SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Contoh Skrip Karangan Terbaik
[ Cemerlang Atas ]
 T = Menepati tugasan.
 I = Relevan dengan tema, dihuraikan dengan
jelas & terang.
 B = Gramatis dari segi kata & ayat,
Tanda baca betul/tepat.
= Kosa kata luas dan tepat. (93/100)
 P = Matang dan menarik.
10/9/2017 www.slideshare.net/ckgdin 1
CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN
(TEMA) Dalam meniti arus globalisasi ini, generasi yang berwawasan
merupakan pelapis dan peneraju kepada kemajuan dan pembangunan
negara kerana ahli pujangga pernah berkata bahawa generasi
berwawasan sebagai pemangkin pembangunan negara. Generasi
berwawasan dapat ditafsirkan sebagai golongan muda yang mempunyai
cita-cita tinggi untuk menjadikan negara kita maju selaras dengan saranan
yang terkandung dalam Wawasan 2020. (ISU) Dewasa ini, isu generasi
berwawasan telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat kita.
Isu generasi berwawasan menjadi amat penting untuk diberikan perhatian
dan tumpuan yang sewajarnya kerana mereka merupakan nadi negara.
Oleh itu, usaha untuk melahirkan remaja yang berwawasan semakin
diberikan keutamaan. (ARAHAN) Persoalannya, apakah ciri-ciri seseorang
remaja yang dikategorikan mempunyai wawasan?10/9/2017 www.slideshare.net/ckgdin 2
(ISI 1) Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah
satu elemen yang maslahat untuk melahirkan remaja yang
berwawasan. (MENGAPA) Intelek merupakan faktor perdana
untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Remaja
yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mencakupi semua
bidang dapat membuat penilaian dan keputusan yang bijak
dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan onak dan
duri ini. (BAGAIMANA) Sehubungan dengan itu, remaja kita
perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi
juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan
matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku ,
melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya.
10/9/2017 www.slideshare.net/ckgdin 3
(KESAN) Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat
untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menjauhi
gelaran katak di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan
bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar
melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk
merealisasikan segala impian mereka. Oleh itu remaja
tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu
terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan
hedonisme. Ingatlah peribahasa, “Ikut hati mati, ikut rasa
binasa.” (PENEGAS)Tegasnya, remaja yang berwawasan
sentiasa memastikan dirinya tidak pernah berasa jemu
menimba ilmu untuk memiliki mentaliti kelas pertama.10/9/2017 www.slideshare.net/ckgdin 4
(ISI 2) Selain itu, remaja yang berwawasan juga perlu sentiasa dinamik
dan progresif dalam menjalankan sesuatu tugas. Dinamik dapat diertikan
sebagai perubahan yang lebih baik daripada sebelumnya.
(MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana negara yang pesat
membangun seperti Malaysia memerlukan generasi yang memiliki ciri-
ciri ini untuk mencapai kemajuan dalam setiap aspek.
(BAGAIMANA) Individu yang dinamik tidak memiliki ciri-ciri negatif seperti
berputus asa sebaliknya bersemangat tinggi. Dalam mengejar kejayaan,
individu yang berwawasan seharusnya gigih menghadapi cabaran tanpa
berputus asa kerana tiada kejayaan yang datang bergolek bak kata
pepatah, yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak
datang melayang. (KESAN) Ekoran daripada itu, remaja yang dinamik
dan progresif sudah pasti dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.
(PENEGAS) Pendek kata, remaja yang berwawasan sudah pasti akan
memastikan dirinya berubah untuk memajukan diri dan negaranya.10/9/2017 www.slideshare.net/ckgdin 5
(ISI 3) Dalam nada yang sama, remaja yang berwawasan perlu berkreatif
dan berinovatif untuk memacu kegemilangan negara. (MENGAPA) Hal ini
terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan
mempelopori bidang yang baru dapat mengecap kejayaan yang terbilang.
Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih
dan berani mencuba akan menikmati buah kejayaan yang manis
(BAGAIMANA) Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani
berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu
bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak
terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian
itu bukan rekaan mat jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan
praktikalnya. (KESAN) Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang
sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya
menjanakan kreativiti dan inovasi. Ketika berkhayal di awang-awangan, pastikan kita
mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak. (PENEGAS) Sesungguhnya,
pemikiran yang kreatif dan inovatif merupakan ciri remaja yang berwawasan.10/9/2017 www.slideshare.net/ckgdin 6
(ISI 4) Jika kita telusuri dari dimensi yang berbeza, remaja yang
berwawasan seharusnya cinta akan negara. (MENGAPA) Remaja yang
berjiwa patriotik ini akan menjadi bakal pemimpin yang akan menerajui
tampuk pemerintahan negara. Sebagai bakal pemimpin negara sudah pasti
mereka perlu sentiasa berusaha untuk memelihara imej negaranya
daripada tercemar dan menjadi bahan cemuhan masyarakat luar.
(BAGAIMANA) Oleh itu, mereka haruslah menghormati lagu kebangsaan
negara iaitu lagu Negaraku dan mengamalkan prinsip-prinsip yang
terkandung dalam Rukun Negara. Mereka tidak akan sekali-kali menjadi
pengkhianat negara dan tidak akan melibatkan diri dalam gejala sosial yang
akan mencemarkan imej negara. (KESAN) Jiwa patriotik remaja yang
menebal ini akan menjamin keharmonian negara dan sekali gus berupaya
menjaga maruah negara di pentas global. (PENEGAS) Ringkasnya, remaja
yang berwawasan sentiasa bersemangat patriotik untuk mengekalkan
keharmonian dan kedaulatan nusa tercintanya.
10/9/2017 www.slideshare.net/ckgdin 7
(PENUTUP) Sebagai intihanya, terdapat banyak ciri yang memaparkan
seseorang remaja itu mempunyai wawasan yang tinggi. Remaja
sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita harus
terlepas daripada belenggu angkara sosial. Generasi yang
berwawasan menjadi akar pada pertumbuhan dan pembangunan
modal insan yang menjadi agenda utama negara kita. (CADANGAN)
Oleh itu, golongan remaja perlulah sentiasa bermuhasabah dan
membaiki kelemahan diri sebelum terlewat bak kata pepatah, sesal di
hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Golongan remaja kita perlulah
melakukan anjakan paradigma untuk menjadi remaja kelas pertama
dan memangkinkan kecemerlangan negara. (HARAPAN) Diharapkan
kelahiran remaja berwawasan dapat merealisasikan segala aspirasi
negara terutama untuk mencapai wawasan 2020 di samping dapat
menyerbakkan keharuman negara kita di persada antarabangsa.
10/9/2017 www.slideshare.net/ckgdin 8

More Related Content

What's hot

LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ... LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ...
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...YouTuber,G-Vecom
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012Henry Gan
 
Ting 5 bab 8 pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan (1)
Ting 5 bab 8 pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan (1)Ting 5 bab 8 pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan (1)
Ting 5 bab 8 pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan (1)Jamuna Selladurai
 
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RI
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RIWawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RI
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RIWawan Andriyanto
 
Pbs sej t2 bab 8 skima jawapan
Pbs sej t2 bab 8 skima jawapanPbs sej t2 bab 8 skima jawapan
Pbs sej t2 bab 8 skima jawapanHuda Noor
 
Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Skema bm 2 percubaan stpm 2012Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Skema bm 2 percubaan stpm 2012Nur faizah Baharin
 
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)SAHARUDDIN ABDULLAH
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAChon Seong Hoo
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANChon Seong Hoo
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Mohamad Aminuddin
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAChon Seong Hoo
 
KBAT dalam sejarah
KBAT dalam sejarahKBAT dalam sejarah
KBAT dalam sejarahMummy Love
 
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19mdzaini
 
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsa
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsaAktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsa
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsaMusdalifah yusuf
 
ISTIQAMAH 2019 edisi 20
ISTIQAMAH  2019 edisi 20 ISTIQAMAH  2019 edisi 20
ISTIQAMAH 2019 edisi 20 mdzaini
 
What's hot (20)

LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ... LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ...
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 
Raangka karangan spm
Raangka karangan spmRaangka karangan spm
Raangka karangan spm
 
Rangka karangan spm 2019 kemaskini
Rangka karangan spm 2019 kemaskiniRangka karangan spm 2019 kemaskini
Rangka karangan spm 2019 kemaskini
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012
 
Ting 5 bab 8 pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan (1)
Ting 5 bab 8 pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan (1)Ting 5 bab 8 pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan (1)
Ting 5 bab 8 pembangunan dan perpaduan untuk kesejahteraan (1)
 
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RI
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RIWawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RI
Wawan A_Buku Aksi Pemuda untuk Penanggulangan Bencana YP2SU-Kemenpora RI
 
Pbs sej t2 bab 8 skima jawapan
Pbs sej t2 bab 8 skima jawapanPbs sej t2 bab 8 skima jawapan
Pbs sej t2 bab 8 skima jawapan
 
Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Skema bm 2 percubaan stpm 2012Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Skema bm 2 percubaan stpm 2012
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
Paper3 sej 2
Paper3 sej 2Paper3 sej 2
Paper3 sej 2
 
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
(Soalan) rumusan (percubaan spm 2016 se malaysia) (4)
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012
 
Bm
BmBm
Bm
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
 
KBAT dalam sejarah
KBAT dalam sejarahKBAT dalam sejarah
KBAT dalam sejarah
 
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
 
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsa
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsaAktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsa
Aktualisasi peran mahasiswa sebagai solusi terhadap kondisi bangsa
 
ISTIQAMAH 2019 edisi 20
ISTIQAMAH  2019 edisi 20 ISTIQAMAH  2019 edisi 20
ISTIQAMAH 2019 edisi 20
 
Similar to CIRI REMAJA BERWAWASAN

142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negaraluna217907
 
Indonesia Student Leadership Camp 2020
Indonesia Student Leadership Camp 2020Indonesia Student Leadership Camp 2020
Indonesia Student Leadership Camp 2020Dadang Solihin
 
Bab 1 pengenalan
Bab 1 pengenalanBab 1 pengenalan
Bab 1 pengenalannur dasima
 
suhono_semarang_SDK.pptx
suhono_semarang_SDK.pptxsuhono_semarang_SDK.pptx
suhono_semarang_SDK.pptxKepalaSekolah2
 
Suhono semarang sdk
Suhono semarang sdkSuhono semarang sdk
Suhono semarang sdkRimba Yudha
 
suhono_semarang_SDK.pptx
suhono_semarang_SDK.pptxsuhono_semarang_SDK.pptx
suhono_semarang_SDK.pptxKepalaSekolah2
 
Dasar Belia Malaysia bm
Dasar Belia Malaysia bmDasar Belia Malaysia bm
Dasar Belia Malaysia bmSuellen Sharif
 
ESSAY KEPEMIMPINAN - SATU PEMUDA MENGUBAH DUNIA
ESSAY KEPEMIMPINAN - SATU PEMUDA MENGUBAH DUNIAESSAY KEPEMIMPINAN - SATU PEMUDA MENGUBAH DUNIA
ESSAY KEPEMIMPINAN - SATU PEMUDA MENGUBAH DUNIAYosi Larasati
 
Mahasiswa sukses mulia pengemban risalah ilahi
Mahasiswa sukses mulia pengemban risalah ilahiMahasiswa sukses mulia pengemban risalah ilahi
Mahasiswa sukses mulia pengemban risalah ilahiMush'ab Abdurrahman
 
JUKNIS KOLABORASI GURU PEMIMPIN.pdf
JUKNIS KOLABORASI GURU PEMIMPIN.pdfJUKNIS KOLABORASI GURU PEMIMPIN.pdf
JUKNIS KOLABORASI GURU PEMIMPIN.pdfizatulsilmi1
 
4 implementasi kompetensi professional guru di sekolah dalam tinjauan
4 implementasi kompetensi professional guru di sekolah dalam tinjauan4 implementasi kompetensi professional guru di sekolah dalam tinjauan
4 implementasi kompetensi professional guru di sekolah dalam tinjauanNuril anwar
 
Similar to CIRI REMAJA BERWAWASAN (20)

Contoh karangan terbaik
Contoh karangan terbaikContoh karangan terbaik
Contoh karangan terbaik
 
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
 
Indonesia Student Leadership Camp 2020
Indonesia Student Leadership Camp 2020Indonesia Student Leadership Camp 2020
Indonesia Student Leadership Camp 2020
 
Ciri remaja memilik jati diri yang kukuh
Ciri remaja memilik jati diri yang kukuhCiri remaja memilik jati diri yang kukuh
Ciri remaja memilik jati diri yang kukuh
 
Bab 1 pengenalan
Bab 1 pengenalanBab 1 pengenalan
Bab 1 pengenalan
 
suhono_semarang_SDK.pptx
suhono_semarang_SDK.pptxsuhono_semarang_SDK.pptx
suhono_semarang_SDK.pptx
 
Suhono semarang sdk
Suhono semarang sdkSuhono semarang sdk
Suhono semarang sdk
 
suhono_semarang_SDK.pptx
suhono_semarang_SDK.pptxsuhono_semarang_SDK.pptx
suhono_semarang_SDK.pptx
 
Membentuk Remaja Cemerlang
Membentuk Remaja CemerlangMembentuk Remaja Cemerlang
Membentuk Remaja Cemerlang
 
Urgensi Inovasi Pendidikan
Urgensi Inovasi PendidikanUrgensi Inovasi Pendidikan
Urgensi Inovasi Pendidikan
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 
Dasar Belia Malaysia bm
Dasar Belia Malaysia bmDasar Belia Malaysia bm
Dasar Belia Malaysia bm
 
ESSAY KEPEMIMPINAN - SATU PEMUDA MENGUBAH DUNIA
ESSAY KEPEMIMPINAN - SATU PEMUDA MENGUBAH DUNIAESSAY KEPEMIMPINAN - SATU PEMUDA MENGUBAH DUNIA
ESSAY KEPEMIMPINAN - SATU PEMUDA MENGUBAH DUNIA
 
ESSAY KEPEMIMPINAN - SATU PEMUDA MENGUBAH DUNIA
ESSAY KEPEMIMPINAN - SATU PEMUDA MENGUBAH DUNIAESSAY KEPEMIMPINAN - SATU PEMUDA MENGUBAH DUNIA
ESSAY KEPEMIMPINAN - SATU PEMUDA MENGUBAH DUNIA
 
Mahasiswa sukses mulia pengemban risalah ilahi
Mahasiswa sukses mulia pengemban risalah ilahiMahasiswa sukses mulia pengemban risalah ilahi
Mahasiswa sukses mulia pengemban risalah ilahi
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 
JUKNIS KOLABORASI GURU PEMIMPIN.pdf
JUKNIS KOLABORASI GURU PEMIMPIN.pdfJUKNIS KOLABORASI GURU PEMIMPIN.pdf
JUKNIS KOLABORASI GURU PEMIMPIN.pdf
 
4 implementasi kompetensi professional guru di sekolah dalam tinjauan
4 implementasi kompetensi professional guru di sekolah dalam tinjauan4 implementasi kompetensi professional guru di sekolah dalam tinjauan
4 implementasi kompetensi professional guru di sekolah dalam tinjauan
 
More from SAHARUDDIN ABDULLAH

More from SAHARUDDIN ABDULLAH (6)

Ungkapan menarik karangan
Ungkapan menarik karanganUngkapan menarik karangan
Ungkapan menarik karangan
 
B7 novel
B7 novelB7 novel
B7 novel
 
Panduan menanda karangan
Panduan menanda karanganPanduan menanda karangan
Panduan menanda karangan
 
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhanB4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
 
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaB5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
 
Recently uploaded

tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Recently uploaded (20)

tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
CIRI REMAJA BERWAWASAN

  • 1. Contoh Skrip Karangan Terbaik [ Cemerlang Atas ]  T = Menepati tugasan.  I = Relevan dengan tema, dihuraikan dengan jelas & terang.  B = Gramatis dari segi kata & ayat, Tanda baca betul/tepat. = Kosa kata luas dan tepat. (93/100)  P = Matang dan menarik. 10/9/2017 www.slideshare.net/ckgdin 1
  • 2. CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN (TEMA) Dalam meniti arus globalisasi ini, generasi yang berwawasan merupakan pelapis dan peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara kerana ahli pujangga pernah berkata bahawa generasi berwawasan sebagai pemangkin pembangunan negara. Generasi berwawasan dapat ditafsirkan sebagai golongan muda yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan negara kita maju selaras dengan saranan yang terkandung dalam Wawasan 2020. (ISU) Dewasa ini, isu generasi berwawasan telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat kita. Isu generasi berwawasan menjadi amat penting untuk diberikan perhatian dan tumpuan yang sewajarnya kerana mereka merupakan nadi negara. Oleh itu, usaha untuk melahirkan remaja yang berwawasan semakin diberikan keutamaan. (ARAHAN) Persoalannya, apakah ciri-ciri seseorang remaja yang dikategorikan mempunyai wawasan?10/9/2017 www.slideshare.net/ckgdin 2
  • 3. (ISI 1) Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk melahirkan remaja yang berwawasan. (MENGAPA) Intelek merupakan faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Remaja yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mencakupi semua bidang dapat membuat penilaian dan keputusan yang bijak dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. (BAGAIMANA) Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku , melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. 10/9/2017 www.slideshare.net/ckgdin 3
  • 4. (KESAN) Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka. Oleh itu remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, “Ikut hati mati, ikut rasa binasa.” (PENEGAS)Tegasnya, remaja yang berwawasan sentiasa memastikan dirinya tidak pernah berasa jemu menimba ilmu untuk memiliki mentaliti kelas pertama.10/9/2017 www.slideshare.net/ckgdin 4
  • 5. (ISI 2) Selain itu, remaja yang berwawasan juga perlu sentiasa dinamik dan progresif dalam menjalankan sesuatu tugas. Dinamik dapat diertikan sebagai perubahan yang lebih baik daripada sebelumnya. (MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana negara yang pesat membangun seperti Malaysia memerlukan generasi yang memiliki ciri- ciri ini untuk mencapai kemajuan dalam setiap aspek. (BAGAIMANA) Individu yang dinamik tidak memiliki ciri-ciri negatif seperti berputus asa sebaliknya bersemangat tinggi. Dalam mengejar kejayaan, individu yang berwawasan seharusnya gigih menghadapi cabaran tanpa berputus asa kerana tiada kejayaan yang datang bergolek bak kata pepatah, yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang. (KESAN) Ekoran daripada itu, remaja yang dinamik dan progresif sudah pasti dapat mencapai cita-cita yang diimpikan. (PENEGAS) Pendek kata, remaja yang berwawasan sudah pasti akan memastikan dirinya berubah untuk memajukan diri dan negaranya.10/9/2017 www.slideshare.net/ckgdin 5
  • 6. (ISI 3) Dalam nada yang sama, remaja yang berwawasan perlu berkreatif dan berinovatif untuk memacu kegemilangan negara. (MENGAPA) Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecap kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba akan menikmati buah kejayaan yang manis (BAGAIMANA) Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan mat jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. (KESAN) Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi. Ketika berkhayal di awang-awangan, pastikan kita mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak. (PENEGAS) Sesungguhnya, pemikiran yang kreatif dan inovatif merupakan ciri remaja yang berwawasan.10/9/2017 www.slideshare.net/ckgdin 6
  • 7. (ISI 4) Jika kita telusuri dari dimensi yang berbeza, remaja yang berwawasan seharusnya cinta akan negara. (MENGAPA) Remaja yang berjiwa patriotik ini akan menjadi bakal pemimpin yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara. Sebagai bakal pemimpin negara sudah pasti mereka perlu sentiasa berusaha untuk memelihara imej negaranya daripada tercemar dan menjadi bahan cemuhan masyarakat luar. (BAGAIMANA) Oleh itu, mereka haruslah menghormati lagu kebangsaan negara iaitu lagu Negaraku dan mengamalkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Mereka tidak akan sekali-kali menjadi pengkhianat negara dan tidak akan melibatkan diri dalam gejala sosial yang akan mencemarkan imej negara. (KESAN) Jiwa patriotik remaja yang menebal ini akan menjamin keharmonian negara dan sekali gus berupaya menjaga maruah negara di pentas global. (PENEGAS) Ringkasnya, remaja yang berwawasan sentiasa bersemangat patriotik untuk mengekalkan keharmonian dan kedaulatan nusa tercintanya. 10/9/2017 www.slideshare.net/ckgdin 7
  • 8. (PENUTUP) Sebagai intihanya, terdapat banyak ciri yang memaparkan seseorang remaja itu mempunyai wawasan yang tinggi. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita harus terlepas daripada belenggu angkara sosial. Generasi yang berwawasan menjadi akar pada pertumbuhan dan pembangunan modal insan yang menjadi agenda utama negara kita. (CADANGAN) Oleh itu, golongan remaja perlulah sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri sebelum terlewat bak kata pepatah, sesal di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Golongan remaja kita perlulah melakukan anjakan paradigma untuk menjadi remaja kelas pertama dan memangkinkan kecemerlangan negara. (HARAPAN) Diharapkan kelahiran remaja berwawasan dapat merealisasikan segala aspirasi negara terutama untuk mencapai wawasan 2020 di samping dapat menyerbakkan keharuman negara kita di persada antarabangsa. 10/9/2017 www.slideshare.net/ckgdin 8