SlideShare a Scribd company logo
1 of 37
Download to read offline
3.3 SOLAT DARI
PERSPEKTIF :
A. SAINS DAN KESIHATAN
B. KEPIMPINAN
C. SOSIAL
A. SAINS DAN
KESIHATAN
ANTARA HASIL KAJIAN TERSEBUT ADALAH:
1. Aktiviti Otot
 Profesor Dr Wan Abu Bakar mengkaji aktiviti otot menjelaskan
manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana
otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil
kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti
berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. Solat
sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan
dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
2. Isyarat Otak
 Ng Siew Cheok berkata perubahan kimia berlaku apabila otak
aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom
membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang
diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG
(Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak
daripada aktiviti elektrik.
 Keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling
tenang ketika bersolat (tomakninah)
 Isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan
seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
 Antara kelebihan solat kepada otak:
 Solat dapat meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara
dan memperkuatkan kuasa otak.
 Solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih
bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya
dalam aktiviti harian.
3. Komposisi tubuh
 Menurut Dr Fatimah Ibrahim, komposisi tubuh mengandungi empat
komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan
lemak.
 Ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi
kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang
menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding
pengambilan darah.
 Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini,
tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status
penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai
penyakit kritikal lain
 Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi
tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat
lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat
berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari
kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
 Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini
mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian
mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah
mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara
bersendirian.
 Apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu
ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh
manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan
cas tubuh.
 Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat.
Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif
akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan
mempunyai cas negative.
 Orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan
lebih tenang.
 Solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti
berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula,
katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa,
komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh
sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak
yang meningkat serta paras glukos rendah.
 Posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang.
Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman
seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai
gerakan solat.
 Hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama
sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya
berkurangan.
 Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan
senaman sama seperti gerakan solat.
 Hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah
mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian
saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling
rendah adalah ketika berbaring.
 Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar
denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring.
Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus.
B. KEPIMPINAN
Apa itu solat berjemaah?
 Definisi solat berjemaah ialah solat yang dilakukan oleh tidak
kurang daripada dua orang, di mana salah seorang daripadanya
mengikut yang seorang lagi. Orang yang diikuti dinamakan Imam
dan yang mengikut dinamakan makmum. Firman Allah SWT yang
bermaksud:
 َ‫عين‬ِ‫ك‬ّٰ‫ر‬‫ال‬ َ‫ع‬َ‫م‬ ‫عوا‬َ‫َارك‬‫و‬ َ‫ة‬ ٰ‫كو‬َّ‫ز‬‫ال‬ ‫وا‬ُ‫ت‬‫َءا‬‫و‬ َ‫ة‬ ٰ‫لو‬َّ‫ص‬‫ال‬ ‫وا‬ُ‫م‬‫قي‬َ‫َأ‬‫و‬
 Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan
keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah)
bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Surah Al-Baqarah : ayat
43)
Solat berjemaah dari sudut kepimpinan
 Makmum harus mengikuti apa-apa yang diperintahkan oleh imam
ketika solat. Demikian halnya dalam konsep kepimpinan, yang
dipimpin harus patuh akan perintah yang memimpin. Yang
dipimpin tidak boleh membangkang terhadap perintah tersebut.
 Jika yang dipimpin itu tidak patuh terhadap perintah pemimpin,
maka sistem kepimpinan akan terganggu atau rosak akibat
perbezaan pendapat pemimpin dan yang dipimpin.
