SlideShare a Scribd company logo
1 of 43
FIQH AWLAWIYYAT
“Prinsip Keutamaan”
Fiqh bermaksud kefahaman
FIQH AWLAWIYYAT “Prinsip Keutamaan”
FIQH MUWAZANAT (Fiqh Pertimbangan)
FIQH AN NUSUS (Fiqh Nas al-Quran dan as-Sunnah)
Al-Mafasid (Kemafsadatan) Atau Al-Madar
(Kemudaratan)
Al-Masalih (Kemaslahatan) Dan Al-Mafasid (Kerosakan)
Fiqh al-Maqasid (Maksud Syariat Ilmu Fiqh)
Satu prinsip penting dan perlu diberi perhatian serius dalam
melaksanakan tugas ijtihad semasa seperti mana yang dianjurkan
oleh para ulama tajdid ialah “Fiqh al-Aulawiyyat.” Ia secara umum
bererti prinsip keutamaan dalam menyatukan atau melaksanakan
hukum.
Kata Yusuf al-Qardhawi, apa yang dimaksudkan ialah meletakkan
sesuatu pada kedudukannya secara adil.
Kemudian menentukan keutamaan masing-masing berasaskan
kepada pertimbangan syarak yang betul dengan berpandukan
kepada bimbingan wahyu dan akal. Dengan demikian, yang tidak
penting tidaklah diutamakan daripada yang penting, begitu juga
yang penting tidak diutamakan daripada yang lebih penting.
Tetapi sebaliknya, diutamakan apa yang patut diuatamakan dan
dikemudiankan apa yang sepatutnya dikemudiankan, tidak
diperbesarkan yang kecil, tidak meremehkan yang penting. Semua
perkara diletakkan pada tempatnya berpandukan ukuran keadilan
tanpa prejudis atau berat sebelah.
Dalam tugasan ini, kami memfokuskan perbincangan Fiqh Al-
Aulawiyyat kepada konsepnya, kepentingan mengaplikasikan Fiqh
Al-Aulawiyyat dalam mengamalkan ajaran Syariah Islam dan garis
panduan Syarak yang diperlukan dalam mempraktikkan Fiqh Al-
Aulawiyyat dalam kehidupan.
Prinsip
“Fiqh Al-Aulawiyyat” - berasaskan kepada prinsip
tertentu dalam Syariat Islam.
Ia boleh dirumuskan dalam hakikat bahawa nilai
hukum, amalan dan tugasan (taklif) mempunyai
kategori-kategori yang berbeza-beza antara satu
sama lain pada pandangan syarak.
Ambil sahaja “perbuatan” (amal) sebagai contoh.
Di dalamnya terdapat pelbagai kategori yang tidak
sama antara satu sama lain.
Di antara perkara2 tersebut :
1. ada yang besar, penting dan utama
2. ada yang kecil, ringan, kurang penting dan
kurang utama
3. ada merupakan perkara asasi (asli)
4. ada pula perkara cabang (far’i),
5. ada perkara pokok (rukun)
6. ada perkara pelengkap
7. ada perkara primary, ada pula yang
secondary , begitulah selanjutnya.
Dalam al-Quran, prinsip ini dapat dilihat seperti yang
terdapat dalam firman Allah: Maksudnya:
“Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-
orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidil
Haram kamu samakan dengan orang-orang yang
beriman kepada Allah dan hari Kemudian serta berjihad
di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah
tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad
di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka,
adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah
orang-orang yang mendapat kemenangan.”
Dalam Hadith, prinsip ini dapat juga dilihat seperti
yang terdapat dalam sabda Nabi
saw: Maksudnya:
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w.
menegaskan bahawa iman itu ada lebih tujuh
puluh cabang.
Yang paling tinggi ialah mengucap dua kalimah
syahadah dan yang paling rendah ialah
menghapuskan bahaya daripada jalan raya.
Sebagai contoh, Rasulullah telah bersabda yang
bermaksud :
“Solat berjemaah lebih utama dua puluh tujuh
darjat daripada solat bersendirian.”
Baginda juga pernah bersabda:
“Berdiri di medan jihad (ribat) sehari semalam,
lebih utama (ganjarannya) daripada puasa dan
qiamullail (solat malam) sebulan lamanya.”
Dalil-dalil tersebut menjelaskan perbezaan tangga
dan darjat satu amalan ke atas amalan yang lain.
Sesiapa yang mengkaji ayat2 yang terkandung di dalam
al-Quran dan hadis2 Rasulullah saw. mengenai perkara
ini, sama ada ianya merupakan jawapan kepada
pertanyaan ataupun penjelasan mengenai hakikat
sesuatu perkara, nescaya mendapati bahawa ayat2
tersebut telah dengan jelas meletakkan asas2 dan ukuran
tertentu mengenai perkara2 yang mesti diutamakan dan
didahulukan daripada yang lainnya, sama ada perkara itu
terdiri daripada perbuatan, percakapan, nilai2 ataupun
semua kewajipan yang telah ditetapkan ke atas setiap
Muslim.
Di samping kenyataan2 tentang amalan2 baik yang
perlu diutamakan dalam melakukannya, terdapat
juga kenyataan2 tentang amalan jahat yang perlu
diutamakan dalam meninggalkannya. Malah
terdapat juga kenyataan2 tentang siapa lebih baik
dalam kalangan umat manusia, misalnya orang
yang berilmu, orang yang berjihad dan sebagainya.
Bagaimanapun, ia bukanlah prinsip hukum yang
substantif. Sebaliknya ia hanyalah prosedur
amalan semata-mata.
Dari segi teori, tidak ada asas untuk membatalkan
hukum yang ditentukan tanpa mengambil kira Al-
Aulawiyyat, atau keutamaan ini. Kecualilah jika ia
bertentangan secara jelas dengan al-Quran, al-
Sunnah, ijma’ atau qiyas, atau prinsip-prinsip lain
yang dikira asas dalam teori perhukuman Islam.
Cuma melaksanakan hukum seperti itu boleh
disifatkan sebagai tidak bijak kerana bertentangan
dengan prinsip keutamaan (Al-Aulawiyyat).
Selain daripada itu, “Aulawiyyat” itu sendiri merupakan
suatu konsep yang fleksibel. Ia berasaskan kepada
banyak faktor yang berubah-ubah, baik dari segi fakta
mahupun penilaian.
- Suatu nilai atau keperluan yang dilihat sebagai lebih
utama (aula) pada suatu masa, ketika dan suasana,
mungkin dilihat sebaliknya pada masa, ketika dan
suasana yang berbeza.
- Begitu juga, sesuatu yang boleh dikira sebagai “utama”
dan “aula” bagi seseorang, suatu kumpulan atau
masyarakat, mungkin sebaliknya bagi seseorang, suatu
kumpulan atau masyarakat yang lain.
Berasaskan kepada hakikat tersebut, keutamaan
atau Aulawiyyat tidak boleh ditentukan semata-mata
berdasarkan kepada satu dimensi sahaja.
- Ia perlu dilihat daripada pelbagai dimensi, dan
dengan mengambil kira berbagai-bagai pra-syarat.
- Kegagalan memenuhi syarat dan pra- syarat itu,
sesuatu yang mungkin sebenarnya tidak perlu
diutamakan (tidak aula) dilihat sebagai perlu
diutamakan (aula) dan mungkin yang sebenarnya
perlu diberi keutamaan dilihat sebagai tidak utama.
Kepentingan Pengaplikasian Fiqh Al-Aulawiyyat Dalam
Mengamalkan Ajaran Syariah Islam.
Fiqh Al-Aulawiyyat sangat perlu untuk diaplikasikan dalam
mengamalkan Syariah Islam. Bencana yang menimpa
kebanyakan jemaah Islam hari ini adalah disebabkan hilangnya
Fiqh Al-Aulawiyyat dalam membuat sesuatu penilaian.
- Kebanyakan daripada mereka menumpukan kepada persoalan
cabang berbanding persoalan asas, persoalan juz’iyyah
berbanding kulliyyah dan persoalan yang diperselisihkan oleh
ulama, berbanding yang telah diittifaq oleh mereka.
- Melalui Fiqh Al-Aulawiyyat, kita dapat mengetahui mana
persoalan yang patut ditumpukan dahulu baik dari sudut usaha ,
dari sudut waktu, berbanding amalan2 lain.
Kita juga dapat mengetahui mana satukah musuh yang
perlu dihadapi terlebih dahulu dan menumpukan
serangan terhadap mereka, serta mana satukah
peperangan yang perlu dimulakan terlebih dahulu.
- Manusia pada pandangan Islam ada beberapa jenis,
iaitu orang2 Islam, kafir dan juga munafik.
- Orang2 Islam ada yang jahil dan ada juga yang khianat.
- Orang2 kafir ada yang berdamai dengan Islam, dan ada
juga yang memerangi Islam.
- Ada yang hanya kafir sahaja dan tidak melakukan
apa2 angkara terhadap Islam, dan ada di antara yang
