SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
64
KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN ANTARA KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN DAN
TEKANAN DENGAN TRET PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
Ahmad Hazuad bin Salleh, Dini Rahiah Kadir
MALAYSIA
ahmadhazuad@yahoo.com; dinirahiah@yahoo.com
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan di antara kemurungan, kebimbangan dan tekanan
dengan tret pe rsonaliti di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuatitatif. S ubjek kajian adalah terdiri daripada
pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UKM yang dipilih secara rawak terhadap 113 orang pelajar
daripada j umlah populasi seramai 170 pe lajar. Dua instrumen kajian telah digunakan iaitu Junior
Eysenck Personality Inventory (JEPI) untuk mengukur personaliti berasaskan dua dimensi sifat asas
manusia iaitu faktor ektroversi-introvesi dan neurotisme-stabiliti dan yang kedua ialah Depression,
Anxiety and Stress Scale (DASS21) untuk mengukur tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan.
Kajian mendapati, antara punca yang menyumbang kepada kemurungan, kebimbangan dan stres di
kalangan peserta kajian ialah masalah hubungan interpersonal, beban tugasan akademik, tekanan
pengurusan masa, pesekitaran, aspek kewangan, keselamatan, hubungan dalam keluarga dan
penglibatan aktiviti luar. Di samping itu, ianya juga memberi kesan seperti suka bersendirian,
gangguan perasaan dan gangguan kesihatan. Sehubungan dengan dapatan kajian ini, beberapa
implikasi dan cadangan dikemukakan. Di Malaysia, kajian yang berkaitan dengan kemurungan,
kebimbangan dan tekanan seharusnya dipertingkatkan kerana kajian-kajian lepas berkaitan isu ini
menunjukkan terdapat kesan-kesan yang negetif terhadap pelajar yang mengalaminya. Kajian
seperti ini juga perlu diteruskan kerana sumbangannya amat bernilai dalam menghasilkan para pelajar
atau graduan yang lebih sihat minda,emosi, fizikal serta lebih produktif dan berdaya saing.
Kata kunci: Kemurungan, kebimbangan, tekanan, tret personaliti, punca masalah, implikasi dan
cadangan
PENGENALAN
Menjelang abad ke-21, tekanan (stress), kemurungan (depression), kebimbangan (anxiety)
dan isu yang berkaitan personaliti sering diperkatakan dalam masyarakat dan menjadi perbualan
hangat di media masa serta media elektonik. Persekitaran yang semakin terdesak pada masa kini
menyebabkan pelbagai golongan berada dalam keadaan tertekan bagi bersaing dalam meneruskan
perjuangan kehidupan. Dengan itu, wujud pelbagai sikap dan tingkah laku yang membentuk
personaliti induvidu yang berbeza-beza. Kelainan personalti individu yang berbeza-beza ini, seperti
personaliti yang positif dan negatif membawa kepada perbezaan tahap tekanan yang dialami pada
seseorang individu. Tahap tekanan yang tinggi akan membawa kepada personaliti yang negatif akan
menggangu fungsi hidup dalam masyarakat manakala personaliti yang positif membawa
kesejahteraan hidup yang normal.Dengan itu, wajarlah kita memberi fokus kepada isu permasalahan
ini.
Kajian ini dibuat ke atas pelajar iaitu para siswazah kerana pelajar adalah golongan yang
terbesar wujud dalam masyarakat pada hari ini. Boleh dikatakan dua per tiga daripada rakyat malaysia
terdiri daripada pelajar. Pada era globalisasi ini pula para siswazah adalah harapan negara untuk
memajukan dan mengaplikasikan pengetahuan mereka untuk menyelaraskan wawasan negara untuk
menjadikan sesebuah negara itu cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun begitu,
parasiswazahsudahpastijugamenghadapiperasaanstres, kebimbangandankemurungansewaktu di
institusipengajiantinggi yang menuntutuntukmencapaikejayaan. Hal ini ditambah lagi apabila sistem
pendidikan tinggi kini masih lagi menitikberatkan aspek peperiksaan.
65
Setiap kajian yang dijalankan biasanya mempunyai kepentingan sama ada untuk mencari
jalan penyelesaian terhadap permasalah atau sebagai menambah ilmu pengetahuan yang baru. Di
zaman yang penuh cabaran dan kepesatan teknologi, pengkaji merasakan kajian hubungan di antara
kemurungan, kebimbangan, tekanan dan personaliti amat penting dilaksanakan di Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana penyelidik belum melihat adanya kajian seperti ini
dijalankan kepada pelajar UKM dan ianya akan me dapat bantu pihak UKM untuk mengenalpasti
punca masalah dan cabaran pelajarnya dan seterusnya dapat membantu pelajar-pelajarnya membuat
persediaan awal mengatasi masalah ini. Selain itu kajian ini adalah penting kepada beberapa perkara
iaitu:
1. Untuk mengenalpasti tret personaliti di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
2. Untuk mengetahui hubungan di antara kemurungan, kebimbangan dan tekanan dengan tret
personaliti di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia.
DEFINISI TEKANAN, KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN DAN PERSONALITI
(PEMBOLEH UBAH BERSANDAR)
i ) Kemurungan
Menurut Normah (1995), kemurungan mengandungi beberapa makna dari pelbagai cabang
bidang ilmu. Contohnya dalam bidang neurofisiologi, kemurungan merujuk kepada pengurangan
aktiviti elektrofisiologi dalam organ manusia. Dalam bidang farmakologi, kemurungan bermakna
kesan dadah yang mengurangkan aktiviti organ manusia. Dalam bidang psikologi pula, mereka
mendefinisikan kemurungan sebagai satu gejala yang mengurangkan prestasi normal individu seperti
melambatkan aktiviti psikomotor atau mengurangkan fungsi intelektual individu. Sementara itu,
dalam bidang psikiatrik, kemurungan merangkumi perubahan dalam bahagian afektif yang meliputi
kesedihan atau kemurungan sehingga kecelaruan psikotik yang mengakibatkan kecenderungan
membunuh diri.
ii) Kebimbangan
Spielberg (1976) mendefinisikan kebimbangan sebagai suatu proses yang terdiri daripada
tekanan, ancaman dan keadaan kebimbangan. Proses tersebut berjalan mengikut satu urutan iaitu
bermula daripada kognitif, afektif, fisiologi dan tingkah laku. Proses itu digerakkan oleh suatu
rangsangan tekanan yang tinggi samada dari dalaman atau luaran. Jika seseorang itu mempersiapkan
rangsangan tersebut sebagai berbahaya ataupun mengancam, ia akan menjadi emosional. Seterusnya,
ia akan mengalami kebimbangan keadaan yang tinggi. Proses ini boleh dilihat melalui rajah di bawah.
iii) Tekanan
Tekanan ialah reaksi badan untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan pada persekitaran. Ia
berlaku dalam kehidupan seharian sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Malah, ketika
bersama orang tersayang juga kita boleh mengalami tekanan. Dalam Lisan al-Arab, istilah tekanan
disebut sebagai ‘dhagt’. Mu’jam ‘Ilm al-Nafs menjelaskan makna ‘dhagt’ sebagai keadaan jiwa yang
mengalami pergolakan dan kegelisahan amat dalam.
iv) Personaliti
Menurut kajian Eysenck (1952), personaliti adalah gambaran tingkah laku seseorang yang
konsisten, unik dan dinamik. Konsisten dan tekal bermaksud tingkah laku seseorang itu tidak berubah.
66
Personaliti semasa bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, malah tua adalah serupa. Jika beliau bersifat
keras hati dan ego pada peringkat kanak-kanak dan remaja, sifat dan sikap itu akan dibawa hingga ke
tua atau ke liang lahad. Perubahan yang berlaku disebabkan oleh persekitaran hanyalah mewarnai
personaliti, bukan mempengaruhi keseluruhannya.
v) Ekstraversi
Menurut Eysenck (1967), ekstraversi merupakan satu fenomena yang bersifat bipolar, iaitu
ekstraversi terletak pada kawasan yang bertentangan dengan introversi. Ekstraversi menggambarkan
jenis personaliti suka bergaul, berkawan dan berjenaka. Ia menggambarkan sebagai tret suka bercakap
tetapi tidak suka membaca buku. Disamping itu, jenis personaliti ini juga menggambarkan individu
yang suka mengambil mudah, optimistik dan kadang-kadang agresif. Ciri-ciri lain ialah mudah hilang
sabar dan emosi yang cepat berubah-ubah.
vi) Neurotisme
Merupakan faktor bipolar iaitu neurotisme yang terletak pada suatu kawasan dan kestabilan
yang lain. Neurotisme membawa maksud ketidakstabilan emosi. Ini digambarkan melalui tanda-
tanda sakit kepala, mual, sukar untuk tidur dan sebagainya. Menurut Eysenck (1967), neurotisme
juga dikaitkan dengan rasa bimbang, cemas, kadang-kadang mengalami histeria, kecelaruan
obsesi kompulsif, jenayah, kecelaruan tingkah laku, alkoholisme dan hubungan kelamin.
METADOLOGI
Dalam kajian ini, antara kaedah yang telah dijalankan bagi memastikan pengumpulan data
dapat berjalan dengan lancar adalah seperti mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian di
