SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan
Pendidikan 2015, UPSI
!
PENGARUH WEB 2.0 DALAM GAYA PEMBELAJARAN GRASHA-
REICHMANN BAGI MURID TINGKATAN SATU DI SEBUAH SEKOLAH
LUAR BANDAR DAERAH HULU LANGAT
!
Naquiah Binti Safian@Sofian
SMK ENGKU HUSAIN
naqueen_04@yahoo.com
!
Teknologi web 2.0 merupakan trend teknologi yang menggunakan platform web untuk
berkomunikasi secara dinamik dalam kehidupan seharian. Contoh aplikasi Web 2.0
termasuk blog, wiki, podcast, mesej segera, rangkaian sosial dunia maya, suapan RSS
dan bookmark sosial dan juga laman web seperti YouTube (Hazari, S., North, A., &
Moreland, D., 2010). Integrasi teknologi web 2.0 mengikut gaya pembelajaran murid
adalah satu tinjauan untuk mengenal pasti pendekatan guru berasaskan teknologi web
2.0 dalam pengajaran. Gaya belajar Grasha-Riechmann adalah berdasarkan model
interaksi sosial dan ia berfokus kepada enam bahagian iaitu gaya pembelajaran
kolaboratif, pergantungan, penghindaran, persaingan, penyertaan dan berdikari. Seramai
60 orang responden murid tingkatan satu terpilih di sebuah sekolah harian luar bandar
bagi Daerah Hulu Langat. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik 5 skala likert
dan statistik deskriptif yang terlibat iaitu peratusan dan skor min serta statistik inferensi
seperti korelasi Pearson-r digunakan dalam kajian ini.
!
Kata kunci: Web 2.0, Gaya pembelajaran Grasha-Reichmann, Murid tingkatan satu,
Kategori Pembelajaran dalam web 2.0 dan sekolah luar bandar Daerah Hulu Langat
!
!
1.0 Pengenalan
Web 2.0 menunjukkan perkembangan dalam penggunaan aplikasi dan reka
bentuk World Wide Web (www) (Shuaibu Hassan Usman and Ishaq Oyebisi
Oyefolahan, Abu bakar Tafawa Balewa, 2014). Penggunaan platform web merupakan
satu cara web 2.0 mengembangkan aplikasinya. Ini bermula apabila rekabentuk www
telah diperkenalkan oleh Tim Burners Lee pada lewat 1989 (Brian, 2007 & Maged, N.
Kamel Boulos & Steve, Wheeler, 2007) untuk teks dan hiperlink. Versi Web 1.0
menfokuskan kepada enjin pencarian seperti Internet Explorer namun pada tahun 2000,
SPKK2015 !1
Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan
Pendidikan 2015, UPSI
kajian mendapati hubungan interaksi sosial merupakan satu keutamaan kepada
pengguna.Terdapat beberapa pandangan web 2.0 dalam penyelidikan dunia:-
Web 2.0 adalah " tertumpu kepada keupayaan untuk orang ramai berkolaborasi
dan berkongsi maklumat dalam talian .... berdasarkan perkhidmatan aplikasi web untuk
pengguna ... termasuk komunikasi terbuka ... dengan penekanan kepada masyarakat
berasaskan web dari pengguna dan lebih terbuka kepada perkongsian maklumat
“ (2010) , (Lee Barnet, Elaine Collis, Jenny Narborough, Frank Parry, Chris Peel,
Charles Shields, Ruth Srubbings Graham Walton, May 2010)
Istilah web 2.0 juga menekankan kolaborasi dan perkongsian maklumat. Ini adalah satu
peluang untuk murid menggunakan medium internet dalam pembelajaran. Di Institusi
pendidikan terutamanya telah menyediakan prasarana atas talian bagi kegunaan
perkongsian ilmu pengetahuan. Sekolah juga turut serta dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan web untuk menuju ke arah abad ke-21. Dengan adanya
prasarana begini maka gaya pembelajaran murid juga turut berubah.
Gaya belajar adalah suatu cara dalam menerima, mengolah, mengingat dan
menerapkan informasi dengan mudah (Widayanti, F. D., 2010). Dengan mengetahui
gaya belajar pelajar, guru dapat membantu pelajar belajar sesuai dengan gaya belajar
yang dimiliki pelajar sehingga prestasi belajar pelajar dapat berkembang dengan baik
melalui pembelajaran yang sesuai dengan gaya belajarnya. Istilah gaya pembelajaran
boleh digambarkan sebagai satu set faktor, tingkah laku dan sikap yang memudahkan
pembelajaran individu bagi situasi tertentu. Ia merupakan kebolehan pelajar yang boleh
dikenalpasti bagi pemprosesan maklumat dalam situasi pembelajaran (Rajshree S.
Vaishnav, 2013). Gaya belajar Grasha-Riechmann adalah berdasarkan model interaksi
sosial. Ia memberi tumpuan kepada pelajar-guru, pelajar-pelajar, dan interaksi pelajar-
kandungan. Model Grasha-Reichman terbahagi kepada enam gaya pembelajaran murid
iaitu berdikari, pergantungan, persaingan, penghindaran, kolaborasi dan penyertaan.
Oleh kerana pengaruh web 2.0 ini menfokuskan kepada rangkaian sosial maka
gaya pembelajaran Grasha-Riechmann terpilih kerana model ini juga menfokuskan
kepada interaksi sosial. Ciri-ciri gaya pembelajaran interaksi sosial murid perlu sesuai
dengan ciri-ciri aplikasi web 2.0 supaya kolaborasi pembelajaran berlaku dalam sistem
pendidikan. Dengan adanya kajian sebegini maka sistem pendidikan Malaysia telah
bersedia untuk mencungkil pengetahuan murid dalam pendekatan yang berkelompok
mengikut gaya pembelajaran masing-masing dan bukan pengasingan kumpulan
mengikut pencapaian semata-mata sahaja.
!
1.1 Objektif kajian
!
Kajian yang akan dijalankan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:
SPKK2015 !2
Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan
Pendidikan 2015, UPSI
a) mengenal pasti tahap penggunaan bagi kategori pembelajaran dalam web 2.0 di
kalangan murid tingkatan satu mengikut gaya pembelajaran Grasha-Riechmann
!
b) mengkaji hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran Grasha-Riechmann
dengan tahap penggunaan bagi kategori pembelajaran dalam web 2.0
!
!
1.2 Persoalan Kajian
!
Berdasarkan perkara yang timbul daripada pernyataan masalah dan objektif kajian,
maka kajian ini akan cuba menjawab soalan-soalan berikut:
!
a) Apakah tahap penggunaan bagi kategori pembelajaran dalam web 2.0 di kalangan
murid tingkatan satu mengikut gaya pembelajaran Grasha-Riechmann?
!
b) Sejauh manakah hubungan antara gaya pembelajaran Grasha-Riechmann dengan
tahap penggunaan bagi kategori pembelajaran dalam web 2.0?
!
!
1.3 Metodologi
!
!
Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif yang dilaksanakan
secara tinjauan di sebuah sekolah harian. Hasil kajian dilaporkan secara deskriptif dan
inferensi melalui soal selidik.
!
Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik gaya pembelajaran Grasha-
Riechmann oleh Riechmann, S.W. & Grasha, A.F. (1974) dan soal selidik oleh
Athanassios Jimoyiannis, Panagiotis Tsiotakis, Dimitrios Roussinos, and Anastasia
Siorenta (2013) kategori pembelajaran dalam web 2.0 yang disesuaikan mengikut
kajian. Penyelidik telah menjalankan kajian rintis dan dapatan kajian tersebut
menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi dalam kedua-dua soal selidik tersebut.
Jadual 1 menunjukkan Analisis kebolehpercayaan yang dilakukan terhadap semua
pemboleh ubah dan didapati kedua-dua soal selidik ini mempunyai nilai
kebolehpercayaan (Alpha) dalam lingkungan 0.83-0.86. Ia menunjukkan keboleh
percayaan instrumen dalam alpha cronbach bagi soal selidik gaya pembelajaran Grasha-
Riechmann dan soal selidik tahap penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran.
!
JADUAL 1 : KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN DALAM ALPHA CRONBACH
!
SOAL SELIDIK NILAI KEBOLEHPERCAYAAN
Grasha-Riechmann 0.8570
Tahap Penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran 0.8355
SPKK2015 !3
Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan
Pendidikan 2015, UPSI
Sebanyak 60 soalan gaya pembelajaran Grasha-Riechmann dan 18 soalan
kategori pembelajaran dalam web 2.0. Semua pembolehubah mengunakan 5 Skala
Likert (Sangat Tidak Setuju – Sangan Setuju). Data – data yang diperoleh dianalisa
menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Sciences).
Jadual 2 dan Jadual 3 merupakan instrumen kajian bagi gaya pembelajaran Grasha-
Riechmann dan kategori penggunaan web 2.0 murid tingkatan satu dalam
pembelajaran.
!
JADUAL 2 : SOAL SELIDIK GAYA PEMBELAJARAN GRASHA-RIECHMANN
!
JADUAL 3 : SOAL SELIDIK KATEGORI PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM
PEMBELAJARAN
!
Persoalan kajian bagi soal selidik mengikut tahap penggunaan web 2.0 dalam
pembelajaran berdasarkan kepada julat interpretasi skor min pada Jadual 4.
!
JADUAL 4 : SOAL SELIDIK TAHAP SKOR MIN
GAYA PEMBELAJARAN BIL
Berdikari 10
Penghindaran 10
Kolaborasi 10
Pergantungan 10
Persaingan 10
Penyertaan 10
Jumlah 60
GAYA PEMBELAJARAN BIL
Perkongsian Ilmu 3
Kolaborasi dan Interaksi 3
Aktiviti berpusatkan pelajar 2
Deria Keterhubungan dalam web 2.0 5
Deria Pembelajaran dalam web 2.0 5
Jumlah 18
SKOR MIN TAHAP
1.00 - 2.33 RENDAH
SPKK2015 !4
Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan
Pendidikan 2015, UPSI
Rujukan JSP
!
1.3.1 Tempat Kajian
!!
Kajian dijalankan di sebuah sekolah menengah harian bagi kategori sekolah luar
bandar di Daerah Hulu Langat, Selangor. Sekolah ini terpilih kerana lokasi sekolah
yang terletak dengan persekitaran di antara bandar dan luar bandar serta merupakan
satu-satunya sekolah menengah di pekan Semenyih, Selangor.
!
!
1.3.2 Sampel Kajian
!
Sebanyak 60 orang murid tingkatan satu dipilih bukan secara rawak di sebuah
sekolah yang terdiri daripada murid melayu lelaki dan murid melayu perempuan sahaja.
Kajian sampel melibatkan pelajar tingkatan satu bagi dua kelas teratas sahaja iaitu kelas
aliran agama (KAA) dan kelas aliran rancangan khas (KRK).
!
!
1.3.3 Analisis data
!
Analisis deskriptif digunakan untuk mengenal pasti tahap penggunaan bagi
kategori pembelajaran dalam web 2.0 di kalangan murid tingkatan satu mengikut gaya
pembelajaran Grasha-Riechmann dengan menganalisis perbandingan peratus dan skor
min tahap penggunaan kategori pembelajaran web 2.0 mengikut kumpulan gaya
pembelajaran Grasha-Riechmann. Analisis inferensi digunakan untuk mengkaji
hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran Grasha-Riechmann dengan tahap
