ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajaran Tajuk Elektrokimia Tingkatan Empat
1. PEMBANGUNAN PERISIAN KELAS MAYA BERASASKAN PENDEKATAN I-THINK DALAM PENGAJARAN TAJUK ELEKTROKIMIA TINGKATAN EMPAT
Norfaiza Mohd Zuki1, Hafsah Taha2, Mustaffa Ahmad3 & Che Soh Said4
1,2,3,4Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.
1norfaiza@smart.edu.my, 2hafsah@fsmt.upsi.edu.my, 3mustaffa@fsmt.upsi.edu.my, 4chesoh@fskm@upsi.edu.my
Abstrak
Kemerosotan pelajar Malaysia dalam ujian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program for International Student Assessment (PISA) 2009 seterusnya 2011 menunjukkan mereka masih belum menguasai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan baik. Penyelidikan ini bertujuan membangunkan Kelas Maya Virtual Chemistry Classroom (KMVCC) berasaskan pendekatan i-Think (peta pemikiran). Kajian juga akan menguji kesan peningkatan KBAT dalam KMVCC bagi pelajar yang mempunyai kebolehan mentakrif ruang yang rendah low spatial ability. Seterusnya menguji kesan KMVCC dalam meningkatkan minat pelajar low spatial ability dalam elektrokimia. Kajian kepenggunaan terhadap KMVCC dilaksanakan berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pasca kepada Kumpulan Eksperimen iaitu pelajar yang terlibat dengan KMVCC dan Kumpulan Kawalan iaitu kumpulan pelajar yang terlibat dengan Kelas Maya Konvensional (KMK) iaitu pelajar yang tidak terlibat dengan pendekatan i-Think. Kajian kes ini melibatkan pelajar di sebuah sekolah dan 25 orang guru kimia di Pahang. Instrumen yang digunakan adalah satu set soal selidik sebelum dan selepas perisian dibangunkan dan 8 set soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca dari Modul Revison dan Modul Mind Challenge. Data akan dianalisis menggunakan skor min, sisihan piawai dan ujian-t sampel bebas (independent sample t-test) bagi membandingkan perbezaan kepenggunaan, pencapaian dan minat Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen. Dapatan kajian diharap dapat memberikan input kepada para pendidik serta pembangun dan pereka bentuk perisian multimedia berbentuk virtual dari aspek pendekatan pembelajaran yang sesuai. Kajian juga akan dapat membantu guru memaksimumkan penggunaan Frog VLE dan pendekatan i-Think dalam merangsang KBAT pelajar.
Kata kunci : Kelas maya, pendekatan i-Think, Kemahiran berfikir aras tinggi
Abstract
The deterioration in Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) and Programme for International Student Assessment (PISA) 2009 next 2011 show that Malaysias’ student are not yet master in higher order thinking skills (HOTS). It also shows that students are lack of interest to acquire greater knowledge of science. This research aims to develop a Virtual Classroom, Virtual Chemistry Classroom (KMVCC) based on the learning pattern of i-Think (map of thought). This research will see the HOTS increasement in KMVCC for low spatial ability student in Electrochemistry. In other hand, it also investigate the KMVCC in order to increase the interest of low spatial ability students' in electrochemistry topic. Study on applicability of KMVCC performed on a test basis of the Pre and Post Test for Experimental group, students involved with the KMVCC and the control group, students involved in the Virtual Conventional Classroom (KMK), student who is not involved with the learning patterns of i-Think. This case study involves students in a school and 25 of chemistry teachers in Pahang. The instruments used are a set of questionnaire before and after the software developed and 8 sets of Pre-Test and Post Test of questions. The Data is analyzed using mean score, standard deviation, and independent samples t-test for comparing the difference in the usability, performance and interest in the Control Group and Experimental Group. The findings are expected to provide input to educators as well as developers and designers of multimedia software in the form of virtual terms of appropriate learning tools. This research will help teachers to meximise the usage of Frog VLE and i-Think learning tools in enhancing students’ HOTS.
