Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2

3,501 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,501
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
236
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Unit 7 Modul 1 Pendekatan Masteri V2

  1. 1. Pendekatan Masteri / 107 UNIT 7 PENDEKATAN MASTERIHASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menjelaskan sejarah dan latar belakang Pendekatan Masteri 2. Menjelaskan ciri-ciri Pembelajaran Masteri 3. Menganalisis Model Pembelajaran Masteri 4. Menghuraikan Prosedur Pembelajaran Masteri 5. Mengaplikasi Penentuan Hasil Pembelajaran 6. Menulis sebuah rancangan pengajaran harian berasaskan Pendekatan Masteri 7. Mengaplikasi Pembelajaran Masteri semasa pengajaran dan pembelajaranPENGENALAN Adakah anda seorang guru yang komited terhadap kejayaan murid anda dalampembelajaran mereka? Adakah anda berusaha sehabis mungkin untuk menggunakan pelbagaikaedah dan begitu bertoleransi terhadap murid yang lambat kerana anda percaya semuamurid mampu mencapai kejayaan jikalau dibantu dengan cara yang sesuai dengan muridtersebut? Adakah kejayaan murid merupakan motivasi anda pergi ke sekolah setiap hari?Jika anda menjawab ’Ya’ kepada semua soalan di atas anda sebenar mengamalkan apa yangdipanggil Pendekatan Masteri dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Mari kita bincangkanlebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan Pendekatan Masteri dan bagaimana caramelaksanakan pembelajaran berasaskan pendekatan ini.ISI KANDUNGANApakah yang dimaksudkan dengan Pendekatan Masteri?P endekatan Masteri ialah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di mana guru merancang kaedah pengajaran secara sistematik bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dalam satu unit pembelajaransebelum berpindah ke satu unit pembelajaran yang seterusnya. Pendekatan Masteri ini
  2. 2. 108 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 memerlukan peruntukan masa yang secukupnya dan poses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang mestilah sesuai, berkualiti dan dilaksanakan secara sistematik oleh guru supaya setiap murid dapat menguasai sekurang-kurangnya 80% dalam ujian summatif mengikut kritera atau ‘standard’ yang telah ditetapkan pada awal pembelajaran itu. Elemen asas dalam pendekatan Masteri ialah murid, unit pembelajaran, masa mencukupi dan kaedah pengajaran yang berkesan. Menurut Bloom (1968) pembelajaran yang menggunakan Pendekatan Masteri merupakan satu kaedah pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar berasaskan falsafah bahawa semua murid atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. Pembelajaran Masteri wajar dilaksanakan sekiranya guru menyedari bahawa murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza; dan jika murid tersebut memerlukan kaedah pembelajaran yang lebih sesuai dan berkesan dan akhirnya guru perlu mempastikan muridnya harus menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap atau pelakuan yang dikehendaki. Ringkasnya, prinsip asas Pembelajaran Masteri adalah: • Murid normal boleh mempelajari perkara yang di ajar oleh guru • Pembelajaran dipecahkan kepada unit-unit kecil supaya mudah dikuasai oleh murid • Murid perlu diberi masa yang mencukupi untuk penguasaan sesuatu topik pembelajaran • Arahan daripada guru mestilah jelas dan benar-benar difahami oleh murid • Kaedah pengajaran yang digunakan guru haruslah berkesan kepada murid Penggunaan pembelajaran Masteri dalam bilik darjah memerlukan penguasaan guru terhadap beberapa perkara penting. Apakah perkara-perkara tersebut? Ciri Pembelajaran Masteri S etelah kita memahami konsep pembelajaran Masteri, marilah kita sama-sama meninjau ciri-ciri pembelajaran Masteri. Mengikut Kementerian Pendidikan (2001) Pembelajaran Masteri mempunyai ciri-ciri tertentu, iaitu: • Hasil pembelajaran perlu ditentukan • Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran • Aktiviti pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menggembirakan murid • Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK) perlu dijalankan • Bahan pembelajaran haruslah sesuai dan relevan dengan kebolehan murid
  3. 3. Pendekatan Masteri / 109 • Tahap masteri mestilah melebihi 80% pada setiap topik sebelum berpindah ke topik seterusnya • Aktiviti pengayaan hanya dilaksanakan untuk murid yang mencapai tahap Masteri sahaja. Murid yang gagal mencapai tahap Masteri perlu disediakan aktiviti pemulihan dengan dibimbing oleh guru sehingga mencapai tahap Masteri.Kaedah pembelajaran Masteri melibatkan beberapa langkah yang perlu dikuasai guru. Rajah7.1 menunjukkan model pembelajaran Masteri yang merupakan langkah-langkah yang dapatmelancarkan pembelajaran Masteri. Penentuan hasil pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran Penilaian Ya
 Tidak Tindakan susulanTindakan susulan Aktiviti PemulihanAktiviti pengayaan Ya
 Teruskan

 Unit pembelajaran 2 Rajah 7.1 Model Pembelajaran MasteriApakah prosedur melaksanakan pembelajaran Masteri?S eperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1, prosedur Pembelajaran Masteri bermula dari penentuan hasil pembelajaran, diikuti pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan tindakan susulan sebelum murid beralih ke unit pembelajaran seterusnya. Hasilpembelajaran merupakan objektif yang perlu dikuasai murid pada akhir sesuatu unit. Cuba fikirkan mengapa hasil pembelajaran perlu ditentukan terlebih dahulu?
