SlideShare a Scribd company logo
1 of 35
1
MENINGKAT PENGUASAAN MURID TINGKATAN SATU DALAM
OPERASI DARAB NOMBOR TIGA DIGIT DENGAN DUA DIGIT
YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA
WARDATUL FADILAH BINTI KAMARUZAMAN
841118065034001
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA LANAR
27200 KUALA LIPIS
PAHANG
2
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKASURAT
i. ISI KANDUNGAN 2
ii. ABSTRAK 3 – 4
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
5 – 8
2.0 ISU / FOKUS KAJIAN 9
3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN 10
4.0 KUMPULAN SASARAN 11 – 12
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Perancangan Tindakan
5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian
 Jadual Pelaksanaan
 Kos Kajian
13 – 24
6.0 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN 25 – 27
7.0 LAMPIRAN 28 – 34
3
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan Kaedah Tukul dan
Pistol dalam meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan yang melibatkan
pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam
Tajuk Nombor Bulat . Subjek kajian ini melibatkan 30 orang murid Tingkatan 1 di sebuah
sekolah di Kuala Lipis , Pahang yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang
perempuan . Data dikumpulkan melalui ujian pra , ujian pos , soal selidik , pemerhatian serta
temubual . Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisis menggunakan statistik deskriptif
manakala soal selidik persepsi murid dianalisis dengan mengira peratus . Saya telah
menggunakan Kaedah Tukul dan Pistol bagi membantu pelajar menjawab soalan pendaraban
melibatkan tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula . Penggunaan
kaedah ini , akan mengggalakkan tingkah laku aktif dan seronok dalam kalangan murid dan
semua murid bersetuju bahawa kaedah ini dapat menarik minat mereka dalam mempelajari
Matematik . Kajian akan membuktikan bahawa Kaedah Tukul dan Pistol ini mampu
meningkatkan penguasaan dan minat murid dalam menjawab soalan pendaraban dalam topik
Nombor Bulat dalam Matapelajaran Matematik Tingkatan 1.
4
ABSTRACT
This study was conducted to find out the use of Hammer And Pistol method in helping
student to answer questions involving multiplication of three-digit number with two digits,
which involves regrouping in Whole Numbers topic . The number of subjects for this study
were 30 pupils of Form 1 which consists of 15 boys and 15 girls from a school in Kuala
Lipis, Pahang . Data was collected through pre – test , post- test , questionnaires ,
observations and interviews . The results of pre-test and post-test were analyzed using
descriptive statistics and perception of students questionnaires were analyzed by calculating
the percentage . I use this Hammer an Pistol method to teach student to answer questions
involving multiplication of three-digit number with two digits, which involves regrouping.
The use of this method can encouraged active and fun behavior among students and all of
them agreed that their interests has increased in learning Mathematics. This study proves that
this method can improve students skill and interests in answering questions involving
multiplication of three-digit number with two digits, which involves regrouping in Whole
Numbers topic .
5
1.0 PENDAHULUAN
Kegunaan matematik dalam kehidupan seharian adalah suatu perkara yang tidak asing
lagi. Hal ini kerana, bidang matematik ternyata sangat meluas termasuklah bidang sains
semulajadi, diikuti kejuruteraan, perubatan, sains sosial dan sains gunaan. Matematik dapat
melatih individu untuk berfikiran mantik, analitis, sistematik, kritis, menyelesaikan masalah,
dan seterusnya mengaplikasikan ilmu tersebut secara bertanggungjawab dalam kehidupan
seharian.
Matematik dijadikan salah satu matapelajaran teras di semua sekolah seantero dunia.
Pembelajaran Matematik bertujuan memberi peluang kepada murid untuk melaksanakan
tugasan kreatif berbentuk penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis serta pemikiran abstrak
(Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2010). Sebenarnya, matlamat-matlamat ini hanya
akan tercapai dengan cemerlang sekiranya guru sebagai agen perubahan menunjukkan etika
yang komited dalam mengimplementasikan kurikulum Matematik secara berkualiti.
Kehidupan manusia sering melibatkan proses melakukan penyelidikan . Sebagai
contohnya , dalam bidang pendidikan khususnya dalam kurikulum di sekolah , guru – guru
sering terdedah kepada pelbagai situasi kompleks yang berkaitan dengan proses pembelajaran
dan pengajaran . Jika para guru ingin mengkaji situasi pengajaran dan pembelajaran di
sekolah atau bilik darjah , mereka seharusnya memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas
mengenai kaedah dan teknik penyelidikan bagi menyelesaikan atau membuat
penambahbaikan terhadap sesuatu isu . Kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi
sosial yang melibatkan guru sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti
amalan guru melalui refleksi dan inkuiri . Sebelum melakukan kajian tindakan penyelidik
perlu membuat cadangan kajian di mana ianya akan dibincangkan dengan penyelia bagi
memastikan kajian yang akan dijalankan bertepatan dengan objektif kajian yang hendak
dicapai .
Menurut Ee Ah Meng ( 1999) , dari buku Psikologi Pendidikan I : Psikologi
Pendidikan , sesungguhnya kesediaan belajar merupakan keadaan seorang individu yang
membolehkannya menikmati pembelajaran yang berkesan . Pengalaman kanak – kanak pada
peringkat awal juga boleh mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan mereka
seterusnya . Terdapat tiga jenis kesediaan pelajar yang utama iaitu , kesediaan kognitif ,
6
kesediaan fizikal ( psikomotor) , afektif ( emosi dan sikap ) sebelum menerima pembelajaran
bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan . Beliau turut menyatakan bahawa kesediaan
belajar seorang murid itu bergantung kepada perkembangan fizikal , sikap atau tingkahlaku
murid itu sendiri , dan kaedah yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran .
Justeru itu , cadangan kajian ini disediakan berdasarkan permasalahan murid sukar
menjawab soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang
melibatkan pengumpulan semula dalam mata pelajaran Matematik dimana ianya memberikan
impak kepada keputusan ujian dan peperiksaan mereka kerana mereka sudah berada di
sekolah menengah . Ini akan memberikan kesan negatif terhadap murid dan sekolah kerana
mereka masih di tingkatan satu dan perlu menghadapi pelbagai aras soalan Matematik yang
lebih tinggi . Apabila kajian ini dibuat , secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah
dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat sedar betapa pentingnya
peningkatan pencapaian matapelajaran ini dalam PT3 dan SPM seterusnya . Langkah pertama
untuk melaksanakan kajian ialah membuat cadangan kajian kemudian disusuli dengan kajian
tindakan . Saya telah mencadangkan agar penggunaan Kaedah Tukul dan Pistol digunakan
dalam kajian ini sebagai usaha meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan
yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula .
7
1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Saya seorang guru Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar , Kuala
Lipis . Sebagai seorang guru matematik, saya merasakan saya sudah menyampaikan
pengajaran dengan berkesan namun begitu semasa saya menjalankan pengajaran saya dapati
murid – murid daripada Tingkatan 1 Bestari tidak dapat menjawab latihan yang diberikan
dengan betul terutama sekali soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan
dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.
Untuk makluman ,murid Tingkatan 1 Bestari terdiri daripada pelajar yang sederhana
dan lemah. Kelas ini juga terdiri daripada murid Orang Asli . Pelajar – pelajar Orang Asli
dalam kelas ini juga mempunyai motivasi diri yang rendah walaupun mereka mempunyai
potensi dan kemahiran yang tersendiri jika dibandingkan dengan pelajar Melayu di SMK
Kuala Lanar .
Semasa aktiviti pembelajaran dijalankan ,apabila saya bertanyakan kepada murid,
bahagian topik yang mereka rasa amat mengelirukan dan tidak boleh dijawab, mereka
menyatakan bahawa mereka langsung tidak faham tentang apa yang dipelajari dalam bab ini.
Jawapan murid yang saya terima ini memberikan saya satu tamparan yang hebat sebagai
seorang guru matematik kerana mereka sudah berada di sekolah menengah dan tidak
menguasai kemahairan asas Matematik ini . Ini akan memberikan kesan terhadap topik yang
berikutnya .
Saya rasakan penyampaian saya dalam pengajaran dan pembelajaran saya kurang
berkesan kepada mereka. Apabila murid ini tidak dapat menjawab soalan yang yang
diberikan, secara tiadak langsung murid menjadi tidak berminat untuk menjawab dan
membuat latihan yang diberikan oleh guru. Murid ini juga tidak mahu mengambil bahagian
dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Pada sangkaan saya, penerangan bersama
contoh, aktiviti dan penekanan beserta penyertaan murid dan latihan latih tubi yang diberikan
di dalam bilik darjah sudah cukup untuk murid ini menguasai konsep ini. Sangkaan ini
