1. Isu-Isu Perkahwinan Oleh: Ustaz Mohd Ismail Bin Mustari Timbalan Pengarah Masjid Sultan Ismail MENJANA MINDA KREATIF DAN INOVATIF
2.
3. Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir . (al- Rum 30 : 21)
4. Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (al- Israa’17 : 32 )
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19. وَمِنْ كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونْ . الذاريات 51:49 terjemahannya: Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)
20. Terjemahan : Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain…….. Surah al-A ‘raff, 7:189
21. إنما أَخْشَى عَلَيْكُمْ اِثنَيْنِ : طُوْلَ الأمَلِ، وَاتِّباعِ الهَْوَى، فَإنَّ طُوْلَ الأمَلِ يُنْسِى الآخِرَةِ، وإن اتبَاعَ الهَوَى يَصُدُّ عَنِ الحَقِّ . Sesungguhnya yang aku khuatiri terhadap anda semua hanyalah dua perkara, iaitu panjang angan-angan dan mengikut hawa nafsu. Kerana sesungguhynya panjang angan-angan itu akan melupakan akhirat sedangkan mengikuti hawa nafsu akan menghalang dari kebenaran. Kata-kata Saidina Ali r.a.
22. Al-Ashmu’i pernah bertanya kepada seorang A’rabi tentang “Al-’Isyq” (keterpikatan) Ia berkata: “Demi Allah, sesungguhnya sebuah cinta teramat agung untuk dapat dilihat. Ia luput dari penglihatan manusia, ia ada di dalam dada bersemayam sebagaimana api bersemayam dalam batu. Jika dinodai ia akan membakar, dan jika di cuba untuk ditinggalkan ia kan selalu membayangi”. Cinta Merupakan Realiti atau Sekadar Khayalan
23. Ia berkata; “Jalannya sangat rumit untuk difahami, tempatnya tersembunyi dari penglihatan, serta proses kejadiannya begitu membingungkan otak manusia. Awal mula tergeraknya berasal dari hati kemudian menyelimuti semua anggota badan, sehingga muncullah getar dalam berbagai indra; pucat wajahnya, lemah pandangannya, gugup dalam berbicara, lemah longlai dan diliputi rasa kehancuran. Sehingga orang yang mengalaminya dapat dikategorikan dengan kegilaan”. Ibnu Qayyim pernah menyatakan pandangan seorang A’rabi tentang gambaran kerterpikatan:
24. Cinta dan Seksual adalah perkara yang berbeza. Sekiranya kita mengatakan cinta adalah seks. Ia boleh diumpamakan seperti kesukaan seseorang kepada semangkuk makanan. Apabila ia kenyang ia kan menyingkirkan makanan tersebut. Tetapi cinta akan terus kekal walupun ia perolehi atau tidak keinginan seksual dari yang dicintai. Antara Cinta dan Seksual
25. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : اَلأرْوَاحُ جُنُوْدٌ مجَُنَّدٌ مَنْ تَعارَفَ منهاَ ائْتلََفَ وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اختُلِفَ “ Ruh-ruh diumpamakan seperti sebarisan tentera dimedan peperangan, bilamana saling faham memahami akan terjalin kekuatan dan keharmonian dan bilamana saling berselisihan akan timbul permasalahan dan perpecahan.
26. “ Untuk pemilihan hukum dalam bab ini kita harus katakan, bahawa sesungguhnya kecintaan, kasih sayang dan ketarikkan terhadap sesuatu yang indah dan memilikki kesesuaian tidaklah merupakan hal yang tercela. Tetapi cinta yang melewati batas sehingga menguasai akal dan mendorong kepada maksiat itulah cinta yang terlarang Imam Ibnu al-Jauzi
27. Percintaan tidak secara keseluruhannya terpuji dan tidak pula tercela keseluruhannya. Akan tetapi terpuji dan tercela secara keseluruhannya bergantung dengan konteksnya. Imam Ibnu Qayyim:
28. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir dariipadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tiada keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada llah, wahai orang-orang beriman, supaya kamu berjaya. Surah an-Nur 24: 31 Hubungan Lelaki & Wanita Yang Bukan Mahramnya:
29. Dari Jabir r.a. bersabda Nabi Muhammad s.a.w. : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia berdua-duaan dalam tempat sepi dengan seorang wanita sedang dia dengan wanita tersebut tidak memilikki hubungan keluarga (mahram), kerana yang ketiga dari mereka adalah syaitan”. Riwayat Imam Ahmad
30. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ وَامْرَأَةٌ إلا كان الشيطانُ ثالثهُما رواه الترمذى . Tidak akan menyendiri seorang lelaki dan perempuan melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya.
31. ٌٌقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن عِظََمَِ الجَزَاءُ مَعَ عِظََمِِ البَلاَءِ فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَى وَمَنْ سَخِطََ فَلَهُ السُّخْطُ “ Sesungguhnya besarnya sebuah balasan adalah sesuai dengan beratnya ujian, maka barang siapa redha, dia akan memperoleh keredhaan dan barang sesiapa yang marah maka dia akan memperoleh kemarahan. Balasan yang Baik Kepada Orang yang bersabar dalam ujian :
32. Firman Allah, terjemahannya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan isteri-isteri (suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). Surah at-Taubah,9:24.
33. Ibn Abbas meriwayatkan: Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah di dalam rumahku terdapat seorang gadis yatim yang telah dilamar oleh dua orang pemuda yang satu kaya dan yang satunya pemuda miskin, kami lebih suka terhadap yang kaya sedangkan gadis yatim itu mencintai yang miskin”. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, “Terhadap dua orang yang berkasih-kasihan tidaklah kami lihat hal tersebut kecuali seperti sebuah pernikahan”. Hadis Sahih
34. Dari Aisyah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. berkata kepadaku, ‘Aku melihatmu dalam tidurku (mimpiku) di mana datang malaikat bersamamu dalam sutra yang tipis dan malaikat berkata kepadaku, ‘Ini wanitamu, ‘maka aku buka lembar pakaian yang menutup wajahmu dan ternyata itu adalah kamu, kemudian aku berkata, ‘Jika ini semua dari Allah biarkanlah’. Riwayat Bukhari Az-Zuhri berkata, “Pertama kali cinta yang terjadi dalam Islam adalah cinta Nabi Muhammad kepada ‘Aisyah r.a.
35. Firman Allah S.W.T. terjemahannya: (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari tuduhan yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka yang baik itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. Surah an-Nur, 24:26
36. مَنْ طَلَبَ أَخًا بلاَ عَيْبٍ صَارَ بِلاَ أَخٍ “ Barang siapa yang hendak mencari teman tanpa cacat, pasti dia tidak akan menemukan teman dan akan hidup tanpa teman” Kata-kata Fudhail Ibnu ‘Iyadh