SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
SARJANA MUDA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER 1/ SEPTEMBER 2020
OUMH1603
KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH LEARNING CENTRE
1.0 PENGENALAN
Latar Belakang Tugasan
Globalisasi adalah fenomena yang saling berkaitan antara manusia dan perniagaan di
seluruh dunia yang akhirnya membawa kepada integrasi budaya, politik, dan ekonomi global
(Shome Et Al, 2002).
Matlamat utama Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) adalah memupuk rasa
hormat kepada semua orang, membina rasa kekitaan untuk menjadi manusia biasa dan
membantu pelajar menjadi warga global yang bertanggungjawab dan aktif. GCED bertujuan
untuk memberdayakan pelajar untuk mengambil peranan aktif untuk menghadapi dan
menyelesaikan cabaran global dan menjadi penyumbang proaktif kepada dunia yang lebih
damai, toleran, inklusif dan aman. Pendidikan untuk kewarganegaraan global membantu anak
muda belajar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anda yang relevan untuk
mengatasi cabaran tersebut dan mengembangkan kecekapan teras yang membolehkan mereka
terlibat secara aktif dengan dunia dan membantu menjadikannya tempat yang lebih adil dan
lestari. Ini adalah bentuk pembelajaran sivik yang melibatkan penyertaan aktif pelajar dalam
projek yang menangani masalah global yang bersifat sosial, politik, ekonomi, atau
persekitaran.
Pendidikan mesti sepenuhnya berperanan utamanya dalam menolong orang
membentuk masyarakat yang lebih adil, damai, toleran dan inklusif. " Pendidikan
kewarganegaraan global memberikan pemahaman, kemahiran dan nilai yang perlu diberikan
oleh pelajar untuk menyelesaikan cabaran yang saling berkaitan pada abad ke-21, termasuk
perubahan iklim, konflik, kemiskinan, kelaparan, dan masalah kesetaraan dan
kesinambungan. Hasil pendidikan yang sama ini mempersiapkan pelajar untuk berjaya di
tempat kerja abad ke-21 juga.
Melalui tugasan ini kita dapat mengetahui bagaimana punca berlakunya pencemaran
air yang di hadapi oleh negara kita dan juga menilai kepentingan GCED dalam
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan alam sekitar.
2.0 ISI KANDUNGAN
2.a Isu Alam Sekitar
Seperti yang kita ketahui, sebaik sahaja manusia menggunakan sumber semulajadi
untuk keselesaan dan memenuhi keperluan kehidupan, mereka telah merubah keaslian alam.
Kegiatan manusia ini telah memberi impak keoada keaslian dunia yang sekiranyatidak terkawal
dengan bijaksana akan menjadikan dunia tidak selamat untuk didiami. Banyak isu mengenai
alam sekitar telah dibincangkan pada masa kini sama ada di peringkat kebangsaan atau di
peringkat antarabangsa. Isu-isu yang sering diperdebatkan adalah seperti kesan gas rumah
hijau, penipisan lapisan ozon, pencemaran air, pencemaran udara, pembalakan dan kepupusan
flora dan fauna. Isu-isu persekitaran ini perlu segera dikenal pasti dan memerlukan pelan
tindakan strategik bagi mengelakkan masalah-masalah persekitaran ini menjadi lebih buruk
atau lebih dasyat pada masa beberapa tahun akan datang.
Dalam tugasan ini, saya memilih untuk membincangkan mengenai isu alam sekitar
yang paling terkenal dan sering dibangkitkan didalam iaitu pencemaran air.
Air merupakan salah satu komponen asas kepada hidupan bumi selain sumber semula
jadi selepas daripada udara dan logam-logam berat yang diperlukan untuk semua hidupan dan
bukan hidupan. Bagi tujuan aktiviti keberterusan hidup haiwan dan tumbuhan, air merupakan
salah satu sumber utama yang diperlukan melalui proses pemanasan bagi menjana sumber
makanan (WHO, 2006). Lebih daripada 1.2 bilion orang terpaksa berhadapan dengan masalah
kekurangan air bersih sekaligus akan menambahkan kebimbangan yang lebih serius
(Shaharuddin & Noorazuan, 2006; Global Water Partnership, 2009; Tuan Pah Rokiah et al.,
2015; Tuan Pah Rokiah & Hamidi, 2016). Justeru, kepentingan air bersih daripada kualiti air
yang baik kepada hidupan khususnya manusia, perlu lebih diberi perhatian dan kerjasama yang
jitu daripada setiap individu dan masyarakat.
Dalam pada itu, tahap kualiti air mempunyai hubungan secara langsung dengan
kekerapan dan intensiti hujan dalam satu-satu masa. Secara fizikalnya, jumlah hujan yang
tinggi mampu meningkatkan proses hakisan dan pemendapan, di samping meningkatkan kadar
luahan sesebuah sistem saliran dan seterusnya akan memberi impak kepada perubahan tahap
kualiti air sungai tersebut. Walau bagaimanapun, kewujudan hidupan organik dan bukan
organik dalam sistem saliran juga sebenarnya mampu mempengaruhi kualiti air. Pepejal
terampai yang terhasil daripada aktiviti pembangunan tanah, perlombongan dan pembandaran
menyebabkan berlakunya hakisan tanih yang merupakan salah satu petunjuk pencemaran air
dan kebiasaannya ia terdiri daripada lumpur, zarah pasir halus kelodak dan sisa halus mineral
(Azahan et al., 2001). Pencemaran air ini juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit bawaan
air, dimana bahayanya mikrob yang mencemar air dengan bakteria, virus dan organisma
parasite yang menyebabkan penyakit. Kebanyakan pencemaran ini adalah disebabkan air yang
bersentuhan dengan haiwan dan najis manusia. Satu gram najis mengandungi hampir 100 bilion
mikrob. Selain itu juga, pencemaran air ini telah menyebabkan ekosistem kita terjejas dimana
saban hari kita dapat melihat banyak hidupan air mati akibat pembuangan sisa minyak yang
dilepaskan secara terus, pembuangan bahan kimia yang tidak di saring terlebih dahulu secara
tidak berjadual, nitrat atau besi di dalam bekalan air, bahan kimia agrikultur yang merbahaya
digunakan secara berlebihan juga salah satu faktor yang memperangaruhi keadaaan bacaan
normal air.
Oleh itu, untuk mengelakkan pencemaran air di negara kita menjadi lebih parah,
masyarakat perlu bekerja sama untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi
pencemaran ini daripada terus berleluasa di sungai-sungai mahupun di perairan laut kita. Oleh
kerana itu, kita mengambil pendekatan dengan menggunakan penerapan GCED kepada
masyarakat. Ini supaya masyarakat kita boleh memperolehi daya pemikiran kritis untuk
menentukan strategi yang dapat dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran air ini yang
menjadi isu lingkungan.
Isu pencemaran air ini di pilih sebagai masalah lingkungan yang serius kerana ia
boleh menyebabkan kesan terhadap kesihatan seperti penyakit yang dikenal sebagai Diare,
Cirit-birit dan Gastroenteritis, Sakit dan kejang abdomen, Demam kepialu, Disentri, Kolera,
Meningitis, Penyakit cacing Guinea, Hepatitis ,Polio dan lain-lain lagi. Selain itu, saya
memilih isu alam sekitar ini kerana pencemaran air sekarang ini tidak dapat dibendung lagi
terutama di kawasan Lembah Kelang dimana setiap hari banyak isu-isu pencemaran air yang
dimuat naik ke dalam laman sesawang contohnya facebook, youtube dan blog artikel kerana
sudah tidak tahan dengan situasi pencemaran ini. Dengan mematuhi kaedah GCED ini, ia
sebagai pendekatan untuk mencari jalan keluar dan memberi kesedaran kepada masyarakat
mengenai masalah pencemaran air yang berlaku pada masa kini.
2.b Video GCED dan Pencemaran Air
i. https://youtu.be/kVr8SH0t8EI (rangkaian video GCED)
Video mengenai " Global Citizenship Education" ini menerangkan pentingnya
