SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
1
Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan perlu mengambil kira pelbagai aspek.
Murid yang berlainan memerlukan proses pembelajaran yang berlainan. Selain itu ,ciri-
ciri murid yang berbeza pada tahap perkembangan yang berbaza juga merupakan salah
satu faktor. Jadi, pendekatan pengajaran adalah amat penting bagi seseorang guru
apabila membuat keputusan tentang bagaimana hendak merancang dan menyampaikan
sesuatu pengajran dengan berjaya dan sempurna.
Terdapat pelbagai jenis pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Para
pendidik perlu memilih pendekatan mengikut kesesuaian pendidik, pelajar dan
persekitaran. Menurut penyelidik Connell (1981), beliau menyatakan proses pengajaran
merupakan satu interaksi dinamik antara murid dengan guru. Guru dan murid saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Jadi, pengajaran yang berkesan bergantung
kepada kemampuan guru memilih kemahiran pengajaran yang sesuai untuk
memudahkan aktiviti pembelajaran murid. Penyelidik yang satu lagi, Saedah Hj. Siraj et
al. (1993) berpendapat bahawa guru berperanan sebagai penyalur ilmu pengetahuan
dan juga sebagai pengembang dan pengukuh kemahiran murid-murid.
Antara pendekatan dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik
termasuklah kaedah penyoalan dan perbincangan, kaedah demonstrasi, saedah inkuiri
penemuan, kaedah stesen, kaedah masteri, kaedah pembelajaran koperatif, kaedah
pembelajaran kontektual, kaedah pembelajaran melalui kecerdasan pelbagai, kaedah
pembelajaran melalui permainan dan kaedah pembelajaran berasaskan projek.
Dalam kerja tugasan ini, kumpulan kami akan menjelaskan beberapa jenis
pendekatan yang kami gunakan dalam rancangan harian kita. Kami juga menyediakan
satu rancangan harian dan melaksanakan apa yang kami rancangkan.
2
Pendekatan Penyoalan
Pendekatan penyoalan merupakan prosess yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP)Matematik. Cara menanyakan yang baik akan mempertingkatkan
tahap pencapaian pelajar di sekolah. Penyoalan memberi peluang kepada para guru
untuk memperoleh pelbagai maklumat manakala pengajaran tanpa soal jawab tidak
dapat kesan sedemikian. Dalam rancangan harian guru, guru perlulah menyediakan
soalan-soalan kepada pelajar-pelajar sebagai penilaian. Oleh itu, pendekatan penyoalan
merupakan salah satu pendekatan yang penting bagi menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Terdapat banyak kebaikan kita menggunakan pendekatan penyoalan dalam PdP.
Kebaikan pertama ialah dapat merangsang dan mendorong pemikiran pelajar. Guru
yang menggunakan pendekatan penyoalan akan membantu mendorong dan
merangsang pemikiran pelajar-pelajar, membantu membentuk perhubungan atau
perkaitan antara ilmu. Selain itu, penyoalan dapat merangsang pemikiran dan aktiviti
kognitif pelajar. Apabila guru menyoal soalan yang tertentu, beliau boleh menggalakkan
aktiviti-aktiviti daripada mengingati fakta sehingga kepada analisasi dan penilaian.
Contohnya dalam rancangan yang disediakan, soalan-soalan telah ditanya seperti
pernahkah pelajar memerhati isipadu air tin di dalam pasar raya telah merangsangkan
pemikiran pelajar bagaimanakah mendapat isipadu air tin tersebut. Selain itu, penyoalan
juga dapat membantu pelajar yang bersifat diam, hilang tumpuan dan keyakinan diri
rendah lebih aktif dalam PdP.
Kebaikan kedua bagi pendekatan penyoalan dalam PdP adalah dapat mengesan
pemahaman pelajar terhadap kemahiran yang telah diajar. Guru-guru boleh
menyediakan soalan kepada pelajar tidak kira merupakan soalan secara tulis atau lisan
untuk mengaji pelajar menguasai kemahiran atau tidak. Penyoalan dapat membantu
guru mengetahui kesan selepas PdP dan juga kesukaran yang ditemui oleh pelajar-
pelajar dalam subjek tersebut. Dengan mengetahui masalah pelajar, guru dapat
menyelesaikan masalah pelajar dengan cara yang lebih senang dan berkesan. Jika
jawapan yang diberi oleh pelajar menggambarkan pelajar belum menguasai kemahiran
tersebut, penjelasan haruslah diteruskan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran
selepas PdP. Contohnya dalam rancangan yang disediakan, soalan berapa kalikah
isipadu cecair selinder B lebih banyak daripada selinder A? Melalui soalan ini guru akan
3
mengetahui sama ada pelajar dapat menguasai cara bandingan dan cara mengira
lebihan dalam langkah Matematik atau tidak.
Pendekatan penyoalan haruslah dimasukkan dalam rancangan harian setiap
guru. Ini kerana melalui penyoalan, guru-guru dapat mengetahui kesan PdP. Selain itu,
melalui penyoalan, pelajar telah digalakkan untuk memikir. Dengan itu, PdP akan lebih
berkesan.
Pendekatan Pembelajaran Melaui Permainan
Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi pengajaran,
permainan merupakan salah satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada
murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal.
Pembelajaran melalui permainan merupakan teknik yang berbeza dengan pendekatan
tradisonal. Pembelajaran melalui permainan lebih banyak melibatkan pergerakan tubuh
badan dan minda pelajar. Pembelajaran melalui permaianan merupakan salah satu
pendekatan yang amat berkesan dalam PdP dan banyak digalakkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia terutamanya di kalangan sekolah rendah.
Terdapat banyak kebaikan kita menggunakan pendekatan pembelajaran melalui
permainan dalam PdP. Kebaikan yang pertama ialah dapat membantu pergembangan
minda pelajar dalam PdP. Melalui pendekatan pembelajaran melalui permainan, pelajar
akan berasa lebih seronak semasa dalam PdP. Pendekatan tradisonal merupakan
pendekatan guru sebagai pengucap dan pelajar sebagai pendengar di dalam kelas. Ini
merupakan cara PdP yang amat bosan dan tidak sesuai digunakan pada zaman
sekarang. Melalui permainan, pelajar akan memberi tumpuan mereka semasa dalam
PdP. Selain itu, melalui pembelajaran melalui permaianan, pelajar akan lebih rela
melibatkan diri dalam PdP. Pelajar akan menggunakan minda mereka untuk
menyiapakan tugasan yang diberi oleh guru. Dalam proses tersebut, pelajar akan
merangsangkan minda mereka supaya dapat menyiapkan tugasan tersebut dan
mendapat kepuasan dipuji oleh guru. Secara tidak langsung, minda pelajar telah dilatih
dan mereka akan lebih mahir dan ingat semasa kemahiran ini ditanya semula lagi.
Dalam rancangan yang disediakan, aktiviti menyukat dan merekod isipadu cecair telah
4
diadakan supaya pelajar dapat lebih memhami cara menyukat dan merekod isipadu
cecair.
Kebaikan kedua bagi pendekatan pembelajaran melalui permianan ialah dapat
mengesan kesalahan pelajar dalam PdP. Pelajar-pelajar biasanya akan memhami teori
yang disampaikan oleh guru semasa dalam PdP akan tetapi mereka akan melakukan
kesalahan semasa menggunakan teori tersebut dalam kehidupan atau dalam aktiviti.
Melalui pemblejaran melalui permainan, guru digalakkan menjalankan aktiviti kepada
pelajar bagi menguji tahap pelaksanakan pelajar menurut teori yang telah dipelajari.
Melalui permainan atau aktiviti, pelajar akan menggunakan teknik untuk menyiapkan
tugasan mereka. Dalam proses ini, guru dapat memerhatikan sama ada langkah pelajar
adalah betul atau salah. Jika terdapat pelajar yang melakukan kesalahan, guru haruslah
memberi pembetulan kepada pelajar serta merta. Ini merupakan salah satu cara yang
senang bagi mengesan kesalahan pelajar dalam PdP. Contohnya dalam rancangan
yang disediakan, guru menyediakan aktiviti merekod isipadu cecair. Dalam aktiviti
tersebut, guru boleh mengesan sama ada cara merekod pelajar tersebut adalah betul
atau salah.
Pendekatan pembelajaran melalui permainan merupakan satu teknik mengajar
yang agak disukai oleh pelajar dan semua guru digalakkan banyak menggunakan teknik
ini supaya obkektif pembelajaran dapat dicapai selepas PdP.
Pendekatan Pembelajaran Koperaktif
Pendekatan pembelajaran koperaktif merupakan satu keadah yang
menggunakan pendekatan berpusat dengan pelajar-pelajar. Pendekatan ini
mengutamakan kerja sama dalam menyelesaikan permasalahan untuk menerapkan
pengetahuan dalam mencapai tujuan pembelajaran. Menurut pendekatan pembelajaran
koperatif, pelajar-pelajar didorong untuk bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk
menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru. Pelajar biasanya akan dibahagi dalam
kumpulan dan komunikasi antara guru dengan pelajar adalah amat diperlukan.
Pendekatan pembelajaran koperaktif dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam
PdP. Menurut pendekatan pembelajaran koperaktif, pelajar akan dibahagi dalam
kumpulan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Pelajar akan
berkerjasama dan saling membantu jika terdapat masalah berlaku. Kesannya pelajar
5
akan lebih bermotivasi untuk menguasai kemahiran berbanding belajar dalam individu.
Selain itu, pembelajaran koperaktif mementingkan komunikasi dua hala tidak kira antara
guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Jika terdapat masalah dalam PdP,
mereka berpeluang berbincang dengan ahli kumpulan lain dan bersama-sama untuk
mendapatkan jawapannya. Contohnya dalam rancangan yang disediakan, pelajar
dibahagi dalam kumpulan untuk mendapat rekod isipadu air. Melalui aktiviti tersebut,
pelajar-pelajar mendapat peluang untuk berbincang bagaimana mendapat isipadu cecair
dengan cara yang betul. Melalui perbincangan dan aktiviti ini, motivasi pelajar untuk
mendapat jawapan adalah lebih tinggi berbanding dengan belajar secara individu.
Pendekatan pembelajaran koperaktif merupakan salah satu teknik pembelajaran
yang harus digunakan dalam PdP. Ini kerana pelajar dapat mempelajari cara
berkomunikasi sambil mendapat ilmu pengetahuan. Selain itu, pendekatan ini juga dapat
menggalakkan pelajar mendapat ilmu melalui perbincangan antara ahli kumpulan dan
tidak perlu banyak bantuan daripada guru. Pendekatan ini haruslah banyak digunakan
supaya dapat membentuk modal insan yang berbakat dan setanding dengan global.
6
Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Matematik
Kelas : 5A
Masa : 60 minit (2 waktu)
Bidang utama : Ukuran
Tajuk/Unit : 9 Isipadu Cecair
Bidang Pembelajaran : Hubungan antara unit dalam isipadu cecair
Objektif Pembelajaran : i. Murid dapat menyukat isipadu cecair
menggunakan unit piawai.
ii. Murid dapat membanding isipadu cecair
menggunakan unit piawai.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
i. menyukat dan merekod isipadu cecair dalam
unit mililiter kepada unit liter dalam bentuk
pecahan atau perpuluhan.
ii. Membanding isipadu cecair yang melibatkan
pecahan dan perpuluhan dalan unit liter dan
mililiter.
Pengetahuan yang sedia