 Contoh, jika pemimpin tidak bersependapat dengan yang
dipimpin –dalam hal ini adalah para menteri –akibatnya, akan
timbul konflik yang berpanjangan dan hasilnya akan merugikan
masyarakat dipimpin. Oleh itu, pentingnya pemimpin dengan
yang dipimpin bersependapat, sama seperti sewaktu solat
berjemaah.
 Merapatkan saf atau barisan itu menjadi hal yang wajib, kerana ia
mempengaruhi kesempurnaan dalam solat. Pelajaran yang dapat
diambil dari hal ini ialah nilai-nilai kesatuan dan persatuan yang
mengingatkan bahawa perbezaan itu adalah hak individu, akan
tetapi persatuan itu merupakan suatu keharusan bagi semuanya.
 Jika semua lapisan masyarakat atau yang dipimpin itu saling
bekerjasama merapatkan barisan demi mencapai suatu visi, maka
dalam menyelesaikan sesuatu masalah, semua masalah dapat
diselesaikan bersama tanpa pergaduhan.
 Ketika imam melakukan kesalahan, maka makmum perlu
mengingatkan imam, dan kemudian kembali berjamaah
menjalankan solat dengan alur yang benar.
 Dalam kepimpinan, jika pemimpin melakukan kesalahan, maka yang
dipimpin harus menegur atau mengingatkan pemimpin kerana
melakukan kesalahan, dan pemimpin harus menerima teguran daripada
yang dipimpinnya dengan berlapang dada, kerana tidak semua yang
diperintahkan dan dijalankan oleh pemimpin itu adalah benar.
 Bacaan takbir atau membaca surat Al-Fatihah dan surah-surah pendek
mesti dibaca secara jelas oleh imam agar makmum yang berada di
barisan paling belakang dapat mendengar. Ini menunjukkan nilai-nilai
komunikasi, kerana sebuah organisasi tanpa komunikasi yang baik akan
menimbulkan suasana tidak harmoni antara pemimpin dan anak
buahnya.
 Sebelum solat berjemaah didirikan, terlebih dahulu dikumandangkan
azan oleh muadzin. Ini memberi pelajaran bahawa masing-masing
individu mempunyai kewajiban untuk melakukan amar ma’ruf nahi
munkar.
 Solat berjemaah lebih utama didirikan pada awal waktu, setelah
muadzin mengumandangkan azan dan iqomah. Hal ini mengajar
kita tentang nilai-nilai disiplin, tidak hanya dalam kepimpinan,
malah disemai dalam diri kita sendiri.
 Solat berjemaah juga dapat mempererat tali persaudaraan
antara umat Islam. Maka, solat berjemaah dapat membentuk
sebuah benteng yang kuat untuk melawan keburukan.
C. SOSIAL
 Berjemaah bermaksud bersatu dalam tujuan dan melakukan sesuatu.
Tidak ada sekumpulan manusia yang boleh mencapai kemajuan jika
mereka tidak bersatu dan bergerak mengikut satu haluan. Pasukan bola
sepak yang terhandal di dunia pun tidak mampu menjaringkan gol jika
tidak bersatu dan sehaluan.
 Umat Islam memiliki banyak sebab yang membawanya kesatuan. Sikap
yang diperlu digilap hanya sikap memahami kekurangan orang lain,
bertolak ansur dan tidak menganggap diri serba sempurna. Allah SWT
menjadikan setiap kita berbeza dan mempunyai kekuatan serta
kelemahan tersendiri. Yang sempurna hanya Dia.
 Kelemahan harus ditampung dengan kekuatan orang lain. Jika tidak, kita
tidak akan dapat bersatu dan mencapai kejayaan dalam membina
tamadun.
 ‫ير‬َ‫خ‬ ُ‫ت‬ ٰ
‫ح‬ِ‫ل‬ّٰ‫الص‬ ُ‫ت‬ٰ‫ي‬ِ‫ق‬ٰ‫َالب‬‫و‬ ۖ ‫نيا‬ُّ‫الد‬ ِ‫ة‬ ٰ‫َيو‬‫ح‬‫ال‬ ُ‫َة‬‫ن‬‫زي‬ َ‫نون‬َ‫ب‬‫َال‬‫و‬ ُ‫المال‬
ً
‫َل‬‫م‬َ‫أ‬ ‫ير‬َ‫خ‬َ‫و‬ ‫ا‬ً‫ب‬‫وا‬َ‫ث‬ َ‫ك‬ِِّ‫ب‬َ‫ر‬ َ‫د‬‫ن‬ِ‫ع‬
 Maksudnya : Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan
hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu
lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih
baik sebagai asas yang memberi harapan. (Surah Al-Kahfi : ayat
46).
 Rasulullah SAW amat menitik beratkan solat jemaah. Perkara
pertama yang Baginda dirikan semasa hijrah ke Madinah adalah
mendirikan masjid, tempat manusia berkumpul, bermasyarakat dan
mendirikan solat berjemaah.
 Persoalannya, mengapakah solat berjemaah itu diberi perhatian
berat oleh Rasulullah SAW? Solat jemaah berkaitan dengan sistem
mengatur hidup bermasyarakat. Tidak ramai di kalangan kita yang
menyedari kepentingan solat jemaah dari aspek pembangunan
umat.
 Tujuan utama masjid ialah membawa manusia berkumpul di
bawah bumbung Rumah Allah. Masjid adalah tempat manusia
mencari ketenangan, perhubungan harmoni sesama insan dan
tidak kurang sebagai pusat terapi rohaniah.
 Sesungguhnya masjid adalah pusat yang neutral, yang tidak
melambangkan pihak. Justeru, ia perlu dibangunkan sebagai
tempat yang mesra kepada semua orang.
 Fungsi masjid adalah mendirikan jemaah. Mendirikan jemaah
membawa kepada kesatuan hati. Kesatuan hati pula adalah
rahsia kepada kekuatan umat. Justeru, kita bertanggungjawab
untuk menjadikan masjid sebagai inti kekuatan perpaduan
masyarakat.
 Masjid adalah lambang persatuan ummah dan mimbarnya
sebagai arah kiblat yang menghala ke arah Baitullah di Mekah.
Manakala suara azan yang berkumandang pada setiap kali
masuknya waktu solat adalah merupakan lambang pergerakan
umat Islam, suatu antara kumpulan yang banyak adalah
menggambarkan suatu gerakan serentak di seluruh kawasan
serantau (satu iklim yang hampir sama-sama matla’, sama nampak
anak bulan).
 Solat jemaah dapat menyatukan ummah, sekurang-kurangnya
penduduk setempat untuk menggerakkan sesuatu pembangunan
masyarakat dan Negara termasuk mempertahankan negara
daripada serangan musuh samada secara zahir atau secara
tersembunyi. Penyatuan seperti ini mungkin berlaku menerusi