Fakulti Pendidikan, UKM. Responden kajian adalah dipilih secara rawak berkelompok berdasarkan
jadual nombor rawak bagi memastikan setiap pelajar daripada populasi mempunyai peluang yang
sama untuk dipilih sebagai sampel.
Kajian ini menggunakan kaedah kajian perihalan atau deskriptif yang memperihalkan sesuatu
tingkah laku. Kaedah ini menggunakan statistik yang dapat diterangkan melalui kekerapan, peratusan
dan graf. Selain itu, kaedah kajian ini juga menggunakan kaedah korelasi yang meliputi aspek
mengkaji perkaitan antara tekanan dan personaliti di kalangan pelajar tahun akhir. Kaedah kajian ini
dapat mengkaji secara intensif latar belakang, status semasa dan interaksi dengan persekitaran suatu
unit sosial iaitu pelajar universiti tahun akhir.
Alat yangdigunakanialahsoalselidikDepression, Anxiety and Stress Scale (DASS21)danJunior
Eysenck Personality Inventory (JEPI) . Untuk melihat realibiliti instrumen penyelidikan yang
digunakan, penyelidik telah memilih 30 orang sampel pelajar tahun akhir, Fakulti Pendidikan UKM.
Mereka terdiri daripada program yang berlainan bagi menggambarkan gambaran pelajar tahun akhir
yang berlainan program pengajian.
Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS21)merupakan terjemahan Ramli Musa iaitu
pensyarah dan juga doktor psikiatri di Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Soal
selidik yang telah diterjemahkan dibahagikan kepada 7 item untuk setiap skala depresi, anxieti dan
stres menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu depresi 0.81; anxieti 0.73; stres 0.81 dan
menjadi bahan yang sangat kukuh dan mempunyai kesahan bagi konstruk dalam kajian rintis ini.
ManakalaJunior Eysenck Personality Inventory (JEPI) digunakan untuk mengukur tret personaliti di
kalangan pelajar. Setelah menjalankan kajian rintis, didapati soal selidik ini mempunyai
kebolehpercayaan alpha yang lemah iaitu 0.6779. Walau bagaimanapun soal selidik ini tetap
digunakan dalam meneruskan kajian ini kerana mempunyai kesahan (validity) yang tinggi yang telah
banyak digunakan oleh pengkaji lain untuk menentukan tret personaliti seseorang.
67
KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
3.1. ANALISIS FAKTOR DEMOGRAFI PELAJAR
3.1.1 Taburan responden mengikut Umur
Jadual 1 : Taburan kekerapan berdasarkan umur
Kekerapan Peratus (%)
Valid Kurang daripada 22 tahun 8 7.1
22 tahun 46 40.7
23 tahun 50 44.2
lebih daripada 23 tahunS 9 8.0
Jumlah
113 100.0
Berdasarkan jadual di atas menunjukkan taburan umur berdasarkan kajian yang telah dibuat.
Bilangan umur yang kurang daripada 22 tahun ialah lapan orang iaitu 7.1 peratus, 22 tahun seramai 46
orang iaitu 40.7 peratus, 23 tahun seramai 50 orang iaitu 44.2 peratus dan manakala bilangan yang
berumur lebih daripada 23 t ahun seramai 9 orang iaitu 8.0 peratus. Ini bermakna mereka yang
berumur 23 tahun merupakan golongan yang paling besar dalam kajian ini.
3.1.2. Taburan responden mengikut Jantina.
Jadual 2 : Taburan kekerapan berdasarkan jantina
Kekerapan Peratus (%)
Valid Lelaki 59 52.2
Perempuan 54 47.8
Jumlah 113 100.0
Hasil daripada kajian didapati bahawa bilangan responden lelaki seramai 59 orang iaitu 52.2
peratus dan perempuan seramai 54 orang iaitu 47.8 peratus. Responden perempuan merupakan
golongan majoriti dalam kajian ini.
3.1.3. Taburan responden mengikut program pengajian
Jadual 3 : Taburan kekerapan berdasarkan program pengajian
Kekerapan Peratus (%)
Valid SM PendidikanDenganKepujian (PendidikanKhas) 39 35
SM PendidikanDenganKepujian (Sukan&Rekreasi)
SM PendidikanDenganKepujian (Matematik)
SM
PendidikanDenganKepujian(PengajaranBahasaInggerisseb
agaiBahasaKedua, TESL)
27
27
20
24
24
17
Jumlah 113 100.0
68
Jadual di atas pula menunjukkan program pengajian yang telah dikaji. Didapati Sarjana Muda
PendidikanDenganKepujian (PendidikanKhas) mempunyai bilangan yang paling tinggi sebanyak 39
orang iaitu 35 pe ratus manakala Sarjana Muda PendidikanDenganKepujian (Sukan&Rekreasi)
mempunyai bilangan sebanyak 27 orang iaitu 24 peratus, Sarjana Muda PendidikanDenganKepujian
(Matematik) mempunyai bilangan sebanyak 27 or ang iaitu 24 pe ratus dan
PendidikanDenganKepujian (PengajaranBahasaInggerissebagaiBahasaKedua, TESL) mempunyai
bilangan sebanyak 27 orang iaitu 24 peratus daripada bilangan kajian.
3.2. ANALISIS FAKTOR PERSONALITI PELAJAR
3.2.1. Taburan kekerapan Faktor personaliti ekstroversi
Dalam kajian yang telah dilakukan ini, pengkaji telah membuat analisis terhadap faktor personaliti
ekstrovert di kalangan respondan pelajar tahun akhir lelaki dan perempuan. Hasil daripada data yang
telah dikumpulkan pengkaji mendapati bahawa seramai 25 orang pelajar mempunyai tahap ekstroversi
yang paling tinggi iaitu sebanyak 22.1 peratus. Berdasarkan jadual tersebut juga, skor kekerapan yang
paling tinggi ialah 1, 2, 3, dan 11. Skor ini berada dalam tahap yang sederhana. Dengan ini, keputusan
menunjukkan peratusan pelajar yang mempunyai jenis personaliti suka bergaul, berkawan dan
berjenaka. Mereka juga suka bercakap tetapi tidak suka membaca buku. Di samping itu, jenis
personaliti ini juga menggambarkan individu yang suka mengambil mudah, optimistik dan kadang-
kadang agresif. Ciri-ciri lain ialah mudah hilang sabar dan emosi yang cepat berubah-ubah. Tahap
personaliti ekstrovert yang rendah ini sangat sesuai kepada pelajar dalam mengimbangi kehidupan
seharian di universiti.
Jadual 4 : Taburan kekerapan berdasarkan personaliti ekstroversi
Kekerapan Peratus (%)
Valid 1.13 1 .9
1.17 3 2.7
1.21 2 1.8
1.25 17 15.0
1.29 18 15.9
1.33 11 9.7
1.38 25 22.1
1.42 11 9.7
1.46 8 7.1
1.50 4 3.5
1.54 3 2.7
1.63 7 6.2
1.67 2 1.8
1.75 1 .9
Jumlah 113 100.0
3.2.2. Taburan kekerapan Faktor personaliti ekstroversi
Berdasarkan analisis kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji ke atas 113 responden,
dapatan kajian ini memberi gambaran bahawa terdapat sesuatu menarik untuk dikaji dengan lebih
terperinci. Didapati bahawa jumlah kekerapan tertinggi pelajar yang mempunyai tahap personaliti
neurotisme yang tinggi adalah seramai 23 or ang iaitu sebanyak 20.4 peratus iaitu pada skor 1.33.
69
Kekerapan yang paling tinggi pula adalah pada skor kekerapan empat iaitu sebanyak 3.5 peratus.
Kekerapan ini wujud pada skor 1.21, 1.25, 1.29,1.42, 1.54 dan 1.96. Kekerapan ini wujud di setiap
awal, pertengahan dan akhir skor. Ini menunjukkan tahap neurotisme di kalangan pelajar tahun akhir
Universiti Kebangsaan Malaysia adalah pada tahap yang seimbang dan normal. Tahap ini adalah
seimbang dengan tahap yang terdapat dalam skor ekstrovesi. Keseimbangan dua skor ini
mengambarkan pelajar tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai personaliti yang
seimbang.
Jadual 5 : Taburan kekerapan berdasarkan personaliti neurotisme.
Kekerapan Peratus
Valid 1.08 6 5.3
1.13 1 .9
1.17 3 2.7
1.21 4 3.5
1.25 4 3.5
1.29 4 3.5
1.33 23 20.4
1.38 6 5.3
1.42 4 3.5
1.46 12 10.6
1.50 1 .9
1.54 4 3.5
1.58 9 8.0
1.63 8 7.1
1.67 2 1.8
1.71 2 1.8
1.75 3 2.7
1.79 5 4.4
1.88 1 .9
1.96 7 6.2
2.00 4 3.5
Total 113 100.0
Pengkaji hanya mengkaji personality ekstrover tsahaja kerana melihat tahap personality
ekstrovert yang tinggi boleh memberi masalah kepada kehidupan harian pelajar kerana mempunyai
ciri-ciri yang negative ia itu rasa bimbang, cemas, kadang-kadang mengalami hysteria ,kecelaruan
obsesif-kompulsif, jenayah, kecelaruan tingkah laku, alcohol isme dan hubungan kelamin (Eysenck,
1967). Selain itu, personaliti ini juga memberi kesan kepada fizikal seseorang iaitu sakit kepala, mual,
sukar untuk tidur dan sebagainya.
3.3. ANALISIS HUBUNGAN KORELASI DEPRESI , ANXIETI DAN STRES DENGAN
TRETPERSONALITI
Analisis hubungan yang di antara depresi, anxieti dan tekanan dengan tret personaliti di kalangan
pelajar tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia.
3.3.1. Analisis hubungan di antara tret personaliti ekstroversi dengan kemurungan
Jadual 10 : Analisi hubungan di antara tret personalti ekstroversi dengan depresi
70
Ekstroversi depresi
Ekstroversi Pearson Correlation 1 .474(**)
Sig. (2-tailed) . .000
N 113 113
Depresi Pearson Correlation .474(**) 1
Sig. (2-tailed) .000 .
N 113 113
** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Berdasarkan jadual di atas menunjukkan pengujian kolerasi Pearson hubungan di antara tret
personalti dengan depresi. Hubungan korelasi di antara dua pemboleh ubah ini ialah dengan nilai
pekali korelasi ( r ) = - .474, p< .01. hubungan ini didapati pada tahap hubungan yang signifikan.
Oleh itu, Ho 1 bagi personaliti ekstroversi dan depresi adalah ditolak.