ada
: Murid-murid telah mempunyai konsep membaca
isipadu cecair dalam liter dan mililiter dalam bentuk
nombor bulat.
Bahan bantu belajar : Powerpoint, silinder, air dan lembaran kerja, LCD,
komputer
Nilai Murni : Bekerjasama, rajin, berani dan berdisiplin.
KBKK : Kemahiran berfikir: menghubungkaitkan, membuat
inferens, membanding beza, menjana idea dan
menjana minda.
7
Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran
Langkah/
Masa
AKtiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan/Strategi
Set
induksi
3 minit
1. Murid-murid menjawab soalan yang dikemukakan
oleh guru:
a. Adakah murid-murid suka pergi ke Pusat
Beli-Belah Jusco? (Ya.)
b. Adakah murid-murid beli pelbagai jenis
minuman yang dijual? (Ada.)
c. Apakah jenis minuman yang murid-murid
biasa beli? (Pepsi, Milo, Oren jus...)
d. Pernahkah murid-murid memperhatikan
isipadu minuman pada kotak minuman?
(Menerima apa-apa isipadu cecair yang
murid jawab.)
2. Jawapan murid dikaitkan oleh guru dengan topik
yang akan disampaikan pada hari ini iaitu
isipadu cecair.
Nilai Murni: -
BBB:
Powerpoint
KBKK:
Kemahiran berfikir:
Menghubungkaitkan
Langkah 1
5 minit
1. Murid-murid memerhatikan powerpoint yang
dipamerkan oleh guru.
2. Guru menjelaskan istilah isipadu cecair kepada
murid.
3. Guru mempamerkan sebuah silinder yang berisi
500 mililiter air.
4. Guru membimbing murid membaca isipadu
cecair dengan teknik yang tepat.
Nilai Murni: -
BBB: Powerpoint
KBKK:
Membuat inferens
8
5. Guru menekankan kepada pembacaan isipadu
cecair mengikut senggetan bawah bikar atau
silinder.
5. Air yang berada dalam silinder dituang ke dalam
sebuah silinder penyukat.
6. Guru meminta murid membaca isipadu air dalam
silinder penyukat. (0.5 liter atau )
7. Guru membimbing murid membuat inferens.
(500 mililiter = 0.5 liter atau )
Langkah 2
20 minit
1. Murid-,murid dibahagikan kepada kumpulan kecil
untuk menjalankan aktiviti menyukat dan
merekod isipadu cecair.
2. Setiap kumpulan diberi bahan-bahan seperti
berikut:
i. silinder A yang dilabel dengan 250 mililiter,
500 mililiter, 750 mililiter dan 1000 mililiter
ii. Silinder B yang dilabel dengan liter, liter
dan liter.
iii. Silinder C yang dilabel dengan 0.25 liter, 0.5
liter dan 0.75 liter.
3. Guru mendemonstrasi cara menjalankan aktiviti.
a. Tuangkan air yang disediakan ke dalam
silinder A, kemudian membaca dan merekod
isipadu cecair dengan tepat.
b. Tuangkan air yang berada dalam silinder A
ke dalam silinder B, kemudian membaca
dan merekod isipadu cecair dengan tepat.
c. Tuangkan air yang berada dalam silinder B
ke dalam silinder C, kemudian membaca
dan merekod isipadu cecair dalam lembaran
kerja. (Rujuk Lampiran Lembaran Kerja)
Nilai Murni:
Bekerjasama,
berdisiplin
BBB: silinder,
lembaran kerja
KBKK:
Membanding beza,
Membuat inferens
9
4. Murid-murid menjalankan aktiviti dalam
kumpulan, guru mengawasi murid sambil
memberi tunjuk ajar.
5. Guru membuat kesimpulan daripada dapatan
murid.
6. Kumpulan yang mendapat jawapan yang tepat
dan menunjukkan semangat kerjasama akan
diberi ganjaran yang sewajarnya.
Langkah 3
10 minit
1. Guru mempamerkan 2 silinder yang berisi air.
2. Guru meminta seorang murid untuk membaca
isipadu cecair dengan tepat.
3. Guru bertanya: Berapa kalikah isipadu cecair
silinder B lebih daripada isipadu cecair silinder A?
(Guru menerima apa-apa jawapan daripada
murid.)
4. Guru mengajar teknik menjawab soalan tadi.
Soalan: Berapa kalikah isipadu cecair
silinder B lebih daripada isipadu cecair
silinder A?
Cara Penyelesaian:
= = 2
5. Guru mengulangi langkah 1 - 4 dengan
menggunakan isipadu cecair yang berlainan.
Nilai Murni: -
BBB: silinder,
Powerpoint
KBKK:
Membanding beza
0.25 liter 0.5 liter
Silinder A Silinder B
10
Langkah 4
12 minit
1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan
kecil untuk menjalankan aktiviti.
2. Guru mempamerkan soalan menggunakan
Powerpoint, setiap kumpulan perlu berbincang
dalam kumpulan dan menjawab soalan.
3. Guru menasihati murid-murid supaya
bekerjasama dan sabar semasa menjawab
soalan untuk mengelakkan kecuaian.
4. Setiap kumpulan memilih seorang wakil untuk
memberi penerangan tentang jawapan kumpulan
mereka.
(Guru memberi penerangan selanjutnya jika perlu.)
5. Kumpulan yang paling cepat menyaipkan soalan
dan betul akan diberi ganjaran yang sewajarnya.
Nilai murni:
Bekerjasama, sabar
BBB: Powerpoint
Penilaian
6 minit
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada
murid.
2. Murid menjawab soalan yang terdapat dalam
lembaran kerja.
3. Guru berbincang dengan murid mengenai hasil
kerja mereka.
Nilai murni: Rajin
BBB:
Lembaran kerja
KBKK:
Menjana minda
Penutup
4 minit
1. Guru mengadakan sesi soal jawab bersama
murid.
2. Guru merumuskan isi pelajaran dan telah
dipelajari pada hari ini.
Nilai murni: Berani
KBKK:
Menjana idea
11
Refleksi (Loh Seng Hau)
Pada 21 Ogos 2012 bersamaan hari Rabu, saya telah menjalankan pengajaran dan
pembelajaran yang telah dirancang. Seramai 14 orang murid Tahun 5 SJK (C) Pei Hwa
Pontian telah melibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran ini.
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
Saya dan ahli kumpulan saya telah membuat sesi perbincangan semasa
interaksi di IPGK Temenggong Ibrahim. Masalah yang paling kritikal adalah bahan bantu
belajar (BBB) kerana kami berasal dari tempat yang berlainan dan sukar untuk membuat
bahan bantu belajar bersama-sama. Selepas perbincangan, kami bersetuju
menggunakan tajuk Isipadu Cecair Tahun 5 sebagai tajuk yang hendak dirancang.
Bahan bantu belajar yang dirancang adalah powerpoint dan bikar atau silinder penyukat.
Bahan bantu belajar yang digunakan dapat disediakan sendiri, jadi dapatlah
menyelesaikan masalah tersebut.
Sepanjang merancang RPH ini, kami juga menghadapi kesukaran untuk
menentukan kaedah dan teknik pengajaran yang hendak gunakan semasa mengajar.
Namun, dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan yang dapat kami kenal pasti
terhadap semua teknik dan kaedah yang sedia ada, serta kesesuaiannya terhadap topik
yang hendak dirancang, akhirnya, kami bertekad untuk menggunakan gabungan
beberapa jenis kaedah seperti kaedah penyoalan, kaedah pembelajaran melalui
permainan dan kaedah kopperatif agar pengajaran kami lebih berfleksibel dan menarik.
Selepas Pengajaran dan Pembelajaran
Kekuatan
Sepanjang menjalankan pengajaran dan pembelajaran, saya telah berjaya
menarik murid-murid pada peringkat set induksi. Pusat Beli-belah Jusco merupakan
tempat yang amat digemari oleh murid-murid. Dengan menggunakan tempat ini dan
mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan kehidupan harian murid telah
berjaya memberangsang keminatan murid-murid. Tambahan pula, powerpoint yang
disediakan terdapat banyak gambar yang menarik. Murid-murid melibatkan secara aktif
semasa saya mengemukakan soalan. Ini menunjukkan bahawa set induksi yang
menarik sangat penting agar dapat terus menarik perhatian murid. Komunikasi 2 hala
12
seperti penyoalan yang saya gunakan juga memainkan peranan penting dalam sesi
pengajaran.
Menurut kajian, pembelajaran koperatif dapat meningkatkan keberkesanan
pembelajaran sesuatu pelajaran. Ini dapat memupuk nilai murini seperti bekerjasama,
berdisiplin dan berani mencuba. Dalam pengajaran saya, saya telah membahagikan
murid dalam kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti menyukat dan merekod isipadu
cecair. Sepanjang menjalankan aktiviti, murid-murid bekerjasama menjayakan tugasan
mereka.
Selain itu, saya juga mengaplikasikan kaedah pembelajaran melalui
permainan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Kaedah ini dapat memberi
keseronokan kepada murid dan murid dapat belajar dalam keadaan yang bebas dan
gembira. Dalam pengajaran saya, saya telah membahagikan 14 orang murid kepada 3
kumpulan kecil untuk menjalankan permainan. Saya dapat mengesan bahawa murid-
murid berkomunikasi dan berbincang antara ahli kumpulan mereka untuk mendapat
jawapan yang paling tepat sebelum menjawab soalan yang saya kemukakan.
Di samping itu, keyakinan diri saya amat tinggi sepanjang pengajaran dan
pembelajaran saya. Saya telah membuat persediaan yang amat mencukupi sebelum
pengajaran ini. Jadi, saya berasa sangat yakin semasa saya mengajar. Murid-murid
akan mencontohi apa yang disuruh dan didemonstrasi oleh guru apabila guru
berkeyakinan menjelaskan sesuatu.
Kelemahan
Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, saya sedar bahawa penguasaan
masa kurang memuaskan. Saya tidak dapat mengikut masa yang telah dirancang.
Bagi pengajaran ini, saya telah menggunakan masa yang berlebihan dalam langkah
kedua iaitu aktiviti meyukat dan merekod isipadu cecair dalam kumpulan kecil kerana
terdapat masalah yang tidak dapat dirmal. Ini menyebabkan saya tidak mencukupi masa
untuk membuat penutup pada akhir pengajaran.
Kelemahan yang seterusnya ialah bahan bantu belajar yang kurang sesuai.
Saya telah merancang untuk menggunakan bikar dan silinder penyukat dalam
pengajaran saya. Selepas itu, didapati bahawa makmal sekolah saya tidak mempunyai
silinder penyukat dan bikar yang besar. Jadi, saya hanya boleh menggunakan bekas
yang besar dan membuat label pada bekas supaya murid dapat menyukat dan merekod
bacaan isipadu cecair.
13
Cadangan Penambahbaikan
Untuk menambahbaikan pengajaran saya, saya perlu lebih peka terhadap
pengurusan masa pengajaran. Saya akan mengambil kira masalah-masalah yang
mungkin akan timbul semasa menjalankan aktiviti kerana masalah yang timbul itu
mengambil masa untuk menyelesaikannya. Saya juga akan membuat persediaan awal
yang lebih mencukupi untuk memastikan pengajaran saya dijalankan seperti yang telah
dirancang.
Selain itu, saya akan berbincang dengan guru besar supaya dapat kebenaran
untuk mendapatkan bahan bantu belajar seperti bikar dan silinder penyukat
supaya dapat digunakan dalam pengajaran saya yang akan datang.
Kesimpulannya, melalui pengajaran dan pembelajaran ini, saya mempelajari
banyak pengetahuan yang baharu mengenai pedagogi pengajaran Matematik.
Penggunaan kaedah yang kepelbagaian perlu dirancang dalam pengajaran harian.
Perancangan yang mencukupi amat penting dalam satu sesi pengajaran yang berjaya.
Selain itu, dengan adanya persediaan yang mencukupi, kita dapat menunjukkan
keyakinan diri dan mencapai prestasi yang cemerlang dalam pengajaran. Saya yakin
bahawa dengan mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran dan kreativiti dalam
pengajaran, saya akan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada masa akan datang.
14
Refleksi (Ng Phol Sang)
Munurut kerja kursus ini, saya dapati terdapat banyak cara yang boleh kita gunakan
dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Pada zaman sekarang, kaedah
pengajaran yang tradisional agak tidak sesuai digunakan dalam setiap kelas atau setiap
pelajar. Melalui pembacaan bahan bacaan, saya dapati banyak kaedah dapat digunakan
bagi mengganti kaedah pengajaran tradisional, contohnya kaedah penyoalan, kaedah
demontrasi, kaedah stesen, dan lain-lain lagi. Selepas berbincang dengan ahli kumpulan
saya, kami membina sebuah rancangan pelajaran harian mengenai tajuk isipadu air
Tahun 5. Rancangan tersebut mengandungi kaedah penyoalan, kaedah pembelajaran
melalui permainan, dan kaedah koperatif.
Ilmu baru yang saya dapati selepas kerja kursus ini ialah haruslah menggunakan
kaedah yang berbeza dalam proses PdP sekolah. Dalam kerja kursus ini, saya telah
memahami banyak definisi kaedah pembelajaran terutamanya kaedah penyoalan,
kaedah pembelajaran melalui permainan, dan kaedah koperatif. Kaedah-kaedah yang
saya belajari merupakan satu pengalaman dan ilmu yang baru yang dapat membantu
saya mengajar di sekolah dengan lebih berkesan.
Pendekatan-pendekatan yang kami gunakan dalam rancangan harian
mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah dapat mengubah situasi pembelajaran
dalam kelas. Pendekatan-pendekatan yang kami gunakan seperti permainan dan
koperatif telah menyeronokan murid-murid. Murid-murid tidak berasa bosan semasa
dalam kelas. Melalui proses penyoalan, permaianan, dan koperatif, murid-murid telah
menikmati keseronokan pembelajaran kerana mereka mempunyai peluang
mengerakkan anggota badan mereka dan peluang bercakap di dalam kelas. Cara
mengajar tradisional seperti penyampaian maklumat satu hala adalah tidak sesuai dan
kurang berkesan pada zaman ini. Kekuatan kedua yang saya dapati ialah saya telah
meningkatkan kemahiran saya menyediakan rancangan pelajaran harian. Rancangan
pelajaran harian merupakan tahap penyediaan guru sebelum mengajar murid.
Rancangan yang sistematik akan membantu saya membuat penyedian yang sempurna
dan mengadakan PdP yang berkesan kepada setiap murid.
Akan tetapi terdapat kelemahan dalam kaedah yang kami gunakan. Kaedah
yang kami gunakan seperti kaedah permainan akan menggunakan masa yang agak
lama dan mempengaruhi sesi PdP yang lain. Selain itu, menjalankan permainan di
dalam kelas akan menyebabkan situasi kelas tidak dapat dikawal seperti kebisingan dan
15
kecederaan murid berlaku. Dengan itu, cara menyelesaikan masalah ini ialah guru
haruslah membuat penyediaan yang sempurna sebelum menjalankan permainan di
dalam kelas. Guru haruslah berfikir sama ada permaianan tersebut sesuai dimain dan
akan membawa kemalangan kepada murid atau tidak. Selain itu, guru perlulah mencuba
permaian atau aktiviti tersebut dengan guru lain supaya dapat memastikan aktiviti itu
tidak membawa sebarang bahaya kepada murid.
Cabaran yang saya temui dalam kerja kursus ini ialah kesusahan berkomunikasi
antara ahli kumpulan saya. Oleh sebab kami tinggal di kawasan yang berlainan, adalah
susah untuk membuat perbincangan muka demi muka. Untuk menyelesaikan masalah
ini, kami menggunakan internet untuk membuat perbincangan. Email dan facebook
banyak membantu saya dan ahli kumpulan saya dalam menyipakan kerja kursus ini.
Kerja kursus ini amat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran seharian.
Dengan adanya pengalaman ini saya berasa saya akan mendapat kemajuan dalam
pengajaran dan pembelajaran saya.
16
Refleksi (Ooi Chao Chien)
Dalam menjalankan tugasan bagi subjek Pendekatan Pedagogi Matematik 2
(MTM2203) ini, saya dan ahli kumpulan saya duduk semeja untuk membincangkan
tugasan ini semasa interaksi di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim.
Masalah utama yang kita hadapi semasa menjalankan tugasan ini adalah mengenai
tajuk yang sesuai digunakan untuk menjalankan tugasan ini dimana tajuk tersebut dapat
menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dengan kaedah yang
bersesuaian. Selepas berbincang dengan ahli kumpulan saya, kami telah bersetuju
untuk menggunakan tajuk Isipadu Air Tahun 5 untuk membuat tugasan ini. Manakala
kaedah yang kami gunakan ialah kaedah penyoalan, kaedah pembelajaran melalui
permainan dan kaedah koperatif.
Pada 21 Ogos 2013, saya telah menjalankan pengajaran mengenai tajuk Isipadu
Cecair terhadap 23 orang murid-murid Tahun 5 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lit
Terk, Johor. Selepas menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam
kelas, saya dapat mengesan kekuatan dan kelemahan saya sendiri mahupun bahan
bantu mengajar yang digunakan. Salah satu kekuatan yang saya dapat mengesan
adalah bahawa penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti Powerpoint dan
bahan maujud dapat membantu murid untuk meningkatkan tahap pemahaman mereka
terhadap tajuk tersebut dan memudahkan mereka ingat tajuk tersebut. Dalam generasi
Y ini, mereka lebih berminat untuk belajar melalui bahan teknologi berbanding dengan
buku. Sebagai contoh dalam tajuk Isipadu cecair Tahun 5, saya membuat satu
Powerpoint sebagai salah satu BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam Powerpoint, saya bukan sahaja memasukkan tulisan dan istilah sahaja,
malah saya juga memasukkan gambar-gambar yang dapat menarik perhatian murid
serta berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Dengan itu, murid baru dapat
mengesan bahawa isipadu cecair sentiasa berada di sekeliling mereka. Selain itu, saya
juga menggunakan silinder penyukat dan bikar sebagai BBM bahan maujud untuk
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya. Dalam PdP, murid akan
menggunakan silinder penyukat dan bikar untuk menjalankan aktiviti menyukat dan
merekod isipadu cecair. Ini dapat membantu mereka menguasai cara menyukat isipadu
cecair dengan betul.
17
Bagi kekuatan yang keduanya ialah mengenai kaedah pendekatan yang kami
gunakan, iaitu kaedah penyoalan, kaedah pembelajaran melalui permainan dan
kaedah koperatif. Dalam kaedah penyoalan, saya akan menanya mereka soalan yang
berkaitan dengan isipadu cecair. Kaedah penyoalan akan saya guna sepanjang proses
PdP. Sebagai contoh dalam set induksi, saya akan menanya mereka mengenai tempat
yang mereka biasa pergi untuk membeli-belah dan seterusnya menanya mereka
mengenai sama ada mereka ada membeli minuman di tempat beli-belah. Dengan
kaedah ini, murid-murid akan menggunakan jawapan yang mereka tahu untuk
menjawab soalan yang saya tanya. Hal ini demikian kerana soalan yang saya tanya
adalah berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Dengan menggunakan kaedah
penyoalan ini, ia dapat melibatkan lebih banyak murid dalam PdP dan seterusnya
merangsang pemikiran dan aktiviti mental murid-murid.
Bagi kaedah pembelajaran melalui permainan pula, ia merupakan satu teknik
PdP yang berkesan kepada murid-murid. Kaedah pembelajaran melalui permainan
dapat menghasilkan keseronokkan kepada murid-murid dalam pengajaran yang hendak
disampaikan kepada mereka. Sebagai contoh kaedah pembelajaran melalui permainan
dalam PdP, saya akan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan
seterusnya menanya mereka soalan untuk menjawab. bagi kumpulan yang dapat
bilangan yang betul banyak akan jadi pemenang dalam permainan tersebut.
Kaedah koperatif pula dapat melibatkan semua murid bekerjasama untuk belajar
dalam PdP. Dengan kaedah ini, murid-murid dapat bekerjasama antara satu sama lain
untuk mencari idea, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai
persetujuan kumpulan. Saya menggunakan kaedah kolabratif supaya murid-murid dapat
memupuk nilai-nilai moral seperti bekerjasama samasa dalam aktiviti kumpulan.
Contohnya semasa dalam aktiviti kumpulan, mereka dikehendaki menyukat isipadu
cecair dalam unit yang berbeza, semua ahli kumpulan akan bekerja sama untuk
menyelesaikan masalah tersebut.
Semasa menjalankan PdP, saya berpendapat bahawa saya mempunyai
keyakinan diri yang amat memuaskan. Dengan adanya keyakinan diri, saya dapat
melaksanakan PdP dengan lancar. Pada pandangan saya, keyakinan diri amat penting
kerana murid hanya akan menghormati dan mencontohi tindakan gurunya apabila
18
gurunya sentiasa berkeyakinan dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Salah satu kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan PdP ialah bahan
bantu mengajar yang kurang. Semasa mengajar tajuk Isipadu cecair, saya perlu
menggunakan silinder penyukat dan bikar yang bersaiz besar seperti yang boleh
menakung air sebanyak 3 liter, akan tetapi silinder penyukat dan bikar yang terdapat di
dalam sekolah hanya mempunyai yang boleh takung air maksimum 100ml sahaja. Hal
ini menyebabkan murid lebih sukar untuk melihat dengan jelas perbandingan antara
isipadu air yang dijalankan.
Selain itu, masalah mengenai ketepatan mengikut masa yang ditetapkan
untuk melaksanakan PdP juga merupakan salah satu kelemahan. Ketepatan masa
sangat penting untuk memastikan objektif tercapai dan pembelajaran berjalan dengan
lancar. Disebabkan kelas yang saya ajar mempunyai segelintir murid yang lambat dalam
memahami sesuatu isi pelajaran, saya terpaksa mencari masa untuk mengajar mereka
dan ini akan menangguhkan masa saya untuk mengajar tajuk tersebut. Setiap
kelemahan mesti mempunyai cara penambahbaikannya.
Bagi kelemahan mengenai bahan bantu mengajar yang berkurangan, saya akan
meminta pihak sekolah untuk membelikan BBM yang dapat membantu guru dalam PdP.
Bagi ketepatan mengikut masa yang ditetapkan untuk melaksanakan PdP pula, saya
akan memantau murid dengan baik dan mencari waktu yang sesuai untuk mengajar
murid yang lemah dari segi pemahaman supaya mereka juga dapat memahami tajuk
tersebut.
Secara kesimpulannya, saya dapat mempelajari banyak pengetahuan serta
kaedah yang boleh digunakan semasa dalam PdP melalui tugasan ini. Selain itu, saya
juga dapat memahami bahawa tugasan ini dapat membantu saya menyediakan satu
rancangan pengajaran harian dan bahan bantu pengajaran yang dapat membantu murid
dari segi pemahaman. Tambahan lagi, ini dapat memberi keyakinan kepada saya
bahawa saya dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan
sebelumnya.
Sekian, terima kasih.
19
Rujukan
20
Lampiran
Lembaran Kerja (Aktiviti Langkah 2)
silinder A bikar B bikar C
Isipadu
(mℓ /ℓ)
21
Lembaran Kerja (Penilaian)
A. Tuliskan isipadu cecair.
B. Bandingkan isipadu cecair.
1.
Berapa kalikah isipadu cecair dalam bikar A lebih daripada isipadu cecair dalam bikar B?
bikar A bikar B
Berapa kalikah isipadu cecair dalam bikar B lebih daripada isipadu cecair dalam bikar A?
22
Lampiran
Gambar Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Sila rujuk CD yang disertakan.
23

