Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar

2,706 views

Published on

Published in: Education
2 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
2,706
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
8
Comments
2
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar

  1. 1. Huraian / Penerangan Berkaitan RPH Kepelbagaian Pelajar ( Pelajar Cemerlangdan Pelajar Sederhana)Adalah penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelanpengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasional dan justifikasi kenapasesuatu itu dilakukan. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi,sosiologi, kurikulum , pemikiran kritis dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersamadalam penerangan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Soalantaksiran pula dijadikan sebagai cara untuk melihat sama ada objektif pada hari itu berjayaatau tidak dan disemak sendiri oleh pelajar untuk maklumbalas segera.Profil KelasUntuk rancangan pengajaran harian 3 ini, ia melibatkan pelajar-pelajar daripada kelas 4ERT 2 yang melibatkan kumpulan pelajar-pelajar yang cemerlang dan sederhana dalamakademik. Kumpulan pelajar-pelajar ini dibezakan dengan latar belakang psikologi yangmelibatkan kebolehan kognitif, kelajuan penerimaan dan gaya belajar. Setiap kelas ERTadalah lebih baik sekiranya tidak mempunyai lebih daripada 20 orang pelajar keranamatapelajaran ini banyak melibatkan aktiviti dalam bengkel yang hanya bolehdikendalikan oleh pelajar dalam bilangan yang kecil supaya senang diawasi oleh guru danjuga disebabkan peralatan yang terhad. Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah Bab 3 – Pemilihan danpenyimpan makanan dan sub topiknya ialah Makanan Segar- Sayur-sayuran. Sesi P&Pini dijalankan selama 80 minit iaitu dua sesi dimana ia bermula pada jam 8.20 pagihingga 9.40 pagi. Tujuan waktu P&P ini dijalankan pada waktu pagi adalah kerana padawaktu ini, pelajar-pelajar segar dan masih boleh menerima input-input daripada guruserta mereka juga lebih aktif untuk menjalankan aktiviti dalam kelas jika dibandingkandengan waktu tengahari di mana pelajar menjadi penat dan daya penerimaan mereka jugamenjadi rendah terutamanya sekiranya guru itu lebih melakukan pengajaran secaratradisional dimana guru hanya mengajar dan pelajar hanya duduk mendengar.
  2. 2. Dalam tajuk ini sebenarnya pelajar telah didedahkan dan juga telah mempunyaisedikit pengalaman dalam pengendalian makanan segar semasa mereka menjalani amalimasakan di tingkatan 1 hingga 3 untuk subjek elektif kemahiran hidup- Ekonomi RumahTangga. Secara keseluruhannya saya ingin pelajar menumpukan pada bahagian klasifikasi,pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran.Hasil PembelajaranHasil pembelajaran yang saya ingin pelajar peroleh adalalah dua hasil iaitu yang pertamaialah: Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar Tingakatan 4 ERT1 (A) dapat: 1. menyatakan ( B-aras) kesemua (D) klasifikasi sayur-sayuraniaitu berdaun, bunga, batang dan pucuk, buah, biji, bebawang, kacang dan akar.Menyenaraikan diletakkan pada aras pertama Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan.Saya mentargetkan kesemua pelajar kelas cemerlang ini dapat menyenaraikan kesemua (8klasifikasi) sayur-sayuran.Manakala untuk hasil pembelajaran kedua iaitu: Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar Tingakatan 4 ERT1 (A) dapat: 2. menghuraikan (B-aras) 80% (D) ciri-ciri pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuranUntuk hasil pembelajaran kedua ini, ia lebih kepada aras kefahaman dalam TaksonomiBloom. Target saya pula pelajar dapat menghuraikan ciri-ciri penyimpanan danpemilihan sayur-sayuran ini sebanyak 80% dengan kefahaman mereka sendiri untukmenerangkannya. Saya tidak terlalu mentargetkan peratusan yang tinggi kerana tahappenerimaan dan tahap kognitif pelajar-pelajar kelas ini berlainan kerana berbezanya latarbelakang psikologi.
  3. 3. Turutan AktivitiUntuk RPH ini, saya menggunakan model Hunter’s Lesson Cycle Design kerana modelini banyak membantu pelajar untuk mengukuhkan tahap penerimaan mereka untuk subjektersebut dengan adanya permodelan, guru menyemak kefahaman murid, guru memantaudan mengubahsuai sekiranya ada perkara yang perlu dibetulkan, mengadakan praktisterbimbing dan juga praktis bertempoh yang boleh mengkonkritkan pelajar untuk topikberkenaaan.Set Induksi:Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan secara ringkas iaitu selama 4 minit sahajadimana saya menggunakan bahan maujud atau alat fizikal yang pelajar boleh lihat,sentuh, rasa dan bau iaitu dengan menggunakan tomato dan sayur kangkung dimanasedikit sebanyak pelajar dapat gambaran mengenai tajuk yang akan guru ajar pada hariitu. Dalam set induksi, kemahiran berfikir secara secara kritis dan kreatif, pelajar dapatmenjana minda mereka untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru. Nilaikerjasama juga diterap dimana 2 daripada 20 orang pelajar memberi kerjasama denganmeneka secara sukarela pengajaran yang ingin guru ajar pada hari itu.Maklumkan objektif pembelajaran:Guru memaklumkan objektif pembelajaran kepada pelajar supaya mereka mendapatgambaran apakah yang perlu mereka dapat pada akhir pengajaran nanti dan apakepentingan menguasai isi pelajaran tersebut.Input pengajaran:Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin diajar, guru menggunakan alatbantu mengajar daripada slaid powerpoint yang telah disediakan guru (Rujuk LampiranBBM- 2) untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang klasifikasi, pemilihan danpenyimpanan sayur-sayuran. Guru menggunakan slaid powerpoint yang disediakan olehguru keran ia lebih mudah untuk difahami oleh pelajar daripada menggunakan buku teks.