Keywords: Virtual Classroom, i-Think learning approache, Higher order thinking skills
2. PENGENALAN
Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju pada tahun 2020 (Zoraini, 1993). Pembangunan modal insan perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang kukuh dalam bidang sains dan teknologi (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006) dan menguasai kemahiran berfikir (Unit Perancang Ekonomi, 2001).
Sistem pendidikan berasaskan teknologi maklumat diperlukan bagi melahirkan modal insan pelajar khususnya yang berdikari, dalam masyarakat bermaklumat. Bahan-bahan pengajaran konvensional dan situasi dalam bilik darjah sahaja, tidak boleh menampung permintaan pengetahuan yang semakin meningkat dan ini menambahkan masalah dalam proses pembelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan kos yang efisyen seiring dengan keperluan pelajar perlu di ambil berat. Salah satu teknik yang digunakan dalam teknologi baru pada era pengetahuan ini ialah pembelajaran maya, virtual learning. Persekitaran pembelajaran maya merupakan persekitaran generasi baru dalam sistem pendidikan berasaskan komputer. Kelas maya merupakan sebuah kaedah pendidikan baru yang mudah dan dapat menarik perhatian pelajar untuk terus belajar (Peplow, M. & Marris, E. 2006; Morozov et al. 2004). Menurut Morozov et al. (2004) terdapat beberapa konsep kelas maya yang pernah dilaksanakan seperti pembelajaran menggunakan laman sesawang world wide web (www) dan learning by doing pembelajaran melalui perbuatan di mana proses pembelajaran secara kendiri diaplikasi.
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan pentaksiran kemahiran kognitif mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Item KBAT menguji keupayaan pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan menilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya dalam mencipta sesuatu, (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013)
I-Think adalah pendekatan yang menggunakan peta pemikiran. Pelajar akan terdedah dengan pendekatan membina sendiri peta minda berdasarkan kefahaman mereka dengan konsep ilmu yang disampaikan oleh guru dalam kelas. Proses penciptaan peta ini dimudahkan oleh penyelidik dalam kelas maya kerana berdasarkan kajian Norasiken (2008), kelas maya sangat berkesan dalam memberi satu visual yang tepat kepada pelajar.
1BestariNet adalah salah satu projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet berkelajuan tinggi. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.
3. Penyataan Masalah
Kekurangan kepada teknik merangsang dan menggalakkan pelajar berfikir aras tinggi, kekurangan bahan bantu mengajar yang sistematik yang menarik minat pelajar untuk terus mendalami ilmu sains amnya membawa kepada kemerosotan dalam Trend Kajian Matematik dan Sains Antarabangsa, Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program Penilaian Antarabangsa, Program for International Student Assessment (PISA) 2009 seterusnya 2011. Hal ini menyebabkan dalam perbentangan bajet 2013, YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta bagi meningkatkan latihan kemahiran guru untuk membolehkan guru melaksanakan pengajaran melalui pendekatan KBAT dalam pengajaran mata pelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sehubungan dengan itu, bagi perlaksanaan Latihan KBAT, Bahagian Pendidikan Guru, KPM telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan latihan kepada guru-guru dalam perkhidmatan khususnya guru-guru sains, Matematik dan Sejarah.
Pelajar Malaysia ketinggalan tiga tahun berbanding rakan seusia di negara lain, sebilangan besar murid di Malaysia kurang berkemahiran menginterpretasi maklumat yang lebih kompleks dan mengenal pasti strategi penyelesaian yang sesuai serta mempamerkan proses kognitif aras tinggi dalam penyampaian keputusan. Walaupun peningkatan akademik diwawarkan dalam peperiksaan PMR dan SPM, namun apabila berdepan dengan penilaian antarabangsa, pelajar semakin merosot, (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Apakah kita hanya mahu lihat pelajar yang dilahirkan cemerlang dalam wacana pendidikan negara sahaja? Pelajar yang perlu dilahirkan adalah pelajar yang minat dengan konsep sains dan sentiasa berfikir untuk mendalami ilmu sains tanpa sempadan.