khutbah Jumaat, majlis-majlis ilmu, forum, perbincangan dan lain-
lain dari semasa ke semasa.
 Prinsip pembinaan tamadun Islam bermula dari konsep ‘dari masjid
ke masjid’, sebagaimana yang boleh kita fahami dari perjalanan
Isra’ Nabi SAW dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di
Palestin. Berjemaah adalah langkah pertama dalam pembinaan
sesuatu masyarakat dan seterusnya pembinaan tamadun. Manusia
harus berkumpul dan bekerjasama, sama ada di peringkat
masyarakat setempat atau antarabangsa
 Bekerjasama membuka peluang perniagaan, peluang pengenalan
dan pertukaran kebudayaan, peluang bantuan kemanusiaan,
kerjasama membasmi penyakit dan perkara-perkara lain yang
bermanfaat. Inilah konsep yang dibawa oleh berjemaah.
 Sebaik sahaja manusia keluar dari peraturan ini, maka ia akan
mengundang kebinasaan, perbalahan dan tidak mustahil hingga
ke tahap peperangan.
 Malapetaka ke atas kemanusiaan pada hari ini adalah hasil
daripada ketamakan, kesombongan dan tidak mahu
menghormati hak-hak orang lain. Ringkas kata, lari dari prinsip
berjemaah.
 Berjemaah menyedarkan kita satu realiti, iaitu kita ini sama sahaja
pada pandangan Allah SWT. Kita menanggalkan pakaian
kebesaran dan sujud dengan penuh kerendahan di hadapan-Nya.
Majikan dan pekerja ketika itu menjadi sama.
 Lelaki dan perempuan adalah sama, tetapi di tempat terhormat
masing-masing. Solat yang memiliki ciri utama khusyuk iaitu
‘mengetahui harga diri kita di mata Allah’, ‘kuasa, kekuatan,
kepandaian dan kebolehan kita adalah dari-Nya’, serta ‘sedar
akan apa yang kita minta dari-Nya.
 Islam ialah satu agama yang lengkap, tinggi lagi unggul. Ia tidak
mengajar umatnya hidup bersendirian sebagaimana kaum barat, malah
dia telah mempersaudarakan antara individu-individu umatnya menjadi
hidup bersaudara yang menghendaki mereka untuk turut bergaul,
sekurang-kurangnya sewaktu mereka bersolat jemaah, lima kali dalam
sehari. Tiada suatu ibadat lain yang diwajibkan agar dilakukan
sekerapnya selain solat lima waktu secara berjemaah dimana dia
bertujuan melaksanakan konsep “hidup bersaudara”. Allah SWT
berfirman:
 َّ‫ل‬َ‫ع‬َ‫ل‬ َ َّ
‫اَّلل‬ ‫وا‬ُ‫ق‬َّ‫َات‬‫و‬ ۚ ‫م‬ُ‫َيك‬‫و‬َ‫خ‬َ‫أ‬ َ‫َين‬‫ب‬ ‫حوا‬ِ‫ل‬‫ص‬َ‫أ‬َ‫ف‬ ‫َة‬‫و‬‫خ‬ِ‫إ‬ َ‫نون‬ِ‫م‬‫ؤ‬ُ‫م‬‫ال‬ ‫َا‬‫م‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬
َ‫َمون‬‫ح‬‫ر‬ُ‫ت‬ ‫م‬ُ‫ك‬
 Maksudnya : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah
bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang
bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh
rahmat. (Surah Al-Hujurat : ayat 10)
 Kesan pergaulan melalui solat jemaah ialah seseorang Islam dapat
berkenalan antara satu sama lain dan cuba mengetahui keadaan hidup
masing-masing serta kediaman, pekerjaan, kegemaran, keperluan dan
sebagainya.
 Perlu kita ketahui bahawa, sesiapa yang datang awal ke masjid, dia
berhak untuk berada di saf pertama di sebelah kanan imam, sebagai
suatu keistimewaan dan ganjaran yang diperoleh pun besar. Tiada siapa
yang boleh menganggu gugat kedudukan ini. Kedatangan awal ke
masjid ibarat sistem nombor giliran tanpa nombor. Al-Barra’ bin ‘Adzib r.a
menyebutkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
 Terjemahan: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke
atas (orang-orang) yang berada di saf-saf yang hadapan”. (HR. An-Nisa’i
:Sahih: Al-Albani).
 Solat jemaah yang sering dilakukan itu bertujuan untuk merapatkan
hubungan kasih sayang dan mengikat hubungan kesatuan yang
amat diutamakan dalam Islam. Allah SWT mengingatkan kita
tentang prinsip ini dalam firman-Nya yang bermaksud:
 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.”
 Antara kebaikan solat berjemaah adalah mengajar prinsip
mengiktiraf hak orang lain. Seorang imam tidak boleh memimpin
solat sesuka hati tanpa persetujuan makmum dan mengambil kira
keupayaan makmum.
 Muaz bin Jabal pernah ditegur Nabi semasa menjadi imam kerana
memanjangkan solatnya. Justeru, imam harus mengambil kira agar
solat, doa atau khutbahnya (jika solat Jumaat) tidak terlalu
panjang demi menjaga kemaslahatan umum. Semakin tinggi
kehalusan budi dan seni ‘berbahasa’ maka semakin tinggi jugalah
sesebuah tamadun itu.
 Seperti kata seorang budayawan, “Umat yang ada akar dan jati
diri itu adalah umat yang ada identiti budayanya yang tinggi”.
Maka solat jemaah mendidik umat untuk berbudaya tinggi.
Budaya tinggi adalah ciri yang perlu ada bagi sebuah tamadun
yang terbilang.
 Dan dalam hadis lain menyatakan daripada Abdullah bin Umar
r.a., katanya:
 "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Betulkan,
penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan
kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-
ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah
dengan saudara-saudara kamu ketika melurus dan merapatkan
saf dan jangan sekali kali membiarkan ruangan-ruangan kosong
dalam saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan
saf dan merapatkannya nescaya Allah SWT akan menyambungkan
rahmatNya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf
nescaya Allah SWT akan memutuskan rahmatNya dan inayahNya
daripada orang tersebut". (Hadis riwayat Abu Daud dengan sanad
yang sahih).
TERIMA KASIH
RUJUKAN
 bayatech.blogspot.com
 iluvislam.com
 masjidpekandengkil.blogspot.com

