SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
1
1.0 PENGENALAN
Kebanyakan pemilik perniagaan kini memilih untuk memasarkan pelbagai produk termasuk
makanan melalui dalam talian (online). Tidak ketinggalan, peniaga kraf tangan, hiasan dinding, dan
kad turut mengambil inisiatif dalam mengaplikasikan kaedah yang sama. Produk buatan tangan
seperti beg, kasut dan beg tangan dipromosikan secara meluas melalui Internet tanpa menggunakan
sebarang iklan dalam surat khabar, radio ataupun televisyen. Timbul persoalan mengapa orang awam
memilih untuk menjalankan perniagaan secara atas talian berbanding perniagaan biasa, sedangkan
ia mungkin kurang dipercayai mahupun mendapat perhatian pelanggan.
Kelebihan memasarkan produk melalui online adalah langkah terbaik bagi usahawan yang
ingin berniaga tapi malu-malu untuk mempromosikan produk. Terdapat segelintir usahawan kurang
berkeyakinan untuk bercakap dan berhadapan dengan orang ramai, jadi mereka boleh memasarkan
produk secara online sahaja. Produk juga sentiasa dikemas kini melalui medium sosial. Oleh itu,
pelanggan lebih memberi perhatian bagi keadaan itu.
Perniagaan secara atas talian merupakan kaedah jual beli yang semakin banyak dilakukan oleh
masyarakat kini untuk menggantikan cara manual iaitu ke kedai untuk membeli barangan yang
dikehendaki. Musim silih berganti dan zaman juga berubah. Penggunaan Internet dalam kalangan
masyarakat dunia semakin meningkat dan mengubah cara hidup mereka. Perniagaan melalui Internet
kini telah menjadi satu trend kepada masyarakat sekarang. Melalui penjualan barangan secara atas
talian, usahawan dapat bekerja di rumah dengan menentukan waktu bekerja sendiri tanpa perlu
melalui kesesakan lalu lintas sewaktu pergi dan pulang bekerja serta menghindari waktu bekerja
lama tanpa sebarang rehat.
Di Malaysia, perniagaan secara atas talian semakin mendapat sambutan yang menggalakkan.
Ramai usahawan menjadikan Internet sebagai saluran untuk memulakan dan memajukan pernigaan
kerana mereka tidak memerlukan modal yang besar di mana produk dipromosikan secara terus
melalui medium sosial dengan memuat naik gambar produk sahaja. Para usahawan yang ingin
mengembangkan perniagan secara atas talian hanya perlu mempunyai sebuah komputer dan
2
kebolehan sebagai seorang peniaga untuk memulakan sesebuah perniagaan berbanding
mengeluarkan kos untuk sewa kedai, bil api, bil air dan gaji pekerja tetap.
Perniagaan secara atas talian membolehkan para usahawan menjual dan memasarkan produk
dengan lebih cepat dan mudah memasuki pasaran global. Selain membantu pengguna mendapatkan
barangan yang sukar dicari, perniagaan secara atas talian juga menggantikan konsep konvensional
yang memerlukan pelanggan datang ke kedai untuk membeli barang. Hari ini, hanya dengan satu
klik pada telefon bimbit atau komputer, semuanya dapat diuruskan dengan sangat lancar. Kaedah ini
membantu memudahkan urusan pelanggan, di mana mereka dapat memilih dan menempah produk
pada bila-bila masa sahaja. Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan secara atas talian
jauh lebih murah, maka ia membuka peluang kepada para usahawan untuk mempelbagaikan
perniagaan yang dilakukan.
Kewujudan peniaga yang berniaga secara atas talian ini boleh diumpamakan seperti cendawan
tumbuh setelah hujan. Walau bagaimanapun, trend jual beli secara moden ini dilihat tidak akan
mengganggu dan menjejaskan konsep jualan terus atau langsung. Hal ini demikian kerana masih
ramai lagi pembeli yang mahu berurusan secara dua mata untuk memeriksa sendiri kualiti produk
jualan.
Oleh kerana perniagaan secara atas talian mendapat sambutan yang begitu baik dalam kalangan
masyarakat, ramai golongan muda yang mula menceburi bidang ini sebagai usaha untuk menambah
dan menampung perbelanjaan harian akibat kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh demikian,
perniagaan secara atas talian telah menjadi lubuk emas dalam bidang perniagaan di negara Malaysia.
Jumlah wang yang mengalir dalam sektor ini juga semakin hari semakin meningkat dan
menyebabkan bukan sahaja peniaga kecil-kecilan malahan peniaga berskala besar juga turut
menceburinya disebabkan perniagaan atas talian ini berjaya melahirkan jutawan dalam masa yang
singkat. (UTUSAN, 20.5.2016)
3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Mengenal pasti jenis barangan yang dijual secara atas talian oleh penduduk Kampung Jawa,
Klang.
2.2 Mengkaji punca penduduk Kampung Jawa, Klang terlibat dalam perniagaan secara atas talian.
4
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Peta Lokasi Kampung Jawa
Peta 1: Kampung Jawa
Sumber: Google Map
Latar belakang Kampung Jawa
Kampung Jawa adalah sebuah kawasan perkampungan yang terletak dalam daerah Klang,
Selangor. Selain itu, Kampung Jawa mempunyai akses terus dari Kota Kemuning - Shah Alam
Highway (LKSA) yang dengan mudah menghubungkan ke bahagian lain di Shah Alam. Terdapat
juga lebuh raya lain yang menghubungkan kepada persekitaran ini seperti Shah Alam Highway,
Lebuhraya Persekutuan dan Pulau Indah Highway, yang menghubungkan kawasan ini ke bandar-
bandar jiran seperti Port Klang, Puchong, Subang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Mereka yang
memilih untuk pengangkutan awam, kereta api yang terdekat adalah di Stesen KTM Klang, serta
kawasan sekitar ini juga terletak berhampiran dengan terminal bas di Meru (Klang) dan Seksyen 17
(Shah Alam)
5
3.2 Peta Lokasi Daerah Klang
Peta 2: Klang
Sumber: Google Map
Latar belakang Daerah Klang
Klang dahulunya dikenali sebagai Kelang merupakan Bandar DiRaja, bandar terbesar
Selangor, bandar sekolah menengah persendiran dan sebuah daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan,
Malaysia. Nama Klang juga berasal daripada bunyi yang dihasilkan daripada loceng yang diikat pada
gajah yang merupakan kenderaan utama di zaman dahulukala. Ada juga yang mengatakan nama
Klang berasal daripada penduduk Cina yang sering mengutip 'Kerang' di muara sungai. Disebabkan
pelat pada sebutan mereka, maka mereka menyebut 'kerang' sebagai 'Klang' dan akhirnya kawasan
itu dikenali sebagai 'KLANG'. Bandar ini pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum wujudnya
Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak kira-kira 32 km di barat Kuala Lumpur dan merupakan
bandar ketiga terbesar di Selangor. Klang bersempadan dengan daerah Petaling di sebelah timur,
daerah Kuala Langat di sebelah selatan manakala Kuala Selangor di sebelah utaranya. Di sebelah
baratnya pula merupakan Selat Melaka.
6
3.3 Peta Lokasi Selangor Darul Ehsan
Peta 3: Selangor
Sumber: Google Map
Latar belakang Selangor Darul Ehsan
Negeri Selangor Darul Ehsan terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung Malaysia
dan bersempadan dengan Perak di sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan Negeri Sembilan di
sebelah selatan. Terletak di bahagian barat Banjaran Titiwangsa, Selangor dibahagikan kepada
sembilan daerah yang terdiri dari Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak,
Petaling Jaya, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. (Karim bin Abu Bakar,1981. Secara
umumnya, Selangor diairi oleh empat lembangan sungai utama iaitu lembangan Sungai Langat dan
lembangan Sungai Klang di bahagian selatan serta lembngan Sungai Bernam dan lembangan Sungai
Selangor (lembangan terbesar di negeri ini) di bahagian utaranya. Sungai-sungai ini dilihat sebagai
faktor utama kepada bermulanya petempatan awal masyarakat di sekitar kawasan ini.
7
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Bahagian ini membincangkan metodologi yang digunakan oleh pengkaji:
Menurut Kamus Dewan cetakan kedua (Edisi Baru) 2016, maksud metodologi adalah sistem
yang merangkumi kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan. Oleh
itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, cara mendapatkan data dan
cara memproses data. Antara tujuan menyediakan metodologi kajian adalah untuk
menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian.
4.1 Cara mendapatkan maklumat
4.1.1 Kaedah soal selidik
Bagi menyiapkan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik. Hal ini demikian
kerana ramai penduduk di Kampung Jawa yang melibatkan diri dalam perniagaan atas talian.
Pengkaji telah membuat soalan yang sesuai dengan objektif kajian. Sebelum pengkaji memulakan
soal selidik, pengkaji menyediakan soalan terlebih dahulu. Borang soal selidik telah diedarkan secara
rawak kepada 30 orang responden di kawasan kajian berdasarkan objektif yang telah dilakukan.
Borang soal selidik ini mempunyai tiga bahagian. Bahagian A adalah mengenai latar belakang
responden, bahagian B adalah untuk mengenal pasti jenis barangan yang dijual secara atas talian dan
bahagian C adalah untuk mengkaji punca penduduk Kampung Jawa terlibat dalam perniagaan secara
atas talian. Pengkaji menggunakan skala likert 5 mata bagi menilai persepsi penduduk terhadap
analisis perniagaan atas talian terhadap trend masa kini kepada penduduk Kampung Jawa.
1 2 3 4 5
Sangat tak
setuju
Tak setuju Tak pasti Setuju Sangat setuju
8
Responden hanya perlu menanda mengikut pilihan 1, 2, 3, 4 dan 5 sahaja bagi menjawab soal
selidik yang disediakan. Responden diberi masa selama 5 minit untuk menjawab soalan yang
disediakan. Secara tidak langsung, kajian ini dapat diteliti dengan lebih berkesan melalui kaedah ini.
Borang soal selidik ini dianalisa menggunakan bilangan dan peratus untuk memudahkan proses
kajian. Data yang diambil daripada jadual akan dipersembahkan dalam dapatan kajian menggunakan
min, jadual dan carta pai.
4.1.2 Kaedah pemerhatian
Pengkaji membuat pemerhatian di lokasi kajian bagi mendapatkan maklumat yang lebih
terperinci. Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji dapat melihat bahawa lebih ramai kaum wanita
yang terlibat dengan aktiviti perniagaan secara atas talian ini berbanding kaum lelaki di Kampung
Jawa. Selain itu, semasa pengkaji melakukan pemerhatian di kawasan kajian iaitu Kampung Jawa,
pengkaji melihat majoriti penduduk yang terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah terdiri
daripada mereka yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun. Mereka yang bujang juga dilihat lebih
tertarik untuk berniaga secara atas talian daripada mereka yang telah berumah tangga.
4.1.3 Kaedah rujukan perpustakaan
Bagi menambah maklumat berkaitan dengan tajuk kajian, pengkaji menggunakan kaedah
rujukan bagi mendapatkan lebih banyak maklumat. Antara sumber rujukan yang digunakan oleh
pengkaji adalah sumber internet, rujukan perpustakaan, rujukan surat khabar dan rujukan daripada
hasil kerja kursus pelajar pada tahun sebelumnya.
Pengkaji telah menggunakan Kamus Dewan edisi keempat bagi mencari definisi perkataan
yang pengkaji ingin ketahui dalam proses menyiapkan kajian ini. Selain itu, pengkaji juga
menjadikan surat khabar sebagai rujukan tambahan bagi melengkapkan hasil kajian ini. Pengkaji
juga membuat rujukan di Perpustakaan SMAP Labu bagi mencari maklumat mengenai kajian yang
dijalankan. Hasil kerja kursus daripada pelajar-pelajar dahulu digunakan sebagai rujukan untuk
membantu memudahkan proses kajian yang dijalankan.
9
4.1.4 Kaedah Temu Bual
Pengkaji menyediakan beberapa soalan berkaitan perniagaan secara atas talian. Pengkaji
memilih responden secara rawak seramai 3 orang daripada kalangan penduduk Kampung Jawa yang
terlibat dalam perniagaan secara atas talian. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat mengukuhkan lagi
dapatan kajian yang diperoleh. Berikut adalah jadual temu bual bersama Informen:
Bil Informen Tarikh Masa
1. X 21/3/2017 9:30 pagi
2. Y 21/3/2017 5:00 petang
3. Z 23/3/2017 11:15 pagi
4.2 Cara memproses data
Bagi dapatan kajian melalui kaedah soal selidik, pengkaji telah mengira semua data yang
diperolehi dalam bentuk nombor dan peratusan. Melalui soal selidik juga pengkaji telah
mendapatkan semua responden yang terlibat dalam perniagaan secara atas talian di Kampung Jawa.
Pengkaji juga telah melakukan pemerhatian di kawasan kajian. Pemerhatian dilakukan untuk
melancarkan kajian yang telah diwujudkan. Oleh itu, pengkaji telah melakukan soal selidik dan
pemerhatian untuk memproses data.
4.3 Cara mempersembahkan data
Dalam usaha mempersembahkan data, pengkaji telah membina jadual bagi memudahkan
pengkaji mengetahui bilang responden yang disoal selidik. Melalui pembinaan jadual, pengkaji lebih
mudah dan cepat membuat esei yang berkaitan dengan perkara yang dijadualkan. Selain itu, pengkaji
telah membuat carta pai bagi menunjukkan peratusan bagi demografi responden. Melalui cara ini,
pengkaji lebih mudah menyediakan huraian mengenai pernyatan yang disoal selidik oleh pengkaji
kepada responden.
10
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisis data dan
memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh
responden. Data yang telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan,
min purata dan taburan kekerapan.
5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
Bagi mengkaji persepsi penduduk mengenai perniagaan secara atas talian terhadap trend masa
kini, seramai 30 orang responden dipilih oleh pengkaji untuk melengkapkan borang soal selidik.
Huraian analisis latar belakang responden melibatkan jantina, umur, status dan pernah menghadiri
kursus berkenaan perniagaan secara atas talian atau tidak.