Kajian Lee Tien Tien (2012) juga menunjukkan tahap penguasaan pengetahuan pelajar tentang Elektrokimia adalah sangat rendah. Hasil kajian beliau menyatakan secara keseluruhannya pelajar yang lemah tidak suka kimia, tidak faham tajuk Elektrokimia dan memerlukan perisian multimedia untuk membantu mereka memahami tajuk Elektrokimia. Kajian Che Soh (2012) menunjukkan kumpulan pelajar yang terlibat dengan realiti maya memperoleh skor yang lebih tinggi berbanding kumpulan yang menerima pembelajaran secara multimedia. Tinjauan kajian terdahulu menunjukkan penggunaan realiti maya dan multimedia interaktif memberi kesan yang positif terhadap pemerolehan pengetahuan kognitif aras tinggi (Aksela, 2005; McMahon, 2007).
Kemudahan yang telah dijana oleh pihak KPM dengan menjalankan program Frog VLE adalah satu cara yang baik dalam menerapkan pendekatan I-Think pelajar dalam satu pembelajaran kelas maya tanpa sempadan. Pelajar dapat melayari proses pengajaran dan pembelajaran tanpa had masa dan dapat merangsang minat pelajar untuk terus mendalami ilmu pengetahuan. Rata-rata pelajar sekarang melayari internet dengan melayari facebook, instalgram, youtube berjam-jam di rumah dapat melayari proses pembelajaran kelas maya yang disediakan oleh guru dengan lebih baik dengan adanya laman Frog VLE ini. Program ini akan dapat melahirkan pelajar yang sentiasa melayari laman web sekolah untuk mendapatkan maklumat dan bahan pembelajaran. Ia juga dapat membantu pelajar untuk memahami konsep pembelajaran sesuatu subjek sebelum guru mengajar dalam kelas.
4. Objektif Kajian
Objektif kajian adalah untuk:
i. Membangunkan Perisian Kelas Maya Virtual Chemsitry Classroom (KMVCC) berasaskan pendekatan I-Think
ii. Menguji keberkesanan KMVCC dalam menerapkan corak pembelajaran I-Think
iii. Menguji kemudahgunaan KMVCC dari perspektif guru dan pelajar.
iv. Mengkaji perbandingan peningkatan KBAT bagi pelajar KMVCC dan KMK.
v. Menguji kesan peningkatan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam KMVCC bagi pelajar yang mempunyai kebolehan mentakrif ruang yang rendah low spatial ability
vi. Menguji kesan KMVCC dalam meningkatkan minat pelajar low spatial ability dalam elektrokimia.
kepentingan Kajian
Kajian ini akan membantu dalam mengatasi masalah guru dalam memilih perisian kursus yang berkualiti untuk diketengahkan. Ia juga akan dapat membantu para guru serta pembangun dan pereka bentuk perisian multimedia berbentuk kelas maya dari aspek reka bentuk pengajaran yang sesuai bagi perisian sains, teknik ataupun strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan perisian serta pendekatan I-Think yang menggalakkan KBAT pelajar. Kajian ini sesuai dengan tuntutan pelajar abad 21 yang memerlukan pelajar mahir dengan ICT. Ia akan meningkatkan status penggunaan Frog VLE pada tahap yang lebih baik dan memberangsangkan. Selain itu kajian ini dapat membantu Pihak Pelaksana Dasar Sekolah dalam menggerakkan guru dan pelajar tentang kepentingan penggunaan ICT dalam merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dan dapat menggalakkan guru menggunakan Frog VLE ini dengan lebih berkesan.
Kerangka Konsep Kajian
Psikologi Kognitif, Kognitif Multimedia, Teori Beban Kognitif dan Teori Konstruktivisme dan konsep I-Think adalah pendekatan yang mendasari kajian ini. Berdasarkan teori ini, Teori Elektrokimia, iaitu satu cabang kimia yang mempunyai beban kognitif yang tinggi dipilih dalam mengaplikasikan pembelajaran Kelas Maya.