penggunaan bagi kategori pembelajaran dalam web 2.0 dengan menganalisis hubungan
korelasi Pearson tahap penggunaan kategori pembelajaran web 2.0 mengikut kumpulan
gaya pembelajaran Grasha-Riechmann murid.
!
!
1.4 Dapatan Kajian
!
1.4.1 Dapatan Deskriptif pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar
!
Jadual 5 hingga Jadual 9 di bawah menunjukkan peratus dan skor min yang diperolehi
oleh murid tingkatan satu dalam kategori pembelajaran dalam web 2.0 mengikut gaya
pembelajaran Grasha-Riechmann.
!
2.34 - 3.67 SEDERHANA
3.68 - 5.00 TINGGI
SPKK2015 !5
Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan
Pendidikan 2015, UPSI
Dapatan kajian bagi Jadual 5 menunjukkan penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran
iaitu sebanyak 29.29% bagi deria pembelajaran dalam web 2.0, 28.03% bagi deria
keterhubungan dalam web 2.0, 16.74% bagi kategori perkongsian ilmu,16.32% bagi
kolaborasi dan interaksi dan 9.62% bagi aktiviti berpusatkan murid. Skor min gaya
pembelajaran berdikari menunjukkan tahap penggunaan web 2.0 yang sederhana dalam
semua kategori pembelajaran.
JADUAL 5 : KATEGORI PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM PEMBELAJARAN
MENGIKUT GAYA PEMBELAJARAN BERDIKARI
!
JADUAL 6 : KATEGORI PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM
PEMBELAJARAN MENGIKUT GAYA PEMBELAJARAN KOLABORATIF
!
Dapatan kajian bagi Jadual 6 menunjukkan penggunaan web 2.0 dalam
pembelajaran iaitu sebanyak 27.56% bagi deria pembelajaran dalam web 2.0, 27.32%
bagi deria keterhubungan dalam web 2.0, 17.56% bagi kategori perkongsian ilmu,
16.83% bagi kolaborasi dan interaksi dan 10.73% bagi aktiviti berpusatkan murid. Skor
min gaya pembelajaran kolaboratif menunjukkan tahap penggunaan web 2.0 yang
tinggi dalam semua kategori pembelajaran.
!
Kategori pembelajaran dalam web 2.0 mengikut gaya pembelajaran
BERDIKARI
Kategori % MIN SKOR MIN
Perkongsian ilmu 16.74 3.33 Sederhana
Kolaborasi dan interaksi 16.32 3.25 Sederhana
Aktiviti berpusatkan murid 9.62 2.86 Sederhana
Deria Keterhubungan dalam web 2.0 28.03 3.35 Sederhana
Deria Pembelajaran dalam web 2.0 29.29 3.5 Sederhana
Kategori pembelajaran dalam web 2.0 mengikut gaya pembelajaran
KOLABORATIF
Kategori % MIN SKOR MIN
Perkongsian ilmu 17.56 4.17 Tinggi
Kolaborasi dan interaksi 16.83 4.00 Tinggi
Aktiviti berpusatkan murid 10.73 3.83 Tinggi
Deria Keterhubungan dalam web 2.0 27.32 3.90 Tinggi
Deria Pembelajaran dalam web 2.0 27.56 3.93 Tinggi
SPKK2015 !6
Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan
Pendidikan 2015, UPSI
Dapatan kajian bagi Jadual 7 menunjukkan penggunaan web 2.0 dalam
pembelajaran iaitu sebanyak 27.61% bagi deria pembelajaran dalam web 2.0, 27.22%
bagi deria keterhubungan dalam web 2.0, 17.30% bagi kategori perkongsian ilmu,
17.11% bagi kolaborasi dan interaksi dan 10.76% bagi aktiviti berpusatkan murid. Skor
min gaya pembelajaran pergantungan menunjukkan tahap penggunaan web 2.0 yang
tinggi dalam semua kategori pembelajaran.
!
JADUAL 7 : KATEGORI PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM PEMBELAJARAN
MENGIKUT GAYA PEMBELAJARAN PERGANTUNGAN
!
JADUAL 8 : KATEGORI PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM PEMBELAJARAN
MENGIKUT GAYA PEMBELAJARAN PERSAINGAN
!
Dapatan kajian bagi Jadual 8 menunjukkan penggunaan web 2.0 dalam
pembelajaran iaitu sebanyak 28.34% bagi deria keterhubungan dalam web 2.0, 26.32%
bagi deria pembelajaran dalam web 2.0, 18.62% bagi kategori perkongsian ilmu,
16.19% bagi kolaborasi dan interaksi dan 10.53% bagi aktiviti berpusatkan murid. Skor
min gaya pembelajaran persaingan menunjukkan tahap penggunaan web 2.0 yang tinggi
dalam kategori perkongsian ilmu manakala tahap penggunaan web 2.0 yang sederhana
dalam empat kategori yang lain.
!
Kategori pembelajaran dalam web 2.0 mengikut gaya pembelajaran
PERGANTUNGAN
Kategori % MIN SKOR MIN
Perkongsian ilmu 17.30 4.05 Tinggi
Kolaborasi dan interaksi 17.11 4.00 Tinggi
Aktiviti berpusatkan murid 10.76 3.77 Tinggi
Deria Keterhubungan dalam web 2.0 27.22 3.81 Tinggi
Deria Pembelajaran dalam web 2.0 27.61 3.87 Tinggi
Kategori pembelajaran dalam web 2.0 mengikut gaya pembelajaran
PERSAINGAN
Kategori % MIN SKOR MIN
Perkongsian ilmu 18.62 3.83 Tinggi
Kolaborasi dan interaksi 16.19 3.33 Sederhana
Aktiviti berpusatkan murid 10.53 3.25 Sederhana
Deria Keterhubungan dalam web 2.0 28.34 3.50 Sederhana
Deria Pembelajaran dalam web 2.0 26.32 3.25 Sederhana
SPKK2015 !7
Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan
Pendidikan 2015, UPSI
Dapatan kajian bagi Jadual 9 menunjukkan penggunaan web 2.0 dalam
pembelajaran iaitu sebanyak 27.57% bagi deria pembelajaran dalam web 2.0, 27.38%
bagi deria keterhubungan dalam web 2.0, 17.67% bagi kategori perkongsian ilmu,
16.50% bagi kolaborasi dan interaksi dan 10.87% bagi aktiviti berpusatkan murid. Skor
min gaya pembelajaran penyertaan menunjukkan tahap penggunaan web 2.0 yang
tinggi dalam semua kategori pembelajaran.
!
!
JADUAL 9 : KATEGORI PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM PEMBELAJARAN
MENGIKUT GAYA PEMBELAJARAN PENYERTAAN
Setiap gaya pembelajaran mendapat peratus yang tinggi bagi kategori deria
pembelajaran web 2.0 kecuali gaya pembelajaran persaingan mendapat peratus yang
tinggi dalam kategori deria keterhubungan dalam web 2.0. Jadual 10 menunjukkan
item-item yang terkandung bagi kategori pembelajaran dalam web 2.0 untuk Deria
Keterhubungan dalam web 2.0.
!
JADUAL 10 : KATEGORI DERIA KETERHUBUNGAN WEB 2.0 DALAM
PEMBELAJARAN
Kategori pembelajaran dalam web 2.0 mengikut gaya pembelajaran
PENYERTAAN
Kategori % MIN SKOR MIN
Perkongsian ilmu 17.67 4.33 Tinggi
Kolaborasi dan interaksi 16.50 4.05 Tinggi
Aktiviti berpusatkan murid 10.87 4.00 Tinggi
Deria Keterhubungan dalam web 2.0 27.38 4.03 Tinggi
Deria Pembelajaran dalam web 2.0 27.57 4.06 Tinggi
SPKK2015 !8
Deria Keterhubungan dalam web 2.0 % MIN SKOR MIN
Saya dan rakan-rakan saling bantu membantu antara
satu sama lain
5.69 3.97 Tinggi
Pembelajaran berlaku dalam satu kumpulan 5.64 3.93 Tinggi
Saya berasa selesa sewaktu aktiviti berkumpulan 5.19 3.62 Sederhana
Saya dan rakan-rakan saling bergantung antara satu
sama lain
5.28 3.68 Tinggi
Rakan-rakan sering memberi sokongan kepada saya 5.59 3.90 Tinggi
Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan
Pendidikan 2015, UPSI
Peratus bagi kategori deria keterhubungan dalam web 2.0 ialah item saya dan
rakan-rakan saling bantu-membantu antara satu sama lain (5.69%), item pembelajaran
berlaku dalam satu kumpulan (5.64%), item rakan-rakan sering memberi sokongan
kepada saya (5.59%), item saya dan saya dan rakan-rakan saling bergantung antara
satu sama lain (5.28%) dan item saya berasa selesa sewaktu aktiviti berkumpulan
(5.19%). Manakala skor min yang tinggi bagi item saya dan rakan-rakan saling bantu-
membantu antara satu sama lain, item pembelajaran berlaku dalam satu kumpulan,
item saya dan rakan-rakan saling bergantung antara satu sama lain dan item rakan-
rakan sering memberi sokongan kepada saya. Skor min yang tinggi item saya berasa
selesa sewaktu aktiviti berkumpulan.
!
JADUAL 11 : KATEGORI DERIA PEMBELAJARAN WEB 2.0 DALAM
PEMBELAJARAN
Peratus bagi kategori deria pembelajaran dalam web 2.0 ialah item saya diberi
peluang untuk belajar (6.07%), item rakan-rakan sering memberi bantuan kepada saya
(5.59%), item web 2.0 menarik minat saya untuk belajar (5.50%), item web 2.0
membantu saya dalam pembelajaran (5.26%) dan item saya sering menyoal rakan-
rakan saya (5.19%). Manakala skor min yang tinggi bagi item rakan-rakan sering
memberi bantuan kepada saya, item saya diberi peluang untuk belajar dan item web
2.0 menarik minat saya untuk belajar.
!
!
1.4.2 Dapatan Inferensi korelasi Pearson
!
Jadual 12 menunjukkan hubungan korelasi Pearson gaya pembelajaran Grasha-
Riechmann bagi tahap penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa murid tingkatan satu tidak mempunyai gaya
pembelajaran penghindaran. Oleh itu, hanya lima gaya pembelajaran sahaja yang
terlibat dan analisa menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif pada lima
gaya pembelajaran bagi tahap penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran. Gaya
pembelajaran berdikari mempunyai hubungan yang positif tetapi sederhana dengan
gaya pembelajaran kolaboratif, pergantungan, persaingan dan penyertaan di mana nilai
korelasinya ialah .5556, .7261, .5721 dan .6291. Ini menunjukkan terdapat hubungan
SPKK2015 !9
Deria Pembelajaran dalam web 2.0 % MIN SKOR MIN
Saya sering menyoal rakan-rakan saya 5.19 3.62 Sederhana
Rakan-rakan sering memberi bantuan kepada saya 5.59 3.90 Tinggi
Web 2.0 membantu saya dalam pembelajaran 5.26 3.67 Sederhana
Saya diberi peluang untuk belajar 6.07 4.23 Tinggi
Web 2.0 menarik minat saya untuk belajar 5.50 3.83 Tinggi
Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan
Pendidikan 2015, UPSI
yang signifikan (p<.05) antara gaya pembelajaran berdikari dengan gaya pembelajaran
kolaboratif, pergantungan, persaingan dan penyertaan. Gaya pembelajaran kolaboratif
pula mempunyai hubungan positif yang tinggi dengan gaya pembelajaran pergantungan
dan penyertaan tetapi lemah dengan gaya pembelajaran persaingan di mana nilai
korelasinya ialah .8649, .4059 dan .7980. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan (p<.05) antara gaya pembelajaran pergantungan dan penyertaan tetapi
hubungan yang signifikan (p<.10) dengan gaya pembelajaran persaingan. Gaya
pembelajaran pergantungan mempunyai hubungan positif yang tinggi dengan gaya
pembelajaran penyertaan tetapi sederhana dengan gaya pembelajaran persaingan di