More Related Content

What's hot

19. suhana udin
19. suhana udin19. suhana udin
19. suhana udinSeroja Ku
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Tips Melaksanakan PdPr berkesan
Tips Melaksanakan PdPr berkesanTips Melaksanakan PdPr berkesan
Tips Melaksanakan PdPr berkesanMokhzani Fadir
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanIzzi Farah
 
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
strategi : Perbincangan
strategi : Perbincanganstrategi : Perbincangan
strategi : Perbincanganshahme
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Norafsah Awang Kati
 
Isu profesional guru dalam pengajaran matematik
Isu profesional guru dalam pengajaran matematikIsu profesional guru dalam pengajaran matematik
Isu profesional guru dalam pengajaran matematikEli Lilly and Company
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
Asiment murid dan alam belajar
Asiment murid dan alam belajarAsiment murid dan alam belajar
Asiment murid dan alam belajarZairul Hisham
 
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmaniKaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmaniAisyah Zainudin
 
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2一世 一生
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Mohd Farid Ismail
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranWany Hardy
 

What's hot (20)

Kajian Tindakan
Kajian TindakanKajian Tindakan
Kajian Tindakan
 
19. suhana udin
19. suhana udin19. suhana udin
19. suhana udin
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Tips Melaksanakan PdPr berkesan
Tips Melaksanakan PdPr berkesanTips Melaksanakan PdPr berkesan
Tips Melaksanakan PdPr berkesan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
 
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
Moral tajuk 4 (tutorial) (2)
 
strategi : Perbincangan
strategi : Perbincanganstrategi : Perbincangan
strategi : Perbincangan
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
 
Isu profesional guru dalam pengajaran matematik
Isu profesional guru dalam pengajaran matematikIsu profesional guru dalam pengajaran matematik
Isu profesional guru dalam pengajaran matematik
 
Hbml4403
Hbml4403Hbml4403
Hbml4403
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Asiment murid dan alam belajar
Asiment murid dan alam belajarAsiment murid dan alam belajar
Asiment murid dan alam belajar
 