pendidikan kewarganegaraan global (GCED) dalam dunia global dan semakin saling
berkaitan dan saling bergantung. Di dalam video ini, terdapat ucapan dimana pada tahuun
1945-ELLEN WILKINSON (Ministry Of Education United Kingdom) mengatakan ’’parti
dalam perlembagaan ini percaya sepenuhnya dan setara peluang pendidikan untuk semua
dalam mencapai objektif yang tidak terhad kebenaran dan pertukaran idea dan pegetahuan
secara bebas dipersetujui dan ditentukan untuk mengembangkan dan meningkatkan kaedah
komunikasi antara masyarakat mereka dan untuk menggunakan kaedah ini untuk tujuan
saling memahami dan lebih banyak pengetahuan yang lebih sempurna tentang hukum
masing-masing. Akibatnya dengan ini mewujudkan ilmiah dan budaya Organisasi
Pendidikan Bangsa-Bangsa Bersatu ada ketika masyarakat didunia berpecah terhadap dirinya
sendiri’’.
Lebih kurang 1 billion yang hidup didalam kemiskinan yang melampau, sementara
ada masyarakat lain hidup lebih sukar dan bukannya sukar kerana kewangaan semata-mata,
tetapi daripada segi pembelajaran, peradaban, teknologi dan lain-lain lagi. Sukar untuk kita
bayangkan dimana era teknologi pada zaman kini masih banyak lagi kanak-kanak yang tidak
mendapat pembelajaran atau persekolahan diatas kemiskinan. Madame J ada berkata ’’apa
yang menyatukan orang ramai seperti yang kita ada berkumpul malam ini dan itu akan
mengubah segalanya.
Dunia yang menjadikan hidup kearah kemanusiaan yang tinggi dapat menjadikan
dunia berada didalam aman, damai, dan harmoni dimana masyrakat boleh berkumpul
(sekolah) dan boleh melakukan lebih banyak perkara (keamanan).
i. https://www.youtube.com/watch?v=hxaTqlASsOY (rangkaian video
pencemaran air)
Video berkisar mengenai “51 Sungai Malaysia Sudah Terkorban”mengikut Indeks
laporan Kualiti Alam 2017 dimana sebanyak 477 sungai diawasi. Mengikut statistik daripada
477 sungai yang diawasi, sebanyak 219 (46%) sungai berada ditahap indeks kualiti bersih,
sebanyak 207 (43%) sungai pula berada ditahap sedehana tercemar dan 51 (11%) sungai
pulai ditahap tercemar. Merujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) air terbahagi
kepada 6 kelas iaitu :
KELAS INDEKS KUALITI AIR KEGUNAAN AIR
Kelas I 92.7 – 100.0
Pemeliharaan secara semulajadi
Rawatan air yang sangat minimum
Spesis hidupan air yang sangat sensitif
Kelas II 76.5 – 92.7
Rawatan air konvensional
Spesis hidupan air yang sensitif.
Sesuai untuk rekreasi.
Kelas III 51.9 – 76.5
Rawatan air lebih menyeluruh.
Sesuai untuk haiwan ternakan.
Kelas IV 31.0 – 51.9 Sesuai untuk pengairan
Kelas V 0.0 – 31.0 Air yang tidak dapat dimanfaatkan
Di negeri Johor terdapat 1 sungai yang tercemar yang di kategori kelas IV atau
‘sungai mati’ menurut Laporan Kualiti Alam Sekitar (EQR) yang dikeluarkan Jabatan Alam
Sekitar (JAS). Selain Sungai Tukang Batu yang terletak dalam kawasan perindustrian Pasir
Gudang, Sungai Buluh juga disenaraikan sebagai sungai paling tercemar di Johor dan antara
lima sungai yang paling tercemar di Malaysia. – BERNAMA,2019.
Kebanyakkan sungai-sungai di Malaysia kini sudah berada di kelas III dan IV kerana
terdapat banyak industri-industri kecil mahupun sederhana kian membangun seperti
cendawan yang tumbuh selepas hujan ini sangat membimbangkan sekiranya tiada
pemantauan daripada pihak berwajib, ia menjadi lebih membimbangkan kepada ekosistem air
mahupun kepada masyarakat setempat. Terdapat dua sungai yang kini sukar untuk dirawat
iaitu Sungai Perak dan Sungai Klang kerana terdapat kegiatan harian(industri) berhampiran di
sekitar sungai. Krisis ketiadaan air di Selangor sering menjadi isu perbualan yang hangat di
Malaysia kerana ia kerap berlaku dikawasan Lembah Kelang yang berpunca daripada
penutupan loji pusat rawatan air diatas kos menyelenggara daripada tanah lumpur, sampah
sarap, kotoran kimia dan bermacam lagi yang menelan kos yang sangat tinggi.
Selain itu, air yang tercemar mempunyai bau busuk, rasa yang tidak enak, warna yang
keruh dan kotor. Air ini sama sekali tidak sesuai untuk diminum, mandi, mencuci atau
sebagainya. Ini adalah kerana jumlah pencemaran akan merosakkan manusia atau
penanaman.Asid merupakan bahan pencemaran yang paling berbahaya. Tercemar melalui
sistem pembuangan, terutamanya dari lombong, air pertanian, dan operasi pengorekan.
Terdapat juga penggunaan racun perosak kimia dan bahan sulfur tahap tinggi digunakan
dalam pertanian.
Pembuangan dengan cara yang tidak bertanggungjawab melalui saluran atau
perparitan yang dibina akan menyebabkan berlakunya pencemaran seterusnya menjadi punca
penyebaran. Kehidupan manusia atau organisma lain terancam apabila menggunakan air yang
yang tercemar yang secara tidak langsung mengakibatkan pelbagai penyakit kronik.
Kewujudan pendemik akibat pencemaran air juga akan menyebabkan hari demi hari kematian
dan kepupusan organisma laut. Situasi ini menimbulkan ancaman kepada kepada kehidupan
manusia yang bergantung kepada air untuk hidup. Pertamanya air punca kelangsungan hidup
dan keduanya ialah organisma laut antara sumber makanan manusia.
Dalam beberapa tahun akan datang,tidak hairanlah sekiranya bil air atau taraf meter
padu air (m³) akan menjadi lebih tinggi kerana tiada langkah-langkah awalan bagi
memelihara dan memulihara semula sungai-sungai di Malaysia yang terancam akibat
daripada tangan manusia sendiri.
2.c 3 Dimensi Konsep Dalam GCED Membawa Manfaat Kepada Masyarakat
Untuk MenyelesaikanIsuAlam Sekitar
GCED merupakan konsep yang terbahagi kepada 3 iaitu emosi, kognitif dan tingkah laku.
Ketiga-tiga konsep ini berperanan untuk membantu memyelesaikan masalah persekitaran
yang membimbangkan pada masa sekarang. Pada asasnya, dari aspek kognitif gced,
penyelesaian untuk mengatasi masalah alam sekitar seperti pencemaran air dapat dilakukan
dengan memperoleh pengetahuan secara lokal, nasional atau global ke akal pemikiran
poskritik untuk mengatasi pencemaran air. Penyebab pencemaran air seperti yang diketahui
adalah kerana kurangnya kesedaran,keprihatinan dan pengetahuan mengenai sebab dan impak
akibat daripada pencemaran air berlaku. Dengan penerapan aspek kognitif GCED,
masyarakat akan dapat memperoleh maklumat dan pengetahuan baru dan menentukan cara
bertindak untuk menyelesaikan masalah ini seperti membuang sampah ditempat yang
disediakan di kawasan masing-masing, pengurangan jumlah dan masa mandian,
menggunakan syampu atau sabun yang berasaskan organik kerana memerlukan air yang
sedikit untuk membilas, tidak meneroka hutan secara haram, dan pembuangan sisa berjadual
bagi mengatasi masalah pencemaran ini.
Dari aspek emosi, GCED akan memberikan kemampuan untuk menimbulkan perasaan
yang diperolehi oleh manusia biasa iaitu dalam berkongsi nilai dan tanggungjawab, nilai
empati, solidariti dan menghormati perbezaan serta kepelbagaian yang ada di seluruh dunia.
Oleh itu, masyarakat akan mempunyai lebih banyak dalam perhatian terhadap alam sekitar
untuk mengambil tindakan yang sewajarnya supaya dapat memberi manfaat kepada induk
bumi serta dapat membantu mengatasi permasalahan kualiti air yang bersih dengan langkah-
langkah seperti pengurangan penggunaan baja kimia dan racun untuk serangga ,
pemeliharaan dan pemuliharaan semula hutan serta memberikan hukuman setimpal terhadap
pesalah laku.
Untuk aspek tingkah laku pula, GCED mampu untuk bertindak dengan berkesan dan juga
