MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Surah al-A'raf Ayat 14
1. KAJIAN TEKS KITAB-KITAB TAFSIR 1
PF6033
PERBANDINGAN TAFSIR AL-NASAFI, AL-BAIDHOWI DAN AL-ALUSI
SURAH AL-A’RAF : 14
PENSYARAH :
DR. FADLAN BIN MOHD OTHMAN
DR. NAZRI BIN AHMAD
NAMA PELAJAR :
NOOR AIMAH BINTI MD ISA @ HARON (P 73424)
2. INTISARI AYAT 14 SECARA
UMUM :
1. Menyentuh tentang permohonan
Iblis kepada Allah untuk menangguhkan
kematiannya.
2. Permohonan daripada Iblis ini
dilakukan setelah ia menyedari
bahawa ia telah dikutuk dan dihina
oleh Allah pada ayat sebelumnya.
3. SURAH AL-A’RAF AYAT 14
قوله تعالى :
Maksudnya:
Iblis berkata: “Berilah tempoh kepadaku
hingga hari mereka dibangkitkan (hari
kiamat)”.
4. قال الشيخ النسفي في تفسيره : أي أمهلني إلى يوم
البعث, وهو وقت النفخة الأخيرة.
Kata Syeikh Al-Nasafi di dalam tafsirnya: Berilah
penangguhan (lengah-lengahkanlah) untukku
hingga hari kebangkitan. Iaitu waktu tiupan
sangkakala yang terakhir (kedua).
Al-Nasafi mentafsirkan bahawa Iblis mohon
ditangguhkan kematiannya sehingga ditiup
sangkakala kedua
5. قال الشيخ البيضاوي في تفسيره : ) قال أنظرني إلى يوم
يبعثون( أي أمهلني إلى يوم القيامة فلا تمتني, أو لا تعجل
عقوبتي.
Kata Syeikh Baidhawi di dalam tafsirnya: ayat ini
bermaksud. Berilah penangguhan padaku hingga
hari kiamat dan janganlah engkau matikan aku. Dan
jangan mempercepatkan pengazaban ku.
Al-Baidhowi berpendapat Iblis mohon
ditangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat
6. قال الشيخ الألوسي في تفسيره روح المعاني عن هذه الأية :
)قال( استئناف كما مر مبني على سؤال نشأ مما قبله كأنه قيل
: فماذا قال اللعين بعد ما سمع ما سمع؟ فقيل : قال )أنظرني(
أي أمهلني ولا تمتني )إلى يوم يبعثون( أي آدم عليه السلام
وذريته وهو وقت النفحة الثانية, وأراد بذلك أن يجد فسحة في
الإغواء وأخذ الثأر ونجاة من الموت إذ لا موت بعد البعث
7. Kata Syeikh Alusi di dalam tafsirnya:
Perkataan ) قال ( Isti’naf :
Perkataan pada permulaan ayat sepertimana pada
ayat-ayat sebelumnya, masih lagi menyambung
dialog yang berlangsung sebelum ini, seolah-olah
dikatakan: maka apa pula Iblis la’natullah ini katakan
selepas ia mendengar apa yang ia dengar (jawapan
dari Allah SWT dalam ayat sebelumnya)?
Maka Iblis berkata : ) أنظرني ( Lengahkan untukku dan
jangan engkau matikan aku.
8. Sambungan..
إلى يوم يبعثون( ( Hingga di hari mereka dibangkitkan:
(mereka) Nabi Adam a.s dan keturunannya, iaitu
pada waktu ditiupnya sangka kala yang kedua.
Adapun tujuan Iblis memohon permintaan
sebegini adalah supaya dia mendapat peluang
untuk menyesatkan manusia dan dapat menarik
manusia menjadi pengikutnya.Ia juga merupakan
helah Iblis supaya terselamat dari kematian,
kerana selepas hari kebangkitan tiada lagi
kematian.
9. المقارنة بين التفاسير
ASPEK
PERBEZAAN
TAFSIR
AL-NASAFI
TAFSIR
AL-BADHAWI
TAFSIR
AL-ALUSI
Cara
penafsiran
Ringkas Ringkas Jelas dan
terperinci
Gaya bahasa Ringkas Ringkas Panjang &
terperinci
Nahu Tiada Tiada Tiada
Ayat
sokongan
Tiada Tiada Tiada
Hadis
sokongan
Tiada Tiada Tiada
Pendapat
lain
Tiada Tiada Tiada
Balaghah Tiada Tiada Tiada
Qiraat Tiada Tiada Tiada
10. KESIMPULAN
• Iblis mohon
ditangguhkan
kematiannya sehingga
tiupan sangkakala yang
kedua
Al-Nasafi
• Sependapat dengan Al-nasafi
tetapi menambah
bahawa ia adalah helah
Iblis untuk mengelak
kematian
Alusi
• Iblis mohon
ditangguhkan sehingga
kiamat
Baidhowi
11. PENGAJARAN AYAT 14
SEMUA MAKHLUK AKAN MATI APABILA TIBA
SAAT AJALNYA :
al-Quran,Surah Al-A’raf :34
KIAMAT PASTI BERLAKU DAN SEMUA YANG
HIDUP AKAN MATI PADA HARI KIAMAT
IBLIS SENTIASA BERUSAHA MENGHASUT
MANUSIA TANPA KENAL ERTI PUTUS ASA