Dokumen tersebut membahas tentang kurikulum pendidikan Islam tingkat 3 yang mencakup tujuan, fokus pelajaran (ilmu, amali, amalan, penghayatan), dan contoh-contoh ayat Al-Quran yang diajarkan seperti surat Al-A'raf ayat 23 dan surat Al-Kahfi ayat 1-10.
30. PenerajuPendidikanNegara
Pentaksiran
• Penilaian yang lebih autentik dan holistik.
• Pentaksiran formatif dijalankan secara berterusan
semasa pembelajaran dan pengajaran untuk
mengesan perkembangan dan pencapaian murid
dalam pembelajaran. Kelemahan murid yang dikenal
pasti perlu diatasi melalui aktiviti pemulihan dan
kekuatan murid perlu ditingkatkan melalui aktiviti
pengayaan.
• Pentaksiran sumatif dilaksanakan untuk menentukan
tahap penguasaan dan pencapaian murid.
34. PenerajuPendidikanNegara
Penambahbaikan
•Penekanan kepada aspek amali dan
penghayatan
• PI KSSM lebih memberi penekanan kepada aspek amali
dan penghayatan. Setiap tajuk yang bersesuaian akan
dilaksanakan secara amali. Berbanding dengan PI KBSM
yang hanya mengkhususkan satu waktu amali untuk solat
sahaja.
35. PenerajuPendidikanNegara
Penambahbaikan
• Pentaksiran PI KSSM juga dilaksanakan secara berasaskan sekolah. Murid
dinilai secara lebih menyeluruh dan berterusan. Murid tidak hanya dinilai
pada aspek kognitif sahaja malah dinilai juga pada aspek afektif dan
psikomotor. Penghayatan murid kepada setiap tajuk yang dipelajari akan
dinilai.
• Bagi tujuan penumpuan kepada penghayatan tajuk-tajuk dikurangkan bagi
memboleh guru memberi tumpuan kepada aspek penghayatan murid
kepada tajuk yang dipelajari.
36. PenerajuPendidikanNegara
Penambahbaikan
• Penstrukturan Bidang al Quran
• PI KBSM mempunyai 3 komponen iaitu ayat bacaan, ayat hafazan
dan ayat kefahaman manakala PI KSSM hanya ada 2 komponen iaitu
ayat bacaan dan hafazan serta ayat bacaan dan kefahaman.
• Ayat-ayat hafazan adalah ayat-ayat yang perlu dihafal oleh murid
untuk dijadikan amalan harian dan amalan ketika bersama dengan
masyarakat. Ayat-ayat tersebut juga menjadi ayat bacaan.
37. PenerajuPendidikanNegara
Penambahbaikan
• Penstrukturan Bidang al Quran
• Ayat-ayat kefahaman dipilih bersamakan tema, seperti tema
akidah, akhlak, sains dan kemasyarakatan. Ayat-ayat tersebut
juga menjadi ayat bacaan.
• Dalam PI KBSM hukum tajwid dipelajari secara aplikasi di dalam
ayat bacaan. Manakala Pendidikan Islam KSSM hukum tajwid
dipelajari secara ilmu dan diapliksasi dalam ayat bacaan.
38. PenerajuPendidikanNegara
Penambahbaikan
• Penstrukturan Bidang Sirah dan Tamadun
• Bagi tujuan penumpuan kepada penghayatan tajuk-tajuk di dalam
Bidang Sirah dan Tamadun distruktur semula dengan hanya
menumpukan kepada tajuk-tajuk yang penting sahaja. Sebagai contoh
tajuk kerajaan Umaiyah, Abbasiah dan Othmaniah hanya memberi
tumpuan kepada faktor kegemilangan dan faktor kejatuhan sahaja.
• Perbincangan tentang tokoh juga diringkaskan bagi memberi masa
untuk menghayati pengajaran daripada tajuk-tajuk yang dipelajari
39. PenerajuPendidikanNegara
Penambahbaikan
• Penstrukturan Bidang Akhlak Islamiah
Pendidikan Islam KBSM hanya menumpukan kepada tajuk-tajuk
berkaitan adab. Pendidikan Islam KSSM memasukkan tajuk-tajuk
berkaitan akhlak seperti amanah, tawadhuk, malu, pemaaf, qanaah,
mahabbah dan istiqomah bagi menguatkan rohani murid dan
pemangkin kepada adab dan tingkah laku yang baik