Cerita ini menceritakan pertemuan antara Zarina dengan ayah kandungnya, En. Zairi setelah 21 tahun. Ibunya meninggal ketika melahirkan Zarina dan neneknya membesarkan Zarina. Sebelum meninggal, nenek memberitahu Zarina untuk mencari ayahnya. Zarina bertemu En. Zairi dan menunjukkan surat dari ibunya. En. Zairi pada awalnya menyangkal Zarina sebagai anaknya. Nam
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Cerpen Pertama - Kasih yang Ku damba kan
1. KASIHMU KU DAMBA KAN..
“Cik,sekarang Cik boleh masuk bertemu dengan En.Zairi” beritahu seorang gadis kepadaku.
“Baik,terima kasih”jawabku lalu mengatur langkah menuju ke bilik pejabat Pengarah Urusan, pintu
ku ketuk beberapa kali. “Masuk” Suara seorang lelaki menjawab dari dalam bilik pejabat itu.Tombol
pintu ku pulas, sebaik daun pintu ku buka, aku melihat seorang lelaki berusia lewat 40an sedang
duduk meneliti beberapa kertas kerja yang berada di atas meja. Sejenak lelaki itu melontarkan
pandangan serta menguntum seulas senyuman kepadaku, lalu memberi isyarat mempersilakan aku
untuk duduk di salah sebuah kerusi kosong di hadapan mejanya. Ternyata dialah insan yang ku cari
selama ini. Akhirnya hari ini pencarianku bakal berakhir. Wajahnya masih sama seperti dalam
gambar yang diberi Nenek dari Mama kepadaku, Cuma wajah itu tampak semakin dimamah usia.
Terdapat garis-garis tua pada wajah itu. Kini aku berusia 21 tahun, inilah pertama kali aku dapat
memandangnya.
Aku lantas menbalas senyumannya dan melabuhkan punggungku di atas kerusi. “Bagaimana untuk
ku mula?”bisikku sendiri. Tidak lama kemudian lelaki itu bersuara “Ada apa yang dapat saya bantu
saudari?” Tanya lelaki itu kepadaku. “Saya ada hal mustahak untuk dibicarakan dengan Encik”
Ucapku berterus terang. Aku mengeluarkan sekeping gambar lama lalu menunjukkan kepada lelaki
itu. Lelaki itu mencapai gambar yang ku serahkan “Ini gambar saya. Dari mana awak dapat gambar
ini”Tanya lelaki itu dengan riak kehairanan. “Gambar ini diberikan oleh ibu saya.”jawabku pendek
dan menanti pertanyaan selanjutnya.“Siapa ibu awak? dan mengapa dia memberi gambar ini kepada
awak? soal lelaki itu.
Agak sukar bagiku untuk menjawab soalan mudah itu, kerana jawapanku pasti akan merungkai
sebuah kisah silam. Kisah silam yang disembunyikan oleh mama dan nenek sejak 21tahun lalu. “Cik?”
seru lelaki itu masih menanti jawapan dariku. “Nama saya Zarina Aleeya dan Ibu saya bernama Umi
Umairah,dialah yang meminta saya untuk bertemu dengan Encik” jelasku dengan nada terketar-
ketar. Mendengarkan penjelasan dariku airmuka lelaki itu berubah seolah-olah mengingati sesuatu.
“Maaf,saya tidak mengenali ibu saudari. sebaiknya saudari tolong tinggalkan pejabat ini kerana saya
masih ada beberapa urusan yang harus saya selesaikan”pinta lelaki itu. Perkara ini telah ku jangka
sedari mula. Aku kemudian menyerahkan sepucuk surat yang ditulis mama untuk lelaki itu.
2. “Abang,sekian lama umi menanti abang. Sekali pun abang tidak
pernah datang bertemu umi. Lupakah abang pada umi?. Abang,
di rahim umi ada zuriat abang. Doktor mengesahkan kandungan
umi berada diluar rahim. Mungkin umi tidak akan ada lagi di
dunia ini setelah melahirkan anak kita. Hanya umi berharap
abang dapat mencurahkan kasih sayang abang kepada anak kita.