More Related Content

Similar to Solat dan Kesihatan Sosial

Taharah, Solat dan Puasa
Taharah, Solat dan PuasaTaharah, Solat dan Puasa
Taharah, Solat dan PuasaSaffawati Kadir
 
Kpt5033...solat berjemaah
Kpt5033...solat berjemaahKpt5033...solat berjemaah
Kpt5033...solat berjemaahwannazrs
 
Makalah salat
Makalah salatMakalah salat
Makalah salatIben Zani
 
BAB SHALAT AIK II.pptx
BAB SHALAT AIK II.pptxBAB SHALAT AIK II.pptx
BAB SHALAT AIK II.pptxwindajubaidah2
 
KPT 5033 Solat Berjemaah
KPT 5033 Solat BerjemaahKPT 5033 Solat Berjemaah
KPT 5033 Solat Berjemaahwannazrs
 
TAHAJUD PERSPEKTIF TASSAWUF DAN PSIKONEUROIMONOLOGI
TAHAJUD PERSPEKTIF TASSAWUF DAN PSIKONEUROIMONOLOGITAHAJUD PERSPEKTIF TASSAWUF DAN PSIKONEUROIMONOLOGI
TAHAJUD PERSPEKTIF TASSAWUF DAN PSIKONEUROIMONOLOGIbulancantik
 
Kebaikan Solat Menurut Sains 2 ppismp sn
Kebaikan Solat Menurut Sains   2 ppismp snKebaikan Solat Menurut Sains   2 ppismp sn
Kebaikan Solat Menurut Sains 2 ppismp snLuqman Hakim
 
Pendidikan Agama Islam
Pendidikan Agama IslamPendidikan Agama Islam
Pendidikan Agama IslamSaybia Himma
 
Media ajar Asrul MAteri KD.3 Fiqh _ppt.pptx
Media ajar Asrul MAteri KD.3 Fiqh _ppt.pptxMedia ajar Asrul MAteri KD.3 Fiqh _ppt.pptx
Media ajar Asrul MAteri KD.3 Fiqh _ppt.pptxAsrulWahid1
 
Solat dalam membentuk peribadi muslim presentation
Solat dalam membentuk peribadi muslim   presentationSolat dalam membentuk peribadi muslim   presentation
Solat dalam membentuk peribadi muslim presentationmazrul770909045587
 
Media ajar Asrul MAteri KD.3 Fiqh _ppt.pptx
Media ajar Asrul MAteri KD.3 Fiqh _ppt.pptxMedia ajar Asrul MAteri KD.3 Fiqh _ppt.pptx
Media ajar Asrul MAteri KD.3 Fiqh _ppt.pptxAsrulWahid1
 
Pelatihan Shalat Khusyu
Pelatihan Shalat KhusyuPelatihan Shalat Khusyu
Pelatihan Shalat Khusyumunkyweirdo
 
Esensi Sholat Berjama'ah
Esensi Sholat Berjama'ahEsensi Sholat Berjama'ah
Esensi Sholat Berjama'ahHary HarysMatta
 

Similar to Solat dan Kesihatan Sosial (20)

Taharah, Solat dan Puasa
Taharah, Solat dan PuasaTaharah, Solat dan Puasa
Taharah, Solat dan Puasa
 
Kpt5033...solat berjemaah
Kpt5033...solat berjemaahKpt5033...solat berjemaah
Kpt5033...solat berjemaah
 
