SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU
1.1 Definisi Semantik
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat.Kata merupakan
unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran,
pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia..
Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani
“semantikos”yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh
bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar,
1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya
makna bahasa (Abdul Chaer, 1994).
Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata.
Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan.
Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann
makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap
masyarakat.
1.2 Konsep Semantik
Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantickos” yang bermaksud
„penting‟ atau „bererti‟. Kata „bererti‟ membawa maksud „makna‟ yang diertikan sebagai sesuatu
peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9).Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.
Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk
menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat
ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik
bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut
“semantik sejarah” (M.Breal, 1893)
Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa
secara teliti.Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan
dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya.Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam
aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan
kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan
kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari
segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang
mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian
daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang
sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak),
dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).
1.3 Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain
Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri.Bahasa dalam setiap bidang
disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian sesuatu bidang ilmu
perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan.
1.3.1 Hubungan Semantik dengan Falsafah
Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa.Falsafah adalah istimewa
kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya falsafah
memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logika. Oleh yang
demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk
mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai
makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah „Biar saya mentertawakan diri saya sebelum
orang lain mentertawakan diri saya‟ membawa semantik “kesedaran kendiri atau muhasabah
diri” perlu difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila
diujarkan.
1.3.2 Hubungan Semantik dengan Psikologi
Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa.Hal ini bermakna tingkah
laku manusia mempunyai makna.Makna yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan kata
atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan „Makan!‟ berbeza berbanding
„Makanlah..‟Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan
pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi yang berbeza.Situasi yang
berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya.Hal ini bertepatan
dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan
rangsangan atau tindak balas.
1.3.3 Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi.
Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogen
yang mempunyai pelbagai ciri khasnya.Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang mengkaji
kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang
heterogen.Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan
makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan „taman‟
daripada aspek antropologinya telah berkembang membentuk perkataan „taman hati‟, „taman
buaya‟, dan „taman rimba‟ yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga-
bungaan. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan
itu dituturkan.(Aminuddin 1985).
1.3.4 Hubungan Semantik dengan Sastera
Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah.
Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya diketahui
umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi makna tersurat
(makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak pembaca/konotatif), makna
kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat
diketahui oleh pengarang sahaja). Contohnya seperti ungkapan “Kalau asal benih yang baik,
jatuh ke laut menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95)” merupakan makna konotatif
yang dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya
tetap akan baik juga.
1.3.5 Hubungan Semantik dengan Sejarah
Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang.Perkembangan bahasa merupakan sejarah
bahasa.Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit,
meluas atau menghilang.Contohnya perkataan „khalwat‟ yang bermaksud “berseorangan untuk
mendekatkan diri kepada-Nya” telah disempitkan maksudnya kepada “berdua-duaan dalam
keadaan mencurigakan”.Perkataan „pondok‟ yang bermaksud “tempat tinggal yang usang” pula
telah dikembangkan maknanya menjadi “tempat belajar”.Justeru sejarah bahasa ini perlu
direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam
setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.
1.3.6 Hubungan Semantik dengan Komputer
Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan melalui proses
penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Yang menjadi
kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara struktural kerana
keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. Para penterjemah yang memiliki akal
dan perasaan sahaja yang mampu memilih makna yang sesuai dalam konteks struktural
ayat.Walau bagaimanapun komputer telah membantu dalam bidang penterjemahan terus dapat
membantu penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang
sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat.Justeru semantik dalam bidang ilmu
pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan bertepatan
dengan kehendak pengguna kelak.
1.3.7 Hubungan Semantik dengan Linguistik
Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas mempunyai makna
yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan, penggandaan,
dan pemajmukan. Contohnya makna kata „kebun‟ berbeza daripada „pekebun‟ dan „pengebun‟,
dalam proses pengimbuhan. Kata “kebun” bermaksud tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan.
Kata “pekebun” bermaksud “orang yang mengurus kebun” sementara kata “pengebun”
bermaksud “orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun.” Dalam proses
penggandaan, kata „langit‟ juga berbeza dengan „lelangit‟ yang bermaksud keadaan bumi dan
atas bahagian dalam mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata „buah‟ dan „hati‟ mempunyai
makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk „buah hati‟. Buah ialah benda yang
boleh dimakan sementara hati merupakan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan
tersebut digabungkan.
2. Makna Leksikal
Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang
terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.
Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian
memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+,
ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan
memiliki makna gramatis.
2.1 Kelompok kata
Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan
lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada „lima ekor lembu‟.
2.2 Kata paduan
Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-
masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api
dsb.
2..3 Kata gabungan
Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan
perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa
Melayu.Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.
Makna Ayat
Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan
makna tersirat.
3.1 Makna Tersurat (denotasi)
Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau
makna yang diujarkan sahaja.Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan.Misalnya, Burung itu
hinggap di ranting pokok.Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita
menganggapnya sebagai betul.
Contohnya:
1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.
Perkataan para menunjukkan ramai.Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai.Perkataan
sekalian bermaksud ramai.Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.
3.2 Makna Terselindung
Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya
tidak dihadirkan.
Misalnya dalam ayat
Adik ke kedai Pak Ali.
Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah „pergi‟.
Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau
pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih
dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau
pembaca,
Contoh lain adalah seperti berikut:
Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.
Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan Cikgu
Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami.Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini
ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.
3.3 Makna Tersirat (konotasi)
Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan,
misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak”.
Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan
sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai
peribahasa.
Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu.Peribahasa dibahagikan kepada
beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan,
bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.
3.3.1 Kiasan
Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran dengan cara yang
lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya.
Contoh:
Tangkai jering
Panjang tangan.
Mulut tempayan.
3.3.2 Simpulan Bahasa
Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda lain dan bentuknya terdiri
daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada dua tiga patah perkataan:
Contoh:
Abu Nawas.
Kaki Kaki bangku bangku.
Kaki ayam.
3.3.3 Perbilangan
Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota
masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan.Berasal daripada adat resam. Berfungsi
sebagai pedoman pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan
bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah:
Contoh:
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan sempurna tanpa
merugikan mana-mana pihak.
3.3.4 Perumpamaan
Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan menggunakan kata
perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti, bagai, bak, umpama, laksana dan
sebagainya.
Contoh:
Seperti kaca terhempas ke batu.
Bagai tikus jatuh ke beras.
Seperti bumi dengan langit.
3.3.5 Bentuk Bidalan
Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'.Ia
merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat,
mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat.
Contoh bidalan:
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - Kalau tidak mahir
dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.
3.3.6 Bentuk Pepatah
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan
berkerat-kerat atau berpatah-patah.
Contoh:
diam ubi berisi, diam besi berkarat
bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam
tetapi bodoh.
3.3.7 Tamsil dan Ibarat
Memberikan penjelasan tentang perkara yang hendak hendak dibandingkan Tamsil biasanya
bersajak dibandingkan.Tamsil biasanya bersajak sedangkan ibarat tidak.
Contoh:
Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga.
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.
3.3.8 Lidah Pendeta
Kata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang mengandungi mengandungi pengajaran atau
falsafah hidup pengajaran atau falsafah hidup.
Contoh:
Bertangguh itu pencuri masa.
Bersatu teguh, bercerai runtuh.
3.3.9 Pemeo
Pemeo ialah perkataan yang popular disebut bertujuan memberi semangat atau menyindir.
Sebagai contoh:
Lebih baik mati daripada dijajah
Pemeo ini bertujuan untuk mengukuhkan keahlian sesuatu organisasi atau memperkuat
sesuatu perjuangan.
3.3.10 Cogan Kata atau Motto
Cogan kata atau motto ialah kata semboyan atau sesuatu organisasi samada kerajaan atau
swasta. Contohnya:
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Cogankata ini mewrupakan semboyanh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato Seri Najib
Tun Abdul Razak.
4. HUBUNGAN SEMANTIK DALAM TEKS YANG DIKAJI
4.1 Aspek-aspek Makna
Aspek-aspek makna dalam semantik menurut Mansoer Pateda ada empat hal, iaitu:
4.1.1 Pengertian (sense)
Pengertian disebut juga dengan tema.Pengertian ini dapat dicapai apabila pembicara dengan
lawan bicaranya atau antara penulis dengan pembaca mempunyai kesamaan bahasa yang
digunakan atau disepakati bersama. Lyons (dalam Mansoer Pateda, 2001:92) mengatakan
bahwa pengertian adalah sistem hubungan-hubungan yang berbeda dengan kata lain di dalam
kosakata.
4.1.2 Nilai rasa (feeling)
Aspek makna yang berhubungan dengan nilai rasa berkaitan dengan sikap pembicara terhadap
hal yang dibicarakan.dengan kata lain, nilai rasa yang berkaitan dengan makna adalah
kata0kata yang berhubungan dengan perasaan, baik yang berhubungan dengan dorongan
maupun penilaian. Jadi, setiapkata mempunyai makna yang berhubungan dengan nilai rasa
dan setiap kata mempunyai makna yang berhubungan dengan perasaan.
4.1.3 Nada (tone)
Aspek makna nada menurut Shipley adalah sikap pembicara terhadap kawan bicara ( dalam
Mansoer Pateda, 2001:94). Aspek nada berhubungan pula dengan aspek makna yang bernilai
rasa. Dengan kata lain, hubungan antara pembicara dengan pendengar akan menentukan
sikap yang tercermin dalam kata-kata yang digunakan.
4.1.4 Maksud (intention)
Aspek maksud menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001: 95) merupakan maksud senang
atau tidak senang, efek usaha keras yang dilaksanakan.Maksud yang diinginkan dapat bersifat
deklarasi, imperatif, narasi, pedagogis, persuasi, rekreasi atau politik.
Aspek-aspek makna tersebut tentunya mempunyai pengaruh terhadap jenis-jenis makna yang
ada dalam semantik. Di bawah ini akan dijelaskan seperti apa berkaitan aspek-aspek makna
dalam semantik dengan jenis-jenis makna dalam semantik.
4.1.4.1 Makna Emotif
Makna emotif menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) adalah makna yang timbul
akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang
dipikirkan atau dirasakan.Dicontohkan dengan kata kerbau dalam kalimatEngkau kerbau.Kata
itu tentunya menimbulkan perasaan tidak enak bagi pendengar. Dengan kata lain,kata kerbau
tadi mengandung makna emosi. Kata kerbau dihubungkan dengan sikap atau perilaku malas,
lembam dan dianggap sebagai penghinaan. Orang yang dituju atau pendengarnya tentunya
akan merasa tersinggung atau merasa tidak nyaman. Bagi orang yang mendengarkan hal
tersebut sebagai sesuatu yang ditujukan kepadanya tentunya akan menimbulkan rasa ingin
melawan. Dengan demikian, makna emotif adalah makna dalam suatu kata atau kalimat yang
dapat menimbulkan pendengarnya emosi dan hal ini jelas berhubungan dengan perasaan.
Makna emotif dalam bahasa Indonesia cenderung mengacu kepada hal-hal atau makna yang
positif dan biasa muncul sebagai akibat dari perubahan tata nilai masyarakat terdapat suatu
perubahan nilai.
4.1.4.2 Makna Konotatif
` Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif cenderung bersifat
negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif (Fathimah Djajasudarma,
1999:9). Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa yang
diucapkan atau didengar. Misalnya, pada kalimat Anita menjadi bunga desa. Kata bunga dalam
kalimat tersebut bukan bererti sebagai bunga di taman melainkan menjadi idola di desanya
sebagai akibat keadaan fizikalnya atau kecantikannya. Kata bunga yang ditambahkan dengan
salah satu unsur psikologis fizik atau sosial yang dapat dihubungkan dengan kedudukan yang
khusus dalam masyarakat, dapat menumbuhkan makna negatif.
4.1.4.3 Makna Kognitif
Makna kognitif adalah makna yang ditunjukkan oleh acuannya, makna unsur bahasa yang
sangat dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, objek atau gagasan, dan dapat
dijelaskan berdasarkan analisis komponenya (Mansoer Pateda, 2001:109).Kata pohon
bermakna tumbuhan yang memiliki batang dan daun denga bentuk yang tinggi besar dan
kokoh.Inilah yang dimaksud dengan makna kognitif karena lebih banyak dengan maksud
pikiran.
4.1.4.4 Makna Referensial
Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda, 2001: 125) adalah hubungan antara unsur-
unsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia pengalaman nonlinguistik. Referen
atau acuan dapat diartikan berupa benda, peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah
sesuatu yangditunjuk oleh suatu lambang.Makna referensial mengisyaratkan tentang makna
yamg langsung menunjuk pada sesuatu, baik benda, gejala, kenyataan, peristiwa maupun
proses.
Makna referensial menurut uraian di atas dapat diartikan sebagai makna yang langsung
berhubungan dengan acuan yang ditunjuk oleh kata atau ujaran.Dapat juga dikatakan bahwa
makna referensial merupakan makna unsur bahasa yanga dekat hubungannya dengan dunia
luar bahasa, baik berupa objek konkret atau gagasan yang dapat dijelaskan melalui analisis
komponen.
4.1.4.5 Makna Piktorikal
Makna piktorikal menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:122) adalah makna yamg
muncul akibat bayangan pendengar atau pembaca terhadap kata yang didengar atau dibaca.
Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul
karena pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis, misalnya kata kakus,
pendengar atau pembaca akan terbayang hal yang berhubungan dengan hal-hal yang
berhubungan dengan kakus, seperti kondisi yang berbau, kotoran, rasa jijik, bahkan timbul rasa
mual karenanya.
4.2 Kelewahan Makna
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal (keadaan) yg berlebih-
lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yangg tidak perlu
(misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat).Keselarasan huruf vokalbermaksud
keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar,
iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata
akhir tertutup.Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18 keselarasan
huruf vokal.
Contoh:
alih, untung, tidur, lebih, dan sebagainya.
Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem
keselarasan huruf vokal.
Kata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu
seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Untuk
penjelasan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (Ismail
Dahaman).
4.3 Ketaksaan Makna
Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu.Hal ini demikian bergantung