  4. 4. 110 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Penentuan Hasil Pembelajaran Setiap pembelajaran yang berlaku menuntut kepada hasil yang positif. Oleh itu, hasil pembelajaran merupakan matlamat utama proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil pembelajaran merupakan perkara yang perlu dikuasai oleh murid di akhir sesuatu unit pembelajaran bertujuan: • Mengenal pasti perkara yang perlu dikuasai oleh murid • Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran • Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu mengajar • Membantu membina Ujian Formatif dan Ujian Sumatif Lihat semula huraian bagaimana menulis hasil pembelajaran yang baik di Unit 2. Pengajaran dan Pembelajaran Apakah kaedah terbaik untuk pembelajaran Masteri? Sebenarnya tidak ada satu kaedah atau aktiviti yang terbaik untuk pembelajaran Masteri kerana murid mempunyai kebolehan berbeza dan gaya pembelajaran yang berlainan. Biasanya kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan untuk pembelajaran Masteri ialah kaedah atau aktiviti yang menarik dan menyeronokkan iaitu yang berkesan kepada murid. Dalam pembelajaran Masteri, guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran murid. Jadual 7.1 menyenaraikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan. Bagaimanapun guru harus ingat, setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jadual 7.1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah atau aktiviti Kaedah atau aktiviti berpusatkan kepada murid berpusatkan guru Syarahan Soal jawab Projek Simulasi Penerangan Latih tubi Kuiz Membuat nota Penjelasan Bercerita Penyelesaian sendiri Huraian Membuat latihan masalah Lawatan Demonstrasi Penerangan, Reka cipta Pengajaran Bercerita penjelasan, huraian Pembelajaran berprogram Pembacaan Perbincangan koperatif atau Pembelajarean Memberi nota Inkuiri kerja kumpulan berbantu Penemuan Main peranan komputer Bacaan Lakonan Pembelajaran Sumbang saran Demostrasi oleh Akses Kendiri Kerja amali murid Eksperimen
  5. 5. Pendekatan Masteri / 111PenilaianPenilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan danpencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran danpembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penialaian dalam pembelajaran Masteribertujuan untuk: • Mengesan pencapaian murid • Mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah • Mengenal pasti sama ada Hasil Pembelajaran sudah atau belum tercapai • Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran • Menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu dijalankan • Menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaranPenilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir olehguru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria.Kedua-dua penilaian ini bersifat diagnostik. Penilaian mestilah berdasarkan kepada hasilpembelajaran yang telah ditetapkan. Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankanmengikut masa yang difikirkan sesuai dan bertujuan; • mempastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga menjejaskan pembelajaran seterusnya • memperkukuhkan dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasaiSetelah melaksanakan penilaian guru telah mengenal pasti kelemahan dan kekuatan muriddan dengan itu beliau akan menentukan tindakan susulan yang sesuai kepada murid.Tindakan SusulanTerdapat dua jenis tindakan susulan yang boleh dijalankan dalam pembelajaran Masteri iaitu: • Aktiviti Pemulihan • Aktiviti Pengayaan (pengukuhan atau pengembangan)Aktiviti pemulihan dirancang untuk membantu murid yang belum melepasi aras Masteri.Pemulihan dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti.Pengajaran dan pembelajaran diubahsuai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dankeupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan: • Mengajar semula menggunakan kaedah dan bahan lain • Membetulkan perlakuan yang salah • Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula
  6. 6. 112 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 • Menggunakan bahan visual • Mempermudahkan dan mempelbagaikan latihan • Menjalankan latih tubi • Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya • Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh • Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda • Melatih murid mengenal pasti idea utama Bagi murid yang telah menguasai aras Masteri guru boleh menjalankan aktiviti pengayaan, pengukuhan dan pengembangan. Aktiviti pengayaan dirancang untuk: • Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar dan menarik • Memperluas pengalaman dan memperkukuhkan kefahaman murid • Menambahkan sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir • Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran Manakala, aktiviti pengukuhan pula bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajaran yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan seperti berikut: • Memberi latihan yang lebih mencabar • Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk • Melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah • Melatih murid membuat nota • Menjalankan latih tubi • Melatih murid mengenal pasti idea utama • Mengakses maklumat dari laman web Aktiviti pengembangan pula dijalankan untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti: • Membuat projek • Membuat tugasan • Membuat kajian Semasa menjalankan aktiviti pengembangan kemahiran dalam Jadual 7.2 perlu dipertingkatkan:
  7. 7. Pendekatan Masteri / 113 Jadual 7.2 Kemahiran aktiviti pengembangan Kemahiran Aktiviti Pengembangan Membuat pemerhatian Mentafsir Mengumpul data Membuat keputusan Mengakses maklumat Membuat andaian Membanding Menganalisis Mengklasifikasi Melapor Meringkaskan Menyelesaikan masalah Merekod Sumber: Modul Pembelajaran Masteri Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan (2001) Terangkan konsep aktivtiti pengukuhan dan pengembangan? Apakah tujuan aktiviti pengembangan dijalankan ?Contoh langkah pengajaran menggunakan Model Pembelajaran MasteriU ntuk membantu anda lebih memahami bagaimana menjalankan Pembelajaran Masteri, mari kita teliti contoh-contoh langkah pengajaran untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam beberapa mata pelajaran menggunakan model Masteri sepertiyang digambarkan dalam Rajah 7.1.Bahasa Melayu Tahun 1 1. Penentuan Hasil Pembelajaran Murid dapat mengenal pasti huruf "a-j". 2. Pengajaran dan Pembelajaran a. Set Induksi Murid menyanyikan lagu "ABC" b. Penyampaian Tunjukkan kad imbasan sesuatu huruf. Sebut sesuatu huruf dan minta murid menyebutkannya. Ulangkan. c. Latihan Berikan satu set kad imbasan huruf "a-j" kepada setiap kumpulan. Murid-murid dalam sesuatu kukmpulan menguji di antara satu sama lain kebolehan mereka untuk mengenal pasti huruf "a-j". 3. Penilaian Menaksir dan menilai semasa latihan di atas.
  8. 8. 114 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 4. Tindakan susulan (pemulihan) Lembaran kerja tambahan dan guru melatih dalam kumpulan kecil. 5. Tindakan susulan (pengayaan) Setiap murid membuat kad imbasan huruf "a-j" dengan kertas berukuran 5 cm x 5 cm dan mewarnakan sesuatu huruf. Sains Tahun 4 1. Penentuan Hasil Pembelajaran Murid dapat mengenal sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan. 2. Pengajaran dan Pembelajaran a. Set Induksi Tanya atau suruh murid namakan haiwan yang mereka tahu. Kemukakan soalan seperti, “Apakah haiwan yang dipelihara oleh manusia?” dan “Namakan haiwan yang liar”. b. Penyampaian Dengan bantuan gambar atau spesimen beberapa haiwan seperti arnab, burung, ikan, dan lipas, adakan perbincangan dengan murid. Kemukakan soalan seperti, “Apakah nama haiwan itu?, “Apakah sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan itu?”, dan “Apakah kegunaan sesuatu sifat fizikal itu?” c. Latihan Murid melabel sifat-sifat fizikal pada gambar rajah sesuatu haiwan. 3. Penilaian Lembaran kerja dan soalan lisan 4. Tindakan susulan (pemulihan) Penerangan secara terus dalam kumpulan kecil 5. Tindakan susulan (pengayaan) Lembaran kerja dengan beberapa haiwan lain. Murid membuat carta alir atau membina mobile sifat fizikal haiwan tersebut dan menggantungkannya di bilik darjah untuk dipersembahkan kepada murid lain. Kajian Tempatan Tahun 4 1. Penentuan Hasil Pembelajaran Murid dapat menerangkan kedudukan rumah dan ciri-ciri fizikal sekelilingnya. 2. Pengajaran dan Pembelajaran a. Set Induksi
