SlideShare a Scribd company logo
1 of 30
Download to read offline
LAPORAN PROJEK
AKHIR
NORIZATI NAJEHA BT AZMI MALEK
(A177481)
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN
ISLAM
PROJEK AKHIR
Jika anda menjadi seorang
guru atau anda sedang
mencari guru, terangkan
guru yang bagai mana
anda impikan?
KONSEP GURU 5M
Mudarris
Muaddib
Murabbi
Mursyid
Mua'llim
MUDARRIS
Kata mudarris bermakna pengajar yang berasal
dari kata kerja darosa atau tadris yang dimaknai
belajar atau pelajaran.
Konsep mudarris merujuk kepada ciri pengajar yang
berkesan yang melibatkan aspek pengajarand dan
pembelajaran (P&P) bermula daripada
persediaan mengajar sehingga kepada proses
pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya
penilaian kendiri.
Aspek ini lebih menyentuh kepada aspek luaran P&P
berkesan guru.
MUDARRIS
Konsep guru mudarris dinilai daripada lima aspek
utama iaitu ciri-ciri peribadi yang dimiliki, kaedah-
kaedah pengajaran yang digunakan, kejayaan
mewujudkan iklim dan personaliti bilik darjah yang
baik, mempunyai kepakaran serta mempunyai
kecekapan dan kemampuan membuat keputusan
yang profesional.
MUDARRIS
Menarik perhatian pelajar semasa P&P.
Menstruktur kandungan pengajaran.
Mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada
pelajar.
Memperkenalkan tajuk pengajaran semasa
pengajaran.
Menyampaikan maklumat dengan mudah, tepat
dan jelas.
Ciri-ciri mudarris Guru Pendidikan Islam iaitu:
MUADDIB
Perkataan mu’addib boleh diterjemahkan sebagai pembentuk adab yang
diambil dari perkataan addaba yaaddibu ta’diban yang bermaksud
penyucian atau membersihkan seseorang daripada kekotoran.


Ta’dib al-sabiyyin bermaksud mendidik anak dengan tarbiyyah yang
solehah dan bebas daripada perbuatan cela dan kotor (Anis et.al 1972).


Menurut (Abdullah 1995), Ta’dib dari segi terminologi
membawa maksud dalam proses mendidik atau
membentuk.
MUADDIB
Konsep ta’dib merupakan proses mengasuh, mendidik, membentuk,
membimbing, menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan akhlak
mulia dalam pembinaan dan pembangunan diri insan.


Ta’dib juga meliputi proses pembentukan akhlak, disiplin, tingkahlaku,
sahsiah dan seluruh adab sopan seseorang insan.


Oleh itu, ta’dib bertujuan untuk membentuk dan
mengembangkan insan supaya menjadi muslim yang
berilmu, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah
melengkapkan diri sebagai hamba Allah yang bertaqwa.
MUADDIB
Oleh itu, sifat guru muaddib merujuk kepada peranan guru di dalam
bilik darjah dan perlaksanaan aktiviti dakwah yang dijalankan untuk
mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing, menanam, dan
menyuburkan akhlak mulia, disiplin, tingkah laku, sahsiah dan adab
sopan dalam pembinaan dan pembangunan diri para pelajar.