pada intonasi ayat itu diucapkan.Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan
ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan
sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran.
Contoh:
1. Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.
Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (iaitu
nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah meninggal
dunia.Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi, menyedari
kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza.Kita begitu mudah memahami maksud yang
terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza
bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.
Dalam ayat 1 di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti dengan jeda
(hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa (nenek
Mustafa) telah meninggal dunia.
Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat
tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa
yang meninggal dunia, bukan neneknya.
Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada
maksud yang didukung oleh sesuatu ayat.Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan dengan
penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan.
5. Semantik dan Linguistik
Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik.Kini semantik sudah
boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik
dan tatabahasa.Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala
fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah
deretan ini.
Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak
ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita
mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi
tidak tepat dari segi ilmu semantik.Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu
sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang”, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat
ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya.Hal
ini kerana maknanya adalah taksa.Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.
5.1 Sinonim dan Antonim
5.1.1 Sinonim
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama
atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya
perkataan „kereta‟ dan „motokar‟, „sejuk‟ dan „dingin‟, „suka‟ dan „gemar‟, „ganggu‟ dan „kacau‟,
„lupus‟ dan „luput‟, „loncat‟ dan „lompat‟ dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus
sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu.
Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan
kolokasi.
5.1.1.1 Sinonim Pinjaman
„Belalang‟ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu.Walau bagaimanapun, dalam
dialek Perak, „belalang‟ bermakna „cakcibau‟.
Dalam dialek Kedah, „batas‟ ialah „jalan raya‟, yang maksud konvensionalnya ialah „timbunan
tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah‟.
5.1.1.2 Sinonim Konteks
Perkataan „jemput‟ dan „undang‟ banyak digunakan dalam konteks protokol.Sebenarnya,
„jemput‟ digunakan dalam konteks lisan, manakala „undang‟ dalam konteks tulisan. Ini
bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.
5.1.1.3 Sinonim Laras Sosial
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya „penyanyi‟ ialah
orang yang „bernyanyi‟ manakala „biduan‟ bermaksud „status‟ yang tinggi dalam profesionalisme
seni.
5.1.1.4 Sinonim Kolokasi
Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan
„banyak‟ dan „ramai‟ mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, “Banyak kilang kekurangan
tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik
dalam peperiksaan tersebut.”
“Perkataan „banyak‟ boleh digunakan sama ada bagi „manusia‟, „tumbuh-tumbuhan‟, „haiwan‟
dan „benda‟ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat.
Jika anda menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam
peperiksaan tersebut” akan menunjukkan makna yang salah. Alasannnya, ramai (untuk
manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.
5.1.2 Antonim
Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang
tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk
lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin
lawannya kaya dan sebagainya.Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai
pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi „tidak‟ kadang
kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan „lena‟
lawannya „tidak lena‟ ataupun „mati‟ bermaksud „tidak hidup‟.
Terdapat beberapa jenis antonim seperti:
(a) Antonim pasangan komplemen
(b) Antonim hubungan darjah
(c) Antonim hubungan bertentangan
5.1.2.1 Antonim pasangan komplemen
Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling
melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun,
tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih, luas-sempit, kecil-besar, panjang-
pendek, keras-lembik dan sebagainya.
Selain itu, perkataan – perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidur-jaga
dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini.
5.1.2.2 Antonim hubungan darjah
Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti
perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan
sebagainya.Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan
rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersaiz
panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama
jenis.
Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak.Sebagai contoh,
perkataan „kecil‟ pada „kerbau kecil‟ sebenarnya menunjukkan darjah dan makna yang tidak
sama pada perkataan „tikus kecil‟. Demikian juga perkataan „laju‟ bagi merujuk kepada kereta
lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa.
5.1.2.3 Antonim hubungan bertentangan
Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan.Dalam hal ini,
kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya
beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X „beri‟
barang pada Y bermakna Y akan „terima‟ barang itu.
5.2 Hiponim, Homonim dan Polisem
5.2.1 Hiponim
Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh,
melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga.
Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai
lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.
5.2.2 Homonim
Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang
mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang
mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutkan tadi dikatakan
mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan „kepala‟ yang membawa maksud
„ketua‟ tidak sama maknanya dengan „kepala kereta api. „kepala manusia‟ dan „kepala surat‟.
Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak
berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk
ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna.
5.2.3 Polisem
Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara
konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang
mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama.
Sebagai contoh, kata bantu „tentang‟ boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Ada
masanya perkataan „tentang‟ boleh membawa maksud „lawan‟, seperti dalam ayat “Kita tentang
habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan „bisa‟ yang membawa maksud sakit sangat dan
boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya „bisa‟ digunakan untuk menggantikan
perkataan „boleh‟.Berdasarkan contoh-contoh tersebut, „tentang‟ dan „bisa‟bervariasi maknanya,
tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.
Makna Ayat
Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini,
maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman
kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.
Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat.Setiap perkataan dan
setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna.Bagi ayat persoalannya
sangat rumit.Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun
dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam
ayat tersebut.
Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga
makna.Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa
makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis
memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak
menyebut atau menulis beberapa perkataan.Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh
dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif.
6.1 Pengembangan Makna
Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan
penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor
Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa
pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh
penutur.
Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya „berlayar‟, dulu
digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua
tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut „berlayar‟ . Dahulu kata
„bapa‟ hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih
tinggi kedudukannya disebut „bapa‟ sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya
disebut„saudara‟.
6.2 Penyempitan Makna
Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata
yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup
terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa
penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang
lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.
Sebagai contoh kata ‟ahli‟ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau
orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ‟ahli‟ juga telah
disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga
pakar dalam sesuatu bidang