3.3.2. Analisis hubungan di antara tret personaliti ekstroversi dengan kebimbangan
Jadual 11 : Analisi hubungan di antara tret personalti ekstroversi dengan anxieti
Ekstroversi anxiety
ekstroversi Pearson Correlation 1 .310(**)
Sig. (2-tailed) . .001
N 113 113
Anxiety Pearson Correlation .310(**) 1
Sig. (2-tailed) .001 .
N 113 113
** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Jadual di atas menunjukkan ujian korelasi bagi dimensi personaliti dan anxieti. Keputusan
yang diperolehi ( r ) = - .310, menunjukkan hubungan yang signifikan pada aras p< .01. Hasil kajian
ini menunjukkan bahawa dimensi personaliti mempunyai hubungan dengan anxieti atau kebimbangan.
Daripada analisis di atas menunjukkan bahawa Ho 1 bagi anxieti adalah ditolak.
3.3.3. Analisis hubungan di antara tret personaliti ekstroversi dengan tekanan (stres)
Jadual 12 : Analisi hubungan di antara tret personalti ekstroversi dengan stres
Ekstroversi Stress
Ekstroversi Pearson Correlation 1 .302(**)
Sig. (2-tailed) . .001
N 113 113
Stress Pearson Correlation .302(**) 1
Sig. (2-tailed) .001 .
N 113 113
** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Seterusnya jadual di atas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti
dan stres/tekanan. Keputusan yang diperoleh ialah ( r ) = .302 yang berada pada tingkat aras p< .01.
Dapatan analisis kajian ini menunjukkan Ho 1 bagi stres adalah ditolak.
71
3.4. ANALISISA KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN DAN TEKANAN BERDASARKAN
PERBEZAAN JANTINA
Analisis perbezaan ujian t digunakan untuk mengkaji perbezaan antara depresi, anxieti dan
tekanan yang di antara pelajar lelaki dan perempuan di kalangan pelajar tahun akhir Universiti
Kebangsaan Malaysia.
3.4.1. Analisa perbezaan kemurungan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Jadual 13 : Analisa perbezaan kemurungan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
F Sig. t Df Sig. (2-tailed)
Presi Equal variances
assumed 1.349 .248 .183 111 .855
Equal variances
not assumed
.185 109.721 .854
Jadual di atas menunjukkan perbezaan kemurungan (depresi) di antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan. Berdasarkan jadual diatas, keputusan yang diperolehi (t (109.721) = . 185, p>
.05), maka keputusan adalah tidak signifikan. Hasil kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan
di antara kemurungan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Ini menggambarkan bahawa pelajar lelaki
dan pelajar perempuan tidak berbeza dari segi kemurungan yang diterima oleh mereka. Kesimpulan
daripada analisis ini menunjukkan bahawa Ho 2, depresi diterima.
3.4.2. Analisis perbezaan kebimbangan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Jadual 14 : Analisa perbezaan kebimbangan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
F Sig. t Df Sig. (2-tailed)
Anxiety Equal variances
assumed .425 .516 -2.803 111 .006
Equal variances
not assumed
-2.799 109.475 .006
Jadual di atasmenunjukkanujiant (independent samples ttest) untuk melihat nilai p iaitu per
bezaan anxietiberdasarkan jantina.Perbezaan dua min iaitu antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan terhadap anxieti. Didapati perbezaan anxieti terhadap jantina dengan nilai (t (109.475) = -
2.799, p < .05) adalah signifikan. Oleh itu, Ho 2 bagi kebimbangan adalah ditolak.
3.4.3. Analisis perbezaan tekanan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Jadual 15 : Analisa perbezaan stres di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
F Sig. t Df Sig. (2-tailed)
Stress Equal
variances
1.014 .316 -1.391 111 .167
72
assumed
Equal
variances not
assumed
-1.404 109.154 .163
Berdasarkanjadual di atasmenunjukkankeputusan yang diperolehialah (t (109.721) = .185, p
> .05). Ini menunjukkan keputusan analisa perbezaan stres antara jantina lelaki dan perempuan
adalah tidak signifikan. Hal ini seterusnya menerima Ho 2 bagi stres /tekanan.
KESIMPULAN
Dapatan kajian yang diperolehi daripada analisa data telah menjawab persoalan kajian
berdasarkan objektif kajian. Didapati bahawa peratusan personaliti ekstrovert dan neurotisme adalah
pada tahap sederhana di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Manakala dari segi hubungan pula, kemurungan adalah mempunyai hubungan yang signifikan
dengan personaliti ekstrovert dan tidak signifikan dengan perbezaan jantina. Hubungan anxieti pula
adalah signifikan dengan personaliti ekstrovert dan juga perbezaan jantina tetapi tidak signifikan
dengan program pengajian yang berbeza. Tekanan pula menunjukkan hubungan yang signifikan
dengan dimensi personaliti ekstrovert dan perbezaan program dan tidak signifikan dengan perbezaan
jantina.
Penyelidik berpendapat kajian ini sangat menarik dijalankan kerana banyak pengalaman yang
penyelidik perolehi. Namun, ianya hanya sebuah kajian yang kecil sahaja. Justeru itu, penyelidik
mencadangkan beberapa perkara yang penyelidik lain boleh tambahkan bagi mereka yang mahu
menjalankan kajian yang lebih lanjut berkaitan tajuk kajian ini sekaligus memperkasakan
penyelidikan di UKM. Tambahan-tambahan itu ialah :-
a) Kajian untuk melihat bagaimana punca kepada masalah psikologi seperti pergaulan,
kognitif, dan juga hubungan dengan keluarga.
b) Kajian kemurungan, kebimbangan dan tekanan dengan pembolehubah psikologi yang lain
seperti EQ, IQ, self-esteem, dan sebagainya.
c) Kajian kemurungan, kebimbangan dan tekanan dengan faktor fizikal yang lain seperti
berat badan, metabolisma tubuh dan kuantiti berpeluh.
RUJUKAN
Abdul Rahim b. Haron (1998). Kajian Mengenai Kebimbangan dan Punca-Punca Kebimbangan di
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Asrama dan Bukan Asrama di Daerah Hulu Langat. Tesis
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Rahim b. Ali (1990). Personaliti dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Murid-
Murid Sekolah Rendah Luar Bandar. Universiti Malaya.
Antony, M. M., Bieling, P. J., Cox, B. J., M. W. &Swinson, R. P. (1998). Psychometric Properties of
the
73
42-Item and 21-Item Versions of Depression Anxiety Stress Scale (DASS) in Clinical Groups and
Community Sample. Psychological Assessment 10, 176-181.
Chua Soo Yen, Evelyn (2001). Tekanan Belajar dan Cara Mengatasinya: Satu Kajian Kes di Fakulti
Sastera dan Sains Sosial. LatihanIlmiahUniversiti Malaya.
Emi Yusmidar Bt. Md Yusoff (2004). TahapKemurungan Dan PenghargaanKendiriPelajar-
PelajarLatchkey SekolahKebangsaanLuar Bandar di PantaiTimarSemenanjung Malaysia.Latihan
Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Gillet, R. (2001). Mengatasi Tekanan, Suatu Panduan Menolong Diri Untuk Mencegah Dan
Merawat.
SebuahPenerbitan Dorling Kindersley. Golden Book Center Sdn. Bhd.
Loh Yin Yin (2004). Hubung Kait Antara Tahap Kemurungan, Penghargaan Kendiri dan Kecelaruan
Psikiatrik: Tinjauan Terhadap Pesakit Psikiatrik Kanak-Kanak Dan Remaja Di Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia.TesisUniversitiKebangsaan Malaysia.
Lovibond, P. F. &Lovibond, S. H (1995). The Structure of Negetive Emotional States: Comparison
of
the Depression Anxiety Stress Scales (DASS) With the Beck Depressions and Anxiety Inventories.
Behaviour Research and Therapy 33, 335-343
MohamadShahirRezdhuan b. MohdHashim.(2005). Hubungan Daya Tahan Kendiri Terhadap
Depresi,
Anxieti dan Stres di Kalangan Remaja di Persisiran Pantai. Latihan Ilmiah. Jabatan Psikologi dan
Kaunseling, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
(KUSTEM).
Osman Najib (1998). Kemurungan Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Latihan Ilmiah. Universiti
Utara Malaysia.
Tan Sheauki (1998). Kebimbangan Tret dan Kebimbangan Pemilihan Kerjaya Masa Hadapan: Satu
Kajian Di Kalangan Pelajar IPTA. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Teo Poh Hoon (1992). Hubungan antara Personaliti, Tabiat Belajar dan Sikap Belajar Dengan
Pencapaian Akademik di Kalangan Mahasiswa UKM. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Wan Yahya b. Ibrahim @ Wan Yusoff (1998).Hubungan di antara Tekanan Kerja dengan Komitmen
: Satu Kajian Kes Kolej Yayasan Pelajaran Mara Bangi. Latihan Ilmiah Universiti Malaya. Kuala
Lumpur.
Wan Zainab bte. Othman (1990). Kemurungan di Kalangan Kanak-kanak dan Kesannya ke atas
Penghargaan Kendiri dan Pencapaian Akademik. Tesis Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wong Kok Peng (1995). Masalah kerjaya Masa Depan, Sifat Takut Kepada Kegagalan,
Kebimbangan Kerjaya Masa Depan dan Kebimbangan Tret di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.
Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