Makalah salat
Makalah salatMakalah salat
Makalah salat
 
Sholat.ppt.ppt
Sholat.ppt.pptSholat.ppt.ppt
Sholat.ppt.ppt
 
religy all about sholat
religy all about sholatreligy all about sholat
religy all about sholat
 
Materi tentang Shalat
Materi tentang ShalatMateri tentang Shalat
Materi tentang Shalat
 
BAB SHALAT AIK II.pptx
BAB SHALAT AIK II.pptxBAB SHALAT AIK II.pptx
BAB SHALAT AIK II.pptx
 
KPT 5033 Solat Berjemaah
KPT 5033 Solat BerjemaahKPT 5033 Solat Berjemaah
KPT 5033 Solat Berjemaah
 
TAHAJUD PERSPEKTIF TASSAWUF DAN PSIKONEUROIMONOLOGI
TAHAJUD PERSPEKTIF TASSAWUF DAN PSIKONEUROIMONOLOGITAHAJUD PERSPEKTIF TASSAWUF DAN PSIKONEUROIMONOLOGI
TAHAJUD PERSPEKTIF TASSAWUF DAN PSIKONEUROIMONOLOGI
 
Kebaikan Solat Menurut Sains 2 ppismp sn
Kebaikan Solat Menurut Sains   2 ppismp snKebaikan Solat Menurut Sains   2 ppismp sn
Kebaikan Solat Menurut Sains 2 ppismp sn
 
Pendidikan Agama Islam
Pendidikan Agama IslamPendidikan Agama Islam
Pendidikan Agama Islam
 
Media ajar Asrul MAteri KD.3 Fiqh _ppt.pptx
Media ajar Asrul MAteri KD.3 Fiqh _ppt.pptxMedia ajar Asrul MAteri KD.3 Fiqh _ppt.pptx
Media ajar Asrul MAteri KD.3 Fiqh _ppt.pptx
 
Solat dalam membentuk peribadi muslim presentation
Solat dalam membentuk peribadi muslim   presentationSolat dalam membentuk peribadi muslim   presentation
Solat dalam membentuk peribadi muslim presentation
 
Shalat
ShalatShalat
Shalat
 
Pengajian islam
Pengajian islamPengajian islam
Pengajian islam
 
Rahasia shalat
Rahasia shalatRahasia shalat
Rahasia shalat
 
Solat
SolatSolat
Solat
 
Media ajar Asrul MAteri KD.3 Fiqh _ppt.pptx
Media ajar Asrul MAteri KD.3 Fiqh _ppt.pptxMedia ajar Asrul MAteri KD.3 Fiqh _ppt.pptx
Media ajar Asrul MAteri KD.3 Fiqh _ppt.pptx
 
Pelatihan Shalat Khusyu
Pelatihan Shalat KhusyuPelatihan Shalat Khusyu
Pelatihan Shalat Khusyu
 
Esensi Sholat Berjama'ah
Esensi Sholat Berjama'ahEsensi Sholat Berjama'ah
Esensi Sholat Berjama'ah
 

More from Awang Hat Mohd Noor

More from Awang Hat Mohd Noor (11)

Sur ,mk,g ggjg h jj gj gj g hjhkhj gkjhkjhgkjh
Sur ,mk,g  ggjg h jj gj gj g hjhkhj gkjhkjhgkjhSur ,mk,g  ggjg h jj gj gj g hjhkhj gkjhkjhgkjh
Sur ,mk,g ggjg h jj gj gj g hjhkhj gkjhkjhgkjh
 
akoe nen eh eh eh bvehe eh vehe e h he he ehg vehehge
akoe nen eh eh eh bvehe eh vehe e h he he ehg vehehgeakoe nen eh eh eh bvehe eh vehe e h he he ehg vehehge
akoe nen eh eh eh bvehe eh vehe e h he he ehg vehehge
 
hu hu ha ha ha heh ah ah abba aah agg ah as
hu hu ha ha ha heh ah ah abba aah agg ah ashu hu ha ha ha heh ah ah abba aah agg ah as
hu hu ha ha ha heh ah ah abba aah agg ah as
 
brutal bru br qjqas sas asha saha sashas as sah s sahas
brutal bru br qjqas sas asha saha sashas as sah s sahasbrutal bru br qjqas sas asha saha sashas as sah s sahas
brutal bru br qjqas sas asha saha sashas as sah s sahas
 
23.pptx
23.pptx23.pptx
23.pptx
 
ghat.pdf
ghat.pdfghat.pdf
ghat.pdf
 
uslim.ppt
uslim.pptuslim.ppt
uslim.ppt
 
S Israk mikraj Solat 17.02.2023 english.pdf
S Israk mikraj Solat 17.02.2023 english.pdfS Israk mikraj Solat 17.02.2023 english.pdf
S Israk mikraj Solat 17.02.2023 english.pdf
 
gs_2021_BM.pdf
gs_2021_BM.pdfgs_2021_BM.pdf
gs_2021_BM.pdf
 
Slaid_Penyebara
Slaid_PenyebaraSlaid_Penyebara
Slaid_Penyebara
 
Borang wali hakim tiada wali nasab
Borang wali hakim tiada wali nasabBorang wali hakim tiada wali nasab
Borang wali hakim tiada wali nasab
 