5.1.1 JANTINA
Jadual 1: Jantina
JANTINA BILANGAN (ORANG) PERATUS (%)
Lelaki 12 40
Perempuan 18 60
Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017
11
Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017
Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 12 orang (40%)
adalah terdiri daripada responden lelaki manakala selebihnya iaitu 18 orang (60%) adalah responden
perempuan. Tidak terdapat jurang yang terlalu besar dalam pemilihan jantina responden dan dapat
dilihat bahawa lebih ramai responden perempuan yang terlibat dalam perniagaan secara atas talian
berbanding responden lelaki di Kampung Jawa, Klang. Kajian adalah untuk melihat persepsi
penduduk Kampung Jawa mengenai perniagaan secara atas talian terhadap trend perniagaan masa
kini. Oleh yang demikian, jantina yang dipilih perlulah seimbang agar jawapan yang diperoleh tidak
memihak kepada satu jantina sahaja.
40%
60%
RAJAH 1: JANTINA RESPONDEN
LELAKI
PEREMPUAN
12
5.1.2 UMUR
Jadual 2: Umur
UMUR (TAHUN) NILAI (ORANG) PERATUS (%)
20 tahun ke bawah 9 30
21 hingga 30 tahun 13 43
31 hingga 40 tahun 5 17
41 tahun ke atas 3 10
Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017
Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017
Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai 9 orang
(30%) adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur 20 tahun dan ke bawah
manakala responden yang berumur 21 tahun hingga 31 tahun terdiri daripada 13 orang (43%).
30%
43%
17%
10%
RAJAH 2:UMUR RESPONDEN
20 tahun ke bawah
21 hingga 30 tahun
31 hingga 40 tahun
41 tahun ke atas
13
Responden yang berusia 31 tahun hingga 40 tahun mencatatkan seramai 5 orang (17%) dan responden
yang berumur 41 tahun dan ke atas hanya seramai 3 orang (3%) sepert yang dapat dilihat dalam Rajah
2 dan Jadual 2. Responden yang berbeza peringkat usia ini adalah responden yang terlibat dalam
perniagaan secara atas talian. Berdasarkan rajah dan jadual yang disediakan, pengkaji dapat melihat
bahawa majoriti responden bagi kajian ini adalah mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun. Hal ini
mungkin disebabkan oleh golongan muda lebih rajin menggunakan telefon pintar pada setiap masa
berbanding mereka yang sudah berusia.
5.1.3 STATUS
Jadual 3: Status
STATUS BILANGAN (ORANG) PERATUS (%)
Bujang 17 57
Berkahwin 13 43
Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017
Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017
57%
43%
RAJAH 3:STATUS RESPONDEN
BUJANG
BERKAHWIN
14
Dalam melakukan kajian ini, hasil kajian menunjukkan bahawa daripada 30 orang responden
yang disoal selidik, 17 orang (57%) adalah berstatus bujang manakala 13 orang (43%) yang lain
berstatus berkahwin. Melalui kaedah soal selidik ini, pengkaji dapat melihat bahawa lebih ramai
orang yang terlibat dalam perniagaan secara atas talian di Kampung Jawa adalah terdiri daripada
orang yang belum berkahwin atau bujang. Perkara ini dapat dibuktikan seperti dalam Rajah 3 dan
Jadual 3 yang tertera di atas. Hal ini mungkin disebabkan oleh mereka yang belum berkahwin
mempunyai lebih banyak masa dan tidak terikat dengan tanggungjawab menguruskan keluarga lagi.
Oleh itu, bilangan mereka lebih ramai daripada bilangan responden yang telah berkahwin.
5.1.4 PERNAH MENJALANI KURSUS MENGENAI PERNIAGAAN SECARA ATAS
TALIAN ATAU TIDAK
Jadual 4: Menghadiri Kursus
PERNAH MENGHADIRI
KURSUS?
BILANGAN (ORANG) PERATUS (%)
Pernah 5 17
Tidak pernah 25 83
Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017
15
Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017
Berdasarkan hasil kajian, pengkaji dapat melihat bahawa hanya 5 orang (17%) sahaja yang
pernah menghadiri kursus berkaitan perniagaan secara atas talian ini manakala 25 orang (83%) yang
lain tidak pernah menghadiri mana-mana kursus berkaitan perniagaan secara atas talian. Ada antara
mereka yang menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Melalui Jadual 4
dan Rajah 4 di atas, pengkaji dapat mengetahui bahawa hanya sedikit sahaja mereka yang membuat
perniagaan secara atas talian dengan belajar daripada kursus. Ramai usahawan secara atas talian yang
hanya melakukan perniagaan secara atas talian ini tanpa pergi ke mana-mana kursus yang dijalankan
sama ada daripada pihak kerajaan mahupun swasta. Hal ini mungkin adalah kerana mereka belajar
sendiri daripada orang yang lebih berpengalaman mengenai perniagaan secara atas talian ini dan
memilih untuk tidak pergi ke mana-mana kursus.
17%
83%
RAJAH 4:PERATUSAN RESPONDEN MENGHADIRI KURSUS
PERNAH
TIDAK PERNAH
16
5.2 MENGENAL PASTI JENIS BARANGAN YANG DIJUAL SECARA ATAS TALIAN
OLEH PENDUDUK KAMPUNG JAWA, KLANG
Jadual 5: Jenis Barangan Yang Dijual Responden
JENIS BARANGAN BILANGAN
(ORANG)
PERATUS (%)
PERALATAN DAPUR 1 3
PERALATAN SUKAN 2 7
BARANGAN KOSMETIK 2 7
BARANGAN AKSESORI 1 3
BARANGAN GAJET 5 17
PRODUK KESIHATAN 5 17
PAKAIAN 9 31
MAKANAN 4 13
LAIN-LAIN 1 3
Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017
Berdasarkan hasil kajian, pengkaji mendapati responden yang menjual peralatan dapur secara
atas talian hanya 1 orang, begitu juga dengan responden yang menjual barangan aksesori. Responden
yang menjual lain-lain barangan iaitu perabot adalah 1 orang. Terdapat hanya 2 orang responden
sahaja yang menjual peralatan sukan secara atas talian. Jadual 5 juga menunjukkan bahawa 2 orang
responden daripada 30 responden yang disoal selidik menjual barangan kosmetik. Pakaian mendapat
bilangan peratusan yang paling tinggi kerana 9 orang daripada 30 orang responden yang menjualnya.
Produk kesihatan dan barangan gajet pula, kedua-duanya seramai 5 orang responden yang menjual
secara atas talian. Melalui dapatan hasil kajian ini juga, pengkaji dapat melihat bahawa ramai
responden yang terlibat dalam penjualan pakaian secara atas talian kerana masyarakat Malaysia kini
semakin gemar membeli pakaian secara atas talian yang membuat mereka lebih selesa memilih dan
membeli daripada pergi ke kedai atau butik yang menjual pakaian. Hal ini mungkin kerana ramai
17
wanita tidak gemar untuk keluar rumah dan membeli-belah pakaian kerana mereka akan rambang
mata dan membeli barangan selain daripada yang ada dalam senarai barangan yang perlu dibeli.
5.3 MENGKAJI PUNCA PENDUDUK KAMPUNG JAWA TERLIBAT DALAM
PERNIAGAAN SECARA ATAS TALIAN
Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5
1 Majoriti masyarakat Malaysia menggunakan Internet - - 2 7 12
Dapatan hasil kajian mendapati tiada responden yang sangat tak setuju dan tak setuju bahawa
majoriti masyarakat Malaysia menggunakan Internet. Terdapat 2 orang (6.7%) responden yang tidak
pasti manakala 7 orang (23%) responden bersetuju bahawa majoriti masyarakat Malaysia
menggunakan Internet. 12 orang (70.3%) responden sangat bersetuju dengan pernyataan majoriti
masyarakat Malaysia menggunakan Internet. Dengan catatan min 4.6 atau 5 pada skala likert
membuktikan responden sangat setuju bahawa majoriti masyarakat Malaysia menggunakan Internet.
Hal ini mungkin kerana rakyat Malaysia kini terdedah dengan arus kemodenan yang memerlukan
penggunaan Internet dalam setiap perkara yang dilakukan. Kaji selidik juga mendapati bahawa 67%
rakyat Malaysia memilih untuk mengguna telefon pintar.
Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5
2 Pengaruh mereka yang berjaya - - 5 15 10
Bagi seseorang itu terlibat dalam bidang perniagaan secara atas talian, pengaruh orang yang
berjaya juga amat penting agar mendapat keyakinan untuk memulakan sesuatu perniagaan yang baru.
Daripada kajian, responden yang memilih setuju dan sangat setuju adalah masing-masing berjumlah
15 dan 10 orang. Manakala mereka yang tidak pasti adalah berjumlah 5 orang sahaja. Dengan catatan
min 4.1 atau 4 pada skala likert menunjukkan responden bersetuju dengan pernyataan punca mereka
18
terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah disebabkan oleh pengaruh mereka yang berjaya.
Hal ini demikian kerana ramai orang yang mendapat semangat untuk berniaga apabila melihat
kejayaan seseorang yang mula menceburi bidang perniagaan secara atas talian dari bawah.
Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5
3 Modal untuk memulakan perniagaan adalah kecil 1 4 5 11 9
Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang sangat tidak setuju dan tidak
setuju bahawa modal untuk memulakan perniagaan secara atas talian adalah kecil masing-masing
berjumlah 1 dan 4 orang sahaja. Terdapat 11 dan 9 orang responden yang setuju dan sangat setuju
dengan pernyataan modal untuk memulakan perniagaan secara atas talian adalah kecil manakala 5
orang responden tidak pasti bahawa modal untuk memulakan perniagaan secara atas talian adalah
kecil. Melalui catatan min 3.7 atau 4 pada skala likert, pengkaji mendapati bahawa responden
bersetuju dengan pernyataan usahawan yang terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah
disebabkan oleh modal yang kecil bagi memulakan perniagaan. Hal ini mungkin kerana apabila
seseorang itu memulakan perniagaan dengan modal yang besar terus tanpa pengalaman berniaga,
kemungkinan yang ada bagi perniagaan itu gagal adalah besar. Tetapi, sekiranya bermula dengan
modal yang kecil, risiko yang timbul juga kecil. Mereka juga tidak perlu menyewa pejabat,
membayar bil elektrik dan air serta membayar gaji pekerja dengan melakukan perniagaan secara atas
talian ini.
Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5
4 Salah satu cara mengembangkan perniagaan - - 6 16 8
Pengkaji mendapati bahawa responden yang setuju dan sangat setuju dengan pernyataan
perniagaan secara atas talian adalah salah satu cara bagi mengembangkan perniagaan seramai 16
(53.3%) dan 8 (26.7%) orang. Responden yang menanda tidak pasti pula adalah seramai 6 orang
19
(20%). Tiada seorang responden pun yang sangat tidak setuju dan tidak setuju dengan pernyataan
perniagaan secara atas talian adalah salah satu cara bagi mengembangkan perniagaan. Min yang
berjumlah 4.06 atau 4 pada skala likert menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa salah satu
cara bagi mengembangkan perniagaan yang mereka ada adalah dengan melakukan perniagaan secara
atas talian yang jelas lebih mudah dilakukan berbanding berniaga di kedai. Hal ini demikian kerana
semua orang mengetahui bahawa masyarakat Malaysia menggunakan Internet sepanjang masa. Oleh
itu, lebih mudah bagi usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui penggunaan
Internet juga.
Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5
5 Susah mencari pekerjaan 1 6 5 13 5
Hasil kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa responden yang tidak
pasti dan sangat setuju dengan punca mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah
disebabkan oleh kesusahan mencari pekerjaan pada masa kini adalah masing-masing seramai 5
orang. 1 dan 6 orang responden sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju dengan pernyataan
kesusahan mencari pekerjaan adalah punca mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian
manakala seramai 13 orang responden bersetuju bahawa mereka memulakan perniagaan secara atas
talian adalah kerana susah untuk mencari pekerjaan di Malaysia. Dengan min 3.5 atau 4 pada skala
likert, hal ini menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa mereka memulakan perniagaan
kerana kesusahan mencari pekerjaan. Hal ini mungkin adalah agak sukar untuk mereka mencari kerja
kerana tahap pendidikan yang diperlukan agak tinggi. Jadi secara tidak langsung, berniaga
merupakan satu-satunya perkara yang boleh mereka lakukan untuk menyara hidup mereka walaupun
mereka tidak mempunyai sijil.
20
Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5
6 Bagi menampung kos perbelanjaan seharian - 2 3 11 14
Dapatan hasil kajian menunjukkan 2 orang responden tidak setuju dengan pernyataan bahawa
mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah bagi menampung kos perbelanjaan
seharian yang semakin hari semakin meningkat. 11 dan 14 orang responden setuju dan sangat setuju
bahawa penglibatan mereka dalam perniagaan secara atas talian adalah kerana ingin menampung kos
perbelanjaan seharian manakala 3 orang responden tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Melalui
min sebanyak 4.2 atau 4 pada skala likert, pengkaji mendapati bahawa responden bersetuju bahawa
mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah bagi menampung kos perbelanjaan
seharian. Hal ini mungkin disebabkan mereka kesempitan wang dan duit yang ada tidak mencukupi
untuk membiayai perbelanjaan harian pada masa depan. Dapatan ini disokong oleh temu bual
bersama Informen Y (21/3/2017, 5:00 petang) yang mengatakan beliau menceburi bidang ini sebagai
usaha menambah dan menampung perbelanjaan harian akibat kos sara hidup yang semakin
meningkat. Oleh itu, cara yang paling baik adalah dengan memulakan perniagaan sendiri tanpa perlu
merayu-rayu mencari kerja lain secara separuh masa.
Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5
7 Tidak mahu mensia-siakan masa yang terluang - 1 4 16 9
Dapatan hasil kajian menunjukkan seramai 16 dan 9 orang responden yang setuju dan sangat
setuju dengan pernyataan mereka melibatkan diri dalam perniagaan secara atas talian kerana tidak
mahu mensia-siakan masa yang terluang. 1 orang responden tidak bersetuju dengan pernyataan
mereka tidak mahu mensia-siakan masa terluang manakala 4 orang daripada 30 orang responden