bertanggungjawab di peringkat tempatan, nasional dan global untuk dunia yang lebih aman
dan lestari..untuk mencapai dunia yang selamat dan lestari tanpa pencemaran alam sekitar, ia
bukan sekadar teori tetapi ia merupakan keperluan praktikal kerana teori tersebut tidak akan
sempurna tanpa sebarang latihan.dan pengetahuan ibarat menanam pokok tetapi tidak
berbuah. Ini kerana pengetahuan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah pencemaran air
sekiranya tiada mengambil tindakan yang sewajarnya.
Menurut ( Piarapakaran S,2020 ) Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia
(Awer) telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Anggota-Anggota Kabinet dan
Ketua Setiausaha Negara mengenai beberapa penyelesaian segera (menjelang tahun ini) dan
penyelesaian jangka panjang (dalam Rancangan Malaysia ke-12) untuk tindakan segera.
Antaranya langkah-langkahnya adalah pindaan segera terhadap Akta Kualiti Air Sekeliling
1974 (EQA) dengan menambahkan seksyen baru mesti dilakukan pada persidangan parlimen
yang akan datang untuk membolehkan tuntutan kerugian oleh pihak-pihak terjejas. Seksyen
ini akan membolehkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) membuat pengiraan kehilangan
pendapatan dan kos tambahan yang ditanggung oleh pihak-pihak yang terlibat semasa
kejadian pencemaran. Klausa pemboleh ini juga boleh membenarkan JAS untuk
membekukan aset pesalah kepada jumlah wang yang mereka berhutang berdasarkan kes yang
dibawa oleh JAS. Pada masa ini, denda dan tuntutan kos pembersihan adalah sangat kecil
berbanding dengan kos pencemaran sebenar. Oleh itu, ia tidak menghalang pesalah daripada
melakukan kesalahan. Dengan cadangan pindaan tersebut, pesalah perlu membayar denda,
kos pembersihan dan tuntutan dari pihak-pihak yang terjejas yang mungkin berjumlah
beberapa juta. Setelah seksyen baru diluluskan di parlimen, JAS dapat menetapkan
mekanisme tuntutan terperinci melalui kaedah dan peraturan. Kemudian, memperbaiki
semula kaedah siasatan agar insiden seperti pencemaran di Pasir Gudang tidak berlaku dan
pesalah sebenar masih tidak di ketahui.
Untuk penyelesaian jangka masa panjang pula, tarif untuk air mentah hendaklah
berdasarkan daripada kualiti haruslah dilaksanakan untuk memastikan kerajaan-kerajaan
negeri menerimapendapatanyangsetarasemasamelindungi kawasan tadahan air untuk
menjamin sumber air mentah termasuk air mentah rentas sempadan. Di samping itu,
melindungi kawasan tadahan air akan memastikan kualiti air mentah lebih baik dan
mengurangkan kos rawatan air yang akan diterjemahkan kepada tarif air yang adil dan
berpatutan. Penentuan tarif ini harus diketuai oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
(SPAN). JAS mesti membangunkan standard pelepasan air sisa berasaskan beban
pencemaran untuk memulakan pembalikan pencemaran (pollution reversal). Penyelesaian ini
adalah kesinambungan dari penyelesaian jangka panjang 2 dan 3. Ia akan dilaksanakan dalam
4 fasa antara tahun 2023 dan 2030. Ini dapat membantu memastikan kawasan tadahan air
yang sedia ada yang terletak di hulu sungai dapat dilindungi pada jangka masa panjang.
Kaedah pembalikan pencemaran ini dapat juga mewujudkan kawasan tadahan air yang baru
di pertengahan dan hilir sungai.
3.0 KESIMPULAN
Secara ringkasnya, apa yang dapat saya simpulkan disini bahawa tujuan tugasan yang
diberikan pada asasnya adalah untuk mendedahkan para pelajar untuk belajar lebih banyak
mengenai GCED dan bagaimana implikasinya membantu mengatasi masalah persekitaran.
GCED ini adalah salah satu pendekatan yang dilakukan secara global sebagai bentuk
prosedur pembelajaran yang pada dasarnya mempunyai penyertaan aktif pelajar untuk
menangani masalah global dari aspek-aspek iaitu sosial, politik, ekonomi, atau persekitaran.
GCED ini dikembangkan untuk menganalisis dan mengenal pasti kemahiran yang diperlukan
dalam prosedur perubahan dan pengembangan dunia yang semakin moden. Konsep yang
berada di bawah GCED iaitu kognitif, emosi dan tingkah laku. Untuk menjadi warganegara
peringkat global, seseorang mesti mempunyai kemampuan untuk mendapatkan maklumat dan
bertindak dengan menerapkan maklumat tersebut untuk menyelesaikan masalah yang timbul
di sekitarnya. Sebagai contoh, masalah alam sekitar yang merupakan masalah yang pada
dasarnya timbul dalam ekosistem bumi, dapat diatasi dengan pelaksanaan konsep GCED
4.0 REFLEKSI KENDIRI
Dalam tugasan ini, pelajar diminta menggunakan kemahiran yang diperoleh didalam
subjek ini iaitu untuk menjelaskan bagaimana Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED)
memberi manfaat kepada masyarakat dalam menyelesaikan masalah persekitaran. Masalah
alam persekitaran yang saya pilih adalah Pencemaran Air. Saya telah belajar beberapa
perkara semasa membuat tugasan ini. Pertama sekali, saya telah belajar tentang pentingnya
melindungi alam sekitar terutamanya di sungai kita. Ini adalah sangat penting untuk
kelangsungan hidup manusia dan sebagai sumber air minum yang selamat. Saya juga
mengetahui bahawa kemahiran belajar abad ke-21 adalah perlu untuk memastikan bahawa
kita sebagai pelajar dapat mengikuti trend pembelajaran sesmasa dan berjaya menguasai
pembelajaran. Tugasan ini juga dapat mengembangkan pengetahuan dan idea saya untuk
berkongsi banyak faedah kepada masyarakat kita dalam menyelesaikan masalah persekitaran.
Melalui 3 dimensi konsepsi utama GCED juga memainkan peranan besar dalam masyarakat
untuk mewujudkan nilai etika di antara kita. Oleh itu, saya cukup gembira kerana berpeluang
belajar mengenai subjek ini. Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan saya dalam
menyelesaikan tugasan ini. Pertama, sangat membingungkan saya untuk mencari sumber
untuk menerangkan GCED. Jadi saya sedar bahawa saya perlu mempunyai pemahaman yang
lebih baik mengenai GCED. Saya mencari berbagai laman web untuk memahaminya
mengenai GCED dan 3 dimensi konsepnya yang utama. Ini akan banyak membantu saya
untuk meningkatkan pemahaman saya memperdalamkan pengetahuan saya tentang GCED
yang sangat berguna untuk kemahiran belajar abad ke-21.
( 3,436 Patah Perkataan )
5.0 RUJUKAN
- Bernama. (2019). JAS Johor giatkan pemantauan sungai tercemar, kritikal di Pasir
Gudang dipetik daripada,
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/10/620363/jas-johor-giatkan-
pemantauan-sungai-tercemar-kritikal-di-pasir-gudang
- Dr Fanny Tittel-Mosser. (2019). What is global citizenship education? From,
https://www.ifuturecitizen.com/post/what-is-global-citizenship-education
- Resources|GCED Clearinghouse.(2020).Retrieved12August2020, from
https://www.gcedclearinghouse.org/resources/global-citizenship-education-gced-
infographic
- Gertraud Diendorfer, Heidi Grobbauer, Susanne Reitmair-Juárez, Werner
Wintersteiner. (2015). Global Citizenship Education Citizenship Education for
Globalizing Societies from,
http://www.demokratiezentrum.org/fileadmin/media/pdf/Materialien/GlobalCitizenshi
pEducation_Final_english.pdf
- Piarapakaran S, 2020 from,
ULASAN | 7 cadangan buat PM selesaikan pencemaran, krisis air (malaysiakini.com)
- Mohd Yusop bin Ab. Hadi, Jailani bin Mohd Yunos ,Ahmad bin Esa(2003).
Pengurusan Persekitaran 2003.
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4159/1/Seminar_Kebangsaan_UKM_2003.pdf