meleset apabila mendapati masih ada murid yang belum dapat menguasainya. Kesannya
mereka akan merasakan adalah sukar untuk mempelajari Matematik .
8
Bagi mengenalpasti kelemahan pelajar , saya telah mengulang semula teknik
pengajaran ‘talk and chalk ‘ yang saya telah gunakan di mana saya menunjukkan contoh
pengiraan di hadapan papan hitam secara perlahan – lahan kerana saya . Namun begitu ,ianya
amat mendukacitakan saya apabila saya mendapati hanya dua orang sahaja dapat menjawab
dengan betul manakala yang lain tidak dapat menjawab dengan tepat serta ada sebahagian
daripada mereka tidak memberikan perhatian semasa saya mengajar .
Apabila saya bertanya secara rawak kepada mereka , kenapa mereka tidak dapat
menjawab soalan yang saya berikan jawapan mereka adalah mereka tidak berminat dengan
Matematik dan ianya sangat sukar kepada mereka . Ini sangat membimbangkan kerana
mereka baharu sahaja di Tingkatan Satu dan perjalanan mereka masih panjang . Justeru itu ,
saya perlu menarik minat mereka dan sekaligus menyangkal tanggapan mereka bahawa
matematik itu sukar . Ini adalah satu cabaran kepada saya .
Daripada masalah yang saya hadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam minda.
Apakah yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai topik
ini? Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah
berusaha dalam memberikan contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi
masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Ini membuatkan saya bersemangat untuk
mengkaji permasalahan ini. Sehubungan dengan itu saya telah memilih masalah ini untuk
dijadikan tajuk kajian tindakan saya.
Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya, ibubapa dan pihak
sekolah dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti Kaedah Tukul dan Pistol
supaya pelajar dapat melalui dan merasai peluang belajar yang seronok dan bermakna.
Menurut Mahmud (2001), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
kaedah yang sesuai supaya dapat digunakan di kalangan murid-murid yang lemah bagi
menarik minat mereka dalam mata pelajaran matematik. Dengan adanya maklumat ini juga
dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar murid dapat
mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna .
9
2.0 ISU / FOKUS KAJIAN
Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu
pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidak serasian antara
kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu
gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat saya, kaedah
pengajaran guru Matematik itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil
kecerdasan murid di dalam bilik darjah. Namun, jika murid hilang minat terhadap sesuatu
mata pelajaran amat merbahaya kepada diri seseorang murid itu khususnya dan sekolah
amnya. Saya berasa amat yakin jika saya dapat membantu meningkatkan kefahaman serta
minat murid terhadap pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada.
Selain daripada itu, guru Matematik yang mengajar kelas tersebut dapat meneruskan
proses proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan di
dalam bilik darjah dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid Tingkatan 1 Bestari
dalam mata pelajaran Matematik.
Fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal
dalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang
melibatkan pengumpulan semula kepada tiga puluh orang murid Tingkatan 1 Bestari di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar , Kuala Lipis , Pahang.
Kemahiran mendarab adalah amat penting dalam Matematik. Jika ia tidak dapat
dikuasai oleh murid , mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban
dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa akan datang. Dengan membantu murid
untuk menguasai konsep ini, pelajar akan dapat menunjukkan minat yang mendalam ketika
membuat latihan atau aktiviti bagi topik ini dan dapat menjawab soalan yang diberikan
dengan betul dalam ujian dan peperiksaan sekolah.
10
3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
3.1 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai
objektif berikut:
3.1.1 OBJEKTIF UMUM
Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab.
3.1.2 OBJEKTIF KHUSUS
i. Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor tiga digit
dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.
ii. Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan
kemahiran mendarab.
iii. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.
3.2 SOALAN KAJIAN
i. Sejauh mana penggunaan alatan Tukul dan Pistol ini akan dapat membantu
murid-murid Tingkatan 1 Bestari ini untuk memperbaiki tahap penguasaan
murid-murid ini di dalam operasi darab tiga digit dengan dua digit yang
melibatkan pengumpulan semula.
ii. Adakah kaedah ini mampu meningkatkan minat pelajar terhadap
matapelajaran Matematik sekaligus mengubah persepsi pelajar bahawa
Matematik adalah sukar untuk dikuasai .
11
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 30 orang murid ( responden ) Tingkatan 1 Bestari dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuala Lanar , Kuala Lipis , Pahang . Mereka terdiri daripada 15
orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan . Murid – murid dalam Tingkatan 1
Bestari ini adalah boleh dikategorikan sebagai murid yang lemah . Latar belakang murid
dalam kelas ini adalah daripada masyarakat Orang Asli yang datang dari kawasan pedalaman
seperti Pos Titom , Pos Senderut dan Pos Lenjang . Seperti yang sedia maklum , pelajar
Orang Asli ini adalah daripada kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dari segi
ekonomi dan juga lemah dalam pelajaran .SMK Kuala Lanar pula adalah merupakan satu –
satunya sekolah menengah di daerah Lipis yang menempatkan hampir 500 orang pelajar
orang asli . Oleh sebab itu , kebanyakan murid murid – murid di sekolah ini dalam tahap
sederhana dan lemah dari segi penguasaan dan pencapaian pembelajaran mereka .
Melaui pemerhatian saya , murid – murid dalam Tingkatan 1 Bestari ini juga
mempunyai motivasi serta keyakinan diri yang rendah serta kurang menunjukkan minat
untuk belajar . Sebagai contohnya , mereka tidak suka bertanyakan soalan dan hanya gemar
menyalin sahaja . Mereka juga sering tidak hadir ke sekolah terutamanya selepas cuti
persekolahan di mana mereka dibenarkan pulang ke kampung . Murid – murid ini juga terlalu
pasif dari segi komunikasi , pergaulan mahupun psikomotor . Mereka gemar bertutur dalam
bahasa mereka sehingga menyukarkan guru untuk berkomunikasi dengan mereka .
BIL NAMA MURID
JANTINA
LELAKI PEREMPUAN
1 AKIYAH A/P JIMIN √
2 AKMEL A/L KAMAL √
3 AMENG A/L SOLIBIN √
4 AMISA A/P SALIM √
5 ASROL A/L BAH TIK √
6 BAH BEJON A/L BAH SIU √
7 DIANA A/P YOK LAS √
8 HASNOL BIN YOK TOI √
12
9 JAMADE A/L JUNAIDI √
10 JASNI A/L ROSLAN √
11 JUSIKA A/P SUHAIRI √
12 KAMARUL A/L AZAMI √
13 KRIS DAYANTI A/P ROSMAN √
14 MAIDIN A/L NORDIN √
15 MASADINA A/P HAMZAH √
16 METIUS A/P BAH KELOH √
17 PETER A/L YOK ASU √
18 RAZUAN A/L BAH GI √
19 RINA A/P BAH SEMAN √
20 ROHA A/P SIATU √
21 ROSMISA A/P ABAI √
22 SAMSURI A/L DAUD √
23 SANJAY A/L BAH LONG √
24 SHAROL A/L BAH CEGEH √
25 SUHAIDA A/P YOK TIAP √
26 TINI A/P YOK NOH √
27 WAK RIKENT A/P RAMAN √
28 WAK SAMBERIA A/P BAH RIYAH √
29 WAK SEPI A/P BOK YAK √
30 ZEBRA A/L AHLOI √
13
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Perancangan Tindakan
Pada peringkat awal , permasalahan murid dapat dikenal pasti melalui pemerhatian ,
soala selidik , temubual , lebaran kerja dan hasil kerja rumah murid ( Lampiran A ) . Daripada
hasil tinjauan , saya mendapati sebab utama murid gagal dalam ujian yang dijalankan adalah
kerana tidak dapat melakukan pengiraan dengan tepat dan baik . Tinjauan juga dilakukan
dengan menggunakan senarai semak dari pemerhatian di dalam bilik darjah semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran Matematik dijalankan .
Selain daripada itu , dapatan daripada temubual yang dijalankan kepada beberapa
orang guru Matematik di sekolah ini , saya mendapati bahawa murid – murid ini (
terutamanya pelajar asli ) sangat lemah dalam pengiraan Matematik . Mereka suka menguasai
kaedah pegiraan terutamanya darab dan bahagi . Kaedah pengajaran biasa seperti penerangan
dan tunjuk cara oleh guru tidak membantu meningkatkan pemahaman pelajar . Justeru itu ,
saya perlu menggunakan cara lain yang lebih spesifik bagi membantu meningkatkan
pemahaman pelajar sekaligus menarik minat mereka mempelajari Matematik .
5.1.1 Tindakan Pelaksanaan
Bagi pelaksanaan kajian tindakan ini , saya telah merujuk kepada Model Penyelidikan
Tindakan Zuber – Skerrit ( 1990 ) daripada Buku Manual Kajian Tindakan ( Edisi Ketiga ) .
Langkah pelaksanaan kajian ini adalah berbentuk pilin di mana ianya terdiri daripada kitaran
perancangan , tinakan dan carian fakta berkenaan dengan keputusan tindakan . Satu kitaran
asas alam kajian tindakan seperti mana yang dikatakan oleh Zuber – Skerrit ( 1990 ) adalah
seperti berikut :
Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Zuber – Skerrit , 1990
Refleksi
Pemerhatian Mengenalpasti
masakah
Perancangan
Tindakan
14
a. Mengenalpasti masalah ( hanya terdapat dalam kitaran pertama )
Saya akan menegenalpasti masalah yang memberikan signifikan kepada saya sendiri