tidak pasti mereka mereka melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara atas talian kerana tidak
mahu mensia-siakan masa yang terluang. Dengan min sebanyak 4.1 atau 4 pada skala likert
menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan pernyataan bahawa mereka tidak mahu mensia-
21
siakan masa yang terluang dan melibatkan diri dalam perniagaan secara atas talian. Hal ini mungkin
adalah kerana perniagaan secara atas talian ini tidak mengganggu masa kerja mereka kerana ia boleh
dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Apabila mereka mempunyai masa lapang, mereka hanya perlu
menggunakan telefon pintar dan memulakan bisnes hanya di hujung jari.
Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5
8 Belajar perkara baru dan menimba pengalaman dalam bidang
perniagaan
- 2 3 14 11
Melalui dapatan hasil kajian, pengkaji mendapati seramai 2 orang responden yang tidak
bersetuju dengan pernyataan punca mererka terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah
kerana ingin belajar perkara baru dan menimba pengalaman dalam bidang perniagaan. Responden
yang setuju dan sangat setuju dengan pernyataan tersebut pula adalah masing-masing seramai 14
(46.7%) dan 11 orang (36.7%). Terdapat 3 orang (10%) responden yang tidak pasti mereka
melibatkan diri dalam perniagaan secara atas talian untuk belajar perkara baru dan menimba ilmu
dalam bidang perniagaan. Dengan min sebanyak 4.1 atau 4 pada skala likert menunjukkan responden
bersetuju mereka belajar perkara baru dan menimba pengalaman dalam bidang perniagaan. Hal ini
demikian kerana pengalaman dan ilmu yang dapat dikumpulkan dalam membesarkan perniagaan
yang kecil akan menguatkan mereka sebagai usahawan peringkat demi peringkat. Kelak, apabila
perniagaan yang dijalankan menjadi besar, segala ilmu perniagaan telah dipelajari dalam perjalanan
dari berniaga kecil hingga besar. Kemahiran berniaga mereka juga dapat ditingkatkan melalui
perniagaan secara atas talian ini.
Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5
9 Dapat lebih ramai kenalan 1 1 4 12 12
Dapatan hasil kajian menunjukkan responden yang sangat tidak setuju dan tidak setuju
dengan pernyataan penglibatan mereka dalam perniagaan secara atas talian adalah kerana ingin
22
menambah kenalan, kedua-duanya seramai 1 orang (6.7%) sahaja. Responden yang setuju dan sangat
setuju pula kedua-duanya berjumlah 12 orang (40%) manakala mereka yang tidak pasti dengan
pernyataan tersebut adalah seramai 4 orang (13.3%). Melalui min sebanyak 4.1 atau 4 pada skala
likert, pengkaji mendapati bahawa responden bersetuju bahawa mereka terlibat dalam bidang
perniagaan secara atas talian disebabkan oleh ingin mendapat lebih ramai kenalan. Hal ini mungkin
adalah kerana mereka ingin berinteraksi dengan orang luar yang tidak dikenali dan menjalinkan
hubungan yang baik dengan sesama manusia.
Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5
10 Boleh bekerja di mana-mana sahaja 2 1 4 14 9
Hasil kajian menunjukkan responden yang sangat tidak setuju dan tidak setuju dengan
pernyataan penglibatan mereka dalam perniagaan secara atas talian adalah disebabkan oleh mereka
boleh bekerja di mana-mana sahaja adalah masing-masing seramai 2 dan 1 orang sahaja. Responden
yang tidak pasti mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian kerana boleh bekerja di mana-
mana sahaja adalah seramai 3 orang manakala seramai 14 dan 9 orang responden yang setuju dan
sangat setuju dengan pernyataan penglibatan mereka dalam perniagaan secara atas talian adalah
disebabkan oleh boleh bekerja di mana-mana sahaja. Dengan min 3.9 atau 4 pada skala likert
menunjukkan responden setuju bahawa mereka melibatkan diri dalam perniagaan secara atas talian
ini adalah kerana boleh bekerja di man-mana sahaja. Hal ini mungkin adalah kerana mereka tidak
perlu memikirkan untuk menyewa pejabat khas bagi sesebuah perniagaan. Mereka boleh berniaga di
mana sahaja tempat yang mempunyai jaringan Internet seperti di dalam bilik atau di warung. Dapatan
ini disokong oleh temu bual bersama Informen Z (23/3/2017, 11:15 petang) yang mengatakan apabila
sebut sahaja tentang bisnes secara atas talian, sebenarnya kita boleh berbisnes pada bila-bila masa.
Tiada ‘office hour’ seperti perlu masuk ke pejabat pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Semuanya bergantung kepada ketetapan masa kita sendiri. Lebih lama anda online dengan tujuan
bisnes, maka lebih banyak pulangannya.
23
Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5
11 Perniagaan berjalan sepanjang masa - 3 7 14 6
Berdasarkan hasil kajian, pengkaji mendapati 3 orang responden tidak setuju dengan
pernyataan mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah kerana perniagaan ini berjalan
sepanjang masa. Seramai 14 dan 6 orang responden yang setuju dan sangat setuju manakala 7 orang
responden tidak pasti tentang penglibatan mereka dalam perniagaan secara atas talian adalah kerana
perniagaan yang berjalan sepanjang masa. Dengan min sebanyak 3.8 atau 4 pada skala likert
menunjukkan bahawa responden bersetuju perniagaan yang berjalan sepanjang masa menyebabkan
mereka berkecimpung dalam bidang perniagaan secara atas talian. Hal ini mungkin disebabkan oleh
pelanggan yang membeli tidak tentu masanya. Ada yang terlalu sibuk di siang hari dan suka
membeli-belah di waktu malam tetapi terlalu penat untuk keluar dari rumah masing-masing. Oleh
yang demikian, proses jual beli akan berlaku dalam 24 jam sehari tanpa berhenti.
Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5
12 Pasaran luas 1 2 3 15 9
Dapatan hasil kajian menunjukkan responden yang setuju dan sangat setuju bahawa pasaran
yang luas menyebabkan mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian. Seramai 3 orang
responden yang tidak pasti punca mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah
disebabkan oleh pasaran luas manakala 1 dan 2 orang responden yang sangat tidak setuju dan tidak
setuju terhadap pernyataan tersebut. Melalui min sebanyak 4.0 atau 4 pada skala likert, pengkaji
mendapati responden bersetuju dengan pernyataan pasaran luas adalah punca responden melibatkan
diri dalam perniagaan secara atas talian. Hal ini mungkin adalah kerana pelanggan mereka akan
terhad sekiranya mereka hanya berniaga di kedai. Mereka mungkin hanya akan berjumpa dengan
beberapa orang sahaja dalam sehari. Itu belum termasuk dengan masa yang terbuang yang
disebabkan oleh kesesakan lalu lintas. Tetapi, sekiranya mereka berniaga secara atas talian,
24
pelanggan mereka tidak terhad. Dapatan ini disokong melalui temu bual bersama Informen X
(21/3/2017, 9:30 pagi) yang mengatakan sambutan jualan yang diterima amat baik, pasaran
perniagaan yang luas dan melihat peluang perniagaan cerah, beliau beralih kepada pemasaran dan
jualan secara dalam talian.
Berdasarkan hasil kajian, responden yang tidak setuju dengan pernyataan kos promosi yang
murah menyebabkan mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian. Seramai 4 orang responden
tidak pasti punca mereka melibatkan diri dalam perniagaan ini adalah kerana kos promosi yang
murah. Seramai 13 orang responden yang bersetuju dengan pernyataan tersebut manakala 8 orang
responden sangat setuju dengan pernyataan penglibatan mereka dalam bidang perniagaan secara atas
talian adalah disebabkan kos promosi yang murah. Min yang berjumlah 3.8 atau 4 pada skala likert
menunjukkan responden bersetuju bahawa mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah
kerana kos promosi yang murah. Hal ini demikian kerana terlalu banyak platform yang boleh
digunakan seperti Facebook, Instagram dan blog bagi mempromosi barangan jualan tanpa
mengeluarkan duit yang banyak dan tidak perlu membuka kedai untuk berniaga barangan jualan.
Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5
13 Kos promosi yang murah - 5 4 13 8
25
6.0 RUMUSAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengaruh perniagaan atas talian terhadap
trend perniagaan masa kini kepada penduduk di Kampung Jawa, Klang. Secara umumnya, Kampung
Jawa adalah kawasan petempatan masyarakat Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada kaum
Melayu.
Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian. Objektif pertama kajian ini dijalankan
adalah untuk mengenal pasti jenis barangan yang dijual secara atas talian oleh penduduk Kampung
Jawa manakala objektif kedua adalah mengkaji punca penduduk di Kampung Jawa terlibat dalam
perniagaan secara atas talian.
Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah pemerhatian, kaedah soal
selidik, kaedah rujukan perpustakaan dan kaedah temu bual. Pengkaji memberi borang soal selidik
secara rawak kepada 30 orang penduduk Kampung Jawa yang terlibat dalam perniagaan secara atas
talian ini.
Berdasarkan kajian yang dibuat, didapati bahawa barangan yang dijual oleh responden secara
atas talian adalah seperti yang telah dibincangkan seperti peralatan dapur, peralatan sukan, barangan
kosmetik, barangan aksesori, barangan gajet, produk kesihatan, pakaian, makanan dan barangan-
barangan lain. Pada pandangan pengkaji, penduduk Kampung Jawa menjual barangan secara atas
talian berdasarkan permintaan yang dibuat oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Malah, mereka
menjual daripada pelbagai jenis platform yang ada di Internet. Sebagai contoh, ada di antara
responden yang mempunyai ramai pengikut di Instagram menjual barangan seperti pakaian kerana
mereka yakin akan ada orang yang membeli barangan yang dijual. Sekiranya sudah biasa
menggunakan Facebook atau blog,penjual boleh menggunakan platform tersebut kerana pengguna
kini bebas dan berpeluang membuat pilihan dan mengenalpasti dengan lebih dekat sesuatu produk
atau perkhidmatan menerusi laman web seperti blog ataupun Facebook kerana boleh dilakukan tanpa
mengira waktu. Hal ini menunjukkan bahawa objektif pertama tercapai kerana pengkaji dapat
mengetahui jenis barangan yang dijual oleh responden di Kampung Jawa, Klang.
26
Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa faktor utama responden membuat
perniagaan secara atas talian ini adalah kerana majoriti masyarakat Malaysia menggunakan Internet.
Hal ini menunjukkan bahawa objektif kedua kajian ini adalah tercapai kerana kebanyakan responden
bersetuju dan sangat bersetuju dengan pernyataan yang dinyatakan dalam borang soal selidik.
Berdasarkan nilai min bagi setiap pernyataan dalam soal selidik yang diperoleh, faktor susah mencari
pekerjaan mencatatkan min yang paling rendah iaitu 3.5 berbanding soalan yang lain dalam objektif
dua. Pada soalan ini, terdapat 6 dan 5 orang responden yang tidak setuju dan tidak pasti dengan
pernyataan mereka berniaga secara atas talian adalah kerana susah mencari pekerjaan. Berdasarkan
pandangan pengkaji, kesusahan mencari pekerjaan adalah faktor kecil yang menyebabkan seseorang
membuat perniagaan secara atas talian ini. Kebanyakan mereka memulakan perniagaan ini adalah
untuk mengembangkan perniagaan yang ada dan tidak mahu mensia-siakan masa yang terluang.
Kesimpulan daripada kajian ini, pengkaji dapat mengetahui jenis barangan yang dijual oleh
kebanyakan penduduk di Kampung Jawa selain mengetahui punca mereka terlibat dalam perniagaan
secara atas talian ini. Pengkaji berharap agar kajian pada masa hadapan adalah lebih baik dan
mendapat keputusan yang lebih tepat dalam menilai faktor penglibatan penduduk Kampung Jawa
terhadap perniagaan secara atas talian.
27
7.0 SENARAI RUJUKAN
AKHBAR
1. Muhammad Syukri Ibrahim, 20 Mei 2016, Rencana Bertajuk: Perniagaan Atas Talian Menambah
Pendapatan, Utusan, dirujuk pada 8 Feb 2017
2. Zakkina Wati Ahmad Tarmizi, 1 April 2017, Rencana Bertajuk: Dari Jiran Terus Ke Pasaran,
Utusan, dirujuk pada 1 April 2017
BUKU
1. Karim bin Abu Bakar, 1981, Sejarah Selangor, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
KAJIAN ILMIAH
1. Muhammad Saifullah bin Abdul Rasid, 2016, Taman Tasik Taiping Menjadi Tumpuan Para
Pengunjung Untuk Beriadah Pada Masa Lapang, Bahan Ilmiah, SMA Persekutuan Labu, 10 April
2017
KAMUS
2. Kamus Dewan Edisi Keempat Cetakan Kedua, 2016. Dewan Bahasa dan Pustaka
LAMAN WEB (INTERNET)
1. Laman Web Google. 2017. Google Maps, dirujuk pada 3 April 2017
https://www.google.com/maps/place/Selangor,+Malaysia/@3.231142,100.8293122,9z/data=!4
m5!3m4!1s0x31cc4252cdeb045f:0x26e1bee1215dfbb9!8m2!3d3.0738379!4d101.5183469
2. Laman Web Google. 2017. Google Maps, dirujuk pada 3 April 2017
https://www.google.com/maps/place/Klang,+Selangor,+Malaysia/@3.0429652,101.3713509,12
z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x31cc534c4ffe81cf:0xeb61f5772fd54514!8m2!3d3.044917!4d1
01.4455621
3. Laman Web Google. 2017. Google Maps, dirujuk pada 3 April 2017
https://www.google.com/maps/place/Kampung+Jawa,+41000+Klang,+Selangor,+Malaysia/@3.
0300544,101.4570264,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x31cdacc99f190061:0x1612657c11b1
dae2!8m2!3d3.0300544!4d101.4592151
28
TEMU BUAL
1. Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Norliza binti Danuri di Kampung Jawa, Klang
pada jam 9:30 pagi, 21/3/2017
2. Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Nurul Auni binti Darul Hisham di Kampung
Jawa pada jam 11:15 pagi, 23/3/2017
3. Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Siti Zakirah binti Zulkifli di Kampung Jawa,
Klang pada jam 5:00 petang, 21/3/2017

