2. Memahami Daya
Daya ialah tolakan atau tarikan yang boleh
mengakibatkan perubahan pada objek.
Daya ini boleh menyebabkan
- perubahan bentuk,
- menggerakkan objek pegun,
- mengubah kedudukan,
- menambah kelajuan,
- memberhentikan objek yang sedang bergerak.
3. Memahami Daya
Jenis Daya
1) Daya Graviti
Daya tarikan yang menggerakkan sesuatu jasad ke arah pusat
cakerawala (eg: bulan atau Bumi)
2) Daya Geseran
Daya menentang gerakan yang terhasil apabila dua permukaan
bersentuhan
3) Daya Elektrostatik
Daya tarikan antara cas berlainan / Daya tolakan antara cas yang
sama
4) Daya Magnet
Daya tarikan atau tolakan antara dua magnet yang berlainan atau
antara magnet dengan bahan magnet.
4. Memahami Pengukuran Daya
Daya dapat mengubah saiz, bentuk dan gerakan sesuatu
objek. Daya juga merupakan kuantiti yang
mempunyai magnitud (kekuatan) dan juga arah. Unit S.I
bagi daya ialah Newton (N). Objek dengan jisim 100 gram
mempunyai berat kira-kira 1 N. Jadi 1 kg jisim adalah
bersamaan dengan 10 N. Daya boleh diukur dengan
menggunakan Neraca Spring.
Kenapa Spring yang dipilih?
Kerana spring akan memanjang jika dikenakan daya
tarikan dan akan mampat dan pendek jika dikenakan daya
tolakan. Pemanjangan dan pemampatan spring adalah
berkadar terus dengan kekuatan daya.
5. Mengaplikasi Daya Geseran
Kebaikan Geseran
1. Membolehkan kita
menulis
2. Menunggang basikal
3. Memadamkan tulisan
4. Memotong buah
5. Menyalakan mancis
6. Mengasah pisau
Keburukan Geseran
1. Melambatkan
pergerakan
2. Mengurangkan
kecekapan mesin
3. Menghauskan
permukaan alatan
4. Menghasilkan haba
dan bunyi
6. Mengaplikasi Daya Geseran
Cara Meningkatkan
Geseran
1. Menggunakan
permukaan yang kasar
2. Meningkatkan berat
objek
Cara Mengurangkan
Geseran
1. Menggunakan troli
2. Menggunakan roda
3. Menggunakan minyak
pelincir
4. Menggunakan rod
berputar
5. Menggunakan bentuk
aerodinamik
7. Mengaplikasi Kerja
Kerja dibuat sekiranya daya
yang digunakan dapat
menggerakkan sesuatu
objek pada arah daya
tindakan. Kerja berlaku
apabila beban dipindahkan
dari satu tempat ke satu
tempat yang lain. Lihat
contoh gambar dibawah
bagi penjelasan lebih
lanjut.
Kerja Dilakukan
1) Mengangkat barang
2) Berlari
3) Menaiki tangga
4) Menolak troli
Kerja TIDAK Dilakukan
1) Duduk
2) Mendukung bayi
3) Menolak dinding
4) Menulis
8. Mengaplikasi Kerja
Pengiraan Kerja
Kerja juga merupakan hasil darab daya dengan jarak
objek. Unit SI yang digunakan adalah Newton meter
(N m) atau Joule (J)
Kerja (J) = Daya (N) X Jarak (m)
9. Mengaplikasi Kuasa
Kuasa ialah kadar kerja yang dilakukan. Kuasa
menunjukkan tahap kecepatan sesuatu kerja
dilakukan. Dalam bahasa yang lebih mudah, kuasa
adalah kadar secepat mana sesuatu kerja dapat
dilakukan oleh anda. Sebagai contoh, bagi 2 pelajar
yang mempunyai berat badan yang sama, dan berlari
pada jarak yang sama, pelajar yang sampai lebih
dahulu ke garisan penamat, adalah pelajar yang
menggunakan kuasa yang lebih besar berbanding
yang seorang lagi.
10. Dalam unit SI, kuasa disukat dengan menggunakan
unit joule sesaat (J/s) atau Js-1 atau juga unit Watt
(W).
11. Kepentingan Daya Dalam
Kehidupan
1. Buah kelapa tidak akan jatuh tanpa daya graviti
2. Kereta dapat bergerak tanpa tergelincir dengan
adanya daya geseran
3. Pintu tidak dapat dibuka tanpa daya tarikan
4. Air tidak dapat dialirkan tanpa daya untuk
memusingkan pili
5. Kilat tidak dapat terhasil tanpa daya elektrostatik
6. Kompas tidak dapat berfungsi tanpa daya magnet
http://www.cikguhailmi.com/