  4. 4. Permodelan:Untuk permodelan guru akan membahagikan pelajar kepada 2 kumpulan mengikut tahapkognitif mereka iaitu pelajar cemerlang dan pelajar sederhana. Untuk pelajar cemerlangguru telah menggunakan kaedah Pembelajaran Berdasarkan Masalah (PBL) kepada. PBLdigunakan kerana ia merupakan salah satu alternatif untuk pembelajaran aktif.Pembelajaran berasaskan masalah merupakan satu kaedah pembelajaran yangmenggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam prosespembelajaran. Ianya didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam meningkatkanpengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada pembangunankemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalamkumpulan dan kemahiran berkomunikasi. Nilai bekerjasama juga dipupuk dalam aktivitiini. Dalam PBL, para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi sebenar dandikehendaki menyelesaikannya dengan mencari input-input daripada artikel yangdiperoleh daripada surat khabar (Rujuk Lampiran BBM 3). Pelajar sederhana pula masuk ke kumpulan heterogenous. Guru menjalankanaktiviti, guru menggunakan kaedah kecerdasan pelbagai iaitu visual kepada pelajar-pelajar sederhana ini dimana mereka berkebolehan mengesan dan menggambarkangambar (Rujuk Lampiran BBM 4) yang diberikan oleh guru serta mengaitkannya denganisi pelajaran hari tersebut. Sebab mengapa guru menggunakan kaedah visual ini keranapelajar daripada kelas sederhana ini gemar melihat gambar-gambar daripada tulisan yangberjela-jela dan sukar untuk mereka fahaminya.Semak Kefahaman Murid:Guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukanoleh para pelajar dimana guru menerangkan keperluan untuk melakukan tugasan secaraberkumpulan dengan memberi peluang kepada setiap rakan dalam kumpulan untukmenyumbang idea. Di sini kemahiran sosial iaitu pelajar menjadi penyokong yang baikkerana memberi dan menghormati idea rakan-rakan yang lain serta memberi cadanganyang bernas untuk meyokong idea rakan-rakan.
  5. 5. Pelajar pula diminta untuk merekodkan hasil perbincangan daripada apa yangmereka faham dari gambar yang diberi. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif iaitumenjana idea juga dipraktikkan di mana setiap pelajar digalakkan untuk menyumbangkanidea mereka atau menghasilkan idea yang asli dan bernilai dalam pembentukkan petakonsep yang kreatif yang berkaitan dengan gambar dan isi pelajaran berkaitan denganklasifikasi, pemilihan dan penyimpanan sayur-sayuran. Untuk pelajar sederhana, gurumengemukakan panduan bahan rangsangan iaitu GO banding beza (Rujuk LampiranBBM 5) untuk membantu murid membuat keputusan terbaik dalam aktivitiPantau dan ubah suai:Pada sesi ini guru telah memantau serta membimbing pelajar agar tidak tersasar daripadaobjektif pembelajaran dan pembincangan serta memberi panduan kepada pelajar untukmenyelesaikan masalah dalam aktiviti mereka.Praktis terbimbing:Pelajar dari kumpulan cemerlang telah diberikan masa selama 20 minit untuk melakukanperbincangan dalam kumpulan. Pelajar juga bersama-sama bekerjasamamengaplikasikan dan mengeluarkan segala apa isi yang berkaitan dengan topik haritersebut semua pengetahuan dan kemahiran mereka dalam topik hari tersebut untukmenyelesaikan masalah daripada artikel yang diberikan oleh guru. Kemudian pelajarmengekpresikan maklumat yang mereka perolehi dalam bentuk peta minda.Untuk kumpulan pelajar hetegenous, mereka juga diberikan masa selama 20 minit untukmenyediakan peta konsep yang kreatif merujuk kepada jadual GO banding beza yangmereka isikan. Pelajar juga bersama-sama bekerjasama untuk menyediakan peta konsepyang paling kreatif di atas kertas mahjung yang disediakan oleh guru. Manakala guruakan terus memantau kedua-dua kumpulan pelajar ini untuk aktiviti adan tugasan yangdiberikan kepada pelajar agar mereka tidak tersasar.
  6. 6. Praktis bertempoh:Untuk praktis bertempoh guru telah meminta pelajar dari kumpulan untuk merumuskanapa yang telah mereka pelajari dan perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yangdijalankan. Kemudian, guru mengedarkan soalan taksiran dan memberi pelajar 5 minituntuk menjawab diikuti dengan semakan jawapan yang ditulis di papan putih. Soalanyang dikemukan adalah soalan kognitif yang ingin menguji tahap kefahaman danpengetahuan pelajar mengenai topik yang diajar.Penutup:Untuk penutup, guru merumuskan apa yang pelajar belajar pada hari tersebut,mengatakan nilai yang mereka perolehi secara tidak langsung semasa proses P&P iniberjalan serta menekankan sekali lagi isi pelajaran yang perlu pelajar kuasai.

×