SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
PUNCA STRESS DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SYED
SIRAJUDDIN
Abd. Rahman Yaacob
Ros Aini Ibrahim
Majdi @ Abd Hadi Ishak
Rashdan Rashid
Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau masalah stress di kalangan pelajar-pelajar di Politeknik Tuanku
Syed Sirajuddin (PTSS). Aspek yang dikaji adalah faktor bebanan tugas, faktor rakan sebaya, faktor
jadual tugas, faktor persekitaran bilik kuliah dan faktor penggunaan Bahasa Inggeris yang mempengaruhi
tahap stress pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 358 orang pelajar PTSS yang terdiri daripada enam
jabatan iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Jabatan
Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu
bahagian A maklumat demografi, Maklumat B dan C, pernyataan berkenaan dengan stress telah
diedarkan kepada responden untuk dijawab. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package for Social Sciences (versi 16). Hasil kajian mendapati bahawa faktor yang
menyumbang kepada berlakunya stress di kalangan pelajar PTSS ialah bebanan tugas. Penyelidik
menyarankan kepada pelajar agar membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mereka melangkah
kaki ke IPT kerana bebanan tugas memberi implikasi yang besar kepada setiap pelajar.
Kata kunci : Rakan, persekitaran, tugasan, jadual, bahasa.
1.1 PENGENALAN
Stress telah dikenalpasti sebagai punca kepada hampir semua masalah yang wujud dan
kecelaruan psikologi. Stress sering dikaitkan dengan pembelajaran. Stress yang sederhana
boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk
bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani stress
yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fizikal.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami stress. Pelajar
IPT pada awal tahun pengajian, misalnya amat mudah terdedah kepada stress disebabkan oleh
proses transisi kehidupan mereka di IPT (Towbes & Cohen, 1996). Senario ini dapat dilihat
apabila terdapat sesetengah golongan pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik di
peringkat persekolahan tetapi tidak dapat mengekalkan pencapaian yang baik apabila berada
di IPT. Persaingan yang sengit dalam mengejar kecemerlangan akademik telah memberikan
stress yang tinggi kepada pelajar dalam merealisasikan wawasan mereka.
Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stress dilihat dari aspek negatif atau stress
yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan
pencapaian akademik seseorang pelajar. Oleh kerana stress di kalangan pelajar merupakan
satu fenomena yang membimbangkan pelbagai pihak, ianya perlu ditangani secara
menyeluruh. Maka adalah penting untuk mengenalpasti faktor - faktor penyebab stress pelajar
terlebih dahulu sebelum sesuatu program intervensi direka bentuk. Justeru, kajian ini
dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti faktor penyebab stress, tahap stress serta strategi
pengurusan stress yang boleh digunakan oleh pelajar dalam kehidupan mereka di IPT ini.
1.2 LATAR BELAKANG MASALAH
Kajian ini juga memfokus kepada rakan sebaya, iaitu bagaimana rakan sebaya boleh menjadi
punca kepada stress di kalangan pelajar PTSS. Rakan sebaya adalah sekumpulan individu
yang mempunyai status dan umur yang sama dengan mangsa stress. Apabila mereka selalu
bersama tidak kira di dalam kelas mahupun di luar, rakan sebaya akan terdorong menjadi
punca terjadinya stress di kalangan pelajar PTSS. Faktor persekitaran lebih memfokuskan
kepada persekitaran bilik kuliah. Suasana bilik kuliah juga mempengaruhi punca stress di
kalangan pelajar PTSS. Persekitaran akan mempengaruhi tahap keselesaan pelajar untuk
belajar dengan selesa dan lebih baik di dalam kelas. Dengan keadaan kelas yang selesa dan
baik, ia akan mendorong kepada tahap kepuasan pelajar tersebut. Kajian mengenai
penggunaan Bahasa Inggeris membawa stress kepada pelajar PTSS. Ini adalah disebabkan
kurangnya sifat keyakinan yang ada dalam diri pelajar. Mereka tidak yakin dengan diri sendiri
untuk berkomunikasi dan juga bertukar pendapat dengan menggunakan Bahasa Inggeris
berbanding dengan bahasa ibunda mereka (Johari, Nor Hasniza & Meor Ibrahim, 2006).
Walau bagaimanapun, terdapat banyak faktor yang mendorong pelajar menghadapi stress di
tempat belajar. Kajian mengenai bebanan tugasan membawa stress kepada pelajar PTSS
kerana tugasan yang terlalu banyak bagi setiap subjek yang dipelajari boleh membebankan
pelajar dan menafikan hak mereka untuk berseronok semasa di alam remaja. Tugasan yang
terlalu banyak untuk diselesaikan juga boleh menyebabkan pelajar menghadapi masalah
kesuntukan masa untuk mengulangkaji dan ini boleh menimbulkan stress. Kelima-lima faktor ini
diambil sebagai skop kajian dan faktor-faktor yang diambil juga berkait rapat dengan kehidupan
pelajar di PTSS ini.
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan kajian lepas, maka jelaslah bahawa rakan sebaya, bebanan tugas, penggunaan
Bahasa Inggeris, jadual waktu belajar dan persekitaran menjadi punca utama stress di kalangan
pelajar. Ini dibuktikan melalui kajian Omizo, Omizo dan Suzuki (1988), Omardin (1999), Ooi
(2002), Farah Asnida (2004), Nor Hashimah (2004) dan Suraini (2005). Namun begitu tiada
siapa pun pasti adakah faktor-faktor terbabit benar-benar menjadi punca stress di kalangan
pelajar. Selain itu, penyelidik telah menambah satu faktor iaitu penggunaan Bahasa Inggeris
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika benar, apakah jalan penyelesaian yang boleh
dilakukan dalam menangani masalah stress di kalangan pelajar PTSS.
Pelajar sering menghadapi pelbagai masalah yang membebankan diri mereka seperti keliru
dengan peranan dan tanggungjawab diri. Malah, mereka juga sering berasa disalahertikan dan
dipersalahkan. Selain itu, mereka juga merasa diri dilayan tidak adil, kesunyian, sukar
memahami emosi dan sukar membuat keputusan. Bagaimanapun, kesemua masalah ini boleh
ditangani dengan baik. Sebaik-baiknya, remaja dinasihatkan supaya menjalinkan hubungan
baik dengan ibu bapa dan hubungan mesra dengan orang lain. Secara tidak langsung, keadaan
ini boleh mengurangkan masalah dan stress mental yang dihadapi.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah untuk menentukan sama ada faktor-faktor yang dikaji memberi stress
kepada pelajar PTSS iaitu :
1.4.1 Untuk mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya menjadi punca stress di
kalangan pelajar.
1.4.2 Untuk mengenal pasti sama ada faktor bebanan tugas menjadi punca stress di
kalangan pelajar.
1.4.3 Untuk mengenal pasti sama ada faktor persekitaran (bilik kuliah) menjadi punca
stress di kalangan pelajar.
1.5 Kerangka Konsep
Rajah 1.5.1: Kerangka kerja kajian.
2.1 ULASAN KARYA
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan stress. Dalam kajian ini, faktor-faktor
yang diberi pendedahan yang terperinci adalah seperti rakan sebaya, bebanan tugas,
persekitaran (bilik kuliah), jadual waktu pelajar dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
2.1.1 Bebanan tugasan
Apakah perkara-perkara yang berkaitan dengan bebanan tugasan yang menjadi
punca stress kepada pelajar? Terdapat kajian yang membuktikan bahawa peperiksaan
menjadi salah satu punca stress seperti yang dibuktikan melalui kajian yang dijalankan
Rakan sebaya
Bebanan tugas
Persekitaran
(Bilik kuliah)
Jadual waktu
perkuliahan
Penggunaan
Bahasa Inggeris
Punca stress di
kalangan pelajar
Politeknik Tuanku
Syed Sirajuddin
Hasil
kajian
Pembolehubah tak bersandar Pembolehubah bersandar
Atkinson (1998). Tugasan dan peperiksaan merupakan dua perkara yang saling
berkait.
Menurut Atkinson (1998), bebanan kerja terlalu banyak dalam masa yang singkat juga
boleh mengakibatkan stress. Kebanyakan pelajar menyatakan berasa stress apabila
bebanan tugas akademik terlalu banyak. Dapatan kajian ini menyokong hasil kajian
Mastura (2007). Selain itu, arahan tugasan kuliah yang kurang jelas, kesukaran mencari
bahan rujukan di perpustakaan serta melakukan banyak tugasan pada masa yang sama
juga merupakan penyebab stress di kalangan pelajar. Kohn dan Frazer (1986)
menyatakan pelajar universiti sering berhadapan dengan stress dalam menjalani
kehidupan akibat daripada sumber stress seperti beban tugas yang diberikan oleh
pensyarah, situasi kolej yang tertekan, masalah penyesuaian, konflik dan persaingan
dalam pencapaian akademik.
Teori stress menghuraikan hubungan antara prestasi pelajar dengan tuntutan yang
dialaminya (Dunham, 1992). Beliau menyatakan bahawa tugasan tanpa sebarang
tuntutan akan membawa kepada kebosanan. Justeru itu, tuntutan tugasan yang
meningkat akan dikira sebagai merangsangkan dan energising. Namun begitu, jika
tuntutan-tuntutan ini melebihi keupayaan individu untuk bertindakbalas terhadapnya, ini
akan mewujudkan tahap stress yang tinggi, tahap concentration yang lemah dan kurang
berkesan dalam kerjanya.
2.1.2 Rakan sebaya
Faktor stress daripada rakan sebaya juga merupakan salah satu sebab yang boleh
menyebabkan kreativiti seseorang pelajar itu akan terbantut. Omardin (1999)
menjelaskan, terdapat empat kumpulan pelajar dan rakan sebaya yang utama di dalam
proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Empat kumpulan berkenaan adalah:
a. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang seimbang dan
rasional.
b. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang matang dan
seimbang.
c. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang seimbang.
d. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang kurang seimbang.
Kumpulan-kumpulan pelajar ini adalah terdiri daripada rakan sebaya yang berada di
sekeliling setiap individu pelajar itu setiap hari. Sekiranya di dalam sebuah kelas itu
mempunyai peratusan kumpulan pelajar dari kumpulan satu dan dua,
kebarangkalian pelajar-pelajar dari kelas berkenaan untuk menyelesaikan sebarang
permasalahan mungkin tidak mempunyai halangan dan stress.
Menurut Romano (1992) dan Ellis (2002), rakan sebaya didapati lebih banyak
menyumbang stress di kalangan pelajar. Dapatan ini kemungkinan disebabkan oleh
