Cerita ini menceritakan tentang kisah Nabi Ayyub yang diuji oleh Allah dengan berbagai cobaan seperti kehilangan harta, keluarga, dan penyakit. Walaupun begitu, Nabi Ayyub tetap bersabar dan berserah diri kepada Allah. Cerita ini mengajarkan bahwa kita harus beriman kepada Allah dengan tulus dan bersabar menghadapi cobaan, karena Allah selalu bersama kita.
1. Yang mulia tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Assalamualaikumdan selamat sejahtera.
Berjalan-jalan ke Tanjung Jara,
Bermain pasir bersama rakan,
Kisah Nabi Ayub pilihan cerita,
Mari bersama kita dengarkan. (pantun)
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Tersebutlah kisah suatu cerita,
Kisah Nabi Ayyub diuji Ilahi,
Sifatnya alim, beriman dan bertakwa
Digoda iblis yang iri hati… (Syair)
Rakan-rakan sekalian,
Salah seorang malaikat telah berkata; “Aku tidak pernah melihat seorang manusia yang
hidup di atas bumi Allah yang lebih baik dari hamba Allah Ayyub. Dia adalah seorang
mukmin sejati dan ahli ibadah yang tekun. Walaupun mempunyai harta yang banyak,
namun sebahagiannya digunakan untuk menolong orang fakir miskin. Hari-harinya terisi
penuh dengan ibadah, sujud kepada Allah dan bersyukur atas segala nikmat yang yang ada”.
Para malaikat mengakui kebenaran itu bahkan menyebut lagi beberapa sifat dan tabiat yang
lain yang ada pada diri Nabi Ayyub.
Hadirin sekalian,
Percakapan para malaikat yang memuji-muji Nabi Ayyub itu didengar oleh Iblis laknatullah
yang sedang berada tidak jauh dari tempat mereka berkumpul. Mereka merasa panas hati
dan jengkel mendengar kata-kata pujian para malaikat. Mereka tidak rela melihat seorang
dari anak cucu anak Nabi Adam menjadi seorang mukmin yang baik, ahli ibadah yang tekun
dan melakukan amal soleh.
Maka pergilah Iblis mendatangi Nabi Ayyub untuk melihat sejauh mana kebenaran pujian
para malaikat itu. Ternyata memang benar Nabi Ayyub patut mendapat segala pujian itu.
Siang dan malam sentiasa berada di mihrabnya untuk melakukan solat, berzikir, bertasbih
dan bertahmid. Iblis pun menggoda Nabi Ayyub supaya asyik kepada dunia namun usahanya
gagal. Telinga Ayyub pekak terhadap segala bisikannya dan hatinya sudah penuh dengan
2. iman dan takwa. Cinta dan taatnya kepada Allah merupakan benteng daripada serangan
godaan Iblis laknatullah.
Hadirin yang dikasihi,
Akan tetapi Iblis laknatullah masih tidak berputus asa lalu menghadap Allahuntuk
menghasut. Ia berkata : “Wahai Tuhan, sesungguhnya Ayyub yang menyembah, bertasbih
dan bertahmid menyebut nama-Mu, tidak berbuat demikian seikhlas dan setulus hatinya
kerana cinta dan taat pada-Mu. Ia melakukan semua itu kerana takut akan kehilangan
semua kenikmatan duniawi yang telah Engkau kurniakan kepadanya”.
Lalu Allah berfirman : “Sesungguhnya Ayyub adalah seorang hamba-Ku yang sangat taat
kepada-Ku, ia seorang mukmin sejati, apa yang ia lakukan untuk mendekati dirinya kepada-
Ku adalah semata-mata didorong oleh iman yang teguh dan taat yang bulat kepada-Ku.
Seterusnya Allah mencabar iblis supaya menggoda Nabi Ayyub yang terkenal sebagai
seorang yang beriman dan bertakwa.
Hadirin sekalian,
Setelah itu, iblis pun mengumpulkan syaitan-syaitan, pembantunya dan bersepakat untuk
merosakkan aqidah dan iman Nabi Ayyub. Caranya ialah dengan memusnahkan harta
kekayaannya sehingga ia menjadi seorang yang miskin, mencerai-beraikan keluarganya
sehingga ia menjadi sebatang kara. Nabi Ayyub juga diuji dengan penyakit kulit yang teruk
dan bermacam-macam penyakit yang lain sehingga baginda menjadi sangat kurus. Isteri
yang dikasihinya juga meninggalkannya lantaran termakan pujukan syaitan durjana.
Maka tinggallah Nabi Ayyub sendirian dalam kesakitan namun baginda tetap tabah dan
sabar kerana yakin dan beriman bahawa Allah sentiasa bersamanya.
Rakan-rakan sekalian,
Nabi Ayyub dipilih sebagai nabi dan teladan yang baik bagi hamba-hamba-Nya sehingga
dikenali sebagai simbol kesabaran. Pengajaran dari cerita ini ialah : Pertama : Kita hendaklah
beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Kedua : Kita hendaklah sabar dalam
menghadapi apa jua dugaan dan cabaran. Allah sentiasa bersama kita.
Sekian saja cerita saya..Sekian, terima kasih