Secara terperinci, kerangka konsep di bina untuk memudahkan kefahaman dalam tatacara pembinaan KMVCC ini. Di mana penggunaan semua teori pembelajaran yang dinyatakan di atas diaplikasian dalam meningkatkan KBAT pelajar. Model Rekabentuk berarahan yang digunakan ialah Model ADDIE kerana mempunyai susunan fasa yang teratur iaitu Fasa Analisis, Fasa Rekabentuk, Fasa Pembangunan, Fasa Implementasi, dan Fasa Penilaian. Rekabentuk skrin yang dibina perlu mengambil kira Teori Beban Kognitif dan Teori Kognitif Multimedia. Dalam kajian ini, penyelidik mengambil pelajar yang mempunyai keupayaan mentakrif ruang yang rendah, low spatial ability. Teori pembelajaran yang tersusun yang mengambil kira beban kognitif pelajar harus diteliti supaya ia menarik minat pelajar dalam mendalami ilmu pengetahuan. Gabungan antara semua teori akan melahirkan pelajar yang kita ingini selama ini iaitu pelajar yang mempunyai tahap KBAT. Pelajar sentiasa terdorong untuk berfikir dan menyelesaikan sesuatu masalah dengan baik. Untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai KBAT, pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara
5. teratur dan sistematik harus dirangka supaya susunan pelajaran yang diterima dapat dihubungkait dengan baik. Pelajar kebanyakan mempunyai spatial ability yang rendah, maka guru perlu mengenal pasti pelajar ini dan merancang pembelajaran yang lebih sistematik supaya golongan pelajar ini dapat dirangsang untuk terus berfikir. Kerangka konsep dalam kajian ini dapat diringkas melalui Rajah 1.1 di bawah.
Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian
METODOLOGI
Reka bentuk Kajian
Kajian adalah satu kajian kes yang dijalankan di sebuah sekolah kluster di Pahang sahaja. Tambahan pula sekolah ini mencatat frekuensi penggunaan Frog VLE yang tertinggi. Penggunaan Frog VLE di sekolah lain masih di tahap pembangunan dan dalam usaha untuk memperbanyak penggunaannya dalam proses PdP. Kajian menggunakan rekabentuk eksperimen kuasi di mana istilah kuasi bermaksud memiliki sebahagian tetapi bukan kesemua ciri populasi (Jackson, 2003). Penyelidik memilih 4 kelas tingkatan 4 di mana dua kelas akan menjalankan PdP menggunakan KMVCC manakala 2 kelas lagi secara KMK. Pemilihan responden secara rawak tidak dapat dijalankan kerana pelajar telah disusun dalam kelas mengikut pencapaian dalam semua mata pelajaran. Sangat sukar untuk membentuk kelas baru untuk kajian kerana ia akan mengganggu proses PdP guru yang lain. Maka kelas sedia ada dipilih berdasarkan pencapaian setara dalam bidang kurikulum. Kelas dikelompok berdasarkan kebolehan mentakrif ruang, spatial ability pelajar sebagai salah satu pemboleh ubah kajian secara manual. Pelajar perlu menjawab instrumen spatial ability secara atas talian dan kelompok tinggi dan rendah direkod untuk menganalisis markah pelajar berdasarkan kelompoknya.
Kemahiran
Berfikir
Aras
Tinggi
Pelajar
-Spatial ability (low and high)
Pembelajaran Kelas Maya KMVCC menggunakan Frog VLE
-Pendekatan I-Think
-Teori Elektrokimia
Minat
Model Rekabentuk berarahan ADDIE yang merangkumi teori pembelajaran
-Psikologi Kognitif
-Teori Kognitif Multimedia
-Teori Beban Kognitif
-Teori Konstuktivisme
6. Pembangunan KMVCC dibina mengikut teori pembelajaran psikologi kognitif, kognitif multimedia, beban kognitif dan konstruktivisme dengan menggunakan Model ADDIE sebagai rujukan. Model ADDIE merupakan antara model rekabentuk instruksi yang sering menjadi asas kepada model-model rekabentuk instruksi yang lain. Secara amnya, model ADDIE (Rosset, 1987) terdiri daripada fasa Analysis (Analisis), Design (Rekabentuk), Development (Pembangunan), Implementation (Perlaksanaan) dan Evaluation (Penilaian). Kajian yang dibina merujuk kepada 5 fasa Model ADDIE dan diselaraskan mengikut pembinaan perisian supaya satu struktur yang terancang, baik dan berkesan dapat dibangunkan. Perisianyang dibangunkan menggunakan laman Frog VLE sekolah sebagai tapak pembangunan perisian kelas maya ini.