More Related Content

What's hot

Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumFaktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumAslah Zakadi
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 
Bab 2.perkembangan fizikal
Bab 2.perkembangan fizikalBab 2.perkembangan fizikal
Bab 2.perkembangan fizikalCg Sue
 
Stratifikasi sosial
Stratifikasi sosialStratifikasi sosial
Stratifikasi sosialcik noorlyda
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankGabby Ee
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Yunkz Dion
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakRawiah Al-Adawiah
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKamarudin Jaafar
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakHarshiny Renu
 
Inovasi kurikulum khsr group tajuk 8
Inovasi kurikulum khsr group tajuk 8Inovasi kurikulum khsr group tajuk 8
Inovasi kurikulum khsr group tajuk 8Mohd Ridzuan
 
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotskymohamad293823
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellfiro HAR
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan KurikulumArthur Jupong
 

What's hot (20)

Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Konsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusiaKonsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusia
 
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumFaktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
 
Falsafah Pendidikan
Falsafah PendidikanFalsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
Bab 2.perkembangan fizikal
Bab 2.perkembangan fizikalBab 2.perkembangan fizikal
Bab 2.perkembangan fizikal
 
Stratifikasi sosial
Stratifikasi sosialStratifikasi sosial
Stratifikasi sosial
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kank
 
Teori Abraham Maslow
Teori Abraham MaslowTeori Abraham Maslow
Teori Abraham Maslow
 
Teori Modal Sosial
Teori Modal SosialTeori Modal Sosial
Teori Modal Sosial
 
Kognitif
KognitifKognitif
Kognitif
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
 
Inovasi kurikulum khsr group tajuk 8
Inovasi kurikulum khsr group tajuk 8Inovasi kurikulum khsr group tajuk 8
Inovasi kurikulum khsr group tajuk 8
 
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
 
Kepentingan bermain melalui belajar
Kepentingan bermain melalui belajarKepentingan bermain melalui belajar
Kepentingan bermain melalui belajar
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewell
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
 

Similar to Oumh1603

Makalah Lingkungan Hidup (ARISKA COMPNET)
Makalah Lingkungan Hidup (ARISKA COMPNET)Makalah Lingkungan Hidup (ARISKA COMPNET)
Makalah Lingkungan Hidup (ARISKA COMPNET)ARISKA COMPNET
 
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)kumpulan7
 
PPT IKD Pertemuan ke 15. Isu Lingkungan Global.ppt
PPT IKD Pertemuan ke 15.   Isu Lingkungan Global.pptPPT IKD Pertemuan ke 15.   Isu Lingkungan Global.ppt
PPT IKD Pertemuan ke 15. Isu Lingkungan Global.pptChristyRommer
 
PPT IKD Pertemuan ke 15. Isu Lingkungan Global.ppt
PPT IKD Pertemuan ke 15.   Isu Lingkungan Global.pptPPT IKD Pertemuan ke 15.   Isu Lingkungan Global.ppt
PPT IKD Pertemuan ke 15. Isu Lingkungan Global.pptriris70
 
Tor launching sekolah alam praktik penyaringan air kotor
Tor launching sekolah alam praktik penyaringan air kotorTor launching sekolah alam praktik penyaringan air kotor
Tor launching sekolah alam praktik penyaringan air kotorswirawan
 
Pengetahuan lingkungan soft skill
Pengetahuan lingkungan soft skillPengetahuan lingkungan soft skill
Pengetahuan lingkungan soft skillcondro23
 
Makalah ekologi lingkungan
Makalah ekologi lingkunganMakalah ekologi lingkungan
Makalah ekologi lingkunganRicky Ramadhan
 
