Dokumen ini memberikan cara memasak mi kari dengan bahan-bahan seperti ayam, kerang, udang, fish cake, fish ball, serbuk kari, dan ubi keledek. Bumbu yang digunakan termasuk bawang merah, bawang putih, halia, dan rempah-rempah seperti cengkih dan kayu manis. Kuah dibuat dengan merebus bahan-bahan tersebut dan dicampur dengan air rebusan udang untuk memberikan rasa udang yang kuat. Rahsia mi kari sed
1. CARA BUAT MI KARI
Bahan Mee Kari
o 2 peket mee kuning di rebus. ( kalau jemputan ramai, lebihkan )
Bahan Kuah Mee Kari
o 1 kg ayam dipotong kecil
o 1- 2 kg kerang direbus dan ambil isinya
o 200gm udang ( saya guna udang kulit keras ) – dibersihkan dan kulitnya direbus.
Simpan air rebusan untuk kuah
o 4 keping fish cake dipotong sederhana nipis
o 1 peket fish ball dibelah dua.
o 1/2 cawan serbuk kari daging
o 2 ketul ubi keledek – direbus dan dikisar
o Garam secukup rasa
Bahan Menumis
o 3 bawang merah hiris nipis
o 2 bawang putih hiris nipis
o halia dihiris nipis
o bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
o Daun kari ( kalau tak ada, jangan risau….mee kari tetap sedap )
o Minyak untuk menumis
Bahan Tambahan
o Telur direbus
o Sawi dipotong dan direbus
1
2. o Taugeh
o Bawang goreng
o Cili merah dipotong nipis
o Daun sup & daun bawang
Cara Masak Mee Kari
o Tumis bahan tumisan. Bila naik bau, masukkan rempah kari yang telah dibancuh
dengan sedikit air
o Bila dah pecah minyak masukkan ayam. Kacau 3-4 minit.
o Masukkan air rebusan udang.
o Bila mendidih, masukkan kerang, udang , fish cake dan fish ball
o Masukkan ubi keledek yang telah dikisar
o Masukkan garam secukup rasa.
Bab-bab kuah mee kari ni, kena agak-agaknya banyak mana. Kalau mee 2 peket, kuah tu
dalam 4 – 5 liter dah cukup kot.
Apa rahsia Mee Kari Mak Long sedap?
Sedap tu subjektif. Rasa sedap setiap orang berbeza. Rahsia mee kari sedap adalah
kerana saya letakkan ubi keledek sebagai pemanis dan air rebusan udang. Saya suka
gunakan udang yang berkulit keras bukan udang isi putih. Udang kulit keras lebih kuat rasa
dan bau udangnya.
2