More Related Content

What's hot

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Thanushah Soniyasee
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4 Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4 Weiss Lee
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukAsmawi Abdullah
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranAzizah Had
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananOliver Louise
 
Pemendapan sungai
Pemendapan sungaiPemendapan sungai
Pemendapan sungaiHilmi Ahmad
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 World wide
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanNUR HUMAIRAH AMIRA
 
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)Nor Hasnira
 
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Thivyaapriya Sambamoorthy
 
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.Nur Haziqah Utieh
 
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUKBahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUKAsmawi Abdullah
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARAsmawi Abdullah
 
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...Asmawi Abdullah
 
Kitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKamilah Kam
 
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Oliver Louise
 
Kerja khusus sejarah 2017
Kerja khusus sejarah 2017Kerja khusus sejarah 2017
Kerja khusus sejarah 2017sarina said
 
Peristiwa dahagi india (stpm sej sem 1)
Peristiwa dahagi india (stpm sej sem 1)Peristiwa dahagi india (stpm sej sem 1)
Peristiwa dahagi india (stpm sej sem 1)azam_hazel
 
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikJASONYAPMUNHONG
 

What's hot (20)

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4 Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaran
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
 
Pemendapan sungai
Pemendapan sungaiPemendapan sungai
Pemendapan sungai
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
 
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
 
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
 
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
 
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin HajiMejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
 
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUKBahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK
Bahagian B Kuliah 3 - PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN PROGRAM KAWALAN PENDUDUK
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDARSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - MIKRO IKLIM BANDAR
 
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
Kuliah 10 - PEMBANDARAN: JENIS DAN CIRI BANDAR SERTA PROSES PEMBANDARAN (URBA...
 
Kitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKitaran hidrologi
Kitaran hidrologi
 
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
 
Kerja khusus sejarah 2017
Kerja khusus sejarah 2017Kerja khusus sejarah 2017
Kerja khusus sejarah 2017
 
Peristiwa dahagi india (stpm sej sem 1)
Peristiwa dahagi india (stpm sej sem 1)Peristiwa dahagi india (stpm sej sem 1)
Peristiwa dahagi india (stpm sej sem 1)
 
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus BaikBab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
Bab 8 : Ciri Dan Prinsip Tadbir Urus Baik
 

Similar to TRENDS BELI BELANJA ONLINE

SIM, Khusrul Kurniawan, Prof. Dr. Hapzi Ali, Perkembangan Kantor Maya dan Pen...
SIM, Khusrul Kurniawan, Prof. Dr. Hapzi Ali, Perkembangan Kantor Maya dan Pen...SIM, Khusrul Kurniawan, Prof. Dr. Hapzi Ali, Perkembangan Kantor Maya dan Pen...
SIM, Khusrul Kurniawan, Prof. Dr. Hapzi Ali, Perkembangan Kantor Maya dan Pen...Khusrul Kurniawan
 
pembentangan kerja kursus pengajian am sem 2 2017
pembentangan kerja kursus pengajian am sem 2 2017pembentangan kerja kursus pengajian am sem 2 2017
pembentangan kerja kursus pengajian am sem 2 2017Nabila Azhar
 
SIM - Rohmad, Prof. Dr. Ir. H. Hapsi Ali, MM, ( pengguna dan pengembang siste...
SIM - Rohmad, Prof. Dr. Ir. H. Hapsi Ali, MM, ( pengguna dan pengembang siste...SIM - Rohmad, Prof. Dr. Ir. H. Hapsi Ali, MM, ( pengguna dan pengembang siste...
SIM - Rohmad, Prof. Dr. Ir. H. Hapsi Ali, MM, ( pengguna dan pengembang siste...Rohmad MT
 
Perancangan Kajang
Perancangan KajangPerancangan Kajang
Perancangan KajangJean Ong
 
Manajemen Pemasaran Online Shop Dalam Perkembangan Internet Di Indonesia
Manajemen Pemasaran Online Shop Dalam Perkembangan Internet Di IndonesiaManajemen Pemasaran Online Shop Dalam Perkembangan Internet Di Indonesia
Manajemen Pemasaran Online Shop Dalam Perkembangan Internet Di IndonesiaInsan Cahya Setia
 
Analisis Pengaruh Ewom terhadap Citra Destinasi, Kepuasan Wisatawan dan Loyal...
Analisis Pengaruh Ewom terhadap Citra Destinasi, Kepuasan Wisatawan dan Loyal...Analisis Pengaruh Ewom terhadap Citra Destinasi, Kepuasan Wisatawan dan Loyal...
Analisis Pengaruh Ewom terhadap Citra Destinasi, Kepuasan Wisatawan dan Loyal...Salman Paludi
 
Contoh analisis kebijakan penataan copy
Contoh analisis kebijakan penataan copyContoh analisis kebijakan penataan copy
Contoh analisis kebijakan penataan copynurul khaiva
 
Kpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauanKpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauannijalbahari
 
Tugasan 7
Tugasan 7Tugasan 7
Tugasan 7amirdn
 
Muhamad rafi hadi 10514087 karya ilmiah_kw-4
Muhamad rafi hadi 10514087 karya ilmiah_kw-4Muhamad rafi hadi 10514087 karya ilmiah_kw-4
Muhamad rafi hadi 10514087 karya ilmiah_kw-4muhammad rafi hadi
 
Bab i pendahuluan k
Bab i pendahuluan kBab i pendahuluan k
Bab i pendahuluan kChintiaRahmi
 