kafir yang menghalang manusia dari jalan Allah
- Orang2 munafik pula, ada yang nifaknya kecil dan ada
yang besar.
Terhadap siapa kita patut mula bersemuka?
Aspek manakah yang lebih utama diamalkan?
Perkara apakah yang patut diraikan terlebih dahulu?
Semua ini memerlukan kepada pengaplikasian Fiqh Al-
Aulawiyyat untuk mengutamakan sesuatu prioriti.
Garis Panduan Syarak Yang Diperlukan Dalam
Mempraktikkan Fiqh Al-Aulawiyyat dalam Kehidupan.
Untuk mempraktikkan Fiqh Al-Aulawiyyat - beberapa garis
panduan Syarak yang perlu diikuti. Fiqh Al-Aulawiyyat
mempunyai hubungan yang kuat dengan beberapa jenis
fiqh yang lain, iaitu:
i. Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al-Muwazanat
(Fiqh Pertimbangan).
ii. Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al-Maqasid
(Maksud Syariat Ilmu Fiqh).
iii. Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al-Nusus (Fiqh
Nas al-Quran dan as-Sunnah).
Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al-
Muwazanat
Fiqh al-Aulawiyyat berhubungan langsung dengan Fiqh
al-Muwazanat. Asas-asas tersebut ialah:
1. Perbandingan antara pelbagai al-Masalih
(kemaslahatan) atau al-Manafi’ (kemanfaatan)
- perbandingan semua kebaikan yang diperintahkan
antara satu dengan yang lainnya
- untuk menentukan mana yang terbaik antara yang
baik2 bagi diutamakan dalam melaksanakan.
2. Perbandingan antara pelbagai al-Mafasid (kebinasaan) atau
al-Madar (kemudaratan)
- perbandingan semua kemudaratan yang dilarang antara satu
dengan yang lainnya
- untuk menentukan mana yang terburuk antara yang buruk.
Bagi diutamakan dalam menegah atau menjauhinya.
3. Perbandingan antara pelbagai al-Masalih (kemaslahatan) dan
al-Mafasid (kemafsadatan)
- perbandingan antara semua kebaikan yang diperintahkan dan
kemudaratan yang dilarang
- untuk menentukan keutamaan melakukan yang baik atau
menjauhkan yang buruk apabila kedua2 nilai baik dan buruk
itu ada dalam satu perbuatan atau keadaan yang sama.
Melakukan Pertimbangan Di Antara Pelbagai Al-Masalih
(Kemaslahatan)
Para ulama Usul menjelaskan bahawa Al-Masalih
(Kemaslahatan) terdiri daripada tiga peringkat, iaitu:
I. Al-Daruriyyat (Perkara yang darurat) : perkara mutlak
diperlukan untuk kehidupan manusia.
II. Al-Hajiyyat (Perkara yang diperlukan) : perkara yang apabila
ianya tiada,kehidupan manusia akan menjadi sangat susah
III. Al-Tahsiniyyat (Perkara yang melengkap) : pelengkap yang
menjadi hiasan tambahan di dalam kehidupan dan dengan
keberadaannya, maka kehidupan manusia akan menjadi lebih
sempurna.
Dengan itu, Fiqh Al-Muwazanat dan seterusnya Fiqh Al-
Aulawiyyat menuntut kita untuk :
1. Mendahulukan perkara2 yang termasuk ke dalam Al-
Daruriyyat (darurat) ke atas perkara2 yang termasuk ke
dalam Al-Hajiyyat (keperluan)
2. Mendahulukan perkara2 yang termasuk ke dalam Al-
Daruriyyat ke atas perkara2 yang termasuk ke dalam Al-
Tahsiniyyat .
3. Kita juga dituntut untuk mengutamakan perkara Al-
Hajiyyat ke atas perkara Al-Tahsiniyyat
Para ulama Usul menjelaskan bahawa perkara Al-
Daruriyyat terbahagi kepada lima iaitu memelihara
1. agama 2. jiwa 3. keturunan 4. akal 5. harta benda.
Sebahagian ulama menambah peringkat keenam, iaitu:
memelihara nama baik (maruah).
Memelihara kemurnian agama adalah merupakan perkara
darurat yang paling utama dan penting. Ianya mestilah
didahulukan ke atas perkara2 darurat yang lain, hatta jiwa
sekali pun. Begitu juga memelihara keselamatan jiwa
mesti diutamakan dan didahulukan ke atas perkara2
darurat yang selebihnya.
Didalam melakukan pertimbangan dan perbandingan di
antara pelbagai Al-Masalih (kemaslahatan), maka
ketentuan berikut perlu diikuti :
1. Mengutamakan kemaslahatan yang telah diyakinkan
terjadinya ke atas kemaslahatan yang belum dapat
diyakinkan berlakunya.
2. Mengutamakan kemaslahatan yang besar ke atas
kemaslahatan yang kecil.
3. Mengutamakan kemaslahatan jamaah (orang ramai) ke
atas kemaslahatan seseorang individu.
4. Mengutamakan kemaslahatan golongan yang lebih
banyak ke atas kemaslahatan golongan yang lebih sedikit.
5. Mengutamakan kemaslahatan yang kekal dan abadi ke
atas kemaslahatan yang bersifat sementara dan terhad.
6. Mengutamakan kemaslahatan yang asasi dan
mendasar ke atas kemaslahatan sampingan dan
pinggiran.
7. Mengutamakan kemaslahatan masa depan yang kuat
ke atas kemaslahatan sekarang yang lemah.
Sebagai contoh, semasa Perjanjian Hudaibiyah,
Rasulullah S.A.W. lebih mengambil berat dan
mengutamakan kepentingan asasi dan isi serta yang
terpenting untuk masa hadapan daripada
kemaslahatan sementara yang nampak pada
pandangan kebanyakan sahabat ketika itu.
Dalam perjanjian tersebut, Rasulullah S.A.W. telah
menerima beberapa syarat daripada pihak Kafir yang
jika sekilas pandang seolah-olah merugikan dan
merendahkan pihak kaum Muslimin
Di antaranya, Rasulullah S.A.W. menerima untuk
1. memadamkan bacaan Bismillah daripada naskhah
perjanjian dan diganti dengan kalimah Bismika
Allahumma
2. nama Muhammad, Rasulullah diganti dengan
Muhammad Ibn Abdullah.
Hasilnya, setelah termeterainya Perjanjian Hudaibiyah,
Rasulullah S.A.W. dan para sahabat dapat bergerak
dengan bebas dan masuk ke dalam daerah2 musuh untuk
menyebarkan risalah Islam, sama ada di kalangan rakyat
awam atau pun keluarga para raja dan pembesar negeri.
Pertimbangan Al-Mafasid (Kemafsadatan) Atau Al-Madar
(Kemudaratan)
Antara Satu Sama Lain. Kemafsadatan (kerosakan) dan
kemudaratan tidak semuanya berada dalam peringkat dan
darjat yang sama, tetapi ianya berbeza2 dan berperingkat2
1. Kemafsadatan yang menghalangi perkara Al-Daruriyyat
(darurat) tidak sedarjat dengan yang menghalangi perkara
Al-Hajiyyat (keperluan) dan juga tidak sedarjat dengan
yang menghalangi perkara Al-Tahsiniyyat (pelengkap dan
penyempurna).
Kemafsadatan (kerosakan) yang menimpa harta benda
lebih rendah darjatnya daripada yang menimpa jiwa, dan
kerosakan yang menimpa jiwa lebih rendah darjatnya
daripada yang menimpa agama dan aqidah.
Kesimpulannya, Al-Mafasid (kerosakan) dan Al-Madar
(kemudaratan) itu berbeza-beza dan berperingkat-
peringkat, tidak berada pada darjat yang sama.
Oleh kerana itu, para ulama Usul Fiqh telah mengambil
beberapa kaedah hukum.
Antaranya ialah : QAEDAH-QAEDAH DI GUNAPAKAI
‫ضرار‬ ‫وال‬ ‫ضرر‬ ‫ال‬
Maksudnya: “Dilarang menyebabkan timbulnya kemudaratan
(kerosakan / kerugian), dan dilarang membalas balik kemudaratan
/ kerugian kepada orang lain.”
‫االمكان‬ ‫بقدر‬ ‫يزال‬ ‫الضرر‬
Maksudnya: “Kemudaratan (kerosakan / kerugian) mesti dihalangi
terjadi, sekadar kemampuan.”
‫منه‬ ‫أكبر‬ ‫أو‬ ‫مثله‬ ‫بضرر‬ ‫يزال‬ ‫ال‬ ‫الضرر‬
Maksudnya: “Kemudaratan itu tidak boleh dihalangi dengan
melakukan kemudaratan (kerosakan) yang seumpama atau yang
lebih besar daripadanya.” di.”
‫الشرين‬ ‫وأهون‬ ‫الضررين‬ ‫أخف‬ ‫يرتكب‬
Maksudnya: “Apabila ada dua kemudaratan, maka dibolehkan
melakukan (kerosakan / kerugian) yang lebih kecil dan lebih kurang
akibatnya.”
‫األعلى‬ ‫الضرر‬ ‫لدفع‬ ‫األدنى‬ ‫الضرر‬ ‫يتحمل‬
Maksudnya: “Untuk menghalangi kemudaratan yang lebih besar,
maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang lebih kecil.”
‫العام‬ ‫الضرر‬ ‫لدفع‬ ‫الخاص‬ ‫الضرر‬ ‫يتحمل‬
Maksudnya: “Untuk menghalangi kemudaratan yang akan
menimpa orang ramai, maka dibolehkan melakukan kemudaratan
yang akan menimpa seseorang peribadi.”
Apabila terjadi pertembungan antara kemaslahatan dan kerosakan atau