mana nilai korelasinya ialah .6651 dan .7791. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan (p<.05) antara gaya pembelajaran pergantungan dengan gaya pembelajaran
penyertaan dan persaingan. Gaya pembelajaran persaingan mempunyai hubungan
positif yang lemah dengan gaya pembelajaran penyertaan di mana nilai korelasinya
ialah .4975. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (p<.05) antara gaya
pembelajaran penyertaan dengan gaya pembelajaran persaingan.
!
JADUAL 12 : HUBUNGAN KORELASI ANTARA GAYA PEMBELAJARAN BAGI
TAHAP PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM PEMBELAJARAN
**sig. pada p<.05 (2 hala)
*sig. pada p<.10 (2 hala)
!
!
1.5 Perbincangan
!
!
Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran kolaboratif,
pergantungan dan penyertaan adalah gaya pembelajaran dominan bagi murid-murid
tingkatan satu di mana ketiga-tiga gaya pembelajaran tersebut berada pada tahap
penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran yang tinggi disamping hubungan korelasi
positif yang tinggi antara ketiga-tiga gaya pembelajaran. Namun begitu gaya
GAYA !
PEMBELAJARAN
Berdikari Kolaboratif Pergantungan Persaingan Penyertaan
Berdikari !-
r = 0.5556!
p = 0.017**!
sederhana
r = 0.7261!
p = 0.000**!
sederhana
r = 0.5721!
p = 0.013**!
sederhana
r = 0.6291!
p = 0.005**!
sederhana
Kolaboratif !-
r = 0.8649!
p = 0.000**!
tinggi
r = 0.4059!
p = 0.095*!
lemah
r = 0.7980!
p = 0.000**!
tinggi
Pergantungan !-
r = 0.6651!
p = 0.003**!
sederhana
r = 0.7791!
p = 0.000**!
tinggi
Persaingan !-
r = 0.4975!
p = 0.036**!
lemah
Penyertaan !-
SPKK2015 !10
Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan
Pendidikan 2015, UPSI
pembelajaran berdikari dan persaingan menunjukkan tahap sederhana dalam
penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran. Ciri-ciri gaya pembelajaran kolaboratif,
penyertaan dan pergantungan yang tinggi ialah murid suka melakukan perbincangan di
dalam kelas serta guru pula bertindak sebagai fasilitator dalam arahan pembelajaran.
Bagi ciri-ciri gaya pembelajaran sederhana pula ialah murid suka menjadi ketua
kumpulan serta suka bekerja dan berfikir secara individu. Merujuk kepada kajian
Rossafri Mohamad & Shabariah Binti Mohamad Shariff (2011) bagi mata pelajaran
sejarah juga menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran secara perbincangan
dengan menggunakan aplikasi laman sosial 2.0 berjaya meningkatkan teknik dan gaya
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Dapatan juga menunjukkan
bahawa responden bersetuju kaedah pengajaran dan pembelajaran secara perbincangan
dalam mata pelajaran Sejarah dengan mengaplikasikan penggunaan laman sosial web
2.0 mampu meningkatkan motivasi, gaya pembelajaran, kefahaman dan mengatasi
masalah/kekangan yang dihadapi pelajar. Gaya pembelajaran ini meliputi cara
pembelajaran secara kumpulan (kolaboratif), interaksi dua hala dan pembelajaran
kendiri yang akhirnya memperoleh pembelajaran yang berkesan.
Dapatan kajian bagi mata pelajaran bahasa melayu mendapati penggunaan
teknologi Web 2.0 mampu meningkatkan potensi pelajar untuk belajar dan menguasai
sesuatu topik dengan mudah (Analisa Hamdana, Rosseni Dina, Siti Zuraida Abdul
Manafa, Nor Syazwani Mat Salleha, Intan Farahana Kamsina, Mohamad Ismail, Ahmad
Syukri Mohamad Zaid, (2015). Ini disokong oleh dapatan apabila peningkatan interaksi
pelajar introvert dalam perbincangan dalam talian telah dikenal pasti. Berdasarkan
dapatan temu bual yang diperoleh daripada responden, pelajar yang pemalu atau
introvert mempunyai semangat untuk berkongsi idea dan berkomunikasi dengan
pelajar-pelajar lain terutama sekali dalam aplikasi berteraskan teknologi. Dapatan ini
disokong dengan kajian Melor et al. (2012), pelajar pemalu dan introvert akan
berinteraksi secara aktif melalui teknologi Web 2.0 sekali gus menunjukkan bahawa
pembelajaran aktif telah berlaku.
!
1.6 Kesimpulan
!
!
Dapatan kajian menunjukkan bahawa 100% murid tingkatan satu berada di tahap
sederhana dan tahap tinggi dalam penggunaan web 2.0. Ini jelas memberi gambaran
umum bahawa web 2.0 sesuai diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran guru
di dalam kerana ia dapat meningkatkan prestasi murid terutamanya murid yang
mempunyai gaya pembelajaran kolaboratif, pergantungan dan penyertaan. Maka murid
ini bersikap aktif dan suka berinteraksi sosial, menyertai apa-apa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas tapi masih bergantung serta memerlukan kehadiran guru
untuk membantu mereka dalam pembelajaran.
Murid tingkatan satu juga tidak menunjukkan sikap yang negatif dan bersikap
pasif di dalam kelas kerana tiada murid yang mempunyai gaya pembelajaran
penghindaran sebaliknya mereka suka bersaing antara satu sama lain dan murid yang
SPKK2015 !11
Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan
Pendidikan 2015, UPSI
berdikari menunjukkan peratus yang paling rendah. ini mungkin disebabkan oleh faktor
umur mereka yang baru berusia antara 12 hingga 13 tahun.
Kategori deria pembelajaran dalam web 2.0 dan deria keterhubungan dalam web
2.0 menunjukkan skor min yang paling tinggi dalam kesemua gaya pembelajaran. Ini
menjelaskan bahawa murid menggunakan web 2.0 untuk berhubung dengan rakan-
rakan bagi penglibatan semua aktiviti pembelajaran. Ini memberi gambaran bahawa
murid-murid saling berinteraksi antara satu sama lain dalam memperolehi pencapaian
yang baik dalam pelajaran.
Sikap murid yang suka berinteraksi dan memberi respon dalam pembelajaran
merupakan satu dapatan yang positif untuk penggunaan web 2.0. Oleh itu, sistem
pendidikan perlu memandang serius terhadap integrasi penggunaan web 2.0 kerana ia
merupakan aplikasi yang murah, mudah dan fleksibal serta memberi impak yang
maksimum dalam pencapaian murid.
Teknologi perlu dimasukkan ke skala yang lebih besar dalam bidang
pembelajaran yang selaras dengan keperluan murid sekolah pada hari ini. Kesedaran
penggunaan web 2.0 di kalangan guru boleh dilaksanakan melalui program latihan dan
bengkel. Dengan perhatian yang sewajarnya maka pengaruh web 2.0 berpotensi
menjadi platform yang berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam
pelajaran. Kajian lanjut dicadangkan agar pengaruh teknologi Web 2.0 dilihat dari sudut
pedagogi pembelajaran di dalam kelas supaya penambahbaikan strategi dan aktiviti
P&P dapat dilakukan.
!
!
!
!
Rujukan (Format APA)
!
Analisa Hamdana, Rosseni Dina, Siti Zuraida Abdul Manafa, Nor Syazwani Mat
Salleha, Intan Farahana Kamsina, Helmi Normana, Nor Mohamad Ismail, Ahmad
Syukri Mohamad Zaid (2015). Pengintegrasian Teknologi Web 2.0 dalam Mencapai
Pembelajaran Bermakna. Penerbit UTM Press.
!
Athanassios Jimoyiannis, Panagiotis Tsiotakis, Dimitrios Roussinos, and Anastasia
Siorenta. Preparing teachers to integrate Web 2.0 in school practice: Toward a
framework for Pedagogy 2.0. Australasian Journal of Educational Technology, 2013,
29(2)
!
Brian, Getting, “Basic Definitions: Web 1.0, Web 2.0, Web 3.0”, 2007, http://
www.practicalecommerce.com/articles/464-Basic- Definitions-Web-1-0-Web-2-0-
Web-3-0
!
Hazari, S., North, A., & Moreland, D. (2010). Investigating Pedagogical Value of Wiki
Technology. Journal of Information Systems Education, 20(2). 187-198.
!
SPKK2015 !12
Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan
Pendidikan 2015, UPSI
Lee Barnet, Elaine Collis, Jenny Narborough, Frank Parry, Chris Peel, Charles Shields,
Ruth Srubbings Graham Walton (May 2010). Use of web 2.0 tools, Loughborough
University, Loughborough University.
!
Maged, N. Kamel Boulos & Steve, Wheeler. The emerging Web 2.0 social software: an
enabling suite of sociable technologies in health and health care education. Health
Information and Libraries Journal, pp: 2 -23, 2007
!
Melor, M. Y., Kwan, S. L. L. & Noriah, M. I. (2012). Benefits of using Web 2.0
Technologies for English Language Learning: Gifted Students’ Perception. Advances
in Environment, Computational Chemistry and Bioscience. Diakses pada 30 November
2014 dari http://www.wseas.us/e-library/conferences/2012/Montreux/BIOCHEMENV/
BIOCHEMENV-61.pdf
!
Nooraza Binti Othman, Aminah Bibi Binti Bawamohiddin. Keberkesanan Penggunaan
Jadual Spesifikasi Pentaksiran (JSP) Di Dalam Kurikulum Politeknik Malaysia : Kajian
Kes Di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dan Jabatan Matematik
Sains Dan Komputer (JMSK). Diakses pada 16 mei 2015 dari http://
www.polimas.edu.my/web4/images/inovasi/pg%2035%20min%20and%20azah.pdf
!
Rajshree S. Vaishnav. Learning Style and academic achievement of secondary school
students. Voice of Research Vol. 1 Issue 4, March 2013 ISSN No. 2277-7733
!
Riechmann, S.W. & Grasha, A.F. (1974). A Rational Approach to Developing and
Assessing the Construct Validity of a Student Learning Style Scales Instrument. The
Journal of Psychology, 87: 213-223.
!
Rossafri Mohamad & Shabariah Binti Mohamad Shariff. Kesan Penggunaan Laman
Sosial ke atas Kaedah Perbincangan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata
Pelajaran Sejarah. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011
!
Shuaibu Hassan Usman and Ishaq Oyebisi Oyefolahan, Abu bakar Tafawa Balewa.
ENCOURAGING KNOWLEDGE SHARING USING WEB 2.0 TECHNOLOGIES IN
HIGHER EDUCATION: A SURVEY. International Journal of Managing Information
Technology (IJMIT) Vol.6, No.2, May 2014
!
Widayanti, F. D. 2010. Pengaruh Pengelompokan Siswa Berdasarkan Gaya Belajar dan
Multiple Intelligences pada Model Pembelajaran Learning Cycle terhadap Hasil Belajar
Kimia Siswa Kelas XI IPA SMAN 3 Lumajang. Tesis tidak diterbitkan. Malang:
Pascasarjana Universitas Negeri Malang.
!
!
!
!
!
SPKK2015 !13
Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan
Pendidikan 2015, UPSI
!
!
!
!
!
SPKK2015 !14