Manakala nilai ta’dib yang cuba diterapkan di dalam diri
pelajar adalah bersifat mutlak, kekal abadi dan suci
serta diasaskan kepada keimanan yang kukuh kepada
Allah SWT.
MUADDIB
Ciri-ciri muaddib Guru Pendidikan Islam iaitu:
a) Memakai pakaian yang sesuai dan kemas (menutup aurat).
b) Menepati masa.
c) Menuturkan kata-kata dengan sopan dan berhemah.
d) Menunjukkan kewibawaan (berautoriti dan berilmu)
e) Menunjukkan sikap prihatin terhadap kebajikan pelajar.
MURABBI
Menurut Kamus Dewan (2010 : 1609), tarbiyyah bermaksud
pendidikan.
Perkataan itu berasal dari kata kerja “didik” membawa maksud
pelihara, ajar atau jaga dengan hati-hati. Apabila diberi imbuhan
“pen” dan “an” membawa maksud perihal mendidik atau
pengetahuan mendidik yang meliputi latihan dan pengajaran.
Atan Long (1982) menerangkan maksud pendidikan adalah satu
proses dan aktiviti untuk menghasilkan perubahan yang
dikehendaki dalam diri seseorang.
MURABBI
Oleh itu definisi tarbiyyah dapat disimpulkan kepada maksud
mencurahkan kasih sayang, memelihara, mendidik semasa
kecil dan mengembangkan.
Ini bermaksud konsep tarbiyyah lebih menjurus kepada
penumpuan pendidikan jasmani, rohani dan pemantauan
perkembangan fizikal seseorang individu.
MURABBI
Manakala konsep tarbiyyah dalam konsep 5M merujuk kepada
peranan guru dalam bilik darjah untuk menjaga, membesar,
mencurah kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan
memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat dan
kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara beransur-ansur
agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan
kematangan yang dilalui oleh para pelajar tersebut (Kamarul
Jasmi, 2007 : 94).
MURABBI
Secara kesimpulan, sifat guru yang murabbi melibatkan
proses mendidik, memelihara dan membentuk pelajar sehingga
wujud rasa kasih sayang dan saling percaya mempercayai
antara mereka.
Guru murabbi merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah
dan perlaksanaan aktiviti dakwah untuk menjaga,
mencurahkan kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan
memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat dan
kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara beransur-ansur
agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan
kematangan yang dilalui oleh para pelajar tersebut.
MURABBI
Ciri-ciri murabbi Guru Pendidikan Islam iaitu:
a) Menerapkan unsur ketauhidan.
b) Menerapkan nilai kemanusiaan.
c) Menyahkan nilai bukan Islam.
d) Menggunakan bahasa komunikasi yang sesuai dengan
pelajar.
e) Memotivasikan pelajar.
MURSYID
Konsep irsyad menurut al-Quran
mengandungi maksud jalan petunjuk,
pemimpin yang memberi petunjuk, dan
petunjuk ke jalan yang benar.
Konsep irsyad juga bermaksud proses
memberi arahan, panduan, bimbingan
dan petunjuk serta menjaga, mengikuti,
menasihati dan memimpin ke jalan yang
benar.
MURSYID
Sifat guru mursyid merupakan seorang yang
sentiasa bersedia menjadi penasihat yang
ikhlas, bertindak sebagai mentor iaitu
pengajar, penasihat dan pendorong kepada
pelajar di bawah asuhannya untuk berkembang
dan mencapai kecemerlangan.
MURSYID
Guru mursyid merujuk kepada aspek guru
dalam bilik darjah dan aktiviti dakwah
iaitu untuk menjaga, menasihati, mengarah,
membimbing dan memberi petunjuk kepada
para pelajar ke arah pembentukan dan
pembangunan diri (JERIS) sebagai insan
soleh.
MURSYID
Ciri-ciri mursyid Guru Pendidikan Islam iaitu:
a) Bersikap adil terhadap pelajar.
b) Mengamalkan ciri musyawarah.
c) Mempamerkan sikap tegas.
d) Mempamerkan sifat kepimpinan yang mesra kepada
pelajar, ibubapa dan masyarakat.
e) Menampilkan kepimpinan berhikmah.
MUALLIM
Konsep ta’lim ditakrifkan sebagai suatu proses
pemberitahuan, pengajaran, pemindahan dan
penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan
daripada seorang guru kepada pelajarnya.
Ta’lim merujuk kepada peranan guru dalam
pengajaran dan menjalankan aktiviti dakwah
dengan cara memberitahu, mengajar,
menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin
dan ilmu pengetahuan kepada para pelajar sama
ada melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk
pengajaran yang seumpamanya.
MUALLIM
Bagi melengkapi sikap guru muallim, dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sewajarnya mereka
mempunyai niat yang ikhlas, mengetahui dasar-dasar
pendidikan, dan strategi mengajar yang berkesan, memberi
rangsangan motivasi kepada para pelajar dan memahami
kaedah-kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan.
Guru 5M juga perlu berusaha meningkatkan penguasaan
ilmu pengetahuan dengan kecekapan ikhtisas perguruan,
sentiasa mencari pendekatan pengajaran yang menimbulkan
minat pelajar terhadap penghayatan agama dan cintakan
agama Islam.
MUALLIM
Guru muallim merujuk peranan guru dalam bilik
darjah dan perlaksanaan aktiviti dakwah untuk
memberitahu, mengajar, menyampaikan pelbagai
jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan
kepada para pelajar sama ada melalui latihan,
arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang
dirancang.
MUALLIM
Ciri-ciri mu’allim Guru Pendidikan Islam iaitu:
a) Memiliki dan menguasai ilmu.
b) Menghargai dan meningkatkan ilmu.
c) Menepati fakta.
d) Menyatupadukan ilmu intra dan inter
bidang.
e) Menguasai huraian dan sukatan
pelajaran.
PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Kementerian Pendidikan mendefinisikan PAK21 sebagai proses
pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.
Inti utama PAK21 ialah orientasi proses pembelajaran yang lebih
berfokus kepada pelajar berbanding guru.
Dalam PAK21, guru bertindak sebagai pemudah cara yang menggalakkan
penyertaan aktif pelajar di dalam kelas.
PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar.
Guru akan gagal menyampaikan maklumat yang diingin diajar kepada
pelajar jika lemah dalam menguasai kurikulum subjek.
Beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru pada abad 21:
1. Menguasai subjek
Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa
menjalankan p&p di dalam kelas.
Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.
2. Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi
PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru
untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi
mereka seadanya.
Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai
dengan kebolehan mereka.
Beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru pada abad 21:
3. Memahami perkembangan dan menyayangi murid
Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi
pembelajaran bagi para pelajarnya.
Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar
ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu
berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.
4. Memahami psikologi pembelajaran
PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan
pelajar.
Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga
pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja.
Merupakan satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran
kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik
darjah.
Beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru pada abad 21:
5. Kemahiran kaunseling
PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru
abad ke 21.
Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan
pelbagai alatan elektronik lain, guru juga perlu seiring dalam menggunakan
kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar.
Pembelajaran yang menggunakan LCD, game, aplikasi mobile sudah tentu
membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.
Beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru pada abad 21:
6. Penggunaan teknologi terkini
RUJUKAN
Razaleigh Muhammad @ Kawangit. 2014. Peranan guru
pendidikan Islam dalam pengurusan aktiviti dakwah di
sekolah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
1-13.
Cikgu Hailmi. 2016. 6 Ciri-Ciri Guru Abad ke-
21.https://www.cikguhailmi.com/2016/01/6-ciri-ciri-guru-
abad-ke-21.html
1.
2.
TERIMA
KASIH