More Related Content

What's hot

Mari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikMari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikmarzieta
 
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASABAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASAZakira Hafizah
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUcikguniza2012
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolikDinesh Dinesh
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptxIPG
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuIzzat Hakim
 
Teori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanTeori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanJalalludin6791
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistikNoryatimah Ismail
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
Bahan semantik individu
Bahan semantik individuBahan semantik individu
Bahan semantik individuJamaliah Harun
 
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakPenulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakFaFai S.
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalBM2062204RohaiyuBint
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 

What's hot (20)

Mari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikMari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatik
 
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASABAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
BAB 7 - SEMANTIK & PERIBAHASA
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik41609240 teori-logik-simbolik
41609240 teori-logik-simbolik
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
 
Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa
 
Teori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanTeori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusan
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Bahan semantik individu
Bahan semantik individuBahan semantik individu
Bahan semantik individu
 
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanakPenulisan kreatif sastera kanak-kanak
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
P strategi kesantunan
P strategi kesantunanP strategi kesantunan
P strategi kesantunan
 
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
 

Similar to Semantik dan peristilahan bahasa melayu

Similar to Semantik dan peristilahan bahasa melayu (20)

Semantik dan peristilahan
Semantik dan peristilahanSemantik dan peristilahan
Semantik dan peristilahan
 
Semantik makna
Semantik maknaSemantik makna
Semantik makna
 
makalah semantik
makalah semantikmakalah semantik
makalah semantik
 
New microsoft office word document
New microsoft office word documentNew microsoft office word document
New microsoft office word document
 