More Related Content

What's hot

Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
shamsuhaila85
 
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ... Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
MuhammadZulaziziMohd
 
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
ongheakin
 
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
Nor Sazlin Kusai
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
yati65
 

What's hot (6)

Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
 
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ... Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di ...
 
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
ANALISIS JURNAL: KESEDARAN, PENILAIAN & PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALAN...
 
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6
 
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 

Similar to Seminar Kebangsaan Kaunseling dan Pendidikan 2015

Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
shamsuhaila85
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Kulasingam Kula
 
The adoption of blended learning among malaysian academicians
The adoption of blended learning among malaysian academiciansThe adoption of blended learning among malaysian academicians
The adoption of blended learning among malaysian academicians
Nor Azlina Sumailan
 
(5) contoh proposal kajian emram yunus academia
(5) contoh proposal kajian   emram yunus   academia(5) contoh proposal kajian   emram yunus   academia
(5) contoh proposal kajian emram yunus academia
Rynnie Serojai
 
Wong tugasan 1 kpt 6044
Wong tugasan 1 kpt 6044Wong tugasan 1 kpt 6044
Wong tugasan 1 kpt 6044
wongsheauwen2
 
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
 Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
hazlinShahida
 

Similar to Seminar Kebangsaan Kaunseling dan Pendidikan 2015 (20)

KUMPULAN BAHAGIAN B.docx
KUMPULAN BAHAGIAN B.docxKUMPULAN BAHAGIAN B.docx
KUMPULAN BAHAGIAN B.docx
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
 
Tugasan 1 web
Tugasan 1 webTugasan 1 web
Tugasan 1 web
 
The adoption of blended learning among malaysian academicians
The adoption of blended learning among malaysian academiciansThe adoption of blended learning among malaysian academicians
The adoption of blended learning among malaysian academicians
 
Rumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikelRumusan 5 artikel
Rumusan 5 artikel
 
Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)Yusri m20141000731 gruopa(m142)
Yusri m20141000731 gruopa(m142)
 
Proceeding Seminar Pedagogik ke 6
Proceeding Seminar Pedagogik ke 6Proceeding Seminar Pedagogik ke 6
Proceeding Seminar Pedagogik ke 6
 
Kpt6044 web
Kpt6044 webKpt6044 web
Kpt6044 web
 
Frog vle
Frog vleFrog vle
Frog vle
 
(5) contoh proposal kajian emram yunus academia
(5) contoh proposal kajian   emram yunus   academia(5) contoh proposal kajian   emram yunus   academia
(5) contoh proposal kajian emram yunus academia
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINA
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINASEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINA
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORZALINA
 
Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044
 
Wong tugasan 1 kpt 6044
Wong tugasan 1 kpt 6044Wong tugasan 1 kpt 6044
Wong tugasan 1 kpt 6044
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3
 
Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3Kpt6044 tugasan 3
Kpt6044 tugasan 3
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Kpt6044 web
Kpt6044 webKpt6044 web
Kpt6044 web
 
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
 Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
 

More from SMK ENGKU HUSAIN SEMENYIH

More from SMK ENGKU HUSAIN SEMENYIH (20)

Seminar kajian tindakan engku husain 2019
Seminar kajian tindakan engku husain 2019Seminar kajian tindakan engku husain 2019
Seminar kajian tindakan engku husain 2019
 
Khairunnisa seminar kajian tindakan 2019
Khairunnisa seminar kajian tindakan 2019Khairunnisa seminar kajian tindakan 2019
Khairunnisa seminar kajian tindakan 2019
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORMAH
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORMAHSEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORMAH
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NORMAH
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NAZIHAH
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NAZIHAHSEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NAZIHAH
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 NAZIHAH
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 BANUMATHY
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 BANUMATHYSEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 BANUMATHY
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 BANUMATHY
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 Sumathy
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 SumathySEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 Sumathy
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 Sumathy
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 PN MARIYANTI
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 PN MARIYANTISEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 PN MARIYANTI
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2019 PN MARIYANTI
 
33 minah selamat terkini
33 minah selamat terkini33 minah selamat terkini
33 minah selamat terkini
 
35 syahirah hanim
35 syahirah hanim 35 syahirah hanim
35 syahirah hanim
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
 
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
SEMINAR KAJIAN TINDAKAN SEMUHSIN 2018
 
Dokumentasi bengkel matematik
Dokumentasi bengkel matematik Dokumentasi bengkel matematik
Dokumentasi bengkel matematik
 

Recently uploaded

Recently uploaded (6)

Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 

Seminar Kebangsaan Kaunseling dan Pendidikan 2015

  • 1. Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan Pendidikan 2015, UPSI ! PENGARUH WEB 2.0 DALAM GAYA PEMBELAJARAN GRASHA- REICHMANN BAGI MURID TINGKATAN SATU DI SEBUAH SEKOLAH LUAR BANDAR DAERAH HULU LANGAT ! Naquiah Binti Safian@Sofian SMK ENGKU HUSAIN naqueen_04@yahoo.com ! Teknologi web 2.0 merupakan trend teknologi yang menggunakan platform web untuk berkomunikasi secara dinamik dalam kehidupan seharian. Contoh aplikasi Web 2.0 termasuk blog, wiki, podcast, mesej segera, rangkaian sosial dunia maya, suapan RSS dan bookmark sosial dan juga laman web seperti YouTube (Hazari, S., North, A., & Moreland, D., 2010). Integrasi teknologi web 2.0 mengikut gaya pembelajaran murid adalah satu tinjauan untuk mengenal pasti pendekatan guru berasaskan teknologi web 2.0 dalam pengajaran. Gaya belajar Grasha-Riechmann adalah berdasarkan model interaksi sosial dan ia berfokus kepada enam bahagian iaitu gaya pembelajaran kolaboratif, pergantungan, penghindaran, persaingan, penyertaan dan berdikari. Seramai 60 orang responden murid tingkatan satu terpilih di sebuah sekolah harian luar bandar bagi Daerah Hulu Langat. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik 5 skala likert dan statistik deskriptif yang terlibat iaitu peratusan dan skor min serta statistik inferensi seperti korelasi Pearson-r digunakan dalam kajian ini. ! Kata kunci: Web 2.0, Gaya pembelajaran Grasha-Reichmann, Murid tingkatan satu, Kategori Pembelajaran dalam web 2.0 dan sekolah luar bandar Daerah Hulu Langat ! ! 1.0 Pengenalan Web 2.0 menunjukkan perkembangan dalam penggunaan aplikasi dan reka bentuk World Wide Web (www) (Shuaibu Hassan Usman and Ishaq Oyebisi Oyefolahan, Abu bakar Tafawa Balewa, 2014). Penggunaan platform web merupakan satu cara web 2.0 mengembangkan aplikasinya. Ini bermula apabila rekabentuk www telah diperkenalkan oleh Tim Burners Lee pada lewat 1989 (Brian, 2007 & Maged, N. Kamel Boulos & Steve, Wheeler, 2007) untuk teks dan hiperlink. Versi Web 1.0 menfokuskan kepada enjin pencarian seperti Internet Explorer namun pada tahun 2000, SPKK2015 !1
  • 2. Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan Pendidikan 2015, UPSI kajian mendapati hubungan interaksi sosial merupakan satu keutamaan kepada pengguna.Terdapat beberapa pandangan web 2.0 dalam penyelidikan dunia:- Web 2.0 adalah " tertumpu kepada keupayaan untuk orang ramai berkolaborasi dan berkongsi maklumat dalam talian .... berdasarkan perkhidmatan aplikasi web untuk pengguna ... termasuk komunikasi terbuka ... dengan penekanan kepada masyarakat berasaskan web dari pengguna dan lebih terbuka kepada perkongsian maklumat “ (2010) , (Lee Barnet, Elaine Collis, Jenny Narborough, Frank Parry, Chris Peel, Charles Shields, Ruth Srubbings Graham Walton, May 2010) Istilah web 2.0 juga menekankan kolaborasi dan perkongsian maklumat. Ini adalah satu peluang untuk murid menggunakan medium internet dalam pembelajaran. Di Institusi pendidikan terutamanya telah menyediakan prasarana atas talian bagi kegunaan perkongsian ilmu pengetahuan. Sekolah juga turut serta dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan web untuk menuju ke arah abad ke-21. Dengan adanya prasarana begini maka gaya pembelajaran murid juga turut berubah. Gaya belajar adalah suatu cara dalam menerima, mengolah, mengingat dan menerapkan informasi dengan mudah (Widayanti, F. D., 2010). Dengan mengetahui gaya belajar pelajar, guru dapat membantu pelajar belajar sesuai dengan gaya belajar yang dimiliki pelajar sehingga prestasi belajar pelajar dapat berkembang dengan baik melalui pembelajaran yang sesuai dengan gaya belajarnya. Istilah gaya pembelajaran boleh digambarkan sebagai satu set faktor, tingkah laku dan sikap yang memudahkan pembelajaran individu bagi situasi tertentu. Ia merupakan kebolehan pelajar yang boleh dikenalpasti bagi pemprosesan maklumat dalam situasi pembelajaran (Rajshree S. Vaishnav, 2013). Gaya belajar Grasha-Riechmann adalah berdasarkan model interaksi sosial. Ia memberi tumpuan kepada pelajar-guru, pelajar-pelajar, dan interaksi pelajar- kandungan. Model Grasha-Reichman terbahagi kepada enam gaya pembelajaran murid iaitu berdikari, pergantungan, persaingan, penghindaran, kolaborasi dan penyertaan. Oleh kerana pengaruh web 2.0 ini menfokuskan kepada rangkaian sosial maka gaya pembelajaran Grasha-Riechmann terpilih kerana model ini juga menfokuskan kepada interaksi sosial. Ciri-ciri gaya pembelajaran interaksi sosial murid perlu sesuai dengan ciri-ciri aplikasi web 2.0 supaya kolaborasi pembelajaran berlaku dalam sistem pendidikan. Dengan adanya kajian sebegini maka sistem pendidikan Malaysia telah bersedia untuk mencungkil pengetahuan murid dalam pendekatan yang berkelompok mengikut gaya pembelajaran masing-masing dan bukan pengasingan kumpulan mengikut pencapaian semata-mata sahaja. ! 1.1 Objektif kajian ! Kajian yang akan dijalankan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut: SPKK2015 !2
  • 3. Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan Pendidikan 2015, UPSI a) mengenal pasti tahap penggunaan bagi kategori pembelajaran dalam web 2.0 di kalangan murid tingkatan satu mengikut gaya pembelajaran Grasha-Riechmann ! b) mengkaji hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran Grasha-Riechmann dengan tahap penggunaan bagi kategori pembelajaran dalam web 2.0 ! ! 1.2 Persoalan Kajian ! Berdasarkan perkara yang timbul daripada pernyataan masalah dan objektif kajian, maka kajian ini akan cuba menjawab soalan-soalan berikut: ! a) Apakah tahap penggunaan bagi kategori pembelajaran dalam web 2.0 di kalangan murid tingkatan satu mengikut gaya pembelajaran Grasha-Riechmann? ! b) Sejauh manakah hubungan antara gaya pembelajaran Grasha-Riechmann dengan tahap penggunaan bagi kategori pembelajaran dalam web 2.0? ! ! 1.3 Metodologi ! ! Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif yang dilaksanakan secara tinjauan di sebuah sekolah harian. Hasil kajian dilaporkan secara deskriptif dan inferensi melalui soal selidik. ! Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik gaya pembelajaran Grasha- Riechmann oleh Riechmann, S.W. & Grasha, A.F. (1974) dan soal selidik oleh Athanassios Jimoyiannis, Panagiotis Tsiotakis, Dimitrios Roussinos, and Anastasia Siorenta (2013) kategori pembelajaran dalam web 2.0 yang disesuaikan mengikut kajian. Penyelidik telah menjalankan kajian rintis dan dapatan kajian tersebut menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi dalam kedua-dua soal selidik tersebut. Jadual 1 menunjukkan Analisis kebolehpercayaan yang dilakukan terhadap semua pemboleh ubah dan didapati kedua-dua soal selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan (Alpha) dalam lingkungan 0.83-0.86. Ia menunjukkan keboleh percayaan instrumen dalam alpha cronbach bagi soal selidik gaya pembelajaran Grasha- Riechmann dan soal selidik tahap penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran. ! JADUAL 1 : KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN DALAM ALPHA CRONBACH ! SOAL SELIDIK NILAI KEBOLEHPERCAYAAN Grasha-Riechmann 0.8570 Tahap Penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran 0.8355 SPKK2015 !3
  • 4. Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan Pendidikan 2015, UPSI Sebanyak 60 soalan gaya pembelajaran Grasha-Riechmann dan 18 soalan kategori pembelajaran dalam web 2.0. Semua pembolehubah mengunakan 5 Skala Likert (Sangat Tidak Setuju – Sangan Setuju). Data – data yang diperoleh dianalisa menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Sciences). Jadual 2 dan Jadual 3 merupakan instrumen kajian bagi gaya pembelajaran Grasha- Riechmann dan kategori penggunaan web 2.0 murid tingkatan satu dalam pembelajaran. ! JADUAL 2 : SOAL SELIDIK GAYA PEMBELAJARAN GRASHA-RIECHMANN ! JADUAL 3 : SOAL SELIDIK KATEGORI PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM PEMBELAJARAN ! Persoalan kajian bagi soal selidik mengikut tahap penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran berdasarkan kepada julat interpretasi skor min pada Jadual 4. ! JADUAL 4 : SOAL SELIDIK TAHAP SKOR MIN GAYA PEMBELAJARAN BIL Berdikari 10 Penghindaran 10 Kolaborasi 10 Pergantungan 10 Persaingan 10 Penyertaan 10 Jumlah 60 GAYA PEMBELAJARAN BIL Perkongsian Ilmu 3 Kolaborasi dan Interaksi 3 Aktiviti berpusatkan pelajar 2 Deria Keterhubungan dalam web 2.0 5 Deria Pembelajaran dalam web 2.0 5 Jumlah 18 SKOR MIN TAHAP 1.00 - 2.33 RENDAH SPKK2015 !4
  • 5. Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan Pendidikan 2015, UPSI Rujukan JSP ! 1.3.1 Tempat Kajian !! Kajian dijalankan di sebuah sekolah menengah harian bagi kategori sekolah luar bandar di Daerah Hulu Langat, Selangor. Sekolah ini terpilih kerana lokasi sekolah yang terletak dengan persekitaran di antara bandar dan luar bandar serta merupakan satu-satunya sekolah menengah di pekan Semenyih, Selangor. ! ! 1.3.2 Sampel Kajian ! Sebanyak 60 orang murid tingkatan satu dipilih bukan secara rawak di sebuah sekolah yang terdiri daripada murid melayu lelaki dan murid melayu perempuan sahaja. Kajian sampel melibatkan pelajar tingkatan satu bagi dua kelas teratas sahaja iaitu kelas aliran agama (KAA) dan kelas aliran rancangan khas (KRK). ! ! 1.3.3 Analisis data ! Analisis deskriptif digunakan untuk mengenal pasti tahap penggunaan bagi kategori pembelajaran dalam web 2.0 di kalangan murid tingkatan satu mengikut gaya pembelajaran Grasha-Riechmann dengan menganalisis perbandingan peratus dan skor min tahap penggunaan kategori pembelajaran web 2.0 mengikut kumpulan gaya pembelajaran Grasha-Riechmann. Analisis inferensi digunakan untuk mengkaji hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran Grasha-Riechmann dengan tahap penggunaan bagi kategori pembelajaran dalam web 2.0 dengan menganalisis hubungan korelasi Pearson tahap penggunaan kategori pembelajaran web 2.0 mengikut kumpulan gaya pembelajaran Grasha-Riechmann murid. ! ! 1.4 Dapatan Kajian ! 1.4.1 Dapatan Deskriptif pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar ! Jadual 5 hingga Jadual 9 di bawah menunjukkan peratus dan skor min yang diperolehi oleh murid tingkatan satu dalam kategori pembelajaran dalam web 2.0 mengikut gaya pembelajaran Grasha-Riechmann. ! 2.34 - 3.67 SEDERHANA 3.68 - 5.00 TINGGI SPKK2015 !5