Umi mencari abang dimana-mana tapi tidak berjumpa. Hanya
surat cerai yang umi terima dari abang. Umi tahu doktor pernah
mengesahkan abang mandul tetapi doktor juga manusia biasa.
Tiada siapa pun di muka bumi ini dapat mengatasi kehendak
serta Ketentuan ALLAH. Percayalah, sesungguhnya anak ini
adalah anak kandung abang. Umi tidak pernah berlaku curang di
belakang abang. Abang tak pernah beri kesempatan untuk umi
jelaskan perkara ini. Walaupun abang telah putuskan untuk
ceraikan umi, namum anak dalam kandungan ini tetap anak
abang sampai bila-bila. Terimalah ZARINA ALEEYA seadanya
abang. Inilah hadiah Umi untuk abang”
“Sayalah Zarina Aleeya binti Zairi dan saya adalah anak...” belum sempat aku menghabiskan kataku
tiba-tiba muncul seorang gadis mirip wajahku di muka pintu. “Maafkan saya ayah,saya fikir tak ada
orang di sini” ujar gadis itu sambil tersenyum tawar. “Maafkan saya,cik” ujar gadis itu lagi. “Err,tak
mengapa”jawabku. “Ada apa Dania?”kata En.Zairi kepada anak gadisnya itu. “Sekali lagi maaf
ayah,saya datang hanya untuk menyampaikan pesan mama. Mama meminta ayah jemput mama di
Rumah nenek selesai waktu pejabat nanti” terang gadis itu lalu meninggalkan ruang pejabat
tersebut.
“Adakah gadis itu anak kandungan Encik?” soalku sebaik kelibat dania tidak kelihatan lagi.
“Ya, dia anak aku. Hasil perkahwinan kedua aku selepas aku bercerai dengan ibu kau da kau
bukannya anak aku. Sila tinggalkan tempat ini sekarang” Ucapnya dengan nada yang tinggi. Sungguh
aku terkesan dengan kata-kata yang dilontarkannya kepadaku.
“Benarlah Encik sebenarnya tidak mandul?? dan benarlah saya juga anak ayah kerana ayah
sememangnya tidak mandul? Jika ayah tak mahu mengakui saya sebagai anak, saya tidak kisah. Saya
hanya mahu ayah datang ke Majlis Akad nikah saya nanti. Tunaikanlah tanggungjawab ayah sebagai
Wali saya nanti. Hanya itu yang saya pinta dari seorang ayah yang tidak pernah saya rasa kasih
sayangnya.” Hujahku lalu menitiskan airmata
En.Zairi terbungkam, airmatanya jatuh mungkin baru kini dia menyedari kesilapannya. “Maafkan
ayah kerana telah meninggalkan Zarina dan mama. Tolong bawa ayah bertemu Mama” pinta En.Zairi
dengan penuh penyesalan.
3. “Mama sudah tiada, saya juga tidak sempat melihat mama kerana mama telah meninggal dunia
sebaik menjalani pembedahan melahirkan saya. Saya dibesarkan oleh nenek, tetapi nenek juga telah
tiada sejak tiga tahun lalu. Sebelum nenek meninggal dunia, nenek sampaikan amanat mama kepada
saya. Mama berpesan supaya saya mencari ayah bila saya dewasa nanti. Ketika itu barulah saya
mengetahui bahawa saya memiliki seorang ayah, ayah yang tidak pernah saya kenal.” aku ceritakan
kepada En.Zairi segala yang terjadi.
Ayah lantas memeluk ku, airmatanya tidak berhenti berlinang. Aku menangis gembira kerana
akhirnya ayah mahu mengakuiku sebagai anaknya. Sesungguhnya dia adalah Wali ku.
-Jika ada kelemahan pada cerpen ini sila komen-
Nukilan
Nazdiana