Tataran linguistik semantik
Tataran linguistik semantikTataran linguistik semantik
Tataran linguistik semantik
 
Bab 1modul pjj
Bab 1modul pjjBab 1modul pjj
Bab 1modul pjj
 
Tugas makalah tik_megawati_karlina_037117016
Tugas makalah tik_megawati_karlina_037117016Tugas makalah tik_megawati_karlina_037117016
Tugas makalah tik_megawati_karlina_037117016
 
Makalah semanti1
Makalah semanti1Makalah semanti1
Makalah semanti1
 
Bab 2 08205244053
Bab 2 08205244053Bab 2 08205244053
Bab 2 08205244053
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Bab 7-sarwo-edi
Bab 7-sarwo-ediBab 7-sarwo-edi
Bab 7-sarwo-edi
 
Semantik Pragmatis
Semantik PragmatisSemantik Pragmatis
Semantik Pragmatis
 
Semantik leksikal
Semantik leksikalSemantik leksikal
Semantik leksikal
 
SEMANTIK.pptx
SEMANTIK.pptxSEMANTIK.pptx
SEMANTIK.pptx
 
Bmm3111
Bmm3111Bmm3111
Bmm3111
 
Materi M4KB4 - Semantik dan Pragmatik
Materi M4KB4 - Semantik dan PragmatikMateri M4KB4 - Semantik dan Pragmatik
Materi M4KB4 - Semantik dan Pragmatik
 
Makalah Bahasa Indonesia
Makalah Bahasa IndonesiaMakalah Bahasa Indonesia
Makalah Bahasa Indonesia
 
Bm cik umar individu
Bm cik umar individuBm cik umar individu
Bm cik umar individu
 
Hakikat Bahasa.docx
Hakikat Bahasa.docxHakikat Bahasa.docx
Hakikat Bahasa.docx
 
Makalah semantik tentang makna
Makalah semantik tentang maknaMakalah semantik tentang makna
Makalah semantik tentang makna
 

More from noorabib

minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.docminit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.docnoorabib
 
PK_07_04 Minit Curai BM 2022.docx
PK_07_04 Minit Curai BM 2022.docxPK_07_04 Minit Curai BM 2022.docx
PK_07_04 Minit Curai BM 2022.docxnoorabib
 
headcount 2021 BM.docx
headcount 2021 BM.docxheadcount 2021 BM.docx
headcount 2021 BM.docxnoorabib
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayuRancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayunoorabib
 
Proforma bmm3111
Proforma bmm3111Proforma bmm3111
Proforma bmm3111noorabib
 
Proforma big fasa 2 bina insan guru
Proforma big fasa 2 bina insan guruProforma big fasa 2 bina insan guru
Proforma big fasa 2 bina insan gurunoorabib
 
Proforma p.moral sem6
Proforma p.moral sem6Proforma p.moral sem6
Proforma p.moral sem6noorabib
 
Penyediaan folio
Penyediaan folioPenyediaan folio
Penyediaan folionoorabib
 
Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112noorabib
 

More from noorabib (10)

minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.docminit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
 
PK_07_04 Minit Curai BM 2022.docx
PK_07_04 Minit Curai BM 2022.docxPK_07_04 Minit Curai BM 2022.docx
PK_07_04 Minit Curai BM 2022.docx
 
headcount 2021 BM.docx
headcount 2021 BM.docxheadcount 2021 BM.docx
headcount 2021 BM.docx
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayuRancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
 
Proforma bmm3111
Proforma bmm3111Proforma bmm3111
Proforma bmm3111
 
Proforma big fasa 2 bina insan guru
Proforma big fasa 2 bina insan guruProforma big fasa 2 bina insan guru
Proforma big fasa 2 bina insan guru
 
Proforma p.moral sem6
Proforma p.moral sem6Proforma p.moral sem6
Proforma p.moral sem6
 