iaitu pencapaian dan minat murid dalam topik kajian saya . Masalah yang dikenalpasti
dianalisis bagi memastikan kemungkinan berlaku kesan kepada murid – murid
khususnya dalam pencapaian akaemik mereka . Saya turut dapat mengenalpasti faktor
– faktor yang memberi kemungkinan murid – murid dapat mengira dengan baik .
b. Perancangan
Setelah membuat analisis permasalahan yang dihadapi , saya akan menyenaraikan
beberapa teknik yang dapat digunakan sebagai cara terbaik untuk menyelesaikan
masalah ini . Saya telah membuat keputusan untuk menggunakan Kaedah Tukul dan
Pistol sebagai usaha meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan yang
melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula . Saya turut akan merancang pelaksanaan tindakan intervensi
yang bakal dijalankan kepada kumpulan sasaran , iaitu merancang bagaimana kaedah
Tukul dan Pistol ini boleh dilaksanakan dalam kumpulan sasaran yang telah
ditetapkan . Saya juga akan memilih instrumen yang akan digunakan untuk mengukur
keberkesanan kaedah tersebut .
c. Tindakan
Saya menjalankan tindakan intervensi kepada kumpulan sasaran seperti yang
dirancang . Saya akan merancang dua intervensi untuk memastikan kejituan
keputusan terhadap topik kajian saya ini . Semasa intervensi ini , saya akan
menggunakan Kaedah Tukul dan Pistol bagi membantu kumpulan sasaran saya
menjawab soalan melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang
melibatkan pengumpulan semula .
Kaedah Pelaksanaan Kaedah Tukul dan Pistol
Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan aktiviti murid.
Aktiviti 1 : Membina pistol dan tukul
 Setiap murid akan menggunakan empat helai kertas lutsinar yang berlainan warna.
 Murid perlu membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.
15
 Murid melakar pistol dan tukul dengan menggunakan dua helai kertas lutsinar
yang berlainan warna.
 Kemudian, ianya digunting.
 Guntingkan bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.
 Dengan menggunakan kertas lutsinar yang lain, lakarkan tangga dan kotak
jawapan. Buat dan guntingkan lubang di bahagian tengah kotak.
Tangga
Kotak
Jawapan
Contoh
Contoh :
:
Hammer
Pistol
16
Aktiviti 2 : Mengisi nombor dan menyelesaikan operasi darab.
 Setelah pistol dan tukul dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan mengisi
nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab nombor 3 digit dengan 2 digit.
 Langkah 1: guru memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik untuk
diselesaikan oleh murid.
Contoh:
246 x 12 = ?
 Murid akan mula mengisi nombor pada pistol dahulu.
 Cara untuk mengisi nombor ialah dengan meletakkan “pistol” di atas
sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak
“pistol”. Kemudian cari hasil darabnya.
 Langkah 2: Setelah selesai mencari jawapan pada “pistol”, letakkan bentuk
“tukul” pada kertas yang sama, dengan bertindih pada “pistol”.
 Murid akan mula mengisi nombor dan menyelesaikan jawapannya.
Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi
kerana barisan nombor pertama telah diisi dalam bentuk “pistol”.
 Langkah 3 : Setelah jawapan “pistol” dan “tukul” dapat diselesaikan, murid akan
menggunakan bentuk “stairs” untuk diisikan dengan jawapan yang telah dibuat.
 Langkah akhir ialah menggunakan kotak jawapan. Murid akan mencari
hasil tambah bagi jawapan “pistol” dan “tukul”. Jawapan ini akan
diisikan ke dalam kotak jawapan.
d. Pemerhatian
Saya akan menyelia keberkesanan tindakan intervensi yang akan dijalankan
menggunakan Kaeah Pistol dan Tukul ini . Saya akan meminta rakan sejawat
merekod tingkah laku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam
borang senarai semak .
e. Refleksi
Saya akan membuat analisisa dan refelksi terhadap tindakan intervensi yang telah
dijalankan . Saya akan turut membuat penambahbaikan tindakan dalam kitaran yang
seterusnya .
17
5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data
Rajah 2 : Metodologi Kajian
Terdapat empat jenis instrumen kajian yang telah digunakan iaitu ujian pra dan ujian
pos ( kuantitatif ) , soala selidik ( kualitatif ) , temu bual ( kualitatif ) dan pemerhatian
(kualitatif) . Cara pengumpulan data yang digunakan dalam pelaksanaan kajian tindakan ini
telah diterangkan secara terperinci seperti berikut :
5.2.1 Pemerhatian
Saya akan menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian
ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui
respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis yang dibuat di dalam
buku tulis dan juga lembaran kerja dan ujian pra. Ia juga tidak dirakamkan dalam
audio tape.
Pemerhatian ini tidak dijadualkan secara formal kerana ia berlaku secara
spontan di dalam bilik darjah. Walaubagaimana pun, catatan perlu dibuat bagi
menjawab pelbagai persoalan iaitu Who, What, When, Where, Why dan How.
Aspek Penilaian
Murid
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M30
Suka berjalan / keluar dari kelas
Bising / suka berbual dengan rakan
Tidur / Mengantuk semasa P & P
Pasif / tidak melibatkan diri dalam P & P
Ujian Pra & Pos
Pemerhatian Soal Selidik
Temu bual
METODOLOGI
KAJIAN
18
Aktif / melibatkan diri dalam P & P
Kerap bertanyakan soalan
Menyiapkan latihan
Jadual 2 : Borang Senarai Semak Tingkah LAku Murid
5.2.2 Temu Bual
Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia
dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini
secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai
kemahiran mengingat dan menghafal. Ianya dilakukan secara rambang terhadap
murid-murid yang saya dapati mempunyai masalah dalam mendarab tiga digit dengan
dua digit.
Antara soalan-soalan yang akan dikemukakan ialah:
 Adakah kamu meminati mata pelajaran Matematik?
 Bolehkah kamu membaca sifir 12?
 Bagaimanakan kamu mendarab nombor tiga digit dengan dua digit?
 Adakah kamu rasa kaedah yang saya ajar ini mudah atau sukar?
5.2.3 Soal Selidik
Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan
mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.
Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.
5.2.4 Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid
dalam tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat’. Ujian pra dijalankan sebelum sesi
bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra ( Lampiran B ) terdiri daripada 10 soalan
19
subjektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas
kertas ujian tersebut. Ianya adalah menggunakan kaedah “Kertas dan Pensel”.
Tempoh masa menjawab adalah 30 minit.
Murid-murid ini akan dipanggil dan ditempatkan di dalam sebuah bilik darjah
untuk menjalankan ujian pra ini. Jarak tempat duduk di antara murid ditetapkan iaitu
dalam jarak empat kaki untuk mengelakkan mereka daripada meniru di dalam ujian
tersebut. Murid-murid ini akan diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk
meniru kerana ia akan menyebabkan hasil dapatan daripada ujian pra ini akan diragui.
Ujian Pos ( Lampiran C ) akan dijalankan apabila selesai rawatan
dilaksanakan . Ujian ini di dilaksanakan untuk mengenalpasti keberkesanan Kaedah
Pistol dan Tukul yang telah digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam
mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula .
Soalan yang digunakan adalah berbeza dengan soalan Ujian Pos tetapi mempunyai
bilangan soalan yang sama . Melalui keputusan ujian , saya dapat menilai
keberkesanan penggunaan Kaedah Tukul dan Pistol dalam proses pengajaran dan
pembelajaran .
20
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
Setelah saya mengenalpasti masalah dalam operasi mendarab nombor tiga
digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam kalangan murid
Tingkatan 1 Bestari saya akan menggunakan Kaedah Pistol dan Tukul di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di kelas . Saya akan mengadakan ujian pos untuk
melihat keberkesanan kaedah ini bagi membantu pelajar menguasai mendarab nombor
tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dengan lebih
mudah. Seterusnya , saya akan menganalisis perbezaan pencapaian murid sebelum
dan selepas didedahkan dengan kaedah ini . Perbezaan markah akan dianalisis dengan
mengguanakan statistik deskriptif manakala persepsi murid dianalisis menggunakan
peratus bagi setiap item .
5.3.1 Analisis Pencapaian Murid
Markah ujian pra dan pos dianalisis dalam bentuk carta pai , graf garis dan
juga jadual bagi melihat pencapaian murid sama ada mengalami peningkatan atau
penurunan . Graf garis digunakan bagi menunjukkan keputusan dan hasil
perbandingan di antara markah ujian pra dan ujian pos bagi murid – murid Tingkatan
1 Bestari . Gred Pemarkahan bagi PT3 mengikut Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
(SAPS) akan digunakan .
GRED KATEGORI MARKAH ( % )
A Cemerlang 85 – 100
B Sederhana Cemerlang 70 – 84
C Sederhana 60 – 69
D Memuaskan 50 – 59
E Sederhana Lemah 40 – 49
F Lemah 0 – 39
Jadual 3 : Jadual Panduan Gred Pemarkahan dari Sistem Analisis Peperiksaan
Sekolah (SAPS)
Jadual di atas menunjukkan skema tafsiran markah yang akan digunakan
untuk menganalisis markah yang diperolehi oleh murid mengikut peratus dan gred
bagi ujian pra dan ujian pos .
21
5.3.2 Analisis Ujian Pos
Ujian pos akan diberikan kepada murid – murid Tingkatan 1 Bestari selepas
