SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
HSA 3043: ASIA TENGGARA ABAD KE-20
TAJUK
Analisakan Corak Perluasan Pengaruh
Komunis Di Salah Sebuah Negara Di
Asia Tenggara Kecuali Malaysia.
(Filipina)
1.0 Pengenalan
Filipina adalah sebuah negara republik yang terletak di bahagian timur di
kawasan Asia Tenggara bersebelahan dengan utara Indonesia dan Malaysia.
Filipina menerima perluasan dari kuasa besar Sepanyol yang melakukan
penjajahan pertama ke atas Filipina semenjak tahun 1565 sehingga tahun 1898
iaitu hampir 233 tahun.1
Filipina mendapat namanya sempena menghormati
anak maharaja Sepanyol Charles V yang bernama Philip. Beliau merupakan
bakal pewaris tahkta Kerajaan Sepanyol ketika itu.2
Amerika pula menjejaki
langkah sepanyol dengan menggunakan pintu laluan sama seperti sepanyol
untuk menjajah filipina. Di sinilah berlakunya perubahan sosiopolitik antara
sepanyol dan filipina pada abad ke-19.3
Manakala Jepun menduduki Filipina
pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pendudukan Jepun pada mulanya
dianggap sebagai penyelamat Filipina namun, akhirnya menimbulkan kebencian
kerana tindakan Jepun hanyalah untuk kepentingan Jepun semata-mata.4
Filipina sebuah negara di Asia Tenggara yang menerima pengaruh kuasa
besar yang digeruni di Barat. Selepas Perang Dunia Kedua, Filipina bangun
sebagai antara negara maju di Asia Tenggara. Namun semuanya mula berubah
akibat dari pertumbuhan ekonomi yang lemah, masalah rasuah kolonial dan
eksploitasi ekonomi oleh golongan tertentu. Kemunculan golongan gerakan
pemisah, pemberontak-pemberontak berhaluan kiri dari Tentera Rakyat Baru
(New People’s Army). Kemunculan golongan ini turut menjejaskan kestabilan
Filipina.
Komunisme merujuk kepada suatu fahaman politik di mana rakyat
mempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan segala produk keluaran
negara menjadi milik bersama. Pengasas komunisme ialah Karl Max yang
berjuang bersama-sama Friedrich dan mereka telah mengistiharkan manifesto
komunis. Manifesto tersebut bertujuan untuk menentang sistem kapitalisme yang
1
Carl, C. Hodge. (2008). Encyclopedia of the Age of Imperialism, 1800-1914. United Stated:
Greenwood Press. Hlm. 182.
2
D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 297.
3
Carl, C. Hodge. (2008). Encyclopedia of the Age of Imperialism, 1800-1914. United Stated:
Greenwood Press. Hlm. 669-670.
4
Teodoro A. Agoncillo. (2001). The Fateful Years: Japan’s Adventure in The Philippines, 1941-1945,
Vol. 1. Diliman: University of The Philippines Press. Hlm. 1-3.
dilihat sebagai sistem yang menindas masyarakat bawahan. Sebaliknya komunis
adalah suatu sistem ekonomi yang bermatlamatkan untuk membantu golongan
bawahan seperti petani.5
Sistem sosial komunisme merupakan sistem sosial
tanpa kerajaan, harta dan golongan kelas masyarakat. Karl Max menggunakan
istilah ‘Komunisme Suci’ yang mana dasar yang dibuat adalah secara
demokratik. Iaitu dengan membenarkan setiap ahli dalam masyarakat
mengambil bahagian dalam setiap keputusan politik, ekonomi dan sosial negara.
Berdasarkan ideologi ini umumnya semua kekayaan negara dimiliki sama rata
oleh rakyat.6
2.0 Komunis Di Filipina
Filipina antara negara di Asia Tenggara yang menerima pengaruh
komunalisme terutamanya selepas berlakunya Perang Dunia Kedua antara 1939
sehingga tahun 1945. Gerakan komunis yang berlaku di Filipina adalah
disebabkan oleh kebangkitan golongan petani yang mempunyai semangat
cominterm.7
Hal ini disebabkan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap
golongan pemerintah dan penjajah Filipina. Selepas Perang Dunia Kedua 1945,
pengaruh komunis mencapai kemuncak apabila wujudnya kumpulan komunis
yang terpenting dalam memperjuangkan agendanya dengan melakukan pelbagai
aktiviti penentangan di Filipina. Semasa pemerintahan Presiden Marco, Filipina
dalam keadaan yang tidak stabil. Situasi ini telah mendorong penubuhan Partido
Kommunista ng Pilipinas (PKP). PKP membawa ideologi komunis dengan
mencari peluang untuk mempengaruhi golongan petani dan rakyat Filipina.
Pertubuhan ini diasaskan oleh Crisanto Evangelista.8
Dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya, PKP bergabung pula
dengan pertubuhan Aguman Ding Maldang Talapegobra (Persatuan Buruh dan
Petani) atau singkatannya ialah AMT yang diketuai oleh Pedro Abad Santos.
5
Mark Sandle. (2012). Communism. United Kingdom: Pearson Education Limited. Hlm. 2-5.
6
Iman Muttaqin (Penterjemah). 2003. Kaum Marxis: Idea-Idea Dasar dan Sejarah Perkembangan.
Indonesia: Pustaka Pelajar. Hlm. 35-38.
7
Jesus B. Lava. (2002). Memoirs of a Communist: Dr. Jesus B. Lava. Philippines: Anvil Publishing Inc.
Hlm. 17.
8
Sterling Marcos. (1996). Dinasti Marcos: Korupsi Harta dan Kekuasaan di Filipina. Jakarta: Pustaka
Jaya. Hlm. 3-5.
Matlamat ATM juga adalah sama iaitu untuk membantu memperbaiki nasib
golongan buruh dan petani. Akhirnya kedua-dua gerakan ini bergabung dengan
mengukuhkan pergerakan komunis Filipina di bawah satu nama pergerakan iaitu
PKP. Jepun menganggap PKP sebagai sebuah pertubuhan yang perlu diberikan
perhatian serius. Untuk menghapuskan PKP, Jepun melaksanakan pelbagai
strategi. Hal ini kerana PKP adalah sebuah gerakan yang dipengaruhi dengan
komunis yang dimusuhi oleh pihak Jepun.9
Akhirnya pada 25 januari 1946, pihak
Jepun berjaya menangkap Pedro Abas Santos. Rentetan daripada kejayaan
tersebut, Jepun berjaya menangkap pemimpin PKP yang lain antaranya Crisanto
Evangelista dan Guillermo Capadocia. Dalam masa yang sama juga, Jepun
berjaya menahan pemimpin lain seperti Agapito del Rosario dan Dr. Angel
Ancajas.10
Penangkapan pemimpin PKP telah memberi tamparan hebat kepada
parti komunis tersebut. Namun keadaan mula berubah apabila Dr. Vicent Lava
berjaya melarikan diri dan telah mengambil alih kepimpinan PKP. Pada tahun
1947 di bawah kepimpinan Lava, kepimpinan PKP telah disusun semula dan
Lava dilantik sebagai ketua PKP. Pergerakan komunis bermula apabila pihak
PKP mengeluarkan surat edaran kepada masyarakat di Pampanga bagi tujuan
untuk membentuk pasukan tentera. Ketenteraan pasukan ini memulakan operasi
di kawasan Luzon Tengah.
Salah satu kumpulan tersebut dipimpin oleh seorang wanita yang
bernama Felipi Culala iaitu ketua pertubuhan Komunis ng mga Magubukid sa
Pilipinas (KPMP) di Pampanga. Seterusnya pasukan KPMP telah menyerang
Jepun di Mandili, Candaba pada 13 Mac 1948. Peristiwa yang berlaku telah
mengorbankan sebanyak 30 kematian. Peristiwa kekurangan bekalan makanan
di bandar besar dan wilayah yang dikuasai oleh Jepun menyebabkan berlakunya
penentangan. Hal ini berlaku kerana pihak PKP dan pergerakan agrarian di
Luzon Tengah bergabung dan seterusnya membentuk satu organisasi militer
ketenteraan yang kuat di Filipina yang dikenali sebagai pergerakan komunis
Hukbalahap.11
9
Jesus B. Lava. (2002). Memoirs of a Communist: Dr. Jesus B. Lava. Philippines: Anvil Publishing Inc.
Hlm. 11-12.
10
Ibid. Hlm. 15.
11
Jesus B. Lava. (2002). Memoirs of a Communist: Dr. Jesus B. Lava. Philippines: Anvil Publishing Inc.
Hlm. 54.
3.0 Sejarah Perkembangan Komunis Hukbalahap Di Filipina
Pergerakan komunis Hukbalahap di Filipina merujuk kepada Hukbong
Bayan Laban Sa Hapan yang bermaksud “Tentera Rakyat Menentang Jepun”.
Namun dalam kalangan anggota komunis gerakan ini dikenali sebagai Huk.
Pada asalnya pergerakan ini bertujuan untuk memperbaiki kehidupan golongan
petani dan pekerja. Pihak Pengadilan Tertinggi Filipina menyatakan bahawa
pergerakan pertubuhan komunis ini adalah haram dan keadaan ini telah
menyebabkan pemberontak Hukbalahap melakukan penentangan. Dengan
slogan dan matlamat pergerakan ini menyebabkan ramai golongan petani dan
pekerja terpengaruh dengan agenda politik mereka.12
Selain kebanyakan
pemimpin Hukbalahap berasal dari status sosial yang rendah. Keadaan ini yang
menyebabkan mereka memahami masalah yang sering dihadapi oleh golongan
kaum tani. Golongan petani dan pekerja secara senyap-senyap mula tertarik dan
terlibat dengan gerakan komunis. Gerakan Hukbalahap ini bukan sahaja
melibatkan kawasan Manila malah ianya juga melibatkan sehingga ke kawasan
Luzon Tengah iaitu wilayah Pampanga.13
Bagi mengukuhkan lagi kedudukan Hukbalahap, satu perjumpaan di
Pampanga dilakukan antara Felipa Culala dengan kepimpinan komunis dari
golongan petani serta anggota komunis lain. Hampir 2000 komunis yang
kebanyakannya berasal dari Pampanga juga turut hadir.14
Melalui perjumpaan
ini satu kata sepakat telah dicapai untuk menubuhkan pergerakan Hukbalahap
dan mereka telah bersetuju dengan tiga perkara yang dibincangkan. Pertama
mereka menyetujui tujuan utama pergerakan Hukbalahap adalah untuk
menentang Jepun. Kedua, mereka bersetuju bahawa pergerakan organisasi
Hukbalahap sebagai satu gerakan gerila atau skuadron (pasukan skuad bagi
gerakan komunis di Filipina). Manakala ketiga ialah untuk memilih empat orang
pemimpin dalam membentuk Panitia Militer yang seterusnya berkembang
menjadi markas besar umum. Tujuan utama markas besar umum adalah untuk
12
Micheal A. Ball. (1998). Defining Success in the War on Terrorism: A Monograph. Kansa: United
Stated Army School of Advance Military Studies. Hlm. 32-33.
13
Ibid. Hlm. 34.
14
Roger C. Thompsom. (2001). The Pacific Basin Since 1945. Singapore: Pearson Education Asia Pts
Ltd. Hlm. 20-21.
menjadikan pergerakan ketenteraan Hukbalahap sebagai gerakan yang sentiasa
bersatu dan tersusun.15
4.0 Perjuangan Komunis Hukbalahap Di Filipina
Pendudukan Jepun di Filipina pada 9 April 1942 pada mulanya mendapat
sokongan daripada rakyat Filipina. Slogan “Asia untuk Asia” berjaya meraih
simpati bukan sahaja di Filipina malah di Asia Tenggara lain seperti Malaysia.
Namun, akhirnya pendudukan Jepun telah menimbulkan perasaan tidak puas
hati rakyat Filipina. Mereka mencetuskan gerakan anti-Jepun yang bertujuan
untuk mengusir Jepun keluar dari bumi Filipina. Slogan yang digunakan Jepun
hanyalah sebagai retorik semata-mata bagi mengaburi mata rakyat Filipina.
Pendudukan Jepun telah membawa beberapa perubahan kepada rakyat Filipina
dengan tujuan meraih sokongan. Bagi matlamat tersebut Jepun telah
membentuk Suruhanjaya Eksekutif Filipina dengan memberi peluang kepada
pemimpin Filipina untuk melibatkan diri dalam pemerintahan dan pentadbiran
negara.16
Antara tokoh yang terlibat ialah Benigno Aquino, Jose P. Laurel, Antonio
de Las Alas dan Jorge B. Vargas. Pemimpin-pemimpin inilah yang kemudiannya
bertindak sebagai pemimpin Filipina. Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi
kedudukan di Filipina, Jepun telah mewujudkan satu pertubuhan khas yang
dikenali sebagai Hadoo-Bu. Penubuhan Hadoo-Bu bertujuan untuk menyebarkan
risalah-risalah perpaduan dalam kalangan negara di Asia. Selain meraih
sokongan rakyat untuk menentang pihak Berikat. Jepun juga telah mewujudkan
Kesatuan Perkhidmatan Filipina Baru iaitu kalibapi yang bertujuan untuk
menyatupadukan seluruh kakitangan awam Filipina. Pertubuhan ini telah
menjadi penggerak yang berkesan dalam pemerintahan Jepun di Filipina. Selain
itu, Jepun telah merangka Suruhanjaya Perlembagaan bagi merangka
perlembagaan baru bagi republik Filipina yang merdeka. Pada 14 oktober 1943,
15
Roger C. Thompsom. (2001). The Pacific Basin Since 1945. Singapore: Pearson Education Asia Pts
Ltd. Hlm 27-29.
16
William Case. (2002). Politics in Southeast Asia: Democracy or Less. New York: Routledge Hlm. 208.
secara rasminya Jepun mengisytiharkan kemerdekaan Filipina dengan melantik
Jose P. Laurel sebagai Presiden.17
Pelantikan Presiden hanya sebagai boneka Jepun dan kuasa pembuat
keputusan terletak di tangan Jepun. Rakyat Filipina menganggap tindakan Jepun
tidak ikhlas. Segala perubahan yang dilakukan hanya untuk kepentingan Jepun
sahaja bukan untuk membantu Filipina. Akhirnya muncul beberapa pemimpin
Filipina bangkit menentang pihak Jepun. Mereka berjaya menyatukan rakyat
Filipina untuk menyerang Jepun secara kekerasan. Pemimpin seperti Luis Trauc
dan Casto Alenjandrino telah mengetuai kumpulan komunis dengan
menggunakan tentera rakyat anti-Jepun atau Hukbalahap. Dianggarkan pasukan
ini mempunyai anggota seramai lebih daripada 30000 orang.18
Kegiatan pergerakan komunis Hukbalahap ini pada mulanya bermula di
kawasan Pampanga dan bergerak ke seluruh Luzon Tengah, Tarlac Bulacan,
Neuva Ecija dan sehingga ke kawasan Pangasinan. Pergerakan komunis
Hukbalahap mengukuhkan kedudukannya dengan menambahkan lagi anggota
tentera dengan mengambil penduduk dari kawasan desa dan kawasan
pedalaman. Komunis Hukbalahap mendapatkan senjata dengan menyerang dan
membunuh tentera Jepun serta merampas gudang senjata Jepun. Sokongan
kuat kaum petani dan pekerja mengukuhkan lagi kedudukan gerakan ini di mata
masyarakat Filipina sekaligus menjadi pertubuhan yang digeruni oleh pihak
lawan. Bagi mengambil hati dan sokongan golongan petani, Luis Taruc
mengarahkan anggotanya untuk memberikan bantuan dan menjalinkan
hubungan rapat dengan penduduk tempatan. Hal ini bertujuan bagi menunjukkan
gerakan ini berbeza dengan pemerintahan Jepun. Hukbalahap adalah organisasi
yang bukan sahaja menentang Jepun tetapi juga turut menjalankan revolusi
sosial.19
Apabila pihak Jepun menyerah kalah, pemimpin Hukbalahap iaitu Luis
Taruc dari Pampanga dan Jesus Lava dari Bulacan telah menyertai Pilihanraya
Komanvel Filipina yang telah diadakan pada 23 april 1946. Mereka telah terpilih
17
Teodoro A. Agoncillo. (2001). The Fateful Years: Japan’s Adventure in The Philippines, 1941-1945,
Vol. 1. Diliman: University of The Philippines Press. Hlm. 316-319.
18
William Case. (2002). Politics in Southeast Asia: Democracy or Less. New York: Routledge Hlm. 211-
212.
19
Jesus B. Lava. (2002). Memoirs of a Communist: Dr. Jesus B. Lava. Philippines: Anvil Publishing Inc.
Hlm. 12-14.
menjadi ahli Dewan Rendah Kongress.20
Namun begitu, mereka tidak
dibenarkan untuk mengambil tempat di dalam Dewan Kongres kerana bantahan
yang dibuat terhadap kedua-dua pemimpin Hukbalahap yang dianggap sebagai
individu yang paling banyak menimbulkan masalah di Filipina. Bantahan ini
dilakukan oleh pihak yang kalah semasa pilihanraya tersebut iaitu Roxas,
Presiden Filipina. Akhirnya peristiwa ini telah membangkitkan kebencian
komunis Hukbalahap terhadap kerajaan di bawah pimpinan Roxas. Komunis
Hukbalahap telah melancarkan serangan bersenjata terhadap angkatan tentara
kerajaan.21
Pada tahun 1948 pergerakan Hukbalahap telah mengetuai perjuangan
bersenjata terhadap kerajaan. Serangan dan kekacauan yang dibuat oleh
komunis hukbalahap terhadap kerajaan Filipina membimbangkan Roxas.
Keadaan ini menyebabkan Roxas meminta pihak Hukbalahap meletakkan
senjata. Sebagai syaratnya, Roxas telah membentuk satu Akta Republik No.34
yang berkaitan dengan pertanian. Namun begitu, pihak Hukbalahap tidak
mengendahkan persetujuan yang dicapai antara pihak kerajaan. Hukbalahap
tetap meneruskan serangan dan membuat peraturan sendiri. Kesan daripada
tindakan Hukbalahap menyebabkan Roxas mengharamkan pertubuhan komunis
Hukbalahap dan gerakan komunis yang lain.22
Pergerakan Hukbalahap telah ditukar namanya sebagai Hukbong
Mapagalaya ng Bayan (HMB) atau Tentera Pembebasan Rakyat. Ekoran dari
keganasan dan pemberonakan komunis yang dilakukan oleh pergerakan
Hukbalahap menyebabkan kerajaan Filipina melancarkan serangan dan tindak
balas. Selain Kerajaan Filipina juga mendapatkan sokongan daripada
masyarakat luar bandar untuk mendapatkan keyakinan dan taat setia kepada
pemerintah republik Filipina. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat luar bandar
yang terdiri daripada golongan petani dan buruh adalah golongan penyokong
gerakan komunis Hukbalahap.23
Tindakan membanteras gerakan komunis secara habis-habisan berjaya
menghalang pergerakan Hukbalahap. usaha ini semakin giat dijalankan apabila
20
William Case. (2002). Politics in Southeast Asia: Democracy or Less. New York: Routledge. Hlm. 219.
21
Jesus B. Lava. (2002). Memoirs of a Communist: Dr. Jesus B. Lava. Philippines: Anvil Publishing Inc.
Hlm. 141-143.
22
Ibid. Hlm. 139-140.
23
Jesus B. Lava. (2002). Memoirs of a Communist: Dr. Jesus B. Lava. Philippines: Anvil Publishing Inc.
Hlm. 172-173.
Magasay dipilih menjadi presiden Filipina pada tahun 1953. Magasay telah
melakukan kempen membanteras komunis Hukbalahap. Gerakan Hukbalahap
semakin lemah apabila pemimpin-pemimpinnya berjaya ditangkap dan
anggotanya terkorban semasa perjuangan tersebut.24
Walaupun pergerakan
Hukbalahap berada dalam keadaan kucar-kacir dan tidak stabil, gerakan ini
masih meneruskan perjuangan mereka. Iaitu dengan merancang pelbagai taktik
dan strategi baru bagi mengukuhkan kedudukan pergerakan mereka. Gerakan
komunis berkembang dan membina semula organisasi Parti Bawah Tanah.25
Pada tahun 1969, gerakan komunis telah membentuk Tentera Rakyat
Baru (NPA) di bawah pimpinan Mao Tse Tung dan Marxisme-Lenisnisme.26
NPA
merupakan gerakan komunis bersenjata bagi organisasi PKP. Di bawah NPA
gerakan komunis memperkuatkan organisasi mereka yang sebelum ini
mengalami kekalahan dengan pihak tentera Filipina. Matlamat utama NPA
adalah untuk menggulingkan kerajaan Filipina dan menggantikannya dengan
sistem negara komunis.27
NPA melakukan beberapa serangan dan kekejaman
terhadap rakyat Filipina. Gerakan ini juga mengusir pelabur luar dengan tujuan
untuk menghalau pelabur keluar dari bumi Filipina dan merosakkan ekonomi
negara di bawah pentadbiran pemerintah yang sah. Selain NPA juga, melakukan
pembunuhan terhadap rakyat filipina yang anti kepada Tentera Rakyat baru.
Golongan yang menjadi sasaran NPA adalah ahli-ahli politik Filipina, media,
penyokong kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan. Tindakan NPA melakukan
penindasan dan kekejaman sebenarnya bertujuan untuk melemahkan dan
menyalahkan kerajaan Filipina atas semua pemberontakan yang berlaku.28
Sebagai gerakan komunis yang memperjuangkan golongan petani dan
pekerja serta penubuhan ke arah negara komunis. Mereka sanggup melakukan
segala bentuk perjuangan demi mencapai matlamat. Di dalam rangka revolusi
demokratik baru yang menentang sistem kapitalisme, NPA menggariskan
langkah antifeudal untuk memenuhi reformasi tanah sebagai kandungan utama
24
E. San Juan. (1994). Allegories of Resistance: The Philippines at the Threshold of the Twenty-First
Century. Hlm. 94-95.
25
William J. Pomere. (1992). The Philippines : Colonialism, Collobaration and Resistance. United States
of America: International Publishers Co. Inc. Hlm. 323.
26
Sterling Marcos. (1996). Dinasti Marcos: Korupsi Harta dan Kekuasaan di Filipina. Jakarta: Pustaka
Jaya. Hlm. 300.
27
Isabelot T. Crisostomo. (1987). Cory:Profile of a President. Selangor: Pelanduk Publications. Hlm.
240.
28
E. San Juan. (1994). Allegories of Resistance: The Philippines at the Threshold of the Twenty-First
Century. Hlm. 103-105.
revolusi demokratik. NPA berjaya mencapai kemenangan di bawah kepimpinan
PKP dengan melancarkan serangan perang gerila. Selain melaksanakan
reformasi tanah dan membina asas massa. Kemenangan yang diraih oleh
gerakan ini disebabkan oleh sokongan yang berterusan daripada penyokong
mereka sendiri.29
Selain itu, gerakan komunis juga telah meresap masuk di institusi
pengajian di sekolah dan pelajar-pelajar universiti secara perlahan-lahan.
Kumpulan ini mempunyai pertubuhan sendiri. Mereka turut mempunyai unit
kebudayaan sendiri dalam menyebarkan fahaman komunis. Bentuk mesej yang
disampaikan dalam bentuk sketsa, teater dan drama. Persembahan yang dibuat
berlatar belakangkan tentang masyarakat Filipina khususnya kehidupan
golongan proletarian. Mereka juga turut digelar sebagai teater proletarian kerana
sering memaparkan tentang kehidupan golongan tersebut. Antara kumpulan-
kumpulan teater proletarian yang aktif ketika itu adalah Kamanyan, Tanghalang,
Gintong Silahis, Panday Sining Dan Kalinangan Parwis.30
Kumpulan yang paling radikal dan sering mempersembahkan teater
dengan agenda komunisnya ialah Panday Siling. Pada tahun 1970, Kumpulan
teater ini dipimpin oleh pengarah seninya iaitu Leo Rimando. Beliau yang baru
sahaja pulang dari Amerika Syarikat melihat terlalu banyak gerakan-gerakan
pelajar di universiti dan kebanyakan pelajar adalah anggota KM. Panday Siling
merupakan unit kebudayaan pertubuhan belia yang dikenali sebagai Kabataang
Makaboyat (KM). Pertubuhan belia KM berpendapat bahawa kebudayaan
merupakan salah satu cara penting untuk menyampaikan idea dan perjuangan
fahaman komunis. Penyampaian maklumat kepada masyarakat Filipina melalui
teater yang dihasilkan bukanlah hiburan semata-mata tetapi lebih kepada mesej
perjuangan nasionalisme fahaman komunis.31
Di peringkat awal, kebanyakan ahli-ahli Panday Siling terdiri daripada
golongan pelajar universiti Filipina. Namun keadaan mula berubah apabila ahli
Panday Siling dibuka kepada semua lapisan masyarakat. Pertubuhan belia ini
melibatkan semua anggota masyarakat terutamanya pelajar universiti, pelajar
29
E. San Juan. (1994). Allegories of Resistance: The Philippines at the Threshold of the Twenty-First
Century. Hlm. 94-95.
30
William J. Pomere. (1992). The Philippines : Colonialism, Collobaration and Resistance. United States
of America: International Publishers Co. Inc. Hlm. 167-168.
31
William J. Pomere. (1992). The Philippines : Colonialism, Collobaration and Resistance. United States
of America: International Publishers Co. Inc. Hlm. 169
kolej dan masyarakat miskin di bandar. Disebabkan pertubuhan ini berhaluan
komunis, mereka mendapat sokongan sepenuhnya daripada Parti Komunis Baru
Filipina dalam bentuk nasihat ideologi perjuangan dan tema-tema drama. Selain
pertubuhan Panday Siling juga telah meluaskan tema daripada imperialisme,
kapitalisme birokrat dan feudalisme kepada idea-idea perjuangan bersenjata,
NPA dan Barisan Hadapan (United Form). Kesemua idea ini lahir daripada
revolusi kebudayaan China yang memaparkan pentingnya sebuah penubuhan
negara komunis.32
Walaupun mereka mendapat sokongan daripada Pertubuhan Komunis
mengenai ieda-idea persembahan dalam teater. Namun dari segi kewangan parti
komunis tidak memberikan sebarang bentuk kewangan. Ideologi politik yang
dibawa oleh Mao Tse Tung dan Marxisme-Lenisnisme tidak bertahan lama
apabila pihak pemerintah Filipina mengharamkan segala bentuk dan aktiviti yang
berkaitan dengan fahaman komunis. Mereka yang terlibat dengan persembahan
teater dan pertubuhan KM telah ditangkap dan dipenjarakan. Hal ini kerana
persembahan teater politik proletarian secara terbuka menentang sistem
kerajaan sedia ada.33
4.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa perkembangan
komunis yang berlaku di Filipina pada mulanya bertujuan menuntut
kemerdekaan daripada pihak penjajah. Kekejaman yang dilakukan oleh
penjajah memaksa rakyat Filipina menubuhkan pertubuhan sendiri bagi
menentang pihak Jepun. Namun selepas kekalahan pihak Jepun, pergerakan
komunis Hukbalahap terutamanya lebih kepada penentangan kepada pihak
pemerintahan republik Filipina. Kemunculan gerakan Hukbalahap,Tentera
Pembebasan Rakyat dan Tentera Rakyat Baru telah membawa kebangkitan
rakyat Filipina untuk menentang sistem kapitalisme barat yang dianggap tidak
adil dan membebankan rakyat khussnya golongan pertengahan. Justeru
kemunculan ideologi komunisme di Filipina merupakan salah satu cara untuk
32
William Case. (2002). Politics in Southeast Asia: Democracy or Less. New York: Routledge Hlm. 218-
219.
33
Iman Muttaqin (Penterjemah). (2003). Kaum Marxis: Idea-Idea Dasar dan Sejarah Perkembangan.
Indonesia: Pustaka Pelajar. Hlm. 394-395.
menghapuskan sistem ekonomi kapitalisme. Kesan daripada pemberontakan ini
telah menyebabkan berlakunya beberapa masalah dari segi ekonomi mahupun
sosial. Akhirnya perjuangan komunis sedikit demi sedikit dapat dibanteras oleh
Presiden Filipina ketika itu. Kesannya, kejayaan Kerajaan Filipina berjaya
melemahkan pergerakan komunis tersebut.
gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-

More Related Content

What's hot

Flora dan Fauna
Flora dan FaunaFlora dan Fauna
Flora dan FaunaMESHALINEE
 
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggaraFaktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggaraNor Hasimah
 
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALRph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALSherly Jewinly
 
Unit 6 awal matematik dalam kurikulum prasekolah
Unit 6   awal matematik dalam kurikulum prasekolahUnit 6   awal matematik dalam kurikulum prasekolah
Unit 6 awal matematik dalam kurikulum prasekolahAdilah Said
 
Bab 1 pendudukan jepun di negara kita
Bab 1 pendudukan jepun di negara kitaBab 1 pendudukan jepun di negara kita
Bab 1 pendudukan jepun di negara kitarubiah ali
 
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISMEBab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISMETeh Boon Siang
 
Rph Sejarah Tahun 5 detik kemerdekaan
Rph Sejarah Tahun 5 detik kemerdekaanRph Sejarah Tahun 5 detik kemerdekaan
Rph Sejarah Tahun 5 detik kemerdekaanSherly Jewinly
 
Mpu 2163 pengajian malaysia 2
Mpu 2163 pengajian malaysia 2Mpu 2163 pengajian malaysia 2
Mpu 2163 pengajian malaysia 2Nur Atikah Amira
 
LATIHAN KT TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKA
LATIHAN KT TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKALATIHAN KT TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKA
LATIHAN KT TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKAmohdharmanmdrodzi
 
Nota lengkap sejarah tingkatan 1
Nota lengkap sejarah tingkatan 1Nota lengkap sejarah tingkatan 1
Nota lengkap sejarah tingkatan 1Izzat YP
 
Hidup dalam cuaca melampau
Hidup dalam cuaca melampauHidup dalam cuaca melampau
Hidup dalam cuaca melampauTini Nopiah
 
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013tamanmidah
 
Tingkatan 4 Bab 3 part i. (KSSM)
Tingkatan 4 Bab 3 part i. (KSSM)Tingkatan 4 Bab 3 part i. (KSSM)
Tingkatan 4 Bab 3 part i. (KSSM)Fadlan Fadzy
 
FAEDAH BERSUKAN
FAEDAH BERSUKANFAEDAH BERSUKAN
FAEDAH BERSUKANmnznasir
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarahHasnah Bukini
 
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSRPANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSRinaskdpk
 
Prjnjian pangkor
Prjnjian pangkorPrjnjian pangkor
Prjnjian pangkorfiro HAR
 

What's hot (20)

Flora dan Fauna
Flora dan FaunaFlora dan Fauna
Flora dan Fauna
 
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggaraFaktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
 
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWALRph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
Rph TAHUN 4 KERAJAAN MELAYU AWAL
 
Unit 6 awal matematik dalam kurikulum prasekolah
Unit 6   awal matematik dalam kurikulum prasekolahUnit 6   awal matematik dalam kurikulum prasekolah
Unit 6 awal matematik dalam kurikulum prasekolah
 
Bab 1 pendudukan jepun di negara kita
Bab 1 pendudukan jepun di negara kitaBab 1 pendudukan jepun di negara kita
Bab 1 pendudukan jepun di negara kita
 
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISMEBab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME
Bab 2 KEBANGKITAN NASIONALISME
 
Rph Sejarah Tahun 5 detik kemerdekaan
Rph Sejarah Tahun 5 detik kemerdekaanRph Sejarah Tahun 5 detik kemerdekaan
Rph Sejarah Tahun 5 detik kemerdekaan
 
Langkah 3 Dan 4
Langkah 3 Dan 4Langkah 3 Dan 4
Langkah 3 Dan 4
 
Mpu 2163 pengajian malaysia 2
Mpu 2163 pengajian malaysia 2Mpu 2163 pengajian malaysia 2
Mpu 2163 pengajian malaysia 2
 
LATIHAN KT TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKA
LATIHAN KT TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKALATIHAN KT TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKA
LATIHAN KT TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
Nota lengkap sejarah tingkatan 1
Nota lengkap sejarah tingkatan 1Nota lengkap sejarah tingkatan 1
Nota lengkap sejarah tingkatan 1
 
Hidup dalam cuaca melampau
Hidup dalam cuaca melampauHidup dalam cuaca melampau
Hidup dalam cuaca melampau
 
Sejarah bab 1
Sejarah bab 1Sejarah bab 1
Sejarah bab 1
 
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013
205782665 skrip-drama-hari-kemerdekaan-2013
 
Tingkatan 4 Bab 3 part i. (KSSM)
Tingkatan 4 Bab 3 part i. (KSSM)Tingkatan 4 Bab 3 part i. (KSSM)
Tingkatan 4 Bab 3 part i. (KSSM)
 
Biodata Tokoh
Biodata TokohBiodata Tokoh
Biodata Tokoh
 
FAEDAH BERSUKAN
FAEDAH BERSUKANFAEDAH BERSUKAN
FAEDAH BERSUKAN
 
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
KARYA AGUNG Topik 1   sejarahKARYA AGUNG Topik 1   sejarah
KARYA AGUNG Topik 1 sejarah
 
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSRPANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 KSSR
 
Prjnjian pangkor
Prjnjian pangkorPrjnjian pangkor
Prjnjian pangkor
 

Viewers also liked

Panduan menulis jurnal refleksi
Panduan menulis jurnal refleksiPanduan menulis jurnal refleksi
Panduan menulis jurnal refleksiCitizen Logen
 
Cth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCoordy Nation
 
12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajianShafie Athiah
 
Refleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarRefleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarIyQa GaNi
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiRozhan Zakaria
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMJanet Jouti
 

Viewers also liked (9)

Panduan menulis jurnal refleksi
Panduan menulis jurnal refleksiPanduan menulis jurnal refleksi
Panduan menulis jurnal refleksi
 
Cth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabila
 
12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian
 
Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1
 
Seminar refleksi
Seminar refleksiSeminar refleksi
Seminar refleksi
 
Refleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan MengajarRefleksi Latihan Mengajar
Refleksi Latihan Mengajar
 
Contoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksiContoh contoh refleksi
Contoh contoh refleksi
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
 
Jurnal refleksi praktikal
Jurnal refleksi praktikalJurnal refleksi praktikal
Jurnal refleksi praktikal
 

Similar to gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-

Nasionalisme Filiphina
Nasionalisme FiliphinaNasionalisme Filiphina
Nasionalisme FiliphinaNurullkk
 
Pergerakan nasionalisme asia
Pergerakan nasionalisme asiaPergerakan nasionalisme asia
Pergerakan nasionalisme asiaRohman Efendi
 
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKAPPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKAZulfira Farah Nubua
 
@Sresthaa paham paham baru yang memengaruhi kesadaran kebangsaan asia dan afrika
@Sresthaa paham paham baru yang memengaruhi kesadaran kebangsaan asia dan afrika@Sresthaa paham paham baru yang memengaruhi kesadaran kebangsaan asia dan afrika
@Sresthaa paham paham baru yang memengaruhi kesadaran kebangsaan asia dan afrikaSrestha Anindyanari
 
Ujian akhir semester sejarah
Ujian akhir semester sejarah Ujian akhir semester sejarah
Ujian akhir semester sejarah Alia Jessica
 
Situasi politik cina menjelang perang dunia 1
Situasi politik cina menjelang perang dunia 1Situasi politik cina menjelang perang dunia 1
Situasi politik cina menjelang perang dunia 1Rahman Ab
 
Sejarah Dunia pada Akhir Perang Dunia II
Sejarah Dunia pada Akhir Perang Dunia IISejarah Dunia pada Akhir Perang Dunia II
Sejarah Dunia pada Akhir Perang Dunia IIParanody
 
296619466-Menganalisis-Pengerahan-dan-Penindasan-Versus-Perlawanan-pptx.pptx
296619466-Menganalisis-Pengerahan-dan-Penindasan-Versus-Perlawanan-pptx.pptx296619466-Menganalisis-Pengerahan-dan-Penindasan-Versus-Perlawanan-pptx.pptx
296619466-Menganalisis-Pengerahan-dan-Penindasan-Versus-Perlawanan-pptx.pptxDARIUSDARIUS24
 
materi kedatangan jepang ke indonesia.pptx
materi kedatangan jepang ke indonesia.pptxmateri kedatangan jepang ke indonesia.pptx
materi kedatangan jepang ke indonesia.pptxangelsibarani50
 
masa pendudukan jepang dan dampaknya bagi kehidupan masyarakat
masa pendudukan jepang dan dampaknya bagi kehidupan masyarakatmasa pendudukan jepang dan dampaknya bagi kehidupan masyarakat
masa pendudukan jepang dan dampaknya bagi kehidupan masyarakatAnggie Noer Fietrie
 
KEHIDUPAN SOSIAL, EKONOMI, BUDAYA, MILITER DAN PENDIDIKAN DI INDONESIA PADA Z...
KEHIDUPAN SOSIAL, EKONOMI, BUDAYA, MILITER DAN PENDIDIKAN DI INDONESIA PADA Z...KEHIDUPAN SOSIAL, EKONOMI, BUDAYA, MILITER DAN PENDIDIKAN DI INDONESIA PADA Z...
KEHIDUPAN SOSIAL, EKONOMI, BUDAYA, MILITER DAN PENDIDIKAN DI INDONESIA PADA Z...merrychrystyana
 
Gerakan nasionalisme Philipina
Gerakan nasionalisme PhilipinaGerakan nasionalisme Philipina
Gerakan nasionalisme Philipinaaswansetiawan
 
PPT SEJARAH KEL.6.pptx
PPT SEJARAH KEL.6.pptxPPT SEJARAH KEL.6.pptx
PPT SEJARAH KEL.6.pptxTitiNana3
 
Nota sejarah t3 bab 1 bab 5
Nota sejarah t3 bab 1 bab 5Nota sejarah t3 bab 1 bab 5
Nota sejarah t3 bab 1 bab 5Nurul Asyiqin
 
Munculnya paham baru di dunia dan hubungan pola kehidupan kekotaan dengan mun...
Munculnya paham baru di dunia dan hubungan pola kehidupan kekotaan dengan mun...Munculnya paham baru di dunia dan hubungan pola kehidupan kekotaan dengan mun...
Munculnya paham baru di dunia dan hubungan pola kehidupan kekotaan dengan mun...Dian Anisa Putri
 
Masa%20 pendudukan%20jepang%20di%20indonesia
Masa%20 pendudukan%20jepang%20di%20indonesiaMasa%20 pendudukan%20jepang%20di%20indonesia
Masa%20 pendudukan%20jepang%20di%20indonesialaskar laskarullah
 
IPS - SEJARAH "pengaruh kebijakan pendudukan jepang"
IPS - SEJARAH "pengaruh kebijakan pendudukan jepang"IPS - SEJARAH "pengaruh kebijakan pendudukan jepang"
IPS - SEJARAH "pengaruh kebijakan pendudukan jepang"SMK 10 NOPEMBER
 

Similar to gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina- (20)

Nasionalisme Filiphina
Nasionalisme FiliphinaNasionalisme Filiphina
Nasionalisme Filiphina
 
Pergerakan nasionalisme asia
Pergerakan nasionalisme asiaPergerakan nasionalisme asia
Pergerakan nasionalisme asia
 
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKAPPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
PPT SEJARAH PEMINATAN PERGERAKAN NASIONALISME ASIA DAN AFRIKA
 
S sej 993141_chapter1
S sej 993141_chapter1S sej 993141_chapter1
S sej 993141_chapter1
 
@Sresthaa paham paham baru yang memengaruhi kesadaran kebangsaan asia dan afrika
@Sresthaa paham paham baru yang memengaruhi kesadaran kebangsaan asia dan afrika@Sresthaa paham paham baru yang memengaruhi kesadaran kebangsaan asia dan afrika
@Sresthaa paham paham baru yang memengaruhi kesadaran kebangsaan asia dan afrika
 
Ujian akhir semester sejarah
Ujian akhir semester sejarah Ujian akhir semester sejarah
Ujian akhir semester sejarah
 
Situasi politik cina menjelang perang dunia 1
Situasi politik cina menjelang perang dunia 1Situasi politik cina menjelang perang dunia 1
Situasi politik cina menjelang perang dunia 1
 
Sejarah Dunia pada Akhir Perang Dunia II
Sejarah Dunia pada Akhir Perang Dunia IISejarah Dunia pada Akhir Perang Dunia II
Sejarah Dunia pada Akhir Perang Dunia II
 
296619466-Menganalisis-Pengerahan-dan-Penindasan-Versus-Perlawanan-pptx.pptx
296619466-Menganalisis-Pengerahan-dan-Penindasan-Versus-Perlawanan-pptx.pptx296619466-Menganalisis-Pengerahan-dan-Penindasan-Versus-Perlawanan-pptx.pptx
296619466-Menganalisis-Pengerahan-dan-Penindasan-Versus-Perlawanan-pptx.pptx
 
materi kedatangan jepang ke indonesia.pptx
materi kedatangan jepang ke indonesia.pptxmateri kedatangan jepang ke indonesia.pptx
materi kedatangan jepang ke indonesia.pptx
 
masa pendudukan jepang dan dampaknya bagi kehidupan masyarakat
masa pendudukan jepang dan dampaknya bagi kehidupan masyarakatmasa pendudukan jepang dan dampaknya bagi kehidupan masyarakat
masa pendudukan jepang dan dampaknya bagi kehidupan masyarakat
 
KEHIDUPAN SOSIAL, EKONOMI, BUDAYA, MILITER DAN PENDIDIKAN DI INDONESIA PADA Z...
KEHIDUPAN SOSIAL, EKONOMI, BUDAYA, MILITER DAN PENDIDIKAN DI INDONESIA PADA Z...KEHIDUPAN SOSIAL, EKONOMI, BUDAYA, MILITER DAN PENDIDIKAN DI INDONESIA PADA Z...
KEHIDUPAN SOSIAL, EKONOMI, BUDAYA, MILITER DAN PENDIDIKAN DI INDONESIA PADA Z...
 
Gerakan nasionalisme Philipina
Gerakan nasionalisme PhilipinaGerakan nasionalisme Philipina
Gerakan nasionalisme Philipina
 
PPT SEJARAH KEL.6.pptx
PPT SEJARAH KEL.6.pptxPPT SEJARAH KEL.6.pptx
PPT SEJARAH KEL.6.pptx
 
PPT PKN.pptx
PPT PKN.pptxPPT PKN.pptx
PPT PKN.pptx
 
Nota sejarah t3 bab 1 bab 5
Nota sejarah t3 bab 1 bab 5Nota sejarah t3 bab 1 bab 5
Nota sejarah t3 bab 1 bab 5
 
Konsep dasar sejarah
Konsep dasar sejarahKonsep dasar sejarah
Konsep dasar sejarah
 
Munculnya paham baru di dunia dan hubungan pola kehidupan kekotaan dengan mun...
Munculnya paham baru di dunia dan hubungan pola kehidupan kekotaan dengan mun...Munculnya paham baru di dunia dan hubungan pola kehidupan kekotaan dengan mun...
Munculnya paham baru di dunia dan hubungan pola kehidupan kekotaan dengan mun...
 
Masa%20 pendudukan%20jepang%20di%20indonesia
Masa%20 pendudukan%20jepang%20di%20indonesiaMasa%20 pendudukan%20jepang%20di%20indonesia
Masa%20 pendudukan%20jepang%20di%20indonesia
 
IPS - SEJARAH "pengaruh kebijakan pendudukan jepang"
IPS - SEJARAH "pengaruh kebijakan pendudukan jepang"IPS - SEJARAH "pengaruh kebijakan pendudukan jepang"
IPS - SEJARAH "pengaruh kebijakan pendudukan jepang"
 

Recently uploaded

MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 

Recently uploaded (20)

MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 

gerakan komunis di Asia Tenggara -Filipina-

  • 1. HSA 3043: ASIA TENGGARA ABAD KE-20 TAJUK Analisakan Corak Perluasan Pengaruh Komunis Di Salah Sebuah Negara Di Asia Tenggara Kecuali Malaysia. (Filipina)
  • 2. 1.0 Pengenalan Filipina adalah sebuah negara republik yang terletak di bahagian timur di kawasan Asia Tenggara bersebelahan dengan utara Indonesia dan Malaysia. Filipina menerima perluasan dari kuasa besar Sepanyol yang melakukan penjajahan pertama ke atas Filipina semenjak tahun 1565 sehingga tahun 1898 iaitu hampir 233 tahun.1 Filipina mendapat namanya sempena menghormati anak maharaja Sepanyol Charles V yang bernama Philip. Beliau merupakan bakal pewaris tahkta Kerajaan Sepanyol ketika itu.2 Amerika pula menjejaki langkah sepanyol dengan menggunakan pintu laluan sama seperti sepanyol untuk menjajah filipina. Di sinilah berlakunya perubahan sosiopolitik antara sepanyol dan filipina pada abad ke-19.3 Manakala Jepun menduduki Filipina pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pendudukan Jepun pada mulanya dianggap sebagai penyelamat Filipina namun, akhirnya menimbulkan kebencian kerana tindakan Jepun hanyalah untuk kepentingan Jepun semata-mata.4 Filipina sebuah negara di Asia Tenggara yang menerima pengaruh kuasa besar yang digeruni di Barat. Selepas Perang Dunia Kedua, Filipina bangun sebagai antara negara maju di Asia Tenggara. Namun semuanya mula berubah akibat dari pertumbuhan ekonomi yang lemah, masalah rasuah kolonial dan eksploitasi ekonomi oleh golongan tertentu. Kemunculan golongan gerakan pemisah, pemberontak-pemberontak berhaluan kiri dari Tentera Rakyat Baru (New People’s Army). Kemunculan golongan ini turut menjejaskan kestabilan Filipina. Komunisme merujuk kepada suatu fahaman politik di mana rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan segala produk keluaran negara menjadi milik bersama. Pengasas komunisme ialah Karl Max yang berjuang bersama-sama Friedrich dan mereka telah mengistiharkan manifesto komunis. Manifesto tersebut bertujuan untuk menentang sistem kapitalisme yang 1 Carl, C. Hodge. (2008). Encyclopedia of the Age of Imperialism, 1800-1914. United Stated: Greenwood Press. Hlm. 182. 2 D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 297. 3 Carl, C. Hodge. (2008). Encyclopedia of the Age of Imperialism, 1800-1914. United Stated: Greenwood Press. Hlm. 669-670. 4 Teodoro A. Agoncillo. (2001). The Fateful Years: Japan’s Adventure in The Philippines, 1941-1945, Vol. 1. Diliman: University of The Philippines Press. Hlm. 1-3.
  • 3. dilihat sebagai sistem yang menindas masyarakat bawahan. Sebaliknya komunis adalah suatu sistem ekonomi yang bermatlamatkan untuk membantu golongan bawahan seperti petani.5 Sistem sosial komunisme merupakan sistem sosial tanpa kerajaan, harta dan golongan kelas masyarakat. Karl Max menggunakan istilah ‘Komunisme Suci’ yang mana dasar yang dibuat adalah secara demokratik. Iaitu dengan membenarkan setiap ahli dalam masyarakat mengambil bahagian dalam setiap keputusan politik, ekonomi dan sosial negara. Berdasarkan ideologi ini umumnya semua kekayaan negara dimiliki sama rata oleh rakyat.6 2.0 Komunis Di Filipina Filipina antara negara di Asia Tenggara yang menerima pengaruh komunalisme terutamanya selepas berlakunya Perang Dunia Kedua antara 1939 sehingga tahun 1945. Gerakan komunis yang berlaku di Filipina adalah disebabkan oleh kebangkitan golongan petani yang mempunyai semangat cominterm.7 Hal ini disebabkan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap golongan pemerintah dan penjajah Filipina. Selepas Perang Dunia Kedua 1945, pengaruh komunis mencapai kemuncak apabila wujudnya kumpulan komunis yang terpenting dalam memperjuangkan agendanya dengan melakukan pelbagai aktiviti penentangan di Filipina. Semasa pemerintahan Presiden Marco, Filipina dalam keadaan yang tidak stabil. Situasi ini telah mendorong penubuhan Partido Kommunista ng Pilipinas (PKP). PKP membawa ideologi komunis dengan mencari peluang untuk mempengaruhi golongan petani dan rakyat Filipina. Pertubuhan ini diasaskan oleh Crisanto Evangelista.8 Dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya, PKP bergabung pula dengan pertubuhan Aguman Ding Maldang Talapegobra (Persatuan Buruh dan Petani) atau singkatannya ialah AMT yang diketuai oleh Pedro Abad Santos. 5 Mark Sandle. (2012). Communism. United Kingdom: Pearson Education Limited. Hlm. 2-5. 6 Iman Muttaqin (Penterjemah). 2003. Kaum Marxis: Idea-Idea Dasar dan Sejarah Perkembangan. Indonesia: Pustaka Pelajar. Hlm. 35-38. 7 Jesus B. Lava. (2002). Memoirs of a Communist: Dr. Jesus B. Lava. Philippines: Anvil Publishing Inc. Hlm. 17. 8 Sterling Marcos. (1996). Dinasti Marcos: Korupsi Harta dan Kekuasaan di Filipina. Jakarta: Pustaka Jaya. Hlm. 3-5.
  • 4. Matlamat ATM juga adalah sama iaitu untuk membantu memperbaiki nasib golongan buruh dan petani. Akhirnya kedua-dua gerakan ini bergabung dengan mengukuhkan pergerakan komunis Filipina di bawah satu nama pergerakan iaitu PKP. Jepun menganggap PKP sebagai sebuah pertubuhan yang perlu diberikan perhatian serius. Untuk menghapuskan PKP, Jepun melaksanakan pelbagai strategi. Hal ini kerana PKP adalah sebuah gerakan yang dipengaruhi dengan komunis yang dimusuhi oleh pihak Jepun.9 Akhirnya pada 25 januari 1946, pihak Jepun berjaya menangkap Pedro Abas Santos. Rentetan daripada kejayaan tersebut, Jepun berjaya menangkap pemimpin PKP yang lain antaranya Crisanto Evangelista dan Guillermo Capadocia. Dalam masa yang sama juga, Jepun berjaya menahan pemimpin lain seperti Agapito del Rosario dan Dr. Angel Ancajas.10 Penangkapan pemimpin PKP telah memberi tamparan hebat kepada parti komunis tersebut. Namun keadaan mula berubah apabila Dr. Vicent Lava berjaya melarikan diri dan telah mengambil alih kepimpinan PKP. Pada tahun 1947 di bawah kepimpinan Lava, kepimpinan PKP telah disusun semula dan Lava dilantik sebagai ketua PKP. Pergerakan komunis bermula apabila pihak PKP mengeluarkan surat edaran kepada masyarakat di Pampanga bagi tujuan untuk membentuk pasukan tentera. Ketenteraan pasukan ini memulakan operasi di kawasan Luzon Tengah. Salah satu kumpulan tersebut dipimpin oleh seorang wanita yang bernama Felipi Culala iaitu ketua pertubuhan Komunis ng mga Magubukid sa Pilipinas (KPMP) di Pampanga. Seterusnya pasukan KPMP telah menyerang Jepun di Mandili, Candaba pada 13 Mac 1948. Peristiwa yang berlaku telah mengorbankan sebanyak 30 kematian. Peristiwa kekurangan bekalan makanan di bandar besar dan wilayah yang dikuasai oleh Jepun menyebabkan berlakunya penentangan. Hal ini berlaku kerana pihak PKP dan pergerakan agrarian di Luzon Tengah bergabung dan seterusnya membentuk satu organisasi militer ketenteraan yang kuat di Filipina yang dikenali sebagai pergerakan komunis Hukbalahap.11 9 Jesus B. Lava. (2002). Memoirs of a Communist: Dr. Jesus B. Lava. Philippines: Anvil Publishing Inc. Hlm. 11-12. 10 Ibid. Hlm. 15. 11 Jesus B. Lava. (2002). Memoirs of a Communist: Dr. Jesus B. Lava. Philippines: Anvil Publishing Inc. Hlm. 54.
  • 5. 3.0 Sejarah Perkembangan Komunis Hukbalahap Di Filipina Pergerakan komunis Hukbalahap di Filipina merujuk kepada Hukbong Bayan Laban Sa Hapan yang bermaksud “Tentera Rakyat Menentang Jepun”. Namun dalam kalangan anggota komunis gerakan ini dikenali sebagai Huk. Pada asalnya pergerakan ini bertujuan untuk memperbaiki kehidupan golongan petani dan pekerja. Pihak Pengadilan Tertinggi Filipina menyatakan bahawa pergerakan pertubuhan komunis ini adalah haram dan keadaan ini telah menyebabkan pemberontak Hukbalahap melakukan penentangan. Dengan slogan dan matlamat pergerakan ini menyebabkan ramai golongan petani dan pekerja terpengaruh dengan agenda politik mereka.12 Selain kebanyakan pemimpin Hukbalahap berasal dari status sosial yang rendah. Keadaan ini yang menyebabkan mereka memahami masalah yang sering dihadapi oleh golongan kaum tani. Golongan petani dan pekerja secara senyap-senyap mula tertarik dan terlibat dengan gerakan komunis. Gerakan Hukbalahap ini bukan sahaja melibatkan kawasan Manila malah ianya juga melibatkan sehingga ke kawasan Luzon Tengah iaitu wilayah Pampanga.13 Bagi mengukuhkan lagi kedudukan Hukbalahap, satu perjumpaan di Pampanga dilakukan antara Felipa Culala dengan kepimpinan komunis dari golongan petani serta anggota komunis lain. Hampir 2000 komunis yang kebanyakannya berasal dari Pampanga juga turut hadir.14 Melalui perjumpaan ini satu kata sepakat telah dicapai untuk menubuhkan pergerakan Hukbalahap dan mereka telah bersetuju dengan tiga perkara yang dibincangkan. Pertama mereka menyetujui tujuan utama pergerakan Hukbalahap adalah untuk menentang Jepun. Kedua, mereka bersetuju bahawa pergerakan organisasi Hukbalahap sebagai satu gerakan gerila atau skuadron (pasukan skuad bagi gerakan komunis di Filipina). Manakala ketiga ialah untuk memilih empat orang pemimpin dalam membentuk Panitia Militer yang seterusnya berkembang menjadi markas besar umum. Tujuan utama markas besar umum adalah untuk 12 Micheal A. Ball. (1998). Defining Success in the War on Terrorism: A Monograph. Kansa: United Stated Army School of Advance Military Studies. Hlm. 32-33. 13 Ibid. Hlm. 34. 14 Roger C. Thompsom. (2001). The Pacific Basin Since 1945. Singapore: Pearson Education Asia Pts Ltd. Hlm. 20-21.
  • 6. menjadikan pergerakan ketenteraan Hukbalahap sebagai gerakan yang sentiasa bersatu dan tersusun.15 4.0 Perjuangan Komunis Hukbalahap Di Filipina Pendudukan Jepun di Filipina pada 9 April 1942 pada mulanya mendapat sokongan daripada rakyat Filipina. Slogan “Asia untuk Asia” berjaya meraih simpati bukan sahaja di Filipina malah di Asia Tenggara lain seperti Malaysia. Namun, akhirnya pendudukan Jepun telah menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat Filipina. Mereka mencetuskan gerakan anti-Jepun yang bertujuan untuk mengusir Jepun keluar dari bumi Filipina. Slogan yang digunakan Jepun hanyalah sebagai retorik semata-mata bagi mengaburi mata rakyat Filipina. Pendudukan Jepun telah membawa beberapa perubahan kepada rakyat Filipina dengan tujuan meraih sokongan. Bagi matlamat tersebut Jepun telah membentuk Suruhanjaya Eksekutif Filipina dengan memberi peluang kepada pemimpin Filipina untuk melibatkan diri dalam pemerintahan dan pentadbiran negara.16 Antara tokoh yang terlibat ialah Benigno Aquino, Jose P. Laurel, Antonio de Las Alas dan Jorge B. Vargas. Pemimpin-pemimpin inilah yang kemudiannya bertindak sebagai pemimpin Filipina. Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan di Filipina, Jepun telah mewujudkan satu pertubuhan khas yang dikenali sebagai Hadoo-Bu. Penubuhan Hadoo-Bu bertujuan untuk menyebarkan risalah-risalah perpaduan dalam kalangan negara di Asia. Selain meraih sokongan rakyat untuk menentang pihak Berikat. Jepun juga telah mewujudkan Kesatuan Perkhidmatan Filipina Baru iaitu kalibapi yang bertujuan untuk menyatupadukan seluruh kakitangan awam Filipina. Pertubuhan ini telah menjadi penggerak yang berkesan dalam pemerintahan Jepun di Filipina. Selain itu, Jepun telah merangka Suruhanjaya Perlembagaan bagi merangka perlembagaan baru bagi republik Filipina yang merdeka. Pada 14 oktober 1943, 15 Roger C. Thompsom. (2001). The Pacific Basin Since 1945. Singapore: Pearson Education Asia Pts Ltd. Hlm 27-29. 16 William Case. (2002). Politics in Southeast Asia: Democracy or Less. New York: Routledge Hlm. 208.
  • 7. secara rasminya Jepun mengisytiharkan kemerdekaan Filipina dengan melantik Jose P. Laurel sebagai Presiden.17 Pelantikan Presiden hanya sebagai boneka Jepun dan kuasa pembuat keputusan terletak di tangan Jepun. Rakyat Filipina menganggap tindakan Jepun tidak ikhlas. Segala perubahan yang dilakukan hanya untuk kepentingan Jepun sahaja bukan untuk membantu Filipina. Akhirnya muncul beberapa pemimpin Filipina bangkit menentang pihak Jepun. Mereka berjaya menyatukan rakyat Filipina untuk menyerang Jepun secara kekerasan. Pemimpin seperti Luis Trauc dan Casto Alenjandrino telah mengetuai kumpulan komunis dengan menggunakan tentera rakyat anti-Jepun atau Hukbalahap. Dianggarkan pasukan ini mempunyai anggota seramai lebih daripada 30000 orang.18 Kegiatan pergerakan komunis Hukbalahap ini pada mulanya bermula di kawasan Pampanga dan bergerak ke seluruh Luzon Tengah, Tarlac Bulacan, Neuva Ecija dan sehingga ke kawasan Pangasinan. Pergerakan komunis Hukbalahap mengukuhkan kedudukannya dengan menambahkan lagi anggota tentera dengan mengambil penduduk dari kawasan desa dan kawasan pedalaman. Komunis Hukbalahap mendapatkan senjata dengan menyerang dan membunuh tentera Jepun serta merampas gudang senjata Jepun. Sokongan kuat kaum petani dan pekerja mengukuhkan lagi kedudukan gerakan ini di mata masyarakat Filipina sekaligus menjadi pertubuhan yang digeruni oleh pihak lawan. Bagi mengambil hati dan sokongan golongan petani, Luis Taruc mengarahkan anggotanya untuk memberikan bantuan dan menjalinkan hubungan rapat dengan penduduk tempatan. Hal ini bertujuan bagi menunjukkan gerakan ini berbeza dengan pemerintahan Jepun. Hukbalahap adalah organisasi yang bukan sahaja menentang Jepun tetapi juga turut menjalankan revolusi sosial.19 Apabila pihak Jepun menyerah kalah, pemimpin Hukbalahap iaitu Luis Taruc dari Pampanga dan Jesus Lava dari Bulacan telah menyertai Pilihanraya Komanvel Filipina yang telah diadakan pada 23 april 1946. Mereka telah terpilih 17 Teodoro A. Agoncillo. (2001). The Fateful Years: Japan’s Adventure in The Philippines, 1941-1945, Vol. 1. Diliman: University of The Philippines Press. Hlm. 316-319. 18 William Case. (2002). Politics in Southeast Asia: Democracy or Less. New York: Routledge Hlm. 211- 212. 19 Jesus B. Lava. (2002). Memoirs of a Communist: Dr. Jesus B. Lava. Philippines: Anvil Publishing Inc. Hlm. 12-14.
  • 8. menjadi ahli Dewan Rendah Kongress.20 Namun begitu, mereka tidak dibenarkan untuk mengambil tempat di dalam Dewan Kongres kerana bantahan yang dibuat terhadap kedua-dua pemimpin Hukbalahap yang dianggap sebagai individu yang paling banyak menimbulkan masalah di Filipina. Bantahan ini dilakukan oleh pihak yang kalah semasa pilihanraya tersebut iaitu Roxas, Presiden Filipina. Akhirnya peristiwa ini telah membangkitkan kebencian komunis Hukbalahap terhadap kerajaan di bawah pimpinan Roxas. Komunis Hukbalahap telah melancarkan serangan bersenjata terhadap angkatan tentara kerajaan.21 Pada tahun 1948 pergerakan Hukbalahap telah mengetuai perjuangan bersenjata terhadap kerajaan. Serangan dan kekacauan yang dibuat oleh komunis hukbalahap terhadap kerajaan Filipina membimbangkan Roxas. Keadaan ini menyebabkan Roxas meminta pihak Hukbalahap meletakkan senjata. Sebagai syaratnya, Roxas telah membentuk satu Akta Republik No.34 yang berkaitan dengan pertanian. Namun begitu, pihak Hukbalahap tidak mengendahkan persetujuan yang dicapai antara pihak kerajaan. Hukbalahap tetap meneruskan serangan dan membuat peraturan sendiri. Kesan daripada tindakan Hukbalahap menyebabkan Roxas mengharamkan pertubuhan komunis Hukbalahap dan gerakan komunis yang lain.22 Pergerakan Hukbalahap telah ditukar namanya sebagai Hukbong Mapagalaya ng Bayan (HMB) atau Tentera Pembebasan Rakyat. Ekoran dari keganasan dan pemberonakan komunis yang dilakukan oleh pergerakan Hukbalahap menyebabkan kerajaan Filipina melancarkan serangan dan tindak balas. Selain Kerajaan Filipina juga mendapatkan sokongan daripada masyarakat luar bandar untuk mendapatkan keyakinan dan taat setia kepada pemerintah republik Filipina. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat luar bandar yang terdiri daripada golongan petani dan buruh adalah golongan penyokong gerakan komunis Hukbalahap.23 Tindakan membanteras gerakan komunis secara habis-habisan berjaya menghalang pergerakan Hukbalahap. usaha ini semakin giat dijalankan apabila 20 William Case. (2002). Politics in Southeast Asia: Democracy or Less. New York: Routledge. Hlm. 219. 21 Jesus B. Lava. (2002). Memoirs of a Communist: Dr. Jesus B. Lava. Philippines: Anvil Publishing Inc. Hlm. 141-143. 22 Ibid. Hlm. 139-140. 23 Jesus B. Lava. (2002). Memoirs of a Communist: Dr. Jesus B. Lava. Philippines: Anvil Publishing Inc. Hlm. 172-173.
  • 9. Magasay dipilih menjadi presiden Filipina pada tahun 1953. Magasay telah melakukan kempen membanteras komunis Hukbalahap. Gerakan Hukbalahap semakin lemah apabila pemimpin-pemimpinnya berjaya ditangkap dan anggotanya terkorban semasa perjuangan tersebut.24 Walaupun pergerakan Hukbalahap berada dalam keadaan kucar-kacir dan tidak stabil, gerakan ini masih meneruskan perjuangan mereka. Iaitu dengan merancang pelbagai taktik dan strategi baru bagi mengukuhkan kedudukan pergerakan mereka. Gerakan komunis berkembang dan membina semula organisasi Parti Bawah Tanah.25 Pada tahun 1969, gerakan komunis telah membentuk Tentera Rakyat Baru (NPA) di bawah pimpinan Mao Tse Tung dan Marxisme-Lenisnisme.26 NPA merupakan gerakan komunis bersenjata bagi organisasi PKP. Di bawah NPA gerakan komunis memperkuatkan organisasi mereka yang sebelum ini mengalami kekalahan dengan pihak tentera Filipina. Matlamat utama NPA adalah untuk menggulingkan kerajaan Filipina dan menggantikannya dengan sistem negara komunis.27 NPA melakukan beberapa serangan dan kekejaman terhadap rakyat Filipina. Gerakan ini juga mengusir pelabur luar dengan tujuan untuk menghalau pelabur keluar dari bumi Filipina dan merosakkan ekonomi negara di bawah pentadbiran pemerintah yang sah. Selain NPA juga, melakukan pembunuhan terhadap rakyat filipina yang anti kepada Tentera Rakyat baru. Golongan yang menjadi sasaran NPA adalah ahli-ahli politik Filipina, media, penyokong kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan. Tindakan NPA melakukan penindasan dan kekejaman sebenarnya bertujuan untuk melemahkan dan menyalahkan kerajaan Filipina atas semua pemberontakan yang berlaku.28 Sebagai gerakan komunis yang memperjuangkan golongan petani dan pekerja serta penubuhan ke arah negara komunis. Mereka sanggup melakukan segala bentuk perjuangan demi mencapai matlamat. Di dalam rangka revolusi demokratik baru yang menentang sistem kapitalisme, NPA menggariskan langkah antifeudal untuk memenuhi reformasi tanah sebagai kandungan utama 24 E. San Juan. (1994). Allegories of Resistance: The Philippines at the Threshold of the Twenty-First Century. Hlm. 94-95. 25 William J. Pomere. (1992). The Philippines : Colonialism, Collobaration and Resistance. United States of America: International Publishers Co. Inc. Hlm. 323. 26 Sterling Marcos. (1996). Dinasti Marcos: Korupsi Harta dan Kekuasaan di Filipina. Jakarta: Pustaka Jaya. Hlm. 300. 27 Isabelot T. Crisostomo. (1987). Cory:Profile of a President. Selangor: Pelanduk Publications. Hlm. 240. 28 E. San Juan. (1994). Allegories of Resistance: The Philippines at the Threshold of the Twenty-First Century. Hlm. 103-105.
  • 10. revolusi demokratik. NPA berjaya mencapai kemenangan di bawah kepimpinan PKP dengan melancarkan serangan perang gerila. Selain melaksanakan reformasi tanah dan membina asas massa. Kemenangan yang diraih oleh gerakan ini disebabkan oleh sokongan yang berterusan daripada penyokong mereka sendiri.29 Selain itu, gerakan komunis juga telah meresap masuk di institusi pengajian di sekolah dan pelajar-pelajar universiti secara perlahan-lahan. Kumpulan ini mempunyai pertubuhan sendiri. Mereka turut mempunyai unit kebudayaan sendiri dalam menyebarkan fahaman komunis. Bentuk mesej yang disampaikan dalam bentuk sketsa, teater dan drama. Persembahan yang dibuat berlatar belakangkan tentang masyarakat Filipina khususnya kehidupan golongan proletarian. Mereka juga turut digelar sebagai teater proletarian kerana sering memaparkan tentang kehidupan golongan tersebut. Antara kumpulan- kumpulan teater proletarian yang aktif ketika itu adalah Kamanyan, Tanghalang, Gintong Silahis, Panday Sining Dan Kalinangan Parwis.30 Kumpulan yang paling radikal dan sering mempersembahkan teater dengan agenda komunisnya ialah Panday Siling. Pada tahun 1970, Kumpulan teater ini dipimpin oleh pengarah seninya iaitu Leo Rimando. Beliau yang baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat melihat terlalu banyak gerakan-gerakan pelajar di universiti dan kebanyakan pelajar adalah anggota KM. Panday Siling merupakan unit kebudayaan pertubuhan belia yang dikenali sebagai Kabataang Makaboyat (KM). Pertubuhan belia KM berpendapat bahawa kebudayaan merupakan salah satu cara penting untuk menyampaikan idea dan perjuangan fahaman komunis. Penyampaian maklumat kepada masyarakat Filipina melalui teater yang dihasilkan bukanlah hiburan semata-mata tetapi lebih kepada mesej perjuangan nasionalisme fahaman komunis.31 Di peringkat awal, kebanyakan ahli-ahli Panday Siling terdiri daripada golongan pelajar universiti Filipina. Namun keadaan mula berubah apabila ahli Panday Siling dibuka kepada semua lapisan masyarakat. Pertubuhan belia ini melibatkan semua anggota masyarakat terutamanya pelajar universiti, pelajar 29 E. San Juan. (1994). Allegories of Resistance: The Philippines at the Threshold of the Twenty-First Century. Hlm. 94-95. 30 William J. Pomere. (1992). The Philippines : Colonialism, Collobaration and Resistance. United States of America: International Publishers Co. Inc. Hlm. 167-168. 31 William J. Pomere. (1992). The Philippines : Colonialism, Collobaration and Resistance. United States of America: International Publishers Co. Inc. Hlm. 169
  • 11. kolej dan masyarakat miskin di bandar. Disebabkan pertubuhan ini berhaluan komunis, mereka mendapat sokongan sepenuhnya daripada Parti Komunis Baru Filipina dalam bentuk nasihat ideologi perjuangan dan tema-tema drama. Selain pertubuhan Panday Siling juga telah meluaskan tema daripada imperialisme, kapitalisme birokrat dan feudalisme kepada idea-idea perjuangan bersenjata, NPA dan Barisan Hadapan (United Form). Kesemua idea ini lahir daripada revolusi kebudayaan China yang memaparkan pentingnya sebuah penubuhan negara komunis.32 Walaupun mereka mendapat sokongan daripada Pertubuhan Komunis mengenai ieda-idea persembahan dalam teater. Namun dari segi kewangan parti komunis tidak memberikan sebarang bentuk kewangan. Ideologi politik yang dibawa oleh Mao Tse Tung dan Marxisme-Lenisnisme tidak bertahan lama apabila pihak pemerintah Filipina mengharamkan segala bentuk dan aktiviti yang berkaitan dengan fahaman komunis. Mereka yang terlibat dengan persembahan teater dan pertubuhan KM telah ditangkap dan dipenjarakan. Hal ini kerana persembahan teater politik proletarian secara terbuka menentang sistem kerajaan sedia ada.33 4.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa perkembangan komunis yang berlaku di Filipina pada mulanya bertujuan menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah. Kekejaman yang dilakukan oleh penjajah memaksa rakyat Filipina menubuhkan pertubuhan sendiri bagi menentang pihak Jepun. Namun selepas kekalahan pihak Jepun, pergerakan komunis Hukbalahap terutamanya lebih kepada penentangan kepada pihak pemerintahan republik Filipina. Kemunculan gerakan Hukbalahap,Tentera Pembebasan Rakyat dan Tentera Rakyat Baru telah membawa kebangkitan rakyat Filipina untuk menentang sistem kapitalisme barat yang dianggap tidak adil dan membebankan rakyat khussnya golongan pertengahan. Justeru kemunculan ideologi komunisme di Filipina merupakan salah satu cara untuk 32 William Case. (2002). Politics in Southeast Asia: Democracy or Less. New York: Routledge Hlm. 218- 219. 33 Iman Muttaqin (Penterjemah). (2003). Kaum Marxis: Idea-Idea Dasar dan Sejarah Perkembangan. Indonesia: Pustaka Pelajar. Hlm. 394-395.
  • 12. menghapuskan sistem ekonomi kapitalisme. Kesan daripada pemberontakan ini telah menyebabkan berlakunya beberapa masalah dari segi ekonomi mahupun sosial. Akhirnya perjuangan komunis sedikit demi sedikit dapat dibanteras oleh Presiden Filipina ketika itu. Kesannya, kejayaan Kerajaan Filipina berjaya melemahkan pergerakan komunis tersebut.