Murid mengalami kesukaran dalam mengenal pasti, melabel, dan mengaplikasi operasi vektor. Kajian mengenal pasti kesilapan murid dan mencadangkan aktiviti untuk menyelesaikan masalah tersebut seperti mencari persamaan, membuat perkaitan, membandingkan, dan menyemak jawapan. Hasil ujian pos menunjukkan peningkatan prestasi murid berbanding ujian pra.