tindakan intervensi dijalankan iaitu selepas Kaedah Pistol dan Tukul diaplikasikan
dalam topik kajian ini . Soalan bagi ujian pos adalah soalan yang digunakan adalah
berbeza dengan soalan Ujian Pos tetapi mempunyai bilangan dan bentuk soalan
soalan yang sama.
5.3.3 Perbandingan Peratus Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian bertulis pra dan ujian bertulis pos akan dianalisis dengan membuat
perbandingan peningkatan gred setelah mengumpulkan markah pencapaian murid
dalam ujian . Data akan dianalisis secara satistik deskriptif iaitu menganalisis data
dengan mengira peratus , min dan sisihan piawai bagi data ujian pra dan pos .
22
5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian
5.4.1 Jadual Pelaksanaan
BIL AKTIVITI
TARIKH
PELAKSANAAN
CATATAN
1.
Mengenalpasti isu dan fokus 20 Mei – 20 Jun 2015 Proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Pengumpulan data awal 1 Mei 2015 –
02 Jun 2015
Pemerhatian terhadap masalah dan
tingkah laku murid.
3. Perancangan penyediaan kertas
cadangan kajian
21 Jun 2015 –
29 Jun 2015
Perbincangan bersama pensyarah
penasihat , guru pembimbing dan rakan –
rakan .
4. Penyediaan kertas cadangan
kajian
30 Jun – 09 Julai 2015
5. Semakan kertas cadangan
kajian
10 Julai – 12 Julai
2015
6. Penghantaran kertas cadangan 26 Julai 2015
7. Merancang kajian tindakan 01– 05 Ogos 2015  Memmbuat kajian lanjut mengenai
kaedah pengajaran yang berkesan
 Perancangan rapi bagi pelaksanaan
kajian tindakan
8. Melaksanakan kajian tindakan 1 Sept – 11 Nov 2015
9. Perbincangan terhadap isu
berbangkit
Jan 2016 –
Mac 2016
Perbincangan bersama pensyarah
penasihat , guru pembimbing dan rakan –
rakan
10. Refleksi kajian Jan – Mac 2016
11. Penulisan laporan kajian Jan 2 – Mac 2016
12. Penghantaran kajian tindakan
kepaa tutor penyelia
Mac 2016
Jadual 4 : Jadual Perancangan Pelaksanaan Kajian Tindakan
23
5.4.2 Jadual Perancangan Carta Gant
BIL AKTIVITI
2015 2016
BULAN BULAN
5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 3
1. Mengenalpasti isu dan fokus
2. Pengumpulan data awal
3. Perancangan penyediaan kertas cadangan
kajian ( Membuat draf kertas cadangan )
4. Penyediaan kertas cadangan
5. Semakan kertas cadangan
6. Penghantaran kertas cadangan
7. Merancang kajian tindakan
8. Melaksana kajian tindakan
9. Perbincangan terhadap isu berbangkit
10. Refleksi kajian
11. Penulisan laporan kajian
12. Penghantaran kajian tindakan kepada tutor
penyelia
Jadual 5 : Jadual perancangan pelaksanaan tindakan menggunakan Carta Gantt
24
5.4.3 Kos Kajian
BIL JENIS BAHAN
KUANTITI HARGA
SEUNIT
JUMLAH
KOS
1 Kertas A4 3 RM 10.00 RM 30.00
2 30 helai kertas transparent
yang berlainan warna
30 RM 3.00 RM 90.00
3 Printer Cartridge 2 RM 40.00 RM 80.00
4 Fotokopi bahan dan laporan
kajian
- RM 70.00
5 Buku Catatan 1 RM 5.00 RM 3.50
JUMLAH RM 273.50
25
RUJUKAN
Abdul Rahim Abd. Rashid . (2000) . Model dan pendekatan pengajaran sejarah KBSM.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Zahari Abu Bakar (1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya : Fajar
Bakti Sdn Bhd
Allchin, D. (1999). Values in Science: An Educational Perspective. Science and Education.
8: 1-12.
Alis b. Putih. ( 2009) . Kajian tindakan di sekolah satu pengenalan . Shah Alam : Pure Honey
Enterprise
Amir Hasan Dawi . ( 2009 ) . Sekolah dan Masyarakat . Petaling Jaya : Quantum Books
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaluddin Ramli, Yusuf Boon & Abdul Rahim Hamdan
(2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd,
Selangor.
Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga . ( 2008 ). Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia . Kuala Lumpur
Benjamin S.Bloom dalam Abdullah Yunus (1989). “ Taksonomi Objektif Pendidikan ”.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Borich & Tombari (1997). Educational Phsychology. A Contemporary Approach. Page 177.
Brooks,J.G. & Books,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The case For Constructivist
Classrooms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Developtment
(ASCD)
Chien Chin & Fou Lai Lin (2001). Values In Teaching and Learning of Mathematics : A
Case Study from Mathematical Induction. Mathematics Education Research Journal.
26
Clements, M. A. & Ellerton, N. F. (1993). The Centrality Of Language Factors In
Mathematics Teaching And Learning. Paper Presented At The International Seminar On The
Mathematical Sciences, MARA Institute, Kuching, Sarawak.
Esah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia.
Kamaluddin bin Ahmad (1996). Modul Pengajaran Matematik Sekolah Rendah : Pengajaran
Pemusatan Murid dan Berasaskan Konstruktivisme. (Jurnal tidak diterbitkan). Maktab
Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala
Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kamus dewan edisi ketiga (1996). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang (2001). Latihan Mengajar Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
National Council of Teachers of Mathematics (1989). Curriculum and Evaluation Standards
for School Mathematics. Reston VA: The Council.
Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional : Penghayatan Matematik KBSR dan
KBSM. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Nik Azis Nik Pa (1999). Pendidikan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norasmah binti Haji Othman, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Mohd Ibrahim Nazri & Rohani
Ahmad Tarmizi (2001). Aplikasi Model Kolb Dalam Program Keusahawanan Remaja. Jurnal
Teknologi Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.
27
Noor Azlan (1995). Isu-Isu Berterusan Dalam Pendidikan Matematik. Jurnal Pendidikan
Dalam Pendidikan Matematik, 14, 19-38.
Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah, Kaedah dan
Strategi. Kajang : Masa Enterprise.
Rohani Kasmani (1999). Tinjauan Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Alat
Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah Dato Mohd
Yunos Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan.
Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.
Tamby Subahan Mohd Meerah (1996). Strategi Pengajaran Untuk Meningkatkan Prestasi
Sains dan Matematik. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
28
Lampiran A
BORANG SENARAI SEMAK HASIL KERJA MURID
Nama guru :________________________ Mata pelajaran : ___________________
Tahun/Darjah : _______________________ Nama Murid : ____________________
Skala Pencapaian
1 2 3 4 5
Lemah Tidak Memuaskan Sederhana Baik Cemerlang
Bil Aspek Skor Catatan
1. Murid dapat menyiapkan latihan / lembaran kerja dalam masa
yang ditetapkan
2. Murid dapat menjawab / menulis jawapan dengan baik dan
betul
3. Murid membawa buku latihan / buku teks dan buku yang
berkaitan dengan mata pelajaran
4. Murid menunjukkan minat dan bersungguh – sungguh semasa
menyiapkan kerja atau latihan yang diberikan oleh guru di
dalam kelas
5. Murid membuat pembetulan stelah hasil kerja disemak oleh
guru
JUMLAH
29
Lampiran B
Ujian Pra
Matematik Tingkatan 1
Tajuk : Nombor Bulat
Subtopik : Pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit
Nama murid : _________________________________
Kelas : __________________
Arahan : Jawab semua soalan dengan menunjukkan jalan kerja
1. 265 x 56 = 2. 378 x 87 =
3. 765 x 31 = 4. 976 x 43 =
40
30
5. 765 x 31 = 6. 133 x 67 =
7. 246 x 57 = 8. 982 x 27 =
9. 657 x 19 = 10. 183 x 40 =
( 40 markah )
31
Lampiran C
Ujian Pos
Matematik Tingkatan 1
Tajuk : Nombor Bulat
Subtopik : Pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit
Nama murid : _________________________________
Kelas : __________________
Arahan : Jawab semua soalan dengan menunjukkan jalan kerja
1. 764 x 21 = 2. 235 x 67 =
3. 962 x 76 = 4. 872 x 35 =
40
32
5. 712 x 96 = 6. 456 x 19 =
7. 379 x 87 = 8. 786 x 99 =
9. 515 x 69 = 10. 718 x 59 =
( 40 markah )
33
Lampiran D
SOALAN KAJI SELIDIK
Jantina: L / P
Bulatkan jawapan mengikut skala:
1-Amat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Setuju 4-Amat Setuju
Item Skala
1) Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati. 1 2 3 4
2) Saya seronok belajar operasi darab dalam matematik. 1 2 3 4
3) Saya selalu membuat latihan pendaraban sendiri di rumah. 1 2 3 4
4) Semakin banyak saya mempelajari operasi darab dalam
matematik, saya semakin menyukainya.
1 2 3 4
5) Saya berasa bangga apabila dapat menjawab soalan operasi
darab dengan betul.
1 2 3 4
6) Saya akan cuba menjawab semua soalan operasi darab yang
diberikan.
1 2 3 4
7) Saya telah menghafal sifir 1 hingga sifir 12. 1 2 3 4
8) Saya suka latihan berbentuk pendaraban dalam matematik. 1 2 3 4
9) Saya akan bertanya guru apabila menghadapi masalah dalam
pendaraban.
1 2 3 4
10) Saya selalu mengisi masa lapang dengan membuat latihan
tambahan soalan pendaraban.
1 2 3 4
34
Lampiran E
SENARAI SEMAK TINGKAH LAKU MURID DI DALAM KELAS TINGKATAN
1 BESTARI SEMASA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
Aspek Penilaian
Murid
Sukar memberi
respon
terhadap
penyoalan guru
Suka
berjalan /
keluar dari
kelas
Bising / suka
berbual
dengan rakan
Tidur /
mengantuk
semasa P&P
Pasif / tidak
melibatkan
diri dalam
P&P
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
JUMLAH
35

