Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Gurindam Sempurna
1. CIKGU SHAMSUL BIN PONIJAN
SMK SEG HWA (CF)
SEGAMAT, JOHOR.
GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
CONTOH SOALAN / JAWAPAN
2. GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
SOALAN 1 : Berikan maksud rangkap pertama gurindam di atas?
Maksud rangkp pertama gurindam di atas ialah
seseorang haruslah mengawal penglihatan dengan
sebaik-baiknya supaya dapat mengawal keinginan.
3. GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
SOALAN 1 : Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam gurindam di atas?
Dua nilai yang terdapat dalam gurindam ini ialah
nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita dinasihatkan agar
bersikap bijak dalam menuturkan kata-kata. Nilai yang
kedua ialah nilai berhati-hati. Contohnya, kita
dinasihatkan agar lebih berhati-hati mengawal
pancaindera agar tidak membawa kerosakan kepada
4. GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
SOALAN 1 : Apakah manfaat yang diperoleh sekiranya kita
memelihara penglihatan dan pendengaran?
Faedah yang kita peroleh sekiranya kita memelihara
penglihatan dan pendengaran ialah dapat mengawal
keinginan. Selain itu berita-berita yang tidak baik dan
tidak benar dapat dielakkan.
5. GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
SOALAN 1 : Pada pendapat anda, mengapa kita peru mengawal
nafsu makan?
Pada pendapat saya, kita perlu mengawal nafsu
makan supaya badan kita tidak menjadi gemuk atau
obesiti. Selain itu makan berlebihan memudahkan
tubuh badan mengalami penyakit seperti kencing
manis, darah tinggi dan lemah jantung. Tambahan
pula makan terlalu banyak juga akan menyebabkan
6. GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
SOALAN 1 : Pada pendapat anda, bagaimana cara untuk mengawal
nafsu makan?
Pada pendapat saya, untuk perlu mengawal nafsu
makan ialah makan mengikut waktu yang ditetapkan.
Selain itu kurangkan makan di restoran atau kedai
makan. Mengambil kuantiti makanan yang sedikit juga
salah satu cara mengawal nafsu makan.
7. GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
SOALAN 2 : Pada pendapat anda, apakah kesan buruk sekiranya
seseorang itu gemar mengeluarkan kata-kata negatif?
Pada pendapat saya, seseorang yang suka
mengeluarkan kata-kata negatif tidak akan disukai
oleh orang lain. Selain itu perbuatan itu mudah
menimbulkan perbalahan dan pergaduhan dan juga
mudah menimbulkan salah faham.
8. GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
SOALAN 3 : Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk menjaga
pandangan anda?
Pada pendapat saya, untuk menjaga pandangan kita
hendaklah berjalan sedikit menunduk, tidak
memandang perkara-perkara maksiat dan cepat-cepat
mengalihkan pandangan daripada perkara yang boleh
mendatangkan kerugian. Selain itu segera beredar
dari situ sekiranya terpandang perkara yang tidak
9. GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
SOALAN 4 : Pada pendapat anda, apakah kebaikan sekiranya anda
berkawan dengan rakan yang berakhlak mulia?
Pada pendapat saya, sekiranya kita berkawan
dengan orang yang berakhlak mulia, kita akan
dipandang mulia oleh masyarakat, kita akan terdorong
mengikut sikapnya dan dia akan menghalang kita
daripada melakukan perbuatan negatif. Selain itu dia
akan membimbing kita ke jalan yang benar.
10. GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
SOALAN 5 : Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya anda
mengikut nasihat yang terdapat dalam gurindam?
Pada pendapat saya, sekiranya kita mengikut nasihat
yang terdapat dalam gurindam, kita akan elakkan diri
daripada perkara negatif. Kita juga tidak akan pergi ke
tempat maksiat dan tidak akan terjebak dalam
kegiatan jenayah.
11. GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
SOALAN 6 : Pada pendapat anda, bagaimankah cara untuk mendidik
remaja agar berakhlak mulia?
Pada pendapat saya, cara untuk mendidik remaja
agar berakhlak mulia adalah dengan memberikan
mereka didikan agama yang sempurna, golongan
dewasa sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik
kepada mereka dan sentiasa mendampingi serta
menasihati mereka. Selain itu selalu memantau
12. GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
SOALAN 6 : Sebagai remaja bagaimanakah cara anda mengelakkan
diri daripada terjebak dalam gejala negatif?
Sebagai remaja, cara saya mengelakkan diri
daripada terjebak dalam gejala negatif ialah tidak
berkawan dengan rakan-rakan yang bermasalah.
Selain itu sentiasa mendengar nasihat ibu bapa dan
guru , serta menjauhi tempat-tempat yang
mengadakan aktiviti tidak bermoral.