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmaniKaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
 
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2Unit 7  Modul 1  Pendekatan  Masteri V2
Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2
 
15 lampiran 6 (huraian rph b)
15 lampiran 6 (huraian rph b)15 lampiran 6 (huraian rph b)
15 lampiran 6 (huraian rph b)
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
pintar cerdas
pintar cerdaspintar cerdas
pintar cerdas
 

Viewers also liked

Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5
Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5
Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5tunteja2008
 
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARIKSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARIvibila
 
Langkah Langkah Pengajaran
Langkah Langkah PengajaranLangkah Langkah Pengajaran
Langkah Langkah PengajaranStar99
 
Rancangan harian matematik tahun 6 pdf
Rancangan harian matematik tahun 6 pdfRancangan harian matematik tahun 6 pdf
Rancangan harian matematik tahun 6 pdfKhairiah Abdul Kadir
 
Pembinaan Soalan
Pembinaan SoalanPembinaan Soalan
Pembinaan SoalanNiena Majid
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
Penentuan langkah langkah pengajaran dan peruntukan masa
Penentuan langkah langkah pengajaran dan peruntukan masaPenentuan langkah langkah pengajaran dan peruntukan masa
Penentuan langkah langkah pengajaran dan peruntukan masaSiti Mariam
 

Viewers also liked (8)

Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5
Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5
Modul pendekatan inkuiri melalui penguasaan kemahiran proses sains thn 5
 
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARIKSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
 
Pembinaan Item KBAT
Pembinaan Item KBATPembinaan Item KBAT
Pembinaan Item KBAT
 
Langkah Langkah Pengajaran
Langkah Langkah PengajaranLangkah Langkah Pengajaran
Langkah Langkah Pengajaran
 
Rancangan harian matematik tahun 6 pdf
Rancangan harian matematik tahun 6 pdfRancangan harian matematik tahun 6 pdf
Rancangan harian matematik tahun 6 pdf
 
Pembinaan Soalan
Pembinaan SoalanPembinaan Soalan
Pembinaan Soalan
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Penentuan langkah langkah pengajaran dan peruntukan masa
Penentuan langkah langkah pengajaran dan peruntukan masaPenentuan langkah langkah pengajaran dan peruntukan masa
Penentuan langkah langkah pengajaran dan peruntukan masa
 

Similar to Mtm2203 laporan

Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanHazel Bug
 
Etd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanEtd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanHayatuNMustapHa
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Santa Barbara
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikchummyk
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarZuzan Michael Japang
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional GuruArthur Jupong
 
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisiGuru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisirosieca
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikstephchun93
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri finalCik BaCo
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualCma Usin
 

Similar to Mtm2203 laporan (20)

3 Jurnal
3 Jurnal3 Jurnal
3 Jurnal
 
Strg P&P dalam SN
Strg P&P dalam SNStrg P&P dalam SN
Strg P&P dalam SN
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
Etd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanEtd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatan
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
Pembelajaran peribadi
Pembelajaran peribadiPembelajaran peribadi
Pembelajaran peribadi
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
 
Pandangan Individu
Pandangan IndividuPandangan Individu
Pandangan Individu
 
tugasan refleksi
tugasan refleksitugasan refleksi
tugasan refleksi
 
Uji minda
Uji mindaUji minda
Uji minda
 
Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisiGuru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 

