HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN PENGHARGAAN     KENDIRI PELAJAR CEMERLANG AKADEMIK                     Asrul Azmin bin Mas...
PENGENALANKajian ini telah dijalankan terhadap pelajar Maktab Rendah SainsMARA (MRSM). Pelajar MRSM telah dipilih sebagai ...
asas kerangka kerja dalam penilaian terhadap personaliti. Beberapadekad yang lepas penggunaan dimensi Big Five dalam FFM d...
Sikap seseorang juga dapat dinilai dengan mengetahui penghargaankendirinya. Seperti contoh, Martin (1981) menyatakan bahaw...
persamaan atau perbezaan di antara pemboleh ubah. Dimensi-dimensi Big Five yang terdiri daripada Extraversion, Agreeablene...
yang pemalu dan rendah diri.Kebanyakan bidang yang paling penting dalam kajian terhadappersonaliti dan memainkan peranan s...
METODOLOGIKajian ini melibatkan 141 orang pelajar dari salah sebuah MRSM.Instrumen kajian ini merupakan satu set soal seli...
Berdasarkan Jadual 1, aras bagi nilai min soal selidik BFI dan RSES1.00 hingga 1.33 adalah pada tahap rendah, manakala 1.3...
Berdasarkan Jadual 3, daripada 141 orang responden (n=141),didapati bahawa 116 orang (82.3%) terdiri daripada pelajar yang...
(23.4%) memperoleh Sijil atau Diploma, 17 orang (12.1%) memilikiIjazah Pertama, 13 orang (9.2%) memperoleh Ijazah Sarjana,...
diperoleh ialah 3.10 (SP = .30) menunjukkan bahawa pelajarcemerlang akademik berpersonaliti tinggi terhadap trait personal...
Jadual 7: Analisis Kekerapan, Peratusan, Min, dan Sisihan             Piawai Tahap Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang  ...
dibanggakan. (I     feel I do not have     much to be proud     of).6.   Saya mengambil           79         53         8 ...
mengukur tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajarcemerlang akademik menunjukkan item 1 seramai 80 orang (56.7%)san...
tidak mempunyai banyak perkara yang boleh dibanggakan. Nilai min3.16 (SP = .76) menunjukkan pelajar cemerlang akademik tid...
yang sangat bersetuju, manakala seramai 12 orang (8.5%) bersetuju,30 orang (21.3%) tidak bersetuju, dan 99 orang (70.2%) s...
perempuan ialah 29.61 (SP = 2.54). Ini menunjukkan min lelaki lebihtinggi daripada perempuan.Begitu juga dengan trait pers...
Begitu juga analisis terhadap trait Agreeableness menunjukkan tidakwujud perbezaan yang signifikan pada trait personaliti ...
Analisis Ujian-t Bagi Perbezaan terhadap Penghargaan KendiriPelajar Cemerlang Akademik Berdasarkan JantinaJadual 10:   Per...
Personaliti dan Penghargaan Kendiri Dalam Kalangan PelajarCemerlang Akademik.Jadual 12: Hubungan Antara Trait Personaliti ...
Bagi trait personaliti Neuroticism juga menunjukkan tidak wujudhubungan korelasi antara trait tersebut dan penghargaan ken...
Agreeableness menunjukkan seseorang itu mudah dan baik, bagi ciri-ciri trait personaliti Openness pula menunjukkan seseora...
sependapat dengan Lippa (1995) pada trait personaliti Extraversiondan Openness, Brooke (2003) pada trait Conscientiousness...
Begitu juga dengan pandangan Marsh (1993) yang selari dengandapatan kajian ini terhadap pelajar cemerlang akademik. Beliau...
cenderung kepada berpenghargaan kendiri rendah dan terhadapujian-ujian lain seperti ujian ke atas ciri-ciri fizikal dan ke...
perantara hubungan antara personaliti dan penghargaan kendiri.Walau bagaimanpun, jika dilihat secara deskriptifnya pelajar...
2. Pelajar cemerlang akademik ini juga wajar dicontohi         penghargaan kendiri mereka oleh pelajar-pelajar yang lain  ...
pelbagai persoalan yang perlu dirungkai melalui kajian-kajian lain.Dalam bahagian ini penyelidik telah menyenaraikan beber...
terhadap trait-trait personaliti secara gabungan antara trait          personaliti tersebut.KESIMPULANDapatan daripada kaj...
Costa, P. T., & McCrae, R. R. (1992). Four Ways Five Factors Are       Basic. Personality and Individual Differences, 13, ...
Gender, Age, Education, and Ethnic/Racial Status on Self-       Descriptions of Personality Attributes. Personality and   ...
Medicine, 28, 1403–1409.Lippa, R. A. (1991). Some Psychometric Characteristics of Gender       Diagnosticity Measures: Rel...
Rosenberg, M. (1965). Society and The Adolescent Self-Image.      Princeton, NJ: Princeton University Press.Seligman, M. E...
LEMBAGA PENGARANG                 JURNAL PENDIDIKAN DAN LATIHANJilid 2 Bil.01                Jun 2010             ISSN : 1...
Jurnal Pendidikan Dan LatihanJilid 2 Bil. 01, Jun 2010Diterbitkan oleh:Majlis Amanah Rakyat (MARA)No. 21, Jalan Raja Laut5...
Kandungan                                         MukasuratDari Meja Sidang Editor                                 ivKeper...
Dari Meja                             Sidang EditorJurnal Pendidikan dan Latihan merupakan terbitan MARA yangmemuatkan ide...
pendekatan alternatif yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajarandan pembelajaran Matematik. Aktiviti melibatkan penul...
KEPERCAYAAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN PROGRAM PINTAR CERDAS DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)                          Ha...
menyediakan prasarana pendidikan yang berkualiti serta dapatmenghasilkan individu bumiputera yang berkualiti dan profesion...
MRSM BITARA secara ringkasnya menawarkan                    beberapaperkhidmatan iaitu;       i.     pengayaan Jenis 1 iai...
pengalaman pendidikan yang dialami oleh pelajar (Beach, 1994;Brantlinger, 1996; Brophy & Good. 1974; Gutierrez, 1994; Stan...
ini adalah hasil kajian yang telah dilakukan oleh Joseph Renzulli danSally Reis dari Universiti Connecticut lebih 15 tahun...
Secara teorinya, sebelum pelajar dibenarkan menyertai aktiviti Jenis3, pelajar perlu terlebih dahulu mempunyai sincere int...
kajian ini adalah terdiri daripada individu guru yang terlibat dalamprogram SEM sekurang-kurangnya selama lima tahun iaitu...
Selain itu, pengkaji turut mengikut prosedur kajian kualitatif sepertiyang dicadangkan oleh (Maykut & Morehouse, 1994; dan...
simbol secara bermakna, tidak dapat menambah penerangan(explaination) dan pemahaman terhadap data.Selain itu, penganalisis...
akademik pelajar dan membantu pengembangan bakat pelajar. Disamping itu, guru yang ditemu bual juga percaya program SEM tu...
saja sesuai dengan pelajar MRSM BITARA semata-mata tetapi jugasesuai dilaksanakan di MRSM BB. Hal ini dinyatakan sedemikia...
yang diajar. Peserta kajian juga percaya guru-guru MRSM BITARAmempunyai komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab mereka.S...
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

2. jilid 2 bil 1 jun 2010

2,308 views

Published on

2. jilid 2 bil 1 jun 2010

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,308
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
48
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

2. jilid 2 bil 1 jun 2010

  1. 1. HUBUNGAN ANTARA PERSONALITI DAN PENGHARGAAN KENDIRI PELAJAR CEMERLANG AKADEMIK Asrul Azmin bin Masiron MRSM Pontian AbstrakKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek personaliti,penghargaan kendiri dan hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut dalam kalangan pelajar cemerlang akademik.Seramai 141 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajartingkatan empat lelaki dan perempuan di salah sebuah MaktabRendah Sains MARA di negeri Johor telah dipilih dalam kajian ini.Faktor demografi yang terlibat dalam kajian ini ialah faktor jantina.Personaliti diukur dengan menggunakan soal selidik Big FiveInventori (BFI) yang mengandungi 44 item soal selidik. Manakalabagi penghargaan kendiri pula diukur dengan menggunakan soalselidik Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES) yang mengandungi 10item soal selidik. Kebolehpercayaan bagi kedua-dua pemboleh ubahtersebut melebihi 0.8. Datadata kajian telah dianalisis denganmenggunakan kaedah kekerapan, peratusan dan min untukmendapatkan keputusan deskriptif. Hipotesis-hipotesis kajian diujidengan menggunakan Ujian-t bagi mengenal pasti perbezaan dalamkedua-dua pemboleh ubah tersebut berdasarkan faktor demografi.Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubunganantara kedua-dua pemboleh ubah tersebut pada aras 0.05.Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan bantuan perisianStatistical Packages for Social Sciences for Windows Version 15.0(SPSS). Dapatan secara deskriptif menunjukkan pelajar cemerlangakademik mempunyai personaliti yang tinggi pada trait Extraversion,Conscientiousness, Openness, dan Agreeableness. Manakala bagitrait Neuroticism mereka berada pada tahap sederhana. Dapatandalam penghargaan kendiri menunjukkan pelajar cemerlang iniberpenghargaan kendiri tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkantiada perbezaan yang signifikan terhadap kedua-dua pemboleh ubahtersebut berdasarkan jantina. Ujian Korelasi Pearson jugamendapati tiada hubungan yang signifikan antara kedua-duapemboleh ubah tersebut. Cadangan-cadangan daripada hasil kajiandikemukakan pada akhir laporan ini. 65
  2. 2. PENGENALANKajian ini telah dijalankan terhadap pelajar Maktab Rendah SainsMARA (MRSM). Pelajar MRSM telah dipilih sebagai responden kajiankerana mereka telah memenuhi sebahagian daripada hasrat FalsafahPendidikan Kebangsaan iaitu keseimbangan dari sudut intelek melaluipencapaian mereka yang cemerlang dalam akademik. Namun,keseimbangan sahsiah khususnya dari aspek personaliti dan rohaniserta penghargaan kendiri mereka masih belum terbukti. Inimenunjukkan bahawa satu kajian perlu dilaksanakan bagi melihatkeseimbangan potensi pelajar cemerlang daripada kedua-dua aspektersebut.Oleh itu, salah satu daripada cara untuk memahami sahsiah pelajarcemerlang akademik ialah dengan membuat suatu kajian terhadappersonaliti mereka sebagaimana menurut McClelland (1961) pelajaryang cemerlang dalam akademik memiliki personaliti yang berbeza.Larsen dan Buss (2008), juga berpendapat mengetahui ciri-ciripersonaliti penting untuk tiga sebab. Pertama, membantu untukmemberi gambaran terhadap seseorang dan perbezaan mereka.Kedua, membantu untuk mengenali tingkah laku seseorang danketiga, membantu untuk membuat jangkaan terhadap tingkah lakuseseorang. Sahsiah seseorang boleh dinilai melalui personalitinyakerana sahsiah bermaksud keperibadian yang boleh digambarkanmelalui tingkah laku seseorang (Habibah dan Noran Fauziah, 2002).Tingkah laku seseorang pula boleh dinilai melalui personalitinya(Larsen dan Buss, 2008).SOROTAN PENULISANMenurut Robins, Tracy, Trzesniewski, Kali, Potter, dan Gosling (2001)kebanyakan kajian terhadap personaliti bergantung kepada skala self-report. Apabila skala tersebut telah dinilai dan disahkan benar makaself-report akan menjadi self-conceptions dan self-evaluations keranapemikiran manusia pada asasnya sama.Pada kebiasaannya, kajian terhadap personaliti melalui skala self-report berkaitan dengan Five-Factor Model (FFM) adalah sebagai 66
