Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum

6,499 views

Published on

Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum

  1. 1. Faktor-Faktor YangMempengaruhi Pembentukan Kurikulum Goh Teck Song Nor Aslah Zakadi
  2. 2. Faktor-faktor. . .• Kehendak individu• Kehendak masyarakat• Kehendak sewarjagat/universal• Kehendak negara• Teknologi• Ideologi• Keperluan sumber manusia
  3. 3. Kehendak Individu : KBSR• Sesuatu kurikulum itu adalah berasaskan kandungan mata pelajaran dan perkembangan bakat pelajar• KBSR digubal bagi mengatasi kelemahan-kelemahan dari kurikulum sebelumnya.• KBSR mencakupi kemahiran pelajar dalam : – Bidang komunikasi – Bidang manusia dan alam sekeliling – Bidang perkembangan diri yang bersesuaian dengan keperluan,bakat,minat dan keupayaan mental serta kesediaan pelajar
  4. 4. Kehendak Individu : KBSR• Dalam KBSR tumpuan diberiksn kepada : – Membolehkan pelajar menguasai kemahiran- kemahiran berinteraksi dalam semua situasi dan mengembangkan penaakulan dan pemikiran mereka – Memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami alam sosial dan fizikal supaya mereka dapat menikmati keadaan kehidupan serta nilai- nilai murni agar mereka menjadi ahli masyarakat yang bertanggungjawab – Menekankan pembelajaran ke arah memahami diri, mengembangkan minat dan bakat serta mempertingkatkan watak pelajar
  5. 5. Kehendak Individu : KBSR – Memberi penekanan pada kemahiran penyelesaian masalah dalam semua aspek – Memelihara keseimbangan antara ilmu pengetahuan dengan unsur rekreasi dan amalan
  6. 6. Kehendak Individu : KBSM• KBSM digubal dengan matlamat menyediakan pendidikan yang dapat membentuk individu berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan terhadap keharmonian serta kemakmuran masyarakat dan negara.• Perkembangan dilihat dari aspek intelek, rohani, jasmani dan emosi.
  7. 7. Kehendak Masyarakat : KBSR• Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara• Menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur,membaca dan menulis di dalam baha pengantar sekolah-sekolah rendah• Menguasai kemahiran mengira• Berupaya memahami, membaca, menulis dan juga bertutur dalam Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua
  8. 8. Kehendak Masyarakat : KBSR• Membina sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian yang diterima oleh masyarakat berlandaskan Rukun Negara• Mempunyai pengetahuan,kefahaman,minat dan kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar• Bergaul,menghormati hak orang lain dan mempunyai semangat toleransi dan bekerjasama
  9. 9. Kehendak Masyarakat : KBSR• Mengembangkan bakat,asas keyakinan, daya kepimpinan untuk meluaskan pengetahuan dan mempertingkat kebolehan• Memahami,meminati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian serta rekreasi yang tergolong dalam lingkungan kebudayaan kebangsaan
  10. 10. Kehendak Masyarakat : KBSM• Keperluan memupuk nilai-nilai kewarganegaraan dengan tujuan mewujudkan perpafuan rakyat dan identiti bangsa• Keperluan mendidik pelajar supaya mampu menghadapi cabaran-cabaran hidup• Keperluan mengembangkan kemahiran- kemahiran teknologi, sifat-sifat keusahawanan, pengetahuan pengurusan waktu, pemikiran kreatif dan etika kerja supaya pelajar dapat memainkan peranan yang sejajar dengan proses pemodenan dan perindustrian
  11. 11. Kehendak Masyarakat• Kesimpulannya, KBSR dan KBSM bertunjangkan matlamat melahirkan warganegara yang mantap dari aspek sosial,ekonomi,politik agama dan kebudayaan.
  12. 12. Kehendak Sarwajagat• Masyarakat yang terbentuk adalah gabungan dari unit yang bersepadu• Ia mengambilkira peraturan dan pengetahuan sedia ada dalam kehidupan seharian• Kurikulum ini cenderung kepada penekanan terhadap nilai, sentimen, pengetahuan dan kemahiran yang menjamin kestabilan masyarakat, motivasi individu serta kawalan tingkah laku.
  13. 13. Kehendak Sarwajagat• Standard dan pengetahuan dalam menentukan aspek yang betul, salah, baik, buruk, benar dan yang palsu.• Meliputi hal yang berkaitan politik, ekonomi, estetik, pendidikan dan sebagainya.• Membentuk moral masyarakat