Responden kajian
Responden kajian terdiri daripada pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran kimia dan 25 orang guru kimia daripada salah sebuah sekolah menengah di daerah Kuantan, Pahang. Analisis keperluan (need analysis) tentang perisian yang diharapkan dan kajian rintis dijalankan kepada 30 orang pelajar sekolah berkenaan dan 25 orang guru sekitar daerah Kuantan. Manakala kajian sebenar pula akan melibatkan 120 orang pelajar dan 25 orang guru di Pahang.
Instrumen Kajian
Instrumen dalam kajian ini melibatkan
i. Soal selidik sebelum perisian dibangunkan untuk guru dan pelajar
ii. Soal selidik selepas perisian dibangunkan untuk guru dan pelajar
iii. Ujian Spatial ability
iv. 4 set soalan Ujian Pra dan Pasca dari Modul Revision (menguji aras mengaplikasi, menganalisis, menilai)
v. 4 set soalan Ujian Pra dan Pasca Modul Mind Challenge (menguji aras mencipta)
vi. 1 set ujian minat.
Soal selidik sebelum perisian dibangunkan diberi kepada 25 orang guru kimia dan 30 orang pelajar yang berbeza aras pencapaian dalam mata pelajaran kimia di sekolah. Soal selidik selepas perisian dibangunkan diberi kepada guru-guru dan pelajar yang terlibat dengan KMVCC iaitu seramai 25 orang guru dan 60 orang pelajar. Sebelum melayari site ‘teacher faiza’, pelajar dikehendaki menjawab instrumen spatial ability secara atas talian dan kelompok keputusan pelajar di beritahu kepada penyelidik untuk direkod. Seterusnya, soalan pra dalam Modul Revision dan Modul Mind Challenge diberi kepada kumpulan 60 orang pelajar yang terlibat dengan KMVCC dan kumpulan 60 orang pelajar yang terlibat dalam KMK. Pelajar perlu menghantar jawapan soalan pra sebelum melayari site PdP ‘teacher faiza’. Setelah selesai melayari site berkenaan, pelajar perlu sekali lagi menjawab soalan pasca dalam Modul Revision dan Modul Mind Challenge dan menghantar jawapan untuk disemak. Kedua-dua kumpulan pelajar yang terlibat akan menghantar jawapan soalan pra dan pasca secara atas talian melalui letakkan fail, file drop berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan. Soal selidik selepas pembangunan perisian akan diberi kepada guru dan pelajar setelah mereka selesai melayari site berkenaan.
7. Kebolehpercayaan dan Kesahan instrumen
Soal selidik, soalan kimia ujian pra dan pasca berdasarkan pendekatan I-Think ini akan disemak untuk penambahbaikan oleh guru cemerlang dan pensyarah dalam bidang. Manakala perisian dalam site ‘teacher faiza’ pula disahkan oleh pakar IT sekolah dan seorang guru cemerlang kimia untuk kesahan. Soalan-soalan ujian pra dan pasca di analisis kebolehpercayaannya dengan menggunakan kaedah kepelbagaian penilai (interrater) menggunakan dua orang guru yang sama dengan mengambil kira nilai kohen kappa (Cohen’s Kappa). Analisis kebolehpercayaan juga menggunakan kaedah statistik dijalankan untuk menentukan kebolehpercayaan soal selidik yang telah digubal. Nilai alpha Cronbach, (Cronbach alpha) digunakan untuk menguji ketekalan dalaman terhadap soalan-soalan yang dibina.