More Related Content

What's hot

Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
Sistem Pembelajaran Pondok @ MadrasahSistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
Sistem Pembelajaran Pondok @ MadrasahAl-Khawarizmi Yiffy
 
Bab 6A Pemikiran Politik Islam Era Umawi dan ‘Abbasi
Bab 6A Pemikiran Politik Islam Era Umawi dan ‘AbbasiBab 6A Pemikiran Politik Islam Era Umawi dan ‘Abbasi
Bab 6A Pemikiran Politik Islam Era Umawi dan ‘AbbasiEzad Azraai Jamsari
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahHon Shan Shan
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...LOGHA ANBARASU
 
Isu Perkahwinan 09
Isu Perkahwinan 09Isu Perkahwinan 09
Isu Perkahwinan 09arizal
 
Pemikiran kritis
Pemikiran kritisPemikiran kritis
Pemikiran kritistonen91
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWGuru Sejarah PraU
 
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAWPandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAWHalim Sallehuddin
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubahskteena0112
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQGuru Sejarah PraU
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahFuad Ee
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati
 

What's hot (20)

Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
Sistem Pembelajaran Pondok @ MadrasahSistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
Sistem Pembelajaran Pondok @ Madrasah
 
Bab 6A Pemikiran Politik Islam Era Umawi dan ‘Abbasi
Bab 6A Pemikiran Politik Islam Era Umawi dan ‘AbbasiBab 6A Pemikiran Politik Islam Era Umawi dan ‘Abbasi
Bab 6A Pemikiran Politik Islam Era Umawi dan ‘Abbasi
 
Dasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pippDasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pipp
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
 
Perkara yang Merosakkan Akidah
Perkara yang Merosakkan AkidahPerkara yang Merosakkan Akidah
Perkara yang Merosakkan Akidah
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
 
Isu Perkahwinan 09
Isu Perkahwinan 09Isu Perkahwinan 09
Isu Perkahwinan 09
 
Pemikiran kritis
Pemikiran kritisPemikiran kritis
Pemikiran kritis
 
Dakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAWDakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAW
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
 
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAWPandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubah
 
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBINGPERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
 
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinahKronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
Kronologi lengkap peristiwa hijrah rasulullah dari makkah ke madinah
 
Modul 4 : Amalan Terbaik
Modul 4 : Amalan Terbaik Modul 4 : Amalan Terbaik
Modul 4 : Amalan Terbaik
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Apakah kajian rintis
Apakah kajian rintisApakah kajian rintis
Apakah kajian rintis
 

Viewers also liked

Perkembangan Personaliti Remaja Menurut Islam
Perkembangan Personaliti Remaja Menurut IslamPerkembangan Personaliti Remaja Menurut Islam
Perkembangan Personaliti Remaja Menurut IslamBudak Baik
 
Kemurungan 2
Kemurungan 2Kemurungan 2
Kemurungan 2hondabaru
 
Perbezaan individu TERKINI
Perbezaan individu TERKINIPerbezaan individu TERKINI
Perbezaan individu TERKINIAdly Adiey
 
Kesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikalKesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikalwakzar
 
(Ctu 085) 1st assignment
(Ctu 085) 1st assignment(Ctu 085) 1st assignment
(Ctu 085) 1st assignmentsyeerakahar
 
Hijab & Personaliti Diri oleh Nurul Erna Dewi
Hijab & Personaliti Diri oleh Nurul Erna DewiHijab & Personaliti Diri oleh Nurul Erna Dewi
Hijab & Personaliti Diri oleh Nurul Erna DewiHIKMAH Wilayah
 
PERSONALITI EGO PSIKONALISIS ERIK ERIKSON
PERSONALITI EGO PSIKONALISIS ERIK ERIKSONPERSONALITI EGO PSIKONALISIS ERIK ERIKSON
PERSONALITI EGO PSIKONALISIS ERIK ERIKSONAina Faatihah
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokBudaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokshamsiahmn
 
