan menjadi semakin berleluasa. Kita tidak mahu negara lain memandang rendah terhadap negara kita dan kepentingan untuk menjaga nama baik negara Malaysia adalah amat perlu. Didikan agama yang secukupnya dan kesedaran diri juga perlu untuk mengatasi gejala keruntuhan akhlak yang berlaku pada masa ini. Apabila terbentuknya akhlak yang tinggi, diharapkan negara lain akan memandang tinggi terhadap negara kita setanding dengan negar-negara maju yang lain. Kesimpulan daripada kajian ini ialah pembelajaran kooperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang menarik, menyeronokkan tetapi memerlukan komitmen yang tinggi untuk melaksanakannya dengan berkesan. Guru-guru perlu mencuba kaedah ini untuk meningkatkan minat pelajar untuk mata pelajaran tersebut. Guru-guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan, melatih pelajar mengamalkan nilai murni serta memberi penghargaan kepada usaha mereka kerana cara ini merupakan daya tarikan kepada pelajar.Pembelajaran kooperatif merupakan salah satu kaedah aktiviti kumpulan yang didapati dapat memberi kesan kepada penerapan nilai-nilai murni. 14