More Related Content

What's hot

Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Adilah Said
 
PROJEK AKHIR LMCP1112 : GURU IMPIAN
PROJEK AKHIR LMCP1112 : GURU IMPIANPROJEK AKHIR LMCP1112 : GURU IMPIAN
PROJEK AKHIR LMCP1112 : GURU IMPIANNORSYAFINAZBINTISAZA
 
Penerapan Nilai Murni
Penerapan Nilai MurniPenerapan Nilai Murni
Penerapan Nilai MurniHannah nurul
 
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahPengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahmzaidin
 
Contoh rph latihan mengajar
Contoh rph latihan mengajarContoh rph latihan mengajar
Contoh rph latihan mengajarMohd Zaidy
 
Ciri ciri guru yang diimpikan
Ciri ciri guru yang diimpikanCiri ciri guru yang diimpikan
Ciri ciri guru yang diimpikanShaeddaAsua
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
KepemimpinanCkg Nizam
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiranNana Samat
 
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMMINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMSyaza Mohd Sabri
 
Pembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitifPembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitifzikriamri86
 
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabungAf'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabungUstajah ILa AzieLa
 
pentaksiran,pengujian dan penilaian
pentaksiran,pengujian dan penilaianpentaksiran,pengujian dan penilaian
pentaksiran,pengujian dan penilaianAin Nawi
 
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHanuar2u
 
36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasiAiraHumaira
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaEzad Azraai Jamsari
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksiXic Min
 

What's hot (20)

Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
 
PROJEK AKHIR LMCP1112 : GURU IMPIAN
PROJEK AKHIR LMCP1112 : GURU IMPIANPROJEK AKHIR LMCP1112 : GURU IMPIAN
PROJEK AKHIR LMCP1112 : GURU IMPIAN
 
