2. Kata terbitan
•Kata terbitan ialah hasil daripada penggabungan
kata dasar dengan imbuhan-imbuhan
awalan, akhiran, apitan atau sisipan.
•Merupakan proses menggandingkan imbuhan pada
kata dasar.
•Kata dasar bagi kata terbitan ini terdiri daripada
beberapa jenis.
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
3. a) Kata akar – bentuk morfem terikat yang belum
mencapai taraf kata dan tidak berimbuhan.
contohnya:
Kata Akar Kata Terbitan
tawa Tertawa
tapa pertapaan
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
4. b) Kata tunggal – perkataan yang dibentuk oleh satu
morfem bebas, tidak berimbuhan dan bukan
berbentuk kata jamak. contoh:
Kata Tunggal Kata Terbitan
cat mengecat
pakai Dipakaikan
5. c) Kata Terbitan – perkataan yang dihasilkan melalui
proses pengimbuhan. Contoh:
Kata Terbitan Kata terbitan
berangkat keberangkatan
6. d) Kata Majmuk atau rangkai kata – perkataan yang
dibentuk oleh dua morfem bebas atau lebih.
Contoh:
Kata Majmuk Kata Terbitan
Ibu bapa keibubapaan
tanggungjawab bertanggungjawab
7. e) Kata Ganda – bentuk perkataan yang
mengalami proses pengulangan kata. Contoh:
Kata Ganda Kata Terbitan
cantik-cantik mencantik-cantikkan
jauh-jauh berjauh-jauhan
8. Awalan kata nama
Awalan kata nama dalam bahasa
Melayu ialah:
a) peN-
b) pe-
c) peR-
d) ke-
e) juru-
9. (a) Awalan peN-
• Awalan peN- terdiri daripada 4 bentuk iaitu:
1. pe-
2. pem-
3. pen-
4. peng-
10. I. Awalan peN- menjadi pe- apabila bergabung
dengan kata dasar yang bermula dengan huruf
seperti m, n, ny, ng, r, l dan w. Contoh:
masak pemasak
naik penaik
nyanyi penyanyi
11. II. Awalan peN- menjadi pem- apabila bergabung
dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b
dan perkataan pinjaman yang bermula dengan
huruf b, f, p dan v.
baca pembaca
beri pemberi
Perkataan pinjaman
boikot pemboikot
proses pemproses
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
12. iii. peN- menjadi pen- apabila bertemu
dengan kata dasar yang bermula dengan
huruf d, c, j, sy dan z dan perkataan-
perkataan pinjaman yang kata dasarnya
bermula dengan huruf t dan s.
dapat pendapat
datang pendatang
Perkataan pinjaman
tadbir pentadbir
terjemah Penterjemah
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
13. • Iv) peN- menjadi peng- apabila
digabungkan dengan kata dasar yang
bermula dengan huruf-huruf g, kh, h
(bunyi-bunyi konsonan dan a, e,i, o dan u
(bunyi-bunyi vokal).
hubung penghubung
ikat pengikat
14. (b) Awalan pe-
• Awalan pe- berbeza daripada awalan peN-
kerana diimbuhkan kata dasar tertentu tiada
perubahan bentuk pada huruf awal kata dasar
tersebut.
tunjuk petunjuk
sakit pesakit
15. (c) Awalan peR-
• Awalan peR- bleh diimbuhkan pada kata
nama dan kata kerja tanpa melibatkan
perubahan bentuk pada huruf awal kata
dasar tersebut.
tapa pertapa
buru perburu
16. (d) Awalan ke-
• Awalan ke- apabila diimbuhkan pada kata
dasar tertentu tidak melibatkan perubahan
bentuk pada huruf awal kata dasar tersebut.
hendak kehendak
kasih kekasih
17. (e) Awalan juru-
• Awalan juru- boleh diimbuhkan pada kata
nama dan kata kerja tanpa melibatkan
perubahan bentuk pada huruf awal kata dasar
tersebut.