kehidupan seharian pelajar yang lebih banyak tertumpu bersama rakan sebaya
bukan sahaja di dalam bilik kuliah, bahkan di luar bilik kuliah. Malahan, pelajar
berasa stress apabila mempunyai konflik dengan rakan sebaya. Antara contoh
situasi yang boleh menyebabkan stress kepada responden ialah kesukaran menolak
permintaan rakan walaupun berada dalam kesibukan
2.1.3 Persekitaran (Bilik kuliah)
Selain aktiviti akademik, persekitaran pembelajaran juga berkait dengan masalah
pelajar. Bojuwoye (2002) dalam kajiannya ke atas pelajar-pelajar di lapan buah
universiti di Afrika Selatan mendapati pelajar mengalami stress disebabkan oleh
persekitaran fizikal universiti. Suraini (2005) juga mendapati universiti merupakan punca
kedua utama stress pelajar universiti selepas sumber stress akademik. Keadaan bilik
kuliah yang tidak selesa dan peraturan universiti yang terlalu ketat antara punca
berlakunya stress dalam kalangan pelajar.
Faktor persekitaran (bilik kuliah) menjadikan pelajar berasa stress apabila tidak
mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa kuliah serta keadaan
bilik kuliah yang agak sempit dan kurang selesa. Dapatan kajian ini disokong oleh Riggio
(2003) yang menekankan bahawa faktor persekitaran pembelajaran boleh
mendatangkan masalah stress kepada individu. Walau bagaimanapun, dapatan kajian
ini bertentangan dengan hasil kajian Ooi (2002) yang mendapati bahawa faktor
persekitaran sebagai penyumbang paling utama stress pelajar berbanding faktor
akademik.
Susun atur fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap pelajar malah juga sikap
pensyarah dan ini dapat menyumbangkan kepada peningkatan akademik serta
memperelokkan tingkah laku pelajar. Suasana bilik kuliah yang positif bukan sahaja
akan menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang
kepada pelajar untuk lebih mudah dan cepat memahami pelajaran dengan cara yang
lebih efektif. Susun atur suasana fizikal memainkan peranan penting dan pensyarah
haruslah memainkan peranan untuk berusaha sebaik mungkin untuk menambahbaik
daya tarikan bilik kuliah tersebut.
2.1.4 Jadual waktu pelajar
Kebanyakan pelajar berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain. Pelajar
seharusnya tidak diberikan jadual waktu yang padat kerana ini akan menyebabkan
pelajar berasa tertekan. Berdasarkan kajian lepas, dapatan kajian Siti Rohani (1991)
menunjukkan faktor jadual waktu yang padat merupakan faktor yang dikenalpasti
memberi stress kerja kepada pelajar.
Dari segi akademik pula, menyenaraikan kerja kuliah yang banyak, aktiviti harian kolej
yang padat, pembahagian masa yang tidak sempurna dan penyediaan jadual yang tidak
teratur menyebabkan stress pada kebanyakan pelajar.
2.1.5 Penggunaan Bahasa Inggeris
Isu kurang penguasaan Bahasa Inggeris ini juga turut menambahkan stress dalam
kalangan pelajar pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Mantan Menteri
Pengajian Tinggi, YB. Datuk Mustapa Mohamed pernah menyatakan bahawa tahap
penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar masih kurang memuaskan (Berita
Harian, 2007). Hampir 30 peratus daripada 132,000 pelajar Kolej Komuniti, Politeknik
dan universiti awam hanya dapat menguasai Tahap 1 dan 2 Ujian Inggeris Universiti
Malaysia (MUET), iaitu tahap terendah pada ujian berkenaan. Sebahagian besar pelajar
atau 43.3 peratus pula menguasai Tahap 3 dan 21.0 peratus lagi Tahap 4. Berdasarkan
kajian awal oleh Kementerian Pengajian Tinggi tahun lalu, 5.7 peratus pelajar
menguasai Tahap 1 dan 23 peratus Tahap 2, 5.1 peratus mencapai Tahap 5, manakala
1.9 peratus saja menguasai Tahap 6.
Kajian yang dijalankan oleh Nor Hashimah (2004) menunjukkan ketidaksediaan pelajar
untuk belajar dalam Bahasa Inggeris menyebabkan pelajar mengalami stress yang
tinggi. Kenyataan tersebut tergambar pada dapatan kajian beliau, iaitu 75 peratus
pelajar tidak setuju dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa
Inggeris, 77 peratus bersetuju bahawa Bahasa Melayu mampu menyampaikan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, 71 peratus meminati sains dan
matematik kerana diajar dalam Bahasa Melayu dan 70 peratus responden yakin akan
mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sains dan Matematik jika diajar dalam
Bahasa Melayu.
Menurut kajian Farahasnida (2004), kesan pengajaran dalam bahasa Inggeris menjadi
punca pelajar bertambah stress. Pencapaian pelajar masih berada pada tahap yang
sederhana. Hasil kajian mendapati, kesediaan pelajar kurang mencukupi dan
menghadapi banyak masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Johari, Nor
Hasniza & Meor Ibrahim, 2006). Masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar
adalah masalah dengan sebutan dan pemahaman istilah dalam Bahasa Inggeris serta
masalah dalam menstrukturkan ayat. Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan
kerana kesukaran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
3.1 METODOLOGI KAJIAN
Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Kajian
ini menggunakan persampelan rawak mudah. Tatacara kajian ini dilakukan dengan
mengedarkan borang soal selidik yang dibuat adalah lebih mudah untuk dirumuskan serta
membuat keputusan tentang kajian ini. Maklumat juga boleh diperolehi dari data sekunder
pengkajian yang sedia ada. Maklumat yang diperolehi daripada data sekunder adalah lebih
mudah kerana ia telah dibuat terlebih dahulu oleh orang lain mungkin untuk kegunaan lain.
Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan kerana ia bersesuaian dengan objektif serta
persoalan yang ingin dikaji.
Kajian dijalankan dalam bentuk deskriptif ke atas pelajar-pelajar di PTSS untuk menyelidik
faktor-faktor luaran yang mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS.
3.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN
Dalam menentukan populasi yang dikaji, pelajar PTSS telah dipilih sebagai populasi iaitu
seramai 4,333 orang yang terdiri daripada beberapa jabatan iaitu Jabatan Perdagangan,
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Pelancongan dan
Hospitaliti, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual dan Jabatan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Berdasarkan jadual saiz sampel yang di kemukakan oleh Krejeie dan Morgan
(1970), dari saiz populasi tersebut hanya 358 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian
ini. Saiz minimum sampel yang diperlukan ialah 358 orang pelajar. Oleh itu pengkaji telah
memutuskan untuk mengambil sampel sebanyak 358 orang sahaja.
3.3 INSTRUMEN KAJIAN
Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden yang mempunyai item-item seperti
jantina, bangsa, umur, program pengajian, jabatan responden. Dalam bahagian B, mengukur
hubungan jadual waktu pelajar, persekitaran (bilik kuliah), rakan sebaya, bebanan tugas,
penggunaan Bahasa Inggeris mempengaruhi stress di kalangan pelajar-pelajar PTSS dengan
menggunakan format jawapan skala Likert.
3.4 ANALISIS DATA
Semua data yang dikumpul dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Sosial Sciences (SPSS) versi 16 untuk menganalisa data yang diperolehi. Prosedur analisis
data menurut Sekaran (2003), analisis skor min sesuai digunakan untuk mengukur data
pembolehubah yang dikaji.
4.1 KEPUTUSAN KAJIAN
Berdasarkan jadual 4.1.1, dapatan kajian menunjukkan faktor bagi bebanan tugas mempunyai
nilai min yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.13 dan ini menunjukkan responden bersetuju
dengan faktor tersebut. Diikuti dengan faktor persekitaran (bilik kuliah) di mana nilai min adalah
4.07 dan faktor jadual waktu pelajar dengan nilai min sebanyak 4.04. Ini menunjukkan
responden bersetuju dengan kedua-dua faktor ini. Selain itu, nilai min bagi faktor rakan sebaya
adalah sebanyak 4.00. Ini juga menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan faktor ini.
Hasil kajian menunjukkan faktor penggunaan Bahasa Inggeris mempunyai nilai min yang paling
rendah iaitu 3.74 tetapi ia juga menunjukkan responden bersetuju dengan faktor tersebut.
Jadual 4.1.1: Menunjukkan min keseluruhan untuk setiap faktor stress.
Bil Faktor-faktor stress Min keseluruhan Tafsiran
1. Rakan Sebaya 4.00 Setuju
2. Bebanan Tugas 4.13 Setuju
3. Penggunaan Bahasa Inggeris 3.74 Setuju
4. Persekitaran (Bilik Kuliah) 4.07 Setuju
5. Jadual Waktu Pelajar 4.04 Setuju
5.1 PERBINCANGAN
5.1.1 Faktor rakan sebaya mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS
Objektif kajian yang pertama iaitu untuk mengenalpasti faktor rakan sebaya
mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS. Bagi menjawab persoalan ini,
sebanyak 5 soalan telah dikemukakan kepada responden. Hasil dapatan kajian
mendapati min keseluruhan ialah sebanyak 4.00. Ini menunjukkan responden bersetuju
dengan faktor ini.
Masa remaja merupakan masa di mana lnteraksi sosial berlaku lebih luas dan tidak
terhad dalam lingkungan kekeluargaan semata-mata. Berbeza dengan alam kanak-
kanak, remaja mula mengalihkan perhatian kepada rakan sebaya bahkan bagi
sesetengah remaja, mereka lebih mempercayai rakan sebaya berbanding dengan ibu
bapa mereka. Rakan sebaya menjadi penting kepada remaja dan stress untuk diterima
oleh rakan sebaya kadangkala menyebabkan remaja melakukan perkara-perkara yang
boleh mendatangkan stress kepada diri mereka sendiri. Keinginan sedemikian menjadi
satu stress apabila ia tidak dapat dipenuhi seperti yang dibuktikan melalui kajian yang
dijalankan oleh Omizo, Omizo dan Suzuki (1988).
Menurut Romano (1992) dan Ellis (2002), rakan sebaya didapati lebih banyak
menyumbang stress di kalangan pelajar. Dapatan ini kemungkinan disebabkan oleh
kehidupan seharian pelajar yang lebih banyak tertumpu bersama rakan sebaya bukan
sahaja di dalam bilik kuliah bahkan di luar bilik kuliah. Malahan, pelajar berasa stress
apabila mempunyai konflik dengan rakan sebaya. Antara contoh situasi yang boleh
menyebabkan stress kepada responden ialah kesukaran menolak permintaan rakan
walaupun berada dalam kesibukan.
5.1.2 Faktor bebanan tugas mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS
Objektif kajian yang kedua iaitu untuk mengenalpasti faktor bebanan tugas
mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS. Bagi menjawab persoalan ini,
sebanyak 5 soalan telah dikemukakan kepada responden. Hasil dapatan kajian
mendapati min keseluruhan ialah sebanyak 4.13. Ini menunjukkan responden bersetuju
dengan faktor ini.
Faktor bebanan tugas ini diakui menunjukkan bahawa tugasan yang terlalu banyak
merupakan salah satu punca stress pelajar. Selain daripada tugasan, terdapat juga
kajian yang mendapati bahawa peperiksaan menjadi salah satu punca stress seperti
yang dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Abdullah (2003). Tugasan dan
peperiksaan merupakan dua perkara yang saling berkait. Namun tugasan yang terlalu
banyak bagi setiap subjek yang dipelajari boleh membebankan pelajar dan menafikan
hak mereka untuk berseronok semasa di alam remaja.
5.1.3 Faktor persekitaran mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS
Objektif kajian yang ketiga iaitu untuk mengenalpasti faktor persekitaran mempengaruhi
stress di kalangan pelajar PTSS. Bagi menjawab persoalan ini, sebanyak 5 soalan telah
dikemukakan kepada responden. Hasil dapatan kajian mendapati min keseluruhan ialah
sebanyak 4.07. Ini menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini.
Selain aktiviti akademik, persekitaran pembelajaran juga berkait dengan masalah
pelajar. Bojuwoye (2002) dalam kajiannya ke atas pelajar-pelajar di lapan buah
universiti di Afrika Selatan mendapati pelajar mengalami stress disebabkan oleh
persekitaran fizikal universiti. Suraini (2005) juga mendapati universiti merupakan punca
kedua utama stress pelajar universiti selepas sumber stress akademik. Keadaan bilik
kuliah yang tidak selesa dan peraturan universiti yang terlalu ketat antara punca
berlakunya stress dalam kalangan pelajar.
Faktor persekitaran (bilik kuliah) menjadikan pelajar berasa stress apabila tidak
mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa kuliah serta keadaan
bilik kuliah yang agak sempit dan kurang selesa. Dapatan kajian ini disokong oleh Riggio
(2001) yang menekankan bahawa faktor persekitaran pembelajaran boleh
mendatangkan masalah stress kepada individu. Walau bagaimanapun, dapatan kajian
ini bertentangan dengan hasil kajian Ooi (2002) yang mendapati bahawa faktor
persekitaran sebagai penyumbang paling utama stress pelajar berbanding faktor
akademik.
5.1.4 Penggunaan Bahasa Inggeris mempengaruhi stress di kalangan pelajar
PTSS
Objektif yang terakhir ialah mengenalpasti faktor berkaitan penggunaan Bahasa Inggeris
mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS. Hasil dapatan dari purata min ialah
3.75 dan menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini. Menurut kajian Farah
Asnida (2004) Kesan pengajaran dalam Bahasa Inggeris menjadi punca pelajar
bertambah stress. Pencapaian pelajar masih berada pada tahap yang sederhana. Hasil
kajian beliau juga mendapati, kesediaan pelajar kurang mencukupi dan menghadapi
banyak masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah-masalah yang
dihadapi oleh para pelajar adalah masalah dengan sebutan dan pemahaman istilah
dalam Bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat. Ini menyebabkan
pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris.
5.2 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa faktor yang pertama iaitu rakan sebaya
merupakan faktor yang penting terhadap stress di kalangan pelajar, rakan sebaya juga mampu
memberikan pengaruh yang besar terhadap mereka. Rakan sebaya menjadi penting kepada
para pelajar dan stress untuk diterima oleh rakan sebaya kadangkala menyebabkan remaja
melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan stress kepada diri mereka sendiri.
Faktor seterusnya ialah faktor bebanan tugas yang memberikan stress di kalangan pelajar.
Bebanan tugas yang terlalu banyak, kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan memberikan
stress kepada pelajar. Kebanyakan pelajar menyatakan berasa stress apabila bebanan tugas
akademik terlalu banyak dan arahan tugasan yang kurang jelas menyukarkan mereka untuk
memahami kehendak soalan.
Seterusnya, penyelidik mendapati faktor persekitaran (bilik kuliah) menjadikan pelajar berasa
stress apabila tidak mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa kuliah
serta keadaan bilik kuliah yang agak sempit dan kurang selesa. Pelajar juga mengalami stress
disebabkan oleh persekitaran fizikal politeknik.
Untuk faktor keempat, iaitu jadual perkuliahan, kebanyakan pelajar akan berasa tertekan
apabila mereka diberikan tugas-tugas lain. Pelajar seharusnya tidak diberikan jadual waktu
yang padat kerana ini akan menyebabkan pelajar berasa tertekan. Faktor terakhir iaitu
penggunaan Bahasa Inggeris ketika dalam proses pembelajaran, ini kerana kebanyakan pelajar
kurang memahami Bahasa Inggeris dan mengambil masa untuk memahami isi setiap
pengajaran dan pembelajaran yang diajar oleh pensyarah. Pelajar akan mengalami stress yang
tinggi kerana ketidaksediaan pelajar untuk menerima Bahasa Inggeris.
5.3 CADANGAN
Berdasarkan perbincangan dan analisis dapatan kajian telah menunjukkan bahawa faktor-faktor
luaran mempengaruhi sepenuhnya stress di kalangan pelajar PTSS. Cadangan kepada
pengkaji akan datang untuk memperbanyakkan lagi jumlah responden supaya dapat
meningkatkan lagi tahap kebolehpercayaan terhadap kajian ini supaya ia diterima umum dan
hasil dapatan yang menyeluruh. Selain itu, kajian bukan sahaja tertumpu kepada pelajar-
pelajar PTSS tetapi diluaskan kepada pelajar dari institut pengajian lain supaya dapat
mengetahui tahap stress di semua IPT di Malaysia. Menumpukan lebih banyak faktor-faktor
luaran yang lain pada masa akan datang yang bersesuaian supaya kajian ini lebih besar
dengan menggunakan skop yang lebih meluas. Cadangan kepada pihak pengurusan PTSS
pula, pihak pengurusan perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap komen atau
ketidakpuasan hati pelajar terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi stress di kalangan pelajar
supaya stress dapat dikurangkan. Pihak PTSS juga perlulah sentiasa peka dengan persekitaran
bilik kuliah untuk memastikan pelajar selesa dan mudah menerima pengajaran ketika dalam
sesi perkuliahan. Pihak pengurusan PTSS juga haruslah menyusun atur jadual perkuliahan
dengan baik dan mengikut masa yang sesuai, supaya ia tidak terlalu padat atau bertindih
dengan kursus lain.
RUJUKAN
Abdullah Deraman. (2003). Tekanan kerja guru di sebuah sekolah menengah di daerah Klang,
Selangor Darul Ehsan. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Atkinson, J.M. (1988). Coping with stress at work. London: Thorson Publishers Ltd.
Bojuwoye, O. (2002). Stressful experience of first year students of selected universities in
South Africa. Counseling Psychology Quarterly, 15(3), 277-290.
Campbell, R.L., & Svenson, L.W. (1992). Perceived level of stress among university
undergraduate students in Edmonton, Canada. Perceptual & Motor Skills. 75, 552-554.
Dunham, J. (1992). Stress in teaching. (2nd. ed.). London: Routledge.
Ellis, A., (2002). Overcoming resistance: A rational emotive behaviour therapy integrated
approach ( 2nd ed.). New York: Springer Publishing Company.
Farah Asnida Che Shariff (2004). Persepsi guru terhadap pengajaran sains dan matematik
dalam Bahasa Inggeris. (Projek Sarjana Muda). Universiti Teknologi Malaysia.
Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, & Meor Ibrahim Kamaruddin (2006, September). Masalah
pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 luar
bandar. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Tahunan Pendidikan Guru, Kota
Kinabalu, Sabah.
Krejcie, R.Y., & Morgan D. R. (1970). Determining sample size for research activities
educational & psychological measurement. Journal of Educational and Psychological
Measurement. 30, 607-610.
Kuasai Bahasa Inggeris melalui Sains dan Matematik. (2007, November 02). Berita Harian, p.3.
Mastura Mahfar (2007). Analisis faktor penyebab stress dikalangan pelajar. Universiti
Teknologi Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2004).Pelaksanaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
di kalangan pelajar dan guru. (Projek Penyelidikan II/10/2003). Persatuan Linguistik
Malaysia / ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Omardin Ashaari (1999). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Omizo, M.M., Omizo, S.A., & Suzuki, L.A. (1998). Children and stress: An exploratory study of
stressors and symptoms. The School Counselor 35(4), 267-273.
Ooi, Y.P. (2002). Stress and anxiety among engineering students and non-engineering students
at UTM. (Tesis sarjana). Universiti Teknologi Malaysia.
Riggio, E.R., (2003). Introduction to industrial/organizational psychology (4th. ed.). New Jersey:
Prentice-Hall.
Romano, J.L. (1992). Psychoeducational interventions for stress management and well-being.
Journal of Counselling & Development, 71, 199-202.
Siti Rohani Md. Sharif. (1991). Pengaruh faktor sekolah ke atas tekanan guru. (Tesis sarjana
tidak diterbitkan). Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Suriani Abdul Hamid, & Suraini Mohd Rhouse. (2005). Punca tekanan pelajar di universiti: Satu
perbandingan antara gender. Prasidang Persidangan Psikologi Malaysia 2005, 30 Julai
– 2 Ogos 2005, Hotel Promenade, Kota Kinabalu.
Towbes, L.C., & Cohen, L.H. (1996). Chronic stress in the lives of college students: Scale
development and perspective prediction of distress. Journal of Youth & Adolescence,
25, 199-217.
Uma Sekaran (2003). Research methods for business: A skill building approach. New York:
John Wiley & Sons.
Abd. Rahman Yaacob, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Emel: dalini08@yahoo.com
Ros Aini Ibrahim, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Emel: ainie_r@yahoo.com
Majdi @ Abdul Hadi Ishak, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Emel: majdiishak8708@gmail.com
Rashdan Rashid, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Emel: pkksabah@yahoo.com