Penerapan Nilai Murni
Penerapan Nilai MurniPenerapan Nilai Murni
Penerapan Nilai Murni
 
Absw3103 topik 2
Absw3103 topik 2Absw3103 topik 2
Absw3103 topik 2
 
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyahPengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
Pengajian islam zaman umawiyyah dan abbasiyyah
 
Contoh rph latihan mengajar
Contoh rph latihan mengajarContoh rph latihan mengajar
Contoh rph latihan mengajar
 
Ciri ciri guru yang diimpikan
Ciri ciri guru yang diimpikanCiri ciri guru yang diimpikan
Ciri ciri guru yang diimpikan
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
 
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMMINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Al nubuwwah
Al nubuwwahAl nubuwwah
Al nubuwwah
 
Pembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitifPembelajaran kognitif
Pembelajaran kognitif
 
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabungAf'alullah & af'alul'ibad gabung
Af'alullah & af'alul'ibad gabung
 
pentaksiran,pengujian dan penilaian
pentaksiran,pengujian dan penilaianpentaksiran,pengujian dan penilaian
pentaksiran,pengujian dan penilaian
 
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
 
Esei 2
Esei 2Esei 2
Esei 2
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi36876504 kaedah-simulasi
36876504 kaedah-simulasi
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksi
 

Similar to (A177481) PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM.pdf

LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxAjleeyaAzman
 
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM _ MARYAM AFIFAH BINTI SABRI A182068.pdf
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM _ MARYAM AFIFAH BINTI SABRI A182068.pdfPROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM _ MARYAM AFIFAH BINTI SABRI A182068.pdf
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM _ MARYAM AFIFAH BINTI SABRI A182068.pdfUKM
 
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMHAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMGalih Nurhavis
 
PROJEK AKHIR SITI AISHAH BINTI HUSSIN (A176647) - FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM S...
PROJEK AKHIR SITI AISHAH BINTI HUSSIN (A176647) - FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM S...PROJEK AKHIR SITI AISHAH BINTI HUSSIN (A176647) - FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM S...
PROJEK AKHIR SITI AISHAH BINTI HUSSIN (A176647) - FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM S...SITIAISHAHBINTIHUSSI
 
PROJEK AKHIR LMCP1112_AZIEM A175575.pptx
PROJEK AKHIR LMCP1112_AZIEM A175575.pptxPROJEK AKHIR LMCP1112_AZIEM A175575.pptx
PROJEK AKHIR LMCP1112_AZIEM A175575.pptxAziemShazwan1
 
Pengembangan Guru PAI sesuai Kurikulum 2013
Pengembangan Guru PAI sesuai Kurikulum 2013Pengembangan Guru PAI sesuai Kurikulum 2013
Pengembangan Guru PAI sesuai Kurikulum 2013Moezzt Licha
 
Falsafah pendidikan islam projek akhir a168109
Falsafah pendidikan islam projek akhir a168109Falsafah pendidikan islam projek akhir a168109
Falsafah pendidikan islam projek akhir a168109TASHAKOHKYEXUAN
 
A172027 lmcp1112 (falsafah pendidikan islam)
A172027 lmcp1112 (falsafah pendidikan islam)A172027 lmcp1112 (falsafah pendidikan islam)
A172027 lmcp1112 (falsafah pendidikan islam)AZHANAAWANISBINTIABD
 
Makalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruMakalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruIkhwan Mutaqin
 
Falsafah pendidikan islam projek akhir A168109
Falsafah pendidikan islam projek akhir A168109Falsafah pendidikan islam projek akhir A168109
Falsafah pendidikan islam projek akhir A168109TASHAKOHKYEXUAN
 
Contoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcContoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcNorazliah Ani
 
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854SudeshKannahMohan
 
Memahami Kompetensi Guru
Memahami Kompetensi GuruMemahami Kompetensi Guru
Memahami Kompetensi GuruNini Ibrahim01
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 

Similar to (A177481) PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM.pdf (20)

LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
 
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM _ MARYAM AFIFAH BINTI SABRI A182068.pdf
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM _ MARYAM AFIFAH BINTI SABRI A182068.pdfPROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM _ MARYAM AFIFAH BINTI SABRI A182068.pdf
PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM _ MARYAM AFIFAH BINTI SABRI A182068.pdf
 