Prosedur Kajian
Kajian ini dijalankan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Institut Pengajian Siswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Pengetua sekolah yang terlibat. Responden diberi taklimat tentang tujuan kajian, peruntukan masa dan cara menjawab soal selidik dan tatacara penggunaan kelas maya sebelum memulakan sesi menjawab. Kesemua instrumen dirujuk pakar untuk kesahan isi kandungan dan bahasa. Semua soal selidik sebelum pembangunan perisian di diedarkan di kumpul kembali setelah lengkap dijawab oleh responden. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu pelajar terlibat dengan KMVCC dan pelajar yang terlibat dengan KMK. Semua pelajar perlu menjawab soalan kebolehan mentakrif ruang spatial ability secara online, keputusan sama ada tinggi atau rendah diberitahu pada guru untuk direkod. Kemudian pelajar perlu melayari kelas maya dan menjawab lembaran elektronik yang disediakan dan perlu menghantar jawapan berkenaan secara atas talian mengikut masa yang ditetapkan. Seterusnya pelajar yang terlibat dengan KMVCC perlu menjawab soal selidik selepas pembangunan perisian untuk menilai kepenggunaan KMVCC. 25 orang guru yang terlibat pula perlu melayari site ‘cikgu norfaiza’ untuk menilai kepenggunaan perisian dan menjawab soal selidik selepas pembangunan perisian dan menghantar kembali setelah lengkap dijawab. Data-data tersebut kemudian dianalisis mengikut persoalan kajian.
Analisis Data
Untuk tujuan penyelidikan ini, data dianalisis berdasarkan soal selidik dengan menggunakan kaedah kekerapan dan peratusan min, dan ujian-t sampel bebas (independent sample t-test). Kaedah skor min digunakan untuk menganalisis maklumat tentang metodologi pembangunan kelas maya yang paling sesuai dan pendekatan PdP paling sesuai bagi pelajar kelas maya dengan kaedah konvensional. Ujian-t sampel bebas digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan dan kemudahgunaan kelas maya berbanding konvensional, perbezaan pencapaian berfikir aras tinggi bagi pelajar dan peningkatan minat pelajar. Tatacara penganalisisan dapat diringkaskan seperti dalam Jadual 1.1.
8. Jadual 1.1 : Kaedah Penganalisisan Data Kajian
Soalan Kajian
Kaedah Analisis Data
Apakah kriteria yang diharapkan dalam KMVCC
berasaskan topik Elektrokimia
(Berdasarkan soal selidik sebelum pembangunan perisian)
Skor min, sisihan piawai
Adakah penggunaan KMVCC berkesan dalam menerapkan pendekatan I-Think pelajar terhadap topik Elektrokimia dari perspektif pelajar dan guru?
(Berdasarkan soal selidik selepas pembangunan perisian)
Skor min, sisihan piawai
Adakah KMVCC mudah digunakan oleh guru dan pelajar
(Berdasarkan soal selidik selepas pembangunan perisian)
Skor min, sisihan piawai
Adakah terdapat peningkatan pencapaian KBAT di antara pelajar yang menggunakan KMVCC berbanding pelajar yang menggunakan KMK?
(Berdasarkan Ujian Pra dan Pasca)
Ujian-t sampel bebas
(independent sample t-test)
Adakah terdapat peningkatan pencapaian KBAT pelajar low spatial ability dalam KMVCC?
(Berdasarkan Ujian Pra dan Pasca)
Ujian-t sampel bebas
(independent sample t-test)
Adakah KMVCC meningkatkan minat pelajar low spatial ability dalam elektrokimia?