More Related Content

What's hot

kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnalmariulfah
 
Esm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationEsm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationSayshare
 
Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1Samsul Hamdan
 
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khasPerisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khashuda hamdan
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Jeya Kumar
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Wana Ariza
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Suzana Che Harun
 
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.pptSikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.pptNorazila Sehman
 
Contoh penulisan graf 'bakat'
Contoh penulisan graf 'bakat'Contoh penulisan graf 'bakat'
Contoh penulisan graf 'bakat'Mohd Al-Malizi
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Jenry Saiparudin
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliWana Ariza
 
Gaya pembelajaran pelajar etnik penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysia
Gaya pembelajaran pelajar etnik  penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysiaGaya pembelajaran pelajar etnik  penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysia
Gaya pembelajaran pelajar etnik penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysiamohd zlani
 

What's hot (19)

kritik jurnal
kritik jurnalkritik jurnal
kritik jurnal
 
Konsep sains
Konsep sainsKonsep sains
Konsep sains
 
Esm641 research methods in education
Esm641 research methods in educationEsm641 research methods in education
Esm641 research methods in education
 
Jigsaw
JigsawJigsaw
Jigsaw
 
Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1Contoh Analisis Artikel Seminar 1
Contoh Analisis Artikel Seminar 1
 
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khasPerisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Isu n trens final
Isu n trens finalIsu n trens final
Isu n trens final
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)Tugasan 2 (trend and issue)
Tugasan 2 (trend and issue)
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.pptSikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Contoh proposal ph d
Contoh proposal ph dContoh proposal ph d
Contoh proposal ph d
 
Contoh penulisan graf 'bakat'
Contoh penulisan graf 'bakat'Contoh penulisan graf 'bakat'
Contoh penulisan graf 'bakat'
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
 
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
Gaya pembelajaran pelajar etnik penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysia
Gaya pembelajaran pelajar etnik  penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysiaGaya pembelajaran pelajar etnik  penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysia
Gaya pembelajaran pelajar etnik penan di ipg kampus sarawak, miri, malaysia
 

Viewers also liked

Viewers also liked (10)

Guru & stress
Guru & stressGuru & stress
Guru & stress
 
Slide Stress
Slide   StressSlide   Stress
Slide Stress
 
Presentasi thesis bayu
Presentasi thesis bayu Presentasi thesis bayu
Presentasi thesis bayu
 
50 cara mengatasi stress
50 cara mengatasi stress50 cara mengatasi stress
50 cara mengatasi stress
 
Pengurusan konflik & stres (Tingkatan 2)
Pengurusan konflik & stres (Tingkatan 2)Pengurusan konflik & stres (Tingkatan 2)
Pengurusan konflik & stres (Tingkatan 2)
 
Penguruan Stress
Penguruan StressPenguruan Stress
Penguruan Stress
 
Pengurusan Stres
Pengurusan StresPengurusan Stres
Pengurusan Stres
 
Tangani stres anda dengan bijak!
Tangani stres anda dengan bijak!Tangani stres anda dengan bijak!
Tangani stres anda dengan bijak!
 