Pasar Youth Menjadi Cikal Bakal Bisnis Telco Kedepannya.
Pasar Youth Menjadi Cikal Bakal Bisnis Telco Kedepannya.Pasar Youth Menjadi Cikal Bakal Bisnis Telco Kedepannya.
Pasar Youth Menjadi Cikal Bakal Bisnis Telco Kedepannya.Bambang Purnomo
 
Infrastruktur strategis pengembangan perbankan syariah era revolusi digital new
Infrastruktur strategis pengembangan perbankan syariah era revolusi digital newInfrastruktur strategis pengembangan perbankan syariah era revolusi digital new
Infrastruktur strategis pengembangan perbankan syariah era revolusi digital newRiyas Yayuk Basuki
 
RENCANA PEMASARAN PENJUALAN IKAN LAUT BERBASIS MOBILE APPLICATION
RENCANA PEMASARAN PENJUALAN IKAN LAUT  BERBASIS MOBILE APPLICATIONRENCANA PEMASARAN PENJUALAN IKAN LAUT  BERBASIS MOBILE APPLICATION
RENCANA PEMASARAN PENJUALAN IKAN LAUT BERBASIS MOBILE APPLICATIONIndah Cahyani
 
uas.pptx
uas.pptxuas.pptx
uas.pptxtude7
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARNaveen Segaran
 
JURNAL EKONOMI ADVANCE UMMY
JURNAL EKONOMI ADVANCE UMMYJURNAL EKONOMI ADVANCE UMMY
JURNAL EKONOMI ADVANCE UMMYAktfe Ummy
 

Similar to TRENDS BELI BELANJA ONLINE (20)

SIM, Khusrul Kurniawan, Prof. Dr. Hapzi Ali, Perkembangan Kantor Maya dan Pen...
SIM, Khusrul Kurniawan, Prof. Dr. Hapzi Ali, Perkembangan Kantor Maya dan Pen...SIM, Khusrul Kurniawan, Prof. Dr. Hapzi Ali, Perkembangan Kantor Maya dan Pen...
SIM, Khusrul Kurniawan, Prof. Dr. Hapzi Ali, Perkembangan Kantor Maya dan Pen...
 
pembentangan kerja kursus pengajian am sem 2 2017
pembentangan kerja kursus pengajian am sem 2 2017pembentangan kerja kursus pengajian am sem 2 2017
pembentangan kerja kursus pengajian am sem 2 2017
 
SIM - Rohmad, Prof. Dr. Ir. H. Hapsi Ali, MM, ( pengguna dan pengembang siste...
SIM - Rohmad, Prof. Dr. Ir. H. Hapsi Ali, MM, ( pengguna dan pengembang siste...SIM - Rohmad, Prof. Dr. Ir. H. Hapsi Ali, MM, ( pengguna dan pengembang siste...
SIM - Rohmad, Prof. Dr. Ir. H. Hapsi Ali, MM, ( pengguna dan pengembang siste...
 
Perancangan Kajang
Perancangan KajangPerancangan Kajang
Perancangan Kajang
 
Manajemen Pemasaran Online Shop Dalam Perkembangan Internet Di Indonesia
Manajemen Pemasaran Online Shop Dalam Perkembangan Internet Di IndonesiaManajemen Pemasaran Online Shop Dalam Perkembangan Internet Di Indonesia
Manajemen Pemasaran Online Shop Dalam Perkembangan Internet Di Indonesia
 
Analisis Pengaruh Ewom terhadap Citra Destinasi, Kepuasan Wisatawan dan Loyal...
Analisis Pengaruh Ewom terhadap Citra Destinasi, Kepuasan Wisatawan dan Loyal...Analisis Pengaruh Ewom terhadap Citra Destinasi, Kepuasan Wisatawan dan Loyal...
Analisis Pengaruh Ewom terhadap Citra Destinasi, Kepuasan Wisatawan dan Loyal...
 
Contoh analisis kebijakan penataan copy
Contoh analisis kebijakan penataan copyContoh analisis kebijakan penataan copy
Contoh analisis kebijakan penataan copy
 
Kpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauanKpt6044tugasan3kajiantinjauan
Kpt6044tugasan3kajiantinjauan
 
Tugasan 7
Tugasan 7Tugasan 7
Tugasan 7
 
Muhamad rafi hadi 10514087 karya ilmiah_kw-4
Muhamad rafi hadi 10514087 karya ilmiah_kw-4Muhamad rafi hadi 10514087 karya ilmiah_kw-4
Muhamad rafi hadi 10514087 karya ilmiah_kw-4
 
Bab i pendahuluan k
Bab i pendahuluan kBab i pendahuluan k
Bab i pendahuluan k
 
Pasar Youth Menjadi Cikal Bakal Bisnis Telco Kedepannya.
Pasar Youth Menjadi Cikal Bakal Bisnis Telco Kedepannya.Pasar Youth Menjadi Cikal Bakal Bisnis Telco Kedepannya.
Pasar Youth Menjadi Cikal Bakal Bisnis Telco Kedepannya.
 
Studi kasus plk
Studi kasus plk Studi kasus plk
Studi kasus plk
 
Infrastruktur strategis pengembangan perbankan syariah era revolusi digital new
Infrastruktur strategis pengembangan perbankan syariah era revolusi digital newInfrastruktur strategis pengembangan perbankan syariah era revolusi digital new
Infrastruktur strategis pengembangan perbankan syariah era revolusi digital new
 
RENCANA PEMASARAN PENJUALAN IKAN LAUT BERBASIS MOBILE APPLICATION
RENCANA PEMASARAN PENJUALAN IKAN LAUT  BERBASIS MOBILE APPLICATIONRENCANA PEMASARAN PENJUALAN IKAN LAUT  BERBASIS MOBILE APPLICATION
RENCANA PEMASARAN PENJUALAN IKAN LAUT BERBASIS MOBILE APPLICATION
 
Lmcp 1532 tugasan 7
Lmcp 1532 tugasan 7Lmcp 1532 tugasan 7
Lmcp 1532 tugasan 7
 
uas.pptx
uas.pptxuas.pptx
uas.pptx
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 
Uas digietno 2
Uas digietno 2Uas digietno 2
Uas digietno 2
 
JURNAL EKONOMI ADVANCE UMMY
JURNAL EKONOMI ADVANCE UMMYJURNAL EKONOMI ADVANCE UMMY
JURNAL EKONOMI ADVANCE UMMY
 

Recently uploaded

aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 

Recently uploaded (20)

aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 

TRENDS BELI BELANJA ONLINE

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Kebanyakan pemilik perniagaan kini memilih untuk memasarkan pelbagai produk termasuk makanan melalui dalam talian (online). Tidak ketinggalan, peniaga kraf tangan, hiasan dinding, dan kad turut mengambil inisiatif dalam mengaplikasikan kaedah yang sama. Produk buatan tangan seperti beg, kasut dan beg tangan dipromosikan secara meluas melalui Internet tanpa menggunakan sebarang iklan dalam surat khabar, radio ataupun televisyen. Timbul persoalan mengapa orang awam memilih untuk menjalankan perniagaan secara atas talian berbanding perniagaan biasa, sedangkan ia mungkin kurang dipercayai mahupun mendapat perhatian pelanggan. Kelebihan memasarkan produk melalui online adalah langkah terbaik bagi usahawan yang ingin berniaga tapi malu-malu untuk mempromosikan produk. Terdapat segelintir usahawan kurang berkeyakinan untuk bercakap dan berhadapan dengan orang ramai, jadi mereka boleh memasarkan produk secara online sahaja. Produk juga sentiasa dikemas kini melalui medium sosial. Oleh itu, pelanggan lebih memberi perhatian bagi keadaan itu. Perniagaan secara atas talian merupakan kaedah jual beli yang semakin banyak dilakukan oleh masyarakat kini untuk menggantikan cara manual iaitu ke kedai untuk membeli barangan yang dikehendaki. Musim silih berganti dan zaman juga berubah. Penggunaan Internet dalam kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dan mengubah cara hidup mereka. Perniagaan melalui Internet kini telah menjadi satu trend kepada masyarakat sekarang. Melalui penjualan barangan secara atas talian, usahawan dapat bekerja di rumah dengan menentukan waktu bekerja sendiri tanpa perlu melalui kesesakan lalu lintas sewaktu pergi dan pulang bekerja serta menghindari waktu bekerja lama tanpa sebarang rehat. Di Malaysia, perniagaan secara atas talian semakin mendapat sambutan yang menggalakkan. Ramai usahawan menjadikan Internet sebagai saluran untuk memulakan dan memajukan pernigaan kerana mereka tidak memerlukan modal yang besar di mana produk dipromosikan secara terus melalui medium sosial dengan memuat naik gambar produk sahaja. Para usahawan yang ingin mengembangkan perniagan secara atas talian hanya perlu mempunyai sebuah komputer dan
  • 2. 2 kebolehan sebagai seorang peniaga untuk memulakan sesebuah perniagaan berbanding mengeluarkan kos untuk sewa kedai, bil api, bil air dan gaji pekerja tetap. Perniagaan secara atas talian membolehkan para usahawan menjual dan memasarkan produk dengan lebih cepat dan mudah memasuki pasaran global. Selain membantu pengguna mendapatkan barangan yang sukar dicari, perniagaan secara atas talian juga menggantikan konsep konvensional yang memerlukan pelanggan datang ke kedai untuk membeli barang. Hari ini, hanya dengan satu klik pada telefon bimbit atau komputer, semuanya dapat diuruskan dengan sangat lancar. Kaedah ini membantu memudahkan urusan pelanggan, di mana mereka dapat memilih dan menempah produk pada bila-bila masa sahaja. Memandangkan modal untuk memulakan perniagaan secara atas talian jauh lebih murah, maka ia membuka peluang kepada para usahawan untuk mempelbagaikan perniagaan yang dilakukan. Kewujudan peniaga yang berniaga secara atas talian ini boleh diumpamakan seperti cendawan tumbuh setelah hujan. Walau bagaimanapun, trend jual beli secara moden ini dilihat tidak akan mengganggu dan menjejaskan konsep jualan terus atau langsung. Hal ini demikian kerana masih ramai lagi pembeli yang mahu berurusan secara dua mata untuk memeriksa sendiri kualiti produk jualan. Oleh kerana perniagaan secara atas talian mendapat sambutan yang begitu baik dalam kalangan masyarakat, ramai golongan muda yang mula menceburi bidang ini sebagai usaha untuk menambah dan menampung perbelanjaan harian akibat kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh demikian, perniagaan secara atas talian telah menjadi lubuk emas dalam bidang perniagaan di negara Malaysia. Jumlah wang yang mengalir dalam sektor ini juga semakin hari semakin meningkat dan menyebabkan bukan sahaja peniaga kecil-kecilan malahan peniaga berskala besar juga turut menceburinya disebabkan perniagaan atas talian ini berjaya melahirkan jutawan dalam masa yang singkat. (UTUSAN, 20.5.2016)
  • 3. 3 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2.1 Mengenal pasti jenis barangan yang dijual secara atas talian oleh penduduk Kampung Jawa, Klang. 2.2 Mengkaji punca penduduk Kampung Jawa, Klang terlibat dalam perniagaan secara atas talian.
  • 4. 4 3.0 LOKASI KAJIAN 3.1 Peta Lokasi Kampung Jawa Peta 1: Kampung Jawa Sumber: Google Map Latar belakang Kampung Jawa Kampung Jawa adalah sebuah kawasan perkampungan yang terletak dalam daerah Klang, Selangor. Selain itu, Kampung Jawa mempunyai akses terus dari Kota Kemuning - Shah Alam Highway (LKSA) yang dengan mudah menghubungkan ke bahagian lain di Shah Alam. Terdapat juga lebuh raya lain yang menghubungkan kepada persekitaran ini seperti Shah Alam Highway, Lebuhraya Persekutuan dan Pulau Indah Highway, yang menghubungkan kawasan ini ke bandar- bandar jiran seperti Port Klang, Puchong, Subang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Mereka yang memilih untuk pengangkutan awam, kereta api yang terdekat adalah di Stesen KTM Klang, serta kawasan sekitar ini juga terletak berhampiran dengan terminal bas di Meru (Klang) dan Seksyen 17 (Shah Alam)
  • 5. 5 3.2 Peta Lokasi Daerah Klang Peta 2: Klang Sumber: Google Map Latar belakang Daerah Klang Klang dahulunya dikenali sebagai Kelang merupakan Bandar DiRaja, bandar terbesar Selangor, bandar sekolah menengah persendiran dan sebuah daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Nama Klang juga berasal daripada bunyi yang dihasilkan daripada loceng yang diikat pada gajah yang merupakan kenderaan utama di zaman dahulukala. Ada juga yang mengatakan nama Klang berasal daripada penduduk Cina yang sering mengutip 'Kerang' di muara sungai. Disebabkan pelat pada sebutan mereka, maka mereka menyebut 'kerang' sebagai 'Klang' dan akhirnya kawasan itu dikenali sebagai 'KLANG'. Bandar ini pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak kira-kira 32 km di barat Kuala Lumpur dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selangor. Klang bersempadan dengan daerah Petaling di sebelah timur, daerah Kuala Langat di sebelah selatan manakala Kuala Selangor di sebelah utaranya. Di sebelah baratnya pula merupakan Selat Melaka.
  • 6. 6 3.3 Peta Lokasi Selangor Darul Ehsan Peta 3: Selangor Sumber: Google Map Latar belakang Selangor Darul Ehsan Negeri Selangor Darul Ehsan terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Perak di sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan Negeri Sembilan di sebelah selatan. Terletak di bahagian barat Banjaran Titiwangsa, Selangor dibahagikan kepada sembilan daerah yang terdiri dari Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling Jaya, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. (Karim bin Abu Bakar,1981. Secara umumnya, Selangor diairi oleh empat lembangan sungai utama iaitu lembangan Sungai Langat dan lembangan Sungai Klang di bahagian selatan serta lembngan Sungai Bernam dan lembangan Sungai Selangor (lembangan terbesar di negeri ini) di bahagian utaranya. Sungai-sungai ini dilihat sebagai faktor utama kepada bermulanya petempatan awal masyarakat di sekitar kawasan ini.
  • 7. 7 4.0 METODOLOGI KAJIAN Bahagian ini membincangkan metodologi yang digunakan oleh pengkaji: Menurut Kamus Dewan cetakan kedua (Edisi Baru) 2016, maksud metodologi adalah sistem yang merangkumi kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, cara mendapatkan data dan cara memproses data. Antara tujuan menyediakan metodologi kajian adalah untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian. 4.1 Cara mendapatkan maklumat 4.1.1 Kaedah soal selidik Bagi menyiapkan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik. Hal ini demikian kerana ramai penduduk di Kampung Jawa yang melibatkan diri dalam perniagaan atas talian. Pengkaji telah membuat soalan yang sesuai dengan objektif kajian. Sebelum pengkaji memulakan soal selidik, pengkaji menyediakan soalan terlebih dahulu. Borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada 30 orang responden di kawasan kajian berdasarkan objektif yang telah dilakukan. Borang soal selidik ini mempunyai tiga bahagian. Bahagian A adalah mengenai latar belakang responden, bahagian B adalah untuk mengenal pasti jenis barangan yang dijual secara atas talian dan bahagian C adalah untuk mengkaji punca penduduk Kampung Jawa terlibat dalam perniagaan secara atas talian. Pengkaji menggunakan skala likert 5 mata bagi menilai persepsi penduduk terhadap analisis perniagaan atas talian terhadap trend masa kini kepada penduduk Kampung Jawa. 1 2 3 4 5 Sangat tak setuju Tak setuju Tak pasti Setuju Sangat setuju
  • 8. 8 Responden hanya perlu menanda mengikut pilihan 1, 2, 3, 4 dan 5 sahaja bagi menjawab soal selidik yang disediakan. Responden diberi masa selama 5 minit untuk menjawab soalan yang disediakan. Secara tidak langsung, kajian ini dapat diteliti dengan lebih berkesan melalui kaedah ini. Borang soal selidik ini dianalisa menggunakan bilangan dan peratus untuk memudahkan proses kajian. Data yang diambil daripada jadual akan dipersembahkan dalam dapatan kajian menggunakan min, jadual dan carta pai. 4.1.2 Kaedah pemerhatian Pengkaji membuat pemerhatian di lokasi kajian bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji dapat melihat bahawa lebih ramai kaum wanita yang terlibat dengan aktiviti perniagaan secara atas talian ini berbanding kaum lelaki di Kampung Jawa. Selain itu, semasa pengkaji melakukan pemerhatian di kawasan kajian iaitu Kampung Jawa, pengkaji melihat majoriti penduduk yang terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah terdiri daripada mereka yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun. Mereka yang bujang juga dilihat lebih tertarik untuk berniaga secara atas talian daripada mereka yang telah berumah tangga. 4.1.3 Kaedah rujukan perpustakaan Bagi menambah maklumat berkaitan dengan tajuk kajian, pengkaji menggunakan kaedah rujukan bagi mendapatkan lebih banyak maklumat. Antara sumber rujukan yang digunakan oleh pengkaji adalah sumber internet, rujukan perpustakaan, rujukan surat khabar dan rujukan daripada hasil kerja kursus pelajar pada tahun sebelumnya. Pengkaji telah menggunakan Kamus Dewan edisi keempat bagi mencari definisi perkataan yang pengkaji ingin ketahui dalam proses menyiapkan kajian ini. Selain itu, pengkaji juga menjadikan surat khabar sebagai rujukan tambahan bagi melengkapkan hasil kajian ini. Pengkaji juga membuat rujukan di Perpustakaan SMAP Labu bagi mencari maklumat mengenai kajian yang dijalankan. Hasil kerja kursus daripada pelajar-pelajar dahulu digunakan sebagai rujukan untuk membantu memudahkan proses kajian yang dijalankan.
  • 9. 9 4.1.4 Kaedah Temu Bual Pengkaji menyediakan beberapa soalan berkaitan perniagaan secara atas talian. Pengkaji memilih responden secara rawak seramai 3 orang daripada kalangan penduduk Kampung Jawa yang terlibat dalam perniagaan secara atas talian. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat mengukuhkan lagi dapatan kajian yang diperoleh. Berikut adalah jadual temu bual bersama Informen: Bil Informen Tarikh Masa 1. X 21/3/2017 9:30 pagi 2. Y 21/3/2017 5:00 petang 3. Z 23/3/2017 11:15 pagi 4.2 Cara memproses data Bagi dapatan kajian melalui kaedah soal selidik, pengkaji telah mengira semua data yang diperolehi dalam bentuk nombor dan peratusan. Melalui soal selidik juga pengkaji telah mendapatkan semua responden yang terlibat dalam perniagaan secara atas talian di Kampung Jawa. Pengkaji juga telah melakukan pemerhatian di kawasan kajian. Pemerhatian dilakukan untuk melancarkan kajian yang telah diwujudkan. Oleh itu, pengkaji telah melakukan soal selidik dan pemerhatian untuk memproses data. 4.3 Cara mempersembahkan data Dalam usaha mempersembahkan data, pengkaji telah membina jadual bagi memudahkan pengkaji mengetahui bilang responden yang disoal selidik. Melalui pembinaan jadual, pengkaji lebih mudah dan cepat membuat esei yang berkaitan dengan perkara yang dijadualkan. Selain itu, pengkaji telah membuat carta pai bagi menunjukkan peratusan bagi demografi responden. Melalui cara ini, pengkaji lebih mudah menyediakan huraian mengenai pernyatan yang disoal selidik oleh pengkaji kepada responden.
  • 10. 10 5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh responden. Data yang telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, min purata dan taburan kekerapan. 5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN Bagi mengkaji persepsi penduduk mengenai perniagaan secara atas talian terhadap trend masa kini, seramai 30 orang responden dipilih oleh pengkaji untuk melengkapkan borang soal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan jantina, umur, status dan pernah menghadiri kursus berkenaan perniagaan secara atas talian atau tidak. 5.1.1 JANTINA Jadual 1: Jantina JANTINA BILANGAN (ORANG) PERATUS (%) Lelaki 12 40 Perempuan 18 60 Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017