  3. 3. asas kerangka kerja dalam penilaian terhadap personaliti. Beberapadekad yang lepas penggunaan dimensi Big Five dalam FFM dipakaisecara meluas berbanding dengan konstruk personaliti yang lain(John & Sriastava, 1999). Big Five bermaksud lima faktor utama yangmewakili trait-trait personaliti. Lima faktor tersebut iaitu Extraversion,Agreeableness, Conscientiousness, Neuroticism, dan Openness(John, Naumann, & Soto, 2008). Big Five secara relatifnya adalahkonsisten sepanjang masa (Roberts & DelVecchio, 2000). Secaraumum Big Five merentas pelbagai budaya (McCrae & Costa, 1997)dan boleh menganggar dengan meluas hasilnya termasuk prestasikerja seseorang (Barrick & Mount, 1991), pencapaian akademik(Robins, John, & Caspi, 1998), delinkuen (John et al., 1994), dankecelaruan personaliti (Costa & Widiger, 1994). Maka kajian inimenggunakan teori Big Five sebagai asas untuk menilai personalitipelajar cemerlang akademik.Satu lagi pemboleh ubah yang perlu dinilai dalam kajian ini selainpersonaliti ialah penghargaan kendiri. Menurut Kamus Dewan (2005)penghargaan kendiri bermaksud penghormatan terhadap diri sendiriyang mencakupi keseluruhan maksud maruah diri. Rohani pulabermaksud batin atau sesuatu yang berkaitan dengan jiwa. Mengkajipenghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik meliputi segalakerohanian mereka kerana penghargaan kendiri merangkumi persepsidan perasaan dalaman yang tersembunyi di sebalik tingkah lakuseseorang (Mruk, 1999). Baumeister, Campbell, Krueger, dan Vohs(2003) pula menyatakan bahawa dengan mengkaji penghargaankendiri seseorang, dapat membantu pengkaji mengetahui seberapabanyak seseorang itu menghargai diri mereka sendiri.Mengetahui penghargaan diri seseorang akan dapat mendugapencapaian seseorang terhadap sesuatu perkara. Seperti contoh,menurut Bee (1981) pelajar yang memiliki penghargaan kendiri tinggibiasanya mendapat keputusan yang baik di sekolah keranamerasakan mereka mempunyai penentuan hala tuju pada masahadapan, mempunyai ramai kawan, dan bergaul mesra dengankedua-dua ibu bapa. Begitu juga dengan Marsh (1993) menyatakanpelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi adalah lebihberjaya di sekolah berbanding dengan pelajar yang memilikipenghargaan kendiri rendah. 67
  4. 4. Sikap seseorang juga dapat dinilai dengan mengetahui penghargaankendirinya. Seperti contoh, Martin (1981) menyatakan bahawapenghargaan kendiri yang rendah adalah salah satu puncaberlakunya masalah sosial. Mereka tidak dapat menerima diri sendiriyang seterusnya akan mengalami tekanan hidup dan mencetuskanmasalah dalam kehidupan disebabkan ingin melepaskan perasaantidak puas hati. Pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yangrendah akan mempunyai konsep kendiri yang negatif dan ini bolehmempengaruhi tahap pencapaian akademik mereka. Kajian olehBaum (1970) pula mendapati bahawa murid lelaki yang mempunyaikonsep kendiri yang negatif terdiri daripada mereka yang tidak berjayadalam pelajaran.Walau bagaimanapun, terdapat dapatan atau kenyataan yangbercanggah dengan kebanyakan dapatan yang lain berkenaandengan penghargaan kendiri. Seperti contoh, Baumeister et al. (2003)berpendapat hubungan antara penghargaan kendiri dengankeputusan akademik tidak signifikan terhadap penghargaan kendiritinggi menyumbang kepada keputusan akademik yang cemerlang.Perkara ini bermaksud penghargaan kendiri tinggi bukanlah syaratutama tetapi hanyalah sebagai pelengkap untuk mencapaikecemerlangan akademik.Menurut Robins et al. (2001) dengan membuat kajian terhadappenghargaan kendiri akan dapat menghasilkan suatu kesimpulanterhadap nilai penghargaan kendiri mereka. Daripada kesimpulantersebut apabila dihubungkan dengan personaliti akan menghasilkansuatu dapatan yang lain. Seperti contoh, Penghargaan kendiri yangtinggi menunjukkan emosi yang stabil, Extraverted, dan Conscientiousdan sebilangan yang Agreeable dan Open to Experience. Merekayang tinggi penghargaan kendiri cenderung kepada trait-trait sukabersosial. Kecenderungan ini sebahagiannya menjadi perantarahubungan antara personaliti dan penghargaan kendiri.Memahami hubungan antara penghargaan kendiri dan personalitisangat penting disebabkan oleh beberapa perkara. Pertama, denganmenghubungkan penghargaan kendiri bersama kerangka kerja BigFive akan menghasilkan suatu konstruk psikologi yang lain. FFMmengandungi suatu jaringan yang dapat membantu mencari 68
  5. 5. persamaan atau perbezaan di antara pemboleh ubah. Dimensi-dimensi Big Five yang terdiri daripada Extraversion, Agreeableness,Conscientiousness, Neuroticism, dan Openness to Experience telahdidapati berhubung kait dengan kebanyakan terma trait yang lain(Goldberg, 1993b).Kedua, penghargaan kendiri dan personaliti masing-masing berkongsipada satu punca. Kajian korelasi antara personaliti dan penghargaankendiri yang merentas kehidupan seseorang mungkin akan memberigambaran keaslian penghargaan kendiri seseorang dan asas-asaspertumbuhannya. Seperti personaliti, penghargaan kendiri juga secarakebiasaannya diwarisi dan hanya 30% sahaja daripada pembolehubah yang mempunyai perbezaan dari segi genetik (Kendler,Gardner, & Prescott, 1998). Oleh itu, asas bagi sesuatu emosiberpunca sebahagian besarnya daripada perbezaan genetik dantingkah laku manusia dipengaruhi oleh sejauh mana kesan terhadapperasaan mereka menafsir diri mereka sendiri. Sebagai contoh,seseorang yang rendah emosinya pernah berpengalaman negatif dancenderung ke arah bertanggapan negatif terhadap diri sendiri (Watson& Clark, 1984). Kebiasaannya, emosi yang positif akan terangkumpada dasar Extraversion dan penghargaan kendiri (DeNeve & Cooper,1998). Oleh itu, hal ini seolah-olah penghargaan kendiri mempunyaihubungan yang kuat terhadap dua trait Big Five iaitu dari segipositifnya ialah trait Extraversion dan dari segi negatifnya ialah traitNeuroticism.Ketiga, penghargaan kendiri dan personaliti secara langsung memberikesan antara satu sama lain. Seperti contoh, pelajar yang konsistengaya tingkah lakunya akan memberi kesan bagaimana merekamembuat tanggapan dan menilai diri mereka sendiri. Penghargaankendiri memainkan peranan yang penting dalam pembentukan prosespersonaliti seseorang (Robins et al. 2001). Kepercayaan seseorangterhadap diri mereka akan memberi kesan terhadap perkara yangmereka akan lakukan, matlamat yang mereka usahakan dalam hidup,bagaimana mereka menghayati kehidupan mereka, dan bagaimanamereka memilih jalan untuk menyesuaikan diri terhadap persekitaran.Seperti contoh, seseorang yang rendah penghargaan kendirinyaberkemungkinan akan berasa kurang keyakinan ketika berhadapandengan tingkah laku masyarakat dan akibatnya akan menjadi seorang 69
  6. 6. yang pemalu dan rendah diri.Kebanyakan bidang yang paling penting dalam kajian terhadappersonaliti dan memainkan peranan sebagai penghargaan kendiriialah seperti sifat malu dan memalukan (cth., Tangney & Fischer,1995), narcissism (cth., Robins & John, 1997), sifat kasih sayang(cth., Shaver, Collins, & Clark, 1996), self-defining memories (cth.,Singer & Salovey, 1993), bermatlamat dan bermotivasi (cth., Carver &Scheier, 1998), dan tekanan perasaan (Seligm, Abramson, Semmel,& Von Baeyer, 1979).Personaliti dan penghargaan kendiri dilihat mempunyai kaitan antarasatu sama lain. Individu yang berpenghargaan kendiri tinggi melihatdiri mereka memiliki secara meluas trait personaliti yang berkehendakkepada kehidupan bersosial. Oleh itu, hasil daripada penilaianterhadap personaliti, penghargaan kendiri secara konsepnyamempunyai kaitan dengan keinginan bersosial. Hubungan antarakeinginan bersosial, penghargaan kendiri, dan personalitimembangkitkan persoalan sama ada daripada mana-mana hubunganantara penghargaan kendiri dan dimensi-dimensi Big Five bolehdidapati daripada perbezaan individu dalam keinginan bersosial.Menurut Robins et al. (2001) lagi, menghubungkan penghargaankendiri dengan Big Five akan merangkumi suatu asas untuk membuatsuatu andaian berkenaan bagaimana penghargaan kendiri berkaitdengan sesuatu dapatan atau mungkin akan memberi sesuatu alamatsebagai mekanisme untuk dikaitkan dengan Big Five terhadapdapatan yang tertentu. Pada masa yang sama banyak kajian jugadijalankan terhadap penghargaan kendiri yang telah menguji dariaspek korelasi, punca dan akibat terhadap pencapaian yang tinggidan yang rendah terhadap penghargaan kendiri, tetapi kedua-duakaedah yang penting tersebut untuk tujuan kajian terhadap perbezaanindividu jarang sekali dihubung kait antara kedua-duanya.Oleh sebab itu, dengan tujuan dan matlamat sebagaimana yang telahdijelaskan, satu kajian perlu dibuat ke atas pelajar MRSM untukmengenal pasti sahsiah mereka melalui personaliti dan penghargaankendiri mereka. 70
  7. 7. METODOLOGIKajian ini melibatkan 141 orang pelajar dari salah sebuah MRSM.Instrumen kajian ini merupakan satu set soal selidik yangmengandungi tiga bahagian, iaitu bahagian maklumat demografi,bahagian personaliti, dan bahagian penghargaan kendiri. Instrumenyang digunakan untuk mengukur personaliti ialah ‘The Big FiveInventory’ (BFI) yang diperkenalkan oleh John, Donahue dan Kentle(1991). Soal selidik ini mengandungi 44 item yang mengukur limadimensi personaliti, iaitu Extraversion, Agreeableness,Conscientiousess, Neuroticism dan Openness. Bahagianpenghargaan kendiri pula diuji dengan menggunakan Soal selidikRosenberg Self-Esteem Scale (RSES) yang diperkenalkan olehMorris Rosenberg (1965) yang mengandungi sepuluh item yangmengukur tahap rendah atau tinggi penghargaan kendiri responden.Semua alat ukur ini menggunakan pemeringkatan skala Likert EmpatMata. Nilai kebolehpercayaan dalaman berdasarkan Cronbach Alfayang diuji di dalam kajian ini adalah melebihi 0.8 terhadap kedua-duainstrumen tersebut.KEPUTUSANData kajian telah dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajiandengan menggunakan perisian komputer SPSS. Skor min digunakanuntuk menentukan tahap kepuasan kerja, stres kerja serta jenis traitpersonaliti guru. Nilai ini kemudiannya dibandingkan dengan jadualaras bagi memudahkan interpretasi dapatan. Jadual aras ini telahditentukan dengan membahagikan julat min (1 hingga 4) kepada tigatahap, iaitu rendah, sederhana dan tinggi (Jadual 1). Jadual inidigunakan dalam membuat interpretasi tentang semua pembolehubah.Jadual 1: Julat skor min dan aras pemboleh ubah Julat bagi setiap kategori Aras 2.67 hingga 4.00 Rendah 1.34 hingga 2.66 Sederhana 1.00 hingga 1.33 Tinggi 71
  8. 8. Berdasarkan Jadual 1, aras bagi nilai min soal selidik BFI dan RSES1.00 hingga 1.33 adalah pada tahap rendah, manakala 1.34 hingga2.66 nilai min berada pada tahap sederhana, manakala nilai 2.67hingga 4.00 menunjukkan nilai min bagi kedua-dua pemboleh ubahtersebut pada tahap tinggi.Ujian-t digunakan untuk mencari perbezaan antara trait-traitpersonaliti dan tahap penghargaan kendiri pelajar cemerlangakademik berdasarkan jantina. Manakala Ujian Korelasi Pearsondigunakan untuk menguji hubungan antara personaliti danpenghargaan kendiri dalam kalangan pelajar tersebut.Analisis Deskriptif Latar Belakang RespondenBahagian ini menerangkan keputusan analisis latar belakangresponden iaitu jantina, bangsa, dan taraf pendidikan keluarga.Kaedah kekerapan dan peratusan telah digunakan untukmenganalisis data dalam bahagian ini.Jadual 2: Analisis Responden Mengikut Jantina Bilangan Peratusan (%) Jantina Bilangan Peratusan (%) Perempuan 87 61.7 Lelaki 54 38.8 Jumlah 141 100Berdasarkan Jadual 2, daripada 141 orang responden (n=141),didapati bahawa 87 orang (61.7%) terdiri daripada pelajar perempuanmanakala 54 orang lagi (38.3%) terdiri daripada pelajar lelaki.Jadual 3: Analisis Kekerapan dan Peratusan Mengikut Bangsa Bangsa Bilangan Peratusan (%) Melayu 116 82.3 Cina 17 12.1 India 6 4.3 Lain-lain 2 1.4 Jumlah 141 100 72
  9. 9. Berdasarkan Jadual 3, daripada 141 orang responden (n=141),didapati bahawa 116 orang (82.3%) terdiri daripada pelajar yangberbangsa Melayu, 17 orang berbangsa Cina (12.1%), 6 orangberbangsa India, dan 2 orang (1.4%) berbangsa selain daripada 3bangsa utama (Melayu, Cina dan India) di Malaysia.Jadual 4: Analisis Kekerapan dan Peratusan Taraf Pendidikan IbuTaraf Pendidikan Taraf Pendidikan Bilangan Peratusan (%) Sekolah Rendah 7 5 Sekolah Menengah 80 56.7 Sijil atau Diploma 33 24.4 Ijazah Pertama 11 7.8 Ijazah Sarjana 8 5.7 PhD 2 1.4 Jumlah 141 100 Berdasarkan Jadual 4 taraf pendidikan ibu kepada responden kajianini menunjukkan tujuh orang (5%) yang hanya bersekolah rendah, 80orang (56%) yang bersekolah menengah, 33 orang (24.4%)memperoleh Sijil atau Diploma, 11 orang (7.8%) memiliki IjazahPertama, lapan orang (5.7%) memperoleh Ijazah Sarjana, dan duaorang (1.4%) memiliki PhD.Jadual 5: Analisis Kekerapan dan Peratusan Taraf Pendidikan Bapa Taraf Pendidikan Bilangan Peratusan (%) Sekolah Rendah 5 3.5 Sekolah Menengah 68 48.2 Sijil atau Diploma 33 23.4 Ijazah Pertama 17 12.1 Ijazah Sarjana 13 9.2 PhD 5 3.5 Jumlah 141 100Berdasarkan Jadual lima taraf pendidikan bapa kepada respondenkajian ini menunjukkan 5 orang (3.5%) yang hanya bersekolahrendah, 68 orang (48.2%) yang bersekolah menengah, 33 orang 73