Gurubermakna
GurubermaknaGurubermakna
Gurubermakna
 
Guru berkesan
Guru berkesanGuru berkesan
Guru berkesan
 
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMHAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
 
PROJEK AKHIR SITI AISHAH BINTI HUSSIN (A176647) - FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM S...
PROJEK AKHIR SITI AISHAH BINTI HUSSIN (A176647) - FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM S...PROJEK AKHIR SITI AISHAH BINTI HUSSIN (A176647) - FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM S...
PROJEK AKHIR SITI AISHAH BINTI HUSSIN (A176647) - FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM S...
 
PROJEK AKHIR LMCP1112_AZIEM A175575.pptx
PROJEK AKHIR LMCP1112_AZIEM A175575.pptxPROJEK AKHIR LMCP1112_AZIEM A175575.pptx
PROJEK AKHIR LMCP1112_AZIEM A175575.pptx
 
Pengembangan Guru PAI sesuai Kurikulum 2013
Pengembangan Guru PAI sesuai Kurikulum 2013Pengembangan Guru PAI sesuai Kurikulum 2013
Pengembangan Guru PAI sesuai Kurikulum 2013
 
Falsafah pendidikan islam projek akhir a168109
Falsafah pendidikan islam projek akhir a168109Falsafah pendidikan islam projek akhir a168109
Falsafah pendidikan islam projek akhir a168109
 
A172027 lmcp1112 (falsafah pendidikan islam)
A172027 lmcp1112 (falsafah pendidikan islam)A172027 lmcp1112 (falsafah pendidikan islam)
A172027 lmcp1112 (falsafah pendidikan islam)
 
A176485 GURU YANG DIIMPIKAN
A176485 GURU YANG DIIMPIKANA176485 GURU YANG DIIMPIKAN
A176485 GURU YANG DIIMPIKAN
 
Makalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guruMakalah kompetensi profesional guru
Makalah kompetensi profesional guru
 
Guru profesional
Guru profesionalGuru profesional
Guru profesional
 
PROJEK AKHIR PAI_A175057.pptx
PROJEK AKHIR PAI_A175057.pptxPROJEK AKHIR PAI_A175057.pptx
PROJEK AKHIR PAI_A175057.pptx
 
Falsafah pendidikan islam projek akhir A168109
Falsafah pendidikan islam projek akhir A168109Falsafah pendidikan islam projek akhir A168109
Falsafah pendidikan islam projek akhir A168109
 
Contoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcContoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gc
 
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
 
Memahami Kompetensi Guru
Memahami Kompetensi GuruMemahami Kompetensi Guru
Memahami Kompetensi Guru
 
PPG RESUME KB 4.pdf
PPG RESUME KB 4.pdfPPG RESUME KB 4.pdf
PPG RESUME KB 4.pdf
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 

Recently uploaded

421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 

Recently uploaded (20)

421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 

(A177481) PROJEK AKHIR FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM.pdf