More Related Content

Similar to OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx

http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyhttp://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyKamal Ludin
 
15. mary tan mui yee
15.  mary tan mui yee15.  mary tan mui yee
15. mary tan mui yeeIrul Erul
 
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Izzati Hamid
 
Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanHabibah Abdullah
 
16. lau ging lim
16.  lau ging lim16.  lau ging lim
16. lau ging limAkmal Haziq
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangNurul Syuhada
 
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaKajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaNurul Akmal
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Arifah Nur Zul
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanHazel Bug
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikstephchun93
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuCahaya Adah II
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)zahjannanti
 

Similar to OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx (20)

http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyhttp://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
 
15. mary tan mui yee
15.  mary tan mui yee15.  mary tan mui yee
15. mary tan mui yee
 
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
 
Kajian
KajianKajian
Kajian
 
Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihan
 
16. lau ging lim
16.  lau ging lim16.  lau ging lim
16. lau ging lim
 
tugasan refleksi
tugasan refleksitugasan refleksi
tugasan refleksi
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silang
 
JURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIKJURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIK
 
Laporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakanLaporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakan
 
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit KudaKajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
Kajian Tindakan Di SMK(P) Bukit Kuda
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
 
3 Jurnal
3 Jurnal3 Jurnal
3 Jurnal
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
 
Jurnal bm
Jurnal bmJurnal bm
Jurnal bm
 

Recently uploaded

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 

Recently uploaded (11)