  • 11. 11 Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017 Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 12 orang (40%) adalah terdiri daripada responden lelaki manakala selebihnya iaitu 18 orang (60%) adalah responden perempuan. Tidak terdapat jurang yang terlalu besar dalam pemilihan jantina responden dan dapat dilihat bahawa lebih ramai responden perempuan yang terlibat dalam perniagaan secara atas talian berbanding responden lelaki di Kampung Jawa, Klang. Kajian adalah untuk melihat persepsi penduduk Kampung Jawa mengenai perniagaan secara atas talian terhadap trend perniagaan masa kini. Oleh yang demikian, jantina yang dipilih perlulah seimbang agar jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu jantina sahaja. 40% 60% RAJAH 1: JANTINA RESPONDEN LELAKI PEREMPUAN
  • 12. 12 5.1.2 UMUR Jadual 2: Umur UMUR (TAHUN) NILAI (ORANG) PERATUS (%) 20 tahun ke bawah 9 30 21 hingga 30 tahun 13 43 31 hingga 40 tahun 5 17 41 tahun ke atas 3 10 Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017 Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017 Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai 9 orang (30%) adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur 20 tahun dan ke bawah manakala responden yang berumur 21 tahun hingga 31 tahun terdiri daripada 13 orang (43%). 30% 43% 17% 10% RAJAH 2:UMUR RESPONDEN 20 tahun ke bawah 21 hingga 30 tahun 31 hingga 40 tahun 41 tahun ke atas
  • 13. 13 Responden yang berusia 31 tahun hingga 40 tahun mencatatkan seramai 5 orang (17%) dan responden yang berumur 41 tahun dan ke atas hanya seramai 3 orang (3%) sepert yang dapat dilihat dalam Rajah 2 dan Jadual 2. Responden yang berbeza peringkat usia ini adalah responden yang terlibat dalam perniagaan secara atas talian. Berdasarkan rajah dan jadual yang disediakan, pengkaji dapat melihat bahawa majoriti responden bagi kajian ini adalah mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun. Hal ini mungkin disebabkan oleh golongan muda lebih rajin menggunakan telefon pintar pada setiap masa berbanding mereka yang sudah berusia. 5.1.3 STATUS Jadual 3: Status STATUS BILANGAN (ORANG) PERATUS (%) Bujang 17 57 Berkahwin 13 43 Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017 Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017 57% 43% RAJAH 3:STATUS RESPONDEN BUJANG BERKAHWIN
  • 14. 14 Dalam melakukan kajian ini, hasil kajian menunjukkan bahawa daripada 30 orang responden yang disoal selidik, 17 orang (57%) adalah berstatus bujang manakala 13 orang (43%) yang lain berstatus berkahwin. Melalui kaedah soal selidik ini, pengkaji dapat melihat bahawa lebih ramai orang yang terlibat dalam perniagaan secara atas talian di Kampung Jawa adalah terdiri daripada orang yang belum berkahwin atau bujang. Perkara ini dapat dibuktikan seperti dalam Rajah 3 dan Jadual 3 yang tertera di atas. Hal ini mungkin disebabkan oleh mereka yang belum berkahwin mempunyai lebih banyak masa dan tidak terikat dengan tanggungjawab menguruskan keluarga lagi. Oleh itu, bilangan mereka lebih ramai daripada bilangan responden yang telah berkahwin. 5.1.4 PERNAH MENJALANI KURSUS MENGENAI PERNIAGAAN SECARA ATAS TALIAN ATAU TIDAK Jadual 4: Menghadiri Kursus PERNAH MENGHADIRI KURSUS? BILANGAN (ORANG) PERATUS (%) Pernah 5 17 Tidak pernah 25 83 Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017
  • 15. 15 Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017 Berdasarkan hasil kajian, pengkaji dapat melihat bahawa hanya 5 orang (17%) sahaja yang pernah menghadiri kursus berkaitan perniagaan secara atas talian ini manakala 25 orang (83%) yang lain tidak pernah menghadiri mana-mana kursus berkaitan perniagaan secara atas talian. Ada antara mereka yang menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Melalui Jadual 4 dan Rajah 4 di atas, pengkaji dapat mengetahui bahawa hanya sedikit sahaja mereka yang membuat perniagaan secara atas talian dengan belajar daripada kursus. Ramai usahawan secara atas talian yang hanya melakukan perniagaan secara atas talian ini tanpa pergi ke mana-mana kursus yang dijalankan sama ada daripada pihak kerajaan mahupun swasta. Hal ini mungkin adalah kerana mereka belajar sendiri daripada orang yang lebih berpengalaman mengenai perniagaan secara atas talian ini dan memilih untuk tidak pergi ke mana-mana kursus. 17% 83% RAJAH 4:PERATUSAN RESPONDEN MENGHADIRI KURSUS PERNAH TIDAK PERNAH
  • 16. 16 5.2 MENGENAL PASTI JENIS BARANGAN YANG DIJUAL SECARA ATAS TALIAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG JAWA, KLANG Jadual 5: Jenis Barangan Yang Dijual Responden JENIS BARANGAN BILANGAN (ORANG) PERATUS (%) PERALATAN DAPUR 1 3 PERALATAN SUKAN 2 7 BARANGAN KOSMETIK 2 7 BARANGAN AKSESORI 1 3 BARANGAN GAJET 5 17 PRODUK KESIHATAN 5 17 PAKAIAN 9 31 MAKANAN 4 13 LAIN-LAIN 1 3 Sumber: Dapatan Kajian Tahun 2017 Berdasarkan hasil kajian, pengkaji mendapati responden yang menjual peralatan dapur secara atas talian hanya 1 orang, begitu juga dengan responden yang menjual barangan aksesori. Responden yang menjual lain-lain barangan iaitu perabot adalah 1 orang. Terdapat hanya 2 orang responden sahaja yang menjual peralatan sukan secara atas talian. Jadual 5 juga menunjukkan bahawa 2 orang responden daripada 30 responden yang disoal selidik menjual barangan kosmetik. Pakaian mendapat bilangan peratusan yang paling tinggi kerana 9 orang daripada 30 orang responden yang menjualnya. Produk kesihatan dan barangan gajet pula, kedua-duanya seramai 5 orang responden yang menjual secara atas talian. Melalui dapatan hasil kajian ini juga, pengkaji dapat melihat bahawa ramai responden yang terlibat dalam penjualan pakaian secara atas talian kerana masyarakat Malaysia kini semakin gemar membeli pakaian secara atas talian yang membuat mereka lebih selesa memilih dan membeli daripada pergi ke kedai atau butik yang menjual pakaian. Hal ini mungkin kerana ramai
  • 17. 17 wanita tidak gemar untuk keluar rumah dan membeli-belah pakaian kerana mereka akan rambang mata dan membeli barangan selain daripada yang ada dalam senarai barangan yang perlu dibeli. 5.3 MENGKAJI PUNCA PENDUDUK KAMPUNG JAWA TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN SECARA ATAS TALIAN Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5 1 Majoriti masyarakat Malaysia menggunakan Internet - - 2 7 12 Dapatan hasil kajian mendapati tiada responden yang sangat tak setuju dan tak setuju bahawa majoriti masyarakat Malaysia menggunakan Internet. Terdapat 2 orang (6.7%) responden yang tidak pasti manakala 7 orang (23%) responden bersetuju bahawa majoriti masyarakat Malaysia menggunakan Internet. 12 orang (70.3%) responden sangat bersetuju dengan pernyataan majoriti masyarakat Malaysia menggunakan Internet. Dengan catatan min 4.6 atau 5 pada skala likert membuktikan responden sangat setuju bahawa majoriti masyarakat Malaysia menggunakan Internet. Hal ini mungkin kerana rakyat Malaysia kini terdedah dengan arus kemodenan yang memerlukan penggunaan Internet dalam setiap perkara yang dilakukan. Kaji selidik juga mendapati bahawa 67% rakyat Malaysia memilih untuk mengguna telefon pintar. Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5 2 Pengaruh mereka yang berjaya - - 5 15 10 Bagi seseorang itu terlibat dalam bidang perniagaan secara atas talian, pengaruh orang yang berjaya juga amat penting agar mendapat keyakinan untuk memulakan sesuatu perniagaan yang baru. Daripada kajian, responden yang memilih setuju dan sangat setuju adalah masing-masing berjumlah 15 dan 10 orang. Manakala mereka yang tidak pasti adalah berjumlah 5 orang sahaja. Dengan catatan min 4.1 atau 4 pada skala likert menunjukkan responden bersetuju dengan pernyataan punca mereka
  • 18. 18 terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah disebabkan oleh pengaruh mereka yang berjaya. Hal ini demikian kerana ramai orang yang mendapat semangat untuk berniaga apabila melihat kejayaan seseorang yang mula menceburi bidang perniagaan secara atas talian dari bawah. Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5 3 Modal untuk memulakan perniagaan adalah kecil 1 4 5 11 9 Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang sangat tidak setuju dan tidak setuju bahawa modal untuk memulakan perniagaan secara atas talian adalah kecil masing-masing berjumlah 1 dan 4 orang sahaja. Terdapat 11 dan 9 orang responden yang setuju dan sangat setuju dengan pernyataan modal untuk memulakan perniagaan secara atas talian adalah kecil manakala 5 orang responden tidak pasti bahawa modal untuk memulakan perniagaan secara atas talian adalah kecil. Melalui catatan min 3.7 atau 4 pada skala likert, pengkaji mendapati bahawa responden bersetuju dengan pernyataan usahawan yang terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah disebabkan oleh modal yang kecil bagi memulakan perniagaan. Hal ini mungkin kerana apabila seseorang itu memulakan perniagaan dengan modal yang besar terus tanpa pengalaman berniaga, kemungkinan yang ada bagi perniagaan itu gagal adalah besar. Tetapi, sekiranya bermula dengan modal yang kecil, risiko yang timbul juga kecil. Mereka juga tidak perlu menyewa pejabat, membayar bil elektrik dan air serta membayar gaji pekerja dengan melakukan perniagaan secara atas talian ini. Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5 4 Salah satu cara mengembangkan perniagaan - - 6 16 8 Pengkaji mendapati bahawa responden yang setuju dan sangat setuju dengan pernyataan perniagaan secara atas talian adalah salah satu cara bagi mengembangkan perniagaan seramai 16 (53.3%) dan 8 (26.7%) orang. Responden yang menanda tidak pasti pula adalah seramai 6 orang
  • 19. 19 (20%). Tiada seorang responden pun yang sangat tidak setuju dan tidak setuju dengan pernyataan perniagaan secara atas talian adalah salah satu cara bagi mengembangkan perniagaan. Min yang berjumlah 4.06 atau 4 pada skala likert menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa salah satu cara bagi mengembangkan perniagaan yang mereka ada adalah dengan melakukan perniagaan secara atas talian yang jelas lebih mudah dilakukan berbanding berniaga di kedai. Hal ini demikian kerana semua orang mengetahui bahawa masyarakat Malaysia menggunakan Internet sepanjang masa. Oleh itu, lebih mudah bagi usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui penggunaan Internet juga. Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5 5 Susah mencari pekerjaan 1 6 5 13 5 Hasil kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa responden yang tidak pasti dan sangat setuju dengan punca mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah disebabkan oleh kesusahan mencari pekerjaan pada masa kini adalah masing-masing seramai 5 orang. 1 dan 6 orang responden sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju dengan pernyataan kesusahan mencari pekerjaan adalah punca mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian manakala seramai 13 orang responden bersetuju bahawa mereka memulakan perniagaan secara atas talian adalah kerana susah untuk mencari pekerjaan di Malaysia. Dengan min 3.5 atau 4 pada skala likert, hal ini menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa mereka memulakan perniagaan kerana kesusahan mencari pekerjaan. Hal ini mungkin adalah agak sukar untuk mereka mencari kerja kerana tahap pendidikan yang diperlukan agak tinggi. Jadi secara tidak langsung, berniaga merupakan satu-satunya perkara yang boleh mereka lakukan untuk menyara hidup mereka walaupun mereka tidak mempunyai sijil.
  • 20. 20 Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5 6 Bagi menampung kos perbelanjaan seharian - 2 3 11 14 Dapatan hasil kajian menunjukkan 2 orang responden tidak setuju dengan pernyataan bahawa mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah bagi menampung kos perbelanjaan seharian yang semakin hari semakin meningkat. 11 dan 14 orang responden setuju dan sangat setuju bahawa penglibatan mereka dalam perniagaan secara atas talian adalah kerana ingin menampung kos perbelanjaan seharian manakala 3 orang responden tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Melalui min sebanyak 4.2 atau 4 pada skala likert, pengkaji mendapati bahawa responden bersetuju bahawa mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah bagi menampung kos perbelanjaan seharian. Hal ini mungkin disebabkan mereka kesempitan wang dan duit yang ada tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan harian pada masa depan. Dapatan ini disokong oleh temu bual bersama Informen Y (21/3/2017, 5:00 petang) yang mengatakan beliau menceburi bidang ini sebagai usaha menambah dan menampung perbelanjaan harian akibat kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh itu, cara yang paling baik adalah dengan memulakan perniagaan sendiri tanpa perlu merayu-rayu mencari kerja lain secara separuh masa. Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5 7 Tidak mahu mensia-siakan masa yang terluang - 1 4 16 9 Dapatan hasil kajian menunjukkan seramai 16 dan 9 orang responden yang setuju dan sangat setuju dengan pernyataan mereka melibatkan diri dalam perniagaan secara atas talian kerana tidak mahu mensia-siakan masa yang terluang. 1 orang responden tidak bersetuju dengan pernyataan mereka tidak mahu mensia-siakan masa terluang manakala 4 orang daripada 30 orang responden tidak pasti mereka mereka melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara atas talian kerana tidak mahu mensia-siakan masa yang terluang. Dengan min sebanyak 4.1 atau 4 pada skala likert menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan pernyataan bahawa mereka tidak mahu mensia-