  • 6. Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan Pendidikan 2015, UPSI Dapatan kajian bagi Jadual 5 menunjukkan penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran iaitu sebanyak 29.29% bagi deria pembelajaran dalam web 2.0, 28.03% bagi deria keterhubungan dalam web 2.0, 16.74% bagi kategori perkongsian ilmu,16.32% bagi kolaborasi dan interaksi dan 9.62% bagi aktiviti berpusatkan murid. Skor min gaya pembelajaran berdikari menunjukkan tahap penggunaan web 2.0 yang sederhana dalam semua kategori pembelajaran. JADUAL 5 : KATEGORI PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM PEMBELAJARAN MENGIKUT GAYA PEMBELAJARAN BERDIKARI ! JADUAL 6 : KATEGORI PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM PEMBELAJARAN MENGIKUT GAYA PEMBELAJARAN KOLABORATIF ! Dapatan kajian bagi Jadual 6 menunjukkan penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran iaitu sebanyak 27.56% bagi deria pembelajaran dalam web 2.0, 27.32% bagi deria keterhubungan dalam web 2.0, 17.56% bagi kategori perkongsian ilmu, 16.83% bagi kolaborasi dan interaksi dan 10.73% bagi aktiviti berpusatkan murid. Skor min gaya pembelajaran kolaboratif menunjukkan tahap penggunaan web 2.0 yang tinggi dalam semua kategori pembelajaran. ! Kategori pembelajaran dalam web 2.0 mengikut gaya pembelajaran BERDIKARI Kategori % MIN SKOR MIN Perkongsian ilmu 16.74 3.33 Sederhana Kolaborasi dan interaksi 16.32 3.25 Sederhana Aktiviti berpusatkan murid 9.62 2.86 Sederhana Deria Keterhubungan dalam web 2.0 28.03 3.35 Sederhana Deria Pembelajaran dalam web 2.0 29.29 3.5 Sederhana Kategori pembelajaran dalam web 2.0 mengikut gaya pembelajaran KOLABORATIF Kategori % MIN SKOR MIN Perkongsian ilmu 17.56 4.17 Tinggi Kolaborasi dan interaksi 16.83 4.00 Tinggi Aktiviti berpusatkan murid 10.73 3.83 Tinggi Deria Keterhubungan dalam web 2.0 27.32 3.90 Tinggi Deria Pembelajaran dalam web 2.0 27.56 3.93 Tinggi SPKK2015 !6
  • 7. Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan Pendidikan 2015, UPSI Dapatan kajian bagi Jadual 7 menunjukkan penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran iaitu sebanyak 27.61% bagi deria pembelajaran dalam web 2.0, 27.22% bagi deria keterhubungan dalam web 2.0, 17.30% bagi kategori perkongsian ilmu, 17.11% bagi kolaborasi dan interaksi dan 10.76% bagi aktiviti berpusatkan murid. Skor min gaya pembelajaran pergantungan menunjukkan tahap penggunaan web 2.0 yang tinggi dalam semua kategori pembelajaran. ! JADUAL 7 : KATEGORI PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM PEMBELAJARAN MENGIKUT GAYA PEMBELAJARAN PERGANTUNGAN ! JADUAL 8 : KATEGORI PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM PEMBELAJARAN MENGIKUT GAYA PEMBELAJARAN PERSAINGAN ! Dapatan kajian bagi Jadual 8 menunjukkan penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran iaitu sebanyak 28.34% bagi deria keterhubungan dalam web 2.0, 26.32% bagi deria pembelajaran dalam web 2.0, 18.62% bagi kategori perkongsian ilmu, 16.19% bagi kolaborasi dan interaksi dan 10.53% bagi aktiviti berpusatkan murid. Skor min gaya pembelajaran persaingan menunjukkan tahap penggunaan web 2.0 yang tinggi dalam kategori perkongsian ilmu manakala tahap penggunaan web 2.0 yang sederhana dalam empat kategori yang lain. ! Kategori pembelajaran dalam web 2.0 mengikut gaya pembelajaran PERGANTUNGAN Kategori % MIN SKOR MIN Perkongsian ilmu 17.30 4.05 Tinggi Kolaborasi dan interaksi 17.11 4.00 Tinggi Aktiviti berpusatkan murid 10.76 3.77 Tinggi Deria Keterhubungan dalam web 2.0 27.22 3.81 Tinggi Deria Pembelajaran dalam web 2.0 27.61 3.87 Tinggi Kategori pembelajaran dalam web 2.0 mengikut gaya pembelajaran PERSAINGAN Kategori % MIN SKOR MIN Perkongsian ilmu 18.62 3.83 Tinggi Kolaborasi dan interaksi 16.19 3.33 Sederhana Aktiviti berpusatkan murid 10.53 3.25 Sederhana Deria Keterhubungan dalam web 2.0 28.34 3.50 Sederhana Deria Pembelajaran dalam web 2.0 26.32 3.25 Sederhana SPKK2015 !7
  • 8. Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan Pendidikan 2015, UPSI Dapatan kajian bagi Jadual 9 menunjukkan penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran iaitu sebanyak 27.57% bagi deria pembelajaran dalam web 2.0, 27.38% bagi deria keterhubungan dalam web 2.0, 17.67% bagi kategori perkongsian ilmu, 16.50% bagi kolaborasi dan interaksi dan 10.87% bagi aktiviti berpusatkan murid. Skor min gaya pembelajaran penyertaan menunjukkan tahap penggunaan web 2.0 yang tinggi dalam semua kategori pembelajaran. ! ! JADUAL 9 : KATEGORI PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM PEMBELAJARAN MENGIKUT GAYA PEMBELAJARAN PENYERTAAN Setiap gaya pembelajaran mendapat peratus yang tinggi bagi kategori deria pembelajaran web 2.0 kecuali gaya pembelajaran persaingan mendapat peratus yang tinggi dalam kategori deria keterhubungan dalam web 2.0. Jadual 10 menunjukkan item-item yang terkandung bagi kategori pembelajaran dalam web 2.0 untuk Deria Keterhubungan dalam web 2.0. ! JADUAL 10 : KATEGORI DERIA KETERHUBUNGAN WEB 2.0 DALAM PEMBELAJARAN Kategori pembelajaran dalam web 2.0 mengikut gaya pembelajaran PENYERTAAN Kategori % MIN SKOR MIN Perkongsian ilmu 17.67 4.33 Tinggi Kolaborasi dan interaksi 16.50 4.05 Tinggi Aktiviti berpusatkan murid 10.87 4.00 Tinggi Deria Keterhubungan dalam web 2.0 27.38 4.03 Tinggi Deria Pembelajaran dalam web 2.0 27.57 4.06 Tinggi SPKK2015 !8 Deria Keterhubungan dalam web 2.0 % MIN SKOR MIN Saya dan rakan-rakan saling bantu membantu antara satu sama lain 5.69 3.97 Tinggi Pembelajaran berlaku dalam satu kumpulan 5.64 3.93 Tinggi Saya berasa selesa sewaktu aktiviti berkumpulan 5.19 3.62 Sederhana Saya dan rakan-rakan saling bergantung antara satu sama lain 5.28 3.68 Tinggi Rakan-rakan sering memberi sokongan kepada saya 5.59 3.90 Tinggi
  • 9. Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan Pendidikan 2015, UPSI Peratus bagi kategori deria keterhubungan dalam web 2.0 ialah item saya dan rakan-rakan saling bantu-membantu antara satu sama lain (5.69%), item pembelajaran berlaku dalam satu kumpulan (5.64%), item rakan-rakan sering memberi sokongan kepada saya (5.59%), item saya dan saya dan rakan-rakan saling bergantung antara satu sama lain (5.28%) dan item saya berasa selesa sewaktu aktiviti berkumpulan (5.19%). Manakala skor min yang tinggi bagi item saya dan rakan-rakan saling bantu- membantu antara satu sama lain, item pembelajaran berlaku dalam satu kumpulan, item saya dan rakan-rakan saling bergantung antara satu sama lain dan item rakan- rakan sering memberi sokongan kepada saya. Skor min yang tinggi item saya berasa selesa sewaktu aktiviti berkumpulan. ! JADUAL 11 : KATEGORI DERIA PEMBELAJARAN WEB 2.0 DALAM PEMBELAJARAN Peratus bagi kategori deria pembelajaran dalam web 2.0 ialah item saya diberi peluang untuk belajar (6.07%), item rakan-rakan sering memberi bantuan kepada saya (5.59%), item web 2.0 menarik minat saya untuk belajar (5.50%), item web 2.0 membantu saya dalam pembelajaran (5.26%) dan item saya sering menyoal rakan- rakan saya (5.19%). Manakala skor min yang tinggi bagi item rakan-rakan sering memberi bantuan kepada saya, item saya diberi peluang untuk belajar dan item web 2.0 menarik minat saya untuk belajar. ! ! 1.4.2 Dapatan Inferensi korelasi Pearson ! Jadual 12 menunjukkan hubungan korelasi Pearson gaya pembelajaran Grasha- Riechmann bagi tahap penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran. Hasil dapatan menunjukkan bahawa murid tingkatan satu tidak mempunyai gaya pembelajaran penghindaran. Oleh itu, hanya lima gaya pembelajaran sahaja yang terlibat dan analisa menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif pada lima gaya pembelajaran bagi tahap penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran. Gaya pembelajaran berdikari mempunyai hubungan yang positif tetapi sederhana dengan gaya pembelajaran kolaboratif, pergantungan, persaingan dan penyertaan di mana nilai korelasinya ialah .5556, .7261, .5721 dan .6291. Ini menunjukkan terdapat hubungan SPKK2015 !9 Deria Pembelajaran dalam web 2.0 % MIN SKOR MIN Saya sering menyoal rakan-rakan saya 5.19 3.62 Sederhana Rakan-rakan sering memberi bantuan kepada saya 5.59 3.90 Tinggi Web 2.0 membantu saya dalam pembelajaran 5.26 3.67 Sederhana Saya diberi peluang untuk belajar 6.07 4.23 Tinggi Web 2.0 menarik minat saya untuk belajar 5.50 3.83 Tinggi