Stress
StressStress
Stress
 
STRESS POWERPOINT
STRESS POWERPOINTSTRESS POWERPOINT
STRESS POWERPOINT
 

Similar to R rahman1

Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Ameer Chann
 
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahFaktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahaddy mat
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahJue Mokhtar
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahZuzan Michael Japang
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikPuspachacha89
 
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia PasifikMUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifikmuhammadakbarzahidi
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Mohd Farid Ismail
 
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)Sya Rosyada II
 
KOLOKIUM rc
KOLOKIUM rcKOLOKIUM rc
KOLOKIUM rcCg Zue
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...Ahmad NazRi
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Muhri Badri
 

Similar to R rahman1 (20)

Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahFaktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
 
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolahCth kajian tindakan ponteg sekolah
Cth kajian tindakan ponteg sekolah
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
 
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
 
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia PasifikMUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
MUHAMMAD AKBAR ZAHIDI - Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
Artikel he(DR MOHAMAD-UTeM)
 
Article Review
Article ReviewArticle Review
Article Review
 
KOLOKIUM rc
KOLOKIUM rcKOLOKIUM rc
KOLOKIUM rc
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
cabis
cabiscabis
cabis
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
 

More from Aiheok Saw

K07 disiplin sekolah
K07 disiplin sekolahK07 disiplin sekolah
K07 disiplin sekolahAiheok Saw
 
Hafidzah ipi kfp
Hafidzah ipi kfpHafidzah ipi kfp
Hafidzah ipi kfpAiheok Saw
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Assalamualaikum dan selamat sejahteraAssalamualaikum dan selamat sejahtera
Assalamualaikum dan selamat sejahteraAiheok Saw
 
20110826070832kpt4033 kuliah04 dan_kuliah05
20110826070832kpt4033 kuliah04 dan_kuliah0520110826070832kpt4033 kuliah04 dan_kuliah05
20110826070832kpt4033 kuliah04 dan_kuliah05Aiheok Saw
 

More from Aiheok Saw (6)

K07 disiplin sekolah
K07 disiplin sekolahK07 disiplin sekolah
K07 disiplin sekolah
 
Hafidzah ipi kfp
Hafidzah ipi kfpHafidzah ipi kfp
Hafidzah ipi kfp
 
R rahman1
R rahman1R rahman1
R rahman1
 
Bab[8]
Bab[8]Bab[8]
Bab[8]
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Assalamualaikum dan selamat sejahteraAssalamualaikum dan selamat sejahtera
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
 
20110826070832kpt4033 kuliah04 dan_kuliah05
20110826070832kpt4033 kuliah04 dan_kuliah0520110826070832kpt4033 kuliah04 dan_kuliah05
20110826070832kpt4033 kuliah04 dan_kuliah05
 

