Maqasid Syariah merupakan tujuan atau maksud syariah yang menjurus kepada tujuan pensyariatan untuk menghasilkan kebaikan dan mencegah kemudaratan. Ia telah dibincangkan oleh ulama sejak zaman dahulu dengan pandangan berbeza mengenai objektifnya seperti lima objektif utama menurut Imam al-Ghazali iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Perbincangan terus berke
2. Ilmu maqasid telah wujud seiring dengan kewujudan fiqh. Namun
kemunculannya pada ketika itu, tidak dirasakan kerana ianya hanya wujud di
celah-celah perbahasan ulama’ mengenai Usul al-Fiqh.
Kehadiran Syara' Islam adalah untuk menghasilkan Maslahah (manfaat) kepada
manusia keseluruhannya dan mencegah mufsadah (mudhorat). Perkara ini
berdasarkan firman Allah:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh
kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu beriman
kepada Allah..."(QS 3:110)
"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk
menjadi rahmat bagi sekalian alam." (QS 21:107)
3. "Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran
yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar
bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi
hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang
yang beriman." (QS 10:57)
"Dan tuntutlah anugerah Allah kepadamu demi kebahagiaan hari akhirat dan
janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari
dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah
berbuat baik kepadamu..."(QS 28:77)
"Sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah
dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya..."(QS 5:32)
4. Maslahah pada pandangan syariah ialah setiap perkara yang memenuhi lima kriteria
berikut:-
1) Tujuan pensyariatan syariah untuk manusia terkandung dalam menjaga lima
perkara, iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan (termasuk juga maruah)
dan juga harta.
2) Pensyariatan berasaskan Qawaid al-Fiqhiyyah
3) Ia tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Hadis.
4) Ia tidak bertentangan dengan al-Qiyas. Ini kerana Qiyas adalah diambil
daripada pemahaman terhadap nas al-Quran dan juga al-Hadis. Maka ia
merupakan praktikal terhadap nas al-Quran dan juga Hadis.
5) Ia tidaklah meluputkan maslahah yang lebih besar daripadanya. Ini kerana
tidak dinamakan maslahah jika ia menghilangkan maslahah lain yang lebih
besar daripadanya.
5.
6.
7.
8. Dr Jamal al-Din ‘Atiyah mengemukakan sudut pandang yang agak berbeza. Beliau
menyarankan, dari lima objektif unggul syariah kepada empat ranah kehidupan
manusia iaitu individu, keluarga, umat dan kemanusiaan sejagat.
Terdapat tujuh objektif dari sudut keumatan dan kemanusiaan iaitu:
1. Memastikan wujudnya umat secara nyata dengan esensi hakikinya, dan ciri-
ciri khasnya.
2. Objektif pencapaian keamanan, keselamatan dan kedamaian
3. Objektif penegakan keadilan
4. Objektif pemeliharaan agama dan akhlak
5. Objektif kerjasama dan saling bantu
6. Objektif memelihara kewarasan akal dan membangun budaya ilmu
7. Objektif pengimarahan bumi dan pemeliharaan harta rakyat
Dari pandangan beliau, masyarakat Islam seharusnya mampu bekerjasama dengan
setiap lapisan masyarakat bagi mencapai hasrat pensyariatan Islam. Ia hanya boleh
direalisasi menerusi hubungan sihat sesama anggota masyarakat.
9. Maqasid Syariah - tujuan atau maksud syariah. Ia menjurus kepada
tujuan pensyariatan yang berupaya menghasilkan maslahah
(kebaikan) kepada umat dan mencegah kemudaratan.
Maqasid Syariah adalah bidang yang lama dibincangkan oleh ramai
ulama Islam dahulu. Ada berpandangan ia dimulakan oleh Imam al-
Ghazali sendiri yang menggariskan kewujudan lima objektif utama
syariah iaitu:
1. Pemeliharaan agama (hifz al-din)
2. Pemeliharaan jiwa (hifz al-nafs)
3. Pemeliharaan akal (hifz al-a’ql)
4. Pemeliharaan keturunan (hifz al-nasl)
5. Pemeliharaan harta (hifz al-mal)
10. Perbincangan berkaitan Maqasid Syariah berkembang dengan
perbincangan yang dipelopori antaranya oleh Imam al-Shatibiy,
Ibn Taimiyah, al-Amidy dan beberapa tokoh ulama lain. Selain
itu, al-Qurafiy memasukkan objektif keenam iaitu Pemeliharaan
Maruah (hifz al-‘irdh) dan pandangan itu selari dengan al-Tufiy
dan al-Qurafiy.
Terdapat anjakan perbahasan dalam Maqasid Syariah
umpamanya perbahasan mengenai Hifz al-aql yang pada
mulanya hanya meliputi kehilangan fungsi aqal akibat
pengambilan al-khamr (perkara yang memabukkan) kepada
objektif pembangunan ilmu yang membina daya fikir saintifik dan
menghindar budaya taqlid melampau.
11. Maqasid Syariah adalah tujuan utama syariah manakala Fiqh
Awlawiyat pula adalah pemahaman berkaitan keutamaan.
Fiqh Awlawiyat datang bersekali dengan Fiqh Muwazanat
(faham keseimbangan), Fiqh waqiy’ (faham realiti) ,Fiqh
Taghyir (faham perubahan) dan Fiqh Muassarah (Fiqh
Semasa)
Semua fiqh yang disebut terkemudian membantu kita menyusun
keutamaan bagi menggerakkan pentadbiran negeri. Buat masa
ini, keperluan mesti diberi perhatian bagi mengangkat hala tuju
negeri adalah tarbiah atau pendidikan warga negeri. Latihan bagi
membina kefahaman Islam yang mendalam perlu dilakukan.
Perubahan atau kemajuan harus dilihat pada peningkatan kualiti
manusia dan kemanusiaan.
12. Pembahagian Maqasid
Pemilik Maqasid : Maqasid al-Syari’ (pemilik syariat iaitu Allah).
Tujuan yang dikehendaki Allah pada setiap hukum-hakam, perintah dan larangan, sunnah
ciptaannya dan sebagainya.
Maqasid al-Mukallaf : Tujuan yang dikehendaki oleh seseorang hamba.
Ruang lingkup:
•Maqasid ‘Ammah (tujuan menyeluruh atau sebahagian besar syariah seperti menjaga
agama, nyawa dan sebagainya)
•Maqasid Khassah (skopnya lebih kecil, fokus kepada bahagian tertentu dalam syariah.
Misalnya, tujuan syariah pada keseluruhan hukum-hakam berkaitan perkahwinan,
kekeluargaan, ekonomi dan sebagainya).
•Maqasid Juz’iyyah (tujuan pada setiap satu hukum, wajib, harus, haram dan sebagainya.
Misalnya tujuan syariah pada pengharaman riba).
Penyusunan keutamaan
•Dharuriyyat (kemestian) seperti agama, nyawa, akal, harta, keturunan.
•Hajiyyat (keperluan) seperti perkahwinan, pengangkutan.
•Tahsiniyyat (pelengkap) seperti rumah dan pakaian yang cantik.
13. Dalam kitab Maqasid Syar’iyyah ‘Inda Ibn Taimiah, beliau menyebutkan
beberapa kaedah maqasid syarak
– Agama diturunkan untuk mendapatkan kebaikan serta menolak keburukan
dan kejahatan.
-Perkara yang batil dalam ibadat adalah sesuatu amalan yang tidak tercapai
maksudnya, tidak wujud implikasi dan tidak mempunyai manfaat yang
dituntut.
– Akidah dan maqasid yang rosak pada hak Allah, wajib dibuang sama ada
dari aspek usul atau furuk.
– Syariat tidak akan menyuruh sesuatu melainkan arahan itu mendatangkan
kebaikan kepada manusia di dunia dan akhirat.
– Maslahah pada furuk adalah penyempurna kepada maslahah asli.
– Jenis melakukan arahan lebih baik daripada jenis meninggalkan larangan
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30. Apakah Maqasid Syariah?
Maqasid Syariah merupakan suatu ilmu yang harus dipelajari terutamanya bagi ulama fiqh agar setiap ijtihad dan
pendapat yang diberikan bertepatan dengan kehendak syariat. Maqasid Syariah secara ringkasnya bermaksud
tujuan, natijah, atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melaluli sumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah.
Secara umumnya juga Maqasid boleh didefinasikan sebagai: جلبالمصالحودرؤالمفسدةوإزالةالمضرة
Maksudnya: Mewujudkan kebaikan, menolak keburukan, dan menghilangkan kemudharatan.
Ilmu Maqasid Syariah secara ringkas terbahagi kepada 2:
1. مقاصدالخطاب( Maqasid Al-Khitab Maqasid Al-Khitab ialah maksud yang tersirat disebalik nas atau ayat al-
Quran dan hadis. Ia digunakan apabila nas syarak mempunyai dua makna iaitu:
•Zahir makna dalil bukan atau tidak seperti maksud yang dikehendaki
•Makna kedua, atau makna yang tersirat dari dalil itu yang sebenarnya dikehendaki
2.) األحكام مقاصد Maqasid Al-Ahkam Maqasid Al-Ahkam merupakan jawapan atau penerangan kepada
persoalan yang timbul daripada kehendak syarak dalam Maqasid Al-Khitab.
Seperti contoh, jika terdapat dalil yang menyuruh ambil sebahagian dari harta orang islam untuk dijadikan sebagai
zakat, maka Maqasid Al-Khitab yang akan menentukan bahawa perintah ini perlu dipatuhi oleh semua orang islam
hatta pemimpin negara sekalipun terikat dengan perintah ini, maka Maqasid Al-Ahkam yang akan menerangkan
kenapa kenapa kita perlu ambil harta orang dan beri zakat kepada orang lain? mengapa hanya Asnaf yang layak
menerima zakat, apakah hikmah disebalik tu dan sebagainya.
31. “ Sesungguhnya agama yang diridhai di sisi Allah hanya Islam (QS Ali
Imran 19)
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-
benar takwa kepada-Nya.Dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam
keadaan beragama Islam. (QS Ali 'Imran 102)
(1) Hifdzun Diin: Memelihara Agama
32. 1. Dilarang bunuh diri (QS An Nisa 29)
Dan janganlah membunuh dirimu sendiri.Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu
2. Dilarang membunuh seorang mukmin dengan sengaja
(QS An-Nisa’ 93)
Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengajamaka balasannya ialah
Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allahmurka kepadanya, dan mengutukinya serta
menyediakanazab yang besar baginya
4. Hifdzun Nafs:Memelihara Jiwa/Nyawa