Penyediaan folio
Penyediaan folioPenyediaan folio
Penyediaan folio
 
semantik
semantiksemantik
semantik
 
Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112
 

Semantik dan peristilahan bahasa melayu

  • 1. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU 1.1 Definisi Semantik Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat.Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.. Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani “semantikos”yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat. 1.2 Konsep Semantik Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantickos” yang bermaksud „penting‟ atau „bererti‟. Kata „bererti‟ membawa maksud „makna‟ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9).Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal, 1893) Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti.Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya.Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang
  • 2. sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna). 1.3 Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri.Bahasa dalam setiap bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. Oleh yang demikian sesuatu bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan. 1.3.1 Hubungan Semantik dengan Falsafah Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa.Falsafah adalah istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logika. Oleh yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti. Contohnya falsafah „Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain mentertawakan diri saya‟ membawa semantik “kesedaran kendiri atau muhasabah diri” perlu difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan. 1.3.2 Hubungan Semantik dengan Psikologi Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa.Hal ini bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna.Makna yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Contohnya perkataan „Makan!‟ berbeza berbanding „Makanlah..‟Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi yang berbeza.Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya.Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan rangsangan atau tindak balas. 1.3.3 Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi. Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya.Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen.Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang. Contohnya perkataan „taman‟ daripada aspek antropologinya telah berkembang membentuk perkataan „taman hati‟, „taman buaya‟, dan „taman rimba‟ yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga- bungaan. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu dituturkan.(Aminuddin 1985). 1.3.4 Hubungan Semantik dengan Sastera
  • 3. Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya diketahui umum. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif), makna tersirat (makna yang dapat di agak pembaca/konotatif), makna kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna peribadi. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang sahaja). Contohnya seperti ungkapan “Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. (Abdullah Hussain, 1982, hal. 95)” merupakan makna konotatif yang dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya tetap akan baik juga. 1.3.5 Hubungan Semantik dengan Sejarah Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang.Perkembangan bahasa merupakan sejarah bahasa.Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit, meluas atau menghilang.Contohnya perkataan „khalwat‟ yang bermaksud “berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya” telah disempitkan maksudnya kepada “berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan”.Perkataan „pondok‟ yang bermaksud “tempat tinggal yang usang” pula telah dikembangkan maknanya menjadi “tempat belajar”.Justeru sejarah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak. 1.3.6 Hubungan Semantik dengan Komputer Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan melalui proses penyemakan makna ejaan, pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Yang menjadi kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara struktural kerana keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. Para penterjemah yang memiliki akal dan perasaan sahaja yang mampu memilih makna yang sesuai dalam konteks struktural ayat.Walau bagaimanapun komputer telah membantu dalam bidang penterjemahan terus dapat membantu penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat.Justeru semantik dalam bidang ilmu pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan bertepatan dengan kehendak pengguna kelak. 1.3.7 Hubungan Semantik dengan Linguistik Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Bahasa Melayu jelas mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim, pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Contohnya makna kata „kebun‟ berbeza daripada „pekebun‟ dan „pengebun‟, dalam proses pengimbuhan. Kata “kebun” bermaksud tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan. Kata “pekebun” bermaksud “orang yang mengurus kebun” sementara kata “pengebun” bermaksud “orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun.” Dalam proses penggandaan, kata „langit‟ juga berbeza dengan „lelangit‟ yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam mulut. Dalam proses pemajmukan pula kata „buah‟ dan „hati‟ mempunyai makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk „buah hati‟. Buah ialah benda yang
  • 4. boleh dimakan sementara hati merupakan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut digabungkan. 2. Makna Leksikal Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan memiliki makna gramatis. 2.1 Kelompok kata Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada „lima ekor lembu‟. 2.2 Kata paduan Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing- masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga api dsb. 2..3 Kata gabungan Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa Melayu.Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya. Makna Ayat Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat. 3.1 Makna Tersurat (denotasi) Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja.Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan.Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok.Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul. Contohnya: 1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian. Perkataan para menunjukkan ramai.Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai.Perkataan sekalian bermaksud ramai.Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.
  • 5. 3.2 Makna Terselindung Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat Adik ke kedai Pak Ali. Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah „pergi‟. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca, Contoh lain adalah seperti berikut: Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami.Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami. 3.3 Makna Tersirat (konotasi) Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak”. Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu.Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa. 3.3.1 Kiasan Membuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya. Contoh: Tangkai jering Panjang tangan. Mulut tempayan.