kemanfaatan dan kemudaratan dalam sesuatu perkara, maka perlulah
melakukan pertimbangan di antara kedua2nya.
- Keputusan yang diambil adalah mengikut kadar yang lebih banyak
dan majoriti kerana kadar majoriti boleh menentukan hukum bagi
keseluruhan bahagian.
- Apabila kadar kerosakan lebih tinggi dan lebih banyak daripada kadar
kemanfaatan dan kebaikan di dalam sesuatu perkara, maka perkara
tersebut dilarang dan ditegah daripada melakukannya.
- Ada pun manfaat dan kebaikan sedikit yang ada di dalamnya tidak
diambil kira dan mesti diabaikan.
- Prinsip inilah yang telah disebutkan oleh Allah S.W.T. di dalam Al-
Quran ketika memberikan jawapan mengenai masalah minuman keras
dan kegiatan perjudian.
Pertimbangan Antara Al-Masalih (Kemaslahatan) Dan Al-Mafasid
(Kerosakan) Apabila Terjadi Pertembungan Antara Keduanya.
Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi.
Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan
beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar
daripada manfaatnya…" Surat Baqarah : 219
‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫ر‬َ‫ب‬ْ‫ك‬َ‫أ‬ ‫ا‬َ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫م‬ْ‫ث‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ِ‫اس‬َّ‫ن‬‫ل‬ِ‫ل‬ ُ‫ع‬ِ‫ف‬‫ا‬َ‫ن‬َ‫م‬َ‫و‬ ٌ‫ير‬ِ‫ب‬َ‫ك‬ ٌ‫م‬ْ‫ث‬ِ‫إ‬ ‫ا‬َ‫م‬ِ‫يه‬ِ‫ف‬ ْ‫ل‬ُ‫ق‬ ِ‫ِر‬‫س‬ْ‫ي‬َ‫م‬ْ‫ال‬َ‫و‬ ِ‫ر‬ْ‫م‬َ‫خ‬ْ‫ال‬ ِ‫َن‬‫ع‬ َ‫ك‬َ‫ن‬‫و‬ُ‫ل‬َ‫أ‬ْ‫س‬َ‫ي‬ِ‫ع‬ْ‫ف‬َّ‫ن‬‫ا‬َ‫م‬ِ‫ه‬
Begitu jugalah sebaliknya, apabila kadar kemanfaatan dan kebaikan
lebih besar dan lebih banyak daripada kadar kerosakan dan
kemudaratan di dalam sesuatu masalah, maka masalah tersebut
diharuskan dan dibolehkan mengikut pandangan Syariat Islam.
Ada pun faktor kerosakan dan kemudaratan yang sangat sedikit tadi
dikira tidak ada dan mesti diabaikan.
Dalam kaitan ini, para ulama Usul telah menetapkan beberapa kaedah
dan panduan. Antaranya ialah :
‫جلب‬ ‫على‬ ‫مقدم‬ ‫المفسدة‬ ‫درأ‬‫المصالح‬
“Mencegah kerosakan mesti diutamakan daripada memetik kemaslahatan
(kebaikan).”
‫الكبيرة‬ ‫المصلحة‬ ‫أجل‬ ‫من‬ ‫تغتفر‬ ‫الصغيرة‬ ‫المفسدة‬
“Melakukan Al-Mafsadah (kerosakan) yang kecil dibolehkan demi untuk
mendapatkan kemaslahatan (kebaikan) yang besar.”
‫الدائمة‬ ‫المصلحة‬ ‫أجل‬ ‫من‬ ‫العارضة‬ ‫المفسدة‬ ‫تغتفر‬
“Melakukan Al-Mafsadah (kerosakan) yang bersifat sementara dibolehkan demi
untuk mendapatkan kemaslahatan (kebaikan) yang bersifat abadi.”
‫متوهمة‬ ‫مفسدة‬ ‫أجل‬ ‫من‬ ‫محققة‬ ‫مصلحة‬ ‫تترك‬ ‫ال‬
“Kemaslahatan (kebaikan) yang diyakini kewujudannya tidak boleh ditinggalkan
kerana Al-Mafsadah (kerosakan) yang masih berupa angan-angan.”
Hubungan Fiqh Al-Aulawiyyat Dengan Fiqh Al-Maqasid
(Memahami Objektif Syarak)
Fiqh Al-Aulawiyyat juga mempunyai kaitan yang rapat dengan
Fiqh Al-Maqasid (memahami objektif Syarak).
Para jumhur ulama telah bersepakat bahawa hukum-hakam
Syarak itu mempunyai illat (sebab dan alasan), dan di sebalik
semua illat tersebut mengandungi maksud2 dan tujuan2
tertentu yang hendak dicapai.
Perkara-perkara yang termasuk ke dalam ibadah Al-Mahdah
(semata-mata ibadah) juga mempunyai tujuan dan maksud
tersendiri.
Kerana itu, Al-Quran menerangkan tentang tujuan dan maksud
ibadah :
Solat misalnya, iaitu untuk mencegah daripada perbuatan keji
dan mungkar.
Sementara kewajipan zakat untuk mensucikan hati dan
membersihkan harta .
Kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan adalah supaya
menjadi orang2 yang bertakwa.
Fardu haji pula supaya mereka menyaksikan kemanfaatan
baginya dan supaya mereka sentiasa menyebut nama Allah.
Hubungan Fiqh Al-Aulawiyyat Dengan Fiqh Al-Nusus (Fiqh
Nas Al-Quran dan As-Sunnah)
Fiqh Al-Aulawiyyat - mempunyai hubungan yang erat dengan
Fiqh Al-Nusus (Nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah)
- yang menjelaskan mengenai hukum-hakam yang juz’i (cabang)
yang berkait langsung dengan
1. Al-Maqasid Al-Kulliyyah (tujuan-tujuan umum) dan
2 . Al-Qawaid Al-‘Ammah (kaedah-kaedah hukum umum).
Dengan cara ini, maka hukum2 furu’ (cabang) akan ditinjau
kembali melalui kaedah2 umum dan hukum asalnya.
Satu perkara yang sangat penting di sini ialah:
1. bagaimana kita membezakan antara dalil2 qat’i (pasti) dan
zanni (belum pasti) daripada nas2 Al-Quran dan Sunnah Nabi
S.A.W.
2. antara Al-Muhkam (jelas petunjuknya) dan Al-Mutasyabih
(belum jelas petunjuknya).
Kerana itu :
1. dalil2 zanni mestilah difahami mengikut kaedah dalil2 qat’i
2. Al-Mutasyabih mestilah difahami mengikut kaedah Al-Muhkam.
Kepentingan Fiqh Al-Waqi’
Fiqh Al-Waqi’ bermaksud kefahaman yang mendalam
tentang realiti hidup. Ia boleh terbina melalui
pembacaan, penelitian dan penyelidikan yang ilmiah
tentang realiti hidup semasa dalam pelbagai aspek yang
berkaitan.
Dalam melakukan perbandingan dan menentukan
keutamaan berasaskan prinsip Fiqh Al-Muwazanat dan
Fiqh Al-Aulawiyyat, kefahaman tentang realiti hidup
semasa atau Fiqh Al-Waqi’ ini tidak boleh diabaikan.
Kerana meskipun semua hukum dan nilai Islam itu pada
asasnya terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah,
namun banyak prinsip yang terdapat dalam Al-Quran dan
Al-Sunnah itu sendiri menganjurkan supaya dirujuk
kepada realiti hidup semasa.
Malah, dalam beberapa hal, kefahaman terhadap nas
dan objektif syarak juga mungkin bergantung atau berkait
rapat dengan kefahaman terhadap realiti hidup semasa.
Ini bererti kemahiran memahami nas (Fiqh Al-Nusus)
dan kemahiran memahami objektif Syarak (Fiqh Al-
Maqasid) semata2 belum tentu menjadikan seseorang
itu mampu membuat perbandingan antara berbagai2
keadaan dan nilai (Al-Muwazanat) bagi membantu
usaha menentukan keutamaan (Al-Aulawiyyat).
Apa lagi jika yang difahami itu hanyalah semata2
pandangan para ulama terdahulu yang tentu sekali,
walaupun berdasarkan pada asasnya kepada Al-Quran
dan Al-Sunnah, tetapi banyak dipengaruhi oleh realiti
semasa pada waktu pandangan itu diberikan.
Seorang fakih perlu selidik segala ilmu dan situasi terbaru dan
bukan sahaja perlu mampu memahami teks2 fiqh lama, tetapi
juga perlu mampu menyelidik kenyataan dan realiti hidup
semasa.
Adalah penting untuk ditegaskan bahawa keperluan kepada Fiqh
Al-Aulawiyyat di kalangan umat Islam pada hari ini tidak boleh
dilihat secara mudah. Tidak seharusnya penekanan kepada
keperluan seperti ini menyebabkan ada orang bertindak
menentukan keutamaan dalam kehidupan peribadi atau
masyarakat dengan hanya berdasarkan realiti hidup semata-
mata. Meskipun realiti hidup itu penting diberi pertimbangan
dalam menentukan keutamaan, namun nas dan objektif Syarak
perlu menjadi asas yang paling utama.
Dalam kaitan ini, para ulama Usul telah menetapkan beberapa kaedah
dan panduan. Antaranya ialah :
‫جلب‬ ‫على‬ ‫مقدم‬ ‫المفسدة‬ ‫درأ‬‫المصالح‬
“Mencegah kerosakan mesti diutamakan daripada memetik kemaslahatan
(kebaikan).”
‫الكبيرة‬ ‫المصلحة‬ ‫أجل‬ ‫من‬ ‫تغتفر‬ ‫الصغيرة‬ ‫المفسدة‬
“Melakukan Al-Mafsadah (kerosakan) yang kecil dibolehkan demi untuk
mendapatkan kemaslahatan (kebaikan) yang besar.”
‫الدائمة‬ ‫المصلحة‬ ‫أجل‬ ‫من‬ ‫العارضة‬ ‫المفسدة‬ ‫تغتفر‬
“Melakukan Al-Mafsadah (kerosakan) yang bersifat sementara dibolehkan demi
untuk mendapatkan kemaslahatan (kebaikan) yang bersifat abadi.”
‫متوهمة‬ ‫مفسدة‬ ‫أجل‬ ‫من‬ ‫محققة‬ ‫مصلحة‬ ‫تترك‬ ‫ال‬
“Kemaslahatan (kebaikan) yang diyakini kewujudannya tidak boleh ditinggalkan
kerana Al-Mafsadah (kerosakan) yang masih berupa angan-angan.”