(Berdasarkan soal selidik selepas pembangunan perisian)
Skor min, sisihan piawai
KESIMPULAN
Guru perlu positif untuk berubah kearah yang lebih baik. Perubahan dalam pendidikan akan hanya terlaksana apabila agen pelaksana iaitu guru bersedia, terbuka dan mengambil inisiatif untuk berubah dalam mendapatkan hasil yang terbaik. Guru juga perlu seiring dengan pembelajaran abad 21 agar pendekatan yang diambil sesuai dengan kehendak dan keperluan pelajar. Tambahan pula, Guru dan pelajar perlu kreatif dalam penghasilan proses PdP yang berkesan. Apa yang berlaku disekeliling harus dibincangkan dalam kelas untuk menjadikan sesuatu pembelajaran lebih menarik. Apabila sesuatu bahan menjadi topik perbincangan antara guru dan pelajar, ia akan dapat meningkatkan minat seterusnya merangsang kemahiran berfikir pelajar. Kekangan waktu yang ada di antara guru dan pelajar dapat di atasi dengan penggunaan kelas maya yang berkesan. Semua pihak pentadbir juga perlu memainkan peranan dalam memastikan kelengkapan dalam kelas maya mencukupi bagi setiap pelajar. Kelengkapan dan capaian server yang baik akan merangsang penggunaan kelas maya antara guru dan pelajar khususnya. Di harap kajian ini dapat membantu dalam merealisasikan penggunaan kelas maya berasaskan pendekatan I-think seterusnya merangsang KBAT pelajar. Ia juga akan dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memaksimumkan penggunaan Frog VLE di sekolah.
9. RUJUKAN
Aksela, M. (2005). Supporting Meaningful Chemistry. Disertasi Doktor Falsafah tidak diterbitkan. Helsinki University. Di capai daripada http://ethesis.helsinki.fi/julkaisut/mat/kemia/UK/aksela/supporti.pdf
Che Soh Said (2012). Pembangunan dan Penilaian Keberkesanan Koswer Multimedia Interaktif Dengan Koswer Realiti Maya dalam Pembelajaran Biologi Sel. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia. Tidak diterbitkan.
Hajah Norasiken Binti Bakar (2008). Makmal maya kimia berasaskan pendekatan kognitivisme, konstruktivisme dan konteksual (VLab Chem). Disertasi Ijazah Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Tidak diterbitkan.
Jackson, S.L. (2003). Research Methods and Statistics: A Critical Thinking approach. USA: Thomson Wadsworth.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Edisi pelancaran. Bahagian Perancangan dan Dasar Pendidikan. Dicapai daripada http://planipolis.iiep.unesco.org/upload/Malaysia/Malaysia%20PIPP%202006%20Malaysian.pdf.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Percetakan Surya Sdn. Bhd.
Laporan Perbentangan Bajet 2013. (2012). Intipati Belanjawan 2013. Dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat 28 September 2012. Dicapai daripada http://ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com/2012/09/laporan- pembentangan-belanjawan-2013.html
Lee Tien Tien (2012). Pembinaan dan Keberkesanan Modul Interaktif dengan Agen Pedagogi dalam Pembelajaran Elektrokimia. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan.
Mark Peplow & Emma Marris (2006). How dangerous is chemistry? Nature Publishing Group June 2006 Vol 441 page 560-561.
McMahon, G. P. (2007). Getting hots with what’s in the box: Developing high order thinking skills withon a technology-rich learning environment. Disertasi tidak diterbitkan.Curtin University of Technology. Dicapai daripada http://espace.library.curtin.edu.au/R/?func=dbin-jump full&object_id=17067&local_base=GEN01-ERA02
Morozov, M., Tanakov, A., Gerasimov, A., Bystrov, D. & Cvirco, V. (2004). Virtual Chemistry Laboratory for school Education. The 4th IEEE International Conference on Advanced Leraning Technologies (ICALT), page 605-608.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2015 (2013). Pemilinary Blueprint. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rosset, A. (1987). Training Needs Assesment. Eaglewood Cliffs, NJ; Educational Technology Publication Sandholtz
Unit Perancangan Ekonomi. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Dicapai daripada http://www.epu.jpm.my/rm9/html/bahasa.htm.
Zoraini Wati Abas (1993). Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.