  10. 10. (23.4%) memperoleh Sijil atau Diploma, 17 orang (12.1%) memilikiIjazah Pertama, 13 orang (9.2%) memperoleh Ijazah Sarjana, danlima orang (3.5%) memiliki PhD.Rumusan Analisis Item Trait-trait Personaliti Big Five dalamKalangan Pelajar Cemerlang AkademikJadual 6: Analisis Min Keseluruhan Bagi Trait-Trait Personaliti Big Five dalam Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik (SP)*Bil Trait-Trait Personaliti Big Five dalam Min Tahap Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik (SP)*1. Trait Personaliti Personaliti Extraversion 3.25 Tinggi (.42)2. Trait Personaliti Personaliti Agreeableness 3.28 Tinggi (.28)3. Trait Personaliti Personaliti Conscientiousness 3.10 Tinggi (.30)4. Trait Personaliti Personaliti Neuroticism 2.27 Sederhana (.49)5. Trait Personaliti Openess 3.20 Tinggi (.33)*SP = Sisihan Piawai.Jadual 6 menunjukkan rumusan min responden pelajar cemerlangakademik terhadap trait-trait personaliti Big Five melalui maklumatsoal selidik dalam Bahagian B. Nilai min keseluruhan bagi traitpersonaliti Extraversion yang diperoleh ialah 3.25 (SP = .42)menunjukkan bahawa pelajar cemerlang akademik berpersonalititinggi terhadap trait personaliti Extraversion.Begitu juga nilai min keseluruhan bagi trait personaliti Agreeablenessyang diperoleh ialah 3.28 (SP = .28) menunjukkan bahawa pelajarcemerlang akademik berpersonaliti tinggi terhadap trait personalitiAgreeableness.Nilai min keseluruhan bagi trait personaliti Conscientiousness yang 74
  11. 11. diperoleh ialah 3.10 (SP = .30) menunjukkan bahawa pelajarcemerlang akademik berpersonaliti tinggi terhadap trait personalitiConscientiousness.Walau bagaimanapun, pelajar cemerlang akademik berpersonalitisederhana terhadap trait personaliti Neuroticism kerana nilai minkeseluruhan yang mereka peroleh ialah 2.27 (SP = .49). Inimenunjukkan pelajar cemerlang akademik berpersonaliti sederhanadalam trait personaliti Neuroticism.Nilai min keseluruhan bagi trait personaliti Openness yang diperolehialah 3.20 (SP = .33) menunjukkan bahawa pelajar cemerlangakademik berpersonaliti tinggi terhadap trait personaliti Openness.Akhir sekali, menurut trait-trait personaliti Big Five pelajar cemerlangakademik berpersonaliti tinggi kerana secara keseluruhannya merekabersetuju menerima trait-trait personaliti Big Five yang bersifat positifseperti Extraversion, Agreeableness, Conscientiousness, danOpenness. Mereka pula menolak trait personaliti Big Five Neuroticismyang bersifat negatif.Analisis Item-item Tahap Penghargaan Kendiri DalamKalangan Pelajar Cemerlang AkademikBahagian ini menerangkan tahap penghargaan kendiri dalamkalangan pelajar cemerlang akademik untuk menjawab persoalankajian yang ketiga. Terdapat 10 item yang telah dibina bagi mengukurtahap penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik. Jadual 7menunjukkan bilangan, peratusan, min, dan sisihan piawai dalamtahap penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik. Hasildapatan kajian adalah seperti berikut: 75
  12. 12. Jadual 7: Analisis Kekerapan, Peratusan, Min, dan Sisihan Piawai Tahap Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang Akademik Sangat Setuju Tidak Sangat Min Setuju (S) Setuju Tidak (SS) (TS) Setuju (STS) Bil% Bil% Bil% Bil% 1. Saya berpendapat 80 52 5 (3.5%) 4 3.48 diri saya sebagai (56.7% (36.9%) (2.8%) (.70) seorang yang sangat berharga, sekurang- kurangnya sama seperti orang lain. (I feel that I am a person of worth, at least an equal plane with others).2. Saya mempunyai 62 72 5 2 3.38 beberapa kualiti (44%) (51.1%) (3.5%) (1.4%) (.63) yang baik dalam diri. (I feel that I have a number of good qualities).3R Secara 0 8 60 73 3.46 keseluruhannya (0%) (5.7%) (42.6%) (51.8%) (.60) saya menolak perasaan bahawa saya seorang yang gagal. (All in all, I am inclined to feel that I am a failure). 4. Saya mampu 67 65 7 2 3.40 melaksanakan (47.5%) (46.1%) (5%) (1.4%) (.65) tugas sebaik orang lain. (I am able to do things as well as most other people). 5R. Saya merasakan 2 25 62 52 3.16 diri saya tidak (1.4%) (17.7%) (44%) (36.9%) (.76) mempunyai banyak perkara yang boleh 76
  13. 13. dibanggakan. (I feel I do not have much to be proud of).6. Saya mengambil 79 53 8 1 3.49 sikap positif (56%) (37.6%) (5.7%) (0.7%) (.64) terhadap diri saya. (I take a positive attitude toward myself).7. Secara 63 58 16 4 3.28 keseluruhannya (44.7%) 41.1%) (11.3%) (2.8%) (.78) saya berpuas hati dengan diri saya.(On the whole, I am satisfied with myself).8R. Saya berharap 0 0 48 93 3.66 saya lebih (0%) (0%) (34%) (66%) (.48) menghormati diri saya. (I wish I could have more respect for myself).9R. Kadang-kadang 0 7 71 63 3.40 saya memang (0%) (5%) (50.4%) (44.7%) (.58) berasa diri saya tidak berguna. (I certainly feel useless at times).10R Kadang-kadang 0 12 30 99 3.62 saya berfikir (0%) (8.5%) (21.3%) (70.2%) (.64) bahawa diri saya memang tidak berguna langsung. (At times I think I am no good at all) Min dan SP Keseluruahan 3.43 (.41)Note. R (Reverse-scored items). *SP = Sisihan Piawai.Berdasarkan Jadual 7, dapatan daripada item-item soal selidik bagi 77
  14. 14. mengukur tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajarcemerlang akademik menunjukkan item 1 seramai 80 orang (56.7%)sangat bersetuju, 52 orang (36.9%) bersetuju, lima orang (3.5%) tidakbersetuju, dan empat orang (2.8%) sangat tidak bersetujumenyatakan mereka suka bercakap. Nilai min 3.48 (SP = .70)menunjukkan pelajar cemerlang akademik bersetuju menyatakanmereka berpendapat diri mereka sebagai insan yang sangat berharga,sekurang-kurangnya sama seperti orang lain.Dapatan daripada item 2 menunjukkan seramai 62 orang (44%)sangat bersetuju, 72 orang (51.1%) bersetuju, lima orang (3.5%) tidakbersetuju, dan dua orang (1.4%) sangat tidak bersetuju menyatakanmereka mempunyai beberapa kualiti yang baik dalam diri mereka.Nilai min 3.38 (SP = .63) menunjukkan pelajar cemerlang akademikbersetuju menyatakan mereka mempunyai beberapa kualiti yang baikdalam diri mereka.Item 3 pula menunjukkan dapatan, tiada seorang yang sangatbersetuju, manakala seramai lapan orang (5.7%) bersetuju, 60 orang(42.6%) tidak bersetuju, dan 73 orang (51.8%) yang sangat tidakbersetuju menyatakan mereka secara keseluruhannya menolakperasaan bahawa mereka insan yang gagal. Nilai min 3.46 (SP = .60)menunjukkan pelajar cemerlang akademik tidak bersetujumenyatakan mereka secara keseluruhannya menolak perasaanbahawa mereka insan yang gagal.Manakala dapatan daripada item 4 menunjukkan seramai 67 orang(47.5%) sangat bersetuju, 65 orang (46.1%) bersetuju, tujuh orang(5%) tidak bersetuju, dan dua orang (1.4%) yang sangat tidakbersetuju menyatakan mereka mampu melaksanakan tugas sebaikorang lain. Nilai min 3.40 (SP = .65) menunjukkan pelajar cemerlangakademik setuju menyatakan mereka mampu melaksanakan tugassebaik orang lain.Berbeza pula dengan dapatan daripada item 5 yang menunjukkanseramai dua orang (1.4%) yang sangat bersetuju, 25 orang (17.7%)bersetuju, 62 orang (44%) tidak bersetuju, dan 52 orang (36.9%)sangat tidak bersetuju menyatakan mereka merasakan diri mereka 78
  15. 15. tidak mempunyai banyak perkara yang boleh dibanggakan. Nilai min3.16 (SP = .76) menunjukkan pelajar cemerlang akademik tidakbersetuju menyatakan mereka merasakan diri mereka tidakmempunyai banyak perkara yang boleh dibanggakan.Dapatan daripada item 6 menunjukkan seramai 79 orang (56%)sangat bersetuju, 53 orang (37.6%) bersetuju, lapan orang (5.7%)tidak bersetuju, dan seorang (0.7%) sangat tidak bersetujumenyatakan mereka mengambil sikap positif terhadap diri mereka.Nilai min 3.49 (SP = .64) menunjukkan pelajar cemerlang akademikbersetuju menyatakan mereka mengambil sikap positif terhadap dirimereka.Seramai 63 orang (44.7%) daripada dapatan item 7 yangmenunjukkan sangat bersetuju, 58 orang (41.1%) bersetuju, 16 orang(11.3%) tidak bersetuju, dan empat orang (2.8%) sangat tidakbersetuju menyatakan mereka secara keseluruhannya berpuas hatidengan diri mereka sendiri. Nilai min 3.28 (SP = .78) menunjukkanpelajar cemerlang akademik bersetuju menyatakan mereka secarakeseluruhannya berpuas hati dengan diri mereka sendiri.Item 8 menunjukkan tiada seorang pun yang sangat bersetuju danbersetuju pada dapatannya, manakala seramai 48 orang (34%) tidakbersetuju, dan 93 orang (66%) sangat tidak bersetuju menyatakanmereka berharap mereka lebih menghormati diri mereka sendiri. Nilaimin 3.66 (SP = .48) menunjukkan pelajar cemerlang akademik tidakbersetuju menyatakan mereka berharap mereka lebih menghormatidiri mereka sendiri.Manakala, dapatan daripada item 9 menunjukkan tiada seorang punyang sangat bersetuju, manakala seramai tujuh orang (5%) bersetuju,71 orang (50.4%) tidak bersetuju, dan 63 orang (44.7%) sangat tidakbersetuju menyatakan mereka kadang-kadang memang berasa dirimereka tidak berguna. Nilai min 3.40 (SP = .58) menunjukkan pelajarcemerlang akademik tidak bersetuju menyatakan mereka kadang-kadang memang berasa diri mereka tidak berguna.Begitu juga dapatan daripada item 10 menunjukkan tiada seorang pun 79
  16. 16. yang sangat bersetuju, manakala seramai 12 orang (8.5%) bersetuju,30 orang (21.3%) tidak bersetuju, dan 99 orang (70.2%) sangat tidakbersetuju menyatakan mereka kadang-kadang berfikir bahawa dirimereka memang tidak berguna langsung. Nilai min 3.62 (SP = .64)menunjukkan pelajar cemerlang akademik tidak bersetujumenyatakan mereka kadang-kadang berfikir bahawa diri merekamemang tidak berguna langsung.Sebagai kesimpulan, daripada dapatan-dapatan dalam item-item soalselidik terhadap tahap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajarcemerlang akademik menunjukkan pelajar cemerlang akademikberpenghargaan kendiri tinggi apabila min keseluruhan bagi item-itemtersebut ialah 3.43 (SP = .41).Analisis Ujian-t Terhadap Perbezaan Antara Trait-trait PersonalitiDalam Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik BerdasarkanJantinaJadual 8: Perbezaan Antara Trait Personaliti Pelajar Cemerlang Akademikberdasarkan Perbandingan Nilai Min Berdasarkan Jantina Trait Personaliti Big Five Min Lelaki (SP*) Min Perempuan Cemerlang (SP*) Extraversion 26.09 25.94 (3.19) (3.49) Agreeableness 29.80 29.61 (2.53) (2.54) Conscientiousness 28.06 28.00 (2.90) (2.57) Neuroticism 17.94 18.26 (4.19) (3.75) Openess 32.65 31.62 (3.56) (3.26) *Sisihan PiawaiBerdasarkan Jadual 8, bagi trait personaliti Extraversion min lelakiialah 26.09 (SP= 3.19) dan perempuan ialah 25.94 (SP = 3.49). Inimenunjukkan min lelaki lebih tinggi daripada perempuan. Bagi traitpersonaliti Agreeableness min lelaki ialah 29.80 (SP= 2.53) dan 80