  9. 9. Pendekatan Masteri / 115 Tanya murid: Di manakah anda tinggal? Di manakah manusia tinggal pada zaman sekarang? b. Penyampaian Adakan perbincangan dengan murid dengan menggunakan satu gambar atau lukisan yang menunjukkan sebuah rumah dengan ciri-ciri fizikal di sekelilingnya. Tanya murid: Apakah jenis rumah dalam gambar ini? Apakah kegunaan rumah? Apakah yang terdapat di sekeliling rumah itu? Adakah kawasan di rumah itu cantik/ Bersih? c. Latihan Murid melukis peta lakar yang menunjukkan kedudukan rumah sendiri dengan menggunakan lambang dan arah. Murid menerangkan kedudukan rumahnya dan ciri-ciri fizikal di sekelilingnya dalam 50 perkataan. 3. Penilaian Lembaran kerja 4. Tindakan susulan (pemulihan) Murid dibimbing dalam kumpulan kecil menentukan kedudukan bilik darjah dalam kawasan sekolah berdasarkan peta lakar kawasan sekolah. 5. Tindakan susulan (pengayaan) Beri satu gambar yang menunjukkan sebuah rumah dan sekelilingnya kepada setiap kumpulan. Murid dalam setiap kumpulan berbincang bagaimana ciri fizikal di sekeliling rumah itu dapat diperbaiki. Hasil kumpulan ditulis di kertas besar dan dipamerkan. (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada: Web Konsep & Cara Melaksanakan Pembelajaran Masteri)RUMUSAN 1. Penggunaan kaedah atau aktiviti pembelajaran yang berkesan dan alat bantu mengajar yang sesuai adalah penting dalam pembelajaran Masteri. 2. Untuk menjayakan pembelajaran Masteri, guru harus menyayangi murid, mencintai mata pelajaran yang diajar, merasa yakin tentang kebolehan murid, selalu merangsang mereka, mempunyai sikap proaktif dan menyelesaikan masalah. 3. Murid berbeza dalam gaya pembelajaran seperti murid visual, lisan atau kinestetik dan guru harus menggunakan kaedah yang melibatkan visual, lisan dan kinestetik. 4. Terdapat banyak kaedah atau aktiviti pembelajaran yang berpusatkan kepada guru dan berpusatkan kepada murid dan setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan dan kekurangan.
  10. 10. 116 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 5. Tiada satu kaedah atau aktiviti pembelajaran yang berbaik tetapi yang dicadangkan untuk pembelajaran Masteri ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada murid. 6. Guru harus menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dengan memberi tugasan, projek atau masalah untuk murid belajar secara pasangan, kumpulan atau kelas. 7. Guru harus menggunakan bahan pembelajaran yang sesuai supaya pembelajaran lebih berkesan. 8. Dalam pengajaran dan pembelajaran guru harus menyerapkan nilai-nilai murni walaupun penguasaanya mengambil masa yang panjang. 9. Dalam pembelajaran Masteri guru digalakkan mencuba pelbagai kaedah mengajar, langkah-langkah pengajaran dan bahan pembelajaran yang akan membantu murid menguasai apa yang mereka belajar. KATA KUNCI 1. Pendekatan Masteri 6. Pemulihan 2. Penilaian 3. Pengayaan 4. Pengukuhan 5. Pengembangan PENILAIAN KENDIRI 1. Berdasarkan Model Pembelajaran Masteri, huraikan secara ringkas proses pembelajaran Masteri dalam pembelajaran? 2. Hasil pembelajaran merupakan objektif yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Bagaimana hasil pembelajaran ditentukan sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran-pembelajaran? 3. Cadangkan satu kaedah untuk pembelajaran Masteri yang berkesan dan menyeronokkan. 4. Pembelajaran Masteri perlu diakhiri dengan penilaian dan tindakan susulan. Huraikan penyataan berikut dengan memberi contoh aktiviti tindakan susulan sehingga tercapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru.
  11. 11. Pendekatan Masteri / 117RUJUKANBlock, J. H. (ed) (1971). Mastery learning: theory and practice. New York: Holt.Bloom, B.S., Engelhart, M.D., Furst, E.J., Hill, W.H., & Krathwohl, D.R. (1956). Taxanomy of educational objectives. Handbook I: Cognitive Domain. New York: McGraw-Hill.Bloom, Benjamin (1976). Human characteristics and schooling learning. New York: McGraw- Hill.Carroll, John B. (1963). A model of school learning. Teachers College Record, 64, 723-733. San Francisco: Jossey-Bass.Guskey, T. R. (1997). Implementing mastery learning (2nd Ed.). California: Wadeswoth Publishing.Levine, D. (1985). Improving student achievement through mastery learning programs. San Francisco: Jossey Bass.Pusat Perkembangan Kurikulum (2000), Pelaksanaan Pembelajaran Masteri Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

×