Solat dan Kesihatan Sosial

  • 1. 3.3 SOLAT DARI PERSPEKTIF : A. SAINS DAN KESIHATAN B. KEPIMPINAN C. SOSIAL
  • 3.
  • 4. ANTARA HASIL KAJIAN TERSEBUT ADALAH: 1. Aktiviti Otot  Profesor Dr Wan Abu Bakar mengkaji aktiviti otot menjelaskan manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. Solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
  • 5.
  • 6. 2. Isyarat Otak  Ng Siew Cheok berkata perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.  Keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat (tomakninah)  Isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
  • 7.  Antara kelebihan solat kepada otak:  Solat dapat meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.  Solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
  • 8. 3. Komposisi tubuh  Menurut Dr Fatimah Ibrahim, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.  Ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.  Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain
  • 9.  Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.  Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
  • 10.  Apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.  Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negative.  Orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
  • 11.  Solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
  • 12.  Posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.  Hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.  Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat.
  • 13.  Hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.  Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus.
  • 14.
  • 16. Apa itu solat berjemaah?  Definisi solat berjemaah ialah solat yang dilakukan oleh tidak kurang daripada dua orang, di mana salah seorang daripadanya mengikut yang seorang lagi. Orang yang diikuti dinamakan Imam dan yang mengikut dinamakan makmum. Firman Allah SWT yang bermaksud:  َ‫عين‬ِ‫ك‬ّٰ‫ر‬‫ال‬ َ‫ع‬َ‫م‬ ‫عوا‬َ‫َارك‬‫و‬ َ‫ة‬ ٰ‫كو‬َّ‫ز‬‫ال‬ ‫وا‬ُ‫ت‬‫َءا‬‫و‬ َ‫ة‬ ٰ‫لو‬َّ‫ص‬‫ال‬ ‫وا‬ُ‫م‬‫قي‬َ‫َأ‬‫و‬  Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Surah Al-Baqarah : ayat 43)
  • 17. Solat berjemaah dari sudut kepimpinan  Makmum harus mengikuti apa-apa yang diperintahkan oleh imam ketika solat. Demikian halnya dalam konsep kepimpinan, yang dipimpin harus patuh akan perintah yang memimpin. Yang dipimpin tidak boleh membangkang terhadap perintah tersebut.  Jika yang dipimpin itu tidak patuh terhadap perintah pemimpin, maka sistem kepimpinan akan terganggu atau rosak akibat perbezaan pendapat pemimpin dan yang dipimpin.
  • 18.  Contoh, jika pemimpin tidak bersependapat dengan yang dipimpin –dalam hal ini adalah para menteri –akibatnya, akan timbul konflik yang berpanjangan dan hasilnya akan merugikan masyarakat dipimpin. Oleh itu, pentingnya pemimpin dengan yang dipimpin bersependapat, sama seperti sewaktu solat berjemaah.
  • 19.  Merapatkan saf atau barisan itu menjadi hal yang wajib, kerana ia mempengaruhi kesempurnaan dalam solat. Pelajaran yang dapat diambil dari hal ini ialah nilai-nilai kesatuan dan persatuan yang mengingatkan bahawa perbezaan itu adalah hak individu, akan tetapi persatuan itu merupakan suatu keharusan bagi semuanya.  Jika semua lapisan masyarakat atau yang dipimpin itu saling bekerjasama merapatkan barisan demi mencapai suatu visi, maka dalam menyelesaikan sesuatu masalah, semua masalah dapat diselesaikan bersama tanpa pergaduhan.  Ketika imam melakukan kesalahan, maka makmum perlu mengingatkan imam, dan kemudian kembali berjamaah menjalankan solat dengan alur yang benar.
  • 20.  Dalam kepimpinan, jika pemimpin melakukan kesalahan, maka yang dipimpin harus menegur atau mengingatkan pemimpin kerana melakukan kesalahan, dan pemimpin harus menerima teguran daripada yang dipimpinnya dengan berlapang dada, kerana tidak semua yang diperintahkan dan dijalankan oleh pemimpin itu adalah benar.  Bacaan takbir atau membaca surat Al-Fatihah dan surah-surah pendek mesti dibaca secara jelas oleh imam agar makmum yang berada di barisan paling belakang dapat mendengar. Ini menunjukkan nilai-nilai komunikasi, kerana sebuah organisasi tanpa komunikasi yang baik akan menimbulkan suasana tidak harmoni antara pemimpin dan anak buahnya.  Sebelum solat berjemaah didirikan, terlebih dahulu dikumandangkan azan oleh muadzin. Ini memberi pelajaran bahawa masing-masing individu mempunyai kewajiban untuk melakukan amar ma’ruf nahi munkar.