Mtm2203 laporan

  • 1. 1 Pengenalan Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan perlu mengambil kira pelbagai aspek. Murid yang berlainan memerlukan proses pembelajaran yang berlainan. Selain itu ,ciri- ciri murid yang berbeza pada tahap perkembangan yang berbaza juga merupakan salah satu faktor. Jadi, pendekatan pengajaran adalah amat penting bagi seseorang guru apabila membuat keputusan tentang bagaimana hendak merancang dan menyampaikan sesuatu pengajran dengan berjaya dan sempurna. Terdapat pelbagai jenis pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik perlu memilih pendekatan mengikut kesesuaian pendidik, pelajar dan persekitaran. Menurut penyelidik Connell (1981), beliau menyatakan proses pengajaran merupakan satu interaksi dinamik antara murid dengan guru. Guru dan murid saling mempengaruhi antara satu sama lain. Jadi, pengajaran yang berkesan bergantung kepada kemampuan guru memilih kemahiran pengajaran yang sesuai untuk memudahkan aktiviti pembelajaran murid. Penyelidik yang satu lagi, Saedah Hj. Siraj et al. (1993) berpendapat bahawa guru berperanan sebagai penyalur ilmu pengetahuan dan juga sebagai pengembang dan pengukuh kemahiran murid-murid. Antara pendekatan dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik termasuklah kaedah penyoalan dan perbincangan, kaedah demonstrasi, saedah inkuiri penemuan, kaedah stesen, kaedah masteri, kaedah pembelajaran koperatif, kaedah pembelajaran kontektual, kaedah pembelajaran melalui kecerdasan pelbagai, kaedah pembelajaran melalui permainan dan kaedah pembelajaran berasaskan projek. Dalam kerja tugasan ini, kumpulan kami akan menjelaskan beberapa jenis pendekatan yang kami gunakan dalam rancangan harian kita. Kami juga menyediakan satu rancangan harian dan melaksanakan apa yang kami rancangkan.
  • 2. 2 Pendekatan Penyoalan Pendekatan penyoalan merupakan prosess yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)Matematik. Cara menanyakan yang baik akan mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar di sekolah. Penyoalan memberi peluang kepada para guru untuk memperoleh pelbagai maklumat manakala pengajaran tanpa soal jawab tidak dapat kesan sedemikian. Dalam rancangan harian guru, guru perlulah menyediakan soalan-soalan kepada pelajar-pelajar sebagai penilaian. Oleh itu, pendekatan penyoalan merupakan salah satu pendekatan yang penting bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Terdapat banyak kebaikan kita menggunakan pendekatan penyoalan dalam PdP. Kebaikan pertama ialah dapat merangsang dan mendorong pemikiran pelajar. Guru yang menggunakan pendekatan penyoalan akan membantu mendorong dan merangsang pemikiran pelajar-pelajar, membantu membentuk perhubungan atau perkaitan antara ilmu. Selain itu, penyoalan dapat merangsang pemikiran dan aktiviti kognitif pelajar. Apabila guru menyoal soalan yang tertentu, beliau boleh menggalakkan aktiviti-aktiviti daripada mengingati fakta sehingga kepada analisasi dan penilaian. Contohnya dalam rancangan yang disediakan, soalan-soalan telah ditanya seperti pernahkah pelajar memerhati isipadu air tin di dalam pasar raya telah merangsangkan pemikiran pelajar bagaimanakah mendapat isipadu air tin tersebut. Selain itu, penyoalan juga dapat membantu pelajar yang bersifat diam, hilang tumpuan dan keyakinan diri rendah lebih aktif dalam PdP. Kebaikan kedua bagi pendekatan penyoalan dalam PdP adalah dapat mengesan pemahaman pelajar terhadap kemahiran yang telah diajar. Guru-guru boleh menyediakan soalan kepada pelajar tidak kira merupakan soalan secara tulis atau lisan untuk mengaji pelajar menguasai kemahiran atau tidak. Penyoalan dapat membantu guru mengetahui kesan selepas PdP dan juga kesukaran yang ditemui oleh pelajar- pelajar dalam subjek tersebut. Dengan mengetahui masalah pelajar, guru dapat menyelesaikan masalah pelajar dengan cara yang lebih senang dan berkesan. Jika jawapan yang diberi oleh pelajar menggambarkan pelajar belum menguasai kemahiran tersebut, penjelasan haruslah diteruskan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran selepas PdP. Contohnya dalam rancangan yang disediakan, soalan berapa kalikah isipadu cecair selinder B lebih banyak daripada selinder A? Melalui soalan ini guru akan
  • 3. 3 mengetahui sama ada pelajar dapat menguasai cara bandingan dan cara mengira lebihan dalam langkah Matematik atau tidak. Pendekatan penyoalan haruslah dimasukkan dalam rancangan harian setiap guru. Ini kerana melalui penyoalan, guru-guru dapat mengetahui kesan PdP. Selain itu, melalui penyoalan, pelajar telah digalakkan untuk memikir. Dengan itu, PdP akan lebih berkesan. Pendekatan Pembelajaran Melaui Permainan Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi pengajaran, permainan merupakan salah satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pembelajaran melalui permainan merupakan teknik yang berbeza dengan pendekatan tradisonal. Pembelajaran melalui permainan lebih banyak melibatkan pergerakan tubuh badan dan minda pelajar. Pembelajaran melalui permaianan merupakan salah satu pendekatan yang amat berkesan dalam PdP dan banyak digalakkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terutamanya di kalangan sekolah rendah. Terdapat banyak kebaikan kita menggunakan pendekatan pembelajaran melalui permainan dalam PdP. Kebaikan yang pertama ialah dapat membantu pergembangan minda pelajar dalam PdP. Melalui pendekatan pembelajaran melalui permainan, pelajar akan berasa lebih seronak semasa dalam PdP. Pendekatan tradisonal merupakan pendekatan guru sebagai pengucap dan pelajar sebagai pendengar di dalam kelas. Ini merupakan cara PdP yang amat bosan dan tidak sesuai digunakan pada zaman sekarang. Melalui permainan, pelajar akan memberi tumpuan mereka semasa dalam PdP. Selain itu, melalui pembelajaran melalui permaianan, pelajar akan lebih rela melibatkan diri dalam PdP. Pelajar akan menggunakan minda mereka untuk menyiapakan tugasan yang diberi oleh guru. Dalam proses tersebut, pelajar akan merangsangkan minda mereka supaya dapat menyiapkan tugasan tersebut dan mendapat kepuasan dipuji oleh guru. Secara tidak langsung, minda pelajar telah dilatih dan mereka akan lebih mahir dan ingat semasa kemahiran ini ditanya semula lagi. Dalam rancangan yang disediakan, aktiviti menyukat dan merekod isipadu cecair telah
  • 4. 4 diadakan supaya pelajar dapat lebih memhami cara menyukat dan merekod isipadu cecair. Kebaikan kedua bagi pendekatan pembelajaran melalui permianan ialah dapat mengesan kesalahan pelajar dalam PdP. Pelajar-pelajar biasanya akan memhami teori yang disampaikan oleh guru semasa dalam PdP akan tetapi mereka akan melakukan kesalahan semasa menggunakan teori tersebut dalam kehidupan atau dalam aktiviti. Melalui pemblejaran melalui permainan, guru digalakkan menjalankan aktiviti kepada pelajar bagi menguji tahap pelaksanakan pelajar menurut teori yang telah dipelajari. Melalui permainan atau aktiviti, pelajar akan menggunakan teknik untuk menyiapkan tugasan mereka. Dalam proses ini, guru dapat memerhatikan sama ada langkah pelajar adalah betul atau salah. Jika terdapat pelajar yang melakukan kesalahan, guru haruslah memberi pembetulan kepada pelajar serta merta. Ini merupakan salah satu cara yang senang bagi mengesan kesalahan pelajar dalam PdP. Contohnya dalam rancangan yang disediakan, guru menyediakan aktiviti merekod isipadu cecair. Dalam aktiviti tersebut, guru boleh mengesan sama ada cara merekod pelajar tersebut adalah betul atau salah. Pendekatan pembelajaran melalui permainan merupakan satu teknik mengajar yang agak disukai oleh pelajar dan semua guru digalakkan banyak menggunakan teknik ini supaya obkektif pembelajaran dapat dicapai selepas PdP. Pendekatan Pembelajaran Koperaktif Pendekatan pembelajaran koperaktif merupakan satu keadah yang menggunakan pendekatan berpusat dengan pelajar-pelajar. Pendekatan ini mengutamakan kerja sama dalam menyelesaikan permasalahan untuk menerapkan pengetahuan dalam mencapai tujuan pembelajaran. Menurut pendekatan pembelajaran koperatif, pelajar-pelajar didorong untuk bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru. Pelajar biasanya akan dibahagi dalam kumpulan dan komunikasi antara guru dengan pelajar adalah amat diperlukan. Pendekatan pembelajaran koperaktif dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam PdP. Menurut pendekatan pembelajaran koperaktif, pelajar akan dibahagi dalam kumpulan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Pelajar akan berkerjasama dan saling membantu jika terdapat masalah berlaku. Kesannya pelajar
  • 5. 5 akan lebih bermotivasi untuk menguasai kemahiran berbanding belajar dalam individu. Selain itu, pembelajaran koperaktif mementingkan komunikasi dua hala tidak kira antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Jika terdapat masalah dalam PdP, mereka berpeluang berbincang dengan ahli kumpulan lain dan bersama-sama untuk mendapatkan jawapannya. Contohnya dalam rancangan yang disediakan, pelajar dibahagi dalam kumpulan untuk mendapat rekod isipadu air. Melalui aktiviti tersebut, pelajar-pelajar mendapat peluang untuk berbincang bagaimana mendapat isipadu cecair dengan cara yang betul. Melalui perbincangan dan aktiviti ini, motivasi pelajar untuk mendapat jawapan adalah lebih tinggi berbanding dengan belajar secara individu. Pendekatan pembelajaran koperaktif merupakan salah satu teknik pembelajaran yang harus digunakan dalam PdP. Ini kerana pelajar dapat mempelajari cara berkomunikasi sambil mendapat ilmu pengetahuan. Selain itu, pendekatan ini juga dapat menggalakkan pelajar mendapat ilmu melalui perbincangan antara ahli kumpulan dan tidak perlu banyak bantuan daripada guru. Pendekatan ini haruslah banyak digunakan supaya dapat membentuk modal insan yang berbakat dan setanding dengan global.
  • 6. 6 Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran : Matematik Kelas : 5A Masa : 60 minit (2 waktu) Bidang utama : Ukuran Tajuk/Unit : 9 Isipadu Cecair Bidang Pembelajaran : Hubungan antara unit dalam isipadu cecair Objektif Pembelajaran : i. Murid dapat menyukat isipadu cecair menggunakan unit piawai. ii. Murid dapat membanding isipadu cecair menggunakan unit piawai. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat i. menyukat dan merekod isipadu cecair dalam unit mililiter kepada unit liter dalam bentuk pecahan atau perpuluhan. ii. Membanding isipadu cecair yang melibatkan pecahan dan perpuluhan dalan unit liter dan mililiter. Pengetahuan yang sedia ada : Murid-murid telah mempunyai konsep membaca isipadu cecair dalam liter dan mililiter dalam bentuk nombor bulat. Bahan bantu belajar : Powerpoint, silinder, air dan lembaran kerja, LCD, komputer Nilai Murni : Bekerjasama, rajin, berani dan berdisiplin. KBKK : Kemahiran berfikir: menghubungkaitkan, membuat inferens, membanding beza, menjana idea dan menjana minda.