  • 6. 3.3.2 Simpulan Bahasa Kata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda lain dan bentuknya terdiri daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada dua tiga patah perkataan: Contoh: Abu Nawas. Kaki Kaki bangku bangku. Kaki ayam. 3.3.3 Perbilangan Perbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan.Berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah: Contoh: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Perbilangan ini membawa maksud menyelesaikan sesuatu perkara dengan sempurna tanpa merugikan mana-mana pihak. 3.3.4 Perumpamaan Hasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan menggunakan kata perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti, bagai, bak, umpama, laksana dan sebagainya. Contoh: Seperti kaca terhempas ke batu. Bagai tikus jatuh ke beras. Seperti bumi dengan langit. 3.3.5 Bentuk Bidalan
  • 7. Bidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'.Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat. Contoh bidalan: Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk. 3.3.6 Bentuk Pepatah Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Contoh: diam ubi berisi, diam besi berkarat bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh. 3.3.7 Tamsil dan Ibarat Memberikan penjelasan tentang perkara yang hendak hendak dibandingkan Tamsil biasanya bersajak dibandingkan.Tamsil biasanya bersajak sedangkan ibarat tidak. Contoh: Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya. 3.3.8 Lidah Pendeta Kata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang mengandungi mengandungi pengajaran atau falsafah hidup pengajaran atau falsafah hidup. Contoh: Bertangguh itu pencuri masa. Bersatu teguh, bercerai runtuh. 3.3.9 Pemeo Pemeo ialah perkataan yang popular disebut bertujuan memberi semangat atau menyindir. Sebagai contoh: Lebih baik mati daripada dijajah
  • 8. Pemeo ini bertujuan untuk mengukuhkan keahlian sesuatu organisasi atau memperkuat sesuatu perjuangan. 3.3.10 Cogan Kata atau Motto Cogan kata atau motto ialah kata semboyan atau sesuatu organisasi samada kerajaan atau swasta. Contohnya: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Cogankata ini mewrupakan semboyanh kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. 4. HUBUNGAN SEMANTIK DALAM TEKS YANG DIKAJI 4.1 Aspek-aspek Makna Aspek-aspek makna dalam semantik menurut Mansoer Pateda ada empat hal, iaitu: 4.1.1 Pengertian (sense) Pengertian disebut juga dengan tema.Pengertian ini dapat dicapai apabila pembicara dengan lawan bicaranya atau antara penulis dengan pembaca mempunyai kesamaan bahasa yang digunakan atau disepakati bersama. Lyons (dalam Mansoer Pateda, 2001:92) mengatakan bahwa pengertian adalah sistem hubungan-hubungan yang berbeda dengan kata lain di dalam kosakata. 4.1.2 Nilai rasa (feeling) Aspek makna yang berhubungan dengan nilai rasa berkaitan dengan sikap pembicara terhadap hal yang dibicarakan.dengan kata lain, nilai rasa yang berkaitan dengan makna adalah kata0kata yang berhubungan dengan perasaan, baik yang berhubungan dengan dorongan maupun penilaian. Jadi, setiapkata mempunyai makna yang berhubungan dengan nilai rasa dan setiap kata mempunyai makna yang berhubungan dengan perasaan. 4.1.3 Nada (tone) Aspek makna nada menurut Shipley adalah sikap pembicara terhadap kawan bicara ( dalam Mansoer Pateda, 2001:94). Aspek nada berhubungan pula dengan aspek makna yang bernilai rasa. Dengan kata lain, hubungan antara pembicara dengan pendengar akan menentukan sikap yang tercermin dalam kata-kata yang digunakan. 4.1.4 Maksud (intention) Aspek maksud menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001: 95) merupakan maksud senang atau tidak senang, efek usaha keras yang dilaksanakan.Maksud yang diinginkan dapat bersifat deklarasi, imperatif, narasi, pedagogis, persuasi, rekreasi atau politik.
  • 9. Aspek-aspek makna tersebut tentunya mempunyai pengaruh terhadap jenis-jenis makna yang ada dalam semantik. Di bawah ini akan dijelaskan seperti apa berkaitan aspek-aspek makna dalam semantik dengan jenis-jenis makna dalam semantik. 4.1.4.1 Makna Emotif Makna emotif menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) adalah makna yang timbul akibat adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara mengenai atau terhadap sesuatu yang dipikirkan atau dirasakan.Dicontohkan dengan kata kerbau dalam kalimatEngkau kerbau.Kata itu tentunya menimbulkan perasaan tidak enak bagi pendengar. Dengan kata lain,kata kerbau tadi mengandung makna emosi. Kata kerbau dihubungkan dengan sikap atau perilaku malas, lembam dan dianggap sebagai penghinaan. Orang yang dituju atau pendengarnya tentunya akan merasa tersinggung atau merasa tidak nyaman. Bagi orang yang mendengarkan hal tersebut sebagai sesuatu yang ditujukan kepadanya tentunya akan menimbulkan rasa ingin melawan. Dengan demikian, makna emotif adalah makna dalam suatu kata atau kalimat yang dapat menimbulkan pendengarnya emosi dan hal ini jelas berhubungan dengan perasaan. Makna emotif dalam bahasa Indonesia cenderung mengacu kepada hal-hal atau makna yang positif dan biasa muncul sebagai akibat dari perubahan tata nilai masyarakat terdapat suatu perubahan nilai. 4.1.4.2 Makna Konotatif ` Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif (Fathimah Djajasudarma, 1999:9). Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa yang diucapkan atau didengar. Misalnya, pada kalimat Anita menjadi bunga desa. Kata bunga dalam kalimat tersebut bukan bererti sebagai bunga di taman melainkan menjadi idola di desanya sebagai akibat keadaan fizikalnya atau kecantikannya. Kata bunga yang ditambahkan dengan salah satu unsur psikologis fizik atau sosial yang dapat dihubungkan dengan kedudukan yang khusus dalam masyarakat, dapat menumbuhkan makna negatif. 4.1.4.3 Makna Kognitif Makna kognitif adalah makna yang ditunjukkan oleh acuannya, makna unsur bahasa yang sangat dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, objek atau gagasan, dan dapat dijelaskan berdasarkan analisis komponenya (Mansoer Pateda, 2001:109).Kata pohon bermakna tumbuhan yang memiliki batang dan daun denga bentuk yang tinggi besar dan kokoh.Inilah yang dimaksud dengan makna kognitif karena lebih banyak dengan maksud pikiran. 4.1.4.4 Makna Referensial Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda, 2001: 125) adalah hubungan antara unsur- unsur linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia pengalaman nonlinguistik. Referen atau acuan dapat diartikan berupa benda, peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah sesuatu yangditunjuk oleh suatu lambang.Makna referensial mengisyaratkan tentang makna
  • 10. yamg langsung menunjuk pada sesuatu, baik benda, gejala, kenyataan, peristiwa maupun proses. Makna referensial menurut uraian di atas dapat diartikan sebagai makna yang langsung berhubungan dengan acuan yang ditunjuk oleh kata atau ujaran.Dapat juga dikatakan bahwa makna referensial merupakan makna unsur bahasa yanga dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, baik berupa objek konkret atau gagasan yang dapat dijelaskan melalui analisis komponen. 4.1.4.5 Makna Piktorikal Makna piktorikal menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:122) adalah makna yamg muncul akibat bayangan pendengar atau pembaca terhadap kata yang didengar atau dibaca. Makna piktorikal menghadapkan manusia dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul karena pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis, misalnya kata kakus, pendengar atau pembaca akan terbayang hal yang berhubungan dengan hal-hal yang berhubungan dengan kakus, seperti kondisi yang berbau, kotoran, rasa jijik, bahkan timbul rasa mual karenanya. 4.2 Kelewahan Makna Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelewahan ialah hal (keadaan) yg berlebih- lebihan. Berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yangg tidak perlu (misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat).Keselarasan huruf vokalbermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu selepas 1972, terdapat 18 keselarasan huruf vokal. Contoh: alih, untung, tidur, lebih, dan sebagainya. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Kata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (Ismail Dahaman). 4.3 Ketaksaan Makna Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu.Hal ini demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan.Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain, ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran.