  • 21.  Solat berjemaah lebih utama didirikan pada awal waktu, setelah muadzin mengumandangkan azan dan iqomah. Hal ini mengajar kita tentang nilai-nilai disiplin, tidak hanya dalam kepimpinan, malah disemai dalam diri kita sendiri.  Solat berjemaah juga dapat mempererat tali persaudaraan antara umat Islam. Maka, solat berjemaah dapat membentuk sebuah benteng yang kuat untuk melawan keburukan.
  • 23.  Berjemaah bermaksud bersatu dalam tujuan dan melakukan sesuatu. Tidak ada sekumpulan manusia yang boleh mencapai kemajuan jika mereka tidak bersatu dan bergerak mengikut satu haluan. Pasukan bola sepak yang terhandal di dunia pun tidak mampu menjaringkan gol jika tidak bersatu dan sehaluan.  Umat Islam memiliki banyak sebab yang membawanya kesatuan. Sikap yang diperlu digilap hanya sikap memahami kekurangan orang lain, bertolak ansur dan tidak menganggap diri serba sempurna. Allah SWT menjadikan setiap kita berbeza dan mempunyai kekuatan serta kelemahan tersendiri. Yang sempurna hanya Dia.  Kelemahan harus ditampung dengan kekuatan orang lain. Jika tidak, kita tidak akan dapat bersatu dan mencapai kejayaan dalam membina tamadun.
  • 24.  ‫ير‬َ‫خ‬ ُ‫ت‬ ٰ ‫ح‬ِ‫ل‬ّٰ‫الص‬ ُ‫ت‬ٰ‫ي‬ِ‫ق‬ٰ‫َالب‬‫و‬ ۖ ‫نيا‬ُّ‫الد‬ ِ‫ة‬ ٰ‫َيو‬‫ح‬‫ال‬ ُ‫َة‬‫ن‬‫زي‬ َ‫نون‬َ‫ب‬‫َال‬‫و‬ ُ‫المال‬ ً ‫َل‬‫م‬َ‫أ‬ ‫ير‬َ‫خ‬َ‫و‬ ‫ا‬ً‫ب‬‫وا‬َ‫ث‬ َ‫ك‬ِِّ‫ب‬َ‫ر‬ َ‫د‬‫ن‬ِ‫ع‬  Maksudnya : Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (Surah Al-Kahfi : ayat 46).
  • 25.  Rasulullah SAW amat menitik beratkan solat jemaah. Perkara pertama yang Baginda dirikan semasa hijrah ke Madinah adalah mendirikan masjid, tempat manusia berkumpul, bermasyarakat dan mendirikan solat berjemaah.  Persoalannya, mengapakah solat berjemaah itu diberi perhatian berat oleh Rasulullah SAW? Solat jemaah berkaitan dengan sistem mengatur hidup bermasyarakat. Tidak ramai di kalangan kita yang menyedari kepentingan solat jemaah dari aspek pembangunan umat.
  • 26.  Tujuan utama masjid ialah membawa manusia berkumpul di bawah bumbung Rumah Allah. Masjid adalah tempat manusia mencari ketenangan, perhubungan harmoni sesama insan dan tidak kurang sebagai pusat terapi rohaniah.  Sesungguhnya masjid adalah pusat yang neutral, yang tidak melambangkan pihak. Justeru, ia perlu dibangunkan sebagai tempat yang mesra kepada semua orang.
  • 27.  Fungsi masjid adalah mendirikan jemaah. Mendirikan jemaah membawa kepada kesatuan hati. Kesatuan hati pula adalah rahsia kepada kekuatan umat. Justeru, kita bertanggungjawab untuk menjadikan masjid sebagai inti kekuatan perpaduan masyarakat.  Masjid adalah lambang persatuan ummah dan mimbarnya sebagai arah kiblat yang menghala ke arah Baitullah di Mekah. Manakala suara azan yang berkumandang pada setiap kali masuknya waktu solat adalah merupakan lambang pergerakan umat Islam, suatu antara kumpulan yang banyak adalah menggambarkan suatu gerakan serentak di seluruh kawasan serantau (satu iklim yang hampir sama-sama matla’, sama nampak anak bulan).
  • 28.  Solat jemaah dapat menyatukan ummah, sekurang-kurangnya penduduk setempat untuk menggerakkan sesuatu pembangunan masyarakat dan Negara termasuk mempertahankan negara daripada serangan musuh samada secara zahir atau secara tersembunyi. Penyatuan seperti ini mungkin berlaku menerusi khutbah Jumaat, majlis-majlis ilmu, forum, perbincangan dan lain- lain dari semasa ke semasa.  Prinsip pembinaan tamadun Islam bermula dari konsep ‘dari masjid ke masjid’, sebagaimana yang boleh kita fahami dari perjalanan Isra’ Nabi SAW dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin. Berjemaah adalah langkah pertama dalam pembinaan sesuatu masyarakat dan seterusnya pembinaan tamadun. Manusia harus berkumpul dan bekerjasama, sama ada di peringkat masyarakat setempat atau antarabangsa