  • 7. 7 Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran Langkah/ Masa AKtiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Strategi Set induksi 3 minit 1. Murid-murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru: a. Adakah murid-murid suka pergi ke Pusat Beli-Belah Jusco? (Ya.) b. Adakah murid-murid beli pelbagai jenis minuman yang dijual? (Ada.) c. Apakah jenis minuman yang murid-murid biasa beli? (Pepsi, Milo, Oren jus...) d. Pernahkah murid-murid memperhatikan isipadu minuman pada kotak minuman? (Menerima apa-apa isipadu cecair yang murid jawab.) 2. Jawapan murid dikaitkan oleh guru dengan topik yang akan disampaikan pada hari ini iaitu isipadu cecair. Nilai Murni: - BBB: Powerpoint KBKK: Kemahiran berfikir: Menghubungkaitkan Langkah 1 5 minit 1. Murid-murid memerhatikan powerpoint yang dipamerkan oleh guru. 2. Guru menjelaskan istilah isipadu cecair kepada murid. 3. Guru mempamerkan sebuah silinder yang berisi 500 mililiter air. 4. Guru membimbing murid membaca isipadu cecair dengan teknik yang tepat. Nilai Murni: - BBB: Powerpoint KBKK: Membuat inferens
  • 8. 8 5. Guru menekankan kepada pembacaan isipadu cecair mengikut senggetan bawah bikar atau silinder. 5. Air yang berada dalam silinder dituang ke dalam sebuah silinder penyukat. 6. Guru meminta murid membaca isipadu air dalam silinder penyukat. (0.5 liter atau ) 7. Guru membimbing murid membuat inferens. (500 mililiter = 0.5 liter atau ) Langkah 2 20 minit 1. Murid-,murid dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti menyukat dan merekod isipadu cecair. 2. Setiap kumpulan diberi bahan-bahan seperti berikut: i. silinder A yang dilabel dengan 250 mililiter, 500 mililiter, 750 mililiter dan 1000 mililiter ii. Silinder B yang dilabel dengan liter, liter dan liter. iii. Silinder C yang dilabel dengan 0.25 liter, 0.5 liter dan 0.75 liter. 3. Guru mendemonstrasi cara menjalankan aktiviti. a. Tuangkan air yang disediakan ke dalam silinder A, kemudian membaca dan merekod isipadu cecair dengan tepat. b. Tuangkan air yang berada dalam silinder A ke dalam silinder B, kemudian membaca dan merekod isipadu cecair dengan tepat. c. Tuangkan air yang berada dalam silinder B ke dalam silinder C, kemudian membaca dan merekod isipadu cecair dalam lembaran kerja. (Rujuk Lampiran Lembaran Kerja) Nilai Murni: Bekerjasama, berdisiplin BBB: silinder, lembaran kerja KBKK: Membanding beza, Membuat inferens
  • 9. 9 4. Murid-murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan, guru mengawasi murid sambil memberi tunjuk ajar. 5. Guru membuat kesimpulan daripada dapatan murid. 6. Kumpulan yang mendapat jawapan yang tepat dan menunjukkan semangat kerjasama akan diberi ganjaran yang sewajarnya. Langkah 3 10 minit 1. Guru mempamerkan 2 silinder yang berisi air. 2. Guru meminta seorang murid untuk membaca isipadu cecair dengan tepat. 3. Guru bertanya: Berapa kalikah isipadu cecair silinder B lebih daripada isipadu cecair silinder A? (Guru menerima apa-apa jawapan daripada murid.) 4. Guru mengajar teknik menjawab soalan tadi. Soalan: Berapa kalikah isipadu cecair silinder B lebih daripada isipadu cecair silinder A? Cara Penyelesaian: = = 2 5. Guru mengulangi langkah 1 - 4 dengan menggunakan isipadu cecair yang berlainan. Nilai Murni: - BBB: silinder, Powerpoint KBKK: Membanding beza 0.25 liter 0.5 liter Silinder A Silinder B
  • 10. 10 Langkah 4 12 minit 1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti. 2. Guru mempamerkan soalan menggunakan Powerpoint, setiap kumpulan perlu berbincang dalam kumpulan dan menjawab soalan. 3. Guru menasihati murid-murid supaya bekerjasama dan sabar semasa menjawab soalan untuk mengelakkan kecuaian. 4. Setiap kumpulan memilih seorang wakil untuk memberi penerangan tentang jawapan kumpulan mereka. (Guru memberi penerangan selanjutnya jika perlu.) 5. Kumpulan yang paling cepat menyaipkan soalan dan betul akan diberi ganjaran yang sewajarnya. Nilai murni: Bekerjasama, sabar BBB: Powerpoint Penilaian 6 minit 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. 2. Murid menjawab soalan yang terdapat dalam lembaran kerja. 3. Guru berbincang dengan murid mengenai hasil kerja mereka. Nilai murni: Rajin BBB: Lembaran kerja KBKK: Menjana minda Penutup 4 minit 1. Guru mengadakan sesi soal jawab bersama murid. 2. Guru merumuskan isi pelajaran dan telah dipelajari pada hari ini. Nilai murni: Berani KBKK: Menjana idea
  • 11. 11 Refleksi (Loh Seng Hau) Pada 21 Ogos 2012 bersamaan hari Rabu, saya telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang. Seramai 14 orang murid Tahun 5 SJK (C) Pei Hwa Pontian telah melibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran ini. Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Saya dan ahli kumpulan saya telah membuat sesi perbincangan semasa interaksi di IPGK Temenggong Ibrahim. Masalah yang paling kritikal adalah bahan bantu belajar (BBB) kerana kami berasal dari tempat yang berlainan dan sukar untuk membuat bahan bantu belajar bersama-sama. Selepas perbincangan, kami bersetuju menggunakan tajuk Isipadu Cecair Tahun 5 sebagai tajuk yang hendak dirancang. Bahan bantu belajar yang dirancang adalah powerpoint dan bikar atau silinder penyukat. Bahan bantu belajar yang digunakan dapat disediakan sendiri, jadi dapatlah menyelesaikan masalah tersebut. Sepanjang merancang RPH ini, kami juga menghadapi kesukaran untuk menentukan kaedah dan teknik pengajaran yang hendak gunakan semasa mengajar. Namun, dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan yang dapat kami kenal pasti terhadap semua teknik dan kaedah yang sedia ada, serta kesesuaiannya terhadap topik yang hendak dirancang, akhirnya, kami bertekad untuk menggunakan gabungan beberapa jenis kaedah seperti kaedah penyoalan, kaedah pembelajaran melalui permainan dan kaedah kopperatif agar pengajaran kami lebih berfleksibel dan menarik. Selepas Pengajaran dan Pembelajaran Kekuatan Sepanjang menjalankan pengajaran dan pembelajaran, saya telah berjaya menarik murid-murid pada peringkat set induksi. Pusat Beli-belah Jusco merupakan tempat yang amat digemari oleh murid-murid. Dengan menggunakan tempat ini dan mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan kehidupan harian murid telah berjaya memberangsang keminatan murid-murid. Tambahan pula, powerpoint yang disediakan terdapat banyak gambar yang menarik. Murid-murid melibatkan secara aktif semasa saya mengemukakan soalan. Ini menunjukkan bahawa set induksi yang menarik sangat penting agar dapat terus menarik perhatian murid. Komunikasi 2 hala
  • 12. 12 seperti penyoalan yang saya gunakan juga memainkan peranan penting dalam sesi pengajaran. Menurut kajian, pembelajaran koperatif dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran sesuatu pelajaran. Ini dapat memupuk nilai murini seperti bekerjasama, berdisiplin dan berani mencuba. Dalam pengajaran saya, saya telah membahagikan murid dalam kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti menyukat dan merekod isipadu cecair. Sepanjang menjalankan aktiviti, murid-murid bekerjasama menjayakan tugasan mereka. Selain itu, saya juga mengaplikasikan kaedah pembelajaran melalui permainan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Kaedah ini dapat memberi keseronokan kepada murid dan murid dapat belajar dalam keadaan yang bebas dan gembira. Dalam pengajaran saya, saya telah membahagikan 14 orang murid kepada 3 kumpulan kecil untuk menjalankan permainan. Saya dapat mengesan bahawa murid- murid berkomunikasi dan berbincang antara ahli kumpulan mereka untuk mendapat jawapan yang paling tepat sebelum menjawab soalan yang saya kemukakan. Di samping itu, keyakinan diri saya amat tinggi sepanjang pengajaran dan pembelajaran saya. Saya telah membuat persediaan yang amat mencukupi sebelum pengajaran ini. Jadi, saya berasa sangat yakin semasa saya mengajar. Murid-murid akan mencontohi apa yang disuruh dan didemonstrasi oleh guru apabila guru berkeyakinan menjelaskan sesuatu. Kelemahan Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, saya sedar bahawa penguasaan masa kurang memuaskan. Saya tidak dapat mengikut masa yang telah dirancang. Bagi pengajaran ini, saya telah menggunakan masa yang berlebihan dalam langkah kedua iaitu aktiviti meyukat dan merekod isipadu cecair dalam kumpulan kecil kerana terdapat masalah yang tidak dapat dirmal. Ini menyebabkan saya tidak mencukupi masa untuk membuat penutup pada akhir pengajaran. Kelemahan yang seterusnya ialah bahan bantu belajar yang kurang sesuai. Saya telah merancang untuk menggunakan bikar dan silinder penyukat dalam pengajaran saya. Selepas itu, didapati bahawa makmal sekolah saya tidak mempunyai silinder penyukat dan bikar yang besar. Jadi, saya hanya boleh menggunakan bekas yang besar dan membuat label pada bekas supaya murid dapat menyukat dan merekod bacaan isipadu cecair.
  • 13. 13 Cadangan Penambahbaikan Untuk menambahbaikan pengajaran saya, saya perlu lebih peka terhadap pengurusan masa pengajaran. Saya akan mengambil kira masalah-masalah yang mungkin akan timbul semasa menjalankan aktiviti kerana masalah yang timbul itu mengambil masa untuk menyelesaikannya. Saya juga akan membuat persediaan awal yang lebih mencukupi untuk memastikan pengajaran saya dijalankan seperti yang telah dirancang. Selain itu, saya akan berbincang dengan guru besar supaya dapat kebenaran untuk mendapatkan bahan bantu belajar seperti bikar dan silinder penyukat supaya dapat digunakan dalam pengajaran saya yang akan datang. Kesimpulannya, melalui pengajaran dan pembelajaran ini, saya mempelajari banyak pengetahuan yang baharu mengenai pedagogi pengajaran Matematik. Penggunaan kaedah yang kepelbagaian perlu dirancang dalam pengajaran harian. Perancangan yang mencukupi amat penting dalam satu sesi pengajaran yang berjaya. Selain itu, dengan adanya persediaan yang mencukupi, kita dapat menunjukkan keyakinan diri dan mencapai prestasi yang cemerlang dalam pengajaran. Saya yakin bahawa dengan mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran dan kreativiti dalam pengajaran, saya akan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada masa akan datang.