R rahman1

  • 1. PUNCA STRESS DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN Abd. Rahman Yaacob Ros Aini Ibrahim Majdi @ Abd Hadi Ishak Rashdan Rashid Abstrak Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau masalah stress di kalangan pelajar-pelajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Aspek yang dikaji adalah faktor bebanan tugas, faktor rakan sebaya, faktor jadual tugas, faktor persekitaran bilik kuliah dan faktor penggunaan Bahasa Inggeris yang mempengaruhi tahap stress pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 358 orang pelajar PTSS yang terdiri daripada enam jabatan iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A maklumat demografi, Maklumat B dan C, pernyataan berkenaan dengan stress telah diedarkan kepada responden untuk dijawab. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (versi 16). Hasil kajian mendapati bahawa faktor yang menyumbang kepada berlakunya stress di kalangan pelajar PTSS ialah bebanan tugas. Penyelidik menyarankan kepada pelajar agar membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mereka melangkah kaki ke IPT kerana bebanan tugas memberi implikasi yang besar kepada setiap pelajar. Kata kunci : Rakan, persekitaran, tugasan, jadual, bahasa. 1.1 PENGENALAN Stress telah dikenalpasti sebagai punca kepada hampir semua masalah yang wujud dan kecelaruan psikologi. Stress sering dikaitkan dengan pembelajaran. Stress yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Cara kita menangani stress yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan mental dan fizikal. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami stress. Pelajar IPT pada awal tahun pengajian, misalnya amat mudah terdedah kepada stress disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka di IPT (Towbes & Cohen, 1996). Senario ini dapat dilihat apabila terdapat sesetengah golongan pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik di peringkat persekolahan tetapi tidak dapat mengekalkan pencapaian yang baik apabila berada di IPT. Persaingan yang sengit dalam mengejar kecemerlangan akademik telah memberikan stress yang tinggi kepada pelajar dalam merealisasikan wawasan mereka. Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stress dilihat dari aspek negatif atau stress yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian akademik seseorang pelajar. Oleh kerana stress di kalangan pelajar merupakan satu fenomena yang membimbangkan pelbagai pihak, ianya perlu ditangani secara menyeluruh. Maka adalah penting untuk mengenalpasti faktor - faktor penyebab stress pelajar terlebih dahulu sebelum sesuatu program intervensi direka bentuk. Justeru, kajian ini
  • 2. dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti faktor penyebab stress, tahap stress serta strategi pengurusan stress yang boleh digunakan oleh pelajar dalam kehidupan mereka di IPT ini. 1.2 LATAR BELAKANG MASALAH Kajian ini juga memfokus kepada rakan sebaya, iaitu bagaimana rakan sebaya boleh menjadi punca kepada stress di kalangan pelajar PTSS. Rakan sebaya adalah sekumpulan individu yang mempunyai status dan umur yang sama dengan mangsa stress. Apabila mereka selalu bersama tidak kira di dalam kelas mahupun di luar, rakan sebaya akan terdorong menjadi punca terjadinya stress di kalangan pelajar PTSS. Faktor persekitaran lebih memfokuskan kepada persekitaran bilik kuliah. Suasana bilik kuliah juga mempengaruhi punca stress di kalangan pelajar PTSS. Persekitaran akan mempengaruhi tahap keselesaan pelajar untuk belajar dengan selesa dan lebih baik di dalam kelas. Dengan keadaan kelas yang selesa dan baik, ia akan mendorong kepada tahap kepuasan pelajar tersebut. Kajian mengenai penggunaan Bahasa Inggeris membawa stress kepada pelajar PTSS. Ini adalah disebabkan kurangnya sifat keyakinan yang ada dalam diri pelajar. Mereka tidak yakin dengan diri sendiri untuk berkomunikasi dan juga bertukar pendapat dengan menggunakan Bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa ibunda mereka (Johari, Nor Hasniza & Meor Ibrahim, 2006). Walau bagaimanapun, terdapat banyak faktor yang mendorong pelajar menghadapi stress di tempat belajar. Kajian mengenai bebanan tugasan membawa stress kepada pelajar PTSS kerana tugasan yang terlalu banyak bagi setiap subjek yang dipelajari boleh membebankan pelajar dan menafikan hak mereka untuk berseronok semasa di alam remaja. Tugasan yang terlalu banyak untuk diselesaikan juga boleh menyebabkan pelajar menghadapi masalah kesuntukan masa untuk mengulangkaji dan ini boleh menimbulkan stress. Kelima-lima faktor ini diambil sebagai skop kajian dan faktor-faktor yang diambil juga berkait rapat dengan kehidupan pelajar di PTSS ini. 1.3 PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan kajian lepas, maka jelaslah bahawa rakan sebaya, bebanan tugas, penggunaan Bahasa Inggeris, jadual waktu belajar dan persekitaran menjadi punca utama stress di kalangan pelajar. Ini dibuktikan melalui kajian Omizo, Omizo dan Suzuki (1988), Omardin (1999), Ooi (2002), Farah Asnida (2004), Nor Hashimah (2004) dan Suraini (2005). Namun begitu tiada siapa pun pasti adakah faktor-faktor terbabit benar-benar menjadi punca stress di kalangan pelajar. Selain itu, penyelidik telah menambah satu faktor iaitu penggunaan Bahasa Inggeris semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika benar, apakah jalan penyelesaian yang boleh dilakukan dalam menangani masalah stress di kalangan pelajar PTSS. Pelajar sering menghadapi pelbagai masalah yang membebankan diri mereka seperti keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri. Malah, mereka juga sering berasa disalahertikan dan dipersalahkan. Selain itu, mereka juga merasa diri dilayan tidak adil, kesunyian, sukar memahami emosi dan sukar membuat keputusan. Bagaimanapun, kesemua masalah ini boleh ditangani dengan baik. Sebaik-baiknya, remaja dinasihatkan supaya menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa dan hubungan mesra dengan orang lain. Secara tidak langsung, keadaan ini boleh mengurangkan masalah dan stress mental yang dihadapi.
  • 3. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian adalah untuk menentukan sama ada faktor-faktor yang dikaji memberi stress kepada pelajar PTSS iaitu : 1.4.1 Untuk mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya menjadi punca stress di kalangan pelajar. 1.4.2 Untuk mengenal pasti sama ada faktor bebanan tugas menjadi punca stress di kalangan pelajar. 1.4.3 Untuk mengenal pasti sama ada faktor persekitaran (bilik kuliah) menjadi punca stress di kalangan pelajar. 1.5 Kerangka Konsep Rajah 1.5.1: Kerangka kerja kajian. 2.1 ULASAN KARYA Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan stress. Dalam kajian ini, faktor-faktor yang diberi pendedahan yang terperinci adalah seperti rakan sebaya, bebanan tugas, persekitaran (bilik kuliah), jadual waktu pelajar dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 2.1.1 Bebanan tugasan Apakah perkara-perkara yang berkaitan dengan bebanan tugasan yang menjadi punca stress kepada pelajar? Terdapat kajian yang membuktikan bahawa peperiksaan menjadi salah satu punca stress seperti yang dibuktikan melalui kajian yang dijalankan Rakan sebaya Bebanan tugas Persekitaran (Bilik kuliah) Jadual waktu perkuliahan Penggunaan Bahasa Inggeris Punca stress di kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Hasil kajian Pembolehubah tak bersandar Pembolehubah bersandar
  • 4. Atkinson (1998). Tugasan dan peperiksaan merupakan dua perkara yang saling berkait. Menurut Atkinson (1998), bebanan kerja terlalu banyak dalam masa yang singkat juga boleh mengakibatkan stress. Kebanyakan pelajar menyatakan berasa stress apabila bebanan tugas akademik terlalu banyak. Dapatan kajian ini menyokong hasil kajian Mastura (2007). Selain itu, arahan tugasan kuliah yang kurang jelas, kesukaran mencari bahan rujukan di perpustakaan serta melakukan banyak tugasan pada masa yang sama juga merupakan penyebab stress di kalangan pelajar. Kohn dan Frazer (1986) menyatakan pelajar universiti sering berhadapan dengan stress dalam menjalani kehidupan akibat daripada sumber stress seperti beban tugas yang diberikan oleh pensyarah, situasi kolej yang tertekan, masalah penyesuaian, konflik dan persaingan dalam pencapaian akademik. Teori stress menghuraikan hubungan antara prestasi pelajar dengan tuntutan yang dialaminya (Dunham, 1992). Beliau menyatakan bahawa tugasan tanpa sebarang tuntutan akan membawa kepada kebosanan. Justeru itu, tuntutan tugasan yang meningkat akan dikira sebagai merangsangkan dan energising. Namun begitu, jika tuntutan-tuntutan ini melebihi keupayaan individu untuk bertindakbalas terhadapnya, ini akan mewujudkan tahap stress yang tinggi, tahap concentration yang lemah dan kurang berkesan dalam kerjanya. 2.1.2 Rakan sebaya Faktor stress daripada rakan sebaya juga merupakan salah satu sebab yang boleh menyebabkan kreativiti seseorang pelajar itu akan terbantut. Omardin (1999) menjelaskan, terdapat empat kumpulan pelajar dan rakan sebaya yang utama di dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Empat kumpulan berkenaan adalah: a. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang seimbang dan rasional. b. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang matang dan seimbang. c. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang seimbang. d. Kumpulan pelajar yang mempunyai sikap sahsiah yang kurang seimbang. Kumpulan-kumpulan pelajar ini adalah terdiri daripada rakan sebaya yang berada di sekeliling setiap individu pelajar itu setiap hari. Sekiranya di dalam sebuah kelas itu mempunyai peratusan kumpulan pelajar dari kumpulan satu dan dua, kebarangkalian pelajar-pelajar dari kelas berkenaan untuk menyelesaikan sebarang permasalahan mungkin tidak mempunyai halangan dan stress. Menurut Romano (1992) dan Ellis (2002), rakan sebaya didapati lebih banyak menyumbang stress di kalangan pelajar. Dapatan ini kemungkinan disebabkan oleh kehidupan seharian pelajar yang lebih banyak tertumpu bersama rakan sebaya bukan sahaja di dalam bilik kuliah, bahkan di luar bilik kuliah. Malahan, pelajar berasa stress apabila mempunyai konflik dengan rakan sebaya. Antara contoh