  • 1. LAPORAN PROJEK AKHIR NORIZATI NAJEHA BT AZMI MALEK (A177481) LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
  • 2. PROJEK AKHIR Jika anda menjadi seorang guru atau anda sedang mencari guru, terangkan guru yang bagai mana anda impikan?
  • 4. MUDARRIS Kata mudarris bermakna pengajar yang berasal dari kata kerja darosa atau tadris yang dimaknai belajar atau pelajaran. Konsep mudarris merujuk kepada ciri pengajar yang berkesan yang melibatkan aspek pengajarand dan pembelajaran (P&P) bermula daripada persediaan mengajar sehingga kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya penilaian kendiri. Aspek ini lebih menyentuh kepada aspek luaran P&P berkesan guru.
  • 5. MUDARRIS Konsep guru mudarris dinilai daripada lima aspek utama iaitu ciri-ciri peribadi yang dimiliki, kaedah- kaedah pengajaran yang digunakan, kejayaan mewujudkan iklim dan personaliti bilik darjah yang baik, mempunyai kepakaran serta mempunyai kecekapan dan kemampuan membuat keputusan yang profesional.
  • 6. MUDARRIS Menarik perhatian pelajar semasa P&P. Menstruktur kandungan pengajaran. Mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Memperkenalkan tajuk pengajaran semasa pengajaran. Menyampaikan maklumat dengan mudah, tepat dan jelas. Ciri-ciri mudarris Guru Pendidikan Islam iaitu:
  • 7. MUADDIB Perkataan mu’addib boleh diterjemahkan sebagai pembentuk adab yang diambil dari perkataan addaba yaaddibu ta’diban yang bermaksud penyucian atau membersihkan seseorang daripada kekotoran. Ta’dib al-sabiyyin bermaksud mendidik anak dengan tarbiyyah yang solehah dan bebas daripada perbuatan cela dan kotor (Anis et.al 1972). Menurut (Abdullah 1995), Ta’dib dari segi terminologi membawa maksud dalam proses mendidik atau membentuk.
  • 8. MUADDIB Konsep ta’dib merupakan proses mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing, menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan akhlak mulia dalam pembinaan dan pembangunan diri insan. Ta’dib juga meliputi proses pembentukan akhlak, disiplin, tingkahlaku, sahsiah dan seluruh adab sopan seseorang insan. Oleh itu, ta’dib bertujuan untuk membentuk dan mengembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri sebagai hamba Allah yang bertaqwa.
  • 9. MUADDIB Oleh itu, sifat guru muaddib merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah dan perlaksanaan aktiviti dakwah yang dijalankan untuk mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing, menanam, dan menyuburkan akhlak mulia, disiplin, tingkah laku, sahsiah dan adab sopan dalam pembinaan dan pembangunan diri para pelajar. Manakala nilai ta’dib yang cuba diterapkan di dalam diri pelajar adalah bersifat mutlak, kekal abadi dan suci serta diasaskan kepada keimanan yang kukuh kepada Allah SWT.
  • 10. MUADDIB Ciri-ciri muaddib Guru Pendidikan Islam iaitu: a) Memakai pakaian yang sesuai dan kemas (menutup aurat). b) Menepati masa. c) Menuturkan kata-kata dengan sopan dan berhemah. d) Menunjukkan kewibawaan (berautoriti dan berilmu) e) Menunjukkan sikap prihatin terhadap kebajikan pelajar.
  • 11. MURABBI Menurut Kamus Dewan (2010 : 1609), tarbiyyah bermaksud pendidikan. Perkataan itu berasal dari kata kerja “didik” membawa maksud pelihara, ajar atau jaga dengan hati-hati. Apabila diberi imbuhan “pen” dan “an” membawa maksud perihal mendidik atau pengetahuan mendidik yang meliputi latihan dan pengajaran. Atan Long (1982) menerangkan maksud pendidikan adalah satu proses dan aktiviti untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki dalam diri seseorang.
  • 12. MURABBI Oleh itu definisi tarbiyyah dapat disimpulkan kepada maksud mencurahkan kasih sayang, memelihara, mendidik semasa kecil dan mengembangkan. Ini bermaksud konsep tarbiyyah lebih menjurus kepada penumpuan pendidikan jasmani, rohani dan pemantauan perkembangan fizikal seseorang individu.
  • 13. MURABBI Manakala konsep tarbiyyah dalam konsep 5M merujuk kepada peranan guru dalam bilik darjah untuk menjaga, membesar, mencurah kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang dilalui oleh para pelajar tersebut (Kamarul Jasmi, 2007 : 94).
  • 14. MURABBI Secara kesimpulan, sifat guru yang murabbi melibatkan proses mendidik, memelihara dan membentuk pelajar sehingga wujud rasa kasih sayang dan saling percaya mempercayai antara mereka. Guru murabbi merujuk kepada peranan guru di dalam bilik darjah dan perlaksanaan aktiviti dakwah untuk menjaga, mencurahkan kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri mereka secara beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang dilalui oleh para pelajar tersebut.