  14. 14. Tujuan Kehendak Sarwajagat• Memupuk persefahaman dan semangat kerjasama antarabangsa di kalangan penduduk dunia• Meningkatkan taraf hidup penduduk di negara-negara membangun• Menyelesaikan pelbagai masalah yang mengancam kesejahteraan seperti peperangan, kekurangan makanan, pengangguran dan penyakit.
  15. 15. Tujuan Kehendak Sarwajagat• Memberikan idea tentang manusia yang lengkap dan sempurna serta idea, falsafah keagamaan dan kedudukan manusia disisi Tuhan. Sifat-sifat yang hendak dipupuk cenderung ke arah kebsikan,kebenaran serta tabah dalam menghadapi cabaran.• Melahirkan individu yang menghormati adat resam dan kebiasaan antarabangsa.• Nilai moral : belas kasihan,bertimbang
  16. 16. Kehendak Negara• Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi sesebuah negara dalam mencapai matlamat pembangunannya• Oleh itu wujud Dasar Pendidikan Negara yang sentiasa ditambah baik mengikut keperluan dan perkembangan global• Dasar Pendidikan Negara tidak boleh bersifat statik kerana ia perlu senantiasa diubahsuai mengikut keperluan negara melahirkan tenaga mahir dan insan yang cemerlang JERISnya.
  17. 17. Teknologi• Inovasi dan reformasi kurikulum dipengaruhi oleh perkembangan Sains dan Teknologi.• Pendedahan terhadap ilmu dan kemahiran IT dari peringkat sekolah rendah memacu kepada keterbukaan minda terhadap kemajuan dunia maklumat.• Ini dapat membantu negara melahirkan rakyat yang progresif,berpandangan jauh dan berdaya saing.
  18. 18. Keperluan Sumber Manusia• Visi dan misi negara akan sentiasa digerakkan dengan pembangunan manusia.• Pembangunan ini adalah bagi melahirkan tenaga mahir yang berilmu, berwibawa dan berketrampilan.• Pelajar dibimbing dan digalakkan supaya berfikiran kritis dan kreatif,selain daripada kemahiran menyoal dan memperoleh dapatan melalui eksperimen yang dijalankan.• Penekanan baru diperlukan dalam penambah baikan kurikulum agar inovasi dapat diserapkan.
  19. 19. Ideologi• Ideologi merupakan suatu set kepercayaan tentang cara hidup yang dicita-citakan untuk dasar pemerintahan.• Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Curriculum Planning" menyatakan : Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education
  20. 20. Ideologi• Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap pemerintah menguatkan pengaruh• Rukun Negara telah menitikberatkan perpaduan,demokrasi, keadilan, liberalisasi budaya serta pembentukan masyarakat yang progresif.• Setiap perubahan dalam ideologi negara membawa inovasi dan perubahan dalam kurikulum pendidikan.
  21. 21. Latar Belakang KBSR• 1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.• 1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.• 1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.• 1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi• 1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.• 1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.
  22. 22. Matlamat KBSR• Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersapadu. Kemahiran 3M (menulis, membaca dan mengira) ditekankan• Perkembangan ini meliputi aspek-aspek: - intelek - rohani - emosi dan jasmani
  23. 23. Ciri-ciri KBSR
  24. 24. Penekanan• Tahap 1:1. Penguasaan kemahiran asas berbahasa. ( mendengar, bertutur, membaca dan menulis)2. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira3. Mengenal huruf4. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat
  25. 25. Sambung…• Tahap 21. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa2. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah3. Kemahiran belajar serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif4. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
  26. 26. Bidang PelajaranBidang Komponen Fasa 1 Fasa 2Komunikasi Kemahiran Asas BM BM BI BI BC BC BTamil BTamil Mat MatManusia dan Sikap, Nilai dan P.Islam P.IslamPersekitaran Spiritual P.Moral P.Moral Sains K.TempatanPerkembangan Kemahiran P.Muzik KHIndividu Hidup Seni dan P. Seni P.Muzik Riadah PJK P. Seni Kokurikulum PJK
  27. 27. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran• Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.• Menggabungjalinkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.• Mengaitkan pengalaman murid dengan apa yang diajar.• Menggunakan pelbagai media alam semula jadi, bahan maujud, media cetak dan media elektronik.• Menilai proses P&P seharian supaya tindak susul dapat dijalankan.