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 

OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx

  • 1. 1 MENINGKAT PENGUASAAN MURID TINGKATAN SATU DALAM OPERASI DARAB NOMBOR TIGA DIGIT DENGAN DUA DIGIT YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA WARDATUL FADILAH BINTI KAMARUZAMAN 841118065034001 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA LANAR 27200 KUALA LIPIS PAHANG
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURAT i. ISI KANDUNGAN 2 ii. ABSTRAK 3 – 4 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran 5 – 8 2.0 ISU / FOKUS KAJIAN 9 3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN 10 4.0 KUMPULAN SASARAN 11 – 12 5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Perancangan Tindakan 5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data 5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian  Jadual Pelaksanaan  Kos Kajian 13 – 24 6.0 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN 25 – 27 7.0 LAMPIRAN 28 – 34
  • 3. 3 ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penggunaan Kaedah Tukul dan Pistol dalam meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam Tajuk Nombor Bulat . Subjek kajian ini melibatkan 30 orang murid Tingkatan 1 di sebuah sekolah di Kuala Lipis , Pahang yang terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan . Data dikumpulkan melalui ujian pra , ujian pos , soal selidik , pemerhatian serta temubual . Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisis menggunakan statistik deskriptif manakala soal selidik persepsi murid dianalisis dengan mengira peratus . Saya telah menggunakan Kaedah Tukul dan Pistol bagi membantu pelajar menjawab soalan pendaraban melibatkan tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula . Penggunaan kaedah ini , akan mengggalakkan tingkah laku aktif dan seronok dalam kalangan murid dan semua murid bersetuju bahawa kaedah ini dapat menarik minat mereka dalam mempelajari Matematik . Kajian akan membuktikan bahawa Kaedah Tukul dan Pistol ini mampu meningkatkan penguasaan dan minat murid dalam menjawab soalan pendaraban dalam topik Nombor Bulat dalam Matapelajaran Matematik Tingkatan 1.
  • 4. 4 ABSTRACT This study was conducted to find out the use of Hammer And Pistol method in helping student to answer questions involving multiplication of three-digit number with two digits, which involves regrouping in Whole Numbers topic . The number of subjects for this study were 30 pupils of Form 1 which consists of 15 boys and 15 girls from a school in Kuala Lipis, Pahang . Data was collected through pre – test , post- test , questionnaires , observations and interviews . The results of pre-test and post-test were analyzed using descriptive statistics and perception of students questionnaires were analyzed by calculating the percentage . I use this Hammer an Pistol method to teach student to answer questions involving multiplication of three-digit number with two digits, which involves regrouping. The use of this method can encouraged active and fun behavior among students and all of them agreed that their interests has increased in learning Mathematics. This study proves that this method can improve students skill and interests in answering questions involving multiplication of three-digit number with two digits, which involves regrouping in Whole Numbers topic .
  • 5. 5 1.0 PENDAHULUAN Kegunaan matematik dalam kehidupan seharian adalah suatu perkara yang tidak asing lagi. Hal ini kerana, bidang matematik ternyata sangat meluas termasuklah bidang sains semulajadi, diikuti kejuruteraan, perubatan, sains sosial dan sains gunaan. Matematik dapat melatih individu untuk berfikiran mantik, analitis, sistematik, kritis, menyelesaikan masalah, dan seterusnya mengaplikasikan ilmu tersebut secara bertanggungjawab dalam kehidupan seharian. Matematik dijadikan salah satu matapelajaran teras di semua sekolah seantero dunia. Pembelajaran Matematik bertujuan memberi peluang kepada murid untuk melaksanakan tugasan kreatif berbentuk penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis serta pemikiran abstrak (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2010). Sebenarnya, matlamat-matlamat ini hanya akan tercapai dengan cemerlang sekiranya guru sebagai agen perubahan menunjukkan etika yang komited dalam mengimplementasikan kurikulum Matematik secara berkualiti. Kehidupan manusia sering melibatkan proses melakukan penyelidikan . Sebagai contohnya , dalam bidang pendidikan khususnya dalam kurikulum di sekolah , guru – guru sering terdedah kepada pelbagai situasi kompleks yang berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengajaran . Jika para guru ingin mengkaji situasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau bilik darjah , mereka seharusnya memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai kaedah dan teknik penyelidikan bagi menyelesaikan atau membuat penambahbaikan terhadap sesuatu isu . Kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan guru sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan guru melalui refleksi dan inkuiri . Sebelum melakukan kajian tindakan penyelidik perlu membuat cadangan kajian di mana ianya akan dibincangkan dengan penyelia bagi memastikan kajian yang akan dijalankan bertepatan dengan objektif kajian yang hendak dicapai . Menurut Ee Ah Meng ( 1999) , dari buku Psikologi Pendidikan I : Psikologi Pendidikan , sesungguhnya kesediaan belajar merupakan keadaan seorang individu yang membolehkannya menikmati pembelajaran yang berkesan . Pengalaman kanak – kanak pada peringkat awal juga boleh mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan mereka seterusnya . Terdapat tiga jenis kesediaan pelajar yang utama iaitu , kesediaan kognitif ,
  • 6. 6 kesediaan fizikal ( psikomotor) , afektif ( emosi dan sikap ) sebelum menerima pembelajaran bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan . Beliau turut menyatakan bahawa kesediaan belajar seorang murid itu bergantung kepada perkembangan fizikal , sikap atau tingkahlaku murid itu sendiri , dan kaedah yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran . Justeru itu , cadangan kajian ini disediakan berdasarkan permasalahan murid sukar menjawab soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam mata pelajaran Matematik dimana ianya memberikan impak kepada keputusan ujian dan peperiksaan mereka kerana mereka sudah berada di sekolah menengah . Ini akan memberikan kesan negatif terhadap murid dan sekolah kerana mereka masih di tingkatan satu dan perlu menghadapi pelbagai aras soalan Matematik yang lebih tinggi . Apabila kajian ini dibuat , secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian matapelajaran ini dalam PT3 dan SPM seterusnya . Langkah pertama untuk melaksanakan kajian ialah membuat cadangan kajian kemudian disusuli dengan kajian tindakan . Saya telah mencadangkan agar penggunaan Kaedah Tukul dan Pistol digunakan dalam kajian ini sebagai usaha meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula .
  • 7. 7 1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Saya seorang guru Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar , Kuala Lipis . Sebagai seorang guru matematik, saya merasakan saya sudah menyampaikan pengajaran dengan berkesan namun begitu semasa saya menjalankan pengajaran saya dapati murid – murid daripada Tingkatan 1 Bestari tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul terutama sekali soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Untuk makluman ,murid Tingkatan 1 Bestari terdiri daripada pelajar yang sederhana dan lemah. Kelas ini juga terdiri daripada murid Orang Asli . Pelajar – pelajar Orang Asli dalam kelas ini juga mempunyai motivasi diri yang rendah walaupun mereka mempunyai potensi dan kemahiran yang tersendiri jika dibandingkan dengan pelajar Melayu di SMK Kuala Lanar . Semasa aktiviti pembelajaran dijalankan ,apabila saya bertanyakan kepada murid, bahagian topik yang mereka rasa amat mengelirukan dan tidak boleh dijawab, mereka menyatakan bahawa mereka langsung tidak faham tentang apa yang dipelajari dalam bab ini. Jawapan murid yang saya terima ini memberikan saya satu tamparan yang hebat sebagai seorang guru matematik kerana mereka sudah berada di sekolah menengah dan tidak menguasai kemahairan asas Matematik ini . Ini akan memberikan kesan terhadap topik yang berikutnya . Saya rasakan penyampaian saya dalam pengajaran dan pembelajaran saya kurang berkesan kepada mereka. Apabila murid ini tidak dapat menjawab soalan yang yang diberikan, secara tiadak langsung murid menjadi tidak berminat untuk menjawab dan membuat latihan yang diberikan oleh guru. Murid ini juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Pada sangkaan saya, penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan beserta penyertaan murid dan latihan latih tubi yang diberikan di dalam bilik darjah sudah cukup untuk murid ini menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila mendapati masih ada murid yang belum dapat menguasainya. Kesannya mereka akan merasakan adalah sukar untuk mempelajari Matematik .
  • 8. 8 Bagi mengenalpasti kelemahan pelajar , saya telah mengulang semula teknik pengajaran ‘talk and chalk ‘ yang saya telah gunakan di mana saya menunjukkan contoh pengiraan di hadapan papan hitam secara perlahan – lahan kerana saya . Namun begitu ,ianya amat mendukacitakan saya apabila saya mendapati hanya dua orang sahaja dapat menjawab dengan betul manakala yang lain tidak dapat menjawab dengan tepat serta ada sebahagian daripada mereka tidak memberikan perhatian semasa saya mengajar . Apabila saya bertanya secara rawak kepada mereka , kenapa mereka tidak dapat menjawab soalan yang saya berikan jawapan mereka adalah mereka tidak berminat dengan Matematik dan ianya sangat sukar kepada mereka . Ini sangat membimbangkan kerana mereka baharu sahaja di Tingkatan Satu dan perjalanan mereka masih panjang . Justeru itu , saya perlu menarik minat mereka dan sekaligus menyangkal tanggapan mereka bahawa matematik itu sukar . Ini adalah satu cabaran kepada saya . Daripada masalah yang saya hadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam minda. Apakah yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai topik ini? Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah berusaha dalam memberikan contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Ini membuatkan saya bersemangat untuk mengkaji permasalahan ini. Sehubungan dengan itu saya telah memilih masalah ini untuk dijadikan tajuk kajian tindakan saya. Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya, ibubapa dan pihak sekolah dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti Kaedah Tukul dan Pistol supaya pelajar dapat melalui dan merasai peluang belajar yang seronok dan bermakna. Menurut Mahmud (2001), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai supaya dapat digunakan di kalangan murid-murid yang lemah bagi menarik minat mereka dalam mata pelajaran matematik. Dengan adanya maklumat ini juga dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar murid dapat mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna .
  • 9. 9 2.0 ISU / FOKUS KAJIAN Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidak serasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat saya, kaedah pengajaran guru Matematik itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam bilik darjah. Namun, jika murid hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran amat merbahaya kepada diri seseorang murid itu khususnya dan sekolah amnya. Saya berasa amat yakin jika saya dapat membantu meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada. Selain daripada itu, guru Matematik yang mengajar kelas tersebut dapat meneruskan proses proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan di dalam bilik darjah dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid Tingkatan 1 Bestari dalam mata pelajaran Matematik. Fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal dalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula kepada tiga puluh orang murid Tingkatan 1 Bestari di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar , Kuala Lipis , Pahang. Kemahiran mendarab adalah amat penting dalam Matematik. Jika ia tidak dapat dikuasai oleh murid , mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa akan datang. Dengan membantu murid untuk menguasai konsep ini, pelajar akan dapat menunjukkan minat yang mendalam ketika membuat latihan atau aktiviti bagi topik ini dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dalam ujian dan peperiksaan sekolah.
  • 10. 10 3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN 3.1 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut: 3.1.1 OBJEKTIF UMUM Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab. 3.1.2 OBJEKTIF KHUSUS i. Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. ii. Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan kemahiran mendarab. iii. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis. 3.2 SOALAN KAJIAN i. Sejauh mana penggunaan alatan Tukul dan Pistol ini akan dapat membantu murid-murid Tingkatan 1 Bestari ini untuk memperbaiki tahap penguasaan murid-murid ini di dalam operasi darab tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. ii. Adakah kaedah ini mampu meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran Matematik sekaligus mengubah persepsi pelajar bahawa Matematik adalah sukar untuk dikuasai .
  • 11. 11 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 30 orang murid ( responden ) Tingkatan 1 Bestari dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar , Kuala Lipis , Pahang . Mereka terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan . Murid – murid dalam Tingkatan 1 Bestari ini adalah boleh dikategorikan sebagai murid yang lemah . Latar belakang murid dalam kelas ini adalah daripada masyarakat Orang Asli yang datang dari kawasan pedalaman seperti Pos Titom , Pos Senderut dan Pos Lenjang . Seperti yang sedia maklum , pelajar Orang Asli ini adalah daripada kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dari segi ekonomi dan juga lemah dalam pelajaran .SMK Kuala Lanar pula adalah merupakan satu – satunya sekolah menengah di daerah Lipis yang menempatkan hampir 500 orang pelajar orang asli . Oleh sebab itu , kebanyakan murid murid – murid di sekolah ini dalam tahap sederhana dan lemah dari segi penguasaan dan pencapaian pembelajaran mereka . Melaui pemerhatian saya , murid – murid dalam Tingkatan 1 Bestari ini juga mempunyai motivasi serta keyakinan diri yang rendah serta kurang menunjukkan minat untuk belajar . Sebagai contohnya , mereka tidak suka bertanyakan soalan dan hanya gemar menyalin sahaja . Mereka juga sering tidak hadir ke sekolah terutamanya selepas cuti persekolahan di mana mereka dibenarkan pulang ke kampung . Murid – murid ini juga terlalu pasif dari segi komunikasi , pergaulan mahupun psikomotor . Mereka gemar bertutur dalam bahasa mereka sehingga menyukarkan guru untuk berkomunikasi dengan mereka . BIL NAMA MURID JANTINA LELAKI PEREMPUAN 1 AKIYAH A/P JIMIN √ 2 AKMEL A/L KAMAL √ 3 AMENG A/L SOLIBIN √ 4 AMISA A/P SALIM √ 5 ASROL A/L BAH TIK √ 6 BAH BEJON A/L BAH SIU √ 7 DIANA A/P YOK LAS √ 8 HASNOL BIN YOK TOI √
  • 12. 12 9 JAMADE A/L JUNAIDI √ 10 JASNI A/L ROSLAN √ 11 JUSIKA A/P SUHAIRI √ 12 KAMARUL A/L AZAMI √ 13 KRIS DAYANTI A/P ROSMAN √ 14 MAIDIN A/L NORDIN √ 15 MASADINA A/P HAMZAH √ 16 METIUS A/P BAH KELOH √ 17 PETER A/L YOK ASU √ 18 RAZUAN A/L BAH GI √ 19 RINA A/P BAH SEMAN √ 20 ROHA A/P SIATU √ 21 ROSMISA A/P ABAI √ 22 SAMSURI A/L DAUD √ 23 SANJAY A/L BAH LONG √ 24 SHAROL A/L BAH CEGEH √ 25 SUHAIDA A/P YOK TIAP √ 26 TINI A/P YOK NOH √ 27 WAK RIKENT A/P RAMAN √ 28 WAK SAMBERIA A/P BAH RIYAH √ 29 WAK SEPI A/P BOK YAK √ 30 ZEBRA A/L AHLOI √
  • 13. 13 5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Perancangan Tindakan Pada peringkat awal , permasalahan murid dapat dikenal pasti melalui pemerhatian , soala selidik , temubual , lebaran kerja dan hasil kerja rumah murid ( Lampiran A ) . Daripada hasil tinjauan , saya mendapati sebab utama murid gagal dalam ujian yang dijalankan adalah kerana tidak dapat melakukan pengiraan dengan tepat dan baik . Tinjauan juga dilakukan dengan menggunakan senarai semak dari pemerhatian di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik dijalankan . Selain daripada itu , dapatan daripada temubual yang dijalankan kepada beberapa orang guru Matematik di sekolah ini , saya mendapati bahawa murid – murid ini ( terutamanya pelajar asli ) sangat lemah dalam pengiraan Matematik . Mereka suka menguasai kaedah pegiraan terutamanya darab dan bahagi . Kaedah pengajaran biasa seperti penerangan dan tunjuk cara oleh guru tidak membantu meningkatkan pemahaman pelajar . Justeru itu , saya perlu menggunakan cara lain yang lebih spesifik bagi membantu meningkatkan pemahaman pelajar sekaligus menarik minat mereka mempelajari Matematik . 5.1.1 Tindakan Pelaksanaan Bagi pelaksanaan kajian tindakan ini , saya telah merujuk kepada Model Penyelidikan Tindakan Zuber – Skerrit ( 1990 ) daripada Buku Manual Kajian Tindakan ( Edisi Ketiga ) . Langkah pelaksanaan kajian ini adalah berbentuk pilin di mana ianya terdiri daripada kitaran perancangan , tinakan dan carian fakta berkenaan dengan keputusan tindakan . Satu kitaran asas alam kajian tindakan seperti mana yang dikatakan oleh Zuber – Skerrit ( 1990 ) adalah seperti berikut : Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Zuber – Skerrit , 1990 Refleksi Pemerhatian Mengenalpasti masakah Perancangan Tindakan
  • 14. 14 a. Mengenalpasti masalah ( hanya terdapat dalam kitaran pertama ) Saya akan menegenalpasti masalah yang memberikan signifikan kepada saya sendiri iaitu pencapaian dan minat murid dalam topik kajian saya . Masalah yang dikenalpasti dianalisis bagi memastikan kemungkinan berlaku kesan kepada murid – murid khususnya dalam pencapaian akaemik mereka . Saya turut dapat mengenalpasti faktor – faktor yang memberi kemungkinan murid – murid dapat mengira dengan baik . b. Perancangan Setelah membuat analisis permasalahan yang dihadapi , saya akan menyenaraikan beberapa teknik yang dapat digunakan sebagai cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini . Saya telah membuat keputusan untuk menggunakan Kaedah Tukul dan Pistol sebagai usaha meningkatkan penguasaaan murid dalam menjawab soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula . Saya turut akan merancang pelaksanaan tindakan intervensi yang bakal dijalankan kepada kumpulan sasaran , iaitu merancang bagaimana kaedah Tukul dan Pistol ini boleh dilaksanakan dalam kumpulan sasaran yang telah ditetapkan . Saya juga akan memilih instrumen yang akan digunakan untuk mengukur keberkesanan kaedah tersebut . c. Tindakan Saya menjalankan tindakan intervensi kepada kumpulan sasaran seperti yang dirancang . Saya akan merancang dua intervensi untuk memastikan kejituan keputusan terhadap topik kajian saya ini . Semasa intervensi ini , saya akan menggunakan Kaedah Tukul dan Pistol bagi membantu kumpulan sasaran saya menjawab soalan melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula . Kaedah Pelaksanaan Kaedah Tukul dan Pistol Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan aktiviti murid. Aktiviti 1 : Membina pistol dan tukul  Setiap murid akan menggunakan empat helai kertas lutsinar yang berlainan warna.  Murid perlu membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.
  • 15. 15  Murid melakar pistol dan tukul dengan menggunakan dua helai kertas lutsinar yang berlainan warna.  Kemudian, ianya digunting.  Guntingkan bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.  Dengan menggunakan kertas lutsinar yang lain, lakarkan tangga dan kotak jawapan. Buat dan guntingkan lubang di bahagian tengah kotak. Tangga Kotak Jawapan Contoh Contoh : : Hammer Pistol
  • 16. 16 Aktiviti 2 : Mengisi nombor dan menyelesaikan operasi darab.  Setelah pistol dan tukul dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan mengisi nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab nombor 3 digit dengan 2 digit.  Langkah 1: guru memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik untuk diselesaikan oleh murid. Contoh: 246 x 12 = ?  Murid akan mula mengisi nombor pada pistol dahulu.  Cara untuk mengisi nombor ialah dengan meletakkan “pistol” di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak “pistol”. Kemudian cari hasil darabnya.  Langkah 2: Setelah selesai mencari jawapan pada “pistol”, letakkan bentuk “tukul” pada kertas yang sama, dengan bertindih pada “pistol”.  Murid akan mula mengisi nombor dan menyelesaikan jawapannya. Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana barisan nombor pertama telah diisi dalam bentuk “pistol”.  Langkah 3 : Setelah jawapan “pistol” dan “tukul” dapat diselesaikan, murid akan menggunakan bentuk “stairs” untuk diisikan dengan jawapan yang telah dibuat.  Langkah akhir ialah menggunakan kotak jawapan. Murid akan mencari hasil tambah bagi jawapan “pistol” dan “tukul”. Jawapan ini akan diisikan ke dalam kotak jawapan. d. Pemerhatian Saya akan menyelia keberkesanan tindakan intervensi yang akan dijalankan menggunakan Kaeah Pistol dan Tukul ini . Saya akan meminta rakan sejawat merekod tingkah laku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam borang senarai semak . e. Refleksi Saya akan membuat analisisa dan refelksi terhadap tindakan intervensi yang telah dijalankan . Saya akan turut membuat penambahbaikan tindakan dalam kitaran yang seterusnya .
  • 17. 17 5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data Rajah 2 : Metodologi Kajian Terdapat empat jenis instrumen kajian yang telah digunakan iaitu ujian pra dan ujian pos ( kuantitatif ) , soala selidik ( kualitatif ) , temu bual ( kualitatif ) dan pemerhatian (kualitatif) . Cara pengumpulan data yang digunakan dalam pelaksanaan kajian tindakan ini telah diterangkan secara terperinci seperti berikut : 5.2.1 Pemerhatian Saya akan menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis yang dibuat di dalam buku tulis dan juga lembaran kerja dan ujian pra. Ia juga tidak dirakamkan dalam audio tape. Pemerhatian ini tidak dijadualkan secara formal kerana ia berlaku secara spontan di dalam bilik darjah. Walaubagaimana pun, catatan perlu dibuat bagi menjawab pelbagai persoalan iaitu Who, What, When, Where, Why dan How. Aspek Penilaian Murid M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M30 Suka berjalan / keluar dari kelas Bising / suka berbual dengan rakan Tidur / Mengantuk semasa P & P Pasif / tidak melibatkan diri dalam P & P Ujian Pra & Pos Pemerhatian Soal Selidik Temu bual METODOLOGI KAJIAN
  • 18. 18 Aktif / melibatkan diri dalam P & P Kerap bertanyakan soalan Menyiapkan latihan Jadual 2 : Borang Senarai Semak Tingkah LAku Murid 5.2.2 Temu Bual Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal. Ianya dilakukan secara rambang terhadap murid-murid yang saya dapati mempunyai masalah dalam mendarab tiga digit dengan dua digit. Antara soalan-soalan yang akan dikemukakan ialah:  Adakah kamu meminati mata pelajaran Matematik?  Bolehkah kamu membaca sifir 12?  Bagaimanakan kamu mendarab nombor tiga digit dengan dua digit?  Adakah kamu rasa kaedah yang saya ajar ini mudah atau sukar? 5.2.3 Soal Selidik Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat. 5.2.4 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat’. Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra ( Lampiran B ) terdiri daripada 10 soalan