  • 10. Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan Pendidikan 2015, UPSI yang signifikan (p<.05) antara gaya pembelajaran berdikari dengan gaya pembelajaran kolaboratif, pergantungan, persaingan dan penyertaan. Gaya pembelajaran kolaboratif pula mempunyai hubungan positif yang tinggi dengan gaya pembelajaran pergantungan dan penyertaan tetapi lemah dengan gaya pembelajaran persaingan di mana nilai korelasinya ialah .8649, .4059 dan .7980. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (p<.05) antara gaya pembelajaran pergantungan dan penyertaan tetapi hubungan yang signifikan (p<.10) dengan gaya pembelajaran persaingan. Gaya pembelajaran pergantungan mempunyai hubungan positif yang tinggi dengan gaya pembelajaran penyertaan tetapi sederhana dengan gaya pembelajaran persaingan di mana nilai korelasinya ialah .6651 dan .7791. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (p<.05) antara gaya pembelajaran pergantungan dengan gaya pembelajaran penyertaan dan persaingan. Gaya pembelajaran persaingan mempunyai hubungan positif yang lemah dengan gaya pembelajaran penyertaan di mana nilai korelasinya ialah .4975. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (p<.05) antara gaya pembelajaran penyertaan dengan gaya pembelajaran persaingan. ! JADUAL 12 : HUBUNGAN KORELASI ANTARA GAYA PEMBELAJARAN BAGI TAHAP PENGGUNAAN WEB 2.0 DALAM PEMBELAJARAN **sig. pada p<.05 (2 hala) *sig. pada p<.10 (2 hala) ! ! 1.5 Perbincangan ! ! Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran kolaboratif, pergantungan dan penyertaan adalah gaya pembelajaran dominan bagi murid-murid tingkatan satu di mana ketiga-tiga gaya pembelajaran tersebut berada pada tahap penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran yang tinggi disamping hubungan korelasi positif yang tinggi antara ketiga-tiga gaya pembelajaran. Namun begitu gaya GAYA ! PEMBELAJARAN Berdikari Kolaboratif Pergantungan Persaingan Penyertaan Berdikari !- r = 0.5556! p = 0.017**! sederhana r = 0.7261! p = 0.000**! sederhana r = 0.5721! p = 0.013**! sederhana r = 0.6291! p = 0.005**! sederhana Kolaboratif !- r = 0.8649! p = 0.000**! tinggi r = 0.4059! p = 0.095*! lemah r = 0.7980! p = 0.000**! tinggi Pergantungan !- r = 0.6651! p = 0.003**! sederhana r = 0.7791! p = 0.000**! tinggi Persaingan !- r = 0.4975! p = 0.036**! lemah Penyertaan !- SPKK2015 !10
  • 11. Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan Pendidikan 2015, UPSI pembelajaran berdikari dan persaingan menunjukkan tahap sederhana dalam penggunaan web 2.0 dalam pembelajaran. Ciri-ciri gaya pembelajaran kolaboratif, penyertaan dan pergantungan yang tinggi ialah murid suka melakukan perbincangan di dalam kelas serta guru pula bertindak sebagai fasilitator dalam arahan pembelajaran. Bagi ciri-ciri gaya pembelajaran sederhana pula ialah murid suka menjadi ketua kumpulan serta suka bekerja dan berfikir secara individu. Merujuk kepada kajian Rossafri Mohamad & Shabariah Binti Mohamad Shariff (2011) bagi mata pelajaran sejarah juga menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran secara perbincangan dengan menggunakan aplikasi laman sosial 2.0 berjaya meningkatkan teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Dapatan juga menunjukkan bahawa responden bersetuju kaedah pengajaran dan pembelajaran secara perbincangan dalam mata pelajaran Sejarah dengan mengaplikasikan penggunaan laman sosial web 2.0 mampu meningkatkan motivasi, gaya pembelajaran, kefahaman dan mengatasi masalah/kekangan yang dihadapi pelajar. Gaya pembelajaran ini meliputi cara pembelajaran secara kumpulan (kolaboratif), interaksi dua hala dan pembelajaran kendiri yang akhirnya memperoleh pembelajaran yang berkesan. Dapatan kajian bagi mata pelajaran bahasa melayu mendapati penggunaan teknologi Web 2.0 mampu meningkatkan potensi pelajar untuk belajar dan menguasai sesuatu topik dengan mudah (Analisa Hamdana, Rosseni Dina, Siti Zuraida Abdul Manafa, Nor Syazwani Mat Salleha, Intan Farahana Kamsina, Mohamad Ismail, Ahmad Syukri Mohamad Zaid, (2015). Ini disokong oleh dapatan apabila peningkatan interaksi pelajar introvert dalam perbincangan dalam talian telah dikenal pasti. Berdasarkan dapatan temu bual yang diperoleh daripada responden, pelajar yang pemalu atau introvert mempunyai semangat untuk berkongsi idea dan berkomunikasi dengan pelajar-pelajar lain terutama sekali dalam aplikasi berteraskan teknologi. Dapatan ini disokong dengan kajian Melor et al. (2012), pelajar pemalu dan introvert akan berinteraksi secara aktif melalui teknologi Web 2.0 sekali gus menunjukkan bahawa pembelajaran aktif telah berlaku. ! 1.6 Kesimpulan ! ! Dapatan kajian menunjukkan bahawa 100% murid tingkatan satu berada di tahap sederhana dan tahap tinggi dalam penggunaan web 2.0. Ini jelas memberi gambaran umum bahawa web 2.0 sesuai diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kerana ia dapat meningkatkan prestasi murid terutamanya murid yang mempunyai gaya pembelajaran kolaboratif, pergantungan dan penyertaan. Maka murid ini bersikap aktif dan suka berinteraksi sosial, menyertai apa-apa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tapi masih bergantung serta memerlukan kehadiran guru untuk membantu mereka dalam pembelajaran. Murid tingkatan satu juga tidak menunjukkan sikap yang negatif dan bersikap pasif di dalam kelas kerana tiada murid yang mempunyai gaya pembelajaran penghindaran sebaliknya mereka suka bersaing antara satu sama lain dan murid yang SPKK2015 !11
  • 12. Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan Pendidikan 2015, UPSI berdikari menunjukkan peratus yang paling rendah. ini mungkin disebabkan oleh faktor umur mereka yang baru berusia antara 12 hingga 13 tahun. Kategori deria pembelajaran dalam web 2.0 dan deria keterhubungan dalam web 2.0 menunjukkan skor min yang paling tinggi dalam kesemua gaya pembelajaran. Ini menjelaskan bahawa murid menggunakan web 2.0 untuk berhubung dengan rakan- rakan bagi penglibatan semua aktiviti pembelajaran. Ini memberi gambaran bahawa murid-murid saling berinteraksi antara satu sama lain dalam memperolehi pencapaian yang baik dalam pelajaran. Sikap murid yang suka berinteraksi dan memberi respon dalam pembelajaran merupakan satu dapatan yang positif untuk penggunaan web 2.0. Oleh itu, sistem pendidikan perlu memandang serius terhadap integrasi penggunaan web 2.0 kerana ia merupakan aplikasi yang murah, mudah dan fleksibal serta memberi impak yang maksimum dalam pencapaian murid. Teknologi perlu dimasukkan ke skala yang lebih besar dalam bidang pembelajaran yang selaras dengan keperluan murid sekolah pada hari ini. Kesedaran penggunaan web 2.0 di kalangan guru boleh dilaksanakan melalui program latihan dan bengkel. Dengan perhatian yang sewajarnya maka pengaruh web 2.0 berpotensi menjadi platform yang berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran. Kajian lanjut dicadangkan agar pengaruh teknologi Web 2.0 dilihat dari sudut pedagogi pembelajaran di dalam kelas supaya penambahbaikan strategi dan aktiviti P&P dapat dilakukan. ! ! ! ! Rujukan (Format APA) ! Analisa Hamdana, Rosseni Dina, Siti Zuraida Abdul Manafa, Nor Syazwani Mat Salleha, Intan Farahana Kamsina, Helmi Normana, Nor Mohamad Ismail, Ahmad Syukri Mohamad Zaid (2015). Pengintegrasian Teknologi Web 2.0 dalam Mencapai Pembelajaran Bermakna. Penerbit UTM Press. ! Athanassios Jimoyiannis, Panagiotis Tsiotakis, Dimitrios Roussinos, and Anastasia Siorenta. Preparing teachers to integrate Web 2.0 in school practice: Toward a framework for Pedagogy 2.0. Australasian Journal of Educational Technology, 2013, 29(2) ! Brian, Getting, “Basic Definitions: Web 1.0, Web 2.0, Web 3.0”, 2007, http:// www.practicalecommerce.com/articles/464-Basic- Definitions-Web-1-0-Web-2-0- Web-3-0 ! Hazari, S., North, A., & Moreland, D. (2010). Investigating Pedagogical Value of Wiki Technology. Journal of Information Systems Education, 20(2). 187-198. ! SPKK2015 !12
  • 13. Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan Pendidikan 2015, UPSI Lee Barnet, Elaine Collis, Jenny Narborough, Frank Parry, Chris Peel, Charles Shields, Ruth Srubbings Graham Walton (May 2010). Use of web 2.0 tools, Loughborough University, Loughborough University. ! Maged, N. Kamel Boulos & Steve, Wheeler. The emerging Web 2.0 social software: an enabling suite of sociable technologies in health and health care education. Health Information and Libraries Journal, pp: 2 -23, 2007 ! Melor, M. Y., Kwan, S. L. L. & Noriah, M. I. (2012). Benefits of using Web 2.0 Technologies for English Language Learning: Gifted Students’ Perception. Advances in Environment, Computational Chemistry and Bioscience. Diakses pada 30 November 2014 dari http://www.wseas.us/e-library/conferences/2012/Montreux/BIOCHEMENV/ BIOCHEMENV-61.pdf ! Nooraza Binti Othman, Aminah Bibi Binti Bawamohiddin. Keberkesanan Penggunaan Jadual Spesifikasi Pentaksiran (JSP) Di Dalam Kurikulum Politeknik Malaysia : Kajian Kes Di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dan Jabatan Matematik Sains Dan Komputer (JMSK). Diakses pada 16 mei 2015 dari http:// www.polimas.edu.my/web4/images/inovasi/pg%2035%20min%20and%20azah.pdf ! Rajshree S. Vaishnav. Learning Style and academic achievement of secondary school students. Voice of Research Vol. 1 Issue 4, March 2013 ISSN No. 2277-7733 ! Riechmann, S.W. & Grasha, A.F. (1974). A Rational Approach to Developing and Assessing the Construct Validity of a Student Learning Style Scales Instrument. The Journal of Psychology, 87: 213-223. ! Rossafri Mohamad & Shabariah Binti Mohamad Shariff. Kesan Penggunaan Laman Sosial ke atas Kaedah Perbincangan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011 ! Shuaibu Hassan Usman and Ishaq Oyebisi Oyefolahan, Abu bakar Tafawa Balewa. ENCOURAGING KNOWLEDGE SHARING USING WEB 2.0 TECHNOLOGIES IN HIGHER EDUCATION: A SURVEY. International Journal of Managing Information Technology (IJMIT) Vol.6, No.2, May 2014 ! Widayanti, F. D. 2010. Pengaruh Pengelompokan Siswa Berdasarkan Gaya Belajar dan Multiple Intelligences pada Model Pembelajaran Learning Cycle terhadap Hasil Belajar Kimia Siswa Kelas XI IPA SMAN 3 Lumajang. Tesis tidak diterbitkan. Malang: Pascasarjana Universitas Negeri Malang. ! ! ! ! ! SPKK2015 !13
  • 14. Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling, Kesejahteraan dan Pendidikan 2015, UPSI ! ! ! ! ! SPKK2015 !14