  • 14. 14 Refleksi (Ng Phol Sang) Munurut kerja kursus ini, saya dapati terdapat banyak cara yang boleh kita gunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Pada zaman sekarang, kaedah pengajaran yang tradisional agak tidak sesuai digunakan dalam setiap kelas atau setiap pelajar. Melalui pembacaan bahan bacaan, saya dapati banyak kaedah dapat digunakan bagi mengganti kaedah pengajaran tradisional, contohnya kaedah penyoalan, kaedah demontrasi, kaedah stesen, dan lain-lain lagi. Selepas berbincang dengan ahli kumpulan saya, kami membina sebuah rancangan pelajaran harian mengenai tajuk isipadu air Tahun 5. Rancangan tersebut mengandungi kaedah penyoalan, kaedah pembelajaran melalui permainan, dan kaedah koperatif. Ilmu baru yang saya dapati selepas kerja kursus ini ialah haruslah menggunakan kaedah yang berbeza dalam proses PdP sekolah. Dalam kerja kursus ini, saya telah memahami banyak definisi kaedah pembelajaran terutamanya kaedah penyoalan, kaedah pembelajaran melalui permainan, dan kaedah koperatif. Kaedah-kaedah yang saya belajari merupakan satu pengalaman dan ilmu yang baru yang dapat membantu saya mengajar di sekolah dengan lebih berkesan. Pendekatan-pendekatan yang kami gunakan dalam rancangan harian mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah dapat mengubah situasi pembelajaran dalam kelas. Pendekatan-pendekatan yang kami gunakan seperti permainan dan koperatif telah menyeronokan murid-murid. Murid-murid tidak berasa bosan semasa dalam kelas. Melalui proses penyoalan, permaianan, dan koperatif, murid-murid telah menikmati keseronokan pembelajaran kerana mereka mempunyai peluang mengerakkan anggota badan mereka dan peluang bercakap di dalam kelas. Cara mengajar tradisional seperti penyampaian maklumat satu hala adalah tidak sesuai dan kurang berkesan pada zaman ini. Kekuatan kedua yang saya dapati ialah saya telah meningkatkan kemahiran saya menyediakan rancangan pelajaran harian. Rancangan pelajaran harian merupakan tahap penyediaan guru sebelum mengajar murid. Rancangan yang sistematik akan membantu saya membuat penyedian yang sempurna dan mengadakan PdP yang berkesan kepada setiap murid. Akan tetapi terdapat kelemahan dalam kaedah yang kami gunakan. Kaedah yang kami gunakan seperti kaedah permainan akan menggunakan masa yang agak lama dan mempengaruhi sesi PdP yang lain. Selain itu, menjalankan permainan di dalam kelas akan menyebabkan situasi kelas tidak dapat dikawal seperti kebisingan dan
  • 15. 15 kecederaan murid berlaku. Dengan itu, cara menyelesaikan masalah ini ialah guru haruslah membuat penyediaan yang sempurna sebelum menjalankan permainan di dalam kelas. Guru haruslah berfikir sama ada permaianan tersebut sesuai dimain dan akan membawa kemalangan kepada murid atau tidak. Selain itu, guru perlulah mencuba permaian atau aktiviti tersebut dengan guru lain supaya dapat memastikan aktiviti itu tidak membawa sebarang bahaya kepada murid. Cabaran yang saya temui dalam kerja kursus ini ialah kesusahan berkomunikasi antara ahli kumpulan saya. Oleh sebab kami tinggal di kawasan yang berlainan, adalah susah untuk membuat perbincangan muka demi muka. Untuk menyelesaikan masalah ini, kami menggunakan internet untuk membuat perbincangan. Email dan facebook banyak membantu saya dan ahli kumpulan saya dalam menyipakan kerja kursus ini. Kerja kursus ini amat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Dengan adanya pengalaman ini saya berasa saya akan mendapat kemajuan dalam pengajaran dan pembelajaran saya.
  • 16. 16 Refleksi (Ooi Chao Chien) Dalam menjalankan tugasan bagi subjek Pendekatan Pedagogi Matematik 2 (MTM2203) ini, saya dan ahli kumpulan saya duduk semeja untuk membincangkan tugasan ini semasa interaksi di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim. Masalah utama yang kita hadapi semasa menjalankan tugasan ini adalah mengenai tajuk yang sesuai digunakan untuk menjalankan tugasan ini dimana tajuk tersebut dapat menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dengan kaedah yang bersesuaian. Selepas berbincang dengan ahli kumpulan saya, kami telah bersetuju untuk menggunakan tajuk Isipadu Air Tahun 5 untuk membuat tugasan ini. Manakala kaedah yang kami gunakan ialah kaedah penyoalan, kaedah pembelajaran melalui permainan dan kaedah koperatif. Pada 21 Ogos 2013, saya telah menjalankan pengajaran mengenai tajuk Isipadu Cecair terhadap 23 orang murid-murid Tahun 5 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lit Terk, Johor. Selepas menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas, saya dapat mengesan kekuatan dan kelemahan saya sendiri mahupun bahan bantu mengajar yang digunakan. Salah satu kekuatan yang saya dapat mengesan adalah bahawa penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti Powerpoint dan bahan maujud dapat membantu murid untuk meningkatkan tahap pemahaman mereka terhadap tajuk tersebut dan memudahkan mereka ingat tajuk tersebut. Dalam generasi Y ini, mereka lebih berminat untuk belajar melalui bahan teknologi berbanding dengan buku. Sebagai contoh dalam tajuk Isipadu cecair Tahun 5, saya membuat satu Powerpoint sebagai salah satu BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam Powerpoint, saya bukan sahaja memasukkan tulisan dan istilah sahaja, malah saya juga memasukkan gambar-gambar yang dapat menarik perhatian murid serta berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Dengan itu, murid baru dapat mengesan bahawa isipadu cecair sentiasa berada di sekeliling mereka. Selain itu, saya juga menggunakan silinder penyukat dan bikar sebagai BBM bahan maujud untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya. Dalam PdP, murid akan menggunakan silinder penyukat dan bikar untuk menjalankan aktiviti menyukat dan merekod isipadu cecair. Ini dapat membantu mereka menguasai cara menyukat isipadu cecair dengan betul.
  • 17. 17 Bagi kekuatan yang keduanya ialah mengenai kaedah pendekatan yang kami gunakan, iaitu kaedah penyoalan, kaedah pembelajaran melalui permainan dan kaedah koperatif. Dalam kaedah penyoalan, saya akan menanya mereka soalan yang berkaitan dengan isipadu cecair. Kaedah penyoalan akan saya guna sepanjang proses PdP. Sebagai contoh dalam set induksi, saya akan menanya mereka mengenai tempat yang mereka biasa pergi untuk membeli-belah dan seterusnya menanya mereka mengenai sama ada mereka ada membeli minuman di tempat beli-belah. Dengan kaedah ini, murid-murid akan menggunakan jawapan yang mereka tahu untuk menjawab soalan yang saya tanya. Hal ini demikian kerana soalan yang saya tanya adalah berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Dengan menggunakan kaedah penyoalan ini, ia dapat melibatkan lebih banyak murid dalam PdP dan seterusnya merangsang pemikiran dan aktiviti mental murid-murid. Bagi kaedah pembelajaran melalui permainan pula, ia merupakan satu teknik PdP yang berkesan kepada murid-murid. Kaedah pembelajaran melalui permainan dapat menghasilkan keseronokkan kepada murid-murid dalam pengajaran yang hendak disampaikan kepada mereka. Sebagai contoh kaedah pembelajaran melalui permainan dalam PdP, saya akan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan seterusnya menanya mereka soalan untuk menjawab. bagi kumpulan yang dapat bilangan yang betul banyak akan jadi pemenang dalam permainan tersebut. Kaedah koperatif pula dapat melibatkan semua murid bekerjasama untuk belajar dalam PdP. Dengan kaedah ini, murid-murid dapat bekerjasama antara satu sama lain untuk mencari idea, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan. Saya menggunakan kaedah kolabratif supaya murid-murid dapat memupuk nilai-nilai moral seperti bekerjasama samasa dalam aktiviti kumpulan. Contohnya semasa dalam aktiviti kumpulan, mereka dikehendaki menyukat isipadu cecair dalam unit yang berbeza, semua ahli kumpulan akan bekerja sama untuk menyelesaikan masalah tersebut. Semasa menjalankan PdP, saya berpendapat bahawa saya mempunyai keyakinan diri yang amat memuaskan. Dengan adanya keyakinan diri, saya dapat melaksanakan PdP dengan lancar. Pada pandangan saya, keyakinan diri amat penting kerana murid hanya akan menghormati dan mencontohi tindakan gurunya apabila
  • 18. 18 gurunya sentiasa berkeyakinan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan PdP ialah bahan bantu mengajar yang kurang. Semasa mengajar tajuk Isipadu cecair, saya perlu menggunakan silinder penyukat dan bikar yang bersaiz besar seperti yang boleh menakung air sebanyak 3 liter, akan tetapi silinder penyukat dan bikar yang terdapat di dalam sekolah hanya mempunyai yang boleh takung air maksimum 100ml sahaja. Hal ini menyebabkan murid lebih sukar untuk melihat dengan jelas perbandingan antara isipadu air yang dijalankan. Selain itu, masalah mengenai ketepatan mengikut masa yang ditetapkan untuk melaksanakan PdP juga merupakan salah satu kelemahan. Ketepatan masa sangat penting untuk memastikan objektif tercapai dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Disebabkan kelas yang saya ajar mempunyai segelintir murid yang lambat dalam memahami sesuatu isi pelajaran, saya terpaksa mencari masa untuk mengajar mereka dan ini akan menangguhkan masa saya untuk mengajar tajuk tersebut. Setiap kelemahan mesti mempunyai cara penambahbaikannya. Bagi kelemahan mengenai bahan bantu mengajar yang berkurangan, saya akan meminta pihak sekolah untuk membelikan BBM yang dapat membantu guru dalam PdP. Bagi ketepatan mengikut masa yang ditetapkan untuk melaksanakan PdP pula, saya akan memantau murid dengan baik dan mencari waktu yang sesuai untuk mengajar murid yang lemah dari segi pemahaman supaya mereka juga dapat memahami tajuk tersebut. Secara kesimpulannya, saya dapat mempelajari banyak pengetahuan serta kaedah yang boleh digunakan semasa dalam PdP melalui tugasan ini. Selain itu, saya juga dapat memahami bahawa tugasan ini dapat membantu saya menyediakan satu rancangan pengajaran harian dan bahan bantu pengajaran yang dapat membantu murid dari segi pemahaman. Tambahan lagi, ini dapat memberi keyakinan kepada saya bahawa saya dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan sebelumnya. Sekian, terima kasih.
  • 20. 20 Lampiran Lembaran Kerja (Aktiviti Langkah 2) silinder A bikar B bikar C Isipadu (mℓ /ℓ)
  • 21. 21 Lembaran Kerja (Penilaian) A. Tuliskan isipadu cecair. B. Bandingkan isipadu cecair. 1. Berapa kalikah isipadu cecair dalam bikar A lebih daripada isipadu cecair dalam bikar B? bikar A bikar B Berapa kalikah isipadu cecair dalam bikar B lebih daripada isipadu cecair dalam bikar A?
  • 22. 22 Lampiran Gambar Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sila rujuk CD yang disertakan.
  • 23. 23