bahasa jurubahasa
hias juruhias
18. Awalan kata kerja
• Awalan kata kerja dalam bahasa Melayu ialah:
a) meN-
b) beR-
c) teR-
d) di-
e) mempeR-
f) dipeR-
19. (a) Awalan meN-
• Awalan meN- menghasilkan kata kerja transitif
dan kata kerja tak transitif. Awalan ini
mempunyai alomorf iaitu me, mem-, men-
dan meng- yang dijelaskan seperti yang
berikut :
20. • i) awalan meN- menjadi me- apabila
diimbuhkan kata dasar yang bermula dengan
huruf m,n,ng,ny,r,l,w.
masak Memasak
naik menaik
nganga menganga
nyanyi menyanyi
rawat merawat
lawan melawan
wangi mewangi
21. Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k
dan s, huruf-huruf ini akan digugurkan apabila
diimbuhkan pada awalan meN-.
pegang memegang
tekan menekan
kunyah mengunyah
saji menyaji
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
22. ii) Awalan meN- menjadi ‘mem-’ apabila diimbuhan pada
kata dasar yang bermula dengan huruf b dan kata
pinjaman yang bermula dengan huruf f, p dan v.
beza membeza
fitnah memfitnah
pamer mempamer
veto memveto
23. iii) Awalan meN- menjadi ‘men-’ apabila diibuhkan
pada kata dasar yang bermula dengan d, c, j, sy dan z
dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan
s.
dalam Mendalam
cipta mencipta
jerat menjerat
syarah mensyarah
ziarah menziarah
24. iv) Awalan meN- menjadi ‘meng-’ apabila
diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan
huruf g, gh, kh, h (bunyi konsonan), a, e, i, o, u
(bunyi vokal) dan kata pinjaman yang huruf
awalnya bermula dengan huruf k.
genggam menggenggam
ghairah mengghairah
khusus mengkhusus
hantar menghantar
arah mengarah
elak mengelak
ikat mengikat
olah mengolah
ubat mengubat
kritik Mengkritik
25. b) Awalan beR-
•Awalan beR- mempunyai satu alomorf sahaja, iaitu
‘ber-’ yang boleh diimbuhkan pada semua bentuk kata
dasar.
ekor berekor
angka berangka
tahan bertahan
depan berdepan
26. •Apabila ‘ber-’ diimbuhkan pada kata dasar yang
bermula dengan huruf ‘r’, satu daripada ‘r’ tersebut
akan digugurkan.
renang berenang
rehat berehat
27. c) Awalan teR-
•Awalan teR- mempunyai satu alomorf sahaja, iaitu ‘ter-’ yang
boleh diimbuhkan pada semua bentuk kata dasar.
atas teratas
duduk terduduk
•Apabila ‘ter-’ diimbuhkan pada kata dasar yang bermula
dengan huruf ‘r’, satu daripada ‘r’ tersebut akan digugurkan.
rentang terentang
rancang terancang
28. d) Awalan di-
•Awalan di- boleh digabungkan dengan semua
bentuk kata dasar untuk mewujudkan kata kerja ayat
pasif.
marah dimarah
tuduh dituduh
29. e) Awalan mempeR-
•Awalan ini hanya mempunyai satu alomorf, iaitu
‘memper-’.
cantik mencantik
taruh mempertaruh
30. f) Awalan dipeR-
•Awalan ini mempunyai satu alomorf, iaitu ‘diper-’.
hamba diperhamba
jelas diperjelas
31. Awalan Kata Adjektif
a) Awalan ter-
• Awalan ter- apabila digabungkan dengan
golongan kata adjektif akan membentuk kata
adjektif juga.
murah termurah
baharu terbaharu
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
32. b) Awalan se-
•Awalan se- apabila digabungkan dengan golongan
kata adjektif akan membentuk kata adjektif juga.
cantik secantik
baik sebaik
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/