  • 11. Contoh: 1. Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia. Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa (iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi, menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza.Kita begitu mudah memahami maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan. Dalam ayat 1 di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia. Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan neneknya. Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat.Dalam bentuk tulisan, hal ini dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat berkenaan. 5. Semantik dan Linguistik Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik.Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa.Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan ini. Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik.Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang”, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya.Hal ini kerana maknanya adalah taksa.Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik. 5.1 Sinonim dan Antonim 5.1.1 Sinonim Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan „kereta‟ dan „motokar‟, „sejuk‟ dan „dingin‟, „suka‟ dan „gemar‟, „ganggu‟ dan „kacau‟,
  • 12. „lupus‟ dan „luput‟, „loncat‟ dan „lompat‟ dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu. Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. 5.1.1.1 Sinonim Pinjaman „Belalang‟ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu.Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, „belalang‟ bermakna „cakcibau‟. Dalam dialek Kedah, „batas‟ ialah „jalan raya‟, yang maksud konvensionalnya ialah „timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah‟. 5.1.1.2 Sinonim Konteks Perkataan „jemput‟ dan „undang‟ banyak digunakan dalam konteks protokol.Sebenarnya, „jemput‟ digunakan dalam konteks lisan, manakala „undang‟ dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna. 5.1.1.3 Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya „penyanyi‟ ialah orang yang „bernyanyi‟ manakala „biduan‟ bermaksud „status‟ yang tinggi dalam profesionalisme seni. 5.1.1.4 Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan „banyak‟ dan „ramai‟ mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, “Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.” “Perkataan „banyak‟ boleh digunakan sama ada bagi „manusia‟, „tumbuh-tumbuhan‟, „haiwan‟ dan „benda‟ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. Jika anda menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut” akan menunjukkan makna yang salah. Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut. 5.1.2 Antonim Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya.Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi „tidak‟ kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan „lena‟ lawannya „tidak lena‟ ataupun „mati‟ bermaksud „tidak hidup‟.
  • 13. Terdapat beberapa jenis antonim seperti: (a) Antonim pasangan komplemen (b) Antonim hubungan darjah (c) Antonim hubungan bertentangan 5.1.2.1 Antonim pasangan komplemen Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun, tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih, luas-sempit, kecil-besar, panjang- pendek, keras-lembik dan sebagainya. Selain itu, perkataan – perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup, tidak tidur-jaga dan tidak jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini. 5.1.2.2 Antonim hubungan darjah Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus-gemuk dan sebagainya.Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagai contoh, sebatang kayu itu dikatakan bersaiz panjang dengan merujuk kepada kayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama jenis. Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak.Sebagai contoh, perkataan „kecil‟ pada „kerbau kecil‟ sebenarnya menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan „tikus kecil‟. Demikian juga perkataan „laju‟ bagi merujuk kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa. 5.1.2.3 Antonim hubungan bertentangan Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan.Dalam hal ini, kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X „beri‟ barang pada Y bermakna Y akan „terima‟ barang itu. 5.2 Hiponim, Homonim dan Polisem 5.2.1 Hiponim Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh, melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri daripada kata yang khusus.
  • 14. 5.2.2 Homonim Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim. Iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutkan tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan „kepala‟ yang membawa maksud „ketua‟ tidak sama maknanya dengan „kepala kereta api. „kepala manusia‟ dan „kepala surat‟. Penggunaan homonim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi makna. 5.2.3 Polisem Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual atau sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Sebagai contoh, kata bantu „tentang‟ boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Ada masanya perkataan „tentang‟ boleh membawa maksud „lawan‟, seperti dalam ayat “Kita tentang habis-habisan”. Contoh lain ialah perkataan „bisa‟ yang membawa maksud sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya „bisa‟ digunakan untuk menggantikan perkataan „boleh‟.Berdasarkan contoh-contoh tersebut, „tentang‟ dan „bisa‟bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan. Makna Ayat Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis. Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat.Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna.Bagi ayat persoalannya sangat rumit.Dalam setiap bahasa untuk membentuk suatu ayat, perkataan hendaklah disusun dan untuk mendapatkan makna ayat bergatung pada makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai tiga makna.Adakalanya terdapat juga perkataan yang digunakan tanpa membawa apa-apa makna.Dalam konteks berbahasa, kita beranggapan bahawa pendengar atau penulis memehami makna yang ingin di sampaikan sehinggakan kita mengabai ataupun tidak menyebut atau menulis beberapa perkataan.Dalam bahasa Melayu makna ayat boleh dibahagikan makna konotatif dan makna denotatif. 6.1 Pengembangan Makna Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor
  • 15. Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya „berlayar‟, dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut „berlayar‟ . Dahulu kata „bapa‟ hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut „bapa‟ sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebut„saudara‟. 6.2 Penyempitan Makna Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik. Sebagai contoh kata ‟ahli‟ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ‟ahli‟ juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang