SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
Download to read offline
KRB 3063 (PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU) 
Tajuk 1 : Sejarah Karya Agung – Sejarah awal persuratan Melayu & 
zaman Melayu Melaka.
PENGENALAN 
 
Tamadun sesuatu bangsa dapat dikenali dan dipelajari menerusi hasil kesusasteraan yang terhasil pada zaman tersebut. 
 
Kesusasteraan merupakan ekspresi tertinggi masyarakat yang mencerminkan nilai-nilai kemanusiaan, keagamaan, kebudayaan, kesenian dan kehidupan bagi sesebuah bangsa.
SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU 
 
Terbahagi kepada sastera Melayu tradisional dan sastera Melayu moden. 
 
1800 merupakan batas pemisah antara sastera dua zaman tersebut. 
 
Karya sastera yang dihasilkan sebelum tahun 1800 dianggap sebagai karya Melayu tradisional, manakala penghasilan karya selepas tahun 1800 dianggap sebagai sastera Melayu moden.
SASTERA TRADISI VS SASTERA MODEN 
 
Isi – Karya tradisional lebih berpusatkan kepada cerita sekitar istana dan raja Melayu. 
 
ceritanya sering memaparkan unsur- unsur kesaktian, khayalan & ketokohan wira dan wirawati golongan bangsawan. 
 
Manakala karya sastera moden telah berpijak di dunia nyata, iaitu berkisar kehidupan sosial masyarakat Melayu. 
Sastera tradisi 
Sastera moden
SAMBUNGAN 
 
Bentuk – bentuk sastera Melayu tradisional terikat dengan bentuk- bentuk lama seperti cerita penglipur lara, syair, pantun, cerita berbingkai dan mitos. 
 
Manakala bentuk sastera moden ditandai dengan penghasilan novel, cerpen, sajak, dama dan karya biografi. 
Sastera tradisi 
Sastera moden
SAMBUNGAN 
 
Audien – karya sastera Melayu tradisional dinikmati secara komunal iaitu bersama kerana masyarakat Melayu lama berpegang kepada budaya partisipatoris. Ini dapat dijelaskan dengan baik melalui penghasilan dan penikmatan terhadap hasil sastera tradisional seperti penglipur lara. 
 
Manakala karya moden lebih dinikmati secara individu. 
Sastera tradisi 
Sastera moden
KARYA AGUNG 
 
Karya agung merupakan karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. 
 
Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. 
 
Karya agung sering menjadi rujukan dan bahan kajian sarjana bidang bahasa, kesusasteraan, antropologi & sosiologi.
KARYA AGUNG & TAMADUN BANGSA 
 
Setiap tamadun bangsa, mempunyai karya agungnya yang tersendiri. 
 
Tamadun Melayu - Hikayat Hang Tuah & Sejarah Melayu. 
 
Tamadun India – epik Ramayana & Mahabrata. 
 
Tamadun Yunani - epik agungnya Illiad & Odyssey.
KARYA AGUNG & TRADISI SASTERA ISTANA 
 
Karya-karya agung ini merupakan warisan silam tradisi sastera istana. 
 
Hal ini kerana, kisahnya berlatarkan istana dan berkisar tentang golongan raja bangsawan yang diberi perlukisan sebagai manusia serba agung dan sempurna.
KESULTANAN MELAYU MELAKA (KMM) 
 
Diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang antara tahun 1400 hingga tahun 1403. 
 
Melaka mendapat nama sempena sebatang pokok ‘Melaka’ di muara Sungai Bertam yang dijadikan tempat berteduh oleh Paramewsara dan pengikutnya semasa berburu. 
 
Parameswara juga telah menyaksikan bagaimana anjing buruannya telah ditendang oleh seekor pelanduk.
KESULTANAN MELAYU MELAKA 
•Sultan Iskandar Shah 1400 - 1424 
•1414 - Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Beliau menukarkan namanya kepada Sultan Iskandar Shah. 
•Sultan Muhammad Shah 1424 – 1444 
•Dikatakan menulis buku Hukum Kanun Melaka. 
•Sultan Abu Syahid 1444 – 1445 
•Sultan Muzaffar Shah 1445 – 1459 
•Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka 
•Menyusun semula buku Hukum Kanun Melaka 
•Sultan Mansur Shah 1459 – 1477 
•Menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kerajaan China. 
•Ketokohan laksamana Hang Tuah 
•Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488 
•Memerintahkan Tun Sri Lanang untuk menyusun Sejarah Melayu 
•Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511 
•24 Ogos 1511 -Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque 
•Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir.
KESULTANAN MELAYU MELAKA 
 
Abad ke-15 & 16 menyaksikan kebangkitan empayar Kesultanan Melayu Melaka. 
 
Kedudukan pelabuhan Melaka yang strategik kerana terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut merupakan faktor utama yang membantu kemunculan Melaka sebagai sebuah empayar agung. 
 
Melaka menjadi pusat perdagangan terutamanya perdagangan rempah, pusat penyebaran agama Islam dan pusat perkembangan Bahasa Melayu.
KARYA AGUNG KMM 
 
Dua karya besar yang lahir dari warisan tradisi sastera Kesultanan Melayu Melaka ialah Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. 
 
Hukum kanun Melaka (Undang-Undang Melaka) dan Undang-undang Laut Melaka (Undang- undang Maritim Melaka) - genre undang- undang. 
 
Karya kesusasteraan yang dipengaruhi oleh tulisan Arab telah dihasilkan seperti Hikayat Muhamad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah, dan Hikayat Nabi Bercukur.
KEJATUHAN KMM 
 
Kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka berakhir apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. 
 
Walaupun kerajaan Melayu-Melaka tewas, namun kegemilangan Bahasa Melayu diteruskan oleh kerajaan Aceh dan seterusnya kerajaan Johor-Riau.
KRB 3063 - 5 KAJIAN TEKS 
1. 
Sulalat as-Salatin 
2. 
Hikayat Hang Tuah 
3. 
Bustan al-Katibin 
4. 
Tuhfat an-Nafis 
5. 
Hikayat Abdullah
SULALAT AS-SALATIN 
 
Dikenali juga sebagai Sejarah Melayu. 
 
Naskah tertua ini pernah ditemui dikarang di Johor pada tahun 1612. 
 
Disusun oleh Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang atas titah Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488. 
 
Episod-episod yang dipaparkan memberi maklumat penting tentang raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, juga peristiwa-peristiwa bersejarah dalam kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.
HIKAYAT HANG TUAH 
 
Dikarang sekitar tahun 1641-1736. 
 
Epik Melayu yang melakar cita-cita, kebolehan, dan sikap hidup orang Melayu pada suatu zaman. 
 
Hang Tuah mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya & bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat bangga diri, keberanian, kepintaran dan budi bahasa halus, yang mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada bangsa dan kerajaan luar yang menjalin hubungan dengan Kesultanan Melayu Melaka.
BUSTAN AL-KATIBIN 
 
Merupakan karya paling awal tentang bahasa Melayu yang disusun oleh ilmuwan dan budayawan Melayu ulung, Raja Ali Haji. 
 
Kitab ini selesai dikarang pada 15 September 1850. 
 
Menekankan bahawa perkara paling utama yang harus dipelajari oleh orang Melayu ialah ilmu bahasa. 
 
Bahasa padanya ialah alat dalam sistem pemikiran yang digunakan secara kreatif oleh manusia untuk mencapai ilmu yang benar tentang alam ciptaan Allah. 
 
Dengan mengikuti adab dan syarat menuntut ilmu, pembelajaran bahasa Melayu mampu melahirkan penutur yang bukan sahaja fasih bercakap tetapi bercakap dengan budi bahasa dan adab sopan yang mutlak dengan ilmu yang sahih dan benar.
TUHFAT AN-NAFIS 
 
Menceritakan sejarah Kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultanan Melaka. 
 
Karya ini merupakan karya sejarah Melayu yang paling kompleks dan canggih antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad ke- 20. 
 
Latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. 
 
Dari segi geografi, Tuhfat al-Nafis meliputi kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan, dan Betawi.
HIKAYAT ABDULLAH 
 
Selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di Kampung Melaka, Singapura, pada zaman dunia Melayu menghadapi cabaran ekonomi, politik dan budaya yang luar biasa dari Barat (Eropah). 
 
Buku ini bersifat autobiografi dan jurnalistik kerana mengisahkan pengalaman hidupnya sepanjang berada di Melaka dan Singapura. 
 
Buku ini merupakan beberapa catatan sejarah yang amat penting. 
 
Abdullah Munsyi dalam hikayat ini cuba membawa wawasan baharu supaya orang Melayu mengubah acuan fikiran dan kepercayaan lama yang tidak progresif.
KESIMPULAN 
 
Era kesusasteraan Melayu tradisional telah menghasilkan banyak karya agung Melayu yang masih dibaca, diteliti dan dikaji oleh para sarjana tempatan dan barat. 
 
Hal ini kerana karya-karya agung tersebut sering dijadikan dokumen untuk mengkaji sejarah masyarakat, kebudayaan, sistem kenegaraan dan juga kajian bahasa Melayu. 
 
Manuskrip-manuskrip ini membuktikan bahawa tamadun Melayu sudah lama berkembang dan mempunyai kebudayaan dan sejarah yang panjang.
Sekian.

More Related Content

What's hot

Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU@f!Q@H @F!N@
 
Apa itu sejarah
Apa itu sejarahApa itu sejarah
Apa itu sejarahyuzz7772
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibDenne Freddy
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Pengenalan kepada wacana
Pengenalan kepada wacana Pengenalan kepada wacana
Pengenalan kepada wacana Inbmy
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS Santa Barbara
 
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...Atikah Ishak
 
Peningkatan harga barangan keperluan utama
Peningkatan harga barangan keperluan utamaPeningkatan harga barangan keperluan utama
Peningkatan harga barangan keperluan utamaLOGHA ANBARASU
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Kata majmuk
Kata majmuk Kata majmuk
Kata majmuk firo HAR
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...FaFai S.
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajaksaieyen
 

What's hot (20)

Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU
 
Apa itu sejarah
Apa itu sejarahApa itu sejarah
Apa itu sejarah
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman Talib
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Pengenalan kepada wacana
Pengenalan kepada wacana Pengenalan kepada wacana
Pengenalan kepada wacana
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
 
Penyata razak 1956
Penyata razak 1956Penyata razak 1956
Penyata razak 1956
 
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
 
Peningkatan harga barangan keperluan utama
Peningkatan harga barangan keperluan utamaPeningkatan harga barangan keperluan utama
Peningkatan harga barangan keperluan utama
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Karangan peperangan
Karangan peperanganKarangan peperangan
Karangan peperangan
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
Kata majmuk
Kata majmuk Kata majmuk
Kata majmuk
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajak
 

Similar to KARYA AGUNG Topik 1 sejarah

Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZairol83
 
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu MelakaZaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu MelakaZairol83
 
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayuKelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayushamarsetia
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuNormurni Mohamad
 
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02Datoknye
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah2
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)Akhy Sham
 
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungTakrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungNorWahida Salim
 
Nota Kursus IIII6012 - Kajian Alam dan Tamadun Melayu Prof. Dr Awang Sariyan.pdf
Nota Kursus IIII6012 - Kajian Alam dan Tamadun Melayu Prof. Dr Awang Sariyan.pdfNota Kursus IIII6012 - Kajian Alam dan Tamadun Melayu Prof. Dr Awang Sariyan.pdf
Nota Kursus IIII6012 - Kajian Alam dan Tamadun Melayu Prof. Dr Awang Sariyan.pdfNezlyIderus2
 
Kerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraKerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraHakim Yusof
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameriameri57
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameriameri57
 
Hikayat awang sulung merah muda
Hikayat awang sulung merah mudaHikayat awang sulung merah muda
Hikayat awang sulung merah mudaSharifa Azreena
 
Titas present kump 2
Titas present kump 2Titas present kump 2
Titas present kump 2Biru Langit
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikFairuz Alwi
 
Tutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalTutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalFara Dianna
 
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)Kegemilangan melaka (UPSI 2014)
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)TG Huda EG Hadi
 

Similar to KARYA AGUNG Topik 1 sejarah (20)

Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melaka
 
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu MelakaZaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
 
Sjhk3013
Sjhk3013Sjhk3013
Sjhk3013
 
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayuKelas tambahan minggu 1   kesusasteraan melayu
Kelas tambahan minggu 1 kesusasteraan melayu
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
 
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
Zamankesultananmelayumelaka 111019032625-phpapp02
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)Negara Turki (Turkey)
Negara Turki (Turkey)
 
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungTakrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
 
Nota Kursus IIII6012 - Kajian Alam dan Tamadun Melayu Prof. Dr Awang Sariyan.pdf
Nota Kursus IIII6012 - Kajian Alam dan Tamadun Melayu Prof. Dr Awang Sariyan.pdfNota Kursus IIII6012 - Kajian Alam dan Tamadun Melayu Prof. Dr Awang Sariyan.pdf
Nota Kursus IIII6012 - Kajian Alam dan Tamadun Melayu Prof. Dr Awang Sariyan.pdf
 
Kerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraKerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggara
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
 
Hikayat awang sulung merah muda
Hikayat awang sulung merah mudaHikayat awang sulung merah muda
Hikayat awang sulung merah muda
 
Titas present kump 2
Titas present kump 2Titas present kump 2
Titas present kump 2
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
 
Tutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awalTutorial kerajaan awal
Tutorial kerajaan awal
 
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)Kegemilangan melaka (UPSI 2014)
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)
 

Recently uploaded

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 

Recently uploaded (8)

Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 

KARYA AGUNG Topik 1 sejarah

  • 1. KRB 3063 (PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU) Tajuk 1 : Sejarah Karya Agung – Sejarah awal persuratan Melayu & zaman Melayu Melaka.
  • 2. PENGENALAN  Tamadun sesuatu bangsa dapat dikenali dan dipelajari menerusi hasil kesusasteraan yang terhasil pada zaman tersebut.  Kesusasteraan merupakan ekspresi tertinggi masyarakat yang mencerminkan nilai-nilai kemanusiaan, keagamaan, kebudayaan, kesenian dan kehidupan bagi sesebuah bangsa.
  • 3. SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU  Terbahagi kepada sastera Melayu tradisional dan sastera Melayu moden.  1800 merupakan batas pemisah antara sastera dua zaman tersebut.  Karya sastera yang dihasilkan sebelum tahun 1800 dianggap sebagai karya Melayu tradisional, manakala penghasilan karya selepas tahun 1800 dianggap sebagai sastera Melayu moden.
  • 4. SASTERA TRADISI VS SASTERA MODEN  Isi – Karya tradisional lebih berpusatkan kepada cerita sekitar istana dan raja Melayu.  ceritanya sering memaparkan unsur- unsur kesaktian, khayalan & ketokohan wira dan wirawati golongan bangsawan.  Manakala karya sastera moden telah berpijak di dunia nyata, iaitu berkisar kehidupan sosial masyarakat Melayu. Sastera tradisi Sastera moden
  • 5. SAMBUNGAN  Bentuk – bentuk sastera Melayu tradisional terikat dengan bentuk- bentuk lama seperti cerita penglipur lara, syair, pantun, cerita berbingkai dan mitos.  Manakala bentuk sastera moden ditandai dengan penghasilan novel, cerpen, sajak, dama dan karya biografi. Sastera tradisi Sastera moden
  • 6. SAMBUNGAN  Audien – karya sastera Melayu tradisional dinikmati secara komunal iaitu bersama kerana masyarakat Melayu lama berpegang kepada budaya partisipatoris. Ini dapat dijelaskan dengan baik melalui penghasilan dan penikmatan terhadap hasil sastera tradisional seperti penglipur lara.  Manakala karya moden lebih dinikmati secara individu. Sastera tradisi Sastera moden
  • 7. KARYA AGUNG  Karya agung merupakan karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa.  Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu.  Karya agung sering menjadi rujukan dan bahan kajian sarjana bidang bahasa, kesusasteraan, antropologi & sosiologi.
  • 8. KARYA AGUNG & TAMADUN BANGSA  Setiap tamadun bangsa, mempunyai karya agungnya yang tersendiri.  Tamadun Melayu - Hikayat Hang Tuah & Sejarah Melayu.  Tamadun India – epik Ramayana & Mahabrata.  Tamadun Yunani - epik agungnya Illiad & Odyssey.
  • 9. KARYA AGUNG & TRADISI SASTERA ISTANA  Karya-karya agung ini merupakan warisan silam tradisi sastera istana.  Hal ini kerana, kisahnya berlatarkan istana dan berkisar tentang golongan raja bangsawan yang diberi perlukisan sebagai manusia serba agung dan sempurna.
  • 10. KESULTANAN MELAYU MELAKA (KMM)  Diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang antara tahun 1400 hingga tahun 1403.  Melaka mendapat nama sempena sebatang pokok ‘Melaka’ di muara Sungai Bertam yang dijadikan tempat berteduh oleh Paramewsara dan pengikutnya semasa berburu.  Parameswara juga telah menyaksikan bagaimana anjing buruannya telah ditendang oleh seekor pelanduk.
  • 11. KESULTANAN MELAYU MELAKA •Sultan Iskandar Shah 1400 - 1424 •1414 - Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Beliau menukarkan namanya kepada Sultan Iskandar Shah. •Sultan Muhammad Shah 1424 – 1444 •Dikatakan menulis buku Hukum Kanun Melaka. •Sultan Abu Syahid 1444 – 1445 •Sultan Muzaffar Shah 1445 – 1459 •Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka •Menyusun semula buku Hukum Kanun Melaka •Sultan Mansur Shah 1459 – 1477 •Menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kerajaan China. •Ketokohan laksamana Hang Tuah •Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488 •Memerintahkan Tun Sri Lanang untuk menyusun Sejarah Melayu •Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511 •24 Ogos 1511 -Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque •Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir.