  17. 17. perempuan ialah 29.61 (SP = 2.54). Ini menunjukkan min lelaki lebihtinggi daripada perempuan.Begitu juga dengan trait personaliti Conscientiousness min lelaki ialah28.06 (SP= 2.90) dan perempuan ialah 28.00 (SP = 2.57). Inimenunjukkan min lelaki lebih tinggi daripada perempuan. Bagi traitpersonaliti Neuroticism min lelaki ialah 17.94 (SP= 4.19) danperempuan ialah 18.26 (SP = 3.75). Ini menunjukkan min perempuanlebih tinggi daripada lelaki.Trait personaliti Openness pula, min lelakiialah 32.6481 (SP= 3.56) dan perempuan ialah 31.62 (SP = 3.26). Inimenunjukkan min lelaki lebih tinggi daripada perempuan.Jadual 9: Analisis Ujian-t Terhadap Perbezaan Antara Trait-Trait PersonalitiPelajar Cemerlang Akademik Berdasarkan JantinaTrait Personaliti t df Signifikan Big FiveExtraversion -2.56 139 0.80Agreeableness -.426 139 0.67Conscientiousness -.119 139 0.91Neuroticism .471 139 0.64Openness -1.756 139 0.08Berdasarkan Jadual 9, dapatan kajian bagi menguji Hipotesis nol 1seperti berikut:H0 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personalitidalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik berdasarkanjantina.Dapatan kajian ini menunjukkan tidak wujud perbezaan yangsignifikan pada trait personaliti Extraversion dalam kalangan pelajaryang cemerlang akademik berdasarkan jantina [t(139) = -.256, p =0.80] pada aras kesignifikanan 5% yang telah ditetapkan. Inimenjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan padatrait personaliti Extraversion dalam kalangan pelajar yang cemerlangakademik berdasarkan jantina. Maka H0 diterima. 81
  18. 18. Begitu juga analisis terhadap trait Agreeableness menunjukkan tidakwujud perbezaan yang signifikan pada trait personaliti Agreeablenessdalam kalangan pelajar yang cemerlang akademik berdasarkanjantina [t(139) = -.426, p = 0.67] pada aras kesignifikanan 5% yangtelah ditetapkan. Ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaanyang signifikan pada trait personaliti Agreeableness dalam kalanganpelajar yang cemerlang akademik berdasarkan jantina. Maka H0diterima.Kajian terhadap trait personaliti Conscientiousness juga menunjukkantidak wujud perbezaan yang signifikan dalam kalangan pelajar yangcemerlang akademik berdasarkan jantina [t(139) = -.119, p = 0.91]pada aras kesignifikanan 5% yang telah ditetapkan. Ini menjelaskanbahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada trait personalitiConscientiousness dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademikberdasarkan jantina. Maka H0 diterima.Bagi trait personaliti Neuroticism juga menunjukkan tidak wujudperbezaan yang signifikan dalam kalangan pelajar yang cemerlangakademik berdasarkan jantina [t(139) = .471, p = 0.64] pada araskesignifikanan 5% yang telah ditetapkan. Ini menjelaskan bahawatidak terdapat perbezaan yang signifikan pada trait personalitiNeuroticism dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademikberdasarkan jantina. Maka H0 diterima.Analisis terhadap trait personaliti Openness juga menunjukkan tidakwujud perbezaan yang signifikan dalam kalangan pelajar yangcemerlang akademik berdasarkan jantina [t(139) = -1.756, p = 0.08]pada aras kesignifikanan 5% yang telah ditetapkan. Ini menjelaskanbahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada trait personalitiOpenness dalam kalangan pelajar yang cemerlang akademikberdasarkan jantina. Maka H0 diterima. 82
  19. 19. Analisis Ujian-t Bagi Perbezaan terhadap Penghargaan KendiriPelajar Cemerlang Akademik Berdasarkan JantinaJadual 10: Perbezaan Jantina dalam Penghargaan Kendiri PelajarCemerlang Akademik Berdasarkan Perbandingan Nilai MinMin Lelaki Min Perempuan SP* (Lelaki) SP*(Perempuan) 34.13 34.43 4.19 4.13*Sisihan PiawaiBerdasarkan Jadual 10, perbandingan nilai min dalam penghargaankendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik ialah min bagilelaki bersamaan dengan 34.13 (SP= 4.19) dan perempuan ialah34.43 (SP = 4.13). Ini menunjukkan min perempuan lebih tinggidaripada lelaki.Jadual 11: Analisis Ujian-t Terhadap Perbezaan Jantina dalam PenghargaanKendiri Pelajar Cemerlang Akademik T df Signifikan -.411 139 0.68Signifikan pada aras p < .05Berdasarkan Jadual 11, dapatan kajian bagi menguji Hipotesis nol 2seperti berikut:H0 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahappenghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik berdasarkanjantina.Jadual 11 menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan dalampenghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik berdasarkan jantina[t(139) = -.411, p = 0.68] pada aras kesignifikanan 5% yang telahditetapkan. Ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yangsignifikan dalam Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang Akademikberdasarkan jantina. Maka H0 diterima.Analisis Ujian Korelasi Pearson Bagi Hubungan Antara Trait 83
  20. 20. Personaliti dan Penghargaan Kendiri Dalam Kalangan PelajarCemerlang Akademik.Jadual 12: Hubungan Antara Trait Personaliti dan Penghargaan Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Cemerlang Akademik Penghargaan Kendiri r Signifikan Extraversion 0.009 0.91 Agreeableness 0.062 0.47 Conscientiousness 0.075 0.38 Neuroticism 0.057 0.50 Openness 0.015 0.86Signifikan pada aras p ≤ 0.05Berdasarkan Jadual 12 menunjukkan dapatan kajian bagi mengujiHipotesis nol 3 seperti berikut:H0 3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara traitpersonaliti dan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajarcemerlang akademik berdasarkan jantina.Dapatan kajian menunjukkan tidak wujud hubungan korelasi antaratrait personaliti Extraversion dan penghargaan kendiri pada nilai (r =0.009). Ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara traitpersonaliti Extraversion dan penghargaan kendiri. Maka H0 diterima.Hasil daripada analisis tersebut juga mendapati tidak wujud hubungankorelasi antara trait personaliti Agreeableness dan penghargaankendiri pada nilai (r = 0.062). Ini menunjukkan tiada hubungan yangsignifikan antara trait personaliti Agreeableness dan penghargaankendiri. Maka H0 diterima.Kajian ke atas trait personaliti Conscientiousness juga menunjukkantidak wujud hubungan korelasi antara trait tersebut dan penghargaankendiri pada nilai (r = 0.075). Ini menunjukkan tiada hubungan yangsignifikan antara trait personaliti Conscientiousness dan penghargaankendiri. Maka H0 diterima. 84
  21. 21. Bagi trait personaliti Neuroticism juga menunjukkan tidak wujudhubungan korelasi antara trait tersebut dan penghargaan kendiri padanilai (r = 0.057). Ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikanantara trait personaliti Neuroticism dan penghargaan kendiri. Maka H0diterima.Begitu juga kajian menunjukkan tidak wujud hubungan korelasi antaratrait personaliti Openness dan penghargaan kendiri pada nilai (r =0.015). Ini menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara traitpersonaliti Openness dan penghargaan kendiri. Maka H0 diterima.PERBINCANGANTrait-trait Personaliti Pelajar Cemerlang AkademikDapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar cemerlang akademikmempunyai trait-trait personaliti yang tinggi pada trait Extraversion,Conscientiousness, Openness, dan Agreeableness, manakala bagitrait Neuroticism mereka mendapat tahap sederhana. Ini menunjukkanpelajar cemerlang akademik mempunyai ciri-ciri personaliti yang baik.Ini menunjukkan pelajar cemerlang akademik memiliki ciri-ciri traitpersonaliti seperti suka bergaul dan bersosial, penuh bertenaga atauaktif, tidak suka pergaduhan, bertimbang rasa, suka bekerjasamadengan orang lain, mudah menghulurkan bantuan, buat sesuatudengan bersungguh-sungguh, rajin, buat kerja dengan cekap danteliti, tidak mudah tertekan, memiliki emosi yang stabil, kreatif, berjiwaseni, bijak berfikir, dan berbakat dalam hal-hal kesenian ataukesusasteraan.Ciri-ciri trait personaliti yang dinyatakan oleh pelajar cemerlangakademik ini bertepatan dengan rumusan yang telah digariskan olehHoladay et al. (2000) terhadap trait-trait personaliti Big Five. Seperticontoh, bagi trait personaliti Extraversion, ciri-ciri yang terdapat didalamnya menunjukkan sifat seseorang yang gembira dan periang,bagi ciri-ciri trait personaliti Conscientiousness menunjukkanseseorang itu adalah pelajar cemerlang, bagi ciri-ciri trait personaliti 85
  22. 22. Agreeableness menunjukkan seseorang itu mudah dan baik, bagi ciri-ciri trait personaliti Openness pula menunjukkan seseorang itu intelekatau bijak, dan bagi trait personaliti Neuroticism menunjukkanseseorang itu tidak gembira.Oleh itu, sebagaimana ciri-ciri trait personaliti Big Five yang telahdinyatakan oleh pelajar cemerlang akademik tersebut amatlahbertepatan dengan pandangan McClelland (1961) yang menyatakanbahawa pelajar cemerlang akademik ini memiliki personaliti yangberbeza. Ini kerana mereka berada dalam satu kelompok yangberpesonaliti dan berpenghargaan kendiri tinggi. Menurutnya lagiseseorang yang cemerlang adalah mereka yang berkehendak kepadakecemerlangan itu sendiri. Hal tersebut boleh dibuktikan daripadakenyataan-kenyataan yang telah diberikan oleh pelajar cemerlangtersebut. Seperti contoh, dalam trait personaliti Openness, merekatelah memilih sifat atau perasaan ingin tahu yang tinggi. Inimembuktikan bahawa mereka sentiasa bertanya dan mencarijawapan terhadap sesuatu. Sikap inilah yang dilihat sebagai bukansekadar mencari jawapan tetapi mereka sebenarnya mencarikecemerlangan. Namun begitu, kajian ini tidak membuatperbandingan antara dua pemboleh ubah tersebut terhadap pelajaryang cemerlang akademik dengan pelajar yang berpencapaiansederhana dalam akademik.Perbezaan Trait-trait Personaliti Pelajar Cemerlang AkademikBerdasarkan JantinaUjian-t yang dijalankan ke atas pelajar cemerlang akademik bagimencari perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina menunjukkantiada perbezaan yang signifikan antara trait personaliti pelajarcemerlang akademik berdasarkan jantina dengan jumlah bilanganpelajar lelaki seramai 54 orang dan pelajar perempuan seramai 87orang.Walau bagaimanapun, jika dilihat perbezaan tersebut dari sudut min(rujuk Jadual 8) terdapat perbezaan yang tidak ketara, menunjukkanpelajar lelaki mendahului jumlah pelajar perempuan hampir semuatrait personaliti kecuali satu trait sahaja yang didahului jumlahnya olehpelajar perempuan iaitu trait personaliti Neuroticism. Senario tersebut 86
  23. 23. sependapat dengan Lippa (1995) pada trait personaliti Extraversiondan Openness, Brooke (2003) pada trait Conscientiousness,Frederick (2005) pada trait Openness, Bem (1981) pada traitExtraversion dan Neuroticism, dan Farnill & Ball (1985) pada traitpersonaliti Extraversion, Agreeableness, dan Neuroticism. Jika dilihatdari sudut signifikannya kajian ini bertepatan dengan Goldberg (1998)pada semua trait personaliti Big Five kecuali pada traitAgreeableness, Brooke (2003) pada trait Neuroticism, dan Bem(1981) pada trait Conscientiousness.Dapatan terhadap perbezaan dalam trait-trait personaliti berdasarkanjantina ini, menunjukkan bahawa tiada diskriminasi dalam trait-traitpersonaliti Big Five berdasarkan jantina. Oleh itu, pelajar cemerlangakademik mempunyai personaliti yang serupa berdasarkan jantinadan mereka tidak dibezakan oleh mana-mana trait secarasignifikannya. Namun begitu, dari sudut min masih terdapat satusenario yang mana hanya trait Neuroticism sahaja yang didahului darisudut bilangannya oleh pelajar perempuan. Walau bagaimanapunperkara ini tidak perlu dibuat andaian kerana dapatan tersebut tidaksignifikan.Tahap Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang AkademikHasil daripada analisis deskriptif bagi mencari tahap penghargaankendiri pelajar cemerlang akademik mendapati pelajar cemerlangakademik memiliki penghargaan kendiri yang tinggi dengan nilai min3.43 (SP = .41). Setiap daripada item-item soal selidik mendapattahap yang tinggi (rujuk Jadual 6). Ini menunjukkan pelajar cemerlangakademik terdiri daripada mereka yang berkeyakinan diri danberfikiran positif terhadap diri mereka sendiri.Dapatan ini bertepatan dengan pandangan Bee (1981) yangmenyatakan mereka yang mempunyai penghargaan kendiri yangtinggi selalunya dikaitkan dengan mereka yang bersikap positif.Pelajar yang memiliki penghargaan kendiri tinggi biasanya mendapatkeputusan yang baik di sekolah kerana merasakan merekamempunyai penentuan hala tuju pada masa hadapan, mempunyairamai kawan dan bergaul mesra dengan kedua-dua ibu bapa. 87
  24. 24. Begitu juga dengan pandangan Marsh (1993) yang selari dengandapatan kajian ini terhadap pelajar cemerlang akademik. Beliaumenyatakan pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggiadalah lebih berjaya di sekolah berbanding dengan pelajar yangmemiliki penghargaan kendiri rendah.Walau bagaimanpun, Baumeister et al. (2003) memberikan pendapatyang berbeza daripada dapatan kajian ini. Dia menyatakan hubunganantara penghargaan kendiri dengan keputusan akademik tidaksignifikan terhadap penghargaan kendiri tinggi menyumbang kepadakeputusan akademik yang cemerlang. Ini memberi maksudpenghargaan kendiri tinggi bukanlah syarat kepada keputusanakademik yang cemerlang tetapi hanyalah sebagai pelengkap kepadakecemerlangan akademik. Hal ini mungkin disebabkan objektif kajianyang berbeza walaupun pada dasarnya sama iaitu menyelidik tahappenghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik. Baumeister danrakan-rakannya membuat kajian terhadap hubungan antarapenghargaan kendiri dan pencapaian akademik manakala dalamkajian ini penyelidik hanya membuat analisis deskriptif bagi mencarimin penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar cemerlangakademik.Perbezaan Tahap Penghargaan Kendiri Pelajar CemerlangAkademik Berdasarkan JantinaUjian-t yang dijalankan ke atas pelajar cemerlang akademik bagimencari perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina menunjukkantiada perbezaan yang signifikan pada penghargaan kendiri dalamkalangan pelajar cemerlang akademik berdasarkan jantina. Analisisdeskriptif yang telah dijalankan bagi mencari min tahap penghargaankendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik mendapatibahawa pelajar cemerlang akademik berpenghargaan kendiri tinggi.Ini menunjukkan pelajar perempuan juga berpenghargaan kendiritinggi seperti pelajar lelaki.Dapatan ini berbeza daripada kajian yang telah dibuat oleh Kearney-Cooke (1999) menyatakan bahawa pelajar perempuan lebih 88
  25. 25. cenderung kepada berpenghargaan kendiri rendah dan terhadapujian-ujian lain seperti ujian ke atas ciri-ciri fizikal dan keupayaanintelektual berbanding pelajar lelaki. Beliau juga berpendapat masalahseperti cubaan membunuh diri, kemurungan, dan kecelaruan makan,sebahagian besarnya lebih tinggi dalam kalangan pelajar perempuanberbanding pelajar lelaki.Walau bagaimanapun, penyelidik berpendapat bahawa perbezaandapatan oleh kajian ini dan kajian yang dijalankan oleh Kearney-Cooke (1999) mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktorperbezaan pencapaian akademik. Penyelidik menjalankan kajian keatas pelajar cemerlang akademik berbanding kajian oleh Kearney-Cooke (1999) adalah terhadap pelajar secara umum sahaja. Hal inimenunjukkan bahawa pelajar perempuan yang cemerlang akademikberbeza dengan pelajar perempuan yang bukan dalam kategoripelajar cemerlang akademik.Hubungan Antara Trait Personaliti Dan Penghargaan KendiriDalam Kalangan Pelajar Cemerlang AkademikDapatan daripada Ujian Korelasi Pearson untuk mencari hubunganantara trait-trait personaliti dan penghargaan kendiri dalam kalanganpelajar cemerlang akademik mendapati bahawa tidak wujudhubungan yang signifikan antara trait personaliti dan penghargaankendiri dalam kalangan pelajar cemerlang akademik. Hal inimenunjukkan tiada kaitan antara penghargaan kendiri tinggi ataurendah terhadap trait-trait personaliti Big Five sama ada tinggi ataurendah. Hubungan antara personaliti dan penghargaan kendiri yangtidak signifikan ini berkemungkinan disebabkan oleh peranan trait-traitpersonaliti yang dihubungkan dengan penghargaan kendiri tidaksecara gabungan antara trait tersebut.Namun begitu, kajian yang telah dijalankan oleh Robins et al. (2001)terhadap hubungan antara penghargaan kendiri dan trait-traitpersonaliti Big Five didapati ada sebahagian trait yang mempunyaihubungan yang signifikan dengan penghargaan kendiri. Seperticontoh, mereka yang tinggi penghargaan kendiri cenderung kepadamenganggap trait-trait mahu bersosial terhadap diri mereka (traitpersonaliti Extraversion). Kecenderungan ini sebahagiannya menjadi 89
  26. 26. perantara hubungan antara personaliti dan penghargaan kendiri.Walau bagaimanpun, jika dilihat secara deskriptifnya pelajar yangcemerlang akademik dalam kajian ini adalah terdiri daripada merekayang berpenghargaan kendiri tinggi dan berpesonaliti tinggi pada trait-trait personaliti Extraversion, Conscientiousness, Agreeableness danOpenness, manakala bagi trait personaliti Neuroticism merekamencapai tahap yang sederhana.CADANGAN KAJIANBerdasarkan perbincangan daripada dapatan kajian yang telah dibuat,berikut dikemukakan beberapa cadangan dan saranan untuk dijadikanpanduan oleh para ibu bapa, guru, pelajar, individu dan organisasipendidikan bagi membantu membentuk pelajar cemerlang akademikdan sahsiah: 1. Pelajar cemerlang akademik memiliki trait-trait personaliti Extraversion, Conscientiousness, Agreeableness, dan Openness yang tinggi yang boleh dicontohi oleh pelajar- pelajar yang lain kerana mereka memiliki sikap ramah dan mesra, selesa bergaul dalam masyarakat, aktif dan bertenaga dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah, bijak membahagikan masa, mempunyai matlamat dan cita-cita, membuat perancangan dan melaksanakannya, bersungguh-sungguh untuk berjaya, suka bekerjasama, suka membantu, tidak suka membuli, hormat- menghormati, menghindari pertengkaran, mudah didekati, ingin tahu yang tinggi, mempelajari sesuatu dengan mendalam dan penuh minat, mempunyai pemikiran yang kreatif dan banyak idea serta berupaya melahirkan idea- idea yang bernas. Mereka juga memiliki trait personaliti Neuroticism yang sederhana. Ini bermakna mereka tidak mudah terganggu atau dipengaruhi oleh gejala-gejala sosial yang merugikan mereka. Mereka juga menghadapi tekanan seperti tekanan untuk mengekalkan kecemerlangan akademik dan tekanan untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan mereka tetapi mereka menguruskan tekanan tersebut dengan baik. 90
  27. 27. 2. Pelajar cemerlang akademik ini juga wajar dicontohi penghargaan kendiri mereka oleh pelajar-pelajar yang lain kerana mereka memiliki tahap penghargaan kendiri yang tinggi. Mereka mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri. Mereka menghargai diri mereka dan sentiasa berusaha untuk memperbaik kelemahan diri mereka sendiri. 3. Sekolah-sekolah atau institusi-institusi pendidikan yang secara khususnya terlibat dalam melatih dan mendidik pelajar-pelajar cemerlang akademik ini seperti , MRSM dan SBP perlulah memenuhi dan melayani kehendak psikologi pelajar cemerlang ini agar selari dengan tuntutan personaliti mereka. Contohnya, trait personaliti Extraversion terhadap golongan ini yang tinggi, maka perlulah di sekolah-sekolah tersebut dilengkapkan dengan pelbagai aktiviti luar kelas seperti gimnasium luar bilik, tempat untuk sukan permainan lasak, kelab-kelab atau persatuan-persatuan untuk kegiatan kokurikulum yang aktif di luar kelas dan sebagainya. 4. Pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah, perlulah menyediakan suasana yang kondusif bagi melayan tuntutan perasaan ingin tahu mereka yang tinggi sebagai tuntutan terhadap trait personaliti Openness pelajar cemerlang akademik yang tinggi ini dengan menyediakan prasarana-prasarana yang bersesuaian. Seperti contoh, perpustakaan yang lengkap, pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi maklumat sepenuhnya, kemudahan internet yang terkini dan guru-guru yang berpengetahuan serta berpengalaman luas.Cadangan Kajian LanjutanHasil daripada penyelidikan berkenaan trait-trait personaliti danpenghargaan kendiri terhadap pelajar cemerlang akademik inipenyelidik mendapati masih ada ruang lagi untuk dibangkitkan 91
  28. 28. pelbagai persoalan yang perlu dirungkai melalui kajian-kajian lain.Dalam bahagian ini penyelidik telah menyenaraikan beberapacadangan sebagai panduan untuk kajian masa depan. Cadangantersebut adalah seperti berikut: 1. Kajian ini hanya dijalankan di salah sebuah MRSM di negeri Johor. Oleh itu, dicadangkan agar kajian seumpama ini diperluas kepada bilangan sampel yang lebih besar supaya dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi pelajar cemerlang akademik di seluruh Malaysia. 2. Kajian ini hanya ditumpukan untuk mengkaji dua pemboleh ubah sahaja iaitu trait-trait personaliti dan penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik. Oleh itu, penyelidik menyarankan agar kajian lanjutan dijalankan untuk mengenal pasti hubungan dengan pemboleh ubah yang lain seperti tahap penghayatan keagamaan dan sebagainya. 3. Kajian ini juga hanya melibatkan satu sahaja faktor demografi iaitu jantina. Penyelidik mencadangkan agar melibatkan faktor-faktor lain seperti sosioekonomi dan bangsa. 4. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar cemerlang akademik di sebuah MRSM sahaja. Oleh itu dicadangkan agar kajian yang sama dapat dijalankan di MRSM yang lain dan perlu disebarluaskan ke SBP. 5. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang cemerlang akademik sahaja. Oleh itu, dicadangkan agar kajian seumpama ini dapat diperluas meliputi pelajar- pelajar di sekolah-sekolah harian biasa umumnya dan khususnya terhadap pelajar yang lemah akademik. 6. Kajian ini membuat ujian Korelasi Pearson terhadap trait- trait personaliti tidak secara gabungan antara trait tersebut. Oleh itu dicadangkan agar ujian seumpama ini dijalankan 92
  29. 29. terhadap trait-trait personaliti secara gabungan antara trait personaliti tersebut.KESIMPULANDapatan daripada kajian ini diharap dapat memberikan gambaranjelas tentang trait-trait personaliti dan penghargaan kendiri dalamkalangan pelajar cemerlang akademik serta hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut terhadap golongan pelajar berkenaan.Hasil kajian diharap dapat memberikan sumbangan kepada institusipendidikan terutama terhadap mereka yang terlibat secara langsungdalam memberikan perhatian, pendidikan, pelajaran dan pengajaranterhadap pelajar yang cemerlang dalam akademik ini bagi memenuhituntutan matlamat Wawasan 2020 dan mencapai hasrat FalsafahPendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan generasi cemerlangyang seimbang dalam akademik dan sahsiah.RUJUKANBaum (1970). Self-Concept: Validation of Construct Interpretation. Review of Educational Research, 46, 407-441.Baumeister, R. F., Campbell, J. D., Krueger, J. I., & Vohs, K. D. (2003). Does High Self-Esteem Cause Better Performance, Interpersonal Success, Happiness, or Healthier Lifestyle? Psychological Science in the Public Interest, 1, 1-44Bee, H. (1981). The Devoloping Child. New York: Harper and Row.Bem, S. L. (1981). Gender Schema Theory: A Cognitive Account of Sex Typing. Psychological Review, 88: 354-364.Brooke, S. (2001). Gender and Working Class Identity in Britain during The 1950s. Journal of Social History, 34, 773-795 thBurger, J. M. (2004). Personality: Theory and Research (6 ed.). Belmont, California: Wadsworth/Thompson Learning.Carver, C. S., & Scheier, M. F. (1998). On The Self-Regulation of Behavior. New York: Cambridge Univ. Press. 93
  30. 30. Costa, P. T., & McCrae, R. R. (1992). Four Ways Five Factors Are Basic. Personality and Individual Differences, 13, 653-665.Costa, P. T., & Widiger, T. A. (Eds.). (1994). Personality Disorders and The Five-Factor Model of Personality. Washington, DC: American Psychological Association.Cote, S., & Moskowitz, D. S. (1998). On The Dynamic Covariation Between Interpersonal Behavior and Affect: Prediction from Neuroticism, Extraversion, and Agreeableness. Journal of Personality and Social Psychology, 75, 1032‐1046.DeNeve, K. M., & Cooper, H. (1998). The Happy Personality: A Meta- Analysis of 137 Personality Traits and Subjective Well-Being. Psychological Bulletin, 124, 197– 229.Farnill, D. & Ball, I.L. (1985). Male and Female Factor Structures of The Australian Sex-Role Scale (Form A). Australian Psychologist, 20, 205–213.Frederick, L. O., Schmitt, L., Kim, B. H., Ramsay, L. J., Gillespie, M. A. (2005). Developing a Biodata Measure and Situational Judgment Inventory as Predictors of College Student Performance. East Lansing, MI: Michigan State University.Goldberg, L. R. (1992). The Development of Markers for The Big-Five Factor Structure. Psychology Assessment, 4, 26-42.Goldberg, L. R. (1993a). The Structure of Phenotypic Personality Traits. American Psychologist, 48, 26-34.Goldberg, L. R. (1993b). The Structure of Personality Traits: Vertical and Horizontal Aspects. In Funder, D. C., RD Parke, R. D., Tomlinson-Keasey, C.& Widaman, K. (Eds.), Studying Lives Through Time: Personality and Development (pp. 169-88). Washington, D.C.: American Psychological Association.Goldberg, L. R., Sweeney, D., Merenda, P. F., & Hughes, J. E. Jr. (1998). Demographic Variables and Personality: The Effects of 94
  31. 31. Gender, Age, Education, and Ethnic/Racial Status on Self- Descriptions of Personality Attributes. Personality and Individual Differences, 24, 393-403.Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub (2002). Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Holaday, M., Smith, D., A., Sherry, A. (2000). Sentence Completion Tests: A Review of The Literature and Results of A Survey of Members of The Society for Personality Assessment. Journal of Personality Assessment, 74, 371-383.John, D., and Catherine, T. MacArthur (2008). Research Network on Socioeconomic Status and Health. San Francisco: University of California.John, O. P., & Srivastava, S. (1999). The Big Five Trait Taxonomy: History, Measurement, and Theoretical Perspectives. In Pervin, L. A. & John, O. P. (Eds.), Handbook of Personality: Theory and research (2nd ed., pp. 102–138). New York: Guilford.John, O. P., Caspi, A., Robins, R. W., Moffitt, T. E., & Stouthamer- Loeber, M. (1994). The Little Five: Exploring The Nomological Network of The Five-Factor Model of Personality in Adolescent Boys. Child Development, 65, 160–178.John, O. P., Donahue, E. M., & Kentle, R. L. (1991). The Big Five Inventory Versions 4a and 54. Berkeley: University of California, Berkeley, Institute of Personality and Social Research.John, O. P., Naumann, L. P., & Soto, C. J. (2008). Paradigm Shift to the Integrative Big-Five Trait Taxonomy: History, Measurement, and Conceptual Issues. In O. P. John, R. W. Robins, & L. A. Pervin (Eds.), Handbook of personality: Theory and research (pp. 114-158). New York, NY: Guilford Press.Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kearney-Cooke A. (1999). Gender Differences and Self-Esteem. Psychological Bulletin. 2(3): 46-52.Kendler, K. S., Gardner, C. O., & Prescott, C. A. (1998). A Population- Based Twin Study of Self-Esteem and Gender. Psychological 95
  32. 32. Medicine, 28, 1403–1409.Lippa, R. A. (1991). Some Psychometric Characteristics of Gender Diagnosticity Measures: Reliability, Validity, and Consistency Across Donains and Relationship to The Big Five. Journal of Personality and Social Psychology, 61, 000-1011.Marsh (1993). Social Factor in Academic Achievement. New York: The Free Press.Martin, J. M. (1981). The Develop of Self-Concept in Adolescence. In Lynch, M. D., Norem Hebisen, A. A. & Gerger, K. J. (Eds). Self- Concept Advance in Theory and Research. Cambridge: Ballinger Publication.McClelland, D. C. (1967). The Achieving Society. New York: The Free Press. ndMurk, C., J. (1999). Self-Esteem: Research, Theory, and Practice, 2 edition. New York: Spriger Publishing Company.Roberts, B. W., & DelVecchio, W. F. (2000). The Rank-Order Consistency of Personality Traits from Childhood to Old Age: A Quantitative Review of Longitudinal Studies. Psychological Bulletin, 126, 3–25.Robins, R. W., & John, O. P. (1997). Effects of Visual Perspective and Narcissism on Self-Perception: Is Seeing Believing? Psychological Science, 8, 37–42.Robins, R. W., John, O. P., & Caspi, A. (1998). The Typological Approach to Studying Personality Development. In Cairns, R. B., Bergman, L. & Kagan, J. (Eds.), Method and Models for Studying The Individual (pp. 135–160). Thousand Oaks, CA: Sage.Robins, R. W., Tracy, J. L., Trzesniewski, Kali, Potter, J., dan Gosling, S. D. (2001). Personality Correlates of Self-Esteem. Journal of Research in Personality, 35, 463-482.Robins, R. W., Trzesniewski, K. H., Tracy, J. L., Gosling, S. D., & Potter, J. (2002). Global Self-Esteem Across The Lifespan. Psychology and Aging, 17, 423-434. 96
  33. 33. Rosenberg, M. (1965). Society and The Adolescent Self-Image. Princeton, NJ: Princeton University Press.Seligman, M. E. P., Abramson, L. Y., Semmel, A., & Von Baeyer, C. (1979). Depressive Attributional Style. Journal of Abnormal Psychology, 88, 242–247.Shaver, P. R., Collins, N., & Clark, C. L. (1996). Attachment Styles and Internal Working Models of Self and Relationship Partners. In Fletcher, G. J. O. & Fitness, J. (Eds.), Knowledge Structures in Close Relationships: A social Psychological Approach (pp. 25- 61). Mahwah, NJ: Erlbaum.Singer, J. A., & Salovey, P. (1993). The Remembered Self: Emotion and Memory in Personality. New York: Free Press.Tangney, J. P., & Fischer, K. W. (Eds.). (1995). Self-conscious emotions: The psychology of shame, guilt, embarrassment, and pride. New York: Guilford.Thurstone, L. L. (1934). The Vectors of The Mind. Psychological Review, 41, 1-32.Watson, D., & Clark, L. A. (1984). Negative Affectivity: The Disposition to Experience Aversive Emotional States. Psychological Bulletin, 96, 465–490. 97
  34. 34. LEMBAGA PENGARANG JURNAL PENDIDIKAN DAN LATIHANJilid 2 Bil.01 Jun 2010 ISSN : 1985-9597 PENAUNG En. Ibrahim Bin Ahmad Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Majlis Amanah Rakyat MARA EDITOR Puan Latipah binti Ahmad Puan Farizah binti Mohamed Onn Puan Khairiah binti Hasbullah Puan Maimun Shammsuddin Puan Rosilawati binti Abdul Rahman
  35. 35. Jurnal Pendidikan Dan LatihanJilid 2 Bil. 01, Jun 2010Diterbitkan oleh:Majlis Amanah Rakyat (MARA)No. 21, Jalan Raja Laut50609 Kuala Lumpur@Hak Cipta MARA 2010Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitanini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang bolehdiperoleh semula atau disiar dalam bentuk dengan apa cara, sekalipun,sama ada secara elektronik fotokopi, mekanikal, rakaman atausebaliknya tanpa mendapat izin bertulis daripada MAJLIS AMANAHRAKYAT (MARA).Lembaga Pengarang Jurnal Pendidikan Dan Latihan Majlis AmanahRakyat MARA menjemput para pembaca untuk menyumbang artikeldalam bidang pendidikan dan teknikal . Sumbangan artikel yang dihantarmestilah ditaip menggunakan font Arial 11 dan langkau 1.5. Artikel yangdihantar mestilah mengandungi abstrak tidak melebih 150 perkataanserta mempunyai biodata penulis. Artikel hendaklah dihantar dalambentuk softcopy dan hardcopy kepada :Lembaga Pengarang Jurnal Pendidikan Dan Latihand/a Unit Naziran Dan Kualiti Pendidikan MARATingkat 8, Ibu Pejabat MARANo. 21, Jalan Raja Laut50609 Kuala LumpurTel : (03) 26985903Faks : (03) 26986140e-mail : infoUNQ@mara.gov.my ii
  36. 36. Kandungan MukasuratDari Meja Sidang Editor ivKepercayaan Guru Terhadap Pelaksanaan Program Pintar 1Pendidikan Cerdas Di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)Hamzan Omar (Ph.D)Jamaliah IjakKeberkesanan Modul Pengajaran Fizik Yang Dibangunkan 28Mengikut Perspektif KonstruktivismeZulkepli Bin MohamadMath Penpal: Satu Cara Mendekati Pelajar Memahami Dan 49Mempelajari MatematikFaridah binti SallehHubungan Antara Personaliti dan Penghargaan Kendiri 65Pelajar Cemerlang akademikAsrul Azamin Bin Masiron iii
  37. 37. Dari Meja Sidang EditorJurnal Pendidikan dan Latihan merupakan terbitan MARA yangmemuatkan idea yang dapat dikongsi bersama oleh mereka yang terlibatdalam bidang pendidikan. Jilid 2 bilangan 1 ini merupakan satu usahaMARA untuk menggalakan warga kerja MARA terutamanya untukmenjalankan kajian berkaitan dengan pendidikan. Empat buah artikelyang diterbitkan dalam Jilid 2 Bilangan 1 ini merupakan hasil kajiantenaga pengajar di Maktab Rendah Sains MARA.Dr. Hamzan Omar dalam artikel Kepercayaan Guru TerhadapPelaksanaan Program Pintar Cerdas Di Maktab Rendah Sains MARA(MRSM), membincangkan implikasi program ini ke atas guru dan pelajar.Schoolwide Enrichment Model (SEM) yang diguna pakai di MRSMmembantu meningkatkan profesionalisme guru dan pencapaianakademik serta mengembangkan bakat pelajar. Namun, ia jugamempunyai implikasi negatif sekiranya dilaksanakan tanpa persediaan.Artikel ini juga memberi cadangan bagaimana program ini dapatdilaksanakan untuk mencapai objektif dan kejayaan sepenuhnya.Keberkesanan Modul Pengajaran Fizik Yang Dibangunkan MengikutPerspektif Konstruktivisme oleh Zulkepli Mohamad memperkatakanbagaimana teori ini membantu mengubah cara pengajaran daripadaberpusat kepada guru kepada berpusat kepada pelajar. Modul yangdibangun mengikut perspektif konstruktivisme juga membantu gurudalam merancang pengajaran yang lebih tersusun.Math Penpal: Satu Cara Mendekati Pelajar Memahami Dan MempelajariMatematik yang ditulis oleh Faridah Salleh memperkatakan tentang iv
  38. 38. pendekatan alternatif yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajarandan pembelajaran Matematik. Aktiviti melibatkan penulisan surat antaraguru Matematik dengan pelajar yang membolehkan pelajar meluahkanperasaan mereka dan guru membantu menyelesaikan masalahmatematik pelajar.Akhir sekali, artikel Hubungan Antara Personaliti Dan PenghargaanKendiri Pelajar Cemerlang Akademik oleh Asrul Azamin Bin Masironmenyatakan pelajar yang mempunyai kendiri tinggi biasanya lebihberjaya dalam pencapaian akademik dan mempunyai hala tuju yang jelasserta mempunyai kemahiran sosial. Mereka juga dikatakan mempunyaiemosi yang stabil serta kreatif dan krital dalam pemikiran mereka.Semua artikel ini diharap dapat membantu mencambahkan idea dandapat meningkatkan profesionalisme guru serta menjadi rujukan bagimembantu proses pengajaran dan pembelajaran.Sidang editor mengambil kesempatan untuk melahirkan penghargaankepada Prof. Madya Dr. Feridah Mohd Nadzar, Dr. Kamaruddin Musadan Dr. Uzi Dollah yang telah sudi menjadi pewasit kepada jurnal ini.Ucapan terima kasih kepada penyumbang artikel dan semua yangterlibat dalam penerbitan jurnal pada kali ini.Selamat Membaca dan Berfikir.Majlis Amanah RakyatJun 2010 v
  39. 39. KEPERCAYAAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN PROGRAM PINTAR CERDAS DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) Hamzan Omar (Ph.D) MRSM Tun Abdul Razak Jamaliah Ijak MRSM Tun Abdul Razak Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kepercayaan guru terhadap pelaksanaan program pintar cerdas iaitu Program SEM (Schoolwide Enrichment Model Programme) di MRSM BITARA. Kajian ini dibuat menggunakan pendekatan secara kualitatif iaitu kaedah temu bual secara semi struktur. Sampel kajian ini menggunakan sampel guru dari MRSM BITARA seramai (N= 7). Alat kajian yang digunakan dalam kajian adalah Protokol Temu Bual Kepercayaan Guru Terhadap Pelaksanaan Program SEM Di MRSM BITARA yang dibina oleh pengkaji. Kebolehpercayaan Protokol Temu Bual Kepercayaan Guru Terhadap Pelaksanaan Program SEM di MRSM BITARA adalah Cohen Kappa: 0.91. Hasil analisis temu bual guru, menunjukkan guru percaya program SEM dapat meningkatkan profesionalisme guru, meningkatkan pencapaian akademik pelajar, menyediakan peluang kepada pelajar mengembangkan bakat, guru berupaya menjalankan program SEM dan pelajar menerima program SEM secara positif. Walaupun begitu, terdapat juga guru yang percaya program SEM memberi kesan negatif kepada guru, khususnya dari segi bebanan kerja, guru tidak mahir menjalankan program SEM, ada pelajar yang menerima program SEM secara negatif dan perkembangan bakat kesenian pelajar kurang diberi perhatian. Implikasi dapatan kajian ini, mencadangkan agar pihak MARA meningkatkan profesionalisme guru, khususnya pengetahuan dan kaedah pelaksanaan program SEM di MRSM agar selari dengan matlamat dan objektif yang hendak dicapai oleh MARA melalui sistem pendidikan MRSM.PENGENALANVisi sistem pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalahmenjadi pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia; 1
  40. 40. menyediakan prasarana pendidikan yang berkualiti serta dapatmenghasilkan individu bumiputera yang berkualiti dan profesionalpada abad 21. Manakala matlamat sistem pendidikan MRSM pulaialah, menghasilkan pelajar yang berpencapaian cemerlangakademik, berketerampilan intelek dan bakat serta mempunyaikekuatan minda, jasmani, rohani, emosi dan sosial (ProspektusMRSM/ Kolej MARA, 2000 dan Bahagian Pendidikan MenengahMARA, 1997).Sehubungan itu, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah)MARA (BPLM) telah melakukan inovasi dalam sistem pendidikanMRSM di samping mengambil input yang diperkenalkan olehKementerian Pelajaran Malaysia. Antara inovasi yang diperkenalkanoleh BPM dalam sistem pendidikan MRSM ialah dengan mengambildan mengadaptasi model pendidikan pintar cerdas (gifted) iaituSchoolwide Enrichment Model (SEM) yang diperkenalkan olehJoseph Renzulli (1988) supaya selari dengan keperluan sistempendidikan Malaysia yang bersandarkan Falsafah Pendidikan Negara.(Prospektus MRSM/ Kolej MARA, 2000 dan MARA, 2001). MRSMyang menjalankan program SEM dikenali sebagai MRSM BITARAatau MRSM PKP yang menjalankan Program Khas Pendidikan. Halini sekali gus menjadikan MRSM lain yang terdapat dalam sistempendidikan MARA dikenali sebagai MRSM Bukan BITARA (MRSMBB). Pengenalan konsep MRSM BITARA merupakan satu gerakusaha yang strategi untuk mempertingkat keberkesanan danproduktiviti MRSM sebagai pusat pembangunan insan dan sumbermanusia Bumiputera yang “unggul” serta “terbeza” (ProspektusMRSM/ Kolej MARA, 2000). MRSM yang terpilih menjadi MRSMBITARA ialah MRSM Jasin, Pengkalan Chepa, Taiping dan Langkawi.Kesan langsung yang dapat dilihat hasil daripada pengenalan konsepMRSM BITARA ialah pencapaian yang lebih cemerlang dalampeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding MRSM BByang mengikuti kurikulum sedia ada yang dicadangkan olehKementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini jelas terbukti dari analisiskeputusan peperiksaan SPM dalam tempoh lima tahun (1998 – 2006)yang menunjukkan MRSM BITARA sentiasa mendahului empattempat teratas berbanding dengan lain-lain MRSM di Malaysia (UnitPenilaian dan Peperiksaan Bahagian Pendidikan Menengah MARA.2006). 2
  41. 41. MRSM BITARA secara ringkasnya menawarkan beberapaperkhidmatan iaitu; i. pengayaan Jenis 1 iaitu aktiviti bercorak penerokaan. ii. pengayaan Jenis 2 iaitu aktiviti yang memberi kemahiran kepada pelajar. iii. pengayaan Jenis 3 iaitu aktiviti yang memerlukan pelajar membuat penyelidikan sesuatu masalah sebenar (real-problem).Perkhidmatan ini bertujuan melatih pelajar menghasilkan sesuatuproduk secara kreatif dan boleh digunakan oleh kumpulan sasaran(Renzulli & Reis, 1997). Kelompok pengayaan (enrichment cluster)disasarkan kepada pelajar yang mempunyai minat yang samaterhadap sesuatu topik, isu dan aktiviti dalam konteks masalahsebenar (real world problem) untuk berkumpul, berbincang danmelakukan aktiviti bersama. Menurut Renzulli & Reis (1997), melaluikelompok pengayaan ini, pelajar dapat mempertingkatkan kemahiranberfikir peringkat tinggi (high-order thinking). Selain itu, para pelajarMRSM BITARA juga ditawarkan pemadatan kurikulum (compactingcurriculum) bertujuan ‘menambah dan menjimatkan’ masa pelajar disamping mengelakkan rasa bosan (de Menezes & Poe, 2000;Renzulli, 1994 dan Renzulli & Reis, 1997). Guru-guru MRSM BITARAdiberi ruang menilai kekuatan, minat dan kebolehan yang dimiliki olehpelajar melalui portfolio bakat (talent pool portfolio) (Renzulli, 1994;Renzulli & Reis, 1997; Purcell & Renzulli, 1998).Secara umumnya program SEM yang dijalankan di MRSM BITARAmemberi kesan lansung dan tidak lansung kepada semua komponenyang terlibat dalam organisasi sekolah. Komponen yang turut terlibatselain pelajar adalah pihak pengurusan dan kepemimpinan, guru,kokurikulum, budaya dan iklim, jaringan komunikasi, kewangan,penggunaan teknologi dan staf. Komponen-komponen kurikulumseperti isi kandungan, kaedah pengajaran dan pembelajaran danpersekitaran proses pengajaran dan pembelajaran juga menerimakesannya. Namun begitu, kajian mengenai MRSM BITARA sangatkurang dilakukan khususnya oleh pihak MARA. Sehubungan itu,kajian ini memfokuskan kepercayaan guru-guru MRSM BITARAterhadap program SEM yang dijalankan di maktab berkenaan. Kajianini dilihat penting kerana kepercayaan guru mempengaruhi amalanpengajaran dan pembelajaran serta memberi kesan ke atas 3
  42. 42. pengalaman pendidikan yang dialami oleh pelajar (Beach, 1994;Brantlinger, 1996; Brophy & Good. 1974; Gutierrez, 1994; Stanovich &Jordan. 1998; dan Vaughn & Schumm, 1996). Ia juga turutmempengaruhi persepsi, keputusan dan tingkah laku, pemikiran danamalan guru di bilik darjah (Nespor, 1987; Munby, 1982 dan 1984;Clark & Peterson. 1986) . Oleh itu, kesimpulannya kepercayaan guruterhadap pelaksanaan program SEM di MRSM BITARA perlu dikajikerana ianya boleh mempengaruhi kelancaran dan keberkesananprogram ini.Kajian ini diharap dapat memberi gambaran awal mengenaikepercayaan guru-guru MRSM BITARA terhadap program SEM yangdijalankan di MRSM BITARA. Hasil kajian ini juga diharap dapatmembantu MARA merancang program pembangunan guru dan stafMRSM BITARA, pengubahsuaian kegiatan kurikulum pelajar,penyediaan prasarana, peruntukan kewangan dan pelbagai aspeklagi supaya selari dengan tujuan dan matlamat pengenalan MRSMBITARA dalam sistem pendidikan MRSM.PERSOALAN KAJIANKajian ini mengemukakan persoalan kajian berikut iaitu:Apakah kepercayaan guru MRSM BITARA terhadap Program SEMyang dijalankan di MRSM BITARA dari aspek; a) Keupayaan guru melaksanakan Program SEM b) Kesan pelaksanaan program SEM kepada Guru c) Penerimaan pelajar terhadap program SEM d) Kesan SEM kepada akademik pelajar e) Pengembangan bakat pelajar dari aspek: i) Kepimpinan ii) Kesenian iii) Reka ciptaTEORETIKAL KAJIANTeori Schoolwide Enrichment Model (SEM)Program pendidikan untuk pelajar pintar cerdas yang diperkenalkanoleh Renzulli pada 1985 dikenali sebagai Schoolwide EnrichmentModel (SEM) (Renzulli & Reis, 1985). Model pendidikan pintar cerdas 4
  43. 43. ini adalah hasil kajian yang telah dilakukan oleh Joseph Renzulli danSally Reis dari Universiti Connecticut lebih 15 tahun (Renzulli & Reis,1997; Renzulli, 1994; de Menes, 1995). SEM untuk pelajar pintarcerdas ini adalah gabungan dari Enrichment Triad Model (Renzulli,1977) dan Revolving Door Identification Model (Renzulli et al,. 1981).Visi SEM adalah menjadikan ‘schools are places for talentdevelopment’ (Renzulli, 1994; Renzulli & Reis, 1997) dan ianyaberasaskan kepada kepercayaan bahawa setiap individu mempunyaiperanan penting dalam masyarakat. Peranan setiap individu itu dapatditingkatkan jika para pendidik menyediakan kepada (opportunities),sumber (resources) dan galakan (encouragement) pelajar peluanguntuk mendorong peringkat tertinggi perkembangan bakat seseorangindividu itu (Renzulli & Reis, 1997). Selain itu, visi SEM jugameletakkan pencapaian akademik sebagai perkara penting untukdicapai oleh sesebuah sekolah.Melalui program ini, pelajar diberikan beberapa perkhidmatan untukmewujudkan peluang (opportunities), sumber (resources) dangalakan (encouragement) yang melibatkan aktiviti pengayaan; i. Jenis I (Type 1) ii. Jenis 2 (Type II) iii. Jenis 3 (Type III) - Pemadatan kurikulum (curiculum compacting), Kelompok pengayaan (enrichment clusters), Portfolio bakat (talent pool porfolio).Secara ringkasnya, perkhidmatan tersebut dihuraikan seperti berikutiaitu; aktiviti Jenis 1; aktiviti Jenis 1 berbentuk pendedahan danpenerokaan. Manakala aktiviti Jenis 2 pula lebih kepada menyediakankemahiran kepada pelajar untuk menyertai aktiviti Jenis 3. Dalamaktiviti Jenis 2, para pelajar diberikan knowledge how sebagaisebahagian komponen pengajaran dan kemahiran yang diperlukanuntuk menjalankan kajian atau penyelidikan. Pengayaan dalam Jenis2 ini dibentuk bagi mengembangkan proses berfikir dan perasaanpelajar (development of thinking and feeling processes). Dalam aktivitiJenis 3 pula, pelajar berperanan sebagai seorang first hand inquirer.Oleh itu mereka perlu berfikir, berperasaan dan bertindak sepertiseorang profesional. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu ataukumpulan kecil. Menurut Renzulli (1994), aktiviti Jenis 3 bolehmenawarkan pengalaman tahap tertinggi kepada pelajar. 5
  44. 44. Secara teorinya, sebelum pelajar dibenarkan menyertai aktiviti Jenis3, pelajar perlu terlebih dahulu mempunyai sincere interest terhadapsesuatu bidang atau topik yang mereka minati. Guru akan membantumendapatkan maklumat kepada pelajar yang tidak pasti denganminat dan hasil kerja mereka. Selain aktiviti pengayaan, pelajar jugaditawarkan dengan beberapa perkhidmatan, antaranya ialahpemadatan kurikulum (curriculum compacting). Perkhidmatan inibertujuan untuk memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas. MenurutRenzulli dan Smith (1978), pemadatan kurikulum membolehkanpelajar belajar lebih cepat kerana tidak perlu mempelajari ataumengulang bahan yang telah dikuasai. Menurut Imbeau (1991),Renzulli et al., (1982), pemadatan kurikulum ini dikembang dan diujidalam pendidikan lebih 15 tahun dan ia merupakan sebahagianprogram pendidikan untuk pelajar pintar cerdas dan berbakat sertapelajar yang mempunyai kebolehan tinggi, (Betts, 1986; Clifford et al.,1986; Feldhusen & Kolloff, 1986; Treffinger 1986).Perkhidmatan lain yang turut ditawarkan kepada pelajar ialahkelompok pengayaan (enrichment clusters). Dalam kelompokpengayaan, pelajar membentuk kelompok yang merentasi tahapumur, gred, jantina atau budaya, mereka sama-sama berkongsiminat, (Renzulli & Reis, 1985; Renzulli, 1994). Tujuan utamakelompok pengayaan ini ialah para pelajar bersama-sama berkongsimenghasilkan produk atau perkhidmatan bersama-sama orangdewasa. Komponen lain yang turut ditawarkan dalam program SEMini ialah portfolio bakat (total talent portfolio). Perkhidmatan inimerupakan cara yang sistematik untuk mendapatkan, merekodkandan menggunakan maklumat yang dimiliki oleh setiap orang pelajar,(Renzulli, 1994; Renzulli & Reis, 1997). Minat dan stailkecenderungan meliputi stail belajar, stail berfikir, stail ekspresi(expression style), persekitaran pembelajaran dan minat pelajar akandikenal pasti oleh guru.METODOLOGI KAJIANSampel kajian untuk mengenal pasti kepercayaan guru terhadapprogram SEM adalah seramai (N=7) yang di peroleh secara randommudah. Semua sampel kajian ini diambil dari emat buah MRSMBITARA setelah mendapat persetujuan guru berkaitan dan pengawalpusat (pengetua) setiap MRSM BITARA. Guru yang menjadi sampel 6
  45. 45. kajian ini adalah terdiri daripada individu guru yang terlibat dalamprogram SEM sekurang-kurangnya selama lima tahun iaitu selaridengan pendapat Fullan (1982), yang menyatakan sesuatu programitu sesuai diuji jika ia telah dijalankan lima hingga tujuh tahun.Bagi memperolehi data, pengkaji telah membina Protokol Temu BualSemi Berstruktur yang berdasarkan teoretikal kajian. Bagimendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian, pengkajitelah menggunakan beberapa teknik supaya hasil kajian dapatdiyakini dan mempunyai kredibiliti. Teknik tersebut ialah membina alatkajian berasaskan teoretikal kajian, bersikap berkecuali semasa temubual dijalankan (Lincoln & Guba, 1985; Maykut & Morehouse, 1994dan Taylor & Bogdan, 1984), penggunaan alat rakaman (Seidman,1998), membuat kajian rintis terlebih dahulu (Yin, 1994), membuatverifikasi data (Miles & Huberman. 1994) serta mendapatkan nilaikebolehpercayaan (Cohen Kappa) melalui persetujuan penilai(interater realibility). Persetujuan penilai hasil temu bual tersebut telahdilakukan oleh dua orang individu yang telah pernah membuat kajiansecara kualitatif. Hasil daripada persetujuan penilai tersebut adalahnilai Cohen Kappa dan alat kajian ini adalah (Cohen Kappa: 0.91),Sehubungan itu, alat kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yangtinggi.Bagi mendapatkan data yang tepat, pengkaji telah menggunakankaedah ‘probing’ seperti yang dicadangkan oleh Patton (1994).Menurut beliau terdapat tiga jenis probe yang telah dikenal pasti iaitu: 1. berorientasikan perincian 2. menghuraikan dengan lebih lanjut 3. memperjelaskan sesuatu yang mungkin sukar difahami.Taylor & Bogdan (1984) pula berpendapat, probe (penyiasatan) bolehdilakukan dengan; 1. mengemukakan soalan khusus 2. menggalakkan peserta kajian menghurai dan menjelaskan pengalaman dengan terperinci 3. mendapatkan kepastian dari peserta kajian 4. meminta contoh mengenai sesuatu perkara yang dimaksudkan oleh peserta kajian. 7
  46. 46. Selain itu, pengkaji turut mengikut prosedur kajian kualitatif sepertiyang dicadangkan oleh (Maykut & Morehouse, 1994; dan Taylor &Bogdan, 1984) iaitu; 1. membentuk sikap saling percaya dan mesra dengan sampel 2. meyakinkan sampel kajian tentang kerahsiaan perbincangan 3. pengkaji menjadi pendengar yang aktif dan bersikap berkecuali semasa temu bual dijalankan.Dalam protokol temu bual ini, data diperolehi melalui beberapa soalantemu bual yang telah ditanya kepada sampel kajian. Contoh soalantemu bual adalah seperti berikut; 1. Menurut kepercayaan anda adakah guru-guru mempunyai keupayaan melaksanakan komponen atau aktiviti Program SEM di maktab anda bertugas? 2. Menurut kepercayaan anda, adakah Program SEM memberi kesan positif atau negatif kepada guru? 3. Menurut kepercayaan anda, adakah Program SEM memberi kesan kepada prestasi akademik? 4. Menurut kepercayaan anda, adakah Program SEM boleh mengembangkan bakat dan potensi yang dimiliki oleh pelajar yang dianggap pintar cerdas dan berbakat seperti kreativiti, kepimpinan, mereka cipta, kesenian dan lain- lain. Sila jelaskan?Penganalisisan data pula, pengkaji menggunakan cadangan yangdiberikan oleh Miles dan Hubermen (1994). Menurut beliau, data-data temu bual yang dianalisis boleh dipaparkan menerusi pelbagaibentuk seperti naratif, kekerapan, rajah pokok dan carta. Dalam kajianini, pengkaji memaparkan data dalam bentuk kekerapan, rajah pokok(lampiran) serta naratif iaitu dengan cara memerihalkan apa yangdituturkan oleh peserta kajian. Selain itu, pengkaji juga menggunakanperbualan secara verbatim untuk menyokong kesimpulan kajian ini.Penganalisisan data untuk membina rajah pokok secara manualdibuat setelah pengkaji mengambil kira pendapat yang dinyatakanJackson & Trochim (2002). Pendapat ini menyatakan terdapat duakelemahan dalam penganalisisan data kualitatif sekiranyamenggunakan perisian komputer. Perisian ini tidak dapatmeningkatkan kesahan dapatan kerana tidak dapat menterjemah 8
  47. 47. simbol secara bermakna, tidak dapat menambah penerangan(explaination) dan pemahaman terhadap data.Selain itu, penganalisisan data secara manual juga dibuat bagimembolehkan pengkaji menggabungkan teknik penganalisisanperkataan (word analysis) seperti yang dicadangkan oleh (Ryan &Bernard, 2000) dengan kaedah pemetaan kognitif yangmenggabungkan intuisi pengkaji dengan kaedah jaringan analisisseperti yang dibuat oleh Rosadah (2003).DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGANHasil analisis temu bual untuk mengetahui kepercayaan guru MRSMBITARA terhadap program SEM di MRSM BITARA menunjukkantema serta kekerapannya (Rajah 1) adalah seperti berikut;Bil. Tema Kekerapan1. Kesesuaian pelaksanaan Program SEM di MRSM 22 BITARA2. Keupayaan guru melaksana Program SEM 173. Sub tema keupayaan melaksana SEM 104. Isu keupayaan untuk melaksana SEM 75. Kesan pelaksanaan Program SEM kepada guru 116. Sub tema kesan positif 77. Sub tema kesan negatif 48. Penerimaan pelajar terhadap program SEM 219. Sub tema penerimaan secara positif 1110. Sub tema penerimaan secara negatif 1011. Kesan program SEM ke atas akademik pelajar 1312. Sub tema positif 1013. Sub tema negatif 314. Kepercayaan guru terhadap pengembangan bakat 24 pelajar melalui pelaksanaan program SEM15. Sub tema bakat kepimpinan 1116. Sub tema bakat kesenian 417. Sub tema bakat reka cipta 10Rumusannya, guru MRSM BITARA yang ditemu bual percayaprogram SEM ini sesuai dijalankan di MRSM BITARA. Guru-gurupercaya program SEM turut memberi kesan positif kepada guru, 9
  48. 48. akademik pelajar dan membantu pengembangan bakat pelajar. Disamping itu, guru yang ditemu bual juga percaya program SEM turutmemberikan kesan negatif dalam beberapa aspek sepertipeningkatan beban tugas guru, pengurangan masa lapang dan gurutidak dapat membantu mengembangkan bakat pelajar kerana gurusendiri tidak mempunyai bakat yang dimiliki oleh pelajar. Dari segipengembangan bakat pelajar, dapatan kajian menunjukkan gurupercaya program SEM berjaya memberikan peluang kepada pelajarmengembangkan bakat kepimpinan dan kreativiti mereka. Namundemikian, program SEM tidak memberikan kesan kepadapengembangan bakat kesenian pelajar kerana kurang galakandaripada pentadbir dan kebimbangan wujudnya perbezaan pendapatmengenainya. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapatguru yang percaya aktiviti seperti aktiviti pengayaan Jenis 3memberikan kesan negatif kepada akademik pelajar khususnyamereka yang tergolong dalam kategori pintar cerdas ‘schoolhousegiftedness’ (Renzulli & Reis, 1997).Oleh itu, analisis data kualitatif untuk mengetahui kepercayaan guruterhadap pelaksanaan program SEM di MRSM BITARA menunjukkanguru-guru yang ditemu bual percaya bahawa program ini sesuaidilaksanakan di institusi tersebut. Kepercayaan mereka mengenaikesesuaian program ini untuk pelajar MRSM BITARA adalahberasaskan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik(Peserta 2: MRSM Taiping ), (Peserta 2: MRSM Langkawi).Peserta yang digolongkan sebagai above avarage (Renzulli & Reis.1997), terdiri dari pelajar berbakat (talent pool), (Peserta 1 MRSMJasin: P1 MJSN)) dan program SEM tidak mengganggu kurikulumsedia ada, (P1: MRSM Langkawi). Hal ini diperkukuhkan denganpendapat Rosadah (2003) yang memetik pernyataan Ketua PengarahPelajaran Malaysia yang menyatakan pelajar yang mendapat semuagred ‘A’ dalam semua mata pelajaran sama ada ‘7A’ dan ‘8A’tergolong dalam kelompok 3.5% dari populasi pelajar yang sebayamereka di Malaysia. Sehubungan itu, para pelajar ini boleh dianggapgolongan pintar cerdas akademik Rosadah (2003), Shabazz (2000),(Renzulli & Reis, 1997).Oleh yang demikian, sekiranya pendapat Rosadah (2003), Shabazz(2000) dan Renzulli & Reis (1997) diambil kira, program ini bukan 10
  49. 49. saja sesuai dengan pelajar MRSM BITARA semata-mata tetapi jugasesuai dilaksanakan di MRSM BB. Hal ini dinyatakan sedemikian,kerana secara realitinya, pelajar MRSM BB turut mempunyai kualitipencapaian yang sama dengan pelajar MRSM BITARA iaitumendapat ‘7A’ atau ‘8A’ dalam peperiksaan Penilaian MenengahRendah (PMR). Hal ini diperkukuhkan dengan pendapat P2 MRSMLangkawi, yang berpendapat program SEM itu seharusnya bukanuntuk pelajar MRSM BITARA sahaja tetapi juga wajar dilaksanakan diMRSM BB. Hal ini jelas dari pendapat Renzulli & Reis (1997)mengenai program SEM iaitu program ini sesuai dilaksanakan disemua jenis sekolah untuk memberi banyak peluang dan jumlahpelajar yang lebih ramai termasuk sekolah yang mempunyai pelajarbermasalah tanpa mengira jantina, pelajar kurang upaya dangolongan pelajar pintar cerdas yang berpencapaian rendah.Satu lagi aspek yang mewajarkan program SEM dilaksanakankepada semua MRSM adalah kerana bilangan pelajar yang kecildalam sesebuah kelas antara 20 hingga 25 orang. MRSM jugadilengkapi dengan kemudahan prasarana pendidikan yang sesuaidengan sistem pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkankepada pelajar (student centered). Kemudahan di MRSM BITARAadalah menyamai kemudahan di MRSM BB. Di samping itu, dapatankajian juga turut menyokong pendapat Renzulli (1994, 1998, 2001;Renzulli & Reis, 1997) yang menegaskan bahawa program SEMyang dianjurkannya bertujuan memberi peluang kepadapengembangan bakat pelajar, meningkatkan prestasi akademik dantidak bertujuan mengambil alih peranan kurikulum sedia ada. Dapatankajian ini juga mengesahkan pendapat Renzulli & Reis (1994) dandapatan kajian lepas, yang menyatakan program SEM sesuaidilaksanakan di semua jenis sekolah. Kesimpulannya, didapatibahawa peserta kajian percaya program SEM bukan saja sesuaidijalankan di MRSM BITARA tetapi juga di MRSM BB.Dapatan lain kajian juga menunjukkan, guru MRSM BITARA yang ditemu bual percaya bahawa guru-guru di institusi ini berupaya danmampu melaksanakan program SEM. Peserta kajian berpendapat,keupayaan guru melaksanakan program SEM berkait rapat denganfaktor guru itu sendiri. Ini adalah kerana guru-guru di MRSM hanyamengajar satu subjek sahaja. Oleh itu, ianya memberi peluangkepada guru untuk mereka bentuk program pengayaan dalam subjek 11
  50. 50. yang diajar. Peserta kajian juga percaya guru-guru MRSM BITARAmempunyai komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab mereka.Sehubungan itu, pelaksanaan program SEM menjadi lebih mudah,ditambah pula adanya panduan dari Jawatankuasa PemanduProgram SEM (Steering Committee). Satu lagi aspek yangmemudahkan pelaksanaan program ini adalah kerana guru-guru jelasdengan matlamat organisasi yang hendak dicapai. Hal ini pentingkerana guru akan lebih fokus terhadap tugas dan matlamat yanghendak dicapai ke atas pelajar yang hendak dikeluarkan oleh MRSMBITARA.Situasi sebegini menyamai pengalaman yang dilalui oleh Renzulli(1998) yang menyatakan bahawa bila konsep pengembangan bakatdiuar-uarkan dalam sesebuah sekolah, semua pihak seperti, guru, ibubapa, pelajar dan pentadbir akan mula melihat sekolah merekadengan cara yang berbeza. Selain itu, dalam konteks sistempendidikan MRSM khasnya di MRSM BITARA dan amnya di MRSMBB terdapat struktur yang berbentuk hierarki iaitu dalam setiap subjekmempunyai seorang guru kanan dan seorang penyelaras subjek bagisetiap aras tingkatan. Hal ini memudahkan perancangan dalampengayaan pengajaran dan pembelajaran dibuat di samping salingbekerjasama bagi memastikan perancangan diikuti dan objektifdicapai. Ini penting dilakukan oleh setiap guru kerana setiappeperiksaan bulanan atau semester akan di selaraskan bagi semuaMRSM oleh pihak Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah)MARA. Oleh itu, penambahbaikkan aktiviti pengayaan kepada pelajarterus dipertingkatkan dan diselarikan dengan pelunjuran setiap matapelajaran. Satu lagi pada pendapat pengkaji, adanya ‘gelombang’(‘wave’) kerana MRSM BITARA itu sendiri. Umumnya, guru danpelajar MRSM BITARA menyedari keterbezaan dengan MRSM BB.Oleh itu, wujudnya ‘tenaga” yang menyuburkan sikap dan kemahuanguru serta pelajar untuk sama-sama merealisasikan pelaksanaanprogram SEM di MRSM BITARA demi mengekalkan kecemerlangankhususnya akademik walaupun kadang kala tidak disedari olehpelajar MRSM BITARA itu sendiri.Walaupun begitu, analisis temu bual guru turut menunjukkan terdapatpeserta kajian yang meragui keupayaan guru melaksanakan programSEM. Hal ini jelas dari pendapat (P1: MRSM Jasin), iaitu guru-guruMRSM BITARA mempunyai keupayaan dalam melaksanakan aktiviti 12

×