Dokumen tersebut berisi pertanyaan dan jawaban mengenai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berdasarkan sajak di laman web sibermerdeka.com.my. Beberapa topik yang dibahas meliputi manfaat teknologi internet bagi pelajar, kebaikan perancangan dalam hidup, dan cara menghadapi masalah serta menguatkan ketahanan diri.
3. SAJAK : WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
SOALAN KBAT
SOALAN 1
Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan sekiranya
anda terjebak dalam sesuatu perkara negatif?
JAWAPAN
Pada pendapat saya, perkara yang perlu saya lakukan
sekiranya terjebak dalam sesuatu perkara negatif ialah saya
akan segera insaf dan kembali kepada kebaikan. Selain itu
saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.
4. SAJAK : WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
SOALAN KBAT
SOALAN 2
Pada pendapat anda, apakah manfaat teknologi internet
kepada para pelajar?
JAWAPAN
Pada pendapat saya, faedah teknologi internet kepada para
pelajar ialah, pelajar dapat memperoleh maklumat dengan
cepat dan mudah. Selain itu, mereka dapat berhubung
dengan rakan diserata dunia. Para pelajar juga dapat
melihat pelbagai cara menjawab soalan yang sukar.
5. SAJAK : WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
SOALAN KBAT
SOALAN 3
Nyatakan faedah yang dapat kita peroleh apabila membuat
perancangan dalam hidup?
JAWAPAN
Kebaikan yang kita peroleh apabila membuat perancangan
dalam hidup ialah, tidak terkeluar daripada perancangan,
perancangan dapat dijadikan garis panduan , sasaran kita
akan tercapai dan kehidupan kita kita akan lebih tersusun.
6. SAJAK : WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
SOALAN KBAT
SOALAN 4
Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang bakal kita
peroleh sekiranya kita bersikap rasional?
JAWAPAN
Pada pendapat saya, faedah yang bakal diperoleh sekiranya
kita bersikap rasional ialah segala masalah dapat diatasi
dengan baik, kita tidak akan bertindak mengikut nafsu dan
di luar batasan sehingga merugikan diri sendiri.
7. SAJAK : WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
SOALAN KBAT
SOALAN 5
Pada pendapat anda, sebagai masyarakat yang prihatin
bagaimanakah cara untuk menghadapi sebarang masalah
yang akan datang?
JAWAPAN
Pada pendapat saya, cara untuk menghadapi sebarang
masalah yang akan datang adalah dengan bersikap sabar
dan tenang. Seterusnya perlu peka kepada perubahan
persekitaran dan akhir sekali, selalu berbincang dengan
orang yang lebih lebih arif.
8. SAJAK : WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
SOALAN KBAT
SOALAN 6
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menguatkan
ketahanan diri ketika berhadapan dengan pelbagai dugaan
hidup?
JAWAPAN
Pada pendapat saya, cara untuk menguatkan ketahanan diri
ketika berhadapan dengan pelbagai dugaan hidup ialah
bertindak bijak menggunakan ilmu pengetahuan untuk
mengatasi masalah. Selain itu berkongsi masalah dengan
orang yang lebih berpengalaman untuk mencari jalan
penyelesaian dan akhir sekali berfikiran positif dalam
menghadapi dugaan yang diberi tuhan kepada kita.
9. SAJAK : WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
SOALAN KBAT
SOALAN 7
Pada pendapat anda, apakah kelebihan-kelebihan apabila
kita dapat mengatasi rintangan hidup?
JAWAPAN
Pada pendapat saya, kelebihan-kelebihan yang kita peroleh
apabila dapat mengatasi rintangan hidup ialah dapat
mematangkan diri kita. Selain itu kita berjaya membina
kekuatan diri dan akhir sekali berjaya melatih dan mendidik
diri kita menjadi berjiwa kental.