  • 12. KESULTANAN MELAYU MELAKA  Abad ke-15 & 16 menyaksikan kebangkitan empayar Kesultanan Melayu Melaka.  Kedudukan pelabuhan Melaka yang strategik kerana terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut merupakan faktor utama yang membantu kemunculan Melaka sebagai sebuah empayar agung.  Melaka menjadi pusat perdagangan terutamanya perdagangan rempah, pusat penyebaran agama Islam dan pusat perkembangan Bahasa Melayu.
  • 13. KARYA AGUNG KMM  Dua karya besar yang lahir dari warisan tradisi sastera Kesultanan Melayu Melaka ialah Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.  Hukum kanun Melaka (Undang-Undang Melaka) dan Undang-undang Laut Melaka (Undang- undang Maritim Melaka) - genre undang- undang.  Karya kesusasteraan yang dipengaruhi oleh tulisan Arab telah dihasilkan seperti Hikayat Muhamad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah, dan Hikayat Nabi Bercukur.
  • 14. KEJATUHAN KMM  Kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka berakhir apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.  Walaupun kerajaan Melayu-Melaka tewas, namun kegemilangan Bahasa Melayu diteruskan oleh kerajaan Aceh dan seterusnya kerajaan Johor-Riau.
  • 15. KRB 3063 - 5 KAJIAN TEKS 1. Sulalat as-Salatin 2. Hikayat Hang Tuah 3. Bustan al-Katibin 4. Tuhfat an-Nafis 5. Hikayat Abdullah
  • 16. SULALAT AS-SALATIN  Dikenali juga sebagai Sejarah Melayu.  Naskah tertua ini pernah ditemui dikarang di Johor pada tahun 1612.  Disusun oleh Bendahara Paduka Raja Tun Seri Lanang atas titah Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488.  Episod-episod yang dipaparkan memberi maklumat penting tentang raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, juga peristiwa-peristiwa bersejarah dalam kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.
  • 17. HIKAYAT HANG TUAH  Dikarang sekitar tahun 1641-1736.  Epik Melayu yang melakar cita-cita, kebolehan, dan sikap hidup orang Melayu pada suatu zaman.  Hang Tuah mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya & bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat bangga diri, keberanian, kepintaran dan budi bahasa halus, yang mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada bangsa dan kerajaan luar yang menjalin hubungan dengan Kesultanan Melayu Melaka.
  • 18. BUSTAN AL-KATIBIN  Merupakan karya paling awal tentang bahasa Melayu yang disusun oleh ilmuwan dan budayawan Melayu ulung, Raja Ali Haji.  Kitab ini selesai dikarang pada 15 September 1850.  Menekankan bahawa perkara paling utama yang harus dipelajari oleh orang Melayu ialah ilmu bahasa.  Bahasa padanya ialah alat dalam sistem pemikiran yang digunakan secara kreatif oleh manusia untuk mencapai ilmu yang benar tentang alam ciptaan Allah.  Dengan mengikuti adab dan syarat menuntut ilmu, pembelajaran bahasa Melayu mampu melahirkan penutur yang bukan sahaja fasih bercakap tetapi bercakap dengan budi bahasa dan adab sopan yang mutlak dengan ilmu yang sahih dan benar.
  • 19. TUHFAT AN-NAFIS  Menceritakan sejarah Kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultanan Melaka.  Karya ini merupakan karya sejarah Melayu yang paling kompleks dan canggih antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad ke- 20.  Latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19.  Dari segi geografi, Tuhfat al-Nafis meliputi kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan, dan Betawi.
  • 20. HIKAYAT ABDULLAH  Selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di Kampung Melaka, Singapura, pada zaman dunia Melayu menghadapi cabaran ekonomi, politik dan budaya yang luar biasa dari Barat (Eropah).  Buku ini bersifat autobiografi dan jurnalistik kerana mengisahkan pengalaman hidupnya sepanjang berada di Melaka dan Singapura.  Buku ini merupakan beberapa catatan sejarah yang amat penting.  Abdullah Munsyi dalam hikayat ini cuba membawa wawasan baharu supaya orang Melayu mengubah acuan fikiran dan kepercayaan lama yang tidak progresif.
  • 21. KESIMPULAN  Era kesusasteraan Melayu tradisional telah menghasilkan banyak karya agung Melayu yang masih dibaca, diteliti dan dikaji oleh para sarjana tempatan dan barat.  Hal ini kerana karya-karya agung tersebut sering dijadikan dokumen untuk mengkaji sejarah masyarakat, kebudayaan, sistem kenegaraan dan juga kajian bahasa Melayu.  Manuskrip-manuskrip ini membuktikan bahawa tamadun Melayu sudah lama berkembang dan mempunyai kebudayaan dan sejarah yang panjang.