  • 29.  Bekerjasama membuka peluang perniagaan, peluang pengenalan dan pertukaran kebudayaan, peluang bantuan kemanusiaan, kerjasama membasmi penyakit dan perkara-perkara lain yang bermanfaat. Inilah konsep yang dibawa oleh berjemaah.  Sebaik sahaja manusia keluar dari peraturan ini, maka ia akan mengundang kebinasaan, perbalahan dan tidak mustahil hingga ke tahap peperangan.  Malapetaka ke atas kemanusiaan pada hari ini adalah hasil daripada ketamakan, kesombongan dan tidak mahu menghormati hak-hak orang lain. Ringkas kata, lari dari prinsip berjemaah.
  • 30.  Berjemaah menyedarkan kita satu realiti, iaitu kita ini sama sahaja pada pandangan Allah SWT. Kita menanggalkan pakaian kebesaran dan sujud dengan penuh kerendahan di hadapan-Nya. Majikan dan pekerja ketika itu menjadi sama.  Lelaki dan perempuan adalah sama, tetapi di tempat terhormat masing-masing. Solat yang memiliki ciri utama khusyuk iaitu ‘mengetahui harga diri kita di mata Allah’, ‘kuasa, kekuatan, kepandaian dan kebolehan kita adalah dari-Nya’, serta ‘sedar akan apa yang kita minta dari-Nya.
  • 31.  Islam ialah satu agama yang lengkap, tinggi lagi unggul. Ia tidak mengajar umatnya hidup bersendirian sebagaimana kaum barat, malah dia telah mempersaudarakan antara individu-individu umatnya menjadi hidup bersaudara yang menghendaki mereka untuk turut bergaul, sekurang-kurangnya sewaktu mereka bersolat jemaah, lima kali dalam sehari. Tiada suatu ibadat lain yang diwajibkan agar dilakukan sekerapnya selain solat lima waktu secara berjemaah dimana dia bertujuan melaksanakan konsep “hidup bersaudara”. Allah SWT berfirman:  َّ‫ل‬َ‫ع‬َ‫ل‬ َ َّ ‫اَّلل‬ ‫وا‬ُ‫ق‬َّ‫َات‬‫و‬ ۚ ‫م‬ُ‫َيك‬‫و‬َ‫خ‬َ‫أ‬ َ‫َين‬‫ب‬ ‫حوا‬ِ‫ل‬‫ص‬َ‫أ‬َ‫ف‬ ‫َة‬‫و‬‫خ‬ِ‫إ‬ َ‫نون‬ِ‫م‬‫ؤ‬ُ‫م‬‫ال‬ ‫َا‬‫م‬َّ‫ن‬ِ‫إ‬ َ‫َمون‬‫ح‬‫ر‬ُ‫ت‬ ‫م‬ُ‫ك‬  Maksudnya : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah Al-Hujurat : ayat 10)
  • 32.  Kesan pergaulan melalui solat jemaah ialah seseorang Islam dapat berkenalan antara satu sama lain dan cuba mengetahui keadaan hidup masing-masing serta kediaman, pekerjaan, kegemaran, keperluan dan sebagainya.  Perlu kita ketahui bahawa, sesiapa yang datang awal ke masjid, dia berhak untuk berada di saf pertama di sebelah kanan imam, sebagai suatu keistimewaan dan ganjaran yang diperoleh pun besar. Tiada siapa yang boleh menganggu gugat kedudukan ini. Kedatangan awal ke masjid ibarat sistem nombor giliran tanpa nombor. Al-Barra’ bin ‘Adzib r.a menyebutkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:  Terjemahan: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas (orang-orang) yang berada di saf-saf yang hadapan”. (HR. An-Nisa’i :Sahih: Al-Albani).
  • 33.  Solat jemaah yang sering dilakukan itu bertujuan untuk merapatkan hubungan kasih sayang dan mengikat hubungan kesatuan yang amat diutamakan dalam Islam. Allah SWT mengingatkan kita tentang prinsip ini dalam firman-Nya yang bermaksud:  “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.”  Antara kebaikan solat berjemaah adalah mengajar prinsip mengiktiraf hak orang lain. Seorang imam tidak boleh memimpin solat sesuka hati tanpa persetujuan makmum dan mengambil kira keupayaan makmum.
  • 34.  Muaz bin Jabal pernah ditegur Nabi semasa menjadi imam kerana memanjangkan solatnya. Justeru, imam harus mengambil kira agar solat, doa atau khutbahnya (jika solat Jumaat) tidak terlalu panjang demi menjaga kemaslahatan umum. Semakin tinggi kehalusan budi dan seni ‘berbahasa’ maka semakin tinggi jugalah sesebuah tamadun itu.  Seperti kata seorang budayawan, “Umat yang ada akar dan jati diri itu adalah umat yang ada identiti budayanya yang tinggi”. Maka solat jemaah mendidik umat untuk berbudaya tinggi. Budaya tinggi adalah ciri yang perlu ada bagi sebuah tamadun yang terbilang.
  • 35.  Dan dalam hadis lain menyatakan daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya:  "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan- ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika melurus dan merapatkan saf dan jangan sekali kali membiarkan ruangan-ruangan kosong dalam saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya nescaya Allah SWT akan menyambungkan rahmatNya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf nescaya Allah SWT akan memutuskan rahmatNya dan inayahNya daripada orang tersebut". (Hadis riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).