  28. 28. Kaedah Dan Teknik Pengajaran DanPembelajaran• Permainan simulasi• Lakonan.• Permainan• Demonstrasi / tunjuk cara• Lawatan• Bercerita• Projek• Tutorial• Sesi Buzz (Membuat keputusan daripada perbincangan ringkas)• Percambahan fikiran
  29. 29. Penilaian• Penilaian Kendalian Sekolah Rendah• Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
  30. 30. KBSM• Merupakan perkembangan baru kurikulum sekolah rendah• Kandungan KBSM mempunyai pertalian rapat antara manusia, alam dan Tuhan• Kemahiran 3M diperkukuh dan diperkembangkan lagi• Unsur-unsur moral dititikberatkan (P.Islam & P.Moral)
  31. 31. Matlamat KBSM• Untuk membantu para pelajar mengembangkan potensi dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani secara menyeluruh serta bersepadu
  32. 32. Tumpuan-tumpuan Khas DalamKBSM• Pengetahuan dan kemahiran yang lebih meluas dan mendalam• Kesepaduan ditekankan• Penghayatan dan amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan juga dititikberatkan• Peningkatan penguasaan Bahasa Melayu
  33. 33. Bidang-Bidang Kajian • Peringkat menangah rendah (Tingkatan 1-3) Teras Tambahan BM BI BC Mat Sejarah BT P.Moral P.Islam Geografi Sains KH PJK P.Seni
  34. 34. • Peringkat menangah atas (Tingkatan 4-5) Elektif Elektif Teras Kumpulan 1 Kumpulan 2 BM BI Kesusasteraan Melayu Sains Tambahan Mat Literature in English Biologi Fizik Kimia Sejarah BC BT Geo Muzik Mat Tambahan P.Moral Seni Bahasa lain P.Akaun Ekonomi P.Islam Pengajian Islam Tinggi Sains Pertanian Sains Ekonomi Rumah PJK Tangga Teknologi Kejuruteraan
  35. 35. Konsep Kesepaduan dalam P & PPenggabungjalinan Penyerapan• Merupakan satu • Merupakan proses proses menyatukan isi atau penyampaian kandungan daripada beberapa beberapa mata kemahiran di dalam pelajaran. satu mata pelajaran
  36. 36. Contoh-contoh• Penggabungjalinan • Penyerapan- Mata pelajaran BM, - Mata pelajaran BM, guru menerangkan guru mengajar kata- satu tajuk dan kata tatasusila spt: menyoal pelajar terima kasih, minta selepas maaf dsb. Dalam penerangan.Beberap situasi ini, a kemahiran akan penyerapan P.Moral diperoleh para pelajar telah dilakukan
  37. 37. Objektif Penggabungjalinan1. Penguasaan pelbagai kemahiran dalam satu masa P&P2. Meningkatkan keberkesanan proses P&P3. Lebih menarik minat pelajar4. Menjadikan proses P&P lebih bermakna kepada para pelajar
  38. 38. Jenis-jenis PenggabungjalinanPenggabungjalinan Penggabungjalinan Pengabungjalinan pelbagai Kemahiran kemahiran daripada kemahiran merentas mata dalam satu kurikulum. pelajaran lain. mata pelajaran.
  39. 39. Contoh-contoh Penggabungjalinan• Penggabungjalinan • Penggabungjalinan Kemahiran merentas pelbagai kemahiran kurikulum dalam satu mata- P.Seni, pelajar pelajaran. (Rujuk slaid dikehendaki ke 36) menghasilkan kraf • Pengabungjalinan tangan. Pelajar haruslah kemahiran daripada berfikir secara kreatif mata pelajaran lain. dan kritis bagaimana (Rujuk slaid ke 36) hendak menghasilkan kraf yang menarik
  40. 40. PenyerapanProses menyebati & Perbezaan dgnmenyatupadukan pengetahuan penggabungjalinan,atau unsur isi pengetahuan penyerapan lebihdrp suatu mata pelajaran kdp unsurlain ke dlm isi pelajaran pengetahuanbagi satu mata pelajaran yangdiajar Perkara-perkara yg dipalajari dlm satu Dalam proses ini murid akan mata pelajaran adalah Dapat melihat perkaitan antara saling berkaitan,penting Satu mata pelajaran dgn yang & berguna dlm mata lain pelajaran lain
  41. 41. Rumusan• Kurikulum ialah segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang melibuti semua ilmu pengetahuan serta kemahiran, norma dan nilai masyarakat yang dirancangkan untuk para pelajar di sekolah.• Faktor-faktor yang mempengaruhi penggubalan kurikulum ialah kehendak masyrakat, kehendak individu,kehendak sarwajagat, kehendak negara, teknologi dan idealogi serta keperluan sumber manusia.
  42. 42. Sambung…• Empat aspek utama dalam suatu rancangan kurikulum ialah: - objektif - isi kandungan - kaedah melaksanakan kurikulum - penilaian kurikulum Sekian…

×