  • 5. situasi yang boleh menyebabkan stress kepada responden ialah kesukaran menolak permintaan rakan walaupun berada dalam kesibukan 2.1.3 Persekitaran (Bilik kuliah) Selain aktiviti akademik, persekitaran pembelajaran juga berkait dengan masalah pelajar. Bojuwoye (2002) dalam kajiannya ke atas pelajar-pelajar di lapan buah universiti di Afrika Selatan mendapati pelajar mengalami stress disebabkan oleh persekitaran fizikal universiti. Suraini (2005) juga mendapati universiti merupakan punca kedua utama stress pelajar universiti selepas sumber stress akademik. Keadaan bilik kuliah yang tidak selesa dan peraturan universiti yang terlalu ketat antara punca berlakunya stress dalam kalangan pelajar. Faktor persekitaran (bilik kuliah) menjadikan pelajar berasa stress apabila tidak mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa kuliah serta keadaan bilik kuliah yang agak sempit dan kurang selesa. Dapatan kajian ini disokong oleh Riggio (2003) yang menekankan bahawa faktor persekitaran pembelajaran boleh mendatangkan masalah stress kepada individu. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bertentangan dengan hasil kajian Ooi (2002) yang mendapati bahawa faktor persekitaran sebagai penyumbang paling utama stress pelajar berbanding faktor akademik. Susun atur fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap pelajar malah juga sikap pensyarah dan ini dapat menyumbangkan kepada peningkatan akademik serta memperelokkan tingkah laku pelajar. Suasana bilik kuliah yang positif bukan sahaja akan menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar untuk lebih mudah dan cepat memahami pelajaran dengan cara yang lebih efektif. Susun atur suasana fizikal memainkan peranan penting dan pensyarah haruslah memainkan peranan untuk berusaha sebaik mungkin untuk menambahbaik daya tarikan bilik kuliah tersebut. 2.1.4 Jadual waktu pelajar Kebanyakan pelajar berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain. Pelajar seharusnya tidak diberikan jadual waktu yang padat kerana ini akan menyebabkan pelajar berasa tertekan. Berdasarkan kajian lepas, dapatan kajian Siti Rohani (1991) menunjukkan faktor jadual waktu yang padat merupakan faktor yang dikenalpasti memberi stress kerja kepada pelajar. Dari segi akademik pula, menyenaraikan kerja kuliah yang banyak, aktiviti harian kolej yang padat, pembahagian masa yang tidak sempurna dan penyediaan jadual yang tidak teratur menyebabkan stress pada kebanyakan pelajar. 2.1.5 Penggunaan Bahasa Inggeris Isu kurang penguasaan Bahasa Inggeris ini juga turut menambahkan stress dalam kalangan pelajar pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Mantan Menteri Pengajian Tinggi, YB. Datuk Mustapa Mohamed pernah menyatakan bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar masih kurang memuaskan (Berita Harian, 2007). Hampir 30 peratus daripada 132,000 pelajar Kolej Komuniti, Politeknik dan universiti awam hanya dapat menguasai Tahap 1 dan 2 Ujian Inggeris Universiti
  • 6. Malaysia (MUET), iaitu tahap terendah pada ujian berkenaan. Sebahagian besar pelajar atau 43.3 peratus pula menguasai Tahap 3 dan 21.0 peratus lagi Tahap 4. Berdasarkan kajian awal oleh Kementerian Pengajian Tinggi tahun lalu, 5.7 peratus pelajar menguasai Tahap 1 dan 23 peratus Tahap 2, 5.1 peratus mencapai Tahap 5, manakala 1.9 peratus saja menguasai Tahap 6. Kajian yang dijalankan oleh Nor Hashimah (2004) menunjukkan ketidaksediaan pelajar untuk belajar dalam Bahasa Inggeris menyebabkan pelajar mengalami stress yang tinggi. Kenyataan tersebut tergambar pada dapatan kajian beliau, iaitu 75 peratus pelajar tidak setuju dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris, 77 peratus bersetuju bahawa Bahasa Melayu mampu menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, 71 peratus meminati sains dan matematik kerana diajar dalam Bahasa Melayu dan 70 peratus responden yakin akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sains dan Matematik jika diajar dalam Bahasa Melayu. Menurut kajian Farahasnida (2004), kesan pengajaran dalam bahasa Inggeris menjadi punca pelajar bertambah stress. Pencapaian pelajar masih berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian mendapati, kesediaan pelajar kurang mencukupi dan menghadapi banyak masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Johari, Nor Hasniza & Meor Ibrahim, 2006). Masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah masalah dengan sebutan dan pemahaman istilah dalam Bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat. Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. 3.1 METODOLOGI KAJIAN Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Kajian ini menggunakan persampelan rawak mudah. Tatacara kajian ini dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik yang dibuat adalah lebih mudah untuk dirumuskan serta membuat keputusan tentang kajian ini. Maklumat juga boleh diperolehi dari data sekunder pengkajian yang sedia ada. Maklumat yang diperolehi daripada data sekunder adalah lebih mudah kerana ia telah dibuat terlebih dahulu oleh orang lain mungkin untuk kegunaan lain. Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan kerana ia bersesuaian dengan objektif serta persoalan yang ingin dikaji. Kajian dijalankan dalam bentuk deskriptif ke atas pelajar-pelajar di PTSS untuk menyelidik faktor-faktor luaran yang mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS. 3.2 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN Dalam menentukan populasi yang dikaji, pelajar PTSS telah dipilih sebagai populasi iaitu seramai 4,333 orang yang terdiri daripada beberapa jabatan iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Berdasarkan jadual saiz sampel yang di kemukakan oleh Krejeie dan Morgan (1970), dari saiz populasi tersebut hanya 358 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Saiz minimum sampel yang diperlukan ialah 358 orang pelajar. Oleh itu pengkaji telah memutuskan untuk mengambil sampel sebanyak 358 orang sahaja.
  • 7. 3.3 INSTRUMEN KAJIAN Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden yang mempunyai item-item seperti jantina, bangsa, umur, program pengajian, jabatan responden. Dalam bahagian B, mengukur hubungan jadual waktu pelajar, persekitaran (bilik kuliah), rakan sebaya, bebanan tugas, penggunaan Bahasa Inggeris mempengaruhi stress di kalangan pelajar-pelajar PTSS dengan menggunakan format jawapan skala Likert. 3.4 ANALISIS DATA Semua data yang dikumpul dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Sciences (SPSS) versi 16 untuk menganalisa data yang diperolehi. Prosedur analisis data menurut Sekaran (2003), analisis skor min sesuai digunakan untuk mengukur data pembolehubah yang dikaji. 4.1 KEPUTUSAN KAJIAN Berdasarkan jadual 4.1.1, dapatan kajian menunjukkan faktor bagi bebanan tugas mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.13 dan ini menunjukkan responden bersetuju dengan faktor tersebut. Diikuti dengan faktor persekitaran (bilik kuliah) di mana nilai min adalah 4.07 dan faktor jadual waktu pelajar dengan nilai min sebanyak 4.04. Ini menunjukkan responden bersetuju dengan kedua-dua faktor ini. Selain itu, nilai min bagi faktor rakan sebaya adalah sebanyak 4.00. Ini juga menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan faktor ini. Hasil kajian menunjukkan faktor penggunaan Bahasa Inggeris mempunyai nilai min yang paling rendah iaitu 3.74 tetapi ia juga menunjukkan responden bersetuju dengan faktor tersebut. Jadual 4.1.1: Menunjukkan min keseluruhan untuk setiap faktor stress. Bil Faktor-faktor stress Min keseluruhan Tafsiran 1. Rakan Sebaya 4.00 Setuju 2. Bebanan Tugas 4.13 Setuju 3. Penggunaan Bahasa Inggeris 3.74 Setuju 4. Persekitaran (Bilik Kuliah) 4.07 Setuju 5. Jadual Waktu Pelajar 4.04 Setuju 5.1 PERBINCANGAN 5.1.1 Faktor rakan sebaya mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS Objektif kajian yang pertama iaitu untuk mengenalpasti faktor rakan sebaya mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS. Bagi menjawab persoalan ini, sebanyak 5 soalan telah dikemukakan kepada responden. Hasil dapatan kajian mendapati min keseluruhan ialah sebanyak 4.00. Ini menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini.