  • 19. 19 subjektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian tersebut. Ianya adalah menggunakan kaedah “Kertas dan Pensel”. Tempoh masa menjawab adalah 30 minit. Murid-murid ini akan dipanggil dan ditempatkan di dalam sebuah bilik darjah untuk menjalankan ujian pra ini. Jarak tempat duduk di antara murid ditetapkan iaitu dalam jarak empat kaki untuk mengelakkan mereka daripada meniru di dalam ujian tersebut. Murid-murid ini akan diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk meniru kerana ia akan menyebabkan hasil dapatan daripada ujian pra ini akan diragui. Ujian Pos ( Lampiran C ) akan dijalankan apabila selesai rawatan dilaksanakan . Ujian ini di dilaksanakan untuk mengenalpasti keberkesanan Kaedah Pistol dan Tukul yang telah digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula . Soalan yang digunakan adalah berbeza dengan soalan Ujian Pos tetapi mempunyai bilangan soalan yang sama . Melalui keputusan ujian , saya dapat menilai keberkesanan penggunaan Kaedah Tukul dan Pistol dalam proses pengajaran dan pembelajaran .
  • 20. 20 5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data Setelah saya mengenalpasti masalah dalam operasi mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dalam kalangan murid Tingkatan 1 Bestari saya akan menggunakan Kaedah Pistol dan Tukul di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas . Saya akan mengadakan ujian pos untuk melihat keberkesanan kaedah ini bagi membantu pelajar menguasai mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula dengan lebih mudah. Seterusnya , saya akan menganalisis perbezaan pencapaian murid sebelum dan selepas didedahkan dengan kaedah ini . Perbezaan markah akan dianalisis dengan mengguanakan statistik deskriptif manakala persepsi murid dianalisis menggunakan peratus bagi setiap item . 5.3.1 Analisis Pencapaian Murid Markah ujian pra dan pos dianalisis dalam bentuk carta pai , graf garis dan juga jadual bagi melihat pencapaian murid sama ada mengalami peningkatan atau penurunan . Graf garis digunakan bagi menunjukkan keputusan dan hasil perbandingan di antara markah ujian pra dan ujian pos bagi murid – murid Tingkatan 1 Bestari . Gred Pemarkahan bagi PT3 mengikut Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) akan digunakan . GRED KATEGORI MARKAH ( % ) A Cemerlang 85 – 100 B Sederhana Cemerlang 70 – 84 C Sederhana 60 – 69 D Memuaskan 50 – 59 E Sederhana Lemah 40 – 49 F Lemah 0 – 39 Jadual 3 : Jadual Panduan Gred Pemarkahan dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Jadual di atas menunjukkan skema tafsiran markah yang akan digunakan untuk menganalisis markah yang diperolehi oleh murid mengikut peratus dan gred bagi ujian pra dan ujian pos .
  • 21. 21 5.3.2 Analisis Ujian Pos Ujian pos akan diberikan kepada murid – murid Tingkatan 1 Bestari selepas tindakan intervensi dijalankan iaitu selepas Kaedah Pistol dan Tukul diaplikasikan dalam topik kajian ini . Soalan bagi ujian pos adalah soalan yang digunakan adalah berbeza dengan soalan Ujian Pos tetapi mempunyai bilangan dan bentuk soalan soalan yang sama. 5.3.3 Perbandingan Peratus Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian bertulis pra dan ujian bertulis pos akan dianalisis dengan membuat perbandingan peningkatan gred setelah mengumpulkan markah pencapaian murid dalam ujian . Data akan dianalisis secara satistik deskriptif iaitu menganalisis data dengan mengira peratus , min dan sisihan piawai bagi data ujian pra dan pos .
  • 22. 22 5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian 5.4.1 Jadual Pelaksanaan BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN CATATAN 1. Mengenalpasti isu dan fokus 20 Mei – 20 Jun 2015 Proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Pengumpulan data awal 1 Mei 2015 – 02 Jun 2015 Pemerhatian terhadap masalah dan tingkah laku murid. 3. Perancangan penyediaan kertas cadangan kajian 21 Jun 2015 – 29 Jun 2015 Perbincangan bersama pensyarah penasihat , guru pembimbing dan rakan – rakan . 4. Penyediaan kertas cadangan kajian 30 Jun – 09 Julai 2015 5. Semakan kertas cadangan kajian 10 Julai – 12 Julai 2015 6. Penghantaran kertas cadangan 26 Julai 2015 7. Merancang kajian tindakan 01– 05 Ogos 2015  Memmbuat kajian lanjut mengenai kaedah pengajaran yang berkesan  Perancangan rapi bagi pelaksanaan kajian tindakan 8. Melaksanakan kajian tindakan 1 Sept – 11 Nov 2015 9. Perbincangan terhadap isu berbangkit Jan 2016 – Mac 2016 Perbincangan bersama pensyarah penasihat , guru pembimbing dan rakan – rakan 10. Refleksi kajian Jan – Mac 2016 11. Penulisan laporan kajian Jan 2 – Mac 2016 12. Penghantaran kajian tindakan kepaa tutor penyelia Mac 2016 Jadual 4 : Jadual Perancangan Pelaksanaan Kajian Tindakan
  • 23. 23 5.4.2 Jadual Perancangan Carta Gant BIL AKTIVITI 2015 2016 BULAN BULAN 5 6 7 8 9 10 11 12 1 2 3 1. Mengenalpasti isu dan fokus 2. Pengumpulan data awal 3. Perancangan penyediaan kertas cadangan kajian ( Membuat draf kertas cadangan ) 4. Penyediaan kertas cadangan 5. Semakan kertas cadangan 6. Penghantaran kertas cadangan 7. Merancang kajian tindakan 8. Melaksana kajian tindakan 9. Perbincangan terhadap isu berbangkit 10. Refleksi kajian 11. Penulisan laporan kajian 12. Penghantaran kajian tindakan kepada tutor penyelia Jadual 5 : Jadual perancangan pelaksanaan tindakan menggunakan Carta Gantt
  • 24. 24 5.4.3 Kos Kajian BIL JENIS BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH KOS 1 Kertas A4 3 RM 10.00 RM 30.00 2 30 helai kertas transparent yang berlainan warna 30 RM 3.00 RM 90.00 3 Printer Cartridge 2 RM 40.00 RM 80.00 4 Fotokopi bahan dan laporan kajian - RM 70.00 5 Buku Catatan 1 RM 5.00 RM 3.50 JUMLAH RM 273.50
  • 25. 25 RUJUKAN Abdul Rahim Abd. Rashid . (2000) . Model dan pendekatan pengajaran sejarah KBSM. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Zahari Abu Bakar (1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn Bhd Allchin, D. (1999). Values in Science: An Educational Perspective. Science and Education. 8: 1-12. Alis b. Putih. ( 2009) . Kajian tindakan di sekolah satu pengenalan . Shah Alam : Pure Honey Enterprise Amir Hasan Dawi . ( 2009 ) . Sekolah dan Masyarakat . Petaling Jaya : Quantum Books Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaluddin Ramli, Yusuf Boon & Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd, Selangor. Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga . ( 2008 ). Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia . Kuala Lumpur Benjamin S.Bloom dalam Abdullah Yunus (1989). “ Taksonomi Objektif Pendidikan ”. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Borich & Tombari (1997). Educational Phsychology. A Contemporary Approach. Page 177. Brooks,J.G. & Books,M.G. (1993). In Search Of Understanding: The case For Constructivist Classrooms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Developtment (ASCD) Chien Chin & Fou Lai Lin (2001). Values In Teaching and Learning of Mathematics : A Case Study from Mathematical Induction. Mathematics Education Research Journal.
  • 26. 26 Clements, M. A. & Ellerton, N. F. (1993). The Centrality Of Language Factors In Mathematics Teaching And Learning. Paper Presented At The International Seminar On The Mathematical Sciences, MARA Institute, Kuching, Sarawak. Esah Sulaiman (2003). Asas Pedagogi. Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia. Kamaluddin bin Ahmad (1996). Modul Pengajaran Matematik Sekolah Rendah : Pengajaran Pemusatan Murid dan Berasaskan Konstruktivisme. (Jurnal tidak diterbitkan). Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kamus dewan edisi ketiga (1996). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang (2001). Latihan Mengajar Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. National Council of Teachers of Mathematics (1989). Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics. Reston VA: The Council. Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional : Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Nik Azis Nik Pa (1999). Pendidikan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Norasmah binti Haji Othman, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Mohd Ibrahim Nazri & Rohani Ahmad Tarmizi (2001). Aplikasi Model Kolb Dalam Program Keusahawanan Remaja. Jurnal Teknologi Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.
  • 27. 27 Noor Azlan (1995). Isu-Isu Berterusan Dalam Pendidikan Matematik. Jurnal Pendidikan Dalam Pendidikan Matematik, 14, 19-38. Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah, Kaedah dan Strategi. Kajang : Masa Enterprise. Rohani Kasmani (1999). Tinjauan Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia. Tamby Subahan Mohd Meerah (1996). Strategi Pengajaran Untuk Meningkatkan Prestasi Sains dan Matematik. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 28. 28 Lampiran A BORANG SENARAI SEMAK HASIL KERJA MURID Nama guru :________________________ Mata pelajaran : ___________________ Tahun/Darjah : _______________________ Nama Murid : ____________________ Skala Pencapaian 1 2 3 4 5 Lemah Tidak Memuaskan Sederhana Baik Cemerlang Bil Aspek Skor Catatan 1. Murid dapat menyiapkan latihan / lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan 2. Murid dapat menjawab / menulis jawapan dengan baik dan betul 3. Murid membawa buku latihan / buku teks dan buku yang berkaitan dengan mata pelajaran 4. Murid menunjukkan minat dan bersungguh – sungguh semasa menyiapkan kerja atau latihan yang diberikan oleh guru di dalam kelas 5. Murid membuat pembetulan stelah hasil kerja disemak oleh guru JUMLAH
  • 29. 29 Lampiran B Ujian Pra Matematik Tingkatan 1 Tajuk : Nombor Bulat Subtopik : Pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit Nama murid : _________________________________ Kelas : __________________ Arahan : Jawab semua soalan dengan menunjukkan jalan kerja 1. 265 x 56 = 2. 378 x 87 = 3. 765 x 31 = 4. 976 x 43 = 40
  • 30. 30 5. 765 x 31 = 6. 133 x 67 = 7. 246 x 57 = 8. 982 x 27 = 9. 657 x 19 = 10. 183 x 40 = ( 40 markah )
  • 31. 31 Lampiran C Ujian Pos Matematik Tingkatan 1 Tajuk : Nombor Bulat Subtopik : Pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit Nama murid : _________________________________ Kelas : __________________ Arahan : Jawab semua soalan dengan menunjukkan jalan kerja 1. 764 x 21 = 2. 235 x 67 = 3. 962 x 76 = 4. 872 x 35 = 40
  • 32. 32 5. 712 x 96 = 6. 456 x 19 = 7. 379 x 87 = 8. 786 x 99 = 9. 515 x 69 = 10. 718 x 59 = ( 40 markah )
  • 33. 33 Lampiran D SOALAN KAJI SELIDIK Jantina: L / P Bulatkan jawapan mengikut skala: 1-Amat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Setuju 4-Amat Setuju Item Skala 1) Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati. 1 2 3 4 2) Saya seronok belajar operasi darab dalam matematik. 1 2 3 4 3) Saya selalu membuat latihan pendaraban sendiri di rumah. 1 2 3 4 4) Semakin banyak saya mempelajari operasi darab dalam matematik, saya semakin menyukainya. 1 2 3 4 5) Saya berasa bangga apabila dapat menjawab soalan operasi darab dengan betul. 1 2 3 4 6) Saya akan cuba menjawab semua soalan operasi darab yang diberikan. 1 2 3 4 7) Saya telah menghafal sifir 1 hingga sifir 12. 1 2 3 4 8) Saya suka latihan berbentuk pendaraban dalam matematik. 1 2 3 4 9) Saya akan bertanya guru apabila menghadapi masalah dalam pendaraban. 1 2 3 4 10) Saya selalu mengisi masa lapang dengan membuat latihan tambahan soalan pendaraban. 1 2 3 4
  • 34. 34 Lampiran E SENARAI SEMAK TINGKAH LAKU MURID DI DALAM KELAS TINGKATAN 1 BESTARI SEMASA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) Aspek Penilaian Murid Sukar memberi respon terhadap penyoalan guru Suka berjalan / keluar dari kelas Bising / suka berbual dengan rakan Tidur / mengantuk semasa P&P Pasif / tidak melibatkan diri dalam P&P 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 JUMLAH
  • 35. 35