Krisis air bersih di indonesia
Krisis air bersih di indonesiaKrisis air bersih di indonesia
Krisis air bersih di indonesiaHeru Prasetya
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganFebry Ramdani
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganFebry Ramdani
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganDiki Alnastain
 
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologis
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologismutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologis
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologisgilbertsg
 
Mengembangkan pendidikan IPS berwawasan lingkungan
Mengembangkan pendidikan IPS berwawasan lingkunganMengembangkan pendidikan IPS berwawasan lingkungan
Mengembangkan pendidikan IPS berwawasan lingkunganWidada Winata Atmaja
 
Biosand water filter
Biosand water filterBiosand water filter
Biosand water filterWisma Morgans
 
JUWITA AMALIA H. M. DJUFRIE.pptx
JUWITA AMALIA H. M. DJUFRIE.pptxJUWITA AMALIA H. M. DJUFRIE.pptx
JUWITA AMALIA H. M. DJUFRIE.pptxBetiBeti17
 
Ilmu Teknologi dan Pengetahuan Lingkungan
Ilmu Teknologi dan Pengetahuan LingkunganIlmu Teknologi dan Pengetahuan Lingkungan
Ilmu Teknologi dan Pengetahuan LingkunganGeGe_7T7
 

Similar to Oumh1603 (20)

Makalah Lingkungan Hidup (ARISKA COMPNET)
Makalah Lingkungan Hidup (ARISKA COMPNET)Makalah Lingkungan Hidup (ARISKA COMPNET)
Makalah Lingkungan Hidup (ARISKA COMPNET)
 
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
 
PPT IKD Pertemuan ke 15. Isu Lingkungan Global.ppt
PPT IKD Pertemuan ke 15.   Isu Lingkungan Global.pptPPT IKD Pertemuan ke 15.   Isu Lingkungan Global.ppt
PPT IKD Pertemuan ke 15. Isu Lingkungan Global.ppt
 
PPT IKD Pertemuan ke 15. Isu Lingkungan Global.ppt
PPT IKD Pertemuan ke 15.   Isu Lingkungan Global.pptPPT IKD Pertemuan ke 15.   Isu Lingkungan Global.ppt
PPT IKD Pertemuan ke 15. Isu Lingkungan Global.ppt
 
Tor launching sekolah alam praktik penyaringan air kotor
Tor launching sekolah alam praktik penyaringan air kotorTor launching sekolah alam praktik penyaringan air kotor
Tor launching sekolah alam praktik penyaringan air kotor
 
Pengetahuan lingkungan soft skill
Pengetahuan lingkungan soft skillPengetahuan lingkungan soft skill
Pengetahuan lingkungan soft skill
 
Buku scrap sejarah
Buku scrap sejarahBuku scrap sejarah
Buku scrap sejarah
 
Kkp
KkpKkp
Kkp
 
Makalah ekologi lingkungan
Makalah ekologi lingkunganMakalah ekologi lingkungan
Makalah ekologi lingkungan
 
Krisis air bersih di indonesia
Krisis air bersih di indonesiaKrisis air bersih di indonesia
Krisis air bersih di indonesia
 
143740305 kesehatan-lingkungan
143740305 kesehatan-lingkungan143740305 kesehatan-lingkungan
143740305 kesehatan-lingkungan
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
 
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologis
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologismutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologis
mutu lingkungan hidup dan keterbatasan ekologis
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Mengembangkan pendidikan IPS berwawasan lingkungan
Mengembangkan pendidikan IPS berwawasan lingkunganMengembangkan pendidikan IPS berwawasan lingkungan
Mengembangkan pendidikan IPS berwawasan lingkungan
 
Biosand water filter
Biosand water filterBiosand water filter
Biosand water filter
 
JUWITA AMALIA H. M. DJUFRIE.pptx
JUWITA AMALIA H. M. DJUFRIE.pptxJUWITA AMALIA H. M. DJUFRIE.pptx
JUWITA AMALIA H. M. DJUFRIE.pptx
 
Ilmu Teknologi dan Pengetahuan Lingkungan
Ilmu Teknologi dan Pengetahuan LingkunganIlmu Teknologi dan Pengetahuan Lingkungan
Ilmu Teknologi dan Pengetahuan Lingkungan
 

Recently uploaded

DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 

Recently uploaded (20)

DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 

Oumh1603

  • 1. SARJANA MUDA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DENGAN KEPUJIAN SEMESTER 1/ SEPTEMBER 2020 OUMH1603 KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21 NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON : E-MEL : PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH LEARNING CENTRE
  • 2. 1.0 PENGENALAN Latar Belakang Tugasan Globalisasi adalah fenomena yang saling berkaitan antara manusia dan perniagaan di seluruh dunia yang akhirnya membawa kepada integrasi budaya, politik, dan ekonomi global (Shome Et Al, 2002). Matlamat utama Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) adalah memupuk rasa hormat kepada semua orang, membina rasa kekitaan untuk menjadi manusia biasa dan membantu pelajar menjadi warga global yang bertanggungjawab dan aktif. GCED bertujuan untuk memberdayakan pelajar untuk mengambil peranan aktif untuk menghadapi dan menyelesaikan cabaran global dan menjadi penyumbang proaktif kepada dunia yang lebih damai, toleran, inklusif dan aman. Pendidikan untuk kewarganegaraan global membantu anak muda belajar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anda yang relevan untuk mengatasi cabaran tersebut dan mengembangkan kecekapan teras yang membolehkan mereka terlibat secara aktif dengan dunia dan membantu menjadikannya tempat yang lebih adil dan lestari. Ini adalah bentuk pembelajaran sivik yang melibatkan penyertaan aktif pelajar dalam projek yang menangani masalah global yang bersifat sosial, politik, ekonomi, atau persekitaran. Pendidikan mesti sepenuhnya berperanan utamanya dalam menolong orang membentuk masyarakat yang lebih adil, damai, toleran dan inklusif. " Pendidikan kewarganegaraan global memberikan pemahaman, kemahiran dan nilai yang perlu diberikan oleh pelajar untuk menyelesaikan cabaran yang saling berkaitan pada abad ke-21, termasuk perubahan iklim, konflik, kemiskinan, kelaparan, dan masalah kesetaraan dan kesinambungan. Hasil pendidikan yang sama ini mempersiapkan pelajar untuk berjaya di tempat kerja abad ke-21 juga. Melalui tugasan ini kita dapat mengetahui bagaimana punca berlakunya pencemaran air yang di hadapi oleh negara kita dan juga menilai kepentingan GCED dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan alam sekitar.
  • 3. 2.0 ISI KANDUNGAN 2.a Isu Alam Sekitar Seperti yang kita ketahui, sebaik sahaja manusia menggunakan sumber semulajadi untuk keselesaan dan memenuhi keperluan kehidupan, mereka telah merubah keaslian alam. Kegiatan manusia ini telah memberi impak keoada keaslian dunia yang sekiranyatidak terkawal dengan bijaksana akan menjadikan dunia tidak selamat untuk didiami. Banyak isu mengenai alam sekitar telah dibincangkan pada masa kini sama ada di peringkat kebangsaan atau di peringkat antarabangsa. Isu-isu yang sering diperdebatkan adalah seperti kesan gas rumah hijau, penipisan lapisan ozon, pencemaran air, pencemaran udara, pembalakan dan kepupusan flora dan fauna. Isu-isu persekitaran ini perlu segera dikenal pasti dan memerlukan pelan tindakan strategik bagi mengelakkan masalah-masalah persekitaran ini menjadi lebih buruk atau lebih dasyat pada masa beberapa tahun akan datang. Dalam tugasan ini, saya memilih untuk membincangkan mengenai isu alam sekitar yang paling terkenal dan sering dibangkitkan didalam iaitu pencemaran air. Air merupakan salah satu komponen asas kepada hidupan bumi selain sumber semula jadi selepas daripada udara dan logam-logam berat yang diperlukan untuk semua hidupan dan bukan hidupan. Bagi tujuan aktiviti keberterusan hidup haiwan dan tumbuhan, air merupakan salah satu sumber utama yang diperlukan melalui proses pemanasan bagi menjana sumber makanan (WHO, 2006). Lebih daripada 1.2 bilion orang terpaksa berhadapan dengan masalah kekurangan air bersih sekaligus akan menambahkan kebimbangan yang lebih serius (Shaharuddin & Noorazuan, 2006; Global Water Partnership, 2009; Tuan Pah Rokiah et al., 2015; Tuan Pah Rokiah & Hamidi, 2016). Justeru, kepentingan air bersih daripada kualiti air yang baik kepada hidupan khususnya manusia, perlu lebih diberi perhatian dan kerjasama yang jitu daripada setiap individu dan masyarakat. Dalam pada itu, tahap kualiti air mempunyai hubungan secara langsung dengan kekerapan dan intensiti hujan dalam satu-satu masa. Secara fizikalnya, jumlah hujan yang tinggi mampu meningkatkan proses hakisan dan pemendapan, di samping meningkatkan kadar luahan sesebuah sistem saliran dan seterusnya akan memberi impak kepada perubahan tahap kualiti air sungai tersebut. Walau bagaimanapun, kewujudan hidupan organik dan bukan organik dalam sistem saliran juga sebenarnya mampu mempengaruhi kualiti air. Pepejal terampai yang terhasil daripada aktiviti pembangunan tanah, perlombongan dan pembandaran menyebabkan berlakunya hakisan tanih yang merupakan salah satu petunjuk pencemaran air
  • 4. dan kebiasaannya ia terdiri daripada lumpur, zarah pasir halus kelodak dan sisa halus mineral (Azahan et al., 2001). Pencemaran air ini juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit bawaan air, dimana bahayanya mikrob yang mencemar air dengan bakteria, virus dan organisma parasite yang menyebabkan penyakit. Kebanyakan pencemaran ini adalah disebabkan air yang bersentuhan dengan haiwan dan najis manusia. Satu gram najis mengandungi hampir 100 bilion mikrob. Selain itu juga, pencemaran air ini telah menyebabkan ekosistem kita terjejas dimana saban hari kita dapat melihat banyak hidupan air mati akibat pembuangan sisa minyak yang dilepaskan secara terus, pembuangan bahan kimia yang tidak di saring terlebih dahulu secara tidak berjadual, nitrat atau besi di dalam bekalan air, bahan kimia agrikultur yang merbahaya digunakan secara berlebihan juga salah satu faktor yang memperangaruhi keadaaan bacaan normal air. Oleh itu, untuk mengelakkan pencemaran air di negara kita menjadi lebih parah, masyarakat perlu bekerja sama untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi pencemaran ini daripada terus berleluasa di sungai-sungai mahupun di perairan laut kita. Oleh kerana itu, kita mengambil pendekatan dengan menggunakan penerapan GCED kepada masyarakat. Ini supaya masyarakat kita boleh memperolehi daya pemikiran kritis untuk menentukan strategi yang dapat dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran air ini yang menjadi isu lingkungan. Isu pencemaran air ini di pilih sebagai masalah lingkungan yang serius kerana ia boleh menyebabkan kesan terhadap kesihatan seperti penyakit yang dikenal sebagai Diare, Cirit-birit dan Gastroenteritis, Sakit dan kejang abdomen, Demam kepialu, Disentri, Kolera, Meningitis, Penyakit cacing Guinea, Hepatitis ,Polio dan lain-lain lagi. Selain itu, saya memilih isu alam sekitar ini kerana pencemaran air sekarang ini tidak dapat dibendung lagi terutama di kawasan Lembah Kelang dimana setiap hari banyak isu-isu pencemaran air yang dimuat naik ke dalam laman sesawang contohnya facebook, youtube dan blog artikel kerana sudah tidak tahan dengan situasi pencemaran ini. Dengan mematuhi kaedah GCED ini, ia sebagai pendekatan untuk mencari jalan keluar dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai masalah pencemaran air yang berlaku pada masa kini.
  • 5. 2.b Video GCED dan Pencemaran Air i. https://youtu.be/kVr8SH0t8EI (rangkaian video GCED) Video mengenai " Global Citizenship Education" ini menerangkan pentingnya pendidikan kewarganegaraan global (GCED) dalam dunia global dan semakin saling berkaitan dan saling bergantung. Di dalam video ini, terdapat ucapan dimana pada tahuun 1945-ELLEN WILKINSON (Ministry Of Education United Kingdom) mengatakan ’’parti dalam perlembagaan ini percaya sepenuhnya dan setara peluang pendidikan untuk semua dalam mencapai objektif yang tidak terhad kebenaran dan pertukaran idea dan pegetahuan secara bebas dipersetujui dan ditentukan untuk mengembangkan dan meningkatkan kaedah komunikasi antara masyarakat mereka dan untuk menggunakan kaedah ini untuk tujuan saling memahami dan lebih banyak pengetahuan yang lebih sempurna tentang hukum masing-masing. Akibatnya dengan ini mewujudkan ilmiah dan budaya Organisasi Pendidikan Bangsa-Bangsa Bersatu ada ketika masyarakat didunia berpecah terhadap dirinya sendiri’’. Lebih kurang 1 billion yang hidup didalam kemiskinan yang melampau, sementara ada masyarakat lain hidup lebih sukar dan bukannya sukar kerana kewangaan semata-mata, tetapi daripada segi pembelajaran, peradaban, teknologi dan lain-lain lagi. Sukar untuk kita bayangkan dimana era teknologi pada zaman kini masih banyak lagi kanak-kanak yang tidak mendapat pembelajaran atau persekolahan diatas kemiskinan. Madame J ada berkata ’’apa
  • 6. yang menyatukan orang ramai seperti yang kita ada berkumpul malam ini dan itu akan mengubah segalanya. Dunia yang menjadikan hidup kearah kemanusiaan yang tinggi dapat menjadikan dunia berada didalam aman, damai, dan harmoni dimana masyrakat boleh berkumpul (sekolah) dan boleh melakukan lebih banyak perkara (keamanan).
  • 7. i. https://www.youtube.com/watch?v=hxaTqlASsOY (rangkaian video pencemaran air) Video berkisar mengenai “51 Sungai Malaysia Sudah Terkorban”mengikut Indeks laporan Kualiti Alam 2017 dimana sebanyak 477 sungai diawasi. Mengikut statistik daripada 477 sungai yang diawasi, sebanyak 219 (46%) sungai berada ditahap indeks kualiti bersih, sebanyak 207 (43%) sungai pula berada ditahap sedehana tercemar dan 51 (11%) sungai pulai ditahap tercemar. Merujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) air terbahagi kepada 6 kelas iaitu : KELAS INDEKS KUALITI AIR KEGUNAAN AIR Kelas I 92.7 – 100.0 Pemeliharaan secara semulajadi Rawatan air yang sangat minimum Spesis hidupan air yang sangat sensitif Kelas II 76.5 – 92.7 Rawatan air konvensional Spesis hidupan air yang sensitif. Sesuai untuk rekreasi. Kelas III 51.9 – 76.5 Rawatan air lebih menyeluruh. Sesuai untuk haiwan ternakan. Kelas IV 31.0 – 51.9 Sesuai untuk pengairan Kelas V 0.0 – 31.0 Air yang tidak dapat dimanfaatkan Di negeri Johor terdapat 1 sungai yang tercemar yang di kategori kelas IV atau ‘sungai mati’ menurut Laporan Kualiti Alam Sekitar (EQR) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Selain Sungai Tukang Batu yang terletak dalam kawasan perindustrian Pasir
  • 8. Gudang, Sungai Buluh juga disenaraikan sebagai sungai paling tercemar di Johor dan antara lima sungai yang paling tercemar di Malaysia. – BERNAMA,2019. Kebanyakkan sungai-sungai di Malaysia kini sudah berada di kelas III dan IV kerana terdapat banyak industri-industri kecil mahupun sederhana kian membangun seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan ini sangat membimbangkan sekiranya tiada pemantauan daripada pihak berwajib, ia menjadi lebih membimbangkan kepada ekosistem air mahupun kepada masyarakat setempat. Terdapat dua sungai yang kini sukar untuk dirawat iaitu Sungai Perak dan Sungai Klang kerana terdapat kegiatan harian(industri) berhampiran di sekitar sungai. Krisis ketiadaan air di Selangor sering menjadi isu perbualan yang hangat di Malaysia kerana ia kerap berlaku dikawasan Lembah Kelang yang berpunca daripada penutupan loji pusat rawatan air diatas kos menyelenggara daripada tanah lumpur, sampah sarap, kotoran kimia dan bermacam lagi yang menelan kos yang sangat tinggi. Selain itu, air yang tercemar mempunyai bau busuk, rasa yang tidak enak, warna yang keruh dan kotor. Air ini sama sekali tidak sesuai untuk diminum, mandi, mencuci atau sebagainya. Ini adalah kerana jumlah pencemaran akan merosakkan manusia atau penanaman.Asid merupakan bahan pencemaran yang paling berbahaya. Tercemar melalui sistem pembuangan, terutamanya dari lombong, air pertanian, dan operasi pengorekan. Terdapat juga penggunaan racun perosak kimia dan bahan sulfur tahap tinggi digunakan dalam pertanian. Pembuangan dengan cara yang tidak bertanggungjawab melalui saluran atau perparitan yang dibina akan menyebabkan berlakunya pencemaran seterusnya menjadi punca penyebaran. Kehidupan manusia atau organisma lain terancam apabila menggunakan air yang yang tercemar yang secara tidak langsung mengakibatkan pelbagai penyakit kronik. Kewujudan pendemik akibat pencemaran air juga akan menyebabkan hari demi hari kematian dan kepupusan organisma laut. Situasi ini menimbulkan ancaman kepada kepada kehidupan manusia yang bergantung kepada air untuk hidup. Pertamanya air punca kelangsungan hidup dan keduanya ialah organisma laut antara sumber makanan manusia. Dalam beberapa tahun akan datang,tidak hairanlah sekiranya bil air atau taraf meter padu air (m³) akan menjadi lebih tinggi kerana tiada langkah-langkah awalan bagi memelihara dan memulihara semula sungai-sungai di Malaysia yang terancam akibat daripada tangan manusia sendiri.
  • 9. 2.c 3 Dimensi Konsep Dalam GCED Membawa Manfaat Kepada Masyarakat Untuk MenyelesaikanIsuAlam Sekitar GCED merupakan konsep yang terbahagi kepada 3 iaitu emosi, kognitif dan tingkah laku. Ketiga-tiga konsep ini berperanan untuk membantu memyelesaikan masalah persekitaran yang membimbangkan pada masa sekarang. Pada asasnya, dari aspek kognitif gced, penyelesaian untuk mengatasi masalah alam sekitar seperti pencemaran air dapat dilakukan dengan memperoleh pengetahuan secara lokal, nasional atau global ke akal pemikiran poskritik untuk mengatasi pencemaran air. Penyebab pencemaran air seperti yang diketahui adalah kerana kurangnya kesedaran,keprihatinan dan pengetahuan mengenai sebab dan impak akibat daripada pencemaran air berlaku. Dengan penerapan aspek kognitif GCED, masyarakat akan dapat memperoleh maklumat dan pengetahuan baru dan menentukan cara bertindak untuk menyelesaikan masalah ini seperti membuang sampah ditempat yang disediakan di kawasan masing-masing, pengurangan jumlah dan masa mandian, menggunakan syampu atau sabun yang berasaskan organik kerana memerlukan air yang sedikit untuk membilas, tidak meneroka hutan secara haram, dan pembuangan sisa berjadual bagi mengatasi masalah pencemaran ini. Dari aspek emosi, GCED akan memberikan kemampuan untuk menimbulkan perasaan yang diperolehi oleh manusia biasa iaitu dalam berkongsi nilai dan tanggungjawab, nilai empati, solidariti dan menghormati perbezaan serta kepelbagaian yang ada di seluruh dunia. Oleh itu, masyarakat akan mempunyai lebih banyak dalam perhatian terhadap alam sekitar untuk mengambil tindakan yang sewajarnya supaya dapat memberi manfaat kepada induk bumi serta dapat membantu mengatasi permasalahan kualiti air yang bersih dengan langkah- langkah seperti pengurangan penggunaan baja kimia dan racun untuk serangga , pemeliharaan dan pemuliharaan semula hutan serta memberikan hukuman setimpal terhadap pesalah laku. Untuk aspek tingkah laku pula, GCED mampu untuk bertindak dengan berkesan dan juga bertanggungjawab di peringkat tempatan, nasional dan global untuk dunia yang lebih aman dan lestari..untuk mencapai dunia yang selamat dan lestari tanpa pencemaran alam sekitar, ia bukan sekadar teori tetapi ia merupakan keperluan praktikal kerana teori tersebut tidak akan sempurna tanpa sebarang latihan.dan pengetahuan ibarat menanam pokok tetapi tidak berbuah. Ini kerana pengetahuan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah pencemaran air sekiranya tiada mengambil tindakan yang sewajarnya.
  • 10. Menurut ( Piarapakaran S,2020 ) Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Anggota-Anggota Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara mengenai beberapa penyelesaian segera (menjelang tahun ini) dan penyelesaian jangka panjang (dalam Rancangan Malaysia ke-12) untuk tindakan segera. Antaranya langkah-langkahnya adalah pindaan segera terhadap Akta Kualiti Air Sekeliling 1974 (EQA) dengan menambahkan seksyen baru mesti dilakukan pada persidangan parlimen yang akan datang untuk membolehkan tuntutan kerugian oleh pihak-pihak terjejas. Seksyen ini akan membolehkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) membuat pengiraan kehilangan pendapatan dan kos tambahan yang ditanggung oleh pihak-pihak yang terlibat semasa kejadian pencemaran. Klausa pemboleh ini juga boleh membenarkan JAS untuk membekukan aset pesalah kepada jumlah wang yang mereka berhutang berdasarkan kes yang dibawa oleh JAS. Pada masa ini, denda dan tuntutan kos pembersihan adalah sangat kecil berbanding dengan kos pencemaran sebenar. Oleh itu, ia tidak menghalang pesalah daripada melakukan kesalahan. Dengan cadangan pindaan tersebut, pesalah perlu membayar denda, kos pembersihan dan tuntutan dari pihak-pihak yang terjejas yang mungkin berjumlah beberapa juta. Setelah seksyen baru diluluskan di parlimen, JAS dapat menetapkan mekanisme tuntutan terperinci melalui kaedah dan peraturan. Kemudian, memperbaiki semula kaedah siasatan agar insiden seperti pencemaran di Pasir Gudang tidak berlaku dan pesalah sebenar masih tidak di ketahui. Untuk penyelesaian jangka masa panjang pula, tarif untuk air mentah hendaklah berdasarkan daripada kualiti haruslah dilaksanakan untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri menerimapendapatanyangsetarasemasamelindungi kawasan tadahan air untuk menjamin sumber air mentah termasuk air mentah rentas sempadan. Di samping itu, melindungi kawasan tadahan air akan memastikan kualiti air mentah lebih baik dan mengurangkan kos rawatan air yang akan diterjemahkan kepada tarif air yang adil dan berpatutan. Penentuan tarif ini harus diketuai oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). JAS mesti membangunkan standard pelepasan air sisa berasaskan beban pencemaran untuk memulakan pembalikan pencemaran (pollution reversal). Penyelesaian ini adalah kesinambungan dari penyelesaian jangka panjang 2 dan 3. Ia akan dilaksanakan dalam 4 fasa antara tahun 2023 dan 2030. Ini dapat membantu memastikan kawasan tadahan air yang sedia ada yang terletak di hulu sungai dapat dilindungi pada jangka masa panjang. Kaedah pembalikan pencemaran ini dapat juga mewujudkan kawasan tadahan air yang baru di pertengahan dan hilir sungai.
  • 11. 3.0 KESIMPULAN Secara ringkasnya, apa yang dapat saya simpulkan disini bahawa tujuan tugasan yang diberikan pada asasnya adalah untuk mendedahkan para pelajar untuk belajar lebih banyak mengenai GCED dan bagaimana implikasinya membantu mengatasi masalah persekitaran. GCED ini adalah salah satu pendekatan yang dilakukan secara global sebagai bentuk prosedur pembelajaran yang pada dasarnya mempunyai penyertaan aktif pelajar untuk menangani masalah global dari aspek-aspek iaitu sosial, politik, ekonomi, atau persekitaran. GCED ini dikembangkan untuk menganalisis dan mengenal pasti kemahiran yang diperlukan dalam prosedur perubahan dan pengembangan dunia yang semakin moden. Konsep yang berada di bawah GCED iaitu kognitif, emosi dan tingkah laku. Untuk menjadi warganegara peringkat global, seseorang mesti mempunyai kemampuan untuk mendapatkan maklumat dan bertindak dengan menerapkan maklumat tersebut untuk menyelesaikan masalah yang timbul di sekitarnya. Sebagai contoh, masalah alam sekitar yang merupakan masalah yang pada dasarnya timbul dalam ekosistem bumi, dapat diatasi dengan pelaksanaan konsep GCED
  • 12. 4.0 REFLEKSI KENDIRI Dalam tugasan ini, pelajar diminta menggunakan kemahiran yang diperoleh didalam subjek ini iaitu untuk menjelaskan bagaimana Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) memberi manfaat kepada masyarakat dalam menyelesaikan masalah persekitaran. Masalah alam persekitaran yang saya pilih adalah Pencemaran Air. Saya telah belajar beberapa perkara semasa membuat tugasan ini. Pertama sekali, saya telah belajar tentang pentingnya melindungi alam sekitar terutamanya di sungai kita. Ini adalah sangat penting untuk kelangsungan hidup manusia dan sebagai sumber air minum yang selamat. Saya juga mengetahui bahawa kemahiran belajar abad ke-21 adalah perlu untuk memastikan bahawa kita sebagai pelajar dapat mengikuti trend pembelajaran sesmasa dan berjaya menguasai pembelajaran. Tugasan ini juga dapat mengembangkan pengetahuan dan idea saya untuk berkongsi banyak faedah kepada masyarakat kita dalam menyelesaikan masalah persekitaran. Melalui 3 dimensi konsepsi utama GCED juga memainkan peranan besar dalam masyarakat untuk mewujudkan nilai etika di antara kita. Oleh itu, saya cukup gembira kerana berpeluang belajar mengenai subjek ini. Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Pertama, sangat membingungkan saya untuk mencari sumber untuk menerangkan GCED. Jadi saya sedar bahawa saya perlu mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai GCED. Saya mencari berbagai laman web untuk memahaminya mengenai GCED dan 3 dimensi konsepnya yang utama. Ini akan banyak membantu saya untuk meningkatkan pemahaman saya memperdalamkan pengetahuan saya tentang GCED yang sangat berguna untuk kemahiran belajar abad ke-21. ( 3,436 Patah Perkataan )
  • 13. 5.0 RUJUKAN - Bernama. (2019). JAS Johor giatkan pemantauan sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang dipetik daripada, https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/10/620363/jas-johor-giatkan- pemantauan-sungai-tercemar-kritikal-di-pasir-gudang - Dr Fanny Tittel-Mosser. (2019). What is global citizenship education? From, https://www.ifuturecitizen.com/post/what-is-global-citizenship-education - Resources|GCED Clearinghouse.(2020).Retrieved12August2020, from https://www.gcedclearinghouse.org/resources/global-citizenship-education-gced- infographic - Gertraud Diendorfer, Heidi Grobbauer, Susanne Reitmair-Juárez, Werner Wintersteiner. (2015). Global Citizenship Education Citizenship Education for Globalizing Societies from, http://www.demokratiezentrum.org/fileadmin/media/pdf/Materialien/GlobalCitizenshi pEducation_Final_english.pdf - Piarapakaran S, 2020 from, ULASAN | 7 cadangan buat PM selesaikan pencemaran, krisis air (malaysiakini.com) - Mohd Yusop bin Ab. Hadi, Jailani bin Mohd Yunos ,Ahmad bin Esa(2003). Pengurusan Persekitaran 2003. http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4159/1/Seminar_Kebangsaan_UKM_2003.pdf