PSIKOLOGI KAUNSELING pendekatan personal dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING pendekatan personal dalam kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING pendekatan personal dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING pendekatan personal dalam kaunselingAmin Upsi
 
Perilaku individu-dalam-organisasi
Perilaku individu-dalam-organisasiPerilaku individu-dalam-organisasi
Perilaku individu-dalam-organisasiKaris Yogya
 
Presentasi perilaku individu
Presentasi perilaku individuPresentasi perilaku individu
Presentasi perilaku individuIlham Sugiri
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allportkamalslaw
 
kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnalmariulfah
 
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendirifaktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri@f!Q@H @F!N@
 

Viewers also liked (20)

Personaliti
PersonalitiPersonaliti
Personaliti
 
Kemurungan
KemurunganKemurungan
Kemurungan
 
Perkembangan Personaliti Remaja Menurut Islam
Perkembangan Personaliti Remaja Menurut IslamPerkembangan Personaliti Remaja Menurut Islam
Perkembangan Personaliti Remaja Menurut Islam
 
Kemurungan 2
Kemurungan 2Kemurungan 2
Kemurungan 2
 
Kemurungan
KemurunganKemurungan
Kemurungan
 
Memahami remaja
Memahami remajaMemahami remaja
Memahami remaja
 
Perbezaan individu TERKINI
Perbezaan individu TERKINIPerbezaan individu TERKINI
Perbezaan individu TERKINI
 
Kesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikalKesihatan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikal
 
Gangguan seksual
Gangguan seksualGangguan seksual
Gangguan seksual
 
(Ctu 085) 1st assignment
(Ctu 085) 1st assignment(Ctu 085) 1st assignment
(Ctu 085) 1st assignment
 
Hijab & Personaliti Diri oleh Nurul Erna Dewi
Hijab & Personaliti Diri oleh Nurul Erna DewiHijab & Personaliti Diri oleh Nurul Erna Dewi
Hijab & Personaliti Diri oleh Nurul Erna Dewi
 
PERSONALITI EGO PSIKONALISIS ERIK ERIKSON
PERSONALITI EGO PSIKONALISIS ERIK ERIKSONPERSONALITI EGO PSIKONALISIS ERIK ERIKSON
PERSONALITI EGO PSIKONALISIS ERIK ERIKSON
 
Budaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompokBudaya dan kepelbagaian kelompok
Budaya dan kepelbagaian kelompok
 
PSIKOLOGI KAUNSELING pendekatan personal dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING pendekatan personal dalam kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING pendekatan personal dalam kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING pendekatan personal dalam kaunseling
 
Perilaku individu-dalam-organisasi
Perilaku individu-dalam-organisasiPerilaku individu-dalam-organisasi
Perilaku individu-dalam-organisasi
 
template viva
template vivatemplate viva
template viva
 
Presentasi perilaku individu
Presentasi perilaku individuPresentasi perilaku individu
Presentasi perilaku individu
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allport
 
kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnal
 
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendirifaktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
 

Similar to Article Review

Assignment edu-hfz
Assignment edu-hfzAssignment edu-hfz
Assignment edu-hfzmizamizai
 
Assigment1-30pages
Assigment1-30pagesAssigment1-30pages
Assigment1-30pagesSayshare
 
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)Sya Rosyada II
 
CABARAN IBU BAPA AUTISME.pptx
CABARAN IBU BAPA AUTISME.pptxCABARAN IBU BAPA AUTISME.pptx
CABARAN IBU BAPA AUTISME.pptxnurulakmajamil1
 
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahangSejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahangMazlili Suhaini
 
Esm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationEsm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationSayshare
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2Ety Sue
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingJessika Denis
 
Kepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridKepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridMoazar Abrahman
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahFaktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahaddy mat
 
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 20102. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010portal-mara
 
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)eiyraarisya
 
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...PPDMARADONGCM12Moe
 

Similar to Article Review (20)

Assignment edu-hfz
Assignment edu-hfzAssignment edu-hfz
Assignment edu-hfz
 
R rahman1
R rahman1R rahman1
R rahman1
 
R rahman1
R rahman1R rahman1
R rahman1
 
Assigment1-30pages
Assigment1-30pagesAssigment1-30pages
Assigment1-30pages
 
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
 
CABARAN IBU BAPA AUTISME.pptx
CABARAN IBU BAPA AUTISME.pptxCABARAN IBU BAPA AUTISME.pptx
CABARAN IBU BAPA AUTISME.pptx
 
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahangSejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
Sejauhmanakah masalah buli di kalangan pelajar kolej vokasional di negeri pahang
 
Esm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationEsm641 research methods in education
Esm641 research methods in education
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 
Kepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridKepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi murid
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahFaktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
 
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 20102. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
 
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Masalah
MasalahMasalah
Masalah
 
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
 
Konsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanakKonsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanak
 
Buli 5
Buli 5Buli 5
Buli 5
 

Recently uploaded

064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 

Recently uploaded (12)

064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 

Article Review

  • 1. 64 KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN ANTARA KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN DAN TEKANAN DENGAN TRET PERSONALITI DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Ahmad Hazuad bin Salleh, Dini Rahiah Kadir MALAYSIA ahmadhazuad@yahoo.com; dinirahiah@yahoo.com ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan di antara kemurungan, kebimbangan dan tekanan dengan tret pe rsonaliti di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuatitatif. S ubjek kajian adalah terdiri daripada pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UKM yang dipilih secara rawak terhadap 113 orang pelajar daripada j umlah populasi seramai 170 pe lajar. Dua instrumen kajian telah digunakan iaitu Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI) untuk mengukur personaliti berasaskan dua dimensi sifat asas manusia iaitu faktor ektroversi-introvesi dan neurotisme-stabiliti dan yang kedua ialah Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS21) untuk mengukur tahap kemurungan, kebimbangan dan tekanan. Kajian mendapati, antara punca yang menyumbang kepada kemurungan, kebimbangan dan stres di kalangan peserta kajian ialah masalah hubungan interpersonal, beban tugasan akademik, tekanan pengurusan masa, pesekitaran, aspek kewangan, keselamatan, hubungan dalam keluarga dan penglibatan aktiviti luar. Di samping itu, ianya juga memberi kesan seperti suka bersendirian, gangguan perasaan dan gangguan kesihatan. Sehubungan dengan dapatan kajian ini, beberapa implikasi dan cadangan dikemukakan. Di Malaysia, kajian yang berkaitan dengan kemurungan, kebimbangan dan tekanan seharusnya dipertingkatkan kerana kajian-kajian lepas berkaitan isu ini menunjukkan terdapat kesan-kesan yang negetif terhadap pelajar yang mengalaminya. Kajian seperti ini juga perlu diteruskan kerana sumbangannya amat bernilai dalam menghasilkan para pelajar atau graduan yang lebih sihat minda,emosi, fizikal serta lebih produktif dan berdaya saing. Kata kunci: Kemurungan, kebimbangan, tekanan, tret personaliti, punca masalah, implikasi dan cadangan PENGENALAN Menjelang abad ke-21, tekanan (stress), kemurungan (depression), kebimbangan (anxiety) dan isu yang berkaitan personaliti sering diperkatakan dalam masyarakat dan menjadi perbualan hangat di media masa serta media elektonik. Persekitaran yang semakin terdesak pada masa kini menyebabkan pelbagai golongan berada dalam keadaan tertekan bagi bersaing dalam meneruskan perjuangan kehidupan. Dengan itu, wujud pelbagai sikap dan tingkah laku yang membentuk personaliti induvidu yang berbeza-beza. Kelainan personalti individu yang berbeza-beza ini, seperti personaliti yang positif dan negatif membawa kepada perbezaan tahap tekanan yang dialami pada seseorang individu. Tahap tekanan yang tinggi akan membawa kepada personaliti yang negatif akan menggangu fungsi hidup dalam masyarakat manakala personaliti yang positif membawa kesejahteraan hidup yang normal.Dengan itu, wajarlah kita memberi fokus kepada isu permasalahan ini. Kajian ini dibuat ke atas pelajar iaitu para siswazah kerana pelajar adalah golongan yang terbesar wujud dalam masyarakat pada hari ini. Boleh dikatakan dua per tiga daripada rakyat malaysia terdiri daripada pelajar. Pada era globalisasi ini pula para siswazah adalah harapan negara untuk memajukan dan mengaplikasikan pengetahuan mereka untuk menyelaraskan wawasan negara untuk menjadikan sesebuah negara itu cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun begitu, parasiswazahsudahpastijugamenghadapiperasaanstres, kebimbangandankemurungansewaktu di institusipengajiantinggi yang menuntutuntukmencapaikejayaan. Hal ini ditambah lagi apabila sistem pendidikan tinggi kini masih lagi menitikberatkan aspek peperiksaan.
  • 2. 65 Setiap kajian yang dijalankan biasanya mempunyai kepentingan sama ada untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalah atau sebagai menambah ilmu pengetahuan yang baru. Di zaman yang penuh cabaran dan kepesatan teknologi, pengkaji merasakan kajian hubungan di antara kemurungan, kebimbangan, tekanan dan personaliti amat penting dilaksanakan di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana penyelidik belum melihat adanya kajian seperti ini dijalankan kepada pelajar UKM dan ianya akan me dapat bantu pihak UKM untuk mengenalpasti punca masalah dan cabaran pelajarnya dan seterusnya dapat membantu pelajar-pelajarnya membuat persediaan awal mengatasi masalah ini. Selain itu kajian ini adalah penting kepada beberapa perkara iaitu: 1. Untuk mengenalpasti tret personaliti di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 2. Untuk mengetahui hubungan di antara kemurungan, kebimbangan dan tekanan dengan tret personaliti di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. DEFINISI TEKANAN, KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN DAN PERSONALITI (PEMBOLEH UBAH BERSANDAR) i ) Kemurungan Menurut Normah (1995), kemurungan mengandungi beberapa makna dari pelbagai cabang bidang ilmu. Contohnya dalam bidang neurofisiologi, kemurungan merujuk kepada pengurangan aktiviti elektrofisiologi dalam organ manusia. Dalam bidang farmakologi, kemurungan bermakna kesan dadah yang mengurangkan aktiviti organ manusia. Dalam bidang psikologi pula, mereka mendefinisikan kemurungan sebagai satu gejala yang mengurangkan prestasi normal individu seperti melambatkan aktiviti psikomotor atau mengurangkan fungsi intelektual individu. Sementara itu, dalam bidang psikiatrik, kemurungan merangkumi perubahan dalam bahagian afektif yang meliputi kesedihan atau kemurungan sehingga kecelaruan psikotik yang mengakibatkan kecenderungan membunuh diri. ii) Kebimbangan Spielberg (1976) mendefinisikan kebimbangan sebagai suatu proses yang terdiri daripada tekanan, ancaman dan keadaan kebimbangan. Proses tersebut berjalan mengikut satu urutan iaitu bermula daripada kognitif, afektif, fisiologi dan tingkah laku. Proses itu digerakkan oleh suatu rangsangan tekanan yang tinggi samada dari dalaman atau luaran. Jika seseorang itu mempersiapkan rangsangan tersebut sebagai berbahaya ataupun mengancam, ia akan menjadi emosional. Seterusnya, ia akan mengalami kebimbangan keadaan yang tinggi. Proses ini boleh dilihat melalui rajah di bawah. iii) Tekanan Tekanan ialah reaksi badan untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan pada persekitaran. Ia berlaku dalam kehidupan seharian sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Malah, ketika bersama orang tersayang juga kita boleh mengalami tekanan. Dalam Lisan al-Arab, istilah tekanan disebut sebagai ‘dhagt’. Mu’jam ‘Ilm al-Nafs menjelaskan makna ‘dhagt’ sebagai keadaan jiwa yang mengalami pergolakan dan kegelisahan amat dalam. iv) Personaliti Menurut kajian Eysenck (1952), personaliti adalah gambaran tingkah laku seseorang yang konsisten, unik dan dinamik. Konsisten dan tekal bermaksud tingkah laku seseorang itu tidak berubah.
  • 3. 66 Personaliti semasa bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, malah tua adalah serupa. Jika beliau bersifat keras hati dan ego pada peringkat kanak-kanak dan remaja, sifat dan sikap itu akan dibawa hingga ke tua atau ke liang lahad. Perubahan yang berlaku disebabkan oleh persekitaran hanyalah mewarnai personaliti, bukan mempengaruhi keseluruhannya. v) Ekstraversi Menurut Eysenck (1967), ekstraversi merupakan satu fenomena yang bersifat bipolar, iaitu ekstraversi terletak pada kawasan yang bertentangan dengan introversi. Ekstraversi menggambarkan jenis personaliti suka bergaul, berkawan dan berjenaka. Ia menggambarkan sebagai tret suka bercakap tetapi tidak suka membaca buku. Disamping itu, jenis personaliti ini juga menggambarkan individu yang suka mengambil mudah, optimistik dan kadang-kadang agresif. Ciri-ciri lain ialah mudah hilang sabar dan emosi yang cepat berubah-ubah. vi) Neurotisme Merupakan faktor bipolar iaitu neurotisme yang terletak pada suatu kawasan dan kestabilan yang lain. Neurotisme membawa maksud ketidakstabilan emosi. Ini digambarkan melalui tanda- tanda sakit kepala, mual, sukar untuk tidur dan sebagainya. Menurut Eysenck (1967), neurotisme juga dikaitkan dengan rasa bimbang, cemas, kadang-kadang mengalami histeria, kecelaruan obsesi kompulsif, jenayah, kecelaruan tingkah laku, alkoholisme dan hubungan kelamin. METADOLOGI Dalam kajian ini, antara kaedah yang telah dijalankan bagi memastikan pengumpulan data dapat berjalan dengan lancar adalah seperti mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian di Fakulti Pendidikan, UKM. Responden kajian adalah dipilih secara rawak berkelompok berdasarkan jadual nombor rawak bagi memastikan setiap pelajar daripada populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perihalan atau deskriptif yang memperihalkan sesuatu tingkah laku. Kaedah ini menggunakan statistik yang dapat diterangkan melalui kekerapan, peratusan dan graf. Selain itu, kaedah kajian ini juga menggunakan kaedah korelasi yang meliputi aspek mengkaji perkaitan antara tekanan dan personaliti di kalangan pelajar tahun akhir. Kaedah kajian ini dapat mengkaji secara intensif latar belakang, status semasa dan interaksi dengan persekitaran suatu unit sosial iaitu pelajar universiti tahun akhir. Alat yangdigunakanialahsoalselidikDepression, Anxiety and Stress Scale (DASS21)danJunior Eysenck Personality Inventory (JEPI) . Untuk melihat realibiliti instrumen penyelidikan yang digunakan, penyelidik telah memilih 30 orang sampel pelajar tahun akhir, Fakulti Pendidikan UKM. Mereka terdiri daripada program yang berlainan bagi menggambarkan gambaran pelajar tahun akhir yang berlainan program pengajian. Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS21)merupakan terjemahan Ramli Musa iaitu pensyarah dan juga doktor psikiatri di Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Soal selidik yang telah diterjemahkan dibahagikan kepada 7 item untuk setiap skala depresi, anxieti dan stres menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu depresi 0.81; anxieti 0.73; stres 0.81 dan menjadi bahan yang sangat kukuh dan mempunyai kesahan bagi konstruk dalam kajian rintis ini. ManakalaJunior Eysenck Personality Inventory (JEPI) digunakan untuk mengukur tret personaliti di kalangan pelajar. Setelah menjalankan kajian rintis, didapati soal selidik ini mempunyai kebolehpercayaan alpha yang lemah iaitu 0.6779. Walau bagaimanapun soal selidik ini tetap digunakan dalam meneruskan kajian ini kerana mempunyai kesahan (validity) yang tinggi yang telah banyak digunakan oleh pengkaji lain untuk menentukan tret personaliti seseorang.
  • 4. 67 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 3.1. ANALISIS FAKTOR DEMOGRAFI PELAJAR 3.1.1 Taburan responden mengikut Umur Jadual 1 : Taburan kekerapan berdasarkan umur Kekerapan Peratus (%) Valid Kurang daripada 22 tahun 8 7.1 22 tahun 46 40.7 23 tahun 50 44.2 lebih daripada 23 tahunS 9 8.0 Jumlah 113 100.0 Berdasarkan jadual di atas menunjukkan taburan umur berdasarkan kajian yang telah dibuat. Bilangan umur yang kurang daripada 22 tahun ialah lapan orang iaitu 7.1 peratus, 22 tahun seramai 46 orang iaitu 40.7 peratus, 23 tahun seramai 50 orang iaitu 44.2 peratus dan manakala bilangan yang berumur lebih daripada 23 t ahun seramai 9 orang iaitu 8.0 peratus. Ini bermakna mereka yang berumur 23 tahun merupakan golongan yang paling besar dalam kajian ini. 3.1.2. Taburan responden mengikut Jantina. Jadual 2 : Taburan kekerapan berdasarkan jantina Kekerapan Peratus (%) Valid Lelaki 59 52.2 Perempuan 54 47.8 Jumlah 113 100.0 Hasil daripada kajian didapati bahawa bilangan responden lelaki seramai 59 orang iaitu 52.2 peratus dan perempuan seramai 54 orang iaitu 47.8 peratus. Responden perempuan merupakan golongan majoriti dalam kajian ini. 3.1.3. Taburan responden mengikut program pengajian Jadual 3 : Taburan kekerapan berdasarkan program pengajian Kekerapan Peratus (%) Valid SM PendidikanDenganKepujian (PendidikanKhas) 39 35 SM PendidikanDenganKepujian (Sukan&Rekreasi) SM PendidikanDenganKepujian (Matematik) SM PendidikanDenganKepujian(PengajaranBahasaInggerisseb agaiBahasaKedua, TESL) 27 27 20 24 24 17 Jumlah 113 100.0
  • 5. 68 Jadual di atas pula menunjukkan program pengajian yang telah dikaji. Didapati Sarjana Muda PendidikanDenganKepujian (PendidikanKhas) mempunyai bilangan yang paling tinggi sebanyak 39 orang iaitu 35 pe ratus manakala Sarjana Muda PendidikanDenganKepujian (Sukan&Rekreasi) mempunyai bilangan sebanyak 27 orang iaitu 24 peratus, Sarjana Muda PendidikanDenganKepujian (Matematik) mempunyai bilangan sebanyak 27 or ang iaitu 24 pe ratus dan PendidikanDenganKepujian (PengajaranBahasaInggerissebagaiBahasaKedua, TESL) mempunyai bilangan sebanyak 27 orang iaitu 24 peratus daripada bilangan kajian. 3.2. ANALISIS FAKTOR PERSONALITI PELAJAR 3.2.1. Taburan kekerapan Faktor personaliti ekstroversi Dalam kajian yang telah dilakukan ini, pengkaji telah membuat analisis terhadap faktor personaliti ekstrovert di kalangan respondan pelajar tahun akhir lelaki dan perempuan. Hasil daripada data yang telah dikumpulkan pengkaji mendapati bahawa seramai 25 orang pelajar mempunyai tahap ekstroversi yang paling tinggi iaitu sebanyak 22.1 peratus. Berdasarkan jadual tersebut juga, skor kekerapan yang paling tinggi ialah 1, 2, 3, dan 11. Skor ini berada dalam tahap yang sederhana. Dengan ini, keputusan menunjukkan peratusan pelajar yang mempunyai jenis personaliti suka bergaul, berkawan dan berjenaka. Mereka juga suka bercakap tetapi tidak suka membaca buku. Di samping itu, jenis personaliti ini juga menggambarkan individu yang suka mengambil mudah, optimistik dan kadang- kadang agresif. Ciri-ciri lain ialah mudah hilang sabar dan emosi yang cepat berubah-ubah. Tahap personaliti ekstrovert yang rendah ini sangat sesuai kepada pelajar dalam mengimbangi kehidupan seharian di universiti. Jadual 4 : Taburan kekerapan berdasarkan personaliti ekstroversi Kekerapan Peratus (%) Valid 1.13 1 .9 1.17 3 2.7 1.21 2 1.8 1.25 17 15.0 1.29 18 15.9 1.33 11 9.7 1.38 25 22.1 1.42 11 9.7 1.46 8 7.1 1.50 4 3.5 1.54 3 2.7 1.63 7 6.2 1.67 2 1.8 1.75 1 .9 Jumlah 113 100.0 3.2.2. Taburan kekerapan Faktor personaliti ekstroversi Berdasarkan analisis kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji ke atas 113 responden, dapatan kajian ini memberi gambaran bahawa terdapat sesuatu menarik untuk dikaji dengan lebih terperinci. Didapati bahawa jumlah kekerapan tertinggi pelajar yang mempunyai tahap personaliti neurotisme yang tinggi adalah seramai 23 or ang iaitu sebanyak 20.4 peratus iaitu pada skor 1.33.
  • 6. 69 Kekerapan yang paling tinggi pula adalah pada skor kekerapan empat iaitu sebanyak 3.5 peratus. Kekerapan ini wujud pada skor 1.21, 1.25, 1.29,1.42, 1.54 dan 1.96. Kekerapan ini wujud di setiap awal, pertengahan dan akhir skor. Ini menunjukkan tahap neurotisme di kalangan pelajar tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia adalah pada tahap yang seimbang dan normal. Tahap ini adalah seimbang dengan tahap yang terdapat dalam skor ekstrovesi. Keseimbangan dua skor ini mengambarkan pelajar tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai personaliti yang seimbang. Jadual 5 : Taburan kekerapan berdasarkan personaliti neurotisme. Kekerapan Peratus Valid 1.08 6 5.3 1.13 1 .9 1.17 3 2.7 1.21 4 3.5 1.25 4 3.5 1.29 4 3.5 1.33 23 20.4 1.38 6 5.3 1.42 4 3.5 1.46 12 10.6 1.50 1 .9 1.54 4 3.5 1.58 9 8.0 1.63 8 7.1 1.67 2 1.8 1.71 2 1.8 1.75 3 2.7 1.79 5 4.4 1.88 1 .9 1.96 7 6.2 2.00 4 3.5 Total 113 100.0 Pengkaji hanya mengkaji personality ekstrover tsahaja kerana melihat tahap personality ekstrovert yang tinggi boleh memberi masalah kepada kehidupan harian pelajar kerana mempunyai ciri-ciri yang negative ia itu rasa bimbang, cemas, kadang-kadang mengalami hysteria ,kecelaruan obsesif-kompulsif, jenayah, kecelaruan tingkah laku, alcohol isme dan hubungan kelamin (Eysenck, 1967). Selain itu, personaliti ini juga memberi kesan kepada fizikal seseorang iaitu sakit kepala, mual, sukar untuk tidur dan sebagainya. 3.3. ANALISIS HUBUNGAN KORELASI DEPRESI , ANXIETI DAN STRES DENGAN TRETPERSONALITI Analisis hubungan yang di antara depresi, anxieti dan tekanan dengan tret personaliti di kalangan pelajar tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia. 3.3.1. Analisis hubungan di antara tret personaliti ekstroversi dengan kemurungan Jadual 10 : Analisi hubungan di antara tret personalti ekstroversi dengan depresi
  • 7. 70 Ekstroversi depresi Ekstroversi Pearson Correlation 1 .474(**) Sig. (2-tailed) . .000 N 113 113 Depresi Pearson Correlation .474(**) 1 Sig. (2-tailed) .000 . N 113 113 ** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed). Berdasarkan jadual di atas menunjukkan pengujian kolerasi Pearson hubungan di antara tret personalti dengan depresi. Hubungan korelasi di antara dua pemboleh ubah ini ialah dengan nilai pekali korelasi ( r ) = - .474, p< .01. hubungan ini didapati pada tahap hubungan yang signifikan. Oleh itu, Ho 1 bagi personaliti ekstroversi dan depresi adalah ditolak. 3.3.2. Analisis hubungan di antara tret personaliti ekstroversi dengan kebimbangan Jadual 11 : Analisi hubungan di antara tret personalti ekstroversi dengan anxieti Ekstroversi anxiety ekstroversi Pearson Correlation 1 .310(**) Sig. (2-tailed) . .001 N 113 113 Anxiety Pearson Correlation .310(**) 1 Sig. (2-tailed) .001 . N 113 113 ** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed). Jadual di atas menunjukkan ujian korelasi bagi dimensi personaliti dan anxieti. Keputusan yang diperolehi ( r ) = - .310, menunjukkan hubungan yang signifikan pada aras p< .01. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa dimensi personaliti mempunyai hubungan dengan anxieti atau kebimbangan. Daripada analisis di atas menunjukkan bahawa Ho 1 bagi anxieti adalah ditolak. 3.3.3. Analisis hubungan di antara tret personaliti ekstroversi dengan tekanan (stres) Jadual 12 : Analisi hubungan di antara tret personalti ekstroversi dengan stres Ekstroversi Stress Ekstroversi Pearson Correlation 1 .302(**) Sig. (2-tailed) . .001 N 113 113 Stress Pearson Correlation .302(**) 1 Sig. (2-tailed) .001 . N 113 113 ** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed). Seterusnya jadual di atas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti dan stres/tekanan. Keputusan yang diperoleh ialah ( r ) = .302 yang berada pada tingkat aras p< .01. Dapatan analisis kajian ini menunjukkan Ho 1 bagi stres adalah ditolak.
  • 8. 71 3.4. ANALISISA KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN DAN TEKANAN BERDASARKAN PERBEZAAN JANTINA Analisis perbezaan ujian t digunakan untuk mengkaji perbezaan antara depresi, anxieti dan tekanan yang di antara pelajar lelaki dan perempuan di kalangan pelajar tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia. 3.4.1. Analisa perbezaan kemurungan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Jadual 13 : Analisa perbezaan kemurungan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. F Sig. t Df Sig. (2-tailed) Presi Equal variances assumed 1.349 .248 .183 111 .855 Equal variances not assumed .185 109.721 .854 Jadual di atas menunjukkan perbezaan kemurungan (depresi) di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Berdasarkan jadual diatas, keputusan yang diperolehi (t (109.721) = . 185, p> .05), maka keputusan adalah tidak signifikan. Hasil kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara kemurungan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Ini menggambarkan bahawa pelajar lelaki dan pelajar perempuan tidak berbeza dari segi kemurungan yang diterima oleh mereka. Kesimpulan daripada analisis ini menunjukkan bahawa Ho 2, depresi diterima. 3.4.2. Analisis perbezaan kebimbangan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Jadual 14 : Analisa perbezaan kebimbangan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. F Sig. t Df Sig. (2-tailed) Anxiety Equal variances assumed .425 .516 -2.803 111 .006 Equal variances not assumed -2.799 109.475 .006 Jadual di atasmenunjukkanujiant (independent samples ttest) untuk melihat nilai p iaitu per bezaan anxietiberdasarkan jantina.Perbezaan dua min iaitu antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap anxieti. Didapati perbezaan anxieti terhadap jantina dengan nilai (t (109.475) = - 2.799, p < .05) adalah signifikan. Oleh itu, Ho 2 bagi kebimbangan adalah ditolak. 3.4.3. Analisis perbezaan tekanan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Jadual 15 : Analisa perbezaan stres di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. F Sig. t Df Sig. (2-tailed) Stress Equal variances 1.014 .316 -1.391 111 .167
  • 9. 72 assumed Equal variances not assumed -1.404 109.154 .163 Berdasarkanjadual di atasmenunjukkankeputusan yang diperolehialah (t (109.721) = .185, p > .05). Ini menunjukkan keputusan analisa perbezaan stres antara jantina lelaki dan perempuan adalah tidak signifikan. Hal ini seterusnya menerima Ho 2 bagi stres /tekanan. KESIMPULAN Dapatan kajian yang diperolehi daripada analisa data telah menjawab persoalan kajian berdasarkan objektif kajian. Didapati bahawa peratusan personaliti ekstrovert dan neurotisme adalah pada tahap sederhana di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Manakala dari segi hubungan pula, kemurungan adalah mempunyai hubungan yang signifikan dengan personaliti ekstrovert dan tidak signifikan dengan perbezaan jantina. Hubungan anxieti pula adalah signifikan dengan personaliti ekstrovert dan juga perbezaan jantina tetapi tidak signifikan dengan program pengajian yang berbeza. Tekanan pula menunjukkan hubungan yang signifikan dengan dimensi personaliti ekstrovert dan perbezaan program dan tidak signifikan dengan perbezaan jantina. Penyelidik berpendapat kajian ini sangat menarik dijalankan kerana banyak pengalaman yang penyelidik perolehi. Namun, ianya hanya sebuah kajian yang kecil sahaja. Justeru itu, penyelidik mencadangkan beberapa perkara yang penyelidik lain boleh tambahkan bagi mereka yang mahu menjalankan kajian yang lebih lanjut berkaitan tajuk kajian ini sekaligus memperkasakan penyelidikan di UKM. Tambahan-tambahan itu ialah :- a) Kajian untuk melihat bagaimana punca kepada masalah psikologi seperti pergaulan, kognitif, dan juga hubungan dengan keluarga. b) Kajian kemurungan, kebimbangan dan tekanan dengan pembolehubah psikologi yang lain seperti EQ, IQ, self-esteem, dan sebagainya. c) Kajian kemurungan, kebimbangan dan tekanan dengan faktor fizikal yang lain seperti berat badan, metabolisma tubuh dan kuantiti berpeluh. RUJUKAN Abdul Rahim b. Haron (1998). Kajian Mengenai Kebimbangan dan Punca-Punca Kebimbangan di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Asrama dan Bukan Asrama di Daerah Hulu Langat. Tesis Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Rahim b. Ali (1990). Personaliti dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Murid- Murid Sekolah Rendah Luar Bandar. Universiti Malaya. Antony, M. M., Bieling, P. J., Cox, B. J., M. W. &Swinson, R. P. (1998). Psychometric Properties of the
  • 10. 73 42-Item and 21-Item Versions of Depression Anxiety Stress Scale (DASS) in Clinical Groups and Community Sample. Psychological Assessment 10, 176-181. Chua Soo Yen, Evelyn (2001). Tekanan Belajar dan Cara Mengatasinya: Satu Kajian Kes di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. LatihanIlmiahUniversiti Malaya. Emi Yusmidar Bt. Md Yusoff (2004). TahapKemurungan Dan PenghargaanKendiriPelajar- PelajarLatchkey SekolahKebangsaanLuar Bandar di PantaiTimarSemenanjung Malaysia.Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Gillet, R. (2001). Mengatasi Tekanan, Suatu Panduan Menolong Diri Untuk Mencegah Dan Merawat. SebuahPenerbitan Dorling Kindersley. Golden Book Center Sdn. Bhd. Loh Yin Yin (2004). Hubung Kait Antara Tahap Kemurungan, Penghargaan Kendiri dan Kecelaruan Psikiatrik: Tinjauan Terhadap Pesakit Psikiatrik Kanak-Kanak Dan Remaja Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.TesisUniversitiKebangsaan Malaysia. Lovibond, P. F. &Lovibond, S. H (1995). The Structure of Negetive Emotional States: Comparison of the Depression Anxiety Stress Scales (DASS) With the Beck Depressions and Anxiety Inventories. Behaviour Research and Therapy 33, 335-343 MohamadShahirRezdhuan b. MohdHashim.(2005). Hubungan Daya Tahan Kendiri Terhadap Depresi, Anxieti dan Stres di Kalangan Remaja di Persisiran Pantai. Latihan Ilmiah. Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Osman Najib (1998). Kemurungan Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Latihan Ilmiah. Universiti Utara Malaysia. Tan Sheauki (1998). Kebimbangan Tret dan Kebimbangan Pemilihan Kerjaya Masa Hadapan: Satu Kajian Di Kalangan Pelajar IPTA. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia. Teo Poh Hoon (1992). Hubungan antara Personaliti, Tabiat Belajar dan Sikap Belajar Dengan Pencapaian Akademik di Kalangan Mahasiswa UKM. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Wan Yahya b. Ibrahim @ Wan Yusoff (1998).Hubungan di antara Tekanan Kerja dengan Komitmen : Satu Kajian Kes Kolej Yayasan Pelajaran Mara Bangi. Latihan Ilmiah Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Wan Zainab bte. Othman (1990). Kemurungan di Kalangan Kanak-kanak dan Kesannya ke atas Penghargaan Kendiri dan Pencapaian Akademik. Tesis Universiti Kebangsaan Malaysia. Wong Kok Peng (1995). Masalah kerjaya Masa Depan, Sifat Takut Kepada Kegagalan, Kebimbangan Kerjaya Masa Depan dan Kebimbangan Tret di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.