  • 15. MURABBI Ciri-ciri murabbi Guru Pendidikan Islam iaitu: a) Menerapkan unsur ketauhidan. b) Menerapkan nilai kemanusiaan. c) Menyahkan nilai bukan Islam. d) Menggunakan bahasa komunikasi yang sesuai dengan pelajar. e) Memotivasikan pelajar.
  • 16. MURSYID Konsep irsyad menurut al-Quran mengandungi maksud jalan petunjuk, pemimpin yang memberi petunjuk, dan petunjuk ke jalan yang benar. Konsep irsyad juga bermaksud proses memberi arahan, panduan, bimbingan dan petunjuk serta menjaga, mengikuti, menasihati dan memimpin ke jalan yang benar.
  • 17. MURSYID Sifat guru mursyid merupakan seorang yang sentiasa bersedia menjadi penasihat yang ikhlas, bertindak sebagai mentor iaitu pengajar, penasihat dan pendorong kepada pelajar di bawah asuhannya untuk berkembang dan mencapai kecemerlangan.
  • 18. MURSYID Guru mursyid merujuk kepada aspek guru dalam bilik darjah dan aktiviti dakwah iaitu untuk menjaga, menasihati, mengarah, membimbing dan memberi petunjuk kepada para pelajar ke arah pembentukan dan pembangunan diri (JERIS) sebagai insan soleh.
  • 19. MURSYID Ciri-ciri mursyid Guru Pendidikan Islam iaitu: a) Bersikap adil terhadap pelajar. b) Mengamalkan ciri musyawarah. c) Mempamerkan sikap tegas. d) Mempamerkan sifat kepimpinan yang mesra kepada pelajar, ibubapa dan masyarakat. e) Menampilkan kepimpinan berhikmah.
  • 20. MUALLIM Konsep ta’lim ditakrifkan sebagai suatu proses pemberitahuan, pengajaran, pemindahan dan penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan daripada seorang guru kepada pelajarnya. Ta’lim merujuk kepada peranan guru dalam pengajaran dan menjalankan aktiviti dakwah dengan cara memberitahu, mengajar, menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada para pelajar sama ada melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang seumpamanya.
  • 21. MUALLIM Bagi melengkapi sikap guru muallim, dalam proses pengajaran dan pembelajaran sewajarnya mereka mempunyai niat yang ikhlas, mengetahui dasar-dasar pendidikan, dan strategi mengajar yang berkesan, memberi rangsangan motivasi kepada para pelajar dan memahami kaedah-kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan. Guru 5M juga perlu berusaha meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dengan kecekapan ikhtisas perguruan, sentiasa mencari pendekatan pengajaran yang menimbulkan minat pelajar terhadap penghayatan agama dan cintakan agama Islam.
  • 22. MUALLIM Guru muallim merujuk peranan guru dalam bilik darjah dan perlaksanaan aktiviti dakwah untuk memberitahu, mengajar, menyampaikan pelbagai jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada para pelajar sama ada melalui latihan, arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang dirancang.
  • 23. MUALLIM Ciri-ciri mu’allim Guru Pendidikan Islam iaitu: a) Memiliki dan menguasai ilmu. b) Menghargai dan meningkatkan ilmu. c) Menepati fakta. d) Menyatupadukan ilmu intra dan inter bidang. e) Menguasai huraian dan sukatan pelajaran.
  • 24. PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Kementerian Pendidikan mendefinisikan PAK21 sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Inti utama PAK21 ialah orientasi proses pembelajaran yang lebih berfokus kepada pelajar berbanding guru. Dalam PAK21, guru bertindak sebagai pemudah cara yang menggalakkan penyertaan aktif pelajar di dalam kelas.
  • 25. PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Guru akan gagal menyampaikan maklumat yang diingin diajar kepada pelajar jika lemah dalam menguasai kurikulum subjek. Beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru pada abad 21: 1. Menguasai subjek Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar. 2. Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi
  • 26. PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka. Beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru pada abad 21: 3. Memahami perkembangan dan menyayangi murid Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik. 4. Memahami psikologi pembelajaran
  • 27. PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja. Merupakan satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah. Beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru pada abad 21: 5. Kemahiran kaunseling
  • 28. PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan LCD, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas. Beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru pada abad 21: 6. Penggunaan teknologi terkini
  • 29. RUJUKAN Razaleigh Muhammad @ Kawangit. 2014. Peranan guru pendidikan Islam dalam pengurusan aktiviti dakwah di sekolah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 1-13. Cikgu Hailmi. 2016. 6 Ciri-Ciri Guru Abad ke- 21.https://www.cikguhailmi.com/2016/01/6-ciri-ciri-guru- abad-ke-21.html 1. 2.