  • 8. Masa remaja merupakan masa di mana lnteraksi sosial berlaku lebih luas dan tidak terhad dalam lingkungan kekeluargaan semata-mata. Berbeza dengan alam kanak- kanak, remaja mula mengalihkan perhatian kepada rakan sebaya bahkan bagi sesetengah remaja, mereka lebih mempercayai rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa mereka. Rakan sebaya menjadi penting kepada remaja dan stress untuk diterima oleh rakan sebaya kadangkala menyebabkan remaja melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan stress kepada diri mereka sendiri. Keinginan sedemikian menjadi satu stress apabila ia tidak dapat dipenuhi seperti yang dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Omizo, Omizo dan Suzuki (1988). Menurut Romano (1992) dan Ellis (2002), rakan sebaya didapati lebih banyak menyumbang stress di kalangan pelajar. Dapatan ini kemungkinan disebabkan oleh kehidupan seharian pelajar yang lebih banyak tertumpu bersama rakan sebaya bukan sahaja di dalam bilik kuliah bahkan di luar bilik kuliah. Malahan, pelajar berasa stress apabila mempunyai konflik dengan rakan sebaya. Antara contoh situasi yang boleh menyebabkan stress kepada responden ialah kesukaran menolak permintaan rakan walaupun berada dalam kesibukan. 5.1.2 Faktor bebanan tugas mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS Objektif kajian yang kedua iaitu untuk mengenalpasti faktor bebanan tugas mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS. Bagi menjawab persoalan ini, sebanyak 5 soalan telah dikemukakan kepada responden. Hasil dapatan kajian mendapati min keseluruhan ialah sebanyak 4.13. Ini menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini. Faktor bebanan tugas ini diakui menunjukkan bahawa tugasan yang terlalu banyak merupakan salah satu punca stress pelajar. Selain daripada tugasan, terdapat juga kajian yang mendapati bahawa peperiksaan menjadi salah satu punca stress seperti yang dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Abdullah (2003). Tugasan dan peperiksaan merupakan dua perkara yang saling berkait. Namun tugasan yang terlalu banyak bagi setiap subjek yang dipelajari boleh membebankan pelajar dan menafikan hak mereka untuk berseronok semasa di alam remaja. 5.1.3 Faktor persekitaran mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS Objektif kajian yang ketiga iaitu untuk mengenalpasti faktor persekitaran mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS. Bagi menjawab persoalan ini, sebanyak 5 soalan telah dikemukakan kepada responden. Hasil dapatan kajian mendapati min keseluruhan ialah sebanyak 4.07. Ini menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini. Selain aktiviti akademik, persekitaran pembelajaran juga berkait dengan masalah pelajar. Bojuwoye (2002) dalam kajiannya ke atas pelajar-pelajar di lapan buah universiti di Afrika Selatan mendapati pelajar mengalami stress disebabkan oleh persekitaran fizikal universiti. Suraini (2005) juga mendapati universiti merupakan punca kedua utama stress pelajar universiti selepas sumber stress akademik. Keadaan bilik kuliah yang tidak selesa dan peraturan universiti yang terlalu ketat antara punca berlakunya stress dalam kalangan pelajar.
  • 9. Faktor persekitaran (bilik kuliah) menjadikan pelajar berasa stress apabila tidak mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa kuliah serta keadaan bilik kuliah yang agak sempit dan kurang selesa. Dapatan kajian ini disokong oleh Riggio (2001) yang menekankan bahawa faktor persekitaran pembelajaran boleh mendatangkan masalah stress kepada individu. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bertentangan dengan hasil kajian Ooi (2002) yang mendapati bahawa faktor persekitaran sebagai penyumbang paling utama stress pelajar berbanding faktor akademik. 5.1.4 Penggunaan Bahasa Inggeris mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS Objektif yang terakhir ialah mengenalpasti faktor berkaitan penggunaan Bahasa Inggeris mempengaruhi stress di kalangan pelajar PTSS. Hasil dapatan dari purata min ialah 3.75 dan menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini. Menurut kajian Farah Asnida (2004) Kesan pengajaran dalam Bahasa Inggeris menjadi punca pelajar bertambah stress. Pencapaian pelajar masih berada pada tahap yang sederhana. Hasil kajian beliau juga mendapati, kesediaan pelajar kurang mencukupi dan menghadapi banyak masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah masalah dengan sebutan dan pemahaman istilah dalam Bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat. Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. 5.2 KESIMPULAN Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa faktor yang pertama iaitu rakan sebaya merupakan faktor yang penting terhadap stress di kalangan pelajar, rakan sebaya juga mampu memberikan pengaruh yang besar terhadap mereka. Rakan sebaya menjadi penting kepada para pelajar dan stress untuk diterima oleh rakan sebaya kadangkala menyebabkan remaja melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan stress kepada diri mereka sendiri. Faktor seterusnya ialah faktor bebanan tugas yang memberikan stress di kalangan pelajar. Bebanan tugas yang terlalu banyak, kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan memberikan stress kepada pelajar. Kebanyakan pelajar menyatakan berasa stress apabila bebanan tugas akademik terlalu banyak dan arahan tugasan yang kurang jelas menyukarkan mereka untuk memahami kehendak soalan. Seterusnya, penyelidik mendapati faktor persekitaran (bilik kuliah) menjadikan pelajar berasa stress apabila tidak mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana bising semasa kuliah serta keadaan bilik kuliah yang agak sempit dan kurang selesa. Pelajar juga mengalami stress disebabkan oleh persekitaran fizikal politeknik. Untuk faktor keempat, iaitu jadual perkuliahan, kebanyakan pelajar akan berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain. Pelajar seharusnya tidak diberikan jadual waktu yang padat kerana ini akan menyebabkan pelajar berasa tertekan. Faktor terakhir iaitu penggunaan Bahasa Inggeris ketika dalam proses pembelajaran, ini kerana kebanyakan pelajar kurang memahami Bahasa Inggeris dan mengambil masa untuk memahami isi setiap pengajaran dan pembelajaran yang diajar oleh pensyarah. Pelajar akan mengalami stress yang tinggi kerana ketidaksediaan pelajar untuk menerima Bahasa Inggeris.
  • 10. 5.3 CADANGAN Berdasarkan perbincangan dan analisis dapatan kajian telah menunjukkan bahawa faktor-faktor luaran mempengaruhi sepenuhnya stress di kalangan pelajar PTSS. Cadangan kepada pengkaji akan datang untuk memperbanyakkan lagi jumlah responden supaya dapat meningkatkan lagi tahap kebolehpercayaan terhadap kajian ini supaya ia diterima umum dan hasil dapatan yang menyeluruh. Selain itu, kajian bukan sahaja tertumpu kepada pelajar- pelajar PTSS tetapi diluaskan kepada pelajar dari institut pengajian lain supaya dapat mengetahui tahap stress di semua IPT di Malaysia. Menumpukan lebih banyak faktor-faktor luaran yang lain pada masa akan datang yang bersesuaian supaya kajian ini lebih besar dengan menggunakan skop yang lebih meluas. Cadangan kepada pihak pengurusan PTSS pula, pihak pengurusan perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap komen atau ketidakpuasan hati pelajar terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi stress di kalangan pelajar supaya stress dapat dikurangkan. Pihak PTSS juga perlulah sentiasa peka dengan persekitaran bilik kuliah untuk memastikan pelajar selesa dan mudah menerima pengajaran ketika dalam sesi perkuliahan. Pihak pengurusan PTSS juga haruslah menyusun atur jadual perkuliahan dengan baik dan mengikut masa yang sesuai, supaya ia tidak terlalu padat atau bertindih dengan kursus lain. RUJUKAN Abdullah Deraman. (2003). Tekanan kerja guru di sebuah sekolah menengah di daerah Klang, Selangor Darul Ehsan. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Atkinson, J.M. (1988). Coping with stress at work. London: Thorson Publishers Ltd. Bojuwoye, O. (2002). Stressful experience of first year students of selected universities in South Africa. Counseling Psychology Quarterly, 15(3), 277-290. Campbell, R.L., & Svenson, L.W. (1992). Perceived level of stress among university undergraduate students in Edmonton, Canada. Perceptual & Motor Skills. 75, 552-554. Dunham, J. (1992). Stress in teaching. (2nd. ed.). London: Routledge. Ellis, A., (2002). Overcoming resistance: A rational emotive behaviour therapy integrated approach ( 2nd ed.). New York: Springer Publishing Company. Farah Asnida Che Shariff (2004). Persepsi guru terhadap pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. (Projek Sarjana Muda). Universiti Teknologi Malaysia. Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, & Meor Ibrahim Kamaruddin (2006, September). Masalah pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 luar bandar. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan Tahunan Pendidikan Guru, Kota Kinabalu, Sabah. Krejcie, R.Y., & Morgan D. R. (1970). Determining sample size for research activities educational & psychological measurement. Journal of Educational and Psychological Measurement. 30, 607-610. Kuasai Bahasa Inggeris melalui Sains dan Matematik. (2007, November 02). Berita Harian, p.3. Mastura Mahfar (2007). Analisis faktor penyebab stress dikalangan pelajar. Universiti Teknologi Malaysia. Nor Hashimah Jalaluddin. (2004).Pelaksanaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan guru. (Projek Penyelidikan II/10/2003). Persatuan Linguistik Malaysia / ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Omardin Ashaari (1999). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Omizo, M.M., Omizo, S.A., & Suzuki, L.A. (1998). Children and stress: An exploratory study of stressors and symptoms. The School Counselor 35(4), 267-273.
  • 11. Ooi, Y.P. (2002). Stress and anxiety among engineering students and non-engineering students at UTM. (Tesis sarjana). Universiti Teknologi Malaysia. Riggio, E.R., (2003). Introduction to industrial/organizational psychology (4th. ed.). New Jersey: Prentice-Hall. Romano, J.L. (1992). Psychoeducational interventions for stress management and well-being. Journal of Counselling & Development, 71, 199-202. Siti Rohani Md. Sharif. (1991). Pengaruh faktor sekolah ke atas tekanan guru. (Tesis sarjana tidak diterbitkan). Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Suriani Abdul Hamid, & Suraini Mohd Rhouse. (2005). Punca tekanan pelajar di universiti: Satu perbandingan antara gender. Prasidang Persidangan Psikologi Malaysia 2005, 30 Julai – 2 Ogos 2005, Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Towbes, L.C., & Cohen, L.H. (1996). Chronic stress in the lives of college students: Scale development and perspective prediction of distress. Journal of Youth & Adolescence, 25, 199-217. Uma Sekaran (2003). Research methods for business: A skill building approach. New York: John Wiley & Sons. Abd. Rahman Yaacob, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Emel: dalini08@yahoo.com Ros Aini Ibrahim, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Emel: ainie_r@yahoo.com Majdi @ Abdul Hadi Ishak, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Emel: majdiishak8708@gmail.com Rashdan Rashid, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Emel: pkksabah@yahoo.com