More Related Content

What's hot

khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1Salam Salleh
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMAina Zambry
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaInteger
 
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatSolat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatAzizan Jae
 
Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.jimoh370
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinZafirah Abdullah
 
Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqhcikmelly
 
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamTarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamYu Diey
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumAimiRasyidaJunedi
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid123syahier
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirshashahussein
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiathirahsb
 
Jenayah minum arak
Jenayah minum arakJenayah minum arak
Jenayah minum arakshahirah44
 
Chapter 1 islam sebagai ad-din
Chapter 1   islam sebagai ad-dinChapter 1   islam sebagai ad-din
Chapter 1 islam sebagai ad-dinFazd Alias
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniNaimAlmashoori
 
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012 konsep nasikh mansukh completeAngah Rahim
 
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN Normurni Mohamad
 

What's hot (20)

khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
 
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
 
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh UlamaSumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
Sumber Yang Tidak Disepakati Oleh Ulama
 
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & SunatSolat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
Solat: Pengertian, Syarat, Rukun & Sunat
 
Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
 
5 Qawaid Fiqhiyyah
5 Qawaid Fiqhiyyah5 Qawaid Fiqhiyyah
5 Qawaid Fiqhiyyah
 
Falsafah Konsep Teori Pemilikan dalam Islam
Falsafah Konsep Teori Pemilikan dalam IslamFalsafah Konsep Teori Pemilikan dalam Islam
Falsafah Konsep Teori Pemilikan dalam Islam
 
Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqh
 
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamTarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
 
Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzir
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
 
Jenayah minum arak
Jenayah minum arakJenayah minum arak
Jenayah minum arak
 
Chapter 1 islam sebagai ad-din
Chapter 1   islam sebagai ad-dinChapter 1   islam sebagai ad-din
Chapter 1 islam sebagai ad-din
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
 
Konsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam IslamKonsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam Islam
 
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
 
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
 

Similar to FIQH AWLAWIYYAT

Slide-Presentasi-Pengajian-Tarjih-Manhaj-Ijtihad-Muhammadiyah-Kaidah-Ushuliya...
Slide-Presentasi-Pengajian-Tarjih-Manhaj-Ijtihad-Muhammadiyah-Kaidah-Ushuliya...Slide-Presentasi-Pengajian-Tarjih-Manhaj-Ijtihad-Muhammadiyah-Kaidah-Ushuliya...
Slide-Presentasi-Pengajian-Tarjih-Manhaj-Ijtihad-Muhammadiyah-Kaidah-Ushuliya...ssuser2c27ed1
 
Mafahim fiqh al awlawiyat wal muwazanat fi amalid da’wah
Mafahim fiqh al awlawiyat wal muwazanat fi amalid da’wahMafahim fiqh al awlawiyat wal muwazanat fi amalid da’wah
Mafahim fiqh al awlawiyat wal muwazanat fi amalid da’wahSofyan Siroj
 
Fiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-Qardhawi
Fiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-QardhawiFiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-Qardhawi
Fiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-QardhawiAbu Muhammad
 
Kaidah-Kaidah Ushul Fiqih
Kaidah-Kaidah Ushul FiqihKaidah-Kaidah Ushul Fiqih
Kaidah-Kaidah Ushul FiqihUNIB
 
Bab 2 Sumber Hukum Islam
Bab 2   Sumber Hukum IslamBab 2   Sumber Hukum Islam
Bab 2 Sumber Hukum IslamWanBK Leo
 
makalah qawaid uhuliyah dan fiqiyah 2.docx
makalah qawaid uhuliyah dan fiqiyah 2.docxmakalah qawaid uhuliyah dan fiqiyah 2.docx
makalah qawaid uhuliyah dan fiqiyah 2.docxAmeliaJonson1
 
Makalah kaidah ushuliyah
Makalah kaidah ushuliyahMakalah kaidah ushuliyah
Makalah kaidah ushuliyahYorgie August
 
Makalah ushul fiqh istihsan
Makalah ushul fiqh istihsanMakalah ushul fiqh istihsan
Makalah ushul fiqh istihsanMuli Bluelovers
 
AIK 2 KELOMPOKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.3.pptx
AIK 2 KELOMPOKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.3.pptxAIK 2 KELOMPOKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.3.pptx
AIK 2 KELOMPOKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.3.pptxAnggita854299
 
Presentasi Pengantar Masail Fiqhiyah
Presentasi Pengantar Masail FiqhiyahPresentasi Pengantar Masail Fiqhiyah
Presentasi Pengantar Masail FiqhiyahMarhamah Saleh
 
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu Nurul Ashwad
 
Bahan ajar ushul fiqh (semester gasal 2014 2015)
Bahan ajar ushul fiqh (semester gasal 2014 2015)Bahan ajar ushul fiqh (semester gasal 2014 2015)
Bahan ajar ushul fiqh (semester gasal 2014 2015)Muhsin Hariyanto
 
64-248-1-PB.pdf
64-248-1-PB.pdf64-248-1-PB.pdf
64-248-1-PB.pdfmediapro5
 

Similar to FIQH AWLAWIYYAT (20)

Slide-Presentasi-Pengajian-Tarjih-Manhaj-Ijtihad-Muhammadiyah-Kaidah-Ushuliya...
Slide-Presentasi-Pengajian-Tarjih-Manhaj-Ijtihad-Muhammadiyah-Kaidah-Ushuliya...Slide-Presentasi-Pengajian-Tarjih-Manhaj-Ijtihad-Muhammadiyah-Kaidah-Ushuliya...
Slide-Presentasi-Pengajian-Tarjih-Manhaj-Ijtihad-Muhammadiyah-Kaidah-Ushuliya...
 
Mafahim fiqh al awlawiyat wal muwazanat fi amalid da’wah
Mafahim fiqh al awlawiyat wal muwazanat fi amalid da’wahMafahim fiqh al awlawiyat wal muwazanat fi amalid da’wah
Mafahim fiqh al awlawiyat wal muwazanat fi amalid da’wah
 
Fiqh prioritas
Fiqh prioritasFiqh prioritas
Fiqh prioritas
 
Fiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-Qardhawi
Fiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-QardhawiFiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-Qardhawi
Fiqh Keutamaan - Dr. Yusof al-Qardhawi
 
Kaidah-Kaidah Ushul Fiqih
Kaidah-Kaidah Ushul FiqihKaidah-Kaidah Ushul Fiqih
Kaidah-Kaidah Ushul Fiqih
 
Masolih
MasolihMasolih
Masolih
 
Bab 2 Sumber Hukum Islam
Bab 2   Sumber Hukum IslamBab 2   Sumber Hukum Islam
Bab 2 Sumber Hukum Islam
 
Kaedah Fiqh dalam Keusahawanan Sosial Islam (KSI)
Kaedah Fiqh dalam Keusahawanan Sosial Islam (KSI)Kaedah Fiqh dalam Keusahawanan Sosial Islam (KSI)
Kaedah Fiqh dalam Keusahawanan Sosial Islam (KSI)
 
makalah qawaid uhuliyah dan fiqiyah 2.docx
makalah qawaid uhuliyah dan fiqiyah 2.docxmakalah qawaid uhuliyah dan fiqiyah 2.docx
makalah qawaid uhuliyah dan fiqiyah 2.docx
 
Makalah kaidah ushuliyah
Makalah kaidah ushuliyahMakalah kaidah ushuliyah
Makalah kaidah ushuliyah
 
Makalah ushul fiqh istihsan
Makalah ushul fiqh istihsanMakalah ushul fiqh istihsan
Makalah ushul fiqh istihsan
 
AIK 2 KELOMPOKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.3.pptx
AIK 2 KELOMPOKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.3.pptxAIK 2 KELOMPOKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.3.pptx
AIK 2 KELOMPOKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.3.pptx
 
Presentasi Pengantar Masail Fiqhiyah
Presentasi Pengantar Masail FiqhiyahPresentasi Pengantar Masail Fiqhiyah
Presentasi Pengantar Masail Fiqhiyah
 
Qawaidul Fiqh
Qawaidul FiqhQawaidul Fiqh
Qawaidul Fiqh
 
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
Kertas Kerja Ustaz Zaharuddin (Memahami Dalil Politik Islam) Bahasa Melayu
 
KE_NU_AN_Manzilul_Ulum.doc
KE_NU_AN_Manzilul_Ulum.docKE_NU_AN_Manzilul_Ulum.doc
KE_NU_AN_Manzilul_Ulum.doc
 
Qawaid fiqh pt 1
Qawaid fiqh  pt 1Qawaid fiqh  pt 1
Qawaid fiqh pt 1
 
Bahan ajar ushul fiqh (semester gasal 2014 2015)
Bahan ajar ushul fiqh (semester gasal 2014 2015)Bahan ajar ushul fiqh (semester gasal 2014 2015)
Bahan ajar ushul fiqh (semester gasal 2014 2015)
 
Pemahaman bid'ah
Pemahaman bid'ahPemahaman bid'ah
Pemahaman bid'ah
 
64-248-1-PB.pdf
64-248-1-PB.pdf64-248-1-PB.pdf
64-248-1-PB.pdf
 

More from Amiruddin Ahmad

Keusahawanan 4 rumusan falsafah dan tasawwuf
Keusahawanan 4    rumusan  falsafah  dan  tasawwufKeusahawanan 4    rumusan  falsafah  dan  tasawwuf
Keusahawanan 4 rumusan falsafah dan tasawwufAmiruddin Ahmad
 
Keusahawanan 3 perspektif islam dan pengalaman
Keusahawanan 3     perspektif islam dan pengalamanKeusahawanan 3     perspektif islam dan pengalaman
Keusahawanan 3 perspektif islam dan pengalamanAmiruddin Ahmad
 
Keusahawanan 2 produk dan marketing
Keusahawanan 2     produk dan marketingKeusahawanan 2     produk dan marketing
Keusahawanan 2 produk dan marketingAmiruddin Ahmad
 
Keusahawanan 1 peradaban dan pengenalan
Keusahawanan 1    peradaban dan pengenalanKeusahawanan 1    peradaban dan pengenalan
Keusahawanan 1 peradaban dan pengenalanAmiruddin Ahmad
 
PEMBINAAN ROHANI - BERSYUKUR TANDA PENGABDIAN
PEMBINAAN ROHANI - BERSYUKUR TANDA PENGABDIANPEMBINAAN ROHANI - BERSYUKUR TANDA PENGABDIAN
PEMBINAAN ROHANI - BERSYUKUR TANDA PENGABDIANAmiruddin Ahmad
 
PEMBINAAN ROHANI - SEMBUNYIKAN AMALAN KAMU
PEMBINAAN ROHANI - SEMBUNYIKAN AMALAN KAMUPEMBINAAN ROHANI - SEMBUNYIKAN AMALAN KAMU
PEMBINAAN ROHANI - SEMBUNYIKAN AMALAN KAMUAmiruddin Ahmad
 
Islam trivia 3 nama ahli badar dan muhajirin
Islam trivia  3   nama ahli badar dan muhajirinIslam trivia  3   nama ahli badar dan muhajirin
Islam trivia 3 nama ahli badar dan muhajirinAmiruddin Ahmad
 
Islam trivia 2 perihal sahabah
Islam trivia  2   perihal sahabahIslam trivia  2   perihal sahabah
Islam trivia 2 perihal sahabahAmiruddin Ahmad
 
MAQASID SYARAK UNTUK PEMULA
MAQASID SYARAK UNTUK PEMULAMAQASID SYARAK UNTUK PEMULA
MAQASID SYARAK UNTUK PEMULAAmiruddin Ahmad
 
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN PENERAPANNYA
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN PENERAPANNYA1. FIQH AWLAWIYYAT DAN PENERAPANNYA
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN PENERAPANNYAAmiruddin Ahmad
 
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN MAQASID SYRAK
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN MAQASID SYRAK1. FIQH AWLAWIYYAT DAN MAQASID SYRAK
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN MAQASID SYRAKAmiruddin Ahmad
 
MUHAMMAD IQBAL - SPIRITUAL FATHER OF PAKISTAN
MUHAMMAD IQBAL - SPIRITUAL FATHER OF PAKISTANMUHAMMAD IQBAL - SPIRITUAL FATHER OF PAKISTAN
MUHAMMAD IQBAL - SPIRITUAL FATHER OF PAKISTANAmiruddin Ahmad
 
KHALID AL WALID - GREATEST WARRIOR EVER
KHALID AL WALID  - GREATEST WARRIOR EVERKHALID AL WALID  - GREATEST WARRIOR EVER
KHALID AL WALID - GREATEST WARRIOR EVERAmiruddin Ahmad
 
DISRAELI AND WEISHAUPT -- THINKING
DISRAELI  AND  WEISHAUPT  -- THINKINGDISRAELI  AND  WEISHAUPT  -- THINKING
DISRAELI AND WEISHAUPT -- THINKINGAmiruddin Ahmad
 
Qawaribun najah .. BAHTERA PENYELAMAT UNTUK DUAT - FATHI YAKAN
Qawaribun najah .. BAHTERA PENYELAMAT UNTUK DUAT - FATHI YAKANQawaribun najah .. BAHTERA PENYELAMAT UNTUK DUAT - FATHI YAKAN
Qawaribun najah .. BAHTERA PENYELAMAT UNTUK DUAT - FATHI YAKANAmiruddin Ahmad
 
Ihsan management thoughts
Ihsan   management thoughtsIhsan   management thoughts
Ihsan management thoughtsAmiruddin Ahmad
 

More from Amiruddin Ahmad (20)

Nasihat As - Sya'rawi
Nasihat As - Sya'rawiNasihat As - Sya'rawi
Nasihat As - Sya'rawi
 
Keusahawanan 4 rumusan falsafah dan tasawwuf
Keusahawanan 4    rumusan  falsafah  dan  tasawwufKeusahawanan 4    rumusan  falsafah  dan  tasawwuf
Keusahawanan 4 rumusan falsafah dan tasawwuf
 
Keusahawanan 3 perspektif islam dan pengalaman
Keusahawanan 3     perspektif islam dan pengalamanKeusahawanan 3     perspektif islam dan pengalaman
Keusahawanan 3 perspektif islam dan pengalaman
 
Keusahawanan 2 produk dan marketing
Keusahawanan 2     produk dan marketingKeusahawanan 2     produk dan marketing
Keusahawanan 2 produk dan marketing
 
Keusahawanan 1 peradaban dan pengenalan
Keusahawanan 1    peradaban dan pengenalanKeusahawanan 1    peradaban dan pengenalan
Keusahawanan 1 peradaban dan pengenalan
 
PEMBINAAN ROHANI - BERSYUKUR TANDA PENGABDIAN
PEMBINAAN ROHANI - BERSYUKUR TANDA PENGABDIANPEMBINAAN ROHANI - BERSYUKUR TANDA PENGABDIAN
PEMBINAAN ROHANI - BERSYUKUR TANDA PENGABDIAN
 
PEMBINAAN ROHANI - SEMBUNYIKAN AMALAN KAMU
PEMBINAAN ROHANI - SEMBUNYIKAN AMALAN KAMUPEMBINAAN ROHANI - SEMBUNYIKAN AMALAN KAMU
PEMBINAAN ROHANI - SEMBUNYIKAN AMALAN KAMU
 
Maqasid syarak
Maqasid syarakMaqasid syarak
Maqasid syarak
 
Islam trivia 3 nama ahli badar dan muhajirin
Islam trivia  3   nama ahli badar dan muhajirinIslam trivia  3   nama ahli badar dan muhajirin
Islam trivia 3 nama ahli badar dan muhajirin
 
Islam trivia 2 perihal sahabah
Islam trivia  2   perihal sahabahIslam trivia  2   perihal sahabah
Islam trivia 2 perihal sahabah
 
MAQASID SYARAK UNTUK PEMULA
MAQASID SYARAK UNTUK PEMULAMAQASID SYARAK UNTUK PEMULA
MAQASID SYARAK UNTUK PEMULA
 
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN PENERAPANNYA
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN PENERAPANNYA1. FIQH AWLAWIYYAT DAN PENERAPANNYA
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN PENERAPANNYA
 
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN MAQASID SYRAK
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN MAQASID SYRAK1. FIQH AWLAWIYYAT DAN MAQASID SYRAK
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN MAQASID SYRAK
 
MUHAMMAD IQBAL - SPIRITUAL FATHER OF PAKISTAN
MUHAMMAD IQBAL - SPIRITUAL FATHER OF PAKISTANMUHAMMAD IQBAL - SPIRITUAL FATHER OF PAKISTAN
MUHAMMAD IQBAL - SPIRITUAL FATHER OF PAKISTAN
 
KHALIL GIBRAN
KHALIL GIBRANKHALIL GIBRAN
KHALIL GIBRAN
 
KHALID AL WALID - GREATEST WARRIOR EVER
KHALID AL WALID  - GREATEST WARRIOR EVERKHALID AL WALID  - GREATEST WARRIOR EVER
KHALID AL WALID - GREATEST WARRIOR EVER
 
DISRAELI AND WEISHAUPT -- THINKING
DISRAELI  AND  WEISHAUPT  -- THINKINGDISRAELI  AND  WEISHAUPT  -- THINKING
DISRAELI AND WEISHAUPT -- THINKING
 
Qawaribun najah .. BAHTERA PENYELAMAT UNTUK DUAT - FATHI YAKAN
Qawaribun najah .. BAHTERA PENYELAMAT UNTUK DUAT - FATHI YAKANQawaribun najah .. BAHTERA PENYELAMAT UNTUK DUAT - FATHI YAKAN
Qawaribun najah .. BAHTERA PENYELAMAT UNTUK DUAT - FATHI YAKAN
 
Leader vs manager
Leader vs managerLeader vs manager
Leader vs manager
 
Ihsan management thoughts
Ihsan   management thoughtsIhsan   management thoughts
Ihsan management thoughts
 

FIQH AWLAWIYYAT

  • 2. Fiqh bermaksud kefahaman FIQH AWLAWIYYAT “Prinsip Keutamaan” FIQH MUWAZANAT (Fiqh Pertimbangan) FIQH AN NUSUS (Fiqh Nas al-Quran dan as-Sunnah) Al-Mafasid (Kemafsadatan) Atau Al-Madar (Kemudaratan) Al-Masalih (Kemaslahatan) Dan Al-Mafasid (Kerosakan) Fiqh al-Maqasid (Maksud Syariat Ilmu Fiqh)
  • 3. Satu prinsip penting dan perlu diberi perhatian serius dalam melaksanakan tugas ijtihad semasa seperti mana yang dianjurkan oleh para ulama tajdid ialah “Fiqh al-Aulawiyyat.” Ia secara umum bererti prinsip keutamaan dalam menyatukan atau melaksanakan hukum. Kata Yusuf al-Qardhawi, apa yang dimaksudkan ialah meletakkan sesuatu pada kedudukannya secara adil. Kemudian menentukan keutamaan masing-masing berasaskan kepada pertimbangan syarak yang betul dengan berpandukan kepada bimbingan wahyu dan akal. Dengan demikian, yang tidak penting tidaklah diutamakan daripada yang penting, begitu juga yang penting tidak diutamakan daripada yang lebih penting.
  • 4. Tetapi sebaliknya, diutamakan apa yang patut diuatamakan dan dikemudiankan apa yang sepatutnya dikemudiankan, tidak diperbesarkan yang kecil, tidak meremehkan yang penting. Semua perkara diletakkan pada tempatnya berpandukan ukuran keadilan tanpa prejudis atau berat sebelah. Dalam tugasan ini, kami memfokuskan perbincangan Fiqh Al- Aulawiyyat kepada konsepnya, kepentingan mengaplikasikan Fiqh Al-Aulawiyyat dalam mengamalkan ajaran Syariah Islam dan garis panduan Syarak yang diperlukan dalam mempraktikkan Fiqh Al- Aulawiyyat dalam kehidupan.
  • 5. Prinsip “Fiqh Al-Aulawiyyat” - berasaskan kepada prinsip tertentu dalam Syariat Islam. Ia boleh dirumuskan dalam hakikat bahawa nilai hukum, amalan dan tugasan (taklif) mempunyai kategori-kategori yang berbeza-beza antara satu sama lain pada pandangan syarak. Ambil sahaja “perbuatan” (amal) sebagai contoh. Di dalamnya terdapat pelbagai kategori yang tidak sama antara satu sama lain.
  • 6. Di antara perkara2 tersebut : 1. ada yang besar, penting dan utama 2. ada yang kecil, ringan, kurang penting dan kurang utama 3. ada merupakan perkara asasi (asli) 4. ada pula perkara cabang (far’i), 5. ada perkara pokok (rukun) 6. ada perkara pelengkap 7. ada perkara primary, ada pula yang secondary , begitulah selanjutnya.
  • 7. Dalam al-Quran, prinsip ini dapat dilihat seperti yang terdapat dalam firman Allah: Maksudnya: “Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang- orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidil Haram kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.”
  • 8. Dalam Hadith, prinsip ini dapat juga dilihat seperti yang terdapat dalam sabda Nabi saw: Maksudnya: Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa iman itu ada lebih tujuh puluh cabang. Yang paling tinggi ialah mengucap dua kalimah syahadah dan yang paling rendah ialah menghapuskan bahaya daripada jalan raya.
  • 9. Sebagai contoh, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud : “Solat berjemaah lebih utama dua puluh tujuh darjat daripada solat bersendirian.” Baginda juga pernah bersabda: “Berdiri di medan jihad (ribat) sehari semalam, lebih utama (ganjarannya) daripada puasa dan qiamullail (solat malam) sebulan lamanya.” Dalil-dalil tersebut menjelaskan perbezaan tangga dan darjat satu amalan ke atas amalan yang lain.
  • 10. Sesiapa yang mengkaji ayat2 yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis2 Rasulullah saw. mengenai perkara ini, sama ada ianya merupakan jawapan kepada pertanyaan ataupun penjelasan mengenai hakikat sesuatu perkara, nescaya mendapati bahawa ayat2 tersebut telah dengan jelas meletakkan asas2 dan ukuran tertentu mengenai perkara2 yang mesti diutamakan dan didahulukan daripada yang lainnya, sama ada perkara itu terdiri daripada perbuatan, percakapan, nilai2 ataupun semua kewajipan yang telah ditetapkan ke atas setiap Muslim.
  • 11. Di samping kenyataan2 tentang amalan2 baik yang perlu diutamakan dalam melakukannya, terdapat juga kenyataan2 tentang amalan jahat yang perlu diutamakan dalam meninggalkannya. Malah terdapat juga kenyataan2 tentang siapa lebih baik dalam kalangan umat manusia, misalnya orang yang berilmu, orang yang berjihad dan sebagainya. Bagaimanapun, ia bukanlah prinsip hukum yang substantif. Sebaliknya ia hanyalah prosedur amalan semata-mata.
  • 12. Dari segi teori, tidak ada asas untuk membatalkan hukum yang ditentukan tanpa mengambil kira Al- Aulawiyyat, atau keutamaan ini. Kecualilah jika ia bertentangan secara jelas dengan al-Quran, al- Sunnah, ijma’ atau qiyas, atau prinsip-prinsip lain yang dikira asas dalam teori perhukuman Islam. Cuma melaksanakan hukum seperti itu boleh disifatkan sebagai tidak bijak kerana bertentangan dengan prinsip keutamaan (Al-Aulawiyyat).
  • 13. Selain daripada itu, “Aulawiyyat” itu sendiri merupakan suatu konsep yang fleksibel. Ia berasaskan kepada banyak faktor yang berubah-ubah, baik dari segi fakta mahupun penilaian. - Suatu nilai atau keperluan yang dilihat sebagai lebih utama (aula) pada suatu masa, ketika dan suasana, mungkin dilihat sebaliknya pada masa, ketika dan suasana yang berbeza. - Begitu juga, sesuatu yang boleh dikira sebagai “utama” dan “aula” bagi seseorang, suatu kumpulan atau masyarakat, mungkin sebaliknya bagi seseorang, suatu kumpulan atau masyarakat yang lain.
  • 14. Berasaskan kepada hakikat tersebut, keutamaan atau Aulawiyyat tidak boleh ditentukan semata-mata berdasarkan kepada satu dimensi sahaja. - Ia perlu dilihat daripada pelbagai dimensi, dan dengan mengambil kira berbagai-bagai pra-syarat. - Kegagalan memenuhi syarat dan pra- syarat itu, sesuatu yang mungkin sebenarnya tidak perlu diutamakan (tidak aula) dilihat sebagai perlu diutamakan (aula) dan mungkin yang sebenarnya perlu diberi keutamaan dilihat sebagai tidak utama.
  • 15. Kepentingan Pengaplikasian Fiqh Al-Aulawiyyat Dalam Mengamalkan Ajaran Syariah Islam. Fiqh Al-Aulawiyyat sangat perlu untuk diaplikasikan dalam mengamalkan Syariah Islam. Bencana yang menimpa kebanyakan jemaah Islam hari ini adalah disebabkan hilangnya Fiqh Al-Aulawiyyat dalam membuat sesuatu penilaian. - Kebanyakan daripada mereka menumpukan kepada persoalan cabang berbanding persoalan asas, persoalan juz’iyyah berbanding kulliyyah dan persoalan yang diperselisihkan oleh ulama, berbanding yang telah diittifaq oleh mereka. - Melalui Fiqh Al-Aulawiyyat, kita dapat mengetahui mana persoalan yang patut ditumpukan dahulu baik dari sudut usaha , dari sudut waktu, berbanding amalan2 lain.
  • 16. Kita juga dapat mengetahui mana satukah musuh yang perlu dihadapi terlebih dahulu dan menumpukan serangan terhadap mereka, serta mana satukah peperangan yang perlu dimulakan terlebih dahulu. - Manusia pada pandangan Islam ada beberapa jenis, iaitu orang2 Islam, kafir dan juga munafik. - Orang2 Islam ada yang jahil dan ada juga yang khianat. - Orang2 kafir ada yang berdamai dengan Islam, dan ada juga yang memerangi Islam.
  • 17. - Ada yang hanya kafir sahaja dan tidak melakukan apa2 angkara terhadap Islam, dan ada di antara yang kafir yang menghalang manusia dari jalan Allah - Orang2 munafik pula, ada yang nifaknya kecil dan ada yang besar. Terhadap siapa kita patut mula bersemuka? Aspek manakah yang lebih utama diamalkan? Perkara apakah yang patut diraikan terlebih dahulu? Semua ini memerlukan kepada pengaplikasian Fiqh Al- Aulawiyyat untuk mengutamakan sesuatu prioriti.
  • 18. Garis Panduan Syarak Yang Diperlukan Dalam Mempraktikkan Fiqh Al-Aulawiyyat dalam Kehidupan. Untuk mempraktikkan Fiqh Al-Aulawiyyat - beberapa garis panduan Syarak yang perlu diikuti. Fiqh Al-Aulawiyyat mempunyai hubungan yang kuat dengan beberapa jenis fiqh yang lain, iaitu: i. Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al-Muwazanat (Fiqh Pertimbangan). ii. Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al-Maqasid (Maksud Syariat Ilmu Fiqh). iii. Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al-Nusus (Fiqh Nas al-Quran dan as-Sunnah).
  • 19. Hubungan Fiqh al-Aulawiyyat dengan Fiqh al- Muwazanat Fiqh al-Aulawiyyat berhubungan langsung dengan Fiqh al-Muwazanat. Asas-asas tersebut ialah: 1. Perbandingan antara pelbagai al-Masalih (kemaslahatan) atau al-Manafi’ (kemanfaatan) - perbandingan semua kebaikan yang diperintahkan antara satu dengan yang lainnya - untuk menentukan mana yang terbaik antara yang baik2 bagi diutamakan dalam melaksanakan.
  • 20. 2. Perbandingan antara pelbagai al-Mafasid (kebinasaan) atau al-Madar (kemudaratan) - perbandingan semua kemudaratan yang dilarang antara satu dengan yang lainnya - untuk menentukan mana yang terburuk antara yang buruk. Bagi diutamakan dalam menegah atau menjauhinya. 3. Perbandingan antara pelbagai al-Masalih (kemaslahatan) dan al-Mafasid (kemafsadatan) - perbandingan antara semua kebaikan yang diperintahkan dan kemudaratan yang dilarang - untuk menentukan keutamaan melakukan yang baik atau menjauhkan yang buruk apabila kedua2 nilai baik dan buruk itu ada dalam satu perbuatan atau keadaan yang sama.
  • 21. Melakukan Pertimbangan Di Antara Pelbagai Al-Masalih (Kemaslahatan) Para ulama Usul menjelaskan bahawa Al-Masalih (Kemaslahatan) terdiri daripada tiga peringkat, iaitu: I. Al-Daruriyyat (Perkara yang darurat) : perkara mutlak diperlukan untuk kehidupan manusia. II. Al-Hajiyyat (Perkara yang diperlukan) : perkara yang apabila ianya tiada,kehidupan manusia akan menjadi sangat susah III. Al-Tahsiniyyat (Perkara yang melengkap) : pelengkap yang menjadi hiasan tambahan di dalam kehidupan dan dengan keberadaannya, maka kehidupan manusia akan menjadi lebih sempurna.
  • 22. Dengan itu, Fiqh Al-Muwazanat dan seterusnya Fiqh Al- Aulawiyyat menuntut kita untuk : 1. Mendahulukan perkara2 yang termasuk ke dalam Al- Daruriyyat (darurat) ke atas perkara2 yang termasuk ke dalam Al-Hajiyyat (keperluan) 2. Mendahulukan perkara2 yang termasuk ke dalam Al- Daruriyyat ke atas perkara2 yang termasuk ke dalam Al- Tahsiniyyat . 3. Kita juga dituntut untuk mengutamakan perkara Al- Hajiyyat ke atas perkara Al-Tahsiniyyat
  • 23. Para ulama Usul menjelaskan bahawa perkara Al- Daruriyyat terbahagi kepada lima iaitu memelihara 1. agama 2. jiwa 3. keturunan 4. akal 5. harta benda. Sebahagian ulama menambah peringkat keenam, iaitu: memelihara nama baik (maruah). Memelihara kemurnian agama adalah merupakan perkara darurat yang paling utama dan penting. Ianya mestilah didahulukan ke atas perkara2 darurat yang lain, hatta jiwa sekali pun. Begitu juga memelihara keselamatan jiwa mesti diutamakan dan didahulukan ke atas perkara2 darurat yang selebihnya.
  • 24. Didalam melakukan pertimbangan dan perbandingan di antara pelbagai Al-Masalih (kemaslahatan), maka ketentuan berikut perlu diikuti : 1. Mengutamakan kemaslahatan yang telah diyakinkan terjadinya ke atas kemaslahatan yang belum dapat diyakinkan berlakunya. 2. Mengutamakan kemaslahatan yang besar ke atas kemaslahatan yang kecil. 3. Mengutamakan kemaslahatan jamaah (orang ramai) ke atas kemaslahatan seseorang individu.
  • 25. 4. Mengutamakan kemaslahatan golongan yang lebih banyak ke atas kemaslahatan golongan yang lebih sedikit. 5. Mengutamakan kemaslahatan yang kekal dan abadi ke atas kemaslahatan yang bersifat sementara dan terhad. 6. Mengutamakan kemaslahatan yang asasi dan mendasar ke atas kemaslahatan sampingan dan pinggiran. 7. Mengutamakan kemaslahatan masa depan yang kuat ke atas kemaslahatan sekarang yang lemah.
  • 26. Sebagai contoh, semasa Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah S.A.W. lebih mengambil berat dan mengutamakan kepentingan asasi dan isi serta yang terpenting untuk masa hadapan daripada kemaslahatan sementara yang nampak pada pandangan kebanyakan sahabat ketika itu. Dalam perjanjian tersebut, Rasulullah S.A.W. telah menerima beberapa syarat daripada pihak Kafir yang jika sekilas pandang seolah-olah merugikan dan merendahkan pihak kaum Muslimin
  • 27. Di antaranya, Rasulullah S.A.W. menerima untuk 1. memadamkan bacaan Bismillah daripada naskhah perjanjian dan diganti dengan kalimah Bismika Allahumma 2. nama Muhammad, Rasulullah diganti dengan Muhammad Ibn Abdullah. Hasilnya, setelah termeterainya Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah S.A.W. dan para sahabat dapat bergerak dengan bebas dan masuk ke dalam daerah2 musuh untuk menyebarkan risalah Islam, sama ada di kalangan rakyat awam atau pun keluarga para raja dan pembesar negeri.
  • 28. Pertimbangan Al-Mafasid (Kemafsadatan) Atau Al-Madar (Kemudaratan) Antara Satu Sama Lain. Kemafsadatan (kerosakan) dan kemudaratan tidak semuanya berada dalam peringkat dan darjat yang sama, tetapi ianya berbeza2 dan berperingkat2 1. Kemafsadatan yang menghalangi perkara Al-Daruriyyat (darurat) tidak sedarjat dengan yang menghalangi perkara Al-Hajiyyat (keperluan) dan juga tidak sedarjat dengan yang menghalangi perkara Al-Tahsiniyyat (pelengkap dan penyempurna).
  • 29. Kemafsadatan (kerosakan) yang menimpa harta benda lebih rendah darjatnya daripada yang menimpa jiwa, dan kerosakan yang menimpa jiwa lebih rendah darjatnya daripada yang menimpa agama dan aqidah. Kesimpulannya, Al-Mafasid (kerosakan) dan Al-Madar (kemudaratan) itu berbeza-beza dan berperingkat- peringkat, tidak berada pada darjat yang sama. Oleh kerana itu, para ulama Usul Fiqh telah mengambil beberapa kaedah hukum.
  • 30. Antaranya ialah : QAEDAH-QAEDAH DI GUNAPAKAI ‫ضرار‬ ‫وال‬ ‫ضرر‬ ‫ال‬ Maksudnya: “Dilarang menyebabkan timbulnya kemudaratan (kerosakan / kerugian), dan dilarang membalas balik kemudaratan / kerugian kepada orang lain.” ‫االمكان‬ ‫بقدر‬ ‫يزال‬ ‫الضرر‬ Maksudnya: “Kemudaratan (kerosakan / kerugian) mesti dihalangi terjadi, sekadar kemampuan.” ‫منه‬ ‫أكبر‬ ‫أو‬ ‫مثله‬ ‫بضرر‬ ‫يزال‬ ‫ال‬ ‫الضرر‬ Maksudnya: “Kemudaratan itu tidak boleh dihalangi dengan melakukan kemudaratan (kerosakan) yang seumpama atau yang lebih besar daripadanya.” di.”
  • 31. ‫الشرين‬ ‫وأهون‬ ‫الضررين‬ ‫أخف‬ ‫يرتكب‬ Maksudnya: “Apabila ada dua kemudaratan, maka dibolehkan melakukan (kerosakan / kerugian) yang lebih kecil dan lebih kurang akibatnya.” ‫األعلى‬ ‫الضرر‬ ‫لدفع‬ ‫األدنى‬ ‫الضرر‬ ‫يتحمل‬ Maksudnya: “Untuk menghalangi kemudaratan yang lebih besar, maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang lebih kecil.” ‫العام‬ ‫الضرر‬ ‫لدفع‬ ‫الخاص‬ ‫الضرر‬ ‫يتحمل‬ Maksudnya: “Untuk menghalangi kemudaratan yang akan menimpa orang ramai, maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang akan menimpa seseorang peribadi.”
  • 32. Apabila terjadi pertembungan antara kemaslahatan dan kerosakan atau kemanfaatan dan kemudaratan dalam sesuatu perkara, maka perlulah melakukan pertimbangan di antara kedua2nya. - Keputusan yang diambil adalah mengikut kadar yang lebih banyak dan majoriti kerana kadar majoriti boleh menentukan hukum bagi keseluruhan bahagian. - Apabila kadar kerosakan lebih tinggi dan lebih banyak daripada kadar kemanfaatan dan kebaikan di dalam sesuatu perkara, maka perkara tersebut dilarang dan ditegah daripada melakukannya. - Ada pun manfaat dan kebaikan sedikit yang ada di dalamnya tidak diambil kira dan mesti diabaikan. - Prinsip inilah yang telah disebutkan oleh Allah S.W.T. di dalam Al- Quran ketika memberikan jawapan mengenai masalah minuman keras dan kegiatan perjudian.
  • 33. Pertimbangan Antara Al-Masalih (Kemaslahatan) Dan Al-Mafasid (Kerosakan) Apabila Terjadi Pertembungan Antara Keduanya. Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…" Surat Baqarah : 219 ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫ر‬َ‫ب‬ْ‫ك‬َ‫أ‬ ‫ا‬َ‫م‬ُ‫ه‬ُ‫م‬ْ‫ث‬ِ‫إ‬َ‫و‬ ِ‫اس‬َّ‫ن‬‫ل‬ِ‫ل‬ ُ‫ع‬ِ‫ف‬‫ا‬َ‫ن‬َ‫م‬َ‫و‬ ٌ‫ير‬ِ‫ب‬َ‫ك‬ ٌ‫م‬ْ‫ث‬ِ‫إ‬ ‫ا‬َ‫م‬ِ‫يه‬ِ‫ف‬ ْ‫ل‬ُ‫ق‬ ِ‫ِر‬‫س‬ْ‫ي‬َ‫م‬ْ‫ال‬َ‫و‬ ِ‫ر‬ْ‫م‬َ‫خ‬ْ‫ال‬ ِ‫َن‬‫ع‬ َ‫ك‬َ‫ن‬‫و‬ُ‫ل‬َ‫أ‬ْ‫س‬َ‫ي‬ِ‫ع‬ْ‫ف‬َّ‫ن‬‫ا‬َ‫م‬ِ‫ه‬ Begitu jugalah sebaliknya, apabila kadar kemanfaatan dan kebaikan lebih besar dan lebih banyak daripada kadar kerosakan dan kemudaratan di dalam sesuatu masalah, maka masalah tersebut diharuskan dan dibolehkan mengikut pandangan Syariat Islam. Ada pun faktor kerosakan dan kemudaratan yang sangat sedikit tadi dikira tidak ada dan mesti diabaikan.
  • 34. Dalam kaitan ini, para ulama Usul telah menetapkan beberapa kaedah dan panduan. Antaranya ialah : ‫جلب‬ ‫على‬ ‫مقدم‬ ‫المفسدة‬ ‫درأ‬‫المصالح‬ “Mencegah kerosakan mesti diutamakan daripada memetik kemaslahatan (kebaikan).” ‫الكبيرة‬ ‫المصلحة‬ ‫أجل‬ ‫من‬ ‫تغتفر‬ ‫الصغيرة‬ ‫المفسدة‬ “Melakukan Al-Mafsadah (kerosakan) yang kecil dibolehkan demi untuk mendapatkan kemaslahatan (kebaikan) yang besar.” ‫الدائمة‬ ‫المصلحة‬ ‫أجل‬ ‫من‬ ‫العارضة‬ ‫المفسدة‬ ‫تغتفر‬ “Melakukan Al-Mafsadah (kerosakan) yang bersifat sementara dibolehkan demi untuk mendapatkan kemaslahatan (kebaikan) yang bersifat abadi.” ‫متوهمة‬ ‫مفسدة‬ ‫أجل‬ ‫من‬ ‫محققة‬ ‫مصلحة‬ ‫تترك‬ ‫ال‬ “Kemaslahatan (kebaikan) yang diyakini kewujudannya tidak boleh ditinggalkan kerana Al-Mafsadah (kerosakan) yang masih berupa angan-angan.”
  • 35. Hubungan Fiqh Al-Aulawiyyat Dengan Fiqh Al-Maqasid (Memahami Objektif Syarak) Fiqh Al-Aulawiyyat juga mempunyai kaitan yang rapat dengan Fiqh Al-Maqasid (memahami objektif Syarak). Para jumhur ulama telah bersepakat bahawa hukum-hakam Syarak itu mempunyai illat (sebab dan alasan), dan di sebalik semua illat tersebut mengandungi maksud2 dan tujuan2 tertentu yang hendak dicapai. Perkara-perkara yang termasuk ke dalam ibadah Al-Mahdah (semata-mata ibadah) juga mempunyai tujuan dan maksud tersendiri.
  • 36. Kerana itu, Al-Quran menerangkan tentang tujuan dan maksud ibadah : Solat misalnya, iaitu untuk mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Sementara kewajipan zakat untuk mensucikan hati dan membersihkan harta . Kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan adalah supaya menjadi orang2 yang bertakwa. Fardu haji pula supaya mereka menyaksikan kemanfaatan baginya dan supaya mereka sentiasa menyebut nama Allah.
  • 37. Hubungan Fiqh Al-Aulawiyyat Dengan Fiqh Al-Nusus (Fiqh Nas Al-Quran dan As-Sunnah) Fiqh Al-Aulawiyyat - mempunyai hubungan yang erat dengan Fiqh Al-Nusus (Nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah) - yang menjelaskan mengenai hukum-hakam yang juz’i (cabang) yang berkait langsung dengan 1. Al-Maqasid Al-Kulliyyah (tujuan-tujuan umum) dan 2 . Al-Qawaid Al-‘Ammah (kaedah-kaedah hukum umum). Dengan cara ini, maka hukum2 furu’ (cabang) akan ditinjau kembali melalui kaedah2 umum dan hukum asalnya.
  • 38. Satu perkara yang sangat penting di sini ialah: 1. bagaimana kita membezakan antara dalil2 qat’i (pasti) dan zanni (belum pasti) daripada nas2 Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. 2. antara Al-Muhkam (jelas petunjuknya) dan Al-Mutasyabih (belum jelas petunjuknya). Kerana itu : 1. dalil2 zanni mestilah difahami mengikut kaedah dalil2 qat’i 2. Al-Mutasyabih mestilah difahami mengikut kaedah Al-Muhkam.
  • 39. Kepentingan Fiqh Al-Waqi’ Fiqh Al-Waqi’ bermaksud kefahaman yang mendalam tentang realiti hidup. Ia boleh terbina melalui pembacaan, penelitian dan penyelidikan yang ilmiah tentang realiti hidup semasa dalam pelbagai aspek yang berkaitan. Dalam melakukan perbandingan dan menentukan keutamaan berasaskan prinsip Fiqh Al-Muwazanat dan Fiqh Al-Aulawiyyat, kefahaman tentang realiti hidup semasa atau Fiqh Al-Waqi’ ini tidak boleh diabaikan.
  • 40. Kerana meskipun semua hukum dan nilai Islam itu pada asasnya terkandung dalam Al-Quran dan Al-Sunnah, namun banyak prinsip yang terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah itu sendiri menganjurkan supaya dirujuk kepada realiti hidup semasa. Malah, dalam beberapa hal, kefahaman terhadap nas dan objektif syarak juga mungkin bergantung atau berkait rapat dengan kefahaman terhadap realiti hidup semasa.
  • 41. Ini bererti kemahiran memahami nas (Fiqh Al-Nusus) dan kemahiran memahami objektif Syarak (Fiqh Al- Maqasid) semata2 belum tentu menjadikan seseorang itu mampu membuat perbandingan antara berbagai2 keadaan dan nilai (Al-Muwazanat) bagi membantu usaha menentukan keutamaan (Al-Aulawiyyat). Apa lagi jika yang difahami itu hanyalah semata2 pandangan para ulama terdahulu yang tentu sekali, walaupun berdasarkan pada asasnya kepada Al-Quran dan Al-Sunnah, tetapi banyak dipengaruhi oleh realiti semasa pada waktu pandangan itu diberikan.
  • 42. Seorang fakih perlu selidik segala ilmu dan situasi terbaru dan bukan sahaja perlu mampu memahami teks2 fiqh lama, tetapi juga perlu mampu menyelidik kenyataan dan realiti hidup semasa. Adalah penting untuk ditegaskan bahawa keperluan kepada Fiqh Al-Aulawiyyat di kalangan umat Islam pada hari ini tidak boleh dilihat secara mudah. Tidak seharusnya penekanan kepada keperluan seperti ini menyebabkan ada orang bertindak menentukan keutamaan dalam kehidupan peribadi atau masyarakat dengan hanya berdasarkan realiti hidup semata- mata. Meskipun realiti hidup itu penting diberi pertimbangan dalam menentukan keutamaan, namun nas dan objektif Syarak perlu menjadi asas yang paling utama.
  • 43. Dalam kaitan ini, para ulama Usul telah menetapkan beberapa kaedah dan panduan. Antaranya ialah : ‫جلب‬ ‫على‬ ‫مقدم‬ ‫المفسدة‬ ‫درأ‬‫المصالح‬ “Mencegah kerosakan mesti diutamakan daripada memetik kemaslahatan (kebaikan).” ‫الكبيرة‬ ‫المصلحة‬ ‫أجل‬ ‫من‬ ‫تغتفر‬ ‫الصغيرة‬ ‫المفسدة‬ “Melakukan Al-Mafsadah (kerosakan) yang kecil dibolehkan demi untuk mendapatkan kemaslahatan (kebaikan) yang besar.” ‫الدائمة‬ ‫المصلحة‬ ‫أجل‬ ‫من‬ ‫العارضة‬ ‫المفسدة‬ ‫تغتفر‬ “Melakukan Al-Mafsadah (kerosakan) yang bersifat sementara dibolehkan demi untuk mendapatkan kemaslahatan (kebaikan) yang bersifat abadi.” ‫متوهمة‬ ‫مفسدة‬ ‫أجل‬ ‫من‬ ‫محققة‬ ‫مصلحة‬ ‫تترك‬ ‫ال‬ “Kemaslahatan (kebaikan) yang diyakini kewujudannya tidak boleh ditinggalkan kerana Al-Mafsadah (kerosakan) yang masih berupa angan-angan.”