  • 21. 21 siakan masa yang terluang dan melibatkan diri dalam perniagaan secara atas talian. Hal ini mungkin adalah kerana perniagaan secara atas talian ini tidak mengganggu masa kerja mereka kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Apabila mereka mempunyai masa lapang, mereka hanya perlu menggunakan telefon pintar dan memulakan bisnes hanya di hujung jari. Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5 8 Belajar perkara baru dan menimba pengalaman dalam bidang perniagaan - 2 3 14 11 Melalui dapatan hasil kajian, pengkaji mendapati seramai 2 orang responden yang tidak bersetuju dengan pernyataan punca mererka terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah kerana ingin belajar perkara baru dan menimba pengalaman dalam bidang perniagaan. Responden yang setuju dan sangat setuju dengan pernyataan tersebut pula adalah masing-masing seramai 14 (46.7%) dan 11 orang (36.7%). Terdapat 3 orang (10%) responden yang tidak pasti mereka melibatkan diri dalam perniagaan secara atas talian untuk belajar perkara baru dan menimba ilmu dalam bidang perniagaan. Dengan min sebanyak 4.1 atau 4 pada skala likert menunjukkan responden bersetuju mereka belajar perkara baru dan menimba pengalaman dalam bidang perniagaan. Hal ini demikian kerana pengalaman dan ilmu yang dapat dikumpulkan dalam membesarkan perniagaan yang kecil akan menguatkan mereka sebagai usahawan peringkat demi peringkat. Kelak, apabila perniagaan yang dijalankan menjadi besar, segala ilmu perniagaan telah dipelajari dalam perjalanan dari berniaga kecil hingga besar. Kemahiran berniaga mereka juga dapat ditingkatkan melalui perniagaan secara atas talian ini. Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5 9 Dapat lebih ramai kenalan 1 1 4 12 12 Dapatan hasil kajian menunjukkan responden yang sangat tidak setuju dan tidak setuju dengan pernyataan penglibatan mereka dalam perniagaan secara atas talian adalah kerana ingin
  • 22. 22 menambah kenalan, kedua-duanya seramai 1 orang (6.7%) sahaja. Responden yang setuju dan sangat setuju pula kedua-duanya berjumlah 12 orang (40%) manakala mereka yang tidak pasti dengan pernyataan tersebut adalah seramai 4 orang (13.3%). Melalui min sebanyak 4.1 atau 4 pada skala likert, pengkaji mendapati bahawa responden bersetuju bahawa mereka terlibat dalam bidang perniagaan secara atas talian disebabkan oleh ingin mendapat lebih ramai kenalan. Hal ini mungkin adalah kerana mereka ingin berinteraksi dengan orang luar yang tidak dikenali dan menjalinkan hubungan yang baik dengan sesama manusia. Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5 10 Boleh bekerja di mana-mana sahaja 2 1 4 14 9 Hasil kajian menunjukkan responden yang sangat tidak setuju dan tidak setuju dengan pernyataan penglibatan mereka dalam perniagaan secara atas talian adalah disebabkan oleh mereka boleh bekerja di mana-mana sahaja adalah masing-masing seramai 2 dan 1 orang sahaja. Responden yang tidak pasti mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian kerana boleh bekerja di mana- mana sahaja adalah seramai 3 orang manakala seramai 14 dan 9 orang responden yang setuju dan sangat setuju dengan pernyataan penglibatan mereka dalam perniagaan secara atas talian adalah disebabkan oleh boleh bekerja di mana-mana sahaja. Dengan min 3.9 atau 4 pada skala likert menunjukkan responden setuju bahawa mereka melibatkan diri dalam perniagaan secara atas talian ini adalah kerana boleh bekerja di man-mana sahaja. Hal ini mungkin adalah kerana mereka tidak perlu memikirkan untuk menyewa pejabat khas bagi sesebuah perniagaan. Mereka boleh berniaga di mana sahaja tempat yang mempunyai jaringan Internet seperti di dalam bilik atau di warung. Dapatan ini disokong oleh temu bual bersama Informen Z (23/3/2017, 11:15 petang) yang mengatakan apabila sebut sahaja tentang bisnes secara atas talian, sebenarnya kita boleh berbisnes pada bila-bila masa. Tiada ‘office hour’ seperti perlu masuk ke pejabat pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Semuanya bergantung kepada ketetapan masa kita sendiri. Lebih lama anda online dengan tujuan bisnes, maka lebih banyak pulangannya.
  • 23. 23 Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5 11 Perniagaan berjalan sepanjang masa - 3 7 14 6 Berdasarkan hasil kajian, pengkaji mendapati 3 orang responden tidak setuju dengan pernyataan mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah kerana perniagaan ini berjalan sepanjang masa. Seramai 14 dan 6 orang responden yang setuju dan sangat setuju manakala 7 orang responden tidak pasti tentang penglibatan mereka dalam perniagaan secara atas talian adalah kerana perniagaan yang berjalan sepanjang masa. Dengan min sebanyak 3.8 atau 4 pada skala likert menunjukkan bahawa responden bersetuju perniagaan yang berjalan sepanjang masa menyebabkan mereka berkecimpung dalam bidang perniagaan secara atas talian. Hal ini mungkin disebabkan oleh pelanggan yang membeli tidak tentu masanya. Ada yang terlalu sibuk di siang hari dan suka membeli-belah di waktu malam tetapi terlalu penat untuk keluar dari rumah masing-masing. Oleh yang demikian, proses jual beli akan berlaku dalam 24 jam sehari tanpa berhenti. Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5 12 Pasaran luas 1 2 3 15 9 Dapatan hasil kajian menunjukkan responden yang setuju dan sangat setuju bahawa pasaran yang luas menyebabkan mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian. Seramai 3 orang responden yang tidak pasti punca mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah disebabkan oleh pasaran luas manakala 1 dan 2 orang responden yang sangat tidak setuju dan tidak setuju terhadap pernyataan tersebut. Melalui min sebanyak 4.0 atau 4 pada skala likert, pengkaji mendapati responden bersetuju dengan pernyataan pasaran luas adalah punca responden melibatkan diri dalam perniagaan secara atas talian. Hal ini mungkin adalah kerana pelanggan mereka akan terhad sekiranya mereka hanya berniaga di kedai. Mereka mungkin hanya akan berjumpa dengan beberapa orang sahaja dalam sehari. Itu belum termasuk dengan masa yang terbuang yang disebabkan oleh kesesakan lalu lintas. Tetapi, sekiranya mereka berniaga secara atas talian,
  • 24. 24 pelanggan mereka tidak terhad. Dapatan ini disokong melalui temu bual bersama Informen X (21/3/2017, 9:30 pagi) yang mengatakan sambutan jualan yang diterima amat baik, pasaran perniagaan yang luas dan melihat peluang perniagaan cerah, beliau beralih kepada pemasaran dan jualan secara dalam talian. Berdasarkan hasil kajian, responden yang tidak setuju dengan pernyataan kos promosi yang murah menyebabkan mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian. Seramai 4 orang responden tidak pasti punca mereka melibatkan diri dalam perniagaan ini adalah kerana kos promosi yang murah. Seramai 13 orang responden yang bersetuju dengan pernyataan tersebut manakala 8 orang responden sangat setuju dengan pernyataan penglibatan mereka dalam bidang perniagaan secara atas talian adalah disebabkan kos promosi yang murah. Min yang berjumlah 3.8 atau 4 pada skala likert menunjukkan responden bersetuju bahawa mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian adalah kerana kos promosi yang murah. Hal ini demikian kerana terlalu banyak platform yang boleh digunakan seperti Facebook, Instagram dan blog bagi mempromosi barangan jualan tanpa mengeluarkan duit yang banyak dan tidak perlu membuka kedai untuk berniaga barangan jualan. Bil. Punca terlibat dalam perniagaan secara atas talian 1 2 3 4 5 13 Kos promosi yang murah - 5 4 13 8
  • 25. 25 6.0 RUMUSAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengaruh perniagaan atas talian terhadap trend perniagaan masa kini kepada penduduk di Kampung Jawa, Klang. Secara umumnya, Kampung Jawa adalah kawasan petempatan masyarakat Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu. Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian. Objektif pertama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis barangan yang dijual secara atas talian oleh penduduk Kampung Jawa manakala objektif kedua adalah mengkaji punca penduduk di Kampung Jawa terlibat dalam perniagaan secara atas talian. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik, kaedah rujukan perpustakaan dan kaedah temu bual. Pengkaji memberi borang soal selidik secara rawak kepada 30 orang penduduk Kampung Jawa yang terlibat dalam perniagaan secara atas talian ini. Berdasarkan kajian yang dibuat, didapati bahawa barangan yang dijual oleh responden secara atas talian adalah seperti yang telah dibincangkan seperti peralatan dapur, peralatan sukan, barangan kosmetik, barangan aksesori, barangan gajet, produk kesihatan, pakaian, makanan dan barangan- barangan lain. Pada pandangan pengkaji, penduduk Kampung Jawa menjual barangan secara atas talian berdasarkan permintaan yang dibuat oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Malah, mereka menjual daripada pelbagai jenis platform yang ada di Internet. Sebagai contoh, ada di antara responden yang mempunyai ramai pengikut di Instagram menjual barangan seperti pakaian kerana mereka yakin akan ada orang yang membeli barangan yang dijual. Sekiranya sudah biasa menggunakan Facebook atau blog,penjual boleh menggunakan platform tersebut kerana pengguna kini bebas dan berpeluang membuat pilihan dan mengenalpasti dengan lebih dekat sesuatu produk atau perkhidmatan menerusi laman web seperti blog ataupun Facebook kerana boleh dilakukan tanpa mengira waktu. Hal ini menunjukkan bahawa objektif pertama tercapai kerana pengkaji dapat mengetahui jenis barangan yang dijual oleh responden di Kampung Jawa, Klang.
  • 26. 26 Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa faktor utama responden membuat perniagaan secara atas talian ini adalah kerana majoriti masyarakat Malaysia menggunakan Internet. Hal ini menunjukkan bahawa objektif kedua kajian ini adalah tercapai kerana kebanyakan responden bersetuju dan sangat bersetuju dengan pernyataan yang dinyatakan dalam borang soal selidik. Berdasarkan nilai min bagi setiap pernyataan dalam soal selidik yang diperoleh, faktor susah mencari pekerjaan mencatatkan min yang paling rendah iaitu 3.5 berbanding soalan yang lain dalam objektif dua. Pada soalan ini, terdapat 6 dan 5 orang responden yang tidak setuju dan tidak pasti dengan pernyataan mereka berniaga secara atas talian adalah kerana susah mencari pekerjaan. Berdasarkan pandangan pengkaji, kesusahan mencari pekerjaan adalah faktor kecil yang menyebabkan seseorang membuat perniagaan secara atas talian ini. Kebanyakan mereka memulakan perniagaan ini adalah untuk mengembangkan perniagaan yang ada dan tidak mahu mensia-siakan masa yang terluang. Kesimpulan daripada kajian ini, pengkaji dapat mengetahui jenis barangan yang dijual oleh kebanyakan penduduk di Kampung Jawa selain mengetahui punca mereka terlibat dalam perniagaan secara atas talian ini. Pengkaji berharap agar kajian pada masa hadapan adalah lebih baik dan mendapat keputusan yang lebih tepat dalam menilai faktor penglibatan penduduk Kampung Jawa terhadap perniagaan secara atas talian.
  • 27. 27 7.0 SENARAI RUJUKAN AKHBAR 1. Muhammad Syukri Ibrahim, 20 Mei 2016, Rencana Bertajuk: Perniagaan Atas Talian Menambah Pendapatan, Utusan, dirujuk pada 8 Feb 2017 2. Zakkina Wati Ahmad Tarmizi, 1 April 2017, Rencana Bertajuk: Dari Jiran Terus Ke Pasaran, Utusan, dirujuk pada 1 April 2017 BUKU 1. Karim bin Abu Bakar, 1981, Sejarah Selangor, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka KAJIAN ILMIAH 1. Muhammad Saifullah bin Abdul Rasid, 2016, Taman Tasik Taiping Menjadi Tumpuan Para Pengunjung Untuk Beriadah Pada Masa Lapang, Bahan Ilmiah, SMA Persekutuan Labu, 10 April 2017 KAMUS 2. Kamus Dewan Edisi Keempat Cetakan Kedua, 2016. Dewan Bahasa dan Pustaka LAMAN WEB (INTERNET) 1. Laman Web Google. 2017. Google Maps, dirujuk pada 3 April 2017 https://www.google.com/maps/place/Selangor,+Malaysia/@3.231142,100.8293122,9z/data=!4 m5!3m4!1s0x31cc4252cdeb045f:0x26e1bee1215dfbb9!8m2!3d3.0738379!4d101.5183469 2. Laman Web Google. 2017. Google Maps, dirujuk pada 3 April 2017 https://www.google.com/maps/place/Klang,+Selangor,+Malaysia/@3.0429652,101.3713509,12 z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x31cc534c4ffe81cf:0xeb61f5772fd54514!8m2!3d3.044917!4d1 01.4455621 3. Laman Web Google. 2017. Google Maps, dirujuk pada 3 April 2017 https://www.google.com/maps/place/Kampung+Jawa,+41000+Klang,+Selangor,+Malaysia/@3. 0300544,101.4570264,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x31cdacc99f190061:0x1612657c11b1 dae2!8m2!3d3.0300544!4d101.4592151
  • 28. 28 TEMU BUAL 1. Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Norliza binti Danuri di Kampung Jawa, Klang pada jam 9:30 pagi, 21/3/2017 2. Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Nurul Auni binti Darul Hisham di Kampung Jawa pada jam 11:15 pagi, 23/3/2017 3. Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Siti Zakirah binti Zulkifli di Kampung Jawa, Klang pada jam 5:00 petang, 21/3/2017