Fiqh Muamalah
Tajuk:
KHIYAR
disediakan oleh:
Muqadimah

Khiyar
Penyempurna Keredhaan Dalam
Akad
Khiyar (Pilihan)
Definisi


Satu hak yang diberi kepada pihak-pihak
yang berkontrak samada hendak meluluskan
akad yang di...
Tujuan Khiyar




Memastikan adanya kerelaan hati kedua
pihak untuk menerus atau membatalkan
akad.
Menjaga kepentingan p...
Khiyar Dikalangan
Fuqaha





Hanafi: 17 jenis khiyar.
Syafie: 16 jenis khiyar.
Hanbali: 8 jenis khiyar.
Maliki: 2 jen...
Empat (4) Khiyar Utama





Khiyar Syarat.
Khiyar Ru’yah.
Khiyar A’ib.
Khiyar Majlis.
Khiyar Syarat
Definisi
Satu

atau dua pihak yang berkontrak
mempunyai hak samada meneruskan akad
yang dibuat atau memfasa...




Berlaku apabila salah satu atau keduadua pihak menetapkan syarat dia
mempunyai khiyar iaitu hak untuk
membatalkan ko...
Syarat - syarat Khiyar
Syarat
1.
2.

3.

Mestilah terhad kepada tempoh tertentu.
Tempoh yang ditetapkan tidak boleh
melebi...
BILAKAH HAK KHIYAR
SYARAT TERBATAL ?
Tamat tempoh yang disyaratkan
2. Jual beli tersebut diteruskan dan
dipersetujui dalam...
HUKUM BARANGAN DALAM
TEMPOH KHIYAR

Hak milik barangan
dalam tempoh
khiyar

Kerosakan
barangan dalam
tempoh khiyar
HAK MILIK BARANGAN
DALAM TEMPOH KHIYAR
Jika kedua-dua pihak memegang hak
khiyar :


Hak milik barangan dibekukan
sehingga...


Sekiranya kontrak tersebut
dibatalkan, hak milik barangan
tersebut kekal sebagai hak milik
penjual.



Jika jual beli ...
Jika pemegang khiyar hanya dimiliki
oleh satu pihak sahaja :


Barangan tersebut menjadi hak
miliknya kerana hanya dia sa...
KEROSAKAN BARANGAN
DALAM TEMPOH KHIYAR
Jika kerosakan berlaku sebelum
barangan diterima oleh pembeli :


Jual beli terseb...
Jika kerosakan berlaku
selepas barangan
diterima oleh pembeli :


Maka jual beli tersebut tidak terbatal.
Ini kerana kero...


Khiyar masih diteruskan, tidak kira
sama ada pemegang hak khiyar
adalah pembeli ataupun penjual.
Sebabnya ialah keperlu...







Apabila kontrak tersebut dimeterai,
pihak pembeli perlu membuat bayaran
kepada penjual kerana barangan itu kini...
Khiyar Ru’yah
(penglihatan)
Definisi


Hak kepada salah satu pihak yang
berkontrak samada meluluskan akad
atau fasakh set...
Akad-Akad Yang Boleh
Menerima
Khiyar Ru’yah




Akad jualbeli.
Akad sewaan.
Perjanjian damai.


Sabda Rasulullah s.a.w “Sesiapa yang
membeli sesuatu yang dia tidak
melihatnya maka baginya hak khiyar
apabila dia meli...
Syarat Khiyar Ru’yah





Belum melihat subjek sebelum/semasa
akad.
Harta yang tertentu dan khusus.
Akad yang boleh men...
Perkara-Perkara Yang
Menggugurkan
Khiyar






Rela dengan akad.
Pemilik khiyar telah jual,hadiah atau
sewakan subjek...
Khiyar A’ib
Definisi


Hak memilih untuk membatalkan akad
atas sebab-sebab kecacatan pada
subjek kontrak berkenaan.


Apabila kontrak jual beli telah dimeterai
dan pembeli telah memperolehi
barangan yang dijual tanpa dinyatakan
kecacatan...




Walau bagaimanapun pembeli diberikan
pilihan sama ada merelakan kecacatan
yang ada atau memulangkan semula
barangan ...
Dalil-dalil bagi masalah ini ialah :
1. Hadis Aisyah r.a ; Seorang lelaki telah
membeli seorang hamba. Ketika
menggunakan ...
2.

Berpandukan kepada rasional ;
Pada dasarnya, jual beli mestilah
melibatkan barangan yang sempurna.
Pihak pembeli akan ...


Jika barangan yang dijual tidak dapat
digunakan kerana kecacatan yang ada,
ini bermakna tujuan pembelian tersebut
tidak...
SYARAT DIBENARKAN KHIYAR
AIB
1.
2.

3.

Dapat dibuktikan kecacatan tersebut
sememangnya sedia ada.
Berdasarkan amalan pern...
BILAKAH BARANGAN KHIYAR
AIB BOLEH DIPULANGKAN ?


Hak memulangkan semula barangan
kerana khiyar aib diberikan sebaik
saha...
Jika kecacatan disedari ketika
pembeli sedang makan atau solat,
pemulangan boleh dilewatkan
sehingga dia selesai.
 Jika d...


Hak ini juga gugur jika pembeli
menggunakan barangan tersebut
setelah menyedari kecacatannya
dan sebelum menggunakannya...
PERTAMBAHAN PADA
BARANGAN YANG CACAT


Pertambahan pada barangan yang
cacat tidak menggugurkan haknya
untuk memulangkan s...




Jika pertambahan tersebut tidak boleh
dipisahkan, pembeli boleh
memulangkan semuanya ataupun
meneruskan jual beli te...
KECACATAN TAMBAHAN
KEPADA KECACATAN SEDIA
ADA


Jika berlaku kecacatan baru selain
daripada kecacatan sedia ada, hak
pemb...


Walau bagaimanapun ada beberapa
perkara yang perlu dilihat :



Jika penjual bersetuju menerimanya :
Pembeli boleh mem...


Jika kedua-dua pihak tidak bersetuju :
Pilihan yang ada ialah sama ada :
a) pembeli membayar ganti rugi bagi
kecacatan ...


Jika kedua-dua pihak bersetuju
dengan salah satu penyelesaian ini,
mereka boleh menggunakannya.
Ini kerana masing-masin...


Jika mereka masih tidak mencapai
persetujuan;
→ Penjual menuntut supaya barangan
itu dipulangkan kepadanya dan
meminta ...
→ Atau pun pembeli mahu
memulangkan semula barangan
tersebut dan bersedia membayar
gantirugi bagi kecacatan baru,
sementar...


Dalam kedua-dua kes ini, pihak yang
menuntut supaya kontrak tersebut
dikekalkan akan diberikan hak.



Dalam kes perta...
SYARAT TIADA CACAT CELA


Jika penjual meletakkan syarat kepada
pembeli ketika kontrak, bahawa dia tidak
bertanggungjawab...


Jika barangan tersebut tidak
bernyawa:
Syarat tersebut tidak terpakai. Jadi
pembeli masih berhak memulangkan
semula dan...


Jika barangan yang dijual tersebut
bernyawa :



Penjual boleh melepaskan sebarang
tanggungjawab terhadap sebarang
kec...






Jika kecacatan itu kelihatan dengan
jelas, penjual tidak berhak melepaskan
tanggungjawabnya kerana kecacatan
ters...


Penjual juga tidak boleh melepaskan
tanggungjawabnya jika kecacatan
tersebut berlaku selepas kontrak
dimeterai dan bara...
Khiyar Majlis
Definisi
 kedua-dua pihak yang berakad berhak
menarik balik akad walaupun akad
tersebut sempurna, telah dip...


Apabila keduanya telah berpisah, khiyar
tidak dibenarkan dan akad tersebut
perlu dilaksanakan.



Berpisah boleh diruj...
CARA BERPISAH DALAM MAJLIS JUAL
BELI




Jika kontrak dimeterai di dalam sebuah
rumah yang besar, sekiranya salah satu
p...




Jika mereka berada di pasar atau kawasan
lapang atau di atas kapal atau sebagainya,
perpisahan dianggap berlaku apab...






Sabda Rasulullah s.a.w “Dua pihak yang
berjual beli boleh membuat pilihan selagi
mereka tidak berpisah dan sebelu...


Juga diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a
katanya : “Saya menjual kepada Amirul
Mukminin Uthman sejumlah harta di al-wadi
de...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Khiyar (Pilihan)

2,794 views

Published on

Satu hak yang diberi kepada pihak-pihak yang berkontrak samada hendak meluluskan akad yang dibuat atau tidak.

Published in: Education
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,794
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
81
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Khiyar (Pilihan)

  1. 1. Fiqh Muamalah Tajuk: KHIYAR disediakan oleh:
  2. 2. Muqadimah Khiyar Penyempurna Keredhaan Dalam Akad
  3. 3. Khiyar (Pilihan) Definisi  Satu hak yang diberi kepada pihak-pihak yang berkontrak samada hendak meluluskan akad yang dibuat atau tidak.
  4. 4. Tujuan Khiyar   Memastikan adanya kerelaan hati kedua pihak untuk menerus atau membatalkan akad. Menjaga kepentingan pihak-pihak yang berakad.
  5. 5. Khiyar Dikalangan Fuqaha     Hanafi: 17 jenis khiyar. Syafie: 16 jenis khiyar. Hanbali: 8 jenis khiyar. Maliki: 2 jenis khiyar.
  6. 6. Empat (4) Khiyar Utama     Khiyar Syarat. Khiyar Ru’yah. Khiyar A’ib. Khiyar Majlis.
  7. 7. Khiyar Syarat Definisi Satu atau dua pihak yang berkontrak mempunyai hak samada meneruskan akad yang dibuat atau memfasakhkannya jika pilihan itu disyaratkan dalam akad. Contoh: dengan tempoh (3 hari).
  8. 8.   Berlaku apabila salah satu atau keduadua pihak menetapkan syarat dia mempunyai khiyar iaitu hak untuk membatalkan kontrak dalam tempoh tertentu. Syarat ini boleh dinyatakan ketika memeterai kontrak atau pun selepas daripada itu, tetapi mestilah sebelum mereka berpisah dari majlis tersebut.
  9. 9. Syarat - syarat Khiyar Syarat 1. 2. 3. Mestilah terhad kepada tempoh tertentu. Tempoh yang ditetapkan tidak boleh melebihi tiga hari jika barangan tersebut tidak mudah rosak dalam tempoh tersebut. Tempoh mestilah berturutan dan bersambung dengan kontrak.
  10. 10. BILAKAH HAK KHIYAR SYARAT TERBATAL ? Tamat tempoh yang disyaratkan 2. Jual beli tersebut diteruskan dan dipersetujui dalam tempoh khiyar. 3. Apabila pemegang hak khiyar melakukan sesuatu yang pada kebiasaannya hanya dilakukan oleh seorang pemilik. 1.
  11. 11. HUKUM BARANGAN DALAM TEMPOH KHIYAR Hak milik barangan dalam tempoh khiyar Kerosakan barangan dalam tempoh khiyar
  12. 12. HAK MILIK BARANGAN DALAM TEMPOH KHIYAR Jika kedua-dua pihak memegang hak khiyar :  Hak milik barangan dibekukan sehingga ada keputusan sama ada kontrak tersebut diteruskan atau dibatalkan.
  13. 13.  Sekiranya kontrak tersebut dibatalkan, hak milik barangan tersebut kekal sebagai hak milik penjual.  Jika jual beli tersebut diteruskan, barangan tersebut menjadi hak milik pembeli bermula daripada tarikh kontrak dimeterai dan bayaran kepada barangan tersebut menjadi milik penjual.
  14. 14. Jika pemegang khiyar hanya dimiliki oleh satu pihak sahaja :  Barangan tersebut menjadi hak miliknya kerana hanya dia sahaja yang mempunyai hak menggunakan barangan tersebut.
  15. 15. KEROSAKAN BARANGAN DALAM TEMPOH KHIYAR Jika kerosakan berlaku sebelum barangan diterima oleh pembeli :  Jual beli tersebut terbatal dan hak khiyar dilucutkan. Sebabnya, barangan tersebut tidak dapat diserahkan oleh penjual kepada pembeli. Dengan itu penjual terpaksa menanggung kerugiannya.
  16. 16. Jika kerosakan berlaku selepas barangan diterima oleh pembeli :  Maka jual beli tersebut tidak terbatal. Ini kerana kerosakan barangan di bawah tanggungan pembeli disebabkan barangan di bawah tangannya.
  17. 17.  Khiyar masih diteruskan, tidak kira sama ada pemegang hak khiyar adalah pembeli ataupun penjual. Sebabnya ialah keperluan untuk menjaga kepentingan kedua-dua pihak daripada penipuan masih wujud.  Pihak yang memegang hak khiyar masih berhak meneruskan atau membatalkan jual beli tersebut.
  18. 18.     Apabila kontrak tersebut dimeterai, pihak pembeli perlu membuat bayaran kepada penjual kerana barangan itu kini sah miliknya. Jika jual beli dibatalkan, pihak pembeli perlu menggantikan barangan yang sama atau membayar nilai barangan pada waktu kerosakan berlaku. Sementara bayaran yang telah dibayar oleh pembeli perlu dikembalikan. Ini kerana jelas barangan tersebut belum lagi menjadi milik pembeli.
  19. 19. Khiyar Ru’yah (penglihatan) Definisi  Hak kepada salah satu pihak yang berkontrak samada meluluskan akad atau fasakh setelah dia melihat subjek kontrak.
  20. 20. Akad-Akad Yang Boleh Menerima Khiyar Ru’yah    Akad jualbeli. Akad sewaan. Perjanjian damai.
  21. 21.  Sabda Rasulullah s.a.w “Sesiapa yang membeli sesuatu yang dia tidak melihatnya maka baginya hak khiyar apabila dia melihatnya.”  Dan dalam riwayat yang lain menyebut tambahan iaitu: “Jika ia ingin boleh teruskan akad itu dan jika ia ingin membatalkannya itu haknya.”
  22. 22. Syarat Khiyar Ru’yah    Belum melihat subjek sebelum/semasa akad. Harta yang tertentu dan khusus. Akad yang boleh menerima fasakh.
  23. 23. Perkara-Perkara Yang Menggugurkan Khiyar      Rela dengan akad. Pemilik khiyar telah jual,hadiah atau sewakan subjek. Subjek sudah rosak/musnah. Pemilik khiyar meninggal dunia. Penambahan terhadap barang selepas penyerahan yang menghalangnya daripada dikembalikan.
  24. 24. Khiyar A’ib Definisi  Hak memilih untuk membatalkan akad atas sebab-sebab kecacatan pada subjek kontrak berkenaan.
  25. 25.  Apabila kontrak jual beli telah dimeterai dan pembeli telah memperolehi barangan yang dijual tanpa dinyatakan kecacatan pada barangan tersebut kemudian baru disedari wujudnya kecacatan pada barangan tersebut, jual beli tersebut masih sah.
  26. 26.   Walau bagaimanapun pembeli diberikan pilihan sama ada merelakan kecacatan yang ada atau memulangkan semula barangan tersebut kepada penjual dengan dia membatalkan jual beli tersebut dan mengambil semula bayaran yang telah dibuat. Dia dibenarkan berbuat demikian sekiranya dia tidak mengetahui kecacatan tersebut wujud ketika kontrak dimeterai mahupun ketika penerimaan.
  27. 27. Dalil-dalil bagi masalah ini ialah : 1. Hadis Aisyah r.a ; Seorang lelaki telah membeli seorang hamba. Ketika menggunakan khidmat hamba ini, didapatinya hamba ini cacat. Lantas dia mengembalikan hamba ini kerana kecacatannya. Namun penjual berkata : Dimana keuntungan hamba saya ini ? Nabi s.a.w bersabda : “Keuntungan menurut tanggungan” (Riwayat Ahmad)
  28. 28. 2. Berpandukan kepada rasional ; Pada dasarnya, jual beli mestilah melibatkan barangan yang sempurna. Pihak pembeli akan membuat bayaran penuh bagi memperolehi barangan yang sempurna. Dengan ini barulah wujud timbal balik antara bayaran yang dibuat dengan barangan yang dijual.
  29. 29.  Jika barangan yang dijual tidak dapat digunakan kerana kecacatan yang ada, ini bermakna tujuan pembelian tersebut tidak tercapai dan tidak bertepatan dengan persetujuannya. Dengan ini, pembeli berhak membatalkan kontrak tersebut dan memulangkan semua barangan yang dibeli dan mengambil semula bayaran yang telah dibuat.
  30. 30. SYARAT DIBENARKAN KHIYAR AIB 1. 2. 3. Dapat dibuktikan kecacatan tersebut sememangnya sedia ada. Berdasarkan amalan perniagaan, kecacatan tersebut dianggap sebagai kecacatan yang boleh menjejaskan nilai barangan. Pada kebiasaannya, kecacatan tersebut tidak wujud.
  31. 31. BILAKAH BARANGAN KHIYAR AIB BOLEH DIPULANGKAN ?  Hak memulangkan semula barangan kerana khiyar aib diberikan sebaik sahaja kecacatan tersebut dikenal pasti, namun ia perlu menurut amalan setempat (uruf) yang diguna pakai.
  32. 32. Jika kecacatan disedari ketika pembeli sedang makan atau solat, pemulangan boleh dilewatkan sehingga dia selesai.  Jika disedari pada waktu malam, dia boleh memulangkannya pada waktu pagi.  Jika dia lewat memulangkan barangan tersebut sedangkan dia mampu melakukannya lebih awal, hak khiyarnya digugurkan. 
  33. 33.  Hak ini juga gugur jika pembeli menggunakan barangan tersebut setelah menyedari kecacatannya dan sebelum menggunakannya, dia mampu memulangkannya. Ini kerana kelewatan memulangkan barangan tersebut menjadi tanda dia memilih untuk meneruskan jual beli walaupun menyedari wujudnya kecacatan.
  34. 34. PERTAMBAHAN PADA BARANGAN YANG CACAT  Pertambahan pada barangan yang cacat tidak menggugurkan haknya untuk memulangkan semula barangan tersebut. Tetapi perlu dilihat pada beberapa perkara:
  35. 35.   Jika pertambahan tersebut tidak boleh dipisahkan, pembeli boleh memulangkan semuanya ataupun meneruskan jual beli tersebut. Jika pertambahan tersebut berasingan, pembeli boleh memulangkan barangan tersebut tanpa pertambahannya. Ini kerana pertambahan berlaku dalam tempoh pemilikannya atau dalam tempoh tanggungannya.
  36. 36. KECACATAN TAMBAHAN KEPADA KECACATAN SEDIA ADA  Jika berlaku kecacatan baru selain daripada kecacatan sedia ada, hak pembeli untuk memulangkan semula kepada penjual secara paksa digugurkan.
  37. 37.  Walau bagaimanapun ada beberapa perkara yang perlu dilihat :  Jika penjual bersetuju menerimanya : Pembeli boleh memulangkannya.  Jika pembeli bersetuju menerima kecacatan tersebut : Pembeli boleh menggunakannya terus.
  38. 38.  Jika kedua-dua pihak tidak bersetuju : Pilihan yang ada ialah sama ada : a) pembeli membayar ganti rugi bagi kecacatan baru dan memulangkan semula barangan tersebut kepada penjual b) penjual perlu membayar gantirugi bagi kecacatan sedia ada kepada pembeli.
  39. 39.  Jika kedua-dua pihak bersetuju dengan salah satu penyelesaian ini, mereka boleh menggunakannya. Ini kerana masing-masing mempunyai hak dan persetujuan kedua-dua pihak adalah perlu.
  40. 40.  Jika mereka masih tidak mencapai persetujuan; → Penjual menuntut supaya barangan itu dipulangkan kepadanya dan meminta pembeli membayar gantirugi bagi kecacatan yang baru terjadi, sementara pembeli pula mahu terus memiliki barangan tersebut dan meminta penjual membayar gantirugi bagi kecacatan yang sedia ada.
  41. 41. → Atau pun pembeli mahu memulangkan semula barangan tersebut dan bersedia membayar gantirugi bagi kecacatan baru, sementara penjual pula mahu pembeli terus mengambil barangan tersebut dan dia juga bersedia membayar gantirugi bagi kecacatan yang sedia ada.
  42. 42.  Dalam kedua-dua kes ini, pihak yang menuntut supaya kontrak tersebut dikekalkan akan diberikan hak.  Dalam kes pertama pembeli akan diberikan hak. Manakala dalam kes kedua, penjual diberikan hak.
  43. 43. SYARAT TIADA CACAT CELA  Jika penjual meletakkan syarat kepada pembeli ketika kontrak, bahawa dia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecacatan yang ada pada barangan yang dijual, kontrak tersebut sah. Ini kerana syarat tersebut mengukuhkan lagi kontrak dan menafikan hak pembeli untuk memulangkan semula atau membatalkan pembelian.
  44. 44.  Jika barangan tersebut tidak bernyawa: Syarat tersebut tidak terpakai. Jadi pembeli masih berhak memulangkan semula dan penjual perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kecacatan yang wujud pada barangan tersebut.
  45. 45.  Jika barangan yang dijual tersebut bernyawa :  Penjual boleh melepaskan sebarang tanggungjawab terhadap sebarang kecacatan yang tidak nyata sahaja pada barangan tersebut pada masa kontrak dan di luar pengetahuannya. Sebabnya, pada kebiasaannya benda yang bernyawa mepunyai kecacatan tidak nyata.
  46. 46.    Jika kecacatan itu kelihatan dengan jelas, penjual tidak berhak melepaskan tanggungjawabnya kerana kecacatan tersebut mudah dilihat. Demikian juga jika kecacatan itu diketahui oleh penjual, penjual bertanggungjawab memberitahu mengenainya. Jika tidak, dia dianggap telah menipu. Demikian juga jika pembeli tidak tahu tetapi kecacatan tersebut kelihatan dengan jelas.
  47. 47.  Penjual juga tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya jika kecacatan tersebut berlaku selepas kontrak dimeterai dan barangan tersebut belum diterima oleh pembeli. (Ini kerana syarat tersebut hanya merujuk kepada kecacatan yang ada ketika kontrak.)  Jika penjual meminta pelepasan tanggungjawab daripada kecacatan yang akan berlaku, permintaannya tidak dibenarkan kerana permintaan tersebut dianggap menggugurkan sesuatu yang belum berlaku.
  48. 48. Khiyar Majlis Definisi  kedua-dua pihak yang berakad berhak menarik balik akad walaupun akad tersebut sempurna, telah dipersetujui dan disahkan.  Dengan syarat ia dilakukan dimajlis (sesi) yang sama secara fizikalnya dan mereka belum berpisah.
  49. 49.  Apabila keduanya telah berpisah, khiyar tidak dibenarkan dan akad tersebut perlu dilaksanakan.  Berpisah boleh dirujuk kepada uruf.
  50. 50. CARA BERPISAH DALAM MAJLIS JUAL BELI   Jika kontrak dimeterai di dalam sebuah rumah yang besar, sekiranya salah satu pihak keluar dari bilik ke halaman rumah atau sebaliknya, mereka dianggap berpisah. Jika mereka berada di dalam rumah yang kecil, perpisahan dianggap berlaku apabila salah satu pihak keluar dari rumah tersebut.
  51. 51.   Jika mereka berada di pasar atau kawasan lapang atau di atas kapal atau sebagainya, perpisahan dianggap berlaku apabila salah satu pihak berpusing ke belakang dan melangkah beberapa tapak. Sekiranya mereka berdua keluar bersamasama atau berjalan bersama-sama, majlis tersebut masih berterusan dan mereka masih berhak menuntut khiyar.
  52. 52.    Sabda Rasulullah s.a.w “Dua pihak yang berjual beli boleh membuat pilihan selagi mereka tidak berpisah dan sebelum itu mereka bertemu, atau salah seorang di antara mereka memberi pilihan kepada seorang lagi” (Riwayat al-Bukhari, Muslim) Ibnu Umar telah menafsirkan hadis ini melalui perbuatannya kerana beliau adalah periwayat hadis ini. Imam Malik meriwayatkan dari Nafi’ rh.a katanya : “Jika Ibnu Umar membeli sesuatu yang disukainya, dia akan meninggalkan penjualnya” (Riwayat al-Bukhari)
  53. 53.  Juga diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a katanya : “Saya menjual kepada Amirul Mukminin Uthman sejumlah harta di al-wadi dengan sejumlah harta miliknya di Khaibar. Setelah selesai kami berjual beli, saya segera berpaling dan keluar dari rumahnya kerana saya bimbang dia akan meminta semula jualannya. Menurut sunnah, dua orang yang berjual beli boleh membuat pilihan sehinggalah mereka berpisah” (Riwayat alBukhari)

×