Model konstruktivisme 5

3,533 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,533
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
253
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Model konstruktivisme 5

  1. 1. Model Konstruktivisme 5-FasaModel pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Childrens Learning inScience Project (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiranmelalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula ideaasal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yangsesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untukmencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baruyang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya ideaini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan ideabaru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan denganidea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini muridmembandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini muridmembandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali prosespembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapatmemperkembangkan kemahiran meta kognitif.Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:- Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah I Orientasi Menimbulkan minat dan Amali penyelesaikan masalah menyediakan suasana sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar II Pencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar Amali, perbincangan dalam tentang idea terdahulu kumpulan kecil, pemetaan konset dan laporan III Penstrukturan Mewujudkan kesedaran tentang semula idea idea alternatif yang berbentuk saintifik. Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik. Mengenalpasti idea-idea alternatif i. Pernjelasan dan dan memeriksa secara kritis idea- Perbincangan dalam kumpulan pertukaran kecil dan buat laporan idea sedia ada sendiri Menguji kesahan idea-idea sedia ii. Pendedahan ada kepada situasi konflik Perbincangan, pembacaan, input
  2. 2. Pengubahsuaian, pemgembangan guru. iii. Pembinaan atau penukaran idea idea baru Amali, kerja projek, eksperimen, Menguji kesahan untuk idea-idea tunjukcara guru iv. Penilaian baru yang dibina IV Penggunaan idea Pengukuhan kepada idea yang telah Penulisan sendiri kerja projek dibina dalam situasi baru dan biasa V Renungan kembali Menyedari tentang perubahan idea Penulisan kendiri, perbincangan murid. Murid dapat membuat kumpulan, catatan peribadi dan refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah. Teori Konstruktivisme 1. PengenalanKurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsimurid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonisdari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupanseharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, diantara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajarandengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagaikebolehan dan minat.Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secarabebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalamanpancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itudiperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan danpengabstrakan. 2. Pengertian KonstruktivisimeKonstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuandisusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalamkaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidakbegitu ketara dan tidak ditekankan.Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkandaripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatupengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada
  3. 3. usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmupengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh muridsebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akanmenghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahuimurid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set ideadan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kirastruktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dandiserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka barutentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yangbermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentanghampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman danmiskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asalmereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapanseperti yang dikehendaki oleh guru.John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidikyang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun ataumembina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaanmurid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akanberubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian,penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubahkaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengantepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yangmenumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepadapengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaanmodel daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca matamurid. 3. Perbandaingan Objektivisme Dengan KonstruktivismeParadigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme.Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antaraobjektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkantanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsisains ialah untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajarandalam paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid.
  4. 4. Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untukmenghuraikan fenomena yang diperhatikan.Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapayang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar yang semestinya mengetahui segala-galanya.Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihatoleh pihak `pakar. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan danmenjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapanguru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yangproduktif dan berpengetahuan luas.Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalammenentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdidengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana merekamenghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukanhanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada prosesberfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-samamenetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam prosesini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis sepertimenyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehiMelalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam biliksains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guruakan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guruakan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman sertaberkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan danpengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satusumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggappengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedarbahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai carabagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalahberperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid bolehdiumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Gurubertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran denganbermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalampengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yangdikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang samadengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan,soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi
  5. 5. hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubalsoalan sahaja.Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalahdengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialahpeta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahliobjektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelasdan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individuyang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap pentingdalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluanguntuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari.Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalamaktiviti pembelajaran mereka.Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawaldisiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yangditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guruuntuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masayang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, gurudapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannyatentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan Objektivisme KonstruktivismeTanggapan Utama Pengetahuan wujud bebas dari Pengetahuan bukan objektif, apa persekitaran dalaman dan luaran yang kita benar-benar tahu dan pelajar faham hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlakKesan Guru menolong murid membina Guru menolong murid membina pengetahuan dan rangka konteks di kefahaman baru dan menolong murid mana ia wujud. Mereka mengguna merakamkannya ke dalam struktur analogi, contoh dan pelbagai kaedah kognitif sedia ada. Mereka mengingat. Mereka tanya soalan melakukannya dengan menolong murid untuk membantu murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah
  6. 6. kefahaman yang lebih tinggiRespons Guru "ada perkara yang anda hendak tahu "Ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada anda apa dan saya akan tolong anda yang saya tahu" mengetahui bagaimana anda boleh "Saya ajari ini, mereka belajar ini" belajar mengenainya" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka "Saya ajar ini, mereka belajar itu" belajar apa saja yang saya